SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
Télécharger pour lire hors ligne
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
142
PRINSIP SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN PRODUK AL-RAHNU DI
MALAYSIA
Azizah Othman
Pusat Pengajian Perniagaan Islam,
Kolej Perniagaan,
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok, Kedah, Malaysia
Email: o.azizah@uum.edu.my
Tel:+6019-4328336, Fax: 04-9286653
Abstrak
Pajak gadai Islam (al-rahnu) adalah satu instrumen yang menyediakan perkhidmatan
yang pantas dan cepat. Ia merupakan kontrak kebajikan dan telah mendapat sambutan
yang menggalakkan di kalangan masyarakat terutamanya mereka yang berpendapatan
rendah. Antara tujuan pelaksanaan skim ini ialah untuk melindungi masyarakat
terutamanya masyarakat Islam daripada transaksi yang berunsurkan riba dan gharar. Al-
rahnu dijalankan dengan memberi kemudahan pinjaman tunai yang telus, adil dan
berasaskan prinsip-prinsip syariah. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan skim pajak
gadai Islam sebagai skim pajak gadai utama di negara ini bagi menggantikan skim pajak
gadai konvensional yang mengenakan riba kepada pinjaman yang diberikan. Kertas
kerja ini akan membincangkan konsep al-rahnu berdasarkan Fiqh Muamalat dan tiga
prinsip utama dalam pelaksanaan al-rahnu iaitu al-Qardal-Hasan, al-Wadiah dan al-
Ujrah. Seterusnya perbincangan difokuskan kepada kepatuhan syariah institusi al-rahnu
dalam menawarkan produk ini kepada masyarakat Muslim. Metodologi kualitatif
digunakan dalam kajian ini merangkumi analisis kandungan berpandukan kepada
maklumat primer yang diperolehi daripada temubual bersama pihak institusi al-rahnu
dan maklumat sekunder daripada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan al-rahnu.
Hasil kajian mendapati kesemua institusi al-rahnu yang dikaji mematuhi syariah dan
penambahbaikan perlu dilaksanakan terutamanya dalam mengkaji semula kadar Ujrah
yang dikenakan kepada pelanggan.
Katakunci: Al-rahnu, Prinsip syariah, Fiqh Muamalah, al-Qardal-Hasan, al-Wadiah,
al-Ujrah.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
143
PENGENALAN
Al-rahnu iaitu konsep dan pelaksanaan gadaian menurut Islam. Sistem gadaian
merupakan satu perkara yang memang telah lama dipraktikkan dalam masyarakat kita
dan berkembang subur sejak dulu hingga kini (Mohd. Nasir, 2008). Umum telah
mengetahui bahawa kegiatan tersebut sangat popular tetapi terdedah dengan amalan riba
yang dilarang oleh syariat Islam. Kebanyakan umat Islam terpaksa berurusan dengan
sistem ekonomi konvensional yang bercirikan riba (Ab. Mu’min, 1999). Pelaksanaan
skim al-rahnu merupakan satu alternatif kepada sistem pajak gadai konvensional yang
kebanyakannya dipelopori oleh kaum Cina. Pajak gadai merupakan institusi yang
popular bagi masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam. Menyedari hakikat
ini beberapa institusi kewangan di Malaysia telah berusaha dengan gigih untuk
melaksanakan sistem al-rahnu di Malaysia sebagai alternatif kepada sistem gadaian
konvensional yang telah lama bertapak di negara kita.
Al-rahnu seperti yang diamalkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia merupakan
produk muamalat Islam yang hibrid (gabungan beberapa mekanisme kontrak)
melibatkan beberapa mekanisme kontrak Islam iaitu qardhul hasan (pinjaman tanpa
faedah), al-rahn (cagaran), al-wadiah (simpanan) dan al-ujrah (upah simpan). Kertas
kerja ini akan membincangkan kontrak-kontrak syariah tersebut dengan lebih terperinci.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang menekankan pembinaan makna,
pemahaman konsep atau simbol dan istilah atau penerangan terperinci tentang sesuatu
kejadian, objek atau proses (Tuckman, 1999). Menurut Strauss & Corbin (1998), kajian
kualitatif ialah sebarang kajian yang menghasilkan keputusan bukan dengan cara
prosedur statistik atau cara kuantitatif yang lain. Ia boleh merujuk kepada kajian
berkenaan dengan kehidupan seseorang, cerita, tingkahlaku dan juga tentang fungsi
organisasi atau perhubungan interaksi. Sesuai dengan metode yang digunakan, kajian ini
mengaplikasikan dua teknik pengumpulan data iaitu metode perpustakaan dan juga
penyelidikan lapangan yang berdasarkan metode temubual. Metode perpustakaan
digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul sebanyak mungkin data dan maklumat
dalam bentuk tesis, buku, artikel, jurnal, majalah dan kajian ilmiah yang lain berkaitan
dengan bidang kajian. Metode temubual digunakan oleh penyelidik untuk menemubual
pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan al-rahnu dan pakar-pakar kewangan
dan perbankan Islam.
KONSEP AL-RAHNU DALAM MUAMALAT
Abdul Rahman (2007) pula mendefinisikan al-rahnu sebagai bukti atau sesuatu yang
dipegang sebagai gadai janji. Menurut al-Misri (1986) pula rahnu dari segi syarak pula
bermaksud menyekat sesuatu harta dengan kebenaran dimana nilai harta tersebut
menyamai jumlah keseluruhan hutang. al- Syarbini (1933) telah menta’rifkan cagaran ini
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
144
menjadikan sesuatu harta itu sebagai jaminan atau cagaran terhadap hutang di mana
hutang tersebut boleh diambil daripadanya apabila ia tidak mampu dijelaskan. Dalil
pensyariatan al-rahnu ialah firman Allah SWT yang bermaksud.
“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang dan
memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati
jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang oleh
orang yang memberi hutang...” (al-Baqarah, 2:283)
Dalil dari hadis pula sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Dari Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah membeli
makanan daripada seorang Yahudi secara bayaran bertangguh dan
baginda mengadaikan baju besinya” (Riwayat al-Bukhari)
KONTRAK-KONTRAK YANG DIAPLIKASI
Islam amat mengambil berat tentang akad atau majlis kontrak kerana ia menjadi simbol
atau tanda terdapatnya kerelaan antara pihak-pihak yang terlibat. Kerelaan itulah
akhirnya yang menjadi faktor pengikat di antara kedua pihak yang terlibat. Kalimah
sighah merupakan setiap apa yang menunjukkan ke atas keredaan di antara dua pihak
yang berurusan.(al-Jaziri, 994) al-Rahnu adalah produk kewangan Islam yang hibrid
yang melibatkan beberapa mekanisme kontrak Islam iaitu al-qard al-hasan (pinjaman
kebajikan), al-wadi‘ah yad dhamanah (simpanan), al-ujrah (upah simpan) dan al-rahnu
(gadaian).
Al-Qard al-Hassan
Dalam Islam, kontrak al-qard al-hasan sememangnya diperkenalkan sebagai saranan
kebajikan bagi membantu golongan yang mengalami kesempitan wang. al-Qard
menurut pandangan syarak adalah sesuatu yang dipinjamkan atau hutang yang diberikan.
Menurut istilah para fuqaha, hutang ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada
orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang
tambahan (Mustofa al-Khin & Mustofa al-Bugha, 2004). Dengan lain perkataan, al-qard
merupakan suatu kontrak yang diasaskan atas dasar bantu membantu, sukarela
(tabarru‘) dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan. Kepentingannya dapat
difahami berdasarkan galakan dan penghargaan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.
kepada pihak yang bermurah hati memberikan pinjaman kepada orang yang
memerlukan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud.
