SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  33
Télécharger pour lire hors ligne
SAJIAN RAMADHAN BERSAMA CHEF WAN
EPISOD : 1 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : TAJINE BEBOLA IKAN ALA MAGHRIBI
Bahan – bahan :-
Untuk Bebola Ikan :-
500 gram Isi Ikan
4 camca besar Serbuk Roti
1 biji Telur (Dipukul)
Secubit Serbuk Buah Pala
3 camca besar Daun Ketumbar( dicincang)
Serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Untuk Sos Tomato :-
2 biji Bawang Putih (Dicincang)
2 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang)
3 camca besar Puri Tomato
1 camca teh Serbuk Cili Cayenne.
Cara – cara membuatnya :-
1. Untuk membuat sos, tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan tomato, puri tomato, gula, garam dan serbuk cili cayenne.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih dengan api kecil.
4. Untuk bebola ikan, campurkan semua bahan dan kacau sebati.
5. Gunakan tangan untuk membuat bentuk bebola.
6. Masukkan bebola ikan kedalam sos tomato dan biarkan ia mereneh dengan api
perlahan selama 20 minit.
EPISOD : 1 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF WAN
NAMA RESEPI : AYAM THAI ISTIMEWA
Bahan – bahan :-
700 gram Isi ayam (Dihiris)
6 camca besar Minyak masak
2 camca besar Bawang Putih (Dicincang)
Bahan A :-
2 biji Bawang Besar (Dipotong berbaji)
4 biji Cili Merah (Dihiris)
10 batang Putik Jagung (Dihiris)
5 batang Saderi (Dihiris)
1 biji Lobak Merah
200 gram Kacang Sepat
Bahan B :-
250 mililiter Sos Cili Thai
3 camca teh Serbuk Pati Ikan Bilis
½ camca teh Serbuk Lada Sulah
2 camca teh Tepung Jagung
200 mililiter Air (dicampur dengan tepung jagung)
Garam secukup rasa
Cara – cara membuatnya :-
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam itu masak.
3. Masukkan bahan A dan goreng sebentar.
4. Kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga pekat.
5. Angkat dan hidangkan.
EPISOD : 2 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : TABBOULEH
( SALAD BURGHUL BERSAMA DAUN PARSLI DAN PUDINA)
Bahan – bahan :-
125 gram Gandum Burghul
2 biji Buah Lemon (Diambil jusnya)
75 mililiter Minyak Zaitun
300 gram Daun Parsli (Daunnya sahaja)
75 gram Daun Pudina
6 helai Daun Bawang
3 biji Tomato (Dipotong dadu)
Daun Salad
Garam dan Gula secukup rasa
Sedikit Lada Sulah
Cara – cara membuatnya :-
1. Hiris halus daun parsli, daun pudina dan daun bawang.
2. Gandum burghul direndam sehingga kembang dan toskan airnya.
3. Didalam mangkuk yang besar, campurkan semua bahan
4. Pesuaikan perasa dengan citarasa anda.
EPISOD : 2 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF CELINE
NAMA RESEPI : SAMBAL UDANG CILI HIJAU
Bahan – bahan :-
500 gram Udang (bersaiz sederhana)
10 tangkai Cili Hijau
500 gram Kelapa Parut
250 mililiter Santan
250 mililiter Susu Segar
2 camca teh Pati Ikan Bilis
Minyak Masak
Garam dan Gula secukup rasa
Bahan A :-
10 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
2 batang Serai
1 camca teh Serbuk Belacan
Cara – cara membuatnya :-
1. Hiris cili hijau dan rendamkan di dalam air.
2. Kisar bahan A dan tumiskan sehingga naik bau
3. Masukkan separuh santan dan biar sehingga ianya mendidih.
4. Masukkan udang dan tunggu sehingga ianya masak.
5. Masukkan pati ikan bilis, garam dan gula.
6. Masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih.
7. Masukkan baki santan dan kelapa parut.
8. Kemudian masukkan cili hijau dan kacau rata.
9. Hidangkan bersama nasi panas.
EPISOD : 3 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : IMAM BAYILDI
Bahan – bahan :-
6 biji Terung
10 biji Bawang Besar (Dihiris)
5 biji Bawang Putih (Dicincang)
100 mililiter Minyak Zaitun
1 biji Lada Benggala
12 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang)
Seikat Daun Parsli
200 mililiter Jus Tomato
Secubit Serbuk Lada Sulah
Garam dan gula secukup rasa
Cara – cara membuatnya :-
1. Terung di belah 2 dan digoreng sehingga separa masak ataupun lembut.
2. Panaskan periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga lembut.
3. Kemudian masukkan lada benggala, tomato dan letakkan perasa. Masak sehingga
kering .
4. Masukkan daun parsli. Kacau rata.
5. Buatkan lubang ditengah terung tadi dan sumbatkan dengan bahan yang telah
ditumis.
6. Masukkan jus tomato dan lebihan bahan yang ditumis kedalam periuk. Susunkan
terung tadi dan curahkan jus tomato. Masak selama 30 minit atau sehingga kuah
menjadi pekat dengan api perlahan.
EPISOD : 3 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF SABRI
NAMA RESEPI : UDANG TIGA RASA
Bahan – bahan :-
600 gram Udang Harimau (Dibersihkan)
2 biji Bawang Besar (Dipotong dadu)
1 biji Lada Benggala Merah (Dipotong dadu)
1 biji Lada Benggala Hijau (Dipotong dadu)
1 biji Lada Benggala Kuning (Dipotong dadu)
4 ulas Bawang Putih (Dicincang)
2 cm Halia (Dihiris)
1 camca besar Cili Boh
1 camca besar Pes Tomyam
3 camca besar Sos Tiram
2 camca besar Sos Ikan Thai
2 helai Daun Limau Purut (Dimayang)
1 helai Daun Kunyit (Dimayang)
4 camca besar Sos Tomato
6 sudu besar Sos Cili
125ml Air
Garam dan Gula secukup rasa.
Cara – cara membuatnya :-
1. Panaskan minyak,masukkan bawang putih,halia, kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, pes tomyam, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata
3. Masukkan bawang besar, udang, daun limau, daun kunyit dan kacau hingga udang
bertukar warna merah.
4. Masukkan sos ikan, lada benggala, dan masak lagi sehingga lada sedikit lembut.
5. Akhir sekali masukkan air limau, garam dan gula secukup rasa.
6. Hiaskan dengan daun ketumbar dan hidangkan.
EPISOD : 4 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : HARIRA
(SUP RAMADAN MAGHRIBI)
Bahan – bahan :-
250 gram Daging Kambing (Dipotong kiub)
250 gram Kacang Kuda
2 biji Bawang Besar (Dicincang)
10 biji Tomato (Dikupas kulit dan di cincang)
6 batang Daun Saderi
½ camca teh Koma – Koma
½ camca teh Serbuk Halia
2 camca besar Puri Tomato
125 gram Mihun
50 gram Tepung
Seikat Daun Parsli
Seikat Daun Ketumbar
2 camca besar Serbuk Paprika
3 liter Air
Garam dan gula secukup rasa
Cara – cara membuatnya :-
1. Rebuskan daging dengan 3 liter air sehingga mendidih.
2. Keluarkan air rebusan. Masukkan pula kacang kuda, bawang besar, dan tomato.
3. Kemudian masukkan daun saderi, lada sulah, koma – koma, dan serbuk halia.
4. Renehkan selama sejam sehingga daging lembut.
5. Masukkan garam, mihun, dan puri tomato.
6. Masukkan balik air rebusan tadi. Pekatkan dengan tepung.
7. Sebelum hidang taburkan daun ketumbar dan daun parsli.
EPISOD : 4 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF ZAIDAH
NAMA RESEPI : ACAR SOTONG KERING
Bahan – bahan :-
5 keping Sotong Kering (Drendam semalaman)
2 biji Lobak Merah (Dihiris memanjang)
2 biji Timun (Dihiris memanjang)
5 biji Cili Merah
5 biji Cili Hijau
250 gram Kerisik
200 mililiter Cuka
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan A :-
1 camca teh Jintan Manis
1 camca teh Jintan Putih
2 camca besar Ketumbar
8 tangkai Cili Kering
10 biji Bawang Merah
2 cm Halia
1 camca teh Serbuk Kunyit
Bahan B :-
3 kuntum Bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
4 biji Buah Pelaga.
Cara – cara membuatnya :-
1. Sotong yang telah direndam di potong kecil.
2. Kisarkan bahan A sehingga menjadi pes
3. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan B, kerisik, sotong dan garam.
5. Tuangkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan cuka.
6. Akhir sekali masukkan cili, timun dan lobak merah. Kacau sehingga rata.
EPISOD : 5 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : KOUS KOUS DENGAN TUJUH SAYURAN
Bahan – bahan :-
1.5 kilogram Daging (Bahagian bertulang)
250 gram Kacang Kuda
2 biji Bawang Besar (Dihiris nipis)
4 biji Bawang Putih (Dicincang)
½ camca teh Koma – Koma
2 camca teh Serbuk Kayu Manis
2 camca teh Serbuk Paprika
1 camca teh Serbuk Cili Cayenne
2 camca teh Serbuk Halia
Garam secukup rasa
Sayuran :-
500 gram Lobak Merah
1 biji Kobis (Saiz sederhana)
6 biji Artichoke
2 biji Terung
500 gram Ubi Kentang
2 biji Lada Benggala
500 gram Kacang Fava (Kacang Parang)
250 gram Kismis Hitam
500 gram Labu (Dipotong 5cm)
4 biji Tomato
Seikat Daun Parsli
Seikat Daun Ketumbar
Kous – kous :-
1 kilogram Kous – Kous
1.5 liter Air
4 camca besar Minyak Zaitun
Cara – cara membuatnya :-
1. Rebuskan daging dengan air sehingga mendidih. Keluarkan air rebusan.
2. Masukkan bawang besar, bawang besar, dan kacang kuda. Masak selama sejam
3. Kemudian masukkan lobak merah, kobis, artichoke, terung, dan kentang. Masak
