SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
1.0 Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula
sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan
Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan
melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan
antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa
serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam memepersiapkan generasi
muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input
daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar
pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi
Awam.
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 adalah :
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampain pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di
mana :
1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan
memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih
fleksibel.
Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar memiliki enam sifat utama untuk
membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memmimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta
beridentiti kebangsaan.
2.0 Kaitan dengan PPPM / murid / masyarakat
2.1 Makanan tradisional mempunyai peluang untuk mengakses dalam kehidupan
masyarakat di negara ini. Pada awalnya setiap kaum di Malaysia sangat fanatik dalam
hal ehwal makanan kerana mempunyai budaya yang sangat berbeza. Budaya dan
warisan sesuatu etnik masyarakat dan cara hidup mereka boleh menggambarkan sosial
mereka. Namun ia telah berubah sejak wujudnya sistem pendidikan yang sama kepada
semua sekolah. Makanan tradisonal mula menular masuk ataupun mengakses dalam
kehidupan setiap rakyat di negara ini. Mereka dapat terima dan memahami tentang
makanan tradisional dan kepentingannya kepada sesuatu kaum dengan lebih teliti.
Pelan pembangunan pendidikan Malaysia boleh memberi peluang kepada murid untuk
merasai dan mengenali tentang makanan tradisional. Ia juga berkemampuan untuk
masyarakat mengenali tentang makanan tradisi kaum lain dengan lebih dekat lagi.
Sebagai contohnya makanan tradisional sesuatu kaum kini dapat dimasak oleh
masyarakat kaum lain. ‘Vadai’ yang menjadi kuih tradisional orang India, kini dimasak
oleh kaum Melayu.
Masakan orang Cina juga dapat diterima oleh masyarakat di negara ini dengan lebih
baik walaupun isu halal dipertikaikan hingga kini. Budaya akses makanan orang luar
terutamanya dari eropah juga kini menjadi satu amalan yang biasa bagi masyarakat di
negara ini. Keadaan sebegini wujudkan situasi di mana setiap kaum bertoleransi dan
mampu untuk membenarkan pengaksesan budaya makanan kaum lain dengan hati
yang lebih terbuka. Hal ini secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara pelbagai etnik masyarakat di negara majmuk ini. Kepelbagaian
budaya terutamanya dari segi pemakanan juga menarik minat ramai pelancong asing ke
negara ini..
2.2 Makanan tradisional juga boleh mempertingkatkan kualiti sesuatu makanan dengan
lebih berkesan. Ia dapat merujuk melalui makanan yang dihasilkan di Malaysia
mempunyai standard kualiti yang disarankan agar memberikan tahap kesihatan yang
bermutu tinggi. Kualiti sesuatu produk ataupun makanan dapat dinilai menerusi
standard ISO 9000:2001 yang diiktiraf dalam arena antarabangsa. Makanan tradisional
pelbagai kaum di negara ini memang terkenal dengan tahap kualitinya kerana kerajaan
memberikan keutamaan kepada kesihatan rakyat dengan penuh komitmen. Kesihatan
adalah suatu aspek yang harus diberi penekanan bagi menjamin kesihatan rakyat.
Melalui Pelan Pendidikan di negara ini kualiti makanan juga dapat dipastikan agar
memberikan makanan yang berkhasiat kepada murid-murid. Hal ini kerana bagi
memastikan tiada masalah obesiti dalam kalangan murid yang menyebabkan masalah
kesihatan kepada mereka. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia memastikan
kualiti makanan yang diberikan kepada murid dan juga masyarakat berkhasiat.
Kerajaan sentiasa memantau dan menyelia semua makanan agar menghindari
sebarang kejadian tidak diingini seperti keracunan makanan dalam kalangan murid-
murid.
2.3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga menyarankan agar tahap ekuiti
pendidikan dan makanan kepada murid dapat dijamin dengan adil serta saksama. Ekuiti
dalam sistem ini adalah untuk mengenalpasti pencapaian pelan ini dalam menjayakan
program kerajaan dengan lebih cepat serta berkualiti. Kesamarataan ataupun ekuiti
harus dipertingkatkan bagi menyediakan makanan yang sama kepada semua murid
tanpa mengira bangsa dan agama. Makanan tradisional harus diberi pengagihan yang
sama rata agar diperkenalkan kepada masyarakat di negara dan juga kepada pelancong
asing.
Masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat dan sikap yang bertoleransi antara
satu sama lain dapat menerima idea ekuiti dengan hati yang terbuka. Kesamarataan ini
perlu wujud dalam kalangan murid sejak awal lagi bagi mewujudkan suasana harmoni di
negara ini. Makanan tradisional secara tidak langsung dapat memainkan peranan yang
penting agar kesamarataan ini dapat dipupuk dengan lebih berkesan. Ekuiti dalam
semua aspek dan faktor dapat menjamin kesejahteraan negara ini tanpa memulaukan
sesuatu kaum ataupun etnik.
2.4 Perpaduan di antara kalangan masyarakat dapat diwujudkan dengan pelbagai cara
dan makanan juga boleh dikaitkan dalam aspek tersebut. Makanan tradisional setiap
kaum mempunyai ciri-ciri unik yang tertentu dan ia dapat mengeratkan lagi perpaduan
antara mereka melalui cara pemakanan. Setiap kaum harus memahami cara dan jenis
