SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
KOMPONEN II


(TUGASAN 2)




SOALAN 2B


Huraikan enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan

bagi merealisasikan etika tersebut.




1.0 Pengenalan


        Etika perkhidmatan bermaksud tanggungjawab dan tingkah laku seseorang

terhadap masyarakat ataupun pelanggan. Etika Perkhidmatan Awam telah

dilancarkan pada tahun 1979, melalui Buku Perkhidmatan Cemerlang.


        Secara ringkas nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam terkandung dalam

institusi utama masyarakat yakni agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran

masyarakat yang merupakan asas rasional bagi Perkhidmatan Awam yang berkesan

di Negara ini. Falsafah hidup sesebuah Negara mencorakkan Perkhidmatan

Awamnya melalui nilai-nilai yang berasaskan falsafah hidup.

        Maka organisasi-organisasi dalam Perkhidmatan Awam akan dipengaruhi

oleh nilai-nilai dan etika yang dipersetujui oleh para pemimpin dan ahli-ahlinya. Bagi

menjamin amalan dan pencapaian nilai-nilai dan etika itu, maka tiap-tiap individu

dalam    organisasi   Perkhidmatan    Awam     bertanggungjawab     memahami      dan

mengamalkan nilai-nilai dan etika dalam semua tindakan dan tingkah laku semasa

menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas jawatan masing-masing.
2.0 Isi-isipenting.



        Perkhidmatan Awam yang berkualiti memerlukan pengurusan kualiti untuk

menghasilkan perkhidmatan dan keluaran yang berkualiti. Ukuran kualiti di dalam

Perkhidmatan Awam seharusnya dilihat daripada perspektif kepuasan pelanggan

yang menggunakan perkhidmatan dan keluaran yang dihasilkan oleh organisasi

Perkhidmatan Awam. Amalan yang patut diamalkan oleh pengurus organisasi

adalah dengan mengadakan         hari penganugerahan      atau pengiktirafan dan

penghargaan buat penjawat awam yang patut mendapat pernghargaan. Pengurus

organisasi kerajaan tidak harus berat sebelah dalam member pengiktirafan kepada

staf-staf yang berhak. Jadi, nilai-nilai seperti kecepatan, ketepatan, kesopanan,

kebolehpercayaan,ketahanan dapat diharapkan daripada kakitangan kerajaan yang

telah mendapat pengiktirafan dan kakitangan kerajaan yang mengharapkan

pengiktirafan akan berusaha keras untuk mendapatkannya.

        Etika mementingkan kecemerlangan kualiti dalam budaya dan pengurusan

organisasi harus meliputi pemikiran serta tindakan semua individu bermula daripada

seorang ketua eksekutif hinggalah kepada seorang pemandu. Organisasi kerajaan

perlu selalu mengadakan sesi dialog serta perbincangan untuk menerangkan

tatacara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa. Ini akan

memberikan input yang lebih kepada penjawat awam dan memahami etika-etika

dengan lebih lanjut. Jadi mereka dapat mengetahui dan mematuhi etika-etika. .

        Seterusnya, organisasi kerajaan perlu menghasilkan majalah jabatan yang

mana melaluinya bolehlah dimasukkan rencana – rencana yang berkaitan dengan

Etika   Perkhidmatan   Awam.    Rencana-rencana    yang   telah   dihasilkan    akan

memberikan maklumat yang lebih jelas tentang Etika Perkhidmatan Awam.
Rencana-rencana mengenai etika dapat dijelaskan dengan lebih lanjut dan difahami

jika mereka membaca rencana mengenai etika di dalam majalah-majalah jabatan.

Segala usaha perlu diadakan bermula dari pihak pengurusan dan disampaikan

melalui urusan harian serta teladan yang baik melalui majalah jabatan.

      Proses kecemerlangan di kalangan anggota Perkhidmatan Awam mengambil

masa yang panjang dan melalui pelbagai rintangan dan menempuh banyak

masalah. Untuk mengharungi rintangan-rintangan yang dihadapi, mereka harus

mempunyai kesabaran yang tinggi.Jadi, pihak pengurusan harus mengadakan majlis

ceramah atau syarahan agama dari masa ke semasa. Ini akan meningkatkan tahap

kemoralan dan keimanan pekerja kerajaan. Mereka dapat mengharungi segala

cabaran yang dihadapi dengan hati yang teguh dan cekal.

      Seterusnya, organisasi perlu menyediakan buku panduan serta manual kerja

bagi setiap jabatan atau unit masing-masing. Penjawat awam yang mempunyai

kesangsian mengenai Etika Perkhidmatan Awam dapat meneroka dengan

sendirinya mengenai etika. Penjawat awam juga dapat mengetahui tentang

hukuman-hukuman yang akan dikenakan jika mereka gagal untuk mematuhi etika

yang telah digariskan untuk penjawat kerajaan. Jadi mereka akan mendapat

gambaran yang jelas mengenai etika yang harus dipatuhi oleh mereka.

      Akhir sekali, kakitangan kerajaan harus dihantar oleh pengurus organisasi ke

kursus atau latihan yang boleh meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan.

Dengan menghadiri kursus, penjawat awam akan dapat menguasai kemahiran untuk

meningkatkan kualiti kerja mereka. Kakitangan kerajaan yang telah menghadiri

latihan atau kursus akan berusaha untuk meningkatkan taraf kecemerlangan mereka

untuk mendapat pengiktirafan.
3.0 Rumusan



      Beberapa usaha sedang giat dijalankan untuk memajukan Perkhidmatan

Awam. Beberapa dasar dan program dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan

untuk meningkatkan keupayaan Perkhidmatan Awam selaras dengan Wawasan

2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju. Dalam konteks ini, salah

satu perkara yang sentiasa mendapat perhatian penting ialah amalan-amalan yang

dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan Etika

Perkhidmatan Awam ini.

      Oleh itu, setiap anggota Perkhidmatan Awam harus memahami Etika

Perkhidmatan Awam yang didukung oleh anggota Perkhidmatan Kerajaan.

Kepimpinan organisasi harus peka dan bersedia member pengiktirafan dan

penghargaan kepada anggota yang mereka pimpin agar teladan menjadi keyakinan

amalan untuk melahirkan penjawat awam yang dapat mematuhi Etika Perkhidmatan

Awam.

Contenu connexe

Similaire à Soalan 2

90131 panduan pelaksanaanpementoran
90131 panduan pelaksanaanpementoran90131 panduan pelaksanaanpementoran
90131 panduan pelaksanaanpementoranTan Gee Soon
 
82225582 kissm-1a
82225582 kissm-1a82225582 kissm-1a
82225582 kissm-1adizzna
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)ShaZila Niza
 
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruUnit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruuthm
 
(44 54) nilai dan etika
(44 54) nilai dan etika(44 54) nilai dan etika
(44 54) nilai dan etikaNisa Gojess
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikNikky Charloutee
 
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)_Versi I (Oleh BPSM).pptx
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)_Versi I (Oleh BPSM).pptxPEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)_Versi I (Oleh BPSM).pptx
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)_Versi I (Oleh BPSM).pptxChau Teik
 
Amalan terbaik di bandar
Amalan terbaik di bandarAmalan terbaik di bandar
Amalan terbaik di bandarsarahshamm
 
Cca pengajianmalaysia hasrol hashom
Cca pengajianmalaysia hasrol hashomCca pengajianmalaysia hasrol hashom
Cca pengajianmalaysia hasrol hashomfaaarrreeehhhaaahhh
 
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlangSyaima Bahari
 
Dasar Awam 1
Dasar Awam 1Dasar Awam 1
Dasar Awam 1aimm reka
 
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)Syafiq Ali
 
Panduan mengenaikik
Panduan mengenaikikPanduan mengenaikik
Panduan mengenaikikTonny Thomas
 
Tajuk 2
Tajuk 2Tajuk 2
Tajuk 2pohtee
 

Similaire à Soalan 2 (20)