selama 20 minit.
4. Masukkan kismis dan kacang fava, masak lagi selama 10 minit. Masukkan labu
dan tomato.
5. Selepas 5 minit masukkan daun pasli dan daun ketumbar.
6. Untuk kous kous. Di dalam mangkuk besar masukkan air dan biarkan ia rendam
selama 10 minit. Selepas 10 minit kous – kous itu akan menyerap air
7. Kukuskan kous – kous itu selama 15 minit.
8. Sebelum diangkat masukkan sedikit minyak zaitun.
9. Hidangkan bersama sayuran tadi.
EPISOD : 5 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF ZAM
NAMA RESEPI : ITIK MASAK KOLA DENGAN ASAM KELUBI
BAHAN – BAHAN
Bahan Untuk Perapan :-
1 ekor Itik (Dibersihkan dan Dilap kering)
5 biji Asam Kelubi
6 camca besar Kicap Pekat Hitam
Bahan A :-
15 biji Bawang Merah
15 tangkai Cili Kering
2 cm Lengkuas
2 camca besar Serbuk Ketumbar
Bahan B :-
2 keping Asam Keping
750 mililiter Air Bekarbonat Berperisa Kola
500 mililiter Air
Garam secukup rasa
Cara – cara membuatnya :-
1. Lumurkan itik dengan campuran asam kelubi dan kicap pekat hitam. Perapkan
selama 2 jam.
2. Panaskan minyak masak, kisarkan bahan A dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan Bahan B serta itik yang diperapkan tadi
4. Tutupkan periuk dan reneh dengan api yang kecil sehingga kuah pekat dan itik
empuk.
5. Potong dan hidangkan bersama nasi.
EPISOD : 6 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : KAMBING TAJINE DENGAN BUAH PRUN
Bahan – bahan :-
1 kilogram Daging kambing (Bahagian Bertulang)
2 camca teh Serbuk Lada Hitam
½ camca teh Koma-Koma
2 biji Bawang Putih (Dicincang)
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
500 gm Buah Prun
4 camca besar Madu
2 camca besar Jus Oren
Seikat Daun Parsli (Dicincang)
Cara – cara membuatnya :-
1. Di dalam periuk masukkan daging kambing,koma- koma, serbuk halia, bawang
putih dan bawang besar serta serbuk lada hitam.
2. Masak selama satu jam sehingga daging empuk.
3. Kemudian masukkan buah prun dan serbuk kayu manis. Masak lagi selama 15
minit
4. Kemudian masukkan madu, dan jus oren. Masak sehingga kuah pekat.
5. Hidangkan panas.
EPISOD : 6 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF RIZ
NAMA RESEPI : MEE UDANG GALAH DENGAN SOS KANTONIS
Bahan – bahan :-
400 gram Yee Mee (Dicelur)
4 ekor Udang Galah (Dibersih dan dibelah dua)
2 cm Halia Muda
4 helai Daun Bawang (Bahagian putih dihiris)
4 helai Daun Bawang (Bahagian hijau dihiris)
6 biji Bawang Putih (Dicincang halus)
100 gram Daun kobis cina (Dicelur sebentar)
1 batang Lobak Merah (Dipotong bentuk bunga)
50 gram Kacang Sepat
6 batang Putik Jagung
50 gram Cendawan Tiram
Minyak untuk menumis
Bahan untuk kuah :-
2 liter Air rebusan udang atau air biasa
2 camca besar Sos Tiram
2 camca besar Kicap Cair
1 camca teh Serbuk Lada Putih
1 camca teh Serbuk Pati Ayam
4 biji Telur
4 camca besar Tepung Jagung
8 camca besar Air
Garam dan Gula secukup rasa
Cara – cara membuatnya :-
1. Sediakan sebuah periuk berisi air garam untuk mencelur. Celur yee mee selama
satu minit. Alihkan ke dalam pinggan hiding.
2. Panaskan minyak dan goreng udang galah sehingga bertukar kemerahan.
Ketepikan.
3. Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau,kemudian masukkan semua
sayur dan biarkan masak seketika.
4. Tuangkan air rebusan udang dan biar ia reneh sebentar sebelum masukkan
bahan-bahan perasa.
5. Sesuaikan rasa mengikut citarasa, dan masukkan tepung jagung untuk pekatkan
kuah.
6. Pecahkan telur dan kacau seketika sebelum hidang.
EPISOD : 7 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : BOREK (PAI PEDAS)
Bahan – bahan :-
250 gram Pastri Filo
200 mililiter Mentega Cair
Inti Keju :-
350 gram Keju Feta
Secubit Serbuk Lada Sulah
Secubit Serbuk Buah Pala
Seikat Daun Parsli (Dincincang)
Seikat Daun Ketumbar (Dicincang)
Inti Daging :-
250gram Daging Kisar
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
1 biji Tomato (Dikupas kulit dan dicincang)
1 biji Telur
Seikat Daun Parsli (Dicincang)
Seikat Daun Ketumbar (Dicincang)
Garam dan gula secukup rasa
Cara – cara membuatnya :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180c
2. Untuk inti keju adunkan semua bahan sehingga sebati
3. Untuk inti daging, tumis bawang besar sehingga lembut,
4. Masukkan tomato. Masak hingga kering dan sejukkan
5. Apabila adunan sejuk, campurkan dengan telur, hirisan daun ketumbar dan daun
parsli.
6. Untuk membungkus, gunakan pastry filo. Sapukan dengan mentega cair dan
letakkan inti.
7. Pastikan mentega disapu untuk mendapatkan pastry yang rapuh dah sedap.
EPISOD : 7 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF CELINE
NAMA RESEPI : KAMBING GULA MELAKA
Bahan – bahan :-
500 gram Daging Kambing (Bahagian bahu)
100 gram Gula Melaka
50 gram Kelapa Parut (Digoreng)
3 camca besar Air Limau
3 camca besar Minyak Masak
Bahan A :-
15 biji Bawang Merah
3 biji Bawang Putih
2 batang Serai
2 camca besar Serbuk Kari Daging
Garam Secukup Rasa
Cara – cara membuatnya :-
1. Kisar Bahan A dan perap dengan daging kambing selama 2 jam.
2. Panaskan minyak masak dan goreng daging tadi sehingga masak.
3. Perlahankan api kemudian masukkan kelapa parut dan gula melaka.
4. Masukkan air limau dan hidangkan dengan nasi.
EPISOD : 8 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : LAHMACUN (PIZZA DAGING ALA TURKI)
Bahan – bahan :-
Doh Pizza
500 gram Tepung Gandum
250 mililiter Air Suam
15 gram Yis Kering
4 camca besar Minyak Zaitun
Untuk Inti
500 gram Bawang Besar (Dihiris)
15 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang)
750 gram Daging Kambing (Dikisar)
4 camca besar Puri Tomato
Secubit Serbuk Cili Cayenne
50 gram Kacang Pine
Seikat Daun Parsli
Cara – cara membuatnya :-
1. Larutkan yis ke dalam air suam dengan sedikit gula.
2. Campurkan semua adunan doh kedalam mesin adunan.
3. Biarkan ia naik.
4. Untuk inti pula, tumis bawang sehingga naik bau, kemudian masukkan daging.
Masak sehingga kering, kemudian masukkan semua bahan kecuali kacang pine.
5. Uli doh sehingga menjadi bentuk ameba(empat segi memanjang)
6. Letakkan inti di atas dan taburkan sedikit kacang pine.
7. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 180c
EPISOD : 8 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF FLORENCE
NAMA RESEPI : KERABU MANGGA NYONYA
Bahan – bahan :-
200 gm Mangga muda (Dihiris halus)
400 gm Bawang merah (Dihiris)
600 gm Timun (Dihiris tanpa empulur)
70 gm Udang Kering (Ditumbuk halus)
1 kuntum Bunga Kantan
2 biji Cili Merah
4 helai Daun Limau Purut.
Bahan A :-
4 camca besar Sos Cili
4 camca besar Sos Tomato
4 sudu besar Sos Plum
6 sudu besar Jus Limau Kasturi
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Cara – cara membuatnya :-
1. Hiriskan semua bahan-bahan untuk kerabu
2. Campurkan bahan A dengan bawang merah
3. Masukkan semua bahan – bahan lain. Kacau sehingga sebati.
4. Hidangkan.
EPISOD : 9 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : LADA BENGGALA DAGING ALA IRAN
Bahan – bahan :-
3 biji Lada Benggala Merah
3 camca besar Minyak Zaitun
2 biji Bawang Besar (Dicincang)
300 gram Daging Kambing (Dicincang)
1 camca teh Serbuk Kunyit
1 camca teh Daun Selasih (Dicincang)
1 camca teh Daun Dill (Dicincang)
2 helai Daun Bay
3 camca besar Puri Tomato
10 helai Daun Bawang (Dicincang)
Seikat Daun Ketumbar (Dicincang)
250 gram Nasi
Garam dan gula secukup rasa
Untuk Sos Tomato :-
5 camca besar Sos Tomato
5 camca besar Sos Cili
250 mililiter Air
60 mililiter Minyak Zaitun
2 camca besar Cuka Epal
Cara – cara membuatnya :-
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging kambing, serbuk kunyit, daun selasih, dill dan daun
bay. Masak selama 10 minit.
3. Masukkan puri tomato, daun bawang, daun ketumbar dan beras. Letakkan garam
dan lada sulah secukup rasa.
4. Masukkan inti kedalam lada benggala yang dipotong atasnya.
5. Untuk sos tomato, masukkan semua bahan dan biarkan mendidih sebentar.
6. Masukkan lada benggala yang disumbat tadi kedalam sos tomato. Kecilkan api
dan tutup periuk.
7. Masak selama 30 minit atau sehingga kuah menjadi pekat.
EPISOD : 9 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF SABRI
NAMA RESEPI : AYAM GORENG MADRAS
Bahan – bahan :-
1 kilogram Kepak Ayam
3 liter Minyak Masak (Untuk menggoreng)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan A :-
250 gram Perencah Tepung Serbaguna
1 camca besar Serbuk Kari Daging
2 camca besar Serbuk Jintan Manis
2 camca besar Serbuk Jintan Putih
3 camca besar Jintan Manis
10 biji Bawang Besar (Dicincang halus)
2 cm Halia (Dicincang halus)
4 biji Bawang Putih (Dicincang halus)
125 mililiter Sos Tiram
3 camca besar Air Limau Nipis
125 mililiter Air
125 mililiter Minyak Masak
Cara – cara membuatnya :-
1. Satukan bahan A didalam mangkuk sehingga likat.
2. Masukkkan ayam, gula dan garam secukup rasa
3. Perap selama 30minit hingga sejam.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi sehingga garing.
5. Hidangkan dengan sos kesukaan anda.
EPISOD : 10 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : BERGEDIL IKAN BEREMPAH
Bahan – bahan :-
500 gram Isi Ikan
4 camca besar Serbuk Roti
1 biji Telur (Dipukul)
Secubit Serbuk Lada Sulah
3 camca besar Daun Parsli (Dicincang)
2 biji Bawang Putih (Dicincang)
1 camca teh Serbuk Jintan Manis
Minyak untuk menggoreng
Cara – cara membuatnya :-
1. Campurkan semua adunan untuk bergedil kecuali telur.
2. Bentuk kan seperti bergedil
3. Celupkan dengan telur dan goreng dengan minyak yang separa menutupi bergedil
Itu.
4. Masak sehingga kuning keemasan.
EPISOD : 10 (B)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : SUP KHOUSHARI
(SUP KACANG DHAL. MAKARONI & NASI)
Bahan – bahan :-
125 ml Minyak Zaitun
Secukup Rasa Garam
Secukup Rasa Serbuk Lada Sulah
2.5 liter Stok Ayam
Bahan A :-
2 batang Seleri (Dihiris)
1 batang Lobak Merah (Dihiris)
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
4 ulas Bawang Putih (Dicincang halus)
Bahan B :-
125gram Beras (Dibasuh & Ditoskan)
375gram Puri Tomato
1 ikat Daun Parsli
1 ikat Daun Ketumbar (Segar)
2 helai Daun Bay
250 gram Makaroni
250 gram Kacang Dhal (Direbus sehingga lembut)
200 gram Buah Tin/ Buah Fig
Cara – cara membuatnya :-
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan A sehingga lembut. Kemudian
masukkan stok ayam.
2. Masukkan bahan B dan masak sehingga pekat. Tambahkan garam dan lada sulah
secukup rasa dan hidangkan.
EPISOD : 10 (C)
CHEF JEMPUTAN : CHEF LIZA
NAMA RESEPI : PARU GORENG SERAI BERJINTAN
Bahan – bahan :-
500 gram Paru (Direbus)
500 gram Hati lembu (Direbus)
5 batang Serai
1 biji Bawang Besar
1 camca besar Jintan Manis
4 camca besar Air Asam Jawa
Bahan A
1 camca besar Garam
2 camca besar Air Asam Jawa
1 camca besar Serbuk Kunyit
Bahan B
6 biji Cili Merah
4 biji Bawang Merah
4 biji Bawang Putih
3 cm Halia
Cara – cara membuatnya :-
1. Paru dan Hati tadi dihiris nipis dan di rebus, selepas itu gaulkan ia dengan
Bahan A.
2. Gorengkan hati dan paru dalam minyak yang banyak. Tos dan ketepikan.
3. Kisar kasar Bahan B. Tumiskan serai dan jintan manis. Apabila agak layu angkat
dan letakkan bersama paru dan hati tadi.
4. Tumiskan bahan B sehingga garing, masukkan garam, gula merah dan air asam
jawa.
5. Masukkan paru dan hati dan kacau sehingga sebati
6. Angkat dan hidangkan.
EPISOD : 11 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : AYAM DENGAN TOMATO DAN MADU
(DJEJ MATISHA MESLA)
Bahan – bahan :-
1 ekor Ayam
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
1 biji Bawang Putih (Dicincang)
2 camca teh Serbuk Kayu Manis
¼ camca teh Serbuk Halia
Secubit Koma – Koma
Secubit Garam
15 biji Tomato (Dibuang kulit dan potong dadu)
2 camca besar Madu
Cara – cara membuatnya :-
1. Masukkan ayam, bawang besar, bawang putih, rempah, dan tomato.
2. Biarkan ia mereneh selama sejam sehingga ayam itu empuk.
3. Keluarkan ayam itu dan masukkan madu. Masukkan garam dan lada sulah
secukup rasa.
EPISOD : 11 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF ZAIDAH
NAMA RESEPI : KAMBING ZIKOMA
Bahan – bahan :-
600 gram Daging Kambing
30 gram Serbuk Badam
125 gram Puri Tomato
50 gram Serbuk Daun Ketumbar
700 gram Mentega
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak untuk memasak
Bahan A :-
3 biji Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
6 tangkai Cili Kering
7 biji Buah Pelaga
1 camca teh Jintan Manis
Cara – cara membuatnya :-
1. Kisar bahan A dan perapkan daging kambing dengan sedikit serbuk badam.
2. Panaskan mentega dan minyak.
3. Masukkan daging yang diperap dan masak sehingga empuk, kemudian masukkan
bahan A dan masak sehingga naik bau.
4. Masukkan puri tomato dan baki serbuk badam dan daun ketumbar.
5. Masak sehingga kuah pekat.
EPISOD : 12 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : FALAFEL
Bahan – bahan :-
500 gram Kacang Fava (Kacang Parang)
2 camca teh Jintan Manis
Secubit Serbuk Cili Cayenne
1 camca teh Baking Soda
10 biji Bawang Putih
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
Seikat Daun Parsli
Seikat daun Daun Ketumbar
6 helai Daun Bawang
Cara – cara membuatnya :-
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar kasar semua bahan tersebut.
2. Keluarkan dan bentukkan dengan sudu.
3. Rehatkan adunan tadi selama sejam di dalam peti sejuk supaya tidak pecah
semasa menggoreng.
4. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kuning keemasan.
EPISOD : 12 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF RIZ
NAMA RESEPI : TAUHU ROJAK DWI GAYA
(TAUHU BAKAR IPOH & TOFU TELOR PASSEMBOR)
TAUHU BAKAR IPOH
Bahan – bahan :-
4 keping Tauhu
2 camca besar Minyak Masak
½ biji Timun (Dibuang kulit dan dihiris halus)
½ biji Lobak Merah (Dihiris halus)
250 gram Tauge
4 camca besar Kacang Tanah (Dikisar)
2 camca besar Bijan
2 camca besar Sambal Belacan
2 camca besar Petis Udang
125 mililiter Air Asam Jawa
2 camca besar Gula Melaka
Garam secukup rasa
TOFU TELUR PASEMBOR
Bahan – bahan :-
2 biji Tofu Telur Jepun
125 gram Tepung Jagung
150 gram Kentang (Digoreng)
½ biji Timun (Dibuang kulit dan dihiris halus)
100 gram Sengkuang
2 biji Telur (Direbus)
10 biji Bawang Merah (Dicincang)
3 biji Bawang Putih (Dicincang)
3 camca besar Udang Kering (Ditumbuk lumat)
125 mililiter Air
100 gram Cili Boh
100 mililiter Air Asam Jawa
4 camca besar Gula Melaka
200 gram Keledek (dilecek)
50 gram Kacang Tanah (dikisar)
1 tangkai Cili Merah
1 tangkai Cili Hijau
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa
Cara – cara membuatnya :-
1. Campurkan sambal belacan, asam jawa, petis udang, gula melaka serta kacang
tanah kedalam sebuah mangkuk. Kacau rata supaya sebati.
2. Kemudian campurkan timun, lobak merah dan tauge ke dalam kuah rojak.
3. Sapukan tauhu dengan sedikit minyak, bakar sehingga kekuningan.
4. Belah 2 tauhu tadi dan letakkan sayuran di permukaan tauhu .
5. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga
naik bau, kemudian masukkan cili boh dah masak lagi hingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan keledek lecek, air asam jawa, kacang tanah dan gula melaka.
Masak hingga kuah pekat.
7. Goreng tofu jepun yang telah disadur dengan tepung jagung hingga kekuningan.
8. Tuangkan kuah pasembor ke atas tofu jepun tadi dan hidangkan.
EPISOD : 13 (A)
HOST/CHEF : CHEF WAN
NAMA RESEPI : LEKACH
CAKE MADU
Bahan – bahan :-
2 biji telur
200 gm gula
125 ml minyak sayuran
250 gm madu
125 ml perasa kopi
2 camca teh baking soda
1 camca teh serbuk kayu manis
½ camca teh serbuk cengkih
1 biji buah oren( diambil kulitnya)
300 gm tepung serbaguna
50 gm kacang walnut (dicincang)
40 gm kismis
Cara – cara membuatnya :-
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
2. Kemudian masukkan minyak, madu dan perasa kopi
3. Campurkan baking soda, serbuk kayu manis, serbuk cengkih, kulit limau dan
tepung.
4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung kedalam bancuhan telur tadi.
5. Akhir sekali masukkan kacang walnut dan kismis.
6. Masukkan adunan tadi di dalam bekas dan baker didalam ketuhar selama sejam
pada suhu 180c.
EPISOD : 13 (B)
CHEF JEMPUTAN : CHEF FLORENCE
NAMA RESEPI : STEW AYAM CENDERAWASIH
Bahan – bahan :-
1 ekor Ayam (Dibersihkan dan dipotong 10)
5 biji Terung Kecil (Dipotong 4)
2 biji Tomato Hijau
50 gram Serbuk Daun Ketumbar
1 tin Susu Sejat
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak Masak (untuk menumis)
Bahan A :-
1 helai Daun Kunyit
2 helai Daun Pandan
½ ikat Daun Kesum
4 helai Daun Kaduk
5 tangkai Daun Selasih
7 biji Cili Hijau
10 biji Cili Padi Hijau
2 cm Halia
2 cm Lengkuas
3 batang Serai
5 biji Bawang Putih
125 gram Badam Hancur
2 biji Buah Keras
Bahan B :-
2 batang Kulit kayu Manis
5 biji Buah Pelaga
5 kuntum Bunga Cengkih
3 kuntum Bunga Lawang
1 kuntum Bunga Kantan
Cara – cara membuatnya :-
1. Kisar semua Bahan A dan perapkan pada ayam selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan bahan perapan, renihkan selama 10 minit.
4. Masukkan terung kecil dan masak sehingga ayam empuk.
5. Hiaskan dengan hirisan tomato hijau dan daun ketumbar

