SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  19
Télécharger pour lire hors ligne
SME 6044
ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN
           MATEMATIK


         TAJUK : PENSIJILAN GURU
CHITRA A/P GOPALAN               M20102001079
MAIMUN BINTI ALI KUTY            M20101000203
MARDHIYATUL HUDA BINTI HAMDAN    M20112001423
NORFAZELAWATI BINTI ABD KADIR    M20112001424


                     PENSYARAH
         PROF DR MARZITA BINTI PUTEH
1. PENGENALAN

1.1    Definisi Persijilan Guru




Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, persijilan bermaksud pemberian sijil kepada seseorang
atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yang ditetapkan bagi
membuktikan bahawa barangan yang dikeluarkan berkualiti. Manakala definisi guru mengikut
Kamus Dewan bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh atau dalam erti kata yang
sebenarnya adalah pembimbing dalam proses pembelajaran. Selain itu seorang guru semestinya
mempunyai emosi yang stabil, ingin memajukan murid, bersikap realistik, bersikap jujur dan
terbuka, peka terhadap perkembangan, terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus
memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal
pendidikan,   menguasai    kurikulum   dan   metodologi   pengajaran.   Moore   (1995)   pula
mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu merancang, memandu dan menilai
pembelajaran. Maka bakal guru perlu mengikuti latihan perguruan sebelum digelar sebagai
guru.Guru yang berkesan akan menjayakan proses pendidikan negara. Bagi Mok Soon Sang
(1996), guru merupakan tenaga ikhtisas dalam bidang perguruan untuk mendidik dan
menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di institut pendidikan. Latihan mengikut
Kamus Pelajar membawa maksud didikan untuk menjadikan seseorang itu mahir. Manakala
perguruan menurut Awang Had (1998), ialah satu proses untuk menjadi guru. Guru yang
dimaksudkan ialah guru yang bertugas mengajar secara formal di sekolah-sekolah rendah,
sekolah-sekolah menengah dan sekolah menengah atas bantuan kerajaan. Gabungan dua
perkataan tersebut membawa maksud proses pendidikan untuk melahirkan guru-guru yang
berkemahiran iaitu satu jangka masa untuk mempelajari teknik mengajar menurut Farrant (1977).
Moore (1995) pula mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu merancang,
memandu dan menilai pembelajaran.
1.2    Pendidikan Guru Malaysia




Istilah pendidikan guru mula digunakan secara rasmi pada tahun 1981 menggantikan istilah
latihan perguruan yang telah digunakan sebelumnya berikutan penukaran nama Bahagian
Latihan Perguruan (BLG) kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Maka dengan itu juga
tempoh program pendidikan guru di maktab telah dilanjutkan daripada dua tahun kepada tiga
tahun seperti dilaporkan dalam Laporan Jawantan Kuasa Kabinet, 1979. Selaras dengan itu,
pembinaan beberapa buah maktab perguruan membuktikan bahawa betapa pentingnya usaha
untuk melahirkan guru-guru yang bertauliah. Hal ini adalah kerana pendidikan guru merupakan
satu aspek yang amat penting dalam menentukan kejayaan polisi kerajaan seperti yang
ditegaskan oleh Francis Wong Hoy Kee dan Paul Chang Ming Phang (1975); “Teacher
education is perhaps the most important aspect of educational policy in Malaysia because
teachers are responsible for translating educational goals into reality”. Pendidikan guru di
Malaysia adalah satu tindakan yang dilakukan oleh kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mendedahkan kaedah dan teknik pengajaran secara formal kepada setiap bakal guru, sama ada di
maktab-maktab perguruan atau di pusat-pusat pengajian tinggi awam bagi menyesuaikan bakal
guru dengan tugas apabila berada dalam bilik darjah nanti (Wan Harun bin Wan Yaacob, USM,
2008). Maka kursus perguruan asas adalah program pendidikan yang bertujuan memberi
pengetahuan dan kecekapan bagi membolehkan mereka menjadi guru yang berkesan.




1.3    Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Bahagian Pendidikan Guru memainkan peranan penting dalam pemilihan guru untuk mengikuti
kursus perguruan untuk ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) yang
dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan. Wan Harun bin Wan Yaacob (2008) menyatakan
institusi pendidikan guru berusaha melahirkan guru-guru yang berkualiti atau berkebolehan agar
dapat melaksanakan tugas mendidik dengan berkesan. Bahagian Pendidikan Guru menumpukan
fokus kepada urusan latihan dalam perkhidmatan dan deiletakkan di bawah penyeliaan Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM). Syarat kemasukan guru ke profesion perguruan
adalah seperti berikut iaitu Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lulus setaraf, Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Matrikulasi.

1.4    Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan sebuah institut pengajian tinggi yang melatih
bakal-bakal guru yang terdiri daripada pelajar Kurusus Perguruan Lepasan SPM ((KPLSPM),
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam
Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open
University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Di Malaysia, semua
Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya.

Visi IPG ialah Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan misinya adalah untuk melahirkan
guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke
arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. IPG mempunyai 28 kampus cawangan dan sebuah
English Language Teaching Centre. Boleh dikatakan IPG mempunyai cawangan di semua negeri
di Malaysia.

Kampus-kampus tersebut adalah:

  a) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
  b) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
  c) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
  d) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
  e) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
  f) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
  g) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
  h) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
  i) Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
  j) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
  k) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
  l) Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
m) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
n) Institut Pendidikan Guru Kampus Persekutuan Pulau Pinang
o) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
p) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
q) Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
r) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
s) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri
t) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
u) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
v) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
w) Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
x) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
y) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
z) Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn
Kerangka Kurikulum Kursus KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)



B Komponen                 Kredit                         Mata Pelajaran
il

1   Dinamika Guru            9       1.1 Kemahiran Belajar Secara Kiritis dan Kreatif.

                                     1.2 Teknologi Maklumat

                                     1.3 Pendidikan Islam & Tamadun Islam atau Pendidikan
                                     Moral & Tamadun Islam

                                     1.4 Pendidikan Alam Sekitar

                                     1.5 Kemahiran Komunikasi Sosial – Bahasa Melayu Kini
2   Pendidikan              13       Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif 1)

    Pengkhususan            22       Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif 2)
3   Elektif                  3       Mata Pelajaran Sekolah (mengikut pilihan pengajian
                                     pengkhususan)


4   Gerakerja                3       Pengurus Ko-Kurikulum Unit Beruniform dan Sukan

    Ko-Kurikulum
    (GERKO)
5   Praktikum                       7 Latihan Mengajar di Sekolah
1.5    Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Institut Pengajian Tinggi Awam ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam melalui
kerajaan negara ataupun setempat. Antara IPTA yang menawarkan ijazah pendidikan ialah:

           a) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI
           b) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
           c) Universiti Utara Malaysia, UUM
           d) Universiti Teknologi Mara, UiTM
           e) Universiti Malaya, UM
           f) Universiti Sains Malaysia, USM
           g) Universiti Teknologi Malaysia, UTM
           h) Universiti Malaysia Sabah, UMS
           i)   Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM

Kerangka Kursus Pengajian IJSM (Ijazah Sarjana Muda)

      BI   KURSUS
      L
      1.   Pengujian, Pengukuran & Penilaian Pendidikan

      2.   Pedagogi Pendidikan

      3.   Pemikiran Strategik & Inovatif

      4.   Falsafah Pendidikan dan Kurikulum

      5.   Sosiologi Pendidikan

      6.   Hubungan Etnik

      7.   Psikologi Pendidikan

      8.   Kaedah Pengajaran & Pembelajaran ;

           -Matematik Asasi, Pengajaran Matematik Sekolah Menengah (IJSMP Matematik)
2.        Kualiti Pendidikan

Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti seorang guru. Peningkatan kualiti pendidikan guru
merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketrampilan dan
berakhlak mulia maka ini menunjukkan pentingnya latihan pendidikan guru diadakan untuk
meningkatkan kemahiran profesion guru seperti kemahiran berfikir, merancang, mengajar,
mengurus dan menilai supaya mereka dapat mendidik dan melahirkan pelajar yang berkualiti.
Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubahsuai supaya guru dilengkapkan
dengan pengetahuan baru dan sikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif.
Menurut Salehudin Hj. Sabar (2005) pengubahsuaian kurikulum menuntut para pendidik
membuat peranjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang cekap teknologi dan yakin
menghadapi perubahan dan menangani cabaran persekitaran sekolah semasa. Oleh itu, menjadi
harapan negara agar guru dapat memainkan peranan dalam mendidik anak bangsa menjadi
warganegara yang berguna (Salehudin, 2005). Sesungguhnya berdasarkan pembentangan
Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK10) bab lima yang menyentuh mengenai membangun dan
mengekalkan modal insan bertaraf dunia, kualiti perguruan perlu ditingkatkan secara signifikan
kerana kualiti guru lebih mempengaruhi prestasi pelajar dan menambah baik kaedah pengajaran
dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkan pencapaian pelajar (Sanders dan Rivers
(1996).
3.     Kepentingan Kursus Perguruan




Kursus Perguruan sangat penting untuk membentuk seorang guru yang berprofession, bersahsiah,
berilmu pengetahuan, berkemahiran ikhtisas, mempunyai nilai-nilai murni, melahirkan nilai
keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Falsafah Pendidikan Guru. Kursus
Perguruan juga dapat melahirkan insan yang berprofessional,berkualiti,cekap,yakin dan
kemahiran tinggi. Guru juga didedahkan dengan pengkhususan matapelajaran supaya cekap
mengajar subjek tersebut kepada pelajar. Selain itu,kursus perguruan akan menentukan skim
perjawatan mengikut pencapaian pendidikan dan juga penentu perkembangan staff untuk
menentukan guru cemerlang. Guru akan didedahkan dengan aktiviti ROS dan Praktikum untuk
memantapkan lagi bidang profession sebagai seorang guru. Konsep ROS memberi peluang
kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam
bilik darjah,merupakan pendedahan awal guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif
seorang guru.




       Guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah,
pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran
pembelajaran menerusi pemerhatian, interaksi dan refleksi. ROS akan diadakan selama dua
minggu supaya guru mendapat gambaran awal tentang pengurusan sekolah. Praktikum adalah
kesinambungan ROS yang memberi peluang kepada guru pelatih mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah.
Tujuan praktikum adalah menyepadukan teori dan amali pengajaran pembelajaran, menguasai
pelbagai strategi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah, mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah pengajaran pembelajaran, memupuk sikap positif, membentuk daya kefahaman,
mengamalkan dan menghayati nilai profesion keguruan, mengamalkan refleksi dan penilaian
kendiri dalam semua aspek tugas bagi memperbembangkan potensi diri,menguasai pelbagai
strategi, perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum dan mengoptimumkan
kegunaan sumber teknologi dalam proses pengajaran pembelajaran. Mengikut (Workshop
Reports,1970;7) ,kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan adalah bergantung sejauh
mana seseorang guru dapat membentuk muridnya menjadi seorang berguna kepada masyarakat
dan negara. Hal ini adalah kerana kemahiran professional seseorang guru terletak pada
keupayaannya menggunakan ilmu pengetahuan dan dengan itu membentuk sikap dan nilai yang
betul. Melalui (Cabinet Committee Reports on the implimentation of National Education
Policy,1979) juga, “the three years training program has been introduced with the primary
objective of improving the quality of teacher education in this country‟‟.




3.1    Fokus Utama Perkembangan Profesionalisme Pendidikan Guru




Peranan yang dimainkan oleh institusi perguruan iaitu Maktab Perguruan dan IPTA untuk
meningkatkan kualiti guru-guru. Melalui Dasar Pendidikan Wawasan 2020, pelbagai perubahan
yang telah dibuat dalam kurikulum pendidikan guru, latihan sistem penilaian, matapelajaran
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah, kursus IPG dan IPTA, Lembaga Peperiksaan dan
Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan ,Jabatan Pendidikan Teknikal, Bahagian perancangan Pusat
Perkembangan Kurikulum dan penyelidikan dasar pentadbiran,             Bahagian Buku Teks dan
Jemaah Nazir Sekolah. Mengikut Kajian Oleh Hapidah et al.(2002), faktor bimbingan memberi
sumbangan yang signifikan terhadap kualiti pembelajaran dan pengajaran di maktab perguruan.
Namun guru pelatih tidak mendapat bimbingan yang setimpal serta pensyarah dan guru
pembimbing telah di persetujui bersama serta pihak sekolah dan institusi pendidikan dan maktab
khususnya proses penyeliaan pengajaran di bilik darjah (JNSP1993). Dari sudut perbincangan
Grover(1989), semua pendidik seharusnya menjadi „instructional leader „dengan membolehkan
mereka menghadiri kursus yang berkaitan dengan penguasan sesuatu mata pelajaran ke tahap
ketrampilan kerja yang lebih bermakna. Melalui Marzita Puteh (2003, menegaskan seorang guru
cemerlang selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku di persekitaran. Selaras
dengan itu segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak
ketinggalan dengan perkembangan semasa.
Menurut Tuner dan Bash dalam Mohd Sani (2002), Guru cemerlang menunjukkan ciri
seperti komitmen profesional yang tinggi, pakar dalam semua bidang, sedia berkongsi
pengalaman, kebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek dan kebolehan mengurus
pelajar. Pelbagai cadangan pembentukan program pendidikan guru yang harus Bahagian
Pendidikan Guru perlu tinjau seperti negara yang diambilkira untuk menambah baik sistem
pendidikan di Malaysia contohnya sistem pendidikan Jepun. Guru di Jepun dihormati dan
dihargai dengan pemberian segala kemudahan terutama guru sekolah rendah mendapat gaji yang
lebih tinggi berbanding dengan pensyarah universiti yang mula berkhidmat. Semua guru sekolah
rendah adalah berijazah dan sekiranya tiada (segelintir kecil sahaja), mereka digalakkan
meneruskan pelajaran mereka dan semua sekolah Jepun adalah satu sesi dan ini memang sesuai
dengan iklim di sana. Sistem pendidikan Korea juga mempunyai keunikan tersendiri di mana
Perguruan Tinggi di Korea terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu, masa pendidikan 4 tahun dan 2
tahun. Masa pendidikan 2 tahun adalah mempelajari dasar-dasar keguruan tentang mata kuliah
keahlian, berbeza dengan masa pendidikan 4 tahun yang mempelajari ilmu secara keilmuan.
Dasar tahunan Universiti terbahagi menjadi Universiti Umum, Universiti Keguruan dan
Universiti Khusus. Universiti Keguruan contohnya pendidikan, komunikasi, pembukuan, teknik
manakala Universiti Khusus meliputi perpajakan, kepolisian dan akademik. Kemasukan ke
Universiti secara umum ditentukan nilai SMU dan setiap tahun mengikuti ujian kemampuan dan
bakat. Walaupun mereka dapat masuk ke Universiti dengan ke dua-dua nilai tersebut cara
pemilihan siswa sedikit berbeza di setiap Universiti kerana di setiap Universiti mempunyai
syarat-syarat tertentu. Seperti yang dinyatakan oleh Muhtar Bin Suhaili, Uia, 2004. Selain itu,
Sistem Pendidikan Jerman pula menekankan kepada pemahaman teori dan aplikasi praktikal
secara sekaligus. Selain itu, hubungan erat di antara pusat pengajian tinggi dan industri (sekolah)
juga membolehkan graduan yang dihasilkan adalah benar-benar mahir, berkebolehan, menguasai
sepenuhnya bidang yang mereka ceburi dan secara langsung boleh mengatasi dilema siswazah
menganggur. Sistem pendidikan yang diamalkan di Negara Jerman adalah Sistem Pendidikan
Percuma.
4.   Isu-isu Yang Melibatkan Pensijilan Guru di Malaysia
4.1 Tempoh Pengajian Yang Tidak Setara


Kualiti guru adalah laluan ke arah pendidikan cemerlang, sekali gus menjadi tulang belakang
pencapaian sekolah dan menentukan hasil pelajar. Maka seseorang guru perlu menerima latihan
dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang terlatih serta bertauliah. Tempoh pengajian
bagi program DPLI dan KPLI adalah ditetapkan selama setahun setengah (KPM, 2011).
Manakala tempoh bagi program ISMP di universiti tempatan adalah selama 4 tahun manakala
pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu menjalani latihan perguruan selama 5
tahun setengah. Di samping mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah,
bakal-bakal guru ini juga perlu menjalani aktiviti kokurikulum sebagai sebahagian daripada
kurikulum kursus. Perbezaan tempoh ini seharusnya tidak memberikan impak yang besar
walaupun perbezaan latar belakang latihan perguruan diantara setiap bakal guru tersebut. Mereka
perlu berusaha untuk mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik dari segi akademik dan
profesional sekiranya latihan perguruan yang diperolehi dirasakan tidak mencukupi. Selaras
dengan pendapat Zainun (1994), peranan guru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan
untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik dan
profesional secukupnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.

