Dokumen ini membincangkan mengenai idea dan peluang perniagaan internet. Adakah membuat duit secara online masih releven dan apakah idea dan contoh perniagaan internet yang boleh digunakan.
Anda boleh download pdf ini atau anda boleh membacanya di sini:
http://www.blog.farhansyah.com/peluang-perniagaan-internet/
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Idea & peluang perniagaan internet
1. WWW.BLOG.FARHANSYAH.COM
Perniagaan Inernet
Idea & Peluang Perniagaan Di Internet
Farhan Syah
7/9/2012
Dokumen ini adalah hak cipta www.blog.farhansyah.com. Anda boleh berkongsi dokumen ini, namun
perlu link kembali ke http://www.blog.farhansyah.com/peluang-perniagaan-internet/ sebagai sumber.
2. Pernahkah anda tertanya-tanya apakah yang anda boleh lakukan dengan internet? Adakah wujud
peluang perniagaan di internet? Adakah anda berpeluang untuk buat duit secara online dan
menambah pendapatan menggunakan perniagaan internet? Adakah anda juga tertanya-tanya
model bisnes internet apakah yang anda boleh gunakan untuk buat duit online? Adakah anda
boleh jadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan utama anda yang stabil?
Anda perlu terus membaca artikel ini sekiranya soalan di atas sering kali bermain-main di fikiran
anda. Saya akan senaraikan sedikit sebanyak idea perniagaan internet yang anda boleh turut
serta.
Adakah Perniagaan Internet Ini Boleh Dilakukan Oleh Sesiapa Sahaja?
Ya, sudah tentu. Sudah ramai yang membuatnya. Dalam kehidupan saya, contohnya, ramai rakan
Facebook dan forum saya menjadikan perniagan internet sebagai sumber pendapatan internet
mereka. Tidak dilupakan saya sendiri . Yang menjadi isunya adalah bukan semua orang
BERJAYA. Sebagai perniagaan offline lain, setiap bisnes terdedah kepada risiko dan potensi
untuk gagal.
Apakah Potensi Perniagaan Internet?
Ia tetap sama seperti bisnes offline lain. Anda boleh gagal, berjaya dengan cukup makan, atau
hidup mewah sehingga menjadi jutawan. Ia bergantung bagaimana anda menyusun dan
merancang perniagaan anda.
Contoh Idea Perniagaan Internet Yang Anda Boleh Lakukan?
1. Affiliate Marketing (Pemasaran Affiliate)
Apakah Ia
Anda promosi produk atau servis pihak lain, dan menerima ganjaran dalam bentuk komisen
wang ringgit atau peratusan dari harga produk.
Contoh
Anda mempromosi satu produk seperti ebook. Apabila pembeli membeli produk melalui link
affiliate anda, anda akan diberikan komisen.
Skill Yang Diperlukan?
Anda perlu tahu sedikit sebanyak mengenai (sekurang-kurangnya salah satu) perkara berikut:
Skil Pengiklanan – FB Ads, media buying, AdWords
Skil Website – Hosting, Blogging, SEO, html
Skil Penulisan – Copywriting
Skil Jualan – Soft Selling, pemasaran emel
Skil Pemasaran – Pemasaran Video
http://www.blog.farhansyah.com/peluang-perniagaan-internet/
3. Sumber Bacaaan @Latihan Cadangan
Buat duit dengan clickbank – Teknik Clickbank
Panduan affiliate – Video Kursus Affiliate
2. Membuat Blog
Apakah Ia?
Anda membuat blog yang akan menarik pelawat lain. Anda boleh pilih niche yang popular atau
gunakan blog peribadi anda. Apa yang penting, anda berikan sesuatu untuk pelawat membaca.
Kemudian, baru anda tentukan bagaimana untuk menjadikan blog anda mesin duit anda.
Contoh
Niche Isu Semasa – IsuSemasa.com
Niche Umum – Terbakor & Melayukini.net
Niche Mobile – SoyaCincau
Blog Peribadi – Yuyu Zulaikha
Bagaimana Untuk Monetize blog anda?
- Menyewa ruangan iklan
- Menyewa iklan advertorial
- Membuat review produk
Skill Yang Diperlukan?
Anda perlu tahu sedikit sebanyak mengenai (sekurang-kurangnya salah satu) perkara berikut:
Skil Pengiklanan – FB Ads, media buying, AdWords
Skil Website – Hosting, Blogging, SEO, html
Skil Penulisan – Copywriting
Skil Jualan – Soft Selling, pemasaran emel
3. Website & Domain Flipping
Apakah Ia
Anda membeli domain atau website (atau membuat website baru) dan menambahbaikkanya, dan
menjualnya dengan harga yang lebih mahal
Contoh
Menjual laman web dia Flippa
Sumber Bacaan @ Latihan Yang Sesuai
IMFlippa
4. Dropship di Laman Bidaan Seperti Ebay
Apakah Ia?
Menjual barangan dropship di laman bidaan atau marketplace popular seperti Ebay
http://www.blog.farhansyah.com/peluang-perniagaan-internet/
4. Skill Yang Diperlukan?
Skil Penulisan – Copywriting
Skil PR – Customer Service
Skil Jual Beli
Skil Kira-Kira
Sumber Bacaan @ Latihan Yang Sesuai
Ebay – Lubuk Rahsia Dropship
5. Jual Produk Di Laman Jualan & Bidaan Seperti Mudah.my, Amazon, Lelong
Apakah Ia
Anda menjual produk anda sendiri di laman jualan, sama ada produk fizikal atau digital.
Contoh
Menjual Kindle di Amazon
Menjul peralatan komputer di Mudah atau Lelong
Menjual ebook di WarriorForum, Jvzoo atau Clickbank
Skill Yang Diperlukan?
Skil Penulisan – Copywriting
Skil PR – Customer Service
Skil Jual Beli
Skil Kira-Kira, Accounting, Invoicing, Pengurusan Stokis
6. E-Commerce
Apakah Ia
Jual Produk atau Servis di laman web anda sendiri
Contoh
Menjual perkhidmatan web design
Menjual barangan kesihatan
Skill Yang Diperlukan?
Skil Penulisan – Copywriting
Skil PR – Customer Service
Skil Jual Beli
Skil Kira-Kira, Accounting, Invoicing, Pengurusan Stokis
7. Freelance
Apakah Ia
Memberi servis profesional kepada mereka yang memerlukan
http://www.blog.farhansyah.com/peluang-perniagaan-internet/
5. Contoh
Reka bentuk logo atau website, SEO, perkhidmatan jurugambar, programming
Laman Web Yang Anda Boleh gunakan Untuk tawarkan servis
Mudah.my, Fiverr.com, Odesk, Freelancer, Craiglist, forum.
Skill Yang Diperlukan?
Skil Penulisan – Copywriting
Skil PR – Customer Service, Telemarketing
Skil yang berkaitan dengan servis anda.
8. Konsultansi
Apakah Ia
Memberikan khidmat nasihat kepada perniagaan lain
Contoh
Memberikan khidmat nasihat mengenai pemasaran internet kepada bisnes yang baru ingin
bermula
Skill Yang Diperlukan?
Skil PR – Customer Service
9. Pembantu Virtual (Virtual Assistant)
Apakah Ia
Membantu ahli perniagaan lain secara pengurusan atau teknikal
Skill Yang Diperlukan?
Skil PR – Customer Service
Skil Pengurusan
Skil yang akan diperlukan oleh bos anda
http://www.blog.farhansyah.com/peluang-perniagaan-internet/