SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
Télécharger pour lire hors ligne
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
131
PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PRODUK PERBANKAN ISLAM
Syarifah Md Yusof
Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS)
UUM College of Business
Universiti Utara Malaysia
syarifah@uum.edu.my
Abstrak
Persepsi masyarakat terhadap produk perbankan Islam khususnya berkaitan riba, kos
yang mahal dan kemiripan produk perbankan Islam dengan produk perbankan
konvensional masih lagi berbangkit sehingga kini. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji
persepsi terhadap beberapa isu terpilih berkaitan produk perbankan Islam. Data utama
dikutip secara rawak mudah daripada staf akademik di lima buah IPTA di utara
Semenanjung Malaysia. Sebanyak 257 borang soal selidik yang diisi sendiri oleh
responden telah dianalisa. Dapatan kajian menunjukkan golongan staf akademik
mempunyai persepsi yang positif terhadap produk perbankan Islam. Namun masih
terdapat di antara mereka yang masih kurang jelas dengan produk perbankan Islam.
Mereka tidak dapat membezakan antara produk perbankan Islam berbanding produk
perbankan konvensional walaupun hampir kesemua responden mengetahui tentang
larangan riba dalam Islam. Oleh itu, pihak institusi perbankan Islam seharusnya
meningkatkan penyebaran maklumat yang tepat bagi mengurangkan persepsi kurang
baik dalam kalangan pengguna. Persepsi yang negatif terhadap perbankan Islam boleh
menyebabkan pengguna menjauhkan diri daripada produk perbankan Islam.
Kata kunci: produk perbankan Islam, persepsi pengguna
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
132
PENGENALAN
Sistem perbankan Islam di Malaysia dilihat berkembang dengan begitu pesat sejak
pengenalannya lebih tiga dekad yang lalu. Menurut Zukri Samat (2013), purata
pertumbuhan aset perbankan Islam adalah pada kadar 19.5% setahun. Bank Negara
Malaysia (2013) melaporkan bahawa jumlah pembiayaan sistem perbankan Islam pada
Ogos 2013 meningkat kepada RM348.4 bilion daripada RM186.8 bilion pada akhir
tahun 2009. Jumlah ini mewakili 26.9% daripada keseluruhan pembiayaan sistem
perbankan. Walaupun begitu, masih terdapat pengguna yang meragui kepatuhan
syariahnya. Menurut Mohd Suhaimi Yusoff (2010), sebilangan pengguna menganggap
produk perbankan Islam hanya melakukan perubahan kosmetik atau penjenamaan
semula terhadap produk perbankan konvensional sedia ada. Penggunaan akad jual beli
dalam produk perbankan Islam turut dikritik sebagai tidak menepati ruh Islam kerana ia
membolehkan bank mengambil untung menerusi harga tertangguh yang mirip kepada
riba. Terdapat juga laporan akhbar yang mengkritik produk perbankan Islam sebagai
membebankan pengguna dengan mengenakan pembayaran balik yang tinggi kepada
pengguna (Petah Wazzan, 2009, 14 Oktober). Berdasarkan isu tersebut kertas kerja ini
cuba mengkaji persepsi pengguna terhadap beberapa isu yang timbul.
KAJIAN LEPAS
Mohd Kamal Omar (2001) mendapati pengguna di Pulau Pinang mempunyai persepsi
yang positif terhadap perkembangan perbankan Islam di Malaysia. Namun, responden
melahirkan pandangan negatif terhadap daya saing produk perbankan Islam. Pengguna
juga melaporkan bahawa produk perbankan Islam berbentuk pinjaman dan kontrak
adalah membebankan dan menyusahkan mereka.
Kajian Norafifah dan Sudin (2002) juga menunjukkan terdapat salah faham dalam
kalangan pengguna terhadap operasi perbankan Islam, seperti yang didedahkan oleh
Mohd Kamal Omar (2001). Hal ini terbukti apabila sebanyak 65% responden
berpendapat perbankan Islam beroperasi atas dasar untuk memaksimakan keuntungan.
Objektif ini bertentangan dengan objektif sebenar perbankan Islam yang
menggabungkan moral dan keuntungan sebagai objektif operasi perbankan Islam.
Bunchuan (2006) yang mengkaji persepsi pengguna di Brunei mendapati majoriti
pengguna menganggap perbankan Islam sebagai sama seperti perbankan konvensional
yang menawarkan pinjaman dengan faedah. Majoriti (81.6%) responden mendakwa
produk perbankan Islam lebih mahal berbanding produk perbankan konvensional.
Kajian Marimuthu et al. (2010) di Lembah Klang pula mendapati majoriti (57.6%)
responden di kawasan berkenaan kurang pengetahuan tentang perbankan Islam. Secara
khusus, apabila ditanya berkaitan konsep perbankan Islam, majoriti (57.6%) tidak tahu
langsung tentang konsep perbankan Islam. Sementara 40.4% responden tidak tahu apa-
apa tentang produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam. Dapatan ini menunjukkan
tahap pengetahuan responden amat rendah meskipun telah hampir tiga dekad operasi
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
133
perbankan Islam di Malaysia. Pengetahuan yang rendah ini boleh menimbulkan salah
faham terhadap perbankan Islam.
Namun demikian, Abdul Aziz et al. (2012) mendedahkan bahawa golongan
berpendidikan tinggi yang bukan beragama Islam mempunyai kefahaman yang baik
terhadap produk perbankan Islam. Oleh itu timbul persoalan tentang persepsi staf
akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang merupakan golongan
berpendidikan tinggi. Justeru kajian ini difokuskan kepada staf akademik di IPTA bagi
mengenal pasti persepsi mereka terhadap produk perbankan Islam.
METODOLOGI
Kajian ini melibatkan staf akademik di lima buah IPTA di utara Semenanjung Malaysia.
Populasi kajian ialah seramai 3022 orang staf akademik tempatan sedang berkhidmat di
kelima-lima buah IPTA berkenaan. Maklumat staf diambil daripada direktori staf di
laman web IPTA yang berkenaan. Pemilihan sampel di setiap IPTA adalah
menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Sebanyak 1023 sampel dipilih untuk
diedarkan borang soal selidik secara pos dalaman universiti. Jumlah ini adalah tiga kali
ganda daripada jumlah yang diperlukan berdasarkan panduan jumlah sampel yang
digariskan oleh Sekaran (2003). Sebanyak 257 borang soal selidik yang diterima telah
dianalisa.
Data kajian dikutip menerusi satu set borang soal selidik yang terdiri daripada dua
bahagian. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan persepsi terhadap produk
kewangan dan perbankan Islam. Sementara Bahagian B mengandungi soalan berkaitan
demografi responden. Terdapat enam pernyataan dikemukakan kepada responden bagi
mendapat pandangan mereka berkaitan produk kewangan Islam. Memandangkan
pernyataan 2 hingga pernyataan 6 berbentuk pandangan negatif terhadap produk
kewangan Islam, maka skala dikodkan semula secara terbalik bagi membolehkan semua
jawapan dianalisa dalam bentuk positif. Skala 1 ditukar kepada 5, skala 2 ditukar kepada
4, skala 4 ditukar kepada 2, manakala skala 5 ditukar kepada 1. Ini supaya skor min yang
mempunyai nilai yang lebih tinggi ditafsirkan sebagai persepsi yang baik/positif
terhadap produk kewangan Islam, manakala skor min yang mempunyai nilai yang lebih
