SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
PEMBELAJARAN
BERASASKAN ELEKTRONIK
DAN WEB
TUGASAN 3: Kajian Tinjauan

NAMA : MUHAMMAD FIRDAUS BIN OMAR
NO MATRIK : M20121000532
PENSYARAH : PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF HAJI GAPOR
KOD KURSUS : KPT 6044
Mengkaji Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan
Guru Sebuah Sekolah Luar Bandar Daerah Hilir Perak.

1.0 Pendahuluan
Pada masa kini, pendidikan merupakan elemen yang penting dalam
mewujudkan modal insan yang berfikiran kelas pertama. Pendidikan merupakan
wadah dalam melahirkan individu yang dapat berkembang secara menyeluruh. Ini
bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. (USM, 2007)
Dalam merealisasikan hasrat FPK ini, guru merupakan agen penggerak yang
memainkan peranan penting dalam proses penyampaian ilmu. Guru hendaklah bijak
dalam merancang dan menyusun aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar
bertepatan dengan tahap kognitif murid. Perancangan aktiviti yang menarik dan
kondusif mampu meningkatkan minat murid untuk menimba ilmu. Pelbagai strategi
boleh

digunakan

pembelajaran.

oleh

guru

dalam melaksanakan

aktiviti

pengajaran

dan
Ledakan kemodenan teknologi telah banyak memberi impak dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan di Malaysia. Dunia pendidikan
pada masa kini telah mengalami perubahan yang amat ketara kesan perkembangan
pesat globalisasi pengdemokrasian pendidikan melalui teknologi

dalam usaha

membentuk sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan pesat yang telah
berlaku dalam jangka masa yang agak singkat banyak member peluang kepada
masyarakat untuk menerokai bidang tenologi maklumat. Selaras dengan itu bidang
pendidikan juga tidak lari dari arus gelombang teknologi maklumat dan komunikasi.
Jika dilihat pada peringkat sekolah, penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) merupakan satu langkah yang bijak dalam mengurangkan
penggunaan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar. Penggunaan TMK juga
menggalakkan murid untuk melakukan pembelajaran secar kreatif dan melakukan
eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Murid juga di beri
peluang untuk belajar secar akses kendiri, melalui bimbingan dan sesuai mengikut
kebolehan mereka.
2.0

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam kalangan guru sebuah sekolah luar bandar daerah Hilir Perak.
Kajian ini juga adalah bertujuan untuk mengenalpasti :
I.

Kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah – sekolah.

II.

Kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah .
III.

Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah

3.0

SAMPEL KAJIAN
Responden terdiri 12 guru sekolah rendah di sebuah sekolah daerah Hilir

Perak.
4.0

INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian adalah soalan soal – selidik, soalan temubual dan pemerhatian.

Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada
responden mengenai kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi
dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.0

DAPATAN KAJIAN PENGGUNAAN

5.1

Kajian Penggunaan Professional Amalan Penggunaan Media Elektronik

di Sekolah (e-Pembelajaran)
e-pembelajaran membawa maksud penggunaan teknologi dalam pelajaran. epembelajaran meliputi pelbagai aspek. Ini merupakan satu kaedah pembelajaran
yang baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Maklumat seperti nota dan tugasan
yang diperlukan akan dihantar melauli emel elektronik dan menggunakan Compact
Disc Read Only Memory (CD ROM). Pelbagai tafsiran telah diberikan kepada
maksud

e-pembelajaran.

