SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  102
Télécharger pour lire hors ligne
BAHAGIAN 1


         SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR



      Bola   tampar   merupakan     suatu   permainan    bukan    sahaja   untuk

pertandingan malah untuk kecergasan dan riadah. Permainan ini terkenal di

seluruh dunia kerana ia adalah sukan untuk semua; untuk orang ramai termasuk

orang yang cacat anggotanya. Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana

sahaja; di taman, di tepi pantai atau di kawasan lapang. Bola tampar merupakan

permainan berpasukan tanpa sentuhan fizikal dan dengan itu mengurangkan

kecederaan individu dan menambahkan keseronokan bemain.

      Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1985 di

Gimnasium Y.M.C.A, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.

William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi.

      Permainan ini berasal dari dua jenis permainan lain, iaitu tenis dan bola

kerangjang. Prof. Morgan menggabungkan jaring tenis dan bola keranjang. Pada

mulanya bola tampar dikenali dengan nama Mintonette, tetapi diubah kepada

Volleyball oleh Prof. H.T. Halstead pada tahun 1896.

      Walaupun perkembangan bola tampar agak perlahan, ia dikembangkan

dengan meluas melalui pergerakan Y.M.C.A.. Kanada merupakan negara luar

pertama menerima permianan bola tampar, iaitu pada tahun 1900. Selepas itu ia

diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico

(1909), Filipina (1910), Uruguay (1912) , China (1913) dan Jepun (1917).




                                                                               1
Semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, anggota-anggota angaktan

tentera Amerika Syarikat telah memperkenalkan permainan bola tampar ke Asia

dan Eropah. Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang

daripada    peringkat   permainan   berbentuk   rekreasi   kepada   sukan    yang

dipertandingkan.

      Undang-undang permainan dicetak pada tahun 1897 dalam buku

panduan The North Amerika YMCA Athletic League. Undang-undang permainan

itu telah diubah suai beransur-ansur sejak tahun 1900. Buku undang-undang

yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1916 oleh Y.M.C.A. di Amerika

Syarikat.

      Dalam tahun 1922, Kejohanan Bola Tampar Pertama Y.M.C.A. dimulakan

di Amerika Syarikat. Berikutan ini Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat

ditubuhkan pada tahun 1928. Sejurus kemudian persatuan-persatuan bola

tampar telah ditubuhkan di Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipna.

Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola

tampar pada tahun 1936, 1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation

Internationale de Volleyball (FTVB), persatuan rasmi bola tampar dunia

ditubuhkan. Selepas penubuhan FTVB, undang-undang permainan yang

berasaskan     undang-undang     Amerika   Syarikat    telah   dikemaskini   dan

diselaraskan. Pada masa ini FTVB mempunyai sejumlah 175 anggota persatuan

kebangsaan, termasuk Malaysia.




                                                                                2
Selepas    FTVB     ditubuhkan,     banyak   pertandingan   antarabangsa

dianjurkan. Pada tahun 1948, Kejohanan Bola Tampar Eropah Pertama

diadakan di Rom. Kejohanan Dunia Pertama (bahagian lelaki) diadaka di Prague

pada tahun 1949 dan Rusia telah         muncul sebagai johan. Kejohanan Dunia

Kedua (untuk lelaki) dan pertama kali untuk wanita telah diadakan di Paris dalam

tahun 1951. Dalam Kejohanan Dunia Ketiga di Moscow pada tahun 1952, ia

telah menarik minat 60 000 penonton. Rusia menjuarai kedua-dua bahagian

tersebut.

      Dalam tahun 1948, bola tampar telah dipertandingkan di dalam Sukan

Olimpik ke-18 di Tokyo, Jepun. Rusia merupakan johan bahagian lelaki dan

Jepun sebagai johan bahagaian wanita. Dalam tahun 1965, bola tampar diterima

secara rasmi sebagai permainan Olimpik di Kongres Jawatankuasa Olimpik

Antarabangsa di Madrid. Berikutan ini bola tampar terus dipertandingkan di

dalam Sukan Olimpik di Mexico City (1984), Seoul (1988) dan Barcelona (1992).




                                                                              3
WILLIAM G. MORGAN ( 1870-1942 )



William G. Morgan ( 1870-1942 ), merupakan anak kelahiran New York yang

tercatat dalam sejarah sebagai pengasas permainan bola tampar dan nama

asalnya ialah ‘MINTONETTE’.

    Ketika mudanya, Morgan melanjutkan pengajiannya di Springfield College

of The Young Men’s Christian Association dan bertemu dengan James

Naismith pada tahun 1891 iaitu pengasas permainan bola keranjang. Selapas

menamatkan pengajian, beliau menghabiskan tahun pertamanya di Auburn

( Maine ) YMCA. Kemudian selepas musim panas pada tahun 1896 beliau

berpindah ke YMCA di Holyoke ( Massachusetts ) dan dilantik sebagai Pengarah

Pendidikan Jasmani. Jawatan ini telah telah memberi beliau peluang untuk

memperkenal, memperkembang dan mengarahkan pelbagai program latihan dan

kelas kesukanan untuk lelaki dewasa.

    Kepimpinan beliau telah diterima oleh semua pihak dan bilangan pelajar di

kelas beliau semakin meningkat. Beliau menyedari bahawa beliau memerlukan

sejenis permainan rekreasi dalam usaha untuk meneruskan program beliau.

Permainan bola keranjang ketika itu baru berkembang dan sesuai untuk orang

muda tetapi ia adalah satu keperluan untuk mendapatkan satu alternatif untuk

orang yang lebih berumur dalam satu permainan yang kurang membebankan.(

Less violent and less intense ).




                                                                           4
TAHUN-TAHUN PENTING DALAM SEJARAH BOLA TAMPAR



Tahun         Sejarah Bola Tampar
7       Julai   Permainan pertama di Springfield College
1896
1900            Bola yang lebih khusus telah dicipta
1916            Teknik mengumpan dan merejam ( set & spike ) telah diperkenalkan
                 di Filipina.
1917            Mata permainan telah ditukar dari 21 ke 15.
1922            Kejohanan pertama dilangsungkan di Brooklyn, New York dan
                sebanyak 27 pasukan dari 11 negara telah menyertai.
1928            Menubuhkan Unites States Volleyball Association
                   ( USVBA @ USA Volleyball ) U.S Open pertama dan dibuka
                kepada bukan skuad YMCA.
1930            Permainan bola tampar pantai dimainkan oleh 2 pemain.
1934            Pengadil Bola Tampar Kebangsaan telah dipersetujui.
1937            The US Volleyball Association sebagai badan rasmi di peringkat
                antarabangsa. Ia diperkenalkan dalam persidangan AAU di Boston.
1947            Menemui The Federation International De Volleyball Ball
                 ( FIVB )
1948            Permainan bola tampar pertama dilangsungkan.
1949            Kejohanan Dunia berlangsung di Parague Czechoslavakia.
1964            Memperkenalkan permainan bola tampar di sukan Olimpik di Tokyo.
1965            The California Beach Volleyball Association (CBVA) ditubuhkan.
1974            Kejohanan Dunia Mexico disiarkan di Jepun.
1975            Pasukan Kebangsaan Wanita US membuat latihan bergerak di
                Pasadena Texas. 1979 ke Colorado Springs, Coto De Caza dan
                Fountion Valley. 1980 ke Calfornia dan San Diego pada tahun 1985.
1977            Pasukan Kebangsaan Lelaki bermula di Dayton kemudian di San
                Diego pada tahun 1981.
1983            The Association of Volleyball Profesionals (AVP) telah ditubuhkan.
1984            Pasukan US memenangi medal pertama di kejohanan Olimpik di
                Los Angeles. Pasukan lelaki – Emas dan pasukan wanita – Perak.



                                                                            5
1986           The Women’s Profesional Volleyball Association (WPVA)
1987           FIVB menambah Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai.
1988           Pasukan Kebangsaan Lelaki US mengulangi kejayaan emas di
               Olimpik Korea.
1989           Program Bantuan Sukan Diadakan oleh FIVB.
1990               Menganjurkan Liga Dunia
1992               4 pemain Pro Beach League bermula di USA.
1994              Volleyball World Wide ditubuhkan.
1995                  Permainan bola tampar 100 tahun.
1996              Bola Tampar Pantai, 2 pemain disenaraikan dalam Olimpik.




        SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA



   Permainan bola tampar diperkenalkan di Pulau Pinang dan Selangor dalam

masa yang lebih kurang sama, iaitu pada suku pertama abad ke-20. Di Pulau

Pinang, permainan ini diperkembangkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang

dari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Pasukan Mekanik Pulau Pinang merupakan



                                                                             6
pasukan bola tampar yang pertama di Pulau Pinang, ditubuhkan di sekitar

1926/27.

       Dalam tahun 1927, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor dimulakan.

Pertandingan ini melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan Kuala Lumpur.

Permainan ini bekembang dengan tertubuhnya Y.M.C.A. Tetapi pada masa-

masa berikutnya, perkembangan sukan bola tampar di Selangor tidak begitu

jelas, dan tidak banyak aktiviti yang dijalankan.

       Dalam tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau

Pinang ditubuhkan. Beberapa kejohanan kemudiannya telah dianjurkan dan

sukan bola tampar menjadi popular seperti badminton dan bola keranjang

khususnya di negeri ini.

       Dalam tahun 1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orang-

orang Cina Malaya telah menyertai Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruh

Cina di Shanghai. Peryertaan pasukan ini telah mendorong Persaturn Bola

Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang untuk memperluaskan pekembangan

sukan ini terutama di kalangan masyarakat Cina. Seterusnya ia telah membawa

kepada penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Cina Malaya

pada tahun 1935. Persatuan ini telah mengadakan pertandingan antara negeri-

negeri dalam usaha untuk memperkembangkan sukan bola tampar. Pada bulan

April 1937, Kejohanan ini melibatkan behagian lelaki dan wanita. Singapura telah

muncul sebagai johan, sementara naib johan ialah Pulau Pinang.

       Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, tetapi

ia dihidupkan kembali selepas perang. Walau bagaimanapun selepas kejohanan




                                                                              7
antara negeri pada tahun 1951, kegiatan sukan ini terhenti sekali lagi tanpa

sebarang pertandingan.

      Pada tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat terhadap sukan ini

dikaji oleh para perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam satu

mesyuarat di Pulau Pinang. Hasil pertemuan itu, Persatuan Bola Tampar Amatur

Malaya ditubuhkan. Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan bola tampar

kebangsaan (antara negeri) yang pertama pada tahun 1960. Pada tahun 1962,

persatuan ini telah bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Dunia dan

berikutnya telah menjadi ahli penuh dlam Majlis Olimpik Malaya. Pada tahun

1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kedua di

Bentong dan bahagian wanita turut dipertandingkan.

      Pada tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan

peringkat antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Keempat di Jakarta. Pada tahun

1965, Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur

apabila sukan ini diperkenalkan.


                               PENGENALAN


        Bola tampar merupakan sukan yang dimainkan di kebanyakan negara di

dunia. “Tinjauan tahun 1970 bagi pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa,

telah melaporkan bahawa bola tampar dan bola keranjang mempunyai jumlah

pemain berdaftar yang sama banyak, dengan bilangan lebih kurang 65 juta

pemain untuk setiap jenis sukan itu” (Buku Panduan Jurulatih Antarabangsa,




                                                                           8
hal.12). Populariti permainan ini meningkat apabila Jepun menyertakan bola

tampar sebagai sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1964.

      Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara asal yang mencipta

permainan bola tampar, tetapi hanya pada pertengahan tahun 1980-an barulah

negara ini menyediakan kepimpinan dan perkembangan yang pesat untuk

permainan ini. Pada tahun 1984, pasukan lelaki dan wanita Amerika Syarikat

buat kali pertamanya memenangi pingat bola tampar Sukan Olimpik. Pasukan

lelaki menewaskan pasukan Brazil untuk merangkul pingat emas, dan pasukan

wanita tewas kepada pasukan China dengan memperolehi pingat perak.

Kemenangan ini telah membuka minat kepada golongan rakyat Amerika

Syarikat.

      Ciri-ciri permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diri

tanpa mengira tahap kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahan

atau dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Permainan ini tetap pantas,

bertenaga, menyeronokkan dan mencabar. Bola tampar boleh dianggap sebagai

sukan sepanjang hayat dan ia boleh diserapkan kepada semua peringkat umur

dan kemahiran. Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan

rekreasi di kalangan liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat, dan

program intramural sekolah.

      Dalam kejohanan Bola Tampar Amerika Syarikat setiap tahun sebagai

tambahan kepada kejohanan terbuka,pemenangnya diiktiraf dalam senarai

senior (perempuan melebihi 30 tahun, lelaki 35 tahun ke atas) dan Golden

Masters (lelaki 45 tahun ke atas). Kedua-dua kumpulan yang ditubuhkan ini




                                                                          9
memberi peluang kepada pemain untuk terus bergiat dalam permainan bola

tampar pada peringkat pertandingan yang tertinggi walaupun umur telah

meningkat.

      Selain peringkat pertandingan, bola tampar juga sangat popular

dimainkan di perhimpunan sosial kerana permainan ini boleh di sesuaikan

kemahirannya dan mempunyai peraturan-peraturan yang boleh dipermudahkan

dan membolehkan permainan ini dapat di nikmati oleh kesemua orang.

      Bola tampar dimainkan di beberapa negara asing pada tahap profesional

dan mendapat ganjaran kewangan yang banyak. Walau bagaimanapun di

Amerika Syarikat, liga profesional yang pertama mengalami masalah kewangan

dan akhirnya dibubarkan pada tahun 1982. Suatu aspek yang menarik dalam liga

ini ialah pasukan campurannya. Walaupun lelaki dan wanita mempunyai peranan

yang berlainan dalam pasukan (wanita bermain sebagai benteng pertahanan dan

lelaki sebagai penyerang), kejayaan tercapai hasil daripada kerjasama semua

anggota pasukan. Pada tahun 1987, sebuah liga wanita ditubuhkan tetapi tidak

diiktiraf sebagai liga profesional. Buat masa ini, pendapatan daripada segi

kewangan untuk sukan ini bergantung kepada minat daripada peminat-peminat

bola tampar. Dengan bertambahnya jumlah peminat di seluruh negara dari

setahun kesetahun harapan masa depan permainan ini masih cerah.

      Daripada dorongan kejayaan pasukan bola tampar Sukan Olimpik 1984,

permainan bola tampar terus berkembang di Amerika Syarikat pada semua

peringkat. Kejayaan kewangan bergantung kepada imej permainan ini dan




                                                                         10
sokongan peminat. Ini akan menjadi kenyataan apabila mendapat galakan dan

bantuan daripada pihak media sama ada media cetak atau media elektronik.

      Di bawah sistem kiraan mata yang sedia ada, jangka masa sesuatu

perlawanan bola berlangsung antara 1 hingga lebih dari 3 jam. Bergantung

kepada tahap kemahiran kedua-dua pasukan yang bertanding. Masa yang

panjang ini menyukarkan pihak media terutamanya pihak televisyen. Pelbagai

kajian telah dijalankan untuk membuatkan permainan ini boleh dijangka daripada

segi masa permainan dijalankan. Oleh sebab kesulitan ini, kerap kali permainan

ini tidak dapat ditayangkan pada keseluruhan masa pertandingan. Perubahan

daripada segi kiraan mata dan / atau masa permainan boleh membuatkan bola

tampar lebih menarik untuk liputan media.

      Terdapat    tiga   pertubuhan    yang   menentukan     peraturan-peraturan

pertandingan bola tampar di Amerika Syarikat. Kejohanan terbuka lelaki dan

wanita, dan pertandingan kolej lelaki menggunakan peraturan-peraturan

Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA). Untuk kejohanan peringkat

kolej wanita dan sekolah peraturan-peraturan dikendalikan oleh Persatuan

Kebangsaan Sukan Wanita dan Perempuan (NAGWS).

      Majoriti daripada Sekolah Tinggi Perempuan dan semua Sekolah Tinggi

Lelaki ditentukan oleh Persekutuan Kebangsaan Sekola-sekolah Tinggi Negeri

(NFSHSA). USVBA mengawal semua kejohanan terbuka di Amerika Syarikat.

Negara    ini   dibahagikan   kepada    bahagian,   dengan    setiap   bahagian

dipertanggungjawabkan untuk menjadualkan kalender pertandingan masing-

masing untuk ahli-ahlinya.




                                                                             11
Pertandingan peringkat kolej untuk lelaki dan wanita dikawal oleh

Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCCA), Persatuan Kebangsaan

Olahraga Antara Kolej (NAIA), atau Persatuan Olahraga Kolej Remaja

Kebangsaan      (NJCAA).    Pertubuhan-pertubuhan      ini   mengawasi     dan

mengelolakan permainan bermusim dan mentadbir kedua-dua kejohanan

kebangsaan.




                               BAHAGIAN 2



                    GELANGGANG BOLA TAMPAR


   Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meter

panjang dan luasnya 9 meter 18m x 9m. Ia juga di kelilingi oleh ruang berukuran

sekurang-kurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang di

atas gelanggang bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang-

kurangnya 7m atas permukaan gelanggang bola tampar.



                                                                            12
Permukaan Gelanggang

    Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilah

tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain

di atas kawasan permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harus

digunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan.

    Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau

bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu

diluluskan oleh FIVB. Untuk gelanggang dalam dewan, permukaan permainan

mestilah berwarna cerah.manakala Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warna

putih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza di antara satu sama

lain,diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon bebas.

    Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5 mm semeter dibenarkan

untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal

adalah dilarang.




Garisan Gelanggang

    Semua garisan adalah 5cm lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lain

warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Garisan boleh dibahagikan

kepada tiga bahagian:

           Garisan-garisan Sempadan




                                                                         13
 Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan

            dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan

            belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang

            permainan.



        Garisan Tengah

             Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan

            kepada dua buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m.

            Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang dari

            garisan tepi ke garisan tepi.



        Garisan Serang

             Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana

            dilukis 3m dari paksi garisan tengah, menandakan zon depan.

             Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIV, garisan serang

            dipanjangkan dengan tambahan garisan putus-putus dari

            garisan tepi,berukuran 15 cm lebar, dilukis 20 cm di antara satu

            sama lain sepanjang 1.75 m.




2. ZON DAN KAWASAN PERMAINAN



  a) Zon Depan




                                                                          14
                  Pada    setiap   gelanggang,    zon   depannya

        dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan

        serang.zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui

        garisan tepi hingga hujung zon bebas.



b) Zon Servis

                          Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m

        di belakang setiap garisan hujung. Ia dihadkan oleh dua garisan

        pendek setiap satu 15 cm panjang dan di lukis 20 cm ke belakang

        garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua

        garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis.



c) Zon Penggantian

                          Zon penggantian dihadkan oleh jujuran kedua-

        dua garisan serang hingga ke meja pencatat skor.



d) Kawasan Memanaaskan Badan

                          Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB,

        kawasan memanaskan badan berukuran lebih kurang 3m x 3m,

        yang diletakkan pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di

        luar zon bebas.



e) Kawasan Penalti



                                                                       15
                     Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siap

dengan dua buah kerusi, terletak dalam kawasan kawalan, di luar

garis unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merah

berukuran 5 cm.




                      9m
                      Zon servis




                  Garisan belakang




                                                              16
Garisan serangan



                3m

         18 m                            Garisan tengah


                                       Tinggi jaring 2.43 m
                3m

                              Gari
                              san
                              tepi




                                                                                   Penjaga garisan
                                            Zon servis




                                                   Zon bebas berukuran 3 m lebar


                     Penjaga garisan

                                         BAHAGIAN 3

 PERALATAN-PERALATAN BAGI PERMAINAN BOLA TAMPAR

Peralatan Pemain

   Peralatan pemain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Jersi

dan seluar pendek mestilah seragam, bersih dan sama warna. Kasut mestilah

ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit.



                                                                                                     17
Jersi pemain-pemain mestilah benombor 1 hingga 18. nombor-nombor

tersebut mestilah dilatakkan di tengah-tengah bahagian hadapan dan belakang

jersi. Warna nombor mestilah berbeza daripada warna jersi.




JARING DAN TIANG

Ketinggian Jaring

Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian

atasnya dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untuk

wanita. Tingginya diukur dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (pada

kedua-dua garisan tepi) mestilah sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran

rasminya. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah :

                 Lelaki B-18 : 2.35 m

                 Lelaki B-15 : 2.25 m

                 Perempuan B-18       : 2.20 m

                 Perempuan B-15       : 2.15 m

                 L & P B-12    : 2.00 m

Penanda Tepi

      Dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring dan diletak tegak

atas setiap garis tepi. Ukurannya adalah 5 cm lebar dan 1 m panjang (5cm x

1cm) adalah sebahagian daripada jaring.




Antena



                                                                           18
Antena ialah satu ‘rod’ berukuran 1.8 m panjang dan berdiameter 10 mm,

diperbuat daripada fibreglass atau bahan yang serupanya. Antena diikat pada

pinggir luar setiap penanda tepi. Antena itu terletak pada sebelah jaring yang

bertentangan. 80 cm bahagian atas antena menjangkaui di atas jaring dan

ditandakan dengan jalur berukuran 10 cm yang berlainan warna; merah dan

putih digalakkan untuk jalur-jalur itu. Kedua-dua antena adalah sebahagian

daripada jaring dan menghadkan ruang lintasan atas jaring.




Tiang

        Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50-1.00m di luar garisan

tepi. Ia berukuran 2.55 m tinggi dan jenis mudah alih sekiranya boleh. Untuk

Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak pada

jarak 1 m di luar garisan tepi kecuali dipersetujui oleh FIVB. Tiang itu adalah

membulat dan licin, dipasang ke atas lantai tanpa sebarang kabel. Tidak

seharusnya mempunyai sebarang penghalang yang merbahaya.




BOLA

Taraf

Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulit

sintetik yang fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getah

atau bahan yang sama. Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi




                                                                              19
warna-warni. Lilitannya adalah 65-67 cm dan jisimnya 260-280 g. tekanan udara

ialah 0.30-0.325 kg/cm2 .




Keseragaman Bola

Semua bola yang digunakan dalam satu-satu perlawanan mesti mempunyai taraf

yang sama dari segi lilitan, berat, tekanan udara,dan jenis warna. Pertandingan

Rasmi dan Dunia FIVB termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mesti

menggunakan bola kelulusan FIVB kecuali dengan persetujuan FIVB.




                               BAHAGIAN 4


                BAGAIMANA BERMAIN BOLA TAMPAR




                                                                            20
Peraturan-Peraturan Asas
Setiap   permainan   mempunyai     undang-undang     atau   peraturan   tertentu.

Peraturan –peraturan asas ini adalah suatu panduan kepada pemain, jurulatih

eserta peminat sukan bola tampar ini. Pengetahuan ini penting demi memberi

gambaran yang lebih mendalam tentang permainan bola tampar supaya pemain

dapat menghargai dan menikmati keseronokan permainan tersebut. Peraturan

yang direkabentuk bagi sesuatu sukan dan permainan tiada ada tujuan lain

selain daripada mewujudkan keadilan dan kepuasan pihak yang terlibat. Dengan

itu juga untuk menetapkan sama ada menang, berjaya, kalah, atau gagal. Di

dalam permainan bola tampar juga terdapat undang-undang tertentu yang wajar

diikuti oleh sesiapa yang menjadi pemainnya.




*Bola tampar mempunyai undang-undang dan peraturan-peraturan khas yang diperakui
oleh FIVB




                                                                              21
Dalam permainan bola tampar selain daripada peraturan umum, syarat-

syarat dan peraturan yang menjadi kelazimannya ialah peralatan             yang

digunakan seperti gelanggang, jaring, tiang, antena, bola, pakaian seperti jersi

dan kasut. Di samping itu,       terdapat alatan lain yang turut memenuhi

kelengkapan permainan ini iaitu bendera dan wisel bagi pengadil, pencatat skor

dan penjaga garisan.

