SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
LAMPIRAN C:                                                                                        1/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
Peraturan I   Penyertaan dan Pendaftaran

                 (a) Pendaftaran hanya dibuka kepada pelajar sekolah menengah sahaja.
                 (b) Pelajar yang ingin menjadi peserta Projek MALT Apprentice Programme
                     (dari ini disebut MAP) mestilah mendaftarkan diri terlebih dahulu.
                 (c) Penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar naungan Jemaah Pengurus
                     Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong (dari ini disebut
                     Jemaah) dan pelajar-pelajar bukan naungan Jemaah.
                 (d) Tiada yuran pendaftaran dan yuran bulanan dikenakan kepada pelajar
                     naungan Jemaah.
                 (e) Pelajar bukan naungan Jemaah dikenakan yuran pendaftaran dan bulanan.
                     Yuran pendaftaran mesti dibayar semasa mendaftar sebagai peserta. Yuran
                     bulanan mesti dibayar pada awal setiap bulan sebelum menggunakan fasiliti-
                     fasiliti yang disediakan. Maksud fasiliti atau fasiliti-fasiliti yang termaktub di
                     dalam peraturan ini adalah terhad kepada perkakasan-perkakasan dan
                     kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan bagi tujuan MAP sahaja. Peserta
                     yang tidak atau masih belum menjelaskan pembayaran yuran tidak
                     dibenarkan untuk masuk ke makmal komputer MAP (dari ini disebut
                     makmal) dan status pesertanya seperti dijelaskan di dalam Peraturan I(h)
                     tidak terpakai selama tempoh itu.
                 (f) Yuran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan MAP (dari ini disebut
                     Pengurusan). Pembayaran yuran tidak boleh ditangguhkan atau dihutangkan
                     atau apa-apa kaedah yang membawa kepada maksud yang sama seperti di
                     dalam Peraturan I(f).
                 (g) Pengurangan atau diskaun kepada jumlah yuran yang dikenakan bagi maksud
                     promosi atau atas tujuan-tujuan lain yang difikirkan perlu adalah tertakluk
                     kepada Pengurusan. Segala keputusan yang dibuat oleh Pengurusan adalah
                     muktamad dan tidak boleh dipersoalkan sama sekali oleh mana-mana pihak
                     sama ada terlibat secara langsung atau tidak.
                 (h) Hanya pelajar berdaftar (dari ini disebut peserta) sahaja yang dibenarkan
                     mengikuti program ini dan menikmati segala kemudahan yang disediakan di
                     dalam program ini termasuk penggunaan fasiliti.
                 (i) Pendaftaran ini hanya dibuka kepada pelajar yang berminat sahaja. Pelajar
                     yang tidak berminat tidak dibenarkan langsung menyertai MAP.
                 (j) Setiap peserta adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan MAP.
                     Pengingkaran kepada mana-mana peraturan akan disabitkan kesalahan dan
                     boleh disingkirkan dari MAP.
                 (k) Individu yang ingin menyertai MAP tetapi bukan berstatus pelajar sekolah,
                     dibenarkan menjadi peserta dengan persetujuan dan kelulusan Pengurusan
                     dan perlu mengikut prosedur-prosedur MAP dan adalah tertakluk kepada
                     Peraturan-Peraturan MAP.
                 (l) Peserta yang disingkirkan dari MAP tidak dibenarkan menggunakan fasiliti-
                     fasiliti dan perlu membuat rayuan secara bertulis kepada Pengurusan bagi
                     memohon untuk menyertai semula MAP.
LAMPIRAN C:                                                                                        2/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
Peraturan II    Kehadiran Ke Makmal

                   (a) Kehadiran ke makmal adalah bagi tujuan utamanya untuk menyelesaikan
                       tugasan yang diberikan atau bagi menghadiri sesi bimbingan sahaja.
                       Kehadiran dan penggunaan komputer di makmal bagi tujuan selain akademik
                       atau seperti yang dijelaskan dalam Peraturan II(a) adalah dilarang sama sekali
                       dan perlu mendapatkan keizinan dan persetujuan Pengurusan terlebih dahulu
                       jika perlu. Peserta yang didapati menggunakan makmal bagi tujuan selain
                       daripada tujuan yang dibenarkan atau jika didapati menyalahgunakan fasiliti
                       yang disediakan, akan disingkirkan dari menjadi peserta MAP. Pengurusan
                       boleh merujuk kes ini kepada pihak berkuasa dan boleh mengambil tindakan
                       undang-undang mengikut peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia.
                   (b) Peserta perlu menggunakan makmal dengan masa minimum selama satu jam
                       bagi satu minggu. Tiada tempoh maksimum bagi penggunaan komputer di
                       makmal.
                   (c) Di dalam kes tertentu, jika terpakai, dan mendapat keizinan dari Pengurusan,
                       peserta dibenar menggunakan makmal dengan masa minimum satu jam
                       dalam tempoh sepuluh hari.
                   (d) Peserta yang tidak memenuhi tempoh minimum penggunaan komputer di
                       makmal akan dianggap sebagai tidak berminat dan akan disingkirkan dari
                       MAP.

