SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
Télécharger pour lire hors ligne
Pendahuluan Atur Cara Fikiran


Berikut merupakan buah fikiran saya berkaitan pemikiran. Mungkin tak begitu kemas
disusun. Tetapi insya-Allah, boleh difahami dengan baik. Saya menulis buah fikiran
ini dalam keadaan saya tidak mempunyai sumber rujukan yang benar-benar cukup.
Mungkin ada bahagian-bahagian yang perlu di-quote pada pandangan sesetengah
pihak supaya lebih akademik tetapi tidak saya quote.


Saya sebenarnya bersemangat untuk menulis setelah ditanya oleh kawan-kawan saya
tentang cara kita sepatutnya berfikir dan setelah mengenal serba sedikit tentang Prof.
Naquib al-Attas. Malah saya sendiri gemar berfikir dan sering kali memikirkan cara
atau pun kaedah yang terbaik untuk berfikir.


Sejujurnya, saya tidak pernah mendalami sepenuhnya pemikiran Naquib al-Attas pun.
Saya cuma dapat baca beberapa artikel di internet berkaitan beliau dan pemikirannya.
Saya cukup tertarik dengan gagasan “Islamization of Knowledge” beliau dan juga
beberapa tajuk hasil kerja beliau yang lain seperti “Islam and Secularism”.
Sejujurnya, saya tak pernah baca buku-buku tersebut. Namun, tajuknya sahaja
bagaikan sudah membuka ruang bawah sedar saya untuk jauh meneroka dan
memahami.


Tatkala menulis, saya cuma terus menulis dan menulis apa-apa yang terfikirkan oleh
saya pada waktu tersebut. Saya juga ada merujuk tafsiran al-Quran berbahasa Melayu
dalam menulis. Selain itu, saya cuba menulis dengan menggunakan kaedah Socrates
yang saya pelajari di kuliah pendidikan dan juga teknik Metakognitif iaitu “berfikir
mengenai pemikiran sendiri”. Oleh yang demikian, tidak mustahil sekiranya mereka
yang membaca atau pun mendengar perbincangan ini akan mendapati perbincangan
berikut seolah-olah satu dialog antara saya dan orang lain. Teknik penomboran dan
pemerian “saya” dalam tulisan ini pula merupakan percubaan saya untuk mencontohi
kaedah al-Quran dalam berkomunikasi dengan pembacanya.


Secara keseluruhannya, rangkaian kata-kata berikut, pada pandangan saya, sudah
dapat memberikan gambaran ringkas kepada perbincangan berikut.


“Saintifik” yang saya fahami bukan semata-mata merupakan hasil pemerhatian yang
boleh melibatkan ukur nilai empirik, tetapi lebih merupakan cara berfikir yang
teratur dan lengkap dengan hujah (yang diyakini) dalam mencapai kebenaran serta
cara menilai baik-buruk.


Mudah-mudahan usaha sederhana ini ada manfaatnya. Insya-Allah.
Atur Cara Fikiran


1. Saya dah lama berusaha mendalami makna dan cara berfikir yang sepatutnya.
   Berfikir merupakan satu proses yang menyeronokkan, apabila dilakukan oleh
   orang yang suka berfikir. Malah, berfikir itu merupakan satu ibadah apabila
   selari dengan cara fikir kita sebagai orang Islam (Islam yang bukannya cuma
   pada nama, tetapi juga pada keseluruhan domain yang membina diri kita,
   termasuklah fikiran).
2. Oleh itu, berfikir mestilah dilakukan menurut kesesuaian dan keadaannya.
   Ringkasnya, sungguh mustahil untuk menggunakan satu kaedah berfikir sahaja
   untuk menyelesaikan semua perkara. Ini terlalu idealistik, dan tak mustahil
   juga akan menimbulkan lebih banyak permasalahan serta seolah-olah
   memaksakan satu kaedah berfikir sahaja untuk semua perkara.
3. Oleh itu, kita mestilah mengetahui kaedah berfikir yang benar. Supaya kita
   faham dan tahu akan “hal-hal yang boleh kita fikirkan” dan juga hal-hal
   yang saya rujuk sebagai “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”.
4. Mungkin akan ada yang bertanya, “Kamu telah mengelaskan dua jenis
   pemikiran. Pertama, “hal-hal yang boleh difikirkan” dan kedua, “hal-hal
   yang tidak perlu difikirkan”. Mengapa kamu tidak menggunakan istilah “hal-
   hal yang tidak boleh difikirkan” sebagai lawan kepada “hal-hal yang boleh
   difikirkan”?
5. Bagi soalan tersebut, saya akan menjawab begini, “Saya tidak sekali-kali
   bermaksud menambahkan kekeliruan bagi mereka yang membaca atau pun
   mendengar buah fikiran saya. Harap maklum bahawa istilah ini merupakan
   istilah yang saya kenalkan dan fikirkan menurut pemikiran dan pemahaman
   saya. Bagi saya, terpulanglah kepada para pembaca atau pun pendengar sama
   ada ingin menggunakan istilah yang sama atau pun tidak. Yang penting,
   maksud dan tujuan utama pengelasan pemikiran ini lah yang perlu diberikan
   perhatian dalam kita sama-sama membina kaedah berfikir yang benar. Saya
   menggunakan istilah “hal-hal yang tidak perlu difikirkan” dan bukannya
   “hal-hal yang tidak boleh difikirkan” kerana beberapa sebab. Sebelum itu,
   mari kita lihat perkataan-perkataan yang saling membezakan antara “hal-hal
   yang tidak perlu difikirkan” dengan “hal-hal yang tidak boleh difikirkan”
   bagi memudahkan perbincangan. Perbezaan perkataan-perkataan tersebut
   akan ditandai dengan warna merah; “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”
   dengan “hal-hal yang tidak boleh difikirkan”. Sekarang, perbincangan kita
   tertumpu kepada “tidak perlu” dan “tidak boleh”. Sebenarnya, saya
   menggunakan “tidak perlu” kerana dua faktor. Pertama, untuk memberikan
   penegasan bahawa “hal-hal yang tidak perlu difikirkan” itu cuma akan
   membuang masa kerana kita sememangnya tidak dilengkapi dengan kapasiti
   yang berkaitan bagi membolehkan kita untuk memikirkannya. Inilah juga yang
   saya rujuk sebagai batasan (limitation) dalam keupayaan berfikir kita. Kedua,
   penjelasan pertama tentang penggunaan “tidak perlu” itu sendiri sudah
menerangkan tentang “tidak boleh””.
6. Sekarang, mungkin akan ada pula yang akan bertanya, “Daripada manakah
   kamu menyimpulkan dua jenis pemikiran iaitu “hal-hal yang boleh
   difikirkan” dan “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”?
7. Bagi soalan tersebut, saya akan menjawab, “Seperti mana yang saudara
   saudari sedia maklum, perbincangan kita pada hari ini berkaitan kaedah
   berfikir yang benar. Sebuah kaedah yang boleh diterima pakai oleh siapa-
   siapa pun terutamanya mereka yang beragama Islam kerana sejak awal lagi,
   kaedah berfikir yang saya usulkan telah saya fokuskan untuk orang Islam.
   Oleh itu, saya menyimpulkan terdapatnya dua jenis pemikiran seperti di atas
   berdasarkan sumber rujukan utama orang Islam sendiri iaitu al-Quran yang
   penuh hikmah (Surah Yassin, ayat 2). Seperti mana yang saya fahami, terdapat
   dua jenis ayat yang terkandung dalam al-Quran iaitu ayat Muhkamat dan
   ayat Mutasyabihat. Saya memahami ayat Muhkamat sebagai ayat-ayat al-
   Quran yang menerangkan prinsip-prinsip asal dalam agama Islam seperti
   konsep ketauhidan. Ayat Muhkamat ini juga difahami sebagai dalil Qat’i
   (tetap, pasti) dalam beramal dan berhujah. Ayat-ayat Muhkamat merupakan
   ayat yang tidak boleh ditafsirkan atau pun disesuaikan menurut perubahan
   masa, keadaan dan tempat. Malah, inilah kekuatan agama Islam di mana
   prinsip-prinsip tunjangnya telah pun dijelaskan dan tidak akan sekali-kali
   dapat dirungkai justeru memelihara kesucian agama Islam sendiri. Ayat
   Mustasyabihat pula saya fahami sebagai ayat-ayat al-Quran yang boleh
   ditafsirkan menurut perubahan masa, keadaan dan tempat. Ayat Mutasyabihat
   ini juga difahami sebagai dalil Zanni dalam berhujah dan beramal. Ini juga
   merupakan kekuatan dan keistimewaan agama Islam yang membolehkan dan
   menjadikan Islam itu sentiasa relevan sepanjang zaman- kekuatan dinamika
   Islam”.
8. Sekarang ini, mungkin akan ada pula yang akan bertanya, “Bagaimana
   mungkin saudara menggunakan prinsip-prinsip agama dalam berusaha
   memberikan penjelasan saintifik kepada pemikiran?”
9. Bagi soalan tersebut, saya akan menjawab, “Pertama, saya akan memberikan
   pemerian saya tentang istilah “saintifik”. “Saintifik” yang saya fahami
   bukan semata-mata merupakan hasil pemerhatian yang boleh melibatkan
   ukur nilai empirik, tetapi lebih merupakan cara berfikir yang teratur dan
   lengkap dengan hujah (yang diyakini) dalam mencapai kebenaran serta
   cara menilai buruk-baik. Sekarang, perlu juga saya bincangkan dengan
   ringkas sifat (nature) Sains dan Saintifik yang difahami dan diguna pakai
   sehingga hari ini dalam Amalan Saintifik di Barat dengan sifat (nature)
   Sains dan Saintifik yang difahami dan diguna pakai ketika zaman keagungan
   Islam (the Golden Age of Islam)- ketika pemerintahan Abbasiyah. Amalan
   Saintifik Barat dibangun ketika ia sendiri mendapat tentangan daripada pihak
   gereja sedangkan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah dibangun atas dasar
   pencarian untuk mengukuhkan iman (faith) dan juga mengukuhkan
kekuatan umat Islam. Malah, Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah juga tidak
sekali-kali mendapat tentangan daripada Islam kerana ia telah diharmonikan
dengan prinsip-prinsip Islam. Dalam modul ISK (Ini Sejarah Kita),
pengharmonian ini dirujuk sebagai sebuah usaha penapisan daripada ilmu-
ilmu Rom, Greek, Mesir, Parsi dan India. Pada pandangan saya, penjelasan
yang lebih jelas berkaitan pengharmonian ilmu ini boleh dirujuk pada
gagasan “the Islamization of Knowledge” oleh Professor Naquib al-Attas
yang turut mengingatkan bahawa para ilmuwan dan sarjana Islam hari ini
mempunyai tanggungjawab besar dalam membina kembali (rekonstruksi)
Tamadun Islam seperti mana yang pernah wujud- (malah lebih baik lagi
daripada) Tamadun Islam-Abbasiyah. Pengharmonian ini juga sebenarnya
telah membentuk disiplin ilmu yang kukuh dan mapan buat rujukan para
sarjana dan ilmuwan Islam. Dan dengan sendirinya, pemahaman yang
mengatur cara fikir Muslim tentang istilah “saintifik” itu juga berbeza dengan
pemahaman sarjana dan ilmuwan Barat, kesan daripada pengaruh agama dan
sejarah masing-masing. Jika “saintifik”, mengikut kefahaman dan Amalan
Saintifik Barat biasanya cuma didasarkan kepada bukti-bukti empirik yang
boleh diukur, kefahaman dan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah juga
mengiktiraf bukti-bukti empirik yang boleh diukur tetapi bukti-bukti empirik
sahaja tidak melambangkan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah secara
menyeluruh. Hal ini sebenarnya kembali kepada dua istilah yang telah saya
bincangkan sebelum ini iaitu “hal-hal yang boleh difikirkan” dan juga “hal-
hal yang tidak perlu difikirkan”. Hal ini kerana prinsip Amalan Saintifik
Islam-Abbasiyah adalah selari dengan prinsip-prinsip Islam yang boleh
dirujuk pada al-Quran. Tujuan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah ini pula,
seperti mana yang telah saya catatkan sebelum ini; atas dasar pencarian
untuk mengukuhkan iman (faith) dan juga mengukuhkan kekuatan umat
Islam. Kedua-dua tujuan ini juga sememangnya merupakan dua lagi tuntutan
yang terdapat dalam al-Quran sendiri. Tujuan yang pertama iaitu atas dasar
pencarian untuk mengukuhkan iman (faith) merupakan satu tajribah
keilmuan yang boleh dipelajari daripada pengalaman spiritual dan
intelektual yang pernah dilalui sendiri oleh nabi Ibrahim A.S. tatkala beliau
memerhatikan sama ada Matahari atau pun Bulan merupakan Tuhan atau pun
tidak. Kesimpulan akhir beliau menyimpulkan bahawa kedua-duanya bukanlah
Tuhan sekalian alam. Lihatlah betapa seorang nabi yang dimuliakan oleh
Allah S.W.T. sendiri pernah melalui proses mendapatkan keyakinan sedemikian
rupa. Maka, mengapa tidak kita sendiri mengikuti jalan-jalan mereka yang
dikasihi oleh Allah S.W.T. ini supaya iman kita benar-benar mantap (solid)?.
Malah, kita sepatutnya akan menjadi lebih beriman setiap kali kita memerhati
dan mengambil pengajaran daripada alam. Semuanya ini juga bersesuaian
dan bertepatan dengan kandungan al-Quran dan juga kapasiti fikiran
manusia. Sebab itulah, kita perhatikan terdapatnya sejumlah ayat-ayat al-
Quran yang mengajak manusia memerhati dan memikirkan fenomena-
fenomena seperti kejadian siang dan malam dan proses kejadian manusia.
Persoalannya, “untuk apa kita diajak berfikir?” dan “tidak cukupkah
dengan sekadar beriman?”. Saya fikir penjelasan kepada kedua-dua
  persoalan ini tidak perlu saya sentuh lagi kerana perbincangan kita sekarang
  ini sendiri telah pun dan akan lebih mencerminkan persoalan-persoalan ini.
  Oleh itu bolehlah juga disimpulkan begini, manusia, dengan fitrah
  kejadiannya dan juga kapasiti berfikirnya sememangnya boleh membuktikan
  kewujudan Tuhan yang mentadbir alam ini, dengan syarat dia benar-benar
  memikirkannya, dan juga dalam kerangka fikiran “hal-hal yang boleh
  difikirkan”. Dalam contoh ini, misalnya, saya telah mengajak saudara saudari
  menggunakan pemikiran masing-masing bagi membuktikan dan merasakan
  dengan penuh yakin bahawa terdapatnya Tuhan yang mentadbir alam ini.
  Permasalahannya sekarang, “Siapakah Tuhan yang dimaksudkan ini?”,
  “Adakah Tuhan ini Satu atau pun Esa?”, “Apakah pula sifat-sifat ketuhanan
  yang ada pada Tuhan (yang boleh difikirkan)?” Persoalan-persoalan seperti
  inilah yang sebenarnya telah dijawab dalam al-Quran bahawa Tuhan itu Allah
  S.W.T. yang Maha Esa, tidak diperanakkan dan tidak pula mempunyai anak
  (Surah al-Ikhlas, ayat 1-4) serta banyak lagi sifat-sifat-Nya yang dicerminkan
  melalui nama-nama-Nya yang mulia. Malah, ilmu berkaitan sifat-sifat Allah
  S.W.T. juga telah dikelaskan oleh ilmuwan-ilmuwan terdahulu sebagai sifat-
  sifat wajib dan mustahil bagi Allah S.W.T.”
10. Baiklah, sekarang mungkin akan ada yang berkata, “Saya masih belum jelas
  dengan penjelasan saudara dan mengapa pula saudara mengaitkan penjelasan
  saudara dengan Tuhan?”
11.Saya menjawab, “Saya mengaitkan penjelasan saya tentang “saintifik”
  dengan Tuhan kerana beberapa faktor. Pertama, seperti mana yang telah saya
  jelaskan, Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah adalah selari dan dibentuk oleh
  prinsip-prinsip Islam yang digariskan oleh al-Quran. Persoalannya sekarang,
  al-Quran itu apa? Al-Quran yang saya fahami merupakan kalam Allah yang
  diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W. Hal ini dengan jelas telah membuktikan
  dimensi hubungan individu yang mengamalkan Amalan Saintifik Islam-
  Abbasiyah dengan pencipta-Nya, iaitu Allah S.W.T. sehinggakan setiap fikiran
  dan amalan mestilah selari dengan apa-apa yang telah dibenarkan oleh-Nya.
  Dan saya juga memahami bahawa setiap amalan yang selari dengan
  kehendak-Nya merupakan satu bentuk ibadah kepada-Nya. Dan apabila saya
  mengaitkan “saintifik” yang saya fahami dengan Allah S.W.T., perlu juga
  difahami bahawa saya memahami bahawa Allah S.W.T. merupakan sumber
  ilmu pengetahuan, sumber “saintifik” itu sendiri. Sumber “saintifik” yang
  senantiasa membantu manusia dalam lebih mengerti dan memahami sehingga
  menimbulkan keyakinan dalam berhujah dan menilai baik-buruk. Apabila saya
  merujuk Allah S.W.T. sebagai sumber “saintifik”, saya juga sebenarnya
  berusaha merujuk dan memahami beberapa nama-Nya yang mulia seperti
  Al-‘Alim. Dalam dimensi hubungan individu-hamba dengan pencipta-Nya
  juga, hal ini sebenarnya menunjukkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi
  seorang individu-hamba terhadap segala panduan yang diberikan oleh Allah
  S.W.T. kepada manusia-manusia yang berfikir dengan benar. Ini juga
sebenarnya merupakan kefahaman saya terhadap kisah kewujudan Adam A.S.
yang ditakdirkan untuk menjadi khalifah di dunia ini, yang boleh mengajar
malaikat ketika itu tentang istilah-istilah tertentu. Sungguh pun malaikat
merupakan makhluk yang lebih dahulu diciptakan, manusia yang diwakili oleh
kewujudan Adam A.S. telah pun dimuliakan dengan diberikan beberapa ilmu
yang tidak diketahui oleh golongan malaikat dan juga ilmu yang sebenarnya
mengembangkan potensi fikir Adam A.S. Kisah ini sebenarnya boleh dirujuk
dalam Surah al-Baqarah, ayat 31 hingga ayat 33. Selain dimensi individu
Muslim dengan pencipta-Nya, “saintifik” di sini juga sebenarnya merupakan
cerminan kepada domain rohani yang dilengkapkan pada manusia. Ini turut
membawa maksud bahawa pemikiran manusia tidak hanya bekerja sendiri.
Pemikiran manusia sebenarnya merupakan hasil kesepaduan beberapa
domain yang membina diri manusia seperti domain fikiran, rohani dan
nafsu. Ini juga membawa pengertian bahawa pemikiran manusia sendiri
sering terdedah untuk melakukan kesilapan atau pun kesalahan apabila
domain nafsu yang hina, misalnya, lebih mendominasi. Pemisahan Amalan
Saintifik daripada agama, sebagai contoh, lebih merupakan hasil pemikiran
yang didominasi oleh domain nafsu yang hina sehingga tidak lagi
mencerminkan dimensi hubungan individu-hamba dengan pencipta-Nya,
terdedah kepada kekeliruan dan kesalahan serta tak mustahil menimbulkan
lebih banyak masalah terutamanya kepada domain rohani manusia. Dan
apabila ini berlaku, Amalan Saintifik itu sendiri akan wujud sebagai sebuah
koleksi kaedah-kaedah yang zahir sahaja- sebuah amalan yang kehilangan roh
yang mendasarinya, sebuah amalan kaku yang tidak lagi teratur, mengabaikan
hujah-hujah daripada domain rohani serta tidak lagi mampu berupaya
menilai baik-buruk. Kesannya, bukan sahaja dimensi hubungan individu-
hamba dengan pencipta-Nya yang akan semakin longgar dan terabai, tetapi
juga memberikan kesan kepada dimensi hubungan individu dengan individu
lainnya dan individu-khalifah dengan alam. Pemahaman “saintifik” sebegini
adalah amat perlu buat mereka yang mahu berfikir dengan benar terutamanya
kepada mereka yang akan memimpin umat ini ke jalan (fikiran) yang benar.
Ingat, perubahan proses jahil ke Islam, dimulai dengan mengubah cara fikir
seseorang individu supaya mereka mulai berfikir dengan benar dan terarah
kepada kebenaran dalam keadaan yang begitu “saintifik”, yang bukan
semata-mata merupakan hasil pemerhatian yang boleh melibatkan ukur nilai
empirik, tetapi lebih merupakan cara berfikir yang teratur dan lengkap dengan