    Bendera yang biasanya digunakan hanyalah dua sahaja iaitu bendera merah

dan putih. Bendera adalah untuk menandakan isyarat bola keluar dari garisan

permainan. Manakal bendera putih pula sebagai isyarat bola masuk ke dalam

gelanggang. Kedua-dua bendera tersebut akan dipegang bersama oleh 4 orang

penjaga garisan.



    Wisel pula digunakan untuk pengadil pertama dan kedua. Ia bertujuan

meneruskan atau menghentikan permainan. Jenis bunyi yang ditiup adalahn

berbeza. Misalnya, bagi kebenaran pasukan membuat servis, bunyinya seakan

panjang sedikit manakala jika bola itu terkeluar atau mati , bunyi yang ditiup

adalah pendek sambil pengadil memberikan arahan atau isyarat dengan tangan

sama servis bertukar tangan atau memberi mata kepada pasukan lawan. Bagi

pengadil kedua pula wisel digunakan sama seperti pengadil pertama namun

sekadar digunakan jika terdapat kesilapan kecil dalam permainan seperti

kesalahan rotation pemain, time out, pertukaran pemain dan sebagainya.




                                                                             22
Merujuk kembali kepada undang-undang permaina bola tampar, terdapat

      beberapa peraturan khas yang digunapakai sehingga kini dan ditetapkan oleh

      FIVB. Antaranya ialah seperti susunan giliran atau rotation order, bola dalam dan

      keluar, kesalahan aksi pemain, bermainkan bola, sentuhan serentak, kesalahan

      pemain di jaring, servis pertama bagi set pertama, kesalahan servis, kesalahan

      pukulan serangan, kesalahan mengadang, gangguan biasa , dan jarak waktu di

      antara satu-satu set, dan juga sistem pemarkahan.



      1. Susunan giliran ( rotation order )

            Ini merupakan keunikan permainan bola tampar kerana kedudukan 6

      orang pemain yang berbeza dan bentuk giliran yang diamalkan. Kedudukan 6

      pemain dalam satu pasukan adalah seperti berikut;


                                     JARING
                                                                            pemain depan
                            4             3        2


                           5            6
                           1
pemain belakang




                                           zon servis




                                                                                    23
Susunan giliran setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan berbaris

haruslah kekal di sepanjang set permainan. Tiga pemain iaitu pemain 4 ( posisi

kiri ), pemain 3 ( posisi tengah ) dan ,pemain      2 ( posisi kan ) berada di

sepanjang jaring dikenali sebagai pemain depan. Manakala tiga pemain lain iaitu

pemain 5 ( posisi kiri), pemain 6 ( posisi tengah ), dan pemain 1( posisi kanan )

merupakan pemain belakang. Sebaik sahaj servis dilakukan, pemain dibenarkan

bergerak   bebas di kawasan gelanggang sendiri dan zon bebas. Apabila

pasukan menerima servis mendapat hak untuk membuat servis, pemain-pemain

akan berputar satu posisi mengikut arah jam. Contohnya;

     Pemain 4                     Pemain 3                   Pemain 2




     Pemain 5                     Pemain 6                     Pemain 1




Pemain 2 akan bergerak ke posisi pemain 3, manakala pemain 3 akan bergerak

ke posisi pemain 4. begitulah seterusnya. Pemain 6 akan ke posisi 1 akan

menjadi pemain yang akan membuat servis.

      Jikalau berlaku sesuatu kesalahan pada posisi atau giliran, kesalahan itu

akan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan dibetulkan.




                                                                              24
Kelazimannya kesalahan gikiran tersebut akan mudah dikesan oleh pengadil

kedua dan pencatat skor. Ini kerana di awal sebelum permainan bermula,

pengadil dan pencatat skor telah dimaklumlam senarai kedudukan pemain

melalui borang rotation slip yang telah disi dan ditandatanganii oleh pengurus

dan ketua pasukan.



2. Bola dalam ( ball in )

      Bola adalah     dalam apabila ia menyentuh lantai gelangang bermain,

termasuk garisan sempadannya.



3. Bola Keluar ( Ball out )

      Bola adalah keluar apabila;

  1. Sebahagian bola yangmenyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan

      gelanggang.

  2. Ia menyentuh sesuatu bahan atau objek , di luar gelanggang, siling, atau

      orang diluar gelanggang.

  3. Ia menyentuh antenna, tali, tiang atau bahagian jarring yang berada di luar

      antenna atau penjuru tepi.

  4. Ia berjaya melintasi satah tegak jaring ( vertical plane of the net ) dengan

      keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang gelanggang.




                                                                              25
4. Kesalahan Aksi Bermain

   Sebarang aksi bermain yang melangari peraturan permainan bola tampar

   adalah kesalahan bermain dan ini akan membawa kepada suatu kekalahan

   dalm rali.




5. Bermainkan Bola ( Playing the ball )

   Setiap pasukan berhak         melakukan tiga pukulan maksimum untuk

   mengembalikan     bola melintasi jaring. Pukulan-pukulan pasukan termasuk

   pukulan sengaja oleh pemain dan sentuhan bola secara tidak sengaja.

   Seorang pemain dilarang memukul bola dua kali berturut-turut, kecuali semaa

   menghadang ( blocking ). Sentuhan menghadang tidak diambilkira sebagai

   satu pukulan pasukan. Selepas sesuatu sentuhan hadangan, pasukan itu

   berhak melakukan tiga pukulan untuk mengembalikan bola kepada pihak

   lawan sebagai serangan balas.




6. Sentuhan Serentak

   Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola serentak. Apabila dua pemain

   dari pasukan yang sama menyentuh bola serentak, ia akan diambilkira

   sebagai dua satu pukulan kecuali menghadang. Namun jika pukulan serentak

   dua atau tiga pemain tadi, hanya seorang pemain yang menyentuhnya, maka

   ia dikira satu sentuhan atau pukulan sahaja.

   Untuk sentuhan serentak olek kedua-dua pasukan di atas jaring dan bola

   masih kekal dalam gelanggang bermain, pasukan yang menerima bola



                                                                           26
berhak membuat tiga pukulan lagi. Manakala jika sentuhan serentak oleh

  kedua-dua pasukan dan mengakibatkan bola pegang ( held ball ), maka ia

  dikenali sebagai kesalahan serentak dan rali itu dimainka semula.



7. Kesalahan Semasa Bermain Bola

   Pemain dilarang sama sekali memainkan bola seperti berikut ;

     a. Empat sentuhan

        Sesuatu pasukan memukul bola empat kali sebelum mengembalikan

        bola kepada pihak lawan.

     b. Pukulan larang ( irregular hit )

        Bola menyentuh bahagian di bawah lutut pemain.

     c. Pukulan terbantu ( assited ball )

        Pemain yang menerima bantuan daripada rakan pasukan atau

        sebarang objek agar dapat mencapai bola dalam kawasan bermain.

     d. Bola pegang ( Held Ball )

        Pemain tidak memukul bola dengan betul iaitu bola dipegang,

        diangkat, dibawa atau dilontar.

     e. Dua sentuhan ( double contact )

        Pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola menyentuh

        beberapa bahagian badannya secara berturutan.




                                                                         27
8. Kesalahan Bermain di Jaring

   Pemain dilarang bermain di jaring seperti situasi berikut;

       a.   Pemain menyentuh bola atau pihak lawan dalam ruang lawan

       sebelum atau semasa pukulan serangan pihak lawannya.

       b.   Pemain masuk ke ruang lawan di bawah jaring dan mengganggu

       pihak lawan.

       c.Pemain masuk gelanggang lawan.

       d.   Pemain menyentuh jaring.



9. Servis pertama bagi sesuatu set

   Servis pertama untuk set satu dan lima dilakukan oleh pasukan yang

   ditentukan oleh lambungan duit ( toss coin ). Set-set lain akan dimulakan

   dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan servis dahulu dalam set

   yang sebelumnya. Semasa lambungan duit tersebut , pasukan yang menang

   akan membuat keputusan untuk sama ada memilih servis, receiving, atau

   gelanggang.




Melakukan sevis

      1.    Peservis diberikan masa selam 5 saat untuk membuat servis

      selepas wisel dibunyikan oleh pengadil pertama.

      2.    Servis tanpa kebenaran wisel pengadil akan dibatalkan dan

      diulangi semula.




                                                                         28
3.     Bola akan dipukul dengan sebelah tangan atau sebarang bahagian

     lengan selepas bola dilambungkan atau dilepaskan (release) dan sebelum

     bola itu menyentuh permukaan bermain.

     4.     Semasa pukulan servis atu       melonjak    bagi servis melompat,

     peservis dilarang menyentuh gelangang ( termasuk garisan belakang )

     atau lantai di luar zon servis. Selepas pukulannya, dia boleh memijak atau

     mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang.




Kesalahan servis

  Kesalahan berikut akan mengakibatkan satu pertukaran servis walau pihak

  lawannya berada dalam posisi yang salah. Peservis ;

     1. Melangar susunan servis

     2. Tidak melakukan servis dengan betul

     3. Melanggar peraturan percubaan membuat servis.



10. Kesalahan Pukulan Serang

  Beberapa kesalahan pukulan serangan ( attack-hit fault ) seperti;

     1. Pemain memukul bola dari ruang dalam bermain pihak lawan.

     2. Pemain memukul bola keluar.

     3. Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon

     depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa

     pukulan dibuat.




                                                                            29
4. Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan

     apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras jaring.

11. Kesalahan Menghadang

   Berikut adalah contoh kesalahan semasa membuat hadangan.

   1. Penghadang menyentuh bola dalam ruang lawan sama ada sebelum

      atau serentak dengan pukulan serangan lawan.

   2. Bola menyentuh penghadang pada bawah lututnya,

   3. Menghadang bola dalam ruang lawan dari luar antenna.

   4. Menghadang bola servis pihak lawan.

   5. Bola dihantar keluar melalui hadangan.



12. Gangguan biasa dalam permainan

  Gangguan atau tergendalaan yang lazim berlaku dalam permainan merujuk

  kepada ;

   1. Masa hentian ( time out )

   2. Penggantian pemain ( palyer subsitutions ).

   3. Tempoh masa hentian ialah selama 30 saat.

   4. Setiap pasukan berhak meminta masa hentian sebanyak 2 kali untuk

      setiap set.

   5. Pemain hendaklah berada di zon bebas semasa masa hentian .

   6. Setiap pertukaran pemain terhad hanya sebanyak 6 kali pertukaran

      sahaja.




                                                                             30
7. Pemain yang keluar masuk hendaklah berdiri di garisan dan zon

         pertukaran berasama pengadil kedua.

      8. Penggantian yang dilengah-lengahkan akan diberi amaran oleh pengadil.



13. Jarak waktu ( intervals )

      Semua jarak waktu antara set termasuk set keempat dan kelima adalah

      selama 3 minit. Dalam tempoh itu , pertukaran gelanggang dan pendaftaran

      berbaris pasukan-pasukan di borang skor dilakukan.




STRATEGI ASAS



      Dalam apa jua permainan sekali pun, strategi adalah kunci utama bagi

menghadapi segala bentuk persaingan yang bakal tiba. Aspek strategi amat

penting bagi seseorang jurulatih mahu pun pemain yang akan beraksi di dalam

padang, gelanggang, dan gymnasium. Malahan di dalam rutin kehidupan

sekalipun , strategi adalah isyarat pertama untuk melakukan sesuatu sama ada

menghadapi peringkat permulaan atau pun semasa sesuatu perlakuan.

Permaianan bola tampar turut tidak terkecuali dari aspek strategi ini. Strategi

merupakan simbol dan kunci bagi teknik dan taktik di dalam sesuatu permainan

atau pertandingan. Tanpa strategi kemungkinan besar kejayaan tidak menjelma.

Di dalam permainan bola tampar, terdapat pelbagai strategi yang boleh dipelajari

dan    diaplikasikan   oleh   pemain.   Peranan   jurulatih   amat   penting   bagi




                                                                                31
mempraktikkan seberapa banyak strategi untuk para pemain. Di antara strategi

yang lazimnya dipraktikkan di dalan sukan bola tampar adalah meliputi ;



      i. formasi pasukan dan serangan

      ii. pemain

      iii. pengaplikasian kemahiran yang efektif dan

      iv. Penggunaan penggantian ( substitution ) dengan efektif.




Formasi dan strategi pasukan



   Formasi pasukan terbahagi kepada dua iaitu kedudukan pemain. Satu

pasukan bola tempar mempunyai enam (6) orang pemain . Tiga (3) pemain

adalah dibarisan depan manakala tiga (3) pemain lagi di bahagian belakang.

Gelannggang bola tampar dibahagikan kepada enam (6) kawasan atau zon

bermain. Keenam-enam pemain akan bergerak mengikut putaran jam secara

bergilir-gilir selepas memperolehi atau memenangi servis. Pemain di depan

dikenali sebagai pemain fawad manakala pemain belakang adalah pemain bek.

Posisi dan pergerakan setiap 6 pemain boleh berubah semasa menerima bola

asalkan urutan putaran dikekalkan.




                                                                          32
Strategi merupakan sistem yang diaplikasikan oleh setiap pasukan semasa

beraksi. Pemilihan sistem atau strategi adalah bersandarkan           kepada

kemampuan pemain dan pihak lawan. Dua system yang popular dipraktikkan

ialah seperti ;



   1. Sistem 4-2 ( empat perejam dan dua pengumpan )

   2. Sistem 5-1 ( lima perejam dan seorang pengumpan )



Sistem 4-2 (empat perejam dan dua pengumpan)



Sistem ini sering menjadi piulihan utama sesebuah pasukan dan dikenali sebagai

‘ serangan mudah’ kerana pengumpan adalah salah seorang daripada barisan

hadapan. Hanya    pemain barisan hadapan      boleh merejam daripda garisan

serangan (attack line). Maka, jika salah seorang pemain bertindak sebagai

pengumpan, pasukan terhad kepada dua penyerang hadapan.          Kebanyakan

pasukan tidak mempunyai perejam mahir lebih daripada empat orang. Dengan

itu pasukan yang nenpunyai serangan 4-2 adalah lebih daripada mencukupi.



Pemain

Setiap posisi dan pemain mempunyai tugas dan peranan tertentu. Penguasaan

kesemua jenis kemahiran amat perlu bagi setiap pemain. Di dalam permainan

bola tampar kemahiran merejam dan       dan mengumpan merupakan elemen

terpenting. Ini adalah kerana permainan bola tampar adalah suatu permainan ‘




                                                                           33
kuasa dan ketepatan ‘ ( a geme of power and precision ) iaitu kuasa perejam dan

ketepatan pengumpan. Pemain       pengumpan     adalah pemain utama ( brains

behind the attack ) berperanan sebagai ;



   1. Memiliki kecergasan fizikal yang amat tinggi termasuk kepantasan,

      koordinasi, kefleksibelan, reaksi segera, dan daya tahan kardivoskular.

   2. Memiliki sifat tahan lasak menatal, waspada, dan ketenangan semasa

      membuat strategi, analisa ,keputusan, dorongan kepada pemain pasukan.

   3. Memiliki kemahiran teknikal secara kenalurian ( instinctively ), taktik,

      mengawal rentak dan ritma permainan.



Pemain perejam pula berfungsi sebagai pemain terpantas dan bintang pasukan.

Beliau harus memiliki sifat-sifat seperti kekuatan, kefleksibelan, dan kuasa.

Disamping itu juga, perejam wajar mempunyai kelebihan dari aspek fizikal iaitu

kuat, tinggi dan tangkas. Dari aspek fisilogi pula, beliau pemain yang cergas

untuk melakukan ketinggian lompatan, kuasa rejaman berulang kali, dan

mengatur masa. Aspek mental pula , beliau adalah pemain yang waspada dan

memahami komunikasi dengan pemain pengumpan sebelum membuat rejaman

dan lompatan sama ada rejaman pantas, rejaman tinggi , atau dink disamping

membaca permainan pihak pasukan lawan. Sementara dari aspek teknik dan

taktik pula, pemain perejam haruslah        boleh mempraktikkan       kemahiran

menyerang dengan efektif




                                                                                34
Sistem 5-1 ( lima perejam dan seorang pengumpan )



Serangan 5-1 ini adalah sistem serangan yang lazim dipraktikkan pada peringkat

antarabangsa. Serangan ini hanya mengunakan seorang pengumpan. Ini

bermakna semasa tiga pusingan pengumpan berada di baris hadapan dan untuk

tiga pusingan seterusnya pengunpan datang dari belakang.Lima pemian yang

lain adalah penyerang dengan pemain yang berlawanan pengumpan dikenali

sebagai penyerang ofsaid. Adalah lebih menguntungkan jika penyerang ofsaid

merupakan pemain kidal kerana pemain tersebut boleh memukul dari kedudukan

fawad kenan, iaitu bahagian serangan pemain kidal yang kuat. Sebaiknya juga

pengumpan merupakan pemain kidal kerana ia lebih mudah bagi pengumpan

untuk merejam terus. Serangan ini adalah yang terbaik bagi pasukan yang

mempunyai seorang pengumpan sahaja. In kerana          semua perejam hanya

merejam     umpanan dari seorang pengumpan sahaja. Komunikasi dan

pergerakan yang difahami akan membantu pengumpan dan perejam kerana

tidak ada pengumpan lain semasa beraksi kecuali seorang sahaja.

            Pengumpan boleh menyerang apabila berada di barisan hadapan.

Pengumpan yang baik adalah merupakan pemain penghadang terbaik yang

bersaiz tinggi. Dalam formasi serangan 5-1 ini, pasukan juga boleh melakukan

pelbagai bentuk penerimaan servis dan cuba menyorokkan pengumpan semasa

di barisan belakang atau hadapan. Namun pengumpan seharusnya bijak

menggunakan peluang dalam formasi 5-1 ini walaupun perejam merejam bola

pada keadaan sentuhan kedua . Sistem 5-1 ini merupakan gabungan pergerakan




                                                                           35
serangan 4-2 dan 6-2. Pasukan yang mahir dengan system 4-2 dan 6-2 akan

mudah menguasainya.




   PRINSIP-PRINSIP AM UNTUK SERANGAN


Beberapa prinsip asas untuk strategi menyerang iaitu;

1. Semua pemain haruslah berkomunikasi untuk mengetahui pergerakan rakan.

2. Permainan dan semangat berpasukan dipupuk melalui pengetahuan tentang

   kelemahan dan kekuatan pihak pasukan lawan

3. Elakkan strategi yang rumit kerana akan membawa risiko kesilapan. Mesti

   ada pilihan-pilihan dalam serangan

4. Pengumpan mengawal semua penyerang.

5. Semua pemain sergas, mahir, konsisten , dan tahan lasak sepanjang

   permainan.

6. Pembentukan satu sistem mesti sesuai untuk pemain.



Prinsip-prinsip pertahanan



Suatu system pertahanan yang sistematik dan berkelola adalah penting dalam

semua perlawanan. Pertahanan dibina pada prinsip tertentu. Prinsip pertahanan

yang terpenting dikenali sebagai prinsip akal. Prinsip ini meletakkan semua

pemain di posisi dimana pihak lawan mungkin akan menyerang. Selain itu,

terdapat lima prinsip asas yang boleh dijadikan garis panduan dan digunapakai

oleh sesuatu pasukan dan pemain iaitu;


                                                                          36
1. Posisi di gelangang ditetapkan untuk setiapa penahan. Ia merujuk kepada

   setiap pemain tahu dan faham kedudukannya di dalam gelanggang semasa

   di serang pihak lawan.

2. Penahan harus menjangka dan betindak pantas semasa rejaman.

3. Pemilihan pemain dan bilangan penghadang yang sesuai diutamakan

4. Pegelolaan, pertahanan dan latihan tubi dipraktikkan agar salah faham dan

   pelanggaran pemain di minimumkan.

5. Gerakan pertahanan pantas dan terus–menerus.




                                                                         37
BAHAGIAN 5

 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR


Pergerakan dan Postur



Pergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus sentiasa

bergerak mengikut situasi semasa permainan; bergerak untuk memainkan bola,

bergerak untuk melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaan

untuk fasa permainan yang seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditentukan

oleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan yang tinggi dan

berbagai-bagai. Terdapat tiga jenis pergerakan asas seperti berikut:

   1. Pergerakan kaki kehadapan (forwardfootwork).

   2. Pergerakan kaki sisi (side footwork).

   3. Pergerakan kaki ke belakang (backward footwork).

   Pergerakan seseorang pemain ditentukan oleh jarak dan masa. Langkah sisi

   digunakan untuk jarak dekat dan dalam situasi yang mempunyai masa yang

   mencukupi; langkah silang digunakan untuk jarak lebih jauh dan dengan

   masa yang lebih singkat, manakala langkah berlari digunakan untuk jarak

   yang jauh dan masa yang singkat. Dalam semua pergerakan, mata mestilah

   ditumpukan pada bola. (Lihat rajah dibawah)




                                                                        38
Kedudukan Sedia Sebelum Bergerak

1. Kedua-dua kaki pada kedudukan yang direnggangkan lebih luas dari bidang

   bahu dengan satu kaki ke hadapan.

2. Berat badan hendaklah pada bebola tapak kaki dengan lutut ke arah dalam.

3. Sentiasa bengkokkan lutut.

4. Belakang badan hendaklah lurus selesa.

5. Tangan bebas di atas aras lutut.

6. Tapak kaki sentiasa bergerak sebelum bergerak.




                       Langkah ke hadapan           Langkah ke hadapan




                                                              Langkah sisi tidak
                                                              bersilang




                                                               Langkah sisi
                                            Pergerakan kaki
                                                               bersilang




                                                                                   39
Latihan Untuk Pergerakan

   1. Pemain berlari ke hadapan dari A ke B, melangkah sisi tidak bersilang dari

   B ke C dan melangkah ke belakang dari C ke D. Ulang latihan untuk

   beberapa kali.

                        B                    C




                            A                 D

                        X
                       Mula                 Tamat




   2. Ulang latihan 1 dengan melangkah sisi bersilang dari B ke C.

   3. Pemain berlari dari A ke B, kemudian berlari ke hadapan berpusing, ‘pivot’

   pada tapak kanan dan terus berlari arah silang ke belakang ke C. Dari sini

   pemain berlari ke hadapan (D), dan berpusing pivot pada tapak, terus berlari

   sehingga ke garis belakang (A).



Peringatan: Dalam latihan pergerakan bola tampar, setiap pemain mesti berada

dalam kedudukan rendah atau sedikit membengkokkan lutut untuk melakukan

sebarang pergerakan dengan cepat. Mata pemain hendaklah diitumpukan pada

aras atas jaring semasa bergerak.




                                                                             40
Pola pergerakan dan postur badan

   Salah satu asas kejayaan dalam sukan ialah untuk mengetahui dan

memahami pola pergerakan di dalam aktiviti berkenaan. Pergerakan dan

kemahiran dalam bola tampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu

tinggi, sederhana dan rendah. Postur tinggi digunakan semasa melompat untuk

merejam bola, mengadang bola pukulan atau hantaran lawan dan membuat

hantaran atas. Postur sederhana adalah untuk membuat servis, hantaran atas

dan bawah. Postur rendah digunakan semasa membuat diving dan guling di

gelanggang.

   Melakukan suatu kemahiran dengan postur yang salah akan menyebabkan

ketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalam kes-kes tertentu ia

menyebabkan kecederaan. Pemain seharusnya berlatih pola pergerakan

sehingga akhirnya ia menjadi reaksi automatik. Di samping itu, pemain-pemain

harus menguasai pola-pola pergerakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran

tertentu dalam bola tampar.

   Dalam melakukan pergerakan, perkara-perkara berikut harus dititikberatkan.

   1. Semasa melakukan sesuatu kemahiran, pemain mesti mempunyai postur

      yang betul iaitu sama ada postur tinggi, sederhana ataupun rendah.

   2. Pemain harus bergerak ke tempat perlakuan, iaitu dengan pergerakan

      langkah silang, langkah sisi atau langkah ke hadapan atau berlari.

   3. Pemain mesti tiba di tempat perlakuan dengan cepat untuk menyediakan

      postur sebelum melakukan sesuatu kemahiran.




                                                                           41
4. Selepas perlakuan kemahiran, pemain seharusnya kembali pada

      kedudukan bersedia.

                                  Postur badan


           Tinggi



                                             Sederhana




                                         Rendah

                       Pola pergerakan badan




SERVIS



Servis merupakan suatu      tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan

dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Ia juga

merupakan salah satu kemahiran terpenting untuk dikuasi oleh semua pemain.

Servis bukan sahaja sebagai pemula permainan, bahkan boleh dianggap

sebagai faktor serangan yang berkuasa jika ia digunakan dengan sebaiknya.

Terdapat dua jenis servis yang asas iaitu Servis Bawah Tangan (underhand)

dan Servis Atas Kepala (overhead). Kepentingan servis adalah seperti;




                                                                         42
1. Berdasarkan peraturan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam

   kedudukan membuat servis supaya dapat memperoleh mata. Pasukan yang

   mempunyai peservis yang mahir akan mempunyai kelebihan untuk mendapat

   skor yang dan mengekalkan servis.

   2. Semasa peservis membuat servis dengan darjah tertentu, dia boleh

   memaksa lawannya bermain bola mengikut kehendaknya. Setiap servis yang

   kuat boleh memaksa penerima       yang lemah membuat kesilapan seperti

   terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass)




Servis Bawah Tangan



Suatu servis yang paling mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten, dan

memerlukan sedikit daya upaya fizikal sahaja.Pemain-pemain yang baru diajar

membuat servis ini kerana dengan tepatnya mereka boleh menghantar bola ke

sasaran yang dikehendaki. Kaedah-kaedah membuat servis ini adalah seperti

berikut ;




                                                                            43
Fasa-Fasa Servis Bawah

 Fasa Persediaan


 1. Kedudukan kaki terbuka.
 2. Bola pada paras pinggang.
 3. Bahu lurus pada jaring.
 4. Mata pada bola.
 5. Buka tangan pemukul.




 Fasa Perlaksanaan


 1. Lengan dihayun ke belakang.
 2. Berat bdan dipindahkan ke
    belakang.
 3. Lengan dihayun ke hadapan.
 4. Berat badan dipindah ke
    hadapan.
 5. Tangan yang ‘memegang’
    menjatuhkan bola.
 6. Guna pangkal tangan yang
    dibuka.
 7. Sentuh bola pada paras
    pinggang.
 8. Sentuh bola di bawah tengah
    belakang bola.




                                  44
Fasa Ikut Lajak


 Berat badan pada kaki hadapan.

 Lengan ke arah atas jaring.

 Bergerak masuk ke dalam

 gelanggang.




Servis Atas Kepala



Servis ini mudah dikuasai oleh ramai pemain. Ia lebih kuat (harder) dan berat

(heavier) berbanding servis bawah tangan. Kaedah–kaedah membuat servis

atas kepala adalah seperti berikut ;



Fasa-Fasa Servis Atas Kepala


Fasa Persediaan

1. Berdiri menghadap jaring , dengan kaki berjarak seluas bahu.

2. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan.

3. Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand)lebih kurang satu kaki

   ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.

4. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand)




                                                                          45
Fasa Perlaksanaan

1. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan

   bahu lengan yang membuat servis

2. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.




Fasa Ikut Lajak

1. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola.

2. Memukul bola dengan tapak tangan dan jejari di keliling bola.

3. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar

   depan.

4. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.

5. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.




Servis Gelombang (Floata)

Servis ini hampir sama dengan servis permainan tennis. Selepas memukul bola

di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta

merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur

tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring

dan tiba-tiba pecah atau mati ( breaks of dies ). Maka, penerima mungkin

terganggu   sementara     imbangannya.    Kaedah-kaedah      melakukan   servis

gelombang adalah seperti berikut ;




                                                                            46
Fasa-Fasa Servis Gelombang

 Fasa Persediaan



 1. Kedudukan terbuka.

 2. Bahu lurus pada jaring.

 3. Mata pada bola.

 4. Buka tangan pemukul.




 Fasa Perlaksanaan


 1. Bola dilempar di hadapan bahu
    pemukul.
 2. Bola dilemparkan rapat ke badan.
 3. Lengan dihayun ke belakang dnegn
    siku ditinggikan.
 4. Tangan di telinga.
 5. Sentuh dengan pangkal tangan
    terbuka.
 6. Sentuh pada keluasan yang penuh.
 7. Tindakan menjolok.


 Fasa Ikut Lajak


                                       47
1. Berat badan pada kaki hadapan.
 2. Tiada ikutan lengan.
 3. Bergerak ke dalam gelanggang.




Butiran-butiran untuk servis

   1.    Pastikan kaki adalah di belakang garisan belakang.

   2.    Melepaskan bola daripada tangan sebelem melakukan servis.

   3.    Kaki berjarak, dengan kaki kiri ke depan(bagi pengguna tangan kanan)

   dan sebaliknya.

   4.    Bengkokkan lutut, memindahkan berat badan dari kaki belakang ke

   kaki depan.

   5.    Pastikan tangan memukul adalah kukuh.

   6.    Kaki menuju ke sasaran.

   7.    Pastikan pelepasan bola adalah terkawal dan konsisten.

   8.    Mengambil masa dan memberi perhatian ke atas servis.

   9.    Masuk gelanggang secepat mungkin apabila bola telah dimainkan.




                                                                          48
OVERHEAD SERVIS                   JUMPING SERVIS



HANTARAN BAWAH TANGAN (DIG)



Ia juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran jenis ini

menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass).

Kegunaannya adalah untuk menerima servis, hantaran, dan serangan pihak

lawan. Kemahiran ini juga diaplikasikan apabila semasa bola berada terlalu

dekat lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk

menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai

teknik menahan , menyelamatkan hantaran, dan mengawal bola.     Fasa-fasa

menyangga adalah seperti berikut:

 Fasa Persediaan


 1. Tangan bersedia.



                                                                       49
2. Kaki bekuda-kuda selebar bahu.

3. Lutut bengkok.

4. Lengan selari dengan paha.

5. Belakang lurus.

6. Mata mengikut bola.




Fasa Perlaksanaan


1. Kedua ibu jari selari.
2. Tumit pergelangan tapak tangan
   dirapatkan.
3. Capai ke arah bola.
4. Jatuhkan bahu rapat ke sasaran.
5. Luruskan badan ke bola.
6. Lakukan pergerakan ‘menjolok’ ke
   hadapan dan ke atas.
7. Cungkil pergelangan tangan atau
   bengkokkan siku untuk
   mendapatkan ketinggian yang
   baik.
8. Pergerakan pinggul ke hadapan.
9. Lihat bola menyentuh lengan.




Fasa Ikut Lajak


1. Pelantar lengan diarahkan ke
   sasaran


                                      50
2. Lengan tidak tinggi daripada bahu.
 3. Pindahkan berat badan ke
    hadapan.
 4. Mata mengikut bola ke sasaran.




Butir-butiran menyangga

   1.       Pastikan ibu-ibu jari sejajar dan tangan memanca jejari.

   2.       Terkunci     siku-siku   dengan   melurusklan   lengan-lengan   dan

   pergelangan tangan.

   3.       Kaki berjarak dengan sebelah kaki di depan dan bengkokkan lutut

   untuk menerima hantaran.

   4.       Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusing badan untuk

   menghadap sasaran.

   5.       Menolak ke atas dan terus melalui kaki dengan pergerakan bahu

   yang minimum.

   6.       Elakkan daripada mengayun lengan ke bola.

   7.       Pastikan tapak pemukul ( platform ) adalah stabil.

   8.       Kendurkan bahagian atas tubuh badan dan hantar bola tinggi.

Variasi Menyangga

1. Persediaan kedudukan asas

2. Hantaran bawah tangan arah sisian ( lateral movement )




                                                                             51
3. Junam dan tangkap ( dive and catch )

4. Junam dan luncur ( dive and slide )

5. Junam dan pusing ( dive and turn )

6. Berguling



HANTARAN DEPAN (FOREARM PASS)



Kemahiran asas bola tampar yang perlu dipelajari ialah hantar depan.

Kemahiran ini juga dikenali sebagai hantaran bawah atau 'bump'. Biasanya ini

adalah kemahiran pertama yang mesti dilaksanakan oleh pasukan anda jika

anda belum dipililh untuk memulakan servis.    Hantaran ini digunakan untuk

menerima servis, menerima rejaman dan memainkan bola pada paras pinggang,

ke bawah dan di jaring.

    Walaupun hantar depan selalu digunakan, adalah lebih baik anda mengawal

hantaran dengan mengenakan hantaran atas kepala (dibincangkan dalam

Langkah 5). Dengan itu, jika boleh hantaran atas kepala menjadi pilihan utama.

Walau bagaimanapun, sebarang bola laju, seperti servis atau rejaman, mestilah

selalu diterima dengan 'hantar depan' kerana tangan yang terbuka tidak cukup

kuat untuk menerima bola yang dipukul kuat. Hantar depan selalu digunakan

untuk menghantar terus kepada rakan pasukan.

      Ini adalah penting untuk menyerap hentakan bola pukulan kuat serta

menghantar bola cara ini boleh membantu rakan sepasukan melaksanakan

hantaran atas atau umpanan dalam permainan berikutnya.




                                                                           52
MENGAPA HANTAR DEPAN PENTING?

Jika anda ingin pasukan anda berjaya, hantar depan mestilah dilaksanakan

sepenuhnya bila menerima bola daripada pihak lawan. Apabila anda melakukan

serangan balas, hantar depan yang tepat amat penting.



BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTAR DEPAN

Unsur-unsur melaksanakan hantar depan yang baik adalah (a) menghampiri bola

(b) tetapkan posisi anda (c) membuat sentuhan, dan (d) tumpuan kepada bola ke

arah sasaran. Semasa melakukan balingan lengan hadapan; tangan anda

mestilah digabungkan bersama; ibu jari mestilah selari.   Siku berpusing ke

dalam.   Dengan itu, bahagian lengan yang lembut - lurus menghadap siling.

Lengan anda selari dengan paha, jauhkan darip4ada badan. Anda mesti cuba

meletakkan badan anda di belakang bola, serapkan daya, dan hantar bola terus

kepada sasaran dengan menggunakan badan, melalui kaki yang diluruskan

semasa menyentuh bola. Lihat Rajah untuk kunci kejayaan hantar depan.

   Sangga mempunyai kaitan kemahiran mudah untuk digunakan apabila anda

bergerak ke arah bola terlebih dahulu, iaitu mendapat kedudukan yang sesuai

sebelum cuba melaksanakan kemahiran. Kesukaran kemahiran ini ialah apabila

anda tidak pernah menggunakan lengan anda dalam sukan-sukan yang lain.

Fasa-Fasa Hantar Depan

 Fasa Persediaan

 1. Tangan mesti ditemukan.



                                                                          53
2. Kedudukan kaki terbuka ke
   hadapan dan ke belakang.
3. Kaki selebar bahu.
4. Lutut dibengkokkan.
5. Lengan hadapan selari dengan
   paha.
6. Belakang lurus.
7. Mata pada bola.




Fasa Perlaksanaan


1. lbu jari selari.
2. Tumit tapak tangan ditemukan.
3. Terima bola pada tepi kiri badan.
4. Kaki dilunjurkan sedikit.
5. Pergerakan "menjolok" ke
   hadapan dan ke atas.
6. Platform condong ke arah
   hadapan.
7. Pinggul ke bawah dan ke
   hadapan.
8. Perhatikan bola menyentuh
   tangan.


Fasa Ikut Lajak




                                       54
1. Tangan tetap ditemukan.
 2. Platform mengikuti bola ke
    sasaran.
 3. Tangan tidak tinggi lebih daripada
    bahu.
 4. Pindahkan berat badan ke
    hadapan.
 5. Mata rnengikut bola ke sasaran.




HANTARAN ATAS

Kemahiran   hantaran   atas   membolehkan   anda   mengawal   bola   dengan

kecekapan yang salngat baik. Anda menggunakan tangan atas untuk

menggerakkan bola kepada rakan sepasukan dan jarang sekali digunakan untuk

mengembalikan bola ke pihak lawan. Hantaran dilaksanakan buat sementara

oleh pengumpan untuk menghantar bola itu kepada penyerang tetapi ia mungkin

digunakan oleh pemain untuk memenuhi tugas itu.       Anda mestilah boleh

melaksanakan kemahiran sama ada di hadapan atau di belakang tanpa

mengubahcara penghantaran.




MENGAPA HANTARAN ATAS PENTING

Hantaran atas biasanya pukulan bola kedua pasukan anda dalam tiga peringkat

serangan. Dalam kebanyakan keadaan serangan, seorang pemain dilantik



                                                                         55
sebagai pengumpan dan melaksanakan pukulan kedua atau set. Orang ini

mestilah penghantar atas yang terbaik bagi satu-satu pasukan.

      Hantaran atas boleh digunakan oleh pemain ketika menerima sebarang

bola tinggi lebih daripada paras bahu dan dating ke arah pemain dengan laju.

Anda mestilah menggunakan hantaran atas bila perlu. Jangan biarkan bola jatuh

ke paras hantaran depan, kerana hantaran atas adalah cara yang paling

berkesan untuk mengendalikan bola.



BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTARAN ATAS

      Kedudukan sedia ialah menggerakkan langkah, kaki dan bahu dijarakkan,

lutut bengkok dan tangan diangkat ke hadapan dahi pada jarak lebih kurang15-

20 cm. Ibu jari menghala ke mata anda. Bentuk ‘tingkap’ dengan ibu jari dan jari

telunjuk dalam sebegitu rupa jari-jari adalah dua kali jaraknya daripada ibu jari

anda. Lihat bola melalui tingkap ini. Adalah sa-ngat penting, bahu anda

diletakkan tegak menghala ke sasaran. Apabila bola menyentuh tangan anda,

tangan anda membentuk mengikut bola dengan hanya dua gabungan tangan

dan ibu jari menyentuh bola. Apabila bola menyentuh tangan anda, lunjurkan

tangan dan kaki, pindahkan berat badan anda mengikut arah hantaran.




Fasa-Fasa Hantaran Atas

 Fasa Persediaan




                                                                              56
1. Kedudukan bersedia.

2. Lutut dan punggung dibengkokkan.

3. Bahu tegak ke sasaran.

4. Tangan di hadapan dahi.

5. Membentuk ‘tingkap’.

6. Lihat bola melalui tingkap.




Fasa Perlaksanaan


1. Bentuk tangan mengikut bentuk

   bola.

2. Sentuh bahagian bawah bola.

3. Sentuh bola dengan bahagian

   atas temuan jari.

4. Luruskan tangan dan jari.

5. Tangan menghala ke sasaran.




Fasa Ikut Lajak




                                      57
1. Tangan dan lengan lurus ke

    sasaran.

 2. Pindahkan berat badan ke

    sasaran

 3. Bergerak ke arah bola.




Aksi-aksi hantaran




               Kemahiran membuat hantaran dan menyangga dengan bijak akan 58
                         mengurangkan kesilapan semasa bermain.
59
MEREJAM (SPIKING)



Kemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapatkan

mata atau skor. Ia adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawah

gelanggang pihak lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah dari

mana bola akan tiba. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke

udara dan menghayun tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke

bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.

   Kemahiran merekam bukan ciptaan Amerika Syarikat walaupun permainan

ini berasal dari negara tersebut. Kemunculannya boleh dikesan pada suatu

pertandingan bola tampar yang diadakan di Manila. Sebuah pasukan orang asli

menarik perhatian orang ramai dengan menaikkan bola tinggi ke udara, dekat

dengan jaring sementara seorang pemain orang asli dari tengah gelanggang,

menghentam bola ke bawah. Pada masa itu tiada sesiapa pun boleh menahan

serangan tersebut, begitu juga tidak terdapat dalam sebarang peraturan yang

menghalang penggunaan kaedah ini untuk membuat jaringan. Justeru,

kemahiran , merejam    dihasilkan dan diaplikasikan dalam variasi kemahiran

serangan. Kemahiran merejam boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu

kuisan, rejaman perlahan dan rejaman kuat.




                                                                        60
Fasa-Fasa Kuisan

 Fasa Persediaan


 1. Tunggu di garis serangan.

 2. Perhatikan pengumpan.

 3. Mata    melihat   bola       selepas

    mengumpan.

 4. Berat badan ke hadapan.

 5. Bersedia mendekati jaring.




 Fasa Perlaksanaan




 1. Mula mendekati jaring        4. Lengan dihayunkan   7. Sentuh bola di



                                                                            61
apabila bola berada di             ke belakang ke paras      hadapan bahu
    point terakhir.                    pinggang.                 yang memukul.
 2. Kurangkan jarak dengan 5. Kedua-dua lengan                8. Sentuh dengan
    beberapa langkah.                  menghayun ke              hujung dua jari
 3. Dua langkah ahir ke                hadapan.                  yang diganungkan.
    kanan, rapat ke kiri atau     6. Kedua-dua lengan         9. Sentuh bahagian
    melangkah untuk                    menghayun tinggi ke       bawah setengah
    melompat.                          arah bola.                bola.
                                                              10. Sentuh dengan
                                                                 lengan yang lurus.




 Fasa Ikut Lajak


 1. Tangan      mengikut        bola    ke

    sasaran.

 2. Mendarat ke atas kedua-dua kaki.

 3. Bengkokkan lutut untuk meresap

    tekanan mendarat.




Fasa-Fasa Rejaman Perlahan

 Fasa Persediaan




                                                                                   62
1. Tunggu di garis serangan.

2. Perhatikan pengumpan.

3. Mata    melihat    bola      selepas

   mengumpan.

4. Berat badan ke hadapan.

5. Bersedia mendekati jaring.




Fasa Perlaksanaan




                                          63
1. Mula mendekati jaring apabila     7. Sentuh bola di hadapan bahu yang
   bola berada di paras tertinggi.      memukul.
2. Kurangkan jarak dengan beberapa 8. Sentuh dengan tumit tapak tangan
   langkah.                             yang terbuka.
3. Akhiri dua langkah dengan         9. Sentuh bahagian bawah tengah
   langkah kanan dan rapat dengan       belakang bola.
   kiri untuk melompat.              10. jari menggolek membalut bahagian
4. Tangan dihayunkan ke belakang        atas bola.
   ke paras pinggang.                11. pergelangan tangan dipetik.
5. Kedua-dua lengan menghayun ke     12. sentuh dengan tangan yang betul-
   hadapan.                             betul lurus.
6. Kedua-dua lengan menghayun
   tinggi ke arah bola.




Fasa Ikut Lajak




                                                                        64
1. Tangan mengikut

    bola ke sasaran.

 2. Mendarat ke atas

    kedua-dua kaki.

 3. Bengkokkan lutut

    untuk melembutkan

    pendaratan.




Fasa-Fasa Rejaman Kuat

 Fasa Persediaan


 6. Tunggu di garis serangan.

 7. Perhatikan pengumpan.

 8. Mata    melihat    bola     selepas

    mengumpan.

 9. Berat badan ke hadapan.

 10. Bersedia melakukan pendekatan.




                                          65
adalah langkah kanan 7. Sentuh        bola   di   tangan yang kuat.
   dan rapat dengan kiri      hadapan bahu yang 11. Sentuh          dengan
   untuk melompat.            memukul.               lengan yang betul-
4. Tangan menghayun ke 8. Sentuh dengan tumit        betul lurus.
   belakang       sekuarng-   tapak tangan yang

   kurangnya pada paras       terbuka.

   pinggang.




Fasa Ikut Lajak



                                                                        66
1. Tangan mengikut arah rejaman dan

    jatuh ke paras pinggang.

 2. penyerang mendarat di atas dua

    kaki.

 3. Bengkokkan lutut untuk

    melembutkan pendaratan.




Teknik-Teknik Merejam


Posisi Bersedia

   1.            Berat badan seimbang dan bengkokkan lutut.

   2.            Bahagian atas tubuh badan mengendur.

   3.            Bahu ke hadapan dan

   4.            Jarak dari jaring di antara 2 – 3 meter.

Pergerakan

   1. Bergerak ke arah bola.

   2. Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan

        kanan.

   3. Bergerak sambil melihat kelakuan dan trajektori bola.

   4. Lengan-lengan mula bergerak ke belakang.

   5. Turunkan        badan    secara   beransur-ansur      dalam   persediaan   untuk

        melakukan lompatan.

   6. Lengan-lengan ke belakang dan ke atas seberapa banyak yang boleh.


                                                                                   67
7. Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan.

  8. Menghayun lengan-lengan ke bawah di sisi badan.



Lompatan

  1. Mula dengan buaian dari tumit ke jari kaki (heel –toe-rock)

  2. Bermula dengan ayunan lengan ke atas apabila kaki-kaki mula menolak

     ke atas.

  3. Menghulurkan badan dengan bergerak dari mata kaki ke kaki, ke

     pinggang , dan tubuh badan.

  4. Lompatan haruslah tegak ( vertical ) dan ledakan ( explosive )




Teknik-Teknik Aksi Merejam


Posisi Badan

  1. Lengan merejam tinggi di atas kepala.

  2. Kekalkan siku tangan merejam lebih tinggi daripada bahu.

  3. Bahagian atas tubuh badan memutar jauh dari jaring.

  4. Bahagian     belakang badan dilentikkan dengan kaki-kaki dibawa ke

  belakang untuk imbangan.


Kontak

  1. Kontak harus dibuat ke bahagian atas bola ( upper half of ball )

  2. Kontak bola dengan hujung tangan ( heel of hand )



                                                                        68
3. Pergelangan tangan bengkok dengan serta merta ke depan ( the wrist

      snaps forward ) dengan tapak tangan dan jejari melindungi bola.

  4. Mendepangkan jejari seluas boleh untuk mengawal soik atau

      menadahkan tangan untuk mendapat lebih kuasa.

  5. Kontak bola seberapa tinggi yang boleh dan lebih kurang 1 meter di

      hadapan badan.

  6. Hayunan lengan harus mengikut lajak sehingga ke pertengahan badan (

      midline of the ball )




Daratan

   1. Mendarat di atas jari-jari kedua-dua belah kaki.

   2. Bengkokkan lutut sedikit untuk menyerap tekanan.

   3. Mendarat lebih kurang di tempat yang sama dengan membuat lonjakan.




Variasi Rejam

  1. Rejam dari Belakang Gelanggang ( Back Court Spike )

  2. Rejam Bersilang ( Cross Body Spike




  3. Rejam ROUDHOUSE

      i.     Lengan merejam diturunkan.

      ii.    Memutar badan jauh dari jaring.



                                                                           69
iii.   Menurunkan lengan bukan merejam.

     iv.    Lengan merejam untuk merejam bola.

     v.     Kaki dan badan ke depan serta merta ( snap forward )

  4. Rejam Pukulan Tinggi

  5. Rejam Dink


Butiran-butiran merejam

  1. Mendekati jaring dari jarak 2 – 3 meter.

  2. Pada langkah akhir yang panjang, badan diturunkan dan sediakan lengan

      untuk memukul.

  3. Buaikan tumit-tumit ke belakang pada hujung penujuan.

  4. Lonjak daripada kedua-dua belah kaki.

  5. Mengayun kedua-dua lengan ke atas dengan kuat pada masa lonjakan.

  6. Pastikan kedua-dua bahu menghadap jaring.

  7. Tarik lengan memukul ke belakang dengan siku ke depan.

  8. Pengelangan tangan harus terkunci ( locked ) dan tangan harus terbuka.

  9. Memukul bola setinggi-tingginya di depan bahu tangan memukul.

  10. Tangan memukul meliputi bola dengan ikut lajak (a follow through ) oleh

      pergelangan    tangan.

  11. Jangan menyentuh jaring.

  12. Menuju kepada perletakan ( placement ) daripada kuasa (power )




                                                                                70
Aksi merejam




MENGHADANG (BLOCKING)




                               71
Menghadang ( blocking ) merupakan kemahiran yang dilakukan sama ada

seorang atau dua orang pemain yang bertujuan untuk ;

1. Menahan dan menghalang serangan daripada kemahiran merejam oleh pihak

   lawan.

2. Menghadang lintasan bola untuk dibalikkan semula ke gelanggang lawan

3. Mendapatkan skor atau mata dengan menggagalkan percubaan rejaman oleh

   pihak lawan.

4. Mengurangkan kelajuan dan memesongkan bola kepada pemain pasukan

   sendiri.




            Kemahiran ini merupakan satu kaedah menahan bola dekat jaring.

   Pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi dimana bola itu

   melintasi jaring. Penghadangan hanya merupakan salah satu fasa daripada

   keseluruhan sistem pertahanan.Fasa-fasa lain termasuk menerima servis,

   memberi perlindungan di belakang perejam dan melakukan beberapa cara

   menyelamatkan bola.Ia juga digunakan untuk mengatasi rejaman dan akan

   kesannya       membawa kejayaan atau kemenangan dalam permainan.

   Penghadangan yang menggunakan          kedua-dua belah tangan     adalah

   pertahanan terbaik untuk menahan bola yang direjamkan.




Fasa-Fasa Adang Tunggal




                                                                          72
Fasa Persediaan




1. Tunggu di jaring.

2. Lihat pengumpan lawan.

3. Tangan di paras bahu.

4. Selepas umpanan, mata tertumpu

   kepada penyerang lawan.

5. Tempatkan diri anda di hadapan

   tangan memukul perejam.




Fasa Perlaksanaan




                                    73
1. Lompat serta-merta
    setelah penyerang
    melompat.
 2. Lengan mencapai atas
    jaring.
 3. Tangan melintasi ke
    gelanggang lawan.
 4. Bariskan setengah badan
    anda di depan bahagian
    sisi memukul lawan.
 5. Undurkan tangan.
 6. Mendarat atas kedua-dua
    kaki.




 Fasa Ikut Lajak


 1. Bengkokkan          lutut   untuk

    melembutkan pendaratan.

 2. Beralih daripada jaring.

 3. Lihat bola.




Fasa-Fasa Adang Berganda

 Fasa Persediaan


                                        74
1. Setelah umpanan, pengadang

   yang bergerak, menumpukan

   perhatian kepada pemain yang

   sedang membuat adangan.




Fasa Perlaksanaan




1. Kedua-dua pengadang

   melompat serentak.




Fasa Ikut Lajak




                                  75
1. Semua pemain kembali ke

  kedudukan biasa.




                             76
AKSI MENGHADANG




KEMAHIRAN MENYELAMATKAN BOLA

Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan ataupun

bola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan, maka

kemahiran menyelamat bola diperlukan. Di antara teknik yang boleh digunakan

ialah terjun hadapan dan guling sisi. Terjun hadapan biasanya digunakan oleh

pemain lelaki yang sudah lama atau sudah mahir dengan permainan bola

tampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh pemain lelaki yang baru

atau belum mahir dan pemain wanita. Kedua-dua teknik menyelamatkan bola ini

dilakukan oleh pemain bola tampar.



Terjun Hadapan



                                                                         77
1. Pemain berlari menuju ke arah bola.      Pemain tangan kanan membuat

   terjunan dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanan

   dihulurkan keiarak yang paling jauh.

2. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas.

   Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagian

   belakang tapak tangan.

3. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untuk

   menyerap berat badan.

4. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso.




                                             Aksi terjun hadapan dari mula hingga akhir


Guling Sisi

1. Bersedia untuk menuju ke arah bola.




                                                                           78
2. Langkah yang luas digunakan unutk mendekati bola. Tangan dan kaki yang

   sama digunakan.

3. Badan direndahkan untuk menyelamatkan bola. Bola disentuh di sekitar

   pergelangan tangan atau bahagian daslam lengan atau bahagian atas tapak

   tangan.

4. Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerakkan ke arah dalam

   supaya ia tidak menyentuh lantai.

5. Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan.

6. Membuat gulingan.



7. Bersedia semula untuk permainan




                                                    Aksi guling sisi dari
                                                    mula hingga akhir
                                                    (a-f)
                                           8. seterusnya




                                                                        79
ASPEK-ASPEK KESELAMATAN DALAM
           BOLA TAMPAR




Aspek keselamatan yang perlu diutamakan dalam permainan bola tampar. Antaranya
ialah :
          •   Pemain perlu memakai pelindung lutut atau knee pad bagi memastikan
              kecederaan yang tidak serius semasa perlawanan dijalankan.
          •   Pemilihan kasut yang sesuai juga penting dalam memastikan aspek
              keselamatan semasa berada di dalam gelanggang. Kasut yang baik dipakai
              adalah apabila tapak kasut tersebut tidak mudah rosak dan tahan dengan
              keadaan gelanggang yang keras. Contohnya kasut badminton.




                                                                                 80
•   Pemain yang bermain menggunakan cermin mata atau kanta lekap
          bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak
          diingini berlaku.
      •   Sekiranya terdapat bola di dalam gelanggang permainan tidak boleh
          dijalahkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan berlaku
          terhadap pemain.




                    Contoh kecederaan pada tangan dan lengan




KECEDERAAN DAN CARA RAWATAN


      Kecederaan tisu lembut (soft tissue injury)
          •     Kecederaan tisu lembut boleh berlaku di bahagian tengah otot, antara
                otot dengan tendon di tempat melekat tendon (origin & insertion) atau
                di tulang sendiri.
          •     Kecederaan boleh dikelaskan mengikut:-
          i.        punca/mekanisma kecederaan (etiologi)
          ii.       darjah kecederaan (severity)




                                                                                  81
Punca:-
            i.           secara langsung (direct)
            ii.          selalunya pada sukan berlaga tubuh badan (body contact sport)
            iii.         contoh kecederaan: Luka, lebam, bengkak, cedera kepala dan mata.
            iv.          Tidak secara langsung (indirect)
            v.           ‘Acute’- berlaku bila otot menerima tekanan/beban secara
                         mengejut.
            vi.          Seperti memecut (lari) atau menendang (bola sepak)
            vii.         Kesannya: Otot terkoyak

‘Chronic & Overuse’
              i.    Ini disebabkan hasil tekanan/beban yang berulang-ulang atau
                            pergeseran     yang     berterusan.   Biasanya   semasa   latihan
                            ketahanan (endurance training)
                   ii.      Contoh kecederaan: Tendinitis



      ‘Acute on Chronic’
                i.    Otot yang telah sedia sakit akibat chronic & overuse terkoyak
                              atau putus



      Darjah kecederaan
               ii.    Sakit sedikit semasa cedera atau dalam masa 24 jam selepas
                              kecederaan, sakit setempat, atlit masih boleh meneruskan
                              permainan.
                    iii.      Sakit sederhana, sakit semasa melakukan pergerakkan, atlit
                              tidak dapat meneruskan permainan.


                                                                                          82
iv.      Atlit mendengar bunyi ‘pop’ bengkak, sakit sangat? Kejang
                         otot? Berdarah, bentuk bahagian yang cedera berubah – cacat.
                v.       Apa yang berlaku selepas tisu lembut cedera?
                vi.      Tisu-tisu ini akan mengalami proses-proses:-
                vii.     Acute inflammatory phase- semasa kecederaan hingga 72 jam
                         pertama
                viii.    ‘Repair phase’ – 48 jam – 6 minggu
                ix.      Remodeling phase – 3 minggu – 12 bulan



Rawatan kecederaan:-
              i.     Cryotheraphy – R.I.C.E
               ii.      Ubat anti – Fisioterapi
               iii.     Bantu diri, pergerakkan bebas dan latihan pemulihan
               iv.      Corticosteroid




Rawatan menggunakan ais batu:-
              i.   Ice massage
               ii.      Ice pack
               iii.     Ice immersion
               iv.      Lama rawatan : 15 – 30 minit
               v.       Kekerapan : 2 atau 4 kali sehari
               vi.      Dilakukan : 2 – 3 hari pertama selepas kecederaan




                                                                                   83
Bagaimana air batu bertindak balas terhadap tisu yang tercedera?
                i.     Kawasan yang kena air batu menjadi sejuk dan kebas – ini
                         akan mengurangkan sakit, mengecilkan salur rerambut,
                         pengaliran darah ke kawasan cedera perlahan – mengurangkan
                         bengkak dan pendarahan.
                 ii.     Mengurangkan kekejangan
                 iii.    Menjadikan otot yang kejang (spastic) berfungsi semula.


Ubat anti-inflammatory (insaid drug)
                 i.      Penggunaan ubat ini akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan



Rawatan Fisioterapi:-
                i.       Rawatan ini bermula secepat mungkin – selepas kecederaan.
                 ii.     Rawatan meliputi:
                            1. Air batu dan senaman
                            2. Ultra Sound
                            3. Rangsangan otot letrik
                            4. Gabungan (a) dan (b)
                            5. Senaman kekuatan dan kelembutan



Bantu diri, pergerakkan awal dan latihan pemulihan
           Kaedah:-
                 i.      Isometrik
                 ii.     Isotonik
                 iii.    Isokinetik


Corticosteroid
   Penggunaan ubat ini juga akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan. Suntikan ubat ini
   (local injection) pada tempat kecederaan dilakukan setelah rawatan-rawatan lain tidak
   berjaya mengurangkan kesakitan/kecederaan atau kecederaan itu berulang-ulang.



                                                                                     84
Patah tulang
   i.     Mengetahui tanda-tanda dan gejala-gejala fraktur.
   ii.    Melarang gerak (immobilize) kesemua patah tulang pada:-
                       a. Tulang rahang bawah
                       b. Tulang selangka
                       c. Lengan atas
                       d. Lengan bawah
                       e. Tulang rusuk
                       f. Tulang belakang atau spina
                       g. Pelvis
                       h. Tulang paha atau femur
                       i. Tulang kaki
   iii.   Mengutamakan pencegahan renjatan dalam kecederaan patah tulang.



Sebab-sebab patah tulang:-
             i.     Akibat pukulan tepat atau secara langsung
              ii.      Akibat pukulan secara tidak langsung
              iii.     Akibat tersentap sendi

Jenis-jenis patah tulang:-
   i.      Patah rebung
   ii.    Patah tebu
   iii.   Patah riuk
   iv.    Patah melarat




                                                                            85
Tanda-tanda dan gejala-gejala:-
   i.    Tulang patah boleh didengar ataupun dirasa
   ii.     Bengkak dan kemudian menjadi lebam pada bahagian yang patah itu,
           diakibatkan pendarahan dalam tubuh.
   iii.    Anggota itu kelihatan berlainan kedudukannya dan ganjil rupanya, seperti
           bahagian kaki yang patah mungkin nampaknya lebih pendek dan terbalik
   iv.     Cacat pada anggota dan bahagian yang tercedera tidak boleh digerakkan
           seperti biasa.
   v.      Rasa kesakitan pada atau dekat tempat fraktur.



Peraturan am bagi rawatan fraktur:-
   i.    Jangan cuba menggerakkan mangsa itu sehingga bahagian yang patah itu telah
           dilarang gerakkan (immobilization), kecuali mangsa itu didalam keadaan
           bahaya yang mengancam nyawanya.
   ii.     Peringatan – langkah-langkah yang dilakukan dengan kasar mungkin
           mengakibatkan keadaan menjadi lebih serius dan menambahkan bahaya
           renjatan, misalnya patah tertutup mungkin menjadi patah tulang terbuka.
   iii.    Peraturan diatas diutamakan, oleh yang demikian pernafasan yang terhenti dan
           pendarahan yang teruk mestilah diberikan rawatan terlebih dahulu sebelum
           memberi rawatan pada tulang.
   iv.     Tetapkan keadaan patah tulang dengan serta-merta supaya ia tidak bergerak
           langsung (immobilization). Langkah seperti itu tidak akan menggerakkan
           hujung-hujung tulang itu daripada merosakkan saluran darah atau otot-otot.
   v.      Kaedah pertama ialah dengan menggunakan pembalut segitiga ikat anggota
           yang tercedera kepada anggota yang tidak tercedera atau badan mangsa.
   vi.     Kaedah kedua dengan menggunakan tuap atau bidai (splint)
   vii.    Balut dan tutup luka-luka dengan pembalut atau kain yang bersih
   viii.   Selimutkan mangsa untuk menghindarkan terjadinya renjatan
   ix.     Dapatkan pertolongan doktor dengan segera
   x.      Kecederaan pada tulang yang tidak dapat dipastikan, maka rawatlah
           kecederaan itu sebagai merawat patah tulang.


                                                                                        86
Kecederaan otot, sendi dan ligamen
   i.    Mengenali kecederaan pada otot-otot iaitu urat daging koyak
   ii.         Mengetahui kecederaan pada persendan iaitu terseliuh dan terkehel
   iii.        Merawat kecederaan pada otot-otot dan sendi-sendi.



Apakah sendi dan otot
  i.     Sendi adalah suatu tempat bertemunya antara dua tulang atau lebih. Sebanyak
               206 tulang yang membina sistem rangka menusia dihubungkan disendi yang
               membolehkan rangka bergerak dan menjalankan tugas-tugas badan.
   ii.         Ligamen adalah tisu-tisu yang kenyal dan liat yang mengikat tulang kepada
               tulang. Tugasnya ialah untuk mengukuhkan kedudukan tulang-tulang itu
               daripada terseliuh.
   iii.        Otot adalah tisu yang terdiri daripada sel-sel yang mempunyai khususnya
               kebolehan khas untuk mengecut (constration). Ia bertanggungjawab terhadap
               pergerakkan.




Terseliuh
          i.          Terseliuh adalah suatu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan
                      tisu-tisunya terpusing, biasanya berlaku pada pergelangan kaki atau
                      lengan.

Tanda-tanda dan gejala-gejala:-
         i.     Rasa kesakitan pada sendi itu
               ii.       Bengkak
               iii.      Lebam atau perubahan warna dibawah kulit sendi yang cedera,
                         menjadi biru kehitam-hitaman.




                                                                                        87
Rawatan:-
     i.            Letakkan kompres sejuk ataupun beku air batu pada sendi yang cedera itu
                   untuk mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan.
         ii.       Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera.
         iii.      Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi itu dalam keadaan
                   yang paling selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh,
                   tampug tangan sebelah bahagian yang cedera dengan anduh besar.
         iv.       Letakkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balut dengan
                   pembalut krep mengikut angka lapan.
         v.        Bawa mangsa ke hospital


Terkehel
         i.        Terkehel adalah satu keadaan dimana tulang terkeluar dari sendi dan
                   kedudukannya pun berubah.



Tanda-tanda dan gejala:-
      i.     Rasa amat sakit pada sendi
         ii.       Berubah kedudukan sendi itu
         iii.      Berubah rupanya
         iv.       Bengkak
         v.        Lebam-lebam



Rawatan:-
  i.      Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel
   ii.          Eloklah anggota yang cedera itu dijadikan tidak boleh bergerak dalam
                kedudukan yang paling selesa seperti dalam keadaan patah.



                                                                                       88
iii.          Apa yang nampaknya sebagai suatu yang terkehel mungkin sebenarnya suatu
                 patah tulang. Hanya gambar sinar-X boleh menunjukkan sama ada ini telah
                 berlaku. Oleh demikian bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera supaya
                 sinar-X boleh diambil.



Urat daging terkoyak
      i.      Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak yang disebabkan oleh
                    pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti bila mengangkat benda-benda
                    yang berat atau bermain.




Tanda-tanda dan gejala:-
      i.     Bengkak
          ii.       Perubahan warna dibawah kulit atau lebam pada bahagian yang cedera.
          iii.      Rasa kesakitan apabila bergerak
          iv.       Mungkin menjadi kaku



Rawatan:-
  i.      Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa.
   ii.           Taruh kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa kesakitan dalam
                 tempoh 24 jam kemudian, mengurut dengan minyak sloan.
   iii.          Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga
   iv.           Bawanya ke hospital




                                                                                          89
Kejang (cramp)
   i.            Kejang adalah keadaan yang tidak sengaja yang datang dengan tiba-tiba dan
                 sakit kerana otot-otot tertarik dan tersimpul.
   ii.           Ianya disebabkan oleh:-
                    1. Kehilangan air yang berlebihan mengakibatkan kekurangan garam dan
                        cecair dalam tubuh kerana berpeluh semasa bersenam.
                    2. Kerana sejuk ketika berenang.




Rawatan:-
  i.      Memanjangkan otot-otot yang mengejang
   ii.           Ditangan – luruskan jari-jari dengan cermat
   iii.          Dikaki – luruskan lutut dan tekan tapak kakinya
   iv.           Dipaha – luruskan lutut dan angkat kakinya, kemudian menekan lutut ke
                 bawah dengan tangan anda.
   v.            Jika berlaku kehilangan air yang berlebih-lebihan, beri air yang bercampur
                 dengan sukatan ¼ sudu teh garam dengan gelas air.


Pedih perut (stitch)
          i.        Ketika sedang bermain, berlari dan berjalan pantas, terutama bagi orang
                    yang tidak biasa berlatih: kekejangan dalam otot abdomennya


Rawatan
          i.        Suruh orang itu berehat secara baring terlentang
          ii.       Berilah dia meminum air yang panas
          iii.      Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit it


                                                                                        90
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KEJOHANAN


Untuk mengurus dan mengelolakan sesuatu kejohanan yang akan dianjurkan,
seseorang itu perlu ada aspek–aspek penting atau langkah-langkah pengurusan
yang betul. Antara aspek-aspek atau langkah-langkah yang perlu ada ialah:


1. Jawatankuasa pertandingan


Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih daripada kalangan mereka
yang berpengetahuan dan berkelayakan tentang permainan. Kebiasaannya ia
terdiri daripada pengerusi dan naib pengerusi, diikuti oleh setiausaha dan
penolong setiausaha seterusnya bendahari dan beberapa orang ahli
jawatankuasa kecil yang lain.

Jawatankuasa pertandingan berperanan sebagai merangka dan menyusun
peraturan untuk dijadikan panduan rasmi di dalam sesuatu pertandingan. Di
dalam merangka dan menyusun peraturan pertandingan itu, antara perkara
penting yang perlu diambil kira ialah:

       a. Nama pertandingan yang akan dianjurkan.
       b. Hadiah-hadiah yang akan ditawarkan sama ada ianya berbentuk wang
          ringgit, medal atau pingat, hamper dan pelbagai lagi hadiah yang dikira
          sesuai.
       c. Pihak pengurusan, iaitu mereka yang bertindak sebagai penganjur dan
          pengelola kejohanan tersebut.
       d. Peserta terdiri daripada mana-mana pasukan yang difikirkan layak
          mengambil bahagian dan sebagai peserta jemputan.
       e. Yuran penyertaan dikenakan keatas setiap pasukan yang menyertai
          samada dalam bentuk wang tunai ataupun secara percuma dimana
          penganjur yang membiayai kejohanan tersebut.




                                                                              91
f. Cara atau bentuk pertandingan yang akan diadakan iaitu samada
   secara liga, kalah mati dan sebagainya.
g. Jadual pertandingan dimana didalam bahagian ini diberitahu tarikh
   kejohanan itu akan diadakan bersama dengan waktu dan lokasi
   pertandingan.
h. Pengadilan iaitu senarai pengadil dan penjaga garisan serta mereka
   yang akan mengendalikan pertandingan yang terdiri daripada pegawai
   berkelayakan.
i. Setiap kejohanan memerlukan adanya pertolongan cemas, minuman
   dan pengangkutan. Adakalanya butiran ini perlu disediakan oleh setiap
   pasukan sendiri dan ada sesetengahnya di sediakan oleh penganjur.
j. Perancangan perbelanjaan amat penting iaitu jumlah anggaran
   keseluruhan perbelanjaan yang akan digunakan dan keuntungan yang
   bakal diperolehi. Biasanya ia akan disediakan oleh bendahari dan ahli
   jawatankuasa yang lain.
k. Tetamu khas iaitu senarai jemputan untuk VVIP, VIP dan lain-lain perlu
   disenaraikan bagi tujuan perasmian, penutupan dan penyampaian
   hadiah.
l. Jawatankuasa khas akan ditugaskan untuk menyediakan buku
   cenderamata atau buku program yang mengandungi perjalanan
   keseluruhan kejohanan.
m. Bagi menganjurkan sesuatu kejohanan yang besar, penajaan daripada
   badan koporat, individu dan derma perlu diuruskan bagi menampung
   perbelanjaan kejohanan.




                                                                       92
2. Jenis pertandingan


Jenis pertandingan bermaksud peringkat umur peserta yang ditujukan oleh
jawatkuasa penganjur. Umpamanya pertandingan untuk murid-murid sekolah
bawah 12 tahun, pertandingan antara rumah, pertandingan peringkat negeri dan
sebagainya. Jawatankuasa akan menetapkan peringkat umur para peserta untuk
menyertai sesuatu pertandingan.

      Sesuatu pertandingan yang akan dianjurkan harus memastikan kelayakan
para peserta dan pasukannya. Ini kerana tidak semua pemain layak untuk
mengambil bahagian atau menyertai sesuatu kejohanan yang dianjurkan. Ini
bertujuan untuk memastikan setiap peserta dan pasukannya dapat bermain
dengan adil. Adalah tidak wajar pemain yang berumur 20 tahun menyertai
pertandingan untuk peringkat umur 12 tahun.

      Oleh itu. Jawatankuasa Penganjur harus menentukan dan mengariskan
matlamat atau tujuan pertandingan itu diadakan. Sebagai contoh, pertandingan
itu diadakan untuk memilih pasukan untuk satu-satu kejohanan yang lebih besar
atau sempena menyambut Hari Kebangsaan atau program pertandingan antara
sekolah dan sebagainya.



3. Bentuk atau sistem pertandingan


      Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan
dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Pemilihan
bentuk atau sistem pertandingan ini ditentukan oleh pihak penganjur dan
kadang-kadang ditentukan juga oleh pasukan yang mengambil bahagian.

      Antara pertimbangan yang diambilkira dalam menentukan bentuk dan
sistem pertandingan ialah bilangan pasukan atau penyertaan, tempoh
pertandingan, tempat dan keupayaan pengadil dan pegawai yang akan




                                                                           93
SEJARAH BOLA TAMPAR
SEJARAH BOLA TAMPAR
SEJARAH BOLA TAMPAR
SEJARAH BOLA TAMPAR
SEJARAH BOLA TAMPAR
SEJARAH BOLA TAMPAR
SEJARAH BOLA TAMPAR
SEJARAH BOLA TAMPAR
SEJARAH BOLA TAMPAR

Contenu connexe

Tendances

Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 
Slide show kemahiran memadang dalam kriket
Slide show kemahiran memadang dalam kriketSlide show kemahiran memadang dalam kriket
Slide show kemahiran memadang dalam kriketamirah87
 
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanAmin Upsi
 
Kemahiran asas ping pong
Kemahiran asas ping pongKemahiran asas ping pong
Kemahiran asas ping pongsyuhada omar
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembuttokey_sport
 
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasSiot Sapian
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanAdada Eric
 
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)rahzaliri
 
Membaling dan menangkap
Membaling dan menangkapMembaling dan menangkap
Membaling dan menangkappokkohangguk
 
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLAKEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLAjafri1980
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tamparngu amei
 
Tali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanTali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanSeyla Ilysm
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola balingAhmad NazRi
 

Tendances (20)

PBSM 2012 patah dan terseliuh
PBSM 2012 patah dan terseliuhPBSM 2012 patah dan terseliuh
PBSM 2012 patah dan terseliuh
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-44 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
 
Slide show kemahiran memadang dalam kriket
Slide show kemahiran memadang dalam kriketSlide show kemahiran memadang dalam kriket
Slide show kemahiran memadang dalam kriket
 
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
 
Bab 2 Pengurusan Sukan
Bab 2   Pengurusan SukanBab 2   Pengurusan Sukan
Bab 2 Pengurusan Sukan
 
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola JaringTopik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
 
Kemahiran asas ping pong
Kemahiran asas ping pongKemahiran asas ping pong
Kemahiran asas ping pong
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembut
 
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
 
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
 
Membaling dan menangkap
Membaling dan menangkapMembaling dan menangkap
Membaling dan menangkap
 
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLAKEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Sukan Bola Keranjang
Sukan Bola KeranjangSukan Bola Keranjang
Sukan Bola Keranjang
 
Tali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulanTali ikatan dan simpulan
Tali ikatan dan simpulan
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Pengenalan olahraga
Pengenalan olahragaPengenalan olahraga
Pengenalan olahraga
 

Similaire à SEJARAH BOLA TAMPAR

Sejarahbolatampardidunia 120306034737-phpapp01
Sejarahbolatampardidunia 120306034737-phpapp01Sejarahbolatampardidunia 120306034737-phpapp01
Sejarahbolatampardidunia 120306034737-phpapp01just0311
 
Sejarah singkat voli dunia dan indonesia
Sejarah singkat voli dunia dan indonesiaSejarah singkat voli dunia dan indonesia
Sejarah singkat voli dunia dan indonesiaMaximilianuscnp
 
Sejarah bola voli by mustofa
Sejarah bola voli by mustofaSejarah bola voli by mustofa
Sejarah bola voli by mustofaindra atmaji
 
Sejarah permainan bola voli
Sejarah permainan bola voliSejarah permainan bola voli
Sejarah permainan bola voliKata Ely
 
Permainan bola basket adhetya xis1
Permainan bola basket adhetya xis1Permainan bola basket adhetya xis1
Permainan bola basket adhetya xis1adhet wanti
 
Legie montafea
Legie montafeaLegie montafea
Legie montafeabellaaltia
 
Makalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga VollyMakalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga Vollyradityozu
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-balingSia Layteng
 
Sejarah olahraga.pdf.jptinod
Sejarah olahraga.pdf.jptinodSejarah olahraga.pdf.jptinod
Sejarah olahraga.pdf.jptinodStella Yap
 
Sejarah olahraga 2
Sejarah olahraga 2Sejarah olahraga 2
Sejarah olahraga 2namanegara
 
Sejarah Olahraga
Sejarah Olahraga Sejarah Olahraga
Sejarah Olahraga Azizi Ahmad
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantarrizkynet
 

Similaire à SEJARAH BOLA TAMPAR (20)

Sejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di duniaSejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di dunia
 
Sejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di duniaSejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di dunia
 
Sejarahbolatampardidunia 120306034737-phpapp01
Sejarahbolatampardidunia 120306034737-phpapp01Sejarahbolatampardidunia 120306034737-phpapp01
Sejarahbolatampardidunia 120306034737-phpapp01
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Sejarah singkat voli dunia dan indonesia
Sejarah singkat voli dunia dan indonesiaSejarah singkat voli dunia dan indonesia
Sejarah singkat voli dunia dan indonesia
 
1 bola jaring
1 bola jaring1 bola jaring
1 bola jaring
 
Sejarah bola voli by mustofa
Sejarah bola voli by mustofaSejarah bola voli by mustofa
Sejarah bola voli by mustofa
 
Sejarah permainan bola voli
Sejarah permainan bola voliSejarah permainan bola voli
Sejarah permainan bola voli
 
Permainan bola basket adhetya xis1
Permainan bola basket adhetya xis1Permainan bola basket adhetya xis1
Permainan bola basket adhetya xis1
 
Legie montafea
Legie montafeaLegie montafea
Legie montafea
 
Bola basket
Bola basketBola basket
Bola basket
 
Makalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga VollyMakalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga Volly
 
Makalah volly
Makalah vollyMakalah volly
Makalah volly
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
 
Sejarah olahraga.pdf.jptinod
Sejarah olahraga.pdf.jptinodSejarah olahraga.pdf.jptinod
Sejarah olahraga.pdf.jptinod
 
BOLA BASKET
BOLA BASKET BOLA BASKET
BOLA BASKET
 
Sejarah olahraga 2
Sejarah olahraga 2Sejarah olahraga 2
Sejarah olahraga 2
 
Sejarah Olahraga
Sejarah Olahraga Sejarah Olahraga
Sejarah Olahraga
 
ping pong
ping pongping pong
ping pong
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 

Plus de Chegu Abbas : Guru PJ SK Bandar Baru Sungai Buloh

Plus de Chegu Abbas : Guru PJ SK Bandar Baru Sungai Buloh (20)

Rpt dunia muzik tahun 4 sk kssr 2015 by chegu abbas
Rpt dunia muzik tahun 4 sk kssr 2015 by chegu abbasRpt dunia muzik tahun 4 sk kssr 2015 by chegu abbas
Rpt dunia muzik tahun 4 sk kssr 2015 by chegu abbas
 
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KSSR TAHUN 4 2015
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KSSR TAHUN 4 2015MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KSSR TAHUN 4 2015
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KSSR TAHUN 4 2015
 
Rpt pk tahun 4 2015 by cikgu abbas
Rpt pk tahun 4 2015  by cikgu abbasRpt pk tahun 4 2015  by cikgu abbas
Rpt pk tahun 4 2015 by cikgu abbas
 
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 4 BY CHEGU ABBAS
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 4 BY CHEGU ABBASMODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 4 BY CHEGU ABBAS
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 4 BY CHEGU ABBAS
 
Rpt pj tahun 4 2015 by cikgu abbas
Rpt pj tahun 4 2015  by cikgu abbasRpt pj tahun 4 2015  by cikgu abbas
Rpt pj tahun 4 2015 by cikgu abbas
 
Rancangan pengajaran tahunan matematik tahun 4 by chegu abbas
Rancangan pengajaran tahunan matematik tahun 4  by chegu abbasRancangan pengajaran tahunan matematik tahun 4  by chegu abbas
Rancangan pengajaran tahunan matematik tahun 4 by chegu abbas
 
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4
 
Rpt pk tahun-2 kssr by cikgu abbas
Rpt pk tahun-2 kssr by cikgu abbasRpt pk tahun-2 kssr by cikgu abbas
Rpt pk tahun-2 kssr by cikgu abbas
 
Rpt kssr pj tahun 2 2014
Rpt kssr pj tahun 2 2014Rpt kssr pj tahun 2 2014
Rpt kssr pj tahun 2 2014
 
Rpt pk kssr thn 1 2014
Rpt pk kssr thn 1 2014Rpt pk kssr thn 1 2014
Rpt pk kssr thn 1 2014
 
Rpt pj kssr thn 1 2014
Rpt pj kssr thn 1 2014Rpt pj kssr thn 1 2014
Rpt pj kssr thn 1 2014
 
chegu abbas - Law 12 contoh contoh caution sentoff bm
chegu abbas - Law 12 contoh contoh caution sentoff bmchegu abbas - Law 12 contoh contoh caution sentoff bm
chegu abbas - Law 12 contoh contoh caution sentoff bm
 
chegu abbas - Undang-Undang Futsal 2011
chegu abbas - Undang-Undang Futsal 2011chegu abbas - Undang-Undang Futsal 2011
chegu abbas - Undang-Undang Futsal 2011
 
chegu abbas - Futsal
chegu abbas - Futsalchegu abbas - Futsal
chegu abbas - Futsal
 
Chegu abbas- Undang-undang Bola Tampar
Chegu abbas- Undang-undang Bola TamparChegu abbas- Undang-undang Bola Tampar
Chegu abbas- Undang-undang Bola Tampar
 
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola TamparChegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
 
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
 
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1
 
chegu abbas - Latihan jeda
chegu abbas - Latihan jedachegu abbas - Latihan jeda
chegu abbas - Latihan jeda
 
chegu abbas - Latihan fartlek litar
chegu abbas - Latihan fartlek litarchegu abbas - Latihan fartlek litar
chegu abbas - Latihan fartlek litar
 

