2. Hasil Pembelajaran
• Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah
dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat
penilaian berjustifikasi.
• Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki
kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis
dan menilai perbincangan.
• Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian
alternatif.
• Kebolehan berfikir melangkaui batas.
• Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti
yang kukuh.
• Kebolehan untuk bertahan serta memberikan
perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang
diberikan.
• Kebolehan memahami dan menyelesaikan diri kepada
budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru.
3.
4.
5.
6. Pengenalan
• Otak kiri : logik, analitik berurutan atau susunan bahasa
fakta, matematik dan ingatan
• Otak kanan : kreativiti, sintesis, warna, reka bentuk,
perasaan, irama, muzik dan imaginasi.
• Bahasa Greek, krino- bermaksud memilih, memutuskan
keputusan, atau menilai.
• krites adalah seseorang yang membezakan, menilai atau
menimbangkan.
• kritikos mempunyai keupayaan untuk membeza dan
membuat keputusan.
• Pemikiran kritis : aktiviti di dalam otak > proses mentafsir,
menilai dan menganalisis maklumat berlaku.
7. Apakah Pemikiran Kritis?
“Pemikiran kritikal adalah
satu bentuk pemikiran yang luar
biasa kerana ia berada di luar
skop pada apa yang dikritik dalam
mengkritik sesuatu. Ianya sesuatu
andaian yang jarang berlaku
kerana selalunya pengkritik hanya
melihat dari sudut yang kecil
mengikut pemahamannya
sahaja” – Edward de Bono
8. Definisi Pemikiran Kritis
• Kritikos dari bahasa Yunani : menimbang atau judge (asal
‘kritis’)
• Kamus Dewan Edisi 3 : kritis bermaksud ‘tidak dengan
begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’.
• Orang yang berfikir secara kritis akan menilai sesuatu idea
dengan sistematik sebelum menerimanya. (Maimunah
2004)
• pemikiran kritis > pertimbangan sesuatu idea dengan cara
menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu
perkara itu benar atau salah dengan melihat kepada alasan-
alasan yang dikemukakan agar dapat membantu dalam
membuat keputusan.
9. Ciri-ciri Pemikiran Kritis
• Tidak mudah untuk terus menerima atau bersetuju
terhadap sesuatu perkara; mempertimbangkan baik buruk
sesuatu perkara dahulu
• Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan
yang serius tentang sesuatu idea
• Melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran
dan penilaian. Ia juga meliputi proses-proses pemikiran lain
yang berkaitan untuk mencapai satu kesimpulan yang
kukuh
• Penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam
pemikiran kritis; cara-cara memberi alasan untuk
menyokong atau menentang sesuatu pendapat
• Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik
11. Kelebihan Pemikiran Kritis
• Menjadi lebih Matang
• Bersifat Objektif dalam Membuat
Penilaian dan Keputusan
• Sensitif dan Prihatin
• Berjiwa Besar, Yakin dan Berani
• Lebih Berhemat dan
Bertanggungjawab
• Ketahanan Diri dan Estim Diri
yang Tinggi
• Tidak mudah dipengaruhi
12. Sikap Pemikir Kritis Yang Baik
• Berfikiran rasional; mampu meneliti
pengalaman lalu, menilai dan menimbang
pelbagai pendapat dan idea sebelum
membuat keputusan.
• Mampu mempertimbangkan dan
memutuskan kesahihan penyataan yang
dikemukakan oleh pihak lain.
• Ingin tahu dan minda terbuka.
• Mengutamakan kejituan, objektiviti dan
inginkan kejelasan serta ketepatan; sentiasa
mempunyai maklumat yang cukup.
• Sentiasa mencari alternatif.
• Sensitif terhadap perasaan orang lain.
13. Logik
• Pemikiran logik adalah cara
pemikiran yang kerap dan
gemar digunakan dalam
merancangkan sesuatu
perkara.
