1. Pengenalan
Perkembangan Bahasa Melayu begitu pesat. Perubahan banyak telah
dan sedang berlaku pada Bahasa Melayu. Bentuk-bentuk bahasa terhasil untuk
memenuhi keperluan-keperluan semasa, terutama keperluan ilmu.
Aspek morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang penting di dalam
Bahasa Melayu. Aspek morfologi memberi penjelasan mengenai struktur kata,
bentuk kata serta penggolongan kata. Aspek sintaksis memberi penjelasan
mengenai ayat contohnya ragam ayat, pola ayat, ayat tunggal dan juga ayat
majmuk.
Bahagian A
Definisi Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk
dan penggolongan kata. Struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk
kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan
kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk
atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Morfologi Bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji kata atau perkataan
dari segi strukturnya, bentuknya dan juga golongannya dalam Bahasa Melayu.
2. Penggolongan Kata
Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam
golongan-golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria
struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan
kriteria semantik.
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan /atau fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama.
Penggolongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat
iaitu :
- kata nama
- kata kerja
- kata adjektif
- kata tugas
3. Kata Nama
Definisi Kata Nama
Kata Nama ialah kata yang merujuk khusus pada sesuatu nama orang,
haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan pangkat. Menurut
Za’ba (1965) memberi defnisi nama sebagai semua perkataan yang menyebut
benda atau orang dan sebagainya. Bagi Abdullah Hassan (2003) mendefinisikan
kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama
tempat, dan nama perkara. Lutfi Abas (1971) menyatakan kata nama sebagai
kata yang terletak selepas bilangan atau bilangan serta penjodoh bilangan.
Golongan Kata Nama
Golongan kata nama dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kata nama
khas, kata nama am dan kata ganti nama.
KATA NAMA
KATA NAMA KATA NAMA KATA GANTI
KHAS AM NAMA
4. Analisis Kata Nama Yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 132-133
Bahasa Malaysia Teks Tahun 6
Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama
Kota Melaka Tangan beliau
Portugis Penduduk mereka
Ogos Sultan
India Pos kawalan
Panglima Awang Timur
Benggali Putih Sahabat
Enrique Hamba
Afrika Dunia
Magellan Armada
Kapten Ferdinand Kapal
Alfonso Lima
Maghribi Kelasi
Raja Sepanyol Benua
Pelabuhan Sevilla Kaki
Pulau Cebu Bumi
Henry The Black Pasukan
Filipina Askar
Raja Hamadun Bulan
Pulau Mactan Pemerintah
Melaka Pembantu
Siam Pemberontak
Kuala Sungai Brunei Kaum
Brunei Lelaki
Panglima Hitam Ilmu
Eropah Pejuang
Amerika Selatan Kota
Penjajah
Peperangan
Maju
Makmur
Malam
5. Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada
sesuatu nama orang , haiwan, benda, perbadanan, undang-undang, bangsa,
pangkat dan seumpamanya. Bagi kata nama khas, tulisan huruf pertama atau
awal ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu
nama khas hidup dan nama khas tak hidup. Nama khas hidup pula dibahagi
kepada dua kumpulan iaitu manusia dan bukan manusia.
Panglima Awang
Magellan
Manusia Kapten Ferdinand
Kota Melaka Raja Sepanyol
NAMA Portugis Raja Hamadun
KHAS India Panglima Hitam
HIDUP Afrika
Maghribi
Bukan Manusia
Pelabuhan
Sevilla
KATA Pulau Cebu
NAMA Filipina
KHAS Pulau Mactan
Melaka
Siam
Kuala Sungai
Brunei
Brunei
Eropah
6. NAMA KHAS
TAK HIDUP
Kata Nama Khas Yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 132-133,
Bahasa Malaysia Teks Tahun 6
Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep
yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberapa
kumpulan iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau
bukan institusi, konkrit atau abstrak dan berbilang atau tak berbilang. Menurut
Asraf (2007) kata nama am boleh digunakan untuk sesuatu yang bernyawa
seperti manusia, dan binatang, dan yang hidup seperti tumbuh-tumbuhan. Ia
7. juga boleh digunakan kepada sesuatu yang tidak bernyawa atau tak hidup, iaitu
benda, tempat dan sebagainya.
KATA NAMA AM
Hidup Tak
Hidup
Manusia Bukan Institusi Bukan
Manusia institusi
Berbilang
Abstrak Konkrit
8. askar
pemerintah
kelasi Pasukan
penduduk Armada
sultan
lelaki Tak
sahabat
pejuang berbilang tangan
kapal
kaki
bulan
peperangan maju
bumi
malam makmur
pos kawalan
ilmu
kota
bulan
lima
Kata Nama Am Yang Tedapat Dalam Petikan Muka Surat 132-133 ,
Bahasa Malaysia Teks Tahun 6
Kata Ganti Nama
Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang
mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Asraf membahagikan kata
ganti nama kepada lima kumpulan iaitu kata ganti diri, kata ganti tanya, kata
ganti tempat, kata ganti tunjuk dan kata ganti tak tentu.