Contenu connexe

Tendances (19)

Resep makanan 2
Resep makanan 2Resep makanan 2
Resep makanan 2
 
Resep masakan
Resep masakanResep masakan
Resep masakan
 
Recipe collection 6
Recipe collection 6Recipe collection 6
Recipe collection 6
 
Tata boga viki
Tata boga vikiTata boga viki
Tata boga viki
 
Recipe collection 9
Recipe collection 9Recipe collection 9
Recipe collection 9
 
Resep Masakan
Resep Masakan Resep Masakan
Resep Masakan
 
Makanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan OrientalMakanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan Oriental
 
Resep
ResepResep
Resep
 
Resep makanan 98
Resep makanan 98Resep makanan 98
Resep makanan 98
 
Kumpulan Resep Makanan Lengkap
Kumpulan Resep Makanan LengkapKumpulan Resep Makanan Lengkap
Kumpulan Resep Makanan Lengkap
 
Resep Masakan
Resep MasakanResep Masakan
Resep Masakan
 
Re Food
Re FoodRe Food
Re Food
 
Resep masakan indonesia_(_a-z_)
Resep masakan indonesia_(_a-z_)Resep masakan indonesia_(_a-z_)
Resep masakan indonesia_(_a-z_)
 
Menu masakan
Menu masakanMenu masakan
Menu masakan
 
Resep
ResepResep
Resep
 
Recipe collection 8
Recipe collection 8Recipe collection 8
Recipe collection 8
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Tumisan
TumisanTumisan
Tumisan
 
Recipe collection 37
Recipe collection 37Recipe collection 37
Recipe collection 37
 

En vedette

Recipe collection 69
Recipe collection 69Recipe collection 69
Recipe collection 69Sal Lie
 
Recipe collection 15
Recipe collection 15Recipe collection 15
Recipe collection 15Sal Lie
 
Recipe collection 11
Recipe collection 11Recipe collection 11
Recipe collection 11Sal Lie
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5Sal Lie
 
Recipe collection 7
Recipe collection 7Recipe collection 7
Recipe collection 7Sal Lie
 
Recipe collection 32
Recipe collection 32Recipe collection 32
Recipe collection 32Sal Lie
 
Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28Sal Lie
 
Recipe collection 23
Recipe collection 23Recipe collection 23
Recipe collection 23Sal Lie
 
Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1Sal Lie
 
Recipe collection 24
Recipe collection 24Recipe collection 24
Recipe collection 24Sal Lie
 
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4Sal Lie
 
Recipe collection 18
Recipe collection 18Recipe collection 18
Recipe collection 18Sal Lie
 
Recipe collection 13
Recipe collection 13Recipe collection 13
Recipe collection 13Sal Lie
 
Recipe collection 3
Recipe collection 3Recipe collection 3
Recipe collection 3Sal Lie
 
Line Cook 240
Line Cook 240Line Cook 240
Line Cook 240YPIC
 
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22Sal Lie
 
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29Sal Lie
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30Sal Lie
 
Recipe collection 14
Recipe collection 14Recipe collection 14
Recipe collection 14Sal Lie
 

En vedette (20)

Recipe collection 69
Recipe collection 69Recipe collection 69
Recipe collection 69
 
Recipe collection 15
Recipe collection 15Recipe collection 15
Recipe collection 15
 
Recipe collection 11
Recipe collection 11Recipe collection 11
Recipe collection 11
 
Recipe collection 5
Recipe collection 5Recipe collection 5
Recipe collection 5
 
Recipe collection 7
Recipe collection 7Recipe collection 7
Recipe collection 7
 
Recipe collection 32
Recipe collection 32Recipe collection 32
Recipe collection 32
 
Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28
 
Recipe collection 23
Recipe collection 23Recipe collection 23
Recipe collection 23
 
Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1
 
Recipe collection 24
Recipe collection 24Recipe collection 24
Recipe collection 24
 
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4
 
Recipe collection 18
Recipe collection 18Recipe collection 18
Recipe collection 18
 
Recipe collection 13
Recipe collection 13Recipe collection 13
Recipe collection 13
 
Recipe collection 3
Recipe collection 3Recipe collection 3
Recipe collection 3
 
Line Cook 240
Line Cook 240Line Cook 240
Line Cook 240
 
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22
 
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29
 
Resepi BBQ dan Grill
Resepi BBQ dan GrillResepi BBQ dan Grill
Resepi BBQ dan Grill
 
Recipe collection 30
Recipe collection 30Recipe collection 30
Recipe collection 30
 
Recipe collection 14
Recipe collection 14Recipe collection 14
Recipe collection 14
 

Similaire à RESEPI RAMADHAN (20)

Rawon
RawonRawon
Rawon
 
Resepiku
ResepikuResepiku
Resepiku
 
20 resipi gulai
20 resipi gulai20 resipi gulai
20 resipi gulai
 
20 resipi gulai
20 resipi gulai20 resipi gulai
20 resipi gulai
 
Masakan kikil
Masakan kikilMasakan kikil
Masakan kikil
 
Isi tugas plh
Isi tugas plhIsi tugas plh
Isi tugas plh
 
Resepikampung
ResepikampungResepikampung
Resepikampung
 
4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah
4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah
4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah
 
Resipi lada
Resipi ladaResipi lada
Resipi lada
 
9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee
 
Mee kari kerang
Mee kari kerangMee kari kerang
Mee kari kerang
 
Resepi nasi arab simple
Resepi nasi arab simpleResepi nasi arab simple
Resepi nasi arab simple
 
tugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanantugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanan
 
Resep masakan By Siti Sa'adah
Resep masakan By Siti Sa'adahResep masakan By Siti Sa'adah
Resep masakan By Siti Sa'adah
 
Siti Sa'adah : Resep Masakan
Siti Sa'adah : Resep MasakanSiti Sa'adah : Resep Masakan
Siti Sa'adah : Resep Masakan
 
Ppt azrina
Ppt azrinaPpt azrina
Ppt azrina
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Resepi
ResepiResepi
Resepi
 
Makanan tradisional melayu
Makanan tradisional melayuMakanan tradisional melayu
Makanan tradisional melayu
 

Plus de Sal Lie

Recipe collection 93
Recipe collection 93Recipe collection 93
Recipe collection 93Sal Lie
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57Sal Lie
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56Sal Lie
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55Sal Lie
 
Recipe collection 54
Recipe collection 54Recipe collection 54
Recipe collection 54Sal Lie
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52Sal Lie
 
Recipe collection 50
Recipe collection 50Recipe collection 50
Recipe collection 50Sal Lie
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49Sal Lie
 
Recipe collection 47
Recipe collection 47Recipe collection 47
Recipe collection 47Sal Lie
 
Recipe collection 43
Recipe collection 43Recipe collection 43
Recipe collection 43Sal Lie
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40Sal Lie
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39Sal Lie
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38Sal Lie
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36Sal Lie
 
Recipe collection 35
Recipe collection 35Recipe collection 35
Recipe collection 35Sal Lie
 
Recipe collection 34
Recipe collection 34Recipe collection 34
Recipe collection 34Sal Lie
 
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33Sal Lie
 
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27Sal Lie
 
Recipe collection 26
Recipe collection 26Recipe collection 26
Recipe collection 26Sal Lie
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25Sal Lie
 

Plus de Sal Lie (20)

Recipe collection 93
Recipe collection 93Recipe collection 93
Recipe collection 93
 
Recipe collection 57
Recipe collection 57Recipe collection 57
Recipe collection 57
 
Recipe collection 56
Recipe collection 56Recipe collection 56
Recipe collection 56
 
Recipe collection 55
Recipe collection 55Recipe collection 55
Recipe collection 55
 
Recipe collection 54
Recipe collection 54Recipe collection 54
Recipe collection 54
 
Recipe collection 52
Recipe collection 52Recipe collection 52
Recipe collection 52
 
Recipe collection 50
Recipe collection 50Recipe collection 50
Recipe collection 50
 
Recipe collection 49
Recipe collection 49Recipe collection 49
Recipe collection 49
 
Recipe collection 47
Recipe collection 47Recipe collection 47
Recipe collection 47
 
Recipe collection 43
Recipe collection 43Recipe collection 43
Recipe collection 43
 
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
 
Recipe collection 39
Recipe collection 39Recipe collection 39
Recipe collection 39
 
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38
 
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
 
Recipe collection 35
Recipe collection 35Recipe collection 35
Recipe collection 35
 
Recipe collection 34
Recipe collection 34Recipe collection 34
Recipe collection 34
 
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33
 
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27
 
Recipe collection 26
Recipe collection 26Recipe collection 26
Recipe collection 26
 
Recipe collection 25
Recipe collection 25Recipe collection 25
Recipe collection 25
 