• Secara amnya ia difahami
sebagai apa yang boleh
difahami oleh akal manusia,
iaitu menggunakan bukti bagi
menjelaskan sesuatu yang
tidak jelas pada mulanya.
14. Definisi Logik
• Logik berasal dari perkataan Yunani : “Logos”
yang memberi maksud pengucapan,
pernyataan, pemikiran akal & sebab.
• Menurut Copi (1986) : prinsip-prinsip yang
digunakan untuk membezakan betul dan salah
sesuatu hujahan.
15. Tiga Prinsip Asas Logik
Prinsip identiti
sesuatu objek sentiasa sama dengan dirinya sendiri (A = A). Secara
ringkas, jika satu penyataan adalah benar, maka ia adalah benar.
Prinsip pertengahan
satu pernyataan boleh jadi sama ada A = B atau A≠B. Ia merupakan
satu ciri sistem klasik logik > satu penyataan mungkin benar
mungkin juga palsu.
Prinsip kontradiksi / Prinsip percanggahan
satu penyataan tidak boleh menjadi benar atau palsu serentak >
jikalau anda benar, orang lain tidak benar
16. Logik Deduktif Logik Induktif
• menyatakan kesimpulan
• menyatakan kesimpulan daripada yang khusus
daripada yang umum kepada umum.
kepada khusus. • dikenali sebagai kaedah
• Berkait dengan logik klasik Bacon yang dipelopori oleh
Aristotle. Francis Bacon mempunyai
• Contoh : kaitan rapat dengan logik
’Semua manusia bernafas moden.
dengan menggunakan • Contoh :
oksigen’. ‘Gagak itu berwarna hitam,
’Ali ialah seorang manusia’. maka semua gagak berwarna
Oleh itu, Ali bernafas dengan hitam’.
menggunakan oksigen.
17. Membuat Hujahan
• Hujah adalah intipati pemikiran kritikal > menilai secara kritikal
tentang apa yang didakwa, dan perkara-perkara yang dijadikan asas
dakwaan.
• orang yang berhujah melakukan 3 perkara :
i. yakin premisnya betul,
ii. yakin oleh kerana premisnya betul, kesimpulannya tentu betul
iii. yakin kesimpulannya adalah betul.
• Apabila menilai mutu hujah, lihat pada 2 aspek :
i. premis hujah > betul @ salah.
ii. alasan yang menghubungkan premis-premis kepada
kesimpulan hujah.
• Ada dua unsur dalam hujah yang baik:
i. Semua premis dalam hujah itu dapat diterima ataupun betul.
ii. Semua premis dalam hujah itu dapat dikaitkan kepada
kesimpulan hujah yang relevan.
18. Jenis Hujahan
hujahan baik @ sah
Hujahan hujahan tidak
kesimpulannya ditentukan oleh
merupakan satu premis-premisnya baik @tidak sah.
set penyataan di kesimpulannya
1. Sahih
mana Premis 1 :
kesimpulan tidak semestinya
Semua manusia akan mati.
ditentukan oleh Premis 2 : ditentukan oleh
premisnya dan Samad seorang manusia. premis-
diakhiri dengan Kesimpulan : premisnya.
kesimpulan pada Oleh itu, Samad akan mati.
bahagian akhir 2. Tidak sahih
Premis 1 :
Semua rumah adalah bunga.
Premis 2 :
Kucing saya ialah rumah.
Kesimpulan :
Oleh itu, kucing saya ialah
bunga.
19. Contoh Hujahan
Contoh hujahan yang baik @ sah :
Premis 1 : Kesemua ahli-ahli komunis menyertai kesatuan buruh.
Premis 2 : Ah Chong ahli kesatuan buruh.
Kesimpulan : Jadi, Ah Chong ialah ahli komunis.
Contoh hujahan yang tidak baik @ tidak sah :
Premis 1 : Kebanyakan ahli-ahli komunis menyertai kesatuan buruh.
Premis 2 : Ah Chong bukan ahli kesatuan buruh.
Kesimpulan : Jadi, Ah Chong bukan ahli komunis.
