SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  72
Tutorial
 Pembelajaran
Bahasa Melayu
Sekolah Rendah


    Mohd Fazri bin Rahim
      910427-06-5667
     PISMP BM1 SEM 3
Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu
                        Sekolah Rendah




PENGENALAN      TOPIK 1    TOPIK 2     TOPIK 3     TOPIK 4
PERIBAHASA
• Mengikut Za’ba, peribahasa ialah susunan cakap yang pendek,
  yang telah melekat di mulut orang ramai sejak zaman-
  berzaman.

• Peribahasa merupakan sebahagian daripada khazanah sastera
  orang Melayu, yang tergolong dalam sastera lisan.

• Peribahasa tidak diketahui penciptanya, kerana dalam
  masyarakat lampau individu tidak dipentingkan dan sesebuah
  karya menjadi hak milik kekal masyarakat itu sendiri.

• Mengikut Za’ba, penerbitan ungkapan sesuatu peribahasa
  adalah asalnya dari individu atau sekumpulan manusia.
• Bentuknya ringkas, tepat dengan maksud yang hendak dicapai dan
  mengandungi kebenaran, terbit daripada pengalaman sendiri atau
  yang telah diperhatikan berlaku pada orang lain.

• Kemudian, apabila bentuk itu digemari orang lain, mereka pula
  menggunakannya berulang-ulang dan tersebar kepada orang lain.

• Akhirnya, ia menjadi terkenal dan diwarisi secara turun-temurun.

• Contoh peribahasa Melayu adalah seperti berikut:
      1. Bidalan         5. Kiasan
      2. Pepatah         6. Kata Hikmat
      3. Perbilangan     7. Simpulan Bahasa
      4. Perumpamaan
Simpulan

               Bahasa
PENGENALAN       OBJEKTIF   CIRI-CIRI



JENIS-JENIS      AKTIVITI   RUMUSAN
Pengenalan                                SIMPULAN BAHASA



• Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri
  daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang
  berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan
  tersebut.
• Misalnya, kaki ayam, yang bererti ”tidak berkasut” dan
  panjang tangan yang bererti ’suka mencuri’.
• Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata
  yang membawa maksud yang tepat dan padat.
• Simpulan bahasa adalah gabungan dua perkataan biasa yang
  digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk
  menggambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai
  spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka.
Pengenalan                                   SIMPULAN BAHASA


• Menurut Za'ba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan
  berdasarkan empat perkara iaitu:

  (a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang
  masyhur. (Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan
  sebagainya.)

  (b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.
  (Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.)

  (c) Daripada kepercayaan orang ramai (Contoh: harimau berantai,
  buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya).

  (d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh: ada hati,
  gila bahasa, beri muka dan sebagainya.)
OBJEKTIF                                   SIMPULAN BAHASA



• Simpulan bahasa digunakan bagi menggantikan sesuatu
  perkataan yang kasar, bertujuan untuk menegur tetapi dalam
  erti kata yang halus.

• Antara tujuan penggunaan simpulan bahasa ialah, ia sinonim
  yang memperkaya gaya tulisan. Contohnya "anak tunggal"
  untuk menggantikan seorang anak, "iri hati" untuk dengki dan
  "berat tulang" untuk si malas.

• Simpulan bahasa membungai gaya penulisan. Contoh: "bunting
  padi", "cupak hanyut", dan "bunga bangsa".
OBJEKTIF                                      SIMPULAN BAHASA



• Simpulan bahasa merumuskan konsep yang rumit seperti "Cina
  buta“

• Sebagai contoh, penggunaan simpulan bahasa ”Cina buta” memberi
  gambaran mengenai seorang lelaki yang ingin merujuk kembali
  kepada isteri yang telah diceraikannya dengan talak tiga.

• Untuk kembali kepada isterinya semula, beliau perlu mencari suami
  kepada bekas isterinya terlebih dahulu sebelum mendapatkan
  isterinya balik.

• Sesungguhnya tujuan utama simpulan bahasa adalah untuk
  memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu
  kala.
CIRI-CIRI                                             SIMPULAN BAHASA


1.   Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.
     Contohnya: anak buah, buah tangan, dan lipas kudung.
     (Anak, buah, dan lipas ialah kata nama am)

2.   Terbentuk daripada penggunaan kata kerja.
     Contohnya: ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga.
      (Ajak, buat, dan pasang ialah kata kerja)

3.    Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif.
      Contohnya: besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati.
     (Besar, bodoh, dan kecil ialah kata adjektif)

4.   Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas.
     Contohnya: Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk.
     (Semua ini sebagai kata nama khas)
CIRI-CIRI                                           SIMPULAN BAHASA



5.   Terbentuk daripada nilai kepercayaan.
     Contohnya: air pinang, batu buyung, dan makan bulan.
     (Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu)

6.   Simpulan Bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan
     Contohnya: Gigi air, Hati batu, kecil hati, dan anak mata. Lihat
     contoh, hati batu bermakna seseorang yang degil dan tidak mahu
     mendengar kata.

7.   Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan.
     Contohnya: Saudara anjing, akal kancil, ajak-ajak ayam, biawak
     hidup, buaya darat, darah ikan dan sebagainya.
     Lihat contoh, akal kancil menggambarkan seseorang yang sangat pandai.
JENIS-JENIS                               SIMPULAN BAHASA



1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
   Contohnya: ada angin
   (a) mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan
   sesuatu.
   (b)sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna
   yang sama.
   Contohnya: Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
   muka talam, muka tebal, dan muka tembok.

3. Adat istiadat seperti ”Anak emas” yang bermaksud anak yang
   disayangi ibubapa melebihi anak-anak yang lain.
JENIS-JENIS                                   SIMPULAN BAHASA



4. Simpulan bahasa yang memaparkan kelakuan dan
   perangai seseorang seperti ”Berat tulang” iaitu orang yang
   pemalas.

5. Simpulan bahasa jenis aktiviti pula menunjukkan aktiviti ataupun
   rancangan seseorang. Contohnya ”Makan angin” yang bermaksud
   seseorang yang ingin melancong ke luar negara.

6. Simpulan bahasa jenis kebolehan pula digunakan bagi
   menunjukkan kepandaian dan ketidakpandaian seseorang.
   Contohnya, ”Ayam tambatan” bagi mengambarkan seseorang
   yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

7. Budaya hidup seperti cara hidup yang diamalkan dalam sesuatu
   masyarakat seperti ”Ajak-ajak ayam” yang bermaksud seseorang
   yang tidak ikhlas memperlawa orang lain.
AKTIVITI                               SIMPULAN BAHASA



  Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.




                       Semak jawapan
JAWAPAN       SIMPULAN BAHASA




     Berat Tulang
AKTIVITI                               SIMPULAN BAHASA



  Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.




                       Semak jawapan
JAWAPAN        SIMPULAN BAHASA




    Mulut Tempayan
AKTIVITI                               SIMPULAN BAHASA



  Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah.