RESEPI RAMADHAN

  • 1. SAJIAN RAMADHAN BERSAMA CHEF WAN EPISOD : 1 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : TAJINE BEBOLA IKAN ALA MAGHRIBI Bahan – bahan :- Untuk Bebola Ikan :- 500 gram Isi Ikan 4 camca besar Serbuk Roti 1 biji Telur (Dipukul) Secubit Serbuk Buah Pala 3 camca besar Daun Ketumbar( dicincang) Serbuk lada sulah Garam dan gula secukup rasa Untuk Sos Tomato :- 2 biji Bawang Putih (Dicincang) 2 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang) 3 camca besar Puri Tomato 1 camca teh Serbuk Cili Cayenne. Cara – cara membuatnya :- 1. Untuk membuat sos, tumis bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan tomato, puri tomato, gula, garam dan serbuk cili cayenne. 3. Masukkan air dan biarkan mendidih dengan api kecil. 4. Untuk bebola ikan, campurkan semua bahan dan kacau sebati. 5. Gunakan tangan untuk membuat bentuk bebola. 6. Masukkan bebola ikan kedalam sos tomato dan biarkan ia mereneh dengan api perlahan selama 20 minit.
  • 2. EPISOD : 1 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF WAN NAMA RESEPI : AYAM THAI ISTIMEWA Bahan – bahan :- 700 gram Isi ayam (Dihiris) 6 camca besar Minyak masak 2 camca besar Bawang Putih (Dicincang) Bahan A :- 2 biji Bawang Besar (Dipotong berbaji) 4 biji Cili Merah (Dihiris) 10 batang Putik Jagung (Dihiris) 5 batang Saderi (Dihiris) 1 biji Lobak Merah 200 gram Kacang Sepat Bahan B :- 250 mililiter Sos Cili Thai 3 camca teh Serbuk Pati Ikan Bilis ½ camca teh Serbuk Lada Sulah 2 camca teh Tepung Jagung 200 mililiter Air (dicampur dengan tepung jagung) Garam secukup rasa Cara – cara membuatnya :- 1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi. 2. Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam itu masak. 3. Masukkan bahan A dan goreng sebentar. 4. Kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga pekat. 5. Angkat dan hidangkan.
  • 3. EPISOD : 2 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : TABBOULEH ( SALAD BURGHUL BERSAMA DAUN PARSLI DAN PUDINA) Bahan – bahan :- 125 gram Gandum Burghul 2 biji Buah Lemon (Diambil jusnya) 75 mililiter Minyak Zaitun 300 gram Daun Parsli (Daunnya sahaja) 75 gram Daun Pudina 6 helai Daun Bawang 3 biji Tomato (Dipotong dadu) Daun Salad Garam dan Gula secukup rasa Sedikit Lada Sulah Cara – cara membuatnya :- 1. Hiris halus daun parsli, daun pudina dan daun bawang. 2. Gandum burghul direndam sehingga kembang dan toskan airnya. 3. Didalam mangkuk yang besar, campurkan semua bahan 4. Pesuaikan perasa dengan citarasa anda.
  • 4. EPISOD : 2 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF CELINE NAMA RESEPI : SAMBAL UDANG CILI HIJAU Bahan – bahan :- 500 gram Udang (bersaiz sederhana) 10 tangkai Cili Hijau 500 gram Kelapa Parut 250 mililiter Santan 250 mililiter Susu Segar 2 camca teh Pati Ikan Bilis Minyak Masak Garam dan Gula secukup rasa Bahan A :- 10 biji Bawang Merah 5 biji Bawang Putih 2 batang Serai 1 camca teh Serbuk Belacan Cara – cara membuatnya :- 1. Hiris cili hijau dan rendamkan di dalam air. 2. Kisar bahan A dan tumiskan sehingga naik bau 3. Masukkan separuh santan dan biar sehingga ianya mendidih. 4. Masukkan udang dan tunggu sehingga ianya masak. 5. Masukkan pati ikan bilis, garam dan gula. 6. Masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih. 7. Masukkan baki santan dan kelapa parut. 8. Kemudian masukkan cili hijau dan kacau rata. 9. Hidangkan bersama nasi panas.
  • 5. EPISOD : 3 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : IMAM BAYILDI Bahan – bahan :- 6 biji Terung 10 biji Bawang Besar (Dihiris) 5 biji Bawang Putih (Dicincang) 100 mililiter Minyak Zaitun 1 biji Lada Benggala 12 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang) Seikat Daun Parsli 200 mililiter Jus Tomato Secubit Serbuk Lada Sulah Garam dan gula secukup rasa Cara – cara membuatnya :- 1. Terung di belah 2 dan digoreng sehingga separa masak ataupun lembut. 2. Panaskan periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga lembut. 3. Kemudian masukkan lada benggala, tomato dan letakkan perasa. Masak sehingga kering . 4. Masukkan daun parsli. Kacau rata. 5. Buatkan lubang ditengah terung tadi dan sumbatkan dengan bahan yang telah ditumis. 6. Masukkan jus tomato dan lebihan bahan yang ditumis kedalam periuk. Susunkan terung tadi dan curahkan jus tomato. Masak selama 30 minit atau sehingga kuah menjadi pekat dengan api perlahan.
  • 6. EPISOD : 3 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF SABRI NAMA RESEPI : UDANG TIGA RASA Bahan – bahan :- 600 gram Udang Harimau (Dibersihkan) 2 biji Bawang Besar (Dipotong dadu) 1 biji Lada Benggala Merah (Dipotong dadu) 1 biji Lada Benggala Hijau (Dipotong dadu) 1 biji Lada Benggala Kuning (Dipotong dadu) 4 ulas Bawang Putih (Dicincang) 2 cm Halia (Dihiris) 1 camca besar Cili Boh 1 camca besar Pes Tomyam 3 camca besar Sos Tiram 2 camca besar Sos Ikan Thai 2 helai Daun Limau Purut (Dimayang) 1 helai Daun Kunyit (Dimayang) 4 camca besar Sos Tomato 6 sudu besar Sos Cili 125ml Air Garam dan Gula secukup rasa. Cara – cara membuatnya :- 1. Panaskan minyak,masukkan bawang putih,halia, kacau sehingga naik bau. 2. Masukkan cili boh, pes tomyam, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata 3. Masukkan bawang besar, udang, daun limau, daun kunyit dan kacau hingga udang bertukar warna merah. 4. Masukkan sos ikan, lada benggala, dan masak lagi sehingga lada sedikit lembut. 5. Akhir sekali masukkan air limau, garam dan gula secukup rasa. 6. Hiaskan dengan daun ketumbar dan hidangkan.
  • 7. EPISOD : 4 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : HARIRA (SUP RAMADAN MAGHRIBI) Bahan – bahan :- 250 gram Daging Kambing (Dipotong kiub) 250 gram Kacang Kuda 2 biji Bawang Besar (Dicincang) 10 biji Tomato (Dikupas kulit dan di cincang) 6 batang Daun Saderi ½ camca teh Koma – Koma ½ camca teh Serbuk Halia 2 camca besar Puri Tomato 125 gram Mihun 50 gram Tepung Seikat Daun Parsli Seikat Daun Ketumbar 2 camca besar Serbuk Paprika 3 liter Air Garam dan gula secukup rasa Cara – cara membuatnya :- 1. Rebuskan daging dengan 3 liter air sehingga mendidih. 2. Keluarkan air rebusan. Masukkan pula kacang kuda, bawang besar, dan tomato. 3. Kemudian masukkan daun saderi, lada sulah, koma – koma, dan serbuk halia. 4. Renehkan selama sejam sehingga daging lembut. 5. Masukkan garam, mihun, dan puri tomato. 6. Masukkan balik air rebusan tadi. Pekatkan dengan tepung. 7. Sebelum hidang taburkan daun ketumbar dan daun parsli.
  • 8. EPISOD : 4 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF ZAIDAH NAMA RESEPI : ACAR SOTONG KERING Bahan – bahan :- 5 keping Sotong Kering (Drendam semalaman) 2 biji Lobak Merah (Dihiris memanjang) 2 biji Timun (Dihiris memanjang) 5 biji Cili Merah 5 biji Cili Hijau 250 gram Kerisik 200 mililiter Cuka Garam dan Gula secukup rasa Minyak untuk menumis Bahan A :- 1 camca teh Jintan Manis 1 camca teh Jintan Putih 2 camca besar Ketumbar 8 tangkai Cili Kering 10 biji Bawang Merah 2 cm Halia 1 camca teh Serbuk Kunyit Bahan B :- 3 kuntum Bunga Lawang 1 batang Kulit Kayu Manis 4 biji Buah Pelaga. Cara – cara membuatnya :- 1. Sotong yang telah direndam di potong kecil. 2. Kisarkan bahan A sehingga menjadi pes 3. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau. 4. Masukkan bahan B, kerisik, sotong dan garam. 5. Tuangkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan cuka. 6. Akhir sekali masukkan cili, timun dan lobak merah. Kacau sehingga rata.
  • 9. EPISOD : 5 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : KOUS KOUS DENGAN TUJUH SAYURAN Bahan – bahan :- 1.5 kilogram Daging (Bahagian bertulang) 250 gram Kacang Kuda 2 biji Bawang Besar (Dihiris nipis) 4 biji Bawang Putih (Dicincang) ½ camca teh Koma – Koma 2 camca teh Serbuk Kayu Manis 2 camca teh Serbuk Paprika 1 camca teh Serbuk Cili Cayenne 2 camca teh Serbuk Halia Garam secukup rasa Sayuran :- 500 gram Lobak Merah 1 biji Kobis (Saiz sederhana) 6 biji Artichoke 2 biji Terung 500 gram Ubi Kentang 2 biji Lada Benggala 500 gram Kacang Fava (Kacang Parang) 250 gram Kismis Hitam 500 gram Labu (Dipotong 5cm) 4 biji Tomato Seikat Daun Parsli Seikat Daun Ketumbar Kous – kous :- 1 kilogram Kous – Kous 1.5 liter Air 4 camca besar Minyak Zaitun