20.
21.
22. Penyelesaian
Masalah
“Mengelakkan masalah
adalah perkara penting dalam
penyelesaian masalah. Selain
daripada menyelesaikan masalah,
anda boleh pergi ke penghujung
dan mengubahnya untuk
mengelakkan ia berlaku pada
tempat yang sama” –
Edward de Bono
23. Definisi Masalah
• Jauharah (1995) masalah boleh ditafsirkan sebagai perbezaan yang
terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini
tentang sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan.
Contoh: seseorang yang sedang berada di Johor Bahru perlu berada di
Alor Setar dalam masa empat jam. Masalahnya bukan kerana dia tidak
berada di Alor Setar tetapi jarak melebihi 600 kilometer itulah
masalahnya untuk sampai dalam masa empat jam.
24. Muhamad Awang (1990) masalah mempunyai 3 komponen asas :-
• Sekumpulan maklumat yang tersedia, iaitu satu penghuraian
tentang masalah.
• Sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah yang mungkin
diambil bagi menghasilkan penyelesaian.
• Matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap
sebagai penyelesai kepada masalah.
25. “Masalah yang mustahil
diselesaikan ialah apabila kita
melihat bahawa masalah
adalah sesuatu yang berat
untuk diselesaikan” –
Robert Schuller
26. Robertson (2001), 7 kategori masalah dikenalpasti dengan melihat
kepada kaedah penyelesaian ;-
1. Kecondongan ilmu (knowledge-lean)
2. Kaya ilmu (knowledge-rich)
3. Jelas berstruktur atau jelas didefinisikan (well-defined)
4. Kurang berstruktur atau kabur definisi (ill-defined)
5. Kecondongan semantik (semantically-lean)
6. Kaya semantik (semantically-rich)
7. Masalah celik akal (insight)
27. Proses Penyelesaian Masalah
Menyedari masalah
Memahami masalah
Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian
Meninjau kesan akibat pilihan
Memilih pilihan terbaik
29. Bentuk-Bentuk Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah secara saintifik.
Penyelesaian masalah secara kritis / logik.
Penyelesaian masalah secara kreatif / lateral.
Penyelesaian masalah secara Islam.
Munir Shuib et al. (2002) menyelesaikan masalah secara saintifik
melibatkan 3 langkah ;-
Mengadakan hipotesis
Mengumpul maklumat
Membuat kesimpulan
30. Bentuk-Bentuk Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah secara saintifik.
Penyelesaian masalah secara kritis / logik.
Penyelesaian masalah secara kreatif / lateral.
Penyelesaian masalah secara Islam.
Abdul Rahman (2002), menyelesaikan masalah secara logik
melibatkan proses rasional-deduktif ;-
Mengenalpasti dan memahami premis masalah
Mencari sebab dan punca masalah
Menilai dan memilih kaedah penyelesaian terbaik
Membuat kesimpulan terhadap kesan perlaksanaannya
31. Bentuk-Bentuk Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah secara saintifik.
Penyelesaian masalah secara kritis / logik.
Penyelesaian masalah secara kreatif / lateral.
Penyelesaian masalah secara Islam.
Abdul Rahman (2002) ciri-ciri penyelesaian masalah secara kreatif /
lateral adalah ;-
Menunda penilaian / tidak ada keputusan yang dibuat = jana
idea-idea baru
Mencipta penyelesaian baru / tidak menganalisis punca
Bersifat generatif, idea gila-gila, songsang dan tidak bergantung
kepada logik
32. Bentuk-Bentuk Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah secara saintifik.
Penyelesaian masalah secara kritis / logik.
Penyelesaian masalah secara kreatif / lateral.
Penyelesaian masalah secara Islam.