makanan tradisional kaum lain agar menghormati dan saling bertoleransi antara mereka.
Di sekolah juga perpaduan ini dapat diwujudkan dengan berdasarkan Pelan
pembangunan pendidikan Malaysia dan ia harus mematuhi dasar kementerian pelajaran
yang ditetapkan.
Amalan perpaduan dari segi pemakanan tradisional ini telah lama wujud di negara
ini. Sebagai contohnya ketika mengadakan rumah terbuka bagi sesuatu perayaan setiap
kaum dapat menjamu makanan tradisonal kaum lain. Hal ini dapat mengeratkan lagi
perpaduan antara setiap kaum dan mereka dapat menerima ia dengan lebih mudah.
Perpaduan adalah faktor asas yang paling penting untuk menjamin keselamatan dan
kesejahteraan di negara ini. Sememangnya kementerian pelajaran memainkan peranan
yang sangat penting dalam memastikan perpaduan wujud dalam kalangan murid-murid.
2.5 Makanan tradisional juga mempunyai daya tarikan serta kecekapan yang tertentu
dalam mempengaruhi minat pelancong asing ke negara ini. Di Malaysia keunikan
masyarakat majmuk serta jenis makanan tradisional yang begitu banyak menjadi daya
tarikan yang utama kepada pelancong asing. Dalam hal ini murid dan masyarakat di
negara ini harus berganding bahu agar mempromosikan kepelbagaian ini kepada
pelancong asing untuk menarik lebih ramai ke negara ini pada masa akan datang.
Program seperti mempromosikan makanan tradisonal kepada masyarakat tempatan dan
juga luar negara harus diperbanyakkan.
Kecekapan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam mempromosikan
makanan tradisional adalah sangat bagus serta menepati saranan kerajaan. Semua
murid serta masyarakat setempat harus saling tolong-menolong bagi menjayakan
program kerajaan ini. Setiap langkah atau cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan
bagi memajukan negara ini harus mendapat sokongan yang padu dari semua pihak.
Kecekapan kerajaan serta kementerian pelancongan ini harus dipuji dan dijadikan
sebagai teladan bagi memajukan negara kita pada masa kelak.
3.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum
dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara
tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui
keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula
mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa.
Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut
menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui
makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di
Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kerja kursus
ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di
tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan
semangat perpaduan di kalangan kaum.
Berdasarkan kerja kursus, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum
terhadap makanan membawa kepada perkara positif. Oleh itu, pendedahan mengenai
makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas
supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan
makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu
memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang
dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan
masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkat tempatan
malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga
dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.
Setiap kaum mempunyai budaya yang berbeza namun ia dapat satu identiti yang
sama melalui hidup bersatu padu. Makanan tradisional juga memainkan peranan yang
penting dalam menjayakan program serta mewujudkan hubungan silaturahim di negara
ini. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di negara ini menjadi orang tengah dalam
mewujudkan satu negara yang menginspirasikan keharmonian serta kesejahteraan demi
menjamin kehidupan kita tenang dan aman.
3.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum
dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara
tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui
keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula
mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa.
Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut
menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui
makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di
Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kerja kursus
ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di
tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan
semangat perpaduan di kalangan kaum.
Berdasarkan kerja kursus, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum
terhadap makanan membawa kepada perkara positif. Oleh itu, pendedahan mengenai
makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas
supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan
makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu
memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang
dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan
masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkat tempatan
malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga
dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.
Setiap kaum mempunyai budaya yang berbeza namun ia dapat satu identiti yang
sama melalui hidup bersatu padu. Makanan tradisional juga memainkan peranan yang
penting dalam menjayakan program serta mewujudkan hubungan silaturahim di negara
ini. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di negara ini menjadi orang tengah dalam
mewujudkan satu negara yang menginspirasikan keharmonian serta kesejahteraan demi
menjamin kehidupan kita tenang dan aman.

