Slide 1: KARANGAN YANG CEMERLANG *IDEA/PENDAPAT YANG BERNAS DAN MATANG Slide 2: PERENGGAN PENDAHULUAN -PASTIKAN KARANGAN DAPAT MENARIK MINAT PEMERIKSA -FIKIRKAN CARA MENULIS PENDAHULUAN YANG MENARIK -GUNAKAN BAHASA YANG JELAS DAN BERKESAN PENGOLAHAN YANG MENARIK Slide 3: PENDAHULUAN -SATU PERENGGAN -MEMBERIKAN TAKRIF/DEFINISI, MENERANGKAN LATAR BELAKANG ISU -OLAHAN – CONTOH, PERIBAHASA, PENYOALAN SEJARAH DLL -AYAT TERAKHIR PEMBUKA ISI (AYAT ARAH)/FOKUS KEPADA KEHENDAK SOALAN Slide 4: [Soalan 2] Kes gejala sosial seperti lumba haram, penyalahgunaan dadah, ragut dan lain-lain lagi semakin berleluasa berlaku di negara kita. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan perlu diambil bagi mengurangkan masalah tersebut di negara kita? Slide 5: PENDAHULUAN -Saban hari, media massa memaparkan isu berkaitan gejala sosial yang semakin berleluasa berlaku di negara kita. Isu ini menjadi buah mulut [Ungkapan Menarik/UM] pelbagai pihak walaupun berbagai-bagai pendekatan telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Semuanya bagai mencurah garam ke laut (UM). Persoalannya, mengapakah masalah kebejatan [Kosa kata luas/KKL] akhlak semakin menjadi-jadi dan tidak menampakkkan ada kesudahannya. Sehubungan dengan itu, sekiranya kita perhalusi, ada sebab-musababnya kes-kes berkaitan gejala sosial ini terus meningkat. Daripada sebab-musabab inilah seyogianya (KKL) kita melaksanakan beberapa Slide 6: -Sambungan perenggan pendahuluan tindakan demi mengurangkan masalah yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan pembangunan negara. Kebanyakan kes gejala sosial melibatkan golongan remaja. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara (UM) merupakan slogan yang sering kita dengari. Sekiranya masalah ini tidak dapat kita atasi, tidak mustahil negara akan mengalami kehancuran. Oleh itu, pelbagai prakarsa (KKL) perlu dilaksanakan bagi merealisasikan (KKL) impian melahirkan rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat, yakni tidak terlibat dengan gejala sosial. (AYAT ARAH – Langkah untuk mengurangkan gejala sosial) Slide 7: Idea/Isi:LANGKAH-LANGKAH MENANGANI -PERANAN IBU BAPA/PERANAN INSTITUSI KELUARGA -PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN -PERANAN MEDIA MASSA -PERANAN INDIVIDU Slide 8: ELEMEN PEMERENGGANAN -AYAT TOPIK / AYAT JUDUL -AYAT HURAIAN -AYAT HURAIAN LANJUT -AYAT CONTOH -AYAT PENYIMPUL Slide 9: PERENGGAN ISI -[AJ]Memilih qudwah hasanah juga amat penting untuk menjayakan kempen menangani gejala sosial. [AH]Hal ini demikian kerana jika setiap individu perlu mempunyai idola masing-masing untuk dijadikan sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan, sudah pasti mereka tidak akan terjebak dengan aktiviti-aktiviti negatif. [AHL]Insan yang sering dijadikan idola ialah tokoh-tokoh agama, politik, ibu bapa dan guru. Slide 10: 2 Kes gejala sosial seperti lumba haram, penyalahgunaan dadah, ragut dan lain-lain lagi semakin berleluasa berlaku di negara kita. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan perlu diambil bag