SEJARAH BOLA TAMPAR

  • 1. BAHAGIAN 1 SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR Bola tampar merupakan suatu permainan bukan sahaja untuk pertandingan malah untuk kecergasan dan riadah. Permainan ini terkenal di seluruh dunia kerana ia adalah sukan untuk semua; untuk orang ramai termasuk orang yang cacat anggotanya. Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja; di taman, di tepi pantai atau di kawasan lapang. Bola tampar merupakan permainan berpasukan tanpa sentuhan fizikal dan dengan itu mengurangkan kecederaan individu dan menambahkan keseronokan bemain. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1985 di Gimnasium Y.M.C.A, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof. William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Permainan ini berasal dari dua jenis permainan lain, iaitu tenis dan bola kerangjang. Prof. Morgan menggabungkan jaring tenis dan bola keranjang. Pada mulanya bola tampar dikenali dengan nama Mintonette, tetapi diubah kepada Volleyball oleh Prof. H.T. Halstead pada tahun 1896. Walaupun perkembangan bola tampar agak perlahan, ia dikembangkan dengan meluas melalui pergerakan Y.M.C.A.. Kanada merupakan negara luar pertama menerima permianan bola tampar, iaitu pada tahun 1900. Selepas itu ia diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico (1909), Filipina (1910), Uruguay (1912) , China (1913) dan Jepun (1917). 1
  • 2. Semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, anggota-anggota angaktan tentera Amerika Syarikat telah memperkenalkan permainan bola tampar ke Asia dan Eropah. Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Undang-undang permainan dicetak pada tahun 1897 dalam buku panduan The North Amerika YMCA Athletic League. Undang-undang permainan itu telah diubah suai beransur-ansur sejak tahun 1900. Buku undang-undang yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1916 oleh Y.M.C.A. di Amerika Syarikat. Dalam tahun 1922, Kejohanan Bola Tampar Pertama Y.M.C.A. dimulakan di Amerika Syarikat. Berikutan ini Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928. Sejurus kemudian persatuan-persatuan bola tampar telah ditubuhkan di Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipna. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936, 1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internationale de Volleyball (FTVB), persatuan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan. Selepas penubuhan FTVB, undang-undang permainan yang berasaskan undang-undang Amerika Syarikat telah dikemaskini dan diselaraskan. Pada masa ini FTVB mempunyai sejumlah 175 anggota persatuan kebangsaan, termasuk Malaysia. 2
  • 3. Selepas FTVB ditubuhkan, banyak pertandingan antarabangsa dianjurkan. Pada tahun 1948, Kejohanan Bola Tampar Eropah Pertama diadakan di Rom. Kejohanan Dunia Pertama (bahagian lelaki) diadaka di Prague pada tahun 1949 dan Rusia telah muncul sebagai johan. Kejohanan Dunia Kedua (untuk lelaki) dan pertama kali untuk wanita telah diadakan di Paris dalam tahun 1951. Dalam Kejohanan Dunia Ketiga di Moscow pada tahun 1952, ia telah menarik minat 60 000 penonton. Rusia menjuarai kedua-dua bahagian tersebut. Dalam tahun 1948, bola tampar telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik ke-18 di Tokyo, Jepun. Rusia merupakan johan bahagian lelaki dan Jepun sebagai johan bahagaian wanita. Dalam tahun 1965, bola tampar diterima secara rasmi sebagai permainan Olimpik di Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Madrid. Berikutan ini bola tampar terus dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik di Mexico City (1984), Seoul (1988) dan Barcelona (1992). 3
  • 4. WILLIAM G. MORGAN ( 1870-1942 ) William G. Morgan ( 1870-1942 ), merupakan anak kelahiran New York yang tercatat dalam sejarah sebagai pengasas permainan bola tampar dan nama asalnya ialah ‘MINTONETTE’. Ketika mudanya, Morgan melanjutkan pengajiannya di Springfield College of The Young Men’s Christian Association dan bertemu dengan James Naismith pada tahun 1891 iaitu pengasas permainan bola keranjang. Selapas menamatkan pengajian, beliau menghabiskan tahun pertamanya di Auburn ( Maine ) YMCA. Kemudian selepas musim panas pada tahun 1896 beliau berpindah ke YMCA di Holyoke ( Massachusetts ) dan dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Jasmani. Jawatan ini telah telah memberi beliau peluang untuk memperkenal, memperkembang dan mengarahkan pelbagai program latihan dan kelas kesukanan untuk lelaki dewasa. Kepimpinan beliau telah diterima oleh semua pihak dan bilangan pelajar di kelas beliau semakin meningkat. Beliau menyedari bahawa beliau memerlukan sejenis permainan rekreasi dalam usaha untuk meneruskan program beliau. Permainan bola keranjang ketika itu baru berkembang dan sesuai untuk orang muda tetapi ia adalah satu keperluan untuk mendapatkan satu alternatif untuk orang yang lebih berumur dalam satu permainan yang kurang membebankan.( Less violent and less intense ). 4
  • 5. TAHUN-TAHUN PENTING DALAM SEJARAH BOLA TAMPAR Tahun Sejarah Bola Tampar 7 Julai Permainan pertama di Springfield College 1896 1900 Bola yang lebih khusus telah dicipta 1916 Teknik mengumpan dan merejam ( set & spike ) telah diperkenalkan di Filipina. 1917 Mata permainan telah ditukar dari 21 ke 15. 1922 Kejohanan pertama dilangsungkan di Brooklyn, New York dan sebanyak 27 pasukan dari 11 negara telah menyertai. 1928 Menubuhkan Unites States Volleyball Association ( USVBA @ USA Volleyball ) U.S Open pertama dan dibuka kepada bukan skuad YMCA. 1930 Permainan bola tampar pantai dimainkan oleh 2 pemain. 1934 Pengadil Bola Tampar Kebangsaan telah dipersetujui. 1937 The US Volleyball Association sebagai badan rasmi di peringkat antarabangsa. Ia diperkenalkan dalam persidangan AAU di Boston. 1947 Menemui The Federation International De Volleyball Ball ( FIVB ) 1948 Permainan bola tampar pertama dilangsungkan. 1949 Kejohanan Dunia berlangsung di Parague Czechoslavakia. 1964 Memperkenalkan permainan bola tampar di sukan Olimpik di Tokyo. 1965 The California Beach Volleyball Association (CBVA) ditubuhkan. 1974 Kejohanan Dunia Mexico disiarkan di Jepun. 1975 Pasukan Kebangsaan Wanita US membuat latihan bergerak di Pasadena Texas. 1979 ke Colorado Springs, Coto De Caza dan Fountion Valley. 1980 ke Calfornia dan San Diego pada tahun 1985. 1977 Pasukan Kebangsaan Lelaki bermula di Dayton kemudian di San Diego pada tahun 1981. 1983 The Association of Volleyball Profesionals (AVP) telah ditubuhkan. 1984 Pasukan US memenangi medal pertama di kejohanan Olimpik di Los Angeles. Pasukan lelaki – Emas dan pasukan wanita – Perak. 5
  • 6. 1986 The Women’s Profesional Volleyball Association (WPVA) 1987 FIVB menambah Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai. 1988 Pasukan Kebangsaan Lelaki US mengulangi kejayaan emas di Olimpik Korea. 1989 Program Bantuan Sukan Diadakan oleh FIVB. 1990 Menganjurkan Liga Dunia 1992 4 pemain Pro Beach League bermula di USA. 1994 Volleyball World Wide ditubuhkan. 1995 Permainan bola tampar 100 tahun. 1996 Bola Tampar Pantai, 2 pemain disenaraikan dalam Olimpik. SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA Permainan bola tampar diperkenalkan di Pulau Pinang dan Selangor dalam masa yang lebih kurang sama, iaitu pada suku pertama abad ke-20. Di Pulau Pinang, permainan ini diperkembangkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang dari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Pasukan Mekanik Pulau Pinang merupakan 6
  • 7. pasukan bola tampar yang pertama di Pulau Pinang, ditubuhkan di sekitar 1926/27. Dalam tahun 1927, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor dimulakan. Pertandingan ini melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan Kuala Lumpur. Permainan ini bekembang dengan tertubuhnya Y.M.C.A. Tetapi pada masa- masa berikutnya, perkembangan sukan bola tampar di Selangor tidak begitu jelas, dan tidak banyak aktiviti yang dijalankan. Dalam tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang ditubuhkan. Beberapa kejohanan kemudiannya telah dianjurkan dan sukan bola tampar menjadi popular seperti badminton dan bola keranjang khususnya di negeri ini. Dalam tahun 1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orang- orang Cina Malaya telah menyertai Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruh Cina di Shanghai. Peryertaan pasukan ini telah mendorong Persaturn Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang untuk memperluaskan pekembangan sukan ini terutama di kalangan masyarakat Cina. Seterusnya ia telah membawa kepada penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Cina Malaya pada tahun 1935. Persatuan ini telah mengadakan pertandingan antara negeri- negeri dalam usaha untuk memperkembangkan sukan bola tampar. Pada bulan April 1937, Kejohanan ini melibatkan behagian lelaki dan wanita. Singapura telah muncul sebagai johan, sementara naib johan ialah Pulau Pinang. Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, tetapi ia dihidupkan kembali selepas perang. Walau bagaimanapun selepas kejohanan 7
  • 8. antara negeri pada tahun 1951, kegiatan sukan ini terhenti sekali lagi tanpa sebarang pertandingan. Pada tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat terhadap sukan ini dikaji oleh para perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam satu mesyuarat di Pulau Pinang. Hasil pertemuan itu, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya ditubuhkan. Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan bola tampar kebangsaan (antara negeri) yang pertama pada tahun 1960. Pada tahun 1962, persatuan ini telah bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Dunia dan berikutnya telah menjadi ahli penuh dlam Majlis Olimpik Malaya. Pada tahun 1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kedua di Bentong dan bahagian wanita turut dipertandingkan. Pada tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan peringkat antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Keempat di Jakarta. Pada tahun 1965, Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur apabila sukan ini diperkenalkan. PENGENALAN Bola tampar merupakan sukan yang dimainkan di kebanyakan negara di dunia. “Tinjauan tahun 1970 bagi pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, telah melaporkan bahawa bola tampar dan bola keranjang mempunyai jumlah pemain berdaftar yang sama banyak, dengan bilangan lebih kurang 65 juta pemain untuk setiap jenis sukan itu” (Buku Panduan Jurulatih Antarabangsa, 8
  • 9. hal.12). Populariti permainan ini meningkat apabila Jepun menyertakan bola tampar sebagai sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1964. Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara asal yang mencipta permainan bola tampar, tetapi hanya pada pertengahan tahun 1980-an barulah negara ini menyediakan kepimpinan dan perkembangan yang pesat untuk permainan ini. Pada tahun 1984, pasukan lelaki dan wanita Amerika Syarikat buat kali pertamanya memenangi pingat bola tampar Sukan Olimpik. Pasukan lelaki menewaskan pasukan Brazil untuk merangkul pingat emas, dan pasukan wanita tewas kepada pasukan China dengan memperolehi pingat perak. Kemenangan ini telah membuka minat kepada golongan rakyat Amerika Syarikat. Ciri-ciri permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diri tanpa mengira tahap kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahan atau dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Permainan ini tetap pantas, bertenaga, menyeronokkan dan mencabar. Bola tampar boleh dianggap sebagai sukan sepanjang hayat dan ia boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan kemahiran. Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi di kalangan liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat, dan program intramural sekolah. Dalam kejohanan Bola Tampar Amerika Syarikat setiap tahun sebagai tambahan kepada kejohanan terbuka,pemenangnya diiktiraf dalam senarai senior (perempuan melebihi 30 tahun, lelaki 35 tahun ke atas) dan Golden Masters (lelaki 45 tahun ke atas). Kedua-dua kumpulan yang ditubuhkan ini 9
  • 10. memberi peluang kepada pemain untuk terus bergiat dalam permainan bola tampar pada peringkat pertandingan yang tertinggi walaupun umur telah meningkat. Selain peringkat pertandingan, bola tampar juga sangat popular dimainkan di perhimpunan sosial kerana permainan ini boleh di sesuaikan kemahirannya dan mempunyai peraturan-peraturan yang boleh dipermudahkan dan membolehkan permainan ini dapat di nikmati oleh kesemua orang. Bola tampar dimainkan di beberapa negara asing pada tahap profesional dan mendapat ganjaran kewangan yang banyak. Walau bagaimanapun di Amerika Syarikat, liga profesional yang pertama mengalami masalah kewangan dan akhirnya dibubarkan pada tahun 1982. Suatu aspek yang menarik dalam liga ini ialah pasukan campurannya. Walaupun lelaki dan wanita mempunyai peranan yang berlainan dalam pasukan (wanita bermain sebagai benteng pertahanan dan lelaki sebagai penyerang), kejayaan tercapai hasil daripada kerjasama semua anggota pasukan. Pada tahun 1987, sebuah liga wanita ditubuhkan tetapi tidak diiktiraf sebagai liga profesional. Buat masa ini, pendapatan daripada segi kewangan untuk sukan ini bergantung kepada minat daripada peminat-peminat bola tampar. Dengan bertambahnya jumlah peminat di seluruh negara dari setahun kesetahun harapan masa depan permainan ini masih cerah. Daripada dorongan kejayaan pasukan bola tampar Sukan Olimpik 1984, permainan bola tampar terus berkembang di Amerika Syarikat pada semua peringkat. Kejayaan kewangan bergantung kepada imej permainan ini dan 10
  • 11. sokongan peminat. Ini akan menjadi kenyataan apabila mendapat galakan dan bantuan daripada pihak media sama ada media cetak atau media elektronik. Di bawah sistem kiraan mata yang sedia ada, jangka masa sesuatu perlawanan bola berlangsung antara 1 hingga lebih dari 3 jam. Bergantung kepada tahap kemahiran kedua-dua pasukan yang bertanding. Masa yang panjang ini menyukarkan pihak media terutamanya pihak televisyen. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk membuatkan permainan ini boleh dijangka daripada segi masa permainan dijalankan. Oleh sebab kesulitan ini, kerap kali permainan ini tidak dapat ditayangkan pada keseluruhan masa pertandingan. Perubahan daripada segi kiraan mata dan / atau masa permainan boleh membuatkan bola tampar lebih menarik untuk liputan media. Terdapat tiga pertubuhan yang menentukan peraturan-peraturan pertandingan bola tampar di Amerika Syarikat. Kejohanan terbuka lelaki dan wanita, dan pertandingan kolej lelaki menggunakan peraturan-peraturan Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA). Untuk kejohanan peringkat kolej wanita dan sekolah peraturan-peraturan dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Sukan Wanita dan Perempuan (NAGWS). Majoriti daripada Sekolah Tinggi Perempuan dan semua Sekolah Tinggi Lelaki ditentukan oleh Persekutuan Kebangsaan Sekola-sekolah Tinggi Negeri (NFSHSA). USVBA mengawal semua kejohanan terbuka di Amerika Syarikat. Negara ini dibahagikan kepada bahagian, dengan setiap bahagian dipertanggungjawabkan untuk menjadualkan kalender pertandingan masing- masing untuk ahli-ahlinya. 11
  • 12. Pertandingan peringkat kolej untuk lelaki dan wanita dikawal oleh Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCCA), Persatuan Kebangsaan Olahraga Antara Kolej (NAIA), atau Persatuan Olahraga Kolej Remaja Kebangsaan (NJCAA). Pertubuhan-pertubuhan ini mengawasi dan mengelolakan permainan bermusim dan mentadbir kedua-dua kejohanan kebangsaan. BAHAGIAN 2 GELANGGANG BOLA TAMPAR Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meter panjang dan luasnya 9 meter 18m x 9m. Ia juga di kelilingi oleh ruang berukuran sekurang-kurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang di atas gelanggang bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang- kurangnya 7m atas permukaan gelanggang bola tampar. 12
  • 13. Permukaan Gelanggang Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilah tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain di atas kawasan permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harus digunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. Untuk gelanggang dalam dewan, permukaan permainan mestilah berwarna cerah.manakala Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warna putih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza di antara satu sama lain,diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon bebas. Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5 mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal adalah dilarang. Garisan Gelanggang Semua garisan adalah 5cm lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lain warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Garisan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:  Garisan-garisan Sempadan 13
  • 14.  Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang permainan.  Garisan Tengah  Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi.  Garisan Serang  Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana dilukis 3m dari paksi garisan tengah, menandakan zon depan.  Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIV, garisan serang dipanjangkan dengan tambahan garisan putus-putus dari garisan tepi,berukuran 15 cm lebar, dilukis 20 cm di antara satu sama lain sepanjang 1.75 m. 2. ZON DAN KAWASAN PERMAINAN a) Zon Depan 14
  • 15. Pada setiap gelanggang, zon depannya dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serang.zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga hujung zon bebas. b) Zon Servis  Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m di belakang setiap garisan hujung. Ia dihadkan oleh dua garisan pendek setiap satu 15 cm panjang dan di lukis 20 cm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis. c) Zon Penggantian  Zon penggantian dihadkan oleh jujuran kedua- dua garisan serang hingga ke meja pencatat skor. d) Kawasan Memanaaskan Badan  Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, kawasan memanaskan badan berukuran lebih kurang 3m x 3m, yang diletakkan pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas. e) Kawasan Penalti 15
  • 16. Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siap dengan dua buah kerusi, terletak dalam kawasan kawalan, di luar garis unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merah berukuran 5 cm. 9m Zon servis Garisan belakang 16
  • 17. Garisan serangan 3m 18 m Garisan tengah Tinggi jaring 2.43 m 3m Gari san tepi Penjaga garisan Zon servis Zon bebas berukuran 3 m lebar Penjaga garisan BAHAGIAN 3 PERALATAN-PERALATAN BAGI PERMAINAN BOLA TAMPAR Peralatan Pemain Peralatan pemain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Jersi dan seluar pendek mestilah seragam, bersih dan sama warna. Kasut mestilah ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit. 17
  • 18. Jersi pemain-pemain mestilah benombor 1 hingga 18. nombor-nombor tersebut mestilah dilatakkan di tengah-tengah bahagian hadapan dan belakang jersi. Warna nombor mestilah berbeza daripada warna jersi. JARING DAN TIANG Ketinggian Jaring Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian atasnya dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untuk wanita. Tingginya diukur dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (pada kedua-dua garisan tepi) mestilah sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran rasminya. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah :  Lelaki B-18 : 2.35 m  Lelaki B-15 : 2.25 m  Perempuan B-18 : 2.20 m  Perempuan B-15 : 2.15 m  L & P B-12 : 2.00 m Penanda Tepi Dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring dan diletak tegak atas setiap garis tepi. Ukurannya adalah 5 cm lebar dan 1 m panjang (5cm x 1cm) adalah sebahagian daripada jaring. Antena 18
  • 19. Antena ialah satu ‘rod’ berukuran 1.8 m panjang dan berdiameter 10 mm, diperbuat daripada fibreglass atau bahan yang serupanya. Antena diikat pada pinggir luar setiap penanda tepi. Antena itu terletak pada sebelah jaring yang bertentangan. 80 cm bahagian atas antena menjangkaui di atas jaring dan ditandakan dengan jalur berukuran 10 cm yang berlainan warna; merah dan putih digalakkan untuk jalur-jalur itu. Kedua-dua antena adalah sebahagian daripada jaring dan menghadkan ruang lintasan atas jaring. Tiang Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50-1.00m di luar garisan tepi. Ia berukuran 2.55 m tinggi dan jenis mudah alih sekiranya boleh. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 1 m di luar garisan tepi kecuali dipersetujui oleh FIVB. Tiang itu adalah membulat dan licin, dipasang ke atas lantai tanpa sebarang kabel. Tidak seharusnya mempunyai sebarang penghalang yang merbahaya. BOLA Taraf Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulit sintetik yang fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getah atau bahan yang sama. Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi 19
  • 20. warna-warni. Lilitannya adalah 65-67 cm dan jisimnya 260-280 g. tekanan udara ialah 0.30-0.325 kg/cm2 . Keseragaman Bola Semua bola yang digunakan dalam satu-satu perlawanan mesti mempunyai taraf yang sama dari segi lilitan, berat, tekanan udara,dan jenis warna. Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mesti menggunakan bola kelulusan FIVB kecuali dengan persetujuan FIVB. BAHAGIAN 4 BAGAIMANA BERMAIN BOLA TAMPAR 20
  • 21. Peraturan-Peraturan Asas Setiap permainan mempunyai undang-undang atau peraturan tertentu. Peraturan –peraturan asas ini adalah suatu panduan kepada pemain, jurulatih eserta peminat sukan bola tampar ini. Pengetahuan ini penting demi memberi gambaran yang lebih mendalam tentang permainan bola tampar supaya pemain dapat menghargai dan menikmati keseronokan permainan tersebut. Peraturan yang direkabentuk bagi sesuatu sukan dan permainan tiada ada tujuan lain selain daripada mewujudkan keadilan dan kepuasan pihak yang terlibat. Dengan itu juga untuk menetapkan sama ada menang, berjaya, kalah, atau gagal. Di dalam permainan bola tampar juga terdapat undang-undang tertentu yang wajar diikuti oleh sesiapa yang menjadi pemainnya. *Bola tampar mempunyai undang-undang dan peraturan-peraturan khas yang diperakui oleh FIVB 21
  • 22. Dalam permainan bola tampar selain daripada peraturan umum, syarat- syarat dan peraturan yang menjadi kelazimannya ialah peralatan yang digunakan seperti gelanggang, jaring, tiang, antena, bola, pakaian seperti jersi dan kasut. Di samping itu, terdapat alatan lain yang turut memenuhi kelengkapan permainan ini iaitu bendera dan wisel bagi pengadil, pencatat skor dan penjaga garisan. Bendera yang biasanya digunakan hanyalah dua sahaja iaitu bendera merah dan putih. Bendera adalah untuk menandakan isyarat bola keluar dari garisan permainan. Manakal bendera putih pula sebagai isyarat bola masuk ke dalam gelanggang. Kedua-dua bendera tersebut akan dipegang bersama oleh 4 orang penjaga garisan. Wisel pula digunakan untuk pengadil pertama dan kedua. Ia bertujuan meneruskan atau menghentikan permainan. Jenis bunyi yang ditiup adalahn berbeza. Misalnya, bagi kebenaran pasukan membuat servis, bunyinya seakan panjang sedikit manakala jika bola itu terkeluar atau mati , bunyi yang ditiup adalah pendek sambil pengadil memberikan arahan atau isyarat dengan tangan sama servis bertukar tangan atau memberi mata kepada pasukan lawan. Bagi pengadil kedua pula wisel digunakan sama seperti pengadil pertama namun sekadar digunakan jika terdapat kesilapan kecil dalam permainan seperti kesalahan rotation pemain, time out, pertukaran pemain dan sebagainya. 22
  • 23. Merujuk kembali kepada undang-undang permaina bola tampar, terdapat beberapa peraturan khas yang digunapakai sehingga kini dan ditetapkan oleh FIVB. Antaranya ialah seperti susunan giliran atau rotation order, bola dalam dan keluar, kesalahan aksi pemain, bermainkan bola, sentuhan serentak, kesalahan pemain di jaring, servis pertama bagi set pertama, kesalahan servis, kesalahan pukulan serangan, kesalahan mengadang, gangguan biasa , dan jarak waktu di antara satu-satu set, dan juga sistem pemarkahan. 1. Susunan giliran ( rotation order ) Ini merupakan keunikan permainan bola tampar kerana kedudukan 6 orang pemain yang berbeza dan bentuk giliran yang diamalkan. Kedudukan 6 pemain dalam satu pasukan adalah seperti berikut; JARING pemain depan 4 3 2 5 6 1 pemain belakang zon servis 23
  • 24. Susunan giliran setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan berbaris haruslah kekal di sepanjang set permainan. Tiga pemain iaitu pemain 4 ( posisi kiri ), pemain 3 ( posisi tengah ) dan ,pemain 2 ( posisi kan ) berada di sepanjang jaring dikenali sebagai pemain depan. Manakala tiga pemain lain iaitu pemain 5 ( posisi kiri), pemain 6 ( posisi tengah ), dan pemain 1( posisi kanan ) merupakan pemain belakang. Sebaik sahaj servis dilakukan, pemain dibenarkan bergerak bebas di kawasan gelanggang sendiri dan zon bebas. Apabila pasukan menerima servis mendapat hak untuk membuat servis, pemain-pemain akan berputar satu posisi mengikut arah jam. Contohnya; Pemain 4 Pemain 3 Pemain 2 Pemain 5 Pemain 6 Pemain 1 Pemain 2 akan bergerak ke posisi pemain 3, manakala pemain 3 akan bergerak ke posisi pemain 4. begitulah seterusnya. Pemain 6 akan ke posisi 1 akan menjadi pemain yang akan membuat servis. Jikalau berlaku sesuatu kesalahan pada posisi atau giliran, kesalahan itu akan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan dibetulkan. 24
  • 25. Kelazimannya kesalahan gikiran tersebut akan mudah dikesan oleh pengadil kedua dan pencatat skor. Ini kerana di awal sebelum permainan bermula, pengadil dan pencatat skor telah dimaklumlam senarai kedudukan pemain melalui borang rotation slip yang telah disi dan ditandatanganii oleh pengurus dan ketua pasukan. 2. Bola dalam ( ball in ) Bola adalah dalam apabila ia menyentuh lantai gelangang bermain, termasuk garisan sempadannya. 3. Bola Keluar ( Ball out ) Bola adalah keluar apabila; 1. Sebahagian bola yangmenyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan gelanggang. 2. Ia menyentuh sesuatu bahan atau objek , di luar gelanggang, siling, atau orang diluar gelanggang. 3. Ia menyentuh antenna, tali, tiang atau bahagian jarring yang berada di luar antenna atau penjuru tepi. 4. Ia berjaya melintasi satah tegak jaring ( vertical plane of the net ) dengan keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang gelanggang. 25