Haughey

dan

Anderson

(1998)

menyatakan

e-pembelajaran ialah pembelajaran secara rangkaian. Menurut Rosmah, Rasidah,
Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran
tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar
tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung
secara berterusan.
e-pembelajaran yang telah dilaksanakan di sekolah memberi impak yang
sangat hebat kepada orgaisasi sekolah serta murid-murid. Proses pembelajaran,
pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan sepanjang masa tanpa
had masa. Pembangunan blog dan juga laman web sekolah banyak member faedah
dan kemudahan kepada pihak pentadbiran dan juga murid serta ibu bapa dalam
memantau setiap pergerakan sekolah. Melalui e-pembelejaran juga

seseorang

murid akan mula meneroka dunia tanpa sempadan untuk mencari maklumat
selanjutnya dan membina pengetahuan baru. Aktiviti pembelajaran juga dapat di
lakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi yang telah sedia ada
dibekalkan oleh pihak kementerian. Antaranya FROG Virtual Learning Environment
(VLE), EZ-Learning dan lain-lain kemudahan. Terdapat pelbagai pautan yang telah
disediakan di dalam aplikasi yang dibekalkan. Murid dan guru dapat menggunakan
pautan untuk mengaplikasi sebarang web yang telah disediakan.
Penggunaan e-pembelajaran memberi kemudahan kepada guru dan murid
dalam perkongsian idea secara jarak jauh.murid menggunakan kelebihan ini untuk
meneroka alam siber yang mampat dengan informasi terkini. Motivasi murid juga
dilihat bertambah dengan menggunakan e-pembelajaran. Murid memberi sepenuh
perhatian terhadap aplikasi teknologi baru yang digunakan oleh guru.
Penggunaan media tradisional pada masa kini sudah mula digantikan bagi
membolehkan pelajar bergerak searus dengan kemodenan pada masa kini. Secara
umum, pembelajaran masa kini dilihat daripada perspektif yang lebih luas yang
mana penggunaan teknologi, terutamanya Internet. Penggunaan ICT telah banyak
mengubah rentak dan gaya pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah epembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan, iaitu sekolah
rendah, sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadi dominan
penting dalam pembelajaran masa kini.
5.2

Kajian Penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) dalam

pengajaran dan pembelajaran
Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan satu elemen yang tidak
dapat dipisahkan dengan cara

pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.

menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen
komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang
kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya
berjaya. Ketiga-tiga komponen ini memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan penggunaan teknologi yang berkesan. Teknologi maklumat dan
komunikasi merupakan teknologi yang digunakan dalam mengumpul sesuatu
maklumat dan menganalisis meklumat untuk digunakan dalam pelbagai bentuk yang
lain seperti teks, animasi dan lain-lain lagi.
Seharusnya murid dan guru khususnya menguasai kemahiran penggunaan
ICT dengan berkesan. Penggunaan ICT tidak melengkapi tiga komponen yang telah
diterangkan di atas adalah merupakan satu contoh penggunaan ICT yang tidak
berkesan. Guru seharusnya melengkapkan diri dengan kemahiran literasi komputer.
Chakrabarty (1979), menyatakan bahawa literasi komputer ialah mempelajari cara
menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat
menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer.
Ledakan ICT pada masa kini memberi cabaran yang amat besar terhadap
profesion pendidikan. Guru dan murid perlulah sentiasa melengkapkan diri dengan
perkembangan

yang

baru

berkaitan

ICT.

Murid

hendaklah

mahir

dalam

menggunakan ICT untuk menerajui arus kemodenan pada masa akan datang. Oleh
itu, setiap pelajar mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah
satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke – 21. Segalanya ada di dalam
dunia maya.
Penggunaan

ICT

disekolah

mendapat

sambutan

yang

amat

memberangsangkan. Guru dilihat banyak menggunakan ICT dalam membentuk
persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan berkesan. ICT yang digunakan
diperingkat

