SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
HASHMAM BIN ABDARAHIM

730903 – 08 – 5995

HBIS2103 PENDIDIKAN ISLAM 2 TAHUN 2

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------

SOALAN 1 :

APAKAH YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD
S.A.W DI DESA BANI SA’AD DALAM MEMBENTUK JIWA SEORANG PEMIMPIN
AGUNG SELURUH UMAT MANUSIA.




PENGENALAN

Muhammad s.a.w adalah putera tunggal kepada Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim Bin Abdul
Manaf Bin Qushayy dan isterinya Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf Bin Zuhra. Baginda
dilahirkan pada pagi hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 Masehi dirumah Abdul
Mutalib, datuk Nabi sebelah bapa yang merupakan salah seorang bangsawan yang cukup terkenal di
tanah Mekah.. Tahun tersebut jugalah Abrahah bersama tentera bergajahnya yang ingin menyerang dan
menghancurkan Kaabah telah dibinasakan kesemuanya oleh Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh
Allah di dalam surah al – Fil. Maka tahun tersebut telah dikenali dalam sejarah sebagai “ Tahun Gajah
“.

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t kepada sekelian
umat hingga hari kiamat. Baginda menjadi yatim semasa dua bulan dalam kandungan ibunya kerana
bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib telah wafat di Yathrib ketika menguruskan urusan perniagaan.

Setelah dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah disusui oleh ibunya selama tiga hari. Selepas itu baginda
telah disusui pula oleh hamba kepada Abu Lahab iaitu Thuwaibatul Islamiyyah selama beberapa hari.
Abu Jahal gembira dengan keadaan itu dan telah memerdekakannya. Selepas itu baginda s.a.w disusui
pula oleh Halimatus Sa’adiah selama empat tahun..

Telah menjadi satu tradisi atau budaya masyarakat bangsawan Arab akan menyerahkan anak – anak
atau bayi mereka kepada orang – orang kampung untuk disusui bila mereka melahirkan anak. Aminah
juga turut meneruskan tradisi atau budaya penyusuan serta asuhan ini. Di kalangan kabilah – kabilah
pedalaman yang terkenal dalam susuan ini adalah Kabilah Bani Sa’ad. Akhirnya beberapa orang wanita
dari keluarga Bani Sa’ad datang ke Mekah dan seperti biasa mereka mencari bayi yang akan mereka
susukan. Beberapa wanita dari Bani Sa’ad pada peringkat awalnya tidak mahu mengambil Nabi
Muhammad s.a.w untuk disusui kerana baginda adalah bayi yatim piatu. Ini akan mengurangkan upah
yang akan mereka perolehi.

Setelah wanita lain dari keluarga Bani Sa’ad masing – masing ingin pulang ke kampung bersama bayi
mereka, Halimah yang turut datang bersama mereka masih mencari – cari bayi untuk disusuinya.
Akhirnya Halimah telah bersetuju untuk membawa bayi iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk disusuinya
dan dibawa balik ke kampung halamannya untuk mengasuh baginda.

Ahli Sirah Nabawi telah bersepakat menyatakan bahawa setelah Nabi Muhammad s.a.w tiba di
perkampungan Bani Sa’ad yang ketika itu mengalami kemarau yang teruk telah berubah menjadi bumi
yang subur. Nabi Muhammad s.a.w telah bersama keluarga Halimah sehingga mencapai usia lima
tahun. Sepanjang tinggal di sana keluarga Halimah telah dijadikan tempat untuk mendapatkan kasih
sayang serta dapat bergaul mesra dengan kanak – kanak dari Bani Sa’ad tersebut.




PERISTIWA – PERISTIWA YANG BERLAKU KETIKA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD
S.A.W




Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan Allah s.w.t telah meninggalkan kesan yang begitu
mendalam kepada umat Islam seluruh alam. Ketika junjungan besar ini dilahirkan telah berlaku
beberapa peristiwa yang luar biasa ( mukjizat ) kepada alam sejagat serta baginda sendiri. Peristiwa –
peristiwa tersebut dapat dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan
selepas kelahiran.

PERISTIWA SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

( a ) Api Sembahan Kaum Majusi Di Parsi Terpadam. Kaum Majusi adalah golongan yang menyembah
api. Mereka menganggap api adalah tuhan mereka. Di Parsi ( Iran ) mereka telah membina satu obar
yang besar dan api yang mereka nyalakan di dalam obor berkenaan menjadi tuha mereka dan meyakini
bahawa api tersebut tidak akan padam buat selama – lamanya. Namun tanggapan mereka silap kerana
semasa Nabi Muhammad s.a.w hendak dilahirkan secara tiba – tiba api sembahan mereka terpadam dan
ini menyebabkan semua masyarakat Parsi terkejut, maka rahib mereka menyatakan bhawa ia adalah
suatu petanda satu perkara besar telah berlaku.

( b ) Aminah Bermimpi Supaya Anak dalam kandungan Di Beri Nama Muhammad s.a.w.

Ketika mengandungkan Nabi Muhammad s.a.w, ibunya Aminah yang merupakan seorang wanita yang
solehah sering bermimpi bertemu dengan seorang berjubah putih. Di dalam mimpinya itu Aminah
sering di ingatkan agar anak kelahirannya itu diberikan Nama Muhammad yang beerti terpuji.

PERISTIWA SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

( a ) Semasa dilahirkan kedua tapak tangan Nabi Muhammad s.a.w melekap di atas bumi dan kepala
baginda mendongak ke langit.

( b ) Baginda dilahirkan dalam keadaan yang sudah berkhatan.
( c ) Apabila dilahirkan baginda bersin dan mengucapkan Alhamdulillah serta dijawab oleh malaikat ”
Yarhamkallah ” dan baginda menjawab pula ” Yahdina Wahah Di Kumullah ”.

PERISTIWA SELEPAS KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

( a ) Dada baginda s.a.w dibedah ketika sedang bermain – main dengan kawan – kawannya sewaktu
berada di dalam asuhan Halimah. Pada suatu hari malaikat Jibril yang menyerupai seorang lelaki telah
datang bertemu baginda. Malaikat yang menyerupai seorang lelaki itu telah membarigkan baginda dan
membelah dada baginda tanpa sebarang alat pembedahan. Hati Nabi Muhammad s.a.w telah
dikeluarkan dan dibasuh dengan air zam – zam di dalam bekas emas. Kawan – kawan baginda yang
sedang bermain bersama baginda telah pergi memberi tahu Halimah tentang peristiwa tersebut. Dengan
berlakunya peristiwa tersebut, Halimah telah mengembalikan Nabi Muhammad s.a.w kepada ibu
kandungnya. Ini adalah kerana beliau bimbing jika peristiwa tersebut berulang lagi walaupun hatinya
begitu berat untuk berpisah dengan Nabi Muhammad s.a.w.

( b ) Kumpulan Awan Memayungi Baginda Ketika Berjalan.Peristiwa ini telah diceritakan oleh
Maisarah iaitu pembantu kepada Siti Khadijah yang menguruskan perniagaan. Ketika Nabi Muhammad
s.a.w bersama Maisarah dalam rombongan perniagaan ke Syam, awan sering mengiringi atau
memayungi baginda ketika perjalanan mereka itu.

Kesimpulannya, kelahiran seorang bayi yang diberi nama Muhammad itu telah membuka satu jalan
kebenaran akidah umat manusia sejagat. Kemuliaan baginda terserlah bukan sahaja setelah dilantik
menjadi Nabi dan Rasul malah ianya telah kelihatan sinarnya ketika berada di dalam kandungan ibu
baginda lagi. Sesungguhnya kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu anugerah dari Maha
Pencipta Allah s.w.t.




KESAN DARIPADA KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI DESA BANI SA’AD
DALAM MEMBENTUK JIWA SEORANG PEMIMPIN AGUNG SELURUH UMAT
MANUSIA.

Pembentukan peribadi seseorang itu amat dipengaruhi dengan faktor tertentu terutamanya latar
belakang didikan serta asuhan yang diterima sejak kecil lagi. Pengaruh ini akan meninggalkan kesan
yang berterusan kepada anak – anak asuhan. Tingkah laku yang positif dan negatif akan terus tersemat
di hati ssnubari anak – anak yang sering dipengaruhi oleh latar belakang didikan.

Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu anugerah Ilahi dalam membentuk
keperibadian umat islam sejagat. Begitu jugalah pengaruh yang diterima atau kesan didikan yang
diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda diasuh dan dididik oleh masyarakat Bani Sa’ad
yang begitu menekankan nilai – nilai murni dalam pembentukan jiwa manusia.

TUJUAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI HANTAR KE DESA.

Telah menjadi tradisi masyarakat Arab terutamanya golongan – golongan bangsawan akan menghantar
bayi mereka yang dilahirkan ke desa – desa atau pedalaman untuk disusui dan diasuh sepenuhnya oleh
masyarakat desa atau kampung. Bayi atau anak mereka akan diasuh dan dididik sepenuhnya oleh
masyarakat tersebut sehinggalah bayi tersebut meningkat dewasa. Begitu jugalah dengan kehidupan
selepas lahirnya Muhammad s.a.w. Baginda telah diserahkan oleh ibunya kepada Halimah yang berasal
dari perkampungan Bani Sa’ad. Baginda telah diasuh dan disusui oleh Halimah sehinggalah beberapa
tahun. Antara mengapa atau tujuan masyarakat Arab khususnya Siti Aminah menghantar anakandanya
Muhammad s.a.w ke desa atau pendalaman adalah :

Menghantar bayi yang baru dilahirkan merupakan salah satu budaya masyarakat arab terutamanya
golongan bangsawan Arab. Nabi Muhammad s.a.w merupakan cucunda kepada Abdul Mutalib yang
merupakan salah seorang keturunan bangsawan yang terkenal di kota Mekah. Mereka mempercayai
bahawa dengan menghantar bayi ke kawasan pedalaman atau kampung akan memberi kesan yang
positif kepada kehidupan bayi tersebut apabila dewasa kelak. Ini adalah kerana desa – desa atau
perkampungan tersebut masih lagi mengamalkan nilai – nilai murni yang akan mempengaruhi corak
kehidupan bayi tersebut. Begitu jugalah dengan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang
diharapkan akan menjadi manusia yang berguna apabila dihantar ke desa Bani Sa’ad tersebut. Ternyata
sekali kehidupan Nabi Muhammad s.a.w di desa Bani Sa’ad itu telah meninggalkan kesan yang
mendalam dalam senario kehidupan baginda. Ini terbukti dengan gelaran ” Al – Amin ” yang diberikan
oleh masyarakat arab kepada baginda yang membawa erti bahawa Muhammad adalah seorang yang
terpuji. Kesan dari didikan inilah, Nabi Muhammad s.a.w amat disenangi oleh seluruh masyarakat arab
ketika itu.
Dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w mendapat asuhan dan didikan yang
baik ketika berada di bawah asuhan Halimah dan masyarakat Bani Sa’ad ketika itu. Dengan pergaulan
yang dikelilingi oleh masyarakat Bani Sa’ad yang mempunyai sifat – sifat yang luhur, pemerolehan
bahasa Arab juga dapat dipelajari dengan sempurna oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di sana.
Ini amat penting dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w untuk menambahkan ilmu pengetahuannya
dari sudut berbahasa dengan baik dan tutur kata yang sempurna dan lemah lembut. Ini amat berbeza
sekali dengan persekitaran masyarakat arab yang berada di kota Mekah ketika itu. Masyarakat di sana
sering menggunakan bahasa – bahasa yang keras dan kasar. Ini amat memberi kesan yang negatif
dalam proses pertumbuhan seseorang kanak – kanak. Ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam
kepada Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan pemimpin Agung umat Islam seluruh alam. Kefasihan
berbahasa serta mempunyai sifat yang lemah lembut dalam tutur bicara baginda telah menjadikan
baginda seorang lelaki yang cukup disenangi oleh semua masyarakat Arab ketika itu. Sifat – sifat ini
amat sesuai sekali terhadap baginda yang merupakan seorang pemimpin dunia Islam dalam
menyebarkan dakwah islamiah kepada seluruh manusia ketika itu.
Membentuk peribadi yang mulia dan bersifat lemah lembut. Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w yang
dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang begitu baik ketika berada di desa Bani Sa’ad telah
meninggalkan kesan yang positif kepada pembentukan rohani dan fizikal Nabi Muhammad s.a.w.
Selain daripada itu juga pertumbuhan dan perkembangan minda Nabi Muhammad s.a.w dilimpahi
dengan nilai-nilai pembentukan seorang manusia yang baik. Proses ini telah menjadikan Nabi
Muhammad s.a.w seorang lelaki yang bersifat lemah lembut dari pelbagai sudut samaada lisannya
mahupun perbuatannya. Ini amat bersesuaian dengan ciri – ciri seorang pemimpin yang dapat dijadikan
contoh oleh masyarakat islam. Selain daripada itu, ketinggian peribadi baginda juga telah menjadi
sebutan ramai serta amat disenangi oleh seluruh masyarakat Arab ketika itu. Walaupun mereka tidak
pernah mengakui dakwah islamiah yang disampaikan oleh baginda tetapi mereka tetap memberi
pengiktirafan yang tinggi kepada budi pekerti serta sifat – sifat kemuliaan yang ada pada baginda Nabi
Muhammad s.a.w.
Membentuk perhubungan kemasyarakatan yang baik. Masyarakat Bani Sa’ad merupakan satu contoh
generasi masyarakat yang mempunyai sifat – sifat pergaulan yang amat disenangi oleh seluruh
masyarakat disitu. Perhubungan kemasyarakatan ini merupakan satu sifat yang amat perlu dalam
membina masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama. Kesan dari asuhan Nabi Muhammad s.a.w
ketika berada di perkampungan Bani Sa’ad ini telah mendidik baginda dalam perlunya mempunyai satu
hubungan kemasyarakatan yang erat. Ini amat bertepatan sekali dengan tugas yang telah diamanahkan
oleh Allah s.w.t kepada baginda dalam membina satu tamadun masyarakat manusia amnya dalam
menganuti ajaran Allah s.w.t. Kesan didikan secara langsung dan tidak langsung yang baginda perolehi
ketika berada di perkampungan Bani Sa’ad ini telah berjaya baginda laksanakan dengan terbuktinya
persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar ketika penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w dari kota Mekah
ke Madinah.




RUJUKAN :
SOALAN 2 :

SEDIAKAN SATU MODEL PENGAJARAN UNTUK DUA PENGGAL PERSEKOLAHAN
DALAM MEMANTAPKAN BACAAN SURAH – SURAH HAFAZAN PILIHAN IAITU
SURAH AL – KAFIRUN, AL – KAUTHAR , AL – MAUN DAN AL – QURAISY
SETERUSNYA MEMBANTU UNTUK BACAAN DALAM SOLAT SEHARIAN PARA
PELAJAR ANDA.

         SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

                                     SEMESTER 1

MINGGU       BIDANG/           ISI                 HASIL                    CADANGAN
                                               PEMBELAJARAN                PENGALAMAN
             TAJUK        PELAJARAN                                       PEMBELAJARAN

  20     Asuhan         Surah Al –           Murid dapat :              1. Talaqqi dan
         Tilawah Al –   Kafirun ayat 1 –                                musyafahah potongan
         Quran.         3.                   Aras 1 : Menghafaz         ayat Surah Al – Kafirun.
                                             potongan ayat Surah Al –
         - Membaca      Nilai : Menghayati   Kafirun dengan betul.      2. Latih tubi menyebut
         dan            Akhlak Islamiah.                                ayat.
         menghafaz                           Aras 2 : Mengekalkan
         Surah Al –                          hafazan surah yang telah   3. Murid – murid
         Kafirun.                            dipelajari.                menyambung bacan
                                                                        guru.
                                             Aras 3 : Mengamalkan
                                             surah – surah yang         4. Tasmiq bacaan
                                             dihafaz ketika solat.      kepada guru.




         SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.
SEMESTER 1

MINGGU    BIDANG/               ISI               HASIL                    CADANGAN
                                              PEMBELAJARAN                PENGALAMAN
           TAJUK          PELAJARAN                                      PEMBELAJARAN

  21     Asuhan         Surah Al –          Murid dapat :              1. Talaqqi dan
         Tilawah Al –   Kafirun ayat 4 –                               musyafahah potongan
         Quran.         6.                  Aras 1 : Menghafaz         ayat Surah Al – Kafirun.
                                            potongan ayat Surah Al –
         - Membaca      Nilai : Istiqamah   Kafirun dengan betul.      2. Latih tubi menyebut
         dan            membaca Al -                                   ayat.
         menghafaz      Quran.              Aras 2 : Mengekalkan
         Surah Al –                         hafazan surah yang telah   3. Murid – murid
         Kafirun.                           dipelajari.                menyambung bacan
                                                                       guru.
                                            Aras 3 : Mengamalkan
                                            surah – surah yang         4. Tasmiq bacaan
                                            dihafaz ketika solat.      kepada guru.




         SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

                                      SEMESTER 1

MINGGU    BIDANG/               ISI               HASIL                    CADANGAN
                                              PEMBELAJARAN                PENGALAMAN
           TAJUK          PELAJARAN                                      PEMBELAJARAN

  25     Asuhan         Surah Al –          Murid dapat :              1. Talaqqi dan
         Tilawah Al –   Khauthar ayat 1 –                              musyafahah potongan
Quran.         3.                     Aras 1 : Menyebut dan      ayat Surah Al – Kafirun.
                                               membaca kalimah Surah
         - Membaca      Nilai : Memohon        Al – Khauthar dengan       2. Latih tubi membaca
         dan            perlindungan hanya     betul..                    surah secara kelas,
         menghafaz      kepada Allah.                                     kumpulan dan individu.
         Surah Al –                            Aras 2 : Menghafaz ayat
         Kauthar.                              demi ayat Surah Al -       3. Tasmiq hafazan
                                               Khauthar.                  kepada guru.