rendah ditafsirkan sebagai persepsi yang kurang baik/negatif terhadap produk kewangan
Islam. Secara khusus, skor min di bawah 2 dikategorikan sebagai sangat negatif, min
dari 2 hingga 3 sebagai negatif, min 3 hingga 4 sebagai positif, sementara min yang
melebihi 4 sebagai sangat positif (Che Amani, 2002).
Analisis data dalam kajian ini hanya melibatkan analisis diskriptif iaitu peratusan dan
min bagi mengenal pasti persepsi responden terhadap produk kewangan Islam.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Demografi
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
134
Analisis statistik deskriptif digunakan untuk meninjau ciri-ciri demografi responden.
Analisis ini meliputi jantina, umur, taraf perkahwinan, keturunan, agama, perjawatan
dan tahap pendidikan tertinggi. Jadual 1 memaparkan demografi responden.
Responden dipelopori oleh lelaki (52.5%) dengan majoriti besar adalah Melayu (93.4%)
dan beragama Islam (94.9%). Responden Melayu menjadi majoriti bertepatan dengan
populasi staf akademik di IPTA yang dipelopori oleh bangsa Melayu. Ini selaras dengan
bilangan responden Melayu yang menjadi majoriti responden kajian ini. Responden
paling ramai berumur antara 31-40 tahun (41.6%). Majoriti responden (80.5%) sudah
berkahwin, dan memiliki ijazah doktor falsafah (49.4%) (Jadual 1).
Jadual 1: Taburan Demografi Responden (N=257)
Ciri-ciri demografi Kategori Kekerapan Peratus
1. Jantina Lelaki 135 52.5
Wanita 121 47.1
Tiada Maklumat 1 0.4
2. Umur < 31 tahun 40 15.6
31 – 40 tahun 107 41.6
41 – 50 tahun 58 22.6
>51 tahun 52 20.2
3. Taraf perkahwinan Bujang 44 17.1
Berkahwin 207 81.2
Janda/duda 4 1.6
Tiada Maklumat 2 0.8
4. Keturunan Melayu 240 93.4
Bukan Melayu 16 6.2
Tiada Maklumat 1 0.4
5. Agama Islam 244 94.9
Bukan Islam 13 5.1
6. Tahap Pendidikan
Tertinggi
Sarjana Muda 14 5.4
Sarjana 115 44.7
Doktor Falsafah 127 49.4
Tiada Maklumat 1 0.4
7. Jawatan Pensyarah 96 37.4
Pensyarah kanan 88 34.2
Profesor Madya 37 14.4
Profesor 10 3.9
Lain-lain 16 6.2
Tiada Maklumat 10 0.4
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
135
Persepsi terhadap produk kewangan Islam
Jadual 2 menunjukkan majoriti responden (93.5%) mengetahui tentang larangan riba
dalam Islam dengan nilai min yang tinggi (4.76). Hal ini tidak menghairankan kerana
dapatan Thambiah et al. (2011) mendapati istilah riba paling popular dalam kalangan
pengguna berbanding dengan dengan istilah lain dalam kewangan Islam. Mahdhir et al.
(2009) turut mendapati responden mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap larangan
riba. Ini mungkin kerana isu riba adalah perkara paling utama dalam kewangan Islam,
malah kewangan Islam itu sendiri diketengahkan sebagai sistem kewangan yang bebas
dari riba.
Jadual 2: Taburan Frekuensi Berserta Nilai Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi
Terhadap Produk Perbankan Islam
Tidak
setuju
(%)
Tidak
pasti
(%)
Setuju
(%)
Tiada
maklumat
(%)
Min SP
Umat Islam dilarang melakukan
transaksi yang mengandungi
unsur riba
0.4 4.3 95.3 0.0 4.7
6
0.5
4
Produk perbankan Islam
mengandungi unsur riba*
34.2 49.8 15.9 0.0 3.3
2
1.0
9
Produk perbankan Islam
membebankan pengguna*
38.5 44.0 17.1 0.4 3.3
0
1.0
4
Produk pembiayaan Islam
mengambil keuntungan yang
tidak munasabah dari
pengguna*
32.3 47.9 19.9 3.1
8
1.0
9
Akaun deposit Islam membayar
kadar faedah atas simpanan*
22.6 53.3 23.7 0.4 3.0
5
0.9
9
Produk perbankan Islam sama
dengan produk perbankan
konvensional kecuali pada
penggunaan nama yang berbeza
*
30.8 43.6 24.9 0.8 3.1
4
1.1
2
*Item dalam bentuk pernyataan negatif terhadap produk kewangan Islam yang telah
diterbalikkan nilainya.
Namun, dengan hanya nilai min 3.32, responden didapati tidak pasti sama ada produk
perbankan Islam bebas daripada unsur riba. Bahkan terdapat segelintir kecil
berpandangan wujudnya riba dalam produk kewangan Islam. Realiti ini tidak
menghairankan kerana Fadillah Mansor dan Ab. Mumin (2005) mendapati hampir
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
136
separuh daripada responden mereka tidak mengetahui bahawa sistem perbankan Islam
bebas daripada unsur riba. Namun, dapatan ini tidak bertentangan dengan Dzuljastri
Abdul Razak et al. (2008) yang mendapati hampir separuh daripada responden
berpandangan wujudnya riba dalam produk pembiayaan secara BBA. Ini kerana
Dzuljastri Abdul Razak et al. (2008) memfokuskan kajiannya kepada produk
pembiayaan secara BBA, sebaliknya penyelidik meninjau isu riba secara umum dalam
produk kewangan dan perbankan Islam.
Dapatan kajian juga menunjukkan secara keseluruhan, responden mempunyai persepsi
yang positif (min=3.30) berhubung dengan isu produk perbankan Islam membebankan.
Hanya 17.1% berpandangan produk perbankan Islam membebankan pengguna. Dapatan
ini sedikit berbeza dengan dapatan Mohd Kamal (2001) yang mendapati peratusan
responden yang lebih tinggi (37.6%) berpandangan syarat yang dikenakan oleh produk
perbankan Islam membebankan pelanggan. Hanya 12.8% responden berpandangan
sebaliknya (Mohd Kamal, 2001). Pada pandangan penyelidik, peratusan yang rendah
dalam kalangan responden kajian penyelidik yang berpendapat produk perbankan Islam
membebankan berbanding dengan kajian Mohd Kamal (2001) adalah kerana pada masa
kini, pihak institusi perbankan yang menawarkan produk perbankan Islam telah
melakukan penambahbaikan pada produk mereka. Antaranya dengan memperkenalkan
produk pembiayaan Islam dengan kadar terapung bagi membolehkan pengguna
menikmati kadar bayaran balik pembiayaan yang rendah dalam situsi kadar kadar faedah
di pasaran jatuh. Selain itu, beberapa buah bank telah mula menawarkan pembiayaan
berasaskan kontrak ekuiti iaitu musyarakah mutanaqisah yang dilihat lebih adil
berbanding dengan kontrak hutang seperti bay‘ bithaman ajil.
Namun begitu, terdapat persamaan antara kajian Mohd Kamal (2001) dan kajian
penyelidik di mana majoriti responden dalam kajian penyelidik dan kajian Mohd Kamal
(2001) mengambil pendirian berkecuali dalam persoalan yang sama dengan masing-
masing 44.0% dan 49.6%. Ini mungkin kerana responden tidak mendapat penjelasan
yang cukup tentang amalan dan pelaksanaan produk perbankan Islam. Justeru, mereka
menyatakan tidak pasti terhadap persoalan yang diutarakan. Sebaliknya, Yusuf, Azizah
dan Zalina (2005) membuat kesimpulan bahawa produk perbankan Islam membebankan
pengguna memandangkan pada pandangan mereka keuntungan yang diambil oleh
perbankan Islam lebih tinggi berbanding apa yang dikenakan oleh sistem riba.
Berdasarkan Jadual 2, responden mempunyai persepsi yang positif (min=3.18) bahawa
secara umumnya produk pembiayaan Islam mengambil untung yang munasabah
daripada pengguna. lebih ramai responden berpandangan bahawa keuntungan yang
diambil oleh perbankan Islam adalah munasabah berbanding mereka yang berpendapat
sebaliknya. Namun begitu, hampir separuh daripada keseluruhan responden (47.9%)
menyatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada keuntungan yang ditetapkan oleh
perbankan Islam adalah munasabah atau sebaliknya.
Dapatan ini menunjukkan isu pengambilan keuntungan yang tidak munasabah dalam
produk pembiayaan Islam masih lagi timbul walaupun secara purata, nilai min (3.18)
menunjukkan responden berpandangan positif terhadap produk kewangan Islam
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
137
berhubung dengan isu ini. Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (2012), mereka
telah menerima kira-kira 4000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pengguna terhadap
perbankan Islam. Malahan persepsi semakin meluas dalam masyarakat mendakwa
perbankan Islam mengaut keuntungan yang berlebihan dan tidak munasabah. Namun,
isu ini bukan sekadar isu tempatan yang timbul dalam konteks Malaysia, malah ia juga
berbangkit di Bangladesh seperti yang dilaporkan oleh Mohmood Ahmad (2007).
Menurut Mohmood Ahmad (2007), terdapat hampir separuh (45%) daripada responden
berpendirian bahawa masih wujud eksploitasi dalam perbankan Islam. Mengambil
keuntungan yang tidak munasabah merupakan satu bentuk eksploitasi kepada pelanggan.
Merujuk kepada Jadual 2, responden mempunyai persepsi yang positif (min=3.05)
bahawa secara umumnya akaun deposit Islam tidak membayar faedah kepada
pendepositnya. Walau bagaimanapun, lebih separuh (53.3%) daripada responden
memberikan jawapan tidak pasti dengan persoalan ini. Dapatan ini menunjukkan bahawa
ramai pelanggan hampir tidak dapat membezakan antara pembayaran faedah atas deposit
konvensional dengan pemberian hibah atau keuntungan atas deposit dalam akaun
deposit yang berlandaskan Islam. Agak ramai daripada responden masih keliru dengan
bayaran keuntungan atau hibah yang diberi oleh bank ke atas deposit mereka dalam
akaun deposit Islam.
Hal ini disokong oleh dapatan Abdul Halim dan Norizaton (2001) yang mendapati hanya
kira-kira satu per empat daripada responden menyatakan bahawa mereka mengetahui
apa yang dimaksudkan dengan wadi‘ah dan mudarabah. Dapatan Marimuthu et al.
(2010) turut mendedahkan bahawa lebih daripada separuh responden tidak mengetahui
langsung tentang konsep perbankan Islam. Mokhtar dan Izah (2010) juga mendapati
rata-rata pengguna bukan Muslim mempunyai pengetahuan yang rendah tentang maksud
beberapa konsep dalam kewangan Islam termasuklah konsep wadi‘ah dan mudarabah.
Walaupun Thambiah et al. (2011) mendapati lebih separuh daripada responden (64.7%)
menyedari penggunaan istilah wadi‘ah di samping kira-kira 36.4% responden menyedari
penggunaan konsep mudarabah dalam perbankan Islam, namun ini tidak bermakna
responden memahami aplikasi konsep ini dalam akaun deposit Islam. Kajian penyelidik
mendedahkan majoriti responden tidak pasti tentang status pulangan daripada simpanan
dalam akaun deposit Islam (yang kebanyakannya menggunakan konsep wadi‘ah, di
samping mudarabah) sama ada ia adalah satu bentuk faedah (interest) atau bukan
termasuk dalam istilah faedah (interest) yang dilarang oleh Islam.
Seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 2, responden mempunyai persepsi yang
positif (min=3.14) bahawa secara umumnya produk perbankan Islam berbeza dengan
produk konvensional bukan hanya pada nama semata-mata, sebaliknya perbezaan juga
wujud dalam aspek-aspek lain. Antaranya, akad yang mendasari pelaksanaan sesuatu
produk. Dengan kata lain secara umumnya, responden berpandangan bahawa produk
perbankan Islam berbeza dengan produk perbankan konvensional bukan setakat pada
nama sahaja, malah ia turut berbeza dari sudut teknikalnya yang didasari kepada
pelbagai akad muamalah.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
138
Jadual 2 turut mendedahkan bahawa 30.8% responden tidak bersetuju dengan
pernyataan berkenaan, manakala 24.9% responden memilih untuk bersetuju dengan
pernyataan yang dikemukakan. Ini bermakna jumlah responden yang berpendapat
bahawa produk perbankan Islam tidak hanya melakukan perubahan pada nama produk
mereka adalah lebih tinggi berbanding dengan jumlah mereka yang berpandangan
sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat 43.6% daripada responden memberikan
jawapan tidak pasti dengan persoalan ini.
Dapatan ini menunjukkan kurang daripada satu per tiga responden yang berpandangan
terdapat perbezaan antara produk perbankan Islam dengan produk perbankan
konvensional (bukan sekadar berbeza nama). Dalam isu ini, dapatan penyelidik hampir
sama dengan dapatan Fadillah dan Ab. Mumin (2005) yang turut mendapati hanya
sekitar 36% responden berpandangan bahawa wujud perbezaan antara produk perbankan
Islam dan produk perbankan konvensional. Marimuthu (2010) pula mendapati hanya
sekitar 40.2% responden mengetahui perbezaan antara produk perbankan Islam
berbanding konvensional.
Dalam isu yang hampir sama, Nurdianawati dan Ashraf Wajdi (2006) pula mendapati
hanya sekitar 24% berpandangan wujud perbezaan antara pembiayaan kenderaaan sewa
beli Islam dengan sewa beli konvensional. Begitu juga halnya dengan kajian terhadap
produk pembiayaan berdasarkan BBA di mana Dzuljastri Abd Razak et al. (2008) turut
mendapati hanya sebilangan kecil (19.7%) berpandangan wujudnya perbezaan antara
produk pembiayaan BBA dengan pinjaman konvensional. Sementara itu, Yusuf, Azizah
dan Zalina (2005) menegaskan bahawa sememangnya produk yang ditawarkan oleh
perbankan Islam adalah sama seperti apa yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.
Sementara itu, Mahmood Ahmad (2007) mendedahkan bahawa ramai pengguna di
Bangladesh turut berpandangan bahawa perbankan Islam hanya menukar nama,
sebaliknya unsur riba masih terus kekal dalam produk yang ditawarkan. Hal ini menurut
majoriti (73%) responden adalah berpunca daripada keuntungan yang tinggi yang
dikenakan oleh perbankan Islam sehingga menimbulkan beban kewangan kepada
pengguna (Mahmood Ahmad, 2007). Namun begitu, peratusan yang berpandangan
wujud perbezaan antara produk perbankan Islam dengan konvensional dicatatkan adalah
lebih tinggi (43.3%) dalam kajian Zairani et al. (2008). Hal demikian mungkin kerana
kajian tersebut melibatkan pandangan daripada staf bank yang terlibat secara langsung
dengan sistem perbankan Islam.
Meskipun demikian, masih ramai responden menyatakan tidak pasti dengan isu yang
diutarakan berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang jelas
berkaitan dengan produk perbankan Islam. Sebagai mana yang didedahkan oleh Abdul
Halim dan Norizaton Azmin (2001), terdapat sebanyak 60% responden kajian
melaporkan bahawa mereka tidak mengetahui perbezaan antara produk perbankan Islam
dengan produk perbankan konvensional. Ini kerana perbezaan antara produk perbankan
Islam berbanding konvensional lebih kepada aspek kontrak yang diaplikasikan, tetapi
