SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
Tarikh Keputusan:
1 Jan, 1970

Keputusan:

Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir
miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin
di kalangan orang Islam


Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
1 Jan, 1970



Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan jawair dengan kadar kemampuan dan kelemahan yang ada pada kami,
Insyaallah.

Telah disyariatkan bahawa mereka yang melakukan korban/udhiyah memakan sebahagian dari daging, memberikan
sebahagiannya sebagai hadiah dan juga memberinya sebagai sedekah. Firman Allah swt :-
"dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang
susah, yang fakir miskin." - [Surah al-Haj ayat 28].

Didalam sebuah hadith juga meriwayatkan bahawa daging korban ini hendaklah dimakan sedikit bersama-sama dengan
kaum keluarga, disimpan dan diberikan, sebagaimana hadith riwayat Salamah ibn al-Akqwa' ra. berkata bahawa Nabi saw
bersabda :-
"Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan" - [Hadith riwayat al-Bukhaari]. Didalam hadith yang
diriwayatkan oleh A'isyah ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

"Kamu makan, kamu simpan dan kamu berikan sebagai sedekah" - [Hadith riwayat al-Muslim].

Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam komentarnya terhadap pemberian daging korban kepada orang kafir, kata beliau :

"Tidak ada masalah untuk memberi orang kafir dan diantara mereka juga termasuk orang miskin dan fakir, kaum keluarga,
jiran atau mana-mana komposisinya, kerana nabi saw bersabda didalam sebuah hadith yang dipersetujui oleh semua (al-
Mutafaq) yang diriwayatkan oleh Asmaa' bt Abu Bakar Al-Sidiq ra : "Anda kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda",
telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah seorang kafir Quraish yang tidak beriman." [sumber :
http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ ... on=FatwaId ]

Fatwa ini menunjukkan bahawa seorang ibu yang masih kafir boleh menerima korban si-anak atas dasar berlaku baik
kepada kedua ibu-bapa, begitulah juga dengan jiran dan kaum keluarga yang masih tidak beriman.

Islam membenarkan daging korban diberikan kepada orang kafir asalkan mereka tidak terlibat memerangi dan menzalimi
orang-orang Islam. Termasuklah jiran-jiran kita yang kafir yang kita kenali dan bergaul dengan mereka, sudah tentu mereka
tidak terlibat memerangi kita. Disini kami memetik fatwa bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin yang berkata :-
"Adalah dibolehkan untuk memberi orang kafir daging korban atas nama sedekah selama mana orang kafir ini bukan dari
kalangan mereka yang membunuh orang Islam. Jika mereka adalah salah seorang yang membunuh orang Islam maka tidak
boleh diberikan mereka apa-apa, sebagaimana firman Allah swt :-

'Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana
agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang
memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang
lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang
yang zalim.' [Surah : al-Mumtahanah 8-9]". - [Fataawa al-Shiekh Ibn Utsaimin, 2/663].

Kesimpulan yang boleh kita ambil ialah, dibenarkan memberi daging korban kepada orang kafir, samada mereka itu jiran,
kaum keluarga kita, orang miskin dsb, selama-mana mereka tidak berperang menentang orang Islam. WA.

wassalam.
Syukur kepada Allah, kerana dalam akhbar Harakah , edisi 8-11 November( 1-4 Zulhijah 1431) ruangan agama
bersama Dato Dr Haron Din( m/s= F8), ada membicarakan persoalan ini. Secara mudahnya, Dr Haron Din,
mengatakan harus memberikan daging korban kepada orang bukan islam sama ada yang masih mentah atau yang
sudah dimasak. Menurut Dr Haron Din lagi, Al-Quran secara umumnya tidak mengkhususkan kepada orang islam
sahaja untuk diberikan daging korban. TAPI, yang diHARUSKAN ini ialah daging korban dan akikah yang
bertaraf sunat sahaja, manakala yang bertaraf wajib ( kerana nazar) maka hukumnya haram.

Saya kira penjelasan Dr Haron Din, yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS seddikit sebanyak mampu merungkai
permasalahan ini kerana umum mengetahui kepakarannya dalam persoalan agama. Kenapa saya berkata sebegini?
Sebab beberapa tahun yang lepas, ada beberapa orang ustaz ‘memfatwakan’ segala korban yang saya lakukan
adalah sia-sia kerana diberi kepada bukan islam. Malah ada orang tertentu yang marahkan saya lantaran perbuatan
saya itu.

