SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
Tema 
Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri 
yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar 
lain di sekolahnya. 
Persoalan 
1. Persoalan rajin membaca 
Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke 
perpustakaan untuk meminjam buku. 
2. Persoalan menghargai persahabatan 
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang 
dilemparkan kepadanya. 
3. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga 
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor 
Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka. 
4. Persoalan keinsafan 
Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor 
Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis. 
5. Persoalan aplikasi Ilmu 
Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan 
menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya. 
6. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik 
Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi 
seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi. 
7. Persoalan berdikari 
Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun 
mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan 
membela ayam. 
8. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan 
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan 
cacat iaitu balar kulitnya. 
9. Persoalan taat akan perintah agama 
Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah. 
- Binaan Plot 
Secara kronologi – peristiwa disusun mengikut urutan masa 
-Permulaan
Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan 
cacat iaitu balar kulitnya. 
-Perkembangan 
Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua. 
-Perumitan 
Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi. 
-Puncak 
Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri. 
-Peleraian 
Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun. Mereka 
sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu. 
-Teknik Plot 
1. Dialog 
“Nama saya Doktor Fikri.” Doktor Fikri berdiri dan duduk semula. 
“Doktor?’ Cikgu Asnawi tergelak. 
2. Monolog 
Sewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, “Ya Allah, lahirkanlah lebih 
ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.” 
3. Monolog dalaman 
“Comelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga-moga kulit 
anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini.” Itulah soalan-soalan yang timbul dalam 
fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya. 
4. Imbas kembali 
Cikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik 
Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung. 
5. Imbas muka 
Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban. 
6. Pemerian 
Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya 
semasa di hospital. 
7. Konflik 
Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi. 
8. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya 
bertugas di sana. 
9. Suspen 
Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari. 
= Watak dan Perwatakan 
Watak Utama 
- Doktor Fikri 
Ø Pelajar tingkatan dua – berumur 14 tahun 
Ø Cacat kulit - balar 
Ø Tabah – menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya 
Ø Rajin membaca – sentiasa membaca buku jika ada masa lapang 
Ø Penyayang – menyayangi keluarga dan rakan-rakan 
Ø Berdikari – berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam 
ternakannya 
Watak Sampingan 
-Cikgu Saiful 
Ø Bapa Doktor Fikri 
Ø Penyayang – amat sayang kepada Doktor Fikri 
Ø Bertanggungjawab – sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga 
Ø Taat kepada agama – melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga 
-Puan Halipah 
Ø Ibu Doktor Fikri 
Ø Bertanggungjawab – menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah 
Ø Prihatin – sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang 
dari sekolah 
Ø Penyayang – memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian 
dalam acara sukan 
-Josy 
Ø Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal 
Ø Prihatin – sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat 
kepadanya
Ø Teguh pendirian – tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya 
terhadap Doktor Fikri 
-Narius 
Ø Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal 
Ø Berbadan besar 
Ø Bermasalah disiplin – selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/ 
mencuri basikal Doktor Fikri 
Ø Insaf akan kesalahan lalu – berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu 
Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta. 
- Cikgu Wahab 
Ø Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal 
Ø Garang – merotan pelajar yang melakukan kesalahan 
Ø Bertimbang rasa – membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah 
Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar 
-Dayang Mahani 
Ø Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal 
Ø Kawan Doktor Fikri 
Ø Mudah terpengaruh – percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu 
Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya 
=Latar 
-Latar Masa 
Ø Pagi – peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin 
sekolah. 
Ø Petang – Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah sebatang pokok yang 
rendang untuk meminta duit cukai keselamatan. 
Ø Malam – Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan 
mereka mendaki Gunung Kinabalu. 
-Latar Tempat 
Ø Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal 
Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah. 
Ø Rumah Cikgu Saiful 
Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk di jual di Tamu. 
Ø Pasar Tamu
Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama 
Kerana hujan turun dengan lebatnya. 
Ø Gunung Kinabalu 
Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung 
Kinabalu. 
Ø Balai polis 
Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan 
Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan 
Doktor Fikri. 
Ø Hospital Ratu Elizabeth 
Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka. 
-Latar Masyarakat 
Ø Masyarakat pelajar 
Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan 
Menggatal. 
Ø Masyarakat guru 
Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan 
Menggatal. 
Ø Masyarakat yang prihatin 
Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain. 
Ø Masyarakat yang bertanggungjawab 
Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas 
sebagai ibu bapa. 
Ø Masyarakat yang taat kepada perintah agama 
Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih 
sayang antara ahli keluarga. 
Ø Masyarakat penyayang 
Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak mereka 
cacat. 
Ø Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan 
Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya. 
-Nilai 
Ø Nilai kasih sayang
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain. 
Ø Nilai keinsafan 
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri. 
Ø Nilai keberanian 
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya 
sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. 
Ø Nilai ketabahan 
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. 
Ø Nilai kerajinan 
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan 
ayamnya. 
Ø Nilai menghormati orang tua 
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa 
mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri. 
-Pengajaran 
Ø Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. 
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain. 
Ø Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. 
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri. 
Ø Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita. 
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya 
sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. 
Ø Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan. 
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. 
Ø Kita haruslah mengamalkan sikap rajin. 
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan 
ayam. 
Ø Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. 
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa 
mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.
TEMA: 
Novel Cempaka Putih Untukmu memaparkan tema tentang keakraban dan keikhlasan persahabatan 
antara dua orang remaja walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Novel ini mengisahkan 
hubungan persahabatan yang erat antara Hartini dan Satiah yang kekal hingga ke akhir hayat. 
Keikhlasan Hartini sebagai sahabat yang sejati dipaparkan melalui kesungguhan Hartini dan 
keluarganya yang berusaha merawat penyakit Satiah di hospital walaupun pada awalnya mendapat 
tentangan ayah Satiah sendiri. Namun Satiah ditakdirkan meninggal dunia kerana penyakit barah 
paru-paru yang dihidapinya. Setelah kematian Satiah, Hartini menanam pokok bunga cempaka putih 
di kubur Satiah sebagai tanda persahabatan yang abadi. 
Persoalan 
