SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
KAJIAN MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN, AKHIRAN DAN APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH IMLAK
Laporan ini merupakan ulasan terhadap kajian tindakan berkenaan bagaimana untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam matapelajaran Bahasa Melayu menggunakan kaedah imlak. Kajian tindakan ini telah dijalankan oleh Cikgu Hameelah Adnan dari SK Taman Permas Jaya 2, Johor Baharu, Johor. Hasil kajian tindakan ini telah diperolehi dari laman web www.arjpnj.com/ktindk/files/imbuhan.pdf.
Berdasarkan kesimpulan saya, kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah dan kelemahan murid-murid tahun 3 dalam penggunaan imbuhan ayat. Pengimbuhan perkataan merupakan suatu proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, secara automatiknya otak juga akan berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Langkah awal kajian ini dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Kajian tindakan ini melibatkan seramai 30 orang murid dan 2 orang guru. Hasil daripada kajian tersebut mendapati murid kurang faham dengan perkataan dasar yang sekiranya digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan.
Perancangan tindakan pengkaji kemudiannya telah memfokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid kemudiannya didedahkan kepada kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit. Kaedah imlak ialah mendengar dan menulis semula perkataan ataupun petikan yang akan diperdengarkan.
Berdasarkan pengalaman Cikgu Hameelah Adnan, seandainya murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran bahasa maka ini akan dapat membantu murid tersebut untuk mencapai pencapaian yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu apabila berada dalam tahap dua kelak. Ini sekaligus akan dapat membantu murid-murid ini mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Bagi subjek Bahasa Melayu, ianya akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Daripada kajian dan pemerhatian pengkaji, beliau mendapati kesalahan yang didapati adalah dari segi masalah struktur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan ayat. Ini akhirnya akan memberi kesan terhadap markah penulisan murid serta mempengaruhi maksud ayat tersebut juga.
Kelemahan penggunaan imbuhan di kalangan murid ini adalah disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan. Disamping itu, ianya juga turut disebabkan kurangnya penumpuan guru terhadap kepentingan penguasaan imbuhan dikalangan murid.
FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini lebih memfokuskan terhadap masalah penguasaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Berdasarkan hasil refleksi yang didapati daripada murid-murid, pengkaji telah mendapati terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh murid. Antara kesalahan tersebut adalah murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan. Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat dan murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan juga merupakan diantara kesilapan yang lazimnya dilakukan.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya kajian ini dijalankan oleh Cikgu Hameelah adalah untuk meningkatkan penguasaan perkataan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan. Objektif khusus kajian ini pula adalah bertujuan untuk memastikan murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan yang diberikan. Selain itu, ianya juga turut memastikan agar murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan disamping tahu menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat. Secara tidak langsung ianya akan dapat mendorong minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu dan guru pula akan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan murid.
KUMPULAN SASARAN KAJIAN
Pengkaji telah memilih seramai 30 orang murid dalam Tahun 3 Cerdik 2. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 15 orang lagi murid perempuan.
PELAKSANAAN KAJIAN
INSTRUMENT KAJIAN TINDAKAN
Berdasarkan kajian tindakan yang telah Cikgu Hameelah Adnan jalankan, pengkaji telah menggunakan dua kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini. Dua kaedah tersebut adalah ujian pra dan pemerhatian.
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan didapati  seramai 23 orang murid telah lulus dan sebanyak 7 orang murid pula gagal. Melalui ujian pra ini juga didapati kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh murid adalah berkenaan dengan imbuhan akhiran dan apitan. Daripada kaedah pemerhatian yang telah dilaksanakan pula, Cikgu Hameelah mendapati 30% daripada murid kurang mengambil bahagian dalam proses p&p manakala sebanyak 20% pula kurang tumpuan dalam kelas.
PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN
Daripada kajian tindakan yang dijalankan oleh Cikgu Hameelah, beliau telah menggunakan empat aktiviti. Aktiviti pertama adalah mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita pendek. Dalam aktiviti ini pengkaji akan membacakan petikan sebanyak dua kali dan setelah itu murid diminta untuk mengenalpasti dan menulis semula perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan tersebut. Namun refleksi yang diperolehi oleh pengkaji mendapati murid tidak dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan tersebut.  Aktiviti kedua pula adalah mengkelaskan perkataan berdasarkan jenis imbuhan. Melalui aktiviti ini pula pengkaji terlebih dahulu mempamerkan carta imbuhan serta membuat sedikit penerangan berkenaan beberapa jenis imbuhan. Refleksi daripada aktiviti ini pula mendapati keseluruhan murid berjaya mengkelaskan perkataan berimbuhan tersebut. Malahan pengkaji turut mendapati murid berminat menumpukan perhatian semasa proses P&P apabila menggunakan kaedah imlak. Aktiviti seterusnya adalah membina ayat. Dalam aktiviti ini pula pengkaji menggunakan alat bantu mengajar iaitu poster dimana murid diarahkan membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan. Hasil pemerhatian pengkaji mendapati murid lebih seronok mempelajari subjek Bahasa Melayu. Aktiviti yang keempat adalah ujian pos. Ujian ini dijalankan oleh pengkaji bertujuan untuk melihat pencapaian murid menjawab soalan-soalan yang serupa dengan ujian pra. Ujian pra ini dibahagikan kepada 5 bahagian yang membawa sebanyak 50 markah dan murid diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab soalan. Hasil refleksi daripada aktiviti ini mendapati terdapatnya peningkatan pencapaian murid dimana keseluruhan murid telah lulus dengan baik.
REFLEKSI KESELURUHAN
Berdasarkan kajian tindakan yang telah dijalankan ini, didapati terdapat peningkatan yang agak ketara bagi pencapaian murid dalam ujian pos berbanding ujian pra. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian markah yang baik dalam karangan. Maka pada keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat selepas tindakan diambil.
HURAIAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN MODEL KAJIAN SOMEKH (1989)
MODEL KAJIAN TINDAKAN SOMEKH
Berdasarkan Model Kajian Somekh (1989), terdapat lapan langkah utama yang perlu dilakukan  dalam menjalankan sesuatu kajian tindakan.
Mengenal Pasti Masalah Atau Fokus Yang Diminati.
Peringkat ini merupakan langkah pertama yang perlu dilaksanakan berasaskan Model Kajian Somekh (1989). Berdasarkan kajian tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Hameelah, pengkaji ini telah membuat pemerhatian terlebih dahulu untuk mengenal pasti beberapa masalah yang wujud dalam penulisan karangan. Meskipun pengkaji mendapati banyak masalah yang wujud namun pengkaji lebih memfokuskan kajian terhadap masalah penguasaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
Mengumpul Data dan menganalisis data
Mengumpul data dan menganalisis data merupakan langkah kedua dan ketiga dalam Model Kajian Somekh. Dalam kajian tindakan Cikgu Hameelah ini,pengkaji telah terlebih dahulu menetapkan sasaran seramai 30 orang murid. Seteleh itu pengkaji kemudiannya menganalisis kelemahan yang sering dilakukan oleh murid. Pada peringkat ini juga pengkaji telah dapat mengesan kelemahan yang sering dilakukan oleh murid iaitu kelemahan dari penguasaan perkataan berimbuhan awalan, akhiran dan apitan.
Merancang Pelan Tindakan
Model Kajian Tindakan Somekh menyatakan peringkat ini memerlukan pengkaji merancang pelan tindakan yang perlu dilakukan setelah menganalisis data yang diperolehi. Bagi peringkat ini, Cikgu Hameelah telah menggunakan dua kaedah iaitu ujian pra dan pemerhatian. Pengkaji juga telah melaksanakan empat pelan tindakan iaitu mengenalpasti perkataan berimbuhan dalam perkataan, mengkelaskan jenis imbuhan ,membina ayat, dan juga ujian pos.
Melaksanakan Pelan Tindakan Dan Mengumpul Data Untuk Mengesan Perubahan
Pada peringkat ini pula, menurut Model Kajian Somekh adalah perlu untuk melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang dan seterusnya mengumpul data yang diperolehi. Cikgu Hameelah telah melaksanakan keempat pelan tersebut mengikut urutan aktiviti. Pengkaji juga telah merekodkan semua hasil pelan tindakan yang dilaksanakan.
Menganalisis Dan Menilai
Dalam peringkat ini merupakan langkah terakhir, Model Kajian Somekh menekankan pentingnya menganalisis dan menilai segala pelan tindakan yang telah dijalankan. Setelah melakukan analisis, Cikgu Hameelah mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam setiap pelan yang telah dirancang. Pada peringkat ujian pra, seramai 23 orang murid telah mencapai lulus daripada 30 orang murid yang dinilai. Melalui pelan tindakan yang pertama pula iaitu mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan, didapati murid masih tidak mampu untuk mengenal pasti perkataan berimbuhan tersebut.
Melalui aktiviti kedua, Cikgu Hameelah mendapati kesemua pelajar mampu untuk mengelaskan perkataan berimbuhan tersebut mengikut jenis perkataan imbuhan. Murid juga didapati amat teruja untuk mengikuti sesi p&p. Melalui pelan ketiga iaitu membina ayat, Cikgu Hameelah mendapati murid lebih mudah dan cepat memahami apa yang diajarkan apabila pengkaji menggunakan alat bantu mengajar.
Ujian pos merupakan pelan yang terakhir dijalankan. Ujian pos ini dijalankan untuk melihat pencapaian murid. Soalan yang terkandung dalam ujian pos ini adalah serupa dengan soalan yang diberikan dalam ujian pra hanya terdapat sedikit perubahan pada kata dasar. Setelah analisis dilakukan Cikgu Hameelah mendapati terdapat peningkatan yang agak ketara dalam pencapaian murid dimana kesemua murid telah lulus dalam ujian pos tersebut.Putaran yang sama akan dilakukan sekiranya pengkaji ingin membuat sesuatu kajian semula.
PENUTUP
Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kajian tindakan yang telah dijalankan oleh Cikgu Hameelah yang bertajuk “Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Awalan, Akhiran dan Apitan Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Imlak” ini telah berjaya membantu murid Tahun 3 Cerdik 2. Melalui kajian yang telah dijalankan ini bukan sahaja dapat membantu para pelajar untuk menguasai penggunaan imbuhan, malah ianya juga turut dapat membantu pada guru serta memberikan idea baru kepada golongan pendidik bagaimana untuk menjadikan sesuatu proses p&p itu menjadi lebih menarik. Diharapkan kajian seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi membantu mengatasi beberapa kelemahan lagi yang masih terdapat dalam sistem pendidikan di negara kita.

Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan

Contenu connexe

Tendances

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim

Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuNur Khairi

Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronikTajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronikkuliahpismp09

Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiAbsolute221

Konsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaranKonsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaranAzhar Hj Zakaria

Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran

5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong

Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh

Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram

RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)ArifahAzlanShah2

strategi : Perbincangan
strategi : Perbincanganstrategi : Perbincangan
strategi : Perbincanganshahme

Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...Rasit Masrii

Tendances (20)

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar

Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu

Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronikTajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronik

Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-ganti

Konsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaranKonsep umum sumber pengajaran
Konsep umum sumber pengajaran

Rubrik pemarkahan holistik
Rubrik pemarkahan holistikRubrik pemarkahan holistik
Rubrik pemarkahan holistik

TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif

Kaedah bahasa komuniti
Kaedah bahasa komunitiKaedah bahasa komuniti
Kaedah bahasa komuniti

5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru

Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan

Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah

TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME

RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)
RPH Bahasa Melayu Tahun 4 (Tema Sains, Teknologi & Inovasi)

strategi : Perbincangan
strategi : Perbincanganstrategi : Perbincangan
strategi : Perbincangan

Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...
STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN PEMAHAMAN BACAAN BAGI MENGATASI PELAJA...

RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas

Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak

En vedette

Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakanhajizul

Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh

Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah

Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanFariz Salim

177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...Nur Afiqah Bt Zulkafli

MINI KAJIAN TINDAKAN
MINI KAJIAN TINDAKANMINI KAJIAN TINDAKAN
MINI KAJIAN TINDAKANsuhaimila

Kajian tindakan
Kajian tindakan Kajian tindakan
Kajian tindakan Lan Memey

Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2nakirah

Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila

Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Wan Noryatini Mahmood

En vedette (20)

Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan

Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu

Kajian tindakan murad
Kajian tindakan muradKajian tindakan murad
Kajian tindakan murad

Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm

Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan

Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5

ulasan jurnal kajian tindakan
ulasan jurnal kajian tindakanulasan jurnal kajian tindakan
ulasan jurnal kajian tindakan

Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan

Tugasan afif
Tugasan afifTugasan afif
Tugasan afif

assingment full (2A)
assingment full (2A)assingment full (2A)
assingment full (2A)

Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan

Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan

177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...

MINI KAJIAN TINDAKAN
MINI KAJIAN TINDAKANMINI KAJIAN TINDAKAN
MINI KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan
Kajian tindakan Kajian tindakan
Kajian tindakan

Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2

Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj

Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117Peta minda bmm 3117
Peta minda bmm 3117

Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)

Similaire à Ulasan Kajian Tindakan

Similaire à Ulasan Kajian Tindakan (20)

Prosiding jam
Prosiding jamProsiding jam
Prosiding jam

691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)

Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...

Aktiviti 11 Jurnal
Aktiviti 11 JurnalAktiviti 11 Jurnal
Aktiviti 11 Jurnal

Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final

Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal

Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu

OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx

Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm

Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif

Powerpoint proposal
Powerpoint proposalPowerpoint proposal
Powerpoint proposal

Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr

Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses

3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal

Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1

bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)

JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK

Kajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.SivikKajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.Sivik

Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan

Ulasan Kajian Tindakan

• 1. KAJIAN MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN, AKHIRAN DAN APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH IMLAK