4.2 Penguasaan Kemahiran Isi Kandungan dan Ikhtisas


Program KPLI dan DPLI ini boleh melahirkan guru dalam tempoh pengajian kira-kira setahun
setengah dengan bidang serta pengkhususan mengenai pendidikan dengan harapan dapat
melahirkan guru yang berkualiti dan bermotivasi. Jika tempoh latihan terlalu singkat, penguasaan
ilmu pengkhususan dan ikhtisas oleh seseorang bakal guru mungkin tidak mencukupi.
Pendidikan ikhtisas adalah program pendidikan yang menyediakan matapelajaran berbentuk
ikhtisas. Di dalam Akta Pendidikan 1996 tercatat beberapa perkara penting yang disenaraikan
mengenai keperluan pendidikan termasuk maktab-maktab perguruan. Program berbentuk
pendidikan ikhtisas hanya disediakan di Maktab Perguruan, Universiti Perguruan dan dibawah
Fakulti Pendidikan di sesetengah Universiti sahaja.
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan kursus ikhtisas yang diambil oleh pelajar program
DPLI/KPLI dan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.


BIL IJSMP                                           DPLI/KPLI

                                                    Falsafah dan Perkembangan Pendidikan
1.    Falsafah Pendidikan dan Kurikulum
                                                    Malaysia

2.    Sosiologi Pendidikan                          Sekolah & Masyarakat

3.    Psikologi Pendidikan                          Aplikasi Psikologi Dalam Pendidikan

4.    Pedagogi Pendidikan

5.    Hubungan Etnik

6.    Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi

7.    Bimbingan dan Penasihatan

      Pengujian,    Pengukuran    &    Penilaian
8.                                                  Pentaksiran Pembelajaran
      Pendidikan

9.    Etika dan Profesionalisme Keguruan

10.   Pemikiran Strategik & Inovatif

11.   Rekabentuk Instruksional dan Teknologi        Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan

12.   Teori dan Kaedah Pengajaran                   Keadah Pengajaran

13.   Kaedah Penyelidikan Pendidikan

14.   Kokurikulum                                   Pengurusan Kokurikulum




                                                   (Sumber : Buku Panduan Program UPSI, 2010)
Ikhtisas di dalam Kamus Dewan (2007:564) berkaitan dengan pekerjaan atau profesion
yang memiliki sijil yang disahkan. Ikhtisas juga didefinisikan sebagai pekerjaan yang
memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam, sentiasa belajar berfikir, merancang dan
menilai murid-murid, mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian
yang cekap. Jika dilihat secara perbandingan diantara kedua-dua program ini, jelas kelihatan
terdapat kursus ikhtisas yang tidak ditawarkan kepada pelajar program diploma pendidikan.
Pelajar DPLI dan KPLI hanya mempelajari subjek yang hanya menjurus kepada buku teks
sekolah sahaja, manakala pelajar IJSMP mempelajari kursus yang jauh lebih mendalam
berbanding apa yang terkandung di dalam buku teks. Ini jelas menunjukkan pelajar IJSMP lebih
bersedia dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi untuk menghadapi alam profesion
perguruan yang mencabar masa kini. Ini kerana, setiap bakal guru haruslah mempersiapkan diri
dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi sebelum mereka layak bergelar guru yang
profesional.

4.3    Minat Kepada Profesion Perguruan



Terdapat banyak faktor pelajar DPLI dan KPLI memilih profesion perguruan sebagai kerjaya.
Minat memainkan peranan besar dalam pemilihan profesion kerana ia akan memberi impak yang
besar dalam sesuatu pekerjaan. Dengan minat yang mendalam dalam bidang perguruan, seorang
guru akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ismail (1992) menyatakan minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti mendorong seseorang
untuk meneroka dengan lebih jauh. Seseorang yang berminat dengan pekerjaan yang dilakukan
akan memastikan kerja yang dilakukan sempurna dan dapat diterima oleh orang ramai. Menurut
Mohamed Najib Abdul Ghafar & M. Noor Ariffin (2008) minat pelajar jurusan pendidikan
semakin berkurang setelah mengikuti kursus perguruan selama 4 tahun di Institusi Pengajian
Awam. Untuk meningkatkan minat yang tinggi, pihak fakulti seharusnya mengkaji kembali
silibus yang dicadangkan kepada pelajar agar latihan yang sempurna dan lengkap daripada
semua aspek perguruan diberikan kepada calon guru ini.
Begitu juga situasi bagi seorang pelajar DPLI dan KPLI yang memilih profesion
perguruan hanya kerana faktor kerjaya. Setelah selesai memperolehi ijazah dalam pelbagai
bidang seterusnya tidak berjaya mendapatkan kerja atau pekerjaan semasa dirasakan
membebankan, mereka akan memilih profesion perguruan sebagai kerjaya yang terakhir. Jika
keadaan ini dibiarkan berterusan berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia, bidang
pendidikan akan dihuni oleh mereka yang tidak berminat untuk menhajar di sekolah dan
akibatnya menjejaskan mutu pendidikan negara




4.4    Lambakan Guru Dan Guru Tidak Mengajar Opsyen



Ramai yang menganggap kerjaya perguruan ini merupakan salah satu kerjaya yang diceburi
sebagai batu loncatan sahaja setelah tiada pekerjaan tetap. Mereka memilih kerjaya perguruan ini
setelah gagal memasuki bidang-bidang lain dan guru menjadi pilihan mereka yang terakhir.
Apabila fenomena ini berlaku, ia menyebabkan jumlah guru tidak terkawal jumlahnya dan tidak
mengikut kekosongan dan keperluan yang sebenar. Pada tahun 2003, dilaporkan seramai 13,000
graduan Sains dan Matematik di seluruh negara tidak mengajar opsyen yang sepatutnya. Mereka
mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa
mengikuti latihan semula subjek lain. (Berita Harian, Februari 2003). Lambakan guru sains dan
matematik ini juga berpunca daripada penempatan pelajar DPLI dan KPLI daripada jurusan yang
sama yang bertaburan sekolah-sekolah di seluruh negara.




       Untuk mengatasi masalah tersebut Kementerian Pelajaran telah menganjurkan program
terbaru khas untuk guru-guru opsyen Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik yang kurang atau
tidak mengajar opsyen asal untuk menjalani Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).
Program ini hanya dijalankan selama 12 minggu di universiti tempatan yang terpilih. Antara
bidang subjek yang ditawarkan kepada guru sains dan matematik ini ialah Sejarah, Bahasa
Melayu, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan serta Geografi. Program seumpama
PITO ini juga serba sedikit akan mengubah persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan
kerana seserang guru yang tidak berkemahiran juga boleh mengajar sesuatu subjek tersebut
dengan hanya menjalani kursus dalam jangka masa yang singkat sahaja. Secara tidak langsung,
ianya menidakkan latihan perguruan yang dijalankan di Malaysia secara amnya. Seharusnya,
latihan perguruan mestilah setara tempohnya dan bermutu sebagaimana yang ditentukan oleh
badan penilai yang mempunyai autoriti serta mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan.


4.5    Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (IJSMP) Dipinggirkan



Di antara isu dan permasalahan yang sering diperkatakan ialah kehadiran pelajar DPLI dan KPLI
ini telah menjejaskan urusan penempatan pelajar IJSMP yang sepatutnya diberi kelebihan
kerana mereka telah menjalani latihan perguruan yang lebih lama. Isu yang terbaru iaitu seramai
5,000 mahasiswa IJSMP Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian
Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran
Tidak Terlatih (GSTT). GSTT ialah guru sementara yang tidak mendapat latihan perguruan dan
telah berkhidmat di sekolah kurang daripada dua tahun. Pada akhir tahun 2011, seramai 7079
orang GSTT ditawarkan program DPLI selama 18 bulan di universiti tempatan sebelum diserap
ke jawatan tetap, (Berita Harian, November 2011).