                       Semak jawapan
Jawapan        SIMPULAN BAHASA




    Panjang Tangan
RUMUSAN                                       SIMPULAN BAHASA



•   Simpulan Bahasa hanya terdiri daripada dua patah perkataan
    sahaja dan perkataan-perkataan tersebut ia dapat membawa
    makna yang lain dari makna asalnya apabila digabungkan.

•   Perkataan-perkataan tersebut merupakan benda-benda yang
    terdapat di sekeliling manusia ketika itu hasil dari perbuatan
    manusia sendiri.

•   Simpulan bahasa merupakan sabahagian daripada bahasa
    kiasan dalam budaya melayu.

•   Keindahan simpulan bahasa merupakan cara sesuatu simpulan
    bahasa itu digunakan, yang membina minda.
RUMUSAN                                    SIMPULAN BAHASA



•   Tetapi pada masa kini, pelbagai simpulan bahasa dicipta yang
    memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak
    simpulan bahasa seperti robot.

•   Simpulan bahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang
    kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing
    dengan mengisi buku masing-masing dengan simpulan
    bahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit
    menghasilkan simpulan bahasa masing-masing.

•   Selain itu, simpulan bahasa yang baru dicipta ini juga
    mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah
    daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa
    sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
Bidalan
PENGENALAN     OBJEKTIF    CONTOH



  AKTIVITI     PENILAIAN   RUMUSAN
PENGENALAN                                        BIDALAN



•   Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah
    ‘melekat di mulut orang ramai'.

•   Kamus Dewan edisi keempat (2007), bidalan merupakan kata-
    kata yang sering kali disebut dan yang mengandungi nasihat,
    peringatan dan sebagainya.

•   Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu sejak dahulu lagi yang
    diamalkan dalam masyarakat Melayu ketika dalulu.

•   Bidalan juga merupakan susunan kata-kata yang telah
    digunakan umum dalam masyarakat Melayu.
PENGENALAN                                            BIDALAN



•   Menurut Abdullah Hassan, bidalan ialah pepatah atau
    peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.

•   Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti
    hendaklah, jangan, biar, lebih baik, harus dan usah.

•   Menurut Muhammad Said (1992) pula dalam bukunya
    mengatakan bidalan itu cakapan terus dan kiasan bercampur,
    kadang-kadang cakapan itu berlapis.

•   Jelas, bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang
    tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti
    dan dihayati.
OBJEKTIF                                            BIDALAN



•   Bidalan digunakan untuk melahirkan fikiran yang
    tajam, tepat, mengandungi
    perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata
    hikmat.

•   Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana
    puisi-puisi warisan Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi
    mahupun dalam kehidupan seharian mereka seperti untuk
    menegur, menyindir secara halus atau mengkritik.

•   Selain itu, bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi
    sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai
    maksud dua lapis.
OBJEKTIF                                            BIDALAN



•   Dalam masyrakat Melayu hari ini bidalan terus berperanan
    sebagai alat sindiran dan teguran yang amat praktikal dalam
    konteks mengkritik dan menegur dengan redha yang halus.

•   Bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat
    diharapkan dapat menjadi teladan dan pengajaran untuk
    diikuti dan dihayati.
CONTOH-CONTOH                                        BIDALAN




1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit
   Maksud: kerja yang dimulakan hendaklah diselesaikan.

2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh
   Maksud: Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar
   bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.

3. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
   Maksud: Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang
   itu, akibatnya buruk.
CONTOH-CONTOH                                    BIDALAN




4. Besar periuk, besarlah keraknya
   Maksud: semakin besar pendapatan, semakin besar
   perbelanjaannya.

5. Biar tersengat, jangan tertiarap
   Maksud: lebih baik menanggung sedikit kesusahan daripada
   terus menderita.

6. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
   Maksud: merujuk orang yang sedikit ilmu dan pengalaman
   supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.
AKTIVITI                                          BIDALAN



Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1. Bertemu buku dengan ________.

2. Ada _______ ada semut.

3. Ada udang ________ batu.

4. Baik _____ resmi padi, jangan bawa resmi _______.

5. Belum duduk sudah ________.
                                                       JAWAPAN
JAWAPAN                                              BIDALAN



Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1. Bertemu buku dengan ruas.

2. Ada gula ada semut.

3. Ada udang disebalik batu.

4. Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang.

5. Belum duduk sudah belunjur.
PENILAIAN                                         BIDALAN



Berikan maksud bidalan di bawah.

1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

2. Alah bisa tegal biasa.

3. Bumi mana tidak ditimpa hujan.

4. Biar genting jangan putus.

5. Biar lambat asalkan selamat.
                                                     JAWAPAN
JAWAPAN                                                           BIDALAN



1.   Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
     jangan disangka orang yang pendiam itu atau tenang tidak berbahaya.

2.   Alah bisa tegal biasa
     pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.

3.   Bumi mana tidak ditimpa hujan
     setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.

4.   Biar genting jangan putus
     lebih baik rugi kecil, jangan rugi besar.

5.   Biar lambat asalkan selamat
     membuat sesuatu kerja dengan berhati - hati
RUMUSAN                                             BIDALAN




   Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu dan juga merupakan
    peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.

   Bidalan ialah cakapan terus dan kiasan bercampur dan lebih
    kerap digunakan kerana mempunyai nilai, ilmu dan
    pengajaran.

   Bidalan ialah kata kiasan yang mempunyai makna yang
    tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti
    dan dihayati.
RUMUSAN                                              BIDALAN




   Bidalan juga menunjukkan betapa orang Melayu begitu
    kreatif untuk menyampaikan sesuatu misalnya nasihat,
    kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati dan perasaan jiwa
    mereka.

   Bidalan harus diketahui oleh masyarakat kini agar tidak
    pupus ditelan zaman.

   Langkah memasukkan bidalan dalam pembelajaran
    merupakan langkah yang cukup baik untuk terus
    menghidupkan peribahasa Melayu.
PERUMPAMAAN


PENGENALAN   OBJEKTIF   UNSUR-UNSUR



 CONTOH      AKTIVITI    RUMUSAN
PENGENALAN                                         PERUMPAMAAN



   Perumpamaan juga mengambarkan kebijaksanaan masyrakat
    terdahulu kerana bahasa dan penggunaan kata yang digunakan
    begitu halus dan sopan bagi membuat perbandingan dengan
    sesuatu perkara.

   Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang
    membandingkan sesuatu dengan perkara yang berada di sekeliling
    kita.

   Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana, seperti,
    umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan.

   Oleh sebab itu, masyarakat dapat membezakan antara
    perumpamaan dengan penggunaan kata peribahasa Melayu yang
    lain.
PENGENALAN                                           PERUMPAMAAN



   Perumpamaan merupakan satu gambaran yang menunjukkan
    bahawa masyarakat melayu terdahulu memiliki satu ketajaman
    minda dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yang tinggi.

   Hal ini adalah kerana, setiap perumpamaan yang dibuat pasti akan
    mempunyai hubung-kaitnya dengan alam sekeliling.

