SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank
Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan
beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yang baru di bawah pentadbiran
kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 1 Julai
1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (NNMB).
Tidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dan sosial
di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh kerana corak
pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan masalah ini
dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhan Persekutuan 1895 merupakan helah British untuk
mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas
negeri-negeri Melayu. Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk
menubuhkan Persekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa
kesan.
Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalah kewangan Pahang.
British telah campur tangan di Pahang kerana menyangka negeri itu mempunyai
banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelah menduduki Pahang, barulah
British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu kedudukan Pahang yang sukar
dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu semasa musim tengkujuh (November
hingga Mac). Selain itu, Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang
oleh Banjaran Titiwangsa. Selain itu, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang
banyak. British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombong
oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cina yang
menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukai daripada candu,
judi, dan arak.
Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah menduduki
Pahang kerana Pahang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi,
tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk
membangunkan Pahang. Seterusnya, kerajaan British terpaksa meminjam wang
daripada NNS bagi membiayai kos pentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang
Pahang berjumlah $ 610 000. NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman
kepada British untuk membiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman
kemelesetan. NNS telah mencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada
Selangor dan Perak. Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa
mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan
yang diketuai oleh Dato’ Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yang
serius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak
mahu imejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan
Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan, diharap negeri-
negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak boleh memberi
bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini, masalah kewangan Pahang dapat
diatasi.
Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 seperti kelemahan Sistem
Residan. Kerajaan British menyedari bahawa Sistem Residan mempunyai beberapa
kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di
Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan. Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah
Sistem Residen tidak seragam. Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat
juga negeri yang masih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini
bergantung kepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu,
kerajaan British mahu mengurangkan kuasa Residen.
Setelah Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi
di negeri masing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada
gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapat
mengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri tersebut
terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat
Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasa menyekat kehendak dan kuasa
residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak
residen.
Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan
menyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiap residen
mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak
menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka, wujudlah
ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeri yang kaya dan
ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri bergantung
kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba mewujudkan keseragaman
dalam perundangan, sistem pungutan cukai, pertanian, perhubungan, perlombongan,
dan kesihatan di negeri-negeri Melayu.
Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem
pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral. Penyeragaman bidang
pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan
perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api tidak
berkembang maju di negeri-negeri Melayu. Melalui Persekutuan, diharapkan sistem
pengangkutan dapat dimajukan. British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem
jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang
terlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan
mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport.
Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 juga memperlihatkan
pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan
keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada
ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku penentangan masyarakat
tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada
Singapura, Hong kong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk
mengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah
memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapat mempertahankan Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negeri lain sekiranya berlaku
penentangan dan peperangan.
Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antara kesan-kesan
pembentukan Persekutuan 1896 ialah pemusatan kuasa residen jeneral. Dalam Sistem
Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaan pusat yang mempunyai kuasa
penuh dalam bidang pentadbiran di NNMB. Residen jeneral akan membuat semua
keputusan-keputusan penting terutamanya dalam soal kewangan. Sultan-sultan dan
residen-residen diarahkan supaya meminta nasihat residen jeneral dan mematuhi
arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran. Residen
jeneral telah menubuhkan beberapa buah jabatan kerajaan untuk menyelaraskan
pentadbiran. Residen jeneral telah melantik pengawai-pengawai British untuk
berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. Sistem Persekutuan ini tidak berjaya untuk
membahagikan kuasa di antara kerajaan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri
kerana residen jeneral mempunyai kuasa penuh.
Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan, residen, dan Majlis Mesyuarat
Negeri. Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkan kuasa raja-raja
Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan bersetuju
menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana mereka berharap kuasa mereka
yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun, selepas beberapa tahun
Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa kuasa mereka semakin
kurang kerana berlaku pemusatan kuasa di tangan residen jeneral pula. Sultan mesti
menerima semua nasihat residen dalam hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan
dengan adat resam dan agama Islam. Sultan tidak mempunyai hak dalam pentadbiran.
Sultan hanya berperanan menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui
oleh residen jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana terpaksa
menerima semua arahan daripada residen jeneral, tugas-tugas residen telah diagihkan
kepada Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak
berfungsi sepenuhnya kerana hanya meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan
oleh residen di Kuala Lumpur.
Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melalui Persekutuan 1896 telah
menunjukkan kejayaan dalam bidang pentadbiran dan pembangunan ekonomi.
Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang seragam dan
sistem perhubungan yang baik. Keadaan ini telah menarik lebih ramai pelabur-pelabur
menanam modal dalam perusahaan bijih timah dan getah.
Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896 sememangnya untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul seperti masalah kewangan Pahang, masalah kelemahan
sistem residen, masalah dalam pentadbiran dan juga untuk mengatasi masalah
pertahanan dan keselamatan. Pembentukan Persekutuan 1896 turut memberi
beberapa kesan seperti kuasa para residen British, sultan, dan pembesar Melayu
dikurangkan.
SUMBER - Scribd
Berikut disertakan contoh dan bahan rujukan untuk panduan pelajar semua :-
 Pengenalan : Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895
 Faktor Termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895
 Contoh Faktor Dan Kesan Perjanjian Persekutuan 1895
 Contoh Perkaitan Pembentukan Persekutuan Dengan Kedaulatan Malaysia

Contenu connexe

Tendances

Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Ilyani Azmi
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1SKSP
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)nasywah79
 
Sistem pembesar di thailand
Sistem pembesar di thailandSistem pembesar di thailand
Sistem pembesar di thailandruziea
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian amExTrEmm
 
Bab 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Bab 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYUBab 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Bab 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYUTeh Boon Siang
 
Sejarah Penggal 3: Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailand
Sejarah Penggal 3:  Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailandSejarah Penggal 3:  Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailand
Sejarah Penggal 3: Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailandFairuz Alwi
 
Penentangan di Kelantan
Penentangan di KelantanPenentangan di Kelantan
Penentangan di Kelantannur_wady
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Thanushah Soniyasee
 
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Allan Nacha
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamaNoha Fiq
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3nurulshamiera
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3nasywah79
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaMuhamad Saifullah
 
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuPentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuYanti Nazirah
 
Majlistanah negara
Majlistanah negaraMajlistanah negara
Majlistanah negarajambuz
 

Tendances (20)

Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
 
Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
 
Sistem pembesar di thailand
Sistem pembesar di thailandSistem pembesar di thailand
Sistem pembesar di thailand
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian am
 
Bab 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Bab 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYUBab 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Bab 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
 
Sejarah Penggal 3: Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailand
Sejarah Penggal 3:  Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailandSejarah Penggal 3:  Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailand
Sejarah Penggal 3: Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailand
 
Penentangan di Kelantan
Penentangan di KelantanPenentangan di Kelantan
Penentangan di Kelantan
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertama
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
 
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuPentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
 
Majlistanah negara
Majlistanah negaraMajlistanah negara
Majlistanah negara
 

Similaire à Idea tentang pembentukan persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh frank swettenham

Faktor Penubuhan NNMB
Faktor Penubuhan NNMBFaktor Penubuhan NNMB
Faktor Penubuhan NNMBsourscoox2127
 
Pengubahsuaian dalam pentadbiran dlm eko dan politik
Pengubahsuaian dalam pentadbiran dlm eko dan politikPengubahsuaian dalam pentadbiran dlm eko dan politik
Pengubahsuaian dalam pentadbiran dlm eko dan politikprincessyahiera
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Zhang Ewe
 
Sejarah form 2 lydia
Sejarah form 2 lydiaSejarah form 2 lydia
Sejarah form 2 lydiaHartini Ishak
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKaren Kayny
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09hajar90
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxHidayahMdZin
 
Faktor penentangan mu
Faktor penentangan muFaktor penentangan mu
Faktor penentangan muDurratun Dian
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaFasyah Tutor
 
Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Nadia Khalid
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarahfeeda79
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarahfeeda79
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1Russlan Ssvs
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaRosley Steven
 

Similaire à Idea tentang pembentukan persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh frank swettenham (20)

Faktor Penubuhan NNMB
Faktor Penubuhan NNMBFaktor Penubuhan NNMB
Faktor Penubuhan NNMB
 
Dasar desentralisasi
Dasar desentralisasiDasar desentralisasi
Dasar desentralisasi
 
Pengubahsuaian dalam pentadbiran dlm eko dan politik
Pengubahsuaian dalam pentadbiran dlm eko dan politikPengubahsuaian dalam pentadbiran dlm eko dan politik
Pengubahsuaian dalam pentadbiran dlm eko dan politik
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
 
Melaka,nnm,negeri selat
Melaka,nnm,negeri selatMelaka,nnm,negeri selat
Melaka,nnm,negeri selat
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Sejarah form 2 lydia
Sejarah form 2 lydiaSejarah form 2 lydia
Sejarah form 2 lydia
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
 
PM 5
PM 5PM 5
PM 5
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
 
Faktor penentangan mu
Faktor penentangan muFaktor penentangan mu
Faktor penentangan mu
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 4 - Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
 
Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948Topik 2b malayan unionptm1948
Topik 2b malayan unionptm1948
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarah
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarah
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysia
 

Dernier

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 

Dernier (14)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 

Idea tentang pembentukan persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh frank swettenham

  • 1. Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yang baru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Tidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dan sosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhan Persekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu. Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkan Persekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan. Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalah kewangan Pahang. British telah campur tangan di Pahang kerana menyangka negeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelah menduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu kedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu semasa musim tengkujuh (November hingga Mac). Selain itu, Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh Banjaran Titiwangsa. Selain itu, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak. British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cina yang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukai daripada candu, judi, dan arak. Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang. Seterusnya, kerajaan British terpaksa meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kos pentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang Pahang berjumlah $ 610 000. NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman kepada British untuk membiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman kemelesetan. NNS telah mencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada Selangor dan Perak. Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan yang diketuai oleh Dato’ Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yang serius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak mahu imejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan, diharap negeri- negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini, masalah kewangan Pahang dapat diatasi.
  • 2. Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 seperti kelemahan Sistem Residan. Kerajaan British menyedari bahawa Sistem Residan mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan. Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam. Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yang masih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini bergantung kepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaan British mahu mengurangkan kuasa Residen. Setelah Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi di negeri masing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapat mengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri tersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasa menyekat kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak residen. Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiap residen mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka, wujudlah ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeri yang kaya dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai, pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeri Melayu. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral. Penyeragaman bidang pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu. Melalui Persekutuan, diharapkan sistem pengangkutan dapat dimajukan. British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang terlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport. Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 juga memperlihatkan pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hong kong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah
  • 3. memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapat mempertahankan Negeri- Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negeri lain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan. Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antara kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1896 ialah pemusatan kuasa residen jeneral. Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaan pusat yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di NNMB. Residen jeneral akan membuat semua keputusan-keputusan penting terutamanya dalam soal kewangan. Sultan-sultan dan residen-residen diarahkan supaya meminta nasihat residen jeneral dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran. Residen jeneral telah menubuhkan beberapa buah jabatan kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral telah melantik pengawai-pengawai British untuk berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. Sistem Persekutuan ini tidak berjaya untuk membahagikan kuasa di antara kerajaan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral mempunyai kuasa penuh. Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan, residen, dan Majlis Mesyuarat Negeri. Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkan kuasa raja-raja Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana mereka berharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun, selepas beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa kuasa mereka semakin kurang kerana berlaku pemusatan kuasa di tangan residen jeneral pula. Sultan mesti menerima semua nasihat residen dalam hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sultan tidak mempunyai hak dalam pentadbiran. Sultan hanya berperanan menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui oleh residen jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana terpaksa menerima semua arahan daripada residen jeneral, tugas-tugas residen telah diagihkan kepada Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak berfungsi sepenuhnya kerana hanya meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh residen di Kuala Lumpur. Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melalui Persekutuan 1896 telah menunjukkan kejayaan dalam bidang pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang seragam dan sistem perhubungan yang baik. Keadaan ini telah menarik lebih ramai pelabur-pelabur menanam modal dalam perusahaan bijih timah dan getah. Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896 sememangnya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul seperti masalah kewangan Pahang, masalah kelemahan sistem residen, masalah dalam pentadbiran dan juga untuk mengatasi masalah pertahanan dan keselamatan. Pembentukan Persekutuan 1896 turut memberi beberapa kesan seperti kuasa para residen British, sultan, dan pembesar Melayu dikurangkan.
  • 4. SUMBER - Scribd Berikut disertakan contoh dan bahan rujukan untuk panduan pelajar semua :-  Pengenalan : Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895  Faktor Termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895  Contoh Faktor Dan Kesan Perjanjian Persekutuan 1895  Contoh Perkaitan Pembentukan Persekutuan Dengan Kedaulatan Malaysia