SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  9
Télécharger pour lire hors ligne
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
169
PENGARUH FAKTOR KEFAHAMAN WAKAF DAN KEPATUHAN
BERAGAMA MASYARAKAT ISLAM TERHADAP BERWAKAF DI
MALAYSIA1
Zakaria Bahari2
Email : bzak@usm.my
Email : bzak09@gmail.com
Abstrak
Wakaf merupakan salah satu instrumen yang berinovatif dalam ekonomi Islam pada
umumnya dan berperanan penting dalam sosio-ekonomi masyarakat Isiam. Pada
umumnya dilakukan oleh muttawalli MAIN sebagai pengurus dan pemegang amanah
tunggal dalam perkara wakaf. Namun penglibatan masyarakat ini sangat kurang
difahami oleh masyarakat umum Islam. Mungkin ini disebabkan kurangnya
maklumat tentang wakaf baru, kurang promosi, ciri-ciri wakaf dan perkhidmatan
MAIN dalam menyebarkan pengetahuan wakaf istibdal. Oleh itu, kertas kerja ini
dilakukan bagi menjawa dua persoalan? Pertama, apakah kefahaman merupakan
faktor yang signifikan mempengaruhi masyarakat Islam berwakaf? Kedua, adakah
faktor lain yang lebih mendominasi pewakif untuk berwakaf? Kajian ini berbentuk
kuantitatif dengan menggunakan data primer kajian lapangan melalui instrumen soal
selidik yang diedarkan di bandar-bandar utama terpilih di negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia. Analisis data menggunakan regresi berganda statistik
inferens. Dapat kajian memperlihat pengaruh kefahaman yang signifikan dalam
mempengaruhi orang berwakaf. Begitu juga faktor ekstrinsik seperti dimensi
pemasaran, ciri-ciri produk wakaf dan perkhidmatan signifikan mempengaruhi
pewakif berwakaf. Faktor kepatuhan beragama merupakan faktor yang signifikan
dan utama yang mempengaruhi masyarakat Islam berwakaf.
1
Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management
Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
2
Pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia
(USM), Pulau Pinang.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
170
PENGENALAN
Peranan wakaf sebagai salah satu instrumen penting dalam penjanaan ekonomi Islam
tidak dapat dinafikan. Khususnya pada zaman kegemilangannya pada zaman
kerajaan empayar Turki iaitu Empayar Uthmaniah. Dikatakan pada ketika itu hampir
semua kemudahan kepada rakyat jelata seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan
awam lain datang daripada sistem wakaf yang baik dan cekap. Namun keunggulan
sistem wakaf ini sudah tentu ada kaitannya dengan pihak-pihak berkepentingan
seperti orang yang menguruskan wakaf (muttawalli), penerima wakaf (mawkuf
alaihi), pemberi wakaf (wakif) dan pihak pemerintah yang bersama-sama memahami
konsep wakaf dan pengurusan wakaf tersebut. Keberhasilan sistem wakaf ini juga
berlaku kerana berlakunya jenis-jenis wakaf baru yang lebih inovatif
direkabentukkan dan dapat memungkinkan orang ramai untuk ikut serta berwakaf,
tidak seperti wakaf tradisional (wakaf tanah, bangunan dan kebun). Antara bentuk
wakaf baharu ialah wakaf tunai (terdiri daripada wakaf tunai badal dan tunai); wakaf
saham; wakaf kaki; wakaf istibdal; wakaf sukuk, wakaf bertempoh dan sebagainya.
Namun apabila dilihat dalam kes di Malaysia, masih banyak lagi harta wakaf yang
belum dibangunkan sepenuhnya. Keadaan ini sudah tentu akan menyebabkan harta
wakaf tersebut tidak boleh bermanfaat dan berfungsi sebagaimana mengikut niat
pewakif. Oleh itu perlu ada usaha mengenal pasti masalah-masalah dan cabaran yang
dihadapi dalam membangunkan harta wakaf tersebut (Zakaria Bahari, 2013).
Dalam konteks kes di Malaysia, telah banyak jenis-jenis wakaf baharu telah
diwujudkan seperti disebutkan di atas, namun hanya pihak pengurusan wakaf
(muttawalli) sahaja yang memahami dan melaksanakan. Walau bagaimanapun
sambutan daripada masyarakat amatlah tidak memberangsangkan, misalnya dalam
melaksanakan wakaf tunai di Pulau Pinang (Mohammad Zulfakhairi Mokthar, 2015).
Banyak fasiliti untuk memudahkan masyarakat mengakseskannya, seperti melalui
laman sesawang, promosi dan pengiklanan, namun masih tidak mendapat sambutan
seperti yang diharapkan.
Persoalan yang timbul ialah mengapakah perkara ini berlaku? Mungkinkah
masyarakat Islam secara umum masih tidak faham tentang konsep wakaf itu sendiri?
Bagaimanakah hendak berurusan dengan pengurusan wakaf? Perkara ini disebabkan
kefahaman melibatkan pengetahuan dalam pemikiran seseorang untuk mendapatkan
maklum balas untuk menolak atau menerima dengan penuh yakin mengenai sesuatu
isu atau persoalan ditanggapi (Mohd. Shahrul Imran Lim Abdullah (2009). Apabila
seseorang telah memahami sesuatu perkara maka dengan mudah ia untuk mengikuti
perkara tersebut.
Bagaimanakah pula peranan pengurusan wakaf dalam memberi keyakinan dan
maklumat kepada orang ramai? Umpamanya mengenai jenis-jenis wakaf baru yang
diterbitkan dapat memberi gambaran dan penjelasan mudah untuk difahami. Di
samping itu juga perkara mengenai perkhidmatan yang mudah diakses oleh orang
ramai daripada pengurusan wakaf juga mempengaruhi keinginan orang berwakaf.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
171
Misalnya World Meteorological Organization (2014) menyatakan perkhidmatan
yang baik ialah apabila pengurusan dapat mendekati pengguna, dapat memenuhi
keperluan pengguna dengan reka bentuk dan pembangunan perkhidmatan dan
produk, dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan mendapat maklum
balas daripada orang ramai. Bagi tujuan untuk menyampaikan keempat-empat
perkhidmatan ini, maka diperlukan komunikasi iaitu melalui pemasaran. Oleh itu
diperlukan rantaian pemasaran yang singkat langsung kepada orang ramai, agar
orang ramai dapat mengetahui kewujudan wakaf baru dan konsep serta
pelaksanaanya.