                                               Aras 3 : Menghafaz         4. Latihan mencantum
                                               Surah Al - Khauthar.       kalimah menjadi ayat
                                                                          yang sempurna.




         SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

                                      SEMESTER 2

MINGGU    BIDANG/               ISI                  HASIL                    CADANGAN
                                                 PEMBELAJARAN                PENGALAMAN
           TAJUK             PELAJARAN                                      PEMBELAJARAN

  29     Asuhan         Surah Al – Maun        Murid dapat :              1. Bacaan secara kelas,
         Tilawah Al –   ayat 1 – 4.                                       kumpulan dan individu.
         Quran.                                Aras 1 : Menghafaz
                        Nilai : Berbuat baik   potongan ayat Surah Al –   2. Talaqqi dan
         - Membaca      kepada anak yatim.     Maun.                      musyafahah kalimah /
         dan                                                              potongan ayat.
         menghafaz                             Aras 2 : Menghafaz
         Surah Al –                            Surah Al – Maun ayat       3. Latih tubi menghafaz
         Maun.                                 demi ayat.                 surah.

                                               Aras 3 : Menghafaz ayat    4. Tasmiq hafazan
                                               dari Surah Al – Maun
ayat 1 – 4.                kepada guru.

                                                                       5. Menyambung bacaan
                                                                       guru.

                                                                       6. Pertandingan hafazan.




         SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

                                     SEMESTER 2

MINGGU    BIDANG/              ISI                HASIL                    CADANGAN
                                              PEMBELAJARAN                PENGALAMAN
           TAJUK          PELAJARAN                                      PEMBELAJARAN

  30     Asuhan         Surah Al – Maun     Murid dapat :              1. Bacaan secara kelas,
         Tilawah Al –   ayat 5 - 7.                                    kumpulan dan individu.
         Quran.                             Aras 1 : Menghafaz
                        Nilai : Khusyuk     potongan ayat Surah Al –   2. Talaqqi dan
         - Membaca      ketika beribadah.   Maun.                      musyafahah kalimah /
         dan                                                           potongan ayat.
         menghafaz                          Aras 2 : Menghafaz
         Surah Al –                         Surah Al – Maun ayat       3. Latih tubi menghafaz
         Maun.                              demi ayat.                 surah.

                                            Aras 3 : Menghafaz ayat    4. Tasmiq hafazan
                                            dari Surah Al – Maun       kepada guru.
                                            ayat 5 - 7.
                                                                       5. Menyambung bacaan
                                                                       guru.

                                                                       6. Pertandingan hafazan.
SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

                                     SEMESTER 2

MINGGU    BIDANG/              ISI                  HASIL                    CADANGAN
                                                PEMBELAJARAN                PENGALAMAN
           TAJUK          PELAJARAN                                        PEMBELAJARAN

  35     Asuhan         Surah Al –            Murid dapat :              1. Bacaan secara kelas,
         Tilawah Al –   Quraisy ayat 1 - 3.                              kumpulan dan individu.
         Quran.                               Aras 1 : Menghafaz
                        Nilai : Khusyuk       potongan ayat Surah Al –   2. Talaqqi dan
         - Membaca      ketika beribadah.     Quraisy.                   musyafahah kalimah /
         dan                                                             potongan ayat.
         menghafaz                            Aras 2 : Menghafaz
         Surah Al –                           Surah Al – Maun ayat       3. Latih tubi menghafaz
         Quraisy.                             demi ayat.                 surah.

                                              Aras 3 : Menghafaz         4. Tasmiq hafazan
                                              keseluruhan ayat dari      kepada guru.
                                              Surah Al – Quraisy ayat
                                              1 - 3.                     5. Menyambung bacaan
                                                                         guru.

                                                                         6. Pertandingan hafazan.
SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

                                        SEMESTER 2

MINGGU        BIDANG/             ISI                  HASIL                    CADANGAN
                                                   PEMBELAJARAN                PENGALAMAN
                  TAJUK      PELAJARAN                                        PEMBELAJARAN

   36       Asuhan         Surah Al –            Murid dapat :              1. Bacaan secara kelas,
            Tilawah Al –   Quraisy ayat 3 - 4.                              kumpulan dan individu.
            Quran.                               Aras 1 : Menghafaz
                           Nilai : Khusyuk       potongan ayat Surah Al –   2. Talaqqi dan
            - Membaca      ketika beribadah.     Quraisy.                   musyafahah kalimah /
            dan                                                             potongan ayat.
            menghafaz                            Aras 2 : Menghafaz
            Surah Al –                           Surah Al – Maun ayat       3. Latih tubi menghafaz
            Quraisy.                             demi ayat.                 surah.

                                                 Aras 3 : Menghafaz         4. Tasmiq hafazan
                                                 keseluruhan ayat dari      kepada guru.
                                                 Surah Al – Quraisy ayat
                                                 3 - 4.                     5. Menyambung bacaan
                                                                            guru.

                                                                            6. Pertandingan hafazan.




                   CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Butiran Kelas :
Tahun                   : Dua. ( 25 ) orang murid.

Masa                    : 8.30 – 9.30 pagi.

Tarikh                  : 8.2.2008.

Bidang / Tajuk          : Asuhan Tilawah Al – Quran / Surah Al - Kafirun.

Alat Bantu Mengajar     : LCD / komputer, kad – kad kalimah, lembaran kerja dan radio

                        kaset.

Pengetahuan Sedia Ada   : 1. Murid telah mahir membaca membaca al - Quran.
Murid
                        2. Murid pernah mendengar bacaan dari surah ini.

Kemahiran Berfikir.     : Banding beza.

Hasil Pembelajaran      Murid dapat :

                        Aras 1 : Menghafaz potongan ayat Surah

                        Al – Kafirun dengan betul.

                        Aras 2 : Mengekalkan hafazan surah yang telah dipelajari.

                        Aras 3 : Mengamalkan surah – surah yang dihafaz ketika solat.

Penghayatan Nilai       : 1. Bersungguh – sungguh menghafaz surah – surah Al – Quran.

                        2. Mengamalkan surah yang telah dihafaz dalam solat seharian.

                        3. Berusaha menghafaz surah – surah yang lain.

                        4. Banyak menghafaz surah akan mencerdaskan minda.
ISI                          AKTIVITI                  BAHAN BANTU
                                                                                MENGAJAR
                 KANDUNGAN                              DAN
  LANGKAH
                                                 PEMBELAJARAN

Pendahuluan    - Bacaan Doa Belajar.   - Murid – murid membaca doa belajar

                                       bersama – sama dengan guru.

Set Induksi.   - Surah Al – Kafirun    - Guru bersoal jawab dengan murid –     - Surah Al –
               ayat 1 – 3.
                                       murid tentang perkataan “ KAFIR “ dan   Kafirun
                                       mengaitkannya dengan tajuk pelajaran
                                       Surah Al – Kafirun.                     - Slaid Power
                                                                               Point.



Langkah 1      - Surah Al – Kafirun    - Guru mempamirkan Surah Al –           - Surah Al -
               ayat 1 – 3.             Kafirun ayat 1 – 3.                     Kafirun.

                                       - Guru memperdengarkan bacaan Surah     ( slaid power
                                       Al – Kafirun ayat 1 – 6.                point ).

                                       - Guru meminta murid – murid
                                       membaca bersama – sama dengan guru
                                       secara kelas, kumpulan dan individu.




Langkah 2      - Surah Al – Kafirun    - Guru mengedarkan kad – kad potongan   - Surah Al -
ayat 1 – 3.            ayat surah Al – Kafirun ayat 1 – 3 kepada   Kafirun.
                                   murid – murid yang membentuk beberapa
                                   kumpulan.                                   ( kad – kad
                                                                               potongan ayat
                                   - Murid – murid diminta menyusun            dari surah al -
                                   semula potongan kad tersebut menjadi        kafirun ).
                                   ayat yang lengkap dalam masa yang
                                   ditentukan.

                                   - Guru menilai hasil kerja murid – murid.

                                   - Guru meminta setiap kumpulan
                                   membaca semula hasil kerja tersebut.

                                   - Murid – murid diminta menyalin semula
                                   ayat dari surah yang telah dibacakan
                                   tersebut.

Langkah 3   - Surah Al – Kafirun   - Guru mengumpulkan dan membimbing          - Surah Al -
            ayat 1 – 3.            murid – murid yang belum dapat              Kafirun.
                                   menguasai bacaan surah dengan baik.
            ( Pemulihan ).                                                     ( kad – kad
                                   - Latih tubi secara individu dan            potongan ayat
                                   berpasangan dilaksanakan.                   dari surah al -
                                                                               kafirun ).




