1. KAJIAN TENTANG
KEPELBAGAIAN
DIALEK DAERAH
DALAM LAGU KURIK
KUNDI
NYANYIAN SITI
NURHALIZA
DISEDIAKAN OLEH :
NORHASNIRA BINTI JUSOH
NORZAHARIAH BINTI ABD MALEK
NORUAJEERAH BINTI ABU BAKAR
SITI HAJAR BINTI RUSLI
2.
3. • .
Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di
sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat
sebutan yang khas bagi daerah itu serta berbeza pula daripada
sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara itu.
Ciri yang menjadikan satu bahasa daerah berbeza daripada yang
lain :
a ) Kepelatan bunyi sebutan
b ) Gaya lagu sewaktu menuturkannya
c ) Perbezaan dari segi perkataan dan
ungkapan-ungkapan tertentu
Sebagai contoh, bagi perkataan pergi bentuk-bentuknya berubah
menjadi [pͻyi] di Negeri Sembilan, [pi] di Utara Malaysia Barat dan
[gi] di Negeri Kelantan; dan perkataan ikan pula, menjadi [ikaŋ] di
Terengganu dan [ikε] di Kelantan.
L
A
T
A
R
B
E
L
A
K
A
N
G
4. • Arked bermaksud laluan atau lorong berbumbung atau
bertutup dengan kedai-kedai kecil di kiri kanannya.
Lagu-lagu tradisional Melayu boleh dibahagikan kepada dua
genre dan istilah, iaitu lagu-lagu asli dan lagu-lagu rakyat.
Penjenisan itu mungkin berdasarkan khalayak pendengar dan
penciptanya, yang melibatkan dua golongan iaitu “istana” dan
“rakyat”.
Lagu-lagu asli dianggap sebagai hasil daripada budaya yang
lebih tersusun, terarah, dipimpin, dan dimaksudkan untuk
kalangan masyarakat istana atau terpelajar.
Lagu- lagu itu telah mantap dari segi irama, lirik atau seni kata
dan dengan judul yang terkenal seperti Seri Mersing, Mak Inang
dan sebagainya. Ruang penyebarannya cukup luas, bukan
sahaja bersifat kebangsaan malah serantau.
D
E
F
I
N
I
S
I
K
O
N
S
E
P
5. OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti dan mengelaskan jenis-jenis dialek daerah yang terdapat dalam
lagu kurik kundi.
Menjelaskan maksud perkataan-perkataan dalam dialek daerah tersebut.
Membandingkan penggunaan dialek-dialek daerah tersebut dengan bahasa
Melayu baku.
6. KEPENTINGAN KAJIAN
Untuk menambahkan pengetahuan mengenai jenis-jenis dialek daerah di dalam
beberapa buah negeri di Malaysia
Untuk dijadikan panduan dalam aspek komunikasi antara masyarakat yang
berlainan dialek
Untuk menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan dialek-dialek daerah
di Malaysia
7. SKOP KAJIAN
Fokus kajian adalah berkaitan dengan jenis-jenis dialek yang terdapat dalam lagu
Kurik Kundi. Hal ini berkaitan dengan aspek vokal dalam dialek daerah tersebut
Kajian ini turut dijalankan untuk mengetahui maksud penggunaan istilah dialek
yang digunakan.
Kajian ini juga dilaksanakan untuk membandingkan penggunaan dialek-dialek
daerah tersebut dengan bahasa Melayu baku.
8. BATAS KAJIAN
Kajian ini berdasarkan sebutan bahasa-bahasa dialek yang
dituturkan oleh informen dari negeri Kedah, Perak, Negeri
Sembilan, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Kajian ini berasaskan golongan informen yang datang
daripada golongan berpendidikan dan tidak berpendidikan
Kelainan pengucapan dalam negeri-negeri tersebut
diperhatikan daripada intonasi ayat.
10. KAJIAN
KEPUSTAKAAN
Melalui kaedah ini, pengkaji telah mengunjungi
Perpustakaan Awam di bandar Permaisuri untuk
menjalankan penyelidikan dengan cara merujuk buku
rujukan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Di
samping itu, pengkaji turut menggunakan kemudahan
Information Communication of Technology (ICT) dengan
melayari laman sesawang berkaitan kajian yang
dijalankan.
11. TEMU BUAL
Melalui kaedah temu bual secara tidak
formal, pengkaji telah menemu bual orang
persendirian untuk mendapatkan maklumat
yang berkaitan dengan skop kerja kursus.
KAJIAN
LAPANGAN
13. DAPATAN KAJIAN
•Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh
sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
DAERAH CONTOH
KEDAH hang, depa
PERAK memikio, maghi
NEGERI SEMBILAN boghadat, bobudi
KELANTAN kucar lembe, napok
SABAH bubut, limpas
SARAWAK madah, kame
A ) Pengelasan jenis-jenis dialek daerah yang terdapat dalam lagu kurik kundi.
14. Dialek Negeri Sembilan merupakan bahasa daerah yang
mempunyai pelbagai perbezaan dan kelainan dari segi cara
pengucapan dialek dalam kelompok tertentu walaupun
terdapat ciri-ciri kesamaan.
Dialek Kelantan pula dituturkan oleh penduduk yang
mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Terengganu,
Kelantan-Pahang, dan juga beberapa daerah dalam wilayah
Selatan Thailand seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan
Patani untuk menyampaikan maklumat penting.
Dialek bahasa Melayu Sabah ialah bahasa Melayu yang ditutur
oleh masyarakat di Sabah.
