SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  119
CTU 211
SAINS DAN TEKNOLOGI
    DALAM ISLAM
      Minggu ke 2,3,4

           BAB :1

PENSY: USTZAH SHAHRINA BINTI
           ROMLI
ISI KANDUNGAN
BAB 1 : SAINS & TEKNOLOGI DALAM
  ISLAM
1-pengertian sains
2-pengertian teknologi
3-persepsi islam terhadap
   sains &teknologi
4-Ciri2 sains & teknologi Islam
   -ciri2 agama &saintifik
5-Peranan sains & teknologi Islam dalam
   masyarakat Islam
6-Kepentingan sains & teknologi dalam Islam
1-Pengertian sains
• Menurut Charles T. Onions di dalam
  Dictionary of English Etymology, ( Oxford
  English Dictionary ), perkataan sains itu
  timbul dari perkataan Inggeris
  science,scians,scienc,sciens,science,scyens,sc
  yense,siens,sienz,syence,syense,cience dan
  ciens.
• Manakala perkataan Inggeris itu pula berasal
  dari perkataan Latin scientia yang bermakna
  ilmu.
• Takrif sains Moden yang biasa terdapat
  dalam kamus ialah
  “Suatu cabang ilmu yang mengkaji
  sekumpulan pernyataan yang terbukti atau
  dengan fakta-fakta yang ditinjau,dan
  disusun secara bersistem dan dihimpunkan
  dalam bentuk hukum-hukum umum,dan
  termasuklah kaedah-kaedah yang boleh
  dipercayai untuk menghasilkan kebenaran
  baru dalam lapangannya sendiri.” ( The
  Oxford English Dictionary ).
• Profesor Shaharir Mohamad Zain
  Sains berupa analisis fenomenon secara
  bersistem,mantik dan objektif dengan kaedah
  khusus yang diperantikan untuk mewujudkan
  penumpukan pengetahuan yang boleh
  dipercayai.
  Antara huraian terpenting dari takrif tersebut
  ialah istilah-istilah seperti fenomenon,mantiq (
  logik ) dan objektif.Fenomenon ialah telatah
  atau peristiwa yang mempunyai atribut atau
  ekoran yang terdemonstrasi secara objektif.
• Terdapat perbezaan yg ketara di antara
  sains moden dengan sains Islam. Ini
  kerana sains moden hanya terbatas kpd
  sains tabii sedangkan sains dalam Islam
  amat luas meliputi 3 kategori umum ilmu
  pengetahuan sbgmana yg digariskan oleh
  Ikhwan al-Safa (Hairuddin, 1992:5) iaitu:
• i   sains propaedeutik
      membaca,menulis,perdagangan,timbangan,
      pertanian,biografi dan sejarah
• ii sains syari’ah
       ilmu tajwid,hadith,syari’ah,tafsir al-Quran
      dan lain-lain ilmu yang dikategorikan
      sebagai ilmu agama
• iii sains falsafah
      yang terdiri daripada empat bidang iaitu
      matematik,logik,sains tabi‟i dan metafizik
      tabi‟I,matematik,astronomi,musik,fizik,botani,
      zoologi,geologi,mineralogi,meteorologi,logik dll
• Dalam konteks sains moden barat, sains
  didefinisikan sbg ilmu yg didapati melalui
  metodologi saintifik.
• Sains moden hanya mengiktiraf 4 proses
  kegiatan intelektual meliputi
           1-cerapan
           2-generalisasi
           3-huraian
           4-ramalan.
• Akan tetapi, tradisi sains Islam tidak
  membataskan metodologi sains kpd
  kaedah empirikal, logikal dan matematikal
  semata-mata. Sains Islam juga
  memperakui kaedah yg bukan empiris
  seperti ilham dan kaedah gnostik
  (ma‟rifah dan al-kasyf/ kaedah tasawwuf
  /irfan)-kisah nabi khidir
• Sains moden ini muncul dr peradaban barat
  justeru ianya dikenali dengan sains barat.
• Ia muncul ke persada dunia lenih kurang 400
  tahun yang lalu iaitu disekitar 1600 masihi.
• Kelahirannya akibat drpd konflik yg tercetus
  diantara pendokong ilmu rasional dgn
  golongan gereja / agama yg memerintah.
• Ekoran drpd itulah munculnya revolusi sains
  sejak zaman renaisance yg mendokong sains
  moden yg bebas dri belenggu ajaran agama.
Sains moden vs sains zaman pertengahan/
             zaman muslim
• Pertama, dari perspektif falsafah.
  Sains     Moden      tidak     memartabatkan
  keagamaan dan ketuhanan ditempat yang
  tertinggi sebagai sumber ilmu dan kebenaran
  yang mutlak.
  Meletakkan akal rasional manusia sebagai
  penentu segala-galanya dan segala fenomena
  alam dapat dijelaskan melalui akal semata-
  mata dan tidak memerlukan bantuan ilmu
  wahyu.
• sains Moden menerusi kaedah saintifiknya
  menolak wahyu sebagai sumber ilmu dan
  membina sistem nilai tersendiri yang
  bertunjangkan humanisme dan
  rasionalisme yang diasaskan oleh
  Aristotle.
• Kedua, kaedah sains Moden yang
  dianjurkan oleh Bacon dan Descartes
  adalah bersifat reductionism
  (turunisme).Kebanyakan saintis Moden
  mendakwa bahawa sains moden bebas daripada
  sebarang nilai,neutral dan objektif.
• Kaedah reductionism bermaksud menganjurkan
  supaya para saintis memisahkan suatu persoalan
  yg ingin ditangani dgn persoalan lain dgn
  menyelesaikan masalh pokok itu shj .iaitu ia
  menyelesaikan suatu masalah dlm keadaan yg
  ungggul .w/p keadaan yg unggul itu tidak wujud di
  dunia.
• Ketiga,sebagai natijah daripada gerakan
  humanisme Renaisans,sains Moden telah bersifat
  kebendaan dan sekular
• Dgn kata-kata lain mereka membataskan alam ini
  kpd alam nyata sahaja. Alam tersebut hanyalah yg
  boleh diuji, dipegang, disukat, dirasa dan
  disentuh dgn menolak kewujudan alam ghaib
  atau kuasa ghaib dan seumpamanya.
• Fenomena ini telah memunculkan gerakan atheis
  yg anti agama dan manusia terdedah kepada
  krisis jiwa yang tenat.
2-Pengertian teknologi
– Istilah teknologi berasal dari perkataan
  Yunani iaitu techne yang bermaksud seni
  atau kerja tangan
– perkataan logos yang bermaksud wacana
  atau kata-kata sistematik
– teknologi merujuk kepada ilmu yang
  bersifat praktikal,manakala sains pula
  merujuk kepada ilmu yang bersifat
  teoritikal
• Dalam Glosari Islam, teknologi
  disamaertikan dengan sina’ah yang bermaksud
  ilmu gunaan.

• Armahedi Mahzar dalam Ahmad Y.al-Hassan
  dan Donald R.Hill dalam Teknologi Dalam
  Sejarah Islam (1993), merumuskan bhw:

 1- Teknologi merupakan kumpulan kaedah
    yang dipakai manusia untuk mencapai
    tujuan yang    dianggapnya berharga.
 2- Teknologi adalah keseluruhan teknik yang
    menghasilkan kepintaran mesin-mesin.
• Wan Fuad Wan Hassan dalam Ringkasan
  Sejarah Sains (1990) menyimpulkan
  bahawa “teknologi boleh ditakrifkan
  sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan
  yang bersistem.Lazimnya ia dikaitkan
  dengan proses industri serta amat
  berkaitan rapat dengan sains
  kejuruteraan.Teknologi      melibatkan
  peralatan,perkakasan dan teknik bagi
  menjalankan sesuatu perancangan”
3-PERSEPSI ISLAM TERHADAP SAINS
            &TEKNOLOGI

• Persepsi Islam terhadap sains&teknologi ialah
  berhubung dengan gesaan Al-Quran dan al-
  Sunnah supaya umat Islam menggunakan akal (
  rasional ) serta penggunaan dalil ‘aqliyyah dan
  hukum akal dalam perbahasan akidah ( ilmu
  kalam / skolastik Islam,perbahasan fiqh atau
  perundangan Islam dan pelbagai bidang keilmuan
  Islam menayangkan keunikan perspektif Islam
  terhadap dimensi rasional yang menjadi asas
  pembentukan inovasi sains & teknologi dalam
  tradisi keilmuan Islam.
• Justeru itu penggunaan metodologi sains
  dan falsafah telah diasimilasikan dalam
  berbagai bidang ilmu Islam seperti metod
  logik dengan kaedah analogi ( qiyas ) dan
  deduksi serta metod induksi dalam
  berbagai bidang sains amali.
• Penelitian fenomena tabi‟i amat sarat dlm Al-Quran &
  al-Sunnah.Terdapat    756    ayat    al-Quran   yang
  menekankan konsep ayatuLlah yang menjadi asas
  pengkajian tabi‟i.

• Justeru itu ayat al-Quran merupakan mikro-kosmos
  kepada fenomena tabi‟i,manakala ayat al-kawniyyah (
  alam semesta ) merupakan makro-kosmos fenomena
  tabi‟i.

• Profesor S.H.Nasr dalam An Introduction to Islamic
  Cosmological Doctrines bahawa wahyu dalam aspek
  pernyataan sebagai bentuk ( form ),sedangkan struktur
  akal adalah jirim ( matter ).Sehubungan ini akal sebagai
  alat untuk manusia menerima kebenaran yang
  diwahyukan dan ia tidak berlawanan dengan hukum
  akal.
• Perbahasan tentang kajian fenomena tabi‟i
  disebut juga sebagai teologi tabi‟i.
• Menurut Dictionary of the History of
  Science, teologi tabi‟i merupakan ilmu atau
  huraian rasional mengenai kewujudan dan
  sifat Tuhan sebagai Khaliq melalui kajian ke
  atas fenomena alam tabi‟i.
• Teologi tabi‟i dalam konteks sejarah sains
  Islam meliputi dua tahap
  perkembangan,iaitu;
• i sebelum turunnya al-Quran,
  iaitu teologi tabi’i yang dibawa oleh para Anbiya`
  dan Hukama` terdahulu
• ii sesudah turunnya al-Quran.
  Abu al-Hasan al-Asy’ari ( m.d. 935 M ) dengan teori
  atomnya telah membuka tirai hujah ontologikal dan
  polemik teologi tabi’i dalam historiografi sains
  Islam.al-Asy’ari merupakan pemimpin golongan
  mutakallimun ( skolastik Islam ) yang paling keras
  penentangannya terhadap hujah-hujah ontologikal
  kaum Mu’tazilah ( golongan ahli falsafah /
  rasionalisme Islam ).
• Adalah jelas Islam memberatkan
  pertimbangan fikir dan zikir dalam
  beragama dan mengisi semua aspek
  kehidupan dan menekankan keharmonian
  wahyu dan akal dalam
  berilmu.Sehubungan ini kajian ke atas
  fenomena alam tabi‟i melalui fakulti
  akal,menurut al-Quran,pasti akan
  membawa seseorang insan kepada
  kedudukan rohaniah yang tinggi.
• Masyarakat Islam menurut al-Quran merupakan
  masyarakat yang merdeka dan berdaulat serta
  berkeupayaan untuk hidup berdikari.Ia bukanlah
  sebuah masyarakat yang bergantung kepada
  orang lain dan tunduk kepada kuasa-kuasa asing
  yang anti Islam.Dalam konteks untuk mencapai
  kemerdekaan yang hakiki umat Islam perlu
  memiliki kebebasan dan kedaulatan dalam
  ekonomi,politik dan kebudayaan.
• Sehubungan ini Amir Syakib Arsalan dan
  Muhammad Abduh menegaskan kondisi
  umat Islam yang jumud ( beku ) dan
  terkebelakang dalam segala aspek
  kehidupan telah mengakibatkan lahirnya
  tohmahan dan penghinaan pihak musuh
  kepada Islam.
• Antara jawapan yang tegas yang
  dikemukakan oleh para mujaddid dan
  pemikir Islam untuk mengatasi dan
  mengubati kelemahan dan kelumpuhan
  umat Islam ialah mereka semestinya
  menguasai sains dan teknologi di samping
  memiliki kekuatan iman dan penguasaan
  terhadap ilmu-ilmu tradisi Islam. Di
  sinilah letaknya signifikasi sains dan
  teknologi dari persepsi Islam.
4-Ciri2 sains & teknologi Islam
         1-ciri2 Keagamaan
 A. Tauhid ( The Divine Unity ) Dari
  gagasan keesaan ini dikembangkan gagasan
  kesatuan sistem alam ciptaan Allah atau
  diistilahkan sebagai sunnatuLlah.
• Sehubungan ini sains dan teknologi Islam
  merupakan ilmu yang dihasilkan melalui
  cerapan dan fahaman terhadap fenomena
  tabi‟i yang berpaksikan gagasan tauhid
  kepada Allah
• Menurut Islam- sesuatu ilmu boleh
  tercetus menerusi peringakt2 yg tertentu
  brdasarkn hubungn seseorang itu dgn
  Allah
• {Rasul & anbiya –wahyu}
• Hukama & ahli sufi –ilham @ institusi yg
  diistilahkn al-Quran sbg mujahadah
• Didalam buku Science and Civilization in
  Islam karya Profesor S.H.Nasr telah
  mengemukakan perbahasan tentang The
  Universal Figures of Islamic Science (Tokoh-
  tokoh Keilmuan Sejagat) dalam sejarah Sains
  Islam seperti Jabir bin Hayyan,Al-Kindi,Ibnu
  Sina,Ibn Haytham dan lain-lain yang
  menguasai ilmu-ilmu naqli dan ‘aqliyyah.
• B.Kesatuan Ilmu ( The Unity of
  Knowledge ):
  Seluruh bidang ilmu baik ilmu naqli @
  wahyu mahupun ilmu akal adalh dr Allah
  swt.
- Malah kesemuanya itu saling melengkapi
  dlm bidang keilmuan Islam
- Konsep tauhid          konsep kesatuan ilmu
  dlm falsafah & konsep kesatuan
  kebersebaban (unity of causalities) dlm
  proses kejadian alam.
• C. Kesatuan Kebersebaban ( The Unity
  of Causalities )
  Menggabungkan sebab metafizik ( The
  Vertical Cause ) yang diungkapkan sebagai
  qadha‟ taqdir Allah SWT dengan sebab fizik
  (The Horizontal Cause). Allah SWT
  merupakan      penyebab    pertama     atau
  penyebab awal (The First Cause) bagi segala
  sesuatu, manakala sebab-sebab lain adalah
  penyebab kedua.
• Para malaikat & Jin –penyebab ke2
• Firman Allah {al-Radd :11 & surah ar-Rum: 48}
  telah merumuskan penggabungan ketentuan
  Allah swt ke atas usaha & ikhtiar manusia dlm
  konteks sebab & akibat yg berlaku dlm
  kehidupan insan & perjalanan hidup.
  {cth: hanya meyerah pada Allah shj tanpa
  berusaha..hanya berdoa shj}
“Ya…Allahh..bantulah aku..”
“…Doa mesti bersungguh2..”
“…baby pun nak doa…”
“..aikk..doa ke aper nie…”
• D. Sains sebagai alat atau mekanisme
  untuk mencapai pengabdian kepada Allah
  SWT dan keredaanNya.Keunikan sains Islam
  ialah meletakkan sains sebagai alat untuk
  memperolehi keredaan Allah SWT. Melalui
  sains manusia dapat mengabdikan diri
  kepada Allah SWT .Bentuk pengabdian itu
  yang mempunyai fungsi kerohanian dan
  sosialnya.
• E. Sains Islam terikat dengan hukum-
  hukum dan akhlak ( etika ) yang
  mantap.Prinsip sains Islam ialah matlamat
  tidak menghalalkan cara. Meskipun sesuatu
  matlamat dan kaedah penyelidikan sains
  untuk kebaikan dan kepentingan manusia
  seperti projek pengklonan
  manusia,euthanasia,organ transplantation
  dan seumpamanya,namun sains Islam tidak
  mengenepikan batas-batas hukum dan etika
  sehingga menghalalkan projek-projek seperti
  di atas.
Pengklonan manusia yang x
          jadi
• F. Sains Islam adalah suatu kaedah
  yang unggul untuk membuktikan
  kebenaran Allah SWT dan suatu jalan untuk
  mencapai ma’rifah ( mengenal dan
  menghampirkan diri ) kepada Allah SWT
2-ciri2 saintifik
• 1-objektif
                        2-logik
• 3-Empirikal
                        4-Sintesis
• 5-Analisi
                        6-Universal
1-objektif
• Sains dan teknologi Islam juga melalui proses
  pembuktian kebenaran atau justifikasi.Al-Quran
  sendiri menegaskan sifat objektif keilmuan
  Islam didalam surah al-Isra‟ ayat 36,Surah Al-
  Baqarah ayat 111.
• Sains Islam bersifat objektif kerana ia
  menyediakan serta mematuhi tatacara umum,
  dan kriteria tertentu bagi menentukan sama ada
  sesuatu dakwaan ilmiah itu dapat diterima atau
  tidak kebenaran atau kesahihannya oleh ahli
  dan pengamalnya.
2-Logik
• Kaedah logik telah diaplikasikan secara
  meluas dalam tradisi intelektual Islam bukan
  sahaja dalam bidang sains intelelek tetapi
  juga dalam bidang sains transmisi seperti
  penggunaan analogi atau qiyas dalam kaedah
  perundangan Islam serta penggunaan logik
  atau mantiq dalam perbahasan ilmu kalam
  dan kaedah deduktif dalam falsafah Islam.
• Cth : qiyas dalam perundangan Islam
• Pengharaman Arak sebb memabukkan
  diqiyaskan dgn haramnya tuak, dadah, pil
  estacy sebb ia memabukkan {berbalik pd
  illat haramnya Arak dgn sebb mabuk.
“…gambar Arak mahal niee..”
“…haram minumm…”
“…Arak membuka jalan2
      maksiat..”
Arak diqiyaskan dgn dadah
Jangan mencuba…Awas…!
3-empirikal
• Ujikaji dan pemerhatian yang
  diimplementasikan secara meluas dalam
  bidang astronomi dengan pembinaan pusat-
  pusat observatori dan juga dalam bidang
  perubatan dengan terbinanya universiti
  hospital diseluruh dunia Islam sejak abad ke
  9 Masihi.Malah kaedah empirikal ini
  digunakan dalam semua bidang sains Islam.
4-Sintesis
• Kaedah ini merupakan gabungan antara
  pemikiran dan penemuan yang berbeza sebagai
  suatu yang menyeluruh atau yang baru. Unsur-
  unsur        sains     dalam         tamadun
  Yunani, Cina, India, Parsi dan lain-lain telah
  digabungkan dengan unsur sains yang terdapat
  dalam tamadun Islam.
• Ia merupakan kriteria terpenting
  pembentukan sains dan teknologi Islam
  yang bermula dengan kegiatan
  perterjemahan dari tahun 705 – 900 M.
  Sintesis merupakan gabungan ajaran al-
  Quran dan al-Sunnah dengan penyerapan
  budaya ilmu asing khususnya Yunani ke
  dalam budaya ilmu Islam.
5-Analisis
• Pemecahan persoalan sains secara
  terperinci sehingga menghasilkan banyak
  maklumat dan data. Selanjutnya data2
  dan maklumat2 ini        dirumuskan utk
  menghasilkan suatu penemuan        baru.
  Cthnya : pengkajian Ibn Sina dan al-Razi
  di dalam karya-karya mereka yang bersifat
  analisis dan ensiklopedia perubatan iaitu
  Al-Qanun fi Al-Tibb dan Al-Hawi.
• Dan juga kajian sarjana2 Muslim spt:
    1-Jahiz {Zoologi dan Sosiologi},
    2-al-Idrisi {Geografi},
    3-Ibn Khaldun {sosiologi sejarah},
    4-Al-Biruni        fizik,     sosiologi,
    kejuruteraan, IbnHaytham          optik,
    fizik, kejuruteraan,
    5-al-Khawarazmi       {matematik    dan
    astronomi}
6- universal
• Menurut Dr.Wan Fuad Wan Hasan didalam
  bukunya Ringkasan Sejarah Sains bahawa warga
  sains Islam terdiri dari empat kelompok
  terpenting :
•     1     Saintis Muslim seperti Jabir bin Hayyan
           dan Musa al-Khawarazmi.
•     2     Saintis Bukan Islam seperti Hunayn bin
           Ishaq dan Thabit bin Qurrah.
•     3     Saintis Arab seperti al-Jahiz dan al-
           Kindi.
•     4     Saintis bukan Arab seperti Ibn Sina dan
           Umar Khayyam.
•
• Kesejagatan sains dan teknologi Islam bukan
  sahaja penyumbangnya terdiri dari berbagai
  kelompok yang berada dibawah polisi sains
  pemerintah Islam tetapi juga khalayak yang
  menerima sumbangan sains dan teknologi
  Islam terdiri dari berbagai komuniti dan
  tamadun.Persoalan ini boleh dijustifikasikan
  apabila kita memperkatakan tentang
  transformasi sains dan teknologi Islam ke
  Eropah sejak zaman Pertengahan dan
  renaisans.
5-PERANAN SAINS & TEKNOLOGI DALAM
        MASYARAKAT ISLAM

i] Merealisasikan penghayatan tauhid :

Sains dapat membantu manusia mencapai
tauhid kerana hakikat keesaan Allah SWT
dimanefestasikan kepada peringkat fenomena
alam tabi‟i.
• Doktrin kosmologi Islam;alam tabi‟i wujud
  dalam kesatuan. Pengkajian fenomena
  tabi‟i berupaya membawa manusia kepada
  penyatuan alam semesta ini dengan
  kekuasaan dan keesaan Allah SWT yang
  merupakan Pencipta dan Pengatur alam
  sejagat.
• Cth : bila tgok alam semesta dengan
  adanya bulan, bintang, matahari {
  berputar pada paksi} msg2 =membuktikan
  mesti ada satu kuasa yg
  menggerakkanya=Kekuatan & pegangan
  kp akidah Islam semakin kuat.
“…lukis matahari zmn
      knak2..”
“..terbit ke terbenam…?
“..cantik..menarikk….”
“…bintang di langit..
“…animasi moon…”
2-Menegakkan kebenaran saintifik
• Penemuan sains merupakan pembuktian
  kebenaran secara ilmiah.Kegiatan saintis Islam
  adalah dalam rangka menegakkan kebenaran
  pegangan dan teori yang didokong oleh
  mereka.Setiap cabang sains bermatlamat untuk
  mencapai peringkat keyakinan tertinggi
  terhadap hakikat benda yang dikajinya.Hakikat
  bermakna kebenaran (reality).Kebenaran yang
  dimaksudkan dalam konteks ini ialah
  kebenaran saintifik.Ringkasnya,tujuan setiap
  cabang sains diselidiki oleh para saintis Islam
  adalah untuk menegakkan kebenaran dalam
  bidang kajiannya.
3-Pembudayaan sifat tafakkur/Tafkir -
            makrifah
• Seluruh kegiatan saintifik saintis Muslim
  ditunjangi oleh gagasan menghampirkan
  diri kepada Allah SWT.Para Saintis
  failasuf isyraqi / teosofi dan aliran „urafa
  seperti Sadruddin Shirazi,Mulla Sadra dan
  Ikhwan      al-Safa    banyak     mengupas
  perbahasan tentang ma’rifah atau gnostik
  dalam rangka usaha inovasi sains mereka.
• Penguasaan ilmu pengetahuan yang
  mendalam tentang fenomena alam tabi‟i
  merupakan satu kaedah yang berkesan
  untuk membawa manusia mengenali sifat-
  sifat Allah SWT dan beriman kepadaNya.
4-Memenuhi keperluan kebendaan
          manusia
• Dalam sejarah sains & teknologi
  Islam,para saintis Islam menghasilkan
  penemuan sains demi mencapai berbagai
  tujuan sejajar dengan keperluan
  manusia.Apabila kita memerhatikan
  inovasi sains dan teknologi Islam kita
  dapati bahawa produk2 sains mereka
  memberi manfaat yang besar kepada
  masyarakat.
• seperti usaha Ibn Haytham membina
  empangan di sepanjang Sungai Nil untuk
  menghindari banjir.Inovasi pembedahan
  yang diasaskan oleh Abul Qasim al-Zahrawi
  memberi faedah kemanusiaan sejagat
  terutama dalam bidang ilmu pembedahan
  dan perubatan klinikal.
5-Pelaksanaan Syariah
• Pencapaian sains & teknologi dalam
  lapangan kejuruteraan dan arkitek telah
  menghasilkan pembinaan
  masjid,universiti,perpustakaan dan
  monumen2 yang menayangkan pelaksanaan
  syariah Islam dalam masyarakat Islam
  Abbasiyah,Andalus,Mesir dan India.
• Contohnya apabila berlakunya pembukaan
  kawasan penempatan baru,antara projek
  terawal dilaksanakan ialah pembinaan
  masjid dan parasarananya yang
  memerlukan kepada kepakaran dalam
  bidang teknologi berkaitan.
“..cantik…”
“…masjidil haram..”
“..kubah masjid dri emas”
msjid bandar seri begawan.
6-Mengukuhkan keseimbangan
          Alam
• Contohnya keseimbangan sistem ekologi
  adalah berasaskan plan dan dasar
  pembangunan yang bercirikan masyarakat
  madani (Civil Society / al-Madinah al-
  Fadilah) seperti yang diteorikan oleh al-
  Farabi (md 950 M).Apabila negara
  dipimpin oleh Nabi , nescaya tercapainya
  keseimbangan diantara anasir
  jasmani,’aqliah dan kerohanian.
7-Warisan silam sains &
          teknologi
• Telah dipelihara dengan saksama oleh
  pemerintah Islam Abbasiyah,Fatimiyyah
  dan Andalus.Umpamanya Perubatan Parsi
  dan India telah disintesiskan dengan
  perubatan Islam oleh tokoh2 ahli
  perubatan Islam melalui pusat perubatan
  Parsi Jundisabur yang telah ditakluk oleh
  Kerajaan Abbasiyah.Demikian juga pusat
  sains Iskandariah,Harran,Antioch dan
  Konstantinopel di Turki.
6-Kepentingan s& t
• Sains Islam telah merangkul
  kejayaan yang gemilang dalam
  berbagai lapangan sains,dari ilmu
  bintang,sains hayat hinggalah
  kepada ilmu senibina pada zaman
  keemasan intelektual Islam
  sepanjang jangkamasa dari abad ke
  7 M hingga abad ke 16 M.
William Draper ,1979 ,History of the Intellectual
             Development of Europe
“ Hampir lapan ratus tahun di bawah pemerintahan
 umat Islam,Islam Sepanyol menjadi suatu teladan
 kepada Eropah.Sebagai sebuah negara yang
 bertamadun tertinggi dan berilmu,kemajuan
 dalam bidang seni,sastera dan sains di Sepanyol
 tidak ada tolok bandingannya di seluruh
 Eropah.Penuntut-penuntut datang dari negeri
 Perancis,Jerman       dan      England      untuk
 mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada
 di       bandar-bandar         orang        Islam
 Sepanyol.Matematik,ilmu                falak,sains
 hayat,sejarah,falsafah dan undang-undang hanya
 boleh dikuasai oleh Sepanyol sahaja.”
Imej Sains Islam
• Sains yang lahir di dunia Islam dalam
  tempoh tersebut mempunyai identiti
  Islam yang tersendiri.Identiti ini dapat
  ditinjau melalui epistemologinya yang
  memberikan gambaran dan matlamat2
  sains.
• Identiti ini juga dapat diperhatikan dalam
  bentuk kaedah-kaedah yang
  mempengaruhi cara2 pengamalan dan
  juga isi kandungan sains itu.
Epistemologi Islam
• Menekankan pengalaman dan realiti secara
  keseluruhannya dan menganjurkan pelbagai
  cara dan kaedah untuk mempelajari dan
  mengkaji alam tabi‟i.

• Justeru itu Islam menjadikan wahyu & akal
  ,pencerapan & intuisi,tradisi & spekulasi teori
  sebagai punca ilmu pengetahuan.Meskipun
  terdapat pelbagai medium untuk mempelajari
  alam tabi‟i,tetapi kebenaran wahyu tetap
  menjadi tonggak utama tamadun intelektual
  Islam.
“…cth sains dlm alquran..”
• NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula
  selepas persenyawaan atau minggu pertama.
  Ianya bermula setelah berlakunya
  percampuran air mani
• Daripada nutfah inilah Allah menciptakan
  anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku
  yang berbeza serta menjadikan lelaki dan
  perempuan. Daripada nutfah lelaki akan
  terbentunya saraf, tulang dan fakulti ,
  manakala dari nutfah perempuan akan
  terbentuknya darah dan daging.
• ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah
  ialah pada hujung minggu pertama / hari
  ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang
  sudah disenyawakan itu akan tertanam di
  dinding rahim (qarar makin). Selepas itu
  Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
• Firman Allah yang bermaksud
• " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi
  alaqah"
                            al-Mukminun : 14
• MUDGHAH : Pembentukan mudghah
  dikatakan berlaku pada minggu keempat.
  Perkataan mudghah disebut sebanyak dua
  kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj
  ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
• Firman Allah yang bermaksud
     "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi
     seketul daging"
• IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini
  iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh
  ialah peringkat pembentukan tulang yang
  mendahului pembentukan otot-otot.
  Apabila tulang belulang telah
  dibentuk, otot-otot akan membungkus
  rangka tersebut.
• Firman Allah yang bermaksud :
• "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu
  menjadi izam dan kemudiannya Kami
  membalutkan Izam dengan daging"
• NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat
  peniupan roh. Para ulamak Islam
  menyatakan bilakah roh ditiupkan ke
  dalam jasad yang sedang berkembang?
  Mereka hanya sepakat mengatakan
  peniupan roh ini berlaku selepas empat
  puluh hari dan selepas terbentuknya
  organ-organ tubuh termasuklah organ
  seks. Nilai kehidupan mereka telah pun
  bermula sejak di alam rahim lagi.
Slps 4 mngu..”
“..slps 8 mngu..”
“..slps 12 mngu..”
“..slps 16 mngu..”
“..slps 36 mngu..”
“..inilah kamu…”
Pelbagai Kaedah Epistemologi
             Islam
• Sifat   kepelbagaian    kaedah    pencarian
  &pencapaian      ilmu,epistemologi     Islam
  menekankan interaksi antara pelbagai
  cabang ilmu itu.Segala bentuk ilmu adalah
  saling berkaitan dan bertautan dengan
  wahyu.Islam bukan sekadar mewajibkan
  pencarian ilmu malah menjadikannya
  sebagai suatu urusan ibadah yang tertinggi.
• Urusan ilmu amat akrab dengan nilai Islam
  yang lain seperti kepimpinan ( khilafah dan
  imamah ),amanah,adil dan kepentingan umum
  ( istislah ).