Langkah 4   - Surah Al – Kafirun   - Guru mengadakan pertandingan hafazan      Radio kaset.
            ayat 1 – 3.            Surah Al – Kafirun.

                                   - Guru merakam bacaan dari murid –
                                   murid tersebut.

                                   - Guru memperdengarkan semula hasil
                                   bacaan murid – murid.

                                   - Guru berbincang tentang hasil bacaan
                                   murid – murid tersebut.

Penutup     - Surah Al – Kafirun   - Guru meminta murid – murid
            ayat 1 – 3.            melafazkan bacaan Surah Al – Kafirun
                                   secara hafazan mengikut kumpulan serta
                                   berpasangan.

                                   - Guru menerangkan penggunaan bacaan
                                   Surah Al – Kafirun dalam kehidupan
seharian.

                                          Contohnya : Bacaan dalam solat.

                                          Bacaan ketika hendak tidur.




RUMUSAN TENTANG KAEDAH PENGAJARAN ASUHAN TILAWAH AL – QURAN.

Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan amatlah penting dalam usaha guru untuk membina
pengetahuan kepada pelajar. Untuk memenuhi hasrat itu yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara maka seseorang guru itu perlulah memiliki kepelbagaian kemahiran untuk menjana pemikiran
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

Dalam matapelajaran Pendidikan Islam guru haruslah lebih kreatif dalam menggunakan kepelbagaian
strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid serta ilmu
pengetahuan yang akan diperolehi akan terus berkekalan serta dapat diamalkan dalam kehidupan
seharian.

Bidang Asuhan Tilawah Al – Quran sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 2 kemahiran utama iaitu
kemahiran bacaan surah – surah tertentu dan kemahiran menghafaz surah – surah tertentu. Antara
strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang ini yang dapat dilaksanakan oleh
guru ialah :

1. KAEDAH MENDENGAR SERTA MENYEBUT.

Kaedah ini merupakan satu asas yang penting terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
al – quran. Ianya amat berfaedah kepada murid – murid serta guru dalam usaha memastikan murid –
murid benar – benar dapat menguasai bacaan atau menghafaz sesuatu surah tertentu. Guru bertindak
sebagai sumber dan murid – murid pula akan menggunakan sumber dari guru untuk tujuan
pembelajaran. Guru menyebut atau melafazkan sesuatu lafaz bacaan dari surah – surah tertentu dan
murid – murid pula akan mengulangi lafaz bacaan guru tersebut. Selain daripada guru teknik
menggunakan radio atau bahan teknologi yang lain juga amat digalakkan dalam usaha menarik minat
murid – murid.

Melalui kaedah menyebut dan mendengar ini guru dengan mudah dapat mengenal pasti murid – murid
yang kurang mahir atau lemah dalam menyebut semula lafaz – lafaz bacaan surah – surah tersebut. Ini
memberi peluang kepada guru untuk memberikan perhatian yang lebih atau proses pemulihan dapat
dilaksanakan dengan segera. Usaha dengan menggunakan kaedah ini akan dapat menghasilkan
pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan.

2. KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH.
Mempelajari al – quran bukanlah suatu usaha yang mudah. Guru perlulah mengambil berat serta
memainkan peranan yang lebih dalam memastikan murid – murid benar – benar dapat membaca atau
menghafaz bacaan surah – surah dengan betul dan fasih. Penggunaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah
dilihat sebagai pemangkin utama dalam usaha ini. Guru secara terus dapat mengenali sejauh mana
pencapaian murid – murid dalam menguasai bacaan atau hafazan surah – surah tertentu. Murid juga
berpeluang untuk memperbetulkan bacaan atau hafazan mereka secara terus ketika berhadapan dengan
guru.

Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas tilawah kerana
sesuatu bacaan atau hafazan itu seharusnya tepat dan bertepatan dengan syariat islam. Ianya juga suatu
kaedah yang cukup berkesan dalam memastikan guru dan pelajar dapat meneruskan bacaan atau
hafazan untuk surah – surah yang seterusnya.




3. KAEDAH LATIH TUBI.

Bacaan dan hafazan sesuatu surah akan lebih mudah dikuasai oleh murid – murid apabila ianya diulang
– ulang serta di amalkan selalu. Oleh itu dalam usaha memastikan murid – murid mudah menguasai
bacaan atau hafazan sesuatu surah itu, kaedah latih tubi juga memainkan peranan utama dalam
memantapkan lagi hasil bacaan dan hafazan surah – surah terhadap diri murid – murid tersebut. Proses
pengulangan serta amalan seharian ini yang dilaksanakan secara berterusan dengan bimbingan guru
sudah pastilah dapat dikuasai dengan mudah serta cepat oleh murid – murid.Contohnya dilaksanakan
kaedah ini setiap kali guru ingin memulakan pengajaran serta diakhir pembelajaran.

Kaedah ini cukup mudah dilaksanakan dan ianya cukup berkesan kerana murid – murid akan lebih
mudah menerima sesuatu ilmu atau kemahiran apabila ianya sering diulang – ulang. Bukan sekadar
murid – murid akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru tetapi ianya lebih mudah diamalkan
dalam kehidupan seharian. Contohnya bacaan al – fatihah yang sering diulang atau dilatih tubi
bacaannya.Murid – murid secara tidak langsung akan fasih serta dapat nmengamalkannya dalam solat
seharian mereka. Amalan seharian yang dilaksanakan oleh murid – murid ini merupakan satu kekuatan
dalam mengaplikasikan kaedah latih tubi ini.
1

Contenu connexe

Tendances

Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11sitisarahrahmania
 
Materi PAI Kelas VII
Materi PAI Kelas VIIMateri PAI Kelas VII
Materi PAI Kelas VIIFaridatunnisa
 
Materi PAI Kelas 7 BAB V
Materi PAI Kelas 7 BAB VMateri PAI Kelas 7 BAB V
Materi PAI Kelas 7 BAB VFaridAtoz
 
7.08 sejarah nabi muhammad smt 1
7.08 sejarah nabi muhammad smt 17.08 sejarah nabi muhammad smt 1
7.08 sejarah nabi muhammad smt 1Rizal Anwar
 
Kelahiran nabi
Kelahiran nabiKelahiran nabi
Kelahiran nabiselikurfa
 
masa remaja rasulullah
masa remaja rasulullah masa remaja rasulullah
masa remaja rasulullah Siti Jum'atun
 
Syarifudin, sejarah rasul.
Syarifudin, sejarah rasul.Syarifudin, sejarah rasul.
Syarifudin, sejarah rasul.Syarifudin Amq
 
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihku
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihkuSelamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihku
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihkumateriumat
 
Sejarah nabi muhammad saw
Sejarah nabi muhammad sawSejarah nabi muhammad saw
Sejarah nabi muhammad sawdeliah cute
 
sejarah kebudayaan islam
sejarah kebudayaan islamsejarah kebudayaan islam
sejarah kebudayaan islamdayat7
 
Terjemah kitab-sirah-nabawiyah-nurul-yaqin-jilid-1
Terjemah kitab-sirah-nabawiyah-nurul-yaqin-jilid-1Terjemah kitab-sirah-nabawiyah-nurul-yaqin-jilid-1
Terjemah kitab-sirah-nabawiyah-nurul-yaqin-jilid-1yosep agus
 
3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]
3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]
3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]ArifFanani2
 
BELAJAR SKI MI KELAS 3
BELAJAR SKI MI KELAS 3BELAJAR SKI MI KELAS 3
BELAJAR SKI MI KELAS 3Finasolawati
 

Tendances (16)

Bab xii
Bab xiiBab xii
Bab xii
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
 
Materi PAI Kelas VII
Materi PAI Kelas VIIMateri PAI Kelas VII
Materi PAI Kelas VII
 
Ppt ski
Ppt skiPpt ski
Ppt ski
 
Materi PAI Kelas 7 BAB V
Materi PAI Kelas 7 BAB VMateri PAI Kelas 7 BAB V
Materi PAI Kelas 7 BAB V
 
7.08 sejarah nabi muhammad smt 1
7.08 sejarah nabi muhammad smt 17.08 sejarah nabi muhammad smt 1
7.08 sejarah nabi muhammad smt 1
 
Manarul 'ilmi #1
Manarul 'ilmi #1Manarul 'ilmi #1
Manarul 'ilmi #1
 
Kelahiran nabi
Kelahiran nabiKelahiran nabi
Kelahiran nabi
 
masa remaja rasulullah
masa remaja rasulullah masa remaja rasulullah
masa remaja rasulullah
 
Syarifudin, sejarah rasul.
Syarifudin, sejarah rasul.Syarifudin, sejarah rasul.
Syarifudin, sejarah rasul.
 