Sepatutnya masyarakat Islam yang menghayati cara hidup Islam akan mudah
melakukan sedekah atau berwakaf. Hal ini memang sudah menjadi ajaran Islam
untuk orang Muslim memberi infak dan sedekah, apa lagi sedekah yang pahalanya
berterusan. Persoalannya, sudah pastikah orang Islam yang patuh beragama akan
mudah untuk berwakaf? Namun realitinya berwakaf masih lagi di perinngkat yang
tidak sepenuhnya berhasil.
Berdasarkan kepada persoalan-persoalan di atas, kertas kerja ini mempunyai dua
bertujuan utama. Pertama, mengenal pasti pengaruh kefahaman dan kepatuhan
masyarakat Islam Semenanjung Malaysia dalam membuat pilihan berwakaf. Kedua,
mengenal pasti terdapat faktor lain selain kefahaman dan kepatuhan beragama yang
mempengaruhi masyarakat berwakaf. Dalam kertas kerja ini membincangkan sub-
topik perbincangan dengan memulakan perbincangan pengenalan, sorotan karya,
metodologi, perbincangan penganalisisan dapatan kajian dan terakhir kesimpulan.
SOROTAN KARYA
Kajian tentang kefahaman wakaf secara umum telah dikaji oleh Zakaria Bahari
(2015), dan Jasni Sulong (2015). Jasni Sulong (2015) mendapati bahawa kefahaman
wakaf masyarakat Islam di Terengganu agak sederahana secara umum dan rendah
pada kefahaman tentang wakaf istibdal. Hal yang sama juga berlaku pada kajian
kefahaman berwakaf yang dilakukan di Semenanjung Malaysia oleh Zakaria Bahari
(2015). Dapatan ini disokong oleh kajian Azrin Hamiza (2015) yang melihat
kefahaman masyarakat Islam di Selangor dan Kedah. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa kefahaman masyarakat terhadap istibdal wakaf masih belum
sempurna. Namun masyarakat Islam di Selangor dikatakan lebih baik kefahamannya
berbanding masyarakat Islam di Kedah terhadap Istibdal wakaf. Begitu juga kajian
yang dilakukan oleh Zahri Hamat (2015) di Kelantan. Beliau mendapati secara
puratanya kefahaman masyarakat Kelantan terhadap kefahaman Istibdal wakaf
adalah sederhana. Secara keseluruhan hasil kajian-kajian di atas menunjukkan secara
umum masyarakat.
Kajian tentang kepatuhan beragama terhadap berwakaf pernah dilakukan oleh
Mohammad Zulfakhairi Mokthar (2015), tetapi kajiannya mengkhususkan wakaf
tunai. Beliau juga menggunakan faktor instrinsik yang merangkum dimensi pemurah
dan kefahaman dan faktor ekstrinsik yang terdiri daripada dimensi kewangan,
penyampaian maklumat dan pengesyoran. Hasil dapatan kajiannya menunjukkan
faktor instrinsik dan ekstrinsik signifikan mempengaruh pekerja Universiti Sains
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
172
Malaysia (USM) untuk berwakaf tunai. Namun demikian pengaruh dimensi
kefahaman, pengesyoran dan pemurah sahaja yang mempengaruhi pekerja USM
berwakaf tunai. Selain kajian faktor-faktor terhadap berwakaf, terdapat juga kajian
yang melihat pengaruh faktor ekstrinsik, intrinsik dan kepatuhan beragama yang
dilakukan oleh Mohd. Adli Zahri (2015), dan Inke Kesumawati Adnan (2010) yang
terfokus kepada kewangan Islam. Misalnya Mohd. Adli Zahri (2015), mendapati
faktor ekstrinsik dan kepatuhan beragama signifikan mempengaruh pelajar Muslim
Universiti Sultan Zainal Abidin terhadap pemilihan pelaburan dana amanah Islam.
Faktor instrinksi pula tidak signifikan3
. Perkara yang sama juga berlaku pada kajian
Juniza Mohammad Jamari (2012), faktor pelajar Muslim USM terhadap pemilihan
takaful hayat4
. Kajian Inke Kesumawati Adnan (2010) menunjukkan faktor
ekstrinsik sangat signifikan mempengaruhi pemilihan kad kredit syariah di Bandung,
Indonesia5
.
Dalam hal psikologi, Mustapha Achoui (2009:67) mengusulkan dimensi kepatuhan
beragama (keimanan) boleh mempengaruhi seseorang bertingkah laku dalam
keadaan tertentu. Perkara ini juga disokong oleh Yasien Mohamed (2009:248),
menyatakan bahawa jiwa manusia yang membuatkan manusia berasa senantias
berada di bawah lindungan Allah SWT sehinggakan mereka merasakan selamat,
tenang dan dizahirkan melalui penyembahan dan meminta pertolongan daripada Dia.
Berkaitan dengan kepatuhan beragama pengaruhinya terhadap berwakaf telah dikaji
oleh Mohammad Zulfakhairi Mokthar (2015) dan didapati tidak signifikan pada aras
5 peratus.
Berdasarkan kepada sorotan karya di atas, maka kajian ini telah menggunakan faktor
intrinsik yang terdiri daripada kefahaman berwakaf sebagai faktor intransik,
pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan sebagai faktor ekstrinsik. Bagi melihat
peranan kepatuhan beragama, iaitu pengamalan penghayatan Islam masyarakat yang
merupakan faktor utama dalam menimbulkan perasaaan untuk berwakaf. Setakat ini
amat minimum kajian yang langsung melihat faktor-faktor yang mempengaruhi
masyarakat Islam untuk berwakaf pada peringkat nasional. Oleh itu kajian ini
mengenal pasti perangan kefahaman dan kepatuhan beragama dalam menentukan
seseorang untuk berwakaf.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini mengaplikasi reka bentuk diskriptif dan merupakan kajian empirikal.