• Sehubungan ini kita boleh meninjau keunikan
  epistemologi Islam yang meletakkan sains
  intelek ( sains,falsafah dan teknologi ) sejajar
  dengan sains transmisi / wahyu / naqli sebagai
  kefarduan dan menjadi tanggungjawab secara
  kolektif ( fardu kifayah ) kepada umat Islam
  untuk menguasai berbagai bidang sains dan
  teknologi.
• Sedangkan ilmu wahyu atau naqli pula
  menjadi tanggungjawab kepada setiap
  individu Muslim untuk mempelajarinya atau
  disebut fardu ‘ain.( Rujuk kupasan Imam
  Al-Ghazzali dalam Ihya’ `Ulum al-Din jilid 1
  dan Ibnu Khaldun di dalam Al-
  Muqaddimahnya ). Dengan kata-kata lain
  urusan ilmu menjadi ibadah,amanah dan
  perjuangan umat Islam seluruhnya.
• Hubungkait antara ilmu & ibadah tidak
  mengizinkan penimbaan ilmu untuk tujuan2
  melanggari perintah Allah.Manakala
  hubungkait ilmu & kepimpinan pula
  bermatlamat untuk merubah alam tabi‟i
  kepada alam yang tunduk kepada sistem
  Ilahi.
• Manusia sebagai khalifah Allah tidak
  dibenarkan menuntut ilmu untuk
  memusnahkan alam tabi‟i dan mengabaikan
  tanggungjawab untuk memakmurkannya.
• Cth ilmu & ibadah: Mengusai ilmu astronomi
  untuk menentukan waktu solat, dan arah kiblat.

• Untuk tujuan perdagangan, cthnya dgn
  mengetahui ilmu astronomi mereka dapat
  mengembara dan mengharungi lautan luas
  dengan panduan bintang di langit.
  3. Untuk tujuan dakwah, cthnya dengan
  mengetahui ilmu sains dan teknologi umat Islam
  dapat menyebarkan mesej dakwah dgn lebih
  mudah, jika dulu dgn terhasilnya perjilidan al-
  Qur‟an, dan sebagainya.
“…TENTUKAN ARAH
    KIBLAT..”
“..KAWASAN LAPANG..”
“..KOMPAS..”
“..PENUNJUK ARAH..
• Manusia perlu menerima bahawa alam tabi‟i
  ini bukan untuk dikuasai tetapi untuk
  dikagumi & disyukuri segala anugerah dan
  ni‟mat    kurniaan     Ilahi.Justeru   itulah
  pengkajian alam tabi‟i wajar sekali untuk
  menghasilkan dua natijah :
• i Kefahaman tentang alam kebendaan.
• ii Refleksi kepada realiti kerohanian.
• Selanjutnya hubung kait di antara ilmu dan
  istislah ( kepentingan umum ) dilakukan
  demi memastikan bahawa ilmu dituntut
  untuk menegakkan kesamaan,keadilan
  sosial dan nilai-nilai yang memperelok
  perjalanan masyarakat dan kebudayaan
  Islam.
• Keutamaan terhadap kepelbagaian dan saling
  berinteraksi ini memberikan satu ciri yang
  sangat unik kepada epistemologi Islam.Ia
  menunjukkan satu jalan tengah untuk menuntut
  ilmu.Ini adalah untuk :
• i memastikan agar tiada satu pun bentuk
  ilmu atau kaedah ke arah pengetahuan
  dijadikan    sebagai    satu-satunya kriteria
  mencapai kebenaran.
• ii memastikan supaya dalam menuntut sesuatu
  ilmu menerusi sesuatu kaedah itu tidak pula
  menafikan kesahihan menggunakan kaedah
  lain.
• Iklim pembudayaan ilmu Islam yang sehat
  ini telah mencetuskan kesuburan usaha
  membuat klasifikasi ilmu secara sistematik di
  kalangan ilmuan Muslim yang dimulai oleh
  al-Kindi pada abad ke 3 Hijrah = 9 Masihi
  sehinggalah kegiatan ini didedikasikan
  dengan sempurnanya oleh Syah WaliyuLlah
  al-Dahlawi dari India pada abad ke 12 Hijrah
  = 18 Masihi.
• Usaha-usaha mereka yang melelahkan
  dalam memproduksikan klasifikasi ilmu-
  ilmu ini telah menampilkan kesarjanaan
  masing-masing.Tujuan utama disebalik
  usaha-usaha gigih mereka dalam hal ini
  adalah untuk memelihara gagasan hierarki
  ilmu Islam yang kudus serta untuk
  meletakkan sesuatu bidang dan disiplin
  keilmuan pada posisinya yang sahih di
  bawah suatu paradigma keintelektualan
  Islam yang tulen.
• Para cendekiawan Islam telah
  merangkumkan semua bidang ilmu
  pengetahuan dalam satu susunan matrik
  nilai yang telah menunjukkan bahawa
  mereka berupaya untuk menerima dan
  mensintesiskan ilmu sains yang wujud
  daripada pelbagai tamadun yang telah
  mereka pusakai.Sebaik sahaja ia menjadi
  sebahagian daripada kerangka nilai-nilai
  Islam yang abadi,sains asing itu diubah dan
  diasimilasikan kepada suatu identiti yang
  baru.
• Sains Islam walaupun seperti sains Greek
  dan Cina yang mempunyai identiti yang
  unik,tetapi ia sama sekali berbeza dengan
  kedua-duanya itu lantaran sains Islam lebih
  bersifat antarabangsa atau sejagat
  disebabkan oleh penyebaran secara
  geografinya dan sifat kosmopolitan
  peradaban Islam itu sendiri.
• Klasifikasi ilmu yang diusahakan oleh para
  cendekiawan Islam merupakan permulaan
  proses sintesis yang kompleks yang
  mencerminkan tasawwur Islam.Meskipun al-
  Kindi,al-Farabi,al-Khawarazmi dan Ibn Sina
  dilihat terpengaruh dengan klasifikasi Aristotle
  pendahulu mereka dari Greek,namun usaha-
  usaha klasifikasi mereka menyerlahkan identiti
  Islam.
• Al-Khawarazmi ( md 976 M ) telah
  mengemukakan klasifikasi ilmu yang lebih
  sempurna atau satu bentuk struktur
  hierarki yang mengutamakan ilmu
  pengetahuan agama yang memberikan
  satu struktur nilai yang mengambil kira
  kesemua bentuk ilmu yang lain.
Maratib al-„Ulum
• Ensiklopedia Rasa`il Ikhwan al-Safa yang
  disusun pada abad ke 10 M telah
  meletakkan metafizik sejajar dengan
  matematik,logik dan sains
  tabi‟i.Berikutnya Ibn Hazm di dalam
  karyanya Maratib al-‘Ulum telah
  mengemukakan klasifikasi ilmu yang
  menggambarkan kesepaduan yang
  sempurna di antara ilmu pengetahuan
  dengan nilai-nilai.
• Di samping membentuk hierarki ilmu
  sains,Ibn Hazm juga menekankan tentang
  saling berkaitan dan berinteraksi di antara
  kelas-kelas ilmu itu.Beliau
  menghubungkan ilmu dengan empat nilai
  kebaikan ( fadilah ) yang utama :
Hierarki Sains
• Di samping membentuk hierarki ilmu
  sains,Ibn Hazm juga menekankan tentang
  saling berkaitan dan berinteraksi di antara
  kelas-kelas ilmu itu.Beliau
  menghubungkan ilmu dengan empat nilai
  kebaikan ( fadilah ) yang utama :
•   i     keadilan ( ‘adl )
•   ii    kefahaman ( fahm )
•   iii   keberanian ( najdah )
•   iv    kemurahan hati ( jud
“…SEKIAN TERIMA
    KASEH…”

Contenu connexe

Tendances

UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuAbdul Khaliq
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme Ct Muna
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahKathal Paiya
 
(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & modenwananip
 
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaTajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaMahyuddin Khalid
 
sekularisme
sekularismesekularisme
sekularismemkazree
 
Ibnu khaldun
Ibnu khaldunIbnu khaldun
Ibnu khaldunMera Myra
 
Konsep insan
Konsep insanKonsep insan
Konsep insanhazrina22
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamshah din
 
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiTajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiMahyuddin Khalid
 
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)Abdul Khaliq
 
TINGKATAN 5: IBNU SINA (BAPA PERUBATAN)
TINGKATAN 5: IBNU SINA (BAPA PERUBATAN)TINGKATAN 5: IBNU SINA (BAPA PERUBATAN)
TINGKATAN 5: IBNU SINA (BAPA PERUBATAN)Azya Ree
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatSekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatHidayat Shafie
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanSiti Zulaikha
 

Tendances (20)

UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
 
08 isi pelajaran
08 isi pelajaran08 isi pelajaran
08 isi pelajaran
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden
 
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu SemasaTajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
Tajuk Pengenalan Kursus CTU552 Falsafah dan Isu Semasa
 
sekularisme
sekularismesekularisme
sekularisme
 
Ibnu khaldun
Ibnu khaldunIbnu khaldun
Ibnu khaldun
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
Konsep insan
Konsep insanKonsep insan
Konsep insan
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
 
2.1 pengertian falsafah (pengenalan)
2.1 pengertian  falsafah (pengenalan)2.1 pengertian  falsafah (pengenalan)
2.1 pengertian falsafah (pengenalan)
 
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan DekolonisasiTajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
Tajuk 8 Penyahjajahan Dekolonisasi
 
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
 
04 Agama
04 Agama04 Agama
04 Agama
 
TINGKATAN 5: IBNU SINA (BAPA PERUBATAN)
TINGKATAN 5: IBNU SINA (BAPA PERUBATAN)TINGKATAN 5: IBNU SINA (BAPA PERUBATAN)
TINGKATAN 5: IBNU SINA (BAPA PERUBATAN)
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatSekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
 
Definisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalamDefinisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalam
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalan
 

En vedette

UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)Abdul Khaliq
 
Sains dan teknologi Islm
Sains dan teknologi IslmSains dan teknologi Islm
Sains dan teknologi IslmCikgu Marzuqi
 
UICI 2022 - sains dan islam
UICI 2022 - sains dan islamUICI 2022 - sains dan islam
UICI 2022 - sains dan islamAbdul Khaliq
 
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatanSumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatanروقيه عثمان
 
Perkembangan Sains & Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiah
Perkembangan Sains & Teknologi Pada Zaman Kerajaan AbbasiahPerkembangan Sains & Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiah
Perkembangan Sains & Teknologi Pada Zaman Kerajaan AbbasiahSuhaila Mohamed
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAhmad Zaki Abdul Latiff
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahMohd Syahir Ismail
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajaraizam1205
 
Pemikiran daripada perspektif islam
Pemikiran daripada perspektif islamPemikiran daripada perspektif islam
Pemikiran daripada perspektif islamMazmon Mahmud
 
1. metafisika islam
1. metafisika islam1. metafisika islam
1. metafisika islamLela Warni
 

En vedette (20)

Bab 2 ctu 211
Bab 2 ctu 211Bab 2 ctu 211
Bab 2 ctu 211
 
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
 
Bab 3 ctu 211
Bab 3 ctu 211Bab 3 ctu 211
Bab 3 ctu 211
 
Bab 4 ctu 211
Bab 4 ctu 211Bab 4 ctu 211
Bab 4 ctu 211
 
Bab 5 ctu 211
Bab 5 ctu 211Bab 5 ctu 211
Bab 5 ctu 211
 
Sains dan teknologi Islm
Sains dan teknologi IslmSains dan teknologi Islm
Sains dan teknologi Islm
 
UICI 2022 - sains dan islam
UICI 2022 - sains dan islamUICI 2022 - sains dan islam
UICI 2022 - sains dan islam
 
METAFİZİK - I -
METAFİZİK - I -METAFİZİK - I -
METAFİZİK - I -
 
Jejak Bangsa2 Terdahulu
Jejak Bangsa2 TerdahuluJejak Bangsa2 Terdahulu
Jejak Bangsa2 Terdahulu
 
Kerja paip
Kerja paipKerja paip
Kerja paip
 
Spe Bab1
Spe Bab1Spe Bab1
Spe Bab1
 
Masyarakat madani
Masyarakat madaniMasyarakat madani
Masyarakat madani
 
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatanSumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan
 
Perkembangan Sains & Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiah
Perkembangan Sains & Teknologi Pada Zaman Kerajaan AbbasiahPerkembangan Sains & Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiah
Perkembangan Sains & Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiah
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
 
Spe Bab7
Spe Bab7Spe Bab7
Spe Bab7
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
 
Pemikiran daripada perspektif islam
Pemikiran daripada perspektif islamPemikiran daripada perspektif islam
Pemikiran daripada perspektif islam
 
1. metafisika islam
1. metafisika islam1. metafisika islam
1. metafisika islam
 

Similaire à Sains Islam

RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdfRESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdfenjat2
 
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfFKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfWahyuThoha
 
MANUSIA DAPAT MENCAPAI KEMAJUAN HIDUP MELALUI SAINS.pdf
MANUSIA DAPAT MENCAPAI KEMAJUAN HIDUP MELALUI SAINS.pdfMANUSIA DAPAT MENCAPAI KEMAJUAN HIDUP MELALUI SAINS.pdf
MANUSIA DAPAT MENCAPAI KEMAJUAN HIDUP MELALUI SAINS.pdfirdinaZahirah2
 
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptx
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptxBab 4 Aqidah menunjangi sains.pptx
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptxNorhayati Tahir
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuayu Naoman
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkDesiPermataSari16
 
Sejarah perkembangan filsafat
Sejarah perkembangan filsafatSejarah perkembangan filsafat
Sejarah perkembangan filsafatKhusnoel Khatimah
 
Pandangan Filsafat dalam Meningkatkan Kualitas Sarjana di Era Kemunduran Islam
Pandangan Filsafat dalam Meningkatkan Kualitas Sarjana di Era Kemunduran IslamPandangan Filsafat dalam Meningkatkan Kualitas Sarjana di Era Kemunduran Islam
Pandangan Filsafat dalam Meningkatkan Kualitas Sarjana di Era Kemunduran IslamMONIKALAILA
 
Al qur’an sebagai paradigma pengembangan ilmu pengetahuan
Al qur’an sebagai paradigma pengembangan ilmu pengetahuanAl qur’an sebagai paradigma pengembangan ilmu pengetahuan
Al qur’an sebagai paradigma pengembangan ilmu pengetahuanKhumaira S. Husnaeni
 
Makalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuMakalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuAbuy Thea
 
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.Faseha 3
 
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwi
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwiSoal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwi
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwiAlwiAssegaf
 
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxFKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxEkoSulastri
 
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdfTaufikRahman392594
 
Makalah aika 3 niken , rani neww
Makalah aika 3 niken , rani newwMakalah aika 3 niken , rani neww
Makalah aika 3 niken , rani newwrani etika
 
FILSAFAT DALAM ISLAM
FILSAFAT DALAM ISLAMFILSAFAT DALAM ISLAM
FILSAFAT DALAM ISLAMfiqifazriana
 
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2Amas Imania Fadlie
 

Similaire à Sains Islam (20)

RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdfRESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 1 2023.pdf
 
Falsafah KTI.docx
Falsafah KTI.docxFalsafah KTI.docx
Falsafah KTI.docx
 
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfFKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
MANUSIA DAPAT MENCAPAI KEMAJUAN HIDUP MELALUI SAINS.pdf
MANUSIA DAPAT MENCAPAI KEMAJUAN HIDUP MELALUI SAINS.pdfMANUSIA DAPAT MENCAPAI KEMAJUAN HIDUP MELALUI SAINS.pdf
MANUSIA DAPAT MENCAPAI KEMAJUAN HIDUP MELALUI SAINS.pdf
 
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptx
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptxBab 4 Aqidah menunjangi sains.pptx
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptx
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmu
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
 
Sejarah perkembangan filsafat
Sejarah perkembangan filsafatSejarah perkembangan filsafat
Sejarah perkembangan filsafat
 
Pandangan Filsafat dalam Meningkatkan Kualitas Sarjana di Era Kemunduran Islam
Pandangan Filsafat dalam Meningkatkan Kualitas Sarjana di Era Kemunduran IslamPandangan Filsafat dalam Meningkatkan Kualitas Sarjana di Era Kemunduran Islam
Pandangan Filsafat dalam Meningkatkan Kualitas Sarjana di Era Kemunduran Islam
 
Al qur’an sebagai paradigma pengembangan ilmu pengetahuan
Al qur’an sebagai paradigma pengembangan ilmu pengetahuanAl qur’an sebagai paradigma pengembangan ilmu pengetahuan
Al qur’an sebagai paradigma pengembangan ilmu pengetahuan
 
Makalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuMakalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmu
 
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.
Jurnal. usuluddin.30.2009.09.basri.ilmu.
 
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwi
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwiSoal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwi
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwi
 
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxFKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
 
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf
5822-Article Text-16968-3-10-20200531.pdf
 
Makalah aika 3 niken , rani neww
Makalah aika 3 niken , rani newwMakalah aika 3 niken , rani neww
Makalah aika 3 niken , rani neww
 
Pengantar studi islam Komprehensif
Pengantar studi islam KomprehensifPengantar studi islam Komprehensif
Pengantar studi islam Komprehensif
 
FILSAFAT DALAM ISLAM
FILSAFAT DALAM ISLAMFILSAFAT DALAM ISLAM
FILSAFAT DALAM ISLAM
 
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2
 

Plus de Nur Izzati (10)

Ch06 b
Ch06 bCh06 b
Ch06 b
 
Ch06
Ch06Ch06
Ch06
 
Ch05
Ch05Ch05
Ch05
 
Ch04 b
Ch04 bCh04 b
Ch04 b
 
Ch04
Ch04Ch04
Ch04
 
Ch03 cont.
Ch03 cont.Ch03 cont.
Ch03 cont.
 
Ch03
Ch03Ch03
Ch03
 
Ch02
Ch02Ch02
Ch02
 
Ch01 cont.
Ch01 cont.Ch01 cont.
Ch01 cont.
 
Ch01 bcm 311
Ch01 bcm 311Ch01 bcm 311
Ch01 bcm 311
 

Sains Islam

  • 1. CTU 211 SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM Minggu ke 2,3,4 BAB :1 PENSY: USTZAH SHAHRINA BINTI ROMLI
  • 2. ISI KANDUNGAN BAB 1 : SAINS & TEKNOLOGI DALAM ISLAM 1-pengertian sains 2-pengertian teknologi 3-persepsi islam terhadap sains &teknologi 4-Ciri2 sains & teknologi Islam -ciri2 agama &saintifik 5-Peranan sains & teknologi Islam dalam masyarakat Islam 6-Kepentingan sains & teknologi dalam Islam
  • 3. 1-Pengertian sains • Menurut Charles T. Onions di dalam Dictionary of English Etymology, ( Oxford English Dictionary ), perkataan sains itu timbul dari perkataan Inggeris science,scians,scienc,sciens,science,scyens,sc yense,siens,sienz,syence,syense,cience dan ciens. • Manakala perkataan Inggeris itu pula berasal dari perkataan Latin scientia yang bermakna ilmu.
  • 4. • Takrif sains Moden yang biasa terdapat dalam kamus ialah “Suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau,dan disusun secara bersistem dan dihimpunkan dalam bentuk hukum-hukum umum,dan termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru dalam lapangannya sendiri.” ( The Oxford English Dictionary ).
  • 5. • Profesor Shaharir Mohamad Zain Sains berupa analisis fenomenon secara bersistem,mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai. Antara huraian terpenting dari takrif tersebut ialah istilah-istilah seperti fenomenon,mantiq ( logik ) dan objektif.Fenomenon ialah telatah atau peristiwa yang mempunyai atribut atau ekoran yang terdemonstrasi secara objektif.
  • 6. • Terdapat perbezaan yg ketara di antara sains moden dengan sains Islam. Ini kerana sains moden hanya terbatas kpd sains tabii sedangkan sains dalam Islam amat luas meliputi 3 kategori umum ilmu pengetahuan sbgmana yg digariskan oleh Ikhwan al-Safa (Hairuddin, 1992:5) iaitu:
  • 7. • i sains propaedeutik membaca,menulis,perdagangan,timbangan, pertanian,biografi dan sejarah • ii sains syari’ah ilmu tajwid,hadith,syari’ah,tafsir al-Quran dan lain-lain ilmu yang dikategorikan sebagai ilmu agama • iii sains falsafah yang terdiri daripada empat bidang iaitu matematik,logik,sains tabi‟i dan metafizik tabi‟I,matematik,astronomi,musik,fizik,botani, zoologi,geologi,mineralogi,meteorologi,logik dll
  • 8. • Dalam konteks sains moden barat, sains didefinisikan sbg ilmu yg didapati melalui metodologi saintifik. • Sains moden hanya mengiktiraf 4 proses kegiatan intelektual meliputi 1-cerapan 2-generalisasi 3-huraian 4-ramalan.
  • 9. • Akan tetapi, tradisi sains Islam tidak membataskan metodologi sains kpd kaedah empirikal, logikal dan matematikal semata-mata. Sains Islam juga memperakui kaedah yg bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik (ma‟rifah dan al-kasyf/ kaedah tasawwuf /irfan)-kisah nabi khidir
  • 10. • Sains moden ini muncul dr peradaban barat justeru ianya dikenali dengan sains barat. • Ia muncul ke persada dunia lenih kurang 400 tahun yang lalu iaitu disekitar 1600 masihi. • Kelahirannya akibat drpd konflik yg tercetus diantara pendokong ilmu rasional dgn golongan gereja / agama yg memerintah. • Ekoran drpd itulah munculnya revolusi sains sejak zaman renaisance yg mendokong sains moden yg bebas dri belenggu ajaran agama.
  • 11. Sains moden vs sains zaman pertengahan/ zaman muslim • Pertama, dari perspektif falsafah. Sains Moden tidak memartabatkan keagamaan dan ketuhanan ditempat yang tertinggi sebagai sumber ilmu dan kebenaran yang mutlak. Meletakkan akal rasional manusia sebagai penentu segala-galanya dan segala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal semata- mata dan tidak memerlukan bantuan ilmu wahyu.
  • 12. • sains Moden menerusi kaedah saintifiknya menolak wahyu sebagai sumber ilmu dan membina sistem nilai tersendiri yang bertunjangkan humanisme dan rasionalisme yang diasaskan oleh Aristotle.
  • 13. • Kedua, kaedah sains Moden yang dianjurkan oleh Bacon dan Descartes adalah bersifat reductionism (turunisme).Kebanyakan saintis Moden mendakwa bahawa sains moden bebas daripada sebarang nilai,neutral dan objektif. • Kaedah reductionism bermaksud menganjurkan supaya para saintis memisahkan suatu persoalan yg ingin ditangani dgn persoalan lain dgn menyelesaikan masalh pokok itu shj .iaitu ia menyelesaikan suatu masalah dlm keadaan yg ungggul .w/p keadaan yg unggul itu tidak wujud di dunia.
  • 14. • Ketiga,sebagai natijah daripada gerakan humanisme Renaisans,sains Moden telah bersifat kebendaan dan sekular • Dgn kata-kata lain mereka membataskan alam ini kpd alam nyata sahaja. Alam tersebut hanyalah yg boleh diuji, dipegang, disukat, dirasa dan disentuh dgn menolak kewujudan alam ghaib atau kuasa ghaib dan seumpamanya. • Fenomena ini telah memunculkan gerakan atheis yg anti agama dan manusia terdedah kepada krisis jiwa yang tenat.
  • 15. 2-Pengertian teknologi – Istilah teknologi berasal dari perkataan Yunani iaitu techne yang bermaksud seni atau kerja tangan – perkataan logos yang bermaksud wacana atau kata-kata sistematik – teknologi merujuk kepada ilmu yang bersifat praktikal,manakala sains pula merujuk kepada ilmu yang bersifat teoritikal
  • 16. • Dalam Glosari Islam, teknologi disamaertikan dengan sina’ah yang bermaksud ilmu gunaan. • Armahedi Mahzar dalam Ahmad Y.al-Hassan dan Donald R.Hill dalam Teknologi Dalam Sejarah Islam (1993), merumuskan bhw: 1- Teknologi merupakan kumpulan kaedah yang dipakai manusia untuk mencapai tujuan yang dianggapnya berharga. 2- Teknologi adalah keseluruhan teknik yang menghasilkan kepintaran mesin-mesin.
  • 17. • Wan Fuad Wan Hassan dalam Ringkasan Sejarah Sains (1990) menyimpulkan bahawa “teknologi boleh ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem.Lazimnya ia dikaitkan dengan proses industri serta amat berkaitan rapat dengan sains kejuruteraan.Teknologi melibatkan peralatan,perkakasan dan teknik bagi menjalankan sesuatu perancangan”
  • 18. 3-PERSEPSI ISLAM TERHADAP SAINS &TEKNOLOGI • Persepsi Islam terhadap sains&teknologi ialah berhubung dengan gesaan Al-Quran dan al- Sunnah supaya umat Islam menggunakan akal ( rasional ) serta penggunaan dalil ‘aqliyyah dan hukum akal dalam perbahasan akidah ( ilmu kalam / skolastik Islam,perbahasan fiqh atau perundangan Islam dan pelbagai bidang keilmuan Islam menayangkan keunikan perspektif Islam terhadap dimensi rasional yang menjadi asas pembentukan inovasi sains & teknologi dalam tradisi keilmuan Islam.
  • 19. • Justeru itu penggunaan metodologi sains dan falsafah telah diasimilasikan dalam berbagai bidang ilmu Islam seperti metod logik dengan kaedah analogi ( qiyas ) dan deduksi serta metod induksi dalam berbagai bidang sains amali.
  • 20. • Penelitian fenomena tabi‟i amat sarat dlm Al-Quran & al-Sunnah.Terdapat 756 ayat al-Quran yang menekankan konsep ayatuLlah yang menjadi asas pengkajian tabi‟i. • Justeru itu ayat al-Quran merupakan mikro-kosmos kepada fenomena tabi‟i,manakala ayat al-kawniyyah ( alam semesta ) merupakan makro-kosmos fenomena tabi‟i. • Profesor S.H.Nasr dalam An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines bahawa wahyu dalam aspek pernyataan sebagai bentuk ( form ),sedangkan struktur akal adalah jirim ( matter ).Sehubungan ini akal sebagai alat untuk manusia menerima kebenaran yang diwahyukan dan ia tidak berlawanan dengan hukum akal.
  • 21. • Perbahasan tentang kajian fenomena tabi‟i disebut juga sebagai teologi tabi‟i. • Menurut Dictionary of the History of Science, teologi tabi‟i merupakan ilmu atau huraian rasional mengenai kewujudan dan sifat Tuhan sebagai Khaliq melalui kajian ke atas fenomena alam tabi‟i. • Teologi tabi‟i dalam konteks sejarah sains Islam meliputi dua tahap perkembangan,iaitu;
  • 22. • i sebelum turunnya al-Quran, iaitu teologi tabi’i yang dibawa oleh para Anbiya` dan Hukama` terdahulu • ii sesudah turunnya al-Quran. Abu al-Hasan al-Asy’ari ( m.d. 935 M ) dengan teori atomnya telah membuka tirai hujah ontologikal dan polemik teologi tabi’i dalam historiografi sains Islam.al-Asy’ari merupakan pemimpin golongan mutakallimun ( skolastik Islam ) yang paling keras penentangannya terhadap hujah-hujah ontologikal kaum Mu’tazilah ( golongan ahli falsafah / rasionalisme Islam ).
  • 23. • Adalah jelas Islam memberatkan pertimbangan fikir dan zikir dalam beragama dan mengisi semua aspek kehidupan dan menekankan keharmonian wahyu dan akal dalam berilmu.Sehubungan ini kajian ke atas fenomena alam tabi‟i melalui fakulti akal,menurut al-Quran,pasti akan membawa seseorang insan kepada kedudukan rohaniah yang tinggi.
  • 24. • Masyarakat Islam menurut al-Quran merupakan masyarakat yang merdeka dan berdaulat serta berkeupayaan untuk hidup berdikari.Ia bukanlah sebuah masyarakat yang bergantung kepada orang lain dan tunduk kepada kuasa-kuasa asing yang anti Islam.Dalam konteks untuk mencapai kemerdekaan yang hakiki umat Islam perlu memiliki kebebasan dan kedaulatan dalam ekonomi,politik dan kebudayaan.
  • 25. • Sehubungan ini Amir Syakib Arsalan dan Muhammad Abduh menegaskan kondisi umat Islam yang jumud ( beku ) dan terkebelakang dalam segala aspek kehidupan telah mengakibatkan lahirnya tohmahan dan penghinaan pihak musuh kepada Islam.
  • 26. • Antara jawapan yang tegas yang dikemukakan oleh para mujaddid dan pemikir Islam untuk mengatasi dan mengubati kelemahan dan kelumpuhan umat Islam ialah mereka semestinya menguasai sains dan teknologi di samping memiliki kekuatan iman dan penguasaan terhadap ilmu-ilmu tradisi Islam. Di sinilah letaknya signifikasi sains dan teknologi dari persepsi Islam.