sekolah

merangkumi

pelbagai

aspek

seperti

menggunakan

persembahan slaid, video, audio, LCD projektor dan lain-lain kemudahan ICT.
Penggunaan ICT di sekolah ini dapat mengurangkan kos bahan resos dan lebih
membantu guru dalam mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat realistik.
Guru banyak menggunakan ICT untuk menunjukkan sesuatu yang mustahil
untuk di perlihatkan kepada murid. Sebagai contoh peredaran bumi dan matahari.
Dengan adanya ICT, murid dapat melihat dengan lebih jelas sesuatu yang mustahil
bagi guru untuk lakukan. Murid juga dapat melakukan pembelajaran secara kendiri
dengan menggunakan pelbagai kemudahan ICT yang dibekalkan oleh pihak
kementerian.
Persembahan powerpoint juga kerap kali digunakan untuk memudahkan
tugas guru dalam menerangkan sesuatu perkara. Murid juga dilihat memberi reaksi
yang positif ketika guru mengajar menggunakan persembahan power point. Fitur-
fitur yang terdapat dalam persembahan powerpoint menarik perhatian murid untuk
terus kekal dalam posisi belajar. Murid menunjukkan sikap yang positif ketika
belajar. Secara tidak langsung hal ini membantu guru untuk merangsang dan
mendorong murid untuk terus belajar. Ini dikuatkan lagi melalui Kajian oleh Zulkifli
dan Raja Maznah (1994), yang mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting
untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa-apa sahaja.
Penggunaan ICT di sekolah dilihat banyak memberi impak yang positif dalam
diri murid.
“Saya suka belajar guna ICT. Seronok cikgu.” (Harith)
Murid dilihat banyak memberi tumpuan dan memberi reaksi dengan
bertanyakan soalan secara aktif.
5.3

Pemahaman mengenai ICT

5.3.1 Guru
Hasil kajian mendapati hampir 90% orang guru menggunakan kemudahan
teknologi dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Mereka
berpendapat penggunaan ICT dalam membina Item bahan pengajaran banyak
membantu dan masa serta wang mereka. Mereka juga bersetuju sekiranya bahan
pengajaran dan pembelajaran lebih banyak di jalankan menggunakan ICT.
5.3.2 Murid
Hasil kajian mendapati lebih daripada separuh orang murid amat bersetuju
sekiranya aktiviti P&P dijalankan menggunakan ICT. Mereka lebih mudah faham dan
amat seronok ketika aktiviti dilaksanakan. Mereka juga menunjukkan mimik muka
yang gembira ketika aktivit P&P dilaksanakan menggunakan ICT.
5.4

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

5.4.1 Guru
Tidak selalu menggunakan kemudahan ICT dan hanya digunakan untuk
sesetengah tajuk danisi pelajaran yang dirasakan perlu sahaja. Ada juga diantara
mereka yang menggunakan kemudahan ICT sebulan sekali ekoran daripada
kemudahan ICT yang hanya dibekalkan di bilik tayang sahaja dan penggunaan bilik
itu adalah terhad mengikut jadual yang telah ditetapkan.
5.4.2 Murid
Murid jarang menggunakan kemudahan ICT di sekolah. Kemudahan ICT di
sekolah juga tidak mencukupi dan murid terpaksa berkongsi komputer untuk belajar.
Software yang digunakan juga tidak dapat menampung kehendak pembelajaran
pada masa kini. Hampir 50% orang murid menyatakan bahawa mereka tidak puas
ketika menggunakan peralatan ICT di sekolah.
5.5

Sumber yang guru selalu gunakan

Laptop sendiri, LCD ,CD, tayangan video di bilik tayangan.
5.6

Penggunaan ICT dan kesesuaian dengan isi pelajaran
Hampir semua guru iaitu 95% bersetuju mengatakan bahawa tidak semua

topik dalam mata pelajaran boleh diajar menggunakan peralatan ICT. Ini kerana,
mereka juga perlu mengikut tahap murid yang mereka ajar.
5.7

Kelebihan
Kesemua orang guru (100%) bersetuju bahawa ICT dapat menarik minat

murid untuk belajar kerana banyak aplikasi dalam ICT yang boleh memberikan
tarikan kepada mereka supaya sentiasa memberi perhatian kepada tajuk yang
diajar.
Semua murid juga bersetuju (100%) bahawa penggunaan ICT banyak
membantu mereka dalam memahami topik yang agak sukar.
5.8