  • 26. 4. Kesalahan Aksi Bermain Sebarang aksi bermain yang melangari peraturan permainan bola tampar adalah kesalahan bermain dan ini akan membawa kepada suatu kekalahan dalm rali. 5. Bermainkan Bola ( Playing the ball ) Setiap pasukan berhak melakukan tiga pukulan maksimum untuk mengembalikan bola melintasi jaring. Pukulan-pukulan pasukan termasuk pukulan sengaja oleh pemain dan sentuhan bola secara tidak sengaja. Seorang pemain dilarang memukul bola dua kali berturut-turut, kecuali semaa menghadang ( blocking ). Sentuhan menghadang tidak diambilkira sebagai satu pukulan pasukan. Selepas sesuatu sentuhan hadangan, pasukan itu berhak melakukan tiga pukulan untuk mengembalikan bola kepada pihak lawan sebagai serangan balas. 6. Sentuhan Serentak Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola serentak. Apabila dua pemain dari pasukan yang sama menyentuh bola serentak, ia akan diambilkira sebagai dua satu pukulan kecuali menghadang. Namun jika pukulan serentak dua atau tiga pemain tadi, hanya seorang pemain yang menyentuhnya, maka ia dikira satu sentuhan atau pukulan sahaja. Untuk sentuhan serentak olek kedua-dua pasukan di atas jaring dan bola masih kekal dalam gelanggang bermain, pasukan yang menerima bola 26
  • 27. berhak membuat tiga pukulan lagi. Manakala jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pasukan dan mengakibatkan bola pegang ( held ball ), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan rali itu dimainka semula. 7. Kesalahan Semasa Bermain Bola Pemain dilarang sama sekali memainkan bola seperti berikut ; a. Empat sentuhan Sesuatu pasukan memukul bola empat kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan. b. Pukulan larang ( irregular hit ) Bola menyentuh bahagian di bawah lutut pemain. c. Pukulan terbantu ( assited ball ) Pemain yang menerima bantuan daripada rakan pasukan atau sebarang objek agar dapat mencapai bola dalam kawasan bermain. d. Bola pegang ( Held Ball ) Pemain tidak memukul bola dengan betul iaitu bola dipegang, diangkat, dibawa atau dilontar. e. Dua sentuhan ( double contact ) Pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola menyentuh beberapa bahagian badannya secara berturutan. 27
  • 28. 8. Kesalahan Bermain di Jaring Pemain dilarang bermain di jaring seperti situasi berikut; a. Pemain menyentuh bola atau pihak lawan dalam ruang lawan sebelum atau semasa pukulan serangan pihak lawannya. b. Pemain masuk ke ruang lawan di bawah jaring dan mengganggu pihak lawan. c.Pemain masuk gelanggang lawan. d. Pemain menyentuh jaring. 9. Servis pertama bagi sesuatu set Servis pertama untuk set satu dan lima dilakukan oleh pasukan yang ditentukan oleh lambungan duit ( toss coin ). Set-set lain akan dimulakan dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan servis dahulu dalam set yang sebelumnya. Semasa lambungan duit tersebut , pasukan yang menang akan membuat keputusan untuk sama ada memilih servis, receiving, atau gelanggang. Melakukan sevis 1. Peservis diberikan masa selam 5 saat untuk membuat servis selepas wisel dibunyikan oleh pengadil pertama. 2. Servis tanpa kebenaran wisel pengadil akan dibatalkan dan diulangi semula. 28
  • 29. 3. Bola akan dipukul dengan sebelah tangan atau sebarang bahagian lengan selepas bola dilambungkan atau dilepaskan (release) dan sebelum bola itu menyentuh permukaan bermain. 4. Semasa pukulan servis atu melonjak bagi servis melompat, peservis dilarang menyentuh gelangang ( termasuk garisan belakang ) atau lantai di luar zon servis. Selepas pukulannya, dia boleh memijak atau mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang. Kesalahan servis Kesalahan berikut akan mengakibatkan satu pertukaran servis walau pihak lawannya berada dalam posisi yang salah. Peservis ; 1. Melangar susunan servis 2. Tidak melakukan servis dengan betul 3. Melanggar peraturan percubaan membuat servis. 10. Kesalahan Pukulan Serang Beberapa kesalahan pukulan serangan ( attack-hit fault ) seperti; 1. Pemain memukul bola dari ruang dalam bermain pihak lawan. 2. Pemain memukul bola keluar. 3. Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa pukulan dibuat. 29
  • 30. 4. Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras jaring. 11. Kesalahan Menghadang Berikut adalah contoh kesalahan semasa membuat hadangan. 1. Penghadang menyentuh bola dalam ruang lawan sama ada sebelum atau serentak dengan pukulan serangan lawan. 2. Bola menyentuh penghadang pada bawah lututnya, 3. Menghadang bola dalam ruang lawan dari luar antenna. 4. Menghadang bola servis pihak lawan. 5. Bola dihantar keluar melalui hadangan. 12. Gangguan biasa dalam permainan Gangguan atau tergendalaan yang lazim berlaku dalam permainan merujuk kepada ; 1. Masa hentian ( time out ) 2. Penggantian pemain ( palyer subsitutions ). 3. Tempoh masa hentian ialah selama 30 saat. 4. Setiap pasukan berhak meminta masa hentian sebanyak 2 kali untuk setiap set. 5. Pemain hendaklah berada di zon bebas semasa masa hentian . 6. Setiap pertukaran pemain terhad hanya sebanyak 6 kali pertukaran sahaja. 30
  • 31. 7. Pemain yang keluar masuk hendaklah berdiri di garisan dan zon pertukaran berasama pengadil kedua. 8. Penggantian yang dilengah-lengahkan akan diberi amaran oleh pengadil. 13. Jarak waktu ( intervals ) Semua jarak waktu antara set termasuk set keempat dan kelima adalah selama 3 minit. Dalam tempoh itu , pertukaran gelanggang dan pendaftaran berbaris pasukan-pasukan di borang skor dilakukan. STRATEGI ASAS Dalam apa jua permainan sekali pun, strategi adalah kunci utama bagi menghadapi segala bentuk persaingan yang bakal tiba. Aspek strategi amat penting bagi seseorang jurulatih mahu pun pemain yang akan beraksi di dalam padang, gelanggang, dan gymnasium. Malahan di dalam rutin kehidupan sekalipun , strategi adalah isyarat pertama untuk melakukan sesuatu sama ada menghadapi peringkat permulaan atau pun semasa sesuatu perlakuan. Permaianan bola tampar turut tidak terkecuali dari aspek strategi ini. Strategi merupakan simbol dan kunci bagi teknik dan taktik di dalam sesuatu permainan atau pertandingan. Tanpa strategi kemungkinan besar kejayaan tidak menjelma. Di dalam permainan bola tampar, terdapat pelbagai strategi yang boleh dipelajari dan diaplikasikan oleh pemain. Peranan jurulatih amat penting bagi 31
  • 32. mempraktikkan seberapa banyak strategi untuk para pemain. Di antara strategi yang lazimnya dipraktikkan di dalan sukan bola tampar adalah meliputi ; i. formasi pasukan dan serangan ii. pemain iii. pengaplikasian kemahiran yang efektif dan iv. Penggunaan penggantian ( substitution ) dengan efektif. Formasi dan strategi pasukan Formasi pasukan terbahagi kepada dua iaitu kedudukan pemain. Satu pasukan bola tempar mempunyai enam (6) orang pemain . Tiga (3) pemain adalah dibarisan depan manakala tiga (3) pemain lagi di bahagian belakang. Gelannggang bola tampar dibahagikan kepada enam (6) kawasan atau zon bermain. Keenam-enam pemain akan bergerak mengikut putaran jam secara bergilir-gilir selepas memperolehi atau memenangi servis. Pemain di depan dikenali sebagai pemain fawad manakala pemain belakang adalah pemain bek. Posisi dan pergerakan setiap 6 pemain boleh berubah semasa menerima bola asalkan urutan putaran dikekalkan. 32
  • 33. Strategi merupakan sistem yang diaplikasikan oleh setiap pasukan semasa beraksi. Pemilihan sistem atau strategi adalah bersandarkan kepada kemampuan pemain dan pihak lawan. Dua system yang popular dipraktikkan ialah seperti ; 1. Sistem 4-2 ( empat perejam dan dua pengumpan ) 2. Sistem 5-1 ( lima perejam dan seorang pengumpan ) Sistem 4-2 (empat perejam dan dua pengumpan) Sistem ini sering menjadi piulihan utama sesebuah pasukan dan dikenali sebagai ‘ serangan mudah’ kerana pengumpan adalah salah seorang daripada barisan hadapan. Hanya pemain barisan hadapan boleh merejam daripda garisan serangan (attack line). Maka, jika salah seorang pemain bertindak sebagai pengumpan, pasukan terhad kepada dua penyerang hadapan. Kebanyakan pasukan tidak mempunyai perejam mahir lebih daripada empat orang. Dengan itu pasukan yang nenpunyai serangan 4-2 adalah lebih daripada mencukupi. Pemain Setiap posisi dan pemain mempunyai tugas dan peranan tertentu. Penguasaan kesemua jenis kemahiran amat perlu bagi setiap pemain. Di dalam permainan bola tampar kemahiran merejam dan dan mengumpan merupakan elemen terpenting. Ini adalah kerana permainan bola tampar adalah suatu permainan ‘ 33
  • 34. kuasa dan ketepatan ‘ ( a geme of power and precision ) iaitu kuasa perejam dan ketepatan pengumpan. Pemain pengumpan adalah pemain utama ( brains behind the attack ) berperanan sebagai ; 1. Memiliki kecergasan fizikal yang amat tinggi termasuk kepantasan, koordinasi, kefleksibelan, reaksi segera, dan daya tahan kardivoskular. 2. Memiliki sifat tahan lasak menatal, waspada, dan ketenangan semasa membuat strategi, analisa ,keputusan, dorongan kepada pemain pasukan. 3. Memiliki kemahiran teknikal secara kenalurian ( instinctively ), taktik, mengawal rentak dan ritma permainan. Pemain perejam pula berfungsi sebagai pemain terpantas dan bintang pasukan. Beliau harus memiliki sifat-sifat seperti kekuatan, kefleksibelan, dan kuasa. Disamping itu juga, perejam wajar mempunyai kelebihan dari aspek fizikal iaitu kuat, tinggi dan tangkas. Dari aspek fisilogi pula, beliau pemain yang cergas untuk melakukan ketinggian lompatan, kuasa rejaman berulang kali, dan mengatur masa. Aspek mental pula , beliau adalah pemain yang waspada dan memahami komunikasi dengan pemain pengumpan sebelum membuat rejaman dan lompatan sama ada rejaman pantas, rejaman tinggi , atau dink disamping membaca permainan pihak pasukan lawan. Sementara dari aspek teknik dan taktik pula, pemain perejam haruslah boleh mempraktikkan kemahiran menyerang dengan efektif 34
  • 35. Sistem 5-1 ( lima perejam dan seorang pengumpan ) Serangan 5-1 ini adalah sistem serangan yang lazim dipraktikkan pada peringkat antarabangsa. Serangan ini hanya mengunakan seorang pengumpan. Ini bermakna semasa tiga pusingan pengumpan berada di baris hadapan dan untuk tiga pusingan seterusnya pengunpan datang dari belakang.Lima pemian yang lain adalah penyerang dengan pemain yang berlawanan pengumpan dikenali sebagai penyerang ofsaid. Adalah lebih menguntungkan jika penyerang ofsaid merupakan pemain kidal kerana pemain tersebut boleh memukul dari kedudukan fawad kenan, iaitu bahagian serangan pemain kidal yang kuat. Sebaiknya juga pengumpan merupakan pemain kidal kerana ia lebih mudah bagi pengumpan untuk merejam terus. Serangan ini adalah yang terbaik bagi pasukan yang mempunyai seorang pengumpan sahaja. In kerana semua perejam hanya merejam umpanan dari seorang pengumpan sahaja. Komunikasi dan pergerakan yang difahami akan membantu pengumpan dan perejam kerana tidak ada pengumpan lain semasa beraksi kecuali seorang sahaja. Pengumpan boleh menyerang apabila berada di barisan hadapan. Pengumpan yang baik adalah merupakan pemain penghadang terbaik yang bersaiz tinggi. Dalam formasi serangan 5-1 ini, pasukan juga boleh melakukan pelbagai bentuk penerimaan servis dan cuba menyorokkan pengumpan semasa di barisan belakang atau hadapan. Namun pengumpan seharusnya bijak menggunakan peluang dalam formasi 5-1 ini walaupun perejam merejam bola pada keadaan sentuhan kedua . Sistem 5-1 ini merupakan gabungan pergerakan 35
  • 36. serangan 4-2 dan 6-2. Pasukan yang mahir dengan system 4-2 dan 6-2 akan mudah menguasainya. PRINSIP-PRINSIP AM UNTUK SERANGAN Beberapa prinsip asas untuk strategi menyerang iaitu; 1. Semua pemain haruslah berkomunikasi untuk mengetahui pergerakan rakan. 2. Permainan dan semangat berpasukan dipupuk melalui pengetahuan tentang kelemahan dan kekuatan pihak pasukan lawan 3. Elakkan strategi yang rumit kerana akan membawa risiko kesilapan. Mesti ada pilihan-pilihan dalam serangan 4. Pengumpan mengawal semua penyerang. 5. Semua pemain sergas, mahir, konsisten , dan tahan lasak sepanjang permainan. 6. Pembentukan satu sistem mesti sesuai untuk pemain. Prinsip-prinsip pertahanan Suatu system pertahanan yang sistematik dan berkelola adalah penting dalam semua perlawanan. Pertahanan dibina pada prinsip tertentu. Prinsip pertahanan yang terpenting dikenali sebagai prinsip akal. Prinsip ini meletakkan semua pemain di posisi dimana pihak lawan mungkin akan menyerang. Selain itu, terdapat lima prinsip asas yang boleh dijadikan garis panduan dan digunapakai oleh sesuatu pasukan dan pemain iaitu; 36
  • 37. 1. Posisi di gelangang ditetapkan untuk setiapa penahan. Ia merujuk kepada setiap pemain tahu dan faham kedudukannya di dalam gelanggang semasa di serang pihak lawan. 2. Penahan harus menjangka dan betindak pantas semasa rejaman. 3. Pemilihan pemain dan bilangan penghadang yang sesuai diutamakan 4. Pegelolaan, pertahanan dan latihan tubi dipraktikkan agar salah faham dan pelanggaran pemain di minimumkan. 5. Gerakan pertahanan pantas dan terus–menerus. 37
  • 38. BAHAGIAN 5 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR Pergerakan dan Postur Pergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus sentiasa bergerak mengikut situasi semasa permainan; bergerak untuk memainkan bola, bergerak untuk melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaan untuk fasa permainan yang seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditentukan oleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan yang tinggi dan berbagai-bagai. Terdapat tiga jenis pergerakan asas seperti berikut: 1. Pergerakan kaki kehadapan (forwardfootwork). 2. Pergerakan kaki sisi (side footwork). 3. Pergerakan kaki ke belakang (backward footwork). Pergerakan seseorang pemain ditentukan oleh jarak dan masa. Langkah sisi digunakan untuk jarak dekat dan dalam situasi yang mempunyai masa yang mencukupi; langkah silang digunakan untuk jarak lebih jauh dan dengan masa yang lebih singkat, manakala langkah berlari digunakan untuk jarak yang jauh dan masa yang singkat. Dalam semua pergerakan, mata mestilah ditumpukan pada bola. (Lihat rajah dibawah) 38
  • 39. Kedudukan Sedia Sebelum Bergerak 1. Kedua-dua kaki pada kedudukan yang direnggangkan lebih luas dari bidang bahu dengan satu kaki ke hadapan. 2. Berat badan hendaklah pada bebola tapak kaki dengan lutut ke arah dalam. 3. Sentiasa bengkokkan lutut. 4. Belakang badan hendaklah lurus selesa. 5. Tangan bebas di atas aras lutut. 6. Tapak kaki sentiasa bergerak sebelum bergerak. Langkah ke hadapan Langkah ke hadapan Langkah sisi tidak bersilang Langkah sisi Pergerakan kaki bersilang 39
  • 40. Latihan Untuk Pergerakan 1. Pemain berlari ke hadapan dari A ke B, melangkah sisi tidak bersilang dari B ke C dan melangkah ke belakang dari C ke D. Ulang latihan untuk beberapa kali. B C A D X Mula Tamat 2. Ulang latihan 1 dengan melangkah sisi bersilang dari B ke C. 3. Pemain berlari dari A ke B, kemudian berlari ke hadapan berpusing, ‘pivot’ pada tapak kanan dan terus berlari arah silang ke belakang ke C. Dari sini pemain berlari ke hadapan (D), dan berpusing pivot pada tapak, terus berlari sehingga ke garis belakang (A). Peringatan: Dalam latihan pergerakan bola tampar, setiap pemain mesti berada dalam kedudukan rendah atau sedikit membengkokkan lutut untuk melakukan sebarang pergerakan dengan cepat. Mata pemain hendaklah diitumpukan pada aras atas jaring semasa bergerak. 40
  • 41. Pola pergerakan dan postur badan Salah satu asas kejayaan dalam sukan ialah untuk mengetahui dan memahami pola pergerakan di dalam aktiviti berkenaan. Pergerakan dan kemahiran dalam bola tampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Postur tinggi digunakan semasa melompat untuk merejam bola, mengadang bola pukulan atau hantaran lawan dan membuat hantaran atas. Postur sederhana adalah untuk membuat servis, hantaran atas dan bawah. Postur rendah digunakan semasa membuat diving dan guling di gelanggang. Melakukan suatu kemahiran dengan postur yang salah akan menyebabkan ketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalam kes-kes tertentu ia menyebabkan kecederaan. Pemain seharusnya berlatih pola pergerakan sehingga akhirnya ia menjadi reaksi automatik. Di samping itu, pemain-pemain harus menguasai pola-pola pergerakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam bola tampar. Dalam melakukan pergerakan, perkara-perkara berikut harus dititikberatkan. 1. Semasa melakukan sesuatu kemahiran, pemain mesti mempunyai postur yang betul iaitu sama ada postur tinggi, sederhana ataupun rendah. 2. Pemain harus bergerak ke tempat perlakuan, iaitu dengan pergerakan langkah silang, langkah sisi atau langkah ke hadapan atau berlari. 3. Pemain mesti tiba di tempat perlakuan dengan cepat untuk menyediakan postur sebelum melakukan sesuatu kemahiran. 41
  • 42. 4. Selepas perlakuan kemahiran, pemain seharusnya kembali pada kedudukan bersedia. Postur badan Tinggi Sederhana Rendah Pola pergerakan badan SERVIS Servis merupakan suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Ia juga merupakan salah satu kemahiran terpenting untuk dikuasi oleh semua pemain. Servis bukan sahaja sebagai pemula permainan, bahkan boleh dianggap sebagai faktor serangan yang berkuasa jika ia digunakan dengan sebaiknya. Terdapat dua jenis servis yang asas iaitu Servis Bawah Tangan (underhand) dan Servis Atas Kepala (overhead). Kepentingan servis adalah seperti; 42
  • 43. 1. Berdasarkan peraturan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis supaya dapat memperoleh mata. Pasukan yang mempunyai peservis yang mahir akan mempunyai kelebihan untuk mendapat skor yang dan mengekalkan servis. 2. Semasa peservis membuat servis dengan darjah tertentu, dia boleh memaksa lawannya bermain bola mengikut kehendaknya. Setiap servis yang kuat boleh memaksa penerima yang lemah membuat kesilapan seperti terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass) Servis Bawah Tangan Suatu servis yang paling mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten, dan memerlukan sedikit daya upaya fizikal sahaja.Pemain-pemain yang baru diajar membuat servis ini kerana dengan tepatnya mereka boleh menghantar bola ke sasaran yang dikehendaki. Kaedah-kaedah membuat servis ini adalah seperti berikut ; 43
  • 44. Fasa-Fasa Servis Bawah Fasa Persediaan 1. Kedudukan kaki terbuka. 2. Bola pada paras pinggang. 3. Bahu lurus pada jaring. 4. Mata pada bola. 5. Buka tangan pemukul. Fasa Perlaksanaan 1. Lengan dihayun ke belakang. 2. Berat bdan dipindahkan ke belakang. 3. Lengan dihayun ke hadapan. 4. Berat badan dipindah ke hadapan. 5. Tangan yang ‘memegang’ menjatuhkan bola. 6. Guna pangkal tangan yang dibuka. 7. Sentuh bola pada paras pinggang. 8. Sentuh bola di bawah tengah belakang bola. 44
  • 45. Fasa Ikut Lajak Berat badan pada kaki hadapan. Lengan ke arah atas jaring. Bergerak masuk ke dalam gelanggang. Servis Atas Kepala Servis ini mudah dikuasai oleh ramai pemain. Ia lebih kuat (harder) dan berat (heavier) berbanding servis bawah tangan. Kaedah–kaedah membuat servis atas kepala adalah seperti berikut ; Fasa-Fasa Servis Atas Kepala Fasa Persediaan 1. Berdiri menghadap jaring , dengan kaki berjarak seluas bahu. 2. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan. 3. Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand)lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. 4. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand) 45
  • 46. Fasa Perlaksanaan 1. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis 2. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan. Fasa Ikut Lajak 1. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola. 2. Memukul bola dengan tapak tangan dan jejari di keliling bola. 3. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan. 4. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. 5. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan. Servis Gelombang (Floata) Servis ini hampir sama dengan servis permainan tennis. Selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati ( breaks of dies ). Maka, penerima mungkin terganggu sementara imbangannya. Kaedah-kaedah melakukan servis gelombang adalah seperti berikut ; 46
  • 47. Fasa-Fasa Servis Gelombang Fasa Persediaan 1. Kedudukan terbuka. 2. Bahu lurus pada jaring. 3. Mata pada bola. 4. Buka tangan pemukul. Fasa Perlaksanaan 1. Bola dilempar di hadapan bahu pemukul. 2. Bola dilemparkan rapat ke badan. 3. Lengan dihayun ke belakang dnegn siku ditinggikan. 4. Tangan di telinga. 5. Sentuh dengan pangkal tangan terbuka. 6. Sentuh pada keluasan yang penuh. 7. Tindakan menjolok. Fasa Ikut Lajak 47
  • 48. 1. Berat badan pada kaki hadapan. 2. Tiada ikutan lengan. 3. Bergerak ke dalam gelanggang. Butiran-butiran untuk servis 1. Pastikan kaki adalah di belakang garisan belakang. 2. Melepaskan bola daripada tangan sebelem melakukan servis. 3. Kaki berjarak, dengan kaki kiri ke depan(bagi pengguna tangan kanan) dan sebaliknya. 4. Bengkokkan lutut, memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki depan. 5. Pastikan tangan memukul adalah kukuh. 6. Kaki menuju ke sasaran. 7. Pastikan pelepasan bola adalah terkawal dan konsisten. 8. Mengambil masa dan memberi perhatian ke atas servis. 9. Masuk gelanggang secepat mungkin apabila bola telah dimainkan. 48
  • 49. OVERHEAD SERVIS JUMPING SERVIS HANTARAN BAWAH TANGAN (DIG) Ia juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran jenis ini menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Kegunaannya adalah untuk menerima servis, hantaran, dan serangan pihak lawan. Kemahiran ini juga diaplikasikan apabila semasa bola berada terlalu dekat lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan , menyelamatkan hantaran, dan mengawal bola. Fasa-fasa menyangga adalah seperti berikut: Fasa Persediaan 1. Tangan bersedia. 49
  • 50. 2. Kaki bekuda-kuda selebar bahu. 3. Lutut bengkok. 4. Lengan selari dengan paha. 5. Belakang lurus. 6. Mata mengikut bola. Fasa Perlaksanaan 1. Kedua ibu jari selari. 2. Tumit pergelangan tapak tangan dirapatkan. 3. Capai ke arah bola. 4. Jatuhkan bahu rapat ke sasaran. 5. Luruskan badan ke bola. 6. Lakukan pergerakan ‘menjolok’ ke hadapan dan ke atas. 7. Cungkil pergelangan tangan atau bengkokkan siku untuk mendapatkan ketinggian yang baik. 8. Pergerakan pinggul ke hadapan. 9. Lihat bola menyentuh lengan. Fasa Ikut Lajak 1. Pelantar lengan diarahkan ke sasaran 50
  • 51. 2. Lengan tidak tinggi daripada bahu. 3. Pindahkan berat badan ke hadapan. 4. Mata mengikut bola ke sasaran. Butir-butiran menyangga 1. Pastikan ibu-ibu jari sejajar dan tangan memanca jejari. 2. Terkunci siku-siku dengan melurusklan lengan-lengan dan pergelangan tangan. 3. Kaki berjarak dengan sebelah kaki di depan dan bengkokkan lutut untuk menerima hantaran. 4. Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusing badan untuk menghadap sasaran. 5. Menolak ke atas dan terus melalui kaki dengan pergerakan bahu yang minimum. 6. Elakkan daripada mengayun lengan ke bola. 7. Pastikan tapak pemukul ( platform ) adalah stabil. 8. Kendurkan bahagian atas tubuh badan dan hantar bola tinggi. Variasi Menyangga 1. Persediaan kedudukan asas 2. Hantaran bawah tangan arah sisian ( lateral movement ) 51
  • 52. 3. Junam dan tangkap ( dive and catch ) 4. Junam dan luncur ( dive and slide ) 5. Junam dan pusing ( dive and turn ) 6. Berguling HANTARAN DEPAN (FOREARM PASS) Kemahiran asas bola tampar yang perlu dipelajari ialah hantar depan. Kemahiran ini juga dikenali sebagai hantaran bawah atau 'bump'. Biasanya ini adalah kemahiran pertama yang mesti dilaksanakan oleh pasukan anda jika anda belum dipililh untuk memulakan servis. Hantaran ini digunakan untuk menerima servis, menerima rejaman dan memainkan bola pada paras pinggang, ke bawah dan di jaring. Walaupun hantar depan selalu digunakan, adalah lebih baik anda mengawal hantaran dengan mengenakan hantaran atas kepala (dibincangkan dalam Langkah 5). Dengan itu, jika boleh hantaran atas kepala menjadi pilihan utama. Walau bagaimanapun, sebarang bola laju, seperti servis atau rejaman, mestilah selalu diterima dengan 'hantar depan' kerana tangan yang terbuka tidak cukup kuat untuk menerima bola yang dipukul kuat. Hantar depan selalu digunakan untuk menghantar terus kepada rakan pasukan. Ini adalah penting untuk menyerap hentakan bola pukulan kuat serta menghantar bola cara ini boleh membantu rakan sepasukan melaksanakan hantaran atas atau umpanan dalam permainan berikutnya. 52
  • 53. MENGAPA HANTAR DEPAN PENTING? Jika anda ingin pasukan anda berjaya, hantar depan mestilah dilaksanakan sepenuhnya bila menerima bola daripada pihak lawan. Apabila anda melakukan serangan balas, hantar depan yang tepat amat penting. BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTAR DEPAN Unsur-unsur melaksanakan hantar depan yang baik adalah (a) menghampiri bola (b) tetapkan posisi anda (c) membuat sentuhan, dan (d) tumpuan kepada bola ke arah sasaran. Semasa melakukan balingan lengan hadapan; tangan anda mestilah digabungkan bersama; ibu jari mestilah selari. Siku berpusing ke dalam. Dengan itu, bahagian lengan yang lembut - lurus menghadap siling. Lengan anda selari dengan paha, jauhkan darip4ada badan. Anda mesti cuba meletakkan badan anda di belakang bola, serapkan daya, dan hantar bola terus kepada sasaran dengan menggunakan badan, melalui kaki yang diluruskan semasa menyentuh bola. Lihat Rajah untuk kunci kejayaan hantar depan. Sangga mempunyai kaitan kemahiran mudah untuk digunakan apabila anda bergerak ke arah bola terlebih dahulu, iaitu mendapat kedudukan yang sesuai sebelum cuba melaksanakan kemahiran. Kesukaran kemahiran ini ialah apabila anda tidak pernah menggunakan lengan anda dalam sukan-sukan yang lain. Fasa-Fasa Hantar Depan Fasa Persediaan 1. Tangan mesti ditemukan. 53
  • 54. 2. Kedudukan kaki terbuka ke hadapan dan ke belakang. 3. Kaki selebar bahu. 4. Lutut dibengkokkan. 5. Lengan hadapan selari dengan paha. 6. Belakang lurus. 7. Mata pada bola. Fasa Perlaksanaan 1. lbu jari selari. 2. Tumit tapak tangan ditemukan. 3. Terima bola pada tepi kiri badan. 4. Kaki dilunjurkan sedikit. 5. Pergerakan "menjolok" ke hadapan dan ke atas. 6. Platform condong ke arah hadapan. 7. Pinggul ke bawah dan ke hadapan. 8. Perhatikan bola menyentuh tangan. Fasa Ikut Lajak 54
  • 55. 1. Tangan tetap ditemukan. 2. Platform mengikuti bola ke sasaran. 3. Tangan tidak tinggi lebih daripada bahu. 4. Pindahkan berat badan ke hadapan. 5. Mata rnengikut bola ke sasaran. HANTARAN ATAS Kemahiran hantaran atas membolehkan anda mengawal bola dengan kecekapan yang salngat baik. Anda menggunakan tangan atas untuk menggerakkan bola kepada rakan sepasukan dan jarang sekali digunakan untuk mengembalikan bola ke pihak lawan. Hantaran dilaksanakan buat sementara oleh pengumpan untuk menghantar bola itu kepada penyerang tetapi ia mungkin digunakan oleh pemain untuk memenuhi tugas itu. Anda mestilah boleh melaksanakan kemahiran sama ada di hadapan atau di belakang tanpa mengubahcara penghantaran. MENGAPA HANTARAN ATAS PENTING Hantaran atas biasanya pukulan bola kedua pasukan anda dalam tiga peringkat serangan. Dalam kebanyakan keadaan serangan, seorang pemain dilantik 55
  • 56. sebagai pengumpan dan melaksanakan pukulan kedua atau set. Orang ini mestilah penghantar atas yang terbaik bagi satu-satu pasukan. Hantaran atas boleh digunakan oleh pemain ketika menerima sebarang bola tinggi lebih daripada paras bahu dan dating ke arah pemain dengan laju. Anda mestilah menggunakan hantaran atas bila perlu. Jangan biarkan bola jatuh ke paras hantaran depan, kerana hantaran atas adalah cara yang paling berkesan untuk mengendalikan bola. BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTARAN ATAS Kedudukan sedia ialah menggerakkan langkah, kaki dan bahu dijarakkan, lutut bengkok dan tangan diangkat ke hadapan dahi pada jarak lebih kurang15- 20 cm. Ibu jari menghala ke mata anda. Bentuk ‘tingkap’ dengan ibu jari dan jari telunjuk dalam sebegitu rupa jari-jari adalah dua kali jaraknya daripada ibu jari anda. Lihat bola melalui tingkap ini. Adalah sa-ngat penting, bahu anda diletakkan tegak menghala ke sasaran. Apabila bola menyentuh tangan anda, tangan anda membentuk mengikut bola dengan hanya dua gabungan tangan dan ibu jari menyentuh bola. Apabila bola menyentuh tangan anda, lunjurkan tangan dan kaki, pindahkan berat badan anda mengikut arah hantaran. Fasa-Fasa Hantaran Atas Fasa Persediaan 56
  • 57. 1. Kedudukan bersedia. 2. Lutut dan punggung dibengkokkan. 3. Bahu tegak ke sasaran. 4. Tangan di hadapan dahi. 5. Membentuk ‘tingkap’. 6. Lihat bola melalui tingkap. Fasa Perlaksanaan 1. Bentuk tangan mengikut bentuk bola. 2. Sentuh bahagian bawah bola. 3. Sentuh bola dengan bahagian atas temuan jari. 4. Luruskan tangan dan jari. 5. Tangan menghala ke sasaran. Fasa Ikut Lajak 57
  • 58. 1. Tangan dan lengan lurus ke sasaran. 2. Pindahkan berat badan ke sasaran 3. Bergerak ke arah bola. Aksi-aksi hantaran Kemahiran membuat hantaran dan menyangga dengan bijak akan 58 mengurangkan kesilapan semasa bermain.
  • 59. 59
  • 60. MEREJAM (SPIKING) Kemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapatkan mata atau skor. Ia adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawah gelanggang pihak lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah dari mana bola akan tiba. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayun tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan. Kemahiran merekam bukan ciptaan Amerika Syarikat walaupun permainan ini berasal dari negara tersebut. Kemunculannya boleh dikesan pada suatu pertandingan bola tampar yang diadakan di Manila. Sebuah pasukan orang asli menarik perhatian orang ramai dengan menaikkan bola tinggi ke udara, dekat dengan jaring sementara seorang pemain orang asli dari tengah gelanggang, menghentam bola ke bawah. Pada masa itu tiada sesiapa pun boleh menahan serangan tersebut, begitu juga tidak terdapat dalam sebarang peraturan yang menghalang penggunaan kaedah ini untuk membuat jaringan. Justeru, kemahiran , merejam dihasilkan dan diaplikasikan dalam variasi kemahiran serangan. Kemahiran merejam boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu kuisan, rejaman perlahan dan rejaman kuat. 60
  • 61. Fasa-Fasa Kuisan Fasa Persediaan 1. Tunggu di garis serangan. 2. Perhatikan pengumpan. 3. Mata melihat bola selepas mengumpan. 4. Berat badan ke hadapan. 5. Bersedia mendekati jaring. Fasa Perlaksanaan 1. Mula mendekati jaring 4. Lengan dihayunkan 7. Sentuh bola di 61
  • 62. apabila bola berada di ke belakang ke paras hadapan bahu point terakhir. pinggang. yang memukul. 2. Kurangkan jarak dengan 5. Kedua-dua lengan 8. Sentuh dengan beberapa langkah. menghayun ke hujung dua jari 3. Dua langkah ahir ke hadapan. yang diganungkan. kanan, rapat ke kiri atau 6. Kedua-dua lengan 9. Sentuh bahagian melangkah untuk menghayun tinggi ke bawah setengah melompat. arah bola. bola. 10. Sentuh dengan lengan yang lurus. Fasa Ikut Lajak 1. Tangan mengikut bola ke sasaran. 2. Mendarat ke atas kedua-dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk meresap tekanan mendarat. Fasa-Fasa Rejaman Perlahan Fasa Persediaan 62
  • 63. 1. Tunggu di garis serangan. 2. Perhatikan pengumpan. 3. Mata melihat bola selepas mengumpan. 4. Berat badan ke hadapan. 5. Bersedia mendekati jaring. Fasa Perlaksanaan 63
  • 64. 1. Mula mendekati jaring apabila 7. Sentuh bola di hadapan bahu yang bola berada di paras tertinggi. memukul. 2. Kurangkan jarak dengan beberapa 8. Sentuh dengan tumit tapak tangan langkah. yang terbuka. 3. Akhiri dua langkah dengan 9. Sentuh bahagian bawah tengah langkah kanan dan rapat dengan belakang bola. kiri untuk melompat. 10. jari menggolek membalut bahagian 4. Tangan dihayunkan ke belakang atas bola. ke paras pinggang. 11. pergelangan tangan dipetik. 5. Kedua-dua lengan menghayun ke 12. sentuh dengan tangan yang betul- hadapan. betul lurus. 6. Kedua-dua lengan menghayun tinggi ke arah bola. Fasa Ikut Lajak 64
  • 65. 1. Tangan mengikut bola ke sasaran. 2. Mendarat ke atas kedua-dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan. Fasa-Fasa Rejaman Kuat Fasa Persediaan 6. Tunggu di garis serangan. 7. Perhatikan pengumpan. 8. Mata melihat bola selepas mengumpan. 9. Berat badan ke hadapan. 10. Bersedia melakukan pendekatan. 65
  • 66. adalah langkah kanan 7. Sentuh bola di tangan yang kuat. dan rapat dengan kiri hadapan bahu yang 11. Sentuh dengan untuk melompat. memukul. lengan yang betul- 4. Tangan menghayun ke 8. Sentuh dengan tumit betul lurus. belakang sekuarng- tapak tangan yang kurangnya pada paras terbuka. pinggang. Fasa Ikut Lajak 66
  • 67. 1. Tangan mengikut arah rejaman dan jatuh ke paras pinggang. 2. penyerang mendarat di atas dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan. Teknik-Teknik Merejam Posisi Bersedia 1. Berat badan seimbang dan bengkokkan lutut. 2. Bahagian atas tubuh badan mengendur. 3. Bahu ke hadapan dan 4. Jarak dari jaring di antara 2 – 3 meter. Pergerakan 1. Bergerak ke arah bola. 2. Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan kanan. 3. Bergerak sambil melihat kelakuan dan trajektori bola. 4. Lengan-lengan mula bergerak ke belakang. 5. Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan. 6. Lengan-lengan ke belakang dan ke atas seberapa banyak yang boleh. 67
  • 68. 7. Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan. 8. Menghayun lengan-lengan ke bawah di sisi badan. Lompatan 1. Mula dengan buaian dari tumit ke jari kaki (heel –toe-rock) 2. Bermula dengan ayunan lengan ke atas apabila kaki-kaki mula menolak ke atas. 3. Menghulurkan badan dengan bergerak dari mata kaki ke kaki, ke pinggang , dan tubuh badan. 4. Lompatan haruslah tegak ( vertical ) dan ledakan ( explosive ) Teknik-Teknik Aksi Merejam Posisi Badan 1. Lengan merejam tinggi di atas kepala. 2. Kekalkan siku tangan merejam lebih tinggi daripada bahu. 3. Bahagian atas tubuh badan memutar jauh dari jaring. 4. Bahagian belakang badan dilentikkan dengan kaki-kaki dibawa ke belakang untuk imbangan. Kontak 1. Kontak harus dibuat ke bahagian atas bola ( upper half of ball ) 2. Kontak bola dengan hujung tangan ( heel of hand ) 68
  • 69. 3. Pergelangan tangan bengkok dengan serta merta ke depan ( the wrist snaps forward ) dengan tapak tangan dan jejari melindungi bola. 4. Mendepangkan jejari seluas boleh untuk mengawal soik atau menadahkan tangan untuk mendapat lebih kuasa. 5. Kontak bola seberapa tinggi yang boleh dan lebih kurang 1 meter di hadapan badan. 6. Hayunan lengan harus mengikut lajak sehingga ke pertengahan badan ( midline of the ball ) Daratan 1. Mendarat di atas jari-jari kedua-dua belah kaki. 2. Bengkokkan lutut sedikit untuk menyerap tekanan. 3. Mendarat lebih kurang di tempat yang sama dengan membuat lonjakan. Variasi Rejam 1. Rejam dari Belakang Gelanggang ( Back Court Spike ) 2. Rejam Bersilang ( Cross Body Spike 3. Rejam ROUDHOUSE i. Lengan merejam diturunkan. ii. Memutar badan jauh dari jaring. 69
  • 70. iii. Menurunkan lengan bukan merejam. iv. Lengan merejam untuk merejam bola. v. Kaki dan badan ke depan serta merta ( snap forward ) 4. Rejam Pukulan Tinggi 5. Rejam Dink Butiran-butiran merejam 1. Mendekati jaring dari jarak 2 – 3 meter. 2. Pada langkah akhir yang panjang, badan diturunkan dan sediakan lengan untuk memukul. 3. Buaikan tumit-tumit ke belakang pada hujung penujuan. 4. Lonjak daripada kedua-dua belah kaki. 5. Mengayun kedua-dua lengan ke atas dengan kuat pada masa lonjakan. 6. Pastikan kedua-dua bahu menghadap jaring. 7. Tarik lengan memukul ke belakang dengan siku ke depan. 8. Pengelangan tangan harus terkunci ( locked ) dan tangan harus terbuka. 9. Memukul bola setinggi-tingginya di depan bahu tangan memukul. 10. Tangan memukul meliputi bola dengan ikut lajak (a follow through ) oleh pergelangan tangan. 11. Jangan menyentuh jaring. 12. Menuju kepada perletakan ( placement ) daripada kuasa (power ) 70
  • 72. Menghadang ( blocking ) merupakan kemahiran yang dilakukan sama ada seorang atau dua orang pemain yang bertujuan untuk ; 1. Menahan dan menghalang serangan daripada kemahiran merejam oleh pihak lawan. 2. Menghadang lintasan bola untuk dibalikkan semula ke gelanggang lawan 3. Mendapatkan skor atau mata dengan menggagalkan percubaan rejaman oleh pihak lawan. 4. Mengurangkan kelajuan dan memesongkan bola kepada pemain pasukan sendiri. Kemahiran ini merupakan satu kaedah menahan bola dekat jaring. Pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi dimana bola itu melintasi jaring. Penghadangan hanya merupakan salah satu fasa daripada keseluruhan sistem pertahanan.Fasa-fasa lain termasuk menerima servis, memberi perlindungan di belakang perejam dan melakukan beberapa cara menyelamatkan bola.Ia juga digunakan untuk mengatasi rejaman dan akan kesannya membawa kejayaan atau kemenangan dalam permainan. Penghadangan yang menggunakan kedua-dua belah tangan adalah pertahanan terbaik untuk menahan bola yang direjamkan. Fasa-Fasa Adang Tunggal 72
  • 73. Fasa Persediaan 1. Tunggu di jaring. 2. Lihat pengumpan lawan. 3. Tangan di paras bahu. 4. Selepas umpanan, mata tertumpu kepada penyerang lawan. 5. Tempatkan diri anda di hadapan tangan memukul perejam. Fasa Perlaksanaan 73
  • 74. 1. Lompat serta-merta setelah penyerang melompat. 2. Lengan mencapai atas jaring. 3. Tangan melintasi ke gelanggang lawan. 4. Bariskan setengah badan anda di depan bahagian sisi memukul lawan. 5. Undurkan tangan. 6. Mendarat atas kedua-dua kaki. Fasa Ikut Lajak 1. Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan. 2. Beralih daripada jaring. 3. Lihat bola. Fasa-Fasa Adang Berganda Fasa Persediaan 74
  • 75. 1. Setelah umpanan, pengadang yang bergerak, menumpukan perhatian kepada pemain yang sedang membuat adangan. Fasa Perlaksanaan 1. Kedua-dua pengadang melompat serentak. Fasa Ikut Lajak 75
  • 76. 1. Semua pemain kembali ke kedudukan biasa. 76
  • 77. AKSI MENGHADANG KEMAHIRAN MENYELAMATKAN BOLA Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan ataupun bola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan, maka kemahiran menyelamat bola diperlukan. Di antara teknik yang boleh digunakan ialah terjun hadapan dan guling sisi. Terjun hadapan biasanya digunakan oleh pemain lelaki yang sudah lama atau sudah mahir dengan permainan bola tampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh pemain lelaki yang baru atau belum mahir dan pemain wanita. Kedua-dua teknik menyelamatkan bola ini dilakukan oleh pemain bola tampar. Terjun Hadapan 77
  • 78. 1. Pemain berlari menuju ke arah bola. Pemain tangan kanan membuat terjunan dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanan dihulurkan keiarak yang paling jauh. 2. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas. Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagian belakang tapak tangan. 3. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untuk menyerap berat badan. 4. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso. Aksi terjun hadapan dari mula hingga akhir Guling Sisi 1. Bersedia untuk menuju ke arah bola. 78
  • 79. 2. Langkah yang luas digunakan unutk mendekati bola. Tangan dan kaki yang sama digunakan. 3. Badan direndahkan untuk menyelamatkan bola. Bola disentuh di sekitar pergelangan tangan atau bahagian daslam lengan atau bahagian atas tapak tangan. 4. Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerakkan ke arah dalam supaya ia tidak menyentuh lantai. 5. Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan. 6. Membuat gulingan. 7. Bersedia semula untuk permainan Aksi guling sisi dari mula hingga akhir (a-f) 8. seterusnya 79
  • 80. ASPEK-ASPEK KESELAMATAN DALAM BOLA TAMPAR Aspek keselamatan yang perlu diutamakan dalam permainan bola tampar. Antaranya ialah : • Pemain perlu memakai pelindung lutut atau knee pad bagi memastikan kecederaan yang tidak serius semasa perlawanan dijalankan. • Pemilihan kasut yang sesuai juga penting dalam memastikan aspek keselamatan semasa berada di dalam gelanggang. Kasut yang baik dipakai adalah apabila tapak kasut tersebut tidak mudah rosak dan tahan dengan keadaan gelanggang yang keras. Contohnya kasut badminton. 80
  • 81. Pemain yang bermain menggunakan cermin mata atau kanta lekap bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. • Sekiranya terdapat bola di dalam gelanggang permainan tidak boleh dijalahkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan berlaku terhadap pemain. Contoh kecederaan pada tangan dan lengan KECEDERAAN DAN CARA RAWATAN Kecederaan tisu lembut (soft tissue injury) • Kecederaan tisu lembut boleh berlaku di bahagian tengah otot, antara otot dengan tendon di tempat melekat tendon (origin & insertion) atau di tulang sendiri. • Kecederaan boleh dikelaskan mengikut:- i. punca/mekanisma kecederaan (etiologi) ii. darjah kecederaan (severity) 81
  • 82. Punca:- i. secara langsung (direct) ii. selalunya pada sukan berlaga tubuh badan (body contact sport) iii. contoh kecederaan: Luka, lebam, bengkak, cedera kepala dan mata. iv. Tidak secara langsung (indirect) v. ‘Acute’- berlaku bila otot menerima tekanan/beban secara mengejut. vi. Seperti memecut (lari) atau menendang (bola sepak) vii. Kesannya: Otot terkoyak ‘Chronic & Overuse’ i. Ini disebabkan hasil tekanan/beban yang berulang-ulang atau pergeseran yang berterusan. Biasanya semasa latihan ketahanan (endurance training) ii. Contoh kecederaan: Tendinitis ‘Acute on Chronic’ i. Otot yang telah sedia sakit akibat chronic & overuse terkoyak atau putus Darjah kecederaan ii. Sakit sedikit semasa cedera atau dalam masa 24 jam selepas kecederaan, sakit setempat, atlit masih boleh meneruskan permainan. iii. Sakit sederhana, sakit semasa melakukan pergerakkan, atlit tidak dapat meneruskan permainan. 82
  • 83. iv. Atlit mendengar bunyi ‘pop’ bengkak, sakit sangat? Kejang otot? Berdarah, bentuk bahagian yang cedera berubah – cacat. v. Apa yang berlaku selepas tisu lembut cedera? vi. Tisu-tisu ini akan mengalami proses-proses:- vii. Acute inflammatory phase- semasa kecederaan hingga 72 jam pertama viii. ‘Repair phase’ – 48 jam – 6 minggu ix. Remodeling phase – 3 minggu – 12 bulan Rawatan kecederaan:- i. Cryotheraphy – R.I.C.E ii. Ubat anti – Fisioterapi iii. Bantu diri, pergerakkan bebas dan latihan pemulihan iv. Corticosteroid Rawatan menggunakan ais batu:- i. Ice massage ii. Ice pack iii. Ice immersion iv. Lama rawatan : 15 – 30 minit v. Kekerapan : 2 atau 4 kali sehari vi. Dilakukan : 2 – 3 hari pertama selepas kecederaan 83
  • 84. Bagaimana air batu bertindak balas terhadap tisu yang tercedera? i. Kawasan yang kena air batu menjadi sejuk dan kebas – ini akan mengurangkan sakit, mengecilkan salur rerambut, pengaliran darah ke kawasan cedera perlahan – mengurangkan bengkak dan pendarahan. ii. Mengurangkan kekejangan iii. Menjadikan otot yang kejang (spastic) berfungsi semula. Ubat anti-inflammatory (insaid drug) i. Penggunaan ubat ini akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan Rawatan Fisioterapi:- i. Rawatan ini bermula secepat mungkin – selepas kecederaan. ii. Rawatan meliputi: 1. Air batu dan senaman 2. Ultra Sound 3. Rangsangan otot letrik 4. Gabungan (a) dan (b) 5. Senaman kekuatan dan kelembutan Bantu diri, pergerakkan awal dan latihan pemulihan Kaedah:- i. Isometrik ii. Isotonik iii. Isokinetik Corticosteroid Penggunaan ubat ini juga akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan. Suntikan ubat ini (local injection) pada tempat kecederaan dilakukan setelah rawatan-rawatan lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan/kecederaan atau kecederaan itu berulang-ulang. 84
  • 85. Patah tulang i. Mengetahui tanda-tanda dan gejala-gejala fraktur. ii. Melarang gerak (immobilize) kesemua patah tulang pada:- a. Tulang rahang bawah b. Tulang selangka c. Lengan atas d. Lengan bawah e. Tulang rusuk f. Tulang belakang atau spina g. Pelvis h. Tulang paha atau femur i. Tulang kaki iii. Mengutamakan pencegahan renjatan dalam kecederaan patah tulang. Sebab-sebab patah tulang:- i. Akibat pukulan tepat atau secara langsung ii. Akibat pukulan secara tidak langsung iii. Akibat tersentap sendi Jenis-jenis patah tulang:- i. Patah rebung ii. Patah tebu iii. Patah riuk iv. Patah melarat 85
  • 86. Tanda-tanda dan gejala-gejala:- i. Tulang patah boleh didengar ataupun dirasa ii. Bengkak dan kemudian menjadi lebam pada bahagian yang patah itu, diakibatkan pendarahan dalam tubuh. iii. Anggota itu kelihatan berlainan kedudukannya dan ganjil rupanya, seperti bahagian kaki yang patah mungkin nampaknya lebih pendek dan terbalik iv. Cacat pada anggota dan bahagian yang tercedera tidak boleh digerakkan seperti biasa. v. Rasa kesakitan pada atau dekat tempat fraktur. Peraturan am bagi rawatan fraktur:- i. Jangan cuba menggerakkan mangsa itu sehingga bahagian yang patah itu telah dilarang gerakkan (immobilization), kecuali mangsa itu didalam keadaan bahaya yang mengancam nyawanya. ii. Peringatan – langkah-langkah yang dilakukan dengan kasar mungkin mengakibatkan keadaan menjadi lebih serius dan menambahkan bahaya renjatan, misalnya patah tertutup mungkin menjadi patah tulang terbuka. iii. Peraturan diatas diutamakan, oleh yang demikian pernafasan yang terhenti dan pendarahan yang teruk mestilah diberikan rawatan terlebih dahulu sebelum memberi rawatan pada tulang. iv. Tetapkan keadaan patah tulang dengan serta-merta supaya ia tidak bergerak langsung (immobilization). Langkah seperti itu tidak akan menggerakkan hujung-hujung tulang itu daripada merosakkan saluran darah atau otot-otot. v. Kaedah pertama ialah dengan menggunakan pembalut segitiga ikat anggota yang tercedera kepada anggota yang tidak tercedera atau badan mangsa. vi. Kaedah kedua dengan menggunakan tuap atau bidai (splint) vii. Balut dan tutup luka-luka dengan pembalut atau kain yang bersih viii. Selimutkan mangsa untuk menghindarkan terjadinya renjatan ix. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera x. Kecederaan pada tulang yang tidak dapat dipastikan, maka rawatlah kecederaan itu sebagai merawat patah tulang. 86
  • 87. Kecederaan otot, sendi dan ligamen i. Mengenali kecederaan pada otot-otot iaitu urat daging koyak ii. Mengetahui kecederaan pada persendan iaitu terseliuh dan terkehel iii. Merawat kecederaan pada otot-otot dan sendi-sendi. Apakah sendi dan otot i. Sendi adalah suatu tempat bertemunya antara dua tulang atau lebih. Sebanyak 206 tulang yang membina sistem rangka menusia dihubungkan disendi yang membolehkan rangka bergerak dan menjalankan tugas-tugas badan. ii. Ligamen adalah tisu-tisu yang kenyal dan liat yang mengikat tulang kepada tulang. Tugasnya ialah untuk mengukuhkan kedudukan tulang-tulang itu daripada terseliuh. iii. Otot adalah tisu yang terdiri daripada sel-sel yang mempunyai khususnya kebolehan khas untuk mengecut (constration). Ia bertanggungjawab terhadap pergerakkan. Terseliuh i. Terseliuh adalah suatu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan tisu-tisunya terpusing, biasanya berlaku pada pergelangan kaki atau lengan. Tanda-tanda dan gejala-gejala:- i. Rasa kesakitan pada sendi itu ii. Bengkak iii. Lebam atau perubahan warna dibawah kulit sendi yang cedera, menjadi biru kehitam-hitaman. 87
  • 88. Rawatan:- i. Letakkan kompres sejuk ataupun beku air batu pada sendi yang cedera itu untuk mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan. ii. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera. iii. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi itu dalam keadaan yang paling selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh, tampug tangan sebelah bahagian yang cedera dengan anduh besar. iv. Letakkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balut dengan pembalut krep mengikut angka lapan. v. Bawa mangsa ke hospital Terkehel i. Terkehel adalah satu keadaan dimana tulang terkeluar dari sendi dan kedudukannya pun berubah. Tanda-tanda dan gejala:- i. Rasa amat sakit pada sendi ii. Berubah kedudukan sendi itu iii. Berubah rupanya iv. Bengkak v. Lebam-lebam Rawatan:- i. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel ii. Eloklah anggota yang cedera itu dijadikan tidak boleh bergerak dalam kedudukan yang paling selesa seperti dalam keadaan patah. 88
  • 89. iii. Apa yang nampaknya sebagai suatu yang terkehel mungkin sebenarnya suatu patah tulang. Hanya gambar sinar-X boleh menunjukkan sama ada ini telah berlaku. Oleh demikian bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera supaya sinar-X boleh diambil. Urat daging terkoyak i. Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak yang disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti bila mengangkat benda-benda yang berat atau bermain. Tanda-tanda dan gejala:- i. Bengkak ii. Perubahan warna dibawah kulit atau lebam pada bahagian yang cedera. iii. Rasa kesakitan apabila bergerak iv. Mungkin menjadi kaku Rawatan:- i. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa. ii. Taruh kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa kesakitan dalam tempoh 24 jam kemudian, mengurut dengan minyak sloan. iii. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga iv. Bawanya ke hospital 89
  • 90. Kejang (cramp) i. Kejang adalah keadaan yang tidak sengaja yang datang dengan tiba-tiba dan sakit kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. ii. Ianya disebabkan oleh:- 1. Kehilangan air yang berlebihan mengakibatkan kekurangan garam dan cecair dalam tubuh kerana berpeluh semasa bersenam. 2. Kerana sejuk ketika berenang. Rawatan:- i. Memanjangkan otot-otot yang mengejang ii. Ditangan – luruskan jari-jari dengan cermat iii. Dikaki – luruskan lutut dan tekan tapak kakinya iv. Dipaha – luruskan lutut dan angkat kakinya, kemudian menekan lutut ke bawah dengan tangan anda. v. Jika berlaku kehilangan air yang berlebih-lebihan, beri air yang bercampur dengan sukatan ¼ sudu teh garam dengan gelas air. Pedih perut (stitch) i. Ketika sedang bermain, berlari dan berjalan pantas, terutama bagi orang yang tidak biasa berlatih: kekejangan dalam otot abdomennya Rawatan i. Suruh orang itu berehat secara baring terlentang ii. Berilah dia meminum air yang panas iii. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit it 90
  • 91. PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KEJOHANAN Untuk mengurus dan mengelolakan sesuatu kejohanan yang akan dianjurkan, seseorang itu perlu ada aspek–aspek penting atau langkah-langkah pengurusan yang betul. Antara aspek-aspek atau langkah-langkah yang perlu ada ialah: 1. Jawatankuasa pertandingan Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih daripada kalangan mereka yang berpengetahuan dan berkelayakan tentang permainan. Kebiasaannya ia terdiri daripada pengerusi dan naib pengerusi, diikuti oleh setiausaha dan penolong setiausaha seterusnya bendahari dan beberapa orang ahli jawatankuasa kecil yang lain. Jawatankuasa pertandingan berperanan sebagai merangka dan menyusun peraturan untuk dijadikan panduan rasmi di dalam sesuatu pertandingan. Di dalam merangka dan menyusun peraturan pertandingan itu, antara perkara penting yang perlu diambil kira ialah: a. Nama pertandingan yang akan dianjurkan. b. Hadiah-hadiah yang akan ditawarkan sama ada ianya berbentuk wang ringgit, medal atau pingat, hamper dan pelbagai lagi hadiah yang dikira sesuai. c. Pihak pengurusan, iaitu mereka yang bertindak sebagai penganjur dan pengelola kejohanan tersebut. d. Peserta terdiri daripada mana-mana pasukan yang difikirkan layak mengambil bahagian dan sebagai peserta jemputan. e. Yuran penyertaan dikenakan keatas setiap pasukan yang menyertai samada dalam bentuk wang tunai ataupun secara percuma dimana penganjur yang membiayai kejohanan tersebut. 91
  • 92. f. Cara atau bentuk pertandingan yang akan diadakan iaitu samada secara liga, kalah mati dan sebagainya. g. Jadual pertandingan dimana didalam bahagian ini diberitahu tarikh kejohanan itu akan diadakan bersama dengan waktu dan lokasi pertandingan. h. Pengadilan iaitu senarai pengadil dan penjaga garisan serta mereka yang akan mengendalikan pertandingan yang terdiri daripada pegawai berkelayakan. i. Setiap kejohanan memerlukan adanya pertolongan cemas, minuman dan pengangkutan. Adakalanya butiran ini perlu disediakan oleh setiap pasukan sendiri dan ada sesetengahnya di sediakan oleh penganjur. j. Perancangan perbelanjaan amat penting iaitu jumlah anggaran keseluruhan perbelanjaan yang akan digunakan dan keuntungan yang bakal diperolehi. Biasanya ia akan disediakan oleh bendahari dan ahli jawatankuasa yang lain. k. Tetamu khas iaitu senarai jemputan untuk VVIP, VIP dan lain-lain perlu disenaraikan bagi tujuan perasmian, penutupan dan penyampaian hadiah. l. Jawatankuasa khas akan ditugaskan untuk menyediakan buku cenderamata atau buku program yang mengandungi perjalanan keseluruhan kejohanan. m. Bagi menganjurkan sesuatu kejohanan yang besar, penajaan daripada badan koporat, individu dan derma perlu diuruskan bagi menampung perbelanjaan kejohanan. 92
  • 93. 2. Jenis pertandingan Jenis pertandingan bermaksud peringkat umur peserta yang ditujukan oleh jawatkuasa penganjur. Umpamanya pertandingan untuk murid-murid sekolah bawah 12 tahun, pertandingan antara rumah, pertandingan peringkat negeri dan sebagainya. Jawatankuasa akan menetapkan peringkat umur para peserta untuk menyertai sesuatu pertandingan. Sesuatu pertandingan yang akan dianjurkan harus memastikan kelayakan para peserta dan pasukannya. Ini kerana tidak semua pemain layak untuk mengambil bahagian atau menyertai sesuatu kejohanan yang dianjurkan. Ini bertujuan untuk memastikan setiap peserta dan pasukannya dapat bermain dengan adil. Adalah tidak wajar pemain yang berumur 20 tahun menyertai pertandingan untuk peringkat umur 12 tahun. Oleh itu. Jawatankuasa Penganjur harus menentukan dan mengariskan matlamat atau tujuan pertandingan itu diadakan. Sebagai contoh, pertandingan itu diadakan untuk memilih pasukan untuk satu-satu kejohanan yang lebih besar atau sempena menyambut Hari Kebangsaan atau program pertandingan antara sekolah dan sebagainya. 3. Bentuk atau sistem pertandingan Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Pemilihan bentuk atau sistem pertandingan ini ditentukan oleh pihak penganjur dan kadang-kadang ditentukan juga oleh pasukan yang mengambil bahagian. Antara pertimbangan yang diambilkira dalam menentukan bentuk dan sistem pertandingan ialah bilangan pasukan atau penyertaan, tempoh pertandingan, tempat dan keupayaan pengadil dan pegawai yang akan 93