hujah (yang diyakini) dalam mencapai kebenaran serta cara menilai baik-
buruk. Semuanya ini pula dilalui oleh seseorang individu-hamba dengan
penuh amanah dan rela hati, bukannya sambil lewa dan bagaikan dipaksa
untuk menerima sesebuah fikiran. Inilah juga intipati Islam yang sentiasa
menyeru umatnya untuk mengambil tahu dan menilai setiap perkara yang
mereka terima. Ini juga membawa pengertian, tiada seorang manusia pun
yang sepatutnya menuruti sesuatu tanpa usul periksa dan penelitian- tiada
taqlid membabi buta (blind imitation) dalam Islam. Inilah juga keistimewaan
Islam yang bukan sahaja menyentuh rohani, tetapi juga fikiran- sebuah
sinergi spiritual intelektual. Cara ini juga boleh difahami tatkala Rasulullah
  S.A.W. menegur (dengan hikmah) seorang pemuda yang meminta izin berzina
  daripada baginda S.A.W.- di mana baginda S.A.W. tidak terus mengemukakan
  dalil-dalil berkaitan, malah mengajak pemuda tersebut berfikir-
  Membayangkan kalau-kalau ibu, saudara perempuan pemuda itu sendiri
  dizinahi. Ringkasnya, pemuda itu lantas menyedari kesalahannya setelah
  dirasionalkan oleh Rasulullah S.A.W.”
12.Mungkin akan ada pula yang bersuara, “Sepertinya, saudara telah
  mengarahkan perbincangan ini, daripada Amalan Saintifik yang biasanya
  lebih merujuk kepada bidang Sains kepada Amalan Saintifik saudara yang
  lebih bersifat umum”.
13.Saya menjawab, “Ya. Memang begitulah niat saya daripada permulaan
  perbincangan ini lagi. Saya ingin “saintik” dan Amalan Saintifik difahami
  dengan lebih meluas. Sebagai satu kaedah berfikir yang teratur bagi mencapai
  kebenaran. Sebuah kaedah berfikir yang sebenarnya boleh didisiplinkan
  menjadi satu kaedah atau pun prinsip umum kepada apa-apa bidang sekali
  pun. Boleh jadi falsafah, etika, pendidikan dan banyak lagi. Malah, kefahaman
  sebeginilah yang mendasari Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah. Prinsip-
  prinsip yang mendasarinya pula, tak lain dan tak bukan, bersumberkan al-
  Quran yang penuh hikmah yang memahamkan saya tentang dua pemikiran
  iaitu “hal-hal yang boleh difikirkan” dan “hal-hal yang tidak perlu
  difikirkan”. Saya fikir inilah juga kerangka matlamat dalam membangunkan
  masyarakat yang saintifik dan progresif dalam Falsafah Pendidikan Negara
  ”
14.Sebelum saya membincangkan dengan lebih lanjut, izinkan saya
  membincangkan tujuan kedua Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah iaitu
  mengukuhkan kekuatan umat Islam.
15.“Kekuatan” di sini perlu difahami dengan meluas. Tidak hanya tertumpu
  kepada kekuatan jasmani sahaja, tetapi apa-apa kekuatan termasuklah kekuatan
  fikiran, akhlak dan aqidah dalam meneruskan tradisi keilmuan Islam dan juga
  bagi memenangkan umat Islam sebagai ummatan wasotho dan khaira
  ummah, yang bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab ubudiyah, tetapi
  juga tanggungjawab khalifah. Pada masa yang sama, menjaga tiga dimensi
  hubungan individu iaitu individu-hamba dengan pencipta-Nya, individu
  dengan individu lainnya dan individu-khalifah dengan alam. Seperti mana yang
  telah saya jelaskan sebelum ini, perubahan proses Jahil ke Islam dimulai
  dengan perubahan cara berfikir yang mencorakkan kefahaman, keseniaan dan
  kebudayaan. Maka, yang salahnya bukan adat kebiasaan masyarakat Islam
  (atau Melayu dalam konteks Perlembagaan Malaysia), tetapi pengamalannya
  yang tidak lagi didasari oleh prinsip-prinsip yang membinanya. Hal ini
  mungkin terjadi kerana kesan daripada penjajahan Tamadun Barat ke tanah-
  tanah masyarakat Islam, yang secara langsung atau pun tidak langsung
  membantutkan pertumbuhan kekuatan umat Islam secara menyeluruh- daripada
pelbagai segi; pemikirannya, akhlaqnya, aqidahnya, keseniaannya,
  kebudayaannya dan lain-lain. Oleh itu, “kekuatan” yang saya bincangkan di
  sini juga sebenarnya melambangkan semua juzuk yang membina dan dengan
  sendirinya mencerminkan Islam yang syumul dan kaffah. Saya memahami
  “kekuatan” sebagai semua perkara yang boleh mengukuhkan masyarakat
  Islam. Perkara-perkara ini mungkin bertambah menurut keperluan zaman
  (tuntutan zaman). Dan saya juga berpendapat, Amalan Saintifik, seperti
  mana yang saya fahami merupakan satu kaedah yang penting, malah amat
  diperlukan, dalam membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam. Oleh
  itu, Amalan Saintifik ini perlulah diamalkan secara meluas dalam masyarakat
  Islam. Halangan-halangan pemikiran, yang seolah-olah menidakkan
  perkembangan dinamika Islam dan kebebasan berfikir (dalam ruang
  lingkup yang telah saya bincangkan) merupakan satu usaha yang cuma akan
  melemahkan dan merundumkan umat ini ke belakang, jauh daripada cita-cita
  kita membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam yang telah dijanjikan.
  Malah, Amalan Saintifik ini juga lah yang akan mempersiapkan jurubicara
  dan pemimpin umat (hujjatul Islam) sebagaimana Imam al-Ghazali pada
  zamannya. Saya sebenarnya terinspirasi untuk mengaitkan keperibadian Imam
  al-Ghazali di sini setelah membaca beberapa buah fikiran Rausyanfikir
  berkaitan Imam al-Ghazali. Malah, kita bukannya memerlukan satu atau pun
  dua “Imam al-Ghazali”, kita memerlukan lebih ramai lagi untuk zaman
  penuh fitnah ini. Dan mustahil sekali, keperibadian-keperibadian seperti ini
  dapat dibentuk sekiranya generasi kini dihalang daripada bersikap “saintifik”-
  terus berfikir sehingga mendapatkan hujah (yang diyakini) buat mencapai
  kebenaran serta menilai baik-buruk.
16.Baiklah, rasanya perlu juga saya jelaskan di sini serba sedikit tentang istilah
  zaman penuh fitnah ini. Zaman penuh fitnah, dalam pengertian saya
  merupakan satu tanda wujudnya kecelaruan fikiran yang mempengaruhi
  kefahaman, tindakan, kebudayaan, keseniaan dan lain-lain. Ringkasnya, ia
  merujuk kepada suatu keadaan yang perlu dirawati dengan Amalan Saintifik
  kita. Setiap tanda daripada Zaman penuh fitnah ini perlu juga dilihat sebagai
  satu peluang untuk beramal. Oleh itu, kita tidaklah wajar meratapi
  kekeliruan-kekeliruan ini dan cuma memimpikan keagungan dan kedamaian
  masa lalu tanpa memulakan sebarang langkah dan usaha berkaitan. Dan kita
  juga perlu menyedari saluran-saluran yang tersedia dalam kerangka Zaman
  penuh fitnah ini sendiri dalam mengatur strategi untuk berbuat demikian.
  Perlu juga ingat bahawa kita tidak sepenuhnya berhadapan dengan apa-apa
  yang terus dapat dipisahkan sebagai tanda-tanda Jahil atau pun Islam. Dalam
  erti kata yang lain, merupakan satu langkah yang kurang bijaksana dalam
  zaman kita ini (Zaman penuh fitnah) untuk terus melabel sesuatu itu sebagai
  Jahil atau pun Islam tanpa penelitian ilmiah yang bersifat objektif. Malah,
  usaha-usaha sebegini juga mungkin akan menimbulkan permasalahan-
  permasalahan lain dan tak mustahil juga, menutup peluang-peluang beramal
  sedia ada. Namun, perlu diingat juga bahawa kita memang perlu berhati-hati
dan teliti supaya kita sendiri tidak mudah terjebak dalam usaha reformasi
  pemikiran ini. Zaman penuh fitnah ini juga sepatutnya menyedarkan kita
  untuk sama-sama berusaha dengan penuh iltizam membina kembali
  (rekonstruksi) Tamadun Islam kerana sudah menjadi satu ketetapan
  (Sunnatullah) bahawa mereka yang mendominasi ketamadunan akan
  mendominasi dan mencorak dunia. Malah, mereka juga akan dirujuk dalam
  pelbagai perkara sungguhpun ada hasil-hasil pemikiran mereka yang jelas-jelas
  lebih didominasi oleh domain nafsu yang hina. Namun, kita yang
  mengamalkan Amalan Saintifik ini juga perlulah bersifat adil dalam
  pemikiran dan penilaian kita. Misalnya, kita perlu mengakui terdapatnya
  kebijaksanaan dalam sistem demokrasi yang diprogramkan untuk politik
  kepimpinan di kebanyakan negara. Namun, kebijaksanaan tersebut masih lagi
  merupakan bahagian-bahagian kecil daripada kebijaksanaan itu sendiri. Sebuah
  gambaran kepada kebijaksanaan yang belum sempurna. Misalnya, tidak
  mungkin demokrasi akan berjaya memimpin kehidupan rakyat sesebuah negara
  apabila pemimpinnya yang mengundi di Parlimen merupakan orang yang
  tidak boleh berfikir dengan benar. Malah pemikirannya pula mungkin cuma
  didominasi oleh domain nafsu yang hina sehingga menyebabkan berlakunya
  korupsi pemikiran dan kepemimpinan yang berpanjangan. Dan merupakan
  sebuah tindakan yang kurang bijaksana juga untuk mendemokrasikan
  pentadbiran sesebuah Negara sedangkan rakyat jelata masih lagi tidak dididik
  dengan benar akan hak mereka sebagai pengundi dan bagaimana mereka
  sepatutnya mengundi, dengan menggunakan Amalan Saintifik dan bukannya
  condong kepada domain emosi dan nafsu yang hina semata-mata. Baiklah,
  saya ada menyebut tentang menjadikan setiap tanda yang zahir daripada
  Zaman penuh fitnah ini sebagai peluang untuk beramal. Persoalannya
  sekarang, bagaimana? Apakah masih ada ruang bagi kita beramal di tengah-
  tengah kefitnahan yang luas melanda?
17.Jawapannya tentu sekali ada. Malah terlalu banyak untuk dibincangkan di sini.
  Antaranya adalah melalui lapangan akademik kerana kebebasan
  berakademik merupakan sesuatu yang dijamin oleh sistem demokrasi yang
  mendasari politik kepimpinan di kebanyakan negara sekarang ini. Dan
  Malaysia sendiri sedang berkembang dengan semakin cepat dan pesat sebagai
  salah sesebuah negara yang akan menjamin kebebasan berakademik dalam
  beberapa tahun lagi. Oleh itu, marilah kita jadikan ruang-ruang seminar dan
  kuliah-kuliah akademik sebagai salah satu ruang untuk kita beramal. Sebagai
  salah satu titik mula untuk kita membina kembali (rekonstruksi) Tamadun
  Islam. Kesannya mungkin tidak segera tampil tetapi insya-Allah, hasil
  perkongsian kita yang tidak seberapa itu akan didokumentasikan atau pun
  mungkin dirakam dalam pelbagai bentuk seperti kaset dan DVD, yang akan
  dijadikan jurnal-jurnal ilmiah dan mungkin juga sumber-sumber rujukan di
  seluruh dunia- sebagaimana kita hari ini dapat membaca dan meneliti
  pemikiran dan pandangan sarjana-sarjana Islam terdahulu. Pada masa yang
  sama, kita memerlukan satu proses pendidikan yang menyeluruh dalam
mempersiapkan generasi muda pada setiap masa untuk meneruskan
  perjuangan ini. Oleh itu, reformasi terhadap bidang pendidikan juga perlu
  diambil kira bagi melicinkan usaha-usaha ini. Reformasi berkaitan perlulah
  dimulakan dengan membantu pelajar memahami signifikan subjek-subjek
  yang mereka pelajari di sekolah dengan kehidupan sebenar mereka. Misalnya,
  belajar Sejarah bukannya cuma untuk mengingat fakta dan nombor, tetapi
  untuk mengambil pengajaran kerana sejarah merupakan satu kitaran
  (Sunnatullah) yang sentiasa berusaha mengulangi dirinya- terus menerus
  membawa keperibadian masa lampau, tetapi dalam watak-watak dan alatan
  material yang berbeza. Begitu juga dengan pengajaran subjek moral dan
  Pendidikan Islam. Merupakan satu ironi apabila masyarakat yang dilengkapi
  dengan subjek-subjek ini justeru muncul sebagai masyarakat yang semakin
  jauh daripada nilai-nilai yang diajarkan. Mungkin mengajar nilai-nilai ini
  sahaja tidak mencukupi, para pelajar perlulah dididik dengan nilai-nilai ini.
  Sebuah usaha mendidik yang berlaku sepanjang masa, terutamanya selepas
  meninggalkan alam sekolah menengah. Kita sudah biasa melihat bagaimana
  sebahagian pelajar lepasan sekolah agama, misalnya, tidak lagi mau
  berkecimpung secara aktif dalam hal-hal keagamaan sedangkan merekalah
  yang lebih diharapkan untuk memikul tanggungjawab berkenaan. Satu
  persoalan yang juga muncul di sini, “Mengapa?”.
18.Jawapannya; kita perlukan sebuah usaha mendidik yang tidak berlaku secara
  formal. Seperti mana yang telah saya catatkan sebelum ini, dalam suasana
  Saintifik yang tidak dipaksakan, dilalui oleh individu-individu berkaitan
  dengan penuh kerelaan. Harap maklum bahawa masa selepas persekolahan
  menengah perlu diberikan perhatian kerana masa inilah merupakan saat-saat
  akhir sebelum rebung benar-benar mulai menjadi buluh. Pada saat inilah, para
  mahasiswa sepatutnya dididik untuk mengamalkan Amalan Saintifik yang
  telah kita bincangkan sebelum ini supaya mereka berupaya untuk berfikir
  dengan benar sepanjang hidup mereka. Pada saat ini jugalah, mereka perlu
  dididik untuk berbakti kepada bangsa Malaysia dan Negara. Mereka juga perlu
  didedahkan dengan tanggungjawab dan peranan mereka dalam membina
  kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam. Mereka juga sepatutnya dibenarkan
  untuk mengasah daya fikir dan kreativiti mereka. Tidak mengapa sekiranya
  ada langkah mereka yang silap ketika ini. Yang penting, mereka belajar untuk
  berbakti. Inilah yang saya pelajari daripada beberapa orang sahabat dan
  Murabbi saya. Ya, yang penting mereka belajar. Oleh itu, usah pula kita
  memomok-momokkan mereka, menjauhkan mereka daripada mengamalkan
  Amalan Saintifik yang sebenarnya dalam hidup mereka.
19.Selain itu, peranan kumpulan-kumpulan kecil (Small Groups or Circles)
  juga perlu diberikan perhatian. Pendekatan ini juga merupakan satu kaedah
  yang diguna pakai oleh persatuan-persatuan Kristian seperti Christian Union
  dalam misi spiritual mereka. Selain itu, kaedah ini juga merupakan satu
  kaedah pendidikan yang disokong oleh pemikiran Vygotsky, di mana adanya
  peranan seorang pembimbing, mereka yang cepat faham dan mereka yang
mungkin lambat memahami dalam sesebuah kumpulan kecil ini. Mereka semua
      sebenarnya saling melengkapi dan memahamkan antara satu sama lain bagi
      mencapai pembelajaran yang bermakna (meaningful learning). Dalam
      kumpulan kecil ini juga, peranan terbesar dimainkan oleh pembimbingnya
      sendiri di mana dia sendiri merupakan produk daripada hasil kumpulan kecil
      seperti itu. Sesungguhnya, kemampuan untuk belajar daripada pengalaman
      (experiential learning) merupakan satu kekuatan intelektual berharga
      sekiranya benar-benar dimanfaatkan. Hairannya, peranan kumpulan-kumpulan
      kecil ini biasanya mudah untuk diaplikasikan untuk mempelajari subjek-subjek
      bahasa, khususnya Bahasa Inggeris tetapi tidak pula untuk subjek-subjek
      seperti Pendidikan Islam. Seolah-olah pendekatan ini tidak cukup Islamik
      sedangkan hakikatnya tidak begitu. Pendekatan ini sebenarnya merupakan satu
      Sunnah Akbar yang diwarisi sendiri daripada Rasulullah S.A.W. Sebuah
      pendekatan praktikal yang akhirnya dipopularkan kembali oleh Ustaz Hassan
      al-Bana di Mesir. Sayangnya, Sunnah Akbar ini seolah-olah dilupakan dan
      dipadam kaitannya daripada sirah nabawiyyah sendiri. Kesannya, muncullah
      sebahagian masyarakat yang kurang bersetuju dengan pendekatan-pendekatan
      sebegini dalam mempelajari Islam. Hal ini secara tidak langsung sebenarnya
      merupakan satu tanda (fitnah) yang menandakan wujudnya kecelaruan
      pemikiran masyarakat Islam sendiri apabila mereka tidak dapat lagi
      menghubungkan tradisi keilmuan Islam seperti Amalan Saintifik Islam-
      Abbasiyah dengan apa-apa yang mereka raih sekarang ini. Mereka juga
      biasanya lebih mudah menghubungkan kemajuan dan kejayaan pemikiran
      mereka kepada Amalan Saintifik Barat yang mulai tumbuh dengan
      kemunculan Galileo.
   20.Saya fikir ini sahajalah buah fikiran saya buat masa ini yang saya
     klasifikasikan bawah tajuk kecil saya, “Atur Cara Fikiran”. Mudah-mudahan,
     usaha sederhana ini besar manfaatnya. Amin.