Sebenarnya, sebelum ini telah ada beberapa tokoh agama di Malaysia yang mengharuskan pemberian daging
korban dan akikah kepada bukan islam. Antaranya ialah Dr Abdul Rahman Haqqi, seorang pensyarah kanan di
Universiti Brunei Darussalam( rujuk soal jawab agama Berita Harian, m/s=15 bertarikh 28 Mei 2006). Kata Dr Abd
Rahman Haqqi, tiada dalil yang mengharamkan daging akikah( juga korban) daripada dimakan oleh bukan islam.
Menurut beliau, Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab, seperti yang dipetik oleh al-Khatib
al-Shirbini dalam kitabnya al-Iqna’, jilid II, m/s 244 mengharuskan pemberian daging korban sunat kepada orang-
orang fakir ahli zimmah.

Katakanlah Ali berniat melakukan korban kemudian dia masuk satu bahagian, ini kerana seekor lembu boleh dikongsikan
tujuh orang. Biasanya lembu yang sihat dan cukup umur dan matang akan mencecah 100 kilogram (kg) lebih dagingnya
sahaja.

Bila dibahagikan kepada tujuh bahagian dapatlah setiap seorang dalam 15kg. Daging 15kg itu kalau mengikut saranan Nabi
SAW hendaklah dibahagi tiga. Maka jadilah setiap bahagian 5kg. Mungkin juga 5kg kita ambil dan yang bakinya 10kg kita
sedekah kepada orang ramai. Kalau kita bahagi 10kg kepada 10 orang maka seorang akan dapat satu kg, maksudnya
agihan itu dapat diberikan kepada 10 orang atau lebih daripada itu, paling kurang pun dalam agihan jangan kurang
daripada setengah kg.

Persoalan ini saya timbulkan supaya kita dapat lihat adakah keperluan orang Islam dipenuhi? Bukan apa, khuatir dalam
sibuk kita bincang hukum pemberian daging kepada orang bukan Islam, rupa-rupanya ada orang Islam yang tidak dapat
merasakan daging korban. Dalam keadaan ini saya lebih cenderung kepada pendapat Mazhab al-Syafie, ini kerana demi
memelihara manfaat raya korban itu sampai kepada falsafahnya.

Sekiranya kita ingin menjaga perasaan jiran yang bukan beragama Islam, belikan daging untuknya dari pasar. Dan
sekiranya ingin kita menjamu selepas daging korban itu dimasak adalah disarankan agar dibeli daging sekilo dua dari pasar
untuk dimasakkan bersama daging korban. Ini adalah semata-mata untuk keluar daripada keraguan yang timbul. Dan
harus juga diagihkan daging korban kepada golongan yang mempunyai ciri mualaf, iaitu cenderung dan jinak dengan
agama Islam. Mudah-mudahan pengagihan itu dapat merapatkan lagi mualaf itu kepada Islam.

Namun di bawah ini saya akan jelaskan hukum memberi daging korban kepada orang bukan Islam.

Di dalam Kitab Kasyf al-Qina’ menyatakan Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada
orang Yahudi dan Nasara. Mazhab Hambali pula mengharuskan memberi hadiah daging korban sunat kepada bukan Islam,
tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka.

Dalam al-Bajrimi dinyatakan tidak harus memberi makan daging korban kepada bukan Islam. Dinyatakan juga dalam Kitab
al-Majmu’ disebutkan harus memberi makan daging korban sunat kepada fakir miskin ahli zimmah, tidak harus memberi
mereka makan daging korban wajib.

Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama sepakat daging korban boleh diberi
makan kepada fakir miskin Islam, namun mereka khilaf mengenai memberi makan daging korban kepada fakir miskin kafir
ahli zimmah.

Imam Hasan al-Basri memberi keringanan mereka memakannya. Abu Thur juga berpendapat demikian. Disebutkan juga
Imam Malik lebih suka ia diberi makan kepada selain fakir miskin bukan Islam. Al-Lith menganggapnya makruh, namun
berpendapat jika dimasak harus diberi makan kepada mereka berserta fakir miskin Islam.
Ibnu Qudamah dalam al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir dan al-Syarbini dalam al-Iqna’ menyebutkan Mazhab Maliki
berpendapat makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasrani.

Mazhab Hambali, al-Hasan, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam, kafir
zimmi daging korban sunat, tetapi daging korban wajib, seperti korban nazar tidak harus.

Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah. Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah
dan memberi makan orang bukan Islam daging korban sunat atau wajib.

