SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
Pengenalan
Seni visual juga dikenali sebagai seni tampak yang merangkumi seni kraf tangan seperti
anyaman, lukisan, capan, ukiran dan banyak lagi. Seni kraf ini terhasil melalui hasil gabungan
pengalaman murid dan apa yang dipelajari. Secara umumnya, pendidikan seni merangkumi
pelbagai jenis seni yang dapat kita nikmati melalui carapenyampaian pengkarya yang tersendiri.
Namun begitu, masyarakat di Negara kita kebanyakkanya lebih tertarik dengan seni
persembahanseperti muzik dan lakonan jika dibandingkan dengan seni visual yang seperti
dipinggirkan.Seni visual boleh dikatakan kurang mendapat tempat di hati masyarakat kita
walaupun ia telah dipraktikkan lebih awal berbanding cabang seni yang lain. Hanya segelintir
golongan masyarakat yang benar-benar menghayati nilai estetika yang terdapat pada seni visual
ini.
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membentuk warga negara yang lebih menghargai
budaya, pelbagai perubahan telah dilakukan ke atas kurikulum pendidikan negara termasuklah
mata pelajaran Pendidikan Seni yang dirasakan mampu mengangkat martabat seni visual kepada
kedudukan yang lebih baik. Seni Visual mula dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan atau
Pekerjaan Tangan pada era sebelum kemerdekaan sehinggalah kini ia dikenali sebagai Seni
Visual.
Pendidkan seni dalam Sisitem Pendidikan Formal Negara membawa maksud program
pendidikan terancang dan bersistem dimana, prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan
individu dan aspirasi Negara.Pendidikan Seni adalah usaha yang melibatkan pengajaran dan
pembelajaran membuat serta memahami seni di samping mengenali dunia dan diri sendiri
melaluinya (Feldman, 1996).Seni yang dimaksudkan oleh beliau tidak terhad kepada satu bidang
seni sahaja.Kenyataan Feldman ini diberikan melalui bukunya yang bertajuk “Philosophy of Art
Education”. Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan dalam
proses penghasilan karya.
Oleh itusalah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya
kreativiti dikalangan murid.Mereka perlu kreatif dalam mencungkil bakat dan kemahiran yang
terdapat dalam diri para pelajar.Ini kerana Pendidikan Seni lebih menitikberatkan pemikiran,
pembuatan dan penilaian secara teratur mengikut peringkat-peringkat perkembangan
pengkaryanya.Para guru yang terlibat bertanggungjawab dalam memperkenalkan dan
mngaplikasikan kaedah dan teknik yang digunakan dalam penghasilan karya seni pelajar
mengikut tahap kemampuan pelajar. Dalam topik seterusnya, anda akan didedahkan dengan
kaedah-kaedah yang digunapakai dalam menghasilkan kaya.
Kaedah-Kaedah Laura Chapman.
Terdapat banyak teori dan model telah dikeluarkan dan diguna pakai dalam usaha mengasah dan
mempertingkatkan perkembangan artistic atau proses penghasilan karya kanak-kanak. Dalam
tugasan kali ini, kaedah Laura H. Chapman akandihuraikan sebagai salah satu teori bagi
mengembangkan creativity kanak-kanak dalam matapelajaran Pendidikan Seni di sekolah untuk
penghasilan karya mereka.
Laura H. Chapman adalah salah seorang tokoh pendidikan seni. Beliau juga adalah seorang
perunding dan penulis yang berpengalaman luas dalam bidang seni yang mula bertapak di
Cincinnati, Ohio. Beliau berpengalaman dalam bidang pendidikan seni selama lebih 40
tahun.Beliau telah berkongsikan pengalaman dan ilmu beliau kepada pelbagai golongan
masyarakat dan latar belakang.Selain menjadi tenaga pendidik beliau juga telah menulis banyak
buku dan rencana berkenaan seni.Chapman juga telah berkongsikan ilmunya dalam banyak
majlis ilmu yang diadakan di seluruh dunia.
Dalam bukunya,Laura H. Chapman telah memperkenalkan tiga (3) disiplin atau kaedah dalam
penghasilan sesebuah karya iaitu:-
1) Penjanaan idea
2) Pebgolahan dan pemurnian
3) Kemahiran penggunaan bahan
Beliau juga menyatakan bahawa, kaedah ini tidak berbentuk static.Ia boleh dugunakan secara
berulang-ulang untuk mendapatkan hasil karya yang terbaik. Berikut adalah penerangan yang
lebih terperinci tentang penggunaan kaedah Chapman dan pendekatan yang boleh digunakan
dalam membimbing murid menghasilkan karya mereka.
Kaedah Penjanaan Idea
Kaedah pertama yang diperkenalkan oleh Laura H. Chapman ialah Kaedah Penjanaan
Idea.Kaedah ini memerlukan pelajar untuk menetapkan objektif, haluan serta tujuan penghasilan
karya mereka. Dalam proses penjanaan idea ini, guru memainkan peranan sebagai pembimbing
kepada mereka untuk memberikan penerangan berkenaan kaedah penjanaan idea ini dan
membantu mereka menetapkan hala tuju karya mereka.
Menurut Ivan Pavlov, John B. Watson dan Skinner, antara pendekatan yang boleh
digunakan oleh guru Pendidikan Seni visual dalam menjana idea murid adalah, Pendekatan
Behaviorismeatau Pendekatan Rangsangan dimana, murid dapat meresap nilai intelektual yang
ada pada guru. Ini kerana, setiap pergerakan guru menjadi perhatian pelajar. Gerak balas yang
wujud dalam proses pembelajaran adalah disebabkan oleh rangsangan yang juga mampu
mempengaruhi tingkah laku murid. Bagi melaksanakan Pendekatan Rangsangan, seorang guru
itu perlu kreatif dalam menjalankan proses pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang
mudah dan menarik serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan, sesuai dengan
tahap perkembangan murid.Pendekatan ini mampu memberi rangsangan yang kekal bagi seorang
murid kerana penglibatan pengajaran yang menyentuh perasaan, kemahiran fizikal dan mental
mampu merangsang minda dan kreativiti murid untuk menjana idea yang asli dan menetapkan
objektif karya mereka.Ini kerana, bermula usia 6 – 12 tahun, seorang kanak-kanak itu mampu
berfikir secara logik, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran. Aktiviti ini melibatkan perkembangan mental seperti mengingat, mengkategorikan,
merancang, menaakul, menyelesaikan masalah mencipta,berimaginasi, dan sebagainya. Oleh itu,
penggunaan objek-objek yang terdapat dipersekitaran dan alam semula jadi sebagai contoh
adalah lebih membantu dalam melakukan demonstrasi untuk menghasilkan karya.
Sebagai contoh, pelajar diminta menghasilkan seni cappan menggunakan tumbuh-
tumbuhan.Pada pemikiran murid, objektif aktiviti ini adalah sangat mudahn dimana mereka
hanya perlu memilih apa-apa objek yang diperlukan, mewarnakannya dan menekapkan ke atas
permukaan kertas lukisan.Terdapat teori dari tokoh yang mengatakan bahawa, pembelajaran
berlaku hasil daripada gabungan rangsangan dan tindakbalas. Di sini guru berperanan
merangsang pemikiran mereka dengan menerangkan tentang jalinan yang terdapat pada objek,
bentuk yang boleh dihasilkan oleh objek dan cara menggunakan objek yang dipilih tadi. Melalui
contoh yan diberikan, murid akan dapat mengembangkan idea yang mereka ada kepada idea
yang lebih menarik.
Penerangan yang diberikan sebelum proses penghasilan karya berlaku adalah amat
penting bagi memberi persediaan kepada murid berkenaan dengan aktiviti yang akan dijalankan.
Apabila mereka bersedia sepenuhnya, maka tindakan yang diambil akan memberi kepuasan
kepada diri mereka sendiri dalam setiap aspek. Penerangan perlu diberikan secara kreatif.
Bukan sahaja dengan cara bercakap tetapi juga melalui penggunaan teknik yang lebih berkesan
seperti penggunaan lukisan-lukisan terdahulu sebagai contoh, pembelajaran di luar kelas, dan
sebagainya. Ini kerana, perubahan persekitaran pembelajaran dan keseronokkan akan meningkat
kan kesan pembelajaran murid.Dalam menjalankan kaedah penjanaan idea ini, guru bertindak
sebagai peneraju perkembangan idea murid bagi penghasilan karya mereka.
Kaedah Pengolahan dan Pemurnian
Kaedah kedua pula ialah kaedah pengolahan dan pemurnian.Proses ini dijalankan bagi
mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Kaedah ini dapat membantu
pelajar memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan bertepatan dengan tema dan
