SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
Télécharger pour lire hors ligne
GE 2153

               TEKNOLOGI PENDIDIKAN



                     TUGASAN :

                   ESEI KUMPULAN



                       TAJUK :

PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK GOLONGAN BERMASALAH
                 PENDENGARAN



                   NAMA PELAJAR :

     NIK NURHIDAYAH BINTI NIK AZHAR (A 138251)

           AZNURI BINTI ADANAN (A 136354)

  SITI ZARIFATUL AZIMAH BINTI HAJI ISMAIL (A 138752)



                 NAMA PENSYARAH :

               EN. MD YUSOFF BIN DAUD
1.0 Pendahuluan

Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super Corridor (
MSC ) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara – negara maju di
dunia . Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan teknologi dalam
mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat ( knowledge
based society ) . Kemajuan teknologi seperti internet dan multimedia begitu menonjol dalam
sektor awam dan swasta . Ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan
oleh Mantan Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad :

“ In the information age that we are living in the Malaysian society must be information rich .
It can be no accident that today there is no wealthy developed country that is information
poor and no information rich country is poor and undeveloped” . ( Wawasan 2020 , 1991 ,
p36 ) .

    Jadi , untuk mencapai matlamat 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat , maka
inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian adalah
perlu tidak kiralah untuk golongan normal mahupun golongan kurang upaya ( OKU ) .

    “ Kuasa web terletak pada aspek universal . Ianya boleh dicapai oleh semua orang
walaupun mempunyai kekurangan fizikal ” . Demikian kata Tim Berners-Lee , Pengarah
World Wide Web Consortium (W3C) apabila memperkatakan mengenai internet dan
golongan kurang upaya . Penggunaan teknologi telah berkembang dengan pesat merangkumi
pelbagai aspek dalam masyarakat dan ia sepatutnya boleh digunakan oleh semua golongan
masyarakat termasuk mereka yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal seperti
penglihatan , pendengaran , cacat anggota badan dan lain – lain .

    Sejak akhir – akhir ini , kerajaan melaui Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga
dan Masyarakat ( KPWKM ) telah menjalankan beberapa kempen kesedaran untuk
memperjuangkan hak rakyat yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal atau lebih dikenali
sebagai orang kelainan upaya ( OKU ) bagi membolehkan golongan ini ‘ berdiri sama tinggi
, duduk sama rendah’ dengan mereka yang sempurna sifatnya . Rentetan dengan itu , aspek
penggunaan teknologi seperti komputer mahupun telefon bimbit perlu ditekankan kepada
golongan OKU agar mereka tidak ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan teknologi
ini . Seperti sedia maklum , penggunaan alat teknologi , seperti komputer amat berguna
dalam kehidupan seharian manusia pada masa kini .
Namun , bagi mereka yang lahir dengan kekurangan dari segi fizikal atau mendapat
kemalangan sehingga menyebabkan mereka mengalami kekurangan dari segi fizikal ,
keadaan ini akan membataskan keupayaan mereka untuk menggunakan komputer secara
optimum . Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat , seramai
130,000 orang telah mendaftar sebagai OKU pada 2005 dan pada tahun 2011 jumlah
pendaftar golongan OKU telah meningkat kepada 331,606 orang dan lebih spesifik lagi
40915 orang untuk masalah pendengaran . (sumber : utusan online, arkib 3/11/2011 ) .

   Seiring dengan jumlah peningkatan ini , kita perlulah proaktif dalam mengaplikasikan
pengunaan teknologi dengan sebaik mungkin untuk membantu golongan OKU ini khususnya
bagi golongan yang mengalami masalah pendengaran .

   Pendengaran yang baik membolehkan kita hidup sebagai manusia sempurna yang
diciptakan oleh ALLAH S.W.T . Tetapi jika nikmat ini ditarik semula , kita pasti akan
merasai kekurangan dan tidak sempurna jika tidak mempunyai pendengaran yang baik
malahan tanpa pertuturan yang jelas juga sudah tentu kehidupan seharian tidak dapat
dijalankan dengan sempurna .

   Di Malaysia dianggarkan setiap tahun lebih kurang 2500 bayi dilahirkan menghadapi
masalah pendengaran dan purata yang mengalami masalah ini ialah tiga kes bagi setiap 1000
kelahiran dan berdasarkan perangkaan daripada Kementerian Kesihatan seramai 440 ribu
orang atau dua peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah pendengaran.

   Ramai antara ibu bapa yang tidak mengetahui masalah pendengaran ini boleh dikesan
diperingkat awal iaitu melalui ujian pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi di
hospital – hospital tetapi malangnya sesetengah ibu bapa kurang peka akan hal ini dan
mereka hanya menyedari anak mereka menghadapi masalah pendengaran apabila mereka
sudah remaja namun sayang waktu itu sudah terlambat .

   Namun , tiada apa yang harus dimalukan apabila kita , saudara atau anak tidak mampu
mendengar kerana berjuta – juta penduduk dunia turut menghadapi masalah tersebut .
Perkembangan teknologi pengkomputeran dan telefon telah memberi sinaran baru kepada
golongan tersebut yang sebelum ini agak terbatas dalam pergaulan dan sukar untuk
menggunakan kemudahan mengakses maklumat .

   Antara produk teknologi yang terdapat di pasaran yang boleh membantu golongan
istimewa ini ialah komputer , mesin faks , telefon bimbit , pager , terminal menyokong TTY (
teletype ) , alat bantuan pendengaran dan sebagainya . Malahan syarikat – syarikat pengeluar
teknologi yang termasyhur tidak pernah mengabaikan golongan ini dalam pembangunan
produk – produk mereka . IBM , Microsoft , Apple , HP dan sebagainya menyediakan
maklumat khas untuk golongan ini menggunakan produk – produk mereka .

     Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.
Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan , mesin , bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia . Perkataan “technology” berasal dari perkataan Greek
(technologia) yang bermaksud seni , kemahiran , rekaan dan (logia) yang bermaksud
pembelajaran , kajian . Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang
tertentu .

     Sebagai contoh teknologi dalam perubatan , teknologi dalm pendidikan dan teknologi
maklumat . Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget yang
menggunakan prinsip sains dan proses terkini . Namun begitu , rekaan lama seperti tayar
masih menunjukkan tekonologi . Secara umumnya , teknologi boleh didefinisikan sebagai
aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah dan
kesulitan yang dihadapi oleh manusia dalam menjalani kehidupan seharian .

     Manakala , “ cacat pendegaran” ataupun “Masalah Pendengaran” menurut Akta
Pendidikan Individu dengan Ketidakupayaan ( Individuals with Disabilities Education Act ,
IDEA ) bererti “ masalah pendegaran yang sangat teruk sehingga kanak – kanak tidak
berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan amplikasi
atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian pendidikannya” . Seseorang yang
mengalami masalah pendengaran secara amnya akan menggunakan alat banu pendengaran
dan mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya
memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran . ( Brill , MacNeil & Newman , 1986
).

     Seiring dengan perkembangan dan kemajuan dalam bidang teknologi pada masa ini ,
tidak mustahillah jika terdapat beberapa alat teknologi yang direka khusus untuk membantu
golongan bermasalah pendengaran ini . Golongan ini wajar dibantu agar mereka dapat
merasakan nikmat kehidupan yang sebenar seperti manusia normal yang lain .
2.0 Penggunaan Teknologi


Teknologi bukan lagi perkataan yang luar biasa yang jarang digunakan dewasa ini, hal ini
kerana, dunia sekarang sudah sinonim dengan penggunaan teknologi dalam pelbagai perkara
untuk melengkapkan dan menyempurnakan sesuatu tugasan yang tertentu. Perkembangan dan
penggunaan ICT ( Information and Communication Technology) atau dikenali sebagai
“Teknologi Komunikasi dan Maklumat” bukan lagi sesuatu yang luar biasa, khususnya di
dalam bidang pendidikan. Penggunaannya telah digunakan secara meluas di merata-rata
tempat dan senang diperolehi.


   Perkembangan ICT ini memberi impak yang besar kepada perkembangan pelajar kerana
dengan adanya penggunaan teknologi secara berterusan memberi maklumat kepada para
pelajar untuk mencari segala maklumat yang diinginkan dan menambah ilmu pengetahuan
kepada pelajar. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil
langkah yang bijak dalam menerapkan penggunaan teknologi dalam meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dalam meningkatkan
pencapaian akademik tersebut.