Ibh Hazim dari Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan tuan punya korban boleh memberi makan kepada
orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya.

Berdasarkan pendapat itu, kesimpulan yang boleh dibuat:

l Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada bukan Islam.

l Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram)
memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.

l Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram
menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.

l Semua ulama mazhab sepakat (ijma’) memberi atau memberi makan daging korban atau akikah wajib kepada bukan
Islam adalah haram.

Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafie saja yang berpendapat daging korban sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi
atau diberi makan kepada bukan Islam.

Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging korban sunat dan tidak harus jika korban wajib.

KOMEN UST NAIM:

1.Namun tanpa khilaf adalah lebih baik untuk mendahulukan umat Islam dalam hal ini.

2.PARA ULAMA KONTEMPORARI BERKATA HARUS BERI PADA NON MUSLIM DARI KALANGAN JIRAN-JIRAN ATAU MEREKA YANG
MISKIN. TAPI SUDAH TENTU, BERI KEPADA MUSLIM ADALAH LEBIH UTAMA.

SELAMAT BERAMAL




Adakah boleh daging dijamukan kepada orang kafir?

Berkata Al-'Allâmah Ibnu Qasim AI-Ghazzi, pensyarah Matan Al-Taqrîb: "Orang yang membuat aqiqah itu memberi
makan orang fakir miskin dan ia masakkan daging aqiqah itu dengan benda yang manis (seperti ia campurkan sedikit
anggur kering atau madu) dan ia hadiahkan kepada orang fakir miskin dan jangan ia buat jamuan dan jangan ia
pecahkan tulang aqiqah itu."

Berkata Syeikh Al-Islam Al-Baijuri ketika mengulas Al-'Allâmah Ibnu Qasim Al-Ghazzi itu: "Jangan ia buat jamuan,
maka janganlah ia jadikan aqiqah sebagai jamuan kenduri dan ia panggil orang padanya dan hendaklah orang fakir
miskin itu orang Islam sebagaimana udhhiyyah dan diberikan kepada orang fakir miskin orang Islam."

Maka menurut Syeikh Al-Islam Al-Baijuri dan lain-lain ulama adalah hukum daging aqiqah itu sama hukumnya
dengan udhhiyyah wajib disedekah dan diberikan kepada orang Islam tidak kepada orang kafir.

Sekarang orang-orang aqiqah dari binatang yang akan dibuat jamuan kenduri untuk jamuan dukhûl kahwin, padahal
tujuan aqiqah itu supaya budak naik subur dengan lebih sempurna dan budak itu diharapkan ia memberi syafa 'at ibu
bapanya pada Hari Kiamat dengan aqiqah itu, dan aqiqah itu suatu perkara sunat mu'akkadah yang sangat dipinta
dan disuruh.

Berkata Syeikh Al-Islam Al-Baijuri: "Sunat (    ) pada walimah jamuan kahwin dibuat apa yang sunat (          ) pada
aqiqah kanak-kanak seperti dimasak benda-benda yang manis dan jangan dipecah-pecahkan tulang kambing
jamuan itu, kerana mengambil sempena manis perangai isteri dan selamat anggota tubuhnya.

Sekarang orang-orang jadikan aqiqah kanak-kanak jamuan kahwin, dipanggil orang-orang padanya. Maka adalah
kelakuan itu aqiqah yang afdhal dan jamuan kahwin yang afdhal? Tentu afdhal tiada utama, jadi kurang sempurna
aqiqah dan kurang sempurna jamuan kahwin itu.

Maka menurut Syeikh Al-Islam Al-Baijuri Rahimahullah, maka daging aqiqah tiada sah diberi maka akan orang kafir.




Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu seri maharaja Dato seri utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz
Tarikh Diisu : 1985

Nota: 45/1985




Daging-daging qurban atau mana-mana bahagian daripadanya sama ada qurban wajib atau sunat yang
disedekahkan kepada orang fakir miskin atau yang dihadiahkan kepada orang kaya itu adalah terhad
kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Haram memberi, menghadiahkan atau menjual daging
qurban tersebut kepada orang bukan Islam, sekalipun fakir miskin itu terdiri daripada kafir zimmi
(Matlak Al-Badrain: 81). Ini adalah disebabkan menyembelih binatang qurban itu adalah merupakan
ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh sebab itu, sekiranya ada bahagian daging tersebut yang
diberikan, dihadiahkan atau dijual kepada orang bukan Islam, maka wajib diganti dengan daging yang
lain sekira-kira menyamai kadar berkenaan.