secara zahir produk berkenaan nampak sama dengan produk perbankan konvensional
(Abdul Halim dan Norizaton Azmin, 2001).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
139
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, semua pernyataan mencatatkan nilai min 3.0 ke atas menunjukkan
secara purata responden mempunyai persepsi yang positif terhadap produk kewangan
Islam. Namun demikian, merujuk kepada taburan frekuensi respon yang diberikan oleh
responden menunjukkan bahawa terdapat kira-kira separuh daripada responden tidak
mempunyai persepsi yang jelas terhadap produk perbankan Islam. Mereka agak kabur
dengan produk kewangan dan perbankan Islam yang ditawarkan. Hal ini dapat dilihat
daripada jawapan yang diberikan oleh responden. Bagi setiap persoalan yang diajukan,
terdapat kira-kira separuh daripada responden memberi jawapan tidak pasti dengan
pernyataan yang diajukan kepada mereka.
Dapatan ini tidak mengejutkan memandangkan dapatan kajian Abdul Halim dan
Norizaton Azmin (2001) turut mendedahkan bahawa secara purata kurang daripada 15%
responden sahaja mengetahui maksud produk-produk kewangan Islam seperti wadi‘ah,
ijarah dan mudarabah. Sementara itu, sekitar 60% responden tidak dapat membezakan
antara produk kewangan Islam dengan produk kewangan konvensional. Malahan pihak
industri yang terlibat secara langsung dalam dunia kewangan Islam sendiri mengakui
bahawa masyarakat pengguna di negara ini kurang pengetahuan dalam perbankan Islam
(Loh, 2012).
Oleh hal yang demikian, institusi perbankan sewajarnya meningkatkan penyebaran lebih
banyak maklumat kepada pengguna agar mereka memahami dengan jelas dan tepat
tentang produk perbankan Islam. Penyebaran maklumat yang tepat dan benar dapat
mengurangkan persepsi kurang baik dalam kalangan pengguna. Persepsi yang negatif
terhadap perbankan Islam boleh menyebabkan pengguna menjauhkan diri daripada
produk perbankan Islam.
RUJUKAN
Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek, & Ahmad Azrin Adnan. (2012). Perception of non-
Muslim customers towards Islamic banking in Malaysia. International Journal of
Business and Management, 3(11), 151-164.
Abdul Halim Abdul Hamid & Norizaton Azmin Mohd Nordin. (2001). A study on
Islamic banking education and strategy for the new millennium-Malaysian
experience. International Journal of Islamic Financial Services, 2(4), 1-10.
Bunchuan, D. (2006). Islamic Banking and Finance: Is it Complementing or Competing
the Conventional Banks. Tesis MBA tidak diterbitkan, University of Nottingham.
Che Amani @ Mohd Kamal Mohd Ali. (2002). Rantaian dan Persepsi dalam Industri
kecil dan Sederhana: Kajian Kes Sektor Pembuatan di Terengganu. Tesis Phd
tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia.
Dzuljastri Abdul Razak, Mustafa Omar Mohammed, & Fauziah Md Taib. (2008).
Consumers’ Acceptance on Islamic Home Financing: Empirical Evidence on Bai
Bithaman Ajil (BBA) in Malaysia. Kertas kerja dibentang di IIUM International
Accounting Conference IV (INTAV), Hotel Marriot Putrajaya, 24-26 Jun 2008.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
140
Fadillah Mansor, & Ab. Mumin Ab. Ghani. (2005). Sambutan masyarakat bukan Islam
terhadap produk perbankan Islam di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Kertas
kerja dibentang di Seminar Ekonomi dan Kewangan (SEKI) 2005, Jabatan
Ekonomi Awam dan Kewangan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia,
Sintok, ESSET Bangi, 29-30 Ogos 2005.
Loh, Clint. (2012, 6 April). Two key challenges for Islamic banking sector. The Edge
Financial Daily.
Mahdhir Abdullah, Hisham Sabri, Asmaddy Haris, & Norasikin Salikin. (2009). A Study
on Muslim Customers’ Awareness of Musyarakah Mutanaqisah (Diminishing
Partnership) Islamic Home Financing Scheme in Malaysia. Kertas kerja
dibentangkan di Third Conference of Islamic Economics (iECONS) 2009, 15-17
July 2009.
Marimuthu, M., Jing, C. W., Chei, L. P., Mun, L. P., & Ping, T. Y. (2010). Islamic
banking: Selection criteria and implications. Global Journal of Human Social
Science, 10(4), 52-63.
Mohd Kamal Omar. (2001). Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Satu Kajian Persepsi
dan Penerimaan Masyarakat Pulau Pinang. Disertasi Master tidak diterbitkan,
Universiti Sains Malaysia.
Mohd Suhaimi Yusoff. (2010). Sistem kewangan Islam dan konvensional: Satu
perbandingan kritis. Kertas kerja dibentangkan dalam Program Bengkel
Eksekutif Kewangan Islam Ahli-ahli Jawatan kuasa Fatwa Seluruh Malaysia, 27
September 2010, terdapat secara online di
http://www2.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/
10/sistem_kewangan_islam_dan_konvensional_satu_perbandingan_kritis.pdf.
Mahmood Ahmad. (2007). The attitude of bank customers and professional bankers
towards Islamic and conventional banks in Bangladesh. Dalam Salman Syed Ali
dan A. Ahmad (Eds.), Islamic Banking and Finance: Fundamentals and
Contemporary Issues (h. 168-195). Jeddah: Islamic Development Bank.
Mokhtar Mahamad, & Izah Mohd Tahir. (2010). Persepsi pelanggan bukan Islam
terhadap perbankan Islam: Satu kajian rintis. Jurnal Kemanusian, 16 (Disember),
1-18.
Norafifah Ahmad, & Sudin Haron. (2002). Perceptions of Malaysian corporate
customers towards Islamic banking products and services. International Journal
of Islamic Financial Services, 3(4), 1-16.
Nurdianawati Irwani Abdullah, & Asyraf Wajdi Dusuki. (2006). Customers’ perceptions
of Islamic hire-purchase facility in Malaysia: an empirical analysis. IIUM
Journal of Economics and Management, 14(2), 177-204.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (2012).
http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=
article&id=552:ppim-bidas-bank-jual-nama-perbankan-islam-untuk-kaut-
untung&catid=65:aktiviti&Itemid=295, akses pada 28 September 2012.
Petah Wazzan Iskandar. (2009, 14 Oktober ). Bai Bithaman Ajil beban peminjam. Berita
Harian, h. 14.
Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. New
York: John Wiley and Sons, Inc.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
141
Thambiah, S., Eze, U. C., Santhapparaj, A. J., & Arumugam, K. (2011). Customers’
perception on Islamic retail banking: A comparative analysis between the urban
and rural regions of Malaysia. International Journal of Bussiness and
Management, 6(1), 187-199, terdapat secara online di
http://www.ccsenet.org/journal/index.php/ijbm/article/view/7484.
Zairani Zainol, Rohaya Shaari, & Hafizi Muhamad Ali. (2008). A comparative analysis
of bankers’ perceptions on Islamic banking. International Journal of Business
and Management, 3(4), 157-168.
Zukri Samat. (2013). Islamic Banking In Malaysia: Current Trend And Way Forward,
terdapat secara online di
http://www.bankislam.com.my/en/Documents/cinfo/UiTMCaptainofIndustriesIsla
micBanking.pdf, akses pada 20 November 2013.