   Menurut Effandi Zakaria (2004), pelajar khas ini menunjukkan kesukaran dalam
keupayaan visual ruang. Mereka menghadapi masalah berkaitan pengiraan, bahasa dan
sebagainya. Oleh itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian
berbanding pelajar-pelajar biasa yang sebaya dengannya. Teknologi ICT yang bagi pelajar
bermasalah pendengaran yang difokuskan ialah berkaitan dengan alat bahan bantu mengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru yang mana
merangkumi penggunaan komputer dan tayangan slide .


   Selain itu ,penggunaan teknologi ICT boleh diaplikasikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran samada di dalam kelas ataupun di luar kelas. Pelbagai cara dapat digunakan
untuk meningkatkan kemahiran pelajar berkeperluan khas walaupun diketahui bahawa pelajar
tersebut mempunyai had yang terbatas. Namun, tidak mustahil untuk meningkatkan
kemahiran pelajar-pelajar walaupun masa yang menentukan untuk menguasai sesuatu
kemahiran.
Menurut Abdul Rahim Razali, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), kajian
menunjukkan bahawa teknologi komputer mampu memudahkan pelajar-pelajar khas,
terutamanya pelajar-pelajar bermasalah tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran,
mempelajari kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Penggunaan multimedia dalam
pendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senang
digunakan, malah pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui penerangan melalui
gambar-gambar dan tayangan secara langsung.


   Mengenai Penerimaan Guru dan Pealajar Terhadap Penggunaan ICT dalam Program
Pendidikan Khas, menurut Tan Ai Goh (1998), penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja membantu guru mencapai objektif pedagoginya, malah ia
memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba cara pembelajaran yang baru. Sokongan
daripada pihak pentadbir juga banyak memainkan peranan sejauh mana penerimaan komputer
dalam kalangan guru dan pelajar pendidikan khas. Turut dinyatakan oleh Zoraini Wati Abas
(1995) di mana sikap positif yang diterapkan oleh pentadbir terhadap penggunaan komputer
dalam pengurusan sekolah merupkan laluan terhadap penggunaan komputer dalam
pengurusan sekolah merupakan laluan terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran
sekolah di masa akan datang.


   Peranan guru dalam menarik minat pelajar untuk lebih menggunakan kemudahan yang
disediakan sangat diperlukan bagi menentukan minat secara berterusan dari pelajar-pelajar di
dalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap dan
penerimaan yang tinggi oleh guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran
sangat penting bagi melancarkan seruan kerajaan yang mana mahu menerapkan penggunaan
teknologi dalam kalangan pelajar bagi meningkatkan pencapaian akademik. Sikap positif
guru juga dapat memupuk semangan dan minat pelajar untuk lebih mendalami penggunaan
komputer kerana keseronokan yang diperolehi melalui pengajaran dan pembelajaran tersebut.


   Melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah juga merupakan salah satu langkah yang berkesan terutamanya dalam meningkatkan
kefahaman dan pengetahuan pelajar. Oleh yang demikian, pendekatan ini harus diperluaskan
melalui kaedah pengajaran yang pelbagai berasaskan komputer, modul interaktif dan
sebagainya yang berkaitan. Dalam era yang serba moden sekarang, penggunaan komputer
amat bersesuaian untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana komputer berkemampuan untuk menerima dan memproses data dengan
lebih cekap dan efektif.


    Heinich (1993) berpendapat bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran
serta pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan. Oleh itu, para pendidik
seharusnya mengamalkan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di
sekolah dengan penggunaan komputer sengan modul-modul pengajaran dalam bentuk CD-
ROM, multimedia interaktif, simulasi dan model-model perlu dipertingkatkan. Para pendidik
perlulah bersikap lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar tidak ketinggalan dan mundur.


    Tambahan lagi, pelajar-pelajar pendidikan khas perlu diberi perhatian yang lebih supaya
tidak diperlekehkan oleh mana-mana golongan dan dipandang rendah oleh sesiapa sahaja.
Dengan latihan yang mencukupi dan kesabaran, tidak mustahil pelajar boleh mengikuti
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Guru perlu lebih peka dalam
menilai dan membuat penilaian pelajar supaya sentiasa berjaya dan memperolehi keputusan
yang cemerlang.


    Menurut Bitter (1998), terdapat beberapa faktor mendorong mengapa komputer dikatakan
sesuai digunakan sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
berdasarkan kepada implikasi-implikasi penggunaannya di bilik darjah. Antaranya adalah
seperti berikut :


        Komputer adalah cekap dan pantas. Pelajar-pelajar yang melakukan kerja-kerja
        dengan komputer akan mendapat maklum balas dengan segera terhadap prestasi
        masing-masing. Komputer akan sentiasa bekerja pantas berbanding denan pelajar
        yang mengoperasikannya, maka dengan ini, pelajar tidak akan hilang minat. Pelajar-
        pelajar juga tidak perlu menunggu untuk kerja-kerja mereka disemak dan diberi
        markah oleh guru sebelum dipulangkan kepada mereka.
            Dengan ini, guru-guru juga akan dapat menjimatkan lebih banyak masa untuk
        melakukakn aktiviti-aktiviti lain seperti menyemak markah pencapaian pelajar,
        menulis laporan dan buletin, apabila mengaplikasikan penggunaan komputer di dalam
        bilik darjah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Komputer adalah jitu. Komputer telah diprogramkan dengan maklumat-maklumat
yang benar, maka komputer akan sentiasa menjalankan kerja-kerjanya dengan benar
secara konsisten. Oleh itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menerima maklumat-
maklumat yang sahih apabila bekerja dengan komputer. Kejituan komputer juga
membolehkan guru menjadikan komputer sebagai alat yang berguna menyimpan
rekod-rekod prestasi para pelajar. Komputer boleh bekerja 24 jam sehari. Komputer di
bilik darjah digunakan oleh para pelajar pada setiap masa sepanjang sesi
persekolahan. Selepas tamat sesi persekolahan, guru boleh menggunakan komputer
yang sama untuk merekodkan kehadiran para pelajar ataupun menulis surat kepada
ibu bapa pelajar.


Komputer boleh menjalankan tugasan-tugasan yang sama secara berulang kali tanpa
rasa bosan. Sebagai contoh tidak kira berapa kali pelajar membuat latihan yang sama
menggunakan komputer, komputer tetap memberi latihan yang berkaitan kepada
pelajar walaupun soalan yang sama secara berulang kali melalui perisian-perisian
yang tertentu. Ini membolehkan komputer menjadi sangat berguna terutama dalam
pembelajaran mata pelajaran tertentu, yang mana memerlukan masa yang lebih untuk
membolehkan pelajar menguasai sesuatu kemahiran baru.



Komputer menjadi semakin kecil dan semakin mudah alih. Komputer mikro dapat
diletakkan dengan selesa di dalam bilik darjah tanpa mengganggu ruang
pembelajaran, tidak seperti komputer pada zaman awal ciptaannya yang memerlukan
ruang yang sangat luas seperti bilik yang besar untuk menempatkannya. Komputer
mudah alih juga membenarkannya untuk dikongsi sesama pelajar sewaktu
menggunakannya di dalam bilik darjah disebabkan cirinya yang mudah alih.


Komputer menjadi semakin kurang mahal dan mampu milik oleh semua golongan.
Kos penyediaan, penyelenggaraan komputer, dan juga perisian-perisian adalah faktor
penting yang menjamin penggunaannya di sekolah-sekolah. Dengan penyusutan harga
dari segi kos penyediaan, penyelenggaraan dan perisian yang semakin berkurangan
dari tahun ke tahun, jumlah komputer-komputer di sekolah-sekolah dapat ditingkatkan
dari semasa ke semasa. Ini penting kerana penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah adalah sangat efektif bagi menjamin kecemerlangan
       dan perkembangan para pelajar. Lebih banyak komputer di sekolah, lebih ramai
       pelajar yang pandai mengambil manfaat dari pembelajaran berasaskan komputer.