  • 27. 4-Ciri2 sains & teknologi Islam 1-ciri2 Keagamaan A. Tauhid ( The Divine Unity ) Dari gagasan keesaan ini dikembangkan gagasan kesatuan sistem alam ciptaan Allah atau diistilahkan sebagai sunnatuLlah. • Sehubungan ini sains dan teknologi Islam merupakan ilmu yang dihasilkan melalui cerapan dan fahaman terhadap fenomena tabi‟i yang berpaksikan gagasan tauhid kepada Allah
  • 28. • Menurut Islam- sesuatu ilmu boleh tercetus menerusi peringakt2 yg tertentu brdasarkn hubungn seseorang itu dgn Allah • {Rasul & anbiya –wahyu} • Hukama & ahli sufi –ilham @ institusi yg diistilahkn al-Quran sbg mujahadah
  • 29. • Didalam buku Science and Civilization in Islam karya Profesor S.H.Nasr telah mengemukakan perbahasan tentang The Universal Figures of Islamic Science (Tokoh- tokoh Keilmuan Sejagat) dalam sejarah Sains Islam seperti Jabir bin Hayyan,Al-Kindi,Ibnu Sina,Ibn Haytham dan lain-lain yang menguasai ilmu-ilmu naqli dan ‘aqliyyah.
  • 30. • B.Kesatuan Ilmu ( The Unity of Knowledge ): Seluruh bidang ilmu baik ilmu naqli @ wahyu mahupun ilmu akal adalh dr Allah swt. - Malah kesemuanya itu saling melengkapi dlm bidang keilmuan Islam - Konsep tauhid konsep kesatuan ilmu dlm falsafah & konsep kesatuan kebersebaban (unity of causalities) dlm proses kejadian alam.
  • 31. • C. Kesatuan Kebersebaban ( The Unity of Causalities ) Menggabungkan sebab metafizik ( The Vertical Cause ) yang diungkapkan sebagai qadha‟ taqdir Allah SWT dengan sebab fizik (The Horizontal Cause). Allah SWT merupakan penyebab pertama atau penyebab awal (The First Cause) bagi segala sesuatu, manakala sebab-sebab lain adalah penyebab kedua.
  • 32. • Para malaikat & Jin –penyebab ke2 • Firman Allah {al-Radd :11 & surah ar-Rum: 48} telah merumuskan penggabungan ketentuan Allah swt ke atas usaha & ikhtiar manusia dlm konteks sebab & akibat yg berlaku dlm kehidupan insan & perjalanan hidup. {cth: hanya meyerah pada Allah shj tanpa berusaha..hanya berdoa shj}
  • 35. “…baby pun nak doa…”
  • 37. • D. Sains sebagai alat atau mekanisme untuk mencapai pengabdian kepada Allah SWT dan keredaanNya.Keunikan sains Islam ialah meletakkan sains sebagai alat untuk memperolehi keredaan Allah SWT. Melalui sains manusia dapat mengabdikan diri kepada Allah SWT .Bentuk pengabdian itu yang mempunyai fungsi kerohanian dan sosialnya.
  • 38. • E. Sains Islam terikat dengan hukum- hukum dan akhlak ( etika ) yang mantap.Prinsip sains Islam ialah matlamat tidak menghalalkan cara. Meskipun sesuatu matlamat dan kaedah penyelidikan sains untuk kebaikan dan kepentingan manusia seperti projek pengklonan manusia,euthanasia,organ transplantation dan seumpamanya,namun sains Islam tidak mengenepikan batas-batas hukum dan etika sehingga menghalalkan projek-projek seperti di atas.
  • 40.
  • 41.
  • 42. • F. Sains Islam adalah suatu kaedah yang unggul untuk membuktikan kebenaran Allah SWT dan suatu jalan untuk mencapai ma’rifah ( mengenal dan menghampirkan diri ) kepada Allah SWT
  • 43. 2-ciri2 saintifik • 1-objektif 2-logik • 3-Empirikal 4-Sintesis • 5-Analisi 6-Universal
  • 44. 1-objektif • Sains dan teknologi Islam juga melalui proses pembuktian kebenaran atau justifikasi.Al-Quran sendiri menegaskan sifat objektif keilmuan Islam didalam surah al-Isra‟ ayat 36,Surah Al- Baqarah ayat 111. • Sains Islam bersifat objektif kerana ia menyediakan serta mematuhi tatacara umum, dan kriteria tertentu bagi menentukan sama ada sesuatu dakwaan ilmiah itu dapat diterima atau tidak kebenaran atau kesahihannya oleh ahli dan pengamalnya.
  • 45. 2-Logik • Kaedah logik telah diaplikasikan secara meluas dalam tradisi intelektual Islam bukan sahaja dalam bidang sains intelelek tetapi juga dalam bidang sains transmisi seperti penggunaan analogi atau qiyas dalam kaedah perundangan Islam serta penggunaan logik atau mantiq dalam perbahasan ilmu kalam dan kaedah deduktif dalam falsafah Islam.
  • 46. • Cth : qiyas dalam perundangan Islam • Pengharaman Arak sebb memabukkan diqiyaskan dgn haramnya tuak, dadah, pil estacy sebb ia memabukkan {berbalik pd illat haramnya Arak dgn sebb mabuk.
  • 52. 3-empirikal • Ujikaji dan pemerhatian yang diimplementasikan secara meluas dalam bidang astronomi dengan pembinaan pusat- pusat observatori dan juga dalam bidang perubatan dengan terbinanya universiti hospital diseluruh dunia Islam sejak abad ke 9 Masihi.Malah kaedah empirikal ini digunakan dalam semua bidang sains Islam.
  • 53. 4-Sintesis • Kaedah ini merupakan gabungan antara pemikiran dan penemuan yang berbeza sebagai suatu yang menyeluruh atau yang baru. Unsur- unsur sains dalam tamadun Yunani, Cina, India, Parsi dan lain-lain telah digabungkan dengan unsur sains yang terdapat dalam tamadun Islam.
  • 54. • Ia merupakan kriteria terpenting pembentukan sains dan teknologi Islam yang bermula dengan kegiatan perterjemahan dari tahun 705 – 900 M. Sintesis merupakan gabungan ajaran al- Quran dan al-Sunnah dengan penyerapan budaya ilmu asing khususnya Yunani ke dalam budaya ilmu Islam.
  • 55. 5-Analisis • Pemecahan persoalan sains secara terperinci sehingga menghasilkan banyak maklumat dan data. Selanjutnya data2 dan maklumat2 ini dirumuskan utk menghasilkan suatu penemuan baru. Cthnya : pengkajian Ibn Sina dan al-Razi di dalam karya-karya mereka yang bersifat analisis dan ensiklopedia perubatan iaitu Al-Qanun fi Al-Tibb dan Al-Hawi.
  • 56. • Dan juga kajian sarjana2 Muslim spt: 1-Jahiz {Zoologi dan Sosiologi}, 2-al-Idrisi {Geografi}, 3-Ibn Khaldun {sosiologi sejarah}, 4-Al-Biruni fizik, sosiologi, kejuruteraan, IbnHaytham optik, fizik, kejuruteraan, 5-al-Khawarazmi {matematik dan astronomi}
  • 57. 6- universal • Menurut Dr.Wan Fuad Wan Hasan didalam bukunya Ringkasan Sejarah Sains bahawa warga sains Islam terdiri dari empat kelompok terpenting : • 1 Saintis Muslim seperti Jabir bin Hayyan dan Musa al-Khawarazmi. • 2 Saintis Bukan Islam seperti Hunayn bin Ishaq dan Thabit bin Qurrah. • 3 Saintis Arab seperti al-Jahiz dan al- Kindi. • 4 Saintis bukan Arab seperti Ibn Sina dan Umar Khayyam. •
  • 58. • Kesejagatan sains dan teknologi Islam bukan sahaja penyumbangnya terdiri dari berbagai kelompok yang berada dibawah polisi sains pemerintah Islam tetapi juga khalayak yang menerima sumbangan sains dan teknologi Islam terdiri dari berbagai komuniti dan tamadun.Persoalan ini boleh dijustifikasikan apabila kita memperkatakan tentang transformasi sains dan teknologi Islam ke Eropah sejak zaman Pertengahan dan renaisans.
  • 59. 5-PERANAN SAINS & TEKNOLOGI DALAM MASYARAKAT ISLAM i] Merealisasikan penghayatan tauhid : Sains dapat membantu manusia mencapai tauhid kerana hakikat keesaan Allah SWT dimanefestasikan kepada peringkat fenomena alam tabi‟i.
  • 60. • Doktrin kosmologi Islam;alam tabi‟i wujud dalam kesatuan. Pengkajian fenomena tabi‟i berupaya membawa manusia kepada penyatuan alam semesta ini dengan kekuasaan dan keesaan Allah SWT yang merupakan Pencipta dan Pengatur alam sejagat.
  • 61. • Cth : bila tgok alam semesta dengan adanya bulan, bintang, matahari { berputar pada paksi} msg2 =membuktikan mesti ada satu kuasa yg menggerakkanya=Kekuatan & pegangan kp akidah Islam semakin kuat.
  • 67. 2-Menegakkan kebenaran saintifik • Penemuan sains merupakan pembuktian kebenaran secara ilmiah.Kegiatan saintis Islam adalah dalam rangka menegakkan kebenaran pegangan dan teori yang didokong oleh mereka.Setiap cabang sains bermatlamat untuk mencapai peringkat keyakinan tertinggi terhadap hakikat benda yang dikajinya.Hakikat bermakna kebenaran (reality).Kebenaran yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah kebenaran saintifik.Ringkasnya,tujuan setiap cabang sains diselidiki oleh para saintis Islam adalah untuk menegakkan kebenaran dalam bidang kajiannya.
  • 68. 3-Pembudayaan sifat tafakkur/Tafkir - makrifah • Seluruh kegiatan saintifik saintis Muslim ditunjangi oleh gagasan menghampirkan diri kepada Allah SWT.Para Saintis failasuf isyraqi / teosofi dan aliran „urafa seperti Sadruddin Shirazi,Mulla Sadra dan Ikhwan al-Safa banyak mengupas perbahasan tentang ma’rifah atau gnostik dalam rangka usaha inovasi sains mereka.
  • 69. • Penguasaan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang fenomena alam tabi‟i merupakan satu kaedah yang berkesan untuk membawa manusia mengenali sifat- sifat Allah SWT dan beriman kepadaNya.
  • 70. 4-Memenuhi keperluan kebendaan manusia • Dalam sejarah sains & teknologi Islam,para saintis Islam menghasilkan penemuan sains demi mencapai berbagai tujuan sejajar dengan keperluan manusia.Apabila kita memerhatikan inovasi sains dan teknologi Islam kita dapati bahawa produk2 sains mereka memberi manfaat yang besar kepada masyarakat.
  • 71. • seperti usaha Ibn Haytham membina empangan di sepanjang Sungai Nil untuk menghindari banjir.Inovasi pembedahan yang diasaskan oleh Abul Qasim al-Zahrawi memberi faedah kemanusiaan sejagat terutama dalam bidang ilmu pembedahan dan perubatan klinikal.
  • 72. 5-Pelaksanaan Syariah • Pencapaian sains & teknologi dalam lapangan kejuruteraan dan arkitek telah menghasilkan pembinaan masjid,universiti,perpustakaan dan monumen2 yang menayangkan pelaksanaan syariah Islam dalam masyarakat Islam Abbasiyah,Andalus,Mesir dan India.
  • 73. • Contohnya apabila berlakunya pembukaan kawasan penempatan baru,antara projek terawal dilaksanakan ialah pembinaan masjid dan parasarananya yang memerlukan kepada kepakaran dalam bidang teknologi berkaitan.
  • 74.
  • 77. “..kubah masjid dri emas” msjid bandar seri begawan.
  • 78. 6-Mengukuhkan keseimbangan Alam • Contohnya keseimbangan sistem ekologi adalah berasaskan plan dan dasar pembangunan yang bercirikan masyarakat madani (Civil Society / al-Madinah al- Fadilah) seperti yang diteorikan oleh al- Farabi (md 950 M).Apabila negara dipimpin oleh Nabi , nescaya tercapainya keseimbangan diantara anasir jasmani,’aqliah dan kerohanian.
  • 79. 7-Warisan silam sains & teknologi • Telah dipelihara dengan saksama oleh pemerintah Islam Abbasiyah,Fatimiyyah dan Andalus.Umpamanya Perubatan Parsi dan India telah disintesiskan dengan perubatan Islam oleh tokoh2 ahli perubatan Islam melalui pusat perubatan Parsi Jundisabur yang telah ditakluk oleh Kerajaan Abbasiyah.Demikian juga pusat sains Iskandariah,Harran,Antioch dan Konstantinopel di Turki.
  • 80. 6-Kepentingan s& t • Sains Islam telah merangkul kejayaan yang gemilang dalam berbagai lapangan sains,dari ilmu bintang,sains hayat hinggalah kepada ilmu senibina pada zaman keemasan intelektual Islam sepanjang jangkamasa dari abad ke 7 M hingga abad ke 16 M.
  • 81. William Draper ,1979 ,History of the Intellectual Development of Europe “ Hampir lapan ratus tahun di bawah pemerintahan umat Islam,Islam Sepanyol menjadi suatu teladan kepada Eropah.Sebagai sebuah negara yang bertamadun tertinggi dan berilmu,kemajuan dalam bidang seni,sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tolok bandingannya di seluruh Eropah.Penuntut-penuntut datang dari negeri Perancis,Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar orang Islam Sepanyol.Matematik,ilmu falak,sains hayat,sejarah,falsafah dan undang-undang hanya boleh dikuasai oleh Sepanyol sahaja.”
  • 82. Imej Sains Islam • Sains yang lahir di dunia Islam dalam tempoh tersebut mempunyai identiti Islam yang tersendiri.Identiti ini dapat ditinjau melalui epistemologinya yang memberikan gambaran dan matlamat2 sains. • Identiti ini juga dapat diperhatikan dalam bentuk kaedah-kaedah yang mempengaruhi cara2 pengamalan dan juga isi kandungan sains itu.
  • 83. Epistemologi Islam • Menekankan pengalaman dan realiti secara keseluruhannya dan menganjurkan pelbagai cara dan kaedah untuk mempelajari dan mengkaji alam tabi‟i. • Justeru itu Islam menjadikan wahyu & akal ,pencerapan & intuisi,tradisi & spekulasi teori sebagai punca ilmu pengetahuan.Meskipun terdapat pelbagai medium untuk mempelajari alam tabi‟i,tetapi kebenaran wahyu tetap menjadi tonggak utama tamadun intelektual Islam.
  • 84. “…cth sains dlm alquran..” • NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani • Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
  • 85. • ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. • Firman Allah yang bermaksud • " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" al-Mukminun : 14
  • 86. • MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14 • Firman Allah yang bermaksud "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
  • 87. • IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. • Firman Allah yang bermaksud : • "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
  • 88. • NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.
  • 95. Pelbagai Kaedah Epistemologi Islam • Sifat kepelbagaian kaedah pencarian &pencapaian ilmu,epistemologi Islam menekankan interaksi antara pelbagai cabang ilmu itu.Segala bentuk ilmu adalah saling berkaitan dan bertautan dengan wahyu.Islam bukan sekadar mewajibkan pencarian ilmu malah menjadikannya sebagai suatu urusan ibadah yang tertinggi.
  • 96. • Urusan ilmu amat akrab dengan nilai Islam yang lain seperti kepimpinan ( khilafah dan imamah ),amanah,adil dan kepentingan umum ( istislah ). • Sehubungan ini kita boleh meninjau keunikan epistemologi Islam yang meletakkan sains intelek ( sains,falsafah dan teknologi ) sejajar dengan sains transmisi / wahyu / naqli sebagai kefarduan dan menjadi tanggungjawab secara kolektif ( fardu kifayah ) kepada umat Islam untuk menguasai berbagai bidang sains dan teknologi.
  • 97. • Sedangkan ilmu wahyu atau naqli pula menjadi tanggungjawab kepada setiap individu Muslim untuk mempelajarinya atau disebut fardu ‘ain.( Rujuk kupasan Imam Al-Ghazzali dalam Ihya’ `Ulum al-Din jilid 1 dan Ibnu Khaldun di dalam Al- Muqaddimahnya ). Dengan kata-kata lain urusan ilmu menjadi ibadah,amanah dan perjuangan umat Islam seluruhnya.
  • 98. • Hubungkait antara ilmu & ibadah tidak mengizinkan penimbaan ilmu untuk tujuan2 melanggari perintah Allah.Manakala hubungkait ilmu & kepimpinan pula bermatlamat untuk merubah alam tabi‟i kepada alam yang tunduk kepada sistem Ilahi. • Manusia sebagai khalifah Allah tidak dibenarkan menuntut ilmu untuk memusnahkan alam tabi‟i dan mengabaikan tanggungjawab untuk memakmurkannya.
  • 99. • Cth ilmu & ibadah: Mengusai ilmu astronomi untuk menentukan waktu solat, dan arah kiblat. • Untuk tujuan perdagangan, cthnya dgn mengetahui ilmu astronomi mereka dapat mengembara dan mengharungi lautan luas dengan panduan bintang di langit. 3. Untuk tujuan dakwah, cthnya dengan mengetahui ilmu sains dan teknologi umat Islam dapat menyebarkan mesej dakwah dgn lebih mudah, jika dulu dgn terhasilnya perjilidan al- Qur‟an, dan sebagainya.
  • 100.
  • 101.
  • 102. “…TENTUKAN ARAH KIBLAT..”
  • 106. • Manusia perlu menerima bahawa alam tabi‟i ini bukan untuk dikuasai tetapi untuk dikagumi & disyukuri segala anugerah dan ni‟mat kurniaan Ilahi.Justeru itulah pengkajian alam tabi‟i wajar sekali untuk menghasilkan dua natijah : • i Kefahaman tentang alam kebendaan. • ii Refleksi kepada realiti kerohanian.
  • 107. • Selanjutnya hubung kait di antara ilmu dan istislah ( kepentingan umum ) dilakukan demi memastikan bahawa ilmu dituntut untuk menegakkan kesamaan,keadilan sosial dan nilai-nilai yang memperelok perjalanan masyarakat dan kebudayaan Islam.
  • 108. • Keutamaan terhadap kepelbagaian dan saling berinteraksi ini memberikan satu ciri yang sangat unik kepada epistemologi Islam.Ia menunjukkan satu jalan tengah untuk menuntut ilmu.Ini adalah untuk : • i memastikan agar tiada satu pun bentuk ilmu atau kaedah ke arah pengetahuan dijadikan sebagai satu-satunya kriteria mencapai kebenaran. • ii memastikan supaya dalam menuntut sesuatu ilmu menerusi sesuatu kaedah itu tidak pula menafikan kesahihan menggunakan kaedah lain.
  • 109. • Iklim pembudayaan ilmu Islam yang sehat ini telah mencetuskan kesuburan usaha membuat klasifikasi ilmu secara sistematik di kalangan ilmuan Muslim yang dimulai oleh al-Kindi pada abad ke 3 Hijrah = 9 Masihi sehinggalah kegiatan ini didedikasikan dengan sempurnanya oleh Syah WaliyuLlah al-Dahlawi dari India pada abad ke 12 Hijrah = 18 Masihi.
  • 110. • Usaha-usaha mereka yang melelahkan dalam memproduksikan klasifikasi ilmu- ilmu ini telah menampilkan kesarjanaan masing-masing.Tujuan utama disebalik usaha-usaha gigih mereka dalam hal ini adalah untuk memelihara gagasan hierarki ilmu Islam yang kudus serta untuk meletakkan sesuatu bidang dan disiplin keilmuan pada posisinya yang sahih di bawah suatu paradigma keintelektualan Islam yang tulen.
  • 111. • Para cendekiawan Islam telah merangkumkan semua bidang ilmu pengetahuan dalam satu susunan matrik nilai yang telah menunjukkan bahawa mereka berupaya untuk menerima dan mensintesiskan ilmu sains yang wujud daripada pelbagai tamadun yang telah mereka pusakai.Sebaik sahaja ia menjadi sebahagian daripada kerangka nilai-nilai Islam yang abadi,sains asing itu diubah dan diasimilasikan kepada suatu identiti yang baru.
  • 112. • Sains Islam walaupun seperti sains Greek dan Cina yang mempunyai identiti yang unik,tetapi ia sama sekali berbeza dengan kedua-duanya itu lantaran sains Islam lebih bersifat antarabangsa atau sejagat disebabkan oleh penyebaran secara geografinya dan sifat kosmopolitan peradaban Islam itu sendiri.
  • 113. • Klasifikasi ilmu yang diusahakan oleh para cendekiawan Islam merupakan permulaan proses sintesis yang kompleks yang mencerminkan tasawwur Islam.Meskipun al- Kindi,al-Farabi,al-Khawarazmi dan Ibn Sina dilihat terpengaruh dengan klasifikasi Aristotle pendahulu mereka dari Greek,namun usaha- usaha klasifikasi mereka menyerlahkan identiti Islam.
  • 114. • Al-Khawarazmi ( md 976 M ) telah mengemukakan klasifikasi ilmu yang lebih sempurna atau satu bentuk struktur hierarki yang mengutamakan ilmu pengetahuan agama yang memberikan satu struktur nilai yang mengambil kira kesemua bentuk ilmu yang lain.
  • 115. Maratib al-„Ulum • Ensiklopedia Rasa`il Ikhwan al-Safa yang disusun pada abad ke 10 M telah meletakkan metafizik sejajar dengan matematik,logik dan sains tabi‟i.Berikutnya Ibn Hazm di dalam karyanya Maratib al-‘Ulum telah mengemukakan klasifikasi ilmu yang menggambarkan kesepaduan yang sempurna di antara ilmu pengetahuan dengan nilai-nilai.
  • 116. • Di samping membentuk hierarki ilmu sains,Ibn Hazm juga menekankan tentang saling berkaitan dan berinteraksi di antara kelas-kelas ilmu itu.Beliau menghubungkan ilmu dengan empat nilai kebaikan ( fadilah ) yang utama :
  • 117. Hierarki Sains • Di samping membentuk hierarki ilmu sains,Ibn Hazm juga menekankan tentang saling berkaitan dan berinteraksi di antara kelas-kelas ilmu itu.Beliau menghubungkan ilmu dengan empat nilai kebaikan ( fadilah ) yang utama :
  • 118. i keadilan ( ‘adl ) • ii kefahaman ( fahm ) • iii keberanian ( najdah ) • iv kemurahan hati ( jud
  • 119. “…SEKIAN TERIMA KASEH…”