Dialek Sarawak atau bahasa Melayu Sarawak ialah bahasa
daerah yang digunakan oleh penduduk yang berbangsa melayu
di Sarawak dalam perbualan seharian.
15. Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku
Kedah Hang
Depa
Kamu/ Depa
Mereka
Contoh :
Hang dok pi hang dok mai
Maksud dalam bahasa melayu baku :
Kamu tidak pergi kamu tidak datang
Jadual 1 : Dialek Daerah Kedah
B ) Maksud perkataan-perkataan dalam dialek daerah
16. Contoh :
Bunyinyo tidoklah serupe
Maksud dalam bahasa baku :
Bunyinya tidaklah serupa
Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku
Perak Maghi
Serupe
Mari
Serupa
Jadual 2 : Dialek Daerah Perak
17. Contoh :
Yo sungguh yo bonar
Maksud dalam bahasa baku :
Ya betul ya benar
Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku
Negeri Sembilan Yo sungguh
Yo bonar
Ya / betul sungguh
Ya / betul benar
Jadual 3 : Dialek Daerah Negeri Sembilan
18. Contoh :
Teghtek teghning oghe kito
Maksud dalam bahasa baku :
Sopan santun orang kita.
Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku
Kelantan Teghtek teghning
Oghe
Sopan santun
orang
Jadual 4 : Dialek Daerah Kelantan
19. Contoh :
Lalu limpas siring semalu
Maksud dalam bahasa baku :
Lalu tepi semalu.
Negeri Istilah Perkataan Bahasa Melayu Baku
Sabah Limpas
Siring
Lepas/ Tumpang Lalu
Tepi
Jadual 5 : Dialek Daerah Sabah
20. Contoh :
Kame’ nyambut madah tuan hulurkan
Maksud dalam bahasa baku :
Saya sambut kata yang tuan hulurkan
Negeri Istilah perkataan Bahasa melayu baku
Sarawak Madah
Kame’
Kata
Saya
Jadual 6 : Dialek Daerah Sarawak
21. Perbandingan Penggunaan Dialek-dialek Daerah
Dengan Bahasa Melayu Baku
C )
Sistem vokal dalam dialek Kelantan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu vokal
kardinal primer dan vokal kardinal sekunder.
Vokal kardinal primer terdiri daripada dua iaitu [ê] dan [a], manakala vokal
kardinal sekunder terdiri daripada [i], [e], [ĕ], [u], [o], [ô].
Cara penyebutan vokal [i], [e], [u] dan [o] dalam lingkungan sistem fonologi
subdialek tidak banyak berbeza dengan cara penyebutan dalam bahasa Melayu
baku.
22. Dialek Kelantan Bahasa Melayu Baku
sapô siapa
kitô kita
Vokal [a] yang terdapat pada akhir perkataan dalam bahasa
Melayu baku adalah sejajar dengan vokal [ô] dalam subdialek
Kelantan. Contoh penggunaannya dalam perkataan ialah:
23. Dialek Kelantan Bahasa Melayu Baku
Oghê orang
Jangê jangan
Vokal [a] yang diikuti dengan konsonan nasal dalam
suku kata akhir tertutup bahasa baku akan digantikan
dengan vokal [ê] dalam subdialek Kelantan. Contohnya:
24. Dalam dialek Kedah kewujudan rangkap vokal ditangani melalui tiga
cara, iaitu diftongisasi, ambisilabifikasi dan peleburan. Seperti dialek Johor,
diftongisasi menjadikan rangkap vokal [ai] dan [au] di lingkungan akhir
kata muncul sebagai diftong [ai]. Contohnya, kata /mai/ direalisasikan di
peringkat permukaan sebagai [mai].
Dialek Perak menggunakan strategi peleburan. Misalnya, kata /serupe/
direalisasikan sebagai [serupε], manakala kata /ape/ muncul sebagai [apε].
25. Bagi negeri Sembilan, bunyi-bunyi vokal [i], [e], [a], [u] dan [ә] terdapat di awal,
di tengah, dan di hujung kata dalam dialek, manakala bunyi-bunyi vokal [e] dan
[o] hanya terdapat di tengah dan di akhir kata.
Contoh :
Tengah : /bͻnar/ ‘benar’
/bͻbudi/ ‘berbudi’
Akhir : /yͻ/ ‘ya’
/katͻ/ ‘kata’
Penggunaan vokal dan konsonan dalam dialek daerah bagi negeri Sabah dan
Sarawak pula tidak ditunjukkan secara menyeluruh kerana istilah dialek yang
digunakan kebanyakannya mempunyai maksud yang berbeza dalam bahasa baku.
26. R
u
m
u
s
a
n
Dapatlah dirumuskan bahawa dialek-
dialek daripada sesuatu bahasa itu
mempunyai ciri persamaan dan juga
perbezaan. Ciri persamaan itu
dibuktikan dengan kenyataan bahawa
kesemua dialek tersebut mempunyai
kekangan yang sama dalam sistem
nahu masing-masing, manakala ciri
perbezaan pula dibuktikan dengan
kenyataan bahawa setiap dialek itu
mempunyai tatatingkat kekangan yang
tersendiri dan berbeza antara satu sama
lain.
27. PENUTUP
Berdasarkan hasil kajian di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa dialek yang digunakan dalam
lagu Kurik Kundi merupakan suatu variasi bahasa
yang unik. Sebenarnya, setiap dialek mempunyai
ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek
merupakan satu disiplin bahasa yang sangat
kompleks untuk dikaji.