Pensampelan yang digunakan merupakan persampelan rawak di masjid-masjid di dua
buah bandar utama di setiap negeri di Semenanjung Malaysia dengan 979 orang
3
Faktor intrinsik terdiri daripada kefahaman dan pulangan maslahat; faktor ekstrinsik terdiri daripada
pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan dan faktor kepatuhan beragama terdiri daripada
pertimbangan halal, haram dan syubhah dan keyakinan dan ibdat.
4
Faktor intrinsic terdiri daripada kefahaman terhadap takaful hayat, penggunaan mengikut keutamaan
dan pulangan muslahat; faktor ekstrinsik terdiri daripada pemasaran dan pengiklanan, ciri-ciri produk
dan perkhidmatan dan keselesaan terhadap perkhidmatan; dan faktor kepatuhan beragama.
5
Manakala Inke Kesumawati Adnan menggunakan dimensi kefahaman terhadap takaful hayat,
penggunaan mengikut keutamaan, pulangan muslahat dan penggunaan berasaskan keutamaan sebagai
faktor intrinsik; keselesaan terhadap perkhidmatan bank dan pertimbangan halal, haram dan syubhat
sebagai faktor ekstrinsik.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
173
responden Muslim. Pembagian lokasi mengikut 4 buah zon: iaitu Zon Tengah terdiri
daripada negeri Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor; Zon Selatan terdiri
daripada negeri Johor dan Melaka; Zon Pantai Timur terdiri daripada negeri
Kelantan, Terengganu dan Pahang; dan Zon Utara terdiri daripada negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sebelum ke lapangan, ujian kesahan dan
kebolehpercayaan telah dibuat dalam kajian rintis. Analisis data menggunakan
Statistic Pakage For Social Sciences (SPSS) versi 20. Analisis melihat pengaruh
antara konstruk bebas terhadap berwakaf dan pengarush setiap dimensi terhadap
berwakaf.
ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI KONSTRUK BERWAKAF
Sebelum dilakukan regresi pelbagai, beberapa prasyarat ujian perlu dilakukan.
Antaranya ialah melibatkan saiz sampel yang memcukupi, tiada data terpencil, tidak
wujud masalah multikolinearan dan singulariti dan bertaburan normal. Korelasi yang
tinggi antara pemboleh ubah bebas akan menyebabkan masalah singulariti. Perkara
ini akan menyebabkan ketepatan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah bebas
dengan bersandar akan terjejas. Kajian ini dapat dikesan melalui ujian Varian
Inflation Factor dan nilai Tolerance. Nilai Varian Inflation Factor hendaklah berada
dalam lingkungan di antara 0.00 hingga 10.00 dan nilai Tolerance berada di antara
0.00 hingga 1.00 barulah dikatakan tidak wujudnya malasah multikolinearan.
Jadual 1: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti
Pembolehubah Peramal Statistik Kolineariti
Tolerance VIF
1. Intrinsik 0.7 99 1.251
2. Ekstrinsik 0.753 1.329
3. Kepatuhan Beragama 0.880 1.137
Hasil Ujian Statistik Kolinearan pada Jadual 1 menunjukkan bahawa tidak
berlakunya masalah multikolinearan dan singulariti dalam data ini. Bukti
menunjukkan Varian Inflation Factor adalah lebih daripada 0.00 dan kurang
daripada 10.00. Begitu juga dengan nilai Tolerance yang lebih daripada 0.00 dan
kurang daripada 1.00.
Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi
berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot
Normal Regresi seperti di Rajah 1. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data
yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah
bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini membukti tidak ada lencongan
besar daripada normaliti (Coakes, 2005). Ini menunjukkan tidak ada masalah
multikolinearan dalam masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan
mempunyai varian sama (homodekasiti).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
174
Rajah 1: Graf Plot Normal Regresi
Jadual 2: Keputusan Analisis Regresi Berganda Konstruk Terhadap Berwakaf
Model R R2
ΔR2
F B Beta t Sig
1. Constant 0.493a
0.243 0.241 104.522 0.904 4.425 0.000
2. Intrinsik 0.204 0.129 4.135 0.000
3. Ekstrinsik 0.313 0.250 7.792 0.000
4. Kepatuhan
Beragama
0.369 0.273 9.169 0.000
Hasil regresi berganda seperti Jadual 2 menunjukkan bahawa kesemua konstruk
instrinsik yang terdiri daripada kefahaman wakaf dan kefahaman jenis wakaf adalah
signifikan. Begitu juga konstruk ekstrinsik dan kepatuhan beragama adalah
signifikan. Kesemua konstruk signifikan kurang daripada tingkat keyakinan 1
peratus. Ini menunjukan kesemua konstruk telah mempengaruhi berwakaf dengan
arah yang positif. Ini bererti semakin tinggi masyarakat Muslim yang faham tentang
wakaf dan jenis wakaf, maka semakin ramai yang ingin berwakaf. Begitu juga
dengan konstruk ekstrinsik yang diwakili oleh dimensi pemasaran, ciri-ciri produk
wakaf dan perkhidmatan mempengaruhi orang berwakaf. Kepatuhan beragama yang
tinggi akan cenderung mempengaruhi orang berwakaf. Namun apabila dirujuk
kepada nilai pekali konstruk, maka konstruk kepatuhan beragama mempunyai
kekuatan paling tinggi orang untuk berwakaf.
ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI DIMENSI BERWAKAF
Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak berlakunya masalah multikolinearan dan
singulariti dalam setiap dimensi.. Nilai dimensi yang paling tinggi sebesar 0.880
(dimensi kepatuhan beragama) dan paling rendah sebesar 0.655 (dimensi ciri-ciri)
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
175
yang lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 1.00 . Begitu juga dengan nilai
Tolerance iaitu nilai paling rendah 1.137 (dimensi kepatuhan beragama) dan paling
tinggi dimensi ciri-ciri produk wakaf (1.526). Bukti menunjukkan Varian Inflation
Factor adalah lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 10.00.
