SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
Hadiah Termahal dari Allah
                       Oleh: Muhamad Na’im B. Ab Razak (Jacknaim)




“Islam is derived from the word aslam which means submission. It also came from the word
salam, which means peace.Both of it are arabic words,” aku menarik nafas panjang.


Kering rasanya tekak ini. Aku memandang ke segenap penjuru dewan. Kelihatan mereka
khusyuk sekali mendengar biarpun ucapanku belum pun sampai sepuluh minit. Berdebar rasanya
hati ini. Maklumlah ini kali pertama aku berhadapan dengan non muslim secara terbuka dalam
menyebarkan dakwah islamiyyah. Lututku terasa begitu lemah sekali. Ku gagahinya diri ini
untuk berdiri. Teringat kata-kata Bro Azmi. Tenang dan jelas. Itulah yang paling penting dalam
berdakwah.


Aku memandang syiling Dewan Kuliah C, University Of Michigan. Ku telan air liur yang mula
membuak keluar dari kelenjar saliva ini. Kepalaku ligat untuk menyusun fakta. Segalanya mesti
sempurna, kemas dan padat. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini. Doa ku sendirian.
“So from those two rootwords, we can make a definition of islam which means peace that comes
from total submission towards the ALMIGHTY GOD. However the concept of God in Islam is
different from your religion. It is different from the Trinitarian concept like what some of you
believe.” Kelihatan beberapa orang pelajar mencatat di atas kertas mengenai apa yang aku
nyatakan.


Ternyata pelajar-pelajar barat ini cukup terbuka sekali dalam membincangkan soal ketuhanan
dan agama. Ketakutan mereka disebabkan oleh peristiwa 11 September sebenarnya telah
menyebabkan mereka tertanya-tanya konsep sebenar mengenai Islam. Maklumlah sebelum ini,
Kerajaan mereka begitu lantang sekali menyalahkan islam ke atas isu keganasan yang berlaku
terhadap dunia global. Mereka yang disogokkan dengan khabar-khabar palsu mengenai Islam
ternyata bangkit untuk mencari kebenaran disebaliknya.


Benarlah kata-kata sahabatku semasa menuntut di kelas Comparative Religion di Malaysia.
Setiap manusia pasti mempunyai naluri untuk mengenali Islam. Setiap mereka dilahirkan dalam
keadaan fitrah Islam. Ibu-bapa lah yang mencorakkan mereka samada untuk menjadi islam,
Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.


“If In Trinitarian concept, you believe that three entity of god make up the concept of God which
are God the father, Jesus Christ and Holy Spirit. But they are all one God. However in Islam the
concept of God is totally different. What type of god that we worship? It is stated in the Holy
Quran, Surah al Ikhlas or sincerity in chapter 112, verses 1-4 saying that God is one and only. He
is the eternal and absolute. He begetteth not, nor he is begotten. And nothing shall ever be
compared to him. So other than this concept we can not accept it. So before I go further with our
sharing session, is there any of you would like to ask anything? Because I do believe that two
ways discussion will give us more benefit.”


Aku duduk seketika di atas kerusi. Botol air mineral di atas meja itu aku gapai dan tuangkan
sedikit air ke dalam gelas. Air yang jernih itu aku teguk buat membelai tekak ku yang nyata
kekeringan. Mataku melilau kesegenap dewan, mencari sesiapa sahaja yang ingin bertanyakan
soalan.


“Excuse me brother. You said that Islam is the religion of Peace. But why the nowadays, it is
Muslim who commit the suicide bombing and sabotaging facilities.” Seorang gadis cina yang
berambut panjang, bercermin mata bangun dan bertanya soalan.


“Thank you sister for your question. Yes, you indeed right. Most of the terrorism involves the
Muslim. But have you ever consider the Holoucast and Nazism. What is the religion behind
those people.”


Aku memandang ke arahnya dan melontarkan sebutir senyuman. Tanpa membiarkan dia
menjawab pertanyaanku, aku menyambung hujah.


“Of Course not Islam, right. And those who kills the Civilians in Vietnam also not a muslim. It is
a co-incidence that the recent terrorism action is done by Muslim. But many of them are simply
an accusal but without a sufficient proof. Take a look at September, 11 tragedies. It’s being
doubted that the explosive from the aeroplane fuels can cause the steel tower to collapse. Plus,
William Rodriquez who is the last survivor of the big event mentions that he heard several
explosion at the base of the building. And the most important point is. If Muslim did the
bombing, why he reverted to Islam. Don’t you think that it is a stupid action? Besides, Islam
value life as a very important thing. Let me quote this verse from you.”


“…if any one slew a person - unless it be for murder or for spreading mischief in the land - it
would be as if he slew the whole people: and if any one saved a life, it would be as if he saved the
life of the whole people..”[5:32]


Para hadirin mengangguk-anggukkan kepala. Gadis itu, kulihat tersenyum. Ku harap dia berpuas
hati dengan jawapan yang aku berikan. Ku lihat jam di tanganku sudah merangkak ke angka
12.30 tengah hari. Segera ku teringat janji ku dengan Prof Klaskliew yang ingin bertemuku
kerana ingin mendapatkan senaskah al-quran.
“Well, ladies and gentlemen I’m afraid that I can not continue this session due to my
appointment with Prof Klaskliew. I promise that we’ll have this kind of session again whenever
we’ve a gap between our lectures.” Aku mengemas nota-notaku dan memasukkannya ke dalam
beg galasku.


Baru beberapa langkah aku meninggalkan dewan, kedengaran suara lembut memanggilku.
Rupanya gadis yang bertanyakan soalan tadi.


“Hi Bro ricky, boleh kita berbicara,” tegurnya.


“Wow, pandai bercakap melayu rupanya saudari ni ya.” Ucapku kagum


“Saya berasal dari Malaysia lah. Anyway, my name is Cindy.” Dia menghulurkan tangan untuk
bersalam.


“Ermm… Sorry banyak-banyak Cindy, dalam islam lelaki dan wanita tidak sepatutnya
bersentuhan tangan. It is to keep the girl’s modesty actually.” Aku menolak lembut pelawaannya.


“Well it’s ok. Anyway, That was a very nice speech. I like it.” Cindy tersenyum, menampakkan
lesung pipitnya yang nyata menyerlahkan lagi keayuan gadis itu.


“Erm, Cindy.. Nice to meet you. Unfortunately I have an appointment. Very urgent. Can I see
you later.”


“Well, it’s ok Ricky. I understand. Can I have your contact number. I have a lot to ask about
Islam.”
Aku memberikan kad namaku kepadanya. Dia menerimanya lalu melontarkan senyuman yang
amat manis sekali. Ya Allah, aku ni nak berdakwah. Teguhkanlah imanku. Lantas aku pun
berlalu pergi.


                              ****************************


“Macam mana sesi perkongsian Ricky tadi,” tanya Suria sewaktu ku bertandang di rumahnya.


Aunty Halimah keluar dari dapur membawa dulang berisi se-jug air dan sedikit kuih. Dia
menuang air sirap ke dalam gelas dihadapanku lalu duduk di atas sofa di sebelah Suria.


“Alhamdulillah Suria, syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kekuatan kepada Ricky. Agak
gemuruh juga. Maklumlah kali pertama. Tapi mereka agak berfikiran terbuka juga. Eh, Uncle
mana?”


“ Daddy ke rumah Mr Smith sekejap. Katanya ada urusan berkenaan dengan ladang epal
jagaannya. Sekejap lagi pulanglah tu.” Balas Suria mesra.


Aku mengangguk tanda faham. Memang Uncle Khalid sentiasa sibuk. Maklumlah kerjanya
sebagai Pengurus Ladang Epal terbesar sekali di daerah Michigan. Aku turut berbangga
dengannya. Siang sibuk dengan ladang epal, malam pula diisi dengan memberikan kuliah-kuliah
berkenaan islam kepada saudara seagama yang baru menerima hidayah. Sekiranya
berkelapangan, aku turut membantunya.


Tatkala aku ingin berbicara, telefon bimbit ku berbunyi tanda ada sms yang masuk. Ku lihat
mesej dari Cindy. Katanya ada hal ingin dibincangkan. Dia mengharapkan agar aku menemuinya
di Coffee House berdekatan dengan apartment tempat tinggal pelajar malam nanti. Aku berfikir
seketika. Antara janji ingin makan malam bersama-sama Suria dan keluarga atau bertemu
dengan gadis yang baru aku ketemui beberapa hari yang lepas. Aku memandang wajah Suria dan
aunty Halimah. Serba-salah pula aku dibuatnya.
“Ermm.. Aunty dah masak ke untuk malam ni?” Soalku.


“Kenapa Ricky?” soalnya.


“Serba-salah saya dibuatnya aunty. Tiba-tiba pula ada temujanji.” Aku cuba menjelaskan.


“Ricky memang selalu macam ni. Ada-ada je kerjanya. Mengalahkan menteri pula,” Suria
memotong percakapanku. Dia menarik muka masam. Merajuk agaknya.


“Suria, tak baik cakap macam tu dengan Ricky. Aunty tak masak lagi pun sebenarnya. Kalau
Ricky betul-betul ada hal aunty masak untuk tengah hari esoklah.”


“Tapi mak, Ricky ni selalu macam ni. Ada-ada sahaja alasannya. Esok mungkin tak boleh kot.
Suria ada kelas dissection.”


“Lor apa susahnya. Ricky makan lah tanpa Suria. Suria menghadap aja lah cadaver tu.” Aku
mengembalikan ejekannya. Suria masam memuncung. Geli juga hatiku dengan karenahnya itu.


“Ricky! Mak tengok Ricky ni, dia main-mainkan Suria. You better stop it before I won’t talk to
you anymore.”


“Ok, Ricky tak kisah apa-apa pun. Suria pergi lah bercakap dengan Cadaver tu ye.Kirim salam
banyak-banyak kat dia. ”


“Ok. Suria kahwin dengan cadaver tu baru padan muka Ricky.”


Aunty halimah ketawa dengan gelagat kami berdua. Dia menggeleng kepala melihat gelagatku
yang mengusik Suria. Kemudian aku mengeluarkan telefon bimbitku dan membalas mesej Cindy
menyatakan persetujuanku untuk bertemu dengannya. Aku meminta izin untuk pulang ke
asramaku. Maklumlah jam sudah pun meniti ke pukul 5.30 petang. Sementara menanti detik dan
ketika untukku menemui Cindy, boleh juga aku selesaikan learning issue berkenaan Ischaemic
heart disease. Maklumlah, setiap detik amat berharga sekali dalam kamus hidup pelajar
perubatan. Tambahan pula, aku harus membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya. Dakwah
dan pelajaran sama pentingnya.


                              ****************************


“Assalamu’alaikum,” sapa ku kepada Cindy sewaktu aku mendekatinya.


“Huh..Erm saya bukan islam. Kenapa Ricky ucap salam kepada saya.” Balas Cindy.


“ Tak ada masalahnya Cindy, maksud perkataan tu adalah salam sejahtera ke atas kamu. Tak
salah kita mendoakan kesejahteraan terhadap seseorang. Itulah tuntutan Islam.” Ujarku.


