SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  20
No. Isi Kandungan Muka Surat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
Soalan tugasan
Profil pelajar
Borang kolaborasi
Penghargaan
Pengenalan Anatomi dan Fisiologi
Latihan Litar
Kadar Denyutan Nadi (KDN)
Kepentingan & Carta Alir Kadar Nadi rehat
Pengiraan Kadar Nadi
Pengelolaan Aktiviti
Borang Skor & Graf Purata
Lampiran
Refleksi individu
Rujukan
Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami dapat
menyiapkan kerja kursus projek kami iaitu Pendidikan Jasmani (PJM 3106) dengan
jayanya. Tugasan ini dilakukan bersama-sama secara berkumpulan berempat iaitu
Mohamad Ameer Wardee, Mohd Azri, Mohd Aidil Dan Mohamad Nasrun yang
bermula pada 28 Februari 2011 hingga 4 April 2011.
Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing, En Latif Bin Ahmad kerana membimbing saya
dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan
kerja kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-
rakan sekelas saya kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kes
ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu
saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua
tidak saya lupakan.
Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan
kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi
satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang
sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan saya
agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa
proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.
PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
Anatomi
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap
struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan
dan ‘tome’ bermaksud memotong.
Fisiologi
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh.
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi
juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini adalah satu kajian sains yang
membanggakan kerana telah bermula sejak 23000 tahun yang lalu. Displin ini adalah suatu
bidang biologi yang berprestij pada awal abad ke -19 dan masih merupakan bidang sains
yang dinamik dan berkembang.
Anatomi ialah bidang sains yang luas skopnya dan merangkumi beberapa subdisplin
seperti anatomi kasar ( gross ) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur
tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot.
Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “ memotong atau membelah
anggota badan ” untuk melihat strukturnya.
Anatomi kasar terbahagi kepada :
I. Anatomi kawasan ( regional )
Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan.
Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala.
II. Anatomi bersistem ( systemic )
Semua organ yang mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain akan dikaji
secara bersama. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji sistem otot, kita akan mengkaji
semua kompenan sistem otot. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat
hubung kait antara struktur dengan fungsinya.
III. Anatomi permukaan ( surface )
Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan
tubuh.
Anatomi mikroskopik atau histologi ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskopik penting
kerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel.
Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu berdisplin yang mengkaji fungsi tubuh. Sebagai
contoh, tulang-tulang kaki yang tebal dan pamjang seperti femur, tibia dan fibula dapat
menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan nipis, keupayaan
tulang untuk menyokong berat badan berkurangan.
Fungsi-fungsi Anatomi dan Fisiologi antaranya ialah :
 Menolong kita merancang program seperti mengetahui senaman yang selamat dan
spesifik untuk otot dan sendi tertentu.
 Menyedari had-had tubuh badan dalam melakukan aktiviti fizikal.
 Memahami fungsi dan kegunaan dalam penjagaan kesihatan diri dan aplikasi aktiviti
sukan-aktiviti sukan
 Sebagai asas untuk memberi teknik-teknik lakuan suku serta pengaplikasian sukan.
Organisasi Struktur Manusia
Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya.
Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung
untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara
khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-sel
ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan.
Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia
ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang
melaksanakan fungsi umum. Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang
berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan
untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang
sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi
organisasi struktural iaitu, aras organisma.
Kadar Denyutan Jantung
Kadar denyutan jantung adalah berapa kali jantung anda berdegup dalam masa
seminit. Anda boleh mengukur kadar denyutan jantung dengan merasa nadi arteri-(rentak
pengembangan dan pengucupan jantung) apabila darah dipaksa melaluinya dengan
pengucupan jantung.
Ini dapat mengukur sekuat mana jantung anda bekerja.Nadi anda dapat dirasa pada
pergelangan tangan, leher, pangkal peha atau bahagian atas kaki - kawasan yang dekat
dengan kulit. Selalunya, manusia mengukur denyutan nadi mereka pada pergelangan
tangan yang dipanggil 'radial pulse'.
Maksud Kadar Denyutan Jantung Normal
Denyutan nadi masa berehat dalam anggaran 60-90 boleh dianggap sebagai kadar
denyutan jantung yang normal. Denyutan jantung anda adalah bergantung kepada
beberapa faktor termasuklah tahap kecergasan dan tekanan anda. Walaubagaimanapun,
jika nadi anda berterusan berada pada tahap atas 90, anda patut pergi berjumpa
doktor.Keadaan ini dipanggil 'tachycardia' (kenaikkan denyutan jantung).
Kebanyakkan atlit mempunyai kadar nadi dalam lingkungan 40-60, bergantung
kepada tahap kecergasan mereka. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah
bagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh seperti
rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. Jika anda mengalami keadaan ini
pada kebanyakkan masa, anda harus berjumpa doktor anda.
Keadaan ini dipanggil 'bradycardia' dan boleh menjadi berbahaya terutama bila
tekanan darah turut rendah. Simptom-simptomnya adalah seperti letih, kurang tenaga dan
pengsan.Jika ini berlaku, anda perlulah mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Banyak faktor yang mempengaruhi kadar nadi. Ini termasuklah emosi, suhu, keadaan postur
(duduk, berdiri atau berbaring) dan juga saiz badan anda.
Sistem Tenaga Semasa Melakukan Latihan Litar
Semasa melakukan Latihan Litar, tenaga diperlukan untuk melakukan aktiviti.
Tenaga yang diperlukan terbentuk dari dua proses iaitu :
a. Sistem ATP-PC
Dalam sistem penghasilan tenaga ini, penghasilan ATP dari sistem ini tidak
memerlukan oksigen. Phosfokeratin (PC) adalah sebatian yang dinistisiskan kembali ADP
dan ATP yang menyebabkan sumber ATP terhasil untuk membekalkan tenaga kepada otot
dalam masa yang singkat.
b. Sistem Asid Laktik (anaerobik)
ATP terbentuk dari pemecahan makanan yang tidak lengkap kepada asid laktik. Ia juga
adalah sistem anareobik kerana ia:
i. Tidak memerlukan oksigen dan pembakaran yang berlaku tidak lengkap.
ii. Menggunakan karbohidrat sebagai bahan pembakaran.
iii. Menghasilkan sangat sedikit molekul-molekul ATP (satu molekul glikogen
menghasilkan dua molikul (ATP).
Sistem tenaga ini hanya memberikan sumber tenaga hanya di mana di antara dua hingga
tiga minit (selepas ATP-PC).
Keperluan Sistem Tenaga
i. Tenaga ATP – PC dan Asid Laktik lebih kurang 90 %.
ii. Asid Laktik dan Oksigen lebih kurang 10 %.
Dalam Latihan Litar, setiap aktiviti dilakukan dalam jangka masa yang pendek (30 saat)
dengan sistem anaerobik digunakan iaitu ATP – PC dan Asid Laktik. Ini disebabkan tenaga
dapat diadakan dengan segera. Oksigen pula tidak berapa digunakan kerana masa setiap
aktiviti adalah pendek.Tenaga anaerobik merupakan keupayaan melakukan gerak kerja atau
latihan yang berintensiti tinggi dalam jangka masa yang singkat.
SUMBER : “ Interval Training, Fox and Methew 1964 “
Pengiraan Kadar Nadi
Cara menganggar / menentukan Kadar Nadi Latihan:
i. K.N.M – Kadar Nadi Maksimum (220-umur sebenar)
ii. K.N.R – Kadar Nadi Rehat (kadar nadi selepas bangun tidur)
iii. K.N.L – Kadar Nadi Latihan
PERKARA PENGIRAAN
Maksimum 220-umur (20) = 200
Kadar Nadi Kerja 200-70 (KNR) = 130
Kadar Nadi Latihan 130 x 60% + 70 = 148
Nadi Tertinggi 80% + 70 = 174
Jadual 3: Contoh pengiraan kadar nadi latihan :
Perubahan Fisiologi
Perubahan-perubahan fisiologi yang berlaku akibat daripada peningkatan kekuatan otot
adalah seperti berikut:
i. Pertambahan jumlah fiber yang aktif.
ii. Pertambahan saiz fiber atau tisu.
iii. Pengurangan lemak.
iv. Perubahan kimia otot.
v. Pengurangan daya rintangan dalam kawalan otot.
Kebaikan Latihan Litar
i. Melibatkan ketiga-tiga aspek intensiti, ulangan dan kekerapan.
ii. Boleh dilakukan oleh seorang atau berkumpulan dalam satu sesi.
iii. Menitikberatkan perbezaan individu dari aspek fisiologi, umur, tahap,
kemampuan, dan kebolehan.
iv. Boleh diubahsuai mengikut kehendak jurulatih atau pelaku.
v. Boleh dilakukan tanpa alat.
vi. Boleh diubahsuai mengikut masa.
vii. Bilangan dan jenis latihan bergantung kepada objektif.
viii. Memotivasikan peserta atau atlet kerana masa sasaran atau bilangan.
ix. Kemudahan yang bebas.
x. Boleh digunakan untuk menguji diri.
Kelemahan Latihan Litar
Antara kelemahan Latihan Litar ialah bagi peserta yang kurang berdisiplin atau
lemah akan mengambil kesempatan untuk melakukan latihan secara kurang jujur. Keadaan
ini mudah dilakukan kerana pada kebanyakan masa para peserta sibuk menjalankan aktiviti
masing-masing.
Di samping itu, Latihan Litar juga hanya dirancang untuk mencapai kecergasan
fizikal keseluruhannya dan bukan sebagai suatu latihan jenis prestasi tertentu. Oleh keran
Latihan Litar merupakan suatu aktiviti yang bertujuan untuk menghabiskan aktiviti dalam
masa yang singkat atau dengan cepat, kadangkala jika peserta kurang cergas, dia akan
cuba mamaksa dirinya dan ini akan menyebabkan kecederaan terhadap peserta terbabit.
Peraturan Semasa Pelaksanaan Latihan Litar.
i. Peserta perlu memanaskan badan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 mint
dengan kadar denyutan nadi seminit.
ii. Peserta dalam keadaan berpasangan, bersedia dan setiap pasangan bermula
dari stesen yang berlainan.
iii. Bagi setiap aktiviti, cara perlakuan mesti didemonstrasikan terlebih dahulu dari
stesen taklimat atau penerangan.
iv. Peserta melakukan Latihan Litar untuk setiap stesen secara pusingan jam.
v. Aktiviti yang dibuat bukanlah pertandingan, namun ianya untuk meningkatkan
kecergasan.
vi. Kadar denyutan nadi hendaklah diambil selepas aktiviti untuk setiap stesen.
vii. Setiap pasangan seorang akan bertindak sebagai pencatat masa atau skor
dalam tempoh ulangan yang ditentukan.
viii. Setelah setiap peserta menamatkan semua aktiviti bolehlah mendapatkan dosej
bagi setiap aktiviti iaitu 50 % daripada keupayaan minimum. Contohnya dalam
tempoh 30 saat, peserta “A” dapat melakukan bangun tubi sebanyak 30 kali.
Oleh itu dosej latihannya bagi 50 % ialah 15 kali.
ix. Setelah memperolehi dosej latihan, peserta hendaklah melakukan litarnya
sebanyak tiga pusingan tanpa rehat untuk tujuan mencari masa dasarnya.
x. Berdasarkan masa dasar yang diperolehi, peserta akan dapat menetapkan masa
sasaran iaitu 2/3 dari masa dasar atau berdasarkan peratus dari masa dasar.
xi. Mencari dosej maksimum yang baru menurut Benjamin Rocci (1989) tambahan
beban boleh dibuat dengan tiga cara iaitu :
a. Menambahkan bilangan aktiviti (stesen) dalam setiap saat.
b. Mengurangkan masa sasaran.
c. Mencari dosej maksimum yang baru mengikut kaedah awal, mencari dosej
latihan dan masa sasaran.
xii. Selepas tamat latihan, peserta hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan badan
Pengenalan dan Sejarah Latihan Litar
Latihan Litar ialah suatu kaedah latihan yang mudah dan berkesan, yang dapat
digunakan oleh kebanyakan jurulatih. Ia sebenarnya mengandungi satu latihan yang dapat
kita gayakan mengikut keperluan sukan tertentu. Latihan litar ini merupakan beberapa
urutan aktiviti senaman yang dipilih dan diatur mengikut suasana tertentu. Semua aktiviti ini
dilaksanakan dengan rehat yang minima di antara aktiviti. Satu kebaikan yang nyata pada
latihan litar ialah semua aspek pelaziman jasmani dapat dijalankan. Latihan litar dapat
digunakan untuk pelaziman daya otot dan daya tahan kardiovaskular, kuasa aerobik,
kemampuan anaerobik atau daya laju dan kelembutan. Oleh kerana latihan litar untuk
beberapa komponen kecergasan boleh dijalankan serentak, latihan litar sesuai bagi satu
kumpulan peserta.
Tujuannya untuk meninggikan ketahanan otot-otot. Dilakukan dengan mempercepatkan
aliran darah yang membuat seseorang atlet berlari lebih elok dengan mengatasi keletihan
dan juga kelesuan. Latihan-latihan dikerjakan dengan tertib seperti mana tercatat di dalam
senarai di bawah ini:
a) Adalah penting menyimpan rekod latihan atlet.
b) Masa untuk menjalankan tiap-tiap latihan ialah 30 saat dari waktu rehat selama 60
saat atau 30 saat (mungkin dipendekkan lagi, ini terpulang kepada masa latihan dan
keadaan atlet itu sendiri).
c) Waktu rehat diberi antara satu sama lain.
d) Biasanya latihan litar tamat setelah menjalani 1 kali pusingan dalam satu set tetapi
boleh juga diteruskan kepusingan kedua setelah atlet itu dalam keadaan sedia.
Latihan litar buat pertama kali telah diperkenalkan di Universiti Leeds, England dalam
tahun 1953. Ia telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G. T Adamson (1961). Latihan Litar
ini telah diterima dan mendapat yang lebih baik keberkesanannya.
Definisi Latihan Litar
Menurut Sorani (1976), latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan yang
bertujuan untuk menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya tahan
kardiovaskular. Latihan litar merupakan beberapa aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan
dinomborkan di tempat tertentu. Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen,
di mana untuk memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar
mengikut turutan yang ditetapkan. Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan
ataupun satu litar setelah menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set latihan
yang diperlukan adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu.
Bilangan stesen dan jenis aktiviti di setiap stesen disusun berdasarkan tahap
kecergasan atlet, umur, jenis permainan, atau sukan peserta dan komponen kecergasan
yang hendak dibina.
Mengikut Anthony A. Annarino pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian
fizikal (conditioning) di mana prinsip lebihan beban diamalkan kepada otot dan sistem
respirasi dalam tempoh masa yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam
latihan litar ialah:
i. Faktor masa
ii. Faktor ulangan
a. Faktor Masa
Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam
masa satu minit atau 30 saat dengan mengambil 50 % daripada dosej dan digunakan dalam
latihan. Latihan akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesen
akhir tanpa rehat.
b. Faktor Ulangan
Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap aktiviti
ditetapkan.
Ciri-Ciri Penting Latihan Litar
i. Menurut Morgan dan Adamson (1961) telah mengemukakan tiga ciri penting
mengenai latihan litar:
i. Latihan litar adalah bertujuan untuk membina daya tahan otot dan
kardiovaskular.
ii. Latihan ini menggunakan prinsip ‘progressive overload’.
iii. Sekiranya ramai peserta yang hendak melakukan serentak dalam latihan litar,
maka bilangan ulangan aktiviti ditetapkan dan mereka dapat menilai kemajuan
dalam perubahan masa lakuan.
Objektif Latihan Litar
i. Meningkatkan daya tahan aerobik.
ii. Membina dan meningkatkan kemampuan kardiovaskular.
iii. Membina kekuatan dan daya tahan otot.
iv. Meningkatkan koordinasi, kelenturan dan ketangkasan.
v. Menambahkan kuasa otot, kesegaran dan ketangkasan.
Rasional Pemilihan Latihan Litar
i. Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular.
ii. Konsep keindividualan dalam latihan ini membolehkan atlit maju mengikut tahap
kemampuan maksimum individu.
iii. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari masa ke masa dengan merujuk
kepada beberapa pembolehubah:
a. Masa pencapaian.
b. Denyutan nadi sejurus selepas latihan litar.
c. Masa pemulihan selepas latihan litar.
d. Intensiti atau beban kerja yang dilakukan.
Prinsip-Prinsip Latihan Litar
i. Setiap aktiviti dirancang dengan teliti dan sistematik.
ii. Latihan hendaklah selaras dengan tujuan dan objektif latihan.
iii. Kaedah menjalankan aktiviti mestilah betul dan diselaraskan.
iv. Penyusunan dari stesen ke stesen hendaklah betul supaya tidak berlaku
penumpuan bahagian otot yang sama secara berturutan.
v. Peserta haruslah menghabiskan latihan dalam masa atau ulangan yang
ditentukan dan masa rehatnya satu minit atau 30 saat bagi setiap stesen. Dalam
masa rehat ini, pelaku mesti bergerak ke stesen berikutnya dan bersedia untuk
memulakan aktiviti senaman seterusnya.
vi. Stesen dalam susunan yang sama setiap sesi latihan.
vii. Menggunakan prinsip ‘progressive overload’ atau tambah beban.
Faktor-Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Menyediakan Latihan Litar
i. Matlamat dan objektif.
ii. Tempoh masa.
iii. Merangka program latihan (jenis latihan).
iv. Kemudahan (alatan).
v. Komponen yang hendak dilatih pengkhususan atau spesifik.
vi. Penilaian dan penyimpanan rekod.
Prosedur-prosedur Latihan Litar
i. Objektif latihan; Apa yang hendak dicapai dalam latihan perlu dikenalpasti atau
keperluan atlet.
ii. Memilih aktiviti latihan.
iii. Mencatat atau rekod aktiviti berkenaan.
iv. Melaksanakan aktiviti:
i. § Memanaskan badan: Kelonggaran dan regangan. Lakukan secara perlahan-
lahan.
ii. § Mencapai tahap ambang dan pastikan beban latihan yang betul.
v. Menyimpan rekod.
vi. Membuat penilaian dan ubahsuai jika perlu.
vii. Menyejukkan badan selepas latihan.
viii. Mempelbagaikan corak latihan.
ix. Latihan hendaklah menarik minat atau menyeronokkan.
Aspek-aspek Kecergasan
Latihan Litar boleh dilakukan di dalam dewan kerana untuk mengelolakan Latihan
Litar ini tidak memerlukan kawasan yang luas. Ketika melaksanakan Latihan Litar, aktiviti
yang dibuat hendaklah dipelbagaikan.
Kebanyakan Latihan Litar melibatkan 8 hingga 15 aktiviti menggunakan ulangan tertentu
dan bergantung kepada tahap kecergasan fizikal seseorang. Aspek aspek kecergasan yang
terlibat dalam Latihan Litar adalah:
i. Mengekalkan daya tahan aerobik.
ii. Mengekalkan daya tahan anaerobik.
iii. Mengekalkan daya tahan kardiovaskular.
iv. Mengekalkan daya tahan otot.
v. Mengekalkan koordinasi, kelenturan, dan ketangkasan.
PETA MINDA KEPENTINGAN KADAR DENYUTAN NADI DALAM PROGRAM LATIHAN
KADAR DENYUTAN NADI
KEPENTINGAN
Menentukan
keupayaan atlet
Menentukan
tahap
keamatan
senaman
Memastikan
atlet mencapai
tahap prestasi
yang diperlukan
Mengukur
sekuat mana
jantung bekerja
PROSEDUR PENGIRAAN KADAR DENYUTAN NADI DALAM PROGRAM
LATIHAN
KADAR NADI
REHAT
• Denyutan
Nadi Selama
10 saat x 6
KADAR NADI
MAKSIMUM
(KNM)
• KNM = 220 – UMUR
KADAR NADI
LATIHAN
(KNL)
• KNL = KNM – KNR
KADAR NADI
SASARAN
(KNS)
•(KNM –
KNR) x 0.6
+ KNR
ZON KADAR DENYUTAN NADI YANG DIKEHENDAKI
KNM × 0.6
Limit Bahagian Bawah Zon
Kadar Nadi Yang Dikehendaki
(TARGET HEART RATE)
Limit Bahagian Atas Zon
Kadar Nadi Yang
Dikehendaki
KNM × 0.8
Refleksi
Syukur alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan
Tugasan Projek bagi subjek Anatomi dan Fisiologi, PJM 3106.
Setelah selesai menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengetahuan yang saya
perolehi. Pengetahuan yang saya perolehi antaranya ialah dapat mengetahui
sesuatu aktiviti yang diadakan dalam latihan litar, latihan spesifik yang sesuai untuk
program latihan dan komponen-komponen otot yang terlibat dalam latihan tersebut.
Tanpa melakukan tugasan ini, sudah tentu saya tidak mengetahui perkara ini. Selain
itu, saya juga dapat mengetahui pengiraan kadar nadi, kadar nadi selepas latihan,
intensiti latihan, jangka masa latihan dan beberapa perkara lain yang terlibat. Saya
juga memperoleh pengalaman melakukan latihan litar dan melihat sendiri perubahan
kadar nadi saya. Oleh itu, melalui kerja kursus ini, banyak perkara baru yang saya
pelajari.
Disamping itu, saya juga dapat melahirkan idea-idea yang dapat melatih saya
untuk berfikir melalui pengolahan isi penting yang diperolehi. Oleh itu, selain
daripada melahirkan idea-idea yang dapat melatih saya untuk berfikir, saya juga
dapat mengenal pasti isi penting yang perlu diambil. Ianya amat berguna untuk saya
bagi meningkatkan keupayaan saya dalam pembelajaran serta memotivasikan diri
saya.
Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, saya telah mengalami beberapa
masalah antaranya ialah kekurangan bahan tugasan. Selain itu, masa agak suntuk
kerana saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain.
Namun begitu, segala masalah dapat diatasi sebaik mungkin dengan bantuan
pensyarah dan rakan-rakan. Situasi ini menyebabkan silaturrahim yang dijalinkan
lebih erat.
Bagi menyiapkan tugas ini, saya juga mendapat didikan dan bimbingan
daripada pensyarah yang amat saya hargai iaitu Encik Suhaimi b. Sahat. Beliau
telah memberi penerangan yang berkesan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Saya
rasa amat bertuah kerana dapat dibimbing oleh beliau.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dari segi profesional bagi
menyiapkan diri sebagai seorang guru pada masa hadapan dan menambah ilmu
pengetahuan. Oleh itu, sebagai seorang guru, sikap peka terhadap situasi amat
penting agar pemikiran tidak sempit dan tidak ketinggalan.
Akhir sekali, saya berharap dapat meningkatkan lagi prestasi pembelajaran
pada masa hadapan dengan pengetahuan yang saya perolehi daripada kerja kursus
ini.
Kadar Nadi
Dilayari pada 1 September, 2010 di,
file:///D:/ALL%20AMENT/pismp%20sem%202/anatomy%20n%20fisiologi/kada
r-nadi.html
Latihan Litar
Dilayari pada 1 September, 2010 di,
file:///D:/ALL%20AMENT/pismp%20sem%202/anatomy%20n%20fisiologi/Latihan%2
0Litar%20%C2%AB%20Sukan%20Dan%20Rekreasi.htm
Pengiraan Kadar Nadi
Dilayari pada 5 September, 2010 di,
file:///C:/Users/faizan%20shabudin/Desktop/ANATOMY/Prosedur-Pengiraan
Kadar-Denyutan-Nadi-Dalam-Program-Senama1.htm
Kecergasan
Dilayari pada 14 September, 2010 di, http://abscergas.blogspot.com/
Denyutan Jantung
Dilayari pada 14 September, 2010 di, http://www.ozone.com.my/info_kesihatan-
denyutan%20jantung.htm

Contenu connexe

Tendances (20)

Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularDaya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskular
 
2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal
 
Makalah
Makalah Makalah
Makalah
 
Mtr penjas x
Mtr penjas xMtr penjas x
Mtr penjas x
 
ANALISIS PERGERAKAN
ANALISIS PERGERAKANANALISIS PERGERAKAN
ANALISIS PERGERAKAN
 
PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGIPENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
 
Perancangan program latihan untuk kekalkan kecergasan diri
Perancangan program latihan untuk kekalkan kecergasan diriPerancangan program latihan untuk kekalkan kecergasan diri
Perancangan program latihan untuk kekalkan kecergasan diri
 
Presentation 1(gkk1043)
Presentation 1(gkk1043)Presentation 1(gkk1043)
Presentation 1(gkk1043)
 
Modul 2 Physiological Performance
Modul 2 Physiological PerformanceModul 2 Physiological Performance
Modul 2 Physiological Performance
 
Bahkul fisiologi olahraga ppg
Bahkul fisiologi olahraga ppgBahkul fisiologi olahraga ppg
Bahkul fisiologi olahraga ppg
 
JARINGAN OTOT JANTUNG
JARINGAN OTOT JANTUNGJARINGAN OTOT JANTUNG
JARINGAN OTOT JANTUNG
 
chegu abbas - Jenis latihan Fizikal
chegu abbas - Jenis latihan Fizikalchegu abbas - Jenis latihan Fizikal
chegu abbas - Jenis latihan Fizikal
 
Bab 3 prinsip dalam menilai tahap kecergasan
Bab 3   prinsip dalam menilai tahap kecergasan Bab 3   prinsip dalam menilai tahap kecergasan
Bab 3 prinsip dalam menilai tahap kecergasan
 
20130121070117 topik 1
20130121070117 topik 120130121070117 topik 1
20130121070117 topik 1
 
Pertemuan 1 (take)
Pertemuan 1 (take)Pertemuan 1 (take)
Pertemuan 1 (take)
 
Materi M2KB2 - Anatomi Fisiologi
Materi M2KB2 -  Anatomi FisiologiMateri M2KB2 -  Anatomi Fisiologi
Materi M2KB2 - Anatomi Fisiologi
 
Makalah kinesiologi
Makalah kinesiologiMakalah kinesiologi
Makalah kinesiologi
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
Asg pjm3106
Asg pjm3106Asg pjm3106
Asg pjm3106
 

En vedette

Salvador dali un artiste
Salvador dali   un artisteSalvador dali   un artiste
Salvador dali un artistePapy Denis
 
130328 公開版 院内集会 労働契約法、朗報か改悪か
130328 公開版 院内集会 労働契約法、朗報か改悪か130328 公開版 院内集会 労働契約法、朗報か改悪か
130328 公開版 院内集会 労働契約法、朗報か改悪か近畿大学医学部
 
Go2Tec - Security assessment e normative - Riccardo Barghini
Go2Tec - Security assessment e normative - Riccardo BarghiniGo2Tec - Security assessment e normative - Riccardo Barghini
Go2Tec - Security assessment e normative - Riccardo BarghiniAFB Net
 
แบบฝึกทักษะตรีโกณมิติตัวจริง
แบบฝึกทักษะตรีโกณมิติตัวจริงแบบฝึกทักษะตรีโกณมิติตัวจริง
แบบฝึกทักษะตรีโกณมิติตัวจริงNittaya Noinan
 
Jadual bertugas mingguan guru 2014
Jadual  bertugas  mingguan  guru 2014Jadual  bertugas  mingguan  guru 2014
Jadual bertugas mingguan guru 2014Irene Linda Lawan
 
jmr_Recuerdo a victimas_11Mrz04_2007
jmr_Recuerdo a victimas_11Mrz04_2007jmr_Recuerdo a victimas_11Mrz04_2007
jmr_Recuerdo a victimas_11Mrz04_2007JMR51
 
Solar panels heating at home and save money
Solar panels heating at home and save moneySolar panels heating at home and save money
Solar panels heating at home and save moneyCharlesSolarman
 
Penny Oil Stocks
Penny Oil StocksPenny Oil Stocks
Penny Oil Stocksquesnelpn
 

En vedette (13)

Salvador dali un artiste
Salvador dali   un artisteSalvador dali   un artiste
Salvador dali un artiste
 
Otchet prezent voda1
Otchet prezent voda1Otchet prezent voda1
Otchet prezent voda1
 
Happy b-day Jomy
Happy b-day JomyHappy b-day Jomy
Happy b-day Jomy
 
Borang skor
Borang skorBorang skor
Borang skor
 
Kkp pengenalan kecergasan
Kkp pengenalan kecergasanKkp pengenalan kecergasan
Kkp pengenalan kecergasan
 
130328 公開版 院内集会 労働契約法、朗報か改悪か
130328 公開版 院内集会 労働契約法、朗報か改悪か130328 公開版 院内集会 労働契約法、朗報か改悪か
130328 公開版 院内集会 労働契約法、朗報か改悪か
 
Analisis semua graf
Analisis semua grafAnalisis semua graf
Analisis semua graf
 
Go2Tec - Security assessment e normative - Riccardo Barghini
Go2Tec - Security assessment e normative - Riccardo BarghiniGo2Tec - Security assessment e normative - Riccardo Barghini
Go2Tec - Security assessment e normative - Riccardo Barghini
 
แบบฝึกทักษะตรีโกณมิติตัวจริง
แบบฝึกทักษะตรีโกณมิติตัวจริงแบบฝึกทักษะตรีโกณมิติตัวจริง
แบบฝึกทักษะตรีโกณมิติตัวจริง
 
Jadual bertugas mingguan guru 2014
Jadual  bertugas  mingguan  guru 2014Jadual  bertugas  mingguan  guru 2014
Jadual bertugas mingguan guru 2014
 
jmr_Recuerdo a victimas_11Mrz04_2007
jmr_Recuerdo a victimas_11Mrz04_2007jmr_Recuerdo a victimas_11Mrz04_2007
jmr_Recuerdo a victimas_11Mrz04_2007
 
Solar panels heating at home and save money
Solar panels heating at home and save moneySolar panels heating at home and save money
Solar panels heating at home and save money
 
Penny Oil Stocks
Penny Oil StocksPenny Oil Stocks
Penny Oil Stocks
 

Similaire à PENGENALAN ANATOMY

Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikalLim Phaiknee
 
RPP sistem peredaran Darah pada Manusia
RPP sistem peredaran Darah pada ManusiaRPP sistem peredaran Darah pada Manusia
RPP sistem peredaran Darah pada ManusiaGoogle
 
aspek mekanika dalam biosistem.pptx
aspek mekanika dalam biosistem.pptxaspek mekanika dalam biosistem.pptx
aspek mekanika dalam biosistem.pptxMhd. Zaky Daniyal
 
Laporan praktikum fisiologi - harvard test
Laporan praktikum fisiologi - harvard testLaporan praktikum fisiologi - harvard test
Laporan praktikum fisiologi - harvard testGiar Mada
 
presentasi biomekanika.pptx
presentasi biomekanika.pptxpresentasi biomekanika.pptx
presentasi biomekanika.pptxcandraPrasetya3
 
Review jurnal 3 peran fisiologi olahraga dalam menunjang prestasi
Review jurnal 3 peran fisiologi olahraga dalam menunjang prestasiReview jurnal 3 peran fisiologi olahraga dalam menunjang prestasi
Review jurnal 3 peran fisiologi olahraga dalam menunjang prestasiIMAMHARISUTOMO
 
Modul 3 Pengukuran Kerja Secara Fisiologi.pptx
Modul 3 Pengukuran Kerja Secara Fisiologi.pptxModul 3 Pengukuran Kerja Secara Fisiologi.pptx
Modul 3 Pengukuran Kerja Secara Fisiologi.pptxFianantaFauzi2
 
laporan praktikum nadi
laporan praktikum nadilaporan praktikum nadi
laporan praktikum nadiGanti Junior
 
RPP IPA K-13 KELAS 8 SEMESTER-1 Bab2 Rangka-Otot dan Pesawat Sederhana
RPP IPA K-13 KELAS 8 SEMESTER-1 Bab2 Rangka-Otot dan Pesawat SederhanaRPP IPA K-13 KELAS 8 SEMESTER-1 Bab2 Rangka-Otot dan Pesawat Sederhana
RPP IPA K-13 KELAS 8 SEMESTER-1 Bab2 Rangka-Otot dan Pesawat Sederhanasajidinbulu
 
Asgment pj word
Asgment pj wordAsgment pj word
Asgment pj wordDiwi Yana
 
Fisiologi Kerja Telkom University PK&E
Fisiologi Kerja Telkom University PK&EFisiologi Kerja Telkom University PK&E
Fisiologi Kerja Telkom University PK&Eaanansor
 
ANATOMI_TUBUH_MANUSIA.docx
ANATOMI_TUBUH_MANUSIA.docxANATOMI_TUBUH_MANUSIA.docx
ANATOMI_TUBUH_MANUSIA.docxHaniRachmawati2
 
Pengantar anatomi fisiologi manusia
Pengantar anatomi fisiologi manusiaPengantar anatomi fisiologi manusia
Pengantar anatomi fisiologi manusiaRizci Kribs
 
Sevtian Dimas Akhmad Alfaris_054_2020B_makalah review jurnal 3
Sevtian Dimas Akhmad Alfaris_054_2020B_makalah review jurnal 3Sevtian Dimas Akhmad Alfaris_054_2020B_makalah review jurnal 3
Sevtian Dimas Akhmad Alfaris_054_2020B_makalah review jurnal 3SevtianDimas
 
Rpp revisi 2016 ipa smp kelas 8 rpp diva pendidikan
Rpp revisi 2016 ipa smp kelas 8   rpp diva pendidikanRpp revisi 2016 ipa smp kelas 8   rpp diva pendidikan
Rpp revisi 2016 ipa smp kelas 8 rpp diva pendidikanDiva Pendidikan
 

Similaire à PENGENALAN ANATOMY (20)

8.1 BIOMEKANIKA
8.1 BIOMEKANIKA 8.1 BIOMEKANIKA
8.1 BIOMEKANIKA
 
Healthy Life Style
Healthy Life StyleHealthy Life Style
Healthy Life Style
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
RPP sistem peredaran Darah pada Manusia
RPP sistem peredaran Darah pada ManusiaRPP sistem peredaran Darah pada Manusia
RPP sistem peredaran Darah pada Manusia
 
aspek mekanika dalam biosistem.pptx
aspek mekanika dalam biosistem.pptxaspek mekanika dalam biosistem.pptx
aspek mekanika dalam biosistem.pptx
 
Laporan praktikum fisiologi - harvard test
Laporan praktikum fisiologi - harvard testLaporan praktikum fisiologi - harvard test
Laporan praktikum fisiologi - harvard test
 
presentasi biomekanika.pptx
presentasi biomekanika.pptxpresentasi biomekanika.pptx
presentasi biomekanika.pptx
 
Review jurnal 3 peran fisiologi olahraga dalam menunjang prestasi
Review jurnal 3 peran fisiologi olahraga dalam menunjang prestasiReview jurnal 3 peran fisiologi olahraga dalam menunjang prestasi
Review jurnal 3 peran fisiologi olahraga dalam menunjang prestasi
 
Modul 3 Pengukuran Kerja Secara Fisiologi.pptx
Modul 3 Pengukuran Kerja Secara Fisiologi.pptxModul 3 Pengukuran Kerja Secara Fisiologi.pptx
Modul 3 Pengukuran Kerja Secara Fisiologi.pptx
 
laporan praktikum nadi
laporan praktikum nadilaporan praktikum nadi
laporan praktikum nadi
 
RPP IPA K-13 KELAS 8 SEMESTER-1 Bab2 Rangka-Otot dan Pesawat Sederhana
RPP IPA K-13 KELAS 8 SEMESTER-1 Bab2 Rangka-Otot dan Pesawat SederhanaRPP IPA K-13 KELAS 8 SEMESTER-1 Bab2 Rangka-Otot dan Pesawat Sederhana
RPP IPA K-13 KELAS 8 SEMESTER-1 Bab2 Rangka-Otot dan Pesawat Sederhana
 
Asgment pj word
Asgment pj wordAsgment pj word
Asgment pj word
 
Fisiologi Kerja Telkom University PK&E
Fisiologi Kerja Telkom University PK&EFisiologi Kerja Telkom University PK&E
Fisiologi Kerja Telkom University PK&E
 
SENAM.pptx
SENAM.pptxSENAM.pptx
SENAM.pptx
 
ANATOMI_TUBUH_MANUSIA.docx
ANATOMI_TUBUH_MANUSIA.docxANATOMI_TUBUH_MANUSIA.docx
ANATOMI_TUBUH_MANUSIA.docx
 
Kebutuhan aktivitas
Kebutuhan aktivitasKebutuhan aktivitas
Kebutuhan aktivitas
 
Pengantar anatomi fisiologi manusia
Pengantar anatomi fisiologi manusiaPengantar anatomi fisiologi manusia
Pengantar anatomi fisiologi manusia
 
Sistem otot anantha
Sistem otot   ananthaSistem otot   anantha
Sistem otot anantha
 
Sevtian Dimas Akhmad Alfaris_054_2020B_makalah review jurnal 3
Sevtian Dimas Akhmad Alfaris_054_2020B_makalah review jurnal 3Sevtian Dimas Akhmad Alfaris_054_2020B_makalah review jurnal 3
Sevtian Dimas Akhmad Alfaris_054_2020B_makalah review jurnal 3
 
Rpp revisi 2016 ipa smp kelas 8 rpp diva pendidikan
Rpp revisi 2016 ipa smp kelas 8   rpp diva pendidikanRpp revisi 2016 ipa smp kelas 8   rpp diva pendidikan
Rpp revisi 2016 ipa smp kelas 8 rpp diva pendidikan
 

Plus de Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

Plus de Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

PENGENALAN ANATOMY

  • 1. No. Isi Kandungan Muka Surat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Soalan tugasan Profil pelajar Borang kolaborasi Penghargaan Pengenalan Anatomi dan Fisiologi Latihan Litar Kadar Denyutan Nadi (KDN) Kepentingan & Carta Alir Kadar Nadi rehat Pengiraan Kadar Nadi Pengelolaan Aktiviti Borang Skor & Graf Purata Lampiran Refleksi individu Rujukan
  • 2. Penghargaan Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan kerja kursus projek kami iaitu Pendidikan Jasmani (PJM 3106) dengan jayanya. Tugasan ini dilakukan bersama-sama secara berkumpulan berempat iaitu Mohamad Ameer Wardee, Mohd Azri, Mohd Aidil Dan Mohamad Nasrun yang bermula pada 28 Februari 2011 hingga 4 April 2011. Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En Latif Bin Ahmad kerana membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan- rakan sekelas saya kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kes ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak saya lupakan. Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan saya agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.
  • 3. PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI Anatomi Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan ‘tome’ bermaksud memotong. Fisiologi Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh. Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini adalah satu kajian sains yang membanggakan kerana telah bermula sejak 23000 tahun yang lalu. Displin ini adalah suatu bidang biologi yang berprestij pada awal abad ke -19 dan masih merupakan bidang sains yang dinamik dan berkembang. Anatomi ialah bidang sains yang luas skopnya dan merangkumi beberapa subdisplin seperti anatomi kasar ( gross ) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “ memotong atau membelah anggota badan ” untuk melihat strukturnya. Anatomi kasar terbahagi kepada : I. Anatomi kawasan ( regional ) Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan. Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala. II. Anatomi bersistem ( systemic ) Semua organ yang mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain akan dikaji secara bersama. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji sistem otot, kita akan mengkaji semua kompenan sistem otot. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat hubung kait antara struktur dengan fungsinya.
  • 4. III. Anatomi permukaan ( surface ) Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh. Anatomi mikroskopik atau histologi ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskopik penting kerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel. Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu berdisplin yang mengkaji fungsi tubuh. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang tebal dan pamjang seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan nipis, keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan. Fungsi-fungsi Anatomi dan Fisiologi antaranya ialah :  Menolong kita merancang program seperti mengetahui senaman yang selamat dan spesifik untuk otot dan sendi tertentu.  Menyedari had-had tubuh badan dalam melakukan aktiviti fizikal.  Memahami fungsi dan kegunaan dalam penjagaan kesihatan diri dan aplikasi aktiviti sukan-aktiviti sukan  Sebagai asas untuk memberi teknik-teknik lakuan suku serta pengaplikasian sukan. Organisasi Struktur Manusia Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan. Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum. Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi organisasi struktural iaitu, aras organisma.
  • 5. Kadar Denyutan Jantung Kadar denyutan jantung adalah berapa kali jantung anda berdegup dalam masa seminit. Anda boleh mengukur kadar denyutan jantung dengan merasa nadi arteri-(rentak pengembangan dan pengucupan jantung) apabila darah dipaksa melaluinya dengan pengucupan jantung. Ini dapat mengukur sekuat mana jantung anda bekerja.Nadi anda dapat dirasa pada pergelangan tangan, leher, pangkal peha atau bahagian atas kaki - kawasan yang dekat dengan kulit. Selalunya, manusia mengukur denyutan nadi mereka pada pergelangan tangan yang dipanggil 'radial pulse'. Maksud Kadar Denyutan Jantung Normal Denyutan nadi masa berehat dalam anggaran 60-90 boleh dianggap sebagai kadar denyutan jantung yang normal. Denyutan jantung anda adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah tahap kecergasan dan tekanan anda. Walaubagaimanapun, jika nadi anda berterusan berada pada tahap atas 90, anda patut pergi berjumpa doktor.Keadaan ini dipanggil 'tachycardia' (kenaikkan denyutan jantung). Kebanyakkan atlit mempunyai kadar nadi dalam lingkungan 40-60, bergantung kepada tahap kecergasan mereka. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah bagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh seperti rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. Jika anda mengalami keadaan ini pada kebanyakkan masa, anda harus berjumpa doktor anda. Keadaan ini dipanggil 'bradycardia' dan boleh menjadi berbahaya terutama bila tekanan darah turut rendah. Simptom-simptomnya adalah seperti letih, kurang tenaga dan pengsan.Jika ini berlaku, anda perlulah mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Banyak faktor yang mempengaruhi kadar nadi. Ini termasuklah emosi, suhu, keadaan postur (duduk, berdiri atau berbaring) dan juga saiz badan anda.
  • 6. Sistem Tenaga Semasa Melakukan Latihan Litar Semasa melakukan Latihan Litar, tenaga diperlukan untuk melakukan aktiviti. Tenaga yang diperlukan terbentuk dari dua proses iaitu : a. Sistem ATP-PC Dalam sistem penghasilan tenaga ini, penghasilan ATP dari sistem ini tidak memerlukan oksigen. Phosfokeratin (PC) adalah sebatian yang dinistisiskan kembali ADP dan ATP yang menyebabkan sumber ATP terhasil untuk membekalkan tenaga kepada otot dalam masa yang singkat. b. Sistem Asid Laktik (anaerobik) ATP terbentuk dari pemecahan makanan yang tidak lengkap kepada asid laktik. Ia juga adalah sistem anareobik kerana ia: i. Tidak memerlukan oksigen dan pembakaran yang berlaku tidak lengkap. ii. Menggunakan karbohidrat sebagai bahan pembakaran. iii. Menghasilkan sangat sedikit molekul-molekul ATP (satu molekul glikogen menghasilkan dua molikul (ATP). Sistem tenaga ini hanya memberikan sumber tenaga hanya di mana di antara dua hingga tiga minit (selepas ATP-PC). Keperluan Sistem Tenaga i. Tenaga ATP – PC dan Asid Laktik lebih kurang 90 %. ii. Asid Laktik dan Oksigen lebih kurang 10 %. Dalam Latihan Litar, setiap aktiviti dilakukan dalam jangka masa yang pendek (30 saat) dengan sistem anaerobik digunakan iaitu ATP – PC dan Asid Laktik. Ini disebabkan tenaga dapat diadakan dengan segera. Oksigen pula tidak berapa digunakan kerana masa setiap aktiviti adalah pendek.Tenaga anaerobik merupakan keupayaan melakukan gerak kerja atau latihan yang berintensiti tinggi dalam jangka masa yang singkat. SUMBER : “ Interval Training, Fox and Methew 1964 “
  • 7. Pengiraan Kadar Nadi Cara menganggar / menentukan Kadar Nadi Latihan: i. K.N.M – Kadar Nadi Maksimum (220-umur sebenar) ii. K.N.R – Kadar Nadi Rehat (kadar nadi selepas bangun tidur) iii. K.N.L – Kadar Nadi Latihan PERKARA PENGIRAAN Maksimum 220-umur (20) = 200 Kadar Nadi Kerja 200-70 (KNR) = 130 Kadar Nadi Latihan 130 x 60% + 70 = 148 Nadi Tertinggi 80% + 70 = 174 Jadual 3: Contoh pengiraan kadar nadi latihan : Perubahan Fisiologi Perubahan-perubahan fisiologi yang berlaku akibat daripada peningkatan kekuatan otot adalah seperti berikut: i. Pertambahan jumlah fiber yang aktif. ii. Pertambahan saiz fiber atau tisu. iii. Pengurangan lemak. iv. Perubahan kimia otot. v. Pengurangan daya rintangan dalam kawalan otot.
  • 8. Kebaikan Latihan Litar i. Melibatkan ketiga-tiga aspek intensiti, ulangan dan kekerapan. ii. Boleh dilakukan oleh seorang atau berkumpulan dalam satu sesi. iii. Menitikberatkan perbezaan individu dari aspek fisiologi, umur, tahap, kemampuan, dan kebolehan. iv. Boleh diubahsuai mengikut kehendak jurulatih atau pelaku. v. Boleh dilakukan tanpa alat. vi. Boleh diubahsuai mengikut masa. vii. Bilangan dan jenis latihan bergantung kepada objektif. viii. Memotivasikan peserta atau atlet kerana masa sasaran atau bilangan. ix. Kemudahan yang bebas. x. Boleh digunakan untuk menguji diri. Kelemahan Latihan Litar Antara kelemahan Latihan Litar ialah bagi peserta yang kurang berdisiplin atau lemah akan mengambil kesempatan untuk melakukan latihan secara kurang jujur. Keadaan ini mudah dilakukan kerana pada kebanyakan masa para peserta sibuk menjalankan aktiviti masing-masing. Di samping itu, Latihan Litar juga hanya dirancang untuk mencapai kecergasan fizikal keseluruhannya dan bukan sebagai suatu latihan jenis prestasi tertentu. Oleh keran Latihan Litar merupakan suatu aktiviti yang bertujuan untuk menghabiskan aktiviti dalam masa yang singkat atau dengan cepat, kadangkala jika peserta kurang cergas, dia akan cuba mamaksa dirinya dan ini akan menyebabkan kecederaan terhadap peserta terbabit.
  • 9. Peraturan Semasa Pelaksanaan Latihan Litar. i. Peserta perlu memanaskan badan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 mint dengan kadar denyutan nadi seminit. ii. Peserta dalam keadaan berpasangan, bersedia dan setiap pasangan bermula dari stesen yang berlainan. iii. Bagi setiap aktiviti, cara perlakuan mesti didemonstrasikan terlebih dahulu dari stesen taklimat atau penerangan. iv. Peserta melakukan Latihan Litar untuk setiap stesen secara pusingan jam. v. Aktiviti yang dibuat bukanlah pertandingan, namun ianya untuk meningkatkan kecergasan. vi. Kadar denyutan nadi hendaklah diambil selepas aktiviti untuk setiap stesen. vii. Setiap pasangan seorang akan bertindak sebagai pencatat masa atau skor dalam tempoh ulangan yang ditentukan. viii. Setelah setiap peserta menamatkan semua aktiviti bolehlah mendapatkan dosej bagi setiap aktiviti iaitu 50 % daripada keupayaan minimum. Contohnya dalam tempoh 30 saat, peserta “A” dapat melakukan bangun tubi sebanyak 30 kali. Oleh itu dosej latihannya bagi 50 % ialah 15 kali. ix. Setelah memperolehi dosej latihan, peserta hendaklah melakukan litarnya sebanyak tiga pusingan tanpa rehat untuk tujuan mencari masa dasarnya. x. Berdasarkan masa dasar yang diperolehi, peserta akan dapat menetapkan masa sasaran iaitu 2/3 dari masa dasar atau berdasarkan peratus dari masa dasar. xi. Mencari dosej maksimum yang baru menurut Benjamin Rocci (1989) tambahan beban boleh dibuat dengan tiga cara iaitu : a. Menambahkan bilangan aktiviti (stesen) dalam setiap saat. b. Mengurangkan masa sasaran. c. Mencari dosej maksimum yang baru mengikut kaedah awal, mencari dosej latihan dan masa sasaran. xii. Selepas tamat latihan, peserta hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan badan
  • 10. Pengenalan dan Sejarah Latihan Litar Latihan Litar ialah suatu kaedah latihan yang mudah dan berkesan, yang dapat digunakan oleh kebanyakan jurulatih. Ia sebenarnya mengandungi satu latihan yang dapat kita gayakan mengikut keperluan sukan tertentu. Latihan litar ini merupakan beberapa urutan aktiviti senaman yang dipilih dan diatur mengikut suasana tertentu. Semua aktiviti ini dilaksanakan dengan rehat yang minima di antara aktiviti. Satu kebaikan yang nyata pada latihan litar ialah semua aspek pelaziman jasmani dapat dijalankan. Latihan litar dapat digunakan untuk pelaziman daya otot dan daya tahan kardiovaskular, kuasa aerobik, kemampuan anaerobik atau daya laju dan kelembutan. Oleh kerana latihan litar untuk beberapa komponen kecergasan boleh dijalankan serentak, latihan litar sesuai bagi satu kumpulan peserta. Tujuannya untuk meninggikan ketahanan otot-otot. Dilakukan dengan mempercepatkan aliran darah yang membuat seseorang atlet berlari lebih elok dengan mengatasi keletihan dan juga kelesuan. Latihan-latihan dikerjakan dengan tertib seperti mana tercatat di dalam senarai di bawah ini: a) Adalah penting menyimpan rekod latihan atlet. b) Masa untuk menjalankan tiap-tiap latihan ialah 30 saat dari waktu rehat selama 60 saat atau 30 saat (mungkin dipendekkan lagi, ini terpulang kepada masa latihan dan keadaan atlet itu sendiri). c) Waktu rehat diberi antara satu sama lain. d) Biasanya latihan litar tamat setelah menjalani 1 kali pusingan dalam satu set tetapi boleh juga diteruskan kepusingan kedua setelah atlet itu dalam keadaan sedia. Latihan litar buat pertama kali telah diperkenalkan di Universiti Leeds, England dalam tahun 1953. Ia telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G. T Adamson (1961). Latihan Litar ini telah diterima dan mendapat yang lebih baik keberkesanannya.
  • 11. Definisi Latihan Litar Menurut Sorani (1976), latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan yang bertujuan untuk menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya tahan kardiovaskular. Latihan litar merupakan beberapa aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan dinomborkan di tempat tertentu. Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di mana untuk memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar mengikut turutan yang ditetapkan. Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun satu litar setelah menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set latihan yang diperlukan adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu. Bilangan stesen dan jenis aktiviti di setiap stesen disusun berdasarkan tahap kecergasan atlet, umur, jenis permainan, atau sukan peserta dan komponen kecergasan yang hendak dibina. Mengikut Anthony A. Annarino pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian fizikal (conditioning) di mana prinsip lebihan beban diamalkan kepada otot dan sistem respirasi dalam tempoh masa yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam latihan litar ialah: i. Faktor masa ii. Faktor ulangan a. Faktor Masa Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam masa satu minit atau 30 saat dengan mengambil 50 % daripada dosej dan digunakan dalam latihan. Latihan akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesen akhir tanpa rehat. b. Faktor Ulangan Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap aktiviti ditetapkan.