Kelemahan
ICT juga kadang-kadang dilihat memberi masalah kepada guru dan murid. Ini

kerana, kekangan masa dalam memasang alatan kadangkala memberi impak
negatif kepada aktiviti P&P.
5.9 Masalah
Masalah yang paling ketara dihadapi ialah kekurangan peralatan ICT seperti
makmal komputer yang tiada kelengkapan komputer yang mencukupi di dalamnya.
Kebanyakan guru juga mengatakan mereka kurang kemahiran dalam menggunakan
peralatan ICT. Mereka terpaksa meminta bantuan guru lain untuk memasang
peralatan ICT ketika hendak menggunakannya. Ini membebankan dan mengambil
masa yang agak lama.
6.0

RUMUSAN
Daripada

kajian

yang

telah

dilaksanakan,

dapat

dikatakan

bahawa

penggunaan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya
sentiasa bersedia dan mengubah cara pengajaran meraka. Maka,setiap kekangan
yang ada haruslah di atasi dengan segera. Pihak yang berkuasa haruslah
menyelesaikan setiap permasalahan yang ada terutamanya di kawasan sekolah luar
bandar. Kelengkapan ICT bagi murid luar Bandar juga hendaklah dititikberatkan.
Dengan cara ini, semua pihak akan dapat merasakan manfaat dan kelebihan dalam
mendapatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif, menarik
dan berkesan.
7.0

RUJUKAN

Penerbit USM. (2007). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diperoleh November 21,
2013,daripada http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php
Stockley, D. (2003). E-learning Definition and Explanation (E-learning, Online
Training,

Online

Learning),

Nov

23,

2013,

http://derekstockley.com.au/elearning-definition.html
Gilbert, J. (2001). Leveraging Effective ICT Strategies for Sustainable Development.
Workshop on Sectoral Planning for Information Technology. Pembentangan di
Regional Initiative for Information and Communication Technology Strategies
Conference 2001, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Malaysia,
24-26 July 2001.
Jaya Kumar (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Sekolah-Sekolah Malaysia, Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Contenu connexe

Tendances

Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukieMohd Dasuki
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PShah Awang
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN Maryam Fadil
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.Nor Rani Othman
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agama
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran AgamaPerisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agama
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agamamawar ungu
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestariNur Iza
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentationNor Aminah
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIrma Gurlz
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 

Tendances (19)

Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.peranan guru dalam ict di sekolah.
peranan guru dalam ict di sekolah.
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agama
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran AgamaPerisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agama
Perisian Komputer & Aplikasi ICT dalam Pengajaran Agama
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP MatematikIsu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
Isu Penggunaan Teknologi dalam PdP Matematik
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 

Similaire à tugasan 3 kajian tinjauan

Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikEi Mans
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...NURUL HUDA
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
Final intraksi 8
Final intraksi 8Final intraksi 8
Final intraksi 8suryanaupsi
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 
Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahMazliza Maz
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP Izawati Saat
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 

Similaire à tugasan 3 kajian tinjauan (20)

Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
Final intraksi 8
Final intraksi 8Final intraksi 8
Final intraksi 8
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarah
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 

