Ciri-ciri Negara Islam Malaysia, http://www.hootoh.my/2013/05/ciri-ciri-negara-islam-di-malaysia-13513.html Tanda-tanda sebuah negara Islam, majoriti rakyat beragama Islam, pemimpin beragama Islam dan mendirikan solat, urusan keselamatan dan kekuatan dan pertahanan dikuasai pemimpin Islam, Azan masih berkumandang, pihak penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin, Tarikh 13 Mei 2013, #13.5.13 http://www.hootoh.my
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
Ciri ciri negara islam malaysia
1. CIRI-CIRI NEGARA ISLAM DI MALAYSIA
Ciri-ciri Negara Islam di Malaysia. Sesebuah negara yang majoriti rakyat beragama Islam, pemimpin beragama
Islam dan urusan keselamatan dan kekuatan dan pertahanan masih dikuasai pemimpin Islam, malah pemimpin
mendirikan solat, juga masih kedengaran azan berkumandang dan pihak penguasa masih menguasai urusan
kaum Muslimin, maka sesebuah negara seperti itu dinamakan sebuah negara Islam.
Ciri-ciri Negara Islam di Malaysia, Tanda-tanda sebuah negara Islam, majoriti rakyat beragama Islam, pemimpin
beragama Islam dan mendirikan solat, urusan keselamatan dan kekuatan dan pertahanan dikuasai pemimpin
Islam, Azan masih berkumandang, pihak penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin, Tarikh 13 Mei
2013, #13.5.13
Tanda-tanda Sebuah Negara Islam
Tanda-tanda yang perlu ada pada sesebuah negara Islam diatas dijelaskan oleh Imam Nawawi dan Imam
Ahmad, dalilnya diambil dari beberapa hadis sahih. Antaranya, Sabda Rasulullah SAW
Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,
maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci
kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya.
Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang wahai Rasulullah? Baginda menjawab, Jangan! Selagi mereka
masih mendirikan solat di kalangan kamu.
— Hadis Riwayat Muslim (6/23)
Dengan penjelasan hadis ini, menurut pandangan Ulama Salaf as-Soleh dan Ahli Hadis, suatu negara dinamakan
negara Islam apabila tanda besar iaitu azan dikumandangkan dan solat ditegakkan.
— Al-Manhaj as-Salafi inda Nasruddin al-Albani. Halaman 215. Amru Abdul Mun'im Salim
Larangan Bertindak Ganas (Memeranginya dengan Pedang)
Tanda seterusnya ialah larangan oleh Rasulullah SAW memeranginya dengan pedang (haram menjatuhkannya)
Dalam konteks ini, Nabi Muhammad SAW menyeru agar Bersabar Terhadap Pemimpin dan Penguasa selagi
mereka bersolat, kerana ia adalah makna keIslaman yang pertama sekalipun tidak berhukum dengan hukum
Islam, kerana petanda dan bukti utama seseorang itu pemimpin Islam adalah solatnya sebagaimana sabda
baginda:
Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam baginda bersabda:
Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya.
Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat
— Hadis Riwayat Ahmad (5/251)
Mengkafirkan Seseorang di Negara Islam
Hadis ini membuktikan bahawa tidak boleh dihukum kafir setiap individu atau pemimpin jika masih mendirikan
solat. Dan sesebuah negara dinamakan negara Islam jika masih terdengar suara azan, solat masih didirikan dan
dikuatkan lagi jika majoriti rakyatnya beragama Islam kerana hadis di atas menjelaskan:
"Dan (tanda) terakhir adalah solat"
Tarikh 13 Mei 2013 #13.5.13
Ciri-ciri Negara Islam di Malaysia, Tanda-tanda sebuah negara Islam, majoriti rakyat beragama Islam, pemimpin
beragama Islam dan mendirikan solat, urusan keselamatan dan kekuatan dan pertahanan dikuasai pemimpin
Islam, Azan masih berkumandang, pihak penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin, Tarikh 13 Mei
2013, #13.5.13
Ciri-ciri Negara Islam di Malaysia dipetik dari laman Hootoh Blog. Sekiranya ada kesalahan dan kekeliruan dalam
artikel ini harap dimaklumkan segera, Insyaallah.
هللاو ُملعأ باوـصـلاب
Wallahu’alam bissawab