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang
baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), Maka Allah akan
melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
145
banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan
kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”(al-Hadid, 57:11)
Menurut istilah syarak ia bermaksud perjanjian antara dua pihak yang memberi
pinjaman dengan pihak yang meminjam. Dalam hal ini, pihak yang memberi pinjaman
bersetuju meminjamkan sejumlah wang yang tertentu kepada pihak peminjam bagi
tempoh yang dinyatakan dan dengan syarat dibayar balik. Pihak yang meminjam
diwajibkan membayar balik sejumlah wang pokok yang dipinjamnya sahaja mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam fiqh klasik, al-qard diklasifikasikan sebagai akad
tatawwu‘ (akad sunat) atau akad saling membantu dan bukan untuk dikomersialkan atau
mendapat keuntungan (Al-Syarbasyi, 1987)
Al-Wadiah
Al-Wadi‘ah merupakan akad perjanjian antara pihak yang memiliki barang untuk
menyimpan barangnya dengan pihak lain seperti bank untuk disimpan dan dijaga
keselamatannya. al-Wadi‘ah adalah sebagai amanah yang perlu ada pada orang yang
menerima cagaran, dan ia berkewajipan mengembalikan cagaran itu ketika diminta
pemiliknya (Sayyid Sabiq, 1987).
Konsep asal al-wadi‘ah yad amanah iaitu pemilik barang meminta pemegang barangnya
disimpan sebagai barang amanah. Oleh itu, penerima atau penyimpan barang hanya
berperanan sebagai penerima amanah yang berkewajipan menjaga barangyang
dicagarkan sahaja. Dalam keadaan ini, pihak yang menyimpan tidak bertanggungjawab
ke atas kerosakan dan kehilangan barang tersebut yang bukan disebabkan perbuatannya
atau kecuaiannya, dan ia juga tidak boleh menggunakan atau memanfaatkannya (Al-
Zuhaili, 2004). Segala pembiayaan barang yang disimpan adalah tanggungan pihak
pemilik barang.
Menurut Abdullah Alwi (2005), dari sudut bahasa al-wadi‘ah bermaksud meninggalkan
sesuatu barang kepada bukan pemiliknya untuk dipelihara. Dari sudut istilah bermaksud
memberi kuasa kepada orang lain untuk menjaga harta sendiri sama ada secara jelas atau
secara tersirat. Barang atau harta yang ditinggalkan itu menjadi amanah kepada pihak
yang diberi amanah untuk menjaga barang itu, ia bukan suatu jaminan. Sekiranya
berlaku kerosakan kepada barang atau harta tersebut, ia tidak menjadi tanggungjawab
kepada orang yang menjaganya kecuali kerosakan itu berlaku secara sengaja atau
disebabkan kelalaian orang yang diamanahkan itu.
Namun begitu dalam al-rahnu, mencagar barang yang berharga kepada pemberi
pinjaman adalah merupakan syarat sah gadaian. Sedangkan dalam konsep al-wadi‘ah,
pemilik barang meminta pihak lain menyimpan barang tersebut untuk dirinya. Orang
yang menerima cagaran pula tidak berkewajipan menjamin kecuali jika ia tidak
menunaikan kewajipannya dengan betul atau melakukan jenayah terhadap barang
cagaran (Sayyid Sabiq, 1987).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
146
Atas dasar al-wadi‘ah inilah, skim ini mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe
custody fee) ke atas barang gadaian tadi. Skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada
pinjaman sebaliknya hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas
barang gadaian (Shamsiah Mohamad, 2008)
Walaupun fuqaha Hanafi berpendapat pemegang gadaian bertanggungjawab
menanggung perbelanjaan untuk penjagaan barang gadaian seperti kos tempat simpanan
dan upah pengawal tetapi tidak sepatutnya kos tersebut ditanggung boleh pemegang
gadaian. Ia akan memudaratkannya apatah lagi dalam realiti hari ini di mana pemegang
gadaian adalah sebuah institusi dan bukannya individu. Ini kerana institusi ini memberi
khidmat kepada ribuan orang dan ini menuntut pihak berkenaan agar menyediakan
tempat dan kemudahan yang sewajarnya di samping mengambil pekerja bagi
menguruskan kemudahan yang mereka sediakan kepada orang ramai. (Shamsiah
Mohamad,2008)
Al-Ujrah
Upah atau imbalan bukan manfaat atau jasa yang sama dengan apa yang disewakan.
Misalnya imbalan sewa rumah dengan sewa rumah, upah mengerjakan sawah dan kerja-
kerja yang lain ( al-Kasani, 1997). Menurut Ibn Rusyd pula sesuatu yang berharga atau
dapat dihargai dengan wang yang sesuai dengan kelaziman setempat( Ibn Rusyd, 1994)
Simpanan barang cagaran tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk perkhidmatan
kerana barang tersebut adalah jaminan kepada satu kontrak hutang. Bahkan dalam
kontrak pajak gadai konvensional simpanan barang gadaian tidak dikenakan sebarang
bayaran (Mahmood Zuhdi Ab. Majid,1997). Bayaran yang dikenakan tersebut adalah
menyalahi hukum syariah walaupun sesetengah pihak mempertahankan bayaran
perkhidmatan tersebut sebagai berpatutan kerana kadar bayarannya rendah. Namun
persoalan di sini bukan kecil atau banyak jumlah yang dikenakan tetapi wujudnya
bayaran upah dalam suatu akad yang bersifat pertolongan atau kebajikan.
Pandangan jumhur ulama berpandangan bahawa perbelanjaan menjaga barang gadaian
adalah tertanggung di bahu penggadai. Ia meliputi perbelanjaan berupa sesuatu yang
“meneruskan kewujudannya” sesuatu yang digadaikannya atau sesuatu perkara lain yang
menjaganya. Ia berasaskan bahawa segala perbelanjaan tersebut adalah untuk faedah
penggadai itu sendiri iaitu menjaga kesempurnaan barang penggadai (al-San’ani, 1960 ).
Hal ini kerana dalam sebuah Hadith menyebut bahawa penerima gadaian disaran
meminum susu dengan kadar yang munasabah sebagai ganti kepada perbelanjaan yang
dikeluarkan (Ibn Qudhamah, 1994).
Maksudnya:“Daripada Abi Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
telah bersabda: Binatang ternakan yang digadai boleh ditunggangi
dan diperah susunya (sekadar) nafkah yang telah dibelanjakan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
147
untuknya. Dan orang yang menunggang dan memerah susunya mesti
memberi nafkah ke atas binatang tersebut.”(Riwayat al-Bukhari)
PERBINCANGAN
Islam menitikberatkan aspek-aspek kebajikan dan menjauhi penindasan dengan
menggalakkan pemberian pinjaman tanpa riba melalui konsep al-qard al-hasan.
Penangguhan pembayaran diberikan sekiranya peminjam berada dalam kesempitan. Hal
inilah yang dikatakan bahawa sistem al-rahnu merupakan satu sistem kebajikan.
Konsep al-qard al-hasan dalam Islam bukan untuk keuntungan dan tidak perlu adanya
upah simpan tetapi peminjam digalakkan membayar lebih daripada jumlah pinjaman
sebenar sebagai hadiah untuk menghargai pertolongan yang diberikan. Syarak
mensyariatkan al-qard bagi menghalang manusia mengambil kesempatan daripada
kesusahan dan hajat orang lain. Biasanya manusia tidak akan berhutang kecuali apabila
perlu. Jika tidak disyariatkan al-qard al-hasan sudah tentu ia akan diambil alih oleh
sistem riba dan penindasan.
Al-Rahnu di semua organisasi telah mengubah konsep al-wadi‘ah yad amanah kepada
al-wadi‘ah yad dhamanah iaitu daripada konsep asal amanah kepada dhamanah atau
jaminan. Dengan kata lain apabila seseorang menyimpan barangnya, si penyimpan
memberi jaminan barangan itu akan selamat. Apabila berlaku sebarang kerosakan atau
kehilangan barang, penyimpan memberi jaminan untuk membayar balik ganti ruginya.
Oleh itu, ia telah bertukar dari konsep amanah semata-mata kepada konsep amanah
dengan jaminan. (Mahmood Zuhdi Ab. Majid, 1997 )