Contenu connexe

Tendances

Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalRosnaliza07
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Marinis Nyambong
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Pendemokrasian pendidikan
Pendemokrasian pendidikanPendemokrasian pendidikan
Pendemokrasian pendidikanOoi Ee Ping
 
Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasaIrul Erul
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikansookvon
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3Rainne Lee
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13NurulHazrati
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikanmisscorby90
 

Tendances (16)

Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503
 
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
 
Kertas kerja epic
Kertas    kerja epicKertas    kerja epic
Kertas kerja epic
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
Pendemokrasian pendidikan
Pendemokrasian pendidikanPendemokrasian pendidikan
Pendemokrasian pendidikan
 
Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasa
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
 
Transformasi pendidikan dtp
Transformasi pendidikan dtpTransformasi pendidikan dtp
Transformasi pendidikan dtp
 

En vedette

Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cinanur fara
 
инвестор зхз лаб
инвестор зхз  лаб инвестор зхз  лаб
инвестор зхз лаб AnatoliyCH
 
Andrea GarcíA
Andrea GarcíAAndrea GarcíA
Andrea GarcíAAndrea1415
 
Tema 08 a palavra de Deus e o grande conflito
Tema 08 a palavra de Deus e o grande conflitoTema 08 a palavra de Deus e o grande conflito
Tema 08 a palavra de Deus e o grande conflitoRonaldo ExMax
 
Couracoeur
CouracoeurCouracoeur
Couracoeurbellju
 
Taller Historias de usuario 20130117
Taller Historias de usuario 20130117Taller Historias de usuario 20130117
Taller Historias de usuario 20130117Jose Manuel Beas
 
Свойства информации
Свойства информацииСвойства информации
Свойства информацииtankakop1
 

En vedette (14)

Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cina
 
Makalah makanan khas kabupaten muna
Makalah makanan khas kabupaten munaMakalah makanan khas kabupaten muna
Makalah makanan khas kabupaten muna
 
El Internet en las Cosas
El Internet en las Cosas El Internet en las Cosas
El Internet en las Cosas
 
S yuliani
S yulianiS yuliani
S yuliani
 
инвестор зхз лаб
инвестор зхз  лаб инвестор зхз  лаб
инвестор зхз лаб
 
Audience persona
Audience personaAudience persona
Audience persona
 
Andrea GarcíA
Andrea GarcíAAndrea GarcíA
Andrea GarcíA
 
Tema 08 a palavra de Deus e o grande conflito
Tema 08 a palavra de Deus e o grande conflitoTema 08 a palavra de Deus e o grande conflito
Tema 08 a palavra de Deus e o grande conflito
 
Blackboard basics
Blackboard basicsBlackboard basics
Blackboard basics
 
Terapia cognoscitivista
Terapia cognoscitivistaTerapia cognoscitivista
Terapia cognoscitivista
 
Verbs
VerbsVerbs
Verbs
 
Couracoeur
CouracoeurCouracoeur
Couracoeur
 
Taller Historias de usuario 20130117
Taller Historias de usuario 20130117Taller Historias de usuario 20130117
Taller Historias de usuario 20130117
 
Свойства информации
Свойства информацииСвойства информации
Свойства информации
 

Similaire à Kuih bulan

Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumnadpaisey
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...Kalai Shan
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1angora6750232
 
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxPENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxdavendran1
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109pohtee
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 

Similaire à Kuih bulan (20)

EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulum
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
Rimup power point
Rimup power pointRimup power point
Rimup power point
 
Edu 3109 bab 1
Edu 3109 bab 1Edu 3109 bab 1
Edu 3109 bab 1
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
 
Hsp t3
Hsp t3Hsp t3
Hsp t3
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Hsp t2
Hsp t2Hsp t2
Hsp t2
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1
 
Edu bab1
Edu bab1Edu bab1
Edu bab1
 
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxPENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 

Kuih bulan

  • 1. 1.0 Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam memepersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah : 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampain pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
  • 2. Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana : 1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas. 2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem. 3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memmimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
  • 3. 2.0 Kaitan dengan PPPM / murid / masyarakat 2.1 Makanan tradisional mempunyai peluang untuk mengakses dalam kehidupan masyarakat di negara ini. Pada awalnya setiap kaum di Malaysia sangat fanatik dalam hal ehwal makanan kerana mempunyai budaya yang sangat berbeza. Budaya dan warisan sesuatu etnik masyarakat dan cara hidup mereka boleh menggambarkan sosial mereka. Namun ia telah berubah sejak wujudnya sistem pendidikan yang sama kepada semua sekolah. Makanan tradisonal mula menular masuk ataupun mengakses dalam kehidupan setiap rakyat di negara ini. Mereka dapat terima dan memahami tentang makanan tradisional dan kepentingannya kepada sesuatu kaum dengan lebih teliti. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia boleh memberi peluang kepada murid untuk merasai dan mengenali tentang makanan tradisional. Ia juga berkemampuan untuk masyarakat mengenali tentang makanan tradisi kaum lain dengan lebih dekat lagi. Sebagai contohnya makanan tradisional sesuatu kaum kini dapat dimasak oleh masyarakat kaum lain. ‘Vadai’ yang menjadi kuih tradisional orang India, kini dimasak oleh kaum Melayu. Masakan orang Cina juga dapat diterima oleh masyarakat di negara ini dengan lebih baik walaupun isu halal dipertikaikan hingga kini. Budaya akses makanan orang luar terutamanya dari eropah juga kini menjadi satu amalan yang biasa bagi masyarakat di negara ini. Keadaan sebegini wujudkan situasi di mana setiap kaum bertoleransi dan mampu untuk membenarkan pengaksesan budaya makanan kaum lain dengan hati yang lebih terbuka. Hal ini secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelbagai etnik masyarakat di negara majmuk ini. Kepelbagaian budaya terutamanya dari segi pemakanan juga menarik minat ramai pelancong asing ke negara ini.. 2.2 Makanan tradisional juga boleh mempertingkatkan kualiti sesuatu makanan dengan lebih berkesan. Ia dapat merujuk melalui makanan yang dihasilkan di Malaysia mempunyai standard kualiti yang disarankan agar memberikan tahap kesihatan yang bermutu tinggi. Kualiti sesuatu produk ataupun makanan dapat dinilai menerusi standard ISO 9000:2001 yang diiktiraf dalam arena antarabangsa. Makanan tradisional pelbagai kaum di negara ini memang terkenal dengan tahap kualitinya kerana kerajaan memberikan keutamaan kepada kesihatan rakyat dengan penuh komitmen. Kesihatan adalah suatu aspek yang harus diberi penekanan bagi menjamin kesihatan rakyat.
  • 4. Melalui Pelan Pendidikan di negara ini kualiti makanan juga dapat dipastikan agar memberikan makanan yang berkhasiat kepada murid-murid. Hal ini kerana bagi memastikan tiada masalah obesiti dalam kalangan murid yang menyebabkan masalah kesihatan kepada mereka. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia memastikan kualiti makanan yang diberikan kepada murid dan juga masyarakat berkhasiat. Kerajaan sentiasa memantau dan menyelia semua makanan agar menghindari sebarang kejadian tidak diingini seperti keracunan makanan dalam kalangan murid- murid. 2.3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga menyarankan agar tahap ekuiti pendidikan dan makanan kepada murid dapat dijamin dengan adil serta saksama. Ekuiti dalam sistem ini adalah untuk mengenalpasti pencapaian pelan ini dalam menjayakan program kerajaan dengan lebih cepat serta berkualiti. Kesamarataan ataupun ekuiti harus dipertingkatkan bagi menyediakan makanan yang sama kepada semua murid tanpa mengira bangsa dan agama. Makanan tradisional harus diberi pengagihan yang sama rata agar diperkenalkan kepada masyarakat di negara dan juga kepada pelancong asing. Masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat dan sikap yang bertoleransi antara satu sama lain dapat menerima idea ekuiti dengan hati yang terbuka. Kesamarataan ini perlu wujud dalam kalangan murid sejak awal lagi bagi mewujudkan suasana harmoni di negara ini. Makanan tradisional secara tidak langsung dapat memainkan peranan yang penting agar kesamarataan ini dapat dipupuk dengan lebih berkesan. Ekuiti dalam semua aspek dan faktor dapat menjamin kesejahteraan negara ini tanpa memulaukan sesuatu kaum ataupun etnik. 2.4 Perpaduan di antara kalangan masyarakat dapat diwujudkan dengan pelbagai cara dan makanan juga boleh dikaitkan dalam aspek tersebut. Makanan tradisional setiap kaum mempunyai ciri-ciri unik yang tertentu dan ia dapat mengeratkan lagi perpaduan antara mereka melalui cara pemakanan. Setiap kaum harus memahami cara dan jenis makanan tradisional kaum lain agar menghormati dan saling bertoleransi antara mereka. Di sekolah juga perpaduan ini dapat diwujudkan dengan berdasarkan Pelan pembangunan pendidikan Malaysia dan ia harus mematuhi dasar kementerian pelajaran yang ditetapkan.
  • 5. Amalan perpaduan dari segi pemakanan tradisional ini telah lama wujud di negara ini. Sebagai contohnya ketika mengadakan rumah terbuka bagi sesuatu perayaan setiap kaum dapat menjamu makanan tradisonal kaum lain. Hal ini dapat mengeratkan lagi perpaduan antara setiap kaum dan mereka dapat menerima ia dengan lebih mudah. Perpaduan adalah faktor asas yang paling penting untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan di negara ini. Sememangnya kementerian pelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan perpaduan wujud dalam kalangan murid-murid. 2.5 Makanan tradisional juga mempunyai daya tarikan serta kecekapan yang tertentu dalam mempengaruhi minat pelancong asing ke negara ini. Di Malaysia keunikan masyarakat majmuk serta jenis makanan tradisional yang begitu banyak menjadi daya tarikan yang utama kepada pelancong asing. Dalam hal ini murid dan masyarakat di negara ini harus berganding bahu agar mempromosikan kepelbagaian ini kepada pelancong asing untuk menarik lebih ramai ke negara ini pada masa akan datang. Program seperti mempromosikan makanan tradisonal kepada masyarakat tempatan dan juga luar negara harus diperbanyakkan. Kecekapan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam mempromosikan makanan tradisional adalah sangat bagus serta menepati saranan kerajaan. Semua murid serta masyarakat setempat harus saling tolong-menolong bagi menjayakan program kerajaan ini. Setiap langkah atau cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan bagi memajukan negara ini harus mendapat sokongan yang padu dari semua pihak. Kecekapan kerajaan serta kementerian pelancongan ini harus dipuji dan dijadikan sebagai teladan bagi memajukan negara kita pada masa kelak.
  • 6. 3.0 Kesimpulan Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa. Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kerja kursus ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan semangat perpaduan di kalangan kaum. Berdasarkan kerja kursus, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum terhadap makanan membawa kepada perkara positif. Oleh itu, pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkat tempatan malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum. Setiap kaum mempunyai budaya yang berbeza namun ia dapat satu identiti yang sama melalui hidup bersatu padu. Makanan tradisional juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program serta mewujudkan hubungan silaturahim di negara ini. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di negara ini menjadi orang tengah dalam mewujudkan satu negara yang menginspirasikan keharmonian serta kesejahteraan demi menjamin kehidupan kita tenang dan aman.
  • 7. 3.0 Kesimpulan Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa. Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kerja kursus ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan semangat perpaduan di kalangan kaum. Berdasarkan kerja kursus, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum terhadap makanan membawa kepada perkara positif. Oleh itu, pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkat tempatan malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum. Setiap kaum mempunyai budaya yang berbeza namun ia dapat satu identiti yang sama melalui hidup bersatu padu. Makanan tradisional juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program serta mewujudkan hubungan silaturahim di negara ini. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di negara ini menjadi orang tengah dalam mewujudkan satu negara yang menginspirasikan keharmonian serta kesejahteraan demi menjamin kehidupan kita tenang dan aman.