objective yang telah mereka tetapkan sebelumnya. Dalam proses ini, guru perlu memberi
pendedahan kepada pelajar supaya mereka memberi lebih perhatian dan lebih teliti dalam
menghasilkan karya mereka. Proses ini biasanya dilakukan berulang-ulang kali bagi
mendapatkan hasil karya yang terbaik.
Bagi kaedah pengolahan dan pemurnian ini, guru perlu membimbing murid untuk
melakukan pemerhatian dan menjalankan kajian visual dalam menggunakan bahan untuk
menghasilkan karya mereka.Selain dari membimbing dan memberi rangsangan kepada murid,
Brophy (1981) berpendapat, guru perlu menunjukkan sokongan terhadap murid melalui kata-kata
pujian secara spontan, senyuman yang ikhlas, ataupun bahasa tubuh yang membolehkan murid
merasa usaha mereka dihargai dan menjadikan mereka lebih bersemangat.Tindakan-tindakan
guru tadi dinamakan pendekatan peneguhan positif.Ia adalah salah satu cara yang menentukan
mutu kerja murid begitu berkualiti jika maklumat yang mereka perlukan disampaikan secara
jelas dan sistematik. Selain itu juga, kajian terdahulu ada menyatakan bahawa rangsangan dan
tindakbalas akan bertambah kukuh sekirannya ada perulangan. Perulangan yang dimaksudkan di
sini adalah latihan. Dengan melakukan banyak latihan, murid akan menjadi lebih teliti dalam
menggunakan bahan dan mengolah idea yang sedia ada.
Kebanyakkan idea murid dalm menghasilkan seni cappan menggunakan tumbuh-
tumbuhan adalah dengan menghasilkan corak yang berulang.Melalui contoh hasil karya pelajar-
pelajar sebelumnya yang telah ditunjukkan, guru perlu membimbing murid untuk
menggabungkan idea asal mereka tadi dengan idea baru berdasarkan pemerhatian mereka kepada
contoh-contoh yang telah ditunjukan sebelumnya. Apabila mereka dapat mengolah dan
mempelbagaikan idea yang sedia ada, hasil karya akan menjadi lebih menarik.
Di sinilah pendekatan peneguhan positif boleh digunakan sebagai pemangkin semangat
mereka.Hadiahkan mereka dengan pujian dan senyuman yang ikhlas untuk menunjukkan
penghargaan ke atas usaha yang telah dilakukan.Pandangan yang positif dari guru adalah lebih
membantu. Menurut Highet, G., (1968) pengajaran dan pembelajaran melibatkan setiap aspek
dalam diri seorang murid maka, pandangan dan komen yang diberikan akan lebih bermakna
sekiranya ia diberikan secara individu. Ia juga membantu menghasilkan kelainan dalam hasil
karya setiap murid.
Kaedah Kemahiran Penggunaan Bahan
Kaedah Kemahiran Penggunaan bahan ini memerlukan pelajar untuk mengenali bahan
yang digunakan dan teknik penggunaan bahan serta penghasilan.Pemilihan bahan untuk
menghasilkan karya tidak terhad kepada satu bahan.Ini kerana, setiap bahan yang dipilih
memberikan kesan dan impak yang berlainan kepada sesebuah karya yang dihasilkan.Biasanya,
pemilihan dan penggunaan bahan adalah bergantung kepada pengkarya itu sendiri.Ada diantara
mereka yang suka menggunakan hanya satu bahan dan memanipulasikan penggunaannya
mengikut keselesaan dan ada yang sebaliknya.Penggunaan bahan yang berlainan memerlukan
masa yang berbeza untuk menyiapkan karya.
Begitu juga proses penghasilan karya dalam pendidikan seni visual, guru adalah individu
yang bertanggungjawab dalam membantu murid untuk memilih bahan, mereka perlu diberi
penerangkan mengenaicara dan teknik penggunaan bahan, dan kesan yang akan terhasil.
Penjelasan ini boleh dilakukan melalui demonstrasi atau tunjuk cara supaya murid lebih
memahami dan dapat memilih bahan sesuai dengan kemahiran meraka serta mampu memberi
kesan yang terbaik kepada hasil karya.
Dalam kaedah ini juga, murid akan mengenal pasti kegunaan bahan yang telah dipilih
tadi melalui percubaan untuk memanipulasi dan mempelbagaikan penggunaan bahan dengan
menggabungkan pengetahuan sedia ada mereka dengan maklumat baru yang diperoleh daripada
penerangan dan demonstrasi yang telah diberikan. Percubaan mereka ini akan menghasilkan
penemuan baru yang boleh meningkatkan nilai hasil karya mereka. Murid yang berlainan akan
menghasilkan karya yang berbeza. Ini kerana, perkembangan psikomotor dan pemikiran setiap
orang adalah berbeza mengikut peringkat perkembangan mereka.
Contohnya, beberapa orang pelajar memilih untuk menggunakan bahan yang sama iaitu,
kecang bendi. Walaupunn bahan yang digunakan adalah sama iaitu kacang bendi, namun ia
boleh menghasilkan corak yang berlainan seperti pokok yang berbunga, bentuk, corak, gambar
pemandangan dan sebagainya bergantung kepada teknik yang digunakan untuk memotong
kacang bendi mereka. Ini akan merangsang minda mereka untuk berfikif tentang apakah hasil
yang akan mereka perolehi apabila bahan tadi dipotong secara menegak, serong atau melintang.
Penggunaan warna yang sesuai dan menarik juga memainkan peranan bagi menyerlahkan lagi
hasil karya mereka.Selain itu, hasil seni mereka ini amat bergantung kreativiti murid itu sendiri
melalui bagaimana teknik mereka menekapkan kacang bendi tadi untuk menghasilkan karya
mereka.
Kaedah kemahiran penggunaan bahan ini juga memerlukan penerokaan murid terhadap
bahan yang dipilih. Apabila banyak percubaan yang dibuat, maka idea asal yang sedia ada akan
menjadi lebih menarik sekaligus menjadikan hasil karya yang dibuat menjadi lebih menyerlah
dan mempunyai nilai seni yang tinggi jika dibandingkan dengan hasil karya yang lain tanpa
aktiviti penerokaan dan percubaan dalam memanipulasikan kegunaan bahan. Ini kerena aktiviti
ini dilakukan berulang kali sama seperti menjalankan latihan.
Ketiga-tiga kaedah yang diketengahkan oleh Chapman telah dihuraikan bersama
pendekatan yang boleh digunakan oleh setiap guru pendidikan seni visual dalam usaha
merangsang minda murid untuk menjana idea dan mengolahnya untuk menjadi lebuh menarik
serta menjadikan mereka lebih mahir untuk menggunakan bahan yang telah dipilih dalam proses
penghasilan seni mereka.Seterusnya, penulis telah menyediakan beberepa contoh hasil karya
murid sebelum dan selepas mengaplikasikan kaedah Chapman dan pendekatan pendidikan
seperti yang diterangkan sebelum ini.
Contoh Karya Murid
Gambar di atas (sebelah kiri) adalah contoh hasil karya murid apabila mereka diminta
untuk membuat aktiviti seni capan tanpa sebarang penerangan yang terperinci oleh guru.Selepas
beberapa minit, guru tersebut menerangkan dan meminta pendapat murid-muridnya tentang seni
capan.Kebanyakan murid membuat corak berulang tanpa memanipulasi bahan yang mereka ada.
Gambar-gambar yang ditunjukkan di atas adalah hasil karya seorang pelajar yang agak berlainan
dri murid laindan boleh ditingkatkan qualitinya. Ini menunjukkan persediaan murid amat
penting sebelum mereka melakukan tugasan yang diberi kepada mereka.Persediaan ini
termasuklah penerangan awal yang berkaitan dengan seni tersebut dan juga pengetahuan sedia
ada mereka tentang aktiviti tersebut.
Gambar yang berada di sebelah kanan pula adalah hasil karya murid yang sama dengan
yang sebelumnya, tetapi selepas diberikan penerangan tentang seni capan dan mengaplikasikan
kaedah Laura H. Chapman dalam sesi pembelajaran pada hari tersebut.
Dapat dilihat perbezaan antara kedua-dua gambar tersebut yang menunjukkan bagaimana
murid tersebut mengolah idea asalnya dan menjadikan hasil karyanya lebih menarik apabila dia
memanipulasikan bahannya dengan menggunakan teknik potongan yan berlainan ununtuk
menghasilkan kelopak bunga yang bersaiz lebih kecil. Murid tersebut juga menggunakan warna
yang lebih menarik untuk menyerlahkan bunga tersebut.
Gambar di atas menunjukkan bahawa rangsangan yang diberikan oleh guru membantu
murid dalam mempelbagaikan hasil karya mereka walaupun dengan menggunakan satu objek.Ini
membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Ivan Pavlov, John B. Watson dan Skinner
adalah bnar.
Berikut adalah contoh lainyang di hasilkan selepas guru menggaplikasikan kaedah
Chapman dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek pendidikan seni visual.
Karya Seni Capan Menggunakan kacang Bendi.
.

Contenu connexe

Tendances

SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKARafiza Diy
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)Fairuz Alwi
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance asihwiniy viniy
 
Aliran Seni Renaissance
Aliran Seni RenaissanceAliran Seni Renaissance
Aliran Seni RenaissanceLaura Lajim
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualSabariah Bahrum
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALAmran Aris
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanAswini Devendren
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualshiemah
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 
Unsur seni barat
Unsur seni baratUnsur seni barat
Unsur seni baratNor Adilah
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan milzi5215
 
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Qiaisuramza Alni
 
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahKepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahErica Leenya
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 

Tendances (20)

SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance
 
Aliran Seni Renaissance
Aliran Seni RenaissanceAliran Seni Renaissance
Aliran Seni Renaissance
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldman
 
Kelambu
KelambuKelambu
Kelambu
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
 
Teknik kolograf
Teknik kolografTeknik kolograf
Teknik kolograf
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Post Impresionisme
Post ImpresionismePost Impresionisme
Post Impresionisme
 
Pengenalan cetakan
Pengenalan cetakanPengenalan cetakan
Pengenalan cetakan
 
Unsur seni barat
Unsur seni baratUnsur seni barat
Unsur seni barat
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan
 
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
 
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahKepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 

Similaire à Seni Visual

Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakHarliza Nordin
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5淡 云
 
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1saeful_4h13
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Robotgerm King
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Rogiyah Giah
 
Grafik dan huraian
Grafik dan huraianGrafik dan huraian
Grafik dan huraianBukhary Ar
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanOnie Gi
 
Assalamu’alaikum wr
Assalamu’alaikum wrAssalamu’alaikum wr
Assalamu’alaikum wrwahyuniarti
 
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupa
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupaMateri 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupa
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupaPPGhybrid3
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Munirah Ali
 

Similaire à Seni Visual (20)

Tugasan seni
Tugasan seniTugasan seni
Tugasan seni
 
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-KanakPerkembagan Seni Kanak-Kanak
Perkembagan Seni Kanak-Kanak
 
Peranan guru psv
Peranan guru psvPeranan guru psv
Peranan guru psv
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Corak dan rekaan
Corak dan rekaanCorak dan rekaan
Corak dan rekaan
 
M uas
M uasM uas
M uas
 
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
Konsep pembelajaran seni terpadu (lengkap) ok 1
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Grafik dan huraian
Grafik dan huraianGrafik dan huraian
Grafik dan huraian
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Kepentingan Seni dalam Pendidikan
Kepentingan Seni dalam PendidikanKepentingan Seni dalam Pendidikan
Kepentingan Seni dalam Pendidikan
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
Assalamu’alaikum wr
Assalamu’alaikum wrAssalamu’alaikum wr
Assalamu’alaikum wr
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupa
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupaMateri 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupa
Materi 1 M1 KB 4 Pembelajaran pengetahuan dan estetika seni rupa
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 

Seni Visual

  • 1. Pengenalan Seni visual juga dikenali sebagai seni tampak yang merangkumi seni kraf tangan seperti anyaman, lukisan, capan, ukiran dan banyak lagi. Seni kraf ini terhasil melalui hasil gabungan pengalaman murid dan apa yang dipelajari. Secara umumnya, pendidikan seni merangkumi pelbagai jenis seni yang dapat kita nikmati melalui carapenyampaian pengkarya yang tersendiri. Namun begitu, masyarakat di Negara kita kebanyakkanya lebih tertarik dengan seni persembahanseperti muzik dan lakonan jika dibandingkan dengan seni visual yang seperti dipinggirkan.Seni visual boleh dikatakan kurang mendapat tempat di hati masyarakat kita walaupun ia telah dipraktikkan lebih awal berbanding cabang seni yang lain. Hanya segelintir golongan masyarakat yang benar-benar menghayati nilai estetika yang terdapat pada seni visual ini. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membentuk warga negara yang lebih menghargai budaya, pelbagai perubahan telah dilakukan ke atas kurikulum pendidikan negara termasuklah mata pelajaran Pendidikan Seni yang dirasakan mampu mengangkat martabat seni visual kepada kedudukan yang lebih baik. Seni Visual mula dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan atau Pekerjaan Tangan pada era sebelum kemerdekaan sehinggalah kini ia dikenali sebagai Seni Visual. Pendidkan seni dalam Sisitem Pendidikan Formal Negara membawa maksud program pendidikan terancang dan bersistem dimana, prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi Negara.Pendidikan Seni adalah usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat serta memahami seni di samping mengenali dunia dan diri sendiri melaluinya (Feldman, 1996).Seni yang dimaksudkan oleh beliau tidak terhad kepada satu bidang seni sahaja.Kenyataan Feldman ini diberikan melalui bukunya yang bertajuk “Philosophy of Art Education”. Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses penghasilan karya.
  • 2. Oleh itusalah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti dikalangan murid.Mereka perlu kreatif dalam mencungkil bakat dan kemahiran yang terdapat dalam diri para pelajar.Ini kerana Pendidikan Seni lebih menitikberatkan pemikiran, pembuatan dan penilaian secara teratur mengikut peringkat-peringkat perkembangan pengkaryanya.Para guru yang terlibat bertanggungjawab dalam memperkenalkan dan mngaplikasikan kaedah dan teknik yang digunakan dalam penghasilan karya seni pelajar mengikut tahap kemampuan pelajar. Dalam topik seterusnya, anda akan didedahkan dengan kaedah-kaedah yang digunapakai dalam menghasilkan kaya.
  • 3. Kaedah-Kaedah Laura Chapman. Terdapat banyak teori dan model telah dikeluarkan dan diguna pakai dalam usaha mengasah dan mempertingkatkan perkembangan artistic atau proses penghasilan karya kanak-kanak. Dalam tugasan kali ini, kaedah Laura H. Chapman akandihuraikan sebagai salah satu teori bagi mengembangkan creativity kanak-kanak dalam matapelajaran Pendidikan Seni di sekolah untuk penghasilan karya mereka. Laura H. Chapman adalah salah seorang tokoh pendidikan seni. Beliau juga adalah seorang perunding dan penulis yang berpengalaman luas dalam bidang seni yang mula bertapak di Cincinnati, Ohio. Beliau berpengalaman dalam bidang pendidikan seni selama lebih 40 tahun.Beliau telah berkongsikan pengalaman dan ilmu beliau kepada pelbagai golongan masyarakat dan latar belakang.Selain menjadi tenaga pendidik beliau juga telah menulis banyak buku dan rencana berkenaan seni.Chapman juga telah berkongsikan ilmunya dalam banyak majlis ilmu yang diadakan di seluruh dunia. Dalam bukunya,Laura H. Chapman telah memperkenalkan tiga (3) disiplin atau kaedah dalam penghasilan sesebuah karya iaitu:- 1) Penjanaan idea 2) Pebgolahan dan pemurnian 3) Kemahiran penggunaan bahan Beliau juga menyatakan bahawa, kaedah ini tidak berbentuk static.Ia boleh dugunakan secara berulang-ulang untuk mendapatkan hasil karya yang terbaik. Berikut adalah penerangan yang lebih terperinci tentang penggunaan kaedah Chapman dan pendekatan yang boleh digunakan dalam membimbing murid menghasilkan karya mereka.
  • 4. Kaedah Penjanaan Idea Kaedah pertama yang diperkenalkan oleh Laura H. Chapman ialah Kaedah Penjanaan Idea.Kaedah ini memerlukan pelajar untuk menetapkan objektif, haluan serta tujuan penghasilan karya mereka. Dalam proses penjanaan idea ini, guru memainkan peranan sebagai pembimbing kepada mereka untuk memberikan penerangan berkenaan kaedah penjanaan idea ini dan membantu mereka menetapkan hala tuju karya mereka. Menurut Ivan Pavlov, John B. Watson dan Skinner, antara pendekatan yang boleh digunakan oleh guru Pendidikan Seni visual dalam menjana idea murid adalah, Pendekatan Behaviorismeatau Pendekatan Rangsangan dimana, murid dapat meresap nilai intelektual yang ada pada guru. Ini kerana, setiap pergerakan guru menjadi perhatian pelajar. Gerak balas yang wujud dalam proses pembelajaran adalah disebabkan oleh rangsangan yang juga mampu mempengaruhi tingkah laku murid. Bagi melaksanakan Pendekatan Rangsangan, seorang guru itu perlu kreatif dalam menjalankan proses pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang mudah dan menarik serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan, sesuai dengan tahap perkembangan murid.Pendekatan ini mampu memberi rangsangan yang kekal bagi seorang murid kerana penglibatan pengajaran yang menyentuh perasaan, kemahiran fizikal dan mental mampu merangsang minda dan kreativiti murid untuk menjana idea yang asli dan menetapkan objektif karya mereka.Ini kerana, bermula usia 6 – 12 tahun, seorang kanak-kanak itu mampu berfikir secara logik, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran. Aktiviti ini melibatkan perkembangan mental seperti mengingat, mengkategorikan, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah mencipta,berimaginasi, dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan objek-objek yang terdapat dipersekitaran dan alam semula jadi sebagai contoh adalah lebih membantu dalam melakukan demonstrasi untuk menghasilkan karya.
  • 5. Sebagai contoh, pelajar diminta menghasilkan seni cappan menggunakan tumbuh- tumbuhan.Pada pemikiran murid, objektif aktiviti ini adalah sangat mudahn dimana mereka hanya perlu memilih apa-apa objek yang diperlukan, mewarnakannya dan menekapkan ke atas permukaan kertas lukisan.Terdapat teori dari tokoh yang mengatakan bahawa, pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan rangsangan dan tindakbalas. Di sini guru berperanan merangsang pemikiran mereka dengan menerangkan tentang jalinan yang terdapat pada objek, bentuk yang boleh dihasilkan oleh objek dan cara menggunakan objek yang dipilih tadi. Melalui contoh yan diberikan, murid akan dapat mengembangkan idea yang mereka ada kepada idea yang lebih menarik. Penerangan yang diberikan sebelum proses penghasilan karya berlaku adalah amat penting bagi memberi persediaan kepada murid berkenaan dengan aktiviti yang akan dijalankan. Apabila mereka bersedia sepenuhnya, maka tindakan yang diambil akan memberi kepuasan kepada diri mereka sendiri dalam setiap aspek. Penerangan perlu diberikan secara kreatif. Bukan sahaja dengan cara bercakap tetapi juga melalui penggunaan teknik yang lebih berkesan seperti penggunaan lukisan-lukisan terdahulu sebagai contoh, pembelajaran di luar kelas, dan sebagainya. Ini kerana, perubahan persekitaran pembelajaran dan keseronokkan akan meningkat kan kesan pembelajaran murid.Dalam menjalankan kaedah penjanaan idea ini, guru bertindak sebagai peneraju perkembangan idea murid bagi penghasilan karya mereka.
  • 6. Kaedah Pengolahan dan Pemurnian Kaedah kedua pula ialah kaedah pengolahan dan pemurnian.Proses ini dijalankan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Kaedah ini dapat membantu pelajar memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan bertepatan dengan tema dan objective yang telah mereka tetapkan sebelumnya. Dalam proses ini, guru perlu memberi pendedahan kepada pelajar supaya mereka memberi lebih perhatian dan lebih teliti dalam menghasilkan karya mereka. Proses ini biasanya dilakukan berulang-ulang kali bagi mendapatkan hasil karya yang terbaik. Bagi kaedah pengolahan dan pemurnian ini, guru perlu membimbing murid untuk melakukan pemerhatian dan menjalankan kajian visual dalam menggunakan bahan untuk menghasilkan karya mereka.Selain dari membimbing dan memberi rangsangan kepada murid, Brophy (1981) berpendapat, guru perlu menunjukkan sokongan terhadap murid melalui kata-kata pujian secara spontan, senyuman yang ikhlas, ataupun bahasa tubuh yang membolehkan murid merasa usaha mereka dihargai dan menjadikan mereka lebih bersemangat.Tindakan-tindakan guru tadi dinamakan pendekatan peneguhan positif.Ia adalah salah satu cara yang menentukan mutu kerja murid begitu berkualiti jika maklumat yang mereka perlukan disampaikan secara jelas dan sistematik. Selain itu juga, kajian terdahulu ada menyatakan bahawa rangsangan dan tindakbalas akan bertambah kukuh sekirannya ada perulangan. Perulangan yang dimaksudkan di sini adalah latihan. Dengan melakukan banyak latihan, murid akan menjadi lebih teliti dalam menggunakan bahan dan mengolah idea yang sedia ada. Kebanyakkan idea murid dalm menghasilkan seni cappan menggunakan tumbuh- tumbuhan adalah dengan menghasilkan corak yang berulang.Melalui contoh hasil karya pelajar- pelajar sebelumnya yang telah ditunjukkan, guru perlu membimbing murid untuk menggabungkan idea asal mereka tadi dengan idea baru berdasarkan pemerhatian mereka kepada contoh-contoh yang telah ditunjukan sebelumnya. Apabila mereka dapat mengolah dan mempelbagaikan idea yang sedia ada, hasil karya akan menjadi lebih menarik.
  • 7. Di sinilah pendekatan peneguhan positif boleh digunakan sebagai pemangkin semangat mereka.Hadiahkan mereka dengan pujian dan senyuman yang ikhlas untuk menunjukkan penghargaan ke atas usaha yang telah dilakukan.Pandangan yang positif dari guru adalah lebih membantu. Menurut Highet, G., (1968) pengajaran dan pembelajaran melibatkan setiap aspek dalam diri seorang murid maka, pandangan dan komen yang diberikan akan lebih bermakna sekiranya ia diberikan secara individu. Ia juga membantu menghasilkan kelainan dalam hasil karya setiap murid.
  • 8. Kaedah Kemahiran Penggunaan Bahan Kaedah Kemahiran Penggunaan bahan ini memerlukan pelajar untuk mengenali bahan yang digunakan dan teknik penggunaan bahan serta penghasilan.Pemilihan bahan untuk menghasilkan karya tidak terhad kepada satu bahan.Ini kerana, setiap bahan yang dipilih memberikan kesan dan impak yang berlainan kepada sesebuah karya yang dihasilkan.Biasanya, pemilihan dan penggunaan bahan adalah bergantung kepada pengkarya itu sendiri.Ada diantara mereka yang suka menggunakan hanya satu bahan dan memanipulasikan penggunaannya mengikut keselesaan dan ada yang sebaliknya.Penggunaan bahan yang berlainan memerlukan masa yang berbeza untuk menyiapkan karya. Begitu juga proses penghasilan karya dalam pendidikan seni visual, guru adalah individu yang bertanggungjawab dalam membantu murid untuk memilih bahan, mereka perlu diberi penerangkan mengenaicara dan teknik penggunaan bahan, dan kesan yang akan terhasil. Penjelasan ini boleh dilakukan melalui demonstrasi atau tunjuk cara supaya murid lebih memahami dan dapat memilih bahan sesuai dengan kemahiran meraka serta mampu memberi kesan yang terbaik kepada hasil karya. Dalam kaedah ini juga, murid akan mengenal pasti kegunaan bahan yang telah dipilih tadi melalui percubaan untuk memanipulasi dan mempelbagaikan penggunaan bahan dengan menggabungkan pengetahuan sedia ada mereka dengan maklumat baru yang diperoleh daripada penerangan dan demonstrasi yang telah diberikan. Percubaan mereka ini akan menghasilkan penemuan baru yang boleh meningkatkan nilai hasil karya mereka. Murid yang berlainan akan menghasilkan karya yang berbeza. Ini kerana, perkembangan psikomotor dan pemikiran setiap orang adalah berbeza mengikut peringkat perkembangan mereka.
  • 9. Contohnya, beberapa orang pelajar memilih untuk menggunakan bahan yang sama iaitu, kecang bendi. Walaupunn bahan yang digunakan adalah sama iaitu kacang bendi, namun ia boleh menghasilkan corak yang berlainan seperti pokok yang berbunga, bentuk, corak, gambar pemandangan dan sebagainya bergantung kepada teknik yang digunakan untuk memotong kacang bendi mereka. Ini akan merangsang minda mereka untuk berfikif tentang apakah hasil yang akan mereka perolehi apabila bahan tadi dipotong secara menegak, serong atau melintang. Penggunaan warna yang sesuai dan menarik juga memainkan peranan bagi menyerlahkan lagi hasil karya mereka.Selain itu, hasil seni mereka ini amat bergantung kreativiti murid itu sendiri melalui bagaimana teknik mereka menekapkan kacang bendi tadi untuk menghasilkan karya mereka. Kaedah kemahiran penggunaan bahan ini juga memerlukan penerokaan murid terhadap bahan yang dipilih. Apabila banyak percubaan yang dibuat, maka idea asal yang sedia ada akan menjadi lebih menarik sekaligus menjadikan hasil karya yang dibuat menjadi lebih menyerlah dan mempunyai nilai seni yang tinggi jika dibandingkan dengan hasil karya yang lain tanpa aktiviti penerokaan dan percubaan dalam memanipulasikan kegunaan bahan. Ini kerena aktiviti ini dilakukan berulang kali sama seperti menjalankan latihan. Ketiga-tiga kaedah yang diketengahkan oleh Chapman telah dihuraikan bersama pendekatan yang boleh digunakan oleh setiap guru pendidikan seni visual dalam usaha merangsang minda murid untuk menjana idea dan mengolahnya untuk menjadi lebuh menarik serta menjadikan mereka lebih mahir untuk menggunakan bahan yang telah dipilih dalam proses penghasilan seni mereka.Seterusnya, penulis telah menyediakan beberepa contoh hasil karya murid sebelum dan selepas mengaplikasikan kaedah Chapman dan pendekatan pendidikan seperti yang diterangkan sebelum ini.
  • 10. Contoh Karya Murid Gambar di atas (sebelah kiri) adalah contoh hasil karya murid apabila mereka diminta untuk membuat aktiviti seni capan tanpa sebarang penerangan yang terperinci oleh guru.Selepas beberapa minit, guru tersebut menerangkan dan meminta pendapat murid-muridnya tentang seni capan.Kebanyakan murid membuat corak berulang tanpa memanipulasi bahan yang mereka ada. Gambar-gambar yang ditunjukkan di atas adalah hasil karya seorang pelajar yang agak berlainan dri murid laindan boleh ditingkatkan qualitinya. Ini menunjukkan persediaan murid amat penting sebelum mereka melakukan tugasan yang diberi kepada mereka.Persediaan ini termasuklah penerangan awal yang berkaitan dengan seni tersebut dan juga pengetahuan sedia ada mereka tentang aktiviti tersebut.
  • 11. Gambar yang berada di sebelah kanan pula adalah hasil karya murid yang sama dengan yang sebelumnya, tetapi selepas diberikan penerangan tentang seni capan dan mengaplikasikan kaedah Laura H. Chapman dalam sesi pembelajaran pada hari tersebut. Dapat dilihat perbezaan antara kedua-dua gambar tersebut yang menunjukkan bagaimana murid tersebut mengolah idea asalnya dan menjadikan hasil karyanya lebih menarik apabila dia memanipulasikan bahannya dengan menggunakan teknik potongan yan berlainan ununtuk menghasilkan kelopak bunga yang bersaiz lebih kecil. Murid tersebut juga menggunakan warna yang lebih menarik untuk menyerlahkan bunga tersebut. Gambar di atas menunjukkan bahawa rangsangan yang diberikan oleh guru membantu murid dalam mempelbagaikan hasil karya mereka walaupun dengan menggunakan satu objek.Ini membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Ivan Pavlov, John B. Watson dan Skinner adalah bnar.
  • 12. Berikut adalah contoh lainyang di hasilkan selepas guru menggaplikasikan kaedah Chapman dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek pendidikan seni visual. Karya Seni Capan Menggunakan kacang Bendi. .