   Contohnya perumpamaan itik tidak sudu ayam tidak patuk telah
    menggunakan unsur-unsur binatang bagi membuat perumpamaan
    ini.

   Oleh sebab itu, dapat ditegaskan disini bahawa perumpamaan
    yang dibuat oleh masyarakat terdahulu ada mempunyai kaitan
    dengan kebijaksaan dan alam sekeliling.
OBJEKTIF                                        PERUMPAMAAN




   Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in
    Shaari (2009), perumpamaan digunakan untuk memberi
    teguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secara
    halus.

   Melalui penggunaan kata perumpamaan individu yang
    mendegar tidak mudah tersinggung.

   Oleh sebab itu, memang wajarlah penggunaan kata
    perumpamaan digunakan bagi mengelak pelbagai salah
    sangka yang akan timbul.
OBJEKTIF                                          PERUMPAMAAN




   Selain daripada itu juga, perumpamaan merupakan satu
    medium yang sangat sesuai untuk menyindir seseorang
    tanpa menyebabkan mereka merasa tersinggung.

   Hal ini adalah kerana, setiap baris ayat yang digunakan dalam
    perumpamaan hanya menggunakan perkataan yang banyak
    berkaitan dengan alam semulajadi.

   Setiap fitrah yang berlaku dalam kehidupan seharian
    diadaptasi dalam perumpamaan untuk memberi kesedaran
    kepada manusia.
UNSUR-UNSUR                                         PERUMPAMAAN



Penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan

•   Jika diperhatikan kebanyakan perkataan perumpamaan banyak
    terdiri daripada unsur-unsur binatang.

•   Setiap kelakuan yang dilakukan oleh binatang akan diterjemahkan
    dalam penggunaan perkataan perumpamaan dan ditujukan
    kepada kehidupan seharian manusia.

•   Kata-kata yang berkisarkan kepada binatang ini mampu untuk
    menyedarkan kita mengenai adat dan cara kehidupan yang lebih
    teratur.

•   Contoh penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan adalah
    seperti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati
    kehausan, bagai murai dicabut ekor sebagainya.
UNSUR-UNSUR                                       PERUMPAMAAN



Penggunaan unsur tumbuhan dalam perumpamaan

•   Unsur tumbuhan juga banyak digunakan dalam perumpamaan
    seperti pokok, daun, dahan dan sebagainya.

•   Perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ini
    menggunakan kaedah perbandinagan antara tumbuhan dengan
    sifat manusia atau disebut sebagai simile.

•   Contoh perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ialah
    laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

•   Berdasarkan perumpamaan diatas dapat dilihat bahawa
    penggunaan bunga dedap itu digunakan bertujuan untuk
    mengambarkan sifat seseorang.
UNSUR-UNSUR                                       PERUMPAMAAN



Penggunaan unsur alam sekitar dan manusia dalam perumpamaan

•   Alam sekitar merupakan satu persekitaran yang paling rapat dengan
    manusia.

•   Oleh sebab itu, masyarakat terdahulu banyak menggunakan unsur
    alam sekitar dalam mencipta perumpamaan dan sebagainya.

•   Perumpamaan yang menggunakan unsur alam sekitar ialah bagai
    hujan jatuh ke pasir bermaksud sia-sia berbuat baik kepada orang
    yang tidak mengenang budi.

•   perumpamaan ada menggunakan unsur-unsur manusia ialah seperti
    anak muda jolong berkeris yang bermaksud keghairahan seseorang
    untuk menggunakan sesuatu yang baru diperolehinya
CONTOH-CONTOH                                  PERUMPAMAAN



1. Seperti harimau menyembunyikan kukunya.
   Maksud: Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

2. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
   Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa.

3. Seperti aur dengan tebing.
   Maksud: Dua orang yang berkawan rapat dan saling
   membantu.

4. Seperti embun dihujung rumput.
   Maksud: Tidak kekal
CONTOH-CONTOH                                  PERUMPAMAAN




5. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang .
   Maksud: Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

6. Seperti lintah menghisap darah.
   Maksud: Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara
   lemah lembut.

7. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
   Maksud: Orang besar yang merendahkan diri tidak akan
   jatuh martabatnya.
AKTIVITI                 PERUMPAMAAN




            Berikan perumpamaan
           yang sesuai berdasarkan
             gambar di sebelah.

                      Klik
                   untuk lihat
                    jawapan
JAWAPAN      PERUMPAMAAN




           BAGAI
            AUR
          DENGAN
          TEBING
JAWAPAN                 PERUMPAMAAN




           Berikan perumpamaan
          yang sesuai berdasarkan
            gambar di sebelah.

                     Klik
                  untuk lihat
                   jawapan
AKTIVITI              PERUMPAMAAN




           HARIMAU MATI MENINGGALKAN
                    BELANG,

           MANUSIA MATI MENINGGALKAN
                     NAMA
AKTIVITI                 PERUMPAMAAN




            Berikan perumpamaan
           yang sesuai berdasarkan
             gambar di sebelah.

                      Klik
                   untuk lihat
                    jawapan
JAWAPAN      PERUMPAMAAN




          SEPERTI
           LIPAS
          KUDUNG
RUMUSAN                                       PERUMPAMAAN




   Perumpamaan merupakan satu bidang ilmu yang mempunyai
    makna yang tersendiri.

   Perumpamaan merupakan salah satu lambang kebijaksanaan
    dan ketajaman akal fikiran masyarakat terdahulu terhadap
    alam sekitar dalam mencipta perumpamaan.

   Namun demikian, masyarakat Melayu kini kurang
    menggunakan perumpamaan dalam kehidupan seharian
    mereka menyebabkan perumpamaan kian dilupakan.
RUMUSAN                                         PERUMPAMAAN




   Hal ini adalah kerana, kurangnya pengetahuan dan minat
    masyarakat terhadap penggunaan perumpamaan.

   Disamping itu juga, masyarakat kurang memahami makna
    dan erti kata perumpamaan menyebabkan mereka tidak
    berminat menggunakan perumpamaan dalam perbualan dan
    kehidupan seharian mereka.

   Poleh itu, penerapan penggunaan perumpamaan dalam diri
    pelajar sejak kecil lagi akan mewujudkan kesinambungan
    dalam penggunaan perumpamaan dan perumpamaan tidak
    akan luput walaupun zaman berubah.
pepatah
PENGENALAN     OBJEKTIF    CONTOH



  AKTIVITI     PENILAIAN   RUMUSAN
PENGENALAN                                      BAHASA KIASAN




   Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat
    resam Melayu.

   Ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyai
    cari-ciri puisi tradisional Melayu.

   Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada
    orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani
    kehidupan dan mengamalkan adat resam dengan lebih
    sempurna.
PENGENALAN                                     BAHASA KIASAN




   Biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan
    sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran
    yang hendak disampaikan.

   Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.
OBJEKTIF                                        BAHASA KIASAN




   Pepatah digunakan untuk menunjukkan bahawa masyarakat
    Melayu pada zaman dahulu sangat kreatif dan bijak dalam
    berkata-kata.