Noor Eqbal,
Siap: 1:39 pagi, Jumaat, 19 Jun 2009
Diedit kali pertama: Jumaat, 3 Julai 2009
Diedit kali ketiga: Sabtu, 18 Julai 2009
Diedit kali keempat: Sabtu, 18 Julai 2009

Contenu connexe

Tendances

Qsoft preview
Qsoft previewQsoft preview
Qsoft previewelra
 
6. pengelompokan keilmuan dalam islam
6. pengelompokan keilmuan dalam islam6. pengelompokan keilmuan dalam islam
6. pengelompokan keilmuan dalam islamMarhamah Saleh
 
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)Aina Sofieyah
 
Makalah tasawuf
Makalah tasawufMakalah tasawuf
Makalah tasawufudajamil
 
59475034 aku-dan-wihdatul-wujud
59475034 aku-dan-wihdatul-wujud59475034 aku-dan-wihdatul-wujud
59475034 aku-dan-wihdatul-wujudSindi Setiyadi
 
Tugas resensi artikel_jurnal_sobari_nofiansyah
Tugas resensi artikel_jurnal_sobari_nofiansyahTugas resensi artikel_jurnal_sobari_nofiansyah
Tugas resensi artikel_jurnal_sobari_nofiansyahrosesani1
 
Makalah Manusia Dalam Pandangan Islam
Makalah Manusia Dalam Pandangan IslamMakalah Manusia Dalam Pandangan Islam
Makalah Manusia Dalam Pandangan Islamrizqi2201
 
Konsep Ilmu Akhlaq _ Akhlaq Tasawuf
Konsep Ilmu Akhlaq _ Akhlaq TasawufKonsep Ilmu Akhlaq _ Akhlaq Tasawuf
Konsep Ilmu Akhlaq _ Akhlaq Tasawufade orreo
 
Download FREE .. Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2017
Download FREE .. Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2017Download FREE .. Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2017
Download FREE .. Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2017Firman Pratama
 
Method of Tafsir
Method of TafsirMethod of Tafsir
Method of TafsirHakim Ahma
 
Syarifudin, studi naskah dakwah
Syarifudin, studi  naskah dakwahSyarifudin, studi  naskah dakwah
Syarifudin, studi naskah dakwahSyarifudin Amq
 

Tendances (18)

Qsoft preview
Qsoft previewQsoft preview
Qsoft preview
 
112 226 abu sahrin - metode hermeneutika alquran
112 226 abu sahrin - metode hermeneutika alquran112 226 abu sahrin - metode hermeneutika alquran
112 226 abu sahrin - metode hermeneutika alquran
 
Aliran maturidiyah
Aliran maturidiyahAliran maturidiyah
Aliran maturidiyah
 
6. pengelompokan keilmuan dalam islam
6. pengelompokan keilmuan dalam islam6. pengelompokan keilmuan dalam islam
6. pengelompokan keilmuan dalam islam
 
Modul 11 kb 2
Modul 11 kb 2Modul 11 kb 2
Modul 11 kb 2
 
Kelas x sma
Kelas x smaKelas x sma
Kelas x sma
 
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
tokoh pemikiran islam semasa: Fazlur rahman ( fpi ukm)
 
Makalah tasawuf
Makalah tasawufMakalah tasawuf
Makalah tasawuf
 
Aliran asy'ariah
Aliran asy'ariahAliran asy'ariah
Aliran asy'ariah
 
59475034 aku-dan-wihdatul-wujud
59475034 aku-dan-wihdatul-wujud59475034 aku-dan-wihdatul-wujud
59475034 aku-dan-wihdatul-wujud
 
Tugas resensi artikel_jurnal_sobari_nofiansyah
Tugas resensi artikel_jurnal_sobari_nofiansyahTugas resensi artikel_jurnal_sobari_nofiansyah
Tugas resensi artikel_jurnal_sobari_nofiansyah
 
Makalah Manusia Dalam Pandangan Islam
Makalah Manusia Dalam Pandangan IslamMakalah Manusia Dalam Pandangan Islam
Makalah Manusia Dalam Pandangan Islam
 
Konsep Ilmu Akhlaq _ Akhlaq Tasawuf
Konsep Ilmu Akhlaq _ Akhlaq TasawufKonsep Ilmu Akhlaq _ Akhlaq Tasawuf
Konsep Ilmu Akhlaq _ Akhlaq Tasawuf
 
Download FREE .. Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2017
Download FREE .. Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2017Download FREE .. Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2017
Download FREE .. Majalah Kekuatan Sugesti Edisi Mei 2017
 
Fungsi tafsir tarbawi
Fungsi tafsir tarbawiFungsi tafsir tarbawi
Fungsi tafsir tarbawi
 
tugas-2 HADIS TEMATIK DAKWAH OLEH Icha Fahira Azzani. SM IV KPI-C FDK UINSU 2...
tugas-2 HADIS TEMATIK DAKWAH OLEH Icha Fahira Azzani. SM IV KPI-C FDK UINSU 2...tugas-2 HADIS TEMATIK DAKWAH OLEH Icha Fahira Azzani. SM IV KPI-C FDK UINSU 2...
tugas-2 HADIS TEMATIK DAKWAH OLEH Icha Fahira Azzani. SM IV KPI-C FDK UINSU 2...
 
Method of Tafsir
Method of TafsirMethod of Tafsir
Method of Tafsir
 
Syarifudin, studi naskah dakwah
Syarifudin, studi  naskah dakwahSyarifudin, studi  naskah dakwah
Syarifudin, studi naskah dakwah
 

En vedette

Como mudaram os hábitos no ocidente
Como mudaram os hábitos no ocidente Como mudaram os hábitos no ocidente
Como mudaram os hábitos no ocidente 24260
 
Apelação cível. ação civil pública por ato de improbidade desvio de finalidade
Apelação cível. ação civil pública por ato de improbidade   desvio de finalidadeApelação cível. ação civil pública por ato de improbidade   desvio de finalidade
Apelação cível. ação civil pública por ato de improbidade desvio de finalidadeInforma Jurídico
 
Improbidade administrativa recurso especial em apelação cível 20090014776000100
Improbidade administrativa recurso especial em apelação cível 20090014776000100Improbidade administrativa recurso especial em apelação cível 20090014776000100
Improbidade administrativa recurso especial em apelação cível 20090014776000100Ministério Público de Santa Catarina
 
UPA provides agents a competitive advantage
UPA provides agents a competitive advantageUPA provides agents a competitive advantage
UPA provides agents a competitive advantagesherrykast
 
PRSA Uppercase Presentation
PRSA Uppercase PresentationPRSA Uppercase Presentation
PRSA Uppercase Presentationsherrykast
 
Thanksgiving at home
Thanksgiving at homeThanksgiving at home
Thanksgiving at homemrthomas8
 
Desolation Sound
Desolation SoundDesolation Sound
Desolation Soundmrthomas8
 
Thanksgiving 2009
Thanksgiving 2009Thanksgiving 2009
Thanksgiving 2009mrthomas8
 
Priority Quick Tour
Priority Quick TourPriority Quick Tour
Priority Quick TourActive Base
 
Más imágenes Fotomontaje 2008
Más imágenes Fotomontaje 2008Más imágenes Fotomontaje 2008
Más imágenes Fotomontaje 2008Sebastián Porté
 