“Oh begitu, dulu sewaktu di Malaysia, pernah rakan memarahi Cindy kerana memberi ucapan
salam. Katanya, salam tu hanya untuk orang islam. Orang kafir macam saya ni tidak layak untuk
memberkan salam. Eh Ricky duduklah.”


“Ermmm.. Cindy kata datang dengan kawan. Mana dia?” Soalku tanpa terus duduk.


“Dia ada hal sedikit. Eh duduklah, saya bukannya makan orang pun.” Pelawanya lagi.


Aku berasa sedikit janggal. Apa pula nanti jika terlihat oleh akhi-akhi ku. Nanti salah faham
akan timbul. Aku berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk duduk.


“Oh ya, saya sebenarnya masih belum mengenali Cindy lagi.Tak perasan pula saya akan kalibat
Cindy sebelum ni”


“Oh ya. Saya sebenarnya pelajar tahun satu. Mungkin Ricky tak perasan.”


“Mungkin juga.” Balasku pendek. “Cindy kata asal dari Malaysia.” Tegurku.
“Yup. Saya berasal dari penang. Bukit Mertajam. Ricky?”


“Saya berasal dari Kelantan. Oh ya, kata Cindy ada hal yang ingin dibicarakan. Boleh Cindy
ceritakan.” Kataku lagi.


“ Saja je. Ricky kelihatan bagus sekali semasa berhujah. Saya ingin mengenali Islam dengan
lebih lanjut lagi. Semasa di malaysia, tidak ada peluang langsung. Sahabat melayu ada, tapi
mereka tidak menunjukkan kesediaan untuk berkongsi.” Cindy menundukkan mukanya, kakinya
menguis-nguis lantai.


Seorang gadis berkulit putih muncul dari belakang untuk mengambil pesanan. Aku memesan
secawan kopi cappucino manakala Cindy memesan segelas jus oren. Sebaik sahaja pelayan
Coffee House berlalu pergi, kami menyambung kembali bicara.


“Maksud cindy? Kenapa mereka enggan. Mungkin Cindy yang tak bertanya.” Soalku.


“Mereka tidak suka membicarakan tentang Islam. Cindy pun senyap je lah. Malu juga nak
bertanya. Lagipun mereka pernah memarahi Cindy kerana mengucap salam kepada mereka.”
Ujarnya menjelaskan perkara yang berlaku sewaktu di Malaysia.


“Apa yang Cindy tahu pasal islam setakat ni?”


“Cindy ada membacanya melalui buku-buku dan majalah. Tapi Cindy keliru. Ajarannya hampir
sama dengan ajaran tuhan Jesus tetapi ia kelihatan lebih kompleks. Berbanding dengan Tuhan
Jesus, TUHAN ALLAH agak kejam.”


“Kejam. Maksud Cindy?” sengaja aku bertanya. Aku ingin menguji setakat mana
pengetahuannya berkenaan Islam. Aku tidak menolak kemungkinan bahawa dia mempunyai
salah faham terhadap islam.
“Iya lah, kenapa mesti ALLAH masukkan manusia ke dalam neraka. Kenapa mesti dia menyiksa
manusia di dalam api yang panas. Setiap kali tumbuh kulit yang baru, dibakarnya lagi. Bukankah
kejam namanya tu.”


“Baiklah, sebelum Ricky menjawabnya, Cindy tahu apa lagi mengenai Islam?”


“Banyak lagi yang cindy ingin tanyakan. Kenapa mesti Islam menindas wanita dan meletakkan
mereka di bawah kongkongan lelaki. Darjah seorang wanita kurang berbanding lelaki kan. Itu
kata Al-Quran, betul tak Ricky?”


“Baiklah Cindy, untuk soalan pertama. Memang betul ALLAH ada nyatakan seksaan terhadap
orang yang mati dalam keadaan kafir. Itu adalah harga yang harus mereka bayar kerana menolak
Islam. Allah telah memberi banyak peluang untuk manusia bertaubat, yakni kembali
kepadaNYA setelah melakukan kesilapan. Banyak sekali peluang yang ALLAH berikan.”


“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-
dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[39:53]


“Tapi adil kah ALLAH masukkan orang kafir ke dalam Neraka sedangkan mereka begitu baik
sekali di dunia. Adakah Cindy akan masuk neraka apabila mati kelak?” tanya Cindy secara tiba-
tiba.


“Tidak semestinya,” ujarku.


“Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertakwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-
kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka kedalam surga-surga yang penuh
kenikmatan.”[5:65]


“Ricky tidak tahu. Tiada siapa yang tahu. Cuma ALLAH menjanjikan syurga buat mereka yang
beriman. Sebenarnya ada juga orang yang beriman di kalangan ahli kitab. Selagi mana mereka
mengakui keesaan ALLAH yang satu maka islamlah dia. Ricky pun belum tahu samada Ricky di
tempatkan di syurga ataupun tidak. Semuanya terpulang kepada ALLAH. Jadi kita mestilah
sentiasa berdoa kepadanya. Sebenarnya, Allah mengampunkan semua dosa kita kecuali dosa
syirik. Iaitu mempersekutukannya dengan makhluk-makhluk ciptaannya. Termasuklah dengan
mengatakan Jesus sebagai tuhan.” Balasku.


“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa
yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang
mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”[4:48]


“Maknanya orang islam tidak mengiktiraf Tuhan Jesus. Dia begitu baik sekali. Sanggup mati di
tiang salib demi menebus dosa manusia.” Ujar Cindy mempertahankan hujahnya.


“Orang Islam wajib menyayangi Jesus. Tidak sempurna iman seseorang islam sekiranya dia
tidak menyayagi Jesus. Jesus merupakan antara lima Rasul terhebat ALLAH selain Noah,
Abraham, Mosses dan Muhammad. Tapi dia hanyalah manusia biasa yang dilahirkan secara
ajaib. Tapi dia bukannya tuhan.”


“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu
mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam
itu, adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya
kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada ALLAH dan
rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan
itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci ALLAH
dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah
ALLAH menjadi Pemelihara.” [4:171]


Cindy diam. Mungkin dia mengakui kata-kataku. Minta dibuka pintu hatinya oleh Allah, doaku.
Aku cuba menguji Cindy. “Cindy katakan yang Jesus mati untuk menebus dosa kita. Dosa
apakah itu?”
“Dosa warisan daripada Adam dan hawa kerana memakan buah epal. Setiap daripada kita
dilahirkan berdosa. Terima kasih kepada Jesus kerana menebus dosa itu.”


“Kalau begitu, kita wajar berterima kasih kepada Adam dan Hawa. Kerananya, Jesus
diturunkan untuk menebus dosa kita. Tapi bagaimana dengan manusia sebelum Jesus. Ke neraka
kah dia kerana belum sempat untuk diampuni dosanya dengan menerima Jesus. Bagaimana
dengan bayi yang baru dilahirkan dan meninggal. Ke nerakah mereka? Nampaknya ALLAH
dalam Islam tidak lah sekejam mana kerana bayi yang dilahirkan suci daripada dosa.”


“Dan mengapa kamu tidak beriman kepada ALLAH padahal Rasul menyeru kamu supaya kamu
beriman kepada TUHANmu. Dan sesungguhnya Dia telah mengambil perjanjianmu jika kamu
adalah orang-orang yang beriman”[57:8]


“Cindy, kalau dilihat dalam bible sekalipun. Kita tidak dipertanggungjawabkan ke atas dosa yang
dilakukan oleh Adam dan Hawa kerana memakan epal larangan. Setiap daripada kita
menanggung dosa sendiri. Kedua-dua Bible dan Al-Quran bersetuju bahawa kita menanggung
apa yang kita lakukan.” Ujarku.


“The one who sins is the one who will die. The child will not share the guilt of the parent, nor
will the parent share the guilt of the child. The righteousness of the righteous will be credited to
them, and the wickedness of the wicked will be charged against them” [Ezekial 18:20]


“Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” [35:18]


“Mungkin betul apa yang Ricky katakan itu. Entahlah, Cindy pun keliru.” Wajah Cindy bagaikan
pesakit liver cirrhosis yang terkena hepatic encepalopathy. Termanggu-manggu dan terpingga-
pingga dia. Mungkin kepeningan dan ragu-ragu.


“Cindy, sekarang pun dah pukul 10 malam. Boleh tak kita sambung kemudian soalan Cindy.”


“Baiklah,” nanti Cindy sms Ricky ya.
“Oh ya, by the way. Can we make it at the noon or something. Tak manis dipandang orang kita
keluar berdua begini. Nanti menimbulkan fitnah pula.” Ujarku.


“Ricky tidak suka keluar dengan Cindy.”


“Bukan tidak suka, tapi tak manis kan lelaki dan perempuan bersama-sama begini. Kita ni
bagaikan magnet. Saling tertarik antara satu sama lain. Sehebat mana pun kita mengawalnya,
tidak mustahil niat baik ini mengundang ketawa syaitan. Memang dia sentiasa ingin melihat
hamba Allah melakukan kemaksiatan.”


“Hurmm. Apa-apalah Ricky ya.”


                              ****************************


Kringgg…. Jam loceng ku mula menjerit menandakan sudah jam 5.00 pagi. Berat rasanya mata
ini untuk melihat keindahan alam. Aku menarik selimut dan kupejamkan kembali mata ini. Entah
mengapa, wajah Cindy terbayang di mindaku. Tingkah laku gadis itu amat molek sekali.
Senyumannya semanis madu. Mampu memberikan kesegaran kepada mana-mana jejaka yang
melihatnya. Suaranya yang manja memukau kalbu ini. Astaghfiurllah! Sampai ke situ pula
fikiranku. Aku bingkas dari katilku. Ku tepuk dahi ini kerana berfikir yang bukan-bukan. Aku
hanyalah manusia biasa. Sentiasa melakukan kesilapan.


Ku gapai perkakasan mandi ku lalu menuju ke bilik air. Kalaulah tiada pemanas air, nescaya aku
tidak akan mandi. Sejuknya sehingga menggigit tulang. Nyilu sangat-sangat. Selesai mandi dan
berwudhu’ aku menghadap tikar sejadah bersolat tahjud. Tahjud itu kekuatan. Kerana itulah
Salahuddin Al Ayubi menjadikan mereka yang bertahjud di malam hari sebagai barisan hadapan
pertahanan tentera sewaktu menawan kota Palestin dari Richard the Lion Heart. Itulah yang
pernah disampaikan Uncle Khalid sewaktu aku bersembang dengannya. Selesai tahjud, aku
mengejutkan rakan sebilikku untuk sama-sama ke surau kecil yang sebenarnya merupakan bilik
apartment bagi mengerjakan solat Subuh. Surau itu kami sewa menggunakan duit yang dikumpul
sedikit-sebanyak daripada pelajar muslim melalui Persatuan Mahasiswa Islam Michigan yang
terdiri daripada mahasiswa daripada Malaysia, Indonesia dan Thailand.


Pulang dari surau, aku teringatkan Suria. Ingatanku tentang pertemuan dengan Cindy segera
hilang. Aku bersalah terhadapmu Suria. Aku mengingati gadis lain sedang kau adalah tunangku.
Ku gapai telefon bimbitku lalu ku tekan kekuncinya dan menelefon Suria. Gembira dia apabila
mendengar suaraku. Alah bukan lama pun. Baru petang semalam berjumpa. Cuma rasa bersalah
kerana membayangkan gadis lain menyebabkan aku menelefonnya. Tapi tidak kunyatakan sebab
itu. Hati perempuan ini cukup rapuh sekali. Maunya dia tidak merajuk sekiranya dia tahu bakal
suaminya memikirkan gadis lain. Lagipun, dakwah bukan alasannya untuk aku hanyut.


Setelah lebih kurang lima minit aku berbicara dengan Suria, aku menggapai buku Clinical
Medicine ku yang terletak di atas rak untuk menghabiskan bacaanku semalam. Pelajaran harus
diutamakan. Jangan biarkan ia menjadi fitnah kepada dakwah yang dijalankan. Itulah prinsip
yang ku pegang selama ini.


Setelah setengah jam menelaah pelajaran, terasa perutku berkeroncong. Jam baru menunjukkan
pukul 7.45 pagi. Kelas hari ini hanya bermula pada pukul 11 pagi. Aku mengambil beg duitku
lalu ke kedai roti kebab syed Ali. Di situ lah kedai yang betul-betul diyakini halal. Walaupun
tirai kedai baru diangkat, sudah ramai yang bertandang.


Entah mengapa di satu sudut, seorang gadis melambai ke arahku. Ya Allah, Cindy rupanya.


“Assalamu’alaikum Ricky,” sapa Cindy sewaktu menghampirinya.


“Waalaikum’ salam. Awal Cindy turun.” Balasku


“Saja je. Nak jumpa Ricky. Ricky selalu makan di sini kan. Dah banyak kali Cindy lihat Ricky
sebelum ni. Ricky je yang tak perasankan Cindy.” Jawabnya sebelum sempat aku bertanya.


“Oh,” jawabku.
“So, can you continue answering my last night’s question?”


“Now, it’s very crowded here. You won’t listen to my point.”


“You’re weird Ricky, you’re complaining about you meeting me alone and yet you still
complaining about meeting me in the crowded.”


“It’s not like that Cindy, but the situation didn’t permit us to discuss about it. It’s too noisy here.
Shall we meet up at library later? Are you free at 2 P.M?”


“Ermm. Not at that time I guess. I got histology class at that time. Shall we make it at 4
something?”


“Ermm.. Sure. Well I got to go now, still lot of thing to read up.” Ujarku setelah menghabiskan
cebisan terakhir roti kebab ke mulutku,


“You are not drinking any water Ricky?”


“Alamak… Saya lupa nak pesan minuman.”


“You can have mine.” Pelawa Cindy sambil menghulurkan gelasnya.


“Tak apa lah Cindy. I’ll drink something later at my apartment. See you!”


                                 ****************************


“Islam tidak pernah menindas wanita. Jika disingkap sejarah pada zaman jahiliyyah. Wanita
hanya dijadikan bahan mainan. Mereka hanya alat pemuas nafsu lelaki. Anak-anak perempuan
ditanam hidup-hidup. Islamlah yang membela mereka. Selepas Nabi Muhammad di angkat
menjadi Rasul, hak-hak mereka dibela. Mereka dibenarkan memiliki harta, menuntut ilmu dan
dilayan seperti manusia.”


“Tapi, bukankah lelaki itu satu darjat lebih tinggi daripada wanita?” Soal Cindy


“Ya memang betul. Ada dinyatakan dalam Al-Quran.”


“Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya” [2:228]


“Jadi betullah Islam menindas wanita.”


“Bukan begitu, maksud ayat di atas adalah dari segi tanggungjawab suami kepada isteri dalam
menjaga keselamatan isteri dan kesejahteraan rumah tangga. Tapi kalau dalam konsep beribadat,
sama sahaja taraf lelaki dan perempuan itu. Tidak ada beza sedikit pun. Masing-masing akan
mendapat janji ALLAH di akhirat kelak.”


"Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik
laki-laki atau perempuan” [3:195]


“supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam surga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi
kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi
ALLAH” [48:5]


                               ****************************


“Ricky, tolong Cindy. Cindy tak tahu apa yang nak dibuatkan lagi. Selamatkan Cindy.”
Tercungap-cungap suara Cindy sewaktu menelefonku.


Aku bingung memikirkan apa yang terjadi. Perkenalanku dengan Cindy baru menjangkau
beberapa bulan. Dia seorang yang ceria sebelum ini. Ketawa nya riang sekali. Tapi sebentar tadi
dia dalam ketakutan. Takut yang amat sangat. Aku sendiri berasa pelik yang amat sangat. Tanpa
berlengah, aku bergegas ke apartmentnya.


Sampai di bahagian bawah apartment nya, aku mendail nombor telefonnya. Sebentar kemudian
dia turun berlari-lari sambil membawa beg pakaian. Mukanya pucat. Ada air mata di pipinya.


“Selamatkan CindyTolong!” Dia memegang tanganku erat.


Aku cuba untuk mengungkai tangannya. Malu dengan orang ramai yang memandang. Malu lagi
dengan Allah. Pendakwah seperti ku berpegangan tangan dengan wanita yang bukan muhrimku.


“Cindy apa yang terjadi ni.” Pujukku.


“Bawa Cindy pergi Ricky, tolonglah.”


Ke mana harus ku bawanya. Aku bingung. Akhirnya aku membawanya ke rumah Dr Mariah.
Hanya dia yang terlintas di fikiranku buat masa sekarang. Dr Mariah turut terkejut melihat
keadaan Cindy. Hampir sahaja dia salah sangka yang aku berkelakuan tidak senonoh terhadap
Cindy.


“Saya sendiri bingung Dr. dari tadi dia meracau meminta tolong.”


“Bertenang Cindy, ceritakan kepada saya kenapa anda begini.” Katanya lembut.


Dr Azman, suami Dr Mariah keluar dari bilik. Aku bersalaman dengannya. Dia memandang
kehairanan. Aku hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu.


“Bapa saya Dr…” Cindy memulakan bicara dengan terketar-ketar.


“Kenapa dengan bapa kamu Cindy?” Dr Mariah bertanya.
“Dia sudah tahu mengenai pengislaman saya. Dia dalam perjalanan dari Malaysia. Mati saya Dr.
katanya dia akan bawa saya pulang. Dia nak kurung saya selagi mana saya tidak murtad.”


Astaghfiurllah! Aku terkejut dengan berita itu. Ya Allah, mengapa hebat sekali dugaan mu
terhadap hamba-hambamu. Belum pun sempat dia belajar ilmu fardhu ain sehingga pandai,
sudah mendapat penentangan keluarga. Besar sungguh harga akidah yang dibeli oleh Cindy.


“Rakan senegeri saya yang melaporkannya kepada bapa. Bapa cukup marah sekali. Entah apa
yang harus saya lakukan. Saya sayangkan Islam. Itu jalan pilihan saya. Saya tidak rela
meninggalkannya setelah menerimanya.”


“Hanya ada satu cara untuk menyelamatkan kamu dalam masa yang singkat ini. Jangan risau,
perjalanan untuk sampai ke sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama setengah hari.
Kamu boleh menolong Cindy, Ricky.” Dr Azman pula berbicara setelah memahami kemelut
yang melanda Cindy.


“Apa yang saya boleh buat Dr? katakan sahaja, saya sanggup lakukan. Saya tidak rela akidah
yang dibina dicabut begitu sahaja.”


                               ****************************


"Kau berkahwin dengan Cindy." Ujar Dr Azman pada Ricky. suaranya mendatar dan mukanya
kelihatan serius. Tiada sebarang tanda bahawa doktor itu bergurau.


"Dr. Apa yang Dr cuba sampaikan ini?"


"Apabila Cindy menjadi isterimu, maka kau boleh melindunginya. Lagipun, Cindy sudah
mencapai usia untuk bebas membuat keputusan beliau sendiri"


"MasyaALLAH doktor! saya sudah bertunang doktor. Haram saya memutuskan pertunangan ini"
"Astaghfirullah hal azim!", Dr Azman beristighfar panjang memikirkan cadangan yang baru
sahaja dikemukakannya itu. Entah kenapa idea itu diutarakannya. Syaitan mana yang
merasuknya.


“Cindy sekarang masih berada di bawah tanggungan keluarganya. Perbelanjaan di Michigan ini
agak besar walaupun menerima tajaan biasiswa. Mahu tidak mahu, dia harus mengekalkan
hubungan baik dengan keluarga.” Ucap Dr Mariah tenang.


“Maksud doctor?”, soal Cindy.


“ Dalam situasi ini, ada beberapa cadangan yang boleh kita cuba laksanakan. Terpulang pada
Cindy untuk memilihnya”


“InsyaALLAH saya sedia doctor. Demi akidah yang menjadi nyawa saya ini.”


“Begini Cindy. Pertama, kita boleh berjumpa dengan keluarga Cindy nanti. Saya, Dr Azman dan
Ricky boleh berbincang dengan mereka. insyaALLAH kita jelaskan dengan cara yang baik
nanti.” Sambung Dr Mariah.


“Bagaimana jika mereka masih menentang?”, Cindy memandang tepat anak mata Dr Mariah.


“Jika Cindy mampu maka Cindy boleh ambil keputusan untuk tetap isytiharkan keislaman
Cindy. Namun, kesannya mungkin Cindy akan dibuang oleh keluarga. Perjalanan Cindy sebagai
pelajar masih berbaki enam tahun. Mungkin akan mengalami banyak masalah apatah lagi tanpa
sokongan keluarga. Tapi hal itu jangan dirisaukan yang itu kerana kami berdua sedia membantu
Cindy”


“Saya sayangkan keluarga saya doctor. Saya juga tak sanggup melihat mereka kekal dengan
kekafiran mereka. Saya juga mahu mereka mendapat nikmat islam ini.”, ucap Cundy penuh sayu.
“Kalau Cindy bertegas untuk memeluk Islam, di awalnya memang perit. Mereka akan
membuang Cindy jauh dari hidup mereka. Tapi yakinlah, lama-kelamaan hati mereka akan
lembut. Tambah-tambah lagi ibu Cindy. Naluri keibuan memang kuat apatah lagi dia
mengandungkan Cindy Selama Sembilan bulan, menyusu dan membesarkan Cindy. Namun,
saya tidak berani jamin bila mereka dapat menerima Cindy kembali.” Terang Dr Mariah dengan
penjang lebar.


“Saya pun terfikirkan satu lagi cadangan doctor.” Samput Ricky


“Apa dia Ricky?” soal Cindy kembali.


Dr Azman hanya diam. Mungkin kerana cadangan peliknya sebentar tadi menyebabkan dia
memilih untuk menjadi penonton sahaja.


“ Cindy boleh sahaja berpura-pura keluar dari Islam. Namun di hati, Cindy masih teguh dengan
islam. Jangan tonjolkan keislaman Cindy. Bila Cindy sudah bekerja nanti dan ada kemampuan
dari segi kewangan dan sebagainya, maka boleh sahaja isytihar kembali.”


“Subhanallah! Ricky suruh Cindy murtad dan masuk islam kembali? Bagaimana kalau Cindy
mati dalam kekafiran?”, balas Cindy.


“Ya Allah! Bila pula saya suruh Cindy murtad. Saya suruh berpura-pura sahaja. Lagipun, hati
cindy sudah teguh berpegang pada Islam. Sekarang ni dikira sebagai darurat. insyaALLAH
dalam islam ada jalan keluar untuk setiap kemudharatan. Sewaktu Islam masih belum bertapak
dengan kukuh dahulu, Yasir juga murtad kerana ingin menyelamatkan nyawanya dari dibunuh.
Namun, kemurtadan itu tidak dikira kerana dia melakukannya atas sebab mudharat.”


“Ricky, Cindy tidak mahu menjadi pembohong. Walaupun ia mungkin untuk kesenangan Cindy.
Ini bukan prinsip hidup Cindy. Cindy pilih cadangan Dr Mariah. Cindy mahu berterus terang
pada papa dan mama. Jika mereka ingin buang Cindy sebagai anak mereka, Cindy terima.
InsyaALLAH, Cindy yakin yang Cindy mampu untuk hadapi dugaan ini. Soal kewangan,
insyaALLAH biasiswa yang ada lebih dari cukup untuk hidup. Cuma tidak mampu untuk
bermewah seperti sekarang. Pada masa sama, Cindy tak kan putus asa untuk berdakwah pada
mereka.”


“Hurm!”, Ricky tidak mampu untuk bersuara.


“Cuma, saya pohon dari kamu semua untuk menemani saya bertemu papa dan mama. Saya tiada
kekuatan untuk menemui mereka sendirian.”


“Apa Cindy sudah tetap dengan keputusan ini. Cadangan Ricky tadi pun agak bernas juga,”
sampuk Dr Mariah.


“Ya doctor! Saya nekad. Saya tidak mahu berbohong walaupun ia dibolehkan. Saya anggap ini
semua ujian dari Allah untuk saya. Ricky juga pernah beritahu bahawa tidak beriman seseorang
itu selagi mana tidak di uji. Mungkin ini ujian yang ingin Allah berikan pada saya. Demi akidah
ini, saya rela berkorban. Akidah ini hadiah termahal dari Allah yang harus saya pertahankan.”


“Subhanallah! Besar sungguh pengorbanan Cindy itu. Moga Allah memberikan kekuatan
padamu. insyaALLAH, kami akan bersama Cindy menghadapi ujian ini”,akhirnya Dr Azman
kembali bersuara.


Cindy merenung ke luar tingkap. Salji mula turun menandakan musim sejuk sudah pun bermula.
Moga hati mama dan papanya turut sejuk dalam menerima pengislamannya. Moga mereka juga
diberi hidayah oleh Allah S.W.T. dalam hatinya, dia berharap agar segala ujian ini dapat
ditempuhi dengan penuh sabar. Moga kekuatan terus bersamanya.


                                          ~TAMAT ~

More Related Content

What's hot

Novel pudarnya pesona cleoptra
Novel pudarnya pesona cleoptraNovel pudarnya pesona cleoptra
Novel pudarnya pesona cleoptraWahyu Sugito
 
Soal uas 4 smt 1 sdn gunungmujil 2020
Soal uas 4 smt 1 sdn gunungmujil 2020Soal uas 4 smt 1 sdn gunungmujil 2020
Soal uas 4 smt 1 sdn gunungmujil 2020haeryamc
 
Cerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimahCerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimahImach Zubair
 
M O T I V A S I K E I B U B A P A A N P E N D I D I K A N K H A S
M O T I V A S I  K E I B U B A P A A N  P E N D I D I K A N  K H A SM O T I V A S I  K E I B U B A P A A N  P E N D I D I K A N  K H A S
M O T I V A S I K E I B U B A P A A N P E N D I D I K A N K H A SImsamad
 
Tryout usbn sd pendidikan agama islam 2013
Tryout usbn sd pendidikan agama islam 2013Tryout usbn sd pendidikan agama islam 2013
Tryout usbn sd pendidikan agama islam 2013mardiyanto83
 
40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalahmr_haryono
 
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYE
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYEKetika cinta harus bersabar - TERE LIYE
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYEHesti Romadhoni
 
Layu sebelum berkembang
Layu sebelum berkembangLayu sebelum berkembang
Layu sebelum berkembangdesmin
 
Sudah soal pai uas ganjil kelas xii sma pasran 2015 2016
Sudah soal pai uas ganjil kelas xii sma pasran 2015 2016Sudah soal pai uas ganjil kelas xii sma pasran 2015 2016
Sudah soal pai uas ganjil kelas xii sma pasran 2015 2016Burhan Abuy
 
Ebook ringkasan kitab hadist shahih imam bukhari
Ebook   ringkasan kitab hadist shahih imam bukhariEbook   ringkasan kitab hadist shahih imam bukhari
Ebook ringkasan kitab hadist shahih imam bukhariAri Khozin
 
Hadist sahih imam muslim
Hadist sahih imam muslimHadist sahih imam muslim
Hadist sahih imam muslimAyenk Yenk
 
Hadist ringkasan shahih imam bukhari
Hadist ringkasan shahih imam bukhariHadist ringkasan shahih imam bukhari
Hadist ringkasan shahih imam bukhariHelmon Chan
 

What's hot (19)

Cerpen (harus terpisah)
Cerpen (harus terpisah)Cerpen (harus terpisah)
Cerpen (harus terpisah)
 
Novel pudarnya pesona cleoptra
Novel pudarnya pesona cleoptraNovel pudarnya pesona cleoptra
Novel pudarnya pesona cleoptra
 
Soal uas 4 smt 1 sdn gunungmujil 2020
Soal uas 4 smt 1 sdn gunungmujil 2020Soal uas 4 smt 1 sdn gunungmujil 2020
Soal uas 4 smt 1 sdn gunungmujil 2020
 
Cerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimahCerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimah
 
Al ansar2
Al ansar2Al ansar2
Al ansar2
 
Aqidah
AqidahAqidah
Aqidah
 
M O T I V A S I K E I B U B A P A A N P E N D I D I K A N K H A S
M O T I V A S I  K E I B U B A P A A N  P E N D I D I K A N  K H A SM O T I V A S I  K E I B U B A P A A N  P E N D I D I K A N  K H A S
M O T I V A S I K E I B U B A P A A N P E N D I D I K A N K H A S
 
Tryout usbn sd pendidikan agama islam 2013
Tryout usbn sd pendidikan agama islam 2013Tryout usbn sd pendidikan agama islam 2013
Tryout usbn sd pendidikan agama islam 2013
 
40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah
 
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYE
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYEKetika cinta harus bersabar - TERE LIYE
Ketika cinta harus bersabar - TERE LIYE
 
Soal sma 2014
Soal sma 2014Soal sma 2014
Soal sma 2014
 
Ceramah aby
Ceramah abyCeramah aby
Ceramah aby
 
Layu sebelum berkembang
Layu sebelum berkembangLayu sebelum berkembang
Layu sebelum berkembang
 
Sudah soal pai uas ganjil kelas xii sma pasran 2015 2016
Sudah soal pai uas ganjil kelas xii sma pasran 2015 2016Sudah soal pai uas ganjil kelas xii sma pasran 2015 2016
Sudah soal pai uas ganjil kelas xii sma pasran 2015 2016
 
Soal Try Out PAI SMP dan Kunci UASBN 2014
Soal Try Out PAI  SMP dan Kunci UASBN 2014Soal Try Out PAI  SMP dan Kunci UASBN 2014
Soal Try Out PAI SMP dan Kunci UASBN 2014
 
Ebook ringkasan kitab hadist shahih imam bukhari
Ebook   ringkasan kitab hadist shahih imam bukhariEbook   ringkasan kitab hadist shahih imam bukhari
Ebook ringkasan kitab hadist shahih imam bukhari
 
Bab viii
Bab viiiBab viii
Bab viii
 
Hadist sahih imam muslim
Hadist sahih imam muslimHadist sahih imam muslim
Hadist sahih imam muslim
 
Hadist ringkasan shahih imam bukhari
Hadist ringkasan shahih imam bukhariHadist ringkasan shahih imam bukhari
Hadist ringkasan shahih imam bukhari
 

Viewers also liked

10 kualitas pribadi yang disukai
10 kualitas pribadi yang disukai10 kualitas pribadi yang disukai
10 kualitas pribadi yang disukaiIin Ernawati
 
Cara nabi muhammad saw membentuk jiwa anak
Cara nabi muhammad saw membentuk jiwa anakCara nabi muhammad saw membentuk jiwa anak
Cara nabi muhammad saw membentuk jiwa anakRizal Fuadi Muhammad
 
Rambu rambu dan kerangka dalam memahami sunnah nabawiyyah
Rambu rambu dan kerangka dalam memahami sunnah nabawiyyahRambu rambu dan kerangka dalam memahami sunnah nabawiyyah
Rambu rambu dan kerangka dalam memahami sunnah nabawiyyahRizal Fuadi Muhammad
 
خَفْضُ الصَّوْتِ (Merendahkan Suara)
خَفْضُ الصَّوْتِ (Merendahkan Suara)خَفْضُ الصَّوْتِ (Merendahkan Suara)
خَفْضُ الصَّوْتِ (Merendahkan Suara)Rizal Fuadi Muhammad
 
Tarbiyah dzatiyah
Tarbiyah dzatiyahTarbiyah dzatiyah
Tarbiyah dzatiyahAtika Aziz
 
Personality development pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasi
Personality development pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasiPersonality development pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasi
Personality development pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasithofagunners
 
Kitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayahKitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayahTikno Grs
 
Pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasi
Pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasiPengembangan sikap positif dalam menghadapi situasi
Pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasithofagunners
 
Halaqah muntijah penghasil kader muntijah
Halaqah muntijah penghasil kader muntijahHalaqah muntijah penghasil kader muntijah
Halaqah muntijah penghasil kader muntijahRizal Fuadi Muhammad
 

Viewers also liked (20)

Tadhiyah dalam dakwah
Tadhiyah dalam dakwahTadhiyah dalam dakwah
Tadhiyah dalam dakwah
 
10 kualitas pribadi yang disukai
10 kualitas pribadi yang disukai10 kualitas pribadi yang disukai
10 kualitas pribadi yang disukai
 
Fiqih shalat
Fiqih shalatFiqih shalat
Fiqih shalat
 
Profil SMAN 1 Bireuen
Profil SMAN 1 BireuenProfil SMAN 1 Bireuen
Profil SMAN 1 Bireuen
 
Cara nabi muhammad saw membentuk jiwa anak
Cara nabi muhammad saw membentuk jiwa anakCara nabi muhammad saw membentuk jiwa anak
Cara nabi muhammad saw membentuk jiwa anak
 
Rambu rambu dan kerangka dalam memahami sunnah nabawiyyah
Rambu rambu dan kerangka dalam memahami sunnah nabawiyyahRambu rambu dan kerangka dalam memahami sunnah nabawiyyah
Rambu rambu dan kerangka dalam memahami sunnah nabawiyyah
 