Peraturan III   Penggunaan Makmal dan Sesi Bimbingan

                   (a) Penggunaan komputer di makmal termasuk kerja-kerja penyelenggaraan
                       wajib direkodkan di dalam buku log penggunaan komputer bagi tujuan
                       keselamatan dan perekodan. Pengguna komputer berdaftar (dari ini disebut
                       Pengguna Berdaftar) mesti mengisikan butiran penting seperti nama, jawatan,
                       tujuan penggunaan dan tandatangan di buku log penggunaan komputer.
                       Pengguna Berdaftar membawa maksud peserta, Pengurusan dan wakil sah
                       atau wakil-wakil sah yang dilantik oleh Pengurusan untuk kerja-kerja
                       penyelenggaraan makmal.
                   (b) Hanya Pengguna Berdaftar sahaja yang dibenarkan menggunakan fasiliti-
                       fasiliti yang disediakan di dalam makmal termasuk penggunaan media
                       penyimpanan data yang disediakan.
                   (c) Pengguna yang bukan Pengguna Berdaftar yang didapati menggunakan
                       fasiliti-fasiliti akan didakwa menceroboh dan kes ini akan dirujuk kepada
                       pihak berkuasa dan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut
                       peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia.
                   (d) Sesi bimbingan akan diadakan mengikut jadual dan peserta tidak diwajibkan
                       untuk mengikuti sesi bimbingan. Sebarang perubahan pada jadual sesi
                       bimbingan akan dihebahkan kepada peserta secara mel elektronik atau
                       melalui laman web MAP.
                   (e) Peserta yang ingin mengikuti sesi bimbingan perlu membuat tempahan awal.
                       Hanya peserta yang membuat tempahan sahaja yang dibenarkan mengikuti
                       sesi bimbingan.
                   (f) Peserta yang tidak menghadirkan diri mengikut tempahan tanpa
LAMPIRAN C:                                                                                  3/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
                 mengemukakan alasan yang kukuh atau alasan yang diberikan ditolak oleh
                 Pengurusan di atas sebab-sebab tertentu, tidak dibenarkan untuk membuat
                 tempahan di masa akan datang.
              (g) Peserta yang dikenakan tindakan di bawah Peraturan III(f), masih menjadi
                  peserta MAP dan boleh menggunakan fasiliti-fasiliti yang disediakan selagi
                  tidak mengingkari peraturan-peraturan lain.
              (h) Peserta yang mengikuti sesi bimbingan mesti berada di dalam makmal dua
                  minit lebih awal daripada jadual yang ditetapkan atau lewat tidak melebihi
                  tempoh lima minit dari jadual yang ditetapkan.
              (i) Pelajar yang lewat tidak akan dibenarkan masuk dan dianggap sebagai tidak
                  hadir seperti mana ditafsirkan di dalam Peraturan III(f).
              (j) Rayuan secara bertulis boleh dibuat kepada Pengurusan dengan menyatakan
                  sebab-sebab mengapa peserta perlu mengikuti sesi bimbingan dan
                  menandatangani surat akujanji untuk mematuhi segala peraturan di masa
                  akan datang. Peserta yang didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan
                  III(i) bagi kali kedua sama ada secara berturutan atau tidak, akan digantung
                  daripada menjadi peserta.
              (k) Sebuah komputer hanya boleh digunakan oleh seorang peserta sahaja. Peserta
                  yang mengganggu atau membuat perkara yang mendatangkan gangguan
                  kepada peserta lain di dalam makmal akan dihalau keluar dari makmal dan
                  digantung dari menjadi peserta MAP.
              (l) Setiap peserta diwajibkan membawa buku catatan khas (dari ini disebut buku
                  log) masing-masing semasa menghadiri sesi bimbingan dan tidak boleh
                  dipindahmilik kepada mana-mana peserta lain. Kegunaan buku log adalah
                  untuk mencatatkan apa-apa sahaja maklumat penting semasa sesi bimbingan
                  dan untuk digunakan sebagai rujukan peserta sendiri. Peserta yang tidak
                  membawa bersama buku log ketika menghadiri sesi bimbingan tidak akan
                  dibenarkan masuk ke makmal dan boleh dikenakan tindakan mengikut
                  Peraturan III(f).
              (m)Setiap peserta wajib menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang
                 ditetapkan (dari ini disebut tugasan). Peserta yang tidak menyiapkan atau
                 tidak menghantar tugasan tanpa alasan yang kukuh akan dianggap sebagai
                 tidak berminat untuk menjadi peserta dan akan disingkirkan dari MAP.
              (n) Setiap peserta akan dibekalkan dengan media penyimpanan data (dari ini
                  disebut media USB) untuk menyimpan segala kerja yang dibuat. Peserta
                  adalah dilarang sama sekali untuk memasukkan apa-apa bahan atau perisian
                  atau apa-apa jua kandungan selain daripada tugasan yang dibuat sendiri.
                  Mana-mana peserta yang didapati mengingkari Peraturan III(n) akan
                  disingkirkan dari MAP dan tidak dibenarkan untuk membuat rayuan untuk
                  penyertaan semula. Jika didapati akibat daripada perbuatan peserta yang
                  berkenaan memudaratkan fasiliti atau fasiliti-fasiliti, pihak pengurusan boleh
                  merujuk kes ini kepada pihak berkuasa dan boleh mengambil tindakan
                  undang-undang mengikut peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia.
              (o) Semua tugasan yang dibuat oleh peserta mesti disimpan di dalam media USB
                  yang disediakan oleh Pengurusan. Segala tugasan oleh peserta yang disimpan
                  di dalam cakera keras komputer akan dihapuskan tanpa amaran.
LAMPIRAN C:                                                                                     4/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
                  (p) Setiap peserta adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan
                      media USB masing-masing termasuklah tugasan yang terkandung di
                      dalamnya.
                  (q) Media USB yang dibekalkan Pengurusan adalah hak milik Pengurusan dan
                      hanya diberikan kepada peserta ketika peserta berada di makmal dan
                      bertujuan untuk menyelesaikan tugasan seperti mana yang diterangkan di
                      dalam Peraturan II(a). Media USB tidak boleh dibawa keluar dari makmal
                      pada sebarang masa. Media USB mesti dipulangkan selepas digunakan dan
                      sebelum keluar dari makmal. Peserta yang didapati mencuri atau
                      menyebabkan Media USB yang dipinjamkan kepadanya hilang atau
                      dirosakkan dengan sengaja atau dengan niat untuk merosakkan atau tanpa
                      niat akan dikenakan disingkirkan dari MAP dan kes ini akan dibawa kepada
                      pihak berkuasa dan akan didakwa di bawah peruntukan undang-undang di
                      dalam perlembagaan Malaysia.
                  (r) Peserta tidak dibenarkan untuk membawa masuk sebarang jenis dan bentuk
                      media penyimpanan data ke dalam makmal selain daripada yang dibekalkan
                      oleh Pengurusan. Peserta yang didapati mengingkari perintah ini akan
                      digantung dan dihalau keluar dari makmal dengan serta-merta.
                  (s) Sebarang kerosakan yang berlaku pada mana-mana unit komputer mestilah
                      dilaporkan kepada Pengurusan dengan segera. Kegagalan berbuat demikian
                      akan dianggap sebagai kecuaian peserta dan peserta yang berkenaan akan
                      disingkirkan dari MAP.
                  (t) Peserta perlu memastikan makmal di dalam keadaan kemas dan tersusun
                      setelah selesai digunakan termasuk memastikan bahawa semua suis telah
                      dimatikan sebelum beredar keluar.

Peraturan IV   Tugasan dan Penilaian Peserta

                  (a) Setiap peserta akan diberikan tugasan di dalam setiap fasa MAP. Tugasan
                      yang diberikan adalah bertujuan untuk menilai tahap pencapaian dan
                      kefahaman peserta.
                  (b) Setiap tugasan akan dinilai oleh panel penilai MAP yang dilantik oleh
                      Pengurusan.
                  (c) Secara umumnya, penilaian akan dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek
                      berikut:
                                  (1) Kekerapan menggunakan komputer yang disediakan di
                                      makmal
                                  (2) Kreativiti pengolahan dan persembahan tugasan.
                  (d) Peserta yang didapati menipu, meniru, tidak jujur atau tidak menyelesaikan
                      tugasan sendiri atau didapati menyeleweng dengan apa cara sekali pun akan
                      disingkirkan serta merta dari MAP dan tidak dibenarkan membuat rayuan dan
                      tidak dibenarkan menggunakan fasiliti-fasiliti MAP.

Peraturan V    Perisian dan Perkakasan Komputer

                  (a) Peserta adalah dilarang sama sekali untuk membuat pengubahsuaian kepada
LAMPIRAN C:                                                                                     5/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
                       sistem komputer dengan apa cara jua sekali pun termasuk memasang atau
                       membuang perisian bagi semua komputer yang digunakan untuk tujuan
                       MAP.
                    (b) Peserta adalah dilarang sama sekali untuk membuka atau memasang atau
                        meleraikan atau menambah bahagian-bahagian komputer yang digunakan
                        bagi tujuan MAP.
                    (c) Peserta yang didapati bersalah melanggar Peraturan V(a) atau V(b) atau V(c)
                        atau mana-mana pasangan atau ketiga-tiganya sekali akan didakwa dengan
                        segaja mendatangkan mudarat kepada harta benda MAP mengikut
                        peruntukan undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
                    (d) Perisian-perisian yang digunakan atau akan digunakan atau dirancang akan
                        penggunaannya bagi tujuan MAP, mestilah terdiri daripada perisian-perisian
                        yang dilesenkan di bawah mana-mana lesen-lesen sumber terbuka (open
                        source licenses) atau yang dilesenkan di bawah perlesenan Creative
                        Commons atau lesen percuma (Freeware) sahaja. Perisian dengan lesen
                        tertutup dibenarkan dan adalah diterhadkan kepada sistem-sistem yang
                        ditentukan oleh Pengurusan sahaja dan perlu mempunyai bukti perlesenan.
                        Jika terdapat mana-mana perisian termasuklah sistem pengoperasian
                        komputer yang tidak mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan sebelum ini,
                        maka seluruh sistem komputer berkenaan tidak boleh digunakan oleh mana-
                        mana peserta dan sesiapa jua pun sebelum sistem komputer berkenaan diubah
                        kepada keadaan yang ditetapkan di dalam Peraturan V(d) ini.

Peraturan VI     Format Dokumen-Dokumen

                    (a) Semua format dokumen-dokumen yang digunapakai di dalam MAP dan
                        urusan-urusan rasminya mestilah menggunakan dan mengikut piawaian Open
                        Document Format oleh Organization for the Advancement Structured
                        Information Standards (singkatannya OASIS). Maklumat mengenainya boleh
                        didapati di laman web rasminya: http://oasis-open.org.

Peraturan VII    Polisi Penggunaan Internet

                    (a) Pengguna makmal boleh menggunakan kemudahan internet dengan sekatan-
                        sekatan tertentu iaitu:
                           (1) Pelayaran internet dihadkan kepada laman-laman yang bersifat
                               neutral, ilmiah, tidak prejudis, tidak meragukan, tidak merosakkan
                               sistem komputer makmal, tidak mengandungi malicious code, tidak
                               menyeleweng dan tidak bersifat hasutan sahaja. Pengguna yang
                               didapati yang melayari laman-laman web yang mempunyai unsur
                               lucah, keganasan, politik sempit, bersifat hasutan, perkauman,
                               perjudian, permainan, hiburan melampau, menyeleweng, menghina
                               agama Islam, meragukan, mempunyai malicious code, dan unsur-
                               unsur yang dirasakan tidak sesuai oleh Pengurusan akan dihalau
                               keluar serta-merta dan dilarang terus daripada memasuki makmal.

Peraturan VIII   Penyelenggaraan Makmal

                    (a) Makmal perlu diselenggara dengan kadar minimum satu kali pada setiap
LAMPIRAN C:                                                                                     6/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
                     bulan.
                  (b) Penyelenggaraan makmal hanya boleh dilakukan oleh wakil yang dilantik
                      oleh Pengurusan sahaja. Pihak lain tidak dibenarkan langsung dan tidak
                      diberikan autoriti untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan makmal
                      atau melantik wakil bagi tujuan penyelenggaraan dan tidak dibenarkan
                      berada di dalam makmal semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Jika
                      didapati ada pihak yang menyelenggara atau cuba menyelenggara atau akan
                      menyelenggara fasiliti-fasiliti makmal tanpa kebenaran dan persetujuan dari
                      Pengurusan atau berada di makmal semasa kerja-kerja penyelengaraan
                      dijalankan, maka pihak yang berkenaan dan mana-mana pihak yang terlibat
                      secara langsung atau tidak langsung dengan perkara ini adalah dianggap telah
                      melakukan kesalahan dan kes ini boleh dibawa ke pihak berkuasa dan boleh
                      didakwa dengan segaja mendatangkan mudarat kepada harta benda MAP
                      mengikut peruntukan undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

Peraturan IX   Penggantungan, Penyingkiran dan Larangan Memasuki Makmal

                  (a) Penggantungan peserta akan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan
                      Peraturan III(j),(k),(r). Penggantungan membawa maksud penangguhan
                      sementara status Pengguna Berdaftar bagi tempoh tiga minggu berturut-
                      berturut bermula dari tarikh penggantungan. Individu yang digantung tidak
                      dibenarkan memasuki makmal selama tempoh penggantungan berkuatkuasa.
                  (b) Penyingkiran peserta akan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan
                      Peraturan I(j),(l), Peraturan II(a),(d), Peraturan III(m),(n),(q),(s) dan
                      Peraturan IV(d). Penyingkiran dan disingkirkan membawa maksud
                      pemansuhan kekal status Pengguna Berdaftar. Individu yang disingkirkan
                      tidak mempunyai akses dan kebenaran untuk memasuki makmal dan tidak
                      dilarang menggunakan fasiliti atau fasiliti-fasiliti yang disediakan dan tidak
                      mendapat apa-apa keistimewaan dari MAP tidak mengira apa-apa status yang
                      disandangnya.
                  (c) Larangan masuk ke makmal akan dilakukan mengikut peruntukan-
                      peruntukan Peraturan III(k),(r), dan Peraturan VII(a)(1). Larangan masuk ke
                      makmal membawa maksud pencegahan penggunaan fasiliti atau fasiliti-
                      fasiliti kepada individu yang dikenakan tindakan di bawah Peraturan IX(c),
                      (a),(b) yang terpakai kepada Pengguna Berdaftar.

Peraturan X    Pendakwaan

                  (a) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk menuduh, mendakwa dan
                      menghukum mana-mana Pengguna Berdaftar yang pada penafsiran
                      berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan
                      MAP, telah mengingkari atau cuba mengingkari atau telah melanggar atau
                      cuba melanggar atau dengan apa-apa cara sekali pun untuk tidak mematuhi
                      mana-mana peraturan atau semua peraturan yang ditetapkan.
                  (b) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk mendakwa mana-mana individu
                      atau pihak yang bukan Pengguna Berdaftar dengan kadar serta-merta tanpa
                      kompromi dan tanpa tangguh dan akan mendakwa dengan dakwaan
                      maksimum yang diperuntukan di dalam peruntukan-peruntukan undang-
                      undang di dalam perlembagaan Malaysia.
LAMPIRAN C:                                                                                    7/7
PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME
                    (c) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk menafsir mana-mana bahagian
                        di dalam Peraturan-Peraturan MAP yang kurang jelas atau tidak jelas
                        maksudnya dan penjelasannya bagi maksud dan tujuan penuduhan,
                        pendakwaan dan penghukuman.
                    (d) Mana-mana individu atau pihak yang pernah didakwa atau telah didakwa
                        sedang didakwa (dari ini disebut orang yang didakwa) oleh Pengurusan
                        mengikut peruntukan-peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan MAP tidak
                        dibenarkan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan MAP. Jika
                        didapati ada mana-mana pihak yang mempunyai urusan atau sedang
                        berurusan dengan Pengurusan mempunyai kaitan langsung dengan orang
                        yang didakwa, maka urusan yang sedang dijalankan akan dibatalkan.

Peraturan XI     Takrifan, Maksud-Maksud, Penguatkuasaan dan Pemakaian Peraturan

                    (a) “akan” membawa maksud mesti dan wajib dilaksanakan tanpa kompromi dan
                        tidak boleh ditangguhkan.
                    (b) “boleh” membawa maksud pilihan sama ada mahu melaksanakan atau tidak
                        mahu dilaksanakan dan adalah terletak di atas budi bicara Pengurusan
                    (c) Tarikh penguatkuasaan Peraturan-Peraturan MAP adalah pada satu haribulan
                        April tahun dua ribu sembilan dan berkuatkuasa bagi tempoh perlaksanaan.
                        Peraturan-Peraturan MAP adalah terpakai kepada semua pihak yang terlibat
                        secara langsung sama ada berdaftar atau tidak sebelum penguatkuasaan
                        peraturan ini.

Peraturan XII    Pindaan

                    (a) Pengurusan berhak melakukan pindaan, penambahan, pemansuhan, atau apa-
                        apa jua bentuk perubahan kepada Peraturan-Peraturan Projek MALT
                        Apprentice Programme tanpa sebarang sekatan dan tanpa perlu membuat
                        makluman awal kepada semua pihak yang terlibat di dalam MAP.

Peraturan XIII   Format Perlaksanaan

                    (a) Penyingkiran peserta akan dibuat pada setiap fasa sebagai suatu bentuk
                        penapisan dan penyaringan peserta. Hanya peserta yang terbaik sahaja akan
                        dipilih untuk dididik.
                    (b) Peserta yang layak mara ke fasa lebih tinggi diwajibkan untuk memeterai
                        perjanjian dengan Pengurusan sebelum dibenarkan berbuat demikian. Peserta
                        yang enggan memeterai perjanjian akan disingkirkan.

Contenu connexe

En vedette

Guidance for enhancing security posture #counter #terrorism
Guidance for enhancing security posture #counter #terrorismGuidance for enhancing security posture #counter #terrorism
Guidance for enhancing security posture #counter #terrorismEddie Hirst MSc MSyl
 
SOCIAL AFFÄRSUTVECKLING I NÄTVERKSEKONOMIN - SOCIALA MEDIER - NY MARKNADSLOGIK
SOCIAL AFFÄRSUTVECKLING I NÄTVERKSEKONOMIN - SOCIALA MEDIER - NY MARKNADSLOGIKSOCIAL AFFÄRSUTVECKLING I NÄTVERKSEKONOMIN - SOCIALA MEDIER - NY MARKNADSLOGIK
SOCIAL AFFÄRSUTVECKLING I NÄTVERKSEKONOMIN - SOCIALA MEDIER - NY MARKNADSLOGIKbirgittabiz
 
Business modelyounatverkatilldrommen
Business modelyounatverkatilldrommenBusiness modelyounatverkatilldrommen
Business modelyounatverkatilldrommenbirgittabiz
 
Managing oracle Database Instance
Managing oracle Database InstanceManaging oracle Database Instance
Managing oracle Database InstanceRam Kedem
 
Comunidades sostenibles El Salvador
Comunidades sostenibles El SalvadorComunidades sostenibles El Salvador
Comunidades sostenibles El SalvadorFUSADES
 
Data Warehouse Basics
Data Warehouse BasicsData Warehouse Basics
Data Warehouse BasicsRam Kedem
 
Problems and Prospects of Poultry Industry in Bangladesh: An Analysis
Problems and Prospects of Poultry Industry in Bangladesh: An Analysis Problems and Prospects of Poultry Industry in Bangladesh: An Analysis
Problems and Prospects of Poultry Industry in Bangladesh: An Analysis Md. Moulude Hossain
 
El Órgano Ejecutivo puede modificar el proyecto de presupuesto presentado a l...
El Órgano Ejecutivo puede modificar el proyecto de presupuesto presentado a l...El Órgano Ejecutivo puede modificar el proyecto de presupuesto presentado a l...
El Órgano Ejecutivo puede modificar el proyecto de presupuesto presentado a l...FUSADES
 
Data-Ed Webinar: Data Quality Success Stories
Data-Ed Webinar: Data Quality Success StoriesData-Ed Webinar: Data Quality Success Stories
Data-Ed Webinar: Data Quality Success StoriesDATAVERSITY
 

En vedette (15)

Guidance for enhancing security posture #counter #terrorism
Guidance for enhancing security posture #counter #terrorismGuidance for enhancing security posture #counter #terrorism
Guidance for enhancing security posture #counter #terrorism
 
SOCIAL AFFÄRSUTVECKLING I NÄTVERKSEKONOMIN - SOCIALA MEDIER - NY MARKNADSLOGIK
SOCIAL AFFÄRSUTVECKLING I NÄTVERKSEKONOMIN - SOCIALA MEDIER - NY MARKNADSLOGIKSOCIAL AFFÄRSUTVECKLING I NÄTVERKSEKONOMIN - SOCIALA MEDIER - NY MARKNADSLOGIK
SOCIAL AFFÄRSUTVECKLING I NÄTVERKSEKONOMIN - SOCIALA MEDIER - NY MARKNADSLOGIK
 
Business modelyounatverkatilldrommen
Business modelyounatverkatilldrommenBusiness modelyounatverkatilldrommen
Business modelyounatverkatilldrommen
 
Introduction to Databases by Dr. Kamal Gulati
Introduction to Databases by Dr. Kamal GulatiIntroduction to Databases by Dr. Kamal Gulati
Introduction to Databases by Dr. Kamal Gulati
 
Managing oracle Database Instance
Managing oracle Database InstanceManaging oracle Database Instance
Managing oracle Database Instance
 
Comunidades sostenibles El Salvador
Comunidades sostenibles El SalvadorComunidades sostenibles El Salvador
Comunidades sostenibles El Salvador
 
K cps datasheet
K cps datasheetK cps datasheet
K cps datasheet
 
Lecture5
Lecture5Lecture5
Lecture5
 
Future Payment Trends
Future Payment TrendsFuture Payment Trends
Future Payment Trends
 
EMV Overview
EMV OverviewEMV Overview
EMV Overview
 
Data Warehouse Basics
Data Warehouse BasicsData Warehouse Basics
Data Warehouse Basics
 
Problems and Prospects of Poultry Industry in Bangladesh: An Analysis
Problems and Prospects of Poultry Industry in Bangladesh: An Analysis Problems and Prospects of Poultry Industry in Bangladesh: An Analysis
Problems and Prospects of Poultry Industry in Bangladesh: An Analysis
 
El Órgano Ejecutivo puede modificar el proyecto de presupuesto presentado a l...
El Órgano Ejecutivo puede modificar el proyecto de presupuesto presentado a l...El Órgano Ejecutivo puede modificar el proyecto de presupuesto presentado a l...
El Órgano Ejecutivo puede modificar el proyecto de presupuesto presentado a l...
 
Greedy Algorithms with examples' b-18298
Greedy Algorithms with examples'  b-18298Greedy Algorithms with examples'  b-18298
Greedy Algorithms with examples' b-18298
 
Data-Ed Webinar: Data Quality Success Stories
Data-Ed Webinar: Data Quality Success StoriesData-Ed Webinar: Data Quality Success Stories
Data-Ed Webinar: Data Quality Success Stories
 

Similaire à Peraturan MAP

306 sop kemahasiswaan kegiatan external imm ft um metro
306 sop kemahasiswaan kegiatan external imm ft um metro306 sop kemahasiswaan kegiatan external imm ft um metro
306 sop kemahasiswaan kegiatan external imm ft um metroasroni14
 
305 sop kemahasiswaan kegiatan internal imm ft um metro
305 sop kemahasiswaan kegiatan internal imm ft um metro305 sop kemahasiswaan kegiatan internal imm ft um metro
305 sop kemahasiswaan kegiatan internal imm ft um metroasroni14
 
303 sop kemahasiswaan kegiatan internal hmj ft um metro
303 sop kemahasiswaan kegiatan internal hmj ft um metro303 sop kemahasiswaan kegiatan internal hmj ft um metro
303 sop kemahasiswaan kegiatan internal hmj ft um metroasroni14
 
301 sop kemahasiswaan kegiatan internal senat ft um metro
301 sop kemahasiswaan kegiatan internal senat ft um metro301 sop kemahasiswaan kegiatan internal senat ft um metro
301 sop kemahasiswaan kegiatan internal senat ft um metroasroni14
 
304 sop kemahasiswaan kegiatan external hmj ft um metro
304 sop kemahasiswaan kegiatan external hmj ft um metro304 sop kemahasiswaan kegiatan external hmj ft um metro
304 sop kemahasiswaan kegiatan external hmj ft um metroasroni14
 
302 sop kemahasiswaan kegiatan external senat ft um metro
302 sop kemahasiswaan kegiatan external senat ft um metro302 sop kemahasiswaan kegiatan external senat ft um metro
302 sop kemahasiswaan kegiatan external senat ft um metroasroni14
 
M3 kb2 aplikasi teknologi perkantoran
M3 kb2 aplikasi teknologi perkantoranM3 kb2 aplikasi teknologi perkantoran
M3 kb2 aplikasi teknologi perkantoranYayan Yanuar Rahman
 
Rincian Tugas Pengawas ANBK.docx
Rincian Tugas Pengawas ANBK.docxRincian Tugas Pengawas ANBK.docx
Rincian Tugas Pengawas ANBK.docxHartiRahayu3
 
Tugas pengawas proktor teknisi
Tugas pengawas proktor teknisiTugas pengawas proktor teknisi
Tugas pengawas proktor teknisinoor rochman
 
Pedoman praktikum t-if_ft-unsil_2008
Pedoman praktikum t-if_ft-unsil_2008Pedoman praktikum t-if_ft-unsil_2008
Pedoman praktikum t-if_ft-unsil_2008natubakha
 

Similaire à Peraturan MAP (11)

306 sop kemahasiswaan kegiatan external imm ft um metro
306 sop kemahasiswaan kegiatan external imm ft um metro306 sop kemahasiswaan kegiatan external imm ft um metro
306 sop kemahasiswaan kegiatan external imm ft um metro
 
305 sop kemahasiswaan kegiatan internal imm ft um metro
305 sop kemahasiswaan kegiatan internal imm ft um metro305 sop kemahasiswaan kegiatan internal imm ft um metro
305 sop kemahasiswaan kegiatan internal imm ft um metro
 
303 sop kemahasiswaan kegiatan internal hmj ft um metro
303 sop kemahasiswaan kegiatan internal hmj ft um metro303 sop kemahasiswaan kegiatan internal hmj ft um metro
303 sop kemahasiswaan kegiatan internal hmj ft um metro
 
301 sop kemahasiswaan kegiatan internal senat ft um metro
301 sop kemahasiswaan kegiatan internal senat ft um metro301 sop kemahasiswaan kegiatan internal senat ft um metro
301 sop kemahasiswaan kegiatan internal senat ft um metro
 
304 sop kemahasiswaan kegiatan external hmj ft um metro
304 sop kemahasiswaan kegiatan external hmj ft um metro304 sop kemahasiswaan kegiatan external hmj ft um metro
304 sop kemahasiswaan kegiatan external hmj ft um metro
 
302 sop kemahasiswaan kegiatan external senat ft um metro
302 sop kemahasiswaan kegiatan external senat ft um metro302 sop kemahasiswaan kegiatan external senat ft um metro
302 sop kemahasiswaan kegiatan external senat ft um metro
 
M3 kb2 aplikasi teknologi perkantoran
M3 kb2 aplikasi teknologi perkantoranM3 kb2 aplikasi teknologi perkantoran
M3 kb2 aplikasi teknologi perkantoran
 
Rincian Tugas Pengawas ANBK.docx
Rincian Tugas Pengawas ANBK.docxRincian Tugas Pengawas ANBK.docx
Rincian Tugas Pengawas ANBK.docx
 
Tugas pengawas proktor teknisi
Tugas pengawas proktor teknisiTugas pengawas proktor teknisi
Tugas pengawas proktor teknisi
 
Peraturan
PeraturanPeraturan
Peraturan
 
Pedoman praktikum t-if_ft-unsil_2008
Pedoman praktikum t-if_ft-unsil_2008Pedoman praktikum t-if_ft-unsil_2008
Pedoman praktikum t-if_ft-unsil_2008
 

Dernier

5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptPPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptBennyKurniawan42
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfEstetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxUlyaSaadah
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxHansTobing
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuKarticha
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 

Dernier (20)

5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptPPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfEstetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 

Peraturan MAP

  • 1. LAMPIRAN C: 1/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME Peraturan I Penyertaan dan Pendaftaran (a) Pendaftaran hanya dibuka kepada pelajar sekolah menengah sahaja. (b) Pelajar yang ingin menjadi peserta Projek MALT Apprentice Programme (dari ini disebut MAP) mestilah mendaftarkan diri terlebih dahulu. (c) Penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar naungan Jemaah Pengurus Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong (dari ini disebut Jemaah) dan pelajar-pelajar bukan naungan Jemaah. (d) Tiada yuran pendaftaran dan yuran bulanan dikenakan kepada pelajar naungan Jemaah. (e) Pelajar bukan naungan Jemaah dikenakan yuran pendaftaran dan bulanan. Yuran pendaftaran mesti dibayar semasa mendaftar sebagai peserta. Yuran bulanan mesti dibayar pada awal setiap bulan sebelum menggunakan fasiliti- fasiliti yang disediakan. Maksud fasiliti atau fasiliti-fasiliti yang termaktub di dalam peraturan ini adalah terhad kepada perkakasan-perkakasan dan kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan bagi tujuan MAP sahaja. Peserta yang tidak atau masih belum menjelaskan pembayaran yuran tidak dibenarkan untuk masuk ke makmal komputer MAP (dari ini disebut makmal) dan status pesertanya seperti dijelaskan di dalam Peraturan I(h) tidak terpakai selama tempoh itu. (f) Yuran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan MAP (dari ini disebut Pengurusan). Pembayaran yuran tidak boleh ditangguhkan atau dihutangkan atau apa-apa kaedah yang membawa kepada maksud yang sama seperti di dalam Peraturan I(f). (g) Pengurangan atau diskaun kepada jumlah yuran yang dikenakan bagi maksud promosi atau atas tujuan-tujuan lain yang difikirkan perlu adalah tertakluk kepada Pengurusan. Segala keputusan yang dibuat oleh Pengurusan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan sama sekali oleh mana-mana pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak. (h) Hanya pelajar berdaftar (dari ini disebut peserta) sahaja yang dibenarkan mengikuti program ini dan menikmati segala kemudahan yang disediakan di dalam program ini termasuk penggunaan fasiliti. (i) Pendaftaran ini hanya dibuka kepada pelajar yang berminat sahaja. Pelajar yang tidak berminat tidak dibenarkan langsung menyertai MAP. (j) Setiap peserta adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan MAP. Pengingkaran kepada mana-mana peraturan akan disabitkan kesalahan dan boleh disingkirkan dari MAP. (k) Individu yang ingin menyertai MAP tetapi bukan berstatus pelajar sekolah, dibenarkan menjadi peserta dengan persetujuan dan kelulusan Pengurusan dan perlu mengikut prosedur-prosedur MAP dan adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan MAP. (l) Peserta yang disingkirkan dari MAP tidak dibenarkan menggunakan fasiliti- fasiliti dan perlu membuat rayuan secara bertulis kepada Pengurusan bagi memohon untuk menyertai semula MAP.
  • 2. LAMPIRAN C: 2/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME Peraturan II Kehadiran Ke Makmal (a) Kehadiran ke makmal adalah bagi tujuan utamanya untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan atau bagi menghadiri sesi bimbingan sahaja. Kehadiran dan penggunaan komputer di makmal bagi tujuan selain akademik atau seperti yang dijelaskan dalam Peraturan II(a) adalah dilarang sama sekali dan perlu mendapatkan keizinan dan persetujuan Pengurusan terlebih dahulu jika perlu. Peserta yang didapati menggunakan makmal bagi tujuan selain daripada tujuan yang dibenarkan atau jika didapati menyalahgunakan fasiliti yang disediakan, akan disingkirkan dari menjadi peserta MAP. Pengurusan boleh merujuk kes ini kepada pihak berkuasa dan boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia. (b) Peserta perlu menggunakan makmal dengan masa minimum selama satu jam bagi satu minggu. Tiada tempoh maksimum bagi penggunaan komputer di makmal. (c) Di dalam kes tertentu, jika terpakai, dan mendapat keizinan dari Pengurusan, peserta dibenar menggunakan makmal dengan masa minimum satu jam dalam tempoh sepuluh hari. (d) Peserta yang tidak memenuhi tempoh minimum penggunaan komputer di makmal akan dianggap sebagai tidak berminat dan akan disingkirkan dari MAP. Peraturan III Penggunaan Makmal dan Sesi Bimbingan (a) Penggunaan komputer di makmal termasuk kerja-kerja penyelenggaraan wajib direkodkan di dalam buku log penggunaan komputer bagi tujuan keselamatan dan perekodan. Pengguna komputer berdaftar (dari ini disebut Pengguna Berdaftar) mesti mengisikan butiran penting seperti nama, jawatan, tujuan penggunaan dan tandatangan di buku log penggunaan komputer. Pengguna Berdaftar membawa maksud peserta, Pengurusan dan wakil sah atau wakil-wakil sah yang dilantik oleh Pengurusan untuk kerja-kerja penyelenggaraan makmal. (b) Hanya Pengguna Berdaftar sahaja yang dibenarkan menggunakan fasiliti- fasiliti yang disediakan di dalam makmal termasuk penggunaan media penyimpanan data yang disediakan. (c) Pengguna yang bukan Pengguna Berdaftar yang didapati menggunakan fasiliti-fasiliti akan didakwa menceroboh dan kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa dan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia. (d) Sesi bimbingan akan diadakan mengikut jadual dan peserta tidak diwajibkan untuk mengikuti sesi bimbingan. Sebarang perubahan pada jadual sesi bimbingan akan dihebahkan kepada peserta secara mel elektronik atau melalui laman web MAP. (e) Peserta yang ingin mengikuti sesi bimbingan perlu membuat tempahan awal. Hanya peserta yang membuat tempahan sahaja yang dibenarkan mengikuti sesi bimbingan. (f) Peserta yang tidak menghadirkan diri mengikut tempahan tanpa
  • 3. LAMPIRAN C: 3/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME mengemukakan alasan yang kukuh atau alasan yang diberikan ditolak oleh Pengurusan di atas sebab-sebab tertentu, tidak dibenarkan untuk membuat tempahan di masa akan datang. (g) Peserta yang dikenakan tindakan di bawah Peraturan III(f), masih menjadi peserta MAP dan boleh menggunakan fasiliti-fasiliti yang disediakan selagi tidak mengingkari peraturan-peraturan lain. (h) Peserta yang mengikuti sesi bimbingan mesti berada di dalam makmal dua minit lebih awal daripada jadual yang ditetapkan atau lewat tidak melebihi tempoh lima minit dari jadual yang ditetapkan. (i) Pelajar yang lewat tidak akan dibenarkan masuk dan dianggap sebagai tidak hadir seperti mana ditafsirkan di dalam Peraturan III(f). (j) Rayuan secara bertulis boleh dibuat kepada Pengurusan dengan menyatakan sebab-sebab mengapa peserta perlu mengikuti sesi bimbingan dan menandatangani surat akujanji untuk mematuhi segala peraturan di masa akan datang. Peserta yang didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan III(i) bagi kali kedua sama ada secara berturutan atau tidak, akan digantung daripada menjadi peserta. (k) Sebuah komputer hanya boleh digunakan oleh seorang peserta sahaja. Peserta yang mengganggu atau membuat perkara yang mendatangkan gangguan kepada peserta lain di dalam makmal akan dihalau keluar dari makmal dan digantung dari menjadi peserta MAP. (l) Setiap peserta diwajibkan membawa buku catatan khas (dari ini disebut buku log) masing-masing semasa menghadiri sesi bimbingan dan tidak boleh dipindahmilik kepada mana-mana peserta lain. Kegunaan buku log adalah untuk mencatatkan apa-apa sahaja maklumat penting semasa sesi bimbingan dan untuk digunakan sebagai rujukan peserta sendiri. Peserta yang tidak membawa bersama buku log ketika menghadiri sesi bimbingan tidak akan dibenarkan masuk ke makmal dan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan III(f). (m)Setiap peserta wajib menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan (dari ini disebut tugasan). Peserta yang tidak menyiapkan atau tidak menghantar tugasan tanpa alasan yang kukuh akan dianggap sebagai tidak berminat untuk menjadi peserta dan akan disingkirkan dari MAP. (n) Setiap peserta akan dibekalkan dengan media penyimpanan data (dari ini disebut media USB) untuk menyimpan segala kerja yang dibuat. Peserta adalah dilarang sama sekali untuk memasukkan apa-apa bahan atau perisian atau apa-apa jua kandungan selain daripada tugasan yang dibuat sendiri. Mana-mana peserta yang didapati mengingkari Peraturan III(n) akan disingkirkan dari MAP dan tidak dibenarkan untuk membuat rayuan untuk penyertaan semula. Jika didapati akibat daripada perbuatan peserta yang berkenaan memudaratkan fasiliti atau fasiliti-fasiliti, pihak pengurusan boleh merujuk kes ini kepada pihak berkuasa dan boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia. (o) Semua tugasan yang dibuat oleh peserta mesti disimpan di dalam media USB yang disediakan oleh Pengurusan. Segala tugasan oleh peserta yang disimpan di dalam cakera keras komputer akan dihapuskan tanpa amaran.
  • 4. LAMPIRAN C: 4/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME (p) Setiap peserta adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan media USB masing-masing termasuklah tugasan yang terkandung di dalamnya. (q) Media USB yang dibekalkan Pengurusan adalah hak milik Pengurusan dan hanya diberikan kepada peserta ketika peserta berada di makmal dan bertujuan untuk menyelesaikan tugasan seperti mana yang diterangkan di dalam Peraturan II(a). Media USB tidak boleh dibawa keluar dari makmal pada sebarang masa. Media USB mesti dipulangkan selepas digunakan dan sebelum keluar dari makmal. Peserta yang didapati mencuri atau menyebabkan Media USB yang dipinjamkan kepadanya hilang atau dirosakkan dengan sengaja atau dengan niat untuk merosakkan atau tanpa niat akan dikenakan disingkirkan dari MAP dan kes ini akan dibawa kepada pihak berkuasa dan akan didakwa di bawah peruntukan undang-undang di dalam perlembagaan Malaysia. (r) Peserta tidak dibenarkan untuk membawa masuk sebarang jenis dan bentuk media penyimpanan data ke dalam makmal selain daripada yang dibekalkan oleh Pengurusan. Peserta yang didapati mengingkari perintah ini akan digantung dan dihalau keluar dari makmal dengan serta-merta. (s) Sebarang kerosakan yang berlaku pada mana-mana unit komputer mestilah dilaporkan kepada Pengurusan dengan segera. Kegagalan berbuat demikian akan dianggap sebagai kecuaian peserta dan peserta yang berkenaan akan disingkirkan dari MAP. (t) Peserta perlu memastikan makmal di dalam keadaan kemas dan tersusun setelah selesai digunakan termasuk memastikan bahawa semua suis telah dimatikan sebelum beredar keluar. Peraturan IV Tugasan dan Penilaian Peserta (a) Setiap peserta akan diberikan tugasan di dalam setiap fasa MAP. Tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk menilai tahap pencapaian dan kefahaman peserta. (b) Setiap tugasan akan dinilai oleh panel penilai MAP yang dilantik oleh Pengurusan. (c) Secara umumnya, penilaian akan dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek berikut: (1) Kekerapan menggunakan komputer yang disediakan di makmal (2) Kreativiti pengolahan dan persembahan tugasan. (d) Peserta yang didapati menipu, meniru, tidak jujur atau tidak menyelesaikan tugasan sendiri atau didapati menyeleweng dengan apa cara sekali pun akan disingkirkan serta merta dari MAP dan tidak dibenarkan membuat rayuan dan tidak dibenarkan menggunakan fasiliti-fasiliti MAP. Peraturan V Perisian dan Perkakasan Komputer (a) Peserta adalah dilarang sama sekali untuk membuat pengubahsuaian kepada
  • 5. LAMPIRAN C: 5/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME sistem komputer dengan apa cara jua sekali pun termasuk memasang atau membuang perisian bagi semua komputer yang digunakan untuk tujuan MAP. (b) Peserta adalah dilarang sama sekali untuk membuka atau memasang atau meleraikan atau menambah bahagian-bahagian komputer yang digunakan bagi tujuan MAP. (c) Peserta yang didapati bersalah melanggar Peraturan V(a) atau V(b) atau V(c) atau mana-mana pasangan atau ketiga-tiganya sekali akan didakwa dengan segaja mendatangkan mudarat kepada harta benda MAP mengikut peruntukan undang-undang dan perlembagaan Malaysia. (d) Perisian-perisian yang digunakan atau akan digunakan atau dirancang akan penggunaannya bagi tujuan MAP, mestilah terdiri daripada perisian-perisian yang dilesenkan di bawah mana-mana lesen-lesen sumber terbuka (open source licenses) atau yang dilesenkan di bawah perlesenan Creative Commons atau lesen percuma (Freeware) sahaja. Perisian dengan lesen tertutup dibenarkan dan adalah diterhadkan kepada sistem-sistem yang ditentukan oleh Pengurusan sahaja dan perlu mempunyai bukti perlesenan. Jika terdapat mana-mana perisian termasuklah sistem pengoperasian komputer yang tidak mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan sebelum ini, maka seluruh sistem komputer berkenaan tidak boleh digunakan oleh mana- mana peserta dan sesiapa jua pun sebelum sistem komputer berkenaan diubah kepada keadaan yang ditetapkan di dalam Peraturan V(d) ini. Peraturan VI Format Dokumen-Dokumen (a) Semua format dokumen-dokumen yang digunapakai di dalam MAP dan urusan-urusan rasminya mestilah menggunakan dan mengikut piawaian Open Document Format oleh Organization for the Advancement Structured Information Standards (singkatannya OASIS). Maklumat mengenainya boleh didapati di laman web rasminya: http://oasis-open.org. Peraturan VII Polisi Penggunaan Internet (a) Pengguna makmal boleh menggunakan kemudahan internet dengan sekatan- sekatan tertentu iaitu: (1) Pelayaran internet dihadkan kepada laman-laman yang bersifat neutral, ilmiah, tidak prejudis, tidak meragukan, tidak merosakkan sistem komputer makmal, tidak mengandungi malicious code, tidak menyeleweng dan tidak bersifat hasutan sahaja. Pengguna yang didapati yang melayari laman-laman web yang mempunyai unsur lucah, keganasan, politik sempit, bersifat hasutan, perkauman, perjudian, permainan, hiburan melampau, menyeleweng, menghina agama Islam, meragukan, mempunyai malicious code, dan unsur- unsur yang dirasakan tidak sesuai oleh Pengurusan akan dihalau keluar serta-merta dan dilarang terus daripada memasuki makmal. Peraturan VIII Penyelenggaraan Makmal (a) Makmal perlu diselenggara dengan kadar minimum satu kali pada setiap
  • 6. LAMPIRAN C: 6/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME bulan. (b) Penyelenggaraan makmal hanya boleh dilakukan oleh wakil yang dilantik oleh Pengurusan sahaja. Pihak lain tidak dibenarkan langsung dan tidak diberikan autoriti untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan makmal atau melantik wakil bagi tujuan penyelenggaraan dan tidak dibenarkan berada di dalam makmal semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Jika didapati ada pihak yang menyelenggara atau cuba menyelenggara atau akan menyelenggara fasiliti-fasiliti makmal tanpa kebenaran dan persetujuan dari Pengurusan atau berada di makmal semasa kerja-kerja penyelengaraan dijalankan, maka pihak yang berkenaan dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan perkara ini adalah dianggap telah melakukan kesalahan dan kes ini boleh dibawa ke pihak berkuasa dan boleh didakwa dengan segaja mendatangkan mudarat kepada harta benda MAP mengikut peruntukan undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Peraturan IX Penggantungan, Penyingkiran dan Larangan Memasuki Makmal (a) Penggantungan peserta akan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan Peraturan III(j),(k),(r). Penggantungan membawa maksud penangguhan sementara status Pengguna Berdaftar bagi tempoh tiga minggu berturut- berturut bermula dari tarikh penggantungan. Individu yang digantung tidak dibenarkan memasuki makmal selama tempoh penggantungan berkuatkuasa. (b) Penyingkiran peserta akan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan Peraturan I(j),(l), Peraturan II(a),(d), Peraturan III(m),(n),(q),(s) dan Peraturan IV(d). Penyingkiran dan disingkirkan membawa maksud pemansuhan kekal status Pengguna Berdaftar. Individu yang disingkirkan tidak mempunyai akses dan kebenaran untuk memasuki makmal dan tidak dilarang menggunakan fasiliti atau fasiliti-fasiliti yang disediakan dan tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari MAP tidak mengira apa-apa status yang disandangnya. (c) Larangan masuk ke makmal akan dilakukan mengikut peruntukan- peruntukan Peraturan III(k),(r), dan Peraturan VII(a)(1). Larangan masuk ke makmal membawa maksud pencegahan penggunaan fasiliti atau fasiliti- fasiliti kepada individu yang dikenakan tindakan di bawah Peraturan IX(c), (a),(b) yang terpakai kepada Pengguna Berdaftar. Peraturan X Pendakwaan (a) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk menuduh, mendakwa dan menghukum mana-mana Pengguna Berdaftar yang pada penafsiran berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan MAP, telah mengingkari atau cuba mengingkari atau telah melanggar atau cuba melanggar atau dengan apa-apa cara sekali pun untuk tidak mematuhi mana-mana peraturan atau semua peraturan yang ditetapkan. (b) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk mendakwa mana-mana individu atau pihak yang bukan Pengguna Berdaftar dengan kadar serta-merta tanpa kompromi dan tanpa tangguh dan akan mendakwa dengan dakwaan maksimum yang diperuntukan di dalam peruntukan-peruntukan undang- undang di dalam perlembagaan Malaysia.
  • 7. LAMPIRAN C: 7/7 PERATURAN-PERATURAN PROJEK MALT APPRENTICE PROGRAMME (c) Pengurusan mempunyai kuasa dan hak untuk menafsir mana-mana bahagian di dalam Peraturan-Peraturan MAP yang kurang jelas atau tidak jelas maksudnya dan penjelasannya bagi maksud dan tujuan penuduhan, pendakwaan dan penghukuman. (d) Mana-mana individu atau pihak yang pernah didakwa atau telah didakwa sedang didakwa (dari ini disebut orang yang didakwa) oleh Pengurusan mengikut peruntukan-peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan MAP tidak dibenarkan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan MAP. Jika didapati ada mana-mana pihak yang mempunyai urusan atau sedang berurusan dengan Pengurusan mempunyai kaitan langsung dengan orang yang didakwa, maka urusan yang sedang dijalankan akan dibatalkan. Peraturan XI Takrifan, Maksud-Maksud, Penguatkuasaan dan Pemakaian Peraturan (a) “akan” membawa maksud mesti dan wajib dilaksanakan tanpa kompromi dan tidak boleh ditangguhkan. (b) “boleh” membawa maksud pilihan sama ada mahu melaksanakan atau tidak mahu dilaksanakan dan adalah terletak di atas budi bicara Pengurusan (c) Tarikh penguatkuasaan Peraturan-Peraturan MAP adalah pada satu haribulan April tahun dua ribu sembilan dan berkuatkuasa bagi tempoh perlaksanaan. Peraturan-Peraturan MAP adalah terpakai kepada semua pihak yang terlibat secara langsung sama ada berdaftar atau tidak sebelum penguatkuasaan peraturan ini. Peraturan XII Pindaan (a) Pengurusan berhak melakukan pindaan, penambahan, pemansuhan, atau apa- apa jua bentuk perubahan kepada Peraturan-Peraturan Projek MALT Apprentice Programme tanpa sebarang sekatan dan tanpa perlu membuat makluman awal kepada semua pihak yang terlibat di dalam MAP. Peraturan XIII Format Perlaksanaan (a) Penyingkiran peserta akan dibuat pada setiap fasa sebagai suatu bentuk penapisan dan penyaringan peserta. Hanya peserta yang terbaik sahaja akan dipilih untuk dididik. (b) Peserta yang layak mara ke fasa lebih tinggi diwajibkan untuk memeterai perjanjian dengan Pengurusan sebelum dibenarkan berbuat demikian. Peserta yang enggan memeterai perjanjian akan disingkirkan.