90131 panduan pelaksanaanpementoran
90131 panduan pelaksanaanpementoran90131 panduan pelaksanaanpementoran
90131 panduan pelaksanaanpementoran
 
82225582 kissm-1a
82225582 kissm-1a82225582 kissm-1a
82225582 kissm-1a
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
 
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruUnit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
 
(44 54) nilai dan etika
(44 54) nilai dan etika(44 54) nilai dan etika
(44 54) nilai dan etika
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)_Versi I (Oleh BPSM).pptx
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)_Versi I (Oleh BPSM).pptxPEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)_Versi I (Oleh BPSM).pptx
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)_Versi I (Oleh BPSM).pptx
 
Amalan terbaik di bandar
Amalan terbaik di bandarAmalan terbaik di bandar
Amalan terbaik di bandar
 
Pengurusan awam ani
Pengurusan awam aniPengurusan awam ani
Pengurusan awam ani
 
Cca pengajianmalaysia hasrol hashom
Cca pengajianmalaysia hasrol hashomCca pengajianmalaysia hasrol hashom
Cca pengajianmalaysia hasrol hashom
 
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
 
Dasar Awam 1
Dasar Awam 1Dasar Awam 1
Dasar Awam 1
 
Dasar awam 1
Dasar awam 1Dasar awam 1
Dasar awam 1
 
Dasar awam 1
Dasar awam 1Dasar awam 1
Dasar awam 1
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kedah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri KedahLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kedah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kedah
 
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
Kumpulan inovatif dan kreatif (kik)
 