Power Point Agama Islam
Power Point Agama IslamPower Point Agama Islam
Power Point Agama Islam
 
Menyambut un
Menyambut unMenyambut un
Menyambut un
 
Sepuluh Prinsip Pembelajaran IQRA
Sepuluh Prinsip Pembelajaran IQRASepuluh Prinsip Pembelajaran IQRA
Sepuluh Prinsip Pembelajaran IQRA
 
Membentuk kader muntijah
Membentuk kader muntijahMembentuk kader muntijah
Membentuk kader muntijah
 
خَفْضُ الصَّوْتِ (Merendahkan Suara)
خَفْضُ الصَّوْتِ (Merendahkan Suara)خَفْضُ الصَّوْتِ (Merendahkan Suara)
خَفْضُ الصَّوْتِ (Merendahkan Suara)
 
Tarbiyah dzatiyah
Tarbiyah dzatiyahTarbiyah dzatiyah
Tarbiyah dzatiyah
 
Personality development pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasi
Personality development pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasiPersonality development pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasi
Personality development pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasi
 
Kitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayahKitab bidayatul hidayah
Kitab bidayatul hidayah
 
Trial irsyad diri1 bersuara
Trial irsyad diri1 bersuaraTrial irsyad diri1 bersuara
Trial irsyad diri1 bersuara
 
Pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasi
Pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasiPengembangan sikap positif dalam menghadapi situasi
Pengembangan sikap positif dalam menghadapi situasi
 
Halaqah muntijah penghasil kader muntijah
Halaqah muntijah penghasil kader muntijahHalaqah muntijah penghasil kader muntijah
Halaqah muntijah penghasil kader muntijah
 
Menjadi murabbi sukses
Menjadi murabbi suksesMenjadi murabbi sukses
Menjadi murabbi sukses
 
Taqwa
TaqwaTaqwa
Taqwa
 
Dododaidi
DododaidiDododaidi
Dododaidi
 

Similar to Hadiah termahal dari allah

Ketika cahaya hidayah menerangi qalbu
Ketika cahaya hidayah menerangi qalbuKetika cahaya hidayah menerangi qalbu
Ketika cahaya hidayah menerangi qalbuHelmon Chan
 
How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)
How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)
How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)Muammal Habibi
 
Kisah nyata mengharukan
Kisah nyata mengharukanKisah nyata mengharukan
Kisah nyata mengharukanMat Ludin
 
Materi bab 8 akidah kls 9 smt 2
Materi bab 8 akidah kls 9 smt 2Materi bab 8 akidah kls 9 smt 2
Materi bab 8 akidah kls 9 smt 2Hakman Hamdani
 
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAHRUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAHMAJALAH HIDAYATULLAH
 
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"Aulia Dina Wulandani
 
Kisah mualaf pendeta masuk islam
Kisah  mualaf   pendeta masuk islamKisah  mualaf   pendeta masuk islam
Kisah mualaf pendeta masuk islamHelmon Chan
 
Kepimpinan remaja
Kepimpinan remajaKepimpinan remaja
Kepimpinan remajaHasan_93
 
Notatercicir 01 jan2017
Notatercicir 01 jan2017Notatercicir 01 jan2017
Notatercicir 01 jan2017Zul Mohamad
 
Novel anak anak langit
Novel anak anak langitNovel anak anak langit
Novel anak anak langitANNISANURAZIZA
 
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududiTanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududiKammi Daerah Serang
 
Kes pembuangan bayi mengikut perspektif islam
Kes pembuangan bayi mengikut perspektif islamKes pembuangan bayi mengikut perspektif islam
Kes pembuangan bayi mengikut perspektif islamMu Ai
 
2. teks siti aminah bonda rasulullah
2. teks siti aminah bonda rasulullah2. teks siti aminah bonda rasulullah
2. teks siti aminah bonda rasulullahKamarudin Jaafar
 
Sayyid qutb haza ad-deen
Sayyid qutb   haza ad-deenSayyid qutb   haza ad-deen
Sayyid qutb haza ad-deenImran
 
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagi
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagiKetika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagi
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagiMuthmainnah Bantasyam
 

Similar to Hadiah termahal dari allah (20)

Akibat tidak sholat
Akibat tidak sholatAkibat tidak sholat
Akibat tidak sholat
 
Ketika cahaya hidayah menerangi qalbu
Ketika cahaya hidayah menerangi qalbuKetika cahaya hidayah menerangi qalbu
Ketika cahaya hidayah menerangi qalbu
 
How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)
How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)
How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)
 
Kisah nyata mengharukan
Kisah nyata mengharukanKisah nyata mengharukan
Kisah nyata mengharukan
 
All
AllAll
All
 
Berbicara soal agama
Berbicara soal agamaBerbicara soal agama
Berbicara soal agama
 
Nabi saw
Nabi sawNabi saw
Nabi saw
 
Materi bab 8 akidah kls 9 smt 2
Materi bab 8 akidah kls 9 smt 2Materi bab 8 akidah kls 9 smt 2
Materi bab 8 akidah kls 9 smt 2
 
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAHRUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"
Kelompok Cerpen "Robohnya Surau Kami"
 
Para jin unjuk rasa (ahmad syam)
Para jin unjuk rasa (ahmad syam)Para jin unjuk rasa (ahmad syam)
Para jin unjuk rasa (ahmad syam)
 
Kisah mualaf pendeta masuk islam
Kisah  mualaf   pendeta masuk islamKisah  mualaf   pendeta masuk islam
Kisah mualaf pendeta masuk islam
 
Kepimpinan remaja
Kepimpinan remajaKepimpinan remaja
Kepimpinan remaja
 
Notatercicir 01 jan2017
Notatercicir 01 jan2017Notatercicir 01 jan2017
Notatercicir 01 jan2017
 
Novel anak anak langit
Novel anak anak langitNovel anak anak langit
Novel anak anak langit
 
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududiTanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
 
Kes pembuangan bayi mengikut perspektif islam
Kes pembuangan bayi mengikut perspektif islamKes pembuangan bayi mengikut perspektif islam
Kes pembuangan bayi mengikut perspektif islam
 
2. teks siti aminah bonda rasulullah
2. teks siti aminah bonda rasulullah2. teks siti aminah bonda rasulullah
2. teks siti aminah bonda rasulullah
 
Sayyid qutb haza ad-deen
Sayyid qutb   haza ad-deenSayyid qutb   haza ad-deen
Sayyid qutb haza ad-deen
 
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagi
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagiKetika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagi
Ketika syariah dan khilafah mendekat dan lebih dekat lagi
 

More from AR Muhamad Na'im

Acute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAcute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAR Muhamad Na'im
 
Image of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massImage of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massAR Muhamad Na'im
 
4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocationAR Muhamad Na'im
 
Image of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureImage of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureAR Muhamad Na'im
 
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryDistal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryAR Muhamad Na'im
 
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureMonoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureAR Muhamad Na'im
 
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancyEvidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancyAR Muhamad Na'im
 
Heraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantineHeraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantineAR Muhamad Na'im
 
Early preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiEarly preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiAR Muhamad Na'im
 
Bilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionBilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionAR Muhamad Na'im
 
Left massive pleural effusion
Left massive pleural effusionLeft massive pleural effusion
Left massive pleural effusionAR Muhamad Na'im
 

More from AR Muhamad Na'im (20)

Iv canulla
Iv canullaIv canulla
Iv canulla
 
Acute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowelAcute intestinal obstruction, small bowel
Acute intestinal obstruction, small bowel
 
Image of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal massImage of the Day 2: mediastinal mass
Image of the Day 2: mediastinal mass
 
Image of the day 7
Image of the day 7Image of the day 7
Image of the day 7
 
Image of the day 6
Image of the day 6Image of the day 6
Image of the day 6
 
Image of the day 5
Image of the day 5Image of the day 5
Image of the day 5
 
9.traumatic hematuria
9.traumatic hematuria9.traumatic hematuria
9.traumatic hematuria
 
4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation4. left hip ant dislocation
4. left hip ant dislocation
 
3. rifampicin urine
3. rifampicin urine3. rifampicin urine
3. rifampicin urine
 
1.widened mediastinum
1.widened mediastinum1.widened mediastinum
1.widened mediastinum
 
Image of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic FractureImage of the day 8: Pelvic Fracture
Image of the day 8: Pelvic Fracture
 
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injuryDistal third left femoral shaft fracture with arterial injury
Distal third left femoral shaft fracture with arterial injury
 
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fractureMonoclonal gammopathy with pathological fracture
Monoclonal gammopathy with pathological fracture
 
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancyEvidence based approach for the management of asthma in pregnancy
Evidence based approach for the management of asthma in pregnancy
 
Saat sayang bertaut
Saat sayang bertautSaat sayang bertaut
Saat sayang bertaut
 
Tika hujan turun
Tika hujan turunTika hujan turun
Tika hujan turun
 
Heraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantineHeraclius s inga byzantine
Heraclius s inga byzantine
 
Early preparation for professional iii
Early preparation for professional iiiEarly preparation for professional iii
Early preparation for professional iii
 
Bilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusionBilateral pleural effusion
Bilateral pleural effusion
 
Left massive pleural effusion
Left massive pleural effusionLeft massive pleural effusion
Left massive pleural effusion
 

Hadiah termahal dari allah

  • 1. Hadiah Termahal dari Allah Oleh: Muhamad Na’im B. Ab Razak (Jacknaim) “Islam is derived from the word aslam which means submission. It also came from the word salam, which means peace.Both of it are arabic words,” aku menarik nafas panjang. Kering rasanya tekak ini. Aku memandang ke segenap penjuru dewan. Kelihatan mereka khusyuk sekali mendengar biarpun ucapanku belum pun sampai sepuluh minit. Berdebar rasanya hati ini. Maklumlah ini kali pertama aku berhadapan dengan non muslim secara terbuka dalam menyebarkan dakwah islamiyyah. Lututku terasa begitu lemah sekali. Ku gagahinya diri ini untuk berdiri. Teringat kata-kata Bro Azmi. Tenang dan jelas. Itulah yang paling penting dalam berdakwah. Aku memandang syiling Dewan Kuliah C, University Of Michigan. Ku telan air liur yang mula membuak keluar dari kelenjar saliva ini. Kepalaku ligat untuk menyusun fakta. Segalanya mesti sempurna, kemas dan padat. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini. Doa ku sendirian.
  • 2. “So from those two rootwords, we can make a definition of islam which means peace that comes from total submission towards the ALMIGHTY GOD. However the concept of God in Islam is different from your religion. It is different from the Trinitarian concept like what some of you believe.” Kelihatan beberapa orang pelajar mencatat di atas kertas mengenai apa yang aku nyatakan. Ternyata pelajar-pelajar barat ini cukup terbuka sekali dalam membincangkan soal ketuhanan dan agama. Ketakutan mereka disebabkan oleh peristiwa 11 September sebenarnya telah menyebabkan mereka tertanya-tanya konsep sebenar mengenai Islam. Maklumlah sebelum ini, Kerajaan mereka begitu lantang sekali menyalahkan islam ke atas isu keganasan yang berlaku terhadap dunia global. Mereka yang disogokkan dengan khabar-khabar palsu mengenai Islam ternyata bangkit untuk mencari kebenaran disebaliknya. Benarlah kata-kata sahabatku semasa menuntut di kelas Comparative Religion di Malaysia. Setiap manusia pasti mempunyai naluri untuk mengenali Islam. Setiap mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah Islam. Ibu-bapa lah yang mencorakkan mereka samada untuk menjadi islam, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. “If In Trinitarian concept, you believe that three entity of god make up the concept of God which are God the father, Jesus Christ and Holy Spirit. But they are all one God. However in Islam the concept of God is totally different. What type of god that we worship? It is stated in the Holy Quran, Surah al Ikhlas or sincerity in chapter 112, verses 1-4 saying that God is one and only. He is the eternal and absolute. He begetteth not, nor he is begotten. And nothing shall ever be compared to him. So other than this concept we can not accept it. So before I go further with our sharing session, is there any of you would like to ask anything? Because I do believe that two ways discussion will give us more benefit.” Aku duduk seketika di atas kerusi. Botol air mineral di atas meja itu aku gapai dan tuangkan sedikit air ke dalam gelas. Air yang jernih itu aku teguk buat membelai tekak ku yang nyata
  • 3. kekeringan. Mataku melilau kesegenap dewan, mencari sesiapa sahaja yang ingin bertanyakan soalan. “Excuse me brother. You said that Islam is the religion of Peace. But why the nowadays, it is Muslim who commit the suicide bombing and sabotaging facilities.” Seorang gadis cina yang berambut panjang, bercermin mata bangun dan bertanya soalan. “Thank you sister for your question. Yes, you indeed right. Most of the terrorism involves the Muslim. But have you ever consider the Holoucast and Nazism. What is the religion behind those people.” Aku memandang ke arahnya dan melontarkan sebutir senyuman. Tanpa membiarkan dia menjawab pertanyaanku, aku menyambung hujah. “Of Course not Islam, right. And those who kills the Civilians in Vietnam also not a muslim. It is a co-incidence that the recent terrorism action is done by Muslim. But many of them are simply an accusal but without a sufficient proof. Take a look at September, 11 tragedies. It’s being doubted that the explosive from the aeroplane fuels can cause the steel tower to collapse. Plus, William Rodriquez who is the last survivor of the big event mentions that he heard several explosion at the base of the building. And the most important point is. If Muslim did the bombing, why he reverted to Islam. Don’t you think that it is a stupid action? Besides, Islam value life as a very important thing. Let me quote this verse from you.” “…if any one slew a person - unless it be for murder or for spreading mischief in the land - it would be as if he slew the whole people: and if any one saved a life, it would be as if he saved the life of the whole people..”[5:32] Para hadirin mengangguk-anggukkan kepala. Gadis itu, kulihat tersenyum. Ku harap dia berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan. Ku lihat jam di tanganku sudah merangkak ke angka 12.30 tengah hari. Segera ku teringat janji ku dengan Prof Klaskliew yang ingin bertemuku kerana ingin mendapatkan senaskah al-quran.
  • 4. “Well, ladies and gentlemen I’m afraid that I can not continue this session due to my appointment with Prof Klaskliew. I promise that we’ll have this kind of session again whenever we’ve a gap between our lectures.” Aku mengemas nota-notaku dan memasukkannya ke dalam beg galasku. Baru beberapa langkah aku meninggalkan dewan, kedengaran suara lembut memanggilku. Rupanya gadis yang bertanyakan soalan tadi. “Hi Bro ricky, boleh kita berbicara,” tegurnya. “Wow, pandai bercakap melayu rupanya saudari ni ya.” Ucapku kagum “Saya berasal dari Malaysia lah. Anyway, my name is Cindy.” Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. “Ermm… Sorry banyak-banyak Cindy, dalam islam lelaki dan wanita tidak sepatutnya bersentuhan tangan. It is to keep the girl’s modesty actually.” Aku menolak lembut pelawaannya. “Well it’s ok. Anyway, That was a very nice speech. I like it.” Cindy tersenyum, menampakkan lesung pipitnya yang nyata menyerlahkan lagi keayuan gadis itu. “Erm, Cindy.. Nice to meet you. Unfortunately I have an appointment. Very urgent. Can I see you later.” “Well, it’s ok Ricky. I understand. Can I have your contact number. I have a lot to ask about Islam.”
  • 5. Aku memberikan kad namaku kepadanya. Dia menerimanya lalu melontarkan senyuman yang amat manis sekali. Ya Allah, aku ni nak berdakwah. Teguhkanlah imanku. Lantas aku pun berlalu pergi. **************************** “Macam mana sesi perkongsian Ricky tadi,” tanya Suria sewaktu ku bertandang di rumahnya. Aunty Halimah keluar dari dapur membawa dulang berisi se-jug air dan sedikit kuih. Dia menuang air sirap ke dalam gelas dihadapanku lalu duduk di atas sofa di sebelah Suria. “Alhamdulillah Suria, syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kekuatan kepada Ricky. Agak gemuruh juga. Maklumlah kali pertama. Tapi mereka agak berfikiran terbuka juga. Eh, Uncle mana?” “ Daddy ke rumah Mr Smith sekejap. Katanya ada urusan berkenaan dengan ladang epal jagaannya. Sekejap lagi pulanglah tu.” Balas Suria mesra. Aku mengangguk tanda faham. Memang Uncle Khalid sentiasa sibuk. Maklumlah kerjanya sebagai Pengurus Ladang Epal terbesar sekali di daerah Michigan. Aku turut berbangga dengannya. Siang sibuk dengan ladang epal, malam pula diisi dengan memberikan kuliah-kuliah berkenaan islam kepada saudara seagama yang baru menerima hidayah. Sekiranya berkelapangan, aku turut membantunya. Tatkala aku ingin berbicara, telefon bimbit ku berbunyi tanda ada sms yang masuk. Ku lihat mesej dari Cindy. Katanya ada hal ingin dibincangkan. Dia mengharapkan agar aku menemuinya di Coffee House berdekatan dengan apartment tempat tinggal pelajar malam nanti. Aku berfikir seketika. Antara janji ingin makan malam bersama-sama Suria dan keluarga atau bertemu dengan gadis yang baru aku ketemui beberapa hari yang lepas. Aku memandang wajah Suria dan aunty Halimah. Serba-salah pula aku dibuatnya.
  • 6. “Ermm.. Aunty dah masak ke untuk malam ni?” Soalku. “Kenapa Ricky?” soalnya. “Serba-salah saya dibuatnya aunty. Tiba-tiba pula ada temujanji.” Aku cuba menjelaskan. “Ricky memang selalu macam ni. Ada-ada je kerjanya. Mengalahkan menteri pula,” Suria memotong percakapanku. Dia menarik muka masam. Merajuk agaknya. “Suria, tak baik cakap macam tu dengan Ricky. Aunty tak masak lagi pun sebenarnya. Kalau Ricky betul-betul ada hal aunty masak untuk tengah hari esoklah.” “Tapi mak, Ricky ni selalu macam ni. Ada-ada sahaja alasannya. Esok mungkin tak boleh kot. Suria ada kelas dissection.” “Lor apa susahnya. Ricky makan lah tanpa Suria. Suria menghadap aja lah cadaver tu.” Aku mengembalikan ejekannya. Suria masam memuncung. Geli juga hatiku dengan karenahnya itu. “Ricky! Mak tengok Ricky ni, dia main-mainkan Suria. You better stop it before I won’t talk to you anymore.” “Ok, Ricky tak kisah apa-apa pun. Suria pergi lah bercakap dengan Cadaver tu ye.Kirim salam banyak-banyak kat dia. ” “Ok. Suria kahwin dengan cadaver tu baru padan muka Ricky.” Aunty halimah ketawa dengan gelagat kami berdua. Dia menggeleng kepala melihat gelagatku yang mengusik Suria. Kemudian aku mengeluarkan telefon bimbitku dan membalas mesej Cindy menyatakan persetujuanku untuk bertemu dengannya. Aku meminta izin untuk pulang ke asramaku. Maklumlah jam sudah pun meniti ke pukul 5.30 petang. Sementara menanti detik dan ketika untukku menemui Cindy, boleh juga aku selesaikan learning issue berkenaan Ischaemic
  • 7. heart disease. Maklumlah, setiap detik amat berharga sekali dalam kamus hidup pelajar perubatan. Tambahan pula, aku harus membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya. Dakwah dan pelajaran sama pentingnya. **************************** “Assalamu’alaikum,” sapa ku kepada Cindy sewaktu aku mendekatinya. “Huh..Erm saya bukan islam. Kenapa Ricky ucap salam kepada saya.” Balas Cindy. “ Tak ada masalahnya Cindy, maksud perkataan tu adalah salam sejahtera ke atas kamu. Tak salah kita mendoakan kesejahteraan terhadap seseorang. Itulah tuntutan Islam.” Ujarku. “Oh begitu, dulu sewaktu di Malaysia, pernah rakan memarahi Cindy kerana memberi ucapan salam. Katanya, salam tu hanya untuk orang islam. Orang kafir macam saya ni tidak layak untuk memberkan salam. Eh Ricky duduklah.” “Ermmm.. Cindy kata datang dengan kawan. Mana dia?” Soalku tanpa terus duduk. “Dia ada hal sedikit. Eh duduklah, saya bukannya makan orang pun.” Pelawanya lagi. Aku berasa sedikit janggal. Apa pula nanti jika terlihat oleh akhi-akhi ku. Nanti salah faham akan timbul. Aku berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk duduk. “Oh ya, saya sebenarnya masih belum mengenali Cindy lagi.Tak perasan pula saya akan kalibat Cindy sebelum ni” “Oh ya. Saya sebenarnya pelajar tahun satu. Mungkin Ricky tak perasan.” “Mungkin juga.” Balasku pendek. “Cindy kata asal dari Malaysia.” Tegurku.
  • 8. “Yup. Saya berasal dari penang. Bukit Mertajam. Ricky?” “Saya berasal dari Kelantan. Oh ya, kata Cindy ada hal yang ingin dibicarakan. Boleh Cindy ceritakan.” Kataku lagi. “ Saja je. Ricky kelihatan bagus sekali semasa berhujah. Saya ingin mengenali Islam dengan lebih lanjut lagi. Semasa di malaysia, tidak ada peluang langsung. Sahabat melayu ada, tapi mereka tidak menunjukkan kesediaan untuk berkongsi.” Cindy menundukkan mukanya, kakinya menguis-nguis lantai. Seorang gadis berkulit putih muncul dari belakang untuk mengambil pesanan. Aku memesan secawan kopi cappucino manakala Cindy memesan segelas jus oren. Sebaik sahaja pelayan Coffee House berlalu pergi, kami menyambung kembali bicara. “Maksud cindy? Kenapa mereka enggan. Mungkin Cindy yang tak bertanya.” Soalku. “Mereka tidak suka membicarakan tentang Islam. Cindy pun senyap je lah. Malu juga nak bertanya. Lagipun mereka pernah memarahi Cindy kerana mengucap salam kepada mereka.” Ujarnya menjelaskan perkara yang berlaku sewaktu di Malaysia. “Apa yang Cindy tahu pasal islam setakat ni?” “Cindy ada membacanya melalui buku-buku dan majalah. Tapi Cindy keliru. Ajarannya hampir sama dengan ajaran tuhan Jesus tetapi ia kelihatan lebih kompleks. Berbanding dengan Tuhan Jesus, TUHAN ALLAH agak kejam.” “Kejam. Maksud Cindy?” sengaja aku bertanya. Aku ingin menguji setakat mana pengetahuannya berkenaan Islam. Aku tidak menolak kemungkinan bahawa dia mempunyai salah faham terhadap islam.
  • 9. “Iya lah, kenapa mesti ALLAH masukkan manusia ke dalam neraka. Kenapa mesti dia menyiksa manusia di dalam api yang panas. Setiap kali tumbuh kulit yang baru, dibakarnya lagi. Bukankah kejam namanya tu.” “Baiklah, sebelum Ricky menjawabnya, Cindy tahu apa lagi mengenai Islam?” “Banyak lagi yang cindy ingin tanyakan. Kenapa mesti Islam menindas wanita dan meletakkan mereka di bawah kongkongan lelaki. Darjah seorang wanita kurang berbanding lelaki kan. Itu kata Al-Quran, betul tak Ricky?” “Baiklah Cindy, untuk soalan pertama. Memang betul ALLAH ada nyatakan seksaan terhadap orang yang mati dalam keadaan kafir. Itu adalah harga yang harus mereka bayar kerana menolak Islam. Allah telah memberi banyak peluang untuk manusia bertaubat, yakni kembali kepadaNYA setelah melakukan kesilapan. Banyak sekali peluang yang ALLAH berikan.” “Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa- dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[39:53] “Tapi adil kah ALLAH masukkan orang kafir ke dalam Neraka sedangkan mereka begitu baik sekali di dunia. Adakah Cindy akan masuk neraka apabila mati kelak?” tanya Cindy secara tiba- tiba. “Tidak semestinya,” ujarku. “Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertakwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan- kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka kedalam surga-surga yang penuh kenikmatan.”[5:65] “Ricky tidak tahu. Tiada siapa yang tahu. Cuma ALLAH menjanjikan syurga buat mereka yang beriman. Sebenarnya ada juga orang yang beriman di kalangan ahli kitab. Selagi mana mereka
  • 10. mengakui keesaan ALLAH yang satu maka islamlah dia. Ricky pun belum tahu samada Ricky di tempatkan di syurga ataupun tidak. Semuanya terpulang kepada ALLAH. Jadi kita mestilah sentiasa berdoa kepadanya. Sebenarnya, Allah mengampunkan semua dosa kita kecuali dosa syirik. Iaitu mempersekutukannya dengan makhluk-makhluk ciptaannya. Termasuklah dengan mengatakan Jesus sebagai tuhan.” Balasku. “Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”[4:48] “Maknanya orang islam tidak mengiktiraf Tuhan Jesus. Dia begitu baik sekali. Sanggup mati di tiang salib demi menebus dosa manusia.” Ujar Cindy mempertahankan hujahnya. “Orang Islam wajib menyayangi Jesus. Tidak sempurna iman seseorang islam sekiranya dia tidak menyayagi Jesus. Jesus merupakan antara lima Rasul terhebat ALLAH selain Noah, Abraham, Mosses dan Muhammad. Tapi dia hanyalah manusia biasa yang dilahirkan secara ajaib. Tapi dia bukannya tuhan.” “Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada ALLAH dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci ALLAH dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah ALLAH menjadi Pemelihara.” [4:171] Cindy diam. Mungkin dia mengakui kata-kataku. Minta dibuka pintu hatinya oleh Allah, doaku. Aku cuba menguji Cindy. “Cindy katakan yang Jesus mati untuk menebus dosa kita. Dosa apakah itu?”
  • 11. “Dosa warisan daripada Adam dan hawa kerana memakan buah epal. Setiap daripada kita dilahirkan berdosa. Terima kasih kepada Jesus kerana menebus dosa itu.” “Kalau begitu, kita wajar berterima kasih kepada Adam dan Hawa. Kerananya, Jesus diturunkan untuk menebus dosa kita. Tapi bagaimana dengan manusia sebelum Jesus. Ke neraka kah dia kerana belum sempat untuk diampuni dosanya dengan menerima Jesus. Bagaimana dengan bayi yang baru dilahirkan dan meninggal. Ke nerakah mereka? Nampaknya ALLAH dalam Islam tidak lah sekejam mana kerana bayi yang dilahirkan suci daripada dosa.” “Dan mengapa kamu tidak beriman kepada ALLAH padahal Rasul menyeru kamu supaya kamu beriman kepada TUHANmu. Dan sesungguhnya Dia telah mengambil perjanjianmu jika kamu adalah orang-orang yang beriman”[57:8] “Cindy, kalau dilihat dalam bible sekalipun. Kita tidak dipertanggungjawabkan ke atas dosa yang dilakukan oleh Adam dan Hawa kerana memakan epal larangan. Setiap daripada kita menanggung dosa sendiri. Kedua-dua Bible dan Al-Quran bersetuju bahawa kita menanggung apa yang kita lakukan.” Ujarku. “The one who sins is the one who will die. The child will not share the guilt of the parent, nor will the parent share the guilt of the child. The righteousness of the righteous will be credited to them, and the wickedness of the wicked will be charged against them” [Ezekial 18:20] “Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” [35:18] “Mungkin betul apa yang Ricky katakan itu. Entahlah, Cindy pun keliru.” Wajah Cindy bagaikan pesakit liver cirrhosis yang terkena hepatic encepalopathy. Termanggu-manggu dan terpingga- pingga dia. Mungkin kepeningan dan ragu-ragu. “Cindy, sekarang pun dah pukul 10 malam. Boleh tak kita sambung kemudian soalan Cindy.” “Baiklah,” nanti Cindy sms Ricky ya.
  • 12. “Oh ya, by the way. Can we make it at the noon or something. Tak manis dipandang orang kita keluar berdua begini. Nanti menimbulkan fitnah pula.” Ujarku. “Ricky tidak suka keluar dengan Cindy.” “Bukan tidak suka, tapi tak manis kan lelaki dan perempuan bersama-sama begini. Kita ni bagaikan magnet. Saling tertarik antara satu sama lain. Sehebat mana pun kita mengawalnya, tidak mustahil niat baik ini mengundang ketawa syaitan. Memang dia sentiasa ingin melihat hamba Allah melakukan kemaksiatan.” “Hurmm. Apa-apalah Ricky ya.” **************************** Kringgg…. Jam loceng ku mula menjerit menandakan sudah jam 5.00 pagi. Berat rasanya mata ini untuk melihat keindahan alam. Aku menarik selimut dan kupejamkan kembali mata ini. Entah mengapa, wajah Cindy terbayang di mindaku. Tingkah laku gadis itu amat molek sekali. Senyumannya semanis madu. Mampu memberikan kesegaran kepada mana-mana jejaka yang melihatnya. Suaranya yang manja memukau kalbu ini. Astaghfiurllah! Sampai ke situ pula fikiranku. Aku bingkas dari katilku. Ku tepuk dahi ini kerana berfikir yang bukan-bukan. Aku hanyalah manusia biasa. Sentiasa melakukan kesilapan. Ku gapai perkakasan mandi ku lalu menuju ke bilik air. Kalaulah tiada pemanas air, nescaya aku tidak akan mandi. Sejuknya sehingga menggigit tulang. Nyilu sangat-sangat. Selesai mandi dan berwudhu’ aku menghadap tikar sejadah bersolat tahjud. Tahjud itu kekuatan. Kerana itulah Salahuddin Al Ayubi menjadikan mereka yang bertahjud di malam hari sebagai barisan hadapan pertahanan tentera sewaktu menawan kota Palestin dari Richard the Lion Heart. Itulah yang pernah disampaikan Uncle Khalid sewaktu aku bersembang dengannya. Selesai tahjud, aku mengejutkan rakan sebilikku untuk sama-sama ke surau kecil yang sebenarnya merupakan bilik apartment bagi mengerjakan solat Subuh. Surau itu kami sewa menggunakan duit yang dikumpul
  • 13. sedikit-sebanyak daripada pelajar muslim melalui Persatuan Mahasiswa Islam Michigan yang terdiri daripada mahasiswa daripada Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pulang dari surau, aku teringatkan Suria. Ingatanku tentang pertemuan dengan Cindy segera hilang. Aku bersalah terhadapmu Suria. Aku mengingati gadis lain sedang kau adalah tunangku. Ku gapai telefon bimbitku lalu ku tekan kekuncinya dan menelefon Suria. Gembira dia apabila mendengar suaraku. Alah bukan lama pun. Baru petang semalam berjumpa. Cuma rasa bersalah kerana membayangkan gadis lain menyebabkan aku menelefonnya. Tapi tidak kunyatakan sebab itu. Hati perempuan ini cukup rapuh sekali. Maunya dia tidak merajuk sekiranya dia tahu bakal suaminya memikirkan gadis lain. Lagipun, dakwah bukan alasannya untuk aku hanyut. Setelah lebih kurang lima minit aku berbicara dengan Suria, aku menggapai buku Clinical Medicine ku yang terletak di atas rak untuk menghabiskan bacaanku semalam. Pelajaran harus diutamakan. Jangan biarkan ia menjadi fitnah kepada dakwah yang dijalankan. Itulah prinsip yang ku pegang selama ini. Setelah setengah jam menelaah pelajaran, terasa perutku berkeroncong. Jam baru menunjukkan pukul 7.45 pagi. Kelas hari ini hanya bermula pada pukul 11 pagi. Aku mengambil beg duitku lalu ke kedai roti kebab syed Ali. Di situ lah kedai yang betul-betul diyakini halal. Walaupun tirai kedai baru diangkat, sudah ramai yang bertandang. Entah mengapa di satu sudut, seorang gadis melambai ke arahku. Ya Allah, Cindy rupanya. “Assalamu’alaikum Ricky,” sapa Cindy sewaktu menghampirinya. “Waalaikum’ salam. Awal Cindy turun.” Balasku “Saja je. Nak jumpa Ricky. Ricky selalu makan di sini kan. Dah banyak kali Cindy lihat Ricky sebelum ni. Ricky je yang tak perasankan Cindy.” Jawabnya sebelum sempat aku bertanya. “Oh,” jawabku.