Demikianlah penentuan hukum syarak berkenaan dengan daging qurban yang perlu kita ambil perhatian
sepenuhnya semoga dengan demikian ibadat qurban yang kita lakukan itu diterima oleh Allah Subhanhu
wa Ta‘ala.




Sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic10_2000.htm

Contenu connexe

Tendances

Panduan ibadah qurban dan aqiqah
Panduan ibadah qurban dan aqiqahPanduan ibadah qurban dan aqiqah
Panduan ibadah qurban dan aqiqahLAZISMU
 
Panduan qurban dan aqiqah
Panduan qurban dan aqiqahPanduan qurban dan aqiqah
Panduan qurban dan aqiqahaudraarce
 
Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020Masher Zen
 
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAH
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAHBAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAH
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAHEvaariva
 
Al-Qur'an Hadist Bab Ujian dan Cobaan
Al-Qur'an Hadist Bab Ujian dan CobaanAl-Qur'an Hadist Bab Ujian dan Cobaan
Al-Qur'an Hadist Bab Ujian dan CobaanARGUFI
 
Menyikapi orang orang yang melecehkan islam dan ancaman terhadap pelakunya
Menyikapi orang orang yang melecehkan islam dan ancaman terhadap pelakunyaMenyikapi orang orang yang melecehkan islam dan ancaman terhadap pelakunya
Menyikapi orang orang yang melecehkan islam dan ancaman terhadap pelakunyaRizky Faisal
 
Khutbah perang tabuk 1
Khutbah perang tabuk 1Khutbah perang tabuk 1
Khutbah perang tabuk 1addynn
 
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korbancheapweb
 
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulamaMengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulamaMuhsin Hariyanto
 

Tendances (17)

Aqiqah kurban
Aqiqah kurbanAqiqah kurban
Aqiqah kurban
 
Panduan ibadah qurban dan aqiqah
Panduan ibadah qurban dan aqiqahPanduan ibadah qurban dan aqiqah
Panduan ibadah qurban dan aqiqah
 
Panduan qurban dan aqiqah
Panduan qurban dan aqiqahPanduan qurban dan aqiqah
Panduan qurban dan aqiqah
 
KHUTBAH IBRAHIM
KHUTBAH IBRAHIMKHUTBAH IBRAHIM
KHUTBAH IBRAHIM
 
Fiqih blog
Fiqih blogFiqih blog
Fiqih blog
 
Qurban
QurbanQurban
Qurban
 
Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020Maulid nabi terbaru 2020
Maulid nabi terbaru 2020
 
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAH
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAHBAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAH
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAH
 
Bumi berdarah
Bumi berdarahBumi berdarah
Bumi berdarah
 
Al-Qur'an Hadist Bab Ujian dan Cobaan
Al-Qur'an Hadist Bab Ujian dan CobaanAl-Qur'an Hadist Bab Ujian dan Cobaan
Al-Qur'an Hadist Bab Ujian dan Cobaan
 
Menyikapi orang orang yang melecehkan islam dan ancaman terhadap pelakunya
Menyikapi orang orang yang melecehkan islam dan ancaman terhadap pelakunyaMenyikapi orang orang yang melecehkan islam dan ancaman terhadap pelakunya
Menyikapi orang orang yang melecehkan islam dan ancaman terhadap pelakunya
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Tafsir ayat qishos
Tafsir ayat qishosTafsir ayat qishos
Tafsir ayat qishos
 
kurban
kurbankurban
kurban
 
Khutbah perang tabuk 1
Khutbah perang tabuk 1Khutbah perang tabuk 1
Khutbah perang tabuk 1
 
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban
 
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulamaMengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
Mengucapkan selamat dan merayakan natal bersama, apa pendapat ulama
 

En vedette

En vedette (6)

Modelo de Newmann
Modelo de NewmannModelo de Newmann
Modelo de Newmann
 
6.3 notes
6.3 notes6.3 notes
6.3 notes
 
New doc20130526072821279
New doc20130526072821279New doc20130526072821279
New doc20130526072821279
 
Bono – regalo.huertas.carrera trail
Bono – regalo.huertas.carrera trailBono – regalo.huertas.carrera trail
Bono – regalo.huertas.carrera trail
 
Elc omputador y sus partes
Elc omputador y sus partesElc omputador y sus partes
Elc omputador y sus partes
 
Sverige väder och klimat 1
Sverige   väder och klimat 1Sverige   väder och klimat 1
Sverige väder och klimat 1
 

Similaire à Tarikh keputusan

fiqhqurban-160819175750.pptx
fiqhqurban-160819175750.pptxfiqhqurban-160819175750.pptx
fiqhqurban-160819175750.pptxJakaMuhammad
 
Smart qurban - Wadi Qibas Farm
Smart qurban - Wadi Qibas FarmSmart qurban - Wadi Qibas Farm
Smart qurban - Wadi Qibas FarmWadi Qibas Farm
 
KHUTBAH I.docx
KHUTBAH I.docxKHUTBAH I.docx
KHUTBAH I.docxAbiLabib1
 
Risalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diri
Risalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diriRisalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diri
Risalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diriAhmad Junaidi Mohd Said
 
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)Norizan Hassan
 
Bab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanBab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanBangFaeshal
 
Bab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanBab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanamirulmuminin9
 
Bab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanBab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanMamaz-AJi
 
Bab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanBab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanghozali27
 
Putusan-dan-Fatwa-Seputar-Kurban.ppt-Tim-Fatwa-Agama-MTT-PP-Muhammadiyah (3).pdf
Putusan-dan-Fatwa-Seputar-Kurban.ppt-Tim-Fatwa-Agama-MTT-PP-Muhammadiyah (3).pdfPutusan-dan-Fatwa-Seputar-Kurban.ppt-Tim-Fatwa-Agama-MTT-PP-Muhammadiyah (3).pdf
Putusan-dan-Fatwa-Seputar-Kurban.ppt-Tim-Fatwa-Agama-MTT-PP-Muhammadiyah (3).pdfMaulanaArif26
 

Similaire à Tarikh keputusan (20)

fiqhqurban-160819175750.pptx
fiqhqurban-160819175750.pptxfiqhqurban-160819175750.pptx
fiqhqurban-160819175750.pptx
 
Fiqh Qurban
Fiqh QurbanFiqh Qurban
Fiqh Qurban
 
Hukum hukum qurban
Hukum hukum qurbanHukum hukum qurban
Hukum hukum qurban
 
Hukum hukum qurban
Hukum hukum qurbanHukum hukum qurban
Hukum hukum qurban
 
The power of kurban
The power of kurbanThe power of kurban
The power of kurban
 
Smart qurban - Wadi Qibas Farm
Smart qurban - Wadi Qibas FarmSmart qurban - Wadi Qibas Farm
Smart qurban - Wadi Qibas Farm
 
KHUTBAH I.docx
KHUTBAH I.docxKHUTBAH I.docx
KHUTBAH I.docx
 
qurban.pdf
qurban.pdfqurban.pdf
qurban.pdf
 
Risalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diri
Risalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diriRisalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diri
Risalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diri
 
Hukum tahlilan dalam pandangan ulama fiqh
Hukum tahlilan dalam pandangan ulama fiqhHukum tahlilan dalam pandangan ulama fiqh
Hukum tahlilan dalam pandangan ulama fiqh
 
Portofoli ooktober
Portofoli ooktoberPortofoli ooktober
Portofoli ooktober
 
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
 
Fiqih Qurban (Bagian 1).pdf
Fiqih Qurban (Bagian 1).pdfFiqih Qurban (Bagian 1).pdf
Fiqih Qurban (Bagian 1).pdf
 
Bab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanBab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewan
 
Bab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanBab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewan
 
Bab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanBab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewan
 
Bab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewanBab 5 penyembelihan hewan
Bab 5 penyembelihan hewan
 
Putusan-dan-Fatwa-Seputar-Kurban.ppt-Tim-Fatwa-Agama-MTT-PP-Muhammadiyah (3).pdf
Putusan-dan-Fatwa-Seputar-Kurban.ppt-Tim-Fatwa-Agama-MTT-PP-Muhammadiyah (3).pdfPutusan-dan-Fatwa-Seputar-Kurban.ppt-Tim-Fatwa-Agama-MTT-PP-Muhammadiyah (3).pdf
Putusan-dan-Fatwa-Seputar-Kurban.ppt-Tim-Fatwa-Agama-MTT-PP-Muhammadiyah (3).pdf
 
ppt fiqih
ppt fiqihppt fiqih
ppt fiqih
 
Bab 1(keikhlasan)
Bab 1(keikhlasan)Bab 1(keikhlasan)
Bab 1(keikhlasan)
 