Abdul Rahman (2002) penyelesaian masalah secara Islam terbahagi
kepada 3 pendekatan iaitu ;-
Pendekatan tauhid @ aqidah
Pendekatan hukum @ syariah
Pendekatan sufi @ akhlak
33. Ciri-ciri Penyelesaian Masalah
Yang Baik dan Tidak Baik
CIRI-CIRI PENYELESAIAN CIRI-CIRI PENYELESAIAN
MASALAH YANG BAIK MASALAH YANG TIDAK BAIK
Sedar tentang keserupaan, kelainan dan Tidak boleh mengenal pasti serta
analogi mendefinisikan masalah.
Boleh mengenal pasti unsur-unsur yang Suka meninggalkan masalah yang
penting dalam sesuatu masalah. kompleks.
Mahu bersikap fleksibel dalam bertukar- Cepat membuat kesimpulan (jawapan)
tukar cara penyelesaian. tanpa memikirkan langkah demi langkah.
Bersikap positif bahawa setiap masalah Tidak percaya kepada analisa yang
boleh diselesaikan melalui analisa yang berterusan boleh menyelesaikan masalah.
berterusan.
Mengambil berat tentang ketepatan dan Gopoh membuat pemilihan cara
memahami fakta-fakta dengan penyelesaian masalah yang terbaik.
sepenuhnya.
Boleh memecah masalah kepada bahagian
yang lebih kecil.
34. Ciri-ciri Penyelesaian
Masalah Efektif dan Tidak Efektif
CIRI-CIRI EFEKTIF TIDAK EFEKTIF
Sikap Percaya bahawa masalah boleh diselesaikan Cepat berputus asa
Tindakan Memahami masalah berulang kali. Hanya mengharap penyele- saian akan
Memeriksakan masalah. muncul sendiri.
Bertanyakan soalan. Tidak mampu untuk memeriksakan
Mencipta gambaran mental. masalah.
Melukis lakaran. Terus melompat membuat kesimpulan.
Menulis soalan.
Tidak cepat membuat kesimpulan.
Ketepatan Memeriksa berulang kali. Tidak memeriksa.
Prosedur Memecahkan masalah kepada bahagian Tidak memecahkan masalah.
Penyelesaian yang lebih kecil. Tidak tahu di mana hendak bermula.
Bermula pada titik pertama yang mereka Gagal untuk mengenal pasti konsep-
fahami. konsep asas.
Menggunakan konsep-konsep asas sebagai Meneka.
landasan. Berhenti bila tersekat.
Menggunakan heuristika. Tidak menggunakan sebarang formula-
Bertahan bila tersekat. formula kuantitatif.
Menggunakan formula-formula kuantitatif.
Mengikuti perkembangan kemajuan
35. Penghalang Kepada
Penyelesaian Masalah
Kebekuan minda
• Takut tanggung risiko
• Bersikap tergesa-gesa
• Hanya suka menilai
tidak mahu
menerbitkan idea
Ketetapan fungsian
36. Faktor Kegagalan
Penyelesaian Masalah
• tidak menyedari akan kehadiran
masalah
• menyelesaikan masalah tanpa berfikir
secara meluas dan mendalam
• menyembunyikan masalah itu dan
menganggap seolah-olah masalah itu
tidak ada
• tiada pengalaman atau tiada ilmu
pengetahuan
• sering memberi perhatian pada
bahagian yang nyata sahaja dan
bukannya pada bahagian yang penting
• tidak cukup waktu untuk mengumpul
data atau menganalisis data
37.
38.
39. TUGASAN BAB 2
Brainstorming
Anda diberi 15 minit
• Nyatakan satu masalah isu
semasa (tuliskan permasalah
tersebut di papan putih
dihadapan agar diketahui
kumpulan lain & tidak memilih
tajuk yang sama)
• Berdasarkan kepada masalah tersebut, sila ikuti kaedah penyelesaian
masalah : Memahami masalah > menerbitkan idea penyelesaian >
memilih penyelesaian
• Jangan kongkong pemikiran anda. Gunakan idea-idea yang kurang logik,
songsang dsb.
• Bentangkan hasil perbincangan anda pada minggu hadapan
(pembentangan secara powerpoint : 15 minit)