  • 14. “So, can you continue answering my last night’s question?” “Now, it’s very crowded here. You won’t listen to my point.” “You’re weird Ricky, you’re complaining about you meeting me alone and yet you still complaining about meeting me in the crowded.” “It’s not like that Cindy, but the situation didn’t permit us to discuss about it. It’s too noisy here. Shall we meet up at library later? Are you free at 2 P.M?” “Ermm. Not at that time I guess. I got histology class at that time. Shall we make it at 4 something?” “Ermm.. Sure. Well I got to go now, still lot of thing to read up.” Ujarku setelah menghabiskan cebisan terakhir roti kebab ke mulutku, “You are not drinking any water Ricky?” “Alamak… Saya lupa nak pesan minuman.” “You can have mine.” Pelawa Cindy sambil menghulurkan gelasnya. “Tak apa lah Cindy. I’ll drink something later at my apartment. See you!” **************************** “Islam tidak pernah menindas wanita. Jika disingkap sejarah pada zaman jahiliyyah. Wanita hanya dijadikan bahan mainan. Mereka hanya alat pemuas nafsu lelaki. Anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup. Islamlah yang membela mereka. Selepas Nabi Muhammad di angkat
  • 15. menjadi Rasul, hak-hak mereka dibela. Mereka dibenarkan memiliki harta, menuntut ilmu dan dilayan seperti manusia.” “Tapi, bukankah lelaki itu satu darjat lebih tinggi daripada wanita?” Soal Cindy “Ya memang betul. Ada dinyatakan dalam Al-Quran.” “Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya” [2:228] “Jadi betullah Islam menindas wanita.” “Bukan begitu, maksud ayat di atas adalah dari segi tanggungjawab suami kepada isteri dalam menjaga keselamatan isteri dan kesejahteraan rumah tangga. Tapi kalau dalam konsep beribadat, sama sahaja taraf lelaki dan perempuan itu. Tidak ada beza sedikit pun. Masing-masing akan mendapat janji ALLAH di akhirat kelak.” "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan” [3:195] “supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi ALLAH” [48:5] **************************** “Ricky, tolong Cindy. Cindy tak tahu apa yang nak dibuatkan lagi. Selamatkan Cindy.” Tercungap-cungap suara Cindy sewaktu menelefonku. Aku bingung memikirkan apa yang terjadi. Perkenalanku dengan Cindy baru menjangkau beberapa bulan. Dia seorang yang ceria sebelum ini. Ketawa nya riang sekali. Tapi sebentar tadi
  • 16. dia dalam ketakutan. Takut yang amat sangat. Aku sendiri berasa pelik yang amat sangat. Tanpa berlengah, aku bergegas ke apartmentnya. Sampai di bahagian bawah apartment nya, aku mendail nombor telefonnya. Sebentar kemudian dia turun berlari-lari sambil membawa beg pakaian. Mukanya pucat. Ada air mata di pipinya. “Selamatkan CindyTolong!” Dia memegang tanganku erat. Aku cuba untuk mengungkai tangannya. Malu dengan orang ramai yang memandang. Malu lagi dengan Allah. Pendakwah seperti ku berpegangan tangan dengan wanita yang bukan muhrimku. “Cindy apa yang terjadi ni.” Pujukku. “Bawa Cindy pergi Ricky, tolonglah.” Ke mana harus ku bawanya. Aku bingung. Akhirnya aku membawanya ke rumah Dr Mariah. Hanya dia yang terlintas di fikiranku buat masa sekarang. Dr Mariah turut terkejut melihat keadaan Cindy. Hampir sahaja dia salah sangka yang aku berkelakuan tidak senonoh terhadap Cindy. “Saya sendiri bingung Dr. dari tadi dia meracau meminta tolong.” “Bertenang Cindy, ceritakan kepada saya kenapa anda begini.” Katanya lembut. Dr Azman, suami Dr Mariah keluar dari bilik. Aku bersalaman dengannya. Dia memandang kehairanan. Aku hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu. “Bapa saya Dr…” Cindy memulakan bicara dengan terketar-ketar. “Kenapa dengan bapa kamu Cindy?” Dr Mariah bertanya.
  • 17. “Dia sudah tahu mengenai pengislaman saya. Dia dalam perjalanan dari Malaysia. Mati saya Dr. katanya dia akan bawa saya pulang. Dia nak kurung saya selagi mana saya tidak murtad.” Astaghfiurllah! Aku terkejut dengan berita itu. Ya Allah, mengapa hebat sekali dugaan mu terhadap hamba-hambamu. Belum pun sempat dia belajar ilmu fardhu ain sehingga pandai, sudah mendapat penentangan keluarga. Besar sungguh harga akidah yang dibeli oleh Cindy. “Rakan senegeri saya yang melaporkannya kepada bapa. Bapa cukup marah sekali. Entah apa yang harus saya lakukan. Saya sayangkan Islam. Itu jalan pilihan saya. Saya tidak rela meninggalkannya setelah menerimanya.” “Hanya ada satu cara untuk menyelamatkan kamu dalam masa yang singkat ini. Jangan risau, perjalanan untuk sampai ke sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama setengah hari. Kamu boleh menolong Cindy, Ricky.” Dr Azman pula berbicara setelah memahami kemelut yang melanda Cindy. “Apa yang saya boleh buat Dr? katakan sahaja, saya sanggup lakukan. Saya tidak rela akidah yang dibina dicabut begitu sahaja.” **************************** "Kau berkahwin dengan Cindy." Ujar Dr Azman pada Ricky. suaranya mendatar dan mukanya kelihatan serius. Tiada sebarang tanda bahawa doktor itu bergurau. "Dr. Apa yang Dr cuba sampaikan ini?" "Apabila Cindy menjadi isterimu, maka kau boleh melindunginya. Lagipun, Cindy sudah mencapai usia untuk bebas membuat keputusan beliau sendiri" "MasyaALLAH doktor! saya sudah bertunang doktor. Haram saya memutuskan pertunangan ini"
  • 18. "Astaghfirullah hal azim!", Dr Azman beristighfar panjang memikirkan cadangan yang baru sahaja dikemukakannya itu. Entah kenapa idea itu diutarakannya. Syaitan mana yang merasuknya. “Cindy sekarang masih berada di bawah tanggungan keluarganya. Perbelanjaan di Michigan ini agak besar walaupun menerima tajaan biasiswa. Mahu tidak mahu, dia harus mengekalkan hubungan baik dengan keluarga.” Ucap Dr Mariah tenang. “Maksud doctor?”, soal Cindy. “ Dalam situasi ini, ada beberapa cadangan yang boleh kita cuba laksanakan. Terpulang pada Cindy untuk memilihnya” “InsyaALLAH saya sedia doctor. Demi akidah yang menjadi nyawa saya ini.” “Begini Cindy. Pertama, kita boleh berjumpa dengan keluarga Cindy nanti. Saya, Dr Azman dan Ricky boleh berbincang dengan mereka. insyaALLAH kita jelaskan dengan cara yang baik nanti.” Sambung Dr Mariah. “Bagaimana jika mereka masih menentang?”, Cindy memandang tepat anak mata Dr Mariah. “Jika Cindy mampu maka Cindy boleh ambil keputusan untuk tetap isytiharkan keislaman Cindy. Namun, kesannya mungkin Cindy akan dibuang oleh keluarga. Perjalanan Cindy sebagai pelajar masih berbaki enam tahun. Mungkin akan mengalami banyak masalah apatah lagi tanpa sokongan keluarga. Tapi hal itu jangan dirisaukan yang itu kerana kami berdua sedia membantu Cindy” “Saya sayangkan keluarga saya doctor. Saya juga tak sanggup melihat mereka kekal dengan kekafiran mereka. Saya juga mahu mereka mendapat nikmat islam ini.”, ucap Cundy penuh sayu.
  • 19. “Kalau Cindy bertegas untuk memeluk Islam, di awalnya memang perit. Mereka akan membuang Cindy jauh dari hidup mereka. Tapi yakinlah, lama-kelamaan hati mereka akan lembut. Tambah-tambah lagi ibu Cindy. Naluri keibuan memang kuat apatah lagi dia mengandungkan Cindy Selama Sembilan bulan, menyusu dan membesarkan Cindy. Namun, saya tidak berani jamin bila mereka dapat menerima Cindy kembali.” Terang Dr Mariah dengan penjang lebar. “Saya pun terfikirkan satu lagi cadangan doctor.” Samput Ricky “Apa dia Ricky?” soal Cindy kembali. Dr Azman hanya diam. Mungkin kerana cadangan peliknya sebentar tadi menyebabkan dia memilih untuk menjadi penonton sahaja. “ Cindy boleh sahaja berpura-pura keluar dari Islam. Namun di hati, Cindy masih teguh dengan islam. Jangan tonjolkan keislaman Cindy. Bila Cindy sudah bekerja nanti dan ada kemampuan dari segi kewangan dan sebagainya, maka boleh sahaja isytihar kembali.” “Subhanallah! Ricky suruh Cindy murtad dan masuk islam kembali? Bagaimana kalau Cindy mati dalam kekafiran?”, balas Cindy. “Ya Allah! Bila pula saya suruh Cindy murtad. Saya suruh berpura-pura sahaja. Lagipun, hati cindy sudah teguh berpegang pada Islam. Sekarang ni dikira sebagai darurat. insyaALLAH dalam islam ada jalan keluar untuk setiap kemudharatan. Sewaktu Islam masih belum bertapak dengan kukuh dahulu, Yasir juga murtad kerana ingin menyelamatkan nyawanya dari dibunuh. Namun, kemurtadan itu tidak dikira kerana dia melakukannya atas sebab mudharat.” “Ricky, Cindy tidak mahu menjadi pembohong. Walaupun ia mungkin untuk kesenangan Cindy. Ini bukan prinsip hidup Cindy. Cindy pilih cadangan Dr Mariah. Cindy mahu berterus terang pada papa dan mama. Jika mereka ingin buang Cindy sebagai anak mereka, Cindy terima. InsyaALLAH, Cindy yakin yang Cindy mampu untuk hadapi dugaan ini. Soal kewangan,
  • 20. insyaALLAH biasiswa yang ada lebih dari cukup untuk hidup. Cuma tidak mampu untuk bermewah seperti sekarang. Pada masa sama, Cindy tak kan putus asa untuk berdakwah pada mereka.” “Hurm!”, Ricky tidak mampu untuk bersuara. “Cuma, saya pohon dari kamu semua untuk menemani saya bertemu papa dan mama. Saya tiada kekuatan untuk menemui mereka sendirian.” “Apa Cindy sudah tetap dengan keputusan ini. Cadangan Ricky tadi pun agak bernas juga,” sampuk Dr Mariah. “Ya doctor! Saya nekad. Saya tidak mahu berbohong walaupun ia dibolehkan. Saya anggap ini semua ujian dari Allah untuk saya. Ricky juga pernah beritahu bahawa tidak beriman seseorang itu selagi mana tidak di uji. Mungkin ini ujian yang ingin Allah berikan pada saya. Demi akidah ini, saya rela berkorban. Akidah ini hadiah termahal dari Allah yang harus saya pertahankan.” “Subhanallah! Besar sungguh pengorbanan Cindy itu. Moga Allah memberikan kekuatan padamu. insyaALLAH, kami akan bersama Cindy menghadapi ujian ini”,akhirnya Dr Azman kembali bersuara. Cindy merenung ke luar tingkap. Salji mula turun menandakan musim sejuk sudah pun bermula. Moga hati mama dan papanya turut sejuk dalam menerima pengislamannya. Moga mereka juga diberi hidayah oleh Allah S.W.T. dalam hatinya, dia berharap agar segala ujian ini dapat ditempuhi dengan penuh sabar. Moga kekuatan terus bersamanya. ~TAMAT ~