tugasan 3 kajian tinjauan

  • 1. PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3: Kajian Tinjauan NAMA : MUHAMMAD FIRDAUS BIN OMAR NO MATRIK : M20121000532 PENSYARAH : PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF HAJI GAPOR KOD KURSUS : KPT 6044
  • 2. Mengkaji Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sebuah Sekolah Luar Bandar Daerah Hilir Perak. 1.0 Pendahuluan Pada masa kini, pendidikan merupakan elemen yang penting dalam mewujudkan modal insan yang berfikiran kelas pertama. Pendidikan merupakan wadah dalam melahirkan individu yang dapat berkembang secara menyeluruh. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (USM, 2007) Dalam merealisasikan hasrat FPK ini, guru merupakan agen penggerak yang memainkan peranan penting dalam proses penyampaian ilmu. Guru hendaklah bijak dalam merancang dan menyusun aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar bertepatan dengan tahap kognitif murid. Perancangan aktiviti yang menarik dan kondusif mampu meningkatkan minat murid untuk menimba ilmu. Pelbagai strategi boleh digunakan pembelajaran. oleh guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
  • 3. Ledakan kemodenan teknologi telah banyak memberi impak dalam proses pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan di Malaysia. Dunia pendidikan pada masa kini telah mengalami perubahan yang amat ketara kesan perkembangan pesat globalisasi pengdemokrasian pendidikan melalui teknologi dalam usaha membentuk sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan pesat yang telah berlaku dalam jangka masa yang agak singkat banyak member peluang kepada masyarakat untuk menerokai bidang tenologi maklumat. Selaras dengan itu bidang pendidikan juga tidak lari dari arus gelombang teknologi maklumat dan komunikasi. Jika dilihat pada peringkat sekolah, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan satu langkah yang bijak dalam mengurangkan penggunaan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar. Penggunaan TMK juga menggalakkan murid untuk melakukan pembelajaran secar kreatif dan melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Murid juga di beri peluang untuk belajar secar akses kendiri, melalui bimbingan dan sesuai mengikut kebolehan mereka. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sebuah sekolah luar bandar daerah Hilir Perak. Kajian ini juga adalah bertujuan untuk mengenalpasti : I. Kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah. II. Kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah .
  • 4. III. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah 3.0 SAMPEL KAJIAN Responden terdiri 12 guru sekolah rendah di sebuah sekolah daerah Hilir Perak. 4.0 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian adalah soalan soal – selidik, soalan temubual dan pemerhatian. Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5.0 DAPATAN KAJIAN PENGGUNAAN 5.1 Kajian Penggunaan Professional Amalan Penggunaan Media Elektronik di Sekolah (e-Pembelajaran) e-pembelajaran membawa maksud penggunaan teknologi dalam pelajaran. epembelajaran meliputi pelbagai aspek. Ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan akan dihantar melauli emel elektronik dan menggunakan Compact Disc Read Only Memory (CD ROM). Pelbagai tafsiran telah diberikan kepada maksud e-pembelajaran. Haughey dan Anderson (1998) menyatakan e-pembelajaran ialah pembelajaran secara rangkaian. Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar
  • 5. tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. e-pembelajaran yang telah dilaksanakan di sekolah memberi impak yang sangat hebat kepada orgaisasi sekolah serta murid-murid. Proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan sepanjang masa tanpa had masa. Pembangunan blog dan juga laman web sekolah banyak member faedah dan kemudahan kepada pihak pentadbiran dan juga murid serta ibu bapa dalam memantau setiap pergerakan sekolah. Melalui e-pembelejaran juga seseorang murid akan mula meneroka dunia tanpa sempadan untuk mencari maklumat selanjutnya dan membina pengetahuan baru. Aktiviti pembelajaran juga dapat di lakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi yang telah sedia ada dibekalkan oleh pihak kementerian. Antaranya FROG Virtual Learning Environment (VLE), EZ-Learning dan lain-lain kemudahan. Terdapat pelbagai pautan yang telah disediakan di dalam aplikasi yang dibekalkan. Murid dan guru dapat menggunakan pautan untuk mengaplikasi sebarang web yang telah disediakan. Penggunaan e-pembelajaran memberi kemudahan kepada guru dan murid dalam perkongsian idea secara jarak jauh.murid menggunakan kelebihan ini untuk meneroka alam siber yang mampat dengan informasi terkini. Motivasi murid juga dilihat bertambah dengan menggunakan e-pembelajaran. Murid memberi sepenuh perhatian terhadap aplikasi teknologi baru yang digunakan oleh guru. Penggunaan media tradisional pada masa kini sudah mula digantikan bagi membolehkan pelajar bergerak searus dengan kemodenan pada masa kini. Secara umum, pembelajaran masa kini dilihat daripada perspektif yang lebih luas yang mana penggunaan teknologi, terutamanya Internet. Penggunaan ICT telah banyak
  • 6. mengubah rentak dan gaya pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah epembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan, iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadi dominan penting dalam pembelajaran masa kini. 5.2 Kajian Penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan satu elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan cara pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Ketiga-tiga komponen ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan penggunaan teknologi yang berkesan. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang digunakan dalam mengumpul sesuatu maklumat dan menganalisis meklumat untuk digunakan dalam pelbagai bentuk yang lain seperti teks, animasi dan lain-lain lagi. Seharusnya murid dan guru khususnya menguasai kemahiran penggunaan ICT dengan berkesan. Penggunaan ICT tidak melengkapi tiga komponen yang telah diterangkan di atas adalah merupakan satu contoh penggunaan ICT yang tidak berkesan. Guru seharusnya melengkapkan diri dengan kemahiran literasi komputer. Chakrabarty (1979), menyatakan bahawa literasi komputer ialah mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer.
  • 7. Ledakan ICT pada masa kini memberi cabaran yang amat besar terhadap profesion pendidikan. Guru dan murid perlulah sentiasa melengkapkan diri dengan perkembangan yang baru berkaitan ICT. Murid hendaklah mahir dalam menggunakan ICT untuk menerajui arus kemodenan pada masa akan datang. Oleh itu, setiap pelajar mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke – 21. Segalanya ada di dalam dunia maya. Penggunaan ICT disekolah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Guru dilihat banyak menggunakan ICT dalam membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan berkesan. ICT yang digunakan diperingkat sekolah merangkumi pelbagai aspek seperti menggunakan persembahan slaid, video, audio, LCD projektor dan lain-lain kemudahan ICT. Penggunaan ICT di sekolah ini dapat mengurangkan kos bahan resos dan lebih membantu guru dalam mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat realistik. Guru banyak menggunakan ICT untuk menunjukkan sesuatu yang mustahil untuk di perlihatkan kepada murid. Sebagai contoh peredaran bumi dan matahari. Dengan adanya ICT, murid dapat melihat dengan lebih jelas sesuatu yang mustahil bagi guru untuk lakukan. Murid juga dapat melakukan pembelajaran secara kendiri dengan menggunakan pelbagai kemudahan ICT yang dibekalkan oleh pihak kementerian. Persembahan powerpoint juga kerap kali digunakan untuk memudahkan tugas guru dalam menerangkan sesuatu perkara. Murid juga dilihat memberi reaksi yang positif ketika guru mengajar menggunakan persembahan power point. Fitur-
  • 8. fitur yang terdapat dalam persembahan powerpoint menarik perhatian murid untuk terus kekal dalam posisi belajar. Murid menunjukkan sikap yang positif ketika belajar. Secara tidak langsung hal ini membantu guru untuk merangsang dan mendorong murid untuk terus belajar. Ini dikuatkan lagi melalui Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994), yang mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa-apa sahaja. Penggunaan ICT di sekolah dilihat banyak memberi impak yang positif dalam diri murid. “Saya suka belajar guna ICT. Seronok cikgu.” (Harith) Murid dilihat banyak memberi tumpuan dan memberi reaksi dengan bertanyakan soalan secara aktif. 5.3 Pemahaman mengenai ICT 5.3.1 Guru Hasil kajian mendapati hampir 90% orang guru menggunakan kemudahan teknologi dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Mereka berpendapat penggunaan ICT dalam membina Item bahan pengajaran banyak membantu dan masa serta wang mereka. Mereka juga bersetuju sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran lebih banyak di jalankan menggunakan ICT.