  • 10. Cara – cara membuatnya :- 1. Rebuskan daging dengan air sehingga mendidih. Keluarkan air rebusan. 2. Masukkan bawang besar, bawang besar, dan kacang kuda. Masak selama sejam 3. Kemudian masukkan lobak merah, kobis, artichoke, terung, dan kentang. Masak selama 20 minit. 4. Masukkan kismis dan kacang fava, masak lagi selama 10 minit. Masukkan labu dan tomato. 5. Selepas 5 minit masukkan daun pasli dan daun ketumbar. 6. Untuk kous kous. Di dalam mangkuk besar masukkan air dan biarkan ia rendam selama 10 minit. Selepas 10 minit kous – kous itu akan menyerap air 7. Kukuskan kous – kous itu selama 15 minit. 8. Sebelum diangkat masukkan sedikit minyak zaitun. 9. Hidangkan bersama sayuran tadi.
  • 11. EPISOD : 5 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF ZAM NAMA RESEPI : ITIK MASAK KOLA DENGAN ASAM KELUBI BAHAN – BAHAN Bahan Untuk Perapan :- 1 ekor Itik (Dibersihkan dan Dilap kering) 5 biji Asam Kelubi 6 camca besar Kicap Pekat Hitam Bahan A :- 15 biji Bawang Merah 15 tangkai Cili Kering 2 cm Lengkuas 2 camca besar Serbuk Ketumbar Bahan B :- 2 keping Asam Keping 750 mililiter Air Bekarbonat Berperisa Kola 500 mililiter Air Garam secukup rasa Cara – cara membuatnya :- 1. Lumurkan itik dengan campuran asam kelubi dan kicap pekat hitam. Perapkan selama 2 jam. 2. Panaskan minyak masak, kisarkan bahan A dan tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan Bahan B serta itik yang diperapkan tadi 4. Tutupkan periuk dan reneh dengan api yang kecil sehingga kuah pekat dan itik empuk. 5. Potong dan hidangkan bersama nasi.
  • 12. EPISOD : 6 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : KAMBING TAJINE DENGAN BUAH PRUN Bahan – bahan :- 1 kilogram Daging kambing (Bahagian Bertulang) 2 camca teh Serbuk Lada Hitam ½ camca teh Koma-Koma 2 biji Bawang Putih (Dicincang) 1 biji Bawang Besar (Dicincang) 500 gm Buah Prun 4 camca besar Madu 2 camca besar Jus Oren Seikat Daun Parsli (Dicincang) Cara – cara membuatnya :- 1. Di dalam periuk masukkan daging kambing,koma- koma, serbuk halia, bawang putih dan bawang besar serta serbuk lada hitam. 2. Masak selama satu jam sehingga daging empuk. 3. Kemudian masukkan buah prun dan serbuk kayu manis. Masak lagi selama 15 minit 4. Kemudian masukkan madu, dan jus oren. Masak sehingga kuah pekat. 5. Hidangkan panas.
  • 13. EPISOD : 6 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF RIZ NAMA RESEPI : MEE UDANG GALAH DENGAN SOS KANTONIS Bahan – bahan :- 400 gram Yee Mee (Dicelur) 4 ekor Udang Galah (Dibersih dan dibelah dua) 2 cm Halia Muda 4 helai Daun Bawang (Bahagian putih dihiris) 4 helai Daun Bawang (Bahagian hijau dihiris) 6 biji Bawang Putih (Dicincang halus) 100 gram Daun kobis cina (Dicelur sebentar) 1 batang Lobak Merah (Dipotong bentuk bunga) 50 gram Kacang Sepat 6 batang Putik Jagung 50 gram Cendawan Tiram Minyak untuk menumis Bahan untuk kuah :- 2 liter Air rebusan udang atau air biasa 2 camca besar Sos Tiram 2 camca besar Kicap Cair 1 camca teh Serbuk Lada Putih 1 camca teh Serbuk Pati Ayam 4 biji Telur 4 camca besar Tepung Jagung 8 camca besar Air Garam dan Gula secukup rasa
  • 14. Cara – cara membuatnya :- 1. Sediakan sebuah periuk berisi air garam untuk mencelur. Celur yee mee selama satu minit. Alihkan ke dalam pinggan hiding. 2. Panaskan minyak dan goreng udang galah sehingga bertukar kemerahan. Ketepikan. 3. Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau,kemudian masukkan semua sayur dan biarkan masak seketika. 4. Tuangkan air rebusan udang dan biar ia reneh sebentar sebelum masukkan bahan-bahan perasa. 5. Sesuaikan rasa mengikut citarasa, dan masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. 6. Pecahkan telur dan kacau seketika sebelum hidang.
  • 15. EPISOD : 7 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : BOREK (PAI PEDAS) Bahan – bahan :- 250 gram Pastri Filo 200 mililiter Mentega Cair Inti Keju :- 350 gram Keju Feta Secubit Serbuk Lada Sulah Secubit Serbuk Buah Pala Seikat Daun Parsli (Dincincang) Seikat Daun Ketumbar (Dicincang) Inti Daging :- 250gram Daging Kisar 1 biji Bawang Besar (Dicincang) 1 biji Tomato (Dikupas kulit dan dicincang) 1 biji Telur Seikat Daun Parsli (Dicincang) Seikat Daun Ketumbar (Dicincang) Garam dan gula secukup rasa
  • 16. Cara – cara membuatnya :- 1. Panaskan ketuhar pada suhu 180c 2. Untuk inti keju adunkan semua bahan sehingga sebati 3. Untuk inti daging, tumis bawang besar sehingga lembut, 4. Masukkan tomato. Masak hingga kering dan sejukkan 5. Apabila adunan sejuk, campurkan dengan telur, hirisan daun ketumbar dan daun parsli. 6. Untuk membungkus, gunakan pastry filo. Sapukan dengan mentega cair dan letakkan inti. 7. Pastikan mentega disapu untuk mendapatkan pastry yang rapuh dah sedap.
  • 17. EPISOD : 7 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF CELINE NAMA RESEPI : KAMBING GULA MELAKA Bahan – bahan :- 500 gram Daging Kambing (Bahagian bahu) 100 gram Gula Melaka 50 gram Kelapa Parut (Digoreng) 3 camca besar Air Limau 3 camca besar Minyak Masak Bahan A :- 15 biji Bawang Merah 3 biji Bawang Putih 2 batang Serai 2 camca besar Serbuk Kari Daging Garam Secukup Rasa Cara – cara membuatnya :- 1. Kisar Bahan A dan perap dengan daging kambing selama 2 jam. 2. Panaskan minyak masak dan goreng daging tadi sehingga masak. 3. Perlahankan api kemudian masukkan kelapa parut dan gula melaka. 4. Masukkan air limau dan hidangkan dengan nasi.
  • 18. EPISOD : 8 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : LAHMACUN (PIZZA DAGING ALA TURKI) Bahan – bahan :- Doh Pizza 500 gram Tepung Gandum 250 mililiter Air Suam 15 gram Yis Kering 4 camca besar Minyak Zaitun Untuk Inti 500 gram Bawang Besar (Dihiris) 15 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang) 750 gram Daging Kambing (Dikisar) 4 camca besar Puri Tomato Secubit Serbuk Cili Cayenne 50 gram Kacang Pine Seikat Daun Parsli Cara – cara membuatnya :- 1. Larutkan yis ke dalam air suam dengan sedikit gula. 2. Campurkan semua adunan doh kedalam mesin adunan. 3. Biarkan ia naik. 4. Untuk inti pula, tumis bawang sehingga naik bau, kemudian masukkan daging. Masak sehingga kering, kemudian masukkan semua bahan kecuali kacang pine. 5. Uli doh sehingga menjadi bentuk ameba(empat segi memanjang) 6. Letakkan inti di atas dan taburkan sedikit kacang pine. 7. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 180c
  • 19. EPISOD : 8 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF FLORENCE NAMA RESEPI : KERABU MANGGA NYONYA Bahan – bahan :- 200 gm Mangga muda (Dihiris halus) 400 gm Bawang merah (Dihiris) 600 gm Timun (Dihiris tanpa empulur) 70 gm Udang Kering (Ditumbuk halus) 1 kuntum Bunga Kantan 2 biji Cili Merah 4 helai Daun Limau Purut. Bahan A :- 4 camca besar Sos Cili 4 camca besar Sos Tomato 4 sudu besar Sos Plum 6 sudu besar Jus Limau Kasturi Garam dan Gula secukup rasa Minyak masak untuk menggoreng Cara – cara membuatnya :- 1. Hiriskan semua bahan-bahan untuk kerabu 2. Campurkan bahan A dengan bawang merah 3. Masukkan semua bahan – bahan lain. Kacau sehingga sebati. 4. Hidangkan.
  • 20. EPISOD : 9 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : LADA BENGGALA DAGING ALA IRAN Bahan – bahan :- 3 biji Lada Benggala Merah 3 camca besar Minyak Zaitun 2 biji Bawang Besar (Dicincang) 300 gram Daging Kambing (Dicincang) 1 camca teh Serbuk Kunyit 1 camca teh Daun Selasih (Dicincang) 1 camca teh Daun Dill (Dicincang) 2 helai Daun Bay 3 camca besar Puri Tomato 10 helai Daun Bawang (Dicincang) Seikat Daun Ketumbar (Dicincang) 250 gram Nasi Garam dan gula secukup rasa Untuk Sos Tomato :- 5 camca besar Sos Tomato 5 camca besar Sos Cili 250 mililiter Air 60 mililiter Minyak Zaitun 2 camca besar Cuka Epal
  • 21. Cara – cara membuatnya :- 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging kambing, serbuk kunyit, daun selasih, dill dan daun bay. Masak selama 10 minit. 3. Masukkan puri tomato, daun bawang, daun ketumbar dan beras. Letakkan garam dan lada sulah secukup rasa. 4. Masukkan inti kedalam lada benggala yang dipotong atasnya. 5. Untuk sos tomato, masukkan semua bahan dan biarkan mendidih sebentar. 6. Masukkan lada benggala yang disumbat tadi kedalam sos tomato. Kecilkan api dan tutup periuk. 7. Masak selama 30 minit atau sehingga kuah menjadi pekat.