Wired Update 7 22 09
Wired Update 7 22 09Wired Update 7 22 09
Wired Update 7 22 09bigalgonzo
 

En vedette (11)

Como mudaram os hábitos no ocidente
Como mudaram os hábitos no ocidente Como mudaram os hábitos no ocidente
Como mudaram os hábitos no ocidente
 
Apelação cível. ação civil pública por ato de improbidade desvio de finalidade
Apelação cível. ação civil pública por ato de improbidade   desvio de finalidadeApelação cível. ação civil pública por ato de improbidade   desvio de finalidade
Apelação cível. ação civil pública por ato de improbidade desvio de finalidade
 
Improbidade administrativa recurso especial em apelação cível 20090014776000100
Improbidade administrativa recurso especial em apelação cível 20090014776000100Improbidade administrativa recurso especial em apelação cível 20090014776000100
Improbidade administrativa recurso especial em apelação cível 20090014776000100
 
UPA provides agents a competitive advantage
UPA provides agents a competitive advantageUPA provides agents a competitive advantage
UPA provides agents a competitive advantage
 
PRSA Uppercase Presentation
PRSA Uppercase PresentationPRSA Uppercase Presentation
PRSA Uppercase Presentation
 
Thanksgiving at home
Thanksgiving at homeThanksgiving at home
Thanksgiving at home
 
Desolation Sound
Desolation SoundDesolation Sound
Desolation Sound
 
Thanksgiving 2009
Thanksgiving 2009Thanksgiving 2009
Thanksgiving 2009
 
Priority Quick Tour
Priority Quick TourPriority Quick Tour
Priority Quick Tour
 
Más imágenes Fotomontaje 2008
Más imágenes Fotomontaje 2008Más imágenes Fotomontaje 2008
Más imágenes Fotomontaje 2008
 
Wired Update 7 22 09
Wired Update 7 22 09Wired Update 7 22 09
Wired Update 7 22 09
 

Similaire à Atur Cara Fikiran

Berpikir kritis asli
Berpikir kritis asliBerpikir kritis asli
Berpikir kritis asliRusinah21
 
Buatapashalat 170830004514
Buatapashalat 170830004514Buatapashalat 170830004514
Buatapashalat 170830004514muhammad tarmizi
 
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifMakalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifSeptian Muna Barakati
 
PPT_PAI-dan-BUDI-PEKERTI_Kelas-XI_Gasal_1.-Berpikir-Kritis.ppt
PPT_PAI-dan-BUDI-PEKERTI_Kelas-XI_Gasal_1.-Berpikir-Kritis.pptPPT_PAI-dan-BUDI-PEKERTI_Kelas-XI_Gasal_1.-Berpikir-Kritis.ppt
PPT_PAI-dan-BUDI-PEKERTI_Kelas-XI_Gasal_1.-Berpikir-Kritis.pptimron rosadi
 
1 ijtihad al ilmi mutamam oke
1 ijtihad al ilmi mutamam oke1 ijtihad al ilmi mutamam oke
1 ijtihad al ilmi mutamam okeAgus Muqtafiy
 
Resensi artikel jurnal regas sahromi
Resensi artikel jurnal regas sahromiResensi artikel jurnal regas sahromi
Resensi artikel jurnal regas sahromiregas12
 
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptx
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptxPPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptx
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptxBhocahNajma
 
RESUME MODUL SKP KB 2 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 2 2023.pdfRESUME MODUL SKP KB 2 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 2 2023.pdfenjat2
 
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyahAspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyahimza90
 
Bagaimana Menemukan dan Menciptakan Agama Anda Sendiri
Bagaimana Menemukan dan Menciptakan Agama Anda SendiriBagaimana Menemukan dan Menciptakan Agama Anda Sendiri
Bagaimana Menemukan dan Menciptakan Agama Anda SendiriDaniel Kaunang
 
Modul ushul-fiqh
Modul ushul-fiqhModul ushul-fiqh
Modul ushul-fiqhsaeffull
 
PARADIGMA ALQURAN SEBAGAI SUMBER SEGALA ILMU.docx
PARADIGMA ALQURAN SEBAGAI SUMBER SEGALA ILMU.docxPARADIGMA ALQURAN SEBAGAI SUMBER SEGALA ILMU.docx
PARADIGMA ALQURAN SEBAGAI SUMBER SEGALA ILMU.docxSilvianaKhoirunNisa
 
Makalah ilmu kalam final!
Makalah ilmu kalam final!Makalah ilmu kalam final!
Makalah ilmu kalam final!Amadeus Alief
 
Khilafah _ perhatikan konsepnya, jangan hanya lihat istilahnya
Khilafah _ perhatikan konsepnya, jangan hanya lihat istilahnyaKhilafah _ perhatikan konsepnya, jangan hanya lihat istilahnya
Khilafah _ perhatikan konsepnya, jangan hanya lihat istilahnyaAlat_Survey_Pemetaan
 

Similaire à Atur Cara Fikiran (20)

Ndp rekonstruksi
Ndp rekonstruksiNdp rekonstruksi
Ndp rekonstruksi
 
Berpikir kritis
Berpikir kritisBerpikir kritis
Berpikir kritis
 
PP Skripsi Albaqir.pptx
PP Skripsi Albaqir.pptxPP Skripsi Albaqir.pptx
PP Skripsi Albaqir.pptx
 
Berpikir kritis asli
Berpikir kritis asliBerpikir kritis asli
Berpikir kritis asli
 
Buatapashalat 170830004514
Buatapashalat 170830004514Buatapashalat 170830004514
Buatapashalat 170830004514
 
BUAT APA SHALAT
BUAT APA SHALATBUAT APA SHALAT
BUAT APA SHALAT
 
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatifMakalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
Makalah berpikir ilmiah dan bertindak kreatif
 
PPT_PAI-dan-BUDI-PEKERTI_Kelas-XI_Gasal_1.-Berpikir-Kritis.ppt
PPT_PAI-dan-BUDI-PEKERTI_Kelas-XI_Gasal_1.-Berpikir-Kritis.pptPPT_PAI-dan-BUDI-PEKERTI_Kelas-XI_Gasal_1.-Berpikir-Kritis.ppt
PPT_PAI-dan-BUDI-PEKERTI_Kelas-XI_Gasal_1.-Berpikir-Kritis.ppt
 
1 ijtihad al ilmi mutamam oke
1 ijtihad al ilmi mutamam oke1 ijtihad al ilmi mutamam oke
1 ijtihad al ilmi mutamam oke
 
Resensi artikel jurnal regas sahromi
Resensi artikel jurnal regas sahromiResensi artikel jurnal regas sahromi
Resensi artikel jurnal regas sahromi
 
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptx
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptxPPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptx
PPT DIVAN HAIZUL ULUM 2 Ipi.pptx
 
RESUME MODUL SKP KB 2 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 2 2023.pdfRESUME MODUL SKP KB 2 2023.pdf
RESUME MODUL SKP KB 2 2023.pdf
 
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyahAspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
 
Bagaimana Menemukan dan Menciptakan Agama Anda Sendiri
Bagaimana Menemukan dan Menciptakan Agama Anda SendiriBagaimana Menemukan dan Menciptakan Agama Anda Sendiri
Bagaimana Menemukan dan Menciptakan Agama Anda Sendiri
 
Modul ushul-fiqh
Modul ushul-fiqhModul ushul-fiqh
Modul ushul-fiqh
 
PARADIGMA ALQURAN SEBAGAI SUMBER SEGALA ILMU.docx
PARADIGMA ALQURAN SEBAGAI SUMBER SEGALA ILMU.docxPARADIGMA ALQURAN SEBAGAI SUMBER SEGALA ILMU.docx
PARADIGMA ALQURAN SEBAGAI SUMBER SEGALA ILMU.docx
 
Makalah ilmu kalam final!
Makalah ilmu kalam final!Makalah ilmu kalam final!
Makalah ilmu kalam final!
 
Khilafah _ perhatikan konsepnya, jangan hanya lihat istilahnya
Khilafah _ perhatikan konsepnya, jangan hanya lihat istilahnyaKhilafah _ perhatikan konsepnya, jangan hanya lihat istilahnya
Khilafah _ perhatikan konsepnya, jangan hanya lihat istilahnya
 
Membaca ulil
Membaca ulilMembaca ulil
Membaca ulil
 
Menyeimbangkan Iman, Ilmu dan Amal dalam Ialam
Menyeimbangkan Iman, Ilmu dan Amal dalam IalamMenyeimbangkan Iman, Ilmu dan Amal dalam Ialam
Menyeimbangkan Iman, Ilmu dan Amal dalam Ialam
 

Dernier

Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1LailaTulangRusukMaha
 
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3sekolah9304
 
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Shoffan shoffa
 
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxMateri Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxnursamsi40
 
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docxaljabarkoho
 
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfPTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfSMP Hang Kasturi, Batam
 
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024ssuser82320b
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahkrisdanarahmatullah7
 
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smpmateri PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smpAanSutrisno
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKTaufik241763
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIwanalifhikmi
 
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxMATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxSuarniSuarni5
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxYusufAmirudin3
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas Xyova9dspensa
 
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfDOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfssuserb45274
 
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptxTanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptxMMuminSholih
 
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media KristenSeminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media KristenSABDA
 
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfMakna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfAdindaRizkiThalia
 

Dernier (20)

Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
 
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
 
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
 
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxMateri Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
 
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
2024 - PSAJ PAI SMK Kisi-kisi Utama.docx
 
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfPTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
 
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
 
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptxPersiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
 
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smpmateri PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
 
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxMATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
 
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfDOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
 
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptxTanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
 
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media KristenSeminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
 
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfMakna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
 

Atur Cara Fikiran

  • 1. Pendahuluan Atur Cara Fikiran Berikut merupakan buah fikiran saya berkaitan pemikiran. Mungkin tak begitu kemas disusun. Tetapi insya-Allah, boleh difahami dengan baik. Saya menulis buah fikiran ini dalam keadaan saya tidak mempunyai sumber rujukan yang benar-benar cukup. Mungkin ada bahagian-bahagian yang perlu di-quote pada pandangan sesetengah pihak supaya lebih akademik tetapi tidak saya quote. Saya sebenarnya bersemangat untuk menulis setelah ditanya oleh kawan-kawan saya tentang cara kita sepatutnya berfikir dan setelah mengenal serba sedikit tentang Prof. Naquib al-Attas. Malah saya sendiri gemar berfikir dan sering kali memikirkan cara atau pun kaedah yang terbaik untuk berfikir. Sejujurnya, saya tidak pernah mendalami sepenuhnya pemikiran Naquib al-Attas pun. Saya cuma dapat baca beberapa artikel di internet berkaitan beliau dan pemikirannya. Saya cukup tertarik dengan gagasan “Islamization of Knowledge” beliau dan juga beberapa tajuk hasil kerja beliau yang lain seperti “Islam and Secularism”. Sejujurnya, saya tak pernah baca buku-buku tersebut. Namun, tajuknya sahaja bagaikan sudah membuka ruang bawah sedar saya untuk jauh meneroka dan memahami. Tatkala menulis, saya cuma terus menulis dan menulis apa-apa yang terfikirkan oleh saya pada waktu tersebut. Saya juga ada merujuk tafsiran al-Quran berbahasa Melayu dalam menulis. Selain itu, saya cuba menulis dengan menggunakan kaedah Socrates yang saya pelajari di kuliah pendidikan dan juga teknik Metakognitif iaitu “berfikir mengenai pemikiran sendiri”. Oleh yang demikian, tidak mustahil sekiranya mereka yang membaca atau pun mendengar perbincangan ini akan mendapati perbincangan berikut seolah-olah satu dialog antara saya dan orang lain. Teknik penomboran dan pemerian “saya” dalam tulisan ini pula merupakan percubaan saya untuk mencontohi kaedah al-Quran dalam berkomunikasi dengan pembacanya. Secara keseluruhannya, rangkaian kata-kata berikut, pada pandangan saya, sudah dapat memberikan gambaran ringkas kepada perbincangan berikut. “Saintifik” yang saya fahami bukan semata-mata merupakan hasil pemerhatian yang boleh melibatkan ukur nilai empirik, tetapi lebih merupakan cara berfikir yang teratur dan lengkap dengan hujah (yang diyakini) dalam mencapai kebenaran serta cara menilai baik-buruk. Mudah-mudahan usaha sederhana ini ada manfaatnya. Insya-Allah.
  • 2. Atur Cara Fikiran 1. Saya dah lama berusaha mendalami makna dan cara berfikir yang sepatutnya. Berfikir merupakan satu proses yang menyeronokkan, apabila dilakukan oleh orang yang suka berfikir. Malah, berfikir itu merupakan satu ibadah apabila selari dengan cara fikir kita sebagai orang Islam (Islam yang bukannya cuma pada nama, tetapi juga pada keseluruhan domain yang membina diri kita, termasuklah fikiran). 2. Oleh itu, berfikir mestilah dilakukan menurut kesesuaian dan keadaannya. Ringkasnya, sungguh mustahil untuk menggunakan satu kaedah berfikir sahaja untuk menyelesaikan semua perkara. Ini terlalu idealistik, dan tak mustahil juga akan menimbulkan lebih banyak permasalahan serta seolah-olah memaksakan satu kaedah berfikir sahaja untuk semua perkara. 3. Oleh itu, kita mestilah mengetahui kaedah berfikir yang benar. Supaya kita faham dan tahu akan “hal-hal yang boleh kita fikirkan” dan juga hal-hal yang saya rujuk sebagai “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”. 4. Mungkin akan ada yang bertanya, “Kamu telah mengelaskan dua jenis pemikiran. Pertama, “hal-hal yang boleh difikirkan” dan kedua, “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”. Mengapa kamu tidak menggunakan istilah “hal- hal yang tidak boleh difikirkan” sebagai lawan kepada “hal-hal yang boleh difikirkan”? 5. Bagi soalan tersebut, saya akan menjawab begini, “Saya tidak sekali-kali bermaksud menambahkan kekeliruan bagi mereka yang membaca atau pun mendengar buah fikiran saya. Harap maklum bahawa istilah ini merupakan istilah yang saya kenalkan dan fikirkan menurut pemikiran dan pemahaman saya. Bagi saya, terpulanglah kepada para pembaca atau pun pendengar sama ada ingin menggunakan istilah yang sama atau pun tidak. Yang penting, maksud dan tujuan utama pengelasan pemikiran ini lah yang perlu diberikan perhatian dalam kita sama-sama membina kaedah berfikir yang benar. Saya menggunakan istilah “hal-hal yang tidak perlu difikirkan” dan bukannya “hal-hal yang tidak boleh difikirkan” kerana beberapa sebab. Sebelum itu, mari kita lihat perkataan-perkataan yang saling membezakan antara “hal-hal yang tidak perlu difikirkan” dengan “hal-hal yang tidak boleh difikirkan” bagi memudahkan perbincangan. Perbezaan perkataan-perkataan tersebut akan ditandai dengan warna merah; “hal-hal yang tidak perlu difikirkan” dengan “hal-hal yang tidak boleh difikirkan”. Sekarang, perbincangan kita tertumpu kepada “tidak perlu” dan “tidak boleh”. Sebenarnya, saya menggunakan “tidak perlu” kerana dua faktor. Pertama, untuk memberikan penegasan bahawa “hal-hal yang tidak perlu difikirkan” itu cuma akan membuang masa kerana kita sememangnya tidak dilengkapi dengan kapasiti yang berkaitan bagi membolehkan kita untuk memikirkannya. Inilah juga yang saya rujuk sebagai batasan (limitation) dalam keupayaan berfikir kita. Kedua, penjelasan pertama tentang penggunaan “tidak perlu” itu sendiri sudah
  • 3. menerangkan tentang “tidak boleh””. 6. Sekarang, mungkin akan ada pula yang akan bertanya, “Daripada manakah kamu menyimpulkan dua jenis pemikiran iaitu “hal-hal yang boleh difikirkan” dan “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”? 7. Bagi soalan tersebut, saya akan menjawab, “Seperti mana yang saudara saudari sedia maklum, perbincangan kita pada hari ini berkaitan kaedah berfikir yang benar. Sebuah kaedah yang boleh diterima pakai oleh siapa- siapa pun terutamanya mereka yang beragama Islam kerana sejak awal lagi, kaedah berfikir yang saya usulkan telah saya fokuskan untuk orang Islam. Oleh itu, saya menyimpulkan terdapatnya dua jenis pemikiran seperti di atas berdasarkan sumber rujukan utama orang Islam sendiri iaitu al-Quran yang penuh hikmah (Surah Yassin, ayat 2). Seperti mana yang saya fahami, terdapat dua jenis ayat yang terkandung dalam al-Quran iaitu ayat Muhkamat dan ayat Mutasyabihat. Saya memahami ayat Muhkamat sebagai ayat-ayat al- Quran yang menerangkan prinsip-prinsip asal dalam agama Islam seperti konsep ketauhidan. Ayat Muhkamat ini juga difahami sebagai dalil Qat’i (tetap, pasti) dalam beramal dan berhujah. Ayat-ayat Muhkamat merupakan ayat yang tidak boleh ditafsirkan atau pun disesuaikan menurut perubahan masa, keadaan dan tempat. Malah, inilah kekuatan agama Islam di mana prinsip-prinsip tunjangnya telah pun dijelaskan dan tidak akan sekali-kali dapat dirungkai justeru memelihara kesucian agama Islam sendiri. Ayat Mustasyabihat pula saya fahami sebagai ayat-ayat al-Quran yang boleh ditafsirkan menurut perubahan masa, keadaan dan tempat. Ayat Mutasyabihat ini juga difahami sebagai dalil Zanni dalam berhujah dan beramal. Ini juga merupakan kekuatan dan keistimewaan agama Islam yang membolehkan dan menjadikan Islam itu sentiasa relevan sepanjang zaman- kekuatan dinamika Islam”. 8. Sekarang ini, mungkin akan ada pula yang akan bertanya, “Bagaimana mungkin saudara menggunakan prinsip-prinsip agama dalam berusaha memberikan penjelasan saintifik kepada pemikiran?” 9. Bagi soalan tersebut, saya akan menjawab, “Pertama, saya akan memberikan pemerian saya tentang istilah “saintifik”. “Saintifik” yang saya fahami bukan semata-mata merupakan hasil pemerhatian yang boleh melibatkan ukur nilai empirik, tetapi lebih merupakan cara berfikir yang teratur dan lengkap dengan hujah (yang diyakini) dalam mencapai kebenaran serta cara menilai buruk-baik. Sekarang, perlu juga saya bincangkan dengan ringkas sifat (nature) Sains dan Saintifik yang difahami dan diguna pakai sehingga hari ini dalam Amalan Saintifik di Barat dengan sifat (nature) Sains dan Saintifik yang difahami dan diguna pakai ketika zaman keagungan Islam (the Golden Age of Islam)- ketika pemerintahan Abbasiyah. Amalan Saintifik Barat dibangun ketika ia sendiri mendapat tentangan daripada pihak gereja sedangkan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah dibangun atas dasar pencarian untuk mengukuhkan iman (faith) dan juga mengukuhkan
  • 4. kekuatan umat Islam. Malah, Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah juga tidak sekali-kali mendapat tentangan daripada Islam kerana ia telah diharmonikan dengan prinsip-prinsip Islam. Dalam modul ISK (Ini Sejarah Kita), pengharmonian ini dirujuk sebagai sebuah usaha penapisan daripada ilmu- ilmu Rom, Greek, Mesir, Parsi dan India. Pada pandangan saya, penjelasan yang lebih jelas berkaitan pengharmonian ilmu ini boleh dirujuk pada gagasan “the Islamization of Knowledge” oleh Professor Naquib al-Attas yang turut mengingatkan bahawa para ilmuwan dan sarjana Islam hari ini mempunyai tanggungjawab besar dalam membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam seperti mana yang pernah wujud- (malah lebih baik lagi daripada) Tamadun Islam-Abbasiyah. Pengharmonian ini juga sebenarnya telah membentuk disiplin ilmu yang kukuh dan mapan buat rujukan para sarjana dan ilmuwan Islam. Dan dengan sendirinya, pemahaman yang mengatur cara fikir Muslim tentang istilah “saintifik” itu juga berbeza dengan pemahaman sarjana dan ilmuwan Barat, kesan daripada pengaruh agama dan sejarah masing-masing. Jika “saintifik”, mengikut kefahaman dan Amalan Saintifik Barat biasanya cuma didasarkan kepada bukti-bukti empirik yang boleh diukur, kefahaman dan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah juga mengiktiraf bukti-bukti empirik yang boleh diukur tetapi bukti-bukti empirik sahaja tidak melambangkan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah secara menyeluruh. Hal ini sebenarnya kembali kepada dua istilah yang telah saya bincangkan sebelum ini iaitu “hal-hal yang boleh difikirkan” dan juga “hal- hal yang tidak perlu difikirkan”. Hal ini kerana prinsip Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah adalah selari dengan prinsip-prinsip Islam yang boleh dirujuk pada al-Quran. Tujuan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah ini pula, seperti mana yang telah saya catatkan sebelum ini; atas dasar pencarian untuk mengukuhkan iman (faith) dan juga mengukuhkan kekuatan umat Islam. Kedua-dua tujuan ini juga sememangnya merupakan dua lagi tuntutan yang terdapat dalam al-Quran sendiri. Tujuan yang pertama iaitu atas dasar pencarian untuk mengukuhkan iman (faith) merupakan satu tajribah keilmuan yang boleh dipelajari daripada pengalaman spiritual dan intelektual yang pernah dilalui sendiri oleh nabi Ibrahim A.S. tatkala beliau memerhatikan sama ada Matahari atau pun Bulan merupakan Tuhan atau pun tidak. Kesimpulan akhir beliau menyimpulkan bahawa kedua-duanya bukanlah Tuhan sekalian alam. Lihatlah betapa seorang nabi yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. sendiri pernah melalui proses mendapatkan keyakinan sedemikian rupa. Maka, mengapa tidak kita sendiri mengikuti jalan-jalan mereka yang dikasihi oleh Allah S.W.T. ini supaya iman kita benar-benar mantap (solid)?. Malah, kita sepatutnya akan menjadi lebih beriman setiap kali kita memerhati dan mengambil pengajaran daripada alam. Semuanya ini juga bersesuaian dan bertepatan dengan kandungan al-Quran dan juga kapasiti fikiran manusia. Sebab itulah, kita perhatikan terdapatnya sejumlah ayat-ayat al- Quran yang mengajak manusia memerhati dan memikirkan fenomena- fenomena seperti kejadian siang dan malam dan proses kejadian manusia. Persoalannya, “untuk apa kita diajak berfikir?” dan “tidak cukupkah