Contenu connexe

Similaire à Syarifah Md Yusof

Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoffidmac2015
 
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan MahasiswaTingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswamandalina landy
 
kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia Nadia Bohari
 
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit SyariahAplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit SyariahWan M. Ashraf Adlin
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunpeningla
 
SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA : SATU KAJIAN PERSEPSI DAN PENERIMAAN MAS...
SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA :  SATU KAJIAN PERSEPSI DAN PENERIMAAN MAS...SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA :  SATU KAJIAN PERSEPSI DAN PENERIMAAN MAS...
SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA : SATU KAJIAN PERSEPSI DAN PENERIMAAN MAS...NURFATNIAISAHBINTIKA
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim
 
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)Hilmi Ahmad
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahriidmac2015
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zuraAzura Aziz
 
Contoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docx
Contoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docxContoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docx
Contoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docxCKOOI3
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Acap Persie
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajaraizam1205
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
Kolokium prospen siti norhana abu hamis new
Kolokium prospen siti norhana abu hamis newKolokium prospen siti norhana abu hamis new
Kolokium prospen siti norhana abu hamis newHjh Hana
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 

Similaire à Syarifah Md Yusof (20)

Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoff
 
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan MahasiswaTingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa
Tingkahlaku Dan Masalah Kewangan Mahasiswa
 
kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia kajian terhadap pelancongan belia
kajian terhadap pelancongan belia
 
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit SyariahAplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aun
 
SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA : SATU KAJIAN PERSEPSI DAN PENERIMAAN MAS...
SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA :  SATU KAJIAN PERSEPSI DAN PENERIMAAN MAS...SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA :  SATU KAJIAN PERSEPSI DAN PENERIMAAN MAS...
SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA : SATU KAJIAN PERSEPSI DAN PENERIMAAN MAS...
 
Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017
Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017
Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
Pbs ekonomi penggal 3 (2016)
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahri
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zura
 
Contoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docx
Contoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docxContoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docx
Contoh_Kerja_Kursus_Pengajian_Am.docx
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Kolokium prospen siti norhana abu hamis new
Kolokium prospen siti norhana abu hamis newKolokium prospen siti norhana abu hamis new
Kolokium prospen siti norhana abu hamis new
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 

Plus de idmac2015

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawatiidmac2015
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 

Plus de idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 

Syarifah Md Yusof

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 131 PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PRODUK PERBANKAN ISLAM Syarifah Md Yusof Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM College of Business Universiti Utara Malaysia syarifah@uum.edu.my Abstrak Persepsi masyarakat terhadap produk perbankan Islam khususnya berkaitan riba, kos yang mahal dan kemiripan produk perbankan Islam dengan produk perbankan konvensional masih lagi berbangkit sehingga kini. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji persepsi terhadap beberapa isu terpilih berkaitan produk perbankan Islam. Data utama dikutip secara rawak mudah daripada staf akademik di lima buah IPTA di utara Semenanjung Malaysia. Sebanyak 257 borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden telah dianalisa. Dapatan kajian menunjukkan golongan staf akademik mempunyai persepsi yang positif terhadap produk perbankan Islam. Namun masih terdapat di antara mereka yang masih kurang jelas dengan produk perbankan Islam. Mereka tidak dapat membezakan antara produk perbankan Islam berbanding produk perbankan konvensional walaupun hampir kesemua responden mengetahui tentang larangan riba dalam Islam. Oleh itu, pihak institusi perbankan Islam seharusnya meningkatkan penyebaran maklumat yang tepat bagi mengurangkan persepsi kurang baik dalam kalangan pengguna. Persepsi yang negatif terhadap perbankan Islam boleh menyebabkan pengguna menjauhkan diri daripada produk perbankan Islam. Kata kunci: produk perbankan Islam, persepsi pengguna
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 132 PENGENALAN Sistem perbankan Islam di Malaysia dilihat berkembang dengan begitu pesat sejak pengenalannya lebih tiga dekad yang lalu. Menurut Zukri Samat (2013), purata pertumbuhan aset perbankan Islam adalah pada kadar 19.5% setahun. Bank Negara Malaysia (2013) melaporkan bahawa jumlah pembiayaan sistem perbankan Islam pada Ogos 2013 meningkat kepada RM348.4 bilion daripada RM186.8 bilion pada akhir tahun 2009. Jumlah ini mewakili 26.9% daripada keseluruhan pembiayaan sistem perbankan. Walaupun begitu, masih terdapat pengguna yang meragui kepatuhan syariahnya. Menurut Mohd Suhaimi Yusoff (2010), sebilangan pengguna menganggap produk perbankan Islam hanya melakukan perubahan kosmetik atau penjenamaan semula terhadap produk perbankan konvensional sedia ada. Penggunaan akad jual beli dalam produk perbankan Islam turut dikritik sebagai tidak menepati ruh Islam kerana ia membolehkan bank mengambil untung menerusi harga tertangguh yang mirip kepada riba. Terdapat juga laporan akhbar yang mengkritik produk perbankan Islam sebagai membebankan pengguna dengan mengenakan pembayaran balik yang tinggi kepada pengguna (Petah Wazzan, 2009, 14 Oktober). Berdasarkan isu tersebut kertas kerja ini cuba mengkaji persepsi pengguna terhadap beberapa isu yang timbul. KAJIAN LEPAS Mohd Kamal Omar (2001) mendapati pengguna di Pulau Pinang mempunyai persepsi yang positif terhadap perkembangan perbankan Islam di Malaysia. Namun, responden melahirkan pandangan negatif terhadap daya saing produk perbankan Islam. Pengguna juga melaporkan bahawa produk perbankan Islam berbentuk pinjaman dan kontrak adalah membebankan dan menyusahkan mereka. Kajian Norafifah dan Sudin (2002) juga menunjukkan terdapat salah faham dalam kalangan pengguna terhadap operasi perbankan Islam, seperti yang didedahkan oleh Mohd Kamal Omar (2001). Hal ini terbukti apabila sebanyak 65% responden berpendapat perbankan Islam beroperasi atas dasar untuk memaksimakan keuntungan. Objektif ini bertentangan dengan objektif sebenar perbankan Islam yang menggabungkan moral dan keuntungan sebagai objektif operasi perbankan Islam. Bunchuan (2006) yang mengkaji persepsi pengguna di Brunei mendapati majoriti pengguna menganggap perbankan Islam sebagai sama seperti perbankan konvensional yang menawarkan pinjaman dengan faedah. Majoriti (81.6%) responden mendakwa produk perbankan Islam lebih mahal berbanding produk perbankan konvensional. Kajian Marimuthu et al. (2010) di Lembah Klang pula mendapati majoriti (57.6%) responden di kawasan berkenaan kurang pengetahuan tentang perbankan Islam. Secara khusus, apabila ditanya berkaitan konsep perbankan Islam, majoriti (57.6%) tidak tahu langsung tentang konsep perbankan Islam. Sementara 40.4% responden tidak tahu apa- apa tentang produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam. Dapatan ini menunjukkan tahap pengetahuan responden amat rendah meskipun telah hampir tiga dekad operasi
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 133 perbankan Islam di Malaysia. Pengetahuan yang rendah ini boleh menimbulkan salah faham terhadap perbankan Islam. Namun demikian, Abdul Aziz et al. (2012) mendedahkan bahawa golongan berpendidikan tinggi yang bukan beragama Islam mempunyai kefahaman yang baik terhadap produk perbankan Islam. Oleh itu timbul persoalan tentang persepsi staf akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang merupakan golongan berpendidikan tinggi. Justeru kajian ini difokuskan kepada staf akademik di IPTA bagi mengenal pasti persepsi mereka terhadap produk perbankan Islam. METODOLOGI Kajian ini melibatkan staf akademik di lima buah IPTA di utara Semenanjung Malaysia. Populasi kajian ialah seramai 3022 orang staf akademik tempatan sedang berkhidmat di kelima-lima buah IPTA berkenaan. Maklumat staf diambil daripada direktori staf di laman web IPTA yang berkenaan. Pemilihan sampel di setiap IPTA adalah menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Sebanyak 1023 sampel dipilih untuk diedarkan borang soal selidik secara pos dalaman universiti. Jumlah ini adalah tiga kali ganda daripada jumlah yang diperlukan berdasarkan panduan jumlah sampel yang digariskan oleh Sekaran (2003). Sebanyak 257 borang soal selidik yang diterima telah dianalisa. Data kajian dikutip menerusi satu set borang soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan persepsi terhadap produk kewangan dan perbankan Islam. Sementara Bahagian B mengandungi soalan berkaitan demografi responden. Terdapat enam pernyataan dikemukakan kepada responden bagi mendapat pandangan mereka berkaitan produk kewangan Islam. Memandangkan pernyataan 2 hingga pernyataan 6 berbentuk pandangan negatif terhadap produk kewangan Islam, maka skala dikodkan semula secara terbalik bagi membolehkan semua jawapan dianalisa dalam bentuk positif. Skala 1 ditukar kepada 5, skala 2 ditukar kepada 4, skala 4 ditukar kepada 2, manakala skala 5 ditukar kepada 1. Ini supaya skor min yang mempunyai nilai yang lebih tinggi ditafsirkan sebagai persepsi yang baik/positif terhadap produk kewangan Islam, manakala skor min yang mempunyai nilai yang lebih rendah ditafsirkan sebagai persepsi yang kurang baik/negatif terhadap produk kewangan Islam. Secara khusus, skor min di bawah 2 dikategorikan sebagai sangat negatif, min dari 2 hingga 3 sebagai negatif, min 3 hingga 4 sebagai positif, sementara min yang melebihi 4 sebagai sangat positif (Che Amani, 2002). Analisis data dalam kajian ini hanya melibatkan analisis diskriptif iaitu peratusan dan min bagi mengenal pasti persepsi responden terhadap produk kewangan Islam. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Demografi
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 134 Analisis statistik deskriptif digunakan untuk meninjau ciri-ciri demografi responden. Analisis ini meliputi jantina, umur, taraf perkahwinan, keturunan, agama, perjawatan dan tahap pendidikan tertinggi. Jadual 1 memaparkan demografi responden. Responden dipelopori oleh lelaki (52.5%) dengan majoriti besar adalah Melayu (93.4%) dan beragama Islam (94.9%). Responden Melayu menjadi majoriti bertepatan dengan populasi staf akademik di IPTA yang dipelopori oleh bangsa Melayu. Ini selaras dengan bilangan responden Melayu yang menjadi majoriti responden kajian ini. Responden paling ramai berumur antara 31-40 tahun (41.6%). Majoriti responden (80.5%) sudah berkahwin, dan memiliki ijazah doktor falsafah (49.4%) (Jadual 1). Jadual 1: Taburan Demografi Responden (N=257) Ciri-ciri demografi Kategori Kekerapan Peratus 1. Jantina Lelaki 135 52.5 Wanita 121 47.1 Tiada Maklumat 1 0.4 2. Umur < 31 tahun 40 15.6 31 – 40 tahun 107 41.6 41 – 50 tahun 58 22.6 >51 tahun 52 20.2 3. Taraf perkahwinan Bujang 44 17.1 Berkahwin 207 81.2 Janda/duda 4 1.6 Tiada Maklumat 2 0.8 4. Keturunan Melayu 240 93.4 Bukan Melayu 16 6.2 Tiada Maklumat 1 0.4 5. Agama Islam 244 94.9 Bukan Islam 13 5.1 6. Tahap Pendidikan Tertinggi Sarjana Muda 14 5.4 Sarjana 115 44.7 Doktor Falsafah 127 49.4 Tiada Maklumat 1 0.4 7. Jawatan Pensyarah 96 37.4 Pensyarah kanan 88 34.2 Profesor Madya 37 14.4 Profesor 10 3.9 Lain-lain 16 6.2 Tiada Maklumat 10 0.4
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 135 Persepsi terhadap produk kewangan Islam Jadual 2 menunjukkan majoriti responden (93.5%) mengetahui tentang larangan riba dalam Islam dengan nilai min yang tinggi (4.76). Hal ini tidak menghairankan kerana dapatan Thambiah et al. (2011) mendapati istilah riba paling popular dalam kalangan pengguna berbanding dengan dengan istilah lain dalam kewangan Islam. Mahdhir et al. (2009) turut mendapati responden mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap larangan riba. Ini mungkin kerana isu riba adalah perkara paling utama dalam kewangan Islam, malah kewangan Islam itu sendiri diketengahkan sebagai sistem kewangan yang bebas dari riba. Jadual 2: Taburan Frekuensi Berserta Nilai Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Terhadap Produk Perbankan Islam Tidak setuju (%) Tidak pasti (%) Setuju (%) Tiada maklumat (%) Min SP Umat Islam dilarang melakukan transaksi yang mengandungi unsur riba 0.4 4.3 95.3 0.0 4.7 6 0.5 4 Produk perbankan Islam mengandungi unsur riba* 34.2 49.8 15.9 0.0 3.3 2 1.0 9 Produk perbankan Islam membebankan pengguna* 38.5 44.0 17.1 0.4 3.3 0 1.0 4 Produk pembiayaan Islam mengambil keuntungan yang tidak munasabah dari pengguna* 32.3 47.9 19.9 3.1 8 1.0 9 Akaun deposit Islam membayar kadar faedah atas simpanan* 22.6 53.3 23.7 0.4 3.0 5 0.9 9 Produk perbankan Islam sama dengan produk perbankan konvensional kecuali pada penggunaan nama yang berbeza * 30.8 43.6 24.9 0.8 3.1 4 1.1 2 *Item dalam bentuk pernyataan negatif terhadap produk kewangan Islam yang telah diterbalikkan nilainya. Namun, dengan hanya nilai min 3.32, responden didapati tidak pasti sama ada produk perbankan Islam bebas daripada unsur riba. Bahkan terdapat segelintir kecil berpandangan wujudnya riba dalam produk kewangan Islam. Realiti ini tidak menghairankan kerana Fadillah Mansor dan Ab. Mumin (2005) mendapati hampir
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 136 separuh daripada responden mereka tidak mengetahui bahawa sistem perbankan Islam bebas daripada unsur riba. Namun, dapatan ini tidak bertentangan dengan Dzuljastri Abdul Razak et al. (2008) yang mendapati hampir separuh daripada responden berpandangan wujudnya riba dalam produk pembiayaan secara BBA. Ini kerana Dzuljastri Abdul Razak et al. (2008) memfokuskan kajiannya kepada produk pembiayaan secara BBA, sebaliknya penyelidik meninjau isu riba secara umum dalam produk kewangan dan perbankan Islam. Dapatan kajian juga menunjukkan secara keseluruhan, responden mempunyai persepsi yang positif (min=3.30) berhubung dengan isu produk perbankan Islam membebankan. Hanya 17.1% berpandangan produk perbankan Islam membebankan pengguna. Dapatan ini sedikit berbeza dengan dapatan Mohd Kamal (2001) yang mendapati peratusan responden yang lebih tinggi (37.6%) berpandangan syarat yang dikenakan oleh produk perbankan Islam membebankan pelanggan. Hanya 12.8% responden berpandangan sebaliknya (Mohd Kamal, 2001). Pada pandangan penyelidik, peratusan yang rendah dalam kalangan responden kajian penyelidik yang berpendapat produk perbankan Islam membebankan berbanding dengan kajian Mohd Kamal (2001) adalah kerana pada masa kini, pihak institusi perbankan yang menawarkan produk perbankan Islam telah melakukan penambahbaikan pada produk mereka. Antaranya dengan memperkenalkan produk pembiayaan Islam dengan kadar terapung bagi membolehkan pengguna menikmati kadar bayaran balik pembiayaan yang rendah dalam situsi kadar kadar faedah di pasaran jatuh. Selain itu, beberapa buah bank telah mula menawarkan pembiayaan berasaskan kontrak ekuiti iaitu musyarakah mutanaqisah yang dilihat lebih adil berbanding dengan kontrak hutang seperti bay‘ bithaman ajil. Namun begitu, terdapat persamaan antara kajian Mohd Kamal (2001) dan kajian penyelidik di mana majoriti responden dalam kajian penyelidik dan kajian Mohd Kamal (2001) mengambil pendirian berkecuali dalam persoalan yang sama dengan masing- masing 44.0% dan 49.6%. Ini mungkin kerana responden tidak mendapat penjelasan yang cukup tentang amalan dan pelaksanaan produk perbankan Islam. Justeru, mereka menyatakan tidak pasti terhadap persoalan yang diutarakan. Sebaliknya, Yusuf, Azizah dan Zalina (2005) membuat kesimpulan bahawa produk perbankan Islam membebankan pengguna memandangkan pada pandangan mereka keuntungan yang diambil oleh perbankan Islam lebih tinggi berbanding apa yang dikenakan oleh sistem riba. Berdasarkan Jadual 2, responden mempunyai persepsi yang positif (min=3.18) bahawa secara umumnya produk pembiayaan Islam mengambil untung yang munasabah daripada pengguna. lebih ramai responden berpandangan bahawa keuntungan yang diambil oleh perbankan Islam adalah munasabah berbanding mereka yang berpendapat sebaliknya. Namun begitu, hampir separuh daripada keseluruhan responden (47.9%) menyatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada keuntungan yang ditetapkan oleh perbankan Islam adalah munasabah atau sebaliknya. Dapatan ini menunjukkan isu pengambilan keuntungan yang tidak munasabah dalam produk pembiayaan Islam masih lagi timbul walaupun secara purata, nilai min (3.18) menunjukkan responden berpandangan positif terhadap produk kewangan Islam
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 137 berhubung dengan isu ini. Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (2012), mereka telah menerima kira-kira 4000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pengguna terhadap perbankan Islam. Malahan persepsi semakin meluas dalam masyarakat mendakwa perbankan Islam mengaut keuntungan yang berlebihan dan tidak munasabah. Namun, isu ini bukan sekadar isu tempatan yang timbul dalam konteks Malaysia, malah ia juga berbangkit di Bangladesh seperti yang dilaporkan oleh Mohmood Ahmad (2007). Menurut Mohmood Ahmad (2007), terdapat hampir separuh (45%) daripada responden berpendirian bahawa masih wujud eksploitasi dalam perbankan Islam. Mengambil keuntungan yang tidak munasabah merupakan satu bentuk eksploitasi kepada pelanggan. Merujuk kepada Jadual 2, responden mempunyai persepsi yang positif (min=3.05) bahawa secara umumnya akaun deposit Islam tidak membayar faedah kepada pendepositnya. Walau bagaimanapun, lebih separuh (53.3%) daripada responden memberikan jawapan tidak pasti dengan persoalan ini. Dapatan ini menunjukkan bahawa ramai pelanggan hampir tidak dapat membezakan antara pembayaran faedah atas deposit konvensional dengan pemberian hibah atau keuntungan atas deposit dalam akaun deposit yang berlandaskan Islam. Agak ramai daripada responden masih keliru dengan bayaran keuntungan atau hibah yang diberi oleh bank ke atas deposit mereka dalam akaun deposit Islam. Hal ini disokong oleh dapatan Abdul Halim dan Norizaton (2001) yang mendapati hanya kira-kira satu per empat daripada responden menyatakan bahawa mereka mengetahui apa yang dimaksudkan dengan wadi‘ah dan mudarabah. Dapatan Marimuthu et al. (2010) turut mendedahkan bahawa lebih daripada separuh responden tidak mengetahui langsung tentang konsep perbankan Islam. Mokhtar dan Izah (2010) juga mendapati rata-rata pengguna bukan Muslim mempunyai pengetahuan yang rendah tentang maksud beberapa konsep dalam kewangan Islam termasuklah konsep wadi‘ah dan mudarabah. Walaupun Thambiah et al. (2011) mendapati lebih separuh daripada responden (64.7%) menyedari penggunaan istilah wadi‘ah di samping kira-kira 36.4% responden menyedari penggunaan konsep mudarabah dalam perbankan Islam, namun ini tidak bermakna responden memahami aplikasi konsep ini dalam akaun deposit Islam. Kajian penyelidik mendedahkan majoriti responden tidak pasti tentang status pulangan daripada simpanan dalam akaun deposit Islam (yang kebanyakannya menggunakan konsep wadi‘ah, di samping mudarabah) sama ada ia adalah satu bentuk faedah (interest) atau bukan termasuk dalam istilah faedah (interest) yang dilarang oleh Islam. Seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 2, responden mempunyai persepsi yang positif (min=3.14) bahawa secara umumnya produk perbankan Islam berbeza dengan produk konvensional bukan hanya pada nama semata-mata, sebaliknya perbezaan juga wujud dalam aspek-aspek lain. Antaranya, akad yang mendasari pelaksanaan sesuatu produk. Dengan kata lain secara umumnya, responden berpandangan bahawa produk perbankan Islam berbeza dengan produk perbankan konvensional bukan setakat pada nama sahaja, malah ia turut berbeza dari sudut teknikalnya yang didasari kepada pelbagai akad muamalah.