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihku
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihkuSelamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihku
Selamat datang-nabi-muhammad-saw-kekasihku
 
Sejarah nabi muhammad saw
Sejarah nabi muhammad sawSejarah nabi muhammad saw
Sejarah nabi muhammad saw
 
sejarah kebudayaan islam
sejarah kebudayaan islamsejarah kebudayaan islam
sejarah kebudayaan islam
 
Terjemah kitab-sirah-nabawiyah-nurul-yaqin-jilid-1
Terjemah kitab-sirah-nabawiyah-nurul-yaqin-jilid-1Terjemah kitab-sirah-nabawiyah-nurul-yaqin-jilid-1
Terjemah kitab-sirah-nabawiyah-nurul-yaqin-jilid-1
 
3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]
3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]
3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]
 
BELAJAR SKI MI KELAS 3
BELAJAR SKI MI KELAS 3BELAJAR SKI MI KELAS 3
BELAJAR SKI MI KELAS 3
 

Similaire à PEMIMPIN AGUNG

sirahnabawiyah-230409004024-17014127 (1) - Copy.pptx
sirahnabawiyah-230409004024-17014127 (1) - Copy.pptxsirahnabawiyah-230409004024-17014127 (1) - Copy.pptx
sirahnabawiyah-230409004024-17014127 (1) - Copy.pptxroyyanmubarok1
 
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWKISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWRinaldi Julian
 
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAWSejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAWFirdika Arini
 
Dakwah rasulullah periode mekah
Dakwah rasulullah periode mekah Dakwah rasulullah periode mekah
Dakwah rasulullah periode mekah Amrmer
 
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & RasulMuhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasulladychandrakasih Charsy
 
KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 BIDANG SIRAH 5.1
KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 BIDANG SIRAH 5.1KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 BIDANG SIRAH 5.1
KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 BIDANG SIRAH 5.1Khairina_Syuhada
 
ambon Syarifudin, sejarah rasul.
ambon Syarifudin, sejarah rasul.ambon Syarifudin, sejarah rasul.
ambon Syarifudin, sejarah rasul.Syarifudin Amq
 
Syarifudin, sejarah rasul.
Syarifudin, sejarah rasul.Syarifudin, sejarah rasul.
Syarifudin, sejarah rasul.Syarifudin Amq
 
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1Khairina_Syuhada
 
Ppt bab 14 (misi dakwah rasulullah)
Ppt bab 14 (misi dakwah rasulullah)Ppt bab 14 (misi dakwah rasulullah)
Ppt bab 14 (misi dakwah rasulullah)BangFaeshal
 
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swtSelamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swtNoviShinta
 
Kisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad sawKisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad sawSeptian Muna Barakati
 
Sirah - Kehidupan Nabi SAW
Sirah - Kehidupan Nabi SAWSirah - Kehidupan Nabi SAW
Sirah - Kehidupan Nabi SAWNota Diniyah
 
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkahKemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkahMiss Jia
 

Similaire à PEMIMPIN AGUNG (20)

sirahnabawiyah-230409004024-17014127 (1) - Copy.pptx
sirahnabawiyah-230409004024-17014127 (1) - Copy.pptxsirahnabawiyah-230409004024-17014127 (1) - Copy.pptx
sirahnabawiyah-230409004024-17014127 (1) - Copy.pptx
 
Kisah nabi muhammad 2
Kisah nabi muhammad 2Kisah nabi muhammad 2
Kisah nabi muhammad 2
 
Kisah Nabi Muhammad Saw
Kisah Nabi Muhammad SawKisah Nabi Muhammad Saw
Kisah Nabi Muhammad Saw
 
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWKISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
 
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAWSejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
 
Dakwah rasulullah periode mekah
Dakwah rasulullah periode mekah Dakwah rasulullah periode mekah
Dakwah rasulullah periode mekah
 
Kisah awal kenabian
Kisah awal kenabianKisah awal kenabian
Kisah awal kenabian
 
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & RasulMuhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
 
Bab 8 Sejarah Nabi Muhammad SAW
Bab 8  Sejarah Nabi Muhammad SAWBab 8  Sejarah Nabi Muhammad SAW
Bab 8 Sejarah Nabi Muhammad SAW
 
KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 BIDANG SIRAH 5.1
KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 BIDANG SIRAH 5.1KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 BIDANG SIRAH 5.1
KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 BIDANG SIRAH 5.1
 
ambon Syarifudin, sejarah rasul.
ambon Syarifudin, sejarah rasul.ambon Syarifudin, sejarah rasul.
ambon Syarifudin, sejarah rasul.
 
Syarifudin, sejarah rasul.
Syarifudin, sejarah rasul.Syarifudin, sejarah rasul.
Syarifudin, sejarah rasul.
 
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
 
Ppt bab 14 (misi dakwah rasulullah)
Ppt bab 14 (misi dakwah rasulullah)Ppt bab 14 (misi dakwah rasulullah)
Ppt bab 14 (misi dakwah rasulullah)
 
Kultum..
Kultum..Kultum..
Kultum..
 
Esei agama aa301
Esei agama   aa301Esei agama   aa301
Esei agama aa301
 
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swtSelamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
Selamat datang wahai nabiku ke kasih allah swt
 
Kisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad sawKisah singkat dakwah nabi muhammad saw
Kisah singkat dakwah nabi muhammad saw
 
Sirah - Kehidupan Nabi SAW
Sirah - Kehidupan Nabi SAWSirah - Kehidupan Nabi SAW
Sirah - Kehidupan Nabi SAW
 
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkahKemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
 

Plus de fuad663329

TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIR
TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIRTRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIR
TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIRfuad663329
 
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learners
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learnersAssignment 1-Learning Skills for open and distance learners
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learnersfuad663329
 
Open and distance education in global environment
Open and distance education in global environmentOpen and distance education in global environment
Open and distance education in global environmentfuad663329
 
assg agama islam
assg agama islamassg agama islam
assg agama islamfuad663329
 
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word DocumentNew Microsoft Word Document
New Microsoft Word Documentfuad663329
 

Plus de fuad663329 (7)

TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIR
TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIRTRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIR
TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIR
 
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learners
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learnersAssignment 1-Learning Skills for open and distance learners
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learners
 
New to the OU
New to the OUNew to the OU
New to the OU
 
Open and distance education in global environment
Open and distance education in global environmentOpen and distance education in global environment
Open and distance education in global environment
 
assg agama islam
assg agama islamassg agama islam
assg agama islam
 
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word DocumentNew Microsoft Word Document
New Microsoft Word Document
 
tajwid
tajwidtajwid
tajwid
 

Dernier

PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxPRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxSaeful Malik
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANGilbertFibriyantAdan
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxMarto Marbun
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Adam Hiola
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Adam Hiola
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxWahyuSolehudin1
 
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxPERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxAfifahNuri
 

Dernier (7)

PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxPRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
 
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxPERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
 

PEMIMPIN AGUNG

  • 1. HASHMAM BIN ABDARAHIM 730903 – 08 – 5995 HBIS2103 PENDIDIKAN ISLAM 2 TAHUN 2 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------- SOALAN 1 : APAKAH YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI DESA BANI SA’AD DALAM MEMBENTUK JIWA SEORANG PEMIMPIN AGUNG SELURUH UMAT MANUSIA. PENGENALAN Muhammad s.a.w adalah putera tunggal kepada Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim Bin Abdul Manaf Bin Qushayy dan isterinya Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf Bin Zuhra. Baginda dilahirkan pada pagi hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 Masehi dirumah Abdul Mutalib, datuk Nabi sebelah bapa yang merupakan salah seorang bangsawan yang cukup terkenal di tanah Mekah.. Tahun tersebut jugalah Abrahah bersama tentera bergajahnya yang ingin menyerang dan menghancurkan Kaabah telah dibinasakan kesemuanya oleh Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam surah al – Fil. Maka tahun tersebut telah dikenali dalam sejarah sebagai “ Tahun Gajah “. Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t kepada sekelian umat hingga hari kiamat. Baginda menjadi yatim semasa dua bulan dalam kandungan ibunya kerana bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib telah wafat di Yathrib ketika menguruskan urusan perniagaan. Setelah dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah disusui oleh ibunya selama tiga hari. Selepas itu baginda telah disusui pula oleh hamba kepada Abu Lahab iaitu Thuwaibatul Islamiyyah selama beberapa hari. Abu Jahal gembira dengan keadaan itu dan telah memerdekakannya. Selepas itu baginda s.a.w disusui pula oleh Halimatus Sa’adiah selama empat tahun.. Telah menjadi satu tradisi atau budaya masyarakat bangsawan Arab akan menyerahkan anak – anak atau bayi mereka kepada orang – orang kampung untuk disusui bila mereka melahirkan anak. Aminah juga turut meneruskan tradisi atau budaya penyusuan serta asuhan ini. Di kalangan kabilah – kabilah pedalaman yang terkenal dalam susuan ini adalah Kabilah Bani Sa’ad. Akhirnya beberapa orang wanita dari keluarga Bani Sa’ad datang ke Mekah dan seperti biasa mereka mencari bayi yang akan mereka susukan. Beberapa wanita dari Bani Sa’ad pada peringkat awalnya tidak mahu mengambil Nabi Muhammad s.a.w untuk disusui kerana baginda adalah bayi yatim piatu. Ini akan mengurangkan upah yang akan mereka perolehi. Setelah wanita lain dari keluarga Bani Sa’ad masing – masing ingin pulang ke kampung bersama bayi mereka, Halimah yang turut datang bersama mereka masih mencari – cari bayi untuk disusuinya.
  • 2. Akhirnya Halimah telah bersetuju untuk membawa bayi iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk disusuinya dan dibawa balik ke kampung halamannya untuk mengasuh baginda. Ahli Sirah Nabawi telah bersepakat menyatakan bahawa setelah Nabi Muhammad s.a.w tiba di perkampungan Bani Sa’ad yang ketika itu mengalami kemarau yang teruk telah berubah menjadi bumi yang subur. Nabi Muhammad s.a.w telah bersama keluarga Halimah sehingga mencapai usia lima tahun. Sepanjang tinggal di sana keluarga Halimah telah dijadikan tempat untuk mendapatkan kasih sayang serta dapat bergaul mesra dengan kanak – kanak dari Bani Sa’ad tersebut. PERISTIWA – PERISTIWA YANG BERLAKU KETIKA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan Allah s.w.t telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada umat Islam seluruh alam. Ketika junjungan besar ini dilahirkan telah berlaku beberapa peristiwa yang luar biasa ( mukjizat ) kepada alam sejagat serta baginda sendiri. Peristiwa – peristiwa tersebut dapat dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran. PERISTIWA SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W ( a ) Api Sembahan Kaum Majusi Di Parsi Terpadam. Kaum Majusi adalah golongan yang menyembah api. Mereka menganggap api adalah tuhan mereka. Di Parsi ( Iran ) mereka telah membina satu obar yang besar dan api yang mereka nyalakan di dalam obor berkenaan menjadi tuha mereka dan meyakini bahawa api tersebut tidak akan padam buat selama – lamanya. Namun tanggapan mereka silap kerana semasa Nabi Muhammad s.a.w hendak dilahirkan secara tiba – tiba api sembahan mereka terpadam dan ini menyebabkan semua masyarakat Parsi terkejut, maka rahib mereka menyatakan bhawa ia adalah suatu petanda satu perkara besar telah berlaku. ( b ) Aminah Bermimpi Supaya Anak dalam kandungan Di Beri Nama Muhammad s.a.w. Ketika mengandungkan Nabi Muhammad s.a.w, ibunya Aminah yang merupakan seorang wanita yang solehah sering bermimpi bertemu dengan seorang berjubah putih. Di dalam mimpinya itu Aminah sering di ingatkan agar anak kelahirannya itu diberikan Nama Muhammad yang beerti terpuji. PERISTIWA SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W ( a ) Semasa dilahirkan kedua tapak tangan Nabi Muhammad s.a.w melekap di atas bumi dan kepala baginda mendongak ke langit. ( b ) Baginda dilahirkan dalam keadaan yang sudah berkhatan.
  • 3. ( c ) Apabila dilahirkan baginda bersin dan mengucapkan Alhamdulillah serta dijawab oleh malaikat ” Yarhamkallah ” dan baginda menjawab pula ” Yahdina Wahah Di Kumullah ”. PERISTIWA SELEPAS KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W ( a ) Dada baginda s.a.w dibedah ketika sedang bermain – main dengan kawan – kawannya sewaktu berada di dalam asuhan Halimah. Pada suatu hari malaikat Jibril yang menyerupai seorang lelaki telah datang bertemu baginda. Malaikat yang menyerupai seorang lelaki itu telah membarigkan baginda dan membelah dada baginda tanpa sebarang alat pembedahan. Hati Nabi Muhammad s.a.w telah dikeluarkan dan dibasuh dengan air zam – zam di dalam bekas emas. Kawan – kawan baginda yang sedang bermain bersama baginda telah pergi memberi tahu Halimah tentang peristiwa tersebut. Dengan berlakunya peristiwa tersebut, Halimah telah mengembalikan Nabi Muhammad s.a.w kepada ibu kandungnya. Ini adalah kerana beliau bimbing jika peristiwa tersebut berulang lagi walaupun hatinya begitu berat untuk berpisah dengan Nabi Muhammad s.a.w. ( b ) Kumpulan Awan Memayungi Baginda Ketika Berjalan.Peristiwa ini telah diceritakan oleh Maisarah iaitu pembantu kepada Siti Khadijah yang menguruskan perniagaan. Ketika Nabi Muhammad s.a.w bersama Maisarah dalam rombongan perniagaan ke Syam, awan sering mengiringi atau memayungi baginda ketika perjalanan mereka itu. Kesimpulannya, kelahiran seorang bayi yang diberi nama Muhammad itu telah membuka satu jalan kebenaran akidah umat manusia sejagat. Kemuliaan baginda terserlah bukan sahaja setelah dilantik menjadi Nabi dan Rasul malah ianya telah kelihatan sinarnya ketika berada di dalam kandungan ibu baginda lagi. Sesungguhnya kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu anugerah dari Maha Pencipta Allah s.w.t. KESAN DARIPADA KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI DESA BANI SA’AD DALAM MEMBENTUK JIWA SEORANG PEMIMPIN AGUNG SELURUH UMAT MANUSIA. Pembentukan peribadi seseorang itu amat dipengaruhi dengan faktor tertentu terutamanya latar belakang didikan serta asuhan yang diterima sejak kecil lagi. Pengaruh ini akan meninggalkan kesan yang berterusan kepada anak – anak asuhan. Tingkah laku yang positif dan negatif akan terus tersemat di hati ssnubari anak – anak yang sering dipengaruhi oleh latar belakang didikan. Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu anugerah Ilahi dalam membentuk keperibadian umat islam sejagat. Begitu jugalah pengaruh yang diterima atau kesan didikan yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda diasuh dan dididik oleh masyarakat Bani Sa’ad yang begitu menekankan nilai – nilai murni dalam pembentukan jiwa manusia. TUJUAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI HANTAR KE DESA. Telah menjadi tradisi masyarakat Arab terutamanya golongan – golongan bangsawan akan menghantar bayi mereka yang dilahirkan ke desa – desa atau pedalaman untuk disusui dan diasuh sepenuhnya oleh masyarakat desa atau kampung. Bayi atau anak mereka akan diasuh dan dididik sepenuhnya oleh masyarakat tersebut sehinggalah bayi tersebut meningkat dewasa. Begitu jugalah dengan kehidupan