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya; 
Persoalan Peristiwa 
Kasih sayang antara 
keluarga. 
Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga 
Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan 
apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan anak 
angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital 
manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya. 
Ketabahan menghadapi 
dugaan hidup. 
Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah 
menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan 
persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari. 
Kebijaksanaan 
mengatasi masalah. 
Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan 
meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis 
Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di 
seluruh bilik asrama. 
Percaya kepada perkara 
karut. 
Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada 
terlangkah ‘benda kotor’ dan dia perlu dihantar ke suatu tempat 
untuk membuang ‘benda’ yang ada pada tubuhnya. 
Sanggup berkorban 
menghadapi kehidupan 
baharu 
Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang 
terbuka untuk berpindah ke perkampungan orang asli dengan 
meninggalkan kehidupan yang selesa di bandar. 
Plot 
Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut kronologi. Terdapat empat 
peringkat garapan plot iaitu: 
Plot Peristiwa
Permulaan 
Cerita bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang 
bertugas sebagai pegawai kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah 
ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan orang Asli. Ahli 
keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke tempat 
tersebut sebagai menghormati beliau sebagai ketua keluarga. 
Perkembangan 
Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan 
karib Hartini sebagai anak angkat. Hubungan antara keluarga Encik 
Hasrul dan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani kehidupan 
seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit 
yang dihidapinya. 
Klimaks 
Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah 
menghantar anaknya berubat dengan seorang dukun di Kampung 
Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan. 
Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit 
akhirnya bersetuju menghantar Satiah ke hospital untuk mendapat 
rawatan. 
Peleraian 
Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah 
menemui ajal. Dalam catatan hariannya, Satiah telah meminta 
Hartini supaya menanam pohon cempaka putih di pusaranya. 
Permintaan tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia 
kembali ke asrama. 
Watak Utama 
Hartini 
i. Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah. 
ii. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu. Melanjutkan 
pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan, Raub. 
iii. Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin. 
iv. Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar Satiah 
dirawat di hospital. 
v. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia 
berjanji tidak akan menangis lagi. 
vi. Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya 
sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini 
menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia. 
vii. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah 
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B. 
Watak Sampingan 
Satiah
i. Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin 
ii. Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat. 
iii. Rakan karib Hartini 
iv. Menghidap penyakit barah paru-paru. 
v. Seorang yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah 
kawan-kawan . 
vi. Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paru-paru. 
vii. Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. 
Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan. Menyambung pelajaran 
tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan. 
Encik Hasrul 
i. Suami kepada Sarah . 
ii. Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin. 
iii. Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian. 
iv. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau 
memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan 
terlebih dahulu. 
v. Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk 
mendapatkan rawatan. 
vi. Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk mengadakan 
kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR. 
Latar 
Latar Masa 
i. Pagi 
Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke 
Jerantut 
ii. Petang 
Contoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu, masyarakat 
setempat menyambut kedatangan mereka. 
iii. Malam 
Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya kerana keadaan 
Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali. 
Latar Tempat
i. Di Kuala Lumpur 
Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul. 
ii. Di kampung Kuala Batu. 
Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga 
merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya. 
iii. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu 
Contoh: Tempat Hartini, Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga tamat 
PMR. 
iv. Sekolah Menengah Gemilang Wawasan. 
Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam 
PMR. 
iii. Pontian 
Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan 
PMR. 
iv. Kampung Langsat 
Contoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun. 
Latar Masyarakat 
i. Masyarakat bandar 
Contoh: Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan untuk 
berpindah ke kawasan pedalaman. 
ii. Masyarakat orang Asli 
Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti 
keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul. 
iii. Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional 
Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana 
telah terlangkah ‘benda kotor’. 
iv. Masyarakat pelajar 
Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakan-rakan yang lain 
menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu. 
v. Masyarakat peniaga
Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan. 
vi. Masyarakat pendidik 
Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang. 
Teknik Penulisan 
i. Pemerian 
Contoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15 
orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah Ali Sintok. Dia murid yang 
cukup serius dan berdisiplin. 
ii. Dialog 
Contoh: “Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan kawan - 
kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu,” kata nenek. 
iii. Imbas kembali 
Contoh: Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada di sisi 
Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa bersama-sama seperti 
hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku antara kami ditulis dengan menarik . 
iv. Monolog Dalaman 
Contoh: “Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini?” 
v. Saspens 
Contoh: Hartini, Nora dan Najmi dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil ecstasy. 
vi. Kejutan 
Contoh: Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan badannya lemah 
longlai. 
Nilai 
i. Nilai keberanian 
Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah 
dirawat di hospital. 
ii. Nilai ketabahan 
Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami 
kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama penuh. 
iii. Nilai bertanggungjawab 
Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab, beliau 
sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar bandar untuk memajukan masyarakat di sana.
iv. Nilai kasih sayang 
Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian 
rakan karibnya itu pada peringkat awal. 
v. Nilai kebijaksanaan 
Contoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil ecstasy di 
sekolahnya. 
vi. Nilai kegigihan 
Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar sehingga 
berjaya dalam peperiksaan PMR. 
Pengajaran 
i. Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan 
Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun 
berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini. 
ii. Kita hendaklah saling menyayangi. 
Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat 
mereka dan berasal daripada anak orang Asli. 
iii. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah 
Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy 
iv. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan 
Contoh: Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan 
untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR. 
v. Kita hendaklah berpegang kepada janji 
Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri kesyukuran setelah 
Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR 
vi. Kita janganlah menganiaya orang lain 
Contoh: Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari. 
Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.

Contenu connexe

Similaire à Novel di sebalik wajah tingkatan 2 (8)

Novel di sebalik wajah
Novel di sebalik wajahNovel di sebalik wajah
Novel di sebalik wajah
 
POWERPOINT Novel Di Sebalik Wajah FULL VERSION
POWERPOINT Novel Di Sebalik Wajah FULL VERSIONPOWERPOINT Novel Di Sebalik Wajah FULL VERSION
POWERPOINT Novel Di Sebalik Wajah FULL VERSION
 
Aspek sastera-novel-di-sebalik-wajah zai
Aspek sastera-novel-di-sebalik-wajah zaiAspek sastera-novel-di-sebalik-wajah zai
Aspek sastera-novel-di-sebalik-wajah zai
 
DRAMA "Hemodialisis"
DRAMA "Hemodialisis"DRAMA "Hemodialisis"
DRAMA "Hemodialisis"
 
Aspek sastera-drama-hemodialisis
Aspek sastera-drama-hemodialisisAspek sastera-drama-hemodialisis
Aspek sastera-drama-hemodialisis
 
Aspek sastera-drama-hemodialisis
Aspek sastera-drama-hemodialisisAspek sastera-drama-hemodialisis
Aspek sastera-drama-hemodialisis
 
Komsas tgktn 2
Komsas tgktn 2Komsas tgktn 2
Komsas tgktn 2
 
KOMSAS: Drama Hemodialisis
KOMSAS: Drama HemodialisisKOMSAS: Drama Hemodialisis
KOMSAS: Drama Hemodialisis
 

Novel di sebalik wajah tingkatan 2

  • 1. Tema Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Persoalan 1. Persoalan rajin membaca Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. 2. Persoalan menghargai persahabatan Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. 3. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka. 4. Persoalan keinsafan Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis. 5. Persoalan aplikasi Ilmu Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya. 6. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi. 7. Persoalan berdikari Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam. 8. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya. 9. Persoalan taat akan perintah agama Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah. - Binaan Plot Secara kronologi – peristiwa disusun mengikut urutan masa -Permulaan
  • 2. Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya. -Perkembangan Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua. -Perumitan Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi. -Puncak Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri. -Peleraian Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun. Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu. -Teknik Plot 1. Dialog “Nama saya Doktor Fikri.” Doktor Fikri berdiri dan duduk semula. “Doktor?’ Cikgu Asnawi tergelak. 2. Monolog Sewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, “Ya Allah, lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.” 3. Monolog dalaman “Comelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga-moga kulit anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini.” Itulah soalan-soalan yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya. 4. Imbas kembali Cikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung. 5. Imbas muka Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban. 6. Pemerian Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital. 7. Konflik Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi. 8. Kejutan
  • 3. Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya bertugas di sana. 9. Suspen Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari. = Watak dan Perwatakan Watak Utama - Doktor Fikri Ø Pelajar tingkatan dua – berumur 14 tahun Ø Cacat kulit - balar Ø Tabah – menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya Ø Rajin membaca – sentiasa membaca buku jika ada masa lapang Ø Penyayang – menyayangi keluarga dan rakan-rakan Ø Berdikari – berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya Watak Sampingan -Cikgu Saiful Ø Bapa Doktor Fikri Ø Penyayang – amat sayang kepada Doktor Fikri Ø Bertanggungjawab – sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga Ø Taat kepada agama – melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga -Puan Halipah Ø Ibu Doktor Fikri Ø Bertanggungjawab – menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah Ø Prihatin – sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang dari sekolah Ø Penyayang – memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian dalam acara sukan -Josy Ø Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Ø Prihatin – sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat kepadanya
  • 4. Ø Teguh pendirian – tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri -Narius Ø Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Ø Berbadan besar Ø Bermasalah disiplin – selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/ mencuri basikal Doktor Fikri Ø Insaf akan kesalahan lalu – berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta. - Cikgu Wahab Ø Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Ø Garang – merotan pelajar yang melakukan kesalahan Ø Bertimbang rasa – membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar -Dayang Mahani Ø Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Ø Kawan Doktor Fikri Ø Mudah terpengaruh – percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya =Latar -Latar Masa Ø Pagi – peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah. Ø Petang – Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan. Ø Malam – Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu. -Latar Tempat Ø Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah. Ø Rumah Cikgu Saiful Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk di jual di Tamu. Ø Pasar Tamu
  • 5. Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama Kerana hujan turun dengan lebatnya. Ø Gunung Kinabalu Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung Kinabalu. Ø Balai polis Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan Doktor Fikri. Ø Hospital Ratu Elizabeth Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka. -Latar Masyarakat Ø Masyarakat pelajar Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Ø Masyarakat guru Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Ø Masyarakat yang prihatin Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain. Ø Masyarakat yang bertanggungjawab Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa. Ø Masyarakat yang taat kepada perintah agama Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga. Ø Masyarakat penyayang Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak mereka cacat. Ø Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya. -Nilai Ø Nilai kasih sayang
  • 6. Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain. Ø Nilai keinsafan Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri. Ø Nilai keberanian Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Ø Nilai ketabahan Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Ø Nilai kerajinan Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya. Ø Nilai menghormati orang tua Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri. -Pengajaran Ø Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain. Ø Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri. Ø Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita. Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Ø Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan. Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Ø Kita haruslah mengamalkan sikap rajin. Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam. Ø Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.
  • 7. TEMA: Novel Cempaka Putih Untukmu memaparkan tema tentang keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Novel ini mengisahkan hubungan persahabatan yang erat antara Hartini dan Satiah yang kekal hingga ke akhir hayat. Keikhlasan Hartini sebagai sahabat yang sejati dipaparkan melalui kesungguhan Hartini dan keluarganya yang berusaha merawat penyakit Satiah di hospital walaupun pada awalnya mendapat tentangan ayah Satiah sendiri. Namun Satiah ditakdirkan meninggal dunia kerana penyakit barah paru-paru yang dihidapinya. Setelah kematian Satiah, Hartini menanam pokok bunga cempaka putih di kubur Satiah sebagai tanda persahabatan yang abadi. Persoalan Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya; Persoalan Peristiwa Kasih sayang antara keluarga. Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya. Ketabahan menghadapi dugaan hidup. Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari. Kebijaksanaan mengatasi masalah. Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama. Percaya kepada perkara karut. Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada terlangkah ‘benda kotor’ dan dia perlu dihantar ke suatu tempat untuk membuang ‘benda’ yang ada pada tubuhnya. Sanggup berkorban menghadapi kehidupan baharu Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang terbuka untuk berpindah ke perkampungan orang asli dengan meninggalkan kehidupan yang selesa di bandar. Plot Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: Plot Peristiwa
  • 8. Permulaan Cerita bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang bertugas sebagai pegawai kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan orang Asli. Ahli keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke tempat tersebut sebagai menghormati beliau sebagai ketua keluarga. Perkembangan Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan karib Hartini sebagai anak angkat. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani kehidupan seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit yang dihidapinya. Klimaks Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah menghantar anaknya berubat dengan seorang dukun di Kampung Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan. Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit akhirnya bersetuju menghantar Satiah ke hospital untuk mendapat rawatan. Peleraian Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah menemui ajal. Dalam catatan hariannya, Satiah telah meminta Hartini supaya menanam pohon cempaka putih di pusaranya. Permintaan tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia kembali ke asrama. Watak Utama Hartini i. Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah. ii. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu. Melanjutkan pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan, Raub. iii. Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin. iv. Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar Satiah dirawat di hospital. v. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi. vi. Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia. vii. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B. Watak Sampingan Satiah
  • 9. i. Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin ii. Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat. iii. Rakan karib Hartini iv. Menghidap penyakit barah paru-paru. v. Seorang yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah kawan-kawan . vi. Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paru-paru. vii. Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan. Menyambung pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan. Encik Hasrul i. Suami kepada Sarah . ii. Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin. iii. Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian. iv. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu. v. Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk mendapatkan rawatan. vi. Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR. Latar Latar Masa i. Pagi Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Jerantut ii. Petang Contoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka. iii. Malam Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya kerana keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali. Latar Tempat
  • 10. i. Di Kuala Lumpur Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul. ii. Di kampung Kuala Batu. Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya. iii. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu Contoh: Tempat Hartini, Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga tamat PMR. iv. Sekolah Menengah Gemilang Wawasan. Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam PMR. iii. Pontian Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan PMR. iv. Kampung Langsat Contoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun. Latar Masyarakat i. Masyarakat bandar Contoh: Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan untuk berpindah ke kawasan pedalaman. ii. Masyarakat orang Asli Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul. iii. Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana telah terlangkah ‘benda kotor’. iv. Masyarakat pelajar Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakan-rakan yang lain menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu. v. Masyarakat peniaga
  • 11. Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan. vi. Masyarakat pendidik Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang. Teknik Penulisan i. Pemerian Contoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah Ali Sintok. Dia murid yang cukup serius dan berdisiplin. ii. Dialog Contoh: “Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan kawan - kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu,” kata nenek. iii. Imbas kembali Contoh: Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada di sisi Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa bersama-sama seperti hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku antara kami ditulis dengan menarik . iv. Monolog Dalaman Contoh: “Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini?” v. Saspens Contoh: Hartini, Nora dan Najmi dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil ecstasy. vi. Kejutan Contoh: Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan badannya lemah longlai. Nilai i. Nilai keberanian Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah dirawat di hospital. ii. Nilai ketabahan Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama penuh. iii. Nilai bertanggungjawab Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab, beliau sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar bandar untuk memajukan masyarakat di sana.
  • 12. iv. Nilai kasih sayang Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada peringkat awal. v. Nilai kebijaksanaan Contoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil ecstasy di sekolahnya. vi. Nilai kegigihan Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan PMR. Pengajaran i. Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini. ii. Kita hendaklah saling menyayangi. Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat mereka dan berasal daripada anak orang Asli. iii. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy iv. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan Contoh: Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR. v. Kita hendaklah berpegang kepada janji Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri kesyukuran setelah Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR vi. Kita janganlah menganiaya orang lain Contoh: Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari. Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.