  • 5. dengan sekadar beriman?”. Saya fikir penjelasan kepada kedua-dua persoalan ini tidak perlu saya sentuh lagi kerana perbincangan kita sekarang ini sendiri telah pun dan akan lebih mencerminkan persoalan-persoalan ini. Oleh itu bolehlah juga disimpulkan begini, manusia, dengan fitrah kejadiannya dan juga kapasiti berfikirnya sememangnya boleh membuktikan kewujudan Tuhan yang mentadbir alam ini, dengan syarat dia benar-benar memikirkannya, dan juga dalam kerangka fikiran “hal-hal yang boleh difikirkan”. Dalam contoh ini, misalnya, saya telah mengajak saudara saudari menggunakan pemikiran masing-masing bagi membuktikan dan merasakan dengan penuh yakin bahawa terdapatnya Tuhan yang mentadbir alam ini. Permasalahannya sekarang, “Siapakah Tuhan yang dimaksudkan ini?”, “Adakah Tuhan ini Satu atau pun Esa?”, “Apakah pula sifat-sifat ketuhanan yang ada pada Tuhan (yang boleh difikirkan)?” Persoalan-persoalan seperti inilah yang sebenarnya telah dijawab dalam al-Quran bahawa Tuhan itu Allah S.W.T. yang Maha Esa, tidak diperanakkan dan tidak pula mempunyai anak (Surah al-Ikhlas, ayat 1-4) serta banyak lagi sifat-sifat-Nya yang dicerminkan melalui nama-nama-Nya yang mulia. Malah, ilmu berkaitan sifat-sifat Allah S.W.T. juga telah dikelaskan oleh ilmuwan-ilmuwan terdahulu sebagai sifat- sifat wajib dan mustahil bagi Allah S.W.T.” 10. Baiklah, sekarang mungkin akan ada yang berkata, “Saya masih belum jelas dengan penjelasan saudara dan mengapa pula saudara mengaitkan penjelasan saudara dengan Tuhan?” 11.Saya menjawab, “Saya mengaitkan penjelasan saya tentang “saintifik” dengan Tuhan kerana beberapa faktor. Pertama, seperti mana yang telah saya jelaskan, Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah adalah selari dan dibentuk oleh prinsip-prinsip Islam yang digariskan oleh al-Quran. Persoalannya sekarang, al-Quran itu apa? Al-Quran yang saya fahami merupakan kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W. Hal ini dengan jelas telah membuktikan dimensi hubungan individu yang mengamalkan Amalan Saintifik Islam- Abbasiyah dengan pencipta-Nya, iaitu Allah S.W.T. sehinggakan setiap fikiran dan amalan mestilah selari dengan apa-apa yang telah dibenarkan oleh-Nya. Dan saya juga memahami bahawa setiap amalan yang selari dengan kehendak-Nya merupakan satu bentuk ibadah kepada-Nya. Dan apabila saya mengaitkan “saintifik” yang saya fahami dengan Allah S.W.T., perlu juga difahami bahawa saya memahami bahawa Allah S.W.T. merupakan sumber ilmu pengetahuan, sumber “saintifik” itu sendiri. Sumber “saintifik” yang senantiasa membantu manusia dalam lebih mengerti dan memahami sehingga menimbulkan keyakinan dalam berhujah dan menilai baik-buruk. Apabila saya merujuk Allah S.W.T. sebagai sumber “saintifik”, saya juga sebenarnya berusaha merujuk dan memahami beberapa nama-Nya yang mulia seperti Al-‘Alim. Dalam dimensi hubungan individu-hamba dengan pencipta-Nya juga, hal ini sebenarnya menunjukkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi seorang individu-hamba terhadap segala panduan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada manusia-manusia yang berfikir dengan benar. Ini juga
  • 6. sebenarnya merupakan kefahaman saya terhadap kisah kewujudan Adam A.S. yang ditakdirkan untuk menjadi khalifah di dunia ini, yang boleh mengajar malaikat ketika itu tentang istilah-istilah tertentu. Sungguh pun malaikat merupakan makhluk yang lebih dahulu diciptakan, manusia yang diwakili oleh kewujudan Adam A.S. telah pun dimuliakan dengan diberikan beberapa ilmu yang tidak diketahui oleh golongan malaikat dan juga ilmu yang sebenarnya mengembangkan potensi fikir Adam A.S. Kisah ini sebenarnya boleh dirujuk dalam Surah al-Baqarah, ayat 31 hingga ayat 33. Selain dimensi individu Muslim dengan pencipta-Nya, “saintifik” di sini juga sebenarnya merupakan cerminan kepada domain rohani yang dilengkapkan pada manusia. Ini turut membawa maksud bahawa pemikiran manusia tidak hanya bekerja sendiri. Pemikiran manusia sebenarnya merupakan hasil kesepaduan beberapa domain yang membina diri manusia seperti domain fikiran, rohani dan nafsu. Ini juga membawa pengertian bahawa pemikiran manusia sendiri sering terdedah untuk melakukan kesilapan atau pun kesalahan apabila domain nafsu yang hina, misalnya, lebih mendominasi. Pemisahan Amalan Saintifik daripada agama, sebagai contoh, lebih merupakan hasil pemikiran yang didominasi oleh domain nafsu yang hina sehingga tidak lagi mencerminkan dimensi hubungan individu-hamba dengan pencipta-Nya, terdedah kepada kekeliruan dan kesalahan serta tak mustahil menimbulkan lebih banyak masalah terutamanya kepada domain rohani manusia. Dan apabila ini berlaku, Amalan Saintifik itu sendiri akan wujud sebagai sebuah koleksi kaedah-kaedah yang zahir sahaja- sebuah amalan yang kehilangan roh yang mendasarinya, sebuah amalan kaku yang tidak lagi teratur, mengabaikan hujah-hujah daripada domain rohani serta tidak lagi mampu berupaya menilai baik-buruk. Kesannya, bukan sahaja dimensi hubungan individu- hamba dengan pencipta-Nya yang akan semakin longgar dan terabai, tetapi juga memberikan kesan kepada dimensi hubungan individu dengan individu lainnya dan individu-khalifah dengan alam. Pemahaman “saintifik” sebegini adalah amat perlu buat mereka yang mahu berfikir dengan benar terutamanya kepada mereka yang akan memimpin umat ini ke jalan (fikiran) yang benar. Ingat, perubahan proses jahil ke Islam, dimulai dengan mengubah cara fikir seseorang individu supaya mereka mulai berfikir dengan benar dan terarah kepada kebenaran dalam keadaan yang begitu “saintifik”, yang bukan semata-mata merupakan hasil pemerhatian yang boleh melibatkan ukur nilai empirik, tetapi lebih merupakan cara berfikir yang teratur dan lengkap dengan hujah (yang diyakini) dalam mencapai kebenaran serta cara menilai baik- buruk. Semuanya ini pula dilalui oleh seseorang individu-hamba dengan penuh amanah dan rela hati, bukannya sambil lewa dan bagaikan dipaksa untuk menerima sesebuah fikiran. Inilah juga intipati Islam yang sentiasa menyeru umatnya untuk mengambil tahu dan menilai setiap perkara yang mereka terima. Ini juga membawa pengertian, tiada seorang manusia pun yang sepatutnya menuruti sesuatu tanpa usul periksa dan penelitian- tiada taqlid membabi buta (blind imitation) dalam Islam. Inilah juga keistimewaan Islam yang bukan sahaja menyentuh rohani, tetapi juga fikiran- sebuah
  • 7. sinergi spiritual intelektual. Cara ini juga boleh difahami tatkala Rasulullah S.A.W. menegur (dengan hikmah) seorang pemuda yang meminta izin berzina daripada baginda S.A.W.- di mana baginda S.A.W. tidak terus mengemukakan dalil-dalil berkaitan, malah mengajak pemuda tersebut berfikir- Membayangkan kalau-kalau ibu, saudara perempuan pemuda itu sendiri dizinahi. Ringkasnya, pemuda itu lantas menyedari kesalahannya setelah dirasionalkan oleh Rasulullah S.A.W.” 12.Mungkin akan ada pula yang bersuara, “Sepertinya, saudara telah mengarahkan perbincangan ini, daripada Amalan Saintifik yang biasanya lebih merujuk kepada bidang Sains kepada Amalan Saintifik saudara yang lebih bersifat umum”. 13.Saya menjawab, “Ya. Memang begitulah niat saya daripada permulaan perbincangan ini lagi. Saya ingin “saintik” dan Amalan Saintifik difahami dengan lebih meluas. Sebagai satu kaedah berfikir yang teratur bagi mencapai kebenaran. Sebuah kaedah berfikir yang sebenarnya boleh didisiplinkan menjadi satu kaedah atau pun prinsip umum kepada apa-apa bidang sekali pun. Boleh jadi falsafah, etika, pendidikan dan banyak lagi. Malah, kefahaman sebeginilah yang mendasari Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah. Prinsip- prinsip yang mendasarinya pula, tak lain dan tak bukan, bersumberkan al- Quran yang penuh hikmah yang memahamkan saya tentang dua pemikiran iaitu “hal-hal yang boleh difikirkan” dan “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”. Saya fikir inilah juga kerangka matlamat dalam membangunkan masyarakat yang saintifik dan progresif dalam Falsafah Pendidikan Negara ” 14.Sebelum saya membincangkan dengan lebih lanjut, izinkan saya membincangkan tujuan kedua Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah iaitu mengukuhkan kekuatan umat Islam. 15.“Kekuatan” di sini perlu difahami dengan meluas. Tidak hanya tertumpu kepada kekuatan jasmani sahaja, tetapi apa-apa kekuatan termasuklah kekuatan fikiran, akhlak dan aqidah dalam meneruskan tradisi keilmuan Islam dan juga bagi memenangkan umat Islam sebagai ummatan wasotho dan khaira ummah, yang bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab ubudiyah, tetapi juga tanggungjawab khalifah. Pada masa yang sama, menjaga tiga dimensi hubungan individu iaitu individu-hamba dengan pencipta-Nya, individu dengan individu lainnya dan individu-khalifah dengan alam. Seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini, perubahan proses Jahil ke Islam dimulai dengan perubahan cara berfikir yang mencorakkan kefahaman, keseniaan dan kebudayaan. Maka, yang salahnya bukan adat kebiasaan masyarakat Islam (atau Melayu dalam konteks Perlembagaan Malaysia), tetapi pengamalannya yang tidak lagi didasari oleh prinsip-prinsip yang membinanya. Hal ini mungkin terjadi kerana kesan daripada penjajahan Tamadun Barat ke tanah- tanah masyarakat Islam, yang secara langsung atau pun tidak langsung membantutkan pertumbuhan kekuatan umat Islam secara menyeluruh- daripada