  • 22. EPISOD : 9 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF SABRI NAMA RESEPI : AYAM GORENG MADRAS Bahan – bahan :- 1 kilogram Kepak Ayam 3 liter Minyak Masak (Untuk menggoreng) Garam dan gula secukup rasa Bahan A :- 250 gram Perencah Tepung Serbaguna 1 camca besar Serbuk Kari Daging 2 camca besar Serbuk Jintan Manis 2 camca besar Serbuk Jintan Putih 3 camca besar Jintan Manis 10 biji Bawang Besar (Dicincang halus) 2 cm Halia (Dicincang halus) 4 biji Bawang Putih (Dicincang halus) 125 mililiter Sos Tiram 3 camca besar Air Limau Nipis 125 mililiter Air 125 mililiter Minyak Masak Cara – cara membuatnya :- 1. Satukan bahan A didalam mangkuk sehingga likat. 2. Masukkkan ayam, gula dan garam secukup rasa 3. Perap selama 30minit hingga sejam. 4. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi sehingga garing. 5. Hidangkan dengan sos kesukaan anda.
  • 23. EPISOD : 10 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : BERGEDIL IKAN BEREMPAH Bahan – bahan :- 500 gram Isi Ikan 4 camca besar Serbuk Roti 1 biji Telur (Dipukul) Secubit Serbuk Lada Sulah 3 camca besar Daun Parsli (Dicincang) 2 biji Bawang Putih (Dicincang) 1 camca teh Serbuk Jintan Manis Minyak untuk menggoreng Cara – cara membuatnya :- 1. Campurkan semua adunan untuk bergedil kecuali telur. 2. Bentuk kan seperti bergedil 3. Celupkan dengan telur dan goreng dengan minyak yang separa menutupi bergedil Itu. 4. Masak sehingga kuning keemasan.
  • 24. EPISOD : 10 (B) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : SUP KHOUSHARI (SUP KACANG DHAL. MAKARONI & NASI) Bahan – bahan :- 125 ml Minyak Zaitun Secukup Rasa Garam Secukup Rasa Serbuk Lada Sulah 2.5 liter Stok Ayam Bahan A :- 2 batang Seleri (Dihiris) 1 batang Lobak Merah (Dihiris) 1 biji Bawang Besar (Dicincang) 4 ulas Bawang Putih (Dicincang halus) Bahan B :- 125gram Beras (Dibasuh & Ditoskan) 375gram Puri Tomato 1 ikat Daun Parsli 1 ikat Daun Ketumbar (Segar) 2 helai Daun Bay 250 gram Makaroni 250 gram Kacang Dhal (Direbus sehingga lembut) 200 gram Buah Tin/ Buah Fig Cara – cara membuatnya :- 1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan A sehingga lembut. Kemudian masukkan stok ayam. 2. Masukkan bahan B dan masak sehingga pekat. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa dan hidangkan.
  • 25. EPISOD : 10 (C) CHEF JEMPUTAN : CHEF LIZA NAMA RESEPI : PARU GORENG SERAI BERJINTAN Bahan – bahan :- 500 gram Paru (Direbus) 500 gram Hati lembu (Direbus) 5 batang Serai 1 biji Bawang Besar 1 camca besar Jintan Manis 4 camca besar Air Asam Jawa Bahan A 1 camca besar Garam 2 camca besar Air Asam Jawa 1 camca besar Serbuk Kunyit Bahan B 6 biji Cili Merah 4 biji Bawang Merah 4 biji Bawang Putih 3 cm Halia Cara – cara membuatnya :- 1. Paru dan Hati tadi dihiris nipis dan di rebus, selepas itu gaulkan ia dengan Bahan A. 2. Gorengkan hati dan paru dalam minyak yang banyak. Tos dan ketepikan. 3. Kisar kasar Bahan B. Tumiskan serai dan jintan manis. Apabila agak layu angkat dan letakkan bersama paru dan hati tadi. 4. Tumiskan bahan B sehingga garing, masukkan garam, gula merah dan air asam jawa. 5. Masukkan paru dan hati dan kacau sehingga sebati 6. Angkat dan hidangkan.
  • 26. EPISOD : 11 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : AYAM DENGAN TOMATO DAN MADU (DJEJ MATISHA MESLA) Bahan – bahan :- 1 ekor Ayam 1 biji Bawang Besar (Dicincang) 1 biji Bawang Putih (Dicincang) 2 camca teh Serbuk Kayu Manis ¼ camca teh Serbuk Halia Secubit Koma – Koma Secubit Garam 15 biji Tomato (Dibuang kulit dan potong dadu) 2 camca besar Madu Cara – cara membuatnya :- 1. Masukkan ayam, bawang besar, bawang putih, rempah, dan tomato. 2. Biarkan ia mereneh selama sejam sehingga ayam itu empuk. 3. Keluarkan ayam itu dan masukkan madu. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  • 27. EPISOD : 11 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF ZAIDAH NAMA RESEPI : KAMBING ZIKOMA Bahan – bahan :- 600 gram Daging Kambing 30 gram Serbuk Badam 125 gram Puri Tomato 50 gram Serbuk Daun Ketumbar 700 gram Mentega Garam dan Gula secukup rasa Minyak untuk memasak Bahan A :- 3 biji Bawang Putih 1 biji Bawang Besar 6 tangkai Cili Kering 7 biji Buah Pelaga 1 camca teh Jintan Manis Cara – cara membuatnya :- 1. Kisar bahan A dan perapkan daging kambing dengan sedikit serbuk badam. 2. Panaskan mentega dan minyak. 3. Masukkan daging yang diperap dan masak sehingga empuk, kemudian masukkan bahan A dan masak sehingga naik bau. 4. Masukkan puri tomato dan baki serbuk badam dan daun ketumbar. 5. Masak sehingga kuah pekat.
  • 28. EPISOD : 12 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : FALAFEL Bahan – bahan :- 500 gram Kacang Fava (Kacang Parang) 2 camca teh Jintan Manis Secubit Serbuk Cili Cayenne 1 camca teh Baking Soda 10 biji Bawang Putih 1 biji Bawang Besar (Dicincang) Seikat Daun Parsli Seikat daun Daun Ketumbar 6 helai Daun Bawang Cara – cara membuatnya :- 1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar kasar semua bahan tersebut. 2. Keluarkan dan bentukkan dengan sudu. 3. Rehatkan adunan tadi selama sejam di dalam peti sejuk supaya tidak pecah semasa menggoreng. 4. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kuning keemasan.
  • 29. EPISOD : 12 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF RIZ NAMA RESEPI : TAUHU ROJAK DWI GAYA (TAUHU BAKAR IPOH & TOFU TELOR PASSEMBOR) TAUHU BAKAR IPOH Bahan – bahan :- 4 keping Tauhu 2 camca besar Minyak Masak ½ biji Timun (Dibuang kulit dan dihiris halus) ½ biji Lobak Merah (Dihiris halus) 250 gram Tauge 4 camca besar Kacang Tanah (Dikisar) 2 camca besar Bijan 2 camca besar Sambal Belacan 2 camca besar Petis Udang 125 mililiter Air Asam Jawa 2 camca besar Gula Melaka Garam secukup rasa TOFU TELUR PASEMBOR Bahan – bahan :- 2 biji Tofu Telur Jepun 125 gram Tepung Jagung 150 gram Kentang (Digoreng) ½ biji Timun (Dibuang kulit dan dihiris halus) 100 gram Sengkuang 2 biji Telur (Direbus) 10 biji Bawang Merah (Dicincang) 3 biji Bawang Putih (Dicincang) 3 camca besar Udang Kering (Ditumbuk lumat) 125 mililiter Air 100 gram Cili Boh
  • 30. 100 mililiter Air Asam Jawa 4 camca besar Gula Melaka 200 gram Keledek (dilecek) 50 gram Kacang Tanah (dikisar) 1 tangkai Cili Merah 1 tangkai Cili Hijau Minyak untuk menggoreng Garam secukup rasa Cara – cara membuatnya :- 1. Campurkan sambal belacan, asam jawa, petis udang, gula melaka serta kacang tanah kedalam sebuah mangkuk. Kacau rata supaya sebati. 2. Kemudian campurkan timun, lobak merah dan tauge ke dalam kuah rojak. 3. Sapukan tauhu dengan sedikit minyak, bakar sehingga kekuningan. 4. Belah 2 tauhu tadi dan letakkan sayuran di permukaan tauhu . 5. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga naik bau, kemudian masukkan cili boh dah masak lagi hingga pecah minyak. 6. Kemudian masukkan keledek lecek, air asam jawa, kacang tanah dan gula melaka. Masak hingga kuah pekat. 7. Goreng tofu jepun yang telah disadur dengan tepung jagung hingga kekuningan. 8. Tuangkan kuah pasembor ke atas tofu jepun tadi dan hidangkan.
  • 31. EPISOD : 13 (A) HOST/CHEF : CHEF WAN NAMA RESEPI : LEKACH CAKE MADU Bahan – bahan :- 2 biji telur 200 gm gula 125 ml minyak sayuran 250 gm madu 125 ml perasa kopi 2 camca teh baking soda 1 camca teh serbuk kayu manis ½ camca teh serbuk cengkih 1 biji buah oren( diambil kulitnya) 300 gm tepung serbaguna 50 gm kacang walnut (dicincang) 40 gm kismis Cara – cara membuatnya :- 1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang 2. Kemudian masukkan minyak, madu dan perasa kopi 3. Campurkan baking soda, serbuk kayu manis, serbuk cengkih, kulit limau dan tepung. 4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung kedalam bancuhan telur tadi. 5. Akhir sekali masukkan kacang walnut dan kismis. 6. Masukkan adunan tadi di dalam bekas dan baker didalam ketuhar selama sejam pada suhu 180c.
  • 32. EPISOD : 13 (B) CHEF JEMPUTAN : CHEF FLORENCE NAMA RESEPI : STEW AYAM CENDERAWASIH Bahan – bahan :- 1 ekor Ayam (Dibersihkan dan dipotong 10) 5 biji Terung Kecil (Dipotong 4) 2 biji Tomato Hijau 50 gram Serbuk Daun Ketumbar 1 tin Susu Sejat Garam dan Gula secukup rasa Minyak Masak (untuk menumis) Bahan A :- 1 helai Daun Kunyit 2 helai Daun Pandan ½ ikat Daun Kesum 4 helai Daun Kaduk 5 tangkai Daun Selasih 7 biji Cili Hijau 10 biji Cili Padi Hijau 2 cm Halia 2 cm Lengkuas 3 batang Serai 5 biji Bawang Putih 125 gram Badam Hancur 2 biji Buah Keras Bahan B :- 2 batang Kulit kayu Manis 5 biji Buah Pelaga 5 kuntum Bunga Cengkih 3 kuntum Bunga Lawang 1 kuntum Bunga Kantan
  • 33. Cara – cara membuatnya :- 1. Kisar semua Bahan A dan perapkan pada ayam selama 30 minit. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga naik bau. 3. Masukkan ayam dan bahan perapan, renihkan selama 10 minit. 4. Masukkan terung kecil dan masak sehingga ayam empuk. 5. Hiaskan dengan hirisan tomato hijau dan daun ketumbar