2. MAN JADDA WAJADA, WA MAN ZARA’A HASADA, WA MAN YAJTAHID YANJAH
-SESIAPA YANG BERUSAHA AKAN PEROLEH APA YANG DIUSAHAKAN, SESIAPA YANG
BERCUCUK TANAM AKAN MENUAI HASILNYA, SESIAPA YANG BERUSAHA AKAN
BEROLEH KEJAYAAN-
Pengalaman yang ada perlu dikongsi kepada semua, mungkin ada yang masih keliru seperti saya dan cara-cara
ini mungkin dapat membantu anda supaya lebih jelas. Apa yang penting jangan malu bertanya sekiranya ada
sebarang kesulitan. Apa yang saya tulis ini adalah daripada pengalaman saya sendiri, malu bertanya sesat jalan.
Rasanya kalau boleh dibilang dengan jari tak tahu berapa banyak kali saya telefon ipsis untuk lebih jelas
mengenai Sarjana penyelidikan. Terima kasih pihak ipsis kerana membantu saya dalam proses permohonan. Biar
nampak bodoh dengan soalan yang memang kita tidak tahu jawapannya, apa yang penting tempat bertanya itu
mestilah tepat dan menjawab soalan kita dengan jelas. Harapan saya, penulisan ini dapat membantu anda semua..
3. LANGKAH 1: BELI NOMBOR PIN
Beli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Isi column bagi perkara(lain-lain) pada borang deposit/bayaran/tuntutan:
BAYARAN UNTUK NOMBOR PIN SARJANA/PHD PENYELIDIKAN UITM
ATAUPUN..beritahu pegawai bertugas mengenai bayaran untuk nombor pin
sarjana penyelidikan UITM (PASTIKAN NO. PIN YANG DIBELI BETUL KESILAPAN
PEMBELIAN TANGGUNGJAWAB PEMOHON BURN JELA RM50.06)
4. LANGKAH 2: MENDAFTAR SECARA ATAS
TALIAN (ONLINE)
Pada slip pembayaran telah disertakan nombor slip
Pergi ke laman web www.ipsis.uitm.edu.my
Tekan e-research
PERINGATAN!!! NO. PIN YANG TELAH DIBELI AKAN TAMAT PENGGUNAANNYA
HANYA DALAM TEMPOH SEBULAN DARI TARIKH PEMBELIAN. SO, BILA DAH BELI
TERUS DAFTAR ONLINE.
5. LANGKAH 2: SAMBUNGAN
Masukkan nombor kad pengenalan, pilih jenis permohonan dan nombor pin.
Isi KOD KURSUS yang hendak dipohon serta lengkapkan butiran peribadi pada
borang online yang tertera.
AND…..YOU’RE DONE…!!!!!!! ANDA TELAH BERJAYA MENDAFTAR SECARA ONLINE.
6. LANGKAH 3:IKUTI SYARAT PERMOHONAN
1. Tekan (click here) untuk cetak borang permohonan dan ikuti perkara di bawah
7. SOALAN LAZIM:???????
Bilakah tarikh tutup untuk permohonan Sarjana/Phd penyelidikan atau Master by
research?
Jawapan= Permohonan Sarjana/Phd penyelidikan TIADA TARIKH TUTUP, ianya dibuka
sepanjang tahun dan pemohon bebas untuk daftar pada bila-bila masa sahaja.
Kalau tiada tarikh tutup kenapa tiap kali buka halaman ipsis uitm ada iklan yang
tertera tarikh tutup pendaftaran?
Jawapan= Sebarang iklan mengenai tarikh tutup pendaftaran yang tertera di halaman
ipsis uitm adalah untuk pemohonan Sarjana/Phd coursework sahaja.
8. Saya sudah mendaftar secara online tetapi belum lagi menghantar segala borang
dan dokumen mengikut syarat yang sepatutnya, adakah permohonan saya untuk
sambung belajar diluluskan?
Jawapan: TIDAK. Sekiranya pemohon tidak memenuhi syarat yang diminta oleh fakulti
seperti berikut permohonan anda tidak Berjaya.
1. Cetakan borang permohonan
2. Salinan kad pengenalan
3. Sijil ijazah sarjana muda (sekiranya anda menghantar secara pos salinan sijil perlu
mendapat pengesahan pihak universiti)
4. Transkrip peperiksaan (sekiranya anda menghantar secara pos salinan transkrip perlu
mendapat pengesahan pihak universiti)
5. Referee report (2 orang referee akademik)
6. Borang persetujuan penyelia
7. Proposal penyelidikan
9. Maknanya selagi saya tidak menghantar segala dokumen yang disyaratkan selagi itu
permohonan saya tidak dilayan, adakah no. pin yang saya beli masih sah digunakan
untuk permohonan kali kedua?
Jawapan 1= YA. Anda tidak perlu membuat permohonan untuk kali kedua. Ini kerana
segala butiran peribadi anda sudah berada di dalam sistem ipsis.
Jawapan 2= Tidak sah. No. pin anda hanya sah pada pertama kali pendaftaran sahaja.
Saya telah mendaftar permohonan secara online pada tarikh selepas pembelian no.
pin, tetapi saya ‘hold’ selama 5 bulan selepas mendaftar kemudian saya ingin
menghantar dokumen lengkap kepada fakulti adakah permohonan saya terbatal?
Jawapan: TIDAK. Permohonan anda tidak terbatal walaupun tempoh anda mendaftar
telah lama. Apa yang perlu anda lakukan ialah cetak borang permohonan anda dan
lengkapkan syarat-syarat yang ditetapkan kemudian hantar ke fakulti berkenaan.
10. Saya mempunyai kekangan untuk menghantar dokumen yang lengkap kepada
fakulti berkenaan, bolehkah saya menghantar dokumen tersebut secara pos?
Jawapan= BOLEH. Pastikan alamat pengeposan adalah betul serta setiap salinan borang
yang berkenaan hendaklah mendapat pengesahan daripada pegawai akademik universiti.
Saya keliru sekiranya permohonan Sarjana/Phd penyelidikan tiada tarikh tutup dan
boleh dibuat sepanjang tahun bagaimana pula dengan sesi kemasukan pelajar?
Adakah juga sepanjang tahun?
Jawapan= Permohonan bagi Sarjana/Phd penyelidikan adalah sepanjang tahun. Tetapi
sesi kemasukan bagi Sarjana/Phd penyelidikan adalah pada sesi Mac dan September.
Contoh, sekiranya anda membuat permohonan pada bulan Jan kemasukan anda adalah
pada bulan Mac.
11. Semasa mendaftar permohonan saya telah memohon kursus Wood Sciences, tetapi
pada borang permohonan bercetak kursus saya bertukar kepda Biology. Apa yang
perlu saya lakukan?
Jawapan= Anda perlu terus berhubung/menelefon ipsis dengan segera:
IPSis General Line : 603-5522 5572
Fax : 603-55225335
Email : ipsis@salam.uitm.edu.my