Jadual 4.3 Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti
Pembolehubah Peramal (dimensi) Statistik Kolineariti
Tolerance VIF
1. Kefahaman 0.788 1.269
2. Pemasaran 0.741 1.350
3.Ciri-ciri produk 0.655 1.526
4. Perkhidmatan 0.772 1.295
5. Kepatuhan Beragama 0.880 1.137
Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi
berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot
Normal Regresi seperti di Rajah 2. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data
yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah
bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini menunjukkan tidak ada lencongan
besar daripada normaliti. Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam
masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama
(homodekasiti).
Rajah 2: Graf Plot Normal Regresi
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
176
Hasil regresi berganda seperti Jadual 4 menunjukkan bahawa kesemua dimensi
kefahaman wakaf yang mewakili (instrinsik), pemasaran, ciri-ciri produk wakaf,
perkhidmatan (mewakili ekstrinsik) dan kepatuhan beragama adalah signifikan.
Begitu juga konstruk ekstrinsik dan kepatuhan beragama adalah signifikan pada aras
keertian 1 peratus. Kesemua dimensi mempunyai arah hubungan yang positif,
kecuali dimensi ciri-ciri produk wakaf yang mempunyai hubungan negatif. Perkara
ini berlaku disebabkan semakin banyak inovasi dan jenis wakaf baru yang muncul
akan menimbulkan pertanyaan dan kefahaman orang terhadap wakaf tersebut dan
menunda harsat untuk berwakaf sehinggalah mereka mengetahui ciri-ciri wakaf baru
tersebut (Zakaria Bahari, 2015).
Namun sekira dilihat daripada kekuatan dimensi yang menyebabkan orang berwakaf
ialah dimensi perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pemegang amanah tunggal
wakaf, iaitu Majlis Agama Islam Negeri dengan nilai betanya 0.360. Ini bermaksud
peranan MAIN dalam menguruskan harta wakaf dengan baik serta membuktikan
produk-produk wakaf dan mempromosinya melalui pelbagai mass media telah
menimbulkan keyakinan masyarakat terhadap MAIN. Penemuan ini disokong oleh
Zakaria Bahari (2015) mendapati tahap persepsi masyarakat di Semenanjung
Malaysia tinggi terhadap pengurusan harta wakaf oleh MAIN.
Jadual 4.2: Keputusan Analisis Regresi Berganda Dimensi Terhadap Berwakaf
Model R R2
ΔR2
F B Beta t Sig
Constant 0.561a
0.315 0.311 89.331 0.760 3.892 0.000
1. Kefahaman 0.196 0.123 4.129 0.000
2. Pemasaran 0.097 0.104 3.383 0.001
3.Ciri-ciri -0.110 -0.102 -3.113 0.002
4. Perkhidmatan 0.328 0.360 11.924 0.000
5. Kepatuhan
Beragama
0.372 0.274 9.695 0.000
KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepatuhan beragama merupakan faktor yang
paling besar mempengaruhi masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia untuk
berwakaf. Perkara ini dapat dilihat dengan nilai beta yang paling tinggi, iaitu 0.396.
Walau bagaimanapun kesemua faktor, faktor intrinsik dan ekstrinsik juga signifikan
mempengaruhi orang berwakaf. Analisis dari aspek pengaruh dimensi pula, didapati
perkhidmatan merupakan dimensi yang utama mempengaruhi orang ramai berwakaf,
iaitu nilai beta 0.360 dan diikuti dengan dimensi perkhimatan daripada muttawalli
(0.274) dan ketiga, pengaruh faktor kefahaman iaitu 0.123 nilai beta. Kesemua nilai
beta signifikan pada aras keertian 1 peratus. Hanya dimensi ciri-ciri produk
mempunyai hubungan yang negatif.
RUJUKAN
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
177
Azrin Hamiza (2015). Kefahaman Aplikasi Istibdal Wakaf: Kajian Kes Selangor dan
Kedah. Prosiding Bengkel RUT ke 5, Pembangunan Berteraskan Islam, pada
2-4 Mac.
Coakes, S.J. (2005). SPSS Version 12.0 for Windows Analysis without Anguish.
Australia: National Library of Australia.
Inke Kesumawati Adnan (2010). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung Terhadap
Pemilihan Kad Kredit Syariah. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia.
Jasni Sulong. (2015). Kefahman Aplikasi Istibdal Wakaf di Terengganun. Prosiding
Bengkel RUT ke-5, Pembangunan Berteraskan Islam, pada 2-4 Mac.
Juniza Mohamad Jamari. (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains
Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Disertasi Sarjana (tidak
diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains
Malaysia.
Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015). Konsep Niat Dalam Tingkah Laku
Berteraskan Islam dan Faktor-faktor Mempengaruhi Niat untuk Berwakaf
Tunai dalam Kalangan Staf Muslim Universiti Sains Malaysia (USM).
Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan,
Universiti Sains Malaysia.
Mohd. Adli Zahri. (2015). Persepsi Pelajar Muslim Univerisiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA) Terhadap Faktor Pemilihan Pelaburan Dana Amanah Islam (DAI).
Disertasi Sarjana Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains
Malaysia.
Mustapha Achoui, (2009). Human Nature from a Comparative Psychological
Perspective. Psychology of Personality: Islam Perspective (4, 61-90).
Cengage Learning.
Yasion Mohamed. (2009). The Drives of Human Behavior in the Qur’an.
Psyschology of Personality: Islamic Perspective (12, 235-256). Cengage
Learning.
Zahri Hamat (2015) Persepsi Aplikasi Istibdal Wakaf dalam Kalangan Jemaah
Masjid di Kelantan. Prosiding Bengkel RUT ke-5, Pembangunan Berteraskan
Islam, pada 2-4 Mac.
Zakaria Bahari (2013). The Structure and Implementation of Wakaf Financing
Instruments in Islamic Economics. AMRON Journal of Muslim Studies: In
Collaboration of ASEAN Muslim Research Organization Net work. Vol 1,
Number 1, 2013 (323-340).
Zakaria Bahari (2015). Kefahaman dan Kesedaran Aplikasi Istibdal Wakaf: Kes
Kajian di Semenanjung Malaysia. Prosiding Bengkel RUT ke-5,
Pembangunan Berteraskan Islam, pada 2-4 Mac.

Contenu connexe

En vedette (7)

Dimensi komunikasi pemikiran
Dimensi komunikasi pemikiranDimensi komunikasi pemikiran
Dimensi komunikasi pemikiran
 
Assigment dpli blog
Assigment dpli blogAssigment dpli blog
Assigment dpli blog
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Standard Guru Malaysia
Standard Guru MalaysiaStandard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia
 
Cabang-cabang Falsafah
Cabang-cabang FalsafahCabang-cabang Falsafah
Cabang-cabang Falsafah
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Kpf 5013 (dpli) nota 1
Kpf 5013 (dpli) nota 1Kpf 5013 (dpli) nota 1
Kpf 5013 (dpli) nota 1
 

Plus de idmac2015

Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawatiidmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahlianiidmac2015
 

Plus de idmac2015 (20)

Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 

Zakaria Bahari

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 169 PENGARUH FAKTOR KEFAHAMAN WAKAF DAN KEPATUHAN BERAGAMA MASYARAKAT ISLAM TERHADAP BERWAKAF DI MALAYSIA1 Zakaria Bahari2 Email : bzak@usm.my Email : bzak09@gmail.com Abstrak Wakaf merupakan salah satu instrumen yang berinovatif dalam ekonomi Islam pada umumnya dan berperanan penting dalam sosio-ekonomi masyarakat Isiam. Pada umumnya dilakukan oleh muttawalli MAIN sebagai pengurus dan pemegang amanah tunggal dalam perkara wakaf. Namun penglibatan masyarakat ini sangat kurang difahami oleh masyarakat umum Islam. Mungkin ini disebabkan kurangnya maklumat tentang wakaf baru, kurang promosi, ciri-ciri wakaf dan perkhidmatan MAIN dalam menyebarkan pengetahuan wakaf istibdal. Oleh itu, kertas kerja ini dilakukan bagi menjawa dua persoalan? Pertama, apakah kefahaman merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi masyarakat Islam berwakaf? Kedua, adakah faktor lain yang lebih mendominasi pewakif untuk berwakaf? Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan data primer kajian lapangan melalui instrumen soal selidik yang diedarkan di bandar-bandar utama terpilih di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Analisis data menggunakan regresi berganda statistik inferens. Dapat kajian memperlihat pengaruh kefahaman yang signifikan dalam mempengaruhi orang berwakaf. Begitu juga faktor ekstrinsik seperti dimensi pemasaran, ciri-ciri produk wakaf dan perkhidmatan signifikan mempengaruhi pewakif berwakaf. Faktor kepatuhan beragama merupakan faktor yang signifikan dan utama yang mempengaruhi masyarakat Islam berwakaf. 1 Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 2 Pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 170 PENGENALAN Peranan wakaf sebagai salah satu instrumen penting dalam penjanaan ekonomi Islam tidak dapat dinafikan. Khususnya pada zaman kegemilangannya pada zaman kerajaan empayar Turki iaitu Empayar Uthmaniah. Dikatakan pada ketika itu hampir semua kemudahan kepada rakyat jelata seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan awam lain datang daripada sistem wakaf yang baik dan cekap. Namun keunggulan sistem wakaf ini sudah tentu ada kaitannya dengan pihak-pihak berkepentingan seperti orang yang menguruskan wakaf (muttawalli), penerima wakaf (mawkuf alaihi), pemberi wakaf (wakif) dan pihak pemerintah yang bersama-sama memahami konsep wakaf dan pengurusan wakaf tersebut. Keberhasilan sistem wakaf ini juga berlaku kerana berlakunya jenis-jenis wakaf baru yang lebih inovatif direkabentukkan dan dapat memungkinkan orang ramai untuk ikut serta berwakaf, tidak seperti wakaf tradisional (wakaf tanah, bangunan dan kebun). Antara bentuk wakaf baharu ialah wakaf tunai (terdiri daripada wakaf tunai badal dan tunai); wakaf saham; wakaf kaki; wakaf istibdal; wakaf sukuk, wakaf bertempoh dan sebagainya. Namun apabila dilihat dalam kes di Malaysia, masih banyak lagi harta wakaf yang belum dibangunkan sepenuhnya. Keadaan ini sudah tentu akan menyebabkan harta wakaf tersebut tidak boleh bermanfaat dan berfungsi sebagaimana mengikut niat pewakif. Oleh itu perlu ada usaha mengenal pasti masalah-masalah dan cabaran yang dihadapi dalam membangunkan harta wakaf tersebut (Zakaria Bahari, 2013). Dalam konteks kes di Malaysia, telah banyak jenis-jenis wakaf baharu telah diwujudkan seperti disebutkan di atas, namun hanya pihak pengurusan wakaf (muttawalli) sahaja yang memahami dan melaksanakan. Walau bagaimanapun sambutan daripada masyarakat amatlah tidak memberangsangkan, misalnya dalam melaksanakan wakaf tunai di Pulau Pinang (Mohammad Zulfakhairi Mokthar, 2015). Banyak fasiliti untuk memudahkan masyarakat mengakseskannya, seperti melalui laman sesawang, promosi dan pengiklanan, namun masih tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Persoalan yang timbul ialah mengapakah perkara ini berlaku? Mungkinkah masyarakat Islam secara umum masih tidak faham tentang konsep wakaf itu sendiri? Bagaimanakah hendak berurusan dengan pengurusan wakaf? Perkara ini disebabkan kefahaman melibatkan pengetahuan dalam pemikiran seseorang untuk mendapatkan maklum balas untuk menolak atau menerima dengan penuh yakin mengenai sesuatu isu atau persoalan ditanggapi (Mohd. Shahrul Imran Lim Abdullah (2009). Apabila seseorang telah memahami sesuatu perkara maka dengan mudah ia untuk mengikuti perkara tersebut. Bagaimanakah pula peranan pengurusan wakaf dalam memberi keyakinan dan maklumat kepada orang ramai? Umpamanya mengenai jenis-jenis wakaf baru yang diterbitkan dapat memberi gambaran dan penjelasan mudah untuk difahami. Di samping itu juga perkara mengenai perkhidmatan yang mudah diakses oleh orang ramai daripada pengurusan wakaf juga mempengaruhi keinginan orang berwakaf.
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 171 Misalnya World Meteorological Organization (2014) menyatakan perkhidmatan yang baik ialah apabila pengurusan dapat mendekati pengguna, dapat memenuhi keperluan pengguna dengan reka bentuk dan pembangunan perkhidmatan dan produk, dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan mendapat maklum balas daripada orang ramai. Bagi tujuan untuk menyampaikan keempat-empat perkhidmatan ini, maka diperlukan komunikasi iaitu melalui pemasaran. Oleh itu diperlukan rantaian pemasaran yang singkat langsung kepada orang ramai, agar orang ramai dapat mengetahui kewujudan wakaf baru dan konsep serta pelaksanaanya. Sepatutnya masyarakat Islam yang menghayati cara hidup Islam akan mudah melakukan sedekah atau berwakaf. Hal ini memang sudah menjadi ajaran Islam untuk orang Muslim memberi infak dan sedekah, apa lagi sedekah yang pahalanya berterusan. Persoalannya, sudah pastikah orang Islam yang patuh beragama akan mudah untuk berwakaf? Namun realitinya berwakaf masih lagi di perinngkat yang tidak sepenuhnya berhasil. Berdasarkan kepada persoalan-persoalan di atas, kertas kerja ini mempunyai dua bertujuan utama. Pertama, mengenal pasti pengaruh kefahaman dan kepatuhan masyarakat Islam Semenanjung Malaysia dalam membuat pilihan berwakaf. Kedua, mengenal pasti terdapat faktor lain selain kefahaman dan kepatuhan beragama yang mempengaruhi masyarakat berwakaf. Dalam kertas kerja ini membincangkan sub- topik perbincangan dengan memulakan perbincangan pengenalan, sorotan karya, metodologi, perbincangan penganalisisan dapatan kajian dan terakhir kesimpulan. SOROTAN KARYA Kajian tentang kefahaman wakaf secara umum telah dikaji oleh Zakaria Bahari (2015), dan Jasni Sulong (2015). Jasni Sulong (2015) mendapati bahawa kefahaman wakaf masyarakat Islam di Terengganu agak sederahana secara umum dan rendah pada kefahaman tentang wakaf istibdal. Hal yang sama juga berlaku pada kajian kefahaman berwakaf yang dilakukan di Semenanjung Malaysia oleh Zakaria Bahari (2015). Dapatan ini disokong oleh kajian Azrin Hamiza (2015) yang melihat kefahaman masyarakat Islam di Selangor dan Kedah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman masyarakat terhadap istibdal wakaf masih belum sempurna. Namun masyarakat Islam di Selangor dikatakan lebih baik kefahamannya berbanding masyarakat Islam di Kedah terhadap Istibdal wakaf. Begitu juga kajian yang dilakukan oleh Zahri Hamat (2015) di Kelantan. Beliau mendapati secara puratanya kefahaman masyarakat Kelantan terhadap kefahaman Istibdal wakaf adalah sederhana. Secara keseluruhan hasil kajian-kajian di atas menunjukkan secara umum masyarakat. Kajian tentang kepatuhan beragama terhadap berwakaf pernah dilakukan oleh Mohammad Zulfakhairi Mokthar (2015), tetapi kajiannya mengkhususkan wakaf tunai. Beliau juga menggunakan faktor instrinsik yang merangkum dimensi pemurah dan kefahaman dan faktor ekstrinsik yang terdiri daripada dimensi kewangan, penyampaian maklumat dan pengesyoran. Hasil dapatan kajiannya menunjukkan faktor instrinsik dan ekstrinsik signifikan mempengaruh pekerja Universiti Sains
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 172 Malaysia (USM) untuk berwakaf tunai. Namun demikian pengaruh dimensi kefahaman, pengesyoran dan pemurah sahaja yang mempengaruhi pekerja USM berwakaf tunai. Selain kajian faktor-faktor terhadap berwakaf, terdapat juga kajian yang melihat pengaruh faktor ekstrinsik, intrinsik dan kepatuhan beragama yang dilakukan oleh Mohd. Adli Zahri (2015), dan Inke Kesumawati Adnan (2010) yang terfokus kepada kewangan Islam. Misalnya Mohd. Adli Zahri (2015), mendapati faktor ekstrinsik dan kepatuhan beragama signifikan mempengaruh pelajar Muslim Universiti Sultan Zainal Abidin terhadap pemilihan pelaburan dana amanah Islam. Faktor instrinksi pula tidak signifikan3 . Perkara yang sama juga berlaku pada kajian Juniza Mohammad Jamari (2012), faktor pelajar Muslim USM terhadap pemilihan takaful hayat4 . Kajian Inke Kesumawati Adnan (2010) menunjukkan faktor ekstrinsik sangat signifikan mempengaruhi pemilihan kad kredit syariah di Bandung, Indonesia5 . Dalam hal psikologi, Mustapha Achoui (2009:67) mengusulkan dimensi kepatuhan beragama (keimanan) boleh mempengaruhi seseorang bertingkah laku dalam keadaan tertentu. Perkara ini juga disokong oleh Yasien Mohamed (2009:248), menyatakan bahawa jiwa manusia yang membuatkan manusia berasa senantias berada di bawah lindungan Allah SWT sehinggakan mereka merasakan selamat, tenang dan dizahirkan melalui penyembahan dan meminta pertolongan daripada Dia. Berkaitan dengan kepatuhan beragama pengaruhinya terhadap berwakaf telah dikaji oleh Mohammad Zulfakhairi Mokthar (2015) dan didapati tidak signifikan pada aras 5 peratus. Berdasarkan kepada sorotan karya di atas, maka kajian ini telah menggunakan faktor intrinsik yang terdiri daripada kefahaman berwakaf sebagai faktor intransik, pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan sebagai faktor ekstrinsik. Bagi melihat peranan kepatuhan beragama, iaitu pengamalan penghayatan Islam masyarakat yang merupakan faktor utama dalam menimbulkan perasaaan untuk berwakaf. Setakat ini amat minimum kajian yang langsung melihat faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat Islam untuk berwakaf pada peringkat nasional. Oleh itu kajian ini mengenal pasti perangan kefahaman dan kepatuhan beragama dalam menentukan seseorang untuk berwakaf. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini mengaplikasi reka bentuk diskriptif dan merupakan kajian empirikal. Pensampelan yang digunakan merupakan persampelan rawak di masjid-masjid di dua buah bandar utama di setiap negeri di Semenanjung Malaysia dengan 979 orang 3 Faktor intrinsik terdiri daripada kefahaman dan pulangan maslahat; faktor ekstrinsik terdiri daripada pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan dan faktor kepatuhan beragama terdiri daripada pertimbangan halal, haram dan syubhah dan keyakinan dan ibdat. 4 Faktor intrinsic terdiri daripada kefahaman terhadap takaful hayat, penggunaan mengikut keutamaan dan pulangan muslahat; faktor ekstrinsik terdiri daripada pemasaran dan pengiklanan, ciri-ciri produk dan perkhidmatan dan keselesaan terhadap perkhidmatan; dan faktor kepatuhan beragama. 5 Manakala Inke Kesumawati Adnan menggunakan dimensi kefahaman terhadap takaful hayat, penggunaan mengikut keutamaan, pulangan muslahat dan penggunaan berasaskan keutamaan sebagai faktor intrinsik; keselesaan terhadap perkhidmatan bank dan pertimbangan halal, haram dan syubhat sebagai faktor ekstrinsik.
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 173 responden Muslim. Pembagian lokasi mengikut 4 buah zon: iaitu Zon Tengah terdiri daripada negeri Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor; Zon Selatan terdiri daripada negeri Johor dan Melaka; Zon Pantai Timur terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang; dan Zon Utara terdiri daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sebelum ke lapangan, ujian kesahan dan kebolehpercayaan telah dibuat dalam kajian rintis. Analisis data menggunakan Statistic Pakage For Social Sciences (SPSS) versi 20. Analisis melihat pengaruh antara konstruk bebas terhadap berwakaf dan pengarush setiap dimensi terhadap berwakaf. ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI KONSTRUK BERWAKAF Sebelum dilakukan regresi pelbagai, beberapa prasyarat ujian perlu dilakukan. Antaranya ialah melibatkan saiz sampel yang memcukupi, tiada data terpencil, tidak wujud masalah multikolinearan dan singulariti dan bertaburan normal. Korelasi yang tinggi antara pemboleh ubah bebas akan menyebabkan masalah singulariti. Perkara ini akan menyebabkan ketepatan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan bersandar akan terjejas. Kajian ini dapat dikesan melalui ujian Varian Inflation Factor dan nilai Tolerance. Nilai Varian Inflation Factor hendaklah berada dalam lingkungan di antara 0.00 hingga 10.00 dan nilai Tolerance berada di antara 0.00 hingga 1.00 barulah dikatakan tidak wujudnya malasah multikolinearan. Jadual 1: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Pembolehubah Peramal Statistik Kolineariti Tolerance VIF 1. Intrinsik 0.7 99 1.251 2. Ekstrinsik 0.753 1.329 3. Kepatuhan Beragama 0.880 1.137 Hasil Ujian Statistik Kolinearan pada Jadual 1 menunjukkan bahawa tidak berlakunya masalah multikolinearan dan singulariti dalam data ini. Bukti menunjukkan Varian Inflation Factor adalah lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 10.00. Begitu juga dengan nilai Tolerance yang lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 1.00. Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot Normal Regresi seperti di Rajah 1. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini membukti tidak ada lencongan besar daripada normaliti (Coakes, 2005). Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama (homodekasiti).
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 174 Rajah 1: Graf Plot Normal Regresi Jadual 2: Keputusan Analisis Regresi Berganda Konstruk Terhadap Berwakaf Model R R2 ΔR2 F B Beta t Sig 1. Constant 0.493a 0.243 0.241 104.522 0.904 4.425 0.000 2. Intrinsik 0.204 0.129 4.135 0.000 3. Ekstrinsik 0.313 0.250 7.792 0.000 4. Kepatuhan Beragama 0.369 0.273 9.169 0.000 Hasil regresi berganda seperti Jadual 2 menunjukkan bahawa kesemua konstruk instrinsik yang terdiri daripada kefahaman wakaf dan kefahaman jenis wakaf adalah signifikan. Begitu juga konstruk ekstrinsik dan kepatuhan beragama adalah signifikan. Kesemua konstruk signifikan kurang daripada tingkat keyakinan 1 peratus. Ini menunjukan kesemua konstruk telah mempengaruhi berwakaf dengan arah yang positif. Ini bererti semakin tinggi masyarakat Muslim yang faham tentang wakaf dan jenis wakaf, maka semakin ramai yang ingin berwakaf. Begitu juga dengan konstruk ekstrinsik yang diwakili oleh dimensi pemasaran, ciri-ciri produk wakaf dan perkhidmatan mempengaruhi orang berwakaf. Kepatuhan beragama yang tinggi akan cenderung mempengaruhi orang berwakaf. Namun apabila dirujuk kepada nilai pekali konstruk, maka konstruk kepatuhan beragama mempunyai kekuatan paling tinggi orang untuk berwakaf. ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI DIMENSI BERWAKAF Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak berlakunya masalah multikolinearan dan singulariti dalam setiap dimensi.. Nilai dimensi yang paling tinggi sebesar 0.880 (dimensi kepatuhan beragama) dan paling rendah sebesar 0.655 (dimensi ciri-ciri)
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 175 yang lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 1.00 . Begitu juga dengan nilai Tolerance iaitu nilai paling rendah 1.137 (dimensi kepatuhan beragama) dan paling tinggi dimensi ciri-ciri produk wakaf (1.526). Bukti menunjukkan Varian Inflation Factor adalah lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 10.00. Jadual 4.3 Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Pembolehubah Peramal (dimensi) Statistik Kolineariti Tolerance VIF 1. Kefahaman 0.788 1.269 2. Pemasaran 0.741 1.350 3.Ciri-ciri produk 0.655 1.526 4. Perkhidmatan 0.772 1.295 5. Kepatuhan Beragama 0.880 1.137 Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot Normal Regresi seperti di Rajah 2. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini menunjukkan tidak ada lencongan besar daripada normaliti. Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama (homodekasiti). Rajah 2: Graf Plot Normal Regresi