Dalam konsep al-wadi‘ah, ulama berpendapat bahawa penyimpan tidak mempunyai
sebarang liabiliti kerana ia cuma bertindak sebagai menjalankan amanah (Sayyid Sabiq,
1987) . Sekiranya ia menjaga barang cagaran dengan cermat, dan masih juga berlaku
kerosakan diluar kawalannya, dia tidak mempunyai liabiliti. Bagaimana pun keadaan ini
telah diubah suai kerana mengikut ‘uruf sekarang pihak penyimpan akan memberi
jaminan terhadap barang gadaian yang disimpan maka muncullah konsep al-wadi‘ah
yad dhamanah (simpanan dan jaminan).
Jika dikatakan bayaran yang dibuat oleh pemegang gadai merupakan upah simpan
barang iaitu berasaskan konsep al-wadi‘ah, maka ia sudah terkeluar dari hakikat al-
rahnu itu sendiri. Ini kerana dalam Islam, berasaskan kepada akad al-rahnu penggadai
hanya perlu menjelaskan jumlah hutangnya sahaja untuk mendapatkan kembali barang
cagaran yang disimpan oleh pemegang gadai tersebut.
Berkaitan upah simpan pula, terdapat pandangan-pandangan yang berbeza terhadap
kadar upah yang dikenakan. Sesetengah pihak mungkin mempersoalkan mengapa pihak
bank memberikan pinjaman al-qard al-hasan tetapi mengenakan upah seolah-olah
tersembunyi keuntungan dalam transaksi tersebut.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
148
Pandangan jumhur ulama berpandangan bahawa perbelanjaan menjaga barang gadaian
adalah tertanggung di bahu penggadai. Ia meliputi perbelanjaan berupa sesuatu yang
“meneruskan kewujudannya” sesuatu yang digadaikannya atau sesuatu perkara lain yang
menjaganya. Ia berasaskan bahawa segala perbelanjaan tersebut adalah untuk faedah
penggadai itu sendiri iaitu menjaga kesempurnaan barang penggadai (Al-San’ani, 1960).
Mazhab Hanafi berpandangan bahawa perbelanjaan untuk “meneruskan kewujudan”
barang gadaian adalah tanggungan penggadai. Manakala perbelanjaan untuk menjaganya
adalah tanggungjawab pemegang gadaian. Ia berdasarkan pandangan bahawa pemegang
gadaian memegang barang tersebut untuk faedah dirinya iaitu sandaran ke atas pinjaman
atau hutang yang diberikan. Oleh itu penerima gadaian tidak berhak untuk meminta
perbelanjaan tersebut daripada penggadai.
KESIMPULAN
Keharusan kontrak al-rahnu dalam mua‘malah Islam sangat jelas untuk menjaga
kepentingan semua pihak. Peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan begitu terperinci
dan dapat mengelakkan riba, gharar dan penipuan dalam kontrak tersebut. Oleh itu hak-
hak mereka yang terlibat dengan kontrak ini sentiasa terpelihara dan transaksi berlaku
berdasarkan keadilan dan kesejahteraan.
Peraturan, hukum dan perjalanan kegiatan mua‘malah adalah berlandaskan syariah
manakala rujukan asas hukum syariah adalah al-Quran dan al-Hadith. Pelaksanaan al-
rahnu juga merupakan alternatif kepada masyarakat Islam dan bukan Islam untuk terus
berurusan dengan pajak gadai konvensional yang jelas menindas golongan yang tidak
berkemampuan. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memberi pendedahan dan
kefahaman kepada masyarakat tentang kebaikan al-rahnu sebagai satu instrumen yang
adil, telus dan bermanfaat untuk pembangunan ekonomi Islam.
RUJUKAN
Abdullah Alwi Hj. Hasssan. (2005). Teori dan Aplikasi Kontemporari Sistem ekonomi
Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem Kewangan Islam: Pelaksanaannya di Malaysia.
Kuala Lumpur: JAKIM.
Abd al-Sami’ al-Misri. (1986). Al-Tijarah fi al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah
Abdul Ghafar, I dan Nur Zakiah, A. (1997). Pawnshop as an instrument of
microenterprise credit in Malaysia. International of Journal of Social Economics,
Vol. 24, No.11
Abd Malek Awang Kechil. (2005). Konvensyen al-Rahnu Serantau 2004. Kuala
Lumpur: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
Abdul Rahman Haji Abdullah. (2007). Sejarah dan Tamadun Islam. Alor Setar: Pustaka
Darussalam
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
149
Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad Ismail bin Ibrahim. (1994). Sahih al-
Bukhari,Kitab al-Buyu’, j.2. Beirut, Maktabah al-As’ariyyah
Al-Jaziri, ‘Abd al-Rahman. (1994). Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah. Juz. 2.
Al-Qahirah: Dar al-Hadith.
Al-Kasani, ‘Ala’al-Din Abu Bakr bin Mas‘ud. (1997). Bada’i‘ al-Sana’i‘ fi Tartib al-
Syara’i‘, j. 6, Beirut Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-San‘ani, Muhammad bin Isma‘il al-Amir al-Yamni al-San‘ani, (1960). Subul al-
Salam. J.3 C. 4. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabi
Al-Syarbasyi, Ahmad. (1987). Al-Mu‘jam al-Iqtisad al-Islami. Beirut:Dar ‘Alami al-
Kutub.
Al-Syarbini al-Khatib, Syams al-Din Muhammad bin Ahmad. (1933). Mughni al-Muhtaj
ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj, j.2. al-Qahirah: Matba’ah Mustafa al-
Halabi wa auladuh
Al-Zuhayli, Wahbah. (2004). al-Fiqh al-Islami wa al-Adillatuhu. C.4. Beirut: Dar al-
Fikr al-Mu’asir
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2008). Al-rahnu Sistem Gadaian Islam Terengganu.
Terengganu: Yayasan Islam
Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad. (1994). al-
Mughni, Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Rusyd, Abu al-Walid Muhammad b. Ahmad. (1994), Bidayah al-Mujtahid wa
Nihayah al-Muqtasid, 2 juz. Kaherah: Syarikah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa
al-Babi al-Halabi wa Awladih.
Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid. (1997). Dinamisme Pengajian Syariah. Kuala Lumpur:
Berita Publishing.
Mohd. Nasir Mohd. Yatim. (2008).The Principles and Practice of Islamic Banking &
Finance. Selangor: Prentice Hall
Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugha & ‘Ali Asy-Syarbaji. (2004). Fiqh Mazhab Syafie.
(terj.) Solehan bin Ayub. Shah Alam: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Nor Mohamed Yakcop. (1996) . Sistem Kewangan Islam Di Malaysia: Teori Amalan
Dan Prospek. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Nur Azura Sanusi. (2004). Pajakgadai konvensional dan Al-rahn:Terjaminkah hak
Pengguna?. Proceeding of Seminar Kebangsaan Fakulti Ekonomi Universiti
Kebangsaan Malaysia.Selangor:Universiti Kebangsaan Malaysia
Payal Bhatt and Jothee Sinnakkannu. (2008). Al-rahnu (Islamic Pawning Broking)
Opportunities and Challenges in Malaysia. The 6th
International Islamic Finance
Conference.Kuala Lumpur:Universiti Monash.
Rugayah Mohamed. (1986). The rate of Pawnbrokers as non-institutional creditors in
Malaysia. Kajian Ekonomi Malaysia. Vol. 22. No. 2.
Sayyid Sabiq. (1987). Fiqh al-Sunnah. juz 3. Kaherah: al-Fath al-‘Ilmi al-‘Arabi.
Shamsiah Mohamad dan Safinar Salleh. (2008). Upah Simpan Barang Dalam Skim al-
Rahnu: Satu Penilaian Semula. Jurnal Fiqh No.5. Universiti Malaya.
Strauss, A and Corbin, J. (1998). Basic of Qualitative Research Grounded Theory
Procedure and Techniques, California: SAGE Publications Inc.
Sudin Haron. (1996). Prinsip dan operasi Perbankan Islam. Kuala Lumpur:Berita
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
150
Publishing Sdn. Bhd.
Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa. (2005). Pengantar Perniagaan
Islam.Kuala Lumpur: Prentice Hall
Tuckman, B.W. (1999). Conducting Educational Research. USA: Harcout
Zaharuddin Abd. Rahman. (2008). Wang, Anda dan Islam:Halal dan Haram dalam
Kewangan dan Perbankan. Kuala Lumpur:Truewealth Sdn. Bhd.