       Tempoh perkhidmatan 18 bulan adalah tidak mencukupi untuk melayakkan GSTT ini
untuk diserap berkhidmat secara tetap sebagai Pegawai Pekhidmatan Siswazah. Kementerian
Pelajaran Malaysia masih mengambil iniasitif untuk menyerap masuk GSTT ini yang tempatnya
sepatutnya diisi oleh ribuan pelajar IJSMP yang masih menunggu panggilan untuk penempatan.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, graduan UPSI
telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, berkualiti serta berkelayakan dan bukannya GSTT yang
pada hematnya tidak berkelayakan untuk menjadi seorang guru yang wibawa kerana latihan
perguruan mereka tidak setanding graduan IJSMP, (Berita Harian, November 2011). Mungkin
sudah tiba masanya pelaksanaan program DPLI ini dikaji semula apatah lagi apabila terdapat
pelajar pengajian pendidikan tidak mendapat tempat mengajar kerana perlu bersaing dengan guru
lepasan DPLI ini. Sedangkan tujuan utama pelaksanaan DPLI sebelum ini adalah untuk
menampung kekurangan guru lepasan pengajian pendidikan namun situasi yang berlaku kini
menjadi sebaliknya.
5.    Cadangan dan Kesimpulan
Profesion perguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan
yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan
mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan
profesion ini sebagai bidang terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah.
Masyarakat haruslah sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru
sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini.

      Usaha Kementerian Pendidikan selama ini dalam meningkatkan mutu pensijilan guru
haruslah dipandang tinggi. Namun sekiranya Kerajaan Malaysia ingin memartabatkan Profesion
Perguruan di Malaysia, maka seharusya kualiti guru perlu diiktiraf melalui Pemberian Lesen
Guru kepada setiap guru yang mempunyai kelulusan iktisas perguruan. Pada awal Tahun 1980
dan 1990 ke arah lesen guru ini telah wujud dengan setiap guru mesti mempunyai permit (Buku
Biru) sebelum dibenarkan mengajar. Guru sementara yang tidak mengikuti latihan perguruan
hanya dibenarkan memiliki permit sementara dan perlu diperbaharui setiap tahun. Pada ketika itu
semua guru yang mengajar merasakan mereka mempunyai integriti yang tinggi kerana mereka
diiktiraf dan profesional dalam pekerjaan telah diterjemahkan dengan pemilikan sijil perguruan
dan permit guru.




       Lesen guru adalah merupakan kaedah yang releven serta boleh mengekalkan integriti
guru dari mula ianya diiktiraf sebagai guru sehingga akhir hayat. Secara tidak langsung pihak
berwajib lebih senang untuk membuat kawalan standard kualiti guru, produktiviti guru disemua
peringkat pendidikan sama ada disekolah pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan
pengajian tinggi awam dan swasta. Tambahan pula Kementerian Pelajaran hari ini telah diterajui
bersama oleh golongan bukan professional perguruan terutama dari kalangan Pegawai
Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). Maruah dan martabat guru akan terserlah melalui
pemilikan lessen profesional perguruan sebagaimana dinyatakan oleh YB Dato‟ Dr Fuad Zarkasi,
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. (Berita Harian, 2011)
RUJUKAN

1. Atan Long. 1984. PendidikdanPendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti, Daisy Ee (1974)
   dan Obura (1974).

2. Awang Had Salleh (1998)“Latihan Perguruan untuk Sekolah Berkesan”, Universiti
   Malaya, Kuala Lumpur.


3. Buku Panduan Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam: Program Pangajian
   Lepasan Matrikulasi Sesi Akademik 2003/2004. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan
   Malaysia.


4. Francis Wong Hoy Key and Paul Chang Min Phang (1975) “The Changing Pattern of
   Teacher Education in Malaysia” di dalam Wan Harun Wan Yaakob (2008), USM.


5. Ismail Haji Reduan. 1992. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Pengajaran dan
   Pembelajaran Matematik di Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Akademik MPKT.
   Kuala Terengganu. 137-147.


6. Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). “Laporan Jawatankuasa Kabinet, Mengkaji
   Pelaksanaan Dasar Pelajaran.” Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.


7. Mohamed Najib Abdul Ghafar& M. Noor Ariffin(2008). Kesan Latihan Perguruan Ke
   Atas Faktor Pemilihan Perguruan. Jurnal Teknologi, 48(E) Jun 2008: 15–31 ,Universiti
   Teknologi Malaysia.


8. Salehudin Hj. Sabar (2005).“Kertas Konsep Faktor-Faktor Graduan Berkerjaya Memilih
   Kursus Perguruan Lepas Ijazah- Pengkhususan Sekolah Rendah”. Jurnal Penyelidikan
   MPBL. 6. 35-52.


9. Sanders, W.L. dan Rivers, J.C. 1996. Cumulative and Residual Effects of Teachers of
   Future Students Academic Achievement.


10. Wan Harun Wan Yaacob (2008). “Pendidikan guru di Malaysia”. UniversitiSains
    Malaysia, Skudai Johor, Malaysia.


11. Zainun. 1994. Profesion Guru dan Cabaran. Mestika, November.
12. RMK 10 2011-2015. Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Diperoleh
    pada 20 Mac 2012 daripada http://www.moe.gov.my/.


13. Berita Harian. 7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke Jawatan Tetap (20
    Disember 2011).


14. Berita harian. 13,000 Graduan Sains dan Matematik di Seluruh Negara Tidak Mengajar
    Opsyen. (23 Februari 2003).


15. Kamus Dewan Edisi Keempat , (2007 : 564).

Contenu connexe

Tendances

Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanUsaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanSherly Jewinly
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_davidzaidizakaria1978
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guruAmeer Chann
 
9. Kurikulum
9.  Kurikulum9.  Kurikulum
9. Kurikulumkrys73
 
Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahusedry
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan finalAdila Dila
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan finalNadzari Baharom
 
Standard guru
Standard guruStandard guru
Standard guruAre Fade
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendahStar Ng
 
Tugas metode pembelajaran pai
Tugas metode pembelajaran paiTugas metode pembelajaran pai
Tugas metode pembelajaran paiancciran
 
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Zauhari Hussein
 
proposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistproposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistWIDIYAH02ASTUTIK
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)Dewi_Sejarah
 
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziTemplet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziZauhari Hussein
 

Tendances (20)

Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanUsaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
9. Kurikulum
9.  Kurikulum9.  Kurikulum
9. Kurikulum
 
Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolah
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Siti aminah
Siti aminahSiti aminah
Siti aminah
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan final
 
Buku mmi 1 pelaksanaan final
Buku mmi 1  pelaksanaan finalBuku mmi 1  pelaksanaan final
Buku mmi 1 pelaksanaan final
 
Standard guru
Standard guruStandard guru
Standard guru
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
 
Tugas metode pembelajaran pai
Tugas metode pembelajaran paiTugas metode pembelajaran pai
Tugas metode pembelajaran pai
 
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
 
proposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistproposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadist
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudziTemplet hbef3503 t1 a4 faudzi
Templet hbef3503 t1 a4 faudzi
 

En vedette

Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)Ili Hawari
 
penulisan ilmiah
penulisan ilmiahpenulisan ilmiah
penulisan ilmiah92 degrees
 
Pekeliling SBPA GURU
Pekeliling SBPA GURUPekeliling SBPA GURU
Pekeliling SBPA GURUMohd Minsin
 
kode etik penulis dan etika kepenulisan
kode etik penulis dan etika kepenulisankode etik penulis dan etika kepenulisan
kode etik penulis dan etika kepenulisanDhika Tr
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)akmalmustafakamal
 
Kertas penerangan penggajian
Kertas penerangan   penggajianKertas penerangan   penggajian
Kertas penerangan penggajianasni670
 
Kepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaKepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaPAKLONG CIKGU
 
Bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negara
Bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negaraBandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negara
Bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negaraMohd Borhan Bin Jamaluddin
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Akta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence ActAkta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence ActFAROUQ
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 

En vedette (20)

Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)
 
penulisan ilmiah
penulisan ilmiahpenulisan ilmiah
penulisan ilmiah
 
Akuntansi dasar
Akuntansi dasarAkuntansi dasar
Akuntansi dasar
 
Jurnal akuntansi
Jurnal akuntansiJurnal akuntansi
Jurnal akuntansi
 
Pekeliling SBPA GURU
Pekeliling SBPA GURUPekeliling SBPA GURU
Pekeliling SBPA GURU
 
Hasil kerja bm3111
Hasil kerja bm3111Hasil kerja bm3111
Hasil kerja bm3111
 
Pekerja 1
Pekerja 1Pekerja 1
Pekerja 1
 
KUALITI GURU
KUALITI GURUKUALITI GURU
KUALITI GURU
 
kode etik penulis dan etika kepenulisan
kode etik penulis dan etika kepenulisankode etik penulis dan etika kepenulisan
kode etik penulis dan etika kepenulisan
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 
Kertas penerangan penggajian
Kertas penerangan   penggajianKertas penerangan   penggajian
Kertas penerangan penggajian
 
Kepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaKepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasa
 
Bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negara
Bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negaraBandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negara
Bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negara
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
Definisi pengurusan bengkel
Definisi pengurusan bengkelDefinisi pengurusan bengkel
Definisi pengurusan bengkel
 
Akta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence ActAkta keterangan 1950 / Evidence Act
Akta keterangan 1950 / Evidence Act
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 

Similaire à GURU_SIJIL

SME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guruSME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guruLoreta Long
 
2 dr md amin (siap edit)
2 dr md amin (siap edit)2 dr md amin (siap edit)
2 dr md amin (siap edit)cikgusyahril
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
Asas pembelajaran dan_pengajaran_pensyarah_institusi_pengajian_tinggi[1]
Asas pembelajaran dan_pengajaran_pensyarah_institusi_pengajian_tinggi[1]Asas pembelajaran dan_pengajaran_pensyarah_institusi_pengajian_tinggi[1]
Asas pembelajaran dan_pengajaran_pensyarah_institusi_pengajian_tinggi[1]sitizaleha SHARIF
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanElfitri Tres
 
Manajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolahManajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolahNuruddin Arranirri
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru huda hamdan
 
2023_Materi pendampingan Pengimbasan_PSP.pptx
2023_Materi pendampingan Pengimbasan_PSP.pptx2023_Materi pendampingan Pengimbasan_PSP.pptx
2023_Materi pendampingan Pengimbasan_PSP.pptxIGIKarawang
 
Ilmu Pendidikan Islam
Ilmu Pendidikan IslamIlmu Pendidikan Islam
Ilmu Pendidikan Islampita pulungan
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolahikhwanecdc
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPensil Dan Pemadam
 
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
Buku mmi 3  amalan terbaik guruBuku mmi 3  amalan terbaik guru
Buku mmi 3 amalan terbaik guruNadzari Baharom
 

Similaire à GURU_SIJIL (20)

SME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guruSME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guru
 
2 dr md amin (siap edit)
2 dr md amin (siap edit)2 dr md amin (siap edit)
2 dr md amin (siap edit)
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Asas pembelajaran dan_pengajaran_pensyarah_institusi_pengajian_tinggi[1]
Asas pembelajaran dan_pengajaran_pensyarah_institusi_pengajian_tinggi[1]Asas pembelajaran dan_pengajaran_pensyarah_institusi_pengajian_tinggi[1]
Asas pembelajaran dan_pengajaran_pensyarah_institusi_pengajian_tinggi[1]
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihan
 
Manajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolahManajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolah
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Jurnal last
Jurnal lastJurnal last
Jurnal last
 
2023_Materi pendampingan Pengimbasan_PSP.pptx
2023_Materi pendampingan Pengimbasan_PSP.pptx2023_Materi pendampingan Pengimbasan_PSP.pptx
2023_Materi pendampingan Pengimbasan_PSP.pptx
 
Ilmu Pendidikan Islam
Ilmu Pendidikan IslamIlmu Pendidikan Islam
Ilmu Pendidikan Islam
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Anjakan 10
Anjakan 10Anjakan 10
Anjakan 10
 
Anjakan 10
Anjakan 10Anjakan 10
Anjakan 10
 
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
Buku mmi 3  amalan terbaik guruBuku mmi 3  amalan terbaik guru
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
 
Assessment 1
Assessment 1Assessment 1
Assessment 1
 

Plus de huda hamdan

Dasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulumDasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulumhuda hamdan
 
Kajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazelaKajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazelahuda hamdan
 
Kajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchitKajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchithuda hamdan
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitrahuda hamdan
 
Ulasan jurnal mun
Ulasan jurnal munUlasan jurnal mun
Ulasan jurnal munhuda hamdan
 
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihKaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihhuda hamdan
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelahuda hamdan
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr matehuda hamdan
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelahuda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...huda hamdan
 
Buku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian TindakanBuku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian Tindakanhuda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...huda hamdan
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khashuda hamdan
 
Pensiswazahan Guru
Pensiswazahan GuruPensiswazahan Guru
Pensiswazahan Guruhuda hamdan
 
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruStandard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruhuda hamdan
 

Plus de huda hamdan (19)

Dasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulumDasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulum
 
Kajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazelaKajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazela
 
Kajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchitKajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchit
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitra
 
Ulasan jurnal mun
Ulasan jurnal munUlasan jurnal mun
Ulasan jurnal mun
 
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihKaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazela
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazela
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
 
Buku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian TindakanBuku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian Tindakan
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Pensiswazahan Guru
Pensiswazahan GuruPensiswazahan Guru
Pensiswazahan Guru
 
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruStandard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
 
Utusan malaysia
Utusan malaysiaUtusan malaysia
Utusan malaysia
 

GURU_SIJIL

  • 1. SME 6044 ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK TAJUK : PENSIJILAN GURU CHITRA A/P GOPALAN M20102001079 MAIMUN BINTI ALI KUTY M20101000203 MARDHIYATUL HUDA BINTI HAMDAN M20112001423 NORFAZELAWATI BINTI ABD KADIR M20112001424 PENSYARAH PROF DR MARZITA BINTI PUTEH
  • 2. 1. PENGENALAN 1.1 Definisi Persijilan Guru Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, persijilan bermaksud pemberian sijil kepada seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yang ditetapkan bagi membuktikan bahawa barangan yang dikeluarkan berkualiti. Manakala definisi guru mengikut Kamus Dewan bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh atau dalam erti kata yang sebenarnya adalah pembimbing dalam proses pembelajaran. Selain itu seorang guru semestinya mempunyai emosi yang stabil, ingin memajukan murid, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan, terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran. Moore (1995) pula mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu merancang, memandu dan menilai pembelajaran. Maka bakal guru perlu mengikuti latihan perguruan sebelum digelar sebagai guru.Guru yang berkesan akan menjayakan proses pendidikan negara. Bagi Mok Soon Sang (1996), guru merupakan tenaga ikhtisas dalam bidang perguruan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di institut pendidikan. Latihan mengikut Kamus Pelajar membawa maksud didikan untuk menjadikan seseorang itu mahir. Manakala perguruan menurut Awang Had (1998), ialah satu proses untuk menjadi guru. Guru yang dimaksudkan ialah guru yang bertugas mengajar secara formal di sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah dan sekolah menengah atas bantuan kerajaan. Gabungan dua perkataan tersebut membawa maksud proses pendidikan untuk melahirkan guru-guru yang berkemahiran iaitu satu jangka masa untuk mempelajari teknik mengajar menurut Farrant (1977). Moore (1995) pula mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu merancang, memandu dan menilai pembelajaran.
  • 3. 1.2 Pendidikan Guru Malaysia Istilah pendidikan guru mula digunakan secara rasmi pada tahun 1981 menggantikan istilah latihan perguruan yang telah digunakan sebelumnya berikutan penukaran nama Bahagian Latihan Perguruan (BLG) kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Maka dengan itu juga tempoh program pendidikan guru di maktab telah dilanjutkan daripada dua tahun kepada tiga tahun seperti dilaporkan dalam Laporan Jawantan Kuasa Kabinet, 1979. Selaras dengan itu, pembinaan beberapa buah maktab perguruan membuktikan bahawa betapa pentingnya usaha untuk melahirkan guru-guru yang bertauliah. Hal ini adalah kerana pendidikan guru merupakan satu aspek yang amat penting dalam menentukan kejayaan polisi kerajaan seperti yang ditegaskan oleh Francis Wong Hoy Kee dan Paul Chang Ming Phang (1975); “Teacher education is perhaps the most important aspect of educational policy in Malaysia because teachers are responsible for translating educational goals into reality”. Pendidikan guru di Malaysia adalah satu tindakan yang dilakukan oleh kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendedahkan kaedah dan teknik pengajaran secara formal kepada setiap bakal guru, sama ada di maktab-maktab perguruan atau di pusat-pusat pengajian tinggi awam bagi menyesuaikan bakal guru dengan tugas apabila berada dalam bilik darjah nanti (Wan Harun bin Wan Yaacob, USM, 2008). Maka kursus perguruan asas adalah program pendidikan yang bertujuan memberi pengetahuan dan kecekapan bagi membolehkan mereka menjadi guru yang berkesan. 1.3 Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Bahagian Pendidikan Guru memainkan peranan penting dalam pemilihan guru untuk mengikuti kursus perguruan untuk ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan. Wan Harun bin Wan Yaacob (2008) menyatakan institusi pendidikan guru berusaha melahirkan guru-guru yang berkualiti atau berkebolehan agar dapat melaksanakan tugas mendidik dengan berkesan. Bahagian Pendidikan Guru menumpukan fokus kepada urusan latihan dalam perkhidmatan dan deiletakkan di bawah penyeliaan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM). Syarat kemasukan guru ke profesion perguruan
  • 4. adalah seperti berikut iaitu Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lulus setaraf, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Matrikulasi. 1.4 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan sebuah institut pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru yang terdiri daripada pelajar Kurusus Perguruan Lepasan SPM ((KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya. Visi IPG ialah Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan misinya adalah untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. IPG mempunyai 28 kampus cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre. Boleh dikatakan IPG mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia. Kampus-kampus tersebut adalah: a) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu b) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa c) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang d) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman e) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail f) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya g) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas h) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh i) Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau j) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent k) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu l) Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
  • 5. m) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis n) Institut Pendidikan Guru Kampus Persekutuan Pulau Pinang o) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam p) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik q) Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang r) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar s) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri t) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim u) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan v) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau w) Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim x) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan y) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun z) Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn
  • 6. Kerangka Kurikulum Kursus KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) B Komponen Kredit Mata Pelajaran il 1 Dinamika Guru 9 1.1 Kemahiran Belajar Secara Kiritis dan Kreatif. 1.2 Teknologi Maklumat 1.3 Pendidikan Islam & Tamadun Islam atau Pendidikan Moral & Tamadun Islam 1.4 Pendidikan Alam Sekitar 1.5 Kemahiran Komunikasi Sosial – Bahasa Melayu Kini 2 Pendidikan 13 Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif 1) Pengkhususan 22 Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif 2) 3 Elektif 3 Mata Pelajaran Sekolah (mengikut pilihan pengajian pengkhususan) 4 Gerakerja 3 Pengurus Ko-Kurikulum Unit Beruniform dan Sukan Ko-Kurikulum (GERKO) 5 Praktikum 7 Latihan Mengajar di Sekolah
  • 7. 1.5 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Institut Pengajian Tinggi Awam ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam melalui kerajaan negara ataupun setempat. Antara IPTA yang menawarkan ijazah pendidikan ialah: a) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI b) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM c) Universiti Utara Malaysia, UUM d) Universiti Teknologi Mara, UiTM e) Universiti Malaya, UM f) Universiti Sains Malaysia, USM g) Universiti Teknologi Malaysia, UTM h) Universiti Malaysia Sabah, UMS i) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM Kerangka Kursus Pengajian IJSM (Ijazah Sarjana Muda) BI KURSUS L 1. Pengujian, Pengukuran & Penilaian Pendidikan 2. Pedagogi Pendidikan 3. Pemikiran Strategik & Inovatif 4. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum 5. Sosiologi Pendidikan 6. Hubungan Etnik 7. Psikologi Pendidikan 8. Kaedah Pengajaran & Pembelajaran ; -Matematik Asasi, Pengajaran Matematik Sekolah Menengah (IJSMP Matematik)
  • 8. 2. Kualiti Pendidikan Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti seorang guru. Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketrampilan dan berakhlak mulia maka ini menunjukkan pentingnya latihan pendidikan guru diadakan untuk meningkatkan kemahiran profesion guru seperti kemahiran berfikir, merancang, mengajar, mengurus dan menilai supaya mereka dapat mendidik dan melahirkan pelajar yang berkualiti. Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubahsuai supaya guru dilengkapkan dengan pengetahuan baru dan sikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif. Menurut Salehudin Hj. Sabar (2005) pengubahsuaian kurikulum menuntut para pendidik membuat peranjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang cekap teknologi dan yakin menghadapi perubahan dan menangani cabaran persekitaran sekolah semasa. Oleh itu, menjadi harapan negara agar guru dapat memainkan peranan dalam mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang berguna (Salehudin, 2005). Sesungguhnya berdasarkan pembentangan Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK10) bab lima yang menyentuh mengenai membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia, kualiti perguruan perlu ditingkatkan secara signifikan kerana kualiti guru lebih mempengaruhi prestasi pelajar dan menambah baik kaedah pengajaran dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkan pencapaian pelajar (Sanders dan Rivers (1996).
  • 9. 3. Kepentingan Kursus Perguruan Kursus Perguruan sangat penting untuk membentuk seorang guru yang berprofession, bersahsiah, berilmu pengetahuan, berkemahiran ikhtisas, mempunyai nilai-nilai murni, melahirkan nilai keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Falsafah Pendidikan Guru. Kursus Perguruan juga dapat melahirkan insan yang berprofessional,berkualiti,cekap,yakin dan kemahiran tinggi. Guru juga didedahkan dengan pengkhususan matapelajaran supaya cekap mengajar subjek tersebut kepada pelajar. Selain itu,kursus perguruan akan menentukan skim perjawatan mengikut pencapaian pendidikan dan juga penentu perkembangan staff untuk menentukan guru cemerlang. Guru akan didedahkan dengan aktiviti ROS dan Praktikum untuk memantapkan lagi bidang profession sebagai seorang guru. Konsep ROS memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah,merupakan pendedahan awal guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran menerusi pemerhatian, interaksi dan refleksi. ROS akan diadakan selama dua minggu supaya guru mendapat gambaran awal tentang pengurusan sekolah. Praktikum adalah kesinambungan ROS yang memberi peluang kepada guru pelatih mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Tujuan praktikum adalah menyepadukan teori dan amali pengajaran pembelajaran, menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, memupuk sikap positif, membentuk daya kefahaman, mengamalkan dan menghayati nilai profesion keguruan, mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas bagi memperbembangkan potensi diri,menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum dan mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam proses pengajaran pembelajaran. Mengikut (Workshop Reports,1970;7) ,kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan adalah bergantung sejauh
  • 10. mana seseorang guru dapat membentuk muridnya menjadi seorang berguna kepada masyarakat dan negara. Hal ini adalah kerana kemahiran professional seseorang guru terletak pada keupayaannya menggunakan ilmu pengetahuan dan dengan itu membentuk sikap dan nilai yang betul. Melalui (Cabinet Committee Reports on the implimentation of National Education Policy,1979) juga, “the three years training program has been introduced with the primary objective of improving the quality of teacher education in this country‟‟. 3.1 Fokus Utama Perkembangan Profesionalisme Pendidikan Guru Peranan yang dimainkan oleh institusi perguruan iaitu Maktab Perguruan dan IPTA untuk meningkatkan kualiti guru-guru. Melalui Dasar Pendidikan Wawasan 2020, pelbagai perubahan yang telah dibuat dalam kurikulum pendidikan guru, latihan sistem penilaian, matapelajaran Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah, kursus IPG dan IPTA, Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan ,Jabatan Pendidikan Teknikal, Bahagian perancangan Pusat Perkembangan Kurikulum dan penyelidikan dasar pentadbiran, Bahagian Buku Teks dan Jemaah Nazir Sekolah. Mengikut Kajian Oleh Hapidah et al.(2002), faktor bimbingan memberi sumbangan yang signifikan terhadap kualiti pembelajaran dan pengajaran di maktab perguruan. Namun guru pelatih tidak mendapat bimbingan yang setimpal serta pensyarah dan guru pembimbing telah di persetujui bersama serta pihak sekolah dan institusi pendidikan dan maktab khususnya proses penyeliaan pengajaran di bilik darjah (JNSP1993). Dari sudut perbincangan Grover(1989), semua pendidik seharusnya menjadi „instructional leader „dengan membolehkan mereka menghadiri kursus yang berkaitan dengan penguasan sesuatu mata pelajaran ke tahap ketrampilan kerja yang lebih bermakna. Melalui Marzita Puteh (2003, menegaskan seorang guru cemerlang selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku di persekitaran. Selaras dengan itu segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa.
  • 11. Menurut Tuner dan Bash dalam Mohd Sani (2002), Guru cemerlang menunjukkan ciri seperti komitmen profesional yang tinggi, pakar dalam semua bidang, sedia berkongsi pengalaman, kebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek dan kebolehan mengurus pelajar. Pelbagai cadangan pembentukan program pendidikan guru yang harus Bahagian Pendidikan Guru perlu tinjau seperti negara yang diambilkira untuk menambah baik sistem pendidikan di Malaysia contohnya sistem pendidikan Jepun. Guru di Jepun dihormati dan dihargai dengan pemberian segala kemudahan terutama guru sekolah rendah mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding dengan pensyarah universiti yang mula berkhidmat. Semua guru sekolah rendah adalah berijazah dan sekiranya tiada (segelintir kecil sahaja), mereka digalakkan meneruskan pelajaran mereka dan semua sekolah Jepun adalah satu sesi dan ini memang sesuai dengan iklim di sana. Sistem pendidikan Korea juga mempunyai keunikan tersendiri di mana Perguruan Tinggi di Korea terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu, masa pendidikan 4 tahun dan 2 tahun. Masa pendidikan 2 tahun adalah mempelajari dasar-dasar keguruan tentang mata kuliah keahlian, berbeza dengan masa pendidikan 4 tahun yang mempelajari ilmu secara keilmuan. Dasar tahunan Universiti terbahagi menjadi Universiti Umum, Universiti Keguruan dan Universiti Khusus. Universiti Keguruan contohnya pendidikan, komunikasi, pembukuan, teknik manakala Universiti Khusus meliputi perpajakan, kepolisian dan akademik. Kemasukan ke Universiti secara umum ditentukan nilai SMU dan setiap tahun mengikuti ujian kemampuan dan bakat. Walaupun mereka dapat masuk ke Universiti dengan ke dua-dua nilai tersebut cara pemilihan siswa sedikit berbeza di setiap Universiti kerana di setiap Universiti mempunyai syarat-syarat tertentu. Seperti yang dinyatakan oleh Muhtar Bin Suhaili, Uia, 2004. Selain itu, Sistem Pendidikan Jerman pula menekankan kepada pemahaman teori dan aplikasi praktikal secara sekaligus. Selain itu, hubungan erat di antara pusat pengajian tinggi dan industri (sekolah) juga membolehkan graduan yang dihasilkan adalah benar-benar mahir, berkebolehan, menguasai sepenuhnya bidang yang mereka ceburi dan secara langsung boleh mengatasi dilema siswazah menganggur. Sistem pendidikan yang diamalkan di Negara Jerman adalah Sistem Pendidikan Percuma.
  • 12. 4. Isu-isu Yang Melibatkan Pensijilan Guru di Malaysia 4.1 Tempoh Pengajian Yang Tidak Setara Kualiti guru adalah laluan ke arah pendidikan cemerlang, sekali gus menjadi tulang belakang pencapaian sekolah dan menentukan hasil pelajar. Maka seseorang guru perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang terlatih serta bertauliah. Tempoh pengajian bagi program DPLI dan KPLI adalah ditetapkan selama setahun setengah (KPM, 2011). Manakala tempoh bagi program ISMP di universiti tempatan adalah selama 4 tahun manakala pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu menjalani latihan perguruan selama 5 tahun setengah. Di samping mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah, bakal-bakal guru ini juga perlu menjalani aktiviti kokurikulum sebagai sebahagian daripada kurikulum kursus. Perbezaan tempoh ini seharusnya tidak memberikan impak yang besar walaupun perbezaan latar belakang latihan perguruan diantara setiap bakal guru tersebut. Mereka perlu berusaha untuk mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik dari segi akademik dan profesional sekiranya latihan perguruan yang diperolehi dirasakan tidak mencukupi. Selaras dengan pendapat Zainun (1994), peranan guru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik dan profesional secukupnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. 4.2 Penguasaan Kemahiran Isi Kandungan dan Ikhtisas Program KPLI dan DPLI ini boleh melahirkan guru dalam tempoh pengajian kira-kira setahun setengah dengan bidang serta pengkhususan mengenai pendidikan dengan harapan dapat melahirkan guru yang berkualiti dan bermotivasi. Jika tempoh latihan terlalu singkat, penguasaan ilmu pengkhususan dan ikhtisas oleh seseorang bakal guru mungkin tidak mencukupi. Pendidikan ikhtisas adalah program pendidikan yang menyediakan matapelajaran berbentuk ikhtisas. Di dalam Akta Pendidikan 1996 tercatat beberapa perkara penting yang disenaraikan mengenai keperluan pendidikan termasuk maktab-maktab perguruan. Program berbentuk pendidikan ikhtisas hanya disediakan di Maktab Perguruan, Universiti Perguruan dan dibawah Fakulti Pendidikan di sesetengah Universiti sahaja.
  • 13. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan kursus ikhtisas yang diambil oleh pelajar program DPLI/KPLI dan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. BIL IJSMP DPLI/KPLI Falsafah dan Perkembangan Pendidikan 1. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum Malaysia 2. Sosiologi Pendidikan Sekolah & Masyarakat 3. Psikologi Pendidikan Aplikasi Psikologi Dalam Pendidikan 4. Pedagogi Pendidikan 5. Hubungan Etnik 6. Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi 7. Bimbingan dan Penasihatan Pengujian, Pengukuran & Penilaian 8. Pentaksiran Pembelajaran Pendidikan 9. Etika dan Profesionalisme Keguruan 10. Pemikiran Strategik & Inovatif 11. Rekabentuk Instruksional dan Teknologi Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan 12. Teori dan Kaedah Pengajaran Keadah Pengajaran 13. Kaedah Penyelidikan Pendidikan 14. Kokurikulum Pengurusan Kokurikulum (Sumber : Buku Panduan Program UPSI, 2010)
  • 14. Ikhtisas di dalam Kamus Dewan (2007:564) berkaitan dengan pekerjaan atau profesion yang memiliki sijil yang disahkan. Ikhtisas juga didefinisikan sebagai pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam, sentiasa belajar berfikir, merancang dan menilai murid-murid, mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap. Jika dilihat secara perbandingan diantara kedua-dua program ini, jelas kelihatan terdapat kursus ikhtisas yang tidak ditawarkan kepada pelajar program diploma pendidikan. Pelajar DPLI dan KPLI hanya mempelajari subjek yang hanya menjurus kepada buku teks sekolah sahaja, manakala pelajar IJSMP mempelajari kursus yang jauh lebih mendalam berbanding apa yang terkandung di dalam buku teks. Ini jelas menunjukkan pelajar IJSMP lebih bersedia dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi untuk menghadapi alam profesion perguruan yang mencabar masa kini. Ini kerana, setiap bakal guru haruslah mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi sebelum mereka layak bergelar guru yang profesional. 4.3 Minat Kepada Profesion Perguruan Terdapat banyak faktor pelajar DPLI dan KPLI memilih profesion perguruan sebagai kerjaya. Minat memainkan peranan besar dalam pemilihan profesion kerana ia akan memberi impak yang besar dalam sesuatu pekerjaan. Dengan minat yang mendalam dalam bidang perguruan, seorang guru akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ismail (1992) menyatakan minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti mendorong seseorang untuk meneroka dengan lebih jauh. Seseorang yang berminat dengan pekerjaan yang dilakukan akan memastikan kerja yang dilakukan sempurna dan dapat diterima oleh orang ramai. Menurut Mohamed Najib Abdul Ghafar & M. Noor Ariffin (2008) minat pelajar jurusan pendidikan semakin berkurang setelah mengikuti kursus perguruan selama 4 tahun di Institusi Pengajian Awam. Untuk meningkatkan minat yang tinggi, pihak fakulti seharusnya mengkaji kembali silibus yang dicadangkan kepada pelajar agar latihan yang sempurna dan lengkap daripada semua aspek perguruan diberikan kepada calon guru ini.
  • 15. Begitu juga situasi bagi seorang pelajar DPLI dan KPLI yang memilih profesion perguruan hanya kerana faktor kerjaya. Setelah selesai memperolehi ijazah dalam pelbagai bidang seterusnya tidak berjaya mendapatkan kerja atau pekerjaan semasa dirasakan membebankan, mereka akan memilih profesion perguruan sebagai kerjaya yang terakhir. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia, bidang pendidikan akan dihuni oleh mereka yang tidak berminat untuk menhajar di sekolah dan akibatnya menjejaskan mutu pendidikan negara 4.4 Lambakan Guru Dan Guru Tidak Mengajar Opsyen Ramai yang menganggap kerjaya perguruan ini merupakan salah satu kerjaya yang diceburi sebagai batu loncatan sahaja setelah tiada pekerjaan tetap. Mereka memilih kerjaya perguruan ini setelah gagal memasuki bidang-bidang lain dan guru menjadi pilihan mereka yang terakhir. Apabila fenomena ini berlaku, ia menyebabkan jumlah guru tidak terkawal jumlahnya dan tidak mengikut kekosongan dan keperluan yang sebenar. Pada tahun 2003, dilaporkan seramai 13,000 graduan Sains dan Matematik di seluruh negara tidak mengajar opsyen yang sepatutnya. Mereka mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain. (Berita Harian, Februari 2003). Lambakan guru sains dan matematik ini juga berpunca daripada penempatan pelajar DPLI dan KPLI daripada jurusan yang sama yang bertaburan sekolah-sekolah di seluruh negara. Untuk mengatasi masalah tersebut Kementerian Pelajaran telah menganjurkan program terbaru khas untuk guru-guru opsyen Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik yang kurang atau tidak mengajar opsyen asal untuk menjalani Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Program ini hanya dijalankan selama 12 minggu di universiti tempatan yang terpilih. Antara bidang subjek yang ditawarkan kepada guru sains dan matematik ini ialah Sejarah, Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan serta Geografi. Program seumpama PITO ini juga serba sedikit akan mengubah persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan kerana seserang guru yang tidak berkemahiran juga boleh mengajar sesuatu subjek tersebut
  • 16. dengan hanya menjalani kursus dalam jangka masa yang singkat sahaja. Secara tidak langsung, ianya menidakkan latihan perguruan yang dijalankan di Malaysia secara amnya. Seharusnya, latihan perguruan mestilah setara tempohnya dan bermutu sebagaimana yang ditentukan oleh badan penilai yang mempunyai autoriti serta mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan. 4.5 Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (IJSMP) Dipinggirkan Di antara isu dan permasalahan yang sering diperkatakan ialah kehadiran pelajar DPLI dan KPLI ini telah menjejaskan urusan penempatan pelajar IJSMP yang sepatutnya diberi kelebihan kerana mereka telah menjalani latihan perguruan yang lebih lama. Isu yang terbaru iaitu seramai 5,000 mahasiswa IJSMP Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). GSTT ialah guru sementara yang tidak mendapat latihan perguruan dan telah berkhidmat di sekolah kurang daripada dua tahun. Pada akhir tahun 2011, seramai 7079 orang GSTT ditawarkan program DPLI selama 18 bulan di universiti tempatan sebelum diserap ke jawatan tetap, (Berita Harian, November 2011). Tempoh perkhidmatan 18 bulan adalah tidak mencukupi untuk melayakkan GSTT ini untuk diserap berkhidmat secara tetap sebagai Pegawai Pekhidmatan Siswazah. Kementerian Pelajaran Malaysia masih mengambil iniasitif untuk menyerap masuk GSTT ini yang tempatnya sepatutnya diisi oleh ribuan pelajar IJSMP yang masih menunggu panggilan untuk penempatan. Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, graduan UPSI telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, berkualiti serta berkelayakan dan bukannya GSTT yang pada hematnya tidak berkelayakan untuk menjadi seorang guru yang wibawa kerana latihan perguruan mereka tidak setanding graduan IJSMP, (Berita Harian, November 2011). Mungkin sudah tiba masanya pelaksanaan program DPLI ini dikaji semula apatah lagi apabila terdapat pelajar pengajian pendidikan tidak mendapat tempat mengajar kerana perlu bersaing dengan guru lepasan DPLI ini. Sedangkan tujuan utama pelaksanaan DPLI sebelum ini adalah untuk menampung kekurangan guru lepasan pengajian pendidikan namun situasi yang berlaku kini menjadi sebaliknya.
  • 17. 5. Cadangan dan Kesimpulan Profesion perguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat haruslah sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan selama ini dalam meningkatkan mutu pensijilan guru haruslah dipandang tinggi. Namun sekiranya Kerajaan Malaysia ingin memartabatkan Profesion Perguruan di Malaysia, maka seharusya kualiti guru perlu diiktiraf melalui Pemberian Lesen Guru kepada setiap guru yang mempunyai kelulusan iktisas perguruan. Pada awal Tahun 1980 dan 1990 ke arah lesen guru ini telah wujud dengan setiap guru mesti mempunyai permit (Buku Biru) sebelum dibenarkan mengajar. Guru sementara yang tidak mengikuti latihan perguruan hanya dibenarkan memiliki permit sementara dan perlu diperbaharui setiap tahun. Pada ketika itu semua guru yang mengajar merasakan mereka mempunyai integriti yang tinggi kerana mereka diiktiraf dan profesional dalam pekerjaan telah diterjemahkan dengan pemilikan sijil perguruan dan permit guru. Lesen guru adalah merupakan kaedah yang releven serta boleh mengekalkan integriti guru dari mula ianya diiktiraf sebagai guru sehingga akhir hayat. Secara tidak langsung pihak berwajib lebih senang untuk membuat kawalan standard kualiti guru, produktiviti guru disemua peringkat pendidikan sama ada disekolah pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi awam dan swasta. Tambahan pula Kementerian Pelajaran hari ini telah diterajui bersama oleh golongan bukan professional perguruan terutama dari kalangan Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). Maruah dan martabat guru akan terserlah melalui pemilikan lessen profesional perguruan sebagaimana dinyatakan oleh YB Dato‟ Dr Fuad Zarkasi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. (Berita Harian, 2011)
  • 18. RUJUKAN 1. Atan Long. 1984. PendidikdanPendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti, Daisy Ee (1974) dan Obura (1974). 2. Awang Had Salleh (1998)“Latihan Perguruan untuk Sekolah Berkesan”, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 3. Buku Panduan Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam: Program Pangajian Lepasan Matrikulasi Sesi Akademik 2003/2004. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Francis Wong Hoy Key and Paul Chang Min Phang (1975) “The Changing Pattern of Teacher Education in Malaysia” di dalam Wan Harun Wan Yaakob (2008), USM. 5. Ismail Haji Reduan. 1992. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Akademik MPKT. Kuala Terengganu. 137-147. 6. Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). “Laporan Jawatankuasa Kabinet, Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.” Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Mohamed Najib Abdul Ghafar& M. Noor Ariffin(2008). Kesan Latihan Perguruan Ke Atas Faktor Pemilihan Perguruan. Jurnal Teknologi, 48(E) Jun 2008: 15–31 ,Universiti Teknologi Malaysia. 8. Salehudin Hj. Sabar (2005).“Kertas Konsep Faktor-Faktor Graduan Berkerjaya Memilih Kursus Perguruan Lepas Ijazah- Pengkhususan Sekolah Rendah”. Jurnal Penyelidikan MPBL. 6. 35-52. 9. Sanders, W.L. dan Rivers, J.C. 1996. Cumulative and Residual Effects of Teachers of Future Students Academic Achievement. 10. Wan Harun Wan Yaacob (2008). “Pendidikan guru di Malaysia”. UniversitiSains Malaysia, Skudai Johor, Malaysia. 11. Zainun. 1994. Profesion Guru dan Cabaran. Mestika, November.
  • 19. 12. RMK 10 2011-2015. Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Diperoleh pada 20 Mac 2012 daripada http://www.moe.gov.my/. 13. Berita Harian. 7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke Jawatan Tetap (20 Disember 2011). 14. Berita harian. 13,000 Graduan Sains dan Matematik di Seluruh Negara Tidak Mengajar Opsyen. (23 Februari 2003). 15. Kamus Dewan Edisi Keempat , (2007 : 564).