1. Semua organisma hidup
memerlukan makanan untuk terus
hidup. Tumbuh-tumbuhan membuat
makanan mereka sendiri dan
dimakan oleh haiwan. Binatang-
binatang ini kemudian menjadi
makanan bagi haiwan lain, maka
terhasillah rantai makanan.
Berpandukan contoh disebelah,
beluncas dan serangga makan
daun-daun tumbuhan. Serangga ini
seterusnya dimakan oleh burung
yang kemudian ditangkap oleh
kucing. Semua rantai makanan
bermula dengan matahari – dimana
tumbuhan memerlukan cahaya
untuk membuat makanan. Haiwan
yang makan tumbuhan sahaja
herbivor. Haiwan yang makan
haiwan lain dikenali sebagai
karnivor.
2. Haiwan mendapatkan tenaga dan
nutrien dengan memakan haiwan atau
tumbuh-tumbuhan yang lain.
Sebagai contoh
o beluncas makan daun
o burung kecil makan beluncas
o burung hantu makan burung
kecil
o Helang makan burung hantu
Hubungan antara haiwan dan
tumbuh-tumbuhan ini dikenali
sebagai rantaian makanan.
Hampir semua rantaian makanan
bermula dengan tumbuhan hijau.
3. Tumbuh-tumbuhan dikenali
sebagai pengeluar kerana
mereka membuat makanan
sendiri. Mereka adalah pada
permulaan rantaian makanan.
Haiwan yang dikenali
sebagai pengguna
kerana mereka makan
tumbuh-tumbuhan
dan haiwan yang lain.