Contenu connexe

Tendances

Asuransi ( Pendidikan Agama Islam ) kelas XI SMA
Asuransi ( Pendidikan Agama Islam ) kelas XI SMAAsuransi ( Pendidikan Agama Islam ) kelas XI SMA
Asuransi ( Pendidikan Agama Islam ) kelas XI SMA
fadhilau
 
PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM
PENGURUSAN KEWANGAN ISLAMPENGURUSAN KEWANGAN ISLAM
PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM
mandalina landy
 

Tendances (20)

Mu'amalah xi
Mu'amalah xiMu'amalah xi
Mu'amalah xi
 
Agama Islam - Muamalah (Kelas XI Seemester 2)
Agama Islam - Muamalah (Kelas XI Seemester 2)Agama Islam - Muamalah (Kelas XI Seemester 2)
Agama Islam - Muamalah (Kelas XI Seemester 2)
 
Asuransi ( Pendidikan Agama Islam ) kelas XI SMA
Asuransi ( Pendidikan Agama Islam ) kelas XI SMAAsuransi ( Pendidikan Agama Islam ) kelas XI SMA
Asuransi ( Pendidikan Agama Islam ) kelas XI SMA
 
Akad Wadhiah dan Ariyah
Akad Wadhiah dan Ariyah Akad Wadhiah dan Ariyah
Akad Wadhiah dan Ariyah
 
Pendidikan Agama Islam XI : Prinsip dan Praktik Ekonomi Islam K-13
Pendidikan Agama Islam XI : Prinsip dan Praktik Ekonomi Islam K-13Pendidikan Agama Islam XI : Prinsip dan Praktik Ekonomi Islam K-13
Pendidikan Agama Islam XI : Prinsip dan Praktik Ekonomi Islam K-13
 
Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13
Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13
Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13
 
001 konsep harta dan kepemilikan dalam islam
001 konsep harta dan kepemilikan dalam islam001 konsep harta dan kepemilikan dalam islam
001 konsep harta dan kepemilikan dalam islam
 
Asuransi Syariah
Asuransi SyariahAsuransi Syariah
Asuransi Syariah
 
mudharabah dlm quran hadits
mudharabah dlm quran haditsmudharabah dlm quran hadits
mudharabah dlm quran hadits
 
PPT AGAMA bab Ekonomi islam
PPT AGAMA bab Ekonomi islamPPT AGAMA bab Ekonomi islam
PPT AGAMA bab Ekonomi islam
 
02 konsep harta dan kepemilikan dalam islam 2014
02 konsep harta dan kepemilikan dalam islam 201402 konsep harta dan kepemilikan dalam islam 2014
02 konsep harta dan kepemilikan dalam islam 2014
 
Fiqh Muamalah - Pinjam Meminjam ('Ariyah)
Fiqh Muamalah - Pinjam Meminjam ('Ariyah)Fiqh Muamalah - Pinjam Meminjam ('Ariyah)
Fiqh Muamalah - Pinjam Meminjam ('Ariyah)
 
Presentasi BAB pendidikan agama islam kelas 11 Prinsip dan praktik ekonomi islam
Presentasi BAB pendidikan agama islam kelas 11 Prinsip dan praktik ekonomi islamPresentasi BAB pendidikan agama islam kelas 11 Prinsip dan praktik ekonomi islam
Presentasi BAB pendidikan agama islam kelas 11 Prinsip dan praktik ekonomi islam
 
Jurnal At Tasyri volume iv, no 2, agustus 2012 - januari 2013
Jurnal At Tasyri volume iv, no 2, agustus 2012 - januari 2013Jurnal At Tasyri volume iv, no 2, agustus 2012 - januari 2013
Jurnal At Tasyri volume iv, no 2, agustus 2012 - januari 2013
 
Aqad dalam asuransi syariah
Aqad dalam asuransi syariahAqad dalam asuransi syariah
Aqad dalam asuransi syariah
 
Asuransi syariah
Asuransi syariahAsuransi syariah
Asuransi syariah
 
Makalah ijarah (kelompok 7)
Makalah ijarah (kelompok 7)Makalah ijarah (kelompok 7)
Makalah ijarah (kelompok 7)
 
Prinsip prinsip dan praktik ekonomi dalam islam
Prinsip prinsip dan praktik ekonomi dalam islamPrinsip prinsip dan praktik ekonomi dalam islam
Prinsip prinsip dan praktik ekonomi dalam islam
 
PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM
PENGURUSAN KEWANGAN ISLAMPENGURUSAN KEWANGAN ISLAM
PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM
 
Prinsip prinsip dan praktek ekonomi islam
Prinsip prinsip dan praktek ekonomi islamPrinsip prinsip dan praktek ekonomi islam
Prinsip prinsip dan praktek ekonomi islam
 

En vedette

H&T_Company Profile
H&T_Company ProfileH&T_Company Profile
H&T_Company Profile
Gary Wang
 
Common Ports
Common PortsCommon Ports
Common Ports
Max Tom
 

En vedette (11)