Manual KIK
Manual KIKManual KIK
Manual KIK
 
Panduan mengenaikik
Panduan mengenaikikPanduan mengenaikik
Panduan mengenaikik
 
Tajuk 2
Tajuk 2Tajuk 2
Tajuk 2
 
Jujur & amanah
Jujur & amanahJujur & amanah
Jujur & amanah
 

Soalan 2

  • 1. KOMPONEN II (TUGASAN 2) SOALAN 2B Huraikan enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut. 1.0 Pengenalan Etika perkhidmatan bermaksud tanggungjawab dan tingkah laku seseorang terhadap masyarakat ataupun pelanggan. Etika Perkhidmatan Awam telah dilancarkan pada tahun 1979, melalui Buku Perkhidmatan Cemerlang. Secara ringkas nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam terkandung dalam institusi utama masyarakat yakni agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran masyarakat yang merupakan asas rasional bagi Perkhidmatan Awam yang berkesan di Negara ini. Falsafah hidup sesebuah Negara mencorakkan Perkhidmatan Awamnya melalui nilai-nilai yang berasaskan falsafah hidup. Maka organisasi-organisasi dalam Perkhidmatan Awam akan dipengaruhi oleh nilai-nilai dan etika yang dipersetujui oleh para pemimpin dan ahli-ahlinya. Bagi menjamin amalan dan pencapaian nilai-nilai dan etika itu, maka tiap-tiap individu dalam organisasi Perkhidmatan Awam bertanggungjawab memahami dan mengamalkan nilai-nilai dan etika dalam semua tindakan dan tingkah laku semasa menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas jawatan masing-masing.
  • 2. 2.0 Isi-isipenting. Perkhidmatan Awam yang berkualiti memerlukan pengurusan kualiti untuk menghasilkan perkhidmatan dan keluaran yang berkualiti. Ukuran kualiti di dalam Perkhidmatan Awam seharusnya dilihat daripada perspektif kepuasan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dan keluaran yang dihasilkan oleh organisasi Perkhidmatan Awam. Amalan yang patut diamalkan oleh pengurus organisasi adalah dengan mengadakan hari penganugerahan atau pengiktirafan dan penghargaan buat penjawat awam yang patut mendapat pernghargaan. Pengurus organisasi kerajaan tidak harus berat sebelah dalam member pengiktirafan kepada staf-staf yang berhak. Jadi, nilai-nilai seperti kecepatan, ketepatan, kesopanan, kebolehpercayaan,ketahanan dapat diharapkan daripada kakitangan kerajaan yang telah mendapat pengiktirafan dan kakitangan kerajaan yang mengharapkan pengiktirafan akan berusaha keras untuk mendapatkannya. Etika mementingkan kecemerlangan kualiti dalam budaya dan pengurusan organisasi harus meliputi pemikiran serta tindakan semua individu bermula daripada seorang ketua eksekutif hinggalah kepada seorang pemandu. Organisasi kerajaan perlu selalu mengadakan sesi dialog serta perbincangan untuk menerangkan tatacara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa. Ini akan memberikan input yang lebih kepada penjawat awam dan memahami etika-etika dengan lebih lanjut. Jadi mereka dapat mengetahui dan mematuhi etika-etika. . Seterusnya, organisasi kerajaan perlu menghasilkan majalah jabatan yang mana melaluinya bolehlah dimasukkan rencana – rencana yang berkaitan dengan Etika Perkhidmatan Awam. Rencana-rencana yang telah dihasilkan akan memberikan maklumat yang lebih jelas tentang Etika Perkhidmatan Awam.
  • 3. Rencana-rencana mengenai etika dapat dijelaskan dengan lebih lanjut dan difahami jika mereka membaca rencana mengenai etika di dalam majalah-majalah jabatan. Segala usaha perlu diadakan bermula dari pihak pengurusan dan disampaikan melalui urusan harian serta teladan yang baik melalui majalah jabatan. Proses kecemerlangan di kalangan anggota Perkhidmatan Awam mengambil masa yang panjang dan melalui pelbagai rintangan dan menempuh banyak masalah. Untuk mengharungi rintangan-rintangan yang dihadapi, mereka harus mempunyai kesabaran yang tinggi.Jadi, pihak pengurusan harus mengadakan majlis ceramah atau syarahan agama dari masa ke semasa. Ini akan meningkatkan tahap kemoralan dan keimanan pekerja kerajaan. Mereka dapat mengharungi segala cabaran yang dihadapi dengan hati yang teguh dan cekal. Seterusnya, organisasi perlu menyediakan buku panduan serta manual kerja bagi setiap jabatan atau unit masing-masing. Penjawat awam yang mempunyai kesangsian mengenai Etika Perkhidmatan Awam dapat meneroka dengan sendirinya mengenai etika. Penjawat awam juga dapat mengetahui tentang hukuman-hukuman yang akan dikenakan jika mereka gagal untuk mematuhi etika yang telah digariskan untuk penjawat kerajaan. Jadi mereka akan mendapat gambaran yang jelas mengenai etika yang harus dipatuhi oleh mereka. Akhir sekali, kakitangan kerajaan harus dihantar oleh pengurus organisasi ke kursus atau latihan yang boleh meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan. Dengan menghadiri kursus, penjawat awam akan dapat menguasai kemahiran untuk meningkatkan kualiti kerja mereka. Kakitangan kerajaan yang telah menghadiri latihan atau kursus akan berusaha untuk meningkatkan taraf kecemerlangan mereka untuk mendapat pengiktirafan.
  • 4. 3.0 Rumusan Beberapa usaha sedang giat dijalankan untuk memajukan Perkhidmatan Awam. Beberapa dasar dan program dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan keupayaan Perkhidmatan Awam selaras dengan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju. Dalam konteks ini, salah satu perkara yang sentiasa mendapat perhatian penting ialah amalan-amalan yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan Etika Perkhidmatan Awam ini. Oleh itu, setiap anggota Perkhidmatan Awam harus memahami Etika Perkhidmatan Awam yang didukung oleh anggota Perkhidmatan Kerajaan. Kepimpinan organisasi harus peka dan bersedia member pengiktirafan dan penghargaan kepada anggota yang mereka pimpin agar teladan menjadi keyakinan amalan untuk melahirkan penjawat awam yang dapat mematuhi Etika Perkhidmatan Awam.