Manakala menurut Nik Safiah et. Al (1996), kata ganti nama sebagai
perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata
ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil iaitu kata ganti nama diri dan
kata ganti nama tunjuk.
9. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama
diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata nama diri orang pula terbahagi
kepada tiga iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nam diri orang
kedua, dan kata ganti nama diri orang ketiga.
Kata ganti
nama tunjuk
Kata
Ganti Kata ganti
Nama nama diri
tanya
pertama
Kata ganti
nama diri Kata ganti
nama diri kedua
orang
ketiga
Beliau
Mereka
Kata Ganti Nama yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 132-133,
Bahasa Malaysia Teks Tahun 6
Kata Kerja
Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau
keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja menjadi binaan utama dalam frasa
kerja. Kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif.
Tanpa pelengkap
Contoh:
Kata Kerja tak bercakap
transitif
10. KATA
KERJA
berpelengkap
Kata Kerja Contoh:
transitif Tuhan sentiasa menolong orang yang
jujur.
Analisis Kata Kerja Yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 110, Bahasa
Malaysia Teks Tahun 6
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tak Transitif
Disayangi Bercakap
Memuji Berbohong
Diisikan Sedar
Membawa Insaf
Memberikan Gembira
Kirimkan Pergi
Menyuruh
Menemui
Mengucapkan
Menceritakan
11. Menolong
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa
objek. Kata kerja transitif mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama
untuk melengkapkan maksudnya.
Kata kerja transitif terdiri dari dua jenis iaitu :
a) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif
b) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.
Kata Kerja 1. Kamit membawa sebuah karung.
transitif aktif
12. Kata Kerja
Kata Kerja 1. Di dalam karung itu diisikan kala
transitif pasif jengking.
Kata Kerja Transitif Yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 110, Bahasa
Malaysia Teks Tahun 6.
Kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang sudah sempurna
maknanya, dan dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa memerlukan objek. Kata
kerja tak transitif terbahagi kepada dua subgolongan iaitu kata kerja tak transitif
tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri
sendiri tanpa objek atau penyambut. Ia tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai
pelengkap kerana maksud kata kerja itu sudah lengkap. Ia juga boleh diikuti oleh
unsur keterangan yang memberi maklumat tambahan.
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang tidak
mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.
Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif. Unsur yang
menjadi pelengkap boleh terdiri daripada beberapa jenis iaitu kata adjektif, frasa
sendi nama dan kata nama.
13. • Diikuti oleh kata adjektif seperti
tegang, baik, dan lain-lain
Contoh:
Kata adjektif 1. Tuhan sentiasa menolong orang yang
jujur.
• Diikuti oleh frasa sendi nama yang
Kata kerja Frasa sendi
membawa pengertian tempat
tak transitif nama
Contoh:
1. .Alangkah terkejutnya dia apabila
Kata nama mendapati banyak emas di dalam
karung itu.
• Kata nama boleh menjadi pelengkap
pada kata kerja tak transitif yang
berbentuk ber…kan dan kata kerja
menjadi dan ada
Contoh:
1. Semenjak itu, kehidupan Si Camba
dan ibunya menjadi lebih senang.
Kata Kerja Tak Transitif Yang Terdapat Dalam Petikan Muka Surat 110,
Bahasa Malaysia Teks Tahun 6
Bahagian B
Definisi Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat
tunggal atau lebih, dan ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu.
Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:
- Ayat majmuk gabungan
- Ayat majmuk pancangan
14. - Ayat majmuk campuran
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau
lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan
kata penghubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Contoh-contoh ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam petikan ialah:
a) Si Camba suka bercakap benar dan tidak pernah berbohong.
b) Kota yang maju dan makmur itu telah jatuh ke tangan Portugis
c). Kehidupan Si Camba dan ibunya menjadi lebih senang.
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat utama atau beberapa ayat kecil lain
yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian dari ayat
induk tersebut. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu ayat relatif,
ayat komplemen dan ayat keterangan.
A) Ayat relatif ialah ayat yang menggunakan kata yang. Contoh yang
terdapat dalam petikan ialah :
a) Tuhan sentiasa menolong orang yang jujur.
15. B) Ayat komplemen ialah bahagian ayat dalam binaan ayat majmuk
yang berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut. Ayat
komplemen ialah yang menggunakan kata bahawa dan untuk. Terdapat
tiga jenis ayat komplemen iaitu:
- Ayat komplemen frasa nama
- Ayat komplemen frasa kerja
- Ayat komplemen frasa adjektif
Contoh ayat komplemen yang terdapat dalam petikan ialah:
a) Oleh itu, ada pihak beranggapan bahawa beliau merupakan
Orang yang pertama mengelilingi dunia.
