SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
Pembentukan Anak Kembar
Kehamilan kembar secara amnya memberikan
lebih risiko kepada ibu dan janinnya dari waktu
kehamilan sehinggalah selepas kelahiran kelak.
Kehamilan kembar boleh berlaku dengan lebih
kerap dalam keadaan seperti usia wanita yang
meningkat melebihi 35 tahun, keturunan,
pengambilan ubat kesuburan dan bangsa Afrika.
Wanita Asia mempunyai risiko paling rendah
untuk      mendapatkan    kehamilan      kembar
berbanding wanita Afrika mahupun wanita negara
Barat berkulit putih.
 Selepas persenyawaan satu ovum (benih wanita) oleh satu
sperma (benih lelaki), ia menghasilkan satu embrio awal yang
dinamakan zigot.
 Kembar lahir daripada persenyawaan dua ovum oleh dua
sperma yang berbeza untuk menghasilkan dua zigot yang
berbeza komposisi genetiknya.
1. Kembar seiras
Kembar seiras pula lazimnya berasal daripada
satu zigot saja yang kemudian terasing
menjadi dua embrio kembar. Memandangkan
kedua-dua kembar ini berasal daripada embrio
yang sama, bukan saja rupa mereka sama,
jantinanya juga sama kerana mereka
mempunyai komposisi percampuran genetik
ibu dan ayah yang sama atau hampir sama.
Cuma apabila diuji, uniknya cap jari mereka
masih berbeza.
Di dalam dunia perubatan, kehamilan kembar ini lebih dikenali sebagai Kembar
Seiras Mono-zigotik.

Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi
kepada dua embrio [rujuk rajah bawah a)] yang berasingan pada peringkat
awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan
membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang
berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu
plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka
hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk
membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan
genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.
Kembar mono-zigotik tidak dipengaruhi pengambilan
ubat kesuburan, usia, bangsa dan keturunan. Dalam
setiap kitaran haid wanita, sudah ada sekumpulan
ovum yang bersedia untuk membesar, cuma lazimnya
hanya satu ovum saja yang akan terus membesar dan
keluar (melalui ovulasi) untuk disenyawakan. Ini
membuahkan kehamilan dalam sekitar 15 peratus
wanita saja pada sesuatu kitaran, selebihnya tidak dan
berakhir dengan kedatangan haid. Itulah sebabnya
kebanyakan wanita hamil dengan seorang janin saja,
hanya kadangkala terdapat lebih daripada satu ovum
yang mengalami ovulasi (dipengaruhi faktor di atas).
2. Kembar Tak Seiras (Dizygotic)
Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum
dibebaskan [rujuk gambar atas b)] serentak semasa
proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh
satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua
zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang
masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya
sendiri. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh
kehamilan. Kedua-dua anak ini tidak sama dari segi
kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum
dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina
kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka,
kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.
3. Kembar siam
Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan
lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau
bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku
dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua
embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian
tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan
membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian
kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak
kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Biasanya
kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui
pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu
jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh
melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk
memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti
ini mempunyai risiko yang tinggi.
Dalam keadaan bilangan telur yang dihasilkan
melebihi, doktor mungkin akan membatalkan rawatan
permanian berhadas (IUI) serta menghalang
persenyawaan      secara    menasihatkan   pasangan
menggunakan kondom ataupun bertukar kepada
rawatan persenyawaan tabung uji (IVF). Ini kerana,
dalam rawatan IVF, doktor dapat mengawal kemasukan
bilangan embrio ke dalam ruang rahim. Lazimnya
untuk usia 29 tahun, hanya satu atau maksimum dua
saja embrio akan dimasukkan, selebihnya akan
dibekukan. Itupun masih meningkatkan risiko
kehamilan kembar dua atau kembar tiga, empat dan
seterusnya jika embrio yang sama membahagi atau
terpisah kepada dua lagi embrio.
Ubat kesuburan tidak meningkatkan risiko
kehamilan     kembar    mono-zigotik     (seiras
genetiknya). Namun, anda masih berpeluang
sedikit untuk mendapatkan kembar seiras rupa
fizikalnya walaupun berasal daripada zigot
berlainan, cuma masih berbeza komposisi
genetiknya. Ini kerana anak-anak, sama ada
dilahirkan serentak secara kembar mahupun
berlainan masa atau tahun adik-beradik, masih
lagi membawa genetik ayah dan ibunya. Ini dapat
dilihat pada sesetengah keluarga yang
mempunyai anak kecil yang sangat menyerupai
abang atau kakaknya.
Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar
maka peratusan untuk mendapat anak
kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun
bukan bermakna mereka yang tidak
mempunyai      keturunan    kembar     tidak
berpeluang untuk mendapat anak kembar.
Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari
Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi
perubatan yang semakin canggih.

Contenu connexe

En vedette

BIOLOGI TINGKATAN 5 BAB4 Pertumbuhan awal zigot manusia
BIOLOGI TINGKATAN 5 BAB4 Pertumbuhan awal zigot manusiaBIOLOGI TINGKATAN 5 BAB4 Pertumbuhan awal zigot manusia
BIOLOGI TINGKATAN 5 BAB4 Pertumbuhan awal zigot manusiaTunku Hilman Al-nordin
 
Bab 2 koordinasi badan
Bab 2 koordinasi badanBab 2 koordinasi badan
Bab 2 koordinasi badanElla Samad
 
Topik 5 pembahagian sel
Topik 5   pembahagian selTopik 5   pembahagian sel
Topik 5 pembahagian selsmktsj2
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisMohd Shukri Suib
 
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4Roiamah Basri
 
Latihan soal pewarisan sifat
Latihan soal pewarisan sifatLatihan soal pewarisan sifat
Latihan soal pewarisan sifatMulyani Fatimah
 
Part 3 of 3
Part 3 of 3Part 3 of 3
Part 3 of 3jc_1991
 
Babydevelopment 100901022928-phpapp02
Babydevelopment 100901022928-phpapp02Babydevelopment 100901022928-phpapp02
Babydevelopment 100901022928-phpapp02Zie Da
 
Penilaian kuiz
Penilaian kuizPenilaian kuiz
Penilaian kuizZie Da
 
Reproduciendo / Recreando Myanmar. Títulos de las obras en inglés, alemán y e...
Reproduciendo / Recreando Myanmar. Títulos de las obras en inglés, alemán y e...Reproduciendo / Recreando Myanmar. Títulos de las obras en inglés, alemán y e...
Reproduciendo / Recreando Myanmar. Títulos de las obras en inglés, alemán y e...Luis José Ferreira Calvo
 
Roflmaaaaaaaaaaaaaaaaaan
RoflmaaaaaaaaaaaaaaaaaanRoflmaaaaaaaaaaaaaaaaaan
Roflmaaaaaaaaaaaaaaaaaankreyn
 
Part 1 of 3 photo journal
Part 1 of 3 photo journalPart 1 of 3 photo journal
Part 1 of 3 photo journaljc_1991
 
Birhan Tonge PPP Slide Show
Birhan Tonge PPP Slide ShowBirhan Tonge PPP Slide Show
Birhan Tonge PPP Slide ShowBirhan Tonge
 

En vedette (18)

BIOLOGI TINGKATAN 5 BAB4 Pertumbuhan awal zigot manusia
BIOLOGI TINGKATAN 5 BAB4 Pertumbuhan awal zigot manusiaBIOLOGI TINGKATAN 5 BAB4 Pertumbuhan awal zigot manusia
BIOLOGI TINGKATAN 5 BAB4 Pertumbuhan awal zigot manusia
 
KEHAMILAN KEMBAR
KEHAMILAN KEMBARKEHAMILAN KEMBAR
KEHAMILAN KEMBAR
 
Bab 2 koordinasi badan
Bab 2 koordinasi badanBab 2 koordinasi badan
Bab 2 koordinasi badan
 
Topik 5 pembahagian sel
Topik 5   pembahagian selTopik 5   pembahagian sel
Topik 5 pembahagian sel
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
 
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
 
tugasan sintaksis
tugasan sintaksistugasan sintaksis
tugasan sintaksis
 
Sc4 topik4
Sc4 topik4Sc4 topik4
Sc4 topik4
 
Fertilisasi
FertilisasiFertilisasi
Fertilisasi
 
Latihan soal pewarisan sifat
Latihan soal pewarisan sifatLatihan soal pewarisan sifat
Latihan soal pewarisan sifat
 
Part 3 of 3
Part 3 of 3Part 3 of 3
Part 3 of 3
 
Babydevelopment 100901022928-phpapp02
Babydevelopment 100901022928-phpapp02Babydevelopment 100901022928-phpapp02
Babydevelopment 100901022928-phpapp02
 
Penilaian kuiz
Penilaian kuizPenilaian kuiz
Penilaian kuiz
 
Reproduciendo / Recreando Myanmar. Títulos de las obras en inglés, alemán y e...
Reproduciendo / Recreando Myanmar. Títulos de las obras en inglés, alemán y e...Reproduciendo / Recreando Myanmar. Títulos de las obras en inglés, alemán y e...
Reproduciendo / Recreando Myanmar. Títulos de las obras en inglés, alemán y e...
 
Narayangonj, dec 13
Narayangonj, dec 13Narayangonj, dec 13
Narayangonj, dec 13
 
Roflmaaaaaaaaaaaaaaaaaan
RoflmaaaaaaaaaaaaaaaaaanRoflmaaaaaaaaaaaaaaaaaan
Roflmaaaaaaaaaaaaaaaaaan
 
Part 1 of 3 photo journal
Part 1 of 3 photo journalPart 1 of 3 photo journal
Part 1 of 3 photo journal
 
Birhan Tonge PPP Slide Show
Birhan Tonge PPP Slide ShowBirhan Tonge PPP Slide Show
Birhan Tonge PPP Slide Show
 

Pembentukkan kembar seiras dan tak seiras

  • 2. Kehamilan kembar secara amnya memberikan lebih risiko kepada ibu dan janinnya dari waktu kehamilan sehinggalah selepas kelahiran kelak. Kehamilan kembar boleh berlaku dengan lebih kerap dalam keadaan seperti usia wanita yang meningkat melebihi 35 tahun, keturunan, pengambilan ubat kesuburan dan bangsa Afrika. Wanita Asia mempunyai risiko paling rendah untuk mendapatkan kehamilan kembar berbanding wanita Afrika mahupun wanita negara Barat berkulit putih.
  • 3.  Selepas persenyawaan satu ovum (benih wanita) oleh satu sperma (benih lelaki), ia menghasilkan satu embrio awal yang dinamakan zigot.  Kembar lahir daripada persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yang berbeza untuk menghasilkan dua zigot yang berbeza komposisi genetiknya.
  • 4. 1. Kembar seiras Kembar seiras pula lazimnya berasal daripada satu zigot saja yang kemudian terasing menjadi dua embrio kembar. Memandangkan kedua-dua kembar ini berasal daripada embrio yang sama, bukan saja rupa mereka sama, jantinanya juga sama kerana mereka mempunyai komposisi percampuran genetik ibu dan ayah yang sama atau hampir sama. Cuma apabila diuji, uniknya cap jari mereka masih berbeza.
  • 5. Di dalam dunia perubatan, kehamilan kembar ini lebih dikenali sebagai Kembar Seiras Mono-zigotik. Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio [rujuk rajah bawah a)] yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.
  • 6.
  • 7. Kembar mono-zigotik tidak dipengaruhi pengambilan ubat kesuburan, usia, bangsa dan keturunan. Dalam setiap kitaran haid wanita, sudah ada sekumpulan ovum yang bersedia untuk membesar, cuma lazimnya hanya satu ovum saja yang akan terus membesar dan keluar (melalui ovulasi) untuk disenyawakan. Ini membuahkan kehamilan dalam sekitar 15 peratus wanita saja pada sesuatu kitaran, selebihnya tidak dan berakhir dengan kedatangan haid. Itulah sebabnya kebanyakan wanita hamil dengan seorang janin saja, hanya kadangkala terdapat lebih daripada satu ovum yang mengalami ovulasi (dipengaruhi faktor di atas).
  • 8. 2. Kembar Tak Seiras (Dizygotic) Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan [rujuk gambar atas b)] serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendiri. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Kedua-dua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.
  • 10. Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.
  • 11. Dalam keadaan bilangan telur yang dihasilkan melebihi, doktor mungkin akan membatalkan rawatan permanian berhadas (IUI) serta menghalang persenyawaan secara menasihatkan pasangan menggunakan kondom ataupun bertukar kepada rawatan persenyawaan tabung uji (IVF). Ini kerana, dalam rawatan IVF, doktor dapat mengawal kemasukan bilangan embrio ke dalam ruang rahim. Lazimnya untuk usia 29 tahun, hanya satu atau maksimum dua saja embrio akan dimasukkan, selebihnya akan dibekukan. Itupun masih meningkatkan risiko kehamilan kembar dua atau kembar tiga, empat dan seterusnya jika embrio yang sama membahagi atau terpisah kepada dua lagi embrio.
  • 12. Ubat kesuburan tidak meningkatkan risiko kehamilan kembar mono-zigotik (seiras genetiknya). Namun, anda masih berpeluang sedikit untuk mendapatkan kembar seiras rupa fizikalnya walaupun berasal daripada zigot berlainan, cuma masih berbeza komposisi genetiknya. Ini kerana anak-anak, sama ada dilahirkan serentak secara kembar mahupun berlainan masa atau tahun adik-beradik, masih lagi membawa genetik ayah dan ibunya. Ini dapat dilihat pada sesetengah keluarga yang mempunyai anak kecil yang sangat menyerupai abang atau kakaknya.
  • 13. Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar maka peratusan untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat anak kembar. Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih.