SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  19
Télécharger pour lire hors ligne
MASALAH PEMBELAJARAN SEJARAH:
    SATU KAJIAN TINDAKAN




             TOR GEOK HWA




FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PENDIDIKAN
        UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

                  2004




                                        iv
PENGHARGAAN

Kajian tindakan ini dapat dilaksanakan dengan tajaan geran Fakulti Sains Kognitif
dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Penyelidik juga ingin merakamkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah atas
initisiatif untuk mewujudkan platform bagi projek kajian tindakan bersifat kolaboratif
ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Cikgu Nashitah Bt. Saad yang
sudi menjadi rakan kongsi penyelidikan, dan subjek penyelidikan dalam projek ini,
serta pihak sekolah yang memberi kebenaran dan kerjasama untuk menjayakan projek
kajian tindakan ini.




                                                                                    v
ABSTRAK

Kajian tindakan (KT) kolaboratif antara penyelidik universiti (pensyarah pendidikan)
dan penyelidik guru ini merupakan satu langkah ke arah perkongsian bestari antara
kedua-dua pihak dalam hal professional development dan penambahbaikan P&P
sejarah. Kajian ini bertitik-tolak daripada masalah pembelajaran sejarah sekumpulan
pelajar (10 orang) dalam satu kelas. Perbincangan awal antara kedua-dua pihak telah
mencapai konsensus tentang andaian bahawa punca masalah pembelajaran sejarah
untuk pelajar-pelajar ini ialah mereka pasif dalam proses pembelajaran dan tidak
mengalami proses penaakulan dan deep learning. Sehubungan itu, hasil daripada
inkuiri secara deliberate oleh penyelidik ke atas literature teori pembelajaran umum
dan teori pembelajaran sejarah, program intervensi dalam bentuk pembelajaran
koperatif model STAD telah dikenal pasti dan dijalankan ke atas subjek kajian ini
dalam setting P&P dalam bilik darjah (untuk mengelakkan Hawthorne effect).
Program intervensi dijalankan dalam 3 lingkaran kerana usaha penambahbaikan
dibuat berasaskan maklum balas daripada pelajar semasa pelaksanaan intervensi.
Kesan intervensi dilihat dari segi perbandingan skor pre-test dan post-test,
pemerhatian terhadap gerak balas pelajar semasa P&P, serta perubahan sikap terhadap
subjek sejarah (pra dan pasca-intervensi). Skor pre-test dan post-test telah dianalisis
untuk melihat peningkatan skor mentah di samping ujian-t berpasangan yang
dijalankan untuk melihat signifikan perubahan skor yang tercatat. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif sememangnya berkesan untuk
mengatasi masalah pembelajaran sejarah dari segi mengingat fakta yang berpunca
daripada kepasifan dan pembelajaran/penaakulan yang tidak mendalam di kalangan
subjek kajian Dari segi penglibatan semasa P&P, pemerhatian oleh penyelidik guru
menunjukkan bahawa interaksi dan gerak balas subjek kajian dengan bahan
pengajaran (buku teks), rakan sebaya dan guru turut jelas memperlihatkan perubahan.
Selain itu, penyelidik turut menghuraikan refleksi kritikal yang dilalui sepanjang
perancangan dan pelaksanaan KT ini, di samping penjelasan tentang orientasi KT ini.




                                                                                     vi
ISI KANDUNGAN



PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB                                              i
PENGHARGAAN                                                         ii
ABSTRAK                                                            iii
ISI KANDUNGAN                                                      iv
BAB 1 PENGENALAN
     Latar Belakang Kajian                                          1
     Penyataan Masalah                                              2
     Tinjauan Awal                                                  3
     Objektif Kajian                                                4
     Soalan Kajian                                                  5
     Kepentingan Kajian                                             6
     Definisi Operasional                                           6
     Limitasi dan Delimitasi Kajian                                 8
BAB 2 SOROTAN KARYA BERKAITAN
     Kerangka Teoretikal
     (Asas Penjelasan Masalah Kajian & Program Intervensi)          9
     Sorotan Karya Tentang Kaedah Pembelajaran Koperatif            11
     Kerangka Konseptual Tindakan                                   12
BAB 3 METODOLOGI
     Reka Bentuk Kajian                                             14
     Subjek Kajian                                                  15
     Instrumen Kajian                                               15
     Prosedur Kutipan Data                                          15
     Kesahan Data & Interpretasi Data                               16
     Transferability Kajian (external validity)                     16
     Batasan Kajian                                                 17
BAB 4 LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
     Konteks Kajian                                                 18
     Struktur Pelaksanan                                            19
     Lingkaran Pertama                                              20
     Lingkaran Kedua                                                27
     Lingkaran Ketiga                                               33
     Epilog                                                         39
BAB 5 REFLEKSI PENYELIDIK
     Orientasi Kajian Tindakan dan Peranan Penyelidik Universiti    48
     Peranan Penyelidik Guru                                        54
BAB 6 KESIMPULAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI &
      CADANGAN
     Kesimpulan & Perbincangan                                      57
     Implikasi & Cadangan                                           61
Rujukan                                                             63




                                                                         vii
Masalah Pembelajaran Sejarah: Satu Kajian Tindakan

                             BAB SATU PENGENALAN

                               Latar Belakang Kajian

       Perkembangan kajian tindakan adalah selaras dengan anjakan paradigma

dalam perbahasan tentang asas pengetahuan untuk pengajaran ( knowledge base for

teaching ) yang kini memperlihatkan peralihan daripada model sistem mengajar yang

bersifat preskriptif oleh ejen luar (penyelidik di universiti ) dan dari domain ilmu di

luar pendidikan seperti psikologi , sosiologi dan falsafah (Bruner, 1966), kepada

pengetahuan tentang pengajaran dalam konteks bilik darjah yang bersifat kontekstual

dan partikularistik, dijana oleh guru sendiri sebagai penyelidik ( Doyle, 1989 ).



            Usaha sama yang cuba dijalinkan antara penyelidik guru dan penyelidik

dari kalangan pensyarah pendidikan merupakan satu langkah ke arah merapatkan

jurang dan ketegangan antara guru sebagai pengamal profesional dan pensyarah

pendidikan di universiti. Penglibatan dalam kajian tindakan akan memupuk amalan

pemikiran reflektif secara kritis di kalangan guru dan seterusnya membina himpunan

pengetahuan tentang pengajaran yang amat berguna untuk kerjaya mereka

selanjutnya. Diskusi intelektual yang dibuat oleh kedua-dua pihak baik pada tahap

awal untuk mengenal pasti masalah, penjelasan masalah mahupun pada tahap

merancang tindakan intervensi , pelaksanaan tindakan, pemerhatian , pengumpulan

data dan refleksi pula akan dapat menghasilkan sumber dan penemuan baru yang pasti

dapat memperkaya literature berhubung dengan asas pengetahuan tentang pengajaran.




                                                                                    viii
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sejarah, masalah mengingat

fakta dan menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak

umum bagi pelajar dan juga guru sejarah, khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi

akademik ( NEA Today, November, 2003). Penyelesaian terbaik kepada masalah ini

adalah spesifik mengikut kes dan amat susah untuk dibuat generalisasi daripada kes

lain ataupun ke atas kes lain. Justeru, seperti yang ditegaskan di atas guru sebagai

pengamal yang faham dengan dinamisme konteks bilik darjah dan pelajar perlu

menjalankan kajian tindakan untuk merintis intervensi yang terbaik bagi membantu

golongan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran ini.



                                    Penyataan Masalah

Penyelidik guru telah mengajar subjek Sejarah untuk 10 tahun manakala penyelidik

FSKP juga mempunyai pengalaman mengajar subjek Sejarah selama 12 tahun. Satu

pengalaman yang dikongsi bersama oleh kedua-dua penyelidi guru dan penyelidik

FSKP ialah sering kali terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam

pembelajaran sejarah, khususnya dari segi keupayaan untuk mengingat fakta sejarah

yang dipelajari. Masalah pembelajaran ini jugalah yang mengakibatkan mereka tidak

dapat mencapai keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan, baik peringkat

sekolah mahupun peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Pengalaman yang

dikongsi bersama inilah yang menjadi titik tolak untuk usaha sama kedua-dua pihak

dalam projek kajian tindakan ini.



       Memandangkan bahawa penyelidik guru masih lagi mengajar subjek sejarah

di sekolah, justeru persetujuan telah dicapai untuk menjayakan satu projek kajian

tindakan yang melibatkan perkongsian bestari antara dua stakeholder yang penting



                                                                                  ix
dalam educational entreprise, iaitu guru dan pensyarah pendidikan dari universiti. Ini

merupakan satu usaha ke arah merapatkan jurang antara teori dan praktis, di samping

memupuk budaya kajian tindakan sebagai mekanisme continous professional

development untuk meningkatkan profesionalisme guru.



                    Tinjauan Awal Untuk Memahami Masalah

Berasaskan pemerhatian penyelidik guru, sekumpulan pelajar dari kelas 4P2 (2003)

menghadapi masalah pembelajaran sejarah seperti yang disebutkan di atas. Penyelidik

guru berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu dari segi pihak beliau sebagai guru

agar pelajar-pelajar ini dapat mempelajari subjek Sejarah secara lebih efektif dan

seterusnya mencapai keputusan yang memuaskan dalam SPM tahun 2004.

       Walau bagaimanapun, apabila sesi persekolahan 2004 bermula pada Januari

2004, terdapat perubahan dari segi penempatan kelas yang diajar oleh penyelidik

guru. Kajian tindakan tidak dapat diteruskan ke atas sasaran subjek kajian yang

dikenal pasti pada peringkat awal (hasil perbincangan kedua-dua pihak pada

November 2003).       Memandangkan penyelidik guru ditugaskan mengajar subjek

Sejarah bagi kelas yang lain, Tingkatan 5P1, yang juga terdapat masalah

pembelajaran sejarah di kalangan pelajarnya, maka persetujuan dicapai agar kajian

tindakan dilakukan ke atas pelajar kelas ini.



       Setelah perbincangan awal tentang rangka struktur projek kajian tindakan

usaha sama penyelidik guru & penyelidik FSKP, penyelidik guru mula melakukan

tinjauan yang lebih sistematik serta membuat refleksi secara bersama dengan

penyelidik FSKP ke atas hasil tinjauan. Penyelidik guru telah mendapati bahawa 10

orang pelajar daripada kelas ini telah mendapat markah yang rendah bagi subjek



                                                                                    x
sejarah dalam peperiksaan akhir tahun yang lepas. Apabila diteliti skrip jawapan

mereka, didapati bahawa mereka mengalami masalah untuk mengingat fakta-fakta

sejarah . Melalui pemerhatian semasa P&P dalam kelas pula, penyelidik guru telah

mendapati bahawa pelajar ini sebenarnya amat pasif semasa P&P dijalankan. Justeru,

penyelidik guru bercadang untuk menyelidik masalah pembelajaran yang dihadapi

oleh kumpulan pelajar ini agar dapat mengenal pasti dan menjalankan program

intervensi tertentu dalam bentuk pendekatan P&P di bilik darjah. Semoga kajian

tindakan yang dijalankan ini dapat membantu 10 orang pelajar yang akan menduduki

peperiksaan SPM pada tahun 2004 ini, agar masalah pembelajaran mereka dapat

diatasi dan mereka dapat menghadapi peperiksaan SPM dengan lebih yakin dan

semoga mendapat keputusan yang memuaskan.



                                        Objektif Kajian

         Secara umumnya objektif projek kajian tindakan secara kolaboratif ini

dirancang untuk mereka bentuk satu cadangan metodologi intervensi P&P bagi

membantu 10 pelajar yang agak lemah dalam kelas 5P1 mengatasi masalah

pembelajaran mereka dalam subjek sejarah.

         Berasaskan konsensus yang dicapai antara penyelidik universiti dan penyelidik

guru untuk menerapkan strategi pembelajaran koperatif STAD, objektif khusus yang

ingin dicapai adalah seperti berikut:

     -    Mengkaji kesan strategi pembelajaran koperatif STAD terhadap pencapaian

          subjek kajian dalam ujian/peperiksaan sejarah;

     -    Mengkaji kesan strategi pembelajaran koperatif STAD terhadap sikap subjek

          kajian terhadap pembelajaran sejarah;




                                                                                    xi
-    Mengkaji penerimaan subjek kajian terhadap strategi pembelajaran koperatif

            STAD;



                                      Soalan Kajian

           Kajian tindakan kolaboratif ini cuba menjawab soalan kajian berikut :

   -       Apakah kesan intervensi strategi pembelajaran koperatif STAD terhadap

           pencapaian dalam sejarah bagi subjek kajian?

   -        Adakah kesan strategi pembelajaran koperatif STAD terhadap sikap subjek

            kajian terhadap pembelajaran sejarah;

       -    Bagaimanakah penerimaan subjek kajian terhadap strategi pembelajaran

            koperatif STAD;




                                   Kepentingan Kajian

           Hasil kajian ini adalah penting kerana dapat merintis jalan kepada guru dan

pelajar ke arah strategi pembelajaran alternatif untuk mengatasi masalah pembelajaran

dalam sejarah. Di samping itu, hasil kajian tindakan ini dapat menokok tambah

kepada himpunan ilmu pengetahuan tentang strategi P&P sejarah , bagi konteks

penyelidik guru tersebut ,dan juga bagi guru sejarah lain yang mungkin juga

mengalami masalah yang seumpamanya.                 Tambahan lagi kajian tindakan yang

bersifat kolaboratif ini dapat merintis jalan ke arah jalinan perkongsian bestari antara

penyelidik universiti dan penyelidik guru untuk sama-sama memartabatkan profesion

keguruan.



                               Definisi Operasional


                                                                                     xii
Kajian Tindakan : Kajian yang dijalankan oleh guru secara sendiri atau

berkolaborasi dengan penyelidik luar, untuk menyelesaikan masalah pengajaran atau

masalah pembelajaran dalam konteks sesebuah bilik darjah. Dalam kajian ini model

kajian tindakan merupakan kolaborasi antara penyelidik guru dan penyelidik dari

FSKP UUM, di bawah projek usaha sama FSKP dan JPN Kedah.



        Masalah Pembelajaran : Masalah pembelajaran dalam kajian tindakan ini

merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh10 orang pelajar 5P1 dalam pembelajaran

Sejarah. Lebih spesifik lagi, tinjauan awal yang dijalankan oleh penyelidik guru

mendapati bahawa masalah pembelajaran mereka adalah kelemahan dari segi

mengingat fakta dan menghurai fakta sejarah semasa menjawab soalan esei sejarah

yang berpunca daripada pemahaman yang superficial dan mungkin pula akibat tidak

berlakunya komunikasi/interaksi sesama rakan mahupun dengan guru semasa proses

P&P dan juga semasa ulang kaji di luar P&P.



        STAD (Student Team Achievement Divisions) : STAD merupakan satu

model strategi pembelajaran dalam bilik darjah yang mengaplikasikan konsep

pembelajaran koperatif.   Andaian asas untuk model pembelajaran STAD ialah

pembelajaran yang berlaku dalam kumpulan yang heterogenous akan dapat membantu

pelajar meningkatkan pemahaman terhadap isi pelajaran yang diajar , meningkatkan

motivasi untuk terus berusaha demi mencapai kecemerlangan.



     Langkah-langkah yang dicadangkan untuk strategi pembelajarn STAD adalah

seperti berikut :

        1. Guru mengajar sesuatu tajuk, dengan memperkenalkan fakta & tema

            utama;


                                                                             xiii
2. Pelajar duduk dalam kumpulan heterogenous dari segi jantina, etnik, dan

           kebolehan akademik;

       3. Lembaran kerja diedarkan kepada setiap kumpulan untuk diselesaikan

           dalam kumpulan;

       4. Guru memantau perbincangan kumpulan;

       5. Pelajar diberi kuiz berdasarkan isi pelajaran yang dipelajari pada hari itu;

       6. Skor individu dikira dari segi skor peningkatan berbanding dengan skor

           dalam kuiz yang sebelumnya;

       7. Skor kumpulan dikira dengan menjumlahkan skor peningkatan individu

           bagi setiap ahli kumpulan;

       8. Kumpulan yang mencapai skor peningkatan keseluruhan yang tertinggi

           akan diberi ganjaran dalam bentuk hadiah;

       Proses ini akan diulangi pada setiap sesi P&P dan sekali lagi apabila tamat

pengajaran satu unit pelajaran, sebelum pelajar diberi posttest.



                             Limitasi dan Delimitasi Kajian

Memandangkan kajian ini merupakan kajian tindakan, yang bersifat partikularistik

untuk menyelesaikan masalah P&P dalam satu-satu konteks P&P yang spesifik,

justeru penyelidik tidak berniat membuat sebarang generalisasi berasaskan dapatan

kajian ini terhadap P&P sejarah secara umumnya. Dapatan kajian dan sebarang kesan

dan perubahan yang diperhatikan dalam kajian ini adalah tertakluk kepada konteks

kelas ini seperti bilangan pelajar yang agak ideal (21 orang), dan pelajar kelas

peperiksaan (tingkatan 5).


  Namun, sebagai langkah delimitasi agar hasil dapatan kajian ini dapat membawa

  manfaat yang lebih untuk menambahkan himpunan knowledge-base tentang P&P


                                                                                    xiv
sejarah bersifat practical-wisdom yang dapat dikongsikan oleh warga guru sejarah

secara khususnya, dan warga guru secara amnya, penyelidik cuba untuk membuat

laporan yang lebih terperinci dari segi konteks kajian. Dengan cara ini, mungkin

            transferability kajian tindakan ini dapat dipertingkatkan.




                                                                                   xv
BAB DUA SOROTAN KARYA BERKAITAN


         Kerangka Teoretikal : Asas Penjelasan Masalah Kajian & Program
                                        Intervensi



Dalam penulisan berhubung dengan P&P Sejarah, literasi sejarah dikatakan

merangkumi 3 dimensi utama iaitu pengetahuan fakta sejarah, penaakulan sejarah,

dan kemahiran berkomunikasi untuk mengongsikan pengetahuan sejarah dan

penaakulan sejarah dengan orang lain ( Drake,1997).            Kajian tentang proses

pembelajaran dan pemikiran manusia pula menegaskan bahawa penguasaan

pengetahuan baru dan pengekalan pengetahuan baru dalam ingatan menuntut supaya

pemerolehan pengetahuan dilakukan melalui pelbagai deria;           adanya latih tubi;

melibatkan pengetahuan yang bermakna dan dapat dikaitkan dengan pengetahuan

sedia ada ( Bransford, et al, 1999).        Dalam kes subjek kajian ini, masalah

pembelajaran dari segi mengingat fakta, dan menghurai fakta amatlah berkaitan

dengan tahap pemahaman pelajar terhadap konten sejarah yang diajar. Fakta sejarah

yang diajar oleh guru diingat secara berasingan tanpa melalui pemprosesan minda.

Hal ini berlaku kerana subjek kajian bersifat pasif dan tidak melibatkan diri dalam

perbincangan dengan orang lain, mengakibatkan proses penaakulan tidak berlaku dan

tahap pemahaman mereka terhadap isi pelajaran sejarah adalah pada tahap superficial.



        Sehubungan itu, Slavin (1987) mencadangkan 2 perspektif teori yang dapat

dikaitkan dengan kesan positif pembelajaran koperatif iaitu teori motivasi dan teori

        kognitif. Dari perspektif motivasi, penetapan gol secara koperatif seperti

dalam




                                                                                       xvi
pembelajaran koperatif mewujudkan satu situasi di mana setiap ahli kumpulan

akan hanya dapat mencapai matlamat peribadi sekiranya kumpulannya berjaya (

Slavin,        1990). Justeru, demi mencapai matlamat peribadi, pelajar akan cuba

memberi galakan

          kepada rakan-rakan sekumpulan serta membantu mereka agar kumpulan

mereka akan

          berjaya.



    Dari perspektif kognitif pula, 2 teori dapat digunakan untuk menjelaskan kesan

pembelajaran koperatif, iaitu teori perkembangan (developmental) dan teori elaborasi

(elaboration) (Slavin, 1987). Teori developmental mengandaikan bahawa interaksi

sesama pelajar dalam menjalankan tugasan yang bersesuaian akan dapat

meningkatkan tahap penguasaan mereka terhadap konsep-konsep penting (Damon,

1987). Hal ini kerana melalui proses interaksi dengan pelajar lain, pelajar akan

terpaksa menerangkan dan membincangkan perspektif masing-masing terhadap

sesuatu tajuk/isu, dan ini seterusnya membawa kepada peningkatan penguasaan

mereka terhadap apa yang mereka pelajari.            Di samping itu, usaha untuk

menyelesaikan percanggahan pendapat yang mungkin timbul semasa perbincangan

mereka turut mengakibatkan peningkatan tahap pemahaman terhadap konten yang

dipelajari.



    Penjelasan dari perspektif teori elaborasi pula menekankan bahawa salah satu cara

pembelajaran yang paling berkesan adalah untuk menerangkan bahan yang dipelajari

kepada orang lain.       Aktivi pembelajaran koperatif seperti model STAD akan

menggalakkan pemikiran elaboratif dan meningkatkan kekerapan memberi dan



                                                                                 xvii
menerima penjelasan, justeru dipercayai berpotensi untuk menambahkan tahap

pemahaman, kualiti penaakulan, the meningkatkan tahap ketepatan ingatan jangka

panjang ( Johnson, Johnson, & Holubec, 1986).



            Sorotan Karya Tentang Kaedah Pembelajaran Koperatif

Beberapa kajian telah menyelidiki kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap

pembelajaran pelajar.    Antaranya, Humphreys, Johnson, dan Johnson ( 1982)

membuat perbandingan strategi pembelajaran secara koperatif, kompetitif, dan

individulistik dalam pembelajaran Sains. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa

pelajar yang diajar dengan kaedah koperatif dapat mengingat dan mengekalkan

ingatan tentang lebih banyak maklumat yang dipelajari, berbanding dengan pelajar

yang belajar secara kompetitif dan individulistik. Dalam hal ini juga, Sherman dan

Thomas (1986) turut mendapat hasil dapatan yang serupa dalam kajian mereka yang

dijalankan ke atas pembelajaran matematik moden di sekolah menengah atas. Allen

dan Van Sickle (1984) dalam satu kajian eksperimental di kalangan pelajar lemah

pencapaian akademik, menggunakan Model Pengajaran STAD sebagai rawatan, dan

mendapati bahawa pelajar lemah yang diajar berasaskan model STAD mendapat skor

yang lebih tinggi dalam ujian subjek Geografi Dunia.



              Sebagai rumusan, meta-analisis yang dilakukan oleh Johnson,

Maruyama, Johnson, nelson, dan Skon ( 1981) ke atas 122 kajian yang telah

dijalankan menunjukkan bahawa terdapat bukti yang kukuh tentang kelebihan

pembelajaran koperatif berbanding dengan pendekatan lain yang bersifat kompetitif

dan individulistik, dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar.




                                                                             xviii
Kerangka Konseptual Tindakan



         Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini bertitik tolak daripada andaian

bahawa

         masalah pembelajaran pelajar ada kaitannya (walaupun bukan sepenuhnya )

dengan

         strategi P&P yang digunakan dalam bilik darjah. Justeru, guru dapat

membantu

menyelesaikan/mengurangkan masalah pembelajaran pelajar dengan membuat

         intervensi yang bersesuaian dari segi pendekatan P&P di bilik darjah.

                                       Masalah Pembelajaran
                               P l j



                                       Strategi P&P Di Bilik
                               D j h


                       Rajah l: Andaian Asas Kajian Tindakan




                                                                                      xix
Berhubung dengan program intervensi yang digunakan dalam kajian tindakan

       ini, andaiannya adalah seperti berikut :



                                               Motiv
                                     asi
       Strategi P&P                            - gol
secara Pembelajaran                  b                                       Memahami Fakta
Koperatif- Model                                               S j       h
STAD
                                                                         Mengingat Fakta
                                                              S j    h


                                               Kogniti
                                     f
                                               -
                                     d     l           t l



 Rajah 2: Andaian Asas Program Intervensi Dalam Kajian Tindakan ini




                                                                               xx
BAB TIGA METODOLOGI


                                 Reka Bentuk Kajian


        Kajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin

seperti berikut :


                                            Mengenal Pasti Isu &
                                            Masalah Kajian




                                       Menganalisis
                                            Masalah
                                   -   Perbincangan penyelidik guru &
                                       pensyarah
                                            -    Tinjauan Karya


 Refleksi &
                                            -
 Penilaian

                                                                         konseptualisasi Masalah :
                                                                         Prinsip/Teori Berhubung
                                                                         Dengan Masalah
 Mengutip &
 Menganalisis data




                                   Pelaksan                   Pembentukan Pelan
                           aan                                Tindakan &
                                   Tindaka                    Penetapan Alat kajian
                            /                                 / Kaedah Penilaian


                         Rajah 3: Model Kajian Tindakan
        Projek KT ini telah berlangsung selama empat bulan (Mac hingga Jun 2004)

melalui tiga lingkaran intervensi sebelum mencapai matlamat yang disasarkan.




                                                                                      xxi
Subjek Kajian

Kajian tindakan ini berfokus kepada 10 orang pelajar 5P1 yang menghadapi masalah

pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah.



       Instrumen Kajian


Subjek kajian diberi pretest dan post-test, iaitu ujian sumatif (seperti ujian bulanan )
yang diberi selepas tamatnya pengajaran satu unit pelajaran. Soalan dalam pretest
tidak sama dengan soalan posttest kerana menguji konten pelajaran yang berbeza.
Untuk memperlihatkan ketekalan kesan intervensi, intervensi dilaksanakan untuk tiga
topik pelajaran, dan melibatkan 3 posttest yang berbeza. Satu temu bual berstruktur
diadakan dengan 10 orang subjek kajian selepas program intervensi untuk meninjau
dengan lebih mendalam tentang penerimaan mereka terhadap strategi pembelajaran
STAD. Selain itu, penyelidik guru juga mencatatkan pemerhatian yang dirasakan
salient semasa P&P/pelaksanaan intervensi di bilik darjah.


       Prosedur Kutipan Data

       Untuk mengelakkan Hawthorne effect ke atas subjek kajian yang akan

menjejaskan external validity, semasa pelaksanaan program intervensi, 10 orang

subjek kajian diletakkan dalam setting bilik darjah seperti biasa. Ini bermakna semua

pelajar dalam kelas 5 P1 telah melibatkan diri dalam strategi STAD semasa P&P

sejarah bersama-sama dengan 10 subjek kajian ini. Namun, hanya data skor pretest

dan post-test bagi subjek kajian dianalisis dan dilaporkan. Selain itu, temu bual

berstruktur secara individu telah dibuat bersama 10 orang subjek kajian oleh kedua-

dua penyelidik selepas program intervensi.




       Kesahan Data & Interpretasi Data




                                                                                    xxii

Contenu connexe

Tendances

Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
Sella Yunik
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Wan Nor Faezah
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Wany Hardy
 

Tendances (20)

Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 

En vedette

Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual bee
Nur Kareena
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
abdol rahim
 
Sistem token dan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran
Sistem token dan permainan dalam pengajaran dan pembelajaranSistem token dan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran
Sistem token dan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran
hazarith
 
3 keanjalan permintaan dan penawaran
3  keanjalan permintaan dan penawaran3  keanjalan permintaan dan penawaran
3 keanjalan permintaan dan penawaran
Nur Az
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Shahid Hosey
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
idahazira
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
cikgusuepkhas
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21
Mohd Kasman
 
Effective teaching strategy using mind map
Effective teaching strategy using mind mapEffective teaching strategy using mind map
Effective teaching strategy using mind map
Syahrul Nizam Junaini
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Rosdi Ramli
 

En vedette (20)

Tutorial konsep pengurusan
Tutorial konsep pengurusanTutorial konsep pengurusan
Tutorial konsep pengurusan
 
Seminar tesis final
Seminar tesis finalSeminar tesis final
Seminar tesis final
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual bee
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
 
Sistem token dan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran
Sistem token dan permainan dalam pengajaran dan pembelajaranSistem token dan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran
Sistem token dan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Seminar Kajian Tindakan Sem 8 IPGKPT
Seminar Kajian Tindakan Sem 8 IPGKPTSeminar Kajian Tindakan Sem 8 IPGKPT
Seminar Kajian Tindakan Sem 8 IPGKPT
 
Pengurusan bilik-darjah
Pengurusan bilik-darjahPengurusan bilik-darjah
Pengurusan bilik-darjah
 
Bilik darjah dinamik
Bilik darjah dinamikBilik darjah dinamik
Bilik darjah dinamik
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
3 keanjalan permintaan dan penawaran
3  keanjalan permintaan dan penawaran3  keanjalan permintaan dan penawaran
3 keanjalan permintaan dan penawaran
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaranInovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21
 
Konsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahKonsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjah
 
Effective teaching strategy using mind map
Effective teaching strategy using mind mapEffective teaching strategy using mind map
Effective teaching strategy using mind map
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 

Similaire à Kajian tindakan bilik darjah

65173562 Kpd 3026 Teknologi Pengajaran Dan Penaksiran
65173562  Kpd 3026  Teknologi  Pengajaran  Dan  Penaksiran65173562  Kpd 3026  Teknologi  Pengajaran  Dan  Penaksiran
65173562 Kpd 3026 Teknologi Pengajaran Dan Penaksiran
Tan C.EAN
 
Pengajaran konstuktivisme
Pengajaran konstuktivismePengajaran konstuktivisme
Pengajaran konstuktivisme
nirmalavadiwel
 
Chua khenghoemfp
Chua khenghoemfpChua khenghoemfp
Chua khenghoemfp
GV Vaani
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
huda hamdan
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
huda hamdan
 
Penelitian tindakan kelas (viii)
Penelitian tindakan kelas (viii)Penelitian tindakan kelas (viii)
Penelitian tindakan kelas (viii)
Ibenk Hallen
 
Ppt rangkuman paket
Ppt rangkuman paketPpt rangkuman paket
Ppt rangkuman paket
Whuy Whuy
 

Similaire à Kajian tindakan bilik darjah (20)

65173562 Kpd 3026 Teknologi Pengajaran Dan Penaksiran
65173562  Kpd 3026  Teknologi  Pengajaran  Dan  Penaksiran65173562  Kpd 3026  Teknologi  Pengajaran  Dan  Penaksiran
65173562 Kpd 3026 Teknologi Pengajaran Dan Penaksiran
 
Pengajaran konstuktivisme
Pengajaran konstuktivismePengajaran konstuktivisme
Pengajaran konstuktivisme
 
Chua khenghoemfp
Chua khenghoemfpChua khenghoemfp
Chua khenghoemfp
 
Penelitian tindakan kelas dan pentingnya bagi kerja keguruan
Penelitian tindakan kelas dan pentingnya bagi kerja keguruanPenelitian tindakan kelas dan pentingnya bagi kerja keguruan
Penelitian tindakan kelas dan pentingnya bagi kerja keguruan
 
PENELITIAN TINDAKAN KELAS DAN PENTINGNYA BAGI KERJA KEGURUAN
PENELITIAN TINDAKAN KELAS DAN PENTINGNYA BAGI KERJA KEGURUANPENELITIAN TINDAKAN KELAS DAN PENTINGNYA BAGI KERJA KEGURUAN
PENELITIAN TINDAKAN KELAS DAN PENTINGNYA BAGI KERJA KEGURUAN
 
Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28
Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28
Bab 2-konsep-penyelidikan-13-28
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Penelitian tindakan kelas (viii)
Penelitian tindakan kelas (viii)Penelitian tindakan kelas (viii)
Penelitian tindakan kelas (viii)
 
Metodologi PIPS
Metodologi  PIPSMetodologi  PIPS
Metodologi PIPS
 
Ptk
PtkPtk
Ptk
 
Kaedah penyelidikan action method
Kaedah penyelidikan action methodKaedah penyelidikan action method
Kaedah penyelidikan action method
 
Panduan proposal dan skripsi ptk
Panduan  proposal dan skripsi ptkPanduan  proposal dan skripsi ptk
Panduan proposal dan skripsi ptk
 
Penyusunan proposal ptk
Penyusunan proposal ptkPenyusunan proposal ptk
Penyusunan proposal ptk
 
Konsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTKKonsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTK
 
Ptk presentasi
Ptk presentasiPtk presentasi
Ptk presentasi
 
Konsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTKKonsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTK
 
Seminar Hasil.pptx
Seminar Hasil.pptxSeminar Hasil.pptx
Seminar Hasil.pptx
 
Langkah-langkah Pelaksanaan Penelitian Tindakan Kelas
Langkah-langkah Pelaksanaan Penelitian Tindakan KelasLangkah-langkah Pelaksanaan Penelitian Tindakan Kelas
Langkah-langkah Pelaksanaan Penelitian Tindakan Kelas
 
Ppt rangkuman paket
Ppt rangkuman paketPpt rangkuman paket
Ppt rangkuman paket
 

Kajian tindakan bilik darjah

  • 1. MASALAH PEMBELAJARAN SEJARAH: SATU KAJIAN TINDAKAN TOR GEOK HWA FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PENDIDIKAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2004 iv
  • 2. PENGHARGAAN Kajian tindakan ini dapat dilaksanakan dengan tajaan geran Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Penyelidik juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah atas initisiatif untuk mewujudkan platform bagi projek kajian tindakan bersifat kolaboratif ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Cikgu Nashitah Bt. Saad yang sudi menjadi rakan kongsi penyelidikan, dan subjek penyelidikan dalam projek ini, serta pihak sekolah yang memberi kebenaran dan kerjasama untuk menjayakan projek kajian tindakan ini. v
  • 3. ABSTRAK Kajian tindakan (KT) kolaboratif antara penyelidik universiti (pensyarah pendidikan) dan penyelidik guru ini merupakan satu langkah ke arah perkongsian bestari antara kedua-dua pihak dalam hal professional development dan penambahbaikan P&P sejarah. Kajian ini bertitik-tolak daripada masalah pembelajaran sejarah sekumpulan pelajar (10 orang) dalam satu kelas. Perbincangan awal antara kedua-dua pihak telah mencapai konsensus tentang andaian bahawa punca masalah pembelajaran sejarah untuk pelajar-pelajar ini ialah mereka pasif dalam proses pembelajaran dan tidak mengalami proses penaakulan dan deep learning. Sehubungan itu, hasil daripada inkuiri secara deliberate oleh penyelidik ke atas literature teori pembelajaran umum dan teori pembelajaran sejarah, program intervensi dalam bentuk pembelajaran koperatif model STAD telah dikenal pasti dan dijalankan ke atas subjek kajian ini dalam setting P&P dalam bilik darjah (untuk mengelakkan Hawthorne effect). Program intervensi dijalankan dalam 3 lingkaran kerana usaha penambahbaikan dibuat berasaskan maklum balas daripada pelajar semasa pelaksanaan intervensi. Kesan intervensi dilihat dari segi perbandingan skor pre-test dan post-test, pemerhatian terhadap gerak balas pelajar semasa P&P, serta perubahan sikap terhadap subjek sejarah (pra dan pasca-intervensi). Skor pre-test dan post-test telah dianalisis untuk melihat peningkatan skor mentah di samping ujian-t berpasangan yang dijalankan untuk melihat signifikan perubahan skor yang tercatat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif sememangnya berkesan untuk mengatasi masalah pembelajaran sejarah dari segi mengingat fakta yang berpunca daripada kepasifan dan pembelajaran/penaakulan yang tidak mendalam di kalangan subjek kajian Dari segi penglibatan semasa P&P, pemerhatian oleh penyelidik guru menunjukkan bahawa interaksi dan gerak balas subjek kajian dengan bahan pengajaran (buku teks), rakan sebaya dan guru turut jelas memperlihatkan perubahan. Selain itu, penyelidik turut menghuraikan refleksi kritikal yang dilalui sepanjang perancangan dan pelaksanaan KT ini, di samping penjelasan tentang orientasi KT ini. vi
  • 4. ISI KANDUNGAN PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB i PENGHARGAAN ii ABSTRAK iii ISI KANDUNGAN iv BAB 1 PENGENALAN Latar Belakang Kajian 1 Penyataan Masalah 2 Tinjauan Awal 3 Objektif Kajian 4 Soalan Kajian 5 Kepentingan Kajian 6 Definisi Operasional 6 Limitasi dan Delimitasi Kajian 8 BAB 2 SOROTAN KARYA BERKAITAN Kerangka Teoretikal (Asas Penjelasan Masalah Kajian & Program Intervensi) 9 Sorotan Karya Tentang Kaedah Pembelajaran Koperatif 11 Kerangka Konseptual Tindakan 12 BAB 3 METODOLOGI Reka Bentuk Kajian 14 Subjek Kajian 15 Instrumen Kajian 15 Prosedur Kutipan Data 15 Kesahan Data & Interpretasi Data 16 Transferability Kajian (external validity) 16 Batasan Kajian 17 BAB 4 LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN Konteks Kajian 18 Struktur Pelaksanan 19 Lingkaran Pertama 20 Lingkaran Kedua 27 Lingkaran Ketiga 33 Epilog 39 BAB 5 REFLEKSI PENYELIDIK Orientasi Kajian Tindakan dan Peranan Penyelidik Universiti 48 Peranan Penyelidik Guru 54 BAB 6 KESIMPULAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI & CADANGAN Kesimpulan & Perbincangan 57 Implikasi & Cadangan 61 Rujukan 63 vii
  • 5. Masalah Pembelajaran Sejarah: Satu Kajian Tindakan BAB SATU PENGENALAN Latar Belakang Kajian Perkembangan kajian tindakan adalah selaras dengan anjakan paradigma dalam perbahasan tentang asas pengetahuan untuk pengajaran ( knowledge base for teaching ) yang kini memperlihatkan peralihan daripada model sistem mengajar yang bersifat preskriptif oleh ejen luar (penyelidik di universiti ) dan dari domain ilmu di luar pendidikan seperti psikologi , sosiologi dan falsafah (Bruner, 1966), kepada pengetahuan tentang pengajaran dalam konteks bilik darjah yang bersifat kontekstual dan partikularistik, dijana oleh guru sendiri sebagai penyelidik ( Doyle, 1989 ). Usaha sama yang cuba dijalinkan antara penyelidik guru dan penyelidik dari kalangan pensyarah pendidikan merupakan satu langkah ke arah merapatkan jurang dan ketegangan antara guru sebagai pengamal profesional dan pensyarah pendidikan di universiti. Penglibatan dalam kajian tindakan akan memupuk amalan pemikiran reflektif secara kritis di kalangan guru dan seterusnya membina himpunan pengetahuan tentang pengajaran yang amat berguna untuk kerjaya mereka selanjutnya. Diskusi intelektual yang dibuat oleh kedua-dua pihak baik pada tahap awal untuk mengenal pasti masalah, penjelasan masalah mahupun pada tahap merancang tindakan intervensi , pelaksanaan tindakan, pemerhatian , pengumpulan data dan refleksi pula akan dapat menghasilkan sumber dan penemuan baru yang pasti dapat memperkaya literature berhubung dengan asas pengetahuan tentang pengajaran. viii
  • 6. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sejarah, masalah mengingat fakta dan menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi pelajar dan juga guru sejarah, khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik ( NEA Today, November, 2003). Penyelesaian terbaik kepada masalah ini adalah spesifik mengikut kes dan amat susah untuk dibuat generalisasi daripada kes lain ataupun ke atas kes lain. Justeru, seperti yang ditegaskan di atas guru sebagai pengamal yang faham dengan dinamisme konteks bilik darjah dan pelajar perlu menjalankan kajian tindakan untuk merintis intervensi yang terbaik bagi membantu golongan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran ini. Penyataan Masalah Penyelidik guru telah mengajar subjek Sejarah untuk 10 tahun manakala penyelidik FSKP juga mempunyai pengalaman mengajar subjek Sejarah selama 12 tahun. Satu pengalaman yang dikongsi bersama oleh kedua-dua penyelidi guru dan penyelidik FSKP ialah sering kali terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran sejarah, khususnya dari segi keupayaan untuk mengingat fakta sejarah yang dipelajari. Masalah pembelajaran ini jugalah yang mengakibatkan mereka tidak dapat mencapai keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan, baik peringkat sekolah mahupun peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Pengalaman yang dikongsi bersama inilah yang menjadi titik tolak untuk usaha sama kedua-dua pihak dalam projek kajian tindakan ini. Memandangkan bahawa penyelidik guru masih lagi mengajar subjek sejarah di sekolah, justeru persetujuan telah dicapai untuk menjayakan satu projek kajian tindakan yang melibatkan perkongsian bestari antara dua stakeholder yang penting ix
  • 7. dalam educational entreprise, iaitu guru dan pensyarah pendidikan dari universiti. Ini merupakan satu usaha ke arah merapatkan jurang antara teori dan praktis, di samping memupuk budaya kajian tindakan sebagai mekanisme continous professional development untuk meningkatkan profesionalisme guru. Tinjauan Awal Untuk Memahami Masalah Berasaskan pemerhatian penyelidik guru, sekumpulan pelajar dari kelas 4P2 (2003) menghadapi masalah pembelajaran sejarah seperti yang disebutkan di atas. Penyelidik guru berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu dari segi pihak beliau sebagai guru agar pelajar-pelajar ini dapat mempelajari subjek Sejarah secara lebih efektif dan seterusnya mencapai keputusan yang memuaskan dalam SPM tahun 2004. Walau bagaimanapun, apabila sesi persekolahan 2004 bermula pada Januari 2004, terdapat perubahan dari segi penempatan kelas yang diajar oleh penyelidik guru. Kajian tindakan tidak dapat diteruskan ke atas sasaran subjek kajian yang dikenal pasti pada peringkat awal (hasil perbincangan kedua-dua pihak pada November 2003). Memandangkan penyelidik guru ditugaskan mengajar subjek Sejarah bagi kelas yang lain, Tingkatan 5P1, yang juga terdapat masalah pembelajaran sejarah di kalangan pelajarnya, maka persetujuan dicapai agar kajian tindakan dilakukan ke atas pelajar kelas ini. Setelah perbincangan awal tentang rangka struktur projek kajian tindakan usaha sama penyelidik guru & penyelidik FSKP, penyelidik guru mula melakukan tinjauan yang lebih sistematik serta membuat refleksi secara bersama dengan penyelidik FSKP ke atas hasil tinjauan. Penyelidik guru telah mendapati bahawa 10 orang pelajar daripada kelas ini telah mendapat markah yang rendah bagi subjek x
  • 8. sejarah dalam peperiksaan akhir tahun yang lepas. Apabila diteliti skrip jawapan mereka, didapati bahawa mereka mengalami masalah untuk mengingat fakta-fakta sejarah . Melalui pemerhatian semasa P&P dalam kelas pula, penyelidik guru telah mendapati bahawa pelajar ini sebenarnya amat pasif semasa P&P dijalankan. Justeru, penyelidik guru bercadang untuk menyelidik masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kumpulan pelajar ini agar dapat mengenal pasti dan menjalankan program intervensi tertentu dalam bentuk pendekatan P&P di bilik darjah. Semoga kajian tindakan yang dijalankan ini dapat membantu 10 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2004 ini, agar masalah pembelajaran mereka dapat diatasi dan mereka dapat menghadapi peperiksaan SPM dengan lebih yakin dan semoga mendapat keputusan yang memuaskan. Objektif Kajian Secara umumnya objektif projek kajian tindakan secara kolaboratif ini dirancang untuk mereka bentuk satu cadangan metodologi intervensi P&P bagi membantu 10 pelajar yang agak lemah dalam kelas 5P1 mengatasi masalah pembelajaran mereka dalam subjek sejarah. Berasaskan konsensus yang dicapai antara penyelidik universiti dan penyelidik guru untuk menerapkan strategi pembelajaran koperatif STAD, objektif khusus yang ingin dicapai adalah seperti berikut: - Mengkaji kesan strategi pembelajaran koperatif STAD terhadap pencapaian subjek kajian dalam ujian/peperiksaan sejarah; - Mengkaji kesan strategi pembelajaran koperatif STAD terhadap sikap subjek kajian terhadap pembelajaran sejarah; xi
  • 9. - Mengkaji penerimaan subjek kajian terhadap strategi pembelajaran koperatif STAD; Soalan Kajian Kajian tindakan kolaboratif ini cuba menjawab soalan kajian berikut : - Apakah kesan intervensi strategi pembelajaran koperatif STAD terhadap pencapaian dalam sejarah bagi subjek kajian? - Adakah kesan strategi pembelajaran koperatif STAD terhadap sikap subjek kajian terhadap pembelajaran sejarah; - Bagaimanakah penerimaan subjek kajian terhadap strategi pembelajaran koperatif STAD; Kepentingan Kajian Hasil kajian ini adalah penting kerana dapat merintis jalan kepada guru dan pelajar ke arah strategi pembelajaran alternatif untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam sejarah. Di samping itu, hasil kajian tindakan ini dapat menokok tambah kepada himpunan ilmu pengetahuan tentang strategi P&P sejarah , bagi konteks penyelidik guru tersebut ,dan juga bagi guru sejarah lain yang mungkin juga mengalami masalah yang seumpamanya. Tambahan lagi kajian tindakan yang bersifat kolaboratif ini dapat merintis jalan ke arah jalinan perkongsian bestari antara penyelidik universiti dan penyelidik guru untuk sama-sama memartabatkan profesion keguruan. Definisi Operasional xii
  • 10. Kajian Tindakan : Kajian yang dijalankan oleh guru secara sendiri atau berkolaborasi dengan penyelidik luar, untuk menyelesaikan masalah pengajaran atau masalah pembelajaran dalam konteks sesebuah bilik darjah. Dalam kajian ini model kajian tindakan merupakan kolaborasi antara penyelidik guru dan penyelidik dari FSKP UUM, di bawah projek usaha sama FSKP dan JPN Kedah. Masalah Pembelajaran : Masalah pembelajaran dalam kajian tindakan ini merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh10 orang pelajar 5P1 dalam pembelajaran Sejarah. Lebih spesifik lagi, tinjauan awal yang dijalankan oleh penyelidik guru mendapati bahawa masalah pembelajaran mereka adalah kelemahan dari segi mengingat fakta dan menghurai fakta sejarah semasa menjawab soalan esei sejarah yang berpunca daripada pemahaman yang superficial dan mungkin pula akibat tidak berlakunya komunikasi/interaksi sesama rakan mahupun dengan guru semasa proses P&P dan juga semasa ulang kaji di luar P&P. STAD (Student Team Achievement Divisions) : STAD merupakan satu model strategi pembelajaran dalam bilik darjah yang mengaplikasikan konsep pembelajaran koperatif. Andaian asas untuk model pembelajaran STAD ialah pembelajaran yang berlaku dalam kumpulan yang heterogenous akan dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman terhadap isi pelajaran yang diajar , meningkatkan motivasi untuk terus berusaha demi mencapai kecemerlangan. Langkah-langkah yang dicadangkan untuk strategi pembelajarn STAD adalah seperti berikut : 1. Guru mengajar sesuatu tajuk, dengan memperkenalkan fakta & tema utama; xiii
  • 11. 2. Pelajar duduk dalam kumpulan heterogenous dari segi jantina, etnik, dan kebolehan akademik; 3. Lembaran kerja diedarkan kepada setiap kumpulan untuk diselesaikan dalam kumpulan; 4. Guru memantau perbincangan kumpulan; 5. Pelajar diberi kuiz berdasarkan isi pelajaran yang dipelajari pada hari itu; 6. Skor individu dikira dari segi skor peningkatan berbanding dengan skor dalam kuiz yang sebelumnya; 7. Skor kumpulan dikira dengan menjumlahkan skor peningkatan individu bagi setiap ahli kumpulan; 8. Kumpulan yang mencapai skor peningkatan keseluruhan yang tertinggi akan diberi ganjaran dalam bentuk hadiah; Proses ini akan diulangi pada setiap sesi P&P dan sekali lagi apabila tamat pengajaran satu unit pelajaran, sebelum pelajar diberi posttest. Limitasi dan Delimitasi Kajian Memandangkan kajian ini merupakan kajian tindakan, yang bersifat partikularistik untuk menyelesaikan masalah P&P dalam satu-satu konteks P&P yang spesifik, justeru penyelidik tidak berniat membuat sebarang generalisasi berasaskan dapatan kajian ini terhadap P&P sejarah secara umumnya. Dapatan kajian dan sebarang kesan dan perubahan yang diperhatikan dalam kajian ini adalah tertakluk kepada konteks kelas ini seperti bilangan pelajar yang agak ideal (21 orang), dan pelajar kelas peperiksaan (tingkatan 5). Namun, sebagai langkah delimitasi agar hasil dapatan kajian ini dapat membawa manfaat yang lebih untuk menambahkan himpunan knowledge-base tentang P&P xiv
  • 12. sejarah bersifat practical-wisdom yang dapat dikongsikan oleh warga guru sejarah secara khususnya, dan warga guru secara amnya, penyelidik cuba untuk membuat laporan yang lebih terperinci dari segi konteks kajian. Dengan cara ini, mungkin transferability kajian tindakan ini dapat dipertingkatkan. xv
  • 13. BAB DUA SOROTAN KARYA BERKAITAN Kerangka Teoretikal : Asas Penjelasan Masalah Kajian & Program Intervensi Dalam penulisan berhubung dengan P&P Sejarah, literasi sejarah dikatakan merangkumi 3 dimensi utama iaitu pengetahuan fakta sejarah, penaakulan sejarah, dan kemahiran berkomunikasi untuk mengongsikan pengetahuan sejarah dan penaakulan sejarah dengan orang lain ( Drake,1997). Kajian tentang proses pembelajaran dan pemikiran manusia pula menegaskan bahawa penguasaan pengetahuan baru dan pengekalan pengetahuan baru dalam ingatan menuntut supaya pemerolehan pengetahuan dilakukan melalui pelbagai deria; adanya latih tubi; melibatkan pengetahuan yang bermakna dan dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada ( Bransford, et al, 1999). Dalam kes subjek kajian ini, masalah pembelajaran dari segi mengingat fakta, dan menghurai fakta amatlah berkaitan dengan tahap pemahaman pelajar terhadap konten sejarah yang diajar. Fakta sejarah yang diajar oleh guru diingat secara berasingan tanpa melalui pemprosesan minda. Hal ini berlaku kerana subjek kajian bersifat pasif dan tidak melibatkan diri dalam perbincangan dengan orang lain, mengakibatkan proses penaakulan tidak berlaku dan tahap pemahaman mereka terhadap isi pelajaran sejarah adalah pada tahap superficial. Sehubungan itu, Slavin (1987) mencadangkan 2 perspektif teori yang dapat dikaitkan dengan kesan positif pembelajaran koperatif iaitu teori motivasi dan teori kognitif. Dari perspektif motivasi, penetapan gol secara koperatif seperti dalam xvi
  • 14. pembelajaran koperatif mewujudkan satu situasi di mana setiap ahli kumpulan akan hanya dapat mencapai matlamat peribadi sekiranya kumpulannya berjaya ( Slavin, 1990). Justeru, demi mencapai matlamat peribadi, pelajar akan cuba memberi galakan kepada rakan-rakan sekumpulan serta membantu mereka agar kumpulan mereka akan berjaya. Dari perspektif kognitif pula, 2 teori dapat digunakan untuk menjelaskan kesan pembelajaran koperatif, iaitu teori perkembangan (developmental) dan teori elaborasi (elaboration) (Slavin, 1987). Teori developmental mengandaikan bahawa interaksi sesama pelajar dalam menjalankan tugasan yang bersesuaian akan dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka terhadap konsep-konsep penting (Damon, 1987). Hal ini kerana melalui proses interaksi dengan pelajar lain, pelajar akan terpaksa menerangkan dan membincangkan perspektif masing-masing terhadap sesuatu tajuk/isu, dan ini seterusnya membawa kepada peningkatan penguasaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari. Di samping itu, usaha untuk menyelesaikan percanggahan pendapat yang mungkin timbul semasa perbincangan mereka turut mengakibatkan peningkatan tahap pemahaman terhadap konten yang dipelajari. Penjelasan dari perspektif teori elaborasi pula menekankan bahawa salah satu cara pembelajaran yang paling berkesan adalah untuk menerangkan bahan yang dipelajari kepada orang lain. Aktivi pembelajaran koperatif seperti model STAD akan menggalakkan pemikiran elaboratif dan meningkatkan kekerapan memberi dan xvii
  • 15. menerima penjelasan, justeru dipercayai berpotensi untuk menambahkan tahap pemahaman, kualiti penaakulan, the meningkatkan tahap ketepatan ingatan jangka panjang ( Johnson, Johnson, & Holubec, 1986). Sorotan Karya Tentang Kaedah Pembelajaran Koperatif Beberapa kajian telah menyelidiki kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pembelajaran pelajar. Antaranya, Humphreys, Johnson, dan Johnson ( 1982) membuat perbandingan strategi pembelajaran secara koperatif, kompetitif, dan individulistik dalam pembelajaran Sains. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa pelajar yang diajar dengan kaedah koperatif dapat mengingat dan mengekalkan ingatan tentang lebih banyak maklumat yang dipelajari, berbanding dengan pelajar yang belajar secara kompetitif dan individulistik. Dalam hal ini juga, Sherman dan Thomas (1986) turut mendapat hasil dapatan yang serupa dalam kajian mereka yang dijalankan ke atas pembelajaran matematik moden di sekolah menengah atas. Allen dan Van Sickle (1984) dalam satu kajian eksperimental di kalangan pelajar lemah pencapaian akademik, menggunakan Model Pengajaran STAD sebagai rawatan, dan mendapati bahawa pelajar lemah yang diajar berasaskan model STAD mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian subjek Geografi Dunia. Sebagai rumusan, meta-analisis yang dilakukan oleh Johnson, Maruyama, Johnson, nelson, dan Skon ( 1981) ke atas 122 kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat bukti yang kukuh tentang kelebihan pembelajaran koperatif berbanding dengan pendekatan lain yang bersifat kompetitif dan individulistik, dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. xviii
  • 16. Kerangka Konseptual Tindakan Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini bertitik tolak daripada andaian bahawa masalah pembelajaran pelajar ada kaitannya (walaupun bukan sepenuhnya ) dengan strategi P&P yang digunakan dalam bilik darjah. Justeru, guru dapat membantu menyelesaikan/mengurangkan masalah pembelajaran pelajar dengan membuat intervensi yang bersesuaian dari segi pendekatan P&P di bilik darjah. Masalah Pembelajaran P l j Strategi P&P Di Bilik D j h Rajah l: Andaian Asas Kajian Tindakan xix
  • 17. Berhubung dengan program intervensi yang digunakan dalam kajian tindakan ini, andaiannya adalah seperti berikut : Motiv asi Strategi P&P - gol secara Pembelajaran b Memahami Fakta Koperatif- Model S j h STAD Mengingat Fakta S j h Kogniti f - d l t l Rajah 2: Andaian Asas Program Intervensi Dalam Kajian Tindakan ini xx
  • 18. BAB TIGA METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin seperti berikut : Mengenal Pasti Isu & Masalah Kajian Menganalisis Masalah - Perbincangan penyelidik guru & pensyarah - Tinjauan Karya Refleksi & - Penilaian konseptualisasi Masalah : Prinsip/Teori Berhubung Dengan Masalah Mengutip & Menganalisis data Pelaksan Pembentukan Pelan aan Tindakan & Tindaka Penetapan Alat kajian / / Kaedah Penilaian Rajah 3: Model Kajian Tindakan Projek KT ini telah berlangsung selama empat bulan (Mac hingga Jun 2004) melalui tiga lingkaran intervensi sebelum mencapai matlamat yang disasarkan. xxi
  • 19. Subjek Kajian Kajian tindakan ini berfokus kepada 10 orang pelajar 5P1 yang menghadapi masalah pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah. Instrumen Kajian Subjek kajian diberi pretest dan post-test, iaitu ujian sumatif (seperti ujian bulanan ) yang diberi selepas tamatnya pengajaran satu unit pelajaran. Soalan dalam pretest tidak sama dengan soalan posttest kerana menguji konten pelajaran yang berbeza. Untuk memperlihatkan ketekalan kesan intervensi, intervensi dilaksanakan untuk tiga topik pelajaran, dan melibatkan 3 posttest yang berbeza. Satu temu bual berstruktur diadakan dengan 10 orang subjek kajian selepas program intervensi untuk meninjau dengan lebih mendalam tentang penerimaan mereka terhadap strategi pembelajaran STAD. Selain itu, penyelidik guru juga mencatatkan pemerhatian yang dirasakan salient semasa P&P/pelaksanaan intervensi di bilik darjah. Prosedur Kutipan Data Untuk mengelakkan Hawthorne effect ke atas subjek kajian yang akan menjejaskan external validity, semasa pelaksanaan program intervensi, 10 orang subjek kajian diletakkan dalam setting bilik darjah seperti biasa. Ini bermakna semua pelajar dalam kelas 5 P1 telah melibatkan diri dalam strategi STAD semasa P&P sejarah bersama-sama dengan 10 subjek kajian ini. Namun, hanya data skor pretest dan post-test bagi subjek kajian dianalisis dan dilaporkan. Selain itu, temu bual berstruktur secara individu telah dibuat bersama 10 orang subjek kajian oleh kedua- dua penyelidik selepas program intervensi. Kesahan Data & Interpretasi Data xxii