  • 9. 5.3.2 Murid Hasil kajian mendapati lebih daripada separuh orang murid amat bersetuju sekiranya aktiviti P&P dijalankan menggunakan ICT. Mereka lebih mudah faham dan amat seronok ketika aktiviti dilaksanakan. Mereka juga menunjukkan mimik muka yang gembira ketika aktivit P&P dilaksanakan menggunakan ICT. 5.4 Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran 5.4.1 Guru Tidak selalu menggunakan kemudahan ICT dan hanya digunakan untuk sesetengah tajuk danisi pelajaran yang dirasakan perlu sahaja. Ada juga diantara mereka yang menggunakan kemudahan ICT sebulan sekali ekoran daripada kemudahan ICT yang hanya dibekalkan di bilik tayang sahaja dan penggunaan bilik itu adalah terhad mengikut jadual yang telah ditetapkan. 5.4.2 Murid Murid jarang menggunakan kemudahan ICT di sekolah. Kemudahan ICT di sekolah juga tidak mencukupi dan murid terpaksa berkongsi komputer untuk belajar. Software yang digunakan juga tidak dapat menampung kehendak pembelajaran pada masa kini. Hampir 50% orang murid menyatakan bahawa mereka tidak puas ketika menggunakan peralatan ICT di sekolah. 5.5 Sumber yang guru selalu gunakan Laptop sendiri, LCD ,CD, tayangan video di bilik tayangan.
  • 10. 5.6 Penggunaan ICT dan kesesuaian dengan isi pelajaran Hampir semua guru iaitu 95% bersetuju mengatakan bahawa tidak semua topik dalam mata pelajaran boleh diajar menggunakan peralatan ICT. Ini kerana, mereka juga perlu mengikut tahap murid yang mereka ajar. 5.7 Kelebihan Kesemua orang guru (100%) bersetuju bahawa ICT dapat menarik minat murid untuk belajar kerana banyak aplikasi dalam ICT yang boleh memberikan tarikan kepada mereka supaya sentiasa memberi perhatian kepada tajuk yang diajar. Semua murid juga bersetuju (100%) bahawa penggunaan ICT banyak membantu mereka dalam memahami topik yang agak sukar. 5.8 Kelemahan ICT juga kadang-kadang dilihat memberi masalah kepada guru dan murid. Ini kerana, kekangan masa dalam memasang alatan kadangkala memberi impak negatif kepada aktiviti P&P. 5.9 Masalah Masalah yang paling ketara dihadapi ialah kekurangan peralatan ICT seperti makmal komputer yang tiada kelengkapan komputer yang mencukupi di dalamnya. Kebanyakan guru juga mengatakan mereka kurang kemahiran dalam menggunakan peralatan ICT. Mereka terpaksa meminta bantuan guru lain untuk memasang peralatan ICT ketika hendak menggunakannya. Ini membebankan dan mengambil masa yang agak lama.
  • 11. 6.0 RUMUSAN Daripada kajian yang telah dilaksanakan, dapat dikatakan bahawa penggunaan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya sentiasa bersedia dan mengubah cara pengajaran meraka. Maka,setiap kekangan yang ada haruslah di atasi dengan segera. Pihak yang berkuasa haruslah menyelesaikan setiap permasalahan yang ada terutamanya di kawasan sekolah luar bandar. Kelengkapan ICT bagi murid luar Bandar juga hendaklah dititikberatkan. Dengan cara ini, semua pihak akan dapat merasakan manfaat dan kelebihan dalam mendapatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif, menarik dan berkesan.
  • 12. 7.0 RUJUKAN Penerbit USM. (2007). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diperoleh November 21, 2013,daripada http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php Stockley, D. (2003). E-learning Definition and Explanation (E-learning, Online Training, Online Learning), Nov 23, 2013, http://derekstockley.com.au/elearning-definition.html Gilbert, J. (2001). Leveraging Effective ICT Strategies for Sustainable Development. Workshop on Sectoral Planning for Information Technology. Pembentangan di Regional Initiative for Information and Communication Technology Strategies Conference 2001, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Malaysia, 24-26 July 2001. Jaya Kumar (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia, Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia.