SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES (CERDIK TETAPI DIHERDIK)
PENGENALAN ANALISIS KAJIAN KES
Kajian kes ini berkisar tentang seorang murid yang bernama Alia Maisara. Dia
merupakan seorang anak tunggal kepada seorang nelayan dan telah kematian
ibunya. Oleh yang demikian, didapati hubungannya amat rapat dengan ayahnya. Dia
amat ceria disamping ayahnya dan suka berceloteh tentang apa sahaja perkara.
Namun, sebaliknya keadaan ini amat berbeza apabila dia berada di sekolah.
Hubungannya dengan rakan-rakannya juga tidak seperti dia dan ayahnya. Dia
menjadi pendiam dan tidak mahu berkawan dengan rakan-rakannya yang lain.
Malah dia juga sukar untuk membuka mulut apabila diajukan soalan. Walaupun
begitu, dari segi pembelajaran Maisara sudahpun boleh membaca dan menulis
dengan baik tetapi perwatakannya agak berbeza dengan kanak-kanak lain.
Di dalam kes ini, cikgunya iaitu Cikgu Anis tidak suka akan dirinya kerana
pendiam. Oleh yang demikian, pada suatu hari, cikgu Anis telah menampar Maisara
kerana tidak mahu menjawab soalan yang diajukan berulang kali. Cikgu Anis juga
telah melemparkan kata-kata yang tidak wajar kepada Maisara. “Awak ni
menyusahkan saya saja, awak pandai baca, pandai tulis tapi bisu”. Walaupun dia
ditampar oleh gurunya itu dia tetap berdiam diri.
Kesan daripada tamparan itu, keesokan harinya Maisara datang ke sekolah
dengan keadaan pipinya yang lebam dan bengkak. Oleh yang demikian, Cikgu Anis
telah memeluk Maisara dan meminta maaf atas tindakannya tersebut dan dia amat
risau jika ayah Maisara memarahinya. Namun bagitu, Maisara masih seperti biasa
berdiam diri dan cikgu anis pun terus menyambung kerjanya.
Sebelum tamat kelas pada berkenaan, Cikgu Anis telah membacakan
sebuah cerita berkisar tentang “Si Tanggang” kepada semua muridnya. Dia telah
menamatkan cerita tersebut dengan menatakan, “Si Tanggang anak yang baik, ibu
perlu mendidik anak dengan cara yang betul.” Tanpa disangka Maisara mencelah
dan mengatakan “saya tak suka cikgu cakap tipu. Cikgu salah.” Manakala Cikgu
Anis dengan pantas menjawab, “ Aik ingatkan awak bisu.” Semua murid ketawakan
Maisara.
Sejak daripada peristiwa itu, Maisara sudah tidak lagi mahu ke sekolah.
Namun begitu, Cikgu anis tidak pernah mengambil tahu soal Maisara sehingga
suatu hari salah seorang muridnya memberitahu bahawa Anis telah dimasukkan ke
hospital kerana menghidap penyakit lemah jantung.
ANALISIS KAJIAN KES
i) Sebagai seorang guru wajarkah tindakan yang dipraktikkan oleh Cikgu
Anis?
Berdasarkan situasi ini, sebagai seorang guru sepatutnya tindakan seperti yang
dilakukan oleh Cikgu Anis ini tidak wajar berlaku dan dipraktikkan. Tindakan seperti
ini akan membuatkan emosi murid bertambah terganggu dan seterusnya
menganggu lagi hubungan positif dalam proses interaksi diantara guru dan murid.
Sepatutnya, seseorang guru itu haruslah mengambil berat terhadap setiap
pelajarnya dan perlulah turut lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada
pelajar seperti ini.
Melalui kajian dan pemerhatian, kami dapati Maisara ini tergolong daripada
tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku Maisara lebih kepada murung,
pengunduran diri dan pengasingan diri. Dalam hal ini, kesan daripada tingkah laku
bermasalah seperti ini telah membawa kepada kesan buruk dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akibat daripada sikap guru itu sendiri yang tidak
mewujudkan interaksi dua hala yang berkesan. Didapati sikap Cikgu Anis yang
kurang prihatin dan berempati terhadap pelajarnya juga menyebabkan keadaan dan
hubungan mereka bertambah buruk . Hal inilah yang menyebabkan perasaan yang
kurang sihat mula timbul dalam kalangan murid dan guru.
Oleh yang demikian, berdasarkan situasi ini guru haruslah mengambil berat
serta peka dan bersikap empati terhadap pelajarnya yang mempunyai tingkah laku
bermasalah seperti ini. Dengan adanya proses interaksi yang berkesan secara tidak
langsung ia dapat membantu dalam menentukan dan melaksanakan strategi dan
teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini,
demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan lagi
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
ii) Jika murid kita enggan bercakap atau gagal menjawab soalan yang
diajukan, apakah langkah yang tepat perlu diambil?
Selain itu, sebagai seorang guru, jika murid kita enggan bercakap atau gagal
menjawab soalan yang diajukan, kita haruslah mengambil langkah yang tepat dan
tidak seharusnya menyindir serta mengkritik pelajar tersebut seperti yang dilakukan
oleh Cikgu Anis. Oleh yang demikian, langkah yang sepatutnya dilakukan oleh
seorang guru apabila bertanyakan soalan haruslah berkomunikasi dengan suara
yang jelas dan dengan kadar percakapan yang sesuai serta menunjukkan air muka
yang berseri demi merapatkan hubungan.
Guru juga seharusnya menggunakan perkataan-perkataan yang mudah
supaya murid dapat memahaminya dengan baik tanpa keraguan. Seorang guru juga
haruslah mengelakkan penggunaan nada yang membosankan ketika bertutur .
Untuk itu, bertuturlah dengan nada variasi ransangan demi menarik perhatian pelajar
serta perlulah membentuk suasana yang kondusif untuk berkomunikasi. Guru juga
haruslah menggunakan gaya kepimpinan demokratik dengan melayan idea dan
cadangan dengan hati terbuka. Untuk itu secara tidak langsung, masalah murid yang
enggan bercakap dapat dikurangkan dengan adanya sikap guru seperti ini dan murid
lebih berkeyakinan untuk melontarkan idea mereka.
iii) Benarkah seorang murid yang pendiam itu menyusahkan kita sebagai
guru?
Sebagai seorang guru kita juga tidak wajar mengatakan bahawa murid yang
pendiam ini menyusahkan kita seperti apa yang dikatakan oleh Cikgu Anis.
Sewajarnya kita haruslah bersikap empati dan bersabar dengan mereka dan lebih
memberikan tumpuan kepada mereka. Mungkin lama kelamaan melalui interaksi
yang baik secara tidak langsung berjaya membantu murid tersebut lebih
berkeyakinan untuk bercakap. Sebagai seorang guru kita haruslah
bertanggungjawab dalam masalah pelajar seperti Maisara ini dengan bersemuka
bertanyakan masalahnya dan mengambil berat serta mengetahui latar belakangnya.
Dengan itu sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam mengendalikan pelajar ini.
iv) Adakah hubungan guru dengan murid hanya wujud dalam situasi formal
sahaja?
Selain daripada itu, hubungan guru dengan murid juga tidak seharusnya
wujud dalam situasi fomal sahaja, malah hubungan guru yang positif haruslah
terdapat pada sesi tidak formal juga. Contohnya hubungan saling hormat-
menghormati diantara guru dan pelajar apabila bertemu akan mengucapkan salam
serta saling bantu membantu. Secara tidak langsung, hubungan di luar kelas ini
wujud. Maknanya disini perasaan kekitaan juga akan timbul di antara para pelajar
dan guru sebagai sebuah keluarga yang mesra. Dengan kewujudan keadaan
seperti ini diluar bilik darjah juga dapat membantu pelajar melibatkan diri dalam
kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuklah usaha menggunakan
bahasa dengan betul dan sesuai.
v) Pernahkah anda terfikir ransangan yang diberikan oleh kita sudah
memadai dengan sekadar menyoal sahaja?
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, kita tidak seharusnya
hanya memadai dengan memberi ransangan sekadar menyoal sahaja, sebaliknya
aktiviti soal jawab yang dijalankan haruslah dapat menggerakkan pelajar-pelajar
untuk berfikir dan memerlukan proses interaksi diantara guru dengan pelajar-
pelajarnya. Proses interaksi ini juga membolehkan guru memotivasikan pelajar-
pelajar supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Interaksi dalam pengajaran dan
pembelajaran ini juga amat penting kerana merupakan proses utama bagi guru
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar.
vi) Wujudkah hubungan atau ransangan menggunakan pendekatan bercerita
untuk meningkatkan kemahiran lisan murid?
Secara umumnya, hubungan atau ransangan menggunakan pendekatan
bercerita untuk meningkatkan kemahiran lisan murid adalah tidak wujud. Hal ini
demikian kerana interaksi yang wujud hanyalah interaksi sehala iaitu hanya dari guru
kepada pelajarnya sahaja. Ini bermakna kemahiran lisan murid tidak dapat
bercambah melainkan dengan menambah aktiviti lain seperti bersoal-jawab. Malah,
aktiviti pembelajaran ini adalah bercorak pasif dan corak interaksinya lebih menjurus
kepada guru sahaja dan tiada interaksi diantara pelajar dengan pelajar.
vii) Mengapa guru tidak menggunakan kreativiti mereka ketika menyoal soalan
atau menjawab soalan murid?
Guru tidak menggunakan kreativiti mereka ketika menyoal soalan atau
menjawab soalan murid kerana kurangnya pengetahuan ikhtisas dalam diri guru
tersebut. Apabila tiadanya sikap ini, secara tidak langsung pelbagai jenis ilmu
pengetahuan tentang kaedah mengajar tidak dapat dikuasai dengan lebih
mendalam. Oleh yang demikian, seorang guru haruslah melengkapkan diri dengan
pelbagai pengetahuan ikhtisas bagi memperolehi kualiti profesional dalam konteks
pengajaran termasuklah dari segi kreativiti mereka dalam proses menyoal atau
menjawab soalan murid.
Selain itu, kreativiti guru juga tidak dapat diaplikasikan sekiranya kurangnya sifat
ingin tahu.Dalam konteks pendidikan sifat ingin tahu ini banyak membantu dalam
mendorong seseorang guru itu seupaya sentiasa berusaha menambahkan
pengetahuannya. Kebanyakan guru di sekolah hanya menggunakan cara dan teknik
yang sama dan kurang membuat perubahan dalam mengendalikan sesi
pengajarannya. Seharusnya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seseorang
guru itu hendaklah bersifat kreatif dan sering menyesuaikan diri dalam pelbagai
situasi yang sering berubah-ubah baik daripada kurikulum mahupun kaedah
mengajar bagi mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Oleh yang demikian, untuk mencapai kualiti pengajaran yang kreatif haruslah
mempunyai daya usaha supaya dapat mengelakkan rutin pengajaran yang
membosankan murid untuk belajar.Guru juga perlulah mempunyai daya ingatan
yang baik bagi menyampaikan pelajaran yang berkesan mengikut rancangan yang
disediakan.Hal ini menunjukkan bahawa ingatan seseorang guru amat penting
supaya setiap isi pelajaran yang ingin disampaikan tidak tercicir dan murid-murid
tidak menerima ajaran yang salah dan mengelirukan.
MODEL PENYELESAIAN KAJIAN KES
Berdasarkan kes yang telah kami kaji iaitu “Cerdik Tetapi Diherdik” ini, didapati
sikap Alia Maisara telah mencabar kuasa Cikgu Anis. Ini dapat dibuktikan melalui
model Akibat Logikal Dreikurs yang menyatakan bahawa banyak masalah disiplin
berpunca daripada perebutan kuasa antara guru dengan murid. Sebagai seorang
guru, Cikgu Anis mempunyai hak untuk mengekalkan disiplin bilik darjah dan tingkah
laku murid. Adakalanya tindakan Cikgu Anis menyebabkan Alia Maisara berasa
tertekan dan dipinggirkan. Oleh itu, dia bertindak mencabar kewibawaan guru seperti
enggan bekerjasama dengan berdiam diri ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Dalam keadaan sedemikian, Cikgu Anis harus mengelakkan diri daripada
bersemuka dan melepaskan emosi kepada Alia Maisara. Sekiranya dia melepaskan
kemarahan kepada Alia Maisara, keadaan ini akan menambahkan tekanan terhadap
konflik yang dihadapi. Alia Maisara juga mungkin bertindak balas menggunakan
emosi. Sebaiknya Cikgu Anis harus bertenang dan memanggil Alia Maisara untuk
berjumpa dengannya secara individu dan mengenalpasti punca kelakuannya. Cikgu
Anis harus menunjukkan bahawa dia mengambil berat tentang masalah yang
dihadapi oleh Alia Maisara serta berbincang dengannya motif sebenar disebalik
kelakuan tersebut serta tunjukkan sebab dan akibat yang munasabah yang akan
dihadapi oleh Alia Maisara sekiranya terus melakukan tingkah laku tersebut.
Selain itu, dalam kes ini Alia Maisara mempunyai sikap suka menyendiri dan
tidak mahu bergaul dengan rakan sekelasnya. Berdasarkan Model Terapi Realiti
oleh William Glasser, Alia Maisara perlu ada perasaan kasih sayang dan dipunyai
kerana ia adalah sebahagian daripada keperluan asas individu. Di dalam bilik darjah
Alia Maisara perlu mempunyai perasaan yang dia adalah sebahagian daripada
komuniti bilik darjah serta Cikgu Anis juga perlu memberikan perhatian dan
mengambil berta ke atas Alia Maisara. Cikgu Anis boleh memenuhi keperluan ini
dengan mengamalkan pengurusan demokratik dalam bilik darjah serta mengambil
kira pandangan dan pendapat murid.Cikgu Anis juga perlu menunjukkan sikap
prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan Alia Maisara. Dengan cara ini, Alia
Maisara akan berasa disayangi dan dipunyai di dalam persekitaran bilik darjahnya.
Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agreasif,
guru yang tidak asertif dan guru yang dalam Asertif. Dalam kes ini Cikgu Anis
merupakan guru yang berada dalam kategori guru yang tidak asertif. Cikgu Anis
menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Cikgu Anis juga gagal
membantu Alia Maisara untuk membuat jangkaan tingkah laku yang didingini dan
tidak konsisten dalam menangani tingkah laku Alia Maisara. Kadangkala Cikgu Anis
membenarkan suatu tingkah laku ditunjukkannya di dalam bilik darjah tetapi pada
masa yang lain dia memarahi murid yang melakukan tingkah laku tersebut. Cikgu
Anis telah menggunakan frasa-frasa menyindir iaitu “Aik..ingatkan awak bisu.” Cikgu
Anis kelihatan tidak konsisten sampai ketikanya Alia Maisara tidak akan lagi
menghormatinya. Kadangkala Cikgu Anis akan menjadi putus asa dan tiba-tiba
menjadi terlampau garang dengan Alia Maisara. Tindakan Cikgu Anis yang tidak
konsisten ini akan menyebabkan Alia Maisara keliru dengan jangkaan dan tindakan
Cikgu Anis.
Oleh yang demikian, dalam situasi tersebut, Cikgu Anis sepatutnya
mengamalkan sikap guru yang asertif. Lee and Marlene Canter dalam Model Disiplin
Asertif Canter menjelaskan bahawa guru asertif tahu apa-apa yang didinginii
daripada murid-muridnya. Guru menyatakan dengan jelas tingkah laku murid yang
diingini. Mereka membantu murid-murid memahami bentuk-bentuk tingkah laku yang
membawa kejayaan dan kegagalan. Cikgu Anis perlu membina hubungan saling
mempercayai murid-murid. Cikgu Anis hendaklah membimbing murid-murid cara
untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini dan mereka membentuk satu sistem
pengurusan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama dengan murid-murid.
Canter berpendapat pendekatan yang terbaik adalah dengan menggunakan
pendekatan asertif. Penjelasan Cikgu Anis hendaklah diterangkan secara
perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.Jika Cikgu
Anis bersifat asertif dia tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau
tegas. Dengan ini Cikgu Anis dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu
dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku
adil terhadap semua murid.
EVIDEN ATAU MAKLUMAT YANG DAPAT MENYOKONG ANALISIS MASALAH
KES
Berdasarkan kajian kes yang dikaji, kami berpendapat bahawa Alia Maisara
perlu mempunyai kebolehan untuk bermesra dengan rakan yang lain.
Memandangkan umur Alia Maisara baru mencecah 6 tahun, guru haruslah
memainkan peranan penting untuk meningkatkan tahap keupayaanya
berkomunikasi dengan rakan-rakanya yang lain. Myint (2005) menyatakan bahawa
guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah,
sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi-emosi positif
seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat.
Alia Maisara juga mempunyai masalah personaliti. Kanak-kanak yang normal
sepatutnya mempunyai personaliti yang seimbang dari segi introvert dan ekstrovert
tetapi berbeza bagi Alia Maisara yang hanya mempunyai personaliti introvert sahaja.
Menurut Carl Jung (1951), ciri-ciri yang terdapat pada personaliti ekstrovert ialah
suka bergaul, bersikap terbuka dan peramah manakala ciri-ciri personaliti introvert
pula ialah personaliti yang pemalu, tidak banyak bercakap, bersendirian dan suka
memikirkan hal-hal peribadi sendiri secara subjektif. Kedua-dua sikap ini wujud
dalam semua individu
Sebagai seorang guru, cikgu Anis seharusnya bersifat positif dalam
berinteraksi dengan muridnya. Hai ini penting untuk menjalinkan hubungan yang
mesra demi membina iklim bilik darjah yang kondusif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya hubungan yang positif diantara guru dan murid,
berkemungkinan Alia Maisara tidak akan berasa tersisih dan menyendiri ketika
didalam kelas. Dalam hal ini, Cikgu Anis haruslah bijak dalam memberi perhatian
yang lebih kepada murid yang pendiam seperti Alia Maisara. Justeru, guru tidak
perlu menjadi garang cukup sekadar menjadi tegas agar murid menghormati guru
dan mudah untuk berkomunikasi dengan guru seperti mengikut didalam Falsafah
Pendidikan Guru sebagai pemudah cara. Maka membina hubungan positif guru-
murid merupakan prasyarat untuk mewujudkan iklim penyayang dan menentukan
kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Komunikasi
yang berkesan antara guru dengan murid akan meningkatkan iklim pembelajaran
kepada yang lebih baik. Menurut Jones (1995), pencapaian akademik dan tingkah
laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru dengan murid.
Pada pendapat kami juga, sebagai seorang guru Cikgu Anis sepatutnya bijak
dalam mengawal emosi dan tidak seharusnya bertindak melulu dengan menampar
Alia Maisara apabila dia tidak menjawab soalan yang telah diajukan. Sepatutnya
Cikgu Anis haruslah mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam
bersoal jawab dengan muridnya. Dia tidak seharusnya hanya memadai dengan
memberi ransangan sekadar menyoal sahaja, sebaliknya aktiviti soal jawab yang
dijalankan olehnya haruslah dapat menggerakkan pelajar-pelajar untuk berfikir dan
memerlukan proses interaksi diantara guru dengan pelajar-pelajarnya. Cikgu Anis
juga seharusnya memotivasikan Alia Maisara supaya menimbulkan minat dan
perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

More Related Content

What's hot

Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Denne Freddy
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifmunnianwar
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKaren So Yongfen
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 

What's hot (20)

Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
 
Cadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikanCadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 

Similar to Laporan analisis kajian kes

Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes fitri norlida
 
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyaniBagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyanidarma wati
 
Guru yang ideal
Guru yang idealGuru yang ideal
Guru yang idealcikgu_eifa
 
Guru yang baik yuliza
Guru yang baik yulizaGuru yang baik yuliza
Guru yang baik yulizadarma wati
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 
HAMBATAN PROSES BELAJAR PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS
HAMBATAN PROSES BELAJAR PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS HAMBATAN PROSES BELAJAR PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS
HAMBATAN PROSES BELAJAR PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS NilautaminingtyasPut
 
Strategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruStrategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruPensil Dan Pemadam
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanAdleen Ederis
 
Makalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasiMakalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasiMellya Silaban
 
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...risa zakiatul
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1suren sugu
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1suren sugu
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (PROJEK AKHIR).pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (PROJEK AKHIR).pptxLMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (PROJEK AKHIR).pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (PROJEK AKHIR).pptxNasrulHassan3
 
Ingkatan prestasi belajar siswa dengan metode reinforcement
Ingkatan prestasi belajar siswa dengan metode reinforcementIngkatan prestasi belajar siswa dengan metode reinforcement
Ingkatan prestasi belajar siswa dengan metode reinforcementfaisalahmadf
 
Tips menjadi guru yang disenangi murid
Tips menjadi guru yang disenangi muridTips menjadi guru yang disenangi murid
Tips menjadi guru yang disenangi muridSabil Tulen
 

Similar to Laporan analisis kajian kes (20)

Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes Analisis strategi kajian kes
Analisis strategi kajian kes
 
SLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptxSLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptx
 
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyaniBagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
 
Guru yang ideal
Guru yang idealGuru yang ideal
Guru yang ideal
 
Guru yang baik yuliza
Guru yang baik yulizaGuru yang baik yuliza
Guru yang baik yuliza
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
HAMBATAN PROSES BELAJAR PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS
HAMBATAN PROSES BELAJAR PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS HAMBATAN PROSES BELAJAR PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS
HAMBATAN PROSES BELAJAR PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS
 
Strategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guruStrategi membina-hubungan-positif-guru
Strategi membina-hubungan-positif-guru
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
 
IB CIRI GURU KREATIF.pptx
IB CIRI GURU KREATIF.pptxIB CIRI GURU KREATIF.pptx
IB CIRI GURU KREATIF.pptx
 
Makalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasiMakalah keterampilan mengadakan variasi
Makalah keterampilan mengadakan variasi
 
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (PROJEK AKHIR).pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (PROJEK AKHIR).pptxLMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (PROJEK AKHIR).pptx
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (PROJEK AKHIR).pptx
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Ingkatan prestasi belajar siswa dengan metode reinforcement
Ingkatan prestasi belajar siswa dengan metode reinforcementIngkatan prestasi belajar siswa dengan metode reinforcement
Ingkatan prestasi belajar siswa dengan metode reinforcement
 
Pidato Guru
Pidato GuruPidato Guru
Pidato Guru
 
Tips menjadi guru yang disenangi murid
Tips menjadi guru yang disenangi muridTips menjadi guru yang disenangi murid
Tips menjadi guru yang disenangi murid
 

More from fitri norlida

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanfitri norlida
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2fitri norlida
 
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanMinit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanfitri norlida
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasifitri norlida
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu fitri norlida
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvfitri norlida
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEfitri norlida
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerjafitri norlida
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata namafitri norlida
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanfitri norlida
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan fitri norlida
 

More from fitri norlida (20)

Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaanKertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
Kertas kerja kejohanan ping pong tunas peringkat kebangsaan
 
Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2Soalan bm ujian 1 kertas 2
Soalan bm ujian 1 kertas 2
 
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuanMinit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
 
Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)Kelahiran (EDU)
Kelahiran (EDU)
 
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasiKonsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psvPerlaksanaan pengajaran mikro psv
Perlaksanaan pengajaran mikro psv
 
Presentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAEPresentation psv pendekatan DBAE
Presentation psv pendekatan DBAE
 
assigment psv
assigment psv assigment psv
assigment psv
 
Pemasaran sukan
Pemasaran sukan Pemasaran sukan
Pemasaran sukan
 
6 kata sendi nama
6 kata sendi nama6 kata sendi nama
6 kata sendi nama
 
2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja2 unsur keterangan frasa kerja
2 unsur keterangan frasa kerja
 
Sintaksis
Sintaksis Sintaksis
Sintaksis
 
tugasan sintaksis
tugasan sintaksistugasan sintaksis
tugasan sintaksis
 
tugasan morfologi
tugasan morfologi  tugasan morfologi
tugasan morfologi
 
Pembentukan kata nama
Pembentukan kata namaPembentukan kata nama
Pembentukan kata nama
 
morfologi
morfologimorfologi
morfologi
 
Folio seni
Folio seniFolio seni
Folio seni
 
Amali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikanAmali seni dalam pendidikan
Amali seni dalam pendidikan
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 

Recently uploaded

Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptimamshadiqin2
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfsaptari3
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 

Recently uploaded (20)

Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 

Laporan analisis kajian kes

  • 1. LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES (CERDIK TETAPI DIHERDIK) PENGENALAN ANALISIS KAJIAN KES Kajian kes ini berkisar tentang seorang murid yang bernama Alia Maisara. Dia merupakan seorang anak tunggal kepada seorang nelayan dan telah kematian ibunya. Oleh yang demikian, didapati hubungannya amat rapat dengan ayahnya. Dia amat ceria disamping ayahnya dan suka berceloteh tentang apa sahaja perkara. Namun, sebaliknya keadaan ini amat berbeza apabila dia berada di sekolah. Hubungannya dengan rakan-rakannya juga tidak seperti dia dan ayahnya. Dia menjadi pendiam dan tidak mahu berkawan dengan rakan-rakannya yang lain. Malah dia juga sukar untuk membuka mulut apabila diajukan soalan. Walaupun begitu, dari segi pembelajaran Maisara sudahpun boleh membaca dan menulis dengan baik tetapi perwatakannya agak berbeza dengan kanak-kanak lain. Di dalam kes ini, cikgunya iaitu Cikgu Anis tidak suka akan dirinya kerana pendiam. Oleh yang demikian, pada suatu hari, cikgu Anis telah menampar Maisara kerana tidak mahu menjawab soalan yang diajukan berulang kali. Cikgu Anis juga telah melemparkan kata-kata yang tidak wajar kepada Maisara. “Awak ni menyusahkan saya saja, awak pandai baca, pandai tulis tapi bisu”. Walaupun dia ditampar oleh gurunya itu dia tetap berdiam diri. Kesan daripada tamparan itu, keesokan harinya Maisara datang ke sekolah dengan keadaan pipinya yang lebam dan bengkak. Oleh yang demikian, Cikgu Anis telah memeluk Maisara dan meminta maaf atas tindakannya tersebut dan dia amat risau jika ayah Maisara memarahinya. Namun bagitu, Maisara masih seperti biasa berdiam diri dan cikgu anis pun terus menyambung kerjanya. Sebelum tamat kelas pada berkenaan, Cikgu Anis telah membacakan sebuah cerita berkisar tentang “Si Tanggang” kepada semua muridnya. Dia telah menamatkan cerita tersebut dengan menatakan, “Si Tanggang anak yang baik, ibu perlu mendidik anak dengan cara yang betul.” Tanpa disangka Maisara mencelah dan mengatakan “saya tak suka cikgu cakap tipu. Cikgu salah.” Manakala Cikgu Anis dengan pantas menjawab, “ Aik ingatkan awak bisu.” Semua murid ketawakan Maisara.
  • 2. Sejak daripada peristiwa itu, Maisara sudah tidak lagi mahu ke sekolah. Namun begitu, Cikgu anis tidak pernah mengambil tahu soal Maisara sehingga suatu hari salah seorang muridnya memberitahu bahawa Anis telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit lemah jantung.
  • 3. ANALISIS KAJIAN KES i) Sebagai seorang guru wajarkah tindakan yang dipraktikkan oleh Cikgu Anis? Berdasarkan situasi ini, sebagai seorang guru sepatutnya tindakan seperti yang dilakukan oleh Cikgu Anis ini tidak wajar berlaku dan dipraktikkan. Tindakan seperti ini akan membuatkan emosi murid bertambah terganggu dan seterusnya menganggu lagi hubungan positif dalam proses interaksi diantara guru dan murid. Sepatutnya, seseorang guru itu haruslah mengambil berat terhadap setiap pelajarnya dan perlulah turut lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada pelajar seperti ini. Melalui kajian dan pemerhatian, kami dapati Maisara ini tergolong daripada tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku Maisara lebih kepada murung, pengunduran diri dan pengasingan diri. Dalam hal ini, kesan daripada tingkah laku bermasalah seperti ini telah membawa kepada kesan buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akibat daripada sikap guru itu sendiri yang tidak mewujudkan interaksi dua hala yang berkesan. Didapati sikap Cikgu Anis yang kurang prihatin dan berempati terhadap pelajarnya juga menyebabkan keadaan dan hubungan mereka bertambah buruk . Hal inilah yang menyebabkan perasaan yang kurang sihat mula timbul dalam kalangan murid dan guru. Oleh yang demikian, berdasarkan situasi ini guru haruslah mengambil berat serta peka dan bersikap empati terhadap pelajarnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah seperti ini. Dengan adanya proses interaksi yang berkesan secara tidak langsung ia dapat membantu dalam menentukan dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini, demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. ii) Jika murid kita enggan bercakap atau gagal menjawab soalan yang diajukan, apakah langkah yang tepat perlu diambil? Selain itu, sebagai seorang guru, jika murid kita enggan bercakap atau gagal menjawab soalan yang diajukan, kita haruslah mengambil langkah yang tepat dan tidak seharusnya menyindir serta mengkritik pelajar tersebut seperti yang dilakukan
  • 4. oleh Cikgu Anis. Oleh yang demikian, langkah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang guru apabila bertanyakan soalan haruslah berkomunikasi dengan suara yang jelas dan dengan kadar percakapan yang sesuai serta menunjukkan air muka yang berseri demi merapatkan hubungan. Guru juga seharusnya menggunakan perkataan-perkataan yang mudah supaya murid dapat memahaminya dengan baik tanpa keraguan. Seorang guru juga haruslah mengelakkan penggunaan nada yang membosankan ketika bertutur . Untuk itu, bertuturlah dengan nada variasi ransangan demi menarik perhatian pelajar serta perlulah membentuk suasana yang kondusif untuk berkomunikasi. Guru juga haruslah menggunakan gaya kepimpinan demokratik dengan melayan idea dan cadangan dengan hati terbuka. Untuk itu secara tidak langsung, masalah murid yang enggan bercakap dapat dikurangkan dengan adanya sikap guru seperti ini dan murid lebih berkeyakinan untuk melontarkan idea mereka. iii) Benarkah seorang murid yang pendiam itu menyusahkan kita sebagai guru? Sebagai seorang guru kita juga tidak wajar mengatakan bahawa murid yang pendiam ini menyusahkan kita seperti apa yang dikatakan oleh Cikgu Anis. Sewajarnya kita haruslah bersikap empati dan bersabar dengan mereka dan lebih memberikan tumpuan kepada mereka. Mungkin lama kelamaan melalui interaksi yang baik secara tidak langsung berjaya membantu murid tersebut lebih berkeyakinan untuk bercakap. Sebagai seorang guru kita haruslah bertanggungjawab dalam masalah pelajar seperti Maisara ini dengan bersemuka bertanyakan masalahnya dan mengambil berat serta mengetahui latar belakangnya. Dengan itu sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam mengendalikan pelajar ini. iv) Adakah hubungan guru dengan murid hanya wujud dalam situasi formal sahaja? Selain daripada itu, hubungan guru dengan murid juga tidak seharusnya wujud dalam situasi fomal sahaja, malah hubungan guru yang positif haruslah
  • 5. terdapat pada sesi tidak formal juga. Contohnya hubungan saling hormat- menghormati diantara guru dan pelajar apabila bertemu akan mengucapkan salam serta saling bantu membantu. Secara tidak langsung, hubungan di luar kelas ini wujud. Maknanya disini perasaan kekitaan juga akan timbul di antara para pelajar dan guru sebagai sebuah keluarga yang mesra. Dengan kewujudan keadaan seperti ini diluar bilik darjah juga dapat membantu pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuklah usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. v) Pernahkah anda terfikir ransangan yang diberikan oleh kita sudah memadai dengan sekadar menyoal sahaja? Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, kita tidak seharusnya hanya memadai dengan memberi ransangan sekadar menyoal sahaja, sebaliknya aktiviti soal jawab yang dijalankan haruslah dapat menggerakkan pelajar-pelajar untuk berfikir dan memerlukan proses interaksi diantara guru dengan pelajar- pelajarnya. Proses interaksi ini juga membolehkan guru memotivasikan pelajar- pelajar supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran ini juga amat penting kerana merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. vi) Wujudkah hubungan atau ransangan menggunakan pendekatan bercerita untuk meningkatkan kemahiran lisan murid? Secara umumnya, hubungan atau ransangan menggunakan pendekatan bercerita untuk meningkatkan kemahiran lisan murid adalah tidak wujud. Hal ini demikian kerana interaksi yang wujud hanyalah interaksi sehala iaitu hanya dari guru kepada pelajarnya sahaja. Ini bermakna kemahiran lisan murid tidak dapat bercambah melainkan dengan menambah aktiviti lain seperti bersoal-jawab. Malah, aktiviti pembelajaran ini adalah bercorak pasif dan corak interaksinya lebih menjurus kepada guru sahaja dan tiada interaksi diantara pelajar dengan pelajar.
  • 6. vii) Mengapa guru tidak menggunakan kreativiti mereka ketika menyoal soalan atau menjawab soalan murid? Guru tidak menggunakan kreativiti mereka ketika menyoal soalan atau menjawab soalan murid kerana kurangnya pengetahuan ikhtisas dalam diri guru tersebut. Apabila tiadanya sikap ini, secara tidak langsung pelbagai jenis ilmu pengetahuan tentang kaedah mengajar tidak dapat dikuasai dengan lebih mendalam. Oleh yang demikian, seorang guru haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan ikhtisas bagi memperolehi kualiti profesional dalam konteks pengajaran termasuklah dari segi kreativiti mereka dalam proses menyoal atau menjawab soalan murid. Selain itu, kreativiti guru juga tidak dapat diaplikasikan sekiranya kurangnya sifat ingin tahu.Dalam konteks pendidikan sifat ingin tahu ini banyak membantu dalam mendorong seseorang guru itu seupaya sentiasa berusaha menambahkan pengetahuannya. Kebanyakan guru di sekolah hanya menggunakan cara dan teknik yang sama dan kurang membuat perubahan dalam mengendalikan sesi pengajarannya. Seharusnya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu hendaklah bersifat kreatif dan sering menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang sering berubah-ubah baik daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar bagi mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh yang demikian, untuk mencapai kualiti pengajaran yang kreatif haruslah mempunyai daya usaha supaya dapat mengelakkan rutin pengajaran yang membosankan murid untuk belajar.Guru juga perlulah mempunyai daya ingatan yang baik bagi menyampaikan pelajaran yang berkesan mengikut rancangan yang disediakan.Hal ini menunjukkan bahawa ingatan seseorang guru amat penting supaya setiap isi pelajaran yang ingin disampaikan tidak tercicir dan murid-murid tidak menerima ajaran yang salah dan mengelirukan.
  • 7. MODEL PENYELESAIAN KAJIAN KES Berdasarkan kes yang telah kami kaji iaitu “Cerdik Tetapi Diherdik” ini, didapati sikap Alia Maisara telah mencabar kuasa Cikgu Anis. Ini dapat dibuktikan melalui model Akibat Logikal Dreikurs yang menyatakan bahawa banyak masalah disiplin berpunca daripada perebutan kuasa antara guru dengan murid. Sebagai seorang guru, Cikgu Anis mempunyai hak untuk mengekalkan disiplin bilik darjah dan tingkah laku murid. Adakalanya tindakan Cikgu Anis menyebabkan Alia Maisara berasa tertekan dan dipinggirkan. Oleh itu, dia bertindak mencabar kewibawaan guru seperti enggan bekerjasama dengan berdiam diri ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam keadaan sedemikian, Cikgu Anis harus mengelakkan diri daripada bersemuka dan melepaskan emosi kepada Alia Maisara. Sekiranya dia melepaskan kemarahan kepada Alia Maisara, keadaan ini akan menambahkan tekanan terhadap konflik yang dihadapi. Alia Maisara juga mungkin bertindak balas menggunakan emosi. Sebaiknya Cikgu Anis harus bertenang dan memanggil Alia Maisara untuk berjumpa dengannya secara individu dan mengenalpasti punca kelakuannya. Cikgu Anis harus menunjukkan bahawa dia mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh Alia Maisara serta berbincang dengannya motif sebenar disebalik kelakuan tersebut serta tunjukkan sebab dan akibat yang munasabah yang akan dihadapi oleh Alia Maisara sekiranya terus melakukan tingkah laku tersebut. Selain itu, dalam kes ini Alia Maisara mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan rakan sekelasnya. Berdasarkan Model Terapi Realiti oleh William Glasser, Alia Maisara perlu ada perasaan kasih sayang dan dipunyai kerana ia adalah sebahagian daripada keperluan asas individu. Di dalam bilik darjah Alia Maisara perlu mempunyai perasaan yang dia adalah sebahagian daripada komuniti bilik darjah serta Cikgu Anis juga perlu memberikan perhatian dan mengambil berta ke atas Alia Maisara. Cikgu Anis boleh memenuhi keperluan ini dengan mengamalkan pengurusan demokratik dalam bilik darjah serta mengambil kira pandangan dan pendapat murid.Cikgu Anis juga perlu menunjukkan sikap prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan Alia Maisara. Dengan cara ini, Alia Maisara akan berasa disayangi dan dipunyai di dalam persekitaran bilik darjahnya.
  • 8. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agreasif, guru yang tidak asertif dan guru yang dalam Asertif. Dalam kes ini Cikgu Anis merupakan guru yang berada dalam kategori guru yang tidak asertif. Cikgu Anis menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Cikgu Anis juga gagal membantu Alia Maisara untuk membuat jangkaan tingkah laku yang didingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku Alia Maisara. Kadangkala Cikgu Anis membenarkan suatu tingkah laku ditunjukkannya di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain dia memarahi murid yang melakukan tingkah laku tersebut. Cikgu Anis telah menggunakan frasa-frasa menyindir iaitu “Aik..ingatkan awak bisu.” Cikgu Anis kelihatan tidak konsisten sampai ketikanya Alia Maisara tidak akan lagi menghormatinya. Kadangkala Cikgu Anis akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan Alia Maisara. Tindakan Cikgu Anis yang tidak konsisten ini akan menyebabkan Alia Maisara keliru dengan jangkaan dan tindakan Cikgu Anis. Oleh yang demikian, dalam situasi tersebut, Cikgu Anis sepatutnya mengamalkan sikap guru yang asertif. Lee and Marlene Canter dalam Model Disiplin Asertif Canter menjelaskan bahawa guru asertif tahu apa-apa yang didinginii daripada murid-muridnya. Guru menyatakan dengan jelas tingkah laku murid yang diingini. Mereka membantu murid-murid memahami bentuk-bentuk tingkah laku yang membawa kejayaan dan kegagalan. Cikgu Anis perlu membina hubungan saling mempercayai murid-murid. Cikgu Anis hendaklah membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini dan mereka membentuk satu sistem pengurusan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Penjelasan Cikgu Anis hendaklah diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.Jika Cikgu Anis bersifat asertif dia tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Dengan ini Cikgu Anis dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid.
  • 9. EVIDEN ATAU MAKLUMAT YANG DAPAT MENYOKONG ANALISIS MASALAH KES Berdasarkan kajian kes yang dikaji, kami berpendapat bahawa Alia Maisara perlu mempunyai kebolehan untuk bermesra dengan rakan yang lain. Memandangkan umur Alia Maisara baru mencecah 6 tahun, guru haruslah memainkan peranan penting untuk meningkatkan tahap keupayaanya berkomunikasi dengan rakan-rakanya yang lain. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi-emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Alia Maisara juga mempunyai masalah personaliti. Kanak-kanak yang normal sepatutnya mempunyai personaliti yang seimbang dari segi introvert dan ekstrovert tetapi berbeza bagi Alia Maisara yang hanya mempunyai personaliti introvert sahaja. Menurut Carl Jung (1951), ciri-ciri yang terdapat pada personaliti ekstrovert ialah suka bergaul, bersikap terbuka dan peramah manakala ciri-ciri personaliti introvert pula ialah personaliti yang pemalu, tidak banyak bercakap, bersendirian dan suka memikirkan hal-hal peribadi sendiri secara subjektif. Kedua-dua sikap ini wujud dalam semua individu Sebagai seorang guru, cikgu Anis seharusnya bersifat positif dalam berinteraksi dengan muridnya. Hai ini penting untuk menjalinkan hubungan yang mesra demi membina iklim bilik darjah yang kondusif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya hubungan yang positif diantara guru dan murid, berkemungkinan Alia Maisara tidak akan berasa tersisih dan menyendiri ketika didalam kelas. Dalam hal ini, Cikgu Anis haruslah bijak dalam memberi perhatian yang lebih kepada murid yang pendiam seperti Alia Maisara. Justeru, guru tidak perlu menjadi garang cukup sekadar menjadi tegas agar murid menghormati guru dan mudah untuk berkomunikasi dengan guru seperti mengikut didalam Falsafah Pendidikan Guru sebagai pemudah cara. Maka membina hubungan positif guru- murid merupakan prasyarat untuk mewujudkan iklim penyayang dan menentukan kelancaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid akan meningkatkan iklim pembelajaran kepada yang lebih baik. Menurut Jones (1995), pencapaian akademik dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru dengan murid.
  • 10. Pada pendapat kami juga, sebagai seorang guru Cikgu Anis sepatutnya bijak dalam mengawal emosi dan tidak seharusnya bertindak melulu dengan menampar Alia Maisara apabila dia tidak menjawab soalan yang telah diajukan. Sepatutnya Cikgu Anis haruslah mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam bersoal jawab dengan muridnya. Dia tidak seharusnya hanya memadai dengan memberi ransangan sekadar menyoal sahaja, sebaliknya aktiviti soal jawab yang dijalankan olehnya haruslah dapat menggerakkan pelajar-pelajar untuk berfikir dan memerlukan proses interaksi diantara guru dengan pelajar-pelajarnya. Cikgu Anis juga seharusnya memotivasikan Alia Maisara supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.