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 138 Jadual 2 turut mendedahkan bahawa 30.8% responden tidak bersetuju dengan pernyataan berkenaan, manakala 24.9% responden memilih untuk bersetuju dengan pernyataan yang dikemukakan. Ini bermakna jumlah responden yang berpendapat bahawa produk perbankan Islam tidak hanya melakukan perubahan pada nama produk mereka adalah lebih tinggi berbanding dengan jumlah mereka yang berpandangan sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat 43.6% daripada responden memberikan jawapan tidak pasti dengan persoalan ini. Dapatan ini menunjukkan kurang daripada satu per tiga responden yang berpandangan terdapat perbezaan antara produk perbankan Islam dengan produk perbankan konvensional (bukan sekadar berbeza nama). Dalam isu ini, dapatan penyelidik hampir sama dengan dapatan Fadillah dan Ab. Mumin (2005) yang turut mendapati hanya sekitar 36% responden berpandangan bahawa wujud perbezaan antara produk perbankan Islam dan produk perbankan konvensional. Marimuthu (2010) pula mendapati hanya sekitar 40.2% responden mengetahui perbezaan antara produk perbankan Islam berbanding konvensional. Dalam isu yang hampir sama, Nurdianawati dan Ashraf Wajdi (2006) pula mendapati hanya sekitar 24% berpandangan wujud perbezaan antara pembiayaan kenderaaan sewa beli Islam dengan sewa beli konvensional. Begitu juga halnya dengan kajian terhadap produk pembiayaan berdasarkan BBA di mana Dzuljastri Abd Razak et al. (2008) turut mendapati hanya sebilangan kecil (19.7%) berpandangan wujudnya perbezaan antara produk pembiayaan BBA dengan pinjaman konvensional. Sementara itu, Yusuf, Azizah dan Zalina (2005) menegaskan bahawa sememangnya produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam adalah sama seperti apa yang ditawarkan oleh perbankan konvensional. Sementara itu, Mahmood Ahmad (2007) mendedahkan bahawa ramai pengguna di Bangladesh turut berpandangan bahawa perbankan Islam hanya menukar nama, sebaliknya unsur riba masih terus kekal dalam produk yang ditawarkan. Hal ini menurut majoriti (73%) responden adalah berpunca daripada keuntungan yang tinggi yang dikenakan oleh perbankan Islam sehingga menimbulkan beban kewangan kepada pengguna (Mahmood Ahmad, 2007). Namun begitu, peratusan yang berpandangan wujud perbezaan antara produk perbankan Islam dengan konvensional dicatatkan adalah lebih tinggi (43.3%) dalam kajian Zairani et al. (2008). Hal demikian mungkin kerana kajian tersebut melibatkan pandangan daripada staf bank yang terlibat secara langsung dengan sistem perbankan Islam. Meskipun demikian, masih ramai responden menyatakan tidak pasti dengan isu yang diutarakan berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang jelas berkaitan dengan produk perbankan Islam. Sebagai mana yang didedahkan oleh Abdul Halim dan Norizaton Azmin (2001), terdapat sebanyak 60% responden kajian melaporkan bahawa mereka tidak mengetahui perbezaan antara produk perbankan Islam dengan produk perbankan konvensional. Ini kerana perbezaan antara produk perbankan Islam berbanding konvensional lebih kepada aspek kontrak yang diaplikasikan, tetapi secara zahir produk berkenaan nampak sama dengan produk perbankan konvensional (Abdul Halim dan Norizaton Azmin, 2001).
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 139 KESIMPULAN Secara keseluruhan, semua pernyataan mencatatkan nilai min 3.0 ke atas menunjukkan secara purata responden mempunyai persepsi yang positif terhadap produk kewangan Islam. Namun demikian, merujuk kepada taburan frekuensi respon yang diberikan oleh responden menunjukkan bahawa terdapat kira-kira separuh daripada responden tidak mempunyai persepsi yang jelas terhadap produk perbankan Islam. Mereka agak kabur dengan produk kewangan dan perbankan Islam yang ditawarkan. Hal ini dapat dilihat daripada jawapan yang diberikan oleh responden. Bagi setiap persoalan yang diajukan, terdapat kira-kira separuh daripada responden memberi jawapan tidak pasti dengan pernyataan yang diajukan kepada mereka. Dapatan ini tidak mengejutkan memandangkan dapatan kajian Abdul Halim dan Norizaton Azmin (2001) turut mendedahkan bahawa secara purata kurang daripada 15% responden sahaja mengetahui maksud produk-produk kewangan Islam seperti wadi‘ah, ijarah dan mudarabah. Sementara itu, sekitar 60% responden tidak dapat membezakan antara produk kewangan Islam dengan produk kewangan konvensional. Malahan pihak industri yang terlibat secara langsung dalam dunia kewangan Islam sendiri mengakui bahawa masyarakat pengguna di negara ini kurang pengetahuan dalam perbankan Islam (Loh, 2012). Oleh hal yang demikian, institusi perbankan sewajarnya meningkatkan penyebaran lebih banyak maklumat kepada pengguna agar mereka memahami dengan jelas dan tepat tentang produk perbankan Islam. Penyebaran maklumat yang tepat dan benar dapat mengurangkan persepsi kurang baik dalam kalangan pengguna. Persepsi yang negatif terhadap perbankan Islam boleh menyebabkan pengguna menjauhkan diri daripada produk perbankan Islam. RUJUKAN Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek, & Ahmad Azrin Adnan. (2012). Perception of non- Muslim customers towards Islamic banking in Malaysia. International Journal of Business and Management, 3(11), 151-164. Abdul Halim Abdul Hamid & Norizaton Azmin Mohd Nordin. (2001). A study on Islamic banking education and strategy for the new millennium-Malaysian experience. International Journal of Islamic Financial Services, 2(4), 1-10. Bunchuan, D. (2006). Islamic Banking and Finance: Is it Complementing or Competing the Conventional Banks. Tesis MBA tidak diterbitkan, University of Nottingham. Che Amani @ Mohd Kamal Mohd Ali. (2002). Rantaian dan Persepsi dalam Industri kecil dan Sederhana: Kajian Kes Sektor Pembuatan di Terengganu. Tesis Phd tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia. Dzuljastri Abdul Razak, Mustafa Omar Mohammed, & Fauziah Md Taib. (2008). Consumers’ Acceptance on Islamic Home Financing: Empirical Evidence on Bai Bithaman Ajil (BBA) in Malaysia. Kertas kerja dibentang di IIUM International Accounting Conference IV (INTAV), Hotel Marriot Putrajaya, 24-26 Jun 2008.
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 140 Fadillah Mansor, & Ab. Mumin Ab. Ghani. (2005). Sambutan masyarakat bukan Islam terhadap produk perbankan Islam di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Kertas kerja dibentang di Seminar Ekonomi dan Kewangan (SEKI) 2005, Jabatan Ekonomi Awam dan Kewangan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, Sintok, ESSET Bangi, 29-30 Ogos 2005. Loh, Clint. (2012, 6 April). Two key challenges for Islamic banking sector. The Edge Financial Daily. Mahdhir Abdullah, Hisham Sabri, Asmaddy Haris, & Norasikin Salikin. (2009). A Study on Muslim Customers’ Awareness of Musyarakah Mutanaqisah (Diminishing Partnership) Islamic Home Financing Scheme in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Third Conference of Islamic Economics (iECONS) 2009, 15-17 July 2009. Marimuthu, M., Jing, C. W., Chei, L. P., Mun, L. P., & Ping, T. Y. (2010). Islamic banking: Selection criteria and implications. Global Journal of Human Social Science, 10(4), 52-63. Mohd Kamal Omar. (2001). Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Satu Kajian Persepsi dan Penerimaan Masyarakat Pulau Pinang. Disertasi Master tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia. Mohd Suhaimi Yusoff. (2010). Sistem kewangan Islam dan konvensional: Satu perbandingan kritis. Kertas kerja dibentangkan dalam Program Bengkel Eksekutif Kewangan Islam Ahli-ahli Jawatan kuasa Fatwa Seluruh Malaysia, 27 September 2010, terdapat secara online di http://www2.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/ 10/sistem_kewangan_islam_dan_konvensional_satu_perbandingan_kritis.pdf. Mahmood Ahmad. (2007). The attitude of bank customers and professional bankers towards Islamic and conventional banks in Bangladesh. Dalam Salman Syed Ali dan A. Ahmad (Eds.), Islamic Banking and Finance: Fundamentals and Contemporary Issues (h. 168-195). Jeddah: Islamic Development Bank. Mokhtar Mahamad, & Izah Mohd Tahir. (2010). Persepsi pelanggan bukan Islam terhadap perbankan Islam: Satu kajian rintis. Jurnal Kemanusian, 16 (Disember), 1-18. Norafifah Ahmad, & Sudin Haron. (2002). Perceptions of Malaysian corporate customers towards Islamic banking products and services. International Journal of Islamic Financial Services, 3(4), 1-16. Nurdianawati Irwani Abdullah, & Asyraf Wajdi Dusuki. (2006). Customers’ perceptions of Islamic hire-purchase facility in Malaysia: an empirical analysis. IIUM Journal of Economics and Management, 14(2), 177-204. Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (2012). http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view= article&id=552:ppim-bidas-bank-jual-nama-perbankan-islam-untuk-kaut- untung&catid=65:aktiviti&Itemid=295, akses pada 28 September 2012. Petah Wazzan Iskandar. (2009, 14 Oktober ). Bai Bithaman Ajil beban peminjam. Berita Harian, h. 14. Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. New York: John Wiley and Sons, Inc.
  • 11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 141 Thambiah, S., Eze, U. C., Santhapparaj, A. J., & Arumugam, K. (2011). Customers’ perception on Islamic retail banking: A comparative analysis between the urban and rural regions of Malaysia. International Journal of Bussiness and Management, 6(1), 187-199, terdapat secara online di http://www.ccsenet.org/journal/index.php/ijbm/article/view/7484. Zairani Zainol, Rohaya Shaari, & Hafizi Muhamad Ali. (2008). A comparative analysis of bankers’ perceptions on Islamic banking. International Journal of Business and Management, 3(4), 157-168. Zukri Samat. (2013). Islamic Banking In Malaysia: Current Trend And Way Forward, terdapat secara online di http://www.bankislam.com.my/en/Documents/cinfo/UiTMCaptainofIndustriesIsla micBanking.pdf, akses pada 20 November 2013.