SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  20
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_




1.0      PENGENALAN

      Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang bunyi sebutan dalam
sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak. Jangka masa kajian adalah selama
tiga minggu. Dalam kajian ini saya telah memilih seorang murid perempuan
yang berusia lapan tahun sebagai responden kajian. Bahasa merupakan satu
bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak
berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara
berkesan. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat
merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh
membina konsep tentang alam                      dan manusia di sekelilingnya (Rice &
Woodsmall, 1988).



             Bertutur      merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan
melibatkan       proses      mental       yang     menggerakkan           alat    pertuturan       untuk
mengeluarkan sesuatu bunyi bahasa yang bermakna dan difahami.Seorang
kanak-kanak yang ingin bertutur perlulah melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat-alat pertuturan yang disebut artikulator. Di dalam penguasaan
kemahiran bertutur ini seorang ibu bapa perlulah memastikan kanak-kanak itu
dapat bertutur dengan sebutan yang betul dari segi sebutan,intonasi serta
menggunakan perkataan                 dan ayat yang tepat. Ini bertujuan agar segala
perkataan dan ayat yang dilahirkan itu tidak disalah tafsirkan.


        Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian pendek.
Beberapa instrumen kajian telah digunakan seperti latihan penyebutan bunyi ,
kata dan ayat untuk mengenal pasti masalah yang timbul .Instrumen


_______________________________________________________________________
                                    1
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti minat kanak-kanak terhadap
kajian ini dan respon kanak-kanak ini terhadap pengujian ini.



1.1        Carta Vokal
Menurut Goay,T.C. (2008) , bunyi Vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara, iaitu
ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan. Selain itu, semasa
mengeluarkan bunyi vokal udara dari paru-paru keluar secara berterusan melalui
rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan suara.
Dalam bahasa Melayu, terdapat enam vokal asli iaitu tiga vokal depan, satu
vokal tengah dan dua vokal belakang seperti diperlihatkan dalam carta vokal di
bawah:




1.2     Carta Konsonan

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini
menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut,
tekak atau hidung.

Berikut merupakan carta bunyi konsonan Melayu yang dipetik daripada Abdullah
Hassan (1980)




_______________________________________________________________________
                                    2
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_




2.0     OBJEKTIF KAJIAN


        2.1 Mengetahui tahap penguasaan bunyi kanak-kanak tersebut.
        2.2 Meningkatkan minat kanak-kanak dalam bertutur dalam bahasa
              melayu
        2.3 Mengenal pasti masalah-masalah sebutan yang timbul

        2.4 Membantu murid tersebut mengatasi masalah sebutan tersebut


3.0     MASALAH YANG DIKAJI
        3.1 Masalah yang dikaji.
        Masalah yang sering hadapi murid tersebut ialah bila menyebut perkataan
        yang mempunyai huruf /r/ dibunyikan /gh/, misalnya ‘geram’, ‘barang’ dan
        ‘orang’ disebut (gegham), (baghang) dan (oghang).


          3.2 Kajian Literatur
              3.2.1       2 orang tokoh barat
1) Kajian oleh Charles Read bertajuk Children’s Categorization of Speech
Sounds in English membuat kajian tentang Fonologi Bahasa Inggeris. (Artikel
penuh rujuk dalam CD)



_______________________________________________________________________
                                    3
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
2) Kajian oleh Ineke Mennen bertajuk “Phonetic and Phonological Influences in
Non-native Intonation” mengenai pengaruh fonetik dan fonologi dalam intonasi di
kalangan bukan penduduk tempatan (artikel penuh rujuk dalam CD)


              3.2.2       2 orang tokoh tempatan
      1) Kajian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan
         Penyelidikan Dasar Pendidikan bertajuk Kajian Pelaksanaan Bahasa
         Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (artikel penuh rujuk
         dalam CD)
      2) Kajian oleh Mohd Juraimi bin Ismail bertajuk” Masalah Dalam Pengajaran
         dan Pembelajaran Bahasa Melayu Yang Membawa Kepada Kegagalan
         Penguasaan : (artikel penuh rujuk dalam CD)


3.2 Punca-punca Masalah
               Kesimpulan dari kajian-kajian di atas masalah sebutan timbul kerana
beberapa punca. Antaranya ialah
3.2.1 Pengaruh bahasa ibunda
3.2.2 Bahasa Pasar/basahan
3.2.3 Bahasa Dialek /Daerah


4.0      Metodologi Kajian


         4.1. Latar belakang
              4.1.1Nama sekolah: SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak.
              4.1.2 Darjah              : 2
             4.1.3 Jantina             : Perempuan
             4.1.4 Keluarga murid :
             4.1.4.1 Bapa

_______________________________________________________________________
                                    4
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
                        Pekerjaan : Askar
                        Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
          4.1.4.2 Ibu
                     Pekerjaan : Suri rumah tangga
                     Tempat Lahir : Sungai Bakap, Pulau Pinang.
          4.1.5 Fizikal murid,
                  Ketinggian : 1.3 meter
                  Berat :     30 kg
          4.1.6 Lain-lain yang menyokong kajian
                  Pernah mengikut bapa berpindah dari:
                  a) Alor Setar , Kedah - 1997 – 2003
                  b) Permatang Pauh – 2004 – 2005
                  c) Kuala Lumpur – 2006- 2007
                  d) Bagan Serai , Perak – 2008 hingga kini
                 Bilangan adik beradik : Anak Tunggal
                 Hobi                 : Membaca


4.2 Kaedah kajian
    Temu bual


Rakaman 1
Tarikh : 22 September 2008
Masa       : 3.00 petang
Tempat : Sekolah


Rakaman 2
Tarikh : 24 September 2008
Masa       : 3.00 petang

_______________________________________________________________________
                                    5
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
Tempat : Sekolah


Rakaman 3
Tarikh : 4 Oktober 2008
Masa       : 1.00 petang
Tempat : Rumah Responden




4.3 Batasan Kajian
Kajian ini hanya menyelidik perkara yang berkaitan dengan masalah penyebutan
atau pertuturan beberapa perkataan atau fonem terbatas kepada hanya seorang
responden di SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai. Perak. Maklumat kajian
diperoleh dari temu bual dengan murid (sampel) tersebut. Tempoh masa untuk
kajian ini terhad untuk tempoh kurang dari 2 bulan.


5.0     Hasil Kajian
        5.1 Perkataan
Kata kerja
Bil. Ujaran                     Kategori Perkataan           Ujaran Bahasa Trankripsi
      Responden                                              Melayu                Fonetik
1. Ngaju              nama khas          raju
2. Ghohani            Nama khas          rohani
3. sempeghit          Nama am            semperit
4. oghang             nama am            orang
5. banghang           Nama am            barang
6. Ghumah             Nama am            rumah
_______________________________________________________________________
                                    6
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
7.    kendughi                  Nama am                      kenduri
8.    haghi                     Nama am                      hari
9.    ghaya                     Nama am                      raya
10    Ghamai                    Nama am                      ramai
11.   keghepek                  Nama am                      kerepek
12.   gegham                    kata kerja                   geram
13.   maghah                    kata kerja                   marah
14.   sughuh                    Kata kerja                   suruh
15.   cughi                     Kata kerja                   curi
16.   benghitahu                Kata kerja                   beritahu
17.   heghan                    Kata kerja                   hairan
18.   haghap                    Kata kerja                   herap
19    ghasa                     Kata kerja                   rasa
20.   gogheng                   Kata kerja                   goreng
21.   segegha                   Kata adjektif                segera
22.   Baghu                     Kata adjektif                baru

5.3 Punca masalah
Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek bersalingfahaman antara satu
sama lain (Chambers dan Trudgill, 1980) Ciri kesalingfahaman ini merupakan
asas penting yang menentukan sama ada sesuatu ragam (variety) itu dialek
kepada satu bahasa yang sama ataupun terdiri sebagai satu bahasa tersendiri.


Newton (1972) pula menyatakan kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu
bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi sejarah ke
atas satu bahasa yang asalnya seragam. Faktor ruang geografi dan waktu
merupakan dua faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahasa asal
kepada beberapa dialek keturunannya.


                      Terdapat berbagai-bagai punca responden tersebut menyebut
perkataan begitu. Sebabnya:


5.3.1 Jenis kawasan kediaman murid

_______________________________________________________________________
                                    7
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_



Murid yang tinggal di kawasan kediaman yang menyediakan mereka peluang
berbahasa Melayu dengan sebutan yang kurang tepat.




5.3.2 Peranan ibu bapa di rumah
Penggunaan bahasa Melayu di rumah membantu murid menguasai bahasa
Melayu yang tepat.. Walau bagaimanapun, majoriti ibu bapa murid tidak
menggunakan bahasa Melayu yang baku Mereka sering kali bertutur dengan
menggunakan dialek masing-masing.


5.3.3 Pengaruh Faktor Diri Murid ke Atas Sebutan Yang Betul Dalam Bahasa
Melayu
6.7.1 Faktor diri murid meliputi kekerapan berbahasa Melayu yang tepat , sikap
terhadap bahasa Melayu, minat berbahasa Melayu, pengaruh jiran, pergaulan
dengan rakan yang berbahasa Melayu, dan minat membaca bahan bacaan
dalam bahasa Melayu.




6.0     PEMBINAAN              MODUL           PENGAJARAN                UNTUK           MENGATASI
        PERMASALAHAN SEBUTAN


        6.1      Teori pembelajaran


        Teori pembelajaran yang dipilih untuk mengajar permasalahan sebutan
        yang dihadapi oleh responden ialah Teori Pembelajaran Behaviourisme.
        Menurut ahli-ahli psikologi Behaviors , pembelajaran adalah berkaitan
        dengan perubahan tingkah laku yang berlaku pada diri seseorang individu

_______________________________________________________________________
                                    8
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
        yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan tingkah laku semasa
        proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan
        (stimuli) dengan tindak balas(respons) organisma.


          Berasaskan pelaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak
        balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas
        terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh
        dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur
        motivasi       diselitkan.      Menurut        Pavlov,       setiap      rangsangan         akan
        menimbulkan gerak balas. Teori ini dikenali sebagai Teori Pelaziman
        Klasik Pavlov.




        6.2 Perkaitan antara teori dan kaedah


        Kaedah yang dipilih ialah kaedah latih tubi. Murid tersebut ditayangkan
        slaid power point sebagai bahan rangsangan (stimuli) . Dalam slaid turut
        disediakan ikon speaker. Ikon tersebut apabila diklik akan membunyikan
        perkataan yang sedang dipaparkan. Murid tersebut akan mengikut
        sebutan perkataan yang betul mengikut slaid tersebut. Murid mengikut
        sebutan tersebut adalah sebagai tindak balas (respons) . Apabila diulang
        berkali-kali, murid tersebut semakin faham dan fasih untuk menyebut
        perkataan yang mengandungi fonem / r / . Ini disebut sebagai pelaziman .
        Kaedah latih tubi ini bersesuaian dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov.


           6.3 Alat Bantu Mengajar




_______________________________________________________________________
                                    9
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
         Guru mengajar dengan menggunakan Perisian Power Point. Alat Bantu
         Mengajar tersebut disimpan di dalam CD yang dilampirkan.


           6.4 Rancangan pengajaran yang lengkap


Masa                      : 9.00-10.00 pagi
Tahun                     :2
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tema                      : Haiwan
Tajuk                     : Rama-rama Biru




Kemahiran ;


Fokus Utama (FU):

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

i. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat

majmuk dengan sebutan yang betul.



Fokus Sampingan (FS):
1.2 Membaca dan menjawab tentang sesuatu perkara dengan bertatasusila


Aras 1
_______________________________________________________________________
                                   10
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
iii. Menjawab secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai

Perkataan yang perlu ditegaskan: Perkataan yang mengandungi
                                                               fonem / r /


Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
i)      Menyebut sekurang-kurangnya 5 perkataan dengan fonem / r / dengan
        tepat.
ii)     Dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan berkaitan dengan cerita
        yang diberi dengan betul.


Pengetahuan Sedia Ada Murid:
Murid-murid pernah melihat rama-rama di sekitar kawasan mereka .


Nilai-nilai Murni : Menghargai, bersungguh-sungguh.


Alat Bantu Mengajar : Perisian “Power Point”


KBKK : Menjana idea, menyesuaikan dan melabelkan.


Penggabungjalinan Mata Pelajaran : Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik


LANGKAH             ISI PELAJARAN        AKTIVITI P&P            CATATAN
                    - Guru meminta murid -Menyanyi bersama murid
                    menyanyi mengikut slaid dan bersoal jawab tentang
                    “Power        Point”       yang rama-rama.
Set Induksi
                    dipaparkan
9.00 – 9.05 - Memperkenalkan tajuk - Memperkenalkan tajuk
_______________________________________________________________________
                                   11
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
pagi                pada hari ini;                       pada hari ini iaitu “Rama-
                    “Rama-rama Biru”                     rama Biru”.
(5 minit)
                                                         - Murid diminta mengeja
                                                         dan menyebut tajuk yang
                                                         dipaparkan dalam perisian
                                                         “Power Point”



                    -      Guru     memaparkan - Guru membaca cerita Berdasarkan
                    “Power        Point”       yang sebaris demi sebaris dan Teori
                    disediakan. (Rujuk CD)               murid     mengikut bacaan Pembelajaran
                                                         guru.                                Behaviourisme,
Langkah 2
                                                         -    Guru        membetulkan guru
9.05-        9.15                                        sebutan murid.                       menggunakan
pagi
                                                                                              kaedah latih-tubi
(10 minit)                                                                                    untuk menyebut
                                                                                              perkataan       dan
                                                                                              ayat       dengan
                                                                                              fonem      /    r   /
                                                                                              sehingga       murid
                                                                                              boleh
                                                                                              menyebutnya
                                                                                              dengan tepat



Langkah 3           Latih-tubi           perkataan -Guru             meminta        murid Kaedah
                    dengan fonem /r/.                    menyebut              perkataan Latih- tubi.
9.15 – 9.30
pagi                    Dari          Rindu              tersebut       berulang       kali
                        Tidur         Terbang            sehingga        murid      dapat
_______________________________________________________________________
                                   12
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
(15 minit)           Rama-            Mencari            menyebutnya              dengan
                     rama             Menari             betul dan tepat.
                     Ruru             Riang
                     Riri             gembira


Langkah 4
                    - Bersoal jawab tentang -                Guru      bersoal      jawab
9.30           – cerita yang dibaca.                     dengan       murid       tentang
9.45pagi
                    Soalan:                              cerita yang telah dibaca
(15 minit)          i) Apakah warna Riri?                untuk menguji ingatan dan
                    ii) Rama- ada berapa kefahaman murid.
                    kaki?
                    iii)    Bagaimana         rama-
                    rama bergerak?
                    iv) Siapakah yang Riri
                    rindu?
                    v) Apakah warna Ruru?
                    vi) Apakah yang sedang
                    Ruru lakukan?
                    vii)Mengapakah          mereka
                    gembira?

                    - Melabelkan gambar                  -    Guru        mengedarkan
                    rama-rama.                           lembaran         kerja      yang
                    i) mata                              mengandungi              gambar
                    ii) kaki                             rama-rama.
                    iii) kepak                           - Murid-murid dikehendaki
Langkah 4           iv) sesungut                         melabelkan             bahagian
                                       yang mempunyai petak
9.45 9.55pagi
 _______________________________________________________________________
                                    13
 _
                                                               HBML 1203
                 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
                                                         kosong.
(10 minit)
                                                         - Setelah siap melabelkan, Pengintegrasian:
                                                         murid-murid           hendaklah Seni Visual
                                                         mewarnakan Rama-rama
                                                         Biru sesuai dengan tajuk
                                                         cerita.




                    -Guru      meminta           murid -. Guru meminta murid
                    menyanyi lagu dalam set menyanyi lagu dalam set
Penutup
                    induksi        tadi      sambil induksi             tadi       sambil
9.55 – 10.00
                    memastikan                   murid memastikan                   murid
pagi
                    menyebut              perkataan menyebut                   perkataan
(5 minit)
                    dengan        fonem      /    r   / dengan fonem / r / dengan
                    dengan tepat                         tepat
                                                         -         Guru         memberi
                                                         penghargaan              kepada
                                                         murid      tersebut       sambil
                                                         memberi galakan supaya
                                                         murid       tersebut       dapat
                                                         menuturkan fonem / r /
                                                         dengan tempat sepanjang
                                                         masa.



            6.5 Proses      Uji     kaji    atau      Eksperimen          mengikut        Rancangan
               Pengajaran


_______________________________________________________________________
                                   14
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
Rakaman dibuat untuk membuktikan murid tersebut dapat menuturkan perkataan
yang mempunyai fonem / r / dapat disebut dengan tepat. Ia turut dilampirkan
dalam CD.




           6.6 Refleksi
Setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan ke atas responden yang dikaji,
jelas sekali responden tersebut mula menyedari yang dia selaku menuturkan
fonem / r / dengan sebutan yang salah. Setelah aktiviti latih tubi mengikut
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas, responden dapat mengatasi
masalah sebutannya. Secara kesimpulan, !00% objektif yang disasarkan dalam
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas berjaya malah keputusan yang
dicapai melebihi dari objektif kerana responden tersebut dapat menyebut semua
perkataan dengan fonem / r / dengan tepat.




7.0     CADANGAN LANGKAH-LANGKAH
Berdasarkan kepada dapatan utama kajian ini, berikut disenaraikan cadangan
untuk mengatasi masalah berkaitan dengan permasalahan sebutan fonem dan
perkaitan di kalangan murid:


7.1    Pihak     sekolah      dan     guru     bahasa       Melayu       perlu    diberi     kemahiran
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran supaya pengajaran dan


_______________________________________________________________________
                                   15
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
pembelajaran bahasa Melayu lebih berkesan selain daripada kaedah latih tubi
yang digunakan secara meluas di sekolah

7.2 Latihan praperkhidmatan atau program latihan dalam perkhidmatan
perguruan perlu menitikberatkan pengajaran fonetik dan fonologi bahasa Melayu.
Manakala guru bahasa Melayu yang bukan beropsyen bahasa Melayu perlu
diberi latihan tentang pendekatan dan kaedah pengajaran fonetik dan fonologi
bahasa Melayu.


7.3 Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan usaha untuk memberi
kesedaran kepada murid tentang kepentingan bahasa Melayu, iaitu bukan
sahaja terhad dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan semasa
berinteraksi dengan guru Melayu,                     tetapi juga perlu digalakkan dalam
berkomunikasi dengan guru bukan Melayu, masyarakat luar dan mengeratkan
perpaduan antara kaum. Pihak pengurusan sekolah perlu memikirkan cara
meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti sokongan bagi menjayakan
pelaksanaan bahasa Melayu.


7.4 Pihak pengurusan sekolah perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif
untuk murid menguasai bahasa Melayu seperti menyediakan sudut bercerita
bagi bahasa Melayu, dan bahan bacaan secara audio bahasa Melayu yang
menarik di perpustakaan atau pusat sumber. Bagi guru bahasa Melayu di luar
bandar, bahan bantu mengajar di sekolah perlu disediakan dengan bahan yang
terkini.


7.5    Pihak ibu bapa perlu diberi kesedaran tentang mengadakan tindakan
susulan di rumah bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu anak



_______________________________________________________________________
                                   16
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
mereka iaitu dengan menggalakkan anak mereka berbual dengan mengguna
bahasa Melayu baku.


7.6 Pihak pengurusan sekolah perlu memberi penekanan kepada peningkatan
penguasaan fonetik bahasa Melayu bagi meningkatkan minat dan penguasaan
mereka dalam bahasa Melayu.




8.0     PENUTUP

Kajian ini telah mengenal pasti faktor persekitaran , peranan ibu bapa dan faktor
murid sendiri yang mempengaruhi permasalahan sebutan bahasa Melayu di
sekolah. Faktor ini didapati berkait rapat di antara satu sama lain dalam
mempengaruhi permasalahan sebutan bahasa Melayu di sekolah . Sebahagian
daripada faktor ini dikenal pasti mempunyai pengaruh ke atas peningkatan
pelaksanaan bahasa Melayu dan sebahagiannya lagi menjadi penghalang
kepada permasalahan sebutan dalam bahasa Melayu .Sebahagian daripada
cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini ialah untuk menangani faktor
yang menghalang kebolehan murid tersebut mengatasi permasalahan sebutan
dalam bahasa Melayu Oleh itu langkah yang berkesan dengan berpandukan
cadangan yang dikemukakan itu perlu diteliti dan diberi perhatian oleh semua

_______________________________________________________________________
                                   17
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_
pihak yang bertanggungjawab sama ada di peringkat Kementerian Pelajaran
Malaysia , sekolah , ibu bapa mahupun masyarakat keseluruhan amnya.




7.0 BIBLIOGRAFI


Abdullllah Hassan,, (1980).. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia..
K..L..::Fajar Bakttii..

Ashman, A. and Elkins, J. (eds.). (1994). Educating Children with Special Needs.
Sidney: Prentice Hall of Australia Pty Ltd

Ashman, A. and Elkins, J. (eds.). (1994). Educating Children with Special Needs.
Sidney: Prentice Hall of Australia Pty Ltd

Azman Wan Chiik, (1987).. Editted:Isu-Isu Dallam Pengukuran Dan Penilaian
Bahasa Malaysia.. Kuala Lumpur: DBP.

_______________________________________________________________________
                                   18
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_


Chambers, J.k. dan P. Tungill (1980) Dialectologi.Cambridge. Cambridge
University Press

Chambers, J.k. dan P. Tungill 980 Dialectologi.Cambridge. Cambridge University
Press

Goay,T.C        (2008)       Teks      Pra-U       STPM         Bahasa        Melayu       Kertas       1.
Selangor.Longman

Koh Boh Boon..(1989).. Analisis Kadar Penguasaan Bakal Guru Bahasa
Malaysia dalam Penggunaan Kata Kerja,, Kata Sifat Adverba dan Kata Nama,,
Perspektif-Perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia''.. Kuala Lumpur::
DBP.

Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect. A study of modern
Greek fonology. Cambridge . Cambridge University Press

Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect. A study of modern
Greek fonology. Cambridge . Cambridge University Press

Ramiinah Sabran..(1983).. `Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa
Melayu Dii Kalangan Guru Pelatih,,'' M.Ed.. Thesiis,, Facullty of Educattiion,
Uniiversiitty of Mallaya..

Samarudin Rejab , Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis , Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Samarudin Rejab , Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis , Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur


_______________________________________________________________________
                                   19
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982)
_____________________________________________________________________________________________________
_




                                            LAMPIRAN
_______________________________________________________________________
                                   20
_
                                                              HBML 1203
                PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contenu connexe

Similaire à MASALAH PENYEBUTAN HURUF R

Astuty jurnal internasional ATMR
Astuty  jurnal internasional ATMRAstuty  jurnal internasional ATMR
Astuty jurnal internasional ATMRastutyutomo
 
Study guide case field 2010
Study guide case field 2010Study guide case field 2010
Study guide case field 2010Nyoman Wardana
 
DSP KSSR BAHASA KADAZANDUSUN TAHUN 3
DSP KSSR BAHASA KADAZANDUSUN TAHUN 3DSP KSSR BAHASA KADAZANDUSUN TAHUN 3
DSP KSSR BAHASA KADAZANDUSUN TAHUN 3gengkapak84
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Aminah Rahmat
 
Teknik mudah untuk membina karangan. (modul do re me) (2)
Teknik mudah untuk membina karangan. (modul do re me) (2)Teknik mudah untuk membina karangan. (modul do re me) (2)
Teknik mudah untuk membina karangan. (modul do re me) (2)nur aliaa
 
Modul penulisan sk
Modul penulisan skModul penulisan sk
Modul penulisan skgowselya
 
Ilmu pengetahuan alam dan lingkunganku untuk kelas 1 - mulyati arifin
Ilmu pengetahuan alam dan lingkunganku untuk kelas 1  - mulyati arifinIlmu pengetahuan alam dan lingkunganku untuk kelas 1  - mulyati arifin
Ilmu pengetahuan alam dan lingkunganku untuk kelas 1 - mulyati arifinprimagraphology consulting
 
re uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdf
re uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdfre uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdf
re uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdfRosulJuned2
 
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Rina Fadhali
 
1.8 sp bahasa kadazandusun 2
1.8 sp bahasa kadazandusun 21.8 sp bahasa kadazandusun 2
1.8 sp bahasa kadazandusun 2marshiza
 
X bahasa inggris-kd-3.1_4.1_final
X bahasa inggris-kd-3.1_4.1_finalX bahasa inggris-kd-3.1_4.1_final
X bahasa inggris-kd-3.1_4.1_finalserlyhana
 
Karya Tulis penelitian deskriptif
Karya Tulis penelitian deskriptifKarya Tulis penelitian deskriptif
Karya Tulis penelitian deskriptifnailaamaliaa
 
13 dsp kadazandusun tahun 2
13 dsp kadazandusun tahun 213 dsp kadazandusun tahun 2
13 dsp kadazandusun tahun 2CIKGU AHMAD
 
MIND MAPPING MODUL 2 Ria afriani (856486141) Rengat.pdf
MIND MAPPING MODUL 2 Ria afriani (856486141) Rengat.pdfMIND MAPPING MODUL 2 Ria afriani (856486141) Rengat.pdf
MIND MAPPING MODUL 2 Ria afriani (856486141) Rengat.pdfssuser784cc5
 
Parent Teacher Conference Form PG/KG
Parent Teacher Conference Form PG/KGParent Teacher Conference Form PG/KG
Parent Teacher Conference Form PG/KGRendra S.Sos
 
Pemetaan bahasa inggris kelas ii
Pemetaan bahasa inggris kelas iiPemetaan bahasa inggris kelas ii
Pemetaan bahasa inggris kelas iiAcci Sanaky
 

Similaire à MASALAH PENYEBUTAN HURUF R (20)

Astuty jurnal internasional ATMR
Astuty  jurnal internasional ATMRAstuty  jurnal internasional ATMR
Astuty jurnal internasional ATMR
 
Study guide case field 2010
Study guide case field 2010Study guide case field 2010
Study guide case field 2010
 
DSP KSSR BAHASA KADAZANDUSUN TAHUN 3
DSP KSSR BAHASA KADAZANDUSUN TAHUN 3DSP KSSR BAHASA KADAZANDUSUN TAHUN 3
DSP KSSR BAHASA KADAZANDUSUN TAHUN 3
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
 
Teknik mudah untuk membina karangan. (modul do re me) (2)
Teknik mudah untuk membina karangan. (modul do re me) (2)Teknik mudah untuk membina karangan. (modul do re me) (2)
Teknik mudah untuk membina karangan. (modul do re me) (2)
 
Modul penulisan sk
Modul penulisan skModul penulisan sk
Modul penulisan sk
 
Ilmu pengetahuan alam dan lingkunganku untuk kelas 1 - mulyati arifin
Ilmu pengetahuan alam dan lingkunganku untuk kelas 1  - mulyati arifinIlmu pengetahuan alam dan lingkunganku untuk kelas 1  - mulyati arifin
Ilmu pengetahuan alam dan lingkunganku untuk kelas 1 - mulyati arifin
 
DSP Bahasa KadazanDusun Tahun 3
DSP Bahasa KadazanDusun Tahun 3DSP Bahasa KadazanDusun Tahun 3
DSP Bahasa KadazanDusun Tahun 3
 
Pemerolehan Bahasa.docx
Pemerolehan Bahasa.docxPemerolehan Bahasa.docx
Pemerolehan Bahasa.docx
 
Pemerolehan Bahasa.pdf
Pemerolehan Bahasa.pdfPemerolehan Bahasa.pdf
Pemerolehan Bahasa.pdf
 
re uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdf
re uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdfre uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdf
re uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdf
 
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
 
1.8 sp bahasa kadazandusun 2
1.8 sp bahasa kadazandusun 21.8 sp bahasa kadazandusun 2
1.8 sp bahasa kadazandusun 2
 
X bahasa inggris-kd-3.1_4.1_final
X bahasa inggris-kd-3.1_4.1_finalX bahasa inggris-kd-3.1_4.1_final
X bahasa inggris-kd-3.1_4.1_final
 
Bahasa iban thn 2 jun 2013
Bahasa iban thn 2 jun 2013Bahasa iban thn 2 jun 2013
Bahasa iban thn 2 jun 2013
 
Karya Tulis penelitian deskriptif
Karya Tulis penelitian deskriptifKarya Tulis penelitian deskriptif
Karya Tulis penelitian deskriptif
 
13 dsp kadazandusun tahun 2
13 dsp kadazandusun tahun 213 dsp kadazandusun tahun 2
13 dsp kadazandusun tahun 2
 
MIND MAPPING MODUL 2 Ria afriani (856486141) Rengat.pdf
MIND MAPPING MODUL 2 Ria afriani (856486141) Rengat.pdfMIND MAPPING MODUL 2 Ria afriani (856486141) Rengat.pdf
MIND MAPPING MODUL 2 Ria afriani (856486141) Rengat.pdf
 
Parent Teacher Conference Form PG/KG
Parent Teacher Conference Form PG/KGParent Teacher Conference Form PG/KG
Parent Teacher Conference Form PG/KG
 
Pemetaan bahasa inggris kelas ii
Pemetaan bahasa inggris kelas iiPemetaan bahasa inggris kelas ii
Pemetaan bahasa inggris kelas ii
 

MASALAH PENYEBUTAN HURUF R

  • 1. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ 1.0 PENGENALAN Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak. Jangka masa kajian adalah selama tiga minggu. Dalam kajian ini saya telah memilih seorang murid perempuan yang berusia lapan tahun sebagai responden kajian. Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep tentang alam dan manusia di sekelilingnya (Rice & Woodsmall, 1988). Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan sesuatu bunyi bahasa yang bermakna dan difahami.Seorang kanak-kanak yang ingin bertutur perlulah melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat pertuturan yang disebut artikulator. Di dalam penguasaan kemahiran bertutur ini seorang ibu bapa perlulah memastikan kanak-kanak itu dapat bertutur dengan sebutan yang betul dari segi sebutan,intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat yang tepat. Ini bertujuan agar segala perkataan dan ayat yang dilahirkan itu tidak disalah tafsirkan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian pendek. Beberapa instrumen kajian telah digunakan seperti latihan penyebutan bunyi , kata dan ayat untuk mengenal pasti masalah yang timbul .Instrumen _______________________________________________________________________ 1 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 2. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti minat kanak-kanak terhadap kajian ini dan respon kanak-kanak ini terhadap pengujian ini. 1.1 Carta Vokal Menurut Goay,T.C. (2008) , bunyi Vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara, iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan. Selain itu, semasa mengeluarkan bunyi vokal udara dari paru-paru keluar secara berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan suara. Dalam bahasa Melayu, terdapat enam vokal asli iaitu tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang seperti diperlihatkan dalam carta vokal di bawah: 1.2 Carta Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Berikut merupakan carta bunyi konsonan Melayu yang dipetik daripada Abdullah Hassan (1980) _______________________________________________________________________ 2 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 3. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Mengetahui tahap penguasaan bunyi kanak-kanak tersebut. 2.2 Meningkatkan minat kanak-kanak dalam bertutur dalam bahasa melayu 2.3 Mengenal pasti masalah-masalah sebutan yang timbul 2.4 Membantu murid tersebut mengatasi masalah sebutan tersebut 3.0 MASALAH YANG DIKAJI 3.1 Masalah yang dikaji. Masalah yang sering hadapi murid tersebut ialah bila menyebut perkataan yang mempunyai huruf /r/ dibunyikan /gh/, misalnya ‘geram’, ‘barang’ dan ‘orang’ disebut (gegham), (baghang) dan (oghang). 3.2 Kajian Literatur 3.2.1 2 orang tokoh barat 1) Kajian oleh Charles Read bertajuk Children’s Categorization of Speech Sounds in English membuat kajian tentang Fonologi Bahasa Inggeris. (Artikel penuh rujuk dalam CD) _______________________________________________________________________ 3 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 4. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ 2) Kajian oleh Ineke Mennen bertajuk “Phonetic and Phonological Influences in Non-native Intonation” mengenai pengaruh fonetik dan fonologi dalam intonasi di kalangan bukan penduduk tempatan (artikel penuh rujuk dalam CD) 3.2.2 2 orang tokoh tempatan 1) Kajian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan bertajuk Kajian Pelaksanaan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (artikel penuh rujuk dalam CD) 2) Kajian oleh Mohd Juraimi bin Ismail bertajuk” Masalah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Yang Membawa Kepada Kegagalan Penguasaan : (artikel penuh rujuk dalam CD) 3.2 Punca-punca Masalah Kesimpulan dari kajian-kajian di atas masalah sebutan timbul kerana beberapa punca. Antaranya ialah 3.2.1 Pengaruh bahasa ibunda 3.2.2 Bahasa Pasar/basahan 3.2.3 Bahasa Dialek /Daerah 4.0 Metodologi Kajian 4.1. Latar belakang 4.1.1Nama sekolah: SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. 4.1.2 Darjah : 2 4.1.3 Jantina : Perempuan 4.1.4 Keluarga murid : 4.1.4.1 Bapa _______________________________________________________________________ 4 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 5. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ Pekerjaan : Askar Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah 4.1.4.2 Ibu Pekerjaan : Suri rumah tangga Tempat Lahir : Sungai Bakap, Pulau Pinang. 4.1.5 Fizikal murid, Ketinggian : 1.3 meter Berat : 30 kg 4.1.6 Lain-lain yang menyokong kajian Pernah mengikut bapa berpindah dari: a) Alor Setar , Kedah - 1997 – 2003 b) Permatang Pauh – 2004 – 2005 c) Kuala Lumpur – 2006- 2007 d) Bagan Serai , Perak – 2008 hingga kini Bilangan adik beradik : Anak Tunggal Hobi : Membaca 4.2 Kaedah kajian Temu bual Rakaman 1 Tarikh : 22 September 2008 Masa : 3.00 petang Tempat : Sekolah Rakaman 2 Tarikh : 24 September 2008 Masa : 3.00 petang _______________________________________________________________________ 5 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 6. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ Tempat : Sekolah Rakaman 3 Tarikh : 4 Oktober 2008 Masa : 1.00 petang Tempat : Rumah Responden 4.3 Batasan Kajian Kajian ini hanya menyelidik perkara yang berkaitan dengan masalah penyebutan atau pertuturan beberapa perkataan atau fonem terbatas kepada hanya seorang responden di SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai. Perak. Maklumat kajian diperoleh dari temu bual dengan murid (sampel) tersebut. Tempoh masa untuk kajian ini terhad untuk tempoh kurang dari 2 bulan. 5.0 Hasil Kajian 5.1 Perkataan Kata kerja Bil. Ujaran Kategori Perkataan Ujaran Bahasa Trankripsi Responden Melayu Fonetik 1. Ngaju nama khas raju 2. Ghohani Nama khas rohani 3. sempeghit Nama am semperit 4. oghang nama am orang 5. banghang Nama am barang 6. Ghumah Nama am rumah _______________________________________________________________________ 6 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 7. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ 7. kendughi Nama am kenduri 8. haghi Nama am hari 9. ghaya Nama am raya 10 Ghamai Nama am ramai 11. keghepek Nama am kerepek 12. gegham kata kerja geram 13. maghah kata kerja marah 14. sughuh Kata kerja suruh 15. cughi Kata kerja curi 16. benghitahu Kata kerja beritahu 17. heghan Kata kerja hairan 18. haghap Kata kerja herap 19 ghasa Kata kerja rasa 20. gogheng Kata kerja goreng 21. segegha Kata adjektif segera 22. Baghu Kata adjektif baru 5.3 Punca masalah Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek bersalingfahaman antara satu sama lain (Chambers dan Trudgill, 1980) Ciri kesalingfahaman ini merupakan asas penting yang menentukan sama ada sesuatu ragam (variety) itu dialek kepada satu bahasa yang sama ataupun terdiri sebagai satu bahasa tersendiri. Newton (1972) pula menyatakan kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi sejarah ke atas satu bahasa yang asalnya seragam. Faktor ruang geografi dan waktu merupakan dua faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahasa asal kepada beberapa dialek keturunannya. Terdapat berbagai-bagai punca responden tersebut menyebut perkataan begitu. Sebabnya: 5.3.1 Jenis kawasan kediaman murid _______________________________________________________________________ 7 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 8. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ Murid yang tinggal di kawasan kediaman yang menyediakan mereka peluang berbahasa Melayu dengan sebutan yang kurang tepat. 5.3.2 Peranan ibu bapa di rumah Penggunaan bahasa Melayu di rumah membantu murid menguasai bahasa Melayu yang tepat.. Walau bagaimanapun, majoriti ibu bapa murid tidak menggunakan bahasa Melayu yang baku Mereka sering kali bertutur dengan menggunakan dialek masing-masing. 5.3.3 Pengaruh Faktor Diri Murid ke Atas Sebutan Yang Betul Dalam Bahasa Melayu 6.7.1 Faktor diri murid meliputi kekerapan berbahasa Melayu yang tepat , sikap terhadap bahasa Melayu, minat berbahasa Melayu, pengaruh jiran, pergaulan dengan rakan yang berbahasa Melayu, dan minat membaca bahan bacaan dalam bahasa Melayu. 6.0 PEMBINAAN MODUL PENGAJARAN UNTUK MENGATASI PERMASALAHAN SEBUTAN 6.1 Teori pembelajaran Teori pembelajaran yang dipilih untuk mengajar permasalahan sebutan yang dihadapi oleh responden ialah Teori Pembelajaran Behaviourisme. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviors , pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku yang berlaku pada diri seseorang individu _______________________________________________________________________ 8 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 9. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respons) organisma. Berasaskan pelaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Teori ini dikenali sebagai Teori Pelaziman Klasik Pavlov. 6.2 Perkaitan antara teori dan kaedah Kaedah yang dipilih ialah kaedah latih tubi. Murid tersebut ditayangkan slaid power point sebagai bahan rangsangan (stimuli) . Dalam slaid turut disediakan ikon speaker. Ikon tersebut apabila diklik akan membunyikan perkataan yang sedang dipaparkan. Murid tersebut akan mengikut sebutan perkataan yang betul mengikut slaid tersebut. Murid mengikut sebutan tersebut adalah sebagai tindak balas (respons) . Apabila diulang berkali-kali, murid tersebut semakin faham dan fasih untuk menyebut perkataan yang mengandungi fonem / r / . Ini disebut sebagai pelaziman . Kaedah latih tubi ini bersesuaian dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. 6.3 Alat Bantu Mengajar _______________________________________________________________________ 9 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 10. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ Guru mengajar dengan menggunakan Perisian Power Point. Alat Bantu Mengajar tersebut disimpan di dalam CD yang dilampirkan. 6.4 Rancangan pengajaran yang lengkap Masa : 9.00-10.00 pagi Tahun :2 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Haiwan Tajuk : Rama-rama Biru Kemahiran ; Fokus Utama (FU): 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 i. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang betul. Fokus Sampingan (FS): 1.2 Membaca dan menjawab tentang sesuatu perkara dengan bertatasusila Aras 1 _______________________________________________________________________ 10 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 11. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ iii. Menjawab secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai Perkataan yang perlu ditegaskan: Perkataan yang mengandungi fonem / r / Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: i) Menyebut sekurang-kurangnya 5 perkataan dengan fonem / r / dengan tepat. ii) Dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan berkaitan dengan cerita yang diberi dengan betul. Pengetahuan Sedia Ada Murid: Murid-murid pernah melihat rama-rama di sekitar kawasan mereka . Nilai-nilai Murni : Menghargai, bersungguh-sungguh. Alat Bantu Mengajar : Perisian “Power Point” KBKK : Menjana idea, menyesuaikan dan melabelkan. Penggabungjalinan Mata Pelajaran : Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN - Guru meminta murid -Menyanyi bersama murid menyanyi mengikut slaid dan bersoal jawab tentang “Power Point” yang rama-rama. Set Induksi dipaparkan 9.00 – 9.05 - Memperkenalkan tajuk - Memperkenalkan tajuk _______________________________________________________________________ 11 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 12. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ pagi pada hari ini; pada hari ini iaitu “Rama- “Rama-rama Biru” rama Biru”. (5 minit) - Murid diminta mengeja dan menyebut tajuk yang dipaparkan dalam perisian “Power Point” - Guru memaparkan - Guru membaca cerita Berdasarkan “Power Point” yang sebaris demi sebaris dan Teori disediakan. (Rujuk CD) murid mengikut bacaan Pembelajaran guru. Behaviourisme, Langkah 2 - Guru membetulkan guru 9.05- 9.15 sebutan murid. menggunakan pagi kaedah latih-tubi (10 minit) untuk menyebut perkataan dan ayat dengan fonem / r / sehingga murid boleh menyebutnya dengan tepat Langkah 3 Latih-tubi perkataan -Guru meminta murid Kaedah dengan fonem /r/. menyebut perkataan Latih- tubi. 9.15 – 9.30 pagi Dari Rindu tersebut berulang kali Tidur Terbang sehingga murid dapat _______________________________________________________________________ 12 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 13. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ (15 minit) Rama- Mencari menyebutnya dengan rama Menari betul dan tepat. Ruru Riang Riri gembira Langkah 4 - Bersoal jawab tentang - Guru bersoal jawab 9.30 – cerita yang dibaca. dengan murid tentang 9.45pagi Soalan: cerita yang telah dibaca (15 minit) i) Apakah warna Riri? untuk menguji ingatan dan ii) Rama- ada berapa kefahaman murid. kaki? iii) Bagaimana rama- rama bergerak? iv) Siapakah yang Riri rindu? v) Apakah warna Ruru? vi) Apakah yang sedang Ruru lakukan? vii)Mengapakah mereka gembira? - Melabelkan gambar - Guru mengedarkan rama-rama. lembaran kerja yang i) mata mengandungi gambar ii) kaki rama-rama. iii) kepak - Murid-murid dikehendaki Langkah 4 iv) sesungut melabelkan bahagian yang mempunyai petak 9.45 9.55pagi _______________________________________________________________________ 13 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 14. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ kosong. (10 minit) - Setelah siap melabelkan, Pengintegrasian: murid-murid hendaklah Seni Visual mewarnakan Rama-rama Biru sesuai dengan tajuk cerita. -Guru meminta murid -. Guru meminta murid menyanyi lagu dalam set menyanyi lagu dalam set Penutup induksi tadi sambil induksi tadi sambil 9.55 – 10.00 memastikan murid memastikan murid pagi menyebut perkataan menyebut perkataan (5 minit) dengan fonem / r / dengan fonem / r / dengan dengan tepat tepat - Guru memberi penghargaan kepada murid tersebut sambil memberi galakan supaya murid tersebut dapat menuturkan fonem / r / dengan tempat sepanjang masa. 6.5 Proses Uji kaji atau Eksperimen mengikut Rancangan Pengajaran _______________________________________________________________________ 14 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 15. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ Rakaman dibuat untuk membuktikan murid tersebut dapat menuturkan perkataan yang mempunyai fonem / r / dapat disebut dengan tepat. Ia turut dilampirkan dalam CD. 6.6 Refleksi Setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan ke atas responden yang dikaji, jelas sekali responden tersebut mula menyedari yang dia selaku menuturkan fonem / r / dengan sebutan yang salah. Setelah aktiviti latih tubi mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas, responden dapat mengatasi masalah sebutannya. Secara kesimpulan, !00% objektif yang disasarkan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas berjaya malah keputusan yang dicapai melebihi dari objektif kerana responden tersebut dapat menyebut semua perkataan dengan fonem / r / dengan tepat. 7.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH Berdasarkan kepada dapatan utama kajian ini, berikut disenaraikan cadangan untuk mengatasi masalah berkaitan dengan permasalahan sebutan fonem dan perkaitan di kalangan murid: 7.1 Pihak sekolah dan guru bahasa Melayu perlu diberi kemahiran mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran supaya pengajaran dan _______________________________________________________________________ 15 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 16. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ pembelajaran bahasa Melayu lebih berkesan selain daripada kaedah latih tubi yang digunakan secara meluas di sekolah 7.2 Latihan praperkhidmatan atau program latihan dalam perkhidmatan perguruan perlu menitikberatkan pengajaran fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Manakala guru bahasa Melayu yang bukan beropsyen bahasa Melayu perlu diberi latihan tentang pendekatan dan kaedah pengajaran fonetik dan fonologi bahasa Melayu. 7.3 Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan bahasa Melayu, iaitu bukan sahaja terhad dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan semasa berinteraksi dengan guru Melayu, tetapi juga perlu digalakkan dalam berkomunikasi dengan guru bukan Melayu, masyarakat luar dan mengeratkan perpaduan antara kaum. Pihak pengurusan sekolah perlu memikirkan cara meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti sokongan bagi menjayakan pelaksanaan bahasa Melayu. 7.4 Pihak pengurusan sekolah perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk murid menguasai bahasa Melayu seperti menyediakan sudut bercerita bagi bahasa Melayu, dan bahan bacaan secara audio bahasa Melayu yang menarik di perpustakaan atau pusat sumber. Bagi guru bahasa Melayu di luar bandar, bahan bantu mengajar di sekolah perlu disediakan dengan bahan yang terkini. 7.5 Pihak ibu bapa perlu diberi kesedaran tentang mengadakan tindakan susulan di rumah bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu anak _______________________________________________________________________ 16 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 17. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ mereka iaitu dengan menggalakkan anak mereka berbual dengan mengguna bahasa Melayu baku. 7.6 Pihak pengurusan sekolah perlu memberi penekanan kepada peningkatan penguasaan fonetik bahasa Melayu bagi meningkatkan minat dan penguasaan mereka dalam bahasa Melayu. 8.0 PENUTUP Kajian ini telah mengenal pasti faktor persekitaran , peranan ibu bapa dan faktor murid sendiri yang mempengaruhi permasalahan sebutan bahasa Melayu di sekolah. Faktor ini didapati berkait rapat di antara satu sama lain dalam mempengaruhi permasalahan sebutan bahasa Melayu di sekolah . Sebahagian daripada faktor ini dikenal pasti mempunyai pengaruh ke atas peningkatan pelaksanaan bahasa Melayu dan sebahagiannya lagi menjadi penghalang kepada permasalahan sebutan dalam bahasa Melayu .Sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini ialah untuk menangani faktor yang menghalang kebolehan murid tersebut mengatasi permasalahan sebutan dalam bahasa Melayu Oleh itu langkah yang berkesan dengan berpandukan cadangan yang dikemukakan itu perlu diteliti dan diberi perhatian oleh semua _______________________________________________________________________ 17 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 18. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ pihak yang bertanggungjawab sama ada di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia , sekolah , ibu bapa mahupun masyarakat keseluruhan amnya. 7.0 BIBLIOGRAFI Abdullllah Hassan,, (1980).. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia.. K..L..::Fajar Bakttii.. Ashman, A. and Elkins, J. (eds.). (1994). Educating Children with Special Needs. Sidney: Prentice Hall of Australia Pty Ltd Ashman, A. and Elkins, J. (eds.). (1994). Educating Children with Special Needs. Sidney: Prentice Hall of Australia Pty Ltd Azman Wan Chiik, (1987).. Editted:Isu-Isu Dallam Pengukuran Dan Penilaian Bahasa Malaysia.. Kuala Lumpur: DBP. _______________________________________________________________________ 18 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 19. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ Chambers, J.k. dan P. Tungill (1980) Dialectologi.Cambridge. Cambridge University Press Chambers, J.k. dan P. Tungill 980 Dialectologi.Cambridge. Cambridge University Press Goay,T.C (2008) Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Selangor.Longman Koh Boh Boon..(1989).. Analisis Kadar Penguasaan Bakal Guru Bahasa Malaysia dalam Penggunaan Kata Kerja,, Kata Sifat Adverba dan Kata Nama,, Perspektif-Perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia''.. Kuala Lumpur:: DBP. Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect. A study of modern Greek fonology. Cambridge . Cambridge University Press Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect. A study of modern Greek fonology. Cambridge . Cambridge University Press Ramiinah Sabran..(1983).. `Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu Dii Kalangan Guru Pelatih,,'' M.Ed.. Thesiis,, Facullty of Educattiion, Uniiversiitty of Mallaya.. Samarudin Rejab , Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Samarudin Rejab , Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur _______________________________________________________________________ 19 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
  • 20. NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _ LAMPIRAN _______________________________________________________________________ 20 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU