SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil
pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding
matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan
mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat
sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah
beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini
digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah
berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai
perbezaan.
Pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk
menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka
kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran
di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh
pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.
Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan
gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga
dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang
pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran
dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian
dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian
besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta
melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi
aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran
seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri
seperti ;
1 i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa
memeriksa skrip jawapan.
2 Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang
dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
3 Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat
tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan
sesuatu ujian.
iv. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang
penting.
Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan
pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.
Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau
pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui
temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk
mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala
pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran
tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah
tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian
fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang
tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang
mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada
pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45.
Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga
boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu
pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek
berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal
pelajar menggunakan pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan
pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka
sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.
Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan
supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu
kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur
‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan
(dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang
pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus
berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan
memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk
mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran
di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir
ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu
memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-
cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang
berkualiti.
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
“markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap
berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/
pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui
pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah
menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
melalui
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam
bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat
penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum
yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan
penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat
yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap
sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.
Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang
pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat
penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah.
Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang
dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa
yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep
pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang langkah-
langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang
tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.
Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau
keputusan
dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau
perkara.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil
pengajaran dan
pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.
Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur
pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah
menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu
bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif,
penilaian juga boleh dibuat dengan
menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada
pemerhatian atau temubual.
Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran
Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan
tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam
aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai
konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam
membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian
perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:
perbandingan Pentaksiran pengujian penilaian
Definisi Sebuah proses yang
menentukan peringkat
pencapaian dan
prestasi seseorang
individu atau murid
Satu alat yang
sistematik untuk
menilai dan mengukur
perubahan dalam
sesuatu aspek tingkah
laku.
Sebuah proses
menentukan
perubahan tingkah
laku dan membuat
pertimbangan nilai.
Tujuan Bagi membuat
pengelasan terhadap
pencapaian dan
kedudukan dalam
pembelajaran
Untuk menentukan
pencapaian terhadap
sesuatu pembelajaran
Memberi maklumat
tentang pencapaian
objektif pembelajaran.
Kaedah mengajar dan
kurikulum.
Bentuk 1. Set ujian bertulis
dengan markah dan
gred
1. Pemerhatian
2. Ujian lisan
3. Ujian bertulis
1. Jadual
2. Gred berdasarkan
teknik perangkaan
Proses
perlaksanaan
Menjalankan proses
pengujian
menggunakan set ujian
dan kemudian
mencatat atau
merekod markah serta
memberi gred
Menyediakan set ujian
berdasarkan cara
ujian yang ingin
dijalankan.
Melakukan
pentadbiran semasa
menjalankan ujian
dan seterusnya
menjalankan
pemeriksaan terhadap
set ujian yang telah
dijalankan.
Menentukan kaedah
pengukuran yang ingin
dijalankan dan
melakukan proses
pengukuran dan
penganalisaan semasa
pengukuran dilakukan.
Kemudian proses
interpretasi dijalankan
sebelim melapor
dapatan kajian dan
tindakan.
Masa Selepas sesi
pembelajaran
Selepas sesi
pembelajaran
Boleh dijalankan
sebelum, semasa atau
selepas sesi
pembelajaran
liputan Terhad kepada
sesuatu peringkat
pembelajaran
Terhad kepada
sesuatu kemahiran
atau pembelajaran
Menyeluruh terhadap
sesuatu pembelajaran
sehingga kepada
yang telah
disampaikan
keseluruhan sesebuah
kurikulum
keputusan Menunjukkan
pencapaian secara
relatif
Menunjukkan prestasi
sesuatu kemahiran
atau penguasaan
pembelajaran yang
spesifik
Menunjukkan
pencapaian
keseluruhan
seseorang individu
namun tidak hanya
menggambarkan
kebaikan individu
tersebut.
Rumusan
Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang
dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam
memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tahun : 5
Tarikh : 20 Oktober 2011
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Jangka Masa : 1 jam (60 minit)
Bilangan murid : 21 orang
Bidang : Nilai berkaitan dengan perkembangan diri
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan
Tajuk : Menghormati agama lain
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari tentang pegangan agama
masing-
masing.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
dapat ;
i. Menceritakan tentang agama masing-
masing dan tempat
beribadat mereka.
ii. Menyenaraikan anutan agama yang
terdapat di Malaysia.
iii. Mengemukakan idea atau pendapat tentang
cara
menghormati agama lain.
Gabungjalin : Muzik, Pendidikan Islam
Unsur KBKK : Membuat Inferens
Pendekatan : Pendekatan perkembangan nilai kognitif dan
pembelajaran
koperatif.
Strategi : Pemusatan murid dan bahan
BBM : Gambar, Lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan
Deepavali, Video Hari Raya, Tahun Baru Cina
dan
Deepavali, kertas manila.
PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LANGKAH
ISI
PELAJARAN
AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN
Set Induksi
(10 minit)
Sambutan
perayaan
pelbagai kaum
di Malaysia.
Guru
menayangkan
video tiga
sambutan
perayaan utama di
Malaysia.
a. Agama apakah
yang dianuti
dalam video
tersebut?
b. Mengapakah
kita perlu
menghormati
agama-agama
di Malaysia?
c. Bagaimanakah
cara untuk
menghormati
agama lain?
Murid menonton video dan
cuba memahami
kandungan video yang
ditonton.
BBM
Video
Guru mengaitkan
video dengan tajuk
pelajaran yang
akan diajarkan.
Murid memahami
hubungan video tersebut
dengan tajuk yang akan
diajar oleh guru.
Langkah 1
(15 minit)
Agama dan
tempat ibadat
Guru meminta
beberapa orang
murid daripada
pelbagai kaum
untuk
menceritakan
agama masing-
masing dan
tempat ibadat
Murid mendengar dan
mencatat isi penting
daripada apa yang
diceritakan oleh rakan.
BBM
Muzik latar
iaitu lagu
Hari Raya,
Tahun Baru
Cina dan
Deepavali.
serta perayaan.
a. Mengapa
manusia
memerlukan
agama dalam
hidup?
b. Mengapa perlu
menyambut
perayaan?
Guru membuat
kesimpulan
daripada jawapan
pelajar dan
menerangkan 3
anutan agama
yang utama di
Malaysia dan
tempat ibadat bagi
agama tersebut.
Soal jawab dari murid jika
kurang faham dan
membuat catatan hasil
daripada penerangan
guru.
Langkah 2
(20 minit)
Gambar-
gambar yang
berkaitan
dengan agama
dan tempat
ibadat.
G Gambar
berkaitan
pakaian tradisi
setiap kaum.
Guru meletakkan
gambar-gambar
yang berkaitan
dengan
mencampur-
campurkan
gambar tersebut.
Murid dibahagikan kepada
lima kumpulan dan wakil
setiap kumpulan
dikehendaki mengambil
kad gambar tersebut
dengan memadankan
pada sudut papan hitam.
Murid dikehendaki
mencantumkan gambar
pakaian tradisi kaum
berdasarkan jigsaw puzzle
BBM
Gambar
rumah
ibadat,
pakaian
tradisi
setiap
kaum.
Langkah 3
(10 minit)
Kepentingan
menghormati
agama orang
lain
Guru
menerangkan
kebaikan
menghormati
agama orang lain
dalam konteks
negara Malaysia
yang pelbagai
kaum.
Murid diminta memberikan
pendapat masing-masing
daripada aktiviti yang
dijalankan.
Contoh jawapan
1.toleransi
2.menghormati
3.bersatupadu
Penerangan
Bersoal
jawab
Penutup
(5 minit)
Rumusan.
Video lagu
Hari Raya.
Aktiviti
mewarna.
Guru meminta
wakil murid
membuat rumusan
mengenai
kepentingan
menghormati
agama lain
Guru mengajak
murid
menyanyikan lagu
tersebut.
Guru
membahagikan
murid kepada 5
kumpulan dan
mengedarkan
kertas manila
pelbagai warna.
Kad terbaik akan
dipaparkan di
papan kenyataan
di dalam kelas.
Murid membuat rumusan
secara ringkas dan padat
mengenai kepentingan
menghormati agama lain
Murid menyanyikan lagu
tersebut dengan edaran
lirik lagu oleh guru.
Murid mencipta kad
ucapan Selamat Hari
Raya untuk keluarga
mereka dan menyiapkan
di rumah masing-masing.
Rumusan
murid
BBM
Video
BBM
Edaran
kertas
manila
Lampiran

Contenu connexe

Tendances

Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Nurfarhanah Ahmad Tarmizi
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksirantbb7177
 
Penilaian Pembelajaran
Penilaian PembelajaranPenilaian Pembelajaran
Penilaian Pembelajarandidinalislami
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
Definisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranDefinisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranizz7556
 
Pengukuran, Penilaian dan evaluasi
Pengukuran, Penilaian dan evaluasiPengukuran, Penilaian dan evaluasi
Pengukuran, Penilaian dan evaluasidini alfiatu
 
Konsep Dasar Evaluasi Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi PembelajaranKonsep Dasar Evaluasi Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi PembelajaranHariyatunnisa Ahmad
 
Ppt psv 11 kump.2
Ppt psv 11 kump.2Ppt psv 11 kump.2
Ppt psv 11 kump.2ninasweet
 
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasi
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan EvaluasiPerbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasi
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasialvinnoor
 
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaianKonsep pengujian, pentaksiran dan penilaian
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaiansyidatomey
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVNoor Syazwanni
 
TES, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN EVALUASI (DINI&ORNELA)
TES, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN EVALUASI (DINI&ORNELA)TES, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN EVALUASI (DINI&ORNELA)
TES, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN EVALUASI (DINI&ORNELA)vina serevina
 
Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_amirafirda
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Azlinda Abdullah
 
Pengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaianPengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaianNoor Syazwanni
 

Tendances (20)

Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
3. pentaksiran
3. pentaksiran3. pentaksiran
3. pentaksiran
 
Penilaian Pembelajaran
Penilaian PembelajaranPenilaian Pembelajaran
Penilaian Pembelajaran
 
Modul sce 3111
Modul sce 3111Modul sce 3111
Modul sce 3111
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
MODUL PSV3111
MODUL PSV3111 MODUL PSV3111
MODUL PSV3111
 
Definisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranDefinisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiran
 
Pengukuran, Penilaian dan evaluasi
Pengukuran, Penilaian dan evaluasiPengukuran, Penilaian dan evaluasi
Pengukuran, Penilaian dan evaluasi
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Konsep Dasar Evaluasi Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi PembelajaranKonsep Dasar Evaluasi Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi Pembelajaran
 
Ppt psv 11 kump.2
Ppt psv 11 kump.2Ppt psv 11 kump.2
Ppt psv 11 kump.2
 
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasi
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan EvaluasiPerbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasi
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasi
 
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaianKonsep pengujian, pentaksiran dan penilaian
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
 
TES, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN EVALUASI (DINI&ORNELA)
TES, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN EVALUASI (DINI&ORNELA)TES, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN EVALUASI (DINI&ORNELA)
TES, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN EVALUASI (DINI&ORNELA)
 
Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
Pengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaianPengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaian
 

Similaire à Konsep pentaksiran bmm

Pengukuran, penilaian dan evaluasi
Pengukuran, penilaian dan evaluasiPengukuran, penilaian dan evaluasi
Pengukuran, penilaian dan evaluasiPesa Desgamalia
 
Evaluasi Belajar KB 1.pdf
Evaluasi Belajar KB 1.pdfEvaluasi Belajar KB 1.pdf
Evaluasi Belajar KB 1.pdftawakal17
 
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptxHeppy6
 
DESAIN EVALUASI PEMBELAJARAN.docx
DESAIN EVALUASI PEMBELAJARAN.docxDESAIN EVALUASI PEMBELAJARAN.docx
DESAIN EVALUASI PEMBELAJARAN.docxmas iwan
 
Nuraeni pentingnya penilaian dalam pembelajaran
Nuraeni  pentingnya penilaian dalam pembelajaranNuraeni  pentingnya penilaian dalam pembelajaran
Nuraeni pentingnya penilaian dalam pembelajaranOperator Warnet Vast Raha
 
Nuraeni pentingnya penilaian dalam pembelajaran
Nuraeni  pentingnya penilaian dalam pembelajaranNuraeni  pentingnya penilaian dalam pembelajaran
Nuraeni pentingnya penilaian dalam pembelajaranOperator Warnet Vast Raha
 
Konsep Dasar Evaluasi Belajar dan Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi Belajar dan Pembelajaran Konsep Dasar Evaluasi Belajar dan Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi Belajar dan Pembelajaran yuliartiramli
 
Evaluasi proses dan hasil belajar matematika
Evaluasi proses dan hasil belajar matematikaEvaluasi proses dan hasil belajar matematika
Evaluasi proses dan hasil belajar matematikaDx Lupheparentseverafter
 
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran paiMakalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran paiSeptian Muna Barakati
 
Pengukuran, penilaian dan assesmen Mulyati
Pengukuran, penilaian dan assesmen MulyatiPengukuran, penilaian dan assesmen Mulyati
Pengukuran, penilaian dan assesmen MulyatiMulyati Rahman
 
Makalah analisis soal
Makalah analisis soalMakalah analisis soal
Makalah analisis soalselvyimelia
 
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran paiMakalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran paiWarnet Raha
 

Similaire à Konsep pentaksiran bmm (20)

Pengukuran, penilaian dan evaluasi
Pengukuran, penilaian dan evaluasiPengukuran, penilaian dan evaluasi
Pengukuran, penilaian dan evaluasi
 
Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaran Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaran
 
Evaluasi Belajar KB 1.pdf
Evaluasi Belajar KB 1.pdfEvaluasi Belajar KB 1.pdf
Evaluasi Belajar KB 1.pdf
 
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
 
Modil 3 kb 1
Modil 3 kb 1Modil 3 kb 1
Modil 3 kb 1
 
DESAIN EVALUASI PEMBELAJARAN.docx
DESAIN EVALUASI PEMBELAJARAN.docxDESAIN EVALUASI PEMBELAJARAN.docx
DESAIN EVALUASI PEMBELAJARAN.docx
 
Nuraeni pentingnya penilaian dalam pembelajaran
Nuraeni  pentingnya penilaian dalam pembelajaranNuraeni  pentingnya penilaian dalam pembelajaran
Nuraeni pentingnya penilaian dalam pembelajaran
 
Nuraeni pentingnya penilaian dalam pembelajaran
Nuraeni  pentingnya penilaian dalam pembelajaranNuraeni  pentingnya penilaian dalam pembelajaran
Nuraeni pentingnya penilaian dalam pembelajaran
 
MODUL
MODULMODUL
MODUL
 
evalusi pendidikan.pptx
evalusi pendidikan.pptxevalusi pendidikan.pptx
evalusi pendidikan.pptx
 
Konsep Dasar Evaluasi Belajar dan Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi Belajar dan Pembelajaran Konsep Dasar Evaluasi Belajar dan Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi Belajar dan Pembelajaran
 
pertemuan 7.pptx
pertemuan 7.pptxpertemuan 7.pptx
pertemuan 7.pptx
 
Evaluasi proses dan hasil belajar matematika
Evaluasi proses dan hasil belajar matematikaEvaluasi proses dan hasil belajar matematika
Evaluasi proses dan hasil belajar matematika
 
Rancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pknRancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pkn
 
Rancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pknRancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pkn
 
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran paiMakalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
 
Pengukuran, penilaian dan assesmen Mulyati
Pengukuran, penilaian dan assesmen MulyatiPengukuran, penilaian dan assesmen Mulyati
Pengukuran, penilaian dan assesmen Mulyati
 
Penilaian hasil-belajar
Penilaian hasil-belajarPenilaian hasil-belajar
Penilaian hasil-belajar
 
Makalah analisis soal
Makalah analisis soalMakalah analisis soal
Makalah analisis soal
 
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran paiMakalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
 

Konsep pentaksiran bmm

  • 1. Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Pentaksiran Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh
  • 2. pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ; 1 i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. 2 Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. 3 Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian. iv. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala
  • 3. pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat. Pengujian Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang
  • 4. pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara- cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
  • 5. Penilaian Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang langkah- langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil
  • 6. pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual. Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah: perbandingan Pentaksiran pengujian penilaian
  • 7. Definisi Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku. Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai. Tujuan Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. Kaedah mengajar dan kurikulum. Bentuk 1. Set ujian bertulis dengan markah dan gred 1. Pemerhatian 2. Ujian lisan 3. Ujian bertulis 1. Jadual 2. Gred berdasarkan teknik perangkaan Proses perlaksanaan Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian mencatat atau merekod markah serta memberi gred Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan. Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan. Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan. Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelim melapor dapatan kajian dan tindakan. Masa Selepas sesi pembelajaran Selepas sesi pembelajaran Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran liputan Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran sehingga kepada
  • 8. yang telah disampaikan keseluruhan sesebuah kurikulum keputusan Menunjukkan pencapaian secara relatif Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu namun tidak hanya menggambarkan kebaikan individu tersebut. Rumusan Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.
  • 9. RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL Mata Pelajaran : Pendidikan Moral Tahun : 5 Tarikh : 20 Oktober 2011 Hari : Rabu Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi Jangka Masa : 1 jam (60 minit) Bilangan murid : 21 orang Bidang : Nilai berkaitan dengan perkembangan diri Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan Tajuk : Menghormati agama lain Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari tentang pegangan agama masing- masing. Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat ; i. Menceritakan tentang agama masing- masing dan tempat beribadat mereka. ii. Menyenaraikan anutan agama yang terdapat di Malaysia. iii. Mengemukakan idea atau pendapat tentang cara menghormati agama lain. Gabungjalin : Muzik, Pendidikan Islam
  • 10. Unsur KBKK : Membuat Inferens Pendekatan : Pendekatan perkembangan nilai kognitif dan pembelajaran koperatif. Strategi : Pemusatan murid dan bahan BBM : Gambar, Lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali, Video Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali, kertas manila. PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN Set Induksi (10 minit) Sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia. Guru menayangkan video tiga sambutan perayaan utama di Malaysia. a. Agama apakah yang dianuti dalam video tersebut? b. Mengapakah kita perlu menghormati agama-agama di Malaysia? c. Bagaimanakah cara untuk menghormati agama lain? Murid menonton video dan cuba memahami kandungan video yang ditonton. BBM Video
  • 11. Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran yang akan diajarkan. Murid memahami hubungan video tersebut dengan tajuk yang akan diajar oleh guru. Langkah 1 (15 minit) Agama dan tempat ibadat Guru meminta beberapa orang murid daripada pelbagai kaum untuk menceritakan agama masing- masing dan tempat ibadat Murid mendengar dan mencatat isi penting daripada apa yang diceritakan oleh rakan. BBM Muzik latar iaitu lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
  • 12. serta perayaan. a. Mengapa manusia memerlukan agama dalam hidup? b. Mengapa perlu menyambut perayaan? Guru membuat kesimpulan daripada jawapan pelajar dan menerangkan 3 anutan agama yang utama di Malaysia dan tempat ibadat bagi agama tersebut. Soal jawab dari murid jika kurang faham dan membuat catatan hasil daripada penerangan guru.
  • 13. Langkah 2 (20 minit) Gambar- gambar yang berkaitan dengan agama dan tempat ibadat. G Gambar berkaitan pakaian tradisi setiap kaum. Guru meletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan mencampur- campurkan gambar tersebut. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan wakil setiap kumpulan dikehendaki mengambil kad gambar tersebut dengan memadankan pada sudut papan hitam. Murid dikehendaki mencantumkan gambar pakaian tradisi kaum berdasarkan jigsaw puzzle BBM Gambar rumah ibadat, pakaian tradisi setiap kaum. Langkah 3 (10 minit) Kepentingan menghormati agama orang lain Guru menerangkan kebaikan menghormati agama orang lain dalam konteks negara Malaysia yang pelbagai kaum. Murid diminta memberikan pendapat masing-masing daripada aktiviti yang dijalankan. Contoh jawapan 1.toleransi 2.menghormati 3.bersatupadu Penerangan Bersoal jawab
  • 14. Penutup (5 minit) Rumusan. Video lagu Hari Raya. Aktiviti mewarna. Guru meminta wakil murid membuat rumusan mengenai kepentingan menghormati agama lain Guru mengajak murid menyanyikan lagu tersebut. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan mengedarkan kertas manila pelbagai warna. Kad terbaik akan dipaparkan di papan kenyataan di dalam kelas. Murid membuat rumusan secara ringkas dan padat mengenai kepentingan menghormati agama lain Murid menyanyikan lagu tersebut dengan edaran lirik lagu oleh guru. Murid mencipta kad ucapan Selamat Hari Raya untuk keluarga mereka dan menyiapkan di rumah masing-masing. Rumusan murid BBM Video BBM Edaran kertas manila