  • 4. selepas lahirnya Muhammad s.a.w. Baginda telah diserahkan oleh ibunya kepada Halimah yang berasal dari perkampungan Bani Sa’ad. Baginda telah diasuh dan disusui oleh Halimah sehinggalah beberapa tahun. Antara mengapa atau tujuan masyarakat Arab khususnya Siti Aminah menghantar anakandanya Muhammad s.a.w ke desa atau pendalaman adalah : Menghantar bayi yang baru dilahirkan merupakan salah satu budaya masyarakat arab terutamanya golongan bangsawan Arab. Nabi Muhammad s.a.w merupakan cucunda kepada Abdul Mutalib yang merupakan salah seorang keturunan bangsawan yang terkenal di kota Mekah. Mereka mempercayai bahawa dengan menghantar bayi ke kawasan pedalaman atau kampung akan memberi kesan yang positif kepada kehidupan bayi tersebut apabila dewasa kelak. Ini adalah kerana desa – desa atau perkampungan tersebut masih lagi mengamalkan nilai – nilai murni yang akan mempengaruhi corak kehidupan bayi tersebut. Begitu jugalah dengan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang diharapkan akan menjadi manusia yang berguna apabila dihantar ke desa Bani Sa’ad tersebut. Ternyata sekali kehidupan Nabi Muhammad s.a.w di desa Bani Sa’ad itu telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam senario kehidupan baginda. Ini terbukti dengan gelaran ” Al – Amin ” yang diberikan oleh masyarakat arab kepada baginda yang membawa erti bahawa Muhammad adalah seorang yang terpuji. Kesan dari didikan inilah, Nabi Muhammad s.a.w amat disenangi oleh seluruh masyarakat arab ketika itu. Dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w mendapat asuhan dan didikan yang baik ketika berada di bawah asuhan Halimah dan masyarakat Bani Sa’ad ketika itu. Dengan pergaulan yang dikelilingi oleh masyarakat Bani Sa’ad yang mempunyai sifat – sifat yang luhur, pemerolehan bahasa Arab juga dapat dipelajari dengan sempurna oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di sana. Ini amat penting dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w untuk menambahkan ilmu pengetahuannya dari sudut berbahasa dengan baik dan tutur kata yang sempurna dan lemah lembut. Ini amat berbeza sekali dengan persekitaran masyarakat arab yang berada di kota Mekah ketika itu. Masyarakat di sana sering menggunakan bahasa – bahasa yang keras dan kasar. Ini amat memberi kesan yang negatif dalam proses pertumbuhan seseorang kanak – kanak. Ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan pemimpin Agung umat Islam seluruh alam. Kefasihan berbahasa serta mempunyai sifat yang lemah lembut dalam tutur bicara baginda telah menjadikan baginda seorang lelaki yang cukup disenangi oleh semua masyarakat Arab ketika itu. Sifat – sifat ini amat sesuai sekali terhadap baginda yang merupakan seorang pemimpin dunia Islam dalam menyebarkan dakwah islamiah kepada seluruh manusia ketika itu. Membentuk peribadi yang mulia dan bersifat lemah lembut. Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang begitu baik ketika berada di desa Bani Sa’ad telah meninggalkan kesan yang positif kepada pembentukan rohani dan fizikal Nabi Muhammad s.a.w. Selain daripada itu juga pertumbuhan dan perkembangan minda Nabi Muhammad s.a.w dilimpahi dengan nilai-nilai pembentukan seorang manusia yang baik. Proses ini telah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w seorang lelaki yang bersifat lemah lembut dari pelbagai sudut samaada lisannya mahupun perbuatannya. Ini amat bersesuaian dengan ciri – ciri seorang pemimpin yang dapat dijadikan contoh oleh masyarakat islam. Selain daripada itu, ketinggian peribadi baginda juga telah menjadi sebutan ramai serta amat disenangi oleh seluruh masyarakat Arab ketika itu. Walaupun mereka tidak pernah mengakui dakwah islamiah yang disampaikan oleh baginda tetapi mereka tetap memberi pengiktirafan yang tinggi kepada budi pekerti serta sifat – sifat kemuliaan yang ada pada baginda Nabi Muhammad s.a.w. Membentuk perhubungan kemasyarakatan yang baik. Masyarakat Bani Sa’ad merupakan satu contoh generasi masyarakat yang mempunyai sifat – sifat pergaulan yang amat disenangi oleh seluruh masyarakat disitu. Perhubungan kemasyarakatan ini merupakan satu sifat yang amat perlu dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama. Kesan dari asuhan Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di perkampungan Bani Sa’ad ini telah mendidik baginda dalam perlunya mempunyai satu
  • 5. hubungan kemasyarakatan yang erat. Ini amat bertepatan sekali dengan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t kepada baginda dalam membina satu tamadun masyarakat manusia amnya dalam menganuti ajaran Allah s.w.t. Kesan didikan secara langsung dan tidak langsung yang baginda perolehi ketika berada di perkampungan Bani Sa’ad ini telah berjaya baginda laksanakan dengan terbuktinya persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar ketika penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke Madinah. RUJUKAN :
  • 6. SOALAN 2 : SEDIAKAN SATU MODEL PENGAJARAN UNTUK DUA PENGGAL PERSEKOLAHAN DALAM MEMANTAPKAN BACAAN SURAH – SURAH HAFAZAN PILIHAN IAITU SURAH AL – KAFIRUN, AL – KAUTHAR , AL – MAUN DAN AL – QURAISY SETERUSNYA MEMBANTU UNTUK BACAAN DALAM SOLAT SEHARIAN PARA PELAJAR ANDA. SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2. SEMESTER 1 MINGGU BIDANG/ ISI HASIL CADANGAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN TAJUK PELAJARAN PEMBELAJARAN 20 Asuhan Surah Al – Murid dapat : 1. Talaqqi dan Tilawah Al – Kafirun ayat 1 – musyafahah potongan Quran. 3. Aras 1 : Menghafaz ayat Surah Al – Kafirun. potongan ayat Surah Al – - Membaca Nilai : Menghayati Kafirun dengan betul. 2. Latih tubi menyebut dan Akhlak Islamiah. ayat. menghafaz Aras 2 : Mengekalkan Surah Al – hafazan surah yang telah 3. Murid – murid Kafirun. dipelajari. menyambung bacan guru. Aras 3 : Mengamalkan surah – surah yang 4. Tasmiq bacaan dihafaz ketika solat. kepada guru. SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.
  • 7. SEMESTER 1 MINGGU BIDANG/ ISI HASIL CADANGAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN TAJUK PELAJARAN PEMBELAJARAN 21 Asuhan Surah Al – Murid dapat : 1. Talaqqi dan Tilawah Al – Kafirun ayat 4 – musyafahah potongan Quran. 6. Aras 1 : Menghafaz ayat Surah Al – Kafirun. potongan ayat Surah Al – - Membaca Nilai : Istiqamah Kafirun dengan betul. 2. Latih tubi menyebut dan membaca Al - ayat. menghafaz Quran. Aras 2 : Mengekalkan Surah Al – hafazan surah yang telah 3. Murid – murid Kafirun. dipelajari. menyambung bacan guru. Aras 3 : Mengamalkan surah – surah yang 4. Tasmiq bacaan dihafaz ketika solat. kepada guru. SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2. SEMESTER 1 MINGGU BIDANG/ ISI HASIL CADANGAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN TAJUK PELAJARAN PEMBELAJARAN 25 Asuhan Surah Al – Murid dapat : 1. Talaqqi dan Tilawah Al – Khauthar ayat 1 – musyafahah potongan
  • 8. Quran. 3. Aras 1 : Menyebut dan ayat Surah Al – Kafirun. membaca kalimah Surah - Membaca Nilai : Memohon Al – Khauthar dengan 2. Latih tubi membaca dan perlindungan hanya betul.. surah secara kelas, menghafaz kepada Allah. kumpulan dan individu. Surah Al – Aras 2 : Menghafaz ayat Kauthar. demi ayat Surah Al - 3. Tasmiq hafazan Khauthar. kepada guru. Aras 3 : Menghafaz 4. Latihan mencantum Surah Al - Khauthar. kalimah menjadi ayat yang sempurna. SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2. SEMESTER 2 MINGGU BIDANG/ ISI HASIL CADANGAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN TAJUK PELAJARAN PEMBELAJARAN 29 Asuhan Surah Al – Maun Murid dapat : 1. Bacaan secara kelas, Tilawah Al – ayat 1 – 4. kumpulan dan individu. Quran. Aras 1 : Menghafaz Nilai : Berbuat baik potongan ayat Surah Al – 2. Talaqqi dan - Membaca kepada anak yatim. Maun. musyafahah kalimah / dan potongan ayat. menghafaz Aras 2 : Menghafaz Surah Al – Surah Al – Maun ayat 3. Latih tubi menghafaz Maun. demi ayat. surah. Aras 3 : Menghafaz ayat 4. Tasmiq hafazan dari Surah Al – Maun
  • 9. ayat 1 – 4. kepada guru. 5. Menyambung bacaan guru. 6. Pertandingan hafazan. SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2. SEMESTER 2 MINGGU BIDANG/ ISI HASIL CADANGAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN TAJUK PELAJARAN PEMBELAJARAN 30 Asuhan Surah Al – Maun Murid dapat : 1. Bacaan secara kelas, Tilawah Al – ayat 5 - 7. kumpulan dan individu. Quran. Aras 1 : Menghafaz Nilai : Khusyuk potongan ayat Surah Al – 2. Talaqqi dan - Membaca ketika beribadah. Maun. musyafahah kalimah / dan potongan ayat. menghafaz Aras 2 : Menghafaz Surah Al – Surah Al – Maun ayat 3. Latih tubi menghafaz Maun. demi ayat. surah. Aras 3 : Menghafaz ayat 4. Tasmiq hafazan dari Surah Al – Maun kepada guru. ayat 5 - 7. 5. Menyambung bacaan guru. 6. Pertandingan hafazan.
  • 10. SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2. SEMESTER 2 MINGGU BIDANG/ ISI HASIL CADANGAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN TAJUK PELAJARAN PEMBELAJARAN 35 Asuhan Surah Al – Murid dapat : 1. Bacaan secara kelas, Tilawah Al – Quraisy ayat 1 - 3. kumpulan dan individu. Quran. Aras 1 : Menghafaz Nilai : Khusyuk potongan ayat Surah Al – 2. Talaqqi dan - Membaca ketika beribadah. Quraisy. musyafahah kalimah / dan potongan ayat. menghafaz Aras 2 : Menghafaz Surah Al – Surah Al – Maun ayat 3. Latih tubi menghafaz Quraisy. demi ayat. surah. Aras 3 : Menghafaz 4. Tasmiq hafazan keseluruhan ayat dari kepada guru. Surah Al – Quraisy ayat 1 - 3. 5. Menyambung bacaan guru. 6. Pertandingan hafazan.
  • 11. SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2. SEMESTER 2 MINGGU BIDANG/ ISI HASIL CADANGAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN TAJUK PELAJARAN PEMBELAJARAN 36 Asuhan Surah Al – Murid dapat : 1. Bacaan secara kelas, Tilawah Al – Quraisy ayat 3 - 4. kumpulan dan individu. Quran. Aras 1 : Menghafaz Nilai : Khusyuk potongan ayat Surah Al – 2. Talaqqi dan - Membaca ketika beribadah. Quraisy. musyafahah kalimah / dan potongan ayat. menghafaz Aras 2 : Menghafaz Surah Al – Surah Al – Maun ayat 3. Latih tubi menghafaz Quraisy. demi ayat. surah. Aras 3 : Menghafaz 4. Tasmiq hafazan keseluruhan ayat dari kepada guru. Surah Al – Quraisy ayat 3 - 4. 5. Menyambung bacaan guru. 6. Pertandingan hafazan. CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) Butiran Kelas :
  • 12. Tahun : Dua. ( 25 ) orang murid. Masa : 8.30 – 9.30 pagi. Tarikh : 8.2.2008. Bidang / Tajuk : Asuhan Tilawah Al – Quran / Surah Al - Kafirun. Alat Bantu Mengajar : LCD / komputer, kad – kad kalimah, lembaran kerja dan radio kaset. Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid telah mahir membaca membaca al - Quran. Murid 2. Murid pernah mendengar bacaan dari surah ini. Kemahiran Berfikir. : Banding beza. Hasil Pembelajaran Murid dapat : Aras 1 : Menghafaz potongan ayat Surah Al – Kafirun dengan betul. Aras 2 : Mengekalkan hafazan surah yang telah dipelajari. Aras 3 : Mengamalkan surah – surah yang dihafaz ketika solat. Penghayatan Nilai : 1. Bersungguh – sungguh menghafaz surah – surah Al – Quran. 2. Mengamalkan surah yang telah dihafaz dalam solat seharian. 3. Berusaha menghafaz surah – surah yang lain. 4. Banyak menghafaz surah akan mencerdaskan minda.
  • 13. ISI AKTIVITI BAHAN BANTU MENGAJAR KANDUNGAN DAN LANGKAH PEMBELAJARAN Pendahuluan - Bacaan Doa Belajar. - Murid – murid membaca doa belajar bersama – sama dengan guru. Set Induksi. - Surah Al – Kafirun - Guru bersoal jawab dengan murid – - Surah Al – ayat 1 – 3. murid tentang perkataan “ KAFIR “ dan Kafirun mengaitkannya dengan tajuk pelajaran Surah Al – Kafirun. - Slaid Power Point. Langkah 1 - Surah Al – Kafirun - Guru mempamirkan Surah Al – - Surah Al - ayat 1 – 3. Kafirun ayat 1 – 3. Kafirun. - Guru memperdengarkan bacaan Surah ( slaid power Al – Kafirun ayat 1 – 6. point ). - Guru meminta murid – murid membaca bersama – sama dengan guru secara kelas, kumpulan dan individu. Langkah 2 - Surah Al – Kafirun - Guru mengedarkan kad – kad potongan - Surah Al -
  • 14. ayat 1 – 3. ayat surah Al – Kafirun ayat 1 – 3 kepada Kafirun. murid – murid yang membentuk beberapa kumpulan. ( kad – kad potongan ayat - Murid – murid diminta menyusun dari surah al - semula potongan kad tersebut menjadi kafirun ). ayat yang lengkap dalam masa yang ditentukan. - Guru menilai hasil kerja murid – murid. - Guru meminta setiap kumpulan membaca semula hasil kerja tersebut. - Murid – murid diminta menyalin semula ayat dari surah yang telah dibacakan tersebut. Langkah 3 - Surah Al – Kafirun - Guru mengumpulkan dan membimbing - Surah Al - ayat 1 – 3. murid – murid yang belum dapat Kafirun. menguasai bacaan surah dengan baik. ( Pemulihan ). ( kad – kad - Latih tubi secara individu dan potongan ayat berpasangan dilaksanakan. dari surah al - kafirun ). Langkah 4 - Surah Al – Kafirun - Guru mengadakan pertandingan hafazan Radio kaset. ayat 1 – 3. Surah Al – Kafirun. - Guru merakam bacaan dari murid – murid tersebut. - Guru memperdengarkan semula hasil bacaan murid – murid. - Guru berbincang tentang hasil bacaan murid – murid tersebut. Penutup - Surah Al – Kafirun - Guru meminta murid – murid ayat 1 – 3. melafazkan bacaan Surah Al – Kafirun secara hafazan mengikut kumpulan serta berpasangan. - Guru menerangkan penggunaan bacaan Surah Al – Kafirun dalam kehidupan
  • 15. seharian. Contohnya : Bacaan dalam solat. Bacaan ketika hendak tidur. RUMUSAN TENTANG KAEDAH PENGAJARAN ASUHAN TILAWAH AL – QURAN. Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan amatlah penting dalam usaha guru untuk membina pengetahuan kepada pelajar. Untuk memenuhi hasrat itu yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara maka seseorang guru itu perlulah memiliki kepelbagaian kemahiran untuk menjana pemikiran pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dalam matapelajaran Pendidikan Islam guru haruslah lebih kreatif dalam menggunakan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid serta ilmu pengetahuan yang akan diperolehi akan terus berkekalan serta dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Bidang Asuhan Tilawah Al – Quran sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 2 kemahiran utama iaitu kemahiran bacaan surah – surah tertentu dan kemahiran menghafaz surah – surah tertentu. Antara strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang ini yang dapat dilaksanakan oleh guru ialah : 1. KAEDAH MENDENGAR SERTA MENYEBUT. Kaedah ini merupakan satu asas yang penting terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran al – quran. Ianya amat berfaedah kepada murid – murid serta guru dalam usaha memastikan murid – murid benar – benar dapat menguasai bacaan atau menghafaz sesuatu surah tertentu. Guru bertindak sebagai sumber dan murid – murid pula akan menggunakan sumber dari guru untuk tujuan pembelajaran. Guru menyebut atau melafazkan sesuatu lafaz bacaan dari surah – surah tertentu dan murid – murid pula akan mengulangi lafaz bacaan guru tersebut. Selain daripada guru teknik menggunakan radio atau bahan teknologi yang lain juga amat digalakkan dalam usaha menarik minat murid – murid. Melalui kaedah menyebut dan mendengar ini guru dengan mudah dapat mengenal pasti murid – murid yang kurang mahir atau lemah dalam menyebut semula lafaz – lafaz bacaan surah – surah tersebut. Ini memberi peluang kepada guru untuk memberikan perhatian yang lebih atau proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera. Usaha dengan menggunakan kaedah ini akan dapat menghasilkan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan. 2. KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH.
  • 16. Mempelajari al – quran bukanlah suatu usaha yang mudah. Guru perlulah mengambil berat serta memainkan peranan yang lebih dalam memastikan murid – murid benar – benar dapat membaca atau menghafaz bacaan surah – surah dengan betul dan fasih. Penggunaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah dilihat sebagai pemangkin utama dalam usaha ini. Guru secara terus dapat mengenali sejauh mana pencapaian murid – murid dalam menguasai bacaan atau hafazan surah – surah tertentu. Murid juga berpeluang untuk memperbetulkan bacaan atau hafazan mereka secara terus ketika berhadapan dengan guru. Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas tilawah kerana sesuatu bacaan atau hafazan itu seharusnya tepat dan bertepatan dengan syariat islam. Ianya juga suatu kaedah yang cukup berkesan dalam memastikan guru dan pelajar dapat meneruskan bacaan atau hafazan untuk surah – surah yang seterusnya. 3. KAEDAH LATIH TUBI. Bacaan dan hafazan sesuatu surah akan lebih mudah dikuasai oleh murid – murid apabila ianya diulang – ulang serta di amalkan selalu. Oleh itu dalam usaha memastikan murid – murid mudah menguasai bacaan atau hafazan sesuatu surah itu, kaedah latih tubi juga memainkan peranan utama dalam memantapkan lagi hasil bacaan dan hafazan surah – surah terhadap diri murid – murid tersebut. Proses pengulangan serta amalan seharian ini yang dilaksanakan secara berterusan dengan bimbingan guru sudah pastilah dapat dikuasai dengan mudah serta cepat oleh murid – murid.Contohnya dilaksanakan kaedah ini setiap kali guru ingin memulakan pengajaran serta diakhir pembelajaran. Kaedah ini cukup mudah dilaksanakan dan ianya cukup berkesan kerana murid – murid akan lebih mudah menerima sesuatu ilmu atau kemahiran apabila ianya sering diulang – ulang. Bukan sekadar murid – murid akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru tetapi ianya lebih mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya bacaan al – fatihah yang sering diulang atau dilatih tubi bacaannya.Murid – murid secara tidak langsung akan fasih serta dapat nmengamalkannya dalam solat seharian mereka. Amalan seharian yang dilaksanakan oleh murid – murid ini merupakan satu kekuatan dalam mengaplikasikan kaedah latih tubi ini.
  • 17. 1