Tekanan udara terjadi akibat perlanggaran dan hentaman antara zarah-zarah udara. Udara menekan segala benda di bumi dengan tekanan yang berubah-ubah menurut ketinggian dan dipengaruhi oleh jumlah zarah, isipadu, dan suhu gas. Prinsip tekanan udara digunakan dalam alat seperti picagari dan sifon.
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Tekanan udara
1.
2. APA ITU TEKANAN UDARA?
• Berdasarkan kepada Teori Kinetik Jirim:
- Zarah-zarah sentiasa bergerak dan berlanggar
antara satu sama lain dan menghentam dinding
bekas.
- Pelanggaran dan hentaman ini
menghasilkan tekanan udara
• Udara menekan ke atas semua benda di
bumi dan tekanan ini disebut tekanan udara
3. Ciri-ciri tekanan udara
a) bertindak ke semua arah
b) berubah-ubah dari satu tempat ke tempat
yang lain
c) berkurangan dengan pertambahan
ketinggian dari permukaan bumi. Ini
kerana udara berkurangan di tempat
yang tinggi
4. Faktor-faktor yang
mempengaruhi tekanan udara
Tekanan udara bertambah apabila:
1) Gas ditambah (bilangan zarah-zarah gas
ditambah)
- bilangan pelanggaran ke atas dinding bekas
bertambah
2) Isipadu bekas dikecilkan (gas dimampatkan)
- pelanggaran zarah dengan dinding bekas
menjadi lebih kerap
5. 3) Gas dipanaskan
- tenaga zarah-zarah bertambah dan berlanggar
dengan dinding bekas dengan lebih kerap dan
kuat
8. Gas di bawah tekanan tinggi
• Apabila gas dikenakan tekanan yang
cukup tinggi atau disejukkan, gas akan
berubah menjadi cecair
Tekanan tinggi
Gas Cecair
• Cecair akan menjadi gas semula apabila
tekanan dibebaskan
9. Langkah keselamatan semasa
penggunaan gas di bawah tekanan tinggi
1. Letakkan tangki dalam keadaan tegak
2. Jauhkan tangki daripada api atau cahaya
matahari
3. Nyalakan mancis terlebih dahulu sebelum
membuka pili gas
4. Jangan buang tin aerosol ke dalam api
kerana ia akan meletup
5. Guna air sabun untuk memeriksa
kebocoran pada saluran gas