.
C) Ayat keterangan ialah ayat yang terdiri dari satu ayat induk dan
satu ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
Kedudukan ayat keterangan adalah tidak tetap dan boleh hadir samada di
belakang atau di hadapan ayat induk. Ayat keterangan juga berfungsi
untuk memberikan huraian lanjut tentang kata kerja dalam ayat induk.
Terdapat beberapa jenis ayat keterangan iaitu:
1. Keterangan musabab yang merupakan unsur yang menerangkan
sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku. Contoh kata
hubung keterangan musabab ialah kerana, lantaran, dan oleh sebab.
Contoh ayat keterangan musabab yang terdapat dalam petikan ialah:
a. Jirannya yang bernama Kamit sakit hati terhadap Si
Camba kerana ibunya asyik memuji kelebihan Si Camba.
16. 2. Keterangan akibat menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan.
Kata hubung keterangan akibat ialah hingga dan sehingga. Contoh
ayat keterangan akibat yang terdapat dalam petikan ialah :
a. Panglima Awang dibawa belayar hingga ke seluruh dunia.
3. Keterangan syarat merupakan unsur yang menerangkan sesuatu
tuntutan yang perlu dipenuhi. Kata hubunng keterangan syarat ialah
sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau.
4. Keterangan waktu merupakan unsur untuk menerangkan masa
sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu
ialah sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan
ketika. Contoh ayat keterangan waktu yang terdapat dalam petikan
ialah :
a. Semenjak itu, kehidupan Si Camba dan ibunya menjadi lebih
senang.
5. Keterangan penentangan merupakan unsur yang menerangkan
sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan atau bertentangan.
Kata hubung keterangan penentangan ialah walaupun, meskipun,
kendatipun, biarpun,, walaupun bagaimanapun, namun, sekalipun
dan sedangkan. Contoh ayat keterangan penentangan yang terdapat
dalam petikan ialah :
a. Walau bagaimanapun, malang menimpa Panglima Awang.
b. Namun beliau amat tabah menerima nasib sedemikian lebih-
lebih lagi beliau sentiasa dilindungi oleh Kapten Ferdinand
Magellan.
6. Keterangan harapan merupakan unsur yang menerangkan
17. sesuatu perbuatan atau kejadian yang diingini. Kata hubung
keterangan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga dan
kalau-kalau. Contoh ayat keterangan harapan yang terdapat dalam
petikan ialah:
a) Magellan telah dititahkan supaya belayar mencari dunia
baharu oleh Raja Sepanyol.
7. Keterangan cara merupakan unsur yang menerangkan gaya atau
kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung
keterangan cara ialah dengan. Contoh ayat keterangan cara yang
terdapat dalam petikan ialah :
a. Armada ini disertai lima buah kapal dengan 280 orang kelasi.
b. Semasa berada di Kuala Sungai Brunei, Brunei,beliau bertemu
dengan Panglima Hitam.
8. Keterangan tujuan merupakan unsur yang menerangkan maksud bagi
sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan
ialah untuk, demi, dan bagi. Contoh ayat keterangan tujuan yang
terdapat dalam petikan ialah:
a. Beliau mengetuai satu pasukan pejuang untuk menentang
Portugis.
b. Magellan telah dititahkan supaya belajar untuk mencari dunia
baharu oleh Raja Sepanyol.
8 Keterangan Perbandingan merupakan unsur yang
menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung
keterangan perbandingan ialah seperti, macam, seolah-olah,
seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak.
18. Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis
ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau
deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk (Nik Safiah Karim et.al, 2002:496).
Contoh ayat majmuk campuran yang terdapat dalam petikan ialah:
a) Harta benda penduduk dirampas, manakala kaum
lelaki dibunuh atau ditangkap.
b) Magellan terbunuh dalam peperangan itu, manakala
Panglima Awang cedera parah.
Penutup
Sebagai pengguna Bahasa Melayu, penting sekali bagi kita untuk
mengetahui aspek morfologi dan sintaksis. Kesedaran tentang hal ini penting
demi menjaga kesempurnaan dan keindahan bahasa kita. Semoga kita dapat
menggunakan Bahasa Melayu dengan tepat serta dapat memartabatkan
Bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain terutama Bahasa
Inggeris.
19. Rujukan
Hj. Muhammad Salehudin Aman (2005). Mari Kita Berbahasa (Jilid 1) : Kuala
Lumpur : Citra Kurnia Enterprise.
Hj. Muhammad Salehudin Aman (2007). Mari Kita Berbahasa (Jilid 2) : Kuala
Lumpur : Citra Kurnia Enterprise.
Mohd. Nasar bin Sukor (et al.), (2007). Bahasa Malaysia Teks Tahun 6. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (et al.), Tatabahasa Dewan –Ed . baharu : Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Prof. Dr. Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan
Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia : Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.