  • 12. Ciri-Ciri Penting Latihan Litar i. Menurut Morgan dan Adamson (1961) telah mengemukakan tiga ciri penting mengenai latihan litar: i. Latihan litar adalah bertujuan untuk membina daya tahan otot dan kardiovaskular. ii. Latihan ini menggunakan prinsip ‘progressive overload’. iii. Sekiranya ramai peserta yang hendak melakukan serentak dalam latihan litar, maka bilangan ulangan aktiviti ditetapkan dan mereka dapat menilai kemajuan dalam perubahan masa lakuan. Objektif Latihan Litar i. Meningkatkan daya tahan aerobik. ii. Membina dan meningkatkan kemampuan kardiovaskular. iii. Membina kekuatan dan daya tahan otot. iv. Meningkatkan koordinasi, kelenturan dan ketangkasan. v. Menambahkan kuasa otot, kesegaran dan ketangkasan. Rasional Pemilihan Latihan Litar i. Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular. ii. Konsep keindividualan dalam latihan ini membolehkan atlit maju mengikut tahap kemampuan maksimum individu. iii. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari masa ke masa dengan merujuk kepada beberapa pembolehubah: a. Masa pencapaian. b. Denyutan nadi sejurus selepas latihan litar. c. Masa pemulihan selepas latihan litar. d. Intensiti atau beban kerja yang dilakukan.
  • 13. Prinsip-Prinsip Latihan Litar i. Setiap aktiviti dirancang dengan teliti dan sistematik. ii. Latihan hendaklah selaras dengan tujuan dan objektif latihan. iii. Kaedah menjalankan aktiviti mestilah betul dan diselaraskan. iv. Penyusunan dari stesen ke stesen hendaklah betul supaya tidak berlaku penumpuan bahagian otot yang sama secara berturutan. v. Peserta haruslah menghabiskan latihan dalam masa atau ulangan yang ditentukan dan masa rehatnya satu minit atau 30 saat bagi setiap stesen. Dalam masa rehat ini, pelaku mesti bergerak ke stesen berikutnya dan bersedia untuk memulakan aktiviti senaman seterusnya. vi. Stesen dalam susunan yang sama setiap sesi latihan. vii. Menggunakan prinsip ‘progressive overload’ atau tambah beban. Faktor-Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Menyediakan Latihan Litar i. Matlamat dan objektif. ii. Tempoh masa. iii. Merangka program latihan (jenis latihan). iv. Kemudahan (alatan). v. Komponen yang hendak dilatih pengkhususan atau spesifik. vi. Penilaian dan penyimpanan rekod. Prosedur-prosedur Latihan Litar i. Objektif latihan; Apa yang hendak dicapai dalam latihan perlu dikenalpasti atau keperluan atlet. ii. Memilih aktiviti latihan. iii. Mencatat atau rekod aktiviti berkenaan. iv. Melaksanakan aktiviti: i. § Memanaskan badan: Kelonggaran dan regangan. Lakukan secara perlahan- lahan. ii. § Mencapai tahap ambang dan pastikan beban latihan yang betul. v. Menyimpan rekod. vi. Membuat penilaian dan ubahsuai jika perlu. vii. Menyejukkan badan selepas latihan. viii. Mempelbagaikan corak latihan. ix. Latihan hendaklah menarik minat atau menyeronokkan.
  • 14. Aspek-aspek Kecergasan Latihan Litar boleh dilakukan di dalam dewan kerana untuk mengelolakan Latihan Litar ini tidak memerlukan kawasan yang luas. Ketika melaksanakan Latihan Litar, aktiviti yang dibuat hendaklah dipelbagaikan. Kebanyakan Latihan Litar melibatkan 8 hingga 15 aktiviti menggunakan ulangan tertentu dan bergantung kepada tahap kecergasan fizikal seseorang. Aspek aspek kecergasan yang terlibat dalam Latihan Litar adalah: i. Mengekalkan daya tahan aerobik. ii. Mengekalkan daya tahan anaerobik. iii. Mengekalkan daya tahan kardiovaskular. iv. Mengekalkan daya tahan otot. v. Mengekalkan koordinasi, kelenturan, dan ketangkasan.
  • 15. PETA MINDA KEPENTINGAN KADAR DENYUTAN NADI DALAM PROGRAM LATIHAN KADAR DENYUTAN NADI KEPENTINGAN Menentukan keupayaan atlet Menentukan tahap keamatan senaman Memastikan atlet mencapai tahap prestasi yang diperlukan Mengukur sekuat mana jantung bekerja
  • 16. PROSEDUR PENGIRAAN KADAR DENYUTAN NADI DALAM PROGRAM LATIHAN KADAR NADI REHAT • Denyutan Nadi Selama 10 saat x 6 KADAR NADI MAKSIMUM (KNM) • KNM = 220 – UMUR KADAR NADI LATIHAN (KNL) • KNL = KNM – KNR KADAR NADI SASARAN (KNS) •(KNM – KNR) x 0.6 + KNR
  • 17. ZON KADAR DENYUTAN NADI YANG DIKEHENDAKI KNM × 0.6 Limit Bahagian Bawah Zon Kadar Nadi Yang Dikehendaki (TARGET HEART RATE) Limit Bahagian Atas Zon Kadar Nadi Yang Dikehendaki KNM × 0.8
  • 18. Refleksi Syukur alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan Tugasan Projek bagi subjek Anatomi dan Fisiologi, PJM 3106. Setelah selesai menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengetahuan yang saya perolehi. Pengetahuan yang saya perolehi antaranya ialah dapat mengetahui sesuatu aktiviti yang diadakan dalam latihan litar, latihan spesifik yang sesuai untuk program latihan dan komponen-komponen otot yang terlibat dalam latihan tersebut. Tanpa melakukan tugasan ini, sudah tentu saya tidak mengetahui perkara ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui pengiraan kadar nadi, kadar nadi selepas latihan, intensiti latihan, jangka masa latihan dan beberapa perkara lain yang terlibat. Saya juga memperoleh pengalaman melakukan latihan litar dan melihat sendiri perubahan kadar nadi saya. Oleh itu, melalui kerja kursus ini, banyak perkara baru yang saya pelajari. Disamping itu, saya juga dapat melahirkan idea-idea yang dapat melatih saya untuk berfikir melalui pengolahan isi penting yang diperolehi. Oleh itu, selain daripada melahirkan idea-idea yang dapat melatih saya untuk berfikir, saya juga dapat mengenal pasti isi penting yang perlu diambil. Ianya amat berguna untuk saya bagi meningkatkan keupayaan saya dalam pembelajaran serta memotivasikan diri saya. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, saya telah mengalami beberapa masalah antaranya ialah kekurangan bahan tugasan. Selain itu, masa agak suntuk kerana saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain. Namun begitu, segala masalah dapat diatasi sebaik mungkin dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan. Situasi ini menyebabkan silaturrahim yang dijalinkan lebih erat. Bagi menyiapkan tugas ini, saya juga mendapat didikan dan bimbingan daripada pensyarah yang amat saya hargai iaitu Encik Suhaimi b. Sahat. Beliau telah memberi penerangan yang berkesan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Saya rasa amat bertuah kerana dapat dibimbing oleh beliau.
  • 19. Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dari segi profesional bagi menyiapkan diri sebagai seorang guru pada masa hadapan dan menambah ilmu pengetahuan. Oleh itu, sebagai seorang guru, sikap peka terhadap situasi amat penting agar pemikiran tidak sempit dan tidak ketinggalan. Akhir sekali, saya berharap dapat meningkatkan lagi prestasi pembelajaran pada masa hadapan dengan pengetahuan yang saya perolehi daripada kerja kursus ini.
  • 20. Kadar Nadi Dilayari pada 1 September, 2010 di, file:///D:/ALL%20AMENT/pismp%20sem%202/anatomy%20n%20fisiologi/kada r-nadi.html Latihan Litar Dilayari pada 1 September, 2010 di, file:///D:/ALL%20AMENT/pismp%20sem%202/anatomy%20n%20fisiologi/Latihan%2 0Litar%20%C2%AB%20Sukan%20Dan%20Rekreasi.htm Pengiraan Kadar Nadi Dilayari pada 5 September, 2010 di, file:///C:/Users/faizan%20shabudin/Desktop/ANATOMY/Prosedur-Pengiraan Kadar-Denyutan-Nadi-Dalam-Program-Senama1.htm Kecergasan Dilayari pada 14 September, 2010 di, http://abscergas.blogspot.com/ Denyutan Jantung Dilayari pada 14 September, 2010 di, http://www.ozone.com.my/info_kesihatan- denyutan%20jantung.htm