H&T_Company Profile
H&T_Company ProfileH&T_Company Profile
H&T_Company Profile
 
Asean org jake
Asean org jakeAsean org jake
Asean org jake
 
1
11
1
 
Common Ports
Common PortsCommon Ports
Common Ports
 
Improving the availability of ISSN: a joint project
Improving the availability of ISSN: a joint projectImproving the availability of ISSN: a joint project
Improving the availability of ISSN: a joint project
 
вересень 2016
вересень 2016вересень 2016
вересень 2016
 
Romeo and juliet
Romeo and julietRomeo and juliet
Romeo and juliet
 
Twelfth night
Twelfth  night  Twelfth  night
Twelfth night
 
WPDay 2015 - WordPress Performance Optimization - Pordenone - 13 Novembre 2015
WPDay 2015 - WordPress Performance Optimization - Pordenone - 13 Novembre 2015WPDay 2015 - WordPress Performance Optimization - Pordenone - 13 Novembre 2015
WPDay 2015 - WordPress Performance Optimization - Pordenone - 13 Novembre 2015
 
CMS in ottica SEO per i contenuti - SEMrush WebStudy Marathon - SEO Tecnico -...
CMS in ottica SEO per i contenuti - SEMrush WebStudy Marathon - SEO Tecnico -...CMS in ottica SEO per i contenuti - SEMrush WebStudy Marathon - SEO Tecnico -...
CMS in ottica SEO per i contenuti - SEMrush WebStudy Marathon - SEO Tecnico -...
 
Lincoln Public Library District Postcard Project
Lincoln Public Library District Postcard ProjectLincoln Public Library District Postcard Project
Lincoln Public Library District Postcard Project
 

Similaire à Azizah Othman

Kel.10 al kafalah
Kel.10 al  kafalahKel.10 al  kafalah
Kel.10 al kafalah
Mulyanah
 
Kel 3 shariah compliance parameter- saiful azhar.en.id
Kel 3  shariah compliance parameter- saiful azhar.en.idKel 3  shariah compliance parameter- saiful azhar.en.id
Kel 3 shariah compliance parameter- saiful azhar.en.id
SMANSA
 
Transaksi Ekonomi Menurut Hukum Islam
Transaksi Ekonomi Menurut Hukum IslamTransaksi Ekonomi Menurut Hukum Islam
Transaksi Ekonomi Menurut Hukum Islam
Kasa Rambe
 

Similaire à Azizah Othman (20)

Analisis fatwa dewan syariah nasional nomor 92 dsn mui 2014 tentang pembiayaa...
Analisis fatwa dewan syariah nasional nomor 92 dsn mui 2014 tentang pembiayaa...Analisis fatwa dewan syariah nasional nomor 92 dsn mui 2014 tentang pembiayaa...
Analisis fatwa dewan syariah nasional nomor 92 dsn mui 2014 tentang pembiayaa...
 
KONTRAK SOSIAL: WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOH
KONTRAK  SOSIAL:  WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOHKONTRAK  SOSIAL:  WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOH
KONTRAK SOSIAL: WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOH
 
Kel.10 al kafalah
Kel.10 al  kafalahKel.10 al  kafalah
Kel.10 al kafalah
 
Fiqh Kelas X
Fiqh Kelas XFiqh Kelas X
Fiqh Kelas X
 
PPT Konsep Fqih Muamalah dan Implementasinya di Perbankan Syariah.pptx
PPT Konsep  Fqih Muamalah dan Implementasinya di Perbankan Syariah.pptxPPT Konsep  Fqih Muamalah dan Implementasinya di Perbankan Syariah.pptx
PPT Konsep Fqih Muamalah dan Implementasinya di Perbankan Syariah.pptx
 
Takaful vs insurans_konvensional
Takaful vs insurans_konvensionalTakaful vs insurans_konvensional
Takaful vs insurans_konvensional
 
Lembaga Keuangan Syariah
Lembaga Keuangan SyariahLembaga Keuangan Syariah
Lembaga Keuangan Syariah
 
KELOMPOK 4_ MATERI GADAI.pptx
KELOMPOK 4_ MATERI GADAI.pptxKELOMPOK 4_ MATERI GADAI.pptx
KELOMPOK 4_ MATERI GADAI.pptx
 
Ekonomi syariah pp
Ekonomi syariah ppEkonomi syariah pp
Ekonomi syariah pp
 
Kel 3 shariah compliance parameter- saiful azhar.en.id
Kel 3  shariah compliance parameter- saiful azhar.en.idKel 3  shariah compliance parameter- saiful azhar.en.id
Kel 3 shariah compliance parameter- saiful azhar.en.id
 
fiqih muamalah.pptx
fiqih muamalah.pptxfiqih muamalah.pptx
fiqih muamalah.pptx
 
Lembaga Ekonomi Islam
Lembaga Ekonomi IslamLembaga Ekonomi Islam
Lembaga Ekonomi Islam
 
TINJAUAN SYARIAH TENTANG PENERAPAN AKAD IJARAH AL MUNTAHIYAH BI AL-TAMLIK ...
TINJAUAN SYARIAH TENTANG  PENERAPAN  AKAD IJARAH AL MUNTAHIYAH BI AL-TAMLIK  ...TINJAUAN SYARIAH TENTANG  PENERAPAN  AKAD IJARAH AL MUNTAHIYAH BI AL-TAMLIK  ...
TINJAUAN SYARIAH TENTANG PENERAPAN AKAD IJARAH AL MUNTAHIYAH BI AL-TAMLIK ...
 
Khafalah
KhafalahKhafalah
Khafalah
 
SISTEM MUAMALAH ISLAM.pptx
SISTEM MUAMALAH ISLAM.pptxSISTEM MUAMALAH ISLAM.pptx
SISTEM MUAMALAH ISLAM.pptx
 
Akad dalam ekonomi dan keuangan syariah
Akad dalam ekonomi dan keuangan syariahAkad dalam ekonomi dan keuangan syariah
Akad dalam ekonomi dan keuangan syariah
 
Pembiayaan
PembiayaanPembiayaan
Pembiayaan
 
PPT Perbankan Syariah Kel. 11 6I.pptx
PPT Perbankan Syariah Kel. 11 6I.pptxPPT Perbankan Syariah Kel. 11 6I.pptx
PPT Perbankan Syariah Kel. 11 6I.pptx
 
Konsep akad dalam kajian fiqh muamalah
Konsep akad dalam kajian fiqh muamalahKonsep akad dalam kajian fiqh muamalah
Konsep akad dalam kajian fiqh muamalah
 
Transaksi Ekonomi Menurut Hukum Islam
Transaksi Ekonomi Menurut Hukum IslamTransaksi Ekonomi Menurut Hukum Islam
Transaksi Ekonomi Menurut Hukum Islam
 