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 176 Hasil regresi berganda seperti Jadual 4 menunjukkan bahawa kesemua dimensi kefahaman wakaf yang mewakili (instrinsik), pemasaran, ciri-ciri produk wakaf, perkhidmatan (mewakili ekstrinsik) dan kepatuhan beragama adalah signifikan. Begitu juga konstruk ekstrinsik dan kepatuhan beragama adalah signifikan pada aras keertian 1 peratus. Kesemua dimensi mempunyai arah hubungan yang positif, kecuali dimensi ciri-ciri produk wakaf yang mempunyai hubungan negatif. Perkara ini berlaku disebabkan semakin banyak inovasi dan jenis wakaf baru yang muncul akan menimbulkan pertanyaan dan kefahaman orang terhadap wakaf tersebut dan menunda harsat untuk berwakaf sehinggalah mereka mengetahui ciri-ciri wakaf baru tersebut (Zakaria Bahari, 2015). Namun sekira dilihat daripada kekuatan dimensi yang menyebabkan orang berwakaf ialah dimensi perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pemegang amanah tunggal wakaf, iaitu Majlis Agama Islam Negeri dengan nilai betanya 0.360. Ini bermaksud peranan MAIN dalam menguruskan harta wakaf dengan baik serta membuktikan produk-produk wakaf dan mempromosinya melalui pelbagai mass media telah menimbulkan keyakinan masyarakat terhadap MAIN. Penemuan ini disokong oleh Zakaria Bahari (2015) mendapati tahap persepsi masyarakat di Semenanjung Malaysia tinggi terhadap pengurusan harta wakaf oleh MAIN. Jadual 4.2: Keputusan Analisis Regresi Berganda Dimensi Terhadap Berwakaf Model R R2 ΔR2 F B Beta t Sig Constant 0.561a 0.315 0.311 89.331 0.760 3.892 0.000 1. Kefahaman 0.196 0.123 4.129 0.000 2. Pemasaran 0.097 0.104 3.383 0.001 3.Ciri-ciri -0.110 -0.102 -3.113 0.002 4. Perkhidmatan 0.328 0.360 11.924 0.000 5. Kepatuhan Beragama 0.372 0.274 9.695 0.000 KESIMPULAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepatuhan beragama merupakan faktor yang paling besar mempengaruhi masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia untuk berwakaf. Perkara ini dapat dilihat dengan nilai beta yang paling tinggi, iaitu 0.396. Walau bagaimanapun kesemua faktor, faktor intrinsik dan ekstrinsik juga signifikan mempengaruhi orang berwakaf. Analisis dari aspek pengaruh dimensi pula, didapati perkhidmatan merupakan dimensi yang utama mempengaruhi orang ramai berwakaf, iaitu nilai beta 0.360 dan diikuti dengan dimensi perkhimatan daripada muttawalli (0.274) dan ketiga, pengaruh faktor kefahaman iaitu 0.123 nilai beta. Kesemua nilai beta signifikan pada aras keertian 1 peratus. Hanya dimensi ciri-ciri produk mempunyai hubungan yang negatif. RUJUKAN
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 177 Azrin Hamiza (2015). Kefahaman Aplikasi Istibdal Wakaf: Kajian Kes Selangor dan Kedah. Prosiding Bengkel RUT ke 5, Pembangunan Berteraskan Islam, pada 2-4 Mac. Coakes, S.J. (2005). SPSS Version 12.0 for Windows Analysis without Anguish. Australia: National Library of Australia. Inke Kesumawati Adnan (2010). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung Terhadap Pemilihan Kad Kredit Syariah. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia. Jasni Sulong. (2015). Kefahman Aplikasi Istibdal Wakaf di Terengganun. Prosiding Bengkel RUT ke-5, Pembangunan Berteraskan Islam, pada 2-4 Mac. Juniza Mohamad Jamari. (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia. Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015). Konsep Niat Dalam Tingkah Laku Berteraskan Islam dan Faktor-faktor Mempengaruhi Niat untuk Berwakaf Tunai dalam Kalangan Staf Muslim Universiti Sains Malaysia (USM). Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia. Mohd. Adli Zahri. (2015). Persepsi Pelajar Muslim Univerisiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terhadap Faktor Pemilihan Pelaburan Dana Amanah Islam (DAI). Disertasi Sarjana Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia. Mustapha Achoui, (2009). Human Nature from a Comparative Psychological Perspective. Psychology of Personality: Islam Perspective (4, 61-90). Cengage Learning. Yasion Mohamed. (2009). The Drives of Human Behavior in the Qur’an. Psyschology of Personality: Islamic Perspective (12, 235-256). Cengage Learning. Zahri Hamat (2015) Persepsi Aplikasi Istibdal Wakaf dalam Kalangan Jemaah Masjid di Kelantan. Prosiding Bengkel RUT ke-5, Pembangunan Berteraskan Islam, pada 2-4 Mac. Zakaria Bahari (2013). The Structure and Implementation of Wakaf Financing Instruments in Islamic Economics. AMRON Journal of Muslim Studies: In Collaboration of ASEAN Muslim Research Organization Net work. Vol 1, Number 1, 2013 (323-340). Zakaria Bahari (2015). Kefahaman dan Kesedaran Aplikasi Istibdal Wakaf: Kes Kajian di Semenanjung Malaysia. Prosiding Bengkel RUT ke-5, Pembangunan Berteraskan Islam, pada 2-4 Mac.