   Pepatah juga bertujuan untuk melatih pengguna atau
    penutur berfikir sebelum berkata-kata.

   Selain itu, pepatah juga digunakan untuk menyerikan lagi
    ayat dan menjadikan percakapan lebih sedap untuk didengar.
CONTOH                                           BAHASA KIASAN




               Air dicincang
             tidak akan putus
Ertinya:
            Dua orang yang bersaudara tidak dapat
                 dipisahkan oleh perselisihan.
Contoh ayat:
   Mereka itu walaupun teruk bergaduh, tentu akan berbaik-
   baik semula, bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus.
CONTOH                                            BAHASA KIASAN




             Ada batang mati,
           Ada cendawan tumbuh
Ertinya:
             Setiap negara ada undang-undang dan
                 adat resamnya masing-masing.
Contoh ayat:
   Bila berada di rantau orang, jaga-jagalah diri itu supaya tidak
   menyalahi dengan kebiasaan di situ, kerana ada batang
   mati, adalah cendawan tumbuh.
CONTOH                                        BAHASA KIASAN




              Makin murah
             Makin menawar
Ertinya:
            Makin diberi, makin banyak diminta.

Contoh ayat:
   orang yang bersifat tamak tentulah selalu makin murah
   makin menawar bila dituruti kemahuannya.
CONTOH                                       BAHASA KIASAN




                Nasi sudah
               Menjadi bubur
Ertinya:
               Sesuatu yang sudah musnah
                 tidak boleh dibaiki lagi.

Contoh ayat:

   kami tidak mahu terjadi nasi sudah menjadi bubur suatu
   masa nanti.
AKTIVITI                                           BAHASA KIASAN




Berikan maksud pepatah di bawah:
 (klik pada pepatah untuk lihat jawapan)


1. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

2. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada
   janjinya.

3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

4. Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan.
BAHASA KIASAN



    Cakap siang pandang-
pandang, cakap malam dengar-
           dengar.
                  Maksud:
 Memperkatakan sesuatu hal biarlah berhati-hati
      Dan memilih tempat yang sesuai.
BAHASA KIASAN




Kerbau dipegang pada talinya,
manusia dipegang pada janjinya
                  Maksud:
     Janji yang diucap mestilah ditepati
BAHASA KIASAN




Ke bukit sama didaki, ke lurah
         sama dituruni.
                 Maksud:
 Tolong menolong apabila membuat sesuatu
   pekerjaan sama ada susah atau senang.
BAHASA KIASAN




  Malam berselimutkan
embun, siang berlindungkan
          awan
                Maksud:
Sangat miskin sehingga tidak mempunyai
   tempat berlindung atau berteduh.
PENILAIAN                                 BAHASA KIASAN




Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah:



        Di mana bumi dipijak,
      Di situ langit dijunjung.
                         SEMAK CONTOH
CONTOH AYAT                                  BAHASA KIASAN




      Di mana bumi dipijak,
    Di situ langit dijunjung.
 Robert menjalani hidup mengikut adat resam penduduk
 setempat kerana baginya di mana bumi dipijak, di situ
 langit dijunjung.
PENILAIAN                                 BAHASA KIASAN




Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah:



           BAGAIMANA ACUAN,
           BEGITULAH KUIHNYA.
                         SEMAK CONTOH
CONTOH AYAT                             BAHASA KIASAN




        BAGAIMANA ACUAN,
        BEGITULAH KUIHNYA.
 Perangai Ahmad saling tidak tumpah seperti ayahnya
 kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
PENILAIAN                                 BAHASA KIASAN




Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah:



        MASUK TELINGA KANAN,
         KELUAR TELINGA KIRI.
                         SEMAK CONTOH
CONTOH AYAT                               BAHASA KIASAN




     MASUK TELINGA KANAN,
      KELUAR TELINGA KIRI.

 Kini dia terjebak dalam kancah penagihan dadah kerana
 nasihat ibunya hanyalah sekadar masuk telinga kanan,
 keluar telinga kiri.
RUMUSAN                                       BAHASA KIASAN



•   Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat
    resam Melayu dan biasanya terdapat pengulangan kata
    yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-
    unsur pengajaran yang hendak disampaikan.

•   Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang
    berangkap dan ungkapan tersebut tidak pernah
    berubah, malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional
    Melayu.

•   Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada
    orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani
    kehidupan dengan lebih sempurna.

Contenu connexe

Tendances

Makalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaMakalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaSTMIK Sumedang
 
Kuliah bbm3204 5
Kuliah bbm3204 5Kuliah bbm3204 5
Kuliah bbm3204 5robeah
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASAZakira Hafizah
 
Kesalahan umum penggunaan bahasa melayu
Kesalahan umum penggunaan bahasa melayuKesalahan umum penggunaan bahasa melayu
Kesalahan umum penggunaan bahasa melayuDeen Jack
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasaTutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasaMok Ming yan
 
BAB 3 - DINAMIKA BAHASA MELAYU
BAB 3 - DINAMIKA BAHASA MELAYUBAB 3 - DINAMIKA BAHASA MELAYU
BAB 3 - DINAMIKA BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Peribahasa 123
Peribahasa 123Peribahasa 123
Peribahasa 123voon sj
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Clatan yongchee
 
Makalah kesantunan #kebiasaan sebagai pembentuk perilaku
Makalah kesantunan #kebiasaan sebagai pembentuk perilakuMakalah kesantunan #kebiasaan sebagai pembentuk perilaku
Makalah kesantunan #kebiasaan sebagai pembentuk perilakuveni zaki
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Kesantunan dalam komunikasi
Kesantunan dalam komunikasiKesantunan dalam komunikasi
Kesantunan dalam komunikasiJaf Hussin
 
Sayama malabar-buku-sosiolinguistik
Sayama malabar-buku-sosiolinguistikSayama malabar-buku-sosiolinguistik
Sayama malabar-buku-sosiolinguistikZHARFANQORYSIROJ
 
Bahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam KomunikasiBahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam KomunikasiSyahremie Teja
 

Tendances (20)

Makalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaMakalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesia
 
Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)
 
Kuliah bbm3204 5
Kuliah bbm3204 5Kuliah bbm3204 5
Kuliah bbm3204 5
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
 
4.ragam bahasa
4.ragam bahasa4.ragam bahasa
4.ragam bahasa
 
Kesalahan umum penggunaan bahasa melayu
Kesalahan umum penggunaan bahasa melayuKesalahan umum penggunaan bahasa melayu
Kesalahan umum penggunaan bahasa melayu
 
BAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASANBAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASAN
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasaTutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
Tutorial 3 Konsep kesantunan bahasa
 
BAB 3 - DINAMIKA BAHASA MELAYU
BAB 3 - DINAMIKA BAHASA MELAYUBAB 3 - DINAMIKA BAHASA MELAYU
BAB 3 - DINAMIKA BAHASA MELAYU
 