Oleh hal yang demikian , tidak dapat dinafikan lagi bahawa komputer ini mempunyai banyak
keistimewaannya . Kelebihan ini harus dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam kehidupan
seharian manusia . Tidak harus dilupakan ialah penggunaan teknologi untuk golongan yang
kurang bernasib baik seperti mereka yang mengalami masalah pendengaran ini .
3.0 Kelebihan dan Kelemahan Teknologi Kepada Golongan Bermasalah Pendengaran




   Pada abad yang ke-21 ini, kita boleh melihat bahawa teknologi-teknologi pada zaman sekarang
telah berkembang dengan begitu pesat dan memang tidak dapat kita nafikan bahawa kepesatan
teknologi telah memberi manfaat bukan sahaja terhad kepada orang awam akan tetapi ianya juga
memberi mafaat kepada golongan orang-orang kelainan upaya (OKU) seperti golongan individu yang
mempunyai masalah pendengaran. Dalam bahagian ini kami akan bincangkan beberapa kelebihan dan
juga keburukan teknologi terhadap golongan-golongan yang mengalami masalah pendengaran.

   Di antara kelebihan-kelebihan teknologi yang boleh diberikan kepada mereka adalah ianya boleh
membantu dan memudahkan mereka dalam melakukan aktiviti harian mereka. Sebagai contoh,
teknologi komputer dan telefon bimbit dapat membantu mereka untuk mengantar maklumat seperti
mengantar dokumen-dokumen melalui email dan berkomunikasi dengan orang lain. Dari segi
pendidikan pula, mereka juga boleh menggunakan teknologi komputer dan juga telepon bimbit untuk
mencari maklumat dan juga menimba ilmu pengetahuan dengan melayari internet melalui google,
google dan seumpamanya. Tambahan pula, mereka juga boleh memuat turun buku-buku elektronik,
jurnal-jurnal artikel, video-video berunsur pendidikan dan lain-lain.

   Di sekolah khas, pelajar-pelajar yang mengalami masalah pendengaran akan menjadi lebih aktif
dan melibatkan diri dalam aktiviti pelajaran mereka dengan menggunakan teknologi komputer, seperti
main video game yang berunsur matematik bagi matapelajaran matematik atau menjawab quiz-quiz
pelajaran dengan menggunakan komputer. Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar-pelajar akan
menjadi lebih tertarik untuk mengikuti sesi pelajaran tersebut.

   Tambahan pula, kerajaan juga telah memberi banyak peruntukan yang banyak untuk pendidikan
pelajar-pelajar yang berkeperluan khas seperti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pendengaran
dengan memberikan alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang telah diberikan oleh kerajaan
untuk kegunaan guru-guru khas bagi pelajar-pelajar masalah pendengaran juga boleh dikategorikan
sebagai teknologi dari segi pendidikan. Contoh-contoh alat bantu mengajar adalah seperti modal
tangan bahasa isyarat, CD pendidikan dalam bentuk bahasa isyarat dan sebagainya bagi membantu
proses pembelajaran pelajar dengan lebih berkesan.

   Dengan menggunakan teknologi-teknologi ini, individu-individu yang mengalami masalah
pendengaran perlu mempunyai kemahiran untuk menggunakan teknologi - teknologi tersebut.
Kemahiran - kemahiran ini boleh mereka gunakan semasa mereka melakukan kerja sambilan atau
semasa mereka berada di alam pekerjaan di masa yang akan datang. Kemahiran - kemahiran ICT ini
adalah sangat berguna dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi pada zaman sekarang terutama
sekali jika hendak bekerja dalam pejabat-pejabat syarikat. Tanpa kemahiran dan ilmu ICT, individu
tersebut akan jauh tertinggal dalam era abad ke-21 yang berkembang dengan pesat.

   Selain daripada itu, teknologi-teknologi juga boleh memberi kebaikan kepada individu-individu
yang mengalami masalah pendengaran dari segi perubatan seperti alat bantu pendengaran. Alat bantu
pendengaran banyak membantu individu-individu yang mengalami masalah pendengaran dalam
kehidupan mereka seharian. Dengan menggunakan alat bantu pendengaran ini, mereka boleh
mendengar bunyi-bunyi sekeliling dan berinteraksi dengan orang lain dengan lebih baik.

   Contoh teknologi perubatan yang lain pula adalah seperti implan koklea yang boleh dilakukan
kepada individu - individu yang mengalami masalah pendengaran dalam linkungan umur 2-4 tahun.
Implan koklea juga boleh membantu mereka yang menagalami masalah pendengaran agar mereka
boleh mendengar dengan lebih baik. Dalam beberapa kes, mereka yang telah menjalani pembedahan
implan koklea boleh mendengar dan bercakap sama seperti orang - orang yang normal.

   Sebagai tambahan, doktor-doktor pakar pendengaran juga boleh membuat ujian pendengaran
kepada individu-individu yang mengalami kehilangan pendengaran dengan menggunakan teknologi-
teknologi yang canggih. Dengan adanya teknologi-teknologi yang boleh mengukur pendengaran
seseorang, ianya boleh membantu mengesan tahap kehilangan pendengaran yang dihadapi oleh
individu tersebut dan ini juga boleh membantu ibu bapa dan juga ahli pakar audiologi untuk membuat
intervensi awal kepada kanak-kanak yang telah dikesan mengalami masalah pendengaran.

   Individu - individu yang mengalami kehilangan pendengaran juga lebih kepada deria visual dan
oleh kerana itu para pakar elektronik telah mencipta teknologi - teknologi yang berbentuk visual yang
boleh membantu individu-individu yang mengalami kehilangan pendengaran dalam aktiviti harian
mereka. Sebagai contoh, teknologi jam timer yang boleh menghasilkan lampu apabila masa yang telah
ditetapkan telah tamat. Alat ini boleh membantu mereka semasa mereka hendak memasak makanan
yang memerlukan mereka untuk menetapkan masa yang tertentu. Contoh yang lain adalah seperti
lonceng pintu yang akan menghasilkan lampu apabila ada orang menekan lonceng pintu tersebut.
Dengan menggunakan alat ini, mereka boleh mengetahui jika sekiranya ada orang menekan lonceng
pintu rumah mereka.

   Disini kita boleh melihat bahawa teknologi-teknologi pada zaman sekarang membawa kebaikan
yang banyak kepada mereka yang mempunyai masalah pendengaran sama ada dari segi pendidikan,
perubatan dan sebagainya. Namun, tidak juga dapat dinafikan bahawa teknologi-teknologi ini juga
mempunyai kelemahannya yang tersendiri.
Salah satu kelemahan yang boleh dibincangkan adalah kos teknologi-teknologi yang mahal. Alat-
alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, alat bantu pendengaran dan seumpamanya adalah
sangat mahal bagi mereka yang mempunyai kos sara hidup yang rendah. Disebabkan sesetengah alat-
alat teknologi ini mempunyai kos yang sangat tinggi, ianya adalah sukar bagi mereka untuk memiliki
alat-alat teknologi tersebut.

   Selain daripada itu, untuk menggunakan teknologi - teknologi seperti komputer, ianya
memerlukan individu tersebut untuk memiliki kemahiran bagi menggunakan alat-alat teknologi
tersebut kerana tanpa kemahiran ICT, mereka akan mengalami kesukaran untuk menggunakan alat-
alat teknologi tersebut. Untuk mendapat latihan kemahiran ICT tersebut, ianya juga memerlukan kos
yang tinggi. Tambahan pula, sesetengah daripada alat-alat teknologi ini juga memelukan
penyelenggaraan untuk memastikan alat-alat tersebut berfungsi dan sentiasa dalam keadaan yang
baik.

   Berbincang tentang kelemahan teknologi dari segi penyelenggaraan, contoh yang boleh kita
berikan adalah seperi alat bantu pendengaran. Sesetengah daripada individu - individu yang
menggunakan alat bantu pendengaran tidak tahu bagaimana untuk melakukan penyenggaraan pada
alat tersebut sehingga menyebabkan alat tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Tanpa cara
penggunaan yang betul dan penyenggaraan, individu yang memakai alat tersebut akan tidak mendapat
kebaikan daripada alat teknologi tersebut. Perkara ini membawa kerugian kepada pemilik alat bantu
pendengaran tersebut kerana tidak dapat kebaikan daripada alat bantu pendengaran itu dengan
sepenuhnya.

   Melihat dari segi teknologi alat bantu mengajar pula, peruntukan yang telah diberikan oleh
kerajaan untuk alat bantu mengajar adakalanya tidak digunakan oleh guru-guru untuk mengajar
pelajar-pelajar mereka. Salah satu sebab kenapa alat bantu mengajar ini tidak selalu digunakan oleh
guru-guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah kerana sebahagian daripada
guru-guru tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan alat bantu mengajar tersebut. Ini akan
menyebabkan alat bantu mengajar tersebut akan terbiar begitu sahaja tanpa digunakan oleh guru-guru
dan membawa kepada kerugian.

   Secara keseluruhan,          perkembangan teknologi dari masa ke semasa sedikit sebanyak telah
memberi kelebihan kepada individu-individu yang mengalami masalah pendengaran dan boleh
membantu mereka dalam kehidupan mereka seharian Seperti yang telah kita bincangkan juga,
teknologi-teknologi ini juga mempunyai kelemahan mereka yang tersendiri. Namun, kelebihan dan
kelemahan sesuatu teknologi tersebut juga bergantung kepada individu yang mengunakan teknologi
itu. Jika sekiranya individu tersebut telah menggunakan teknologi itu dengan sepenuhnya yang
memberi manfaat kepada individu tersebut, maka teknologi itu mempunyai kelebihan yang banyak
berbanding daripada kelemahan dan begitu juga sebaliknya.
4.0 Cadangan-Cadangan Untuk Membantu Golongan Bermasalah Pendengaran
dengan Menggunakan Teknologi .




Di antara cadangan-cadangan yang boleh diberikan untuk memastikan agar teknologi dapat digunakan
dengan sepenuhnya untuk membantu golongan-golongan yang megalami masalah pendengaran:




   (1) Guru-guru pendidikan khas bagi pelajar-pelajar masalah pendengaran harus diberi latihan
        kemahiran ICT dan juga ilmu pengetahuan mengenai teknologi dalam pendidikan agar guru -
        guru pendidikan khas boleh menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan tersebut untuk
        membantu mereka dalam mendidik pelajar-pelajar mereka dengan lebih efektif.


   (2) Membuat satu pertandingan mencipta alat-alat teknologi yang boleh membantu golongan -
        golongan yang mengalami masalah pendengaran. Dengan mengadakan pertandingan tersebut,
        orang ramai yang pakar mengenai teknologi akan berminat untuk mencipta teknologi -
        teknologi yang baru dengan cara yang kreatif.



   (3) Mendidik mereka cara menggunakan alat - alat teknologi seperti alat bantu pendengaran
        dengan betul dan sentiasa menyelenggara alat teknologi tersebut dari masa ke semasa agar
        teknologi tersebut sentiasa berfungsi dengan baik dan individu tersebut dapat menggunakan
        alat itu dengan sepenuhnya.
5.0 Penutup




Tidak dapat disangkal lagi bahawa perkembangan teknologi di Malaysia kini telah meluas
dan meliputi banyak aspek . Seperti sedia maklum , teknologi banyak membantu dalam
kehidupan seharian manusia . Tanpa tekonologi , mungkin sukar untuk manusia untuk
menjalani kehidupan ini . Dunia tanpa sempadan membolehkan manusia untuk mendapatkan
pelbagai maklumat hanya di hujung jari dengan hanya menggunakan teknologi . Kemudahan
ini harus digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat hari ini.

   Pun begitu , kita tidak boleh melupakan golongan yang kurang bernasib baik seperti
golongan masalah pendengaran ini . Mereka sepatutnya didedahkan dengan penggunaan
teknologi ini sama seperti masyarakat normal yang lain . Namun , mungkin cara – cara
pengajaran untuk mereka sedikit berbeza berbanding golongan yang lain dek kerana masalah
yang mereka hadapi .

   Penggunaan teknologi seperti telefon bimbit , komputer , teknologi koklea implant , pager
, mesin faks , alat bantuan pendengaran dan sebagainya haruslah sering digunakan dan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian golongan masalah pendengaran ini . Hal ini adalah
kerana , sedikit sebanyak mereka akan didedahkan dengan penggunaan teknologi ini dan
dapat membantu memudahkan kerja seharian mereka .

   Dengan adanya teknologi seperti ini , secara tidak langsung dapat mendidik golongan ini
untuk menjadi lebih berdikari . Mereka tidak perlu lagi untuk mengharapkan belas kasihan
orang lain dalam kehidupan ini . Selain itu , ia juga dapat membantu untuk meningkatkan self
– esteem gololgan ini khususnya bagi kanak – kanak yang masih belajar . Hal ini adalah
kerana dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran mereka , ia sedikit sebanyak akan
meningkatkan keyakinan kanak – kanak ini untuk belajar . Lantas , mereka akan bersemangat
untuk terus belajar .

   Maka , akan wujudlah pembelajaran berorentasikan komputer untuk kanak – kanak khas
ini . Banyak manfaat yang akan diperolehi jika kita mempraktikkan cara ini . Sebagai contoh ,
ia dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi kanak – kanak ini dengan orang lain selain
dapat membantu meningkatkan keupayaan motor kasar dan halus mereka . Secara tidak
langsung , kita dapat memantau perkembangan kanak – kanak ini sama ada ke arah positif
ataupun negatif.
Selain itu juga , penggunaan audio dan visual yang sistematik juga dapat membantu
gologan yang bermasalah pendengaran ini khususnya bagi kanak – kanak . Mereka boleh
menggunakan alat permainan , cakara padat dan video untuk melatih mereka mendengar dan
berkomunikasi . Realiti maya ini menjanjikan kebebasan untuk kanak – kanak ini mengenal
dunia . Melalui teknologi , mereka dapat mencapai ilmu pengetahuan standing dengan orang
lain .

    Sebagai orang yang paling rapat dengan kanak – kanak ini , ibu bapa haruslah memainkan
peranan mereka dengan sebaiknya . Ibu bapa perlulah mengaplikasikan penggunaan
teknologi ini dalam kehidupan anak – anak mereka . Untuk hasil yang lebih berkesan , ibu
bapa boleh menghantar anak – anak mereka ke pusat yang lebih pakar demi membantu anak -
anak mereka lebih arif akan penggunaan teknologi ini . Kita seharusnya meminimumkan
kelemahan mereka dan berusaha semaksima mungkin untuk meningkatakan keupayaan
mereka .

    Bagi guru pula , mereka juga memikul tanggungjawab yang sama berat seperti ibu bapa
untuk membantu kanak – kanak ini dalam mempraktikkan penggunaan teknologi ini . Guru –
guru harus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik – baiknya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka . Guru juga harus peka akan setiap perubahan yang
ditunjukkan oleh para pelajar mereka .

    Secara kesimpulannya , teknologi banyak membantu golongan kurang upaya khususnya
golongan masalah pendengaran ini dalam kehidupan seharian mereka . Teknologi ini harus
dimanfaatkan dengan kadar maksimum agar golongan ini tidak terus ketinggalan dek arus
pembangunan negara kini . Mereka juga layak untuk merasai nikmat seperti masyarakat
normal yang lain . Kerjasama daripada semua pihak amatlah dituntut agar misi yang suci ini
dapat dicapai dengan jayanya .

Contenu connexe

Tendances

Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahZuzan Michael Japang
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosialcikgutika
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANcik noorlyda
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 

Tendances (20)

Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 

Similaire à Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran

Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakFazriFMR
 
Perkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesiaPerkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesianandaeka
 
Ict for teaching and learning
Ict for teaching and learningIct for teaching and learning
Ict for teaching and learningNgan Jiaing
 
Ppt salma cantik 1
Ppt salma cantik 1Ppt salma cantik 1
Ppt salma cantik 1kinantisalma
 
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikanPhotoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikanMuhammad Lukman Alhakim
 
Perkembangan Tik Di Indonesia
Perkembangan Tik Di IndonesiaPerkembangan Tik Di Indonesia
Perkembangan Tik Di Indonesiaguest013fd5
 
Perkembangan Tik Di Indonesia
Perkembangan Tik Di IndonesiaPerkembangan Tik Di Indonesia
Perkembangan Tik Di Indonesiaguestd5546a
 
Perkembangan Tik Di Indonesia 1213111819660494 8
Perkembangan Tik Di Indonesia 1213111819660494 8Perkembangan Tik Di Indonesia 1213111819660494 8
Perkembangan Tik Di Indonesia 1213111819660494 8Firman Juliansyah
 
Perkembangan Teknologi Di Indonesia.pptx
Perkembangan Teknologi Di Indonesia.pptxPerkembangan Teknologi Di Indonesia.pptx
Perkembangan Teknologi Di Indonesia.pptxsiskalediyana
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict14061993
 
Pemanfaatan it
Pemanfaatan itPemanfaatan it
Pemanfaatan itelqatamy
 
Tugas tik bilkis sarli pratiwi
Tugas tik bilkis sarli pratiwiTugas tik bilkis sarli pratiwi
Tugas tik bilkis sarli pratiwiBenny Nugraha
 
Teknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasiTeknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasiAravox
 
Makalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologiMakalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologiYadhi Muqsith
 
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinik
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia DinikKeterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinik
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinikaprilia tiara putri
 

Similaire à Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran (20)

Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Perkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesiaPerkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesia
 
Ict for teaching and learning
Ict for teaching and learningIct for teaching and learning
Ict for teaching and learning
 
Makalah siskom 1
Makalah siskom 1Makalah siskom 1
Makalah siskom 1
 
Ppt salma cantik 1
Ppt salma cantik 1Ppt salma cantik 1
Ppt salma cantik 1
 
Voicethread
Voicethread Voicethread
Voicethread
 
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikanPhotoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
 
Perkembangan Tik Di Indonesia
Perkembangan Tik Di IndonesiaPerkembangan Tik Di Indonesia
Perkembangan Tik Di Indonesia
 
Perkembangan Tik Di Indonesia
Perkembangan Tik Di IndonesiaPerkembangan Tik Di Indonesia
Perkembangan Tik Di Indonesia
 
Perkembangan Tik Di Indonesia 1213111819660494 8
Perkembangan Tik Di Indonesia 1213111819660494 8Perkembangan Tik Di Indonesia 1213111819660494 8
Perkembangan Tik Di Indonesia 1213111819660494 8
 
Perkembangan Teknologi Di Indonesia.pptx
Perkembangan Teknologi Di Indonesia.pptxPerkembangan Teknologi Di Indonesia.pptx
Perkembangan Teknologi Di Indonesia.pptx
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Eknologi informasi dan komunikasi
Eknologi informasi dan komunikasiEknologi informasi dan komunikasi
Eknologi informasi dan komunikasi
 
Pemanfaatan it
Pemanfaatan itPemanfaatan it
Pemanfaatan it
 
Tugas tik bilkis sarli pratiwi
Tugas tik bilkis sarli pratiwiTugas tik bilkis sarli pratiwi
Tugas tik bilkis sarli pratiwi
 
perkembangan teknologi-informasi
perkembangan teknologi-informasiperkembangan teknologi-informasi
perkembangan teknologi-informasi
 
Teknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasiTeknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasi
 
Makalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologiMakalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologi
 
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinik
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia DinikKeterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinik
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinik
 

Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran

  • 1. GE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN : ESEI KUMPULAN TAJUK : PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK GOLONGAN BERMASALAH PENDENGARAN NAMA PELAJAR : NIK NURHIDAYAH BINTI NIK AZHAR (A 138251) AZNURI BINTI ADANAN (A 136354) SITI ZARIFATUL AZIMAH BINTI HAJI ISMAIL (A 138752) NAMA PENSYARAH : EN. MD YUSOFF BIN DAUD
  • 2. 1.0 Pendahuluan Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super Corridor ( MSC ) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara – negara maju di dunia . Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan teknologi dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat ( knowledge based society ) . Kemajuan teknologi seperti internet dan multimedia begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta . Ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh Mantan Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad : “ In the information age that we are living in the Malaysian society must be information rich . It can be no accident that today there is no wealthy developed country that is information poor and no information rich country is poor and undeveloped” . ( Wawasan 2020 , 1991 , p36 ) . Jadi , untuk mencapai matlamat 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat , maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian adalah perlu tidak kiralah untuk golongan normal mahupun golongan kurang upaya ( OKU ) . “ Kuasa web terletak pada aspek universal . Ianya boleh dicapai oleh semua orang walaupun mempunyai kekurangan fizikal ” . Demikian kata Tim Berners-Lee , Pengarah World Wide Web Consortium (W3C) apabila memperkatakan mengenai internet dan golongan kurang upaya . Penggunaan teknologi telah berkembang dengan pesat merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat dan ia sepatutnya boleh digunakan oleh semua golongan masyarakat termasuk mereka yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal seperti penglihatan , pendengaran , cacat anggota badan dan lain – lain . Sejak akhir – akhir ini , kerajaan melaui Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM ) telah menjalankan beberapa kempen kesedaran untuk memperjuangkan hak rakyat yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal atau lebih dikenali sebagai orang kelainan upaya ( OKU ) bagi membolehkan golongan ini ‘ berdiri sama tinggi , duduk sama rendah’ dengan mereka yang sempurna sifatnya . Rentetan dengan itu , aspek penggunaan teknologi seperti komputer mahupun telefon bimbit perlu ditekankan kepada golongan OKU agar mereka tidak ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan teknologi ini . Seperti sedia maklum , penggunaan alat teknologi , seperti komputer amat berguna dalam kehidupan seharian manusia pada masa kini .
  • 3. Namun , bagi mereka yang lahir dengan kekurangan dari segi fizikal atau mendapat kemalangan sehingga menyebabkan mereka mengalami kekurangan dari segi fizikal , keadaan ini akan membataskan keupayaan mereka untuk menggunakan komputer secara optimum . Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat , seramai 130,000 orang telah mendaftar sebagai OKU pada 2005 dan pada tahun 2011 jumlah pendaftar golongan OKU telah meningkat kepada 331,606 orang dan lebih spesifik lagi 40915 orang untuk masalah pendengaran . (sumber : utusan online, arkib 3/11/2011 ) . Seiring dengan jumlah peningkatan ini , kita perlulah proaktif dalam mengaplikasikan pengunaan teknologi dengan sebaik mungkin untuk membantu golongan OKU ini khususnya bagi golongan yang mengalami masalah pendengaran . Pendengaran yang baik membolehkan kita hidup sebagai manusia sempurna yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T . Tetapi jika nikmat ini ditarik semula , kita pasti akan merasai kekurangan dan tidak sempurna jika tidak mempunyai pendengaran yang baik malahan tanpa pertuturan yang jelas juga sudah tentu kehidupan seharian tidak dapat dijalankan dengan sempurna . Di Malaysia dianggarkan setiap tahun lebih kurang 2500 bayi dilahirkan menghadapi masalah pendengaran dan purata yang mengalami masalah ini ialah tiga kes bagi setiap 1000 kelahiran dan berdasarkan perangkaan daripada Kementerian Kesihatan seramai 440 ribu orang atau dua peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah pendengaran. Ramai antara ibu bapa yang tidak mengetahui masalah pendengaran ini boleh dikesan diperingkat awal iaitu melalui ujian pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi di hospital – hospital tetapi malangnya sesetengah ibu bapa kurang peka akan hal ini dan mereka hanya menyedari anak mereka menghadapi masalah pendengaran apabila mereka sudah remaja namun sayang waktu itu sudah terlambat . Namun , tiada apa yang harus dimalukan apabila kita , saudara atau anak tidak mampu mendengar kerana berjuta – juta penduduk dunia turut menghadapi masalah tersebut . Perkembangan teknologi pengkomputeran dan telefon telah memberi sinaran baru kepada golongan tersebut yang sebelum ini agak terbatas dalam pergaulan dan sukar untuk menggunakan kemudahan mengakses maklumat . Antara produk teknologi yang terdapat di pasaran yang boleh membantu golongan istimewa ini ialah komputer , mesin faks , telefon bimbit , pager , terminal menyokong TTY (
  • 4. teletype ) , alat bantuan pendengaran dan sebagainya . Malahan syarikat – syarikat pengeluar teknologi yang termasyhur tidak pernah mengabaikan golongan ini dalam pembangunan produk – produk mereka . IBM , Microsoft , Apple , HP dan sebagainya menyediakan maklumat khas untuk golongan ini menggunakan produk – produk mereka . Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan , mesin , bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia . Perkataan “technology” berasal dari perkataan Greek (technologia) yang bermaksud seni , kemahiran , rekaan dan (logia) yang bermaksud pembelajaran , kajian . Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu . Sebagai contoh teknologi dalam perubatan , teknologi dalm pendidikan dan teknologi maklumat . Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget yang menggunakan prinsip sains dan proses terkini . Namun begitu , rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan tekonologi . Secara umumnya , teknologi boleh didefinisikan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh manusia dalam menjalani kehidupan seharian . Manakala , “ cacat pendegaran” ataupun “Masalah Pendengaran” menurut Akta Pendidikan Individu dengan Ketidakupayaan ( Individuals with Disabilities Education Act , IDEA ) bererti “ masalah pendegaran yang sangat teruk sehingga kanak – kanak tidak berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan amplikasi atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian pendidikannya” . Seseorang yang mengalami masalah pendengaran secara amnya akan menggunakan alat banu pendengaran dan mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran . ( Brill , MacNeil & Newman , 1986 ). Seiring dengan perkembangan dan kemajuan dalam bidang teknologi pada masa ini , tidak mustahillah jika terdapat beberapa alat teknologi yang direka khusus untuk membantu golongan bermasalah pendengaran ini . Golongan ini wajar dibantu agar mereka dapat merasakan nikmat kehidupan yang sebenar seperti manusia normal yang lain .
  • 5. 2.0 Penggunaan Teknologi Teknologi bukan lagi perkataan yang luar biasa yang jarang digunakan dewasa ini, hal ini kerana, dunia sekarang sudah sinonim dengan penggunaan teknologi dalam pelbagai perkara untuk melengkapkan dan menyempurnakan sesuatu tugasan yang tertentu. Perkembangan dan penggunaan ICT ( Information and Communication Technology) atau dikenali sebagai “Teknologi Komunikasi dan Maklumat” bukan lagi sesuatu yang luar biasa, khususnya di dalam bidang pendidikan. Penggunaannya telah digunakan secara meluas di merata-rata tempat dan senang diperolehi. Perkembangan ICT ini memberi impak yang besar kepada perkembangan pelajar kerana dengan adanya penggunaan teknologi secara berterusan memberi maklumat kepada para pelajar untuk mencari segala maklumat yang diinginkan dan menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah yang bijak dalam menerapkan penggunaan teknologi dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dalam meningkatkan pencapaian akademik tersebut. Menurut Effandi Zakaria (2004), pelajar khas ini menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual ruang. Mereka menghadapi masalah berkaitan pengiraan, bahasa dan sebagainya. Oleh itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian berbanding pelajar-pelajar biasa yang sebaya dengannya. Teknologi ICT yang bagi pelajar bermasalah pendengaran yang difokuskan ialah berkaitan dengan alat bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru yang mana merangkumi penggunaan komputer dan tayangan slide . Selain itu ,penggunaan teknologi ICT boleh diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran samada di dalam kelas ataupun di luar kelas. Pelbagai cara dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar berkeperluan khas walaupun diketahui bahawa pelajar tersebut mempunyai had yang terbatas. Namun, tidak mustahil untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar walaupun masa yang menentukan untuk menguasai sesuatu kemahiran.
  • 6. Menurut Abdul Rahim Razali, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), kajian menunjukkan bahawa teknologi komputer mampu memudahkan pelajar-pelajar khas, terutamanya pelajar-pelajar bermasalah tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran, mempelajari kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Penggunaan multimedia dalam pendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senang digunakan, malah pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui penerangan melalui gambar-gambar dan tayangan secara langsung. Mengenai Penerimaan Guru dan Pealajar Terhadap Penggunaan ICT dalam Program Pendidikan Khas, menurut Tan Ai Goh (1998), penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja membantu guru mencapai objektif pedagoginya, malah ia memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba cara pembelajaran yang baru. Sokongan daripada pihak pentadbir juga banyak memainkan peranan sejauh mana penerimaan komputer dalam kalangan guru dan pelajar pendidikan khas. Turut dinyatakan oleh Zoraini Wati Abas (1995) di mana sikap positif yang diterapkan oleh pentadbir terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah merupkan laluan terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah merupakan laluan terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran sekolah di masa akan datang. Peranan guru dalam menarik minat pelajar untuk lebih menggunakan kemudahan yang disediakan sangat diperlukan bagi menentukan minat secara berterusan dari pelajar-pelajar di dalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap dan penerimaan yang tinggi oleh guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sangat penting bagi melancarkan seruan kerajaan yang mana mahu menerapkan penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar bagi meningkatkan pencapaian akademik. Sikap positif guru juga dapat memupuk semangan dan minat pelajar untuk lebih mendalami penggunaan komputer kerana keseronokan yang diperolehi melalui pengajaran dan pembelajaran tersebut. Melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga merupakan salah satu langkah yang berkesan terutamanya dalam meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar. Oleh yang demikian, pendekatan ini harus diperluaskan melalui kaedah pengajaran yang pelbagai berasaskan komputer, modul interaktif dan sebagainya yang berkaitan. Dalam era yang serba moden sekarang, penggunaan komputer amat bersesuaian untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan
  • 7. pembelajaran kerana komputer berkemampuan untuk menerima dan memproses data dengan lebih cekap dan efektif. Heinich (1993) berpendapat bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran serta pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan. Oleh itu, para pendidik seharusnya mengamalkan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan penggunaan komputer sengan modul-modul pengajaran dalam bentuk CD- ROM, multimedia interaktif, simulasi dan model-model perlu dipertingkatkan. Para pendidik perlulah bersikap lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar tidak ketinggalan dan mundur. Tambahan lagi, pelajar-pelajar pendidikan khas perlu diberi perhatian yang lebih supaya tidak diperlekehkan oleh mana-mana golongan dan dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Dengan latihan yang mencukupi dan kesabaran, tidak mustahil pelajar boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Guru perlu lebih peka dalam menilai dan membuat penilaian pelajar supaya sentiasa berjaya dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Menurut Bitter (1998), terdapat beberapa faktor mendorong mengapa komputer dikatakan sesuai digunakan sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah berdasarkan kepada implikasi-implikasi penggunaannya di bilik darjah. Antaranya adalah seperti berikut : Komputer adalah cekap dan pantas. Pelajar-pelajar yang melakukan kerja-kerja dengan komputer akan mendapat maklum balas dengan segera terhadap prestasi masing-masing. Komputer akan sentiasa bekerja pantas berbanding denan pelajar yang mengoperasikannya, maka dengan ini, pelajar tidak akan hilang minat. Pelajar- pelajar juga tidak perlu menunggu untuk kerja-kerja mereka disemak dan diberi markah oleh guru sebelum dipulangkan kepada mereka. Dengan ini, guru-guru juga akan dapat menjimatkan lebih banyak masa untuk melakukakn aktiviti-aktiviti lain seperti menyemak markah pencapaian pelajar, menulis laporan dan buletin, apabila mengaplikasikan penggunaan komputer di dalam bilik darjah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 8. Komputer adalah jitu. Komputer telah diprogramkan dengan maklumat-maklumat yang benar, maka komputer akan sentiasa menjalankan kerja-kerjanya dengan benar secara konsisten. Oleh itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menerima maklumat- maklumat yang sahih apabila bekerja dengan komputer. Kejituan komputer juga membolehkan guru menjadikan komputer sebagai alat yang berguna menyimpan rekod-rekod prestasi para pelajar. Komputer boleh bekerja 24 jam sehari. Komputer di bilik darjah digunakan oleh para pelajar pada setiap masa sepanjang sesi persekolahan. Selepas tamat sesi persekolahan, guru boleh menggunakan komputer yang sama untuk merekodkan kehadiran para pelajar ataupun menulis surat kepada ibu bapa pelajar. Komputer boleh menjalankan tugasan-tugasan yang sama secara berulang kali tanpa rasa bosan. Sebagai contoh tidak kira berapa kali pelajar membuat latihan yang sama menggunakan komputer, komputer tetap memberi latihan yang berkaitan kepada pelajar walaupun soalan yang sama secara berulang kali melalui perisian-perisian yang tertentu. Ini membolehkan komputer menjadi sangat berguna terutama dalam pembelajaran mata pelajaran tertentu, yang mana memerlukan masa yang lebih untuk membolehkan pelajar menguasai sesuatu kemahiran baru. Komputer menjadi semakin kecil dan semakin mudah alih. Komputer mikro dapat diletakkan dengan selesa di dalam bilik darjah tanpa mengganggu ruang pembelajaran, tidak seperti komputer pada zaman awal ciptaannya yang memerlukan ruang yang sangat luas seperti bilik yang besar untuk menempatkannya. Komputer mudah alih juga membenarkannya untuk dikongsi sesama pelajar sewaktu menggunakannya di dalam bilik darjah disebabkan cirinya yang mudah alih. Komputer menjadi semakin kurang mahal dan mampu milik oleh semua golongan. Kos penyediaan, penyelenggaraan komputer, dan juga perisian-perisian adalah faktor penting yang menjamin penggunaannya di sekolah-sekolah. Dengan penyusutan harga dari segi kos penyediaan, penyelenggaraan dan perisian yang semakin berkurangan dari tahun ke tahun, jumlah komputer-komputer di sekolah-sekolah dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Ini penting kerana penggunaan komputer dalam pengajaran
  • 9. dan pembelajaran di bilik darjah adalah sangat efektif bagi menjamin kecemerlangan dan perkembangan para pelajar. Lebih banyak komputer di sekolah, lebih ramai pelajar yang pandai mengambil manfaat dari pembelajaran berasaskan komputer. Oleh hal yang demikian , tidak dapat dinafikan lagi bahawa komputer ini mempunyai banyak keistimewaannya . Kelebihan ini harus dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam kehidupan seharian manusia . Tidak harus dilupakan ialah penggunaan teknologi untuk golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang mengalami masalah pendengaran ini .
  • 10. 3.0 Kelebihan dan Kelemahan Teknologi Kepada Golongan Bermasalah Pendengaran Pada abad yang ke-21 ini, kita boleh melihat bahawa teknologi-teknologi pada zaman sekarang telah berkembang dengan begitu pesat dan memang tidak dapat kita nafikan bahawa kepesatan teknologi telah memberi manfaat bukan sahaja terhad kepada orang awam akan tetapi ianya juga memberi mafaat kepada golongan orang-orang kelainan upaya (OKU) seperti golongan individu yang mempunyai masalah pendengaran. Dalam bahagian ini kami akan bincangkan beberapa kelebihan dan juga keburukan teknologi terhadap golongan-golongan yang mengalami masalah pendengaran. Di antara kelebihan-kelebihan teknologi yang boleh diberikan kepada mereka adalah ianya boleh membantu dan memudahkan mereka dalam melakukan aktiviti harian mereka. Sebagai contoh, teknologi komputer dan telefon bimbit dapat membantu mereka untuk mengantar maklumat seperti mengantar dokumen-dokumen melalui email dan berkomunikasi dengan orang lain. Dari segi pendidikan pula, mereka juga boleh menggunakan teknologi komputer dan juga telepon bimbit untuk mencari maklumat dan juga menimba ilmu pengetahuan dengan melayari internet melalui google, google dan seumpamanya. Tambahan pula, mereka juga boleh memuat turun buku-buku elektronik, jurnal-jurnal artikel, video-video berunsur pendidikan dan lain-lain. Di sekolah khas, pelajar-pelajar yang mengalami masalah pendengaran akan menjadi lebih aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti pelajaran mereka dengan menggunakan teknologi komputer, seperti main video game yang berunsur matematik bagi matapelajaran matematik atau menjawab quiz-quiz pelajaran dengan menggunakan komputer. Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar-pelajar akan menjadi lebih tertarik untuk mengikuti sesi pelajaran tersebut. Tambahan pula, kerajaan juga telah memberi banyak peruntukan yang banyak untuk pendidikan pelajar-pelajar yang berkeperluan khas seperti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pendengaran dengan memberikan alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang telah diberikan oleh kerajaan untuk kegunaan guru-guru khas bagi pelajar-pelajar masalah pendengaran juga boleh dikategorikan sebagai teknologi dari segi pendidikan. Contoh-contoh alat bantu mengajar adalah seperti modal tangan bahasa isyarat, CD pendidikan dalam bentuk bahasa isyarat dan sebagainya bagi membantu proses pembelajaran pelajar dengan lebih berkesan. Dengan menggunakan teknologi-teknologi ini, individu-individu yang mengalami masalah pendengaran perlu mempunyai kemahiran untuk menggunakan teknologi - teknologi tersebut. Kemahiran - kemahiran ini boleh mereka gunakan semasa mereka melakukan kerja sambilan atau semasa mereka berada di alam pekerjaan di masa yang akan datang. Kemahiran - kemahiran ICT ini adalah sangat berguna dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi pada zaman sekarang terutama
  • 11. sekali jika hendak bekerja dalam pejabat-pejabat syarikat. Tanpa kemahiran dan ilmu ICT, individu tersebut akan jauh tertinggal dalam era abad ke-21 yang berkembang dengan pesat. Selain daripada itu, teknologi-teknologi juga boleh memberi kebaikan kepada individu-individu yang mengalami masalah pendengaran dari segi perubatan seperti alat bantu pendengaran. Alat bantu pendengaran banyak membantu individu-individu yang mengalami masalah pendengaran dalam kehidupan mereka seharian. Dengan menggunakan alat bantu pendengaran ini, mereka boleh mendengar bunyi-bunyi sekeliling dan berinteraksi dengan orang lain dengan lebih baik. Contoh teknologi perubatan yang lain pula adalah seperti implan koklea yang boleh dilakukan kepada individu - individu yang mengalami masalah pendengaran dalam linkungan umur 2-4 tahun. Implan koklea juga boleh membantu mereka yang menagalami masalah pendengaran agar mereka boleh mendengar dengan lebih baik. Dalam beberapa kes, mereka yang telah menjalani pembedahan implan koklea boleh mendengar dan bercakap sama seperti orang - orang yang normal. Sebagai tambahan, doktor-doktor pakar pendengaran juga boleh membuat ujian pendengaran kepada individu-individu yang mengalami kehilangan pendengaran dengan menggunakan teknologi- teknologi yang canggih. Dengan adanya teknologi-teknologi yang boleh mengukur pendengaran seseorang, ianya boleh membantu mengesan tahap kehilangan pendengaran yang dihadapi oleh individu tersebut dan ini juga boleh membantu ibu bapa dan juga ahli pakar audiologi untuk membuat intervensi awal kepada kanak-kanak yang telah dikesan mengalami masalah pendengaran. Individu - individu yang mengalami kehilangan pendengaran juga lebih kepada deria visual dan oleh kerana itu para pakar elektronik telah mencipta teknologi - teknologi yang berbentuk visual yang boleh membantu individu-individu yang mengalami kehilangan pendengaran dalam aktiviti harian mereka. Sebagai contoh, teknologi jam timer yang boleh menghasilkan lampu apabila masa yang telah ditetapkan telah tamat. Alat ini boleh membantu mereka semasa mereka hendak memasak makanan yang memerlukan mereka untuk menetapkan masa yang tertentu. Contoh yang lain adalah seperti lonceng pintu yang akan menghasilkan lampu apabila ada orang menekan lonceng pintu tersebut. Dengan menggunakan alat ini, mereka boleh mengetahui jika sekiranya ada orang menekan lonceng pintu rumah mereka. Disini kita boleh melihat bahawa teknologi-teknologi pada zaman sekarang membawa kebaikan yang banyak kepada mereka yang mempunyai masalah pendengaran sama ada dari segi pendidikan, perubatan dan sebagainya. Namun, tidak juga dapat dinafikan bahawa teknologi-teknologi ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri.
  • 12. Salah satu kelemahan yang boleh dibincangkan adalah kos teknologi-teknologi yang mahal. Alat- alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, alat bantu pendengaran dan seumpamanya adalah sangat mahal bagi mereka yang mempunyai kos sara hidup yang rendah. Disebabkan sesetengah alat- alat teknologi ini mempunyai kos yang sangat tinggi, ianya adalah sukar bagi mereka untuk memiliki alat-alat teknologi tersebut. Selain daripada itu, untuk menggunakan teknologi - teknologi seperti komputer, ianya memerlukan individu tersebut untuk memiliki kemahiran bagi menggunakan alat-alat teknologi tersebut kerana tanpa kemahiran ICT, mereka akan mengalami kesukaran untuk menggunakan alat- alat teknologi tersebut. Untuk mendapat latihan kemahiran ICT tersebut, ianya juga memerlukan kos yang tinggi. Tambahan pula, sesetengah daripada alat-alat teknologi ini juga memelukan penyelenggaraan untuk memastikan alat-alat tersebut berfungsi dan sentiasa dalam keadaan yang baik. Berbincang tentang kelemahan teknologi dari segi penyelenggaraan, contoh yang boleh kita berikan adalah seperi alat bantu pendengaran. Sesetengah daripada individu - individu yang menggunakan alat bantu pendengaran tidak tahu bagaimana untuk melakukan penyenggaraan pada alat tersebut sehingga menyebabkan alat tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Tanpa cara penggunaan yang betul dan penyenggaraan, individu yang memakai alat tersebut akan tidak mendapat kebaikan daripada alat teknologi tersebut. Perkara ini membawa kerugian kepada pemilik alat bantu pendengaran tersebut kerana tidak dapat kebaikan daripada alat bantu pendengaran itu dengan sepenuhnya. Melihat dari segi teknologi alat bantu mengajar pula, peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk alat bantu mengajar adakalanya tidak digunakan oleh guru-guru untuk mengajar pelajar-pelajar mereka. Salah satu sebab kenapa alat bantu mengajar ini tidak selalu digunakan oleh guru-guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah kerana sebahagian daripada guru-guru tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan alat bantu mengajar tersebut. Ini akan menyebabkan alat bantu mengajar tersebut akan terbiar begitu sahaja tanpa digunakan oleh guru-guru dan membawa kepada kerugian. Secara keseluruhan, perkembangan teknologi dari masa ke semasa sedikit sebanyak telah memberi kelebihan kepada individu-individu yang mengalami masalah pendengaran dan boleh membantu mereka dalam kehidupan mereka seharian Seperti yang telah kita bincangkan juga, teknologi-teknologi ini juga mempunyai kelemahan mereka yang tersendiri. Namun, kelebihan dan kelemahan sesuatu teknologi tersebut juga bergantung kepada individu yang mengunakan teknologi itu. Jika sekiranya individu tersebut telah menggunakan teknologi itu dengan sepenuhnya yang memberi manfaat kepada individu tersebut, maka teknologi itu mempunyai kelebihan yang banyak berbanding daripada kelemahan dan begitu juga sebaliknya.
  • 13. 4.0 Cadangan-Cadangan Untuk Membantu Golongan Bermasalah Pendengaran dengan Menggunakan Teknologi . Di antara cadangan-cadangan yang boleh diberikan untuk memastikan agar teknologi dapat digunakan dengan sepenuhnya untuk membantu golongan-golongan yang megalami masalah pendengaran: (1) Guru-guru pendidikan khas bagi pelajar-pelajar masalah pendengaran harus diberi latihan kemahiran ICT dan juga ilmu pengetahuan mengenai teknologi dalam pendidikan agar guru - guru pendidikan khas boleh menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan tersebut untuk membantu mereka dalam mendidik pelajar-pelajar mereka dengan lebih efektif. (2) Membuat satu pertandingan mencipta alat-alat teknologi yang boleh membantu golongan - golongan yang mengalami masalah pendengaran. Dengan mengadakan pertandingan tersebut, orang ramai yang pakar mengenai teknologi akan berminat untuk mencipta teknologi - teknologi yang baru dengan cara yang kreatif. (3) Mendidik mereka cara menggunakan alat - alat teknologi seperti alat bantu pendengaran dengan betul dan sentiasa menyelenggara alat teknologi tersebut dari masa ke semasa agar teknologi tersebut sentiasa berfungsi dengan baik dan individu tersebut dapat menggunakan alat itu dengan sepenuhnya.
  • 14. 5.0 Penutup Tidak dapat disangkal lagi bahawa perkembangan teknologi di Malaysia kini telah meluas dan meliputi banyak aspek . Seperti sedia maklum , teknologi banyak membantu dalam kehidupan seharian manusia . Tanpa tekonologi , mungkin sukar untuk manusia untuk menjalani kehidupan ini . Dunia tanpa sempadan membolehkan manusia untuk mendapatkan pelbagai maklumat hanya di hujung jari dengan hanya menggunakan teknologi . Kemudahan ini harus digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat hari ini. Pun begitu , kita tidak boleh melupakan golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan masalah pendengaran ini . Mereka sepatutnya didedahkan dengan penggunaan teknologi ini sama seperti masyarakat normal yang lain . Namun , mungkin cara – cara pengajaran untuk mereka sedikit berbeza berbanding golongan yang lain dek kerana masalah yang mereka hadapi . Penggunaan teknologi seperti telefon bimbit , komputer , teknologi koklea implant , pager , mesin faks , alat bantuan pendengaran dan sebagainya haruslah sering digunakan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian golongan masalah pendengaran ini . Hal ini adalah kerana , sedikit sebanyak mereka akan didedahkan dengan penggunaan teknologi ini dan dapat membantu memudahkan kerja seharian mereka . Dengan adanya teknologi seperti ini , secara tidak langsung dapat mendidik golongan ini untuk menjadi lebih berdikari . Mereka tidak perlu lagi untuk mengharapkan belas kasihan orang lain dalam kehidupan ini . Selain itu , ia juga dapat membantu untuk meningkatkan self – esteem gololgan ini khususnya bagi kanak – kanak yang masih belajar . Hal ini adalah kerana dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran mereka , ia sedikit sebanyak akan meningkatkan keyakinan kanak – kanak ini untuk belajar . Lantas , mereka akan bersemangat untuk terus belajar . Maka , akan wujudlah pembelajaran berorentasikan komputer untuk kanak – kanak khas ini . Banyak manfaat yang akan diperolehi jika kita mempraktikkan cara ini . Sebagai contoh , ia dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi kanak – kanak ini dengan orang lain selain dapat membantu meningkatkan keupayaan motor kasar dan halus mereka . Secara tidak langsung , kita dapat memantau perkembangan kanak – kanak ini sama ada ke arah positif ataupun negatif.
  • 15. Selain itu juga , penggunaan audio dan visual yang sistematik juga dapat membantu gologan yang bermasalah pendengaran ini khususnya bagi kanak – kanak . Mereka boleh menggunakan alat permainan , cakara padat dan video untuk melatih mereka mendengar dan berkomunikasi . Realiti maya ini menjanjikan kebebasan untuk kanak – kanak ini mengenal dunia . Melalui teknologi , mereka dapat mencapai ilmu pengetahuan standing dengan orang lain . Sebagai orang yang paling rapat dengan kanak – kanak ini , ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dengan sebaiknya . Ibu bapa perlulah mengaplikasikan penggunaan teknologi ini dalam kehidupan anak – anak mereka . Untuk hasil yang lebih berkesan , ibu bapa boleh menghantar anak – anak mereka ke pusat yang lebih pakar demi membantu anak - anak mereka lebih arif akan penggunaan teknologi ini . Kita seharusnya meminimumkan kelemahan mereka dan berusaha semaksima mungkin untuk meningkatakan keupayaan mereka . Bagi guru pula , mereka juga memikul tanggungjawab yang sama berat seperti ibu bapa untuk membantu kanak – kanak ini dalam mempraktikkan penggunaan teknologi ini . Guru – guru harus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik – baiknya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka . Guru juga harus peka akan setiap perubahan yang ditunjukkan oleh para pelajar mereka . Secara kesimpulannya , teknologi banyak membantu golongan kurang upaya khususnya golongan masalah pendengaran ini dalam kehidupan seharian mereka . Teknologi ini harus dimanfaatkan dengan kadar maksimum agar golongan ini tidak terus ketinggalan dek arus pembangunan negara kini . Mereka juga layak untuk merasai nikmat seperti masyarakat normal yang lain . Kerjasama daripada semua pihak amatlah dituntut agar misi yang suci ini dapat dicapai dengan jayanya .