Tarikh keputusan

  • 1. Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970 Keputusan: Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam Status Penwartaan: Tidak Diwartakan Tarikh Diwartakan: 1 Jan, 1970 Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan jawair dengan kadar kemampuan dan kelemahan yang ada pada kami, Insyaallah. Telah disyariatkan bahawa mereka yang melakukan korban/udhiyah memakan sebahagian dari daging, memberikan sebahagiannya sebagai hadiah dan juga memberinya sebagai sedekah. Firman Allah swt :- "dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." - [Surah al-Haj ayat 28]. Didalam sebuah hadith juga meriwayatkan bahawa daging korban ini hendaklah dimakan sedikit bersama-sama dengan kaum keluarga, disimpan dan diberikan, sebagaimana hadith riwayat Salamah ibn al-Akqwa' ra. berkata bahawa Nabi saw bersabda :- "Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan" - [Hadith riwayat al-Bukhaari]. Didalam hadith yang diriwayatkan oleh A'isyah ra. bahawa Nabi saw bersabda :- "Kamu makan, kamu simpan dan kamu berikan sebagai sedekah" - [Hadith riwayat al-Muslim]. Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam komentarnya terhadap pemberian daging korban kepada orang kafir, kata beliau : "Tidak ada masalah untuk memberi orang kafir dan diantara mereka juga termasuk orang miskin dan fakir, kaum keluarga, jiran atau mana-mana komposisinya, kerana nabi saw bersabda didalam sebuah hadith yang dipersetujui oleh semua (al- Mutafaq) yang diriwayatkan oleh Asmaa' bt Abu Bakar Al-Sidiq ra : "Anda kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda", telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah seorang kafir Quraish yang tidak beriman." [sumber : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ ... on=FatwaId ] Fatwa ini menunjukkan bahawa seorang ibu yang masih kafir boleh menerima korban si-anak atas dasar berlaku baik kepada kedua ibu-bapa, begitulah juga dengan jiran dan kaum keluarga yang masih tidak beriman. Islam membenarkan daging korban diberikan kepada orang kafir asalkan mereka tidak terlibat memerangi dan menzalimi orang-orang Islam. Termasuklah jiran-jiran kita yang kafir yang kita kenali dan bergaul dengan mereka, sudah tentu mereka tidak terlibat memerangi kita. Disini kami memetik fatwa bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin yang berkata :- "Adalah dibolehkan untuk memberi orang kafir daging korban atas nama sedekah selama mana orang kafir ini bukan dari kalangan mereka yang membunuh orang Islam. Jika mereka adalah salah seorang yang membunuh orang Islam maka tidak boleh diberikan mereka apa-apa, sebagaimana firman Allah swt :- 'Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.' [Surah : al-Mumtahanah 8-9]". - [Fataawa al-Shiekh Ibn Utsaimin, 2/663]. Kesimpulan yang boleh kita ambil ialah, dibenarkan memberi daging korban kepada orang kafir, samada mereka itu jiran, kaum keluarga kita, orang miskin dsb, selama-mana mereka tidak berperang menentang orang Islam. WA. wassalam.
  • 2. Syukur kepada Allah, kerana dalam akhbar Harakah , edisi 8-11 November( 1-4 Zulhijah 1431) ruangan agama bersama Dato Dr Haron Din( m/s= F8), ada membicarakan persoalan ini. Secara mudahnya, Dr Haron Din, mengatakan harus memberikan daging korban kepada orang bukan islam sama ada yang masih mentah atau yang sudah dimasak. Menurut Dr Haron Din lagi, Al-Quran secara umumnya tidak mengkhususkan kepada orang islam sahaja untuk diberikan daging korban. TAPI, yang diHARUSKAN ini ialah daging korban dan akikah yang bertaraf sunat sahaja, manakala yang bertaraf wajib ( kerana nazar) maka hukumnya haram. Saya kira penjelasan Dr Haron Din, yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS seddikit sebanyak mampu merungkai permasalahan ini kerana umum mengetahui kepakarannya dalam persoalan agama. Kenapa saya berkata sebegini? Sebab beberapa tahun yang lepas, ada beberapa orang ustaz ‘memfatwakan’ segala korban yang saya lakukan adalah sia-sia kerana diberi kepada bukan islam. Malah ada orang tertentu yang marahkan saya lantaran perbuatan saya itu. Sebenarnya, sebelum ini telah ada beberapa tokoh agama di Malaysia yang mengharuskan pemberian daging korban dan akikah kepada bukan islam. Antaranya ialah Dr Abdul Rahman Haqqi, seorang pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam( rujuk soal jawab agama Berita Harian, m/s=15 bertarikh 28 Mei 2006). Kata Dr Abd Rahman Haqqi, tiada dalil yang mengharamkan daging akikah( juga korban) daripada dimakan oleh bukan islam. Menurut beliau, Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab, seperti yang dipetik oleh al-Khatib al-Shirbini dalam kitabnya al-Iqna’, jilid II, m/s 244 mengharuskan pemberian daging korban sunat kepada orang- orang fakir ahli zimmah. Katakanlah Ali berniat melakukan korban kemudian dia masuk satu bahagian, ini kerana seekor lembu boleh dikongsikan tujuh orang. Biasanya lembu yang sihat dan cukup umur dan matang akan mencecah 100 kilogram (kg) lebih dagingnya sahaja. Bila dibahagikan kepada tujuh bahagian dapatlah setiap seorang dalam 15kg. Daging 15kg itu kalau mengikut saranan Nabi SAW hendaklah dibahagi tiga. Maka jadilah setiap bahagian 5kg. Mungkin juga 5kg kita ambil dan yang bakinya 10kg kita sedekah kepada orang ramai. Kalau kita bahagi 10kg kepada 10 orang maka seorang akan dapat satu kg, maksudnya agihan itu dapat diberikan kepada 10 orang atau lebih daripada itu, paling kurang pun dalam agihan jangan kurang daripada setengah kg. Persoalan ini saya timbulkan supaya kita dapat lihat adakah keperluan orang Islam dipenuhi? Bukan apa, khuatir dalam sibuk kita bincang hukum pemberian daging kepada orang bukan Islam, rupa-rupanya ada orang Islam yang tidak dapat merasakan daging korban. Dalam keadaan ini saya lebih cenderung kepada pendapat Mazhab al-Syafie, ini kerana demi memelihara manfaat raya korban itu sampai kepada falsafahnya. Sekiranya kita ingin menjaga perasaan jiran yang bukan beragama Islam, belikan daging untuknya dari pasar. Dan sekiranya ingin kita menjamu selepas daging korban itu dimasak adalah disarankan agar dibeli daging sekilo dua dari pasar untuk dimasakkan bersama daging korban. Ini adalah semata-mata untuk keluar daripada keraguan yang timbul. Dan harus juga diagihkan daging korban kepada golongan yang mempunyai ciri mualaf, iaitu cenderung dan jinak dengan agama Islam. Mudah-mudahan pengagihan itu dapat merapatkan lagi mualaf itu kepada Islam. Namun di bawah ini saya akan jelaskan hukum memberi daging korban kepada orang bukan Islam. Di dalam Kitab Kasyf al-Qina’ menyatakan Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasara. Mazhab Hambali pula mengharuskan memberi hadiah daging korban sunat kepada bukan Islam, tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka. Dalam al-Bajrimi dinyatakan tidak harus memberi makan daging korban kepada bukan Islam. Dinyatakan juga dalam Kitab al-Majmu’ disebutkan harus memberi makan daging korban sunat kepada fakir miskin ahli zimmah, tidak harus memberi mereka makan daging korban wajib. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama sepakat daging korban boleh diberi makan kepada fakir miskin Islam, namun mereka khilaf mengenai memberi makan daging korban kepada fakir miskin kafir ahli zimmah. Imam Hasan al-Basri memberi keringanan mereka memakannya. Abu Thur juga berpendapat demikian. Disebutkan juga Imam Malik lebih suka ia diberi makan kepada selain fakir miskin bukan Islam. Al-Lith menganggapnya makruh, namun berpendapat jika dimasak harus diberi makan kepada mereka berserta fakir miskin Islam.
  • 3. Ibnu Qudamah dalam al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir dan al-Syarbini dalam al-Iqna’ menyebutkan Mazhab Maliki berpendapat makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasrani. Mazhab Hambali, al-Hasan, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam, kafir zimmi daging korban sunat, tetapi daging korban wajib, seperti korban nazar tidak harus. Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah. Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam daging korban sunat atau wajib. Ibh Hazim dari Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan tuan punya korban boleh memberi makan kepada orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya. Berdasarkan pendapat itu, kesimpulan yang boleh dibuat: l Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada bukan Islam. l Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat. l Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib. l Semua ulama mazhab sepakat (ijma’) memberi atau memberi makan daging korban atau akikah wajib kepada bukan Islam adalah haram. Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafie saja yang berpendapat daging korban sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi atau diberi makan kepada bukan Islam. Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging korban sunat dan tidak harus jika korban wajib. KOMEN UST NAIM: 1.Namun tanpa khilaf adalah lebih baik untuk mendahulukan umat Islam dalam hal ini. 2.PARA ULAMA KONTEMPORARI BERKATA HARUS BERI PADA NON MUSLIM DARI KALANGAN JIRAN-JIRAN ATAU MEREKA YANG MISKIN. TAPI SUDAH TENTU, BERI KEPADA MUSLIM ADALAH LEBIH UTAMA. SELAMAT BERAMAL Adakah boleh daging dijamukan kepada orang kafir? Berkata Al-'Allâmah Ibnu Qasim AI-Ghazzi, pensyarah Matan Al-Taqrîb: "Orang yang membuat aqiqah itu memberi makan orang fakir miskin dan ia masakkan daging aqiqah itu dengan benda yang manis (seperti ia campurkan sedikit anggur kering atau madu) dan ia hadiahkan kepada orang fakir miskin dan jangan ia buat jamuan dan jangan ia pecahkan tulang aqiqah itu." Berkata Syeikh Al-Islam Al-Baijuri ketika mengulas Al-'Allâmah Ibnu Qasim Al-Ghazzi itu: "Jangan ia buat jamuan, maka janganlah ia jadikan aqiqah sebagai jamuan kenduri dan ia panggil orang padanya dan hendaklah orang fakir miskin itu orang Islam sebagaimana udhhiyyah dan diberikan kepada orang fakir miskin orang Islam." Maka menurut Syeikh Al-Islam Al-Baijuri dan lain-lain ulama adalah hukum daging aqiqah itu sama hukumnya dengan udhhiyyah wajib disedekah dan diberikan kepada orang Islam tidak kepada orang kafir. Sekarang orang-orang aqiqah dari binatang yang akan dibuat jamuan kenduri untuk jamuan dukhûl kahwin, padahal tujuan aqiqah itu supaya budak naik subur dengan lebih sempurna dan budak itu diharapkan ia memberi syafa 'at ibu bapanya pada Hari Kiamat dengan aqiqah itu, dan aqiqah itu suatu perkara sunat mu'akkadah yang sangat dipinta dan disuruh. Berkata Syeikh Al-Islam Al-Baijuri: "Sunat ( ) pada walimah jamuan kahwin dibuat apa yang sunat ( ) pada
  • 4. aqiqah kanak-kanak seperti dimasak benda-benda yang manis dan jangan dipecah-pecahkan tulang kambing jamuan itu, kerana mengambil sempena manis perangai isteri dan selamat anggota tubuhnya. Sekarang orang-orang jadikan aqiqah kanak-kanak jamuan kahwin, dipanggil orang-orang padanya. Maka adalah kelakuan itu aqiqah yang afdhal dan jamuan kahwin yang afdhal? Tentu afdhal tiada utama, jadi kurang sempurna aqiqah dan kurang sempurna jamuan kahwin itu. Maka menurut Syeikh Al-Islam Al-Baijuri Rahimahullah, maka daging aqiqah tiada sah diberi maka akan orang kafir. Negara asal : Brunei darussalam Negeri : Brunei Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam Penulis/Ulama : Pehin Datu seri maharaja Dato seri utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz Tarikh Diisu : 1985 Nota: 45/1985 Daging-daging qurban atau mana-mana bahagian daripadanya sama ada qurban wajib atau sunat yang disedekahkan kepada orang fakir miskin atau yang dihadiahkan kepada orang kaya itu adalah terhad kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Haram memberi, menghadiahkan atau menjual daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam, sekalipun fakir miskin itu terdiri daripada kafir zimmi (Matlak Al-Badrain: 81). Ini adalah disebabkan menyembelih binatang qurban itu adalah merupakan ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh sebab itu, sekiranya ada bahagian daging tersebut yang diberikan, dihadiahkan atau dijual kepada orang bukan Islam, maka wajib diganti dengan daging yang lain sekira-kira menyamai kadar berkenaan. Demikianlah penentuan hukum syarak berkenaan dengan daging qurban yang perlu kita ambil perhatian sepenuhnya semoga dengan demikian ibadat qurban yang kita lakukan itu diterima oleh Allah Subhanhu wa Ta‘ala. Sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic10_2000.htm