Ragam bahasa
Ragam bahasaRagam bahasa
Ragam bahasa
 
Peribahasa 123
Peribahasa 123Peribahasa 123
Peribahasa 123
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Makalah kesantunan #kebiasaan sebagai pembentuk perilaku
Makalah kesantunan #kebiasaan sebagai pembentuk perilakuMakalah kesantunan #kebiasaan sebagai pembentuk perilaku
Makalah kesantunan #kebiasaan sebagai pembentuk perilaku
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Kesantunan dalam komunikasi
Kesantunan dalam komunikasiKesantunan dalam komunikasi
Kesantunan dalam komunikasi
 
Sayama malabar-buku-sosiolinguistik
Sayama malabar-buku-sosiolinguistikSayama malabar-buku-sosiolinguistik
Sayama malabar-buku-sosiolinguistik
 
Bahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam KomunikasiBahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam Komunikasi
 
Pilihan kata-diksi
Pilihan kata-diksiPilihan kata-diksi
Pilihan kata-diksi
 

En vedette

Midnight Moon - R.I.P
Midnight Moon - R.I.PMidnight Moon - R.I.P
Midnight Moon - R.I.Pimissmypom
 
Zelfdiscipline kan je leren
Zelfdiscipline kan je lerenZelfdiscipline kan je leren
Zelfdiscipline kan je lerenWim Stuyck
 
Osallistava päätöksenteko
Osallistava päätöksentekoOsallistava päätöksenteko
Osallistava päätöksentekoKonnamon
 
Sara bartoli presentazione
Sara bartoli presentazioneSara bartoli presentazione
Sara bartoli presentazionesarabartoli91
 

En vedette (6)

Up meanings
Up meaningsUp meanings
Up meanings
 
Midnight Moon - R.I.P
Midnight Moon - R.I.PMidnight Moon - R.I.P
Midnight Moon - R.I.P
 
Zelfdiscipline kan je leren
Zelfdiscipline kan je lerenZelfdiscipline kan je leren
Zelfdiscipline kan je leren
 
Osallistava päätöksenteko
Osallistava päätöksentekoOsallistava päätöksenteko
Osallistava päätöksenteko
 
Sara bartoli presentazione
Sara bartoli presentazioneSara bartoli presentazione
Sara bartoli presentazione
 
Practical 1
Practical 1Practical 1
Practical 1
 

Similaire à Bidalan Bermakna

Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan aKrb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan aSK Seri Tawai
 
Assignment en azmi..gaya bahasa
Assignment en azmi..gaya bahasaAssignment en azmi..gaya bahasa
Assignment en azmi..gaya bahasaZuzanariah Osman
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Oliver Louise
 
Peribahasa3t 110725224712-phpapp02-1
Peribahasa3t 110725224712-phpapp02-1Peribahasa3t 110725224712-phpapp02-1
Peribahasa3t 110725224712-phpapp02-1Mal_Pisces
 
Makalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaMakalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaSTMIK Sumedang
 
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYUHMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYUEddy Terinisip
 
4. ciri dan ragam bahasa.pptx
4. ciri dan ragam bahasa.pptx4. ciri dan ragam bahasa.pptx
4. ciri dan ragam bahasa.pptxQurrotaAyuNeina
 
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa Indonesia
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa IndonesiaMakalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa Indonesia
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa IndonesiaBram Agus Leonardo
 
Mkdu bahasa indonesia 2012
Mkdu bahasa indonesia 2012Mkdu bahasa indonesia 2012
Mkdu bahasa indonesia 2012Imo Priyanto
 
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1Muhammad Idris
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
PeribahasaRynna
 
Diksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaDiksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaOki16
 
Powerpoint ragam bahasa indonesia
Powerpoint ragam bahasa indonesiaPowerpoint ragam bahasa indonesia
Powerpoint ragam bahasa indonesiaWaQhyoe Arryee
 
powerpointragambahasaindonesia-130913094454-phpapp01-1.pdf
powerpointragambahasaindonesia-130913094454-phpapp01-1.pdfpowerpointragambahasaindonesia-130913094454-phpapp01-1.pdf
powerpointragambahasaindonesia-130913094454-phpapp01-1.pdfDharmasantiRawidyaPu
 
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoPresentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoSugeng Riadi
 
Annisa ulfah dan rusida sari xii ips 2
Annisa ulfah dan rusida sari xii ips 2Annisa ulfah dan rusida sari xii ips 2
Annisa ulfah dan rusida sari xii ips 2Paarief Udin
 
Karakteristik Bahasa Arab.pdf
Karakteristik Bahasa Arab.pdfKarakteristik Bahasa Arab.pdf
Karakteristik Bahasa Arab.pdfZukét Printing
 

Similaire à Bidalan Bermakna (20)

Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan aKrb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan a
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Assignment en azmi..gaya bahasa
Assignment en azmi..gaya bahasaAssignment en azmi..gaya bahasa
Assignment en azmi..gaya bahasa
 
Materi sesi 1.pptx
Materi sesi 1.pptxMateri sesi 1.pptx
Materi sesi 1.pptx
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
 
Peribahasa3t 110725224712-phpapp02-1
Peribahasa3t 110725224712-phpapp02-1Peribahasa3t 110725224712-phpapp02-1
Peribahasa3t 110725224712-phpapp02-1
 
sesi 1.pptx
sesi 1.pptxsesi 1.pptx
sesi 1.pptx
 
Makalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesiaMakalah bahasa indonesia
Makalah bahasa indonesia
 
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYUHMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HMT223-MORFOLOGI BAHASA MELAYU
 
4. ciri dan ragam bahasa.pptx
4. ciri dan ragam bahasa.pptx4. ciri dan ragam bahasa.pptx
4. ciri dan ragam bahasa.pptx
 
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa Indonesia
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa IndonesiaMakalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa Indonesia
Makalah bahasa indonesia Ejaan Bahasa Indonesia
 
Mkdu bahasa indonesia 2012
Mkdu bahasa indonesia 2012Mkdu bahasa indonesia 2012
Mkdu bahasa indonesia 2012
 
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Diksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasaDiksi dan gaya bahasa
Diksi dan gaya bahasa
 
Powerpoint ragam bahasa indonesia
Powerpoint ragam bahasa indonesiaPowerpoint ragam bahasa indonesia
Powerpoint ragam bahasa indonesia
 
powerpointragambahasaindonesia-130913094454-phpapp01-1.pdf
powerpointragambahasaindonesia-130913094454-phpapp01-1.pdfpowerpointragambahasaindonesia-130913094454-phpapp01-1.pdf
powerpointragambahasaindonesia-130913094454-phpapp01-1.pdf
 
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoPresentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
 
Annisa ulfah dan rusida sari xii ips 2
Annisa ulfah dan rusida sari xii ips 2Annisa ulfah dan rusida sari xii ips 2
Annisa ulfah dan rusida sari xii ips 2
 
Karakteristik Bahasa Arab.pdf
Karakteristik Bahasa Arab.pdfKarakteristik Bahasa Arab.pdf
Karakteristik Bahasa Arab.pdf
 

Bidalan Bermakna

  • 1. Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Mohd Fazri bin Rahim 910427-06-5667 PISMP BM1 SEM 3
  • 2. Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah PENGENALAN TOPIK 1 TOPIK 2 TOPIK 3 TOPIK 4
  • 3. PERIBAHASA • Mengikut Za’ba, peribahasa ialah susunan cakap yang pendek, yang telah melekat di mulut orang ramai sejak zaman- berzaman. • Peribahasa merupakan sebahagian daripada khazanah sastera orang Melayu, yang tergolong dalam sastera lisan. • Peribahasa tidak diketahui penciptanya, kerana dalam masyarakat lampau individu tidak dipentingkan dan sesebuah karya menjadi hak milik kekal masyarakat itu sendiri. • Mengikut Za’ba, penerbitan ungkapan sesuatu peribahasa adalah asalnya dari individu atau sekumpulan manusia.
  • 4. • Bentuknya ringkas, tepat dengan maksud yang hendak dicapai dan mengandungi kebenaran, terbit daripada pengalaman sendiri atau yang telah diperhatikan berlaku pada orang lain. • Kemudian, apabila bentuk itu digemari orang lain, mereka pula menggunakannya berulang-ulang dan tersebar kepada orang lain. • Akhirnya, ia menjadi terkenal dan diwarisi secara turun-temurun. • Contoh peribahasa Melayu adalah seperti berikut: 1. Bidalan 5. Kiasan 2. Pepatah 6. Kata Hikmat 3. Perbilangan 7. Simpulan Bahasa 4. Perumpamaan
  • 5. Simpulan Bahasa PENGENALAN OBJEKTIF CIRI-CIRI JENIS-JENIS AKTIVITI RUMUSAN
  • 6. Pengenalan SIMPULAN BAHASA • Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut. • Misalnya, kaki ayam, yang bererti ”tidak berkasut” dan panjang tangan yang bererti ’suka mencuri’. • Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. • Simpulan bahasa adalah gabungan dua perkataan biasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka.
  • 7. Pengenalan SIMPULAN BAHASA • Menurut Za'ba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu: (a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur. (Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.) (b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya. (Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.) (c) Daripada kepercayaan orang ramai (Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya). (d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.)
  • 8. OBJEKTIF SIMPULAN BAHASA • Simpulan bahasa digunakan bagi menggantikan sesuatu perkataan yang kasar, bertujuan untuk menegur tetapi dalam erti kata yang halus. • Antara tujuan penggunaan simpulan bahasa ialah, ia sinonim yang memperkaya gaya tulisan. Contohnya "anak tunggal" untuk menggantikan seorang anak, "iri hati" untuk dengki dan "berat tulang" untuk si malas. • Simpulan bahasa membungai gaya penulisan. Contoh: "bunting padi", "cupak hanyut", dan "bunga bangsa".
  • 9. OBJEKTIF SIMPULAN BAHASA • Simpulan bahasa merumuskan konsep yang rumit seperti "Cina buta“ • Sebagai contoh, penggunaan simpulan bahasa ”Cina buta” memberi gambaran mengenai seorang lelaki yang ingin merujuk kembali kepada isteri yang telah diceraikannya dengan talak tiga. • Untuk kembali kepada isterinya semula, beliau perlu mencari suami kepada bekas isterinya terlebih dahulu sebelum mendapatkan isterinya balik. • Sesungguhnya tujuan utama simpulan bahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala.
  • 10. CIRI-CIRI SIMPULAN BAHASA 1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya: anak buah, buah tangan, dan lipas kudung. (Anak, buah, dan lipas ialah kata nama am) 2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya: ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga. (Ajak, buat, dan pasang ialah kata kerja) 3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya: besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati. (Besar, bodoh, dan kecil ialah kata adjektif) 4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya: Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk. (Semua ini sebagai kata nama khas)
  • 11. CIRI-CIRI SIMPULAN BAHASA 5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya: air pinang, batu buyung, dan makan bulan. (Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu) 6. Simpulan Bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan Contohnya: Gigi air, Hati batu, kecil hati, dan anak mata. Lihat contoh, hati batu bermakna seseorang yang degil dan tidak mahu mendengar kata. 7. Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan. Contohnya: Saudara anjing, akal kancil, ajak-ajak ayam, biawak hidup, buaya darat, darah ikan dan sebagainya. Lihat contoh, akal kancil menggambarkan seseorang yang sangat pandai.
  • 12. JENIS-JENIS SIMPULAN BAHASA 1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya: ada angin (a) mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu. (b)sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri. 2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya: Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu. muka talam, muka tebal, dan muka tembok. 3. Adat istiadat seperti ”Anak emas” yang bermaksud anak yang disayangi ibubapa melebihi anak-anak yang lain.
  • 13. JENIS-JENIS SIMPULAN BAHASA 4. Simpulan bahasa yang memaparkan kelakuan dan perangai seseorang seperti ”Berat tulang” iaitu orang yang pemalas. 5. Simpulan bahasa jenis aktiviti pula menunjukkan aktiviti ataupun rancangan seseorang. Contohnya ”Makan angin” yang bermaksud seseorang yang ingin melancong ke luar negara. 6. Simpulan bahasa jenis kebolehan pula digunakan bagi menunjukkan kepandaian dan ketidakpandaian seseorang. Contohnya, ”Ayam tambatan” bagi mengambarkan seseorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan 7. Budaya hidup seperti cara hidup yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat seperti ”Ajak-ajak ayam” yang bermaksud seseorang yang tidak ikhlas memperlawa orang lain.
  • 14. AKTIVITI SIMPULAN BAHASA Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah. Semak jawapan
  • 15. JAWAPAN SIMPULAN BAHASA Berat Tulang
  • 16. AKTIVITI SIMPULAN BAHASA Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah. Semak jawapan
  • 17. JAWAPAN SIMPULAN BAHASA Mulut Tempayan
  • 18. AKTIVITI SIMPULAN BAHASA Berikan peribahasa yang sesuai untuk gambar di bawah. Semak jawapan
  • 19. Jawapan SIMPULAN BAHASA Panjang Tangan
  • 20. RUMUSAN SIMPULAN BAHASA • Simpulan Bahasa hanya terdiri daripada dua patah perkataan sahaja dan perkataan-perkataan tersebut ia dapat membawa makna yang lain dari makna asalnya apabila digabungkan. • Perkataan-perkataan tersebut merupakan benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia ketika itu hasil dari perbuatan manusia sendiri. • Simpulan bahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya melayu. • Keindahan simpulan bahasa merupakan cara sesuatu simpulan bahasa itu digunakan, yang membina minda.
  • 21. RUMUSAN SIMPULAN BAHASA • Tetapi pada masa kini, pelbagai simpulan bahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak simpulan bahasa seperti robot. • Simpulan bahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan simpulan bahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan simpulan bahasa masing-masing. • Selain itu, simpulan bahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
  • 22. Bidalan PENGENALAN OBJEKTIF CONTOH AKTIVITI PENILAIAN RUMUSAN
  • 23. PENGENALAN BIDALAN • Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah ‘melekat di mulut orang ramai'. • Kamus Dewan edisi keempat (2007), bidalan merupakan kata- kata yang sering kali disebut dan yang mengandungi nasihat, peringatan dan sebagainya. • Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu sejak dahulu lagi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu ketika dalulu. • Bidalan juga merupakan susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu.
  • 24. PENGENALAN BIDALAN • Menurut Abdullah Hassan, bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. • Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti hendaklah, jangan, biar, lebih baik, harus dan usah. • Menurut Muhammad Said (1992) pula dalam bukunya mengatakan bidalan itu cakapan terus dan kiasan bercampur, kadang-kadang cakapan itu berlapis. • Jelas, bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.
  • 25. OBJEKTIF BIDALAN • Bidalan digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat. • Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana puisi-puisi warisan Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka seperti untuk menegur, menyindir secara halus atau mengkritik. • Selain itu, bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.
  • 26. OBJEKTIF BIDALAN • Dalam masyrakat Melayu hari ini bidalan terus berperanan sebagai alat sindiran dan teguran yang amat praktikal dalam konteks mengkritik dan menegur dengan redha yang halus. • Bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat diharapkan dapat menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.
  • 27. CONTOH-CONTOH BIDALAN 1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit Maksud: kerja yang dimulakan hendaklah diselesaikan. 2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh Maksud: Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya. 3. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga Maksud: Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.
  • 28. CONTOH-CONTOH BIDALAN 4. Besar periuk, besarlah keraknya Maksud: semakin besar pendapatan, semakin besar perbelanjaannya. 5. Biar tersengat, jangan tertiarap Maksud: lebih baik menanggung sedikit kesusahan daripada terus menderita. 6. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga Maksud: merujuk orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.
  • 29. AKTIVITI BIDALAN Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. 1. Bertemu buku dengan ________. 2. Ada _______ ada semut. 3. Ada udang ________ batu. 4. Baik _____ resmi padi, jangan bawa resmi _______. 5. Belum duduk sudah ________. JAWAPAN
  • 30. JAWAPAN BIDALAN Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. 1. Bertemu buku dengan ruas. 2. Ada gula ada semut. 3. Ada udang disebalik batu. 4. Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang. 5. Belum duduk sudah belunjur.
  • 31. PENILAIAN BIDALAN Berikan maksud bidalan di bawah. 1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. 2. Alah bisa tegal biasa. 3. Bumi mana tidak ditimpa hujan. 4. Biar genting jangan putus. 5. Biar lambat asalkan selamat. JAWAPAN
  • 32. JAWAPAN BIDALAN 1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya jangan disangka orang yang pendiam itu atau tenang tidak berbahaya. 2. Alah bisa tegal biasa pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan. 3. Bumi mana tidak ditimpa hujan setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan. 4. Biar genting jangan putus lebih baik rugi kecil, jangan rugi besar. 5. Biar lambat asalkan selamat membuat sesuatu kerja dengan berhati - hati
  • 33. RUMUSAN BIDALAN  Bidalan termasuk dalam kiasan Melayu dan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.  Bidalan ialah cakapan terus dan kiasan bercampur dan lebih kerap digunakan kerana mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran.  Bidalan ialah kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati.
  • 34. RUMUSAN BIDALAN  Bidalan juga menunjukkan betapa orang Melayu begitu kreatif untuk menyampaikan sesuatu misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati dan perasaan jiwa mereka.  Bidalan harus diketahui oleh masyarakat kini agar tidak pupus ditelan zaman.  Langkah memasukkan bidalan dalam pembelajaran merupakan langkah yang cukup baik untuk terus menghidupkan peribahasa Melayu.
  • 35. PERUMPAMAAN PENGENALAN OBJEKTIF UNSUR-UNSUR CONTOH AKTIVITI RUMUSAN
  • 36. PENGENALAN PERUMPAMAAN  Perumpamaan juga mengambarkan kebijaksanaan masyrakat terdahulu kerana bahasa dan penggunaan kata yang digunakan begitu halus dan sopan bagi membuat perbandingan dengan sesuatu perkara.  Perumpamaan merupakan sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan perkara yang berada di sekeliling kita.  Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana, seperti, umpama, bak dan sebagainya sebagai kunci permulaan.  Oleh sebab itu, masyarakat dapat membezakan antara perumpamaan dengan penggunaan kata peribahasa Melayu yang lain.
  • 37. PENGENALAN PERUMPAMAAN  Perumpamaan merupakan satu gambaran yang menunjukkan bahawa masyarakat melayu terdahulu memiliki satu ketajaman minda dan kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yang tinggi.  Hal ini adalah kerana, setiap perumpamaan yang dibuat pasti akan mempunyai hubung-kaitnya dengan alam sekeliling.  Contohnya perumpamaan itik tidak sudu ayam tidak patuk telah menggunakan unsur-unsur binatang bagi membuat perumpamaan ini.  Oleh sebab itu, dapat ditegaskan disini bahawa perumpamaan yang dibuat oleh masyarakat terdahulu ada mempunyai kaitan dengan kebijaksaan dan alam sekeliling.
  • 38. OBJEKTIF PERUMPAMAAN  Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009), perumpamaan digunakan untuk memberi teguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secara halus.  Melalui penggunaan kata perumpamaan individu yang mendegar tidak mudah tersinggung.  Oleh sebab itu, memang wajarlah penggunaan kata perumpamaan digunakan bagi mengelak pelbagai salah sangka yang akan timbul.
  • 39. OBJEKTIF PERUMPAMAAN  Selain daripada itu juga, perumpamaan merupakan satu medium yang sangat sesuai untuk menyindir seseorang tanpa menyebabkan mereka merasa tersinggung.  Hal ini adalah kerana, setiap baris ayat yang digunakan dalam perumpamaan hanya menggunakan perkataan yang banyak berkaitan dengan alam semulajadi.  Setiap fitrah yang berlaku dalam kehidupan seharian diadaptasi dalam perumpamaan untuk memberi kesedaran kepada manusia.
  • 40. UNSUR-UNSUR PERUMPAMAAN Penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan • Jika diperhatikan kebanyakan perkataan perumpamaan banyak terdiri daripada unsur-unsur binatang. • Setiap kelakuan yang dilakukan oleh binatang akan diterjemahkan dalam penggunaan perkataan perumpamaan dan ditujukan kepada kehidupan seharian manusia. • Kata-kata yang berkisarkan kepada binatang ini mampu untuk menyedarkan kita mengenai adat dan cara kehidupan yang lebih teratur. • Contoh penggunaan unsur binatang dalam perumpamaan adalah seperti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, bagai murai dicabut ekor sebagainya.
  • 41. UNSUR-UNSUR PERUMPAMAAN Penggunaan unsur tumbuhan dalam perumpamaan • Unsur tumbuhan juga banyak digunakan dalam perumpamaan seperti pokok, daun, dahan dan sebagainya. • Perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ini menggunakan kaedah perbandinagan antara tumbuhan dengan sifat manusia atau disebut sebagai simile. • Contoh perumpamaan yang menggunakan unsur tumbuhan ialah laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. • Berdasarkan perumpamaan diatas dapat dilihat bahawa penggunaan bunga dedap itu digunakan bertujuan untuk mengambarkan sifat seseorang.
  • 42. UNSUR-UNSUR PERUMPAMAAN Penggunaan unsur alam sekitar dan manusia dalam perumpamaan • Alam sekitar merupakan satu persekitaran yang paling rapat dengan manusia. • Oleh sebab itu, masyarakat terdahulu banyak menggunakan unsur alam sekitar dalam mencipta perumpamaan dan sebagainya. • Perumpamaan yang menggunakan unsur alam sekitar ialah bagai hujan jatuh ke pasir bermaksud sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang budi. • perumpamaan ada menggunakan unsur-unsur manusia ialah seperti anak muda jolong berkeris yang bermaksud keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baru diperolehinya
  • 43. CONTOH-CONTOH PERUMPAMAAN 1. Seperti harimau menyembunyikan kukunya. Maksud: Orang yang menyembunyikan kelebihannya. 2. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa. 3. Seperti aur dengan tebing. Maksud: Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu. 4. Seperti embun dihujung rumput. Maksud: Tidak kekal
  • 44. CONTOH-CONTOH PERUMPAMAAN 5. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang . Maksud: Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. 6. Seperti lintah menghisap darah. Maksud: Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut. 7. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Maksud: Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
  • 45. AKTIVITI PERUMPAMAAN Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di sebelah. Klik untuk lihat jawapan
  • 46. JAWAPAN PERUMPAMAAN BAGAI AUR DENGAN TEBING
  • 47. JAWAPAN PERUMPAMAAN Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di sebelah. Klik untuk lihat jawapan
  • 48. AKTIVITI PERUMPAMAAN HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA
  • 49. AKTIVITI PERUMPAMAAN Berikan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di sebelah. Klik untuk lihat jawapan
  • 50. JAWAPAN PERUMPAMAAN SEPERTI LIPAS KUDUNG
  • 51. RUMUSAN PERUMPAMAAN  Perumpamaan merupakan satu bidang ilmu yang mempunyai makna yang tersendiri.  Perumpamaan merupakan salah satu lambang kebijaksanaan dan ketajaman akal fikiran masyarakat terdahulu terhadap alam sekitar dalam mencipta perumpamaan.  Namun demikian, masyarakat Melayu kini kurang menggunakan perumpamaan dalam kehidupan seharian mereka menyebabkan perumpamaan kian dilupakan.
  • 52. RUMUSAN PERUMPAMAAN  Hal ini adalah kerana, kurangnya pengetahuan dan minat masyarakat terhadap penggunaan perumpamaan.  Disamping itu juga, masyarakat kurang memahami makna dan erti kata perumpamaan menyebabkan mereka tidak berminat menggunakan perumpamaan dalam perbualan dan kehidupan seharian mereka.  Poleh itu, penerapan penggunaan perumpamaan dalam diri pelajar sejak kecil lagi akan mewujudkan kesinambungan dalam penggunaan perumpamaan dan perumpamaan tidak akan luput walaupun zaman berubah.
  • 53. pepatah PENGENALAN OBJEKTIF CONTOH AKTIVITI PENILAIAN RUMUSAN
  • 54. PENGENALAN BAHASA KIASAN  Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu.  Ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional Melayu.  Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani kehidupan dan mengamalkan adat resam dengan lebih sempurna.
  • 55. PENGENALAN BAHASA KIASAN  Biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.  Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.
  • 56. OBJEKTIF BAHASA KIASAN  Pepatah digunakan untuk menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu sangat kreatif dan bijak dalam berkata-kata.  Pepatah juga bertujuan untuk melatih pengguna atau penutur berfikir sebelum berkata-kata.  Selain itu, pepatah juga digunakan untuk menyerikan lagi ayat dan menjadikan percakapan lebih sedap untuk didengar.
  • 57. CONTOH BAHASA KIASAN Air dicincang tidak akan putus Ertinya: Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. Contoh ayat: Mereka itu walaupun teruk bergaduh, tentu akan berbaik- baik semula, bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus.
  • 58. CONTOH BAHASA KIASAN Ada batang mati, Ada cendawan tumbuh Ertinya: Setiap negara ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. Contoh ayat: Bila berada di rantau orang, jaga-jagalah diri itu supaya tidak menyalahi dengan kebiasaan di situ, kerana ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.
  • 59. CONTOH BAHASA KIASAN Makin murah Makin menawar Ertinya: Makin diberi, makin banyak diminta. Contoh ayat: orang yang bersifat tamak tentulah selalu makin murah makin menawar bila dituruti kemahuannya.
  • 60. CONTOH BAHASA KIASAN Nasi sudah Menjadi bubur Ertinya: Sesuatu yang sudah musnah tidak boleh dibaiki lagi. Contoh ayat: kami tidak mahu terjadi nasi sudah menjadi bubur suatu masa nanti.
  • 61. AKTIVITI BAHASA KIASAN Berikan maksud pepatah di bawah: (klik pada pepatah untuk lihat jawapan) 1. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. 2. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. 3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. 4. Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan.
  • 62. BAHASA KIASAN Cakap siang pandang- pandang, cakap malam dengar- dengar. Maksud: Memperkatakan sesuatu hal biarlah berhati-hati Dan memilih tempat yang sesuai.
  • 63. BAHASA KIASAN Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya Maksud: Janji yang diucap mestilah ditepati
  • 64. BAHASA KIASAN Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Maksud: Tolong menolong apabila membuat sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang.
  • 65. BAHASA KIASAN Malam berselimutkan embun, siang berlindungkan awan Maksud: Sangat miskin sehingga tidak mempunyai tempat berlindung atau berteduh.
  • 66. PENILAIAN BAHASA KIASAN Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah: Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung. SEMAK CONTOH
  • 67. CONTOH AYAT BAHASA KIASAN Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung. Robert menjalani hidup mengikut adat resam penduduk setempat kerana baginya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
  • 68. PENILAIAN BAHASA KIASAN Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah: BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH KUIHNYA. SEMAK CONTOH
  • 69. CONTOH AYAT BAHASA KIASAN BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH KUIHNYA. Perangai Ahmad saling tidak tumpah seperti ayahnya kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
  • 70. PENILAIAN BAHASA KIASAN Bina ayat berdasarkan pepatah di bawah: MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI. SEMAK CONTOH
  • 71. CONTOH AYAT BAHASA KIASAN MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI. Kini dia terjebak dalam kancah penagihan dadah kerana nasihat ibunya hanyalah sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
  • 72. RUMUSAN BAHASA KIASAN • Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu dan biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur- unsur pengajaran yang hendak disampaikan. • Pepatah juga merupakan sejenis peribahasa yang berangkap dan ungkapan tersebut tidak pernah berubah, malah mempunyai cari-ciri puisi tradisional Melayu. • Pepatah berfungsi sebagai panduan dan pedoman daripada orang tua-tua agar masyarakat masa kini dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.