Plus de idmac2015

Plus de idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 

Azizah Othman

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 142 PRINSIP SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN PRODUK AL-RAHNU DI MALAYSIA Azizah Othman Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia Email: o.azizah@uum.edu.my Tel:+6019-4328336, Fax: 04-9286653 Abstrak Pajak gadai Islam (al-rahnu) adalah satu instrumen yang menyediakan perkhidmatan yang pantas dan cepat. Ia merupakan kontrak kebajikan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Antara tujuan pelaksanaan skim ini ialah untuk melindungi masyarakat terutamanya masyarakat Islam daripada transaksi yang berunsurkan riba dan gharar. Al- rahnu dijalankan dengan memberi kemudahan pinjaman tunai yang telus, adil dan berasaskan prinsip-prinsip syariah. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan skim pajak gadai Islam sebagai skim pajak gadai utama di negara ini bagi menggantikan skim pajak gadai konvensional yang mengenakan riba kepada pinjaman yang diberikan. Kertas kerja ini akan membincangkan konsep al-rahnu berdasarkan Fiqh Muamalat dan tiga prinsip utama dalam pelaksanaan al-rahnu iaitu al-Qardal-Hasan, al-Wadiah dan al- Ujrah. Seterusnya perbincangan difokuskan kepada kepatuhan syariah institusi al-rahnu dalam menawarkan produk ini kepada masyarakat Muslim. Metodologi kualitatif digunakan dalam kajian ini merangkumi analisis kandungan berpandukan kepada maklumat primer yang diperolehi daripada temubual bersama pihak institusi al-rahnu dan maklumat sekunder daripada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan al-rahnu. Hasil kajian mendapati kesemua institusi al-rahnu yang dikaji mematuhi syariah dan penambahbaikan perlu dilaksanakan terutamanya dalam mengkaji semula kadar Ujrah yang dikenakan kepada pelanggan. Katakunci: Al-rahnu, Prinsip syariah, Fiqh Muamalah, al-Qardal-Hasan, al-Wadiah, al-Ujrah.
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 143 PENGENALAN Al-rahnu iaitu konsep dan pelaksanaan gadaian menurut Islam. Sistem gadaian merupakan satu perkara yang memang telah lama dipraktikkan dalam masyarakat kita dan berkembang subur sejak dulu hingga kini (Mohd. Nasir, 2008). Umum telah mengetahui bahawa kegiatan tersebut sangat popular tetapi terdedah dengan amalan riba yang dilarang oleh syariat Islam. Kebanyakan umat Islam terpaksa berurusan dengan sistem ekonomi konvensional yang bercirikan riba (Ab. Mu’min, 1999). Pelaksanaan skim al-rahnu merupakan satu alternatif kepada sistem pajak gadai konvensional yang kebanyakannya dipelopori oleh kaum Cina. Pajak gadai merupakan institusi yang popular bagi masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam. Menyedari hakikat ini beberapa institusi kewangan di Malaysia telah berusaha dengan gigih untuk melaksanakan sistem al-rahnu di Malaysia sebagai alternatif kepada sistem gadaian konvensional yang telah lama bertapak di negara kita. Al-rahnu seperti yang diamalkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia merupakan produk muamalat Islam yang hibrid (gabungan beberapa mekanisme kontrak) melibatkan beberapa mekanisme kontrak Islam iaitu qardhul hasan (pinjaman tanpa faedah), al-rahn (cagaran), al-wadiah (simpanan) dan al-ujrah (upah simpan). Kertas kerja ini akan membincangkan kontrak-kontrak syariah tersebut dengan lebih terperinci. METODOLOGI Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang menekankan pembinaan makna, pemahaman konsep atau simbol dan istilah atau penerangan terperinci tentang sesuatu kejadian, objek atau proses (Tuckman, 1999). Menurut Strauss & Corbin (1998), kajian kualitatif ialah sebarang kajian yang menghasilkan keputusan bukan dengan cara prosedur statistik atau cara kuantitatif yang lain. Ia boleh merujuk kepada kajian berkenaan dengan kehidupan seseorang, cerita, tingkahlaku dan juga tentang fungsi organisasi atau perhubungan interaksi. Sesuai dengan metode yang digunakan, kajian ini mengaplikasikan dua teknik pengumpulan data iaitu metode perpustakaan dan juga penyelidikan lapangan yang berdasarkan metode temubual. Metode perpustakaan digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul sebanyak mungkin data dan maklumat dalam bentuk tesis, buku, artikel, jurnal, majalah dan kajian ilmiah yang lain berkaitan dengan bidang kajian. Metode temubual digunakan oleh penyelidik untuk menemubual pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan al-rahnu dan pakar-pakar kewangan dan perbankan Islam. KONSEP AL-RAHNU DALAM MUAMALAT Abdul Rahman (2007) pula mendefinisikan al-rahnu sebagai bukti atau sesuatu yang dipegang sebagai gadai janji. Menurut al-Misri (1986) pula rahnu dari segi syarak pula bermaksud menyekat sesuatu harta dengan kebenaran dimana nilai harta tersebut menyamai jumlah keseluruhan hutang. al- Syarbini (1933) telah menta’rifkan cagaran ini
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 144 menjadikan sesuatu harta itu sebagai jaminan atau cagaran terhadap hutang di mana hutang tersebut boleh diambil daripadanya apabila ia tidak mampu dijelaskan. Dalil pensyariatan al-rahnu ialah firman Allah SWT yang bermaksud. “Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang dan memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang oleh orang yang memberi hutang...” (al-Baqarah, 2:283) Dalil dari hadis pula sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Dari Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah membeli makanan daripada seorang Yahudi secara bayaran bertangguh dan baginda mengadaikan baju besinya” (Riwayat al-Bukhari) KONTRAK-KONTRAK YANG DIAPLIKASI Islam amat mengambil berat tentang akad atau majlis kontrak kerana ia menjadi simbol atau tanda terdapatnya kerelaan antara pihak-pihak yang terlibat. Kerelaan itulah akhirnya yang menjadi faktor pengikat di antara kedua pihak yang terlibat. Kalimah sighah merupakan setiap apa yang menunjukkan ke atas keredaan di antara dua pihak yang berurusan.(al-Jaziri, 994) al-Rahnu adalah produk kewangan Islam yang hibrid yang melibatkan beberapa mekanisme kontrak Islam iaitu al-qard al-hasan (pinjaman kebajikan), al-wadi‘ah yad dhamanah (simpanan), al-ujrah (upah simpan) dan al-rahnu (gadaian). Al-Qard al-Hassan Dalam Islam, kontrak al-qard al-hasan sememangnya diperkenalkan sebagai saranan kebajikan bagi membantu golongan yang mengalami kesempitan wang. al-Qard menurut pandangan syarak adalah sesuatu yang dipinjamkan atau hutang yang diberikan. Menurut istilah para fuqaha, hutang ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan (Mustofa al-Khin & Mustofa al-Bugha, 2004). Dengan lain perkataan, al-qard merupakan suatu kontrak yang diasaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru‘) dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan. Kepentingannya dapat difahami berdasarkan galakan dan penghargaan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada pihak yang bermurah hati memberikan pinjaman kepada orang yang memerlukan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud. “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), Maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 145 banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”(al-Hadid, 57:11) Menurut istilah syarak ia bermaksud perjanjian antara dua pihak yang memberi pinjaman dengan pihak yang meminjam. Dalam hal ini, pihak yang memberi pinjaman bersetuju meminjamkan sejumlah wang yang tertentu kepada pihak peminjam bagi tempoh yang dinyatakan dan dengan syarat dibayar balik. Pihak yang meminjam diwajibkan membayar balik sejumlah wang pokok yang dipinjamnya sahaja mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam fiqh klasik, al-qard diklasifikasikan sebagai akad tatawwu‘ (akad sunat) atau akad saling membantu dan bukan untuk dikomersialkan atau mendapat keuntungan (Al-Syarbasyi, 1987) Al-Wadiah Al-Wadi‘ah merupakan akad perjanjian antara pihak yang memiliki barang untuk menyimpan barangnya dengan pihak lain seperti bank untuk disimpan dan dijaga keselamatannya. al-Wadi‘ah adalah sebagai amanah yang perlu ada pada orang yang menerima cagaran, dan ia berkewajipan mengembalikan cagaran itu ketika diminta pemiliknya (Sayyid Sabiq, 1987). Konsep asal al-wadi‘ah yad amanah iaitu pemilik barang meminta pemegang barangnya disimpan sebagai barang amanah. Oleh itu, penerima atau penyimpan barang hanya berperanan sebagai penerima amanah yang berkewajipan menjaga barangyang dicagarkan sahaja. Dalam keadaan ini, pihak yang menyimpan tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan dan kehilangan barang tersebut yang bukan disebabkan perbuatannya atau kecuaiannya, dan ia juga tidak boleh menggunakan atau memanfaatkannya (Al- Zuhaili, 2004). Segala pembiayaan barang yang disimpan adalah tanggungan pihak pemilik barang. Menurut Abdullah Alwi (2005), dari sudut bahasa al-wadi‘ah bermaksud meninggalkan sesuatu barang kepada bukan pemiliknya untuk dipelihara. Dari sudut istilah bermaksud memberi kuasa kepada orang lain untuk menjaga harta sendiri sama ada secara jelas atau secara tersirat. Barang atau harta yang ditinggalkan itu menjadi amanah kepada pihak yang diberi amanah untuk menjaga barang itu, ia bukan suatu jaminan. Sekiranya berlaku kerosakan kepada barang atau harta tersebut, ia tidak menjadi tanggungjawab kepada orang yang menjaganya kecuali kerosakan itu berlaku secara sengaja atau disebabkan kelalaian orang yang diamanahkan itu. Namun begitu dalam al-rahnu, mencagar barang yang berharga kepada pemberi pinjaman adalah merupakan syarat sah gadaian. Sedangkan dalam konsep al-wadi‘ah, pemilik barang meminta pihak lain menyimpan barang tersebut untuk dirinya. Orang yang menerima cagaran pula tidak berkewajipan menjamin kecuali jika ia tidak menunaikan kewajipannya dengan betul atau melakukan jenayah terhadap barang cagaran (Sayyid Sabiq, 1987).
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 146 Atas dasar al-wadi‘ah inilah, skim ini mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe custody fee) ke atas barang gadaian tadi. Skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada pinjaman sebaliknya hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas barang gadaian (Shamsiah Mohamad, 2008) Walaupun fuqaha Hanafi berpendapat pemegang gadaian bertanggungjawab menanggung perbelanjaan untuk penjagaan barang gadaian seperti kos tempat simpanan dan upah pengawal tetapi tidak sepatutnya kos tersebut ditanggung boleh pemegang gadaian. Ia akan memudaratkannya apatah lagi dalam realiti hari ini di mana pemegang gadaian adalah sebuah institusi dan bukannya individu. Ini kerana institusi ini memberi khidmat kepada ribuan orang dan ini menuntut pihak berkenaan agar menyediakan tempat dan kemudahan yang sewajarnya di samping mengambil pekerja bagi menguruskan kemudahan yang mereka sediakan kepada orang ramai. (Shamsiah Mohamad,2008) Al-Ujrah Upah atau imbalan bukan manfaat atau jasa yang sama dengan apa yang disewakan. Misalnya imbalan sewa rumah dengan sewa rumah, upah mengerjakan sawah dan kerja- kerja yang lain ( al-Kasani, 1997). Menurut Ibn Rusyd pula sesuatu yang berharga atau dapat dihargai dengan wang yang sesuai dengan kelaziman setempat( Ibn Rusyd, 1994) Simpanan barang cagaran tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk perkhidmatan kerana barang tersebut adalah jaminan kepada satu kontrak hutang. Bahkan dalam kontrak pajak gadai konvensional simpanan barang gadaian tidak dikenakan sebarang bayaran (Mahmood Zuhdi Ab. Majid,1997). Bayaran yang dikenakan tersebut adalah menyalahi hukum syariah walaupun sesetengah pihak mempertahankan bayaran perkhidmatan tersebut sebagai berpatutan kerana kadar bayarannya rendah. Namun persoalan di sini bukan kecil atau banyak jumlah yang dikenakan tetapi wujudnya bayaran upah dalam suatu akad yang bersifat pertolongan atau kebajikan. Pandangan jumhur ulama berpandangan bahawa perbelanjaan menjaga barang gadaian adalah tertanggung di bahu penggadai. Ia meliputi perbelanjaan berupa sesuatu yang “meneruskan kewujudannya” sesuatu yang digadaikannya atau sesuatu perkara lain yang menjaganya. Ia berasaskan bahawa segala perbelanjaan tersebut adalah untuk faedah penggadai itu sendiri iaitu menjaga kesempurnaan barang penggadai (al-San’ani, 1960 ). Hal ini kerana dalam sebuah Hadith menyebut bahawa penerima gadaian disaran meminum susu dengan kadar yang munasabah sebagai ganti kepada perbelanjaan yang dikeluarkan (Ibn Qudhamah, 1994). Maksudnya:“Daripada Abi Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Binatang ternakan yang digadai boleh ditunggangi dan diperah susunya (sekadar) nafkah yang telah dibelanjakan
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 147 untuknya. Dan orang yang menunggang dan memerah susunya mesti memberi nafkah ke atas binatang tersebut.”(Riwayat al-Bukhari) PERBINCANGAN Islam menitikberatkan aspek-aspek kebajikan dan menjauhi penindasan dengan menggalakkan pemberian pinjaman tanpa riba melalui konsep al-qard al-hasan. Penangguhan pembayaran diberikan sekiranya peminjam berada dalam kesempitan. Hal inilah yang dikatakan bahawa sistem al-rahnu merupakan satu sistem kebajikan. Konsep al-qard al-hasan dalam Islam bukan untuk keuntungan dan tidak perlu adanya upah simpan tetapi peminjam digalakkan membayar lebih daripada jumlah pinjaman sebenar sebagai hadiah untuk menghargai pertolongan yang diberikan. Syarak mensyariatkan al-qard bagi menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan dan hajat orang lain. Biasanya manusia tidak akan berhutang kecuali apabila perlu. Jika tidak disyariatkan al-qard al-hasan sudah tentu ia akan diambil alih oleh sistem riba dan penindasan. Al-Rahnu di semua organisasi telah mengubah konsep al-wadi‘ah yad amanah kepada al-wadi‘ah yad dhamanah iaitu daripada konsep asal amanah kepada dhamanah atau jaminan. Dengan kata lain apabila seseorang menyimpan barangnya, si penyimpan memberi jaminan barangan itu akan selamat. Apabila berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan barang, penyimpan memberi jaminan untuk membayar balik ganti ruginya. Oleh itu, ia telah bertukar dari konsep amanah semata-mata kepada konsep amanah dengan jaminan. (Mahmood Zuhdi Ab. Majid, 1997 ) Dalam konsep al-wadi‘ah, ulama berpendapat bahawa penyimpan tidak mempunyai sebarang liabiliti kerana ia cuma bertindak sebagai menjalankan amanah (Sayyid Sabiq, 1987) . Sekiranya ia menjaga barang cagaran dengan cermat, dan masih juga berlaku kerosakan diluar kawalannya, dia tidak mempunyai liabiliti. Bagaimana pun keadaan ini telah diubah suai kerana mengikut ‘uruf sekarang pihak penyimpan akan memberi jaminan terhadap barang gadaian yang disimpan maka muncullah konsep al-wadi‘ah yad dhamanah (simpanan dan jaminan). Jika dikatakan bayaran yang dibuat oleh pemegang gadai merupakan upah simpan barang iaitu berasaskan konsep al-wadi‘ah, maka ia sudah terkeluar dari hakikat al- rahnu itu sendiri. Ini kerana dalam Islam, berasaskan kepada akad al-rahnu penggadai hanya perlu menjelaskan jumlah hutangnya sahaja untuk mendapatkan kembali barang cagaran yang disimpan oleh pemegang gadai tersebut. Berkaitan upah simpan pula, terdapat pandangan-pandangan yang berbeza terhadap kadar upah yang dikenakan. Sesetengah pihak mungkin mempersoalkan mengapa pihak bank memberikan pinjaman al-qard al-hasan tetapi mengenakan upah seolah-olah tersembunyi keuntungan dalam transaksi tersebut.
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 148 Pandangan jumhur ulama berpandangan bahawa perbelanjaan menjaga barang gadaian adalah tertanggung di bahu penggadai. Ia meliputi perbelanjaan berupa sesuatu yang “meneruskan kewujudannya” sesuatu yang digadaikannya atau sesuatu perkara lain yang menjaganya. Ia berasaskan bahawa segala perbelanjaan tersebut adalah untuk faedah penggadai itu sendiri iaitu menjaga kesempurnaan barang penggadai (Al-San’ani, 1960). Mazhab Hanafi berpandangan bahawa perbelanjaan untuk “meneruskan kewujudan” barang gadaian adalah tanggungan penggadai. Manakala perbelanjaan untuk menjaganya adalah tanggungjawab pemegang gadaian. Ia berdasarkan pandangan bahawa pemegang gadaian memegang barang tersebut untuk faedah dirinya iaitu sandaran ke atas pinjaman atau hutang yang diberikan. Oleh itu penerima gadaian tidak berhak untuk meminta perbelanjaan tersebut daripada penggadai. KESIMPULAN Keharusan kontrak al-rahnu dalam mua‘malah Islam sangat jelas untuk menjaga kepentingan semua pihak. Peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan begitu terperinci dan dapat mengelakkan riba, gharar dan penipuan dalam kontrak tersebut. Oleh itu hak- hak mereka yang terlibat dengan kontrak ini sentiasa terpelihara dan transaksi berlaku berdasarkan keadilan dan kesejahteraan. Peraturan, hukum dan perjalanan kegiatan mua‘malah adalah berlandaskan syariah manakala rujukan asas hukum syariah adalah al-Quran dan al-Hadith. Pelaksanaan al- rahnu juga merupakan alternatif kepada masyarakat Islam dan bukan Islam untuk terus berurusan dengan pajak gadai konvensional yang jelas menindas golongan yang tidak berkemampuan. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat tentang kebaikan al-rahnu sebagai satu instrumen yang adil, telus dan bermanfaat untuk pembangunan ekonomi Islam. RUJUKAN Abdullah Alwi Hj. Hasssan. (2005). Teori dan Aplikasi Kontemporari Sistem ekonomi Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem Kewangan Islam: Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: JAKIM. Abd al-Sami’ al-Misri. (1986). Al-Tijarah fi al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah Abdul Ghafar, I dan Nur Zakiah, A. (1997). Pawnshop as an instrument of microenterprise credit in Malaysia. International of Journal of Social Economics, Vol. 24, No.11 Abd Malek Awang Kechil. (2005). Konvensyen al-Rahnu Serantau 2004. Kuala Lumpur: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Abdul Rahman Haji Abdullah. (2007). Sejarah dan Tamadun Islam. Alor Setar: Pustaka Darussalam
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 149 Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad Ismail bin Ibrahim. (1994). Sahih al- Bukhari,Kitab al-Buyu’, j.2. Beirut, Maktabah al-As’ariyyah Al-Jaziri, ‘Abd al-Rahman. (1994). Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah. Juz. 2. Al-Qahirah: Dar al-Hadith. Al-Kasani, ‘Ala’al-Din Abu Bakr bin Mas‘ud. (1997). Bada’i‘ al-Sana’i‘ fi Tartib al- Syara’i‘, j. 6, Beirut Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Al-San‘ani, Muhammad bin Isma‘il al-Amir al-Yamni al-San‘ani, (1960). Subul al- Salam. J.3 C. 4. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabi Al-Syarbasyi, Ahmad. (1987). Al-Mu‘jam al-Iqtisad al-Islami. Beirut:Dar ‘Alami al- Kutub. Al-Syarbini al-Khatib, Syams al-Din Muhammad bin Ahmad. (1933). Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj, j.2. al-Qahirah: Matba’ah Mustafa al- Halabi wa auladuh Al-Zuhayli, Wahbah. (2004). al-Fiqh al-Islami wa al-Adillatuhu. C.4. Beirut: Dar al- Fikr al-Mu’asir Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2008). Al-rahnu Sistem Gadaian Islam Terengganu. Terengganu: Yayasan Islam Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad. (1994). al- Mughni, Beirut: Dar al-Fikr. Ibn Rusyd, Abu al-Walid Muhammad b. Ahmad. (1994), Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, 2 juz. Kaherah: Syarikah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid. (1997). Dinamisme Pengajian Syariah. Kuala Lumpur: Berita Publishing. Mohd. Nasir Mohd. Yatim. (2008).The Principles and Practice of Islamic Banking & Finance. Selangor: Prentice Hall Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugha & ‘Ali Asy-Syarbaji. (2004). Fiqh Mazhab Syafie. (terj.) Solehan bin Ayub. Shah Alam: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Nor Mohamed Yakcop. (1996) . Sistem Kewangan Islam Di Malaysia: Teori Amalan Dan Prospek. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. Nur Azura Sanusi. (2004). Pajakgadai konvensional dan Al-rahn:Terjaminkah hak Pengguna?. Proceeding of Seminar Kebangsaan Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia.Selangor:Universiti Kebangsaan Malaysia Payal Bhatt and Jothee Sinnakkannu. (2008). Al-rahnu (Islamic Pawning Broking) Opportunities and Challenges in Malaysia. The 6th International Islamic Finance Conference.Kuala Lumpur:Universiti Monash. Rugayah Mohamed. (1986). The rate of Pawnbrokers as non-institutional creditors in Malaysia. Kajian Ekonomi Malaysia. Vol. 22. No. 2. Sayyid Sabiq. (1987). Fiqh al-Sunnah. juz 3. Kaherah: al-Fath al-‘Ilmi al-‘Arabi. Shamsiah Mohamad dan Safinar Salleh. (2008). Upah Simpan Barang Dalam Skim al- Rahnu: Satu Penilaian Semula. Jurnal Fiqh No.5. Universiti Malaya. Strauss, A and Corbin, J. (1998). Basic of Qualitative Research Grounded Theory Procedure and Techniques, California: SAGE Publications Inc. Sudin Haron. (1996). Prinsip dan operasi Perbankan Islam. Kuala Lumpur:Berita
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 150 Publishing Sdn. Bhd. Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa. (2005). Pengantar Perniagaan Islam.Kuala Lumpur: Prentice Hall Tuckman, B.W. (1999). Conducting Educational Research. USA: Harcout Zaharuddin Abd. Rahman. (2008). Wang, Anda dan Islam:Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan. Kuala Lumpur:Truewealth Sdn. Bhd.