  • 8. pelbagai segi; pemikirannya, akhlaqnya, aqidahnya, keseniaannya, kebudayaannya dan lain-lain. Oleh itu, “kekuatan” yang saya bincangkan di sini juga sebenarnya melambangkan semua juzuk yang membina dan dengan sendirinya mencerminkan Islam yang syumul dan kaffah. Saya memahami “kekuatan” sebagai semua perkara yang boleh mengukuhkan masyarakat Islam. Perkara-perkara ini mungkin bertambah menurut keperluan zaman (tuntutan zaman). Dan saya juga berpendapat, Amalan Saintifik, seperti mana yang saya fahami merupakan satu kaedah yang penting, malah amat diperlukan, dalam membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam. Oleh itu, Amalan Saintifik ini perlulah diamalkan secara meluas dalam masyarakat Islam. Halangan-halangan pemikiran, yang seolah-olah menidakkan perkembangan dinamika Islam dan kebebasan berfikir (dalam ruang lingkup yang telah saya bincangkan) merupakan satu usaha yang cuma akan melemahkan dan merundumkan umat ini ke belakang, jauh daripada cita-cita kita membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam yang telah dijanjikan. Malah, Amalan Saintifik ini juga lah yang akan mempersiapkan jurubicara dan pemimpin umat (hujjatul Islam) sebagaimana Imam al-Ghazali pada zamannya. Saya sebenarnya terinspirasi untuk mengaitkan keperibadian Imam al-Ghazali di sini setelah membaca beberapa buah fikiran Rausyanfikir berkaitan Imam al-Ghazali. Malah, kita bukannya memerlukan satu atau pun dua “Imam al-Ghazali”, kita memerlukan lebih ramai lagi untuk zaman penuh fitnah ini. Dan mustahil sekali, keperibadian-keperibadian seperti ini dapat dibentuk sekiranya generasi kini dihalang daripada bersikap “saintifik”- terus berfikir sehingga mendapatkan hujah (yang diyakini) buat mencapai kebenaran serta menilai baik-buruk. 16.Baiklah, rasanya perlu juga saya jelaskan di sini serba sedikit tentang istilah zaman penuh fitnah ini. Zaman penuh fitnah, dalam pengertian saya merupakan satu tanda wujudnya kecelaruan fikiran yang mempengaruhi kefahaman, tindakan, kebudayaan, keseniaan dan lain-lain. Ringkasnya, ia merujuk kepada suatu keadaan yang perlu dirawati dengan Amalan Saintifik kita. Setiap tanda daripada Zaman penuh fitnah ini perlu juga dilihat sebagai satu peluang untuk beramal. Oleh itu, kita tidaklah wajar meratapi kekeliruan-kekeliruan ini dan cuma memimpikan keagungan dan kedamaian masa lalu tanpa memulakan sebarang langkah dan usaha berkaitan. Dan kita juga perlu menyedari saluran-saluran yang tersedia dalam kerangka Zaman penuh fitnah ini sendiri dalam mengatur strategi untuk berbuat demikian. Perlu juga ingat bahawa kita tidak sepenuhnya berhadapan dengan apa-apa yang terus dapat dipisahkan sebagai tanda-tanda Jahil atau pun Islam. Dalam erti kata yang lain, merupakan satu langkah yang kurang bijaksana dalam zaman kita ini (Zaman penuh fitnah) untuk terus melabel sesuatu itu sebagai Jahil atau pun Islam tanpa penelitian ilmiah yang bersifat objektif. Malah, usaha-usaha sebegini juga mungkin akan menimbulkan permasalahan- permasalahan lain dan tak mustahil juga, menutup peluang-peluang beramal sedia ada. Namun, perlu diingat juga bahawa kita memang perlu berhati-hati
  • 9. dan teliti supaya kita sendiri tidak mudah terjebak dalam usaha reformasi pemikiran ini. Zaman penuh fitnah ini juga sepatutnya menyedarkan kita untuk sama-sama berusaha dengan penuh iltizam membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam kerana sudah menjadi satu ketetapan (Sunnatullah) bahawa mereka yang mendominasi ketamadunan akan mendominasi dan mencorak dunia. Malah, mereka juga akan dirujuk dalam pelbagai perkara sungguhpun ada hasil-hasil pemikiran mereka yang jelas-jelas lebih didominasi oleh domain nafsu yang hina. Namun, kita yang mengamalkan Amalan Saintifik ini juga perlulah bersifat adil dalam pemikiran dan penilaian kita. Misalnya, kita perlu mengakui terdapatnya kebijaksanaan dalam sistem demokrasi yang diprogramkan untuk politik kepimpinan di kebanyakan negara. Namun, kebijaksanaan tersebut masih lagi merupakan bahagian-bahagian kecil daripada kebijaksanaan itu sendiri. Sebuah gambaran kepada kebijaksanaan yang belum sempurna. Misalnya, tidak mungkin demokrasi akan berjaya memimpin kehidupan rakyat sesebuah negara apabila pemimpinnya yang mengundi di Parlimen merupakan orang yang tidak boleh berfikir dengan benar. Malah pemikirannya pula mungkin cuma didominasi oleh domain nafsu yang hina sehingga menyebabkan berlakunya korupsi pemikiran dan kepemimpinan yang berpanjangan. Dan merupakan sebuah tindakan yang kurang bijaksana juga untuk mendemokrasikan pentadbiran sesebuah Negara sedangkan rakyat jelata masih lagi tidak dididik dengan benar akan hak mereka sebagai pengundi dan bagaimana mereka sepatutnya mengundi, dengan menggunakan Amalan Saintifik dan bukannya condong kepada domain emosi dan nafsu yang hina semata-mata. Baiklah, saya ada menyebut tentang menjadikan setiap tanda yang zahir daripada Zaman penuh fitnah ini sebagai peluang untuk beramal. Persoalannya sekarang, bagaimana? Apakah masih ada ruang bagi kita beramal di tengah- tengah kefitnahan yang luas melanda? 17.Jawapannya tentu sekali ada. Malah terlalu banyak untuk dibincangkan di sini. Antaranya adalah melalui lapangan akademik kerana kebebasan berakademik merupakan sesuatu yang dijamin oleh sistem demokrasi yang mendasari politik kepimpinan di kebanyakan negara sekarang ini. Dan Malaysia sendiri sedang berkembang dengan semakin cepat dan pesat sebagai salah sesebuah negara yang akan menjamin kebebasan berakademik dalam beberapa tahun lagi. Oleh itu, marilah kita jadikan ruang-ruang seminar dan kuliah-kuliah akademik sebagai salah satu ruang untuk kita beramal. Sebagai salah satu titik mula untuk kita membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam. Kesannya mungkin tidak segera tampil tetapi insya-Allah, hasil perkongsian kita yang tidak seberapa itu akan didokumentasikan atau pun mungkin dirakam dalam pelbagai bentuk seperti kaset dan DVD, yang akan dijadikan jurnal-jurnal ilmiah dan mungkin juga sumber-sumber rujukan di seluruh dunia- sebagaimana kita hari ini dapat membaca dan meneliti pemikiran dan pandangan sarjana-sarjana Islam terdahulu. Pada masa yang sama, kita memerlukan satu proses pendidikan yang menyeluruh dalam
  • 10. mempersiapkan generasi muda pada setiap masa untuk meneruskan perjuangan ini. Oleh itu, reformasi terhadap bidang pendidikan juga perlu diambil kira bagi melicinkan usaha-usaha ini. Reformasi berkaitan perlulah dimulakan dengan membantu pelajar memahami signifikan subjek-subjek yang mereka pelajari di sekolah dengan kehidupan sebenar mereka. Misalnya, belajar Sejarah bukannya cuma untuk mengingat fakta dan nombor, tetapi untuk mengambil pengajaran kerana sejarah merupakan satu kitaran (Sunnatullah) yang sentiasa berusaha mengulangi dirinya- terus menerus membawa keperibadian masa lampau, tetapi dalam watak-watak dan alatan material yang berbeza. Begitu juga dengan pengajaran subjek moral dan Pendidikan Islam. Merupakan satu ironi apabila masyarakat yang dilengkapi dengan subjek-subjek ini justeru muncul sebagai masyarakat yang semakin jauh daripada nilai-nilai yang diajarkan. Mungkin mengajar nilai-nilai ini sahaja tidak mencukupi, para pelajar perlulah dididik dengan nilai-nilai ini. Sebuah usaha mendidik yang berlaku sepanjang masa, terutamanya selepas meninggalkan alam sekolah menengah. Kita sudah biasa melihat bagaimana sebahagian pelajar lepasan sekolah agama, misalnya, tidak lagi mau berkecimpung secara aktif dalam hal-hal keagamaan sedangkan merekalah yang lebih diharapkan untuk memikul tanggungjawab berkenaan. Satu persoalan yang juga muncul di sini, “Mengapa?”. 18.Jawapannya; kita perlukan sebuah usaha mendidik yang tidak berlaku secara formal. Seperti mana yang telah saya catatkan sebelum ini, dalam suasana Saintifik yang tidak dipaksakan, dilalui oleh individu-individu berkaitan dengan penuh kerelaan. Harap maklum bahawa masa selepas persekolahan menengah perlu diberikan perhatian kerana masa inilah merupakan saat-saat akhir sebelum rebung benar-benar mulai menjadi buluh. Pada saat inilah, para mahasiswa sepatutnya dididik untuk mengamalkan Amalan Saintifik yang telah kita bincangkan sebelum ini supaya mereka berupaya untuk berfikir dengan benar sepanjang hidup mereka. Pada saat ini jugalah, mereka perlu dididik untuk berbakti kepada bangsa Malaysia dan Negara. Mereka juga perlu didedahkan dengan tanggungjawab dan peranan mereka dalam membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam. Mereka juga sepatutnya dibenarkan untuk mengasah daya fikir dan kreativiti mereka. Tidak mengapa sekiranya ada langkah mereka yang silap ketika ini. Yang penting, mereka belajar untuk berbakti. Inilah yang saya pelajari daripada beberapa orang sahabat dan Murabbi saya. Ya, yang penting mereka belajar. Oleh itu, usah pula kita memomok-momokkan mereka, menjauhkan mereka daripada mengamalkan Amalan Saintifik yang sebenarnya dalam hidup mereka. 19.Selain itu, peranan kumpulan-kumpulan kecil (Small Groups or Circles) juga perlu diberikan perhatian. Pendekatan ini juga merupakan satu kaedah yang diguna pakai oleh persatuan-persatuan Kristian seperti Christian Union dalam misi spiritual mereka. Selain itu, kaedah ini juga merupakan satu kaedah pendidikan yang disokong oleh pemikiran Vygotsky, di mana adanya peranan seorang pembimbing, mereka yang cepat faham dan mereka yang
  • 11. mungkin lambat memahami dalam sesebuah kumpulan kecil ini. Mereka semua sebenarnya saling melengkapi dan memahamkan antara satu sama lain bagi mencapai pembelajaran yang bermakna (meaningful learning). Dalam kumpulan kecil ini juga, peranan terbesar dimainkan oleh pembimbingnya sendiri di mana dia sendiri merupakan produk daripada hasil kumpulan kecil seperti itu. Sesungguhnya, kemampuan untuk belajar daripada pengalaman (experiential learning) merupakan satu kekuatan intelektual berharga sekiranya benar-benar dimanfaatkan. Hairannya, peranan kumpulan-kumpulan kecil ini biasanya mudah untuk diaplikasikan untuk mempelajari subjek-subjek bahasa, khususnya Bahasa Inggeris tetapi tidak pula untuk subjek-subjek seperti Pendidikan Islam. Seolah-olah pendekatan ini tidak cukup Islamik sedangkan hakikatnya tidak begitu. Pendekatan ini sebenarnya merupakan satu Sunnah Akbar yang diwarisi sendiri daripada Rasulullah S.A.W. Sebuah pendekatan praktikal yang akhirnya dipopularkan kembali oleh Ustaz Hassan al-Bana di Mesir. Sayangnya, Sunnah Akbar ini seolah-olah dilupakan dan dipadam kaitannya daripada sirah nabawiyyah sendiri. Kesannya, muncullah sebahagian masyarakat yang kurang bersetuju dengan pendekatan-pendekatan sebegini dalam mempelajari Islam. Hal ini secara tidak langsung sebenarnya merupakan satu tanda (fitnah) yang menandakan wujudnya kecelaruan pemikiran masyarakat Islam sendiri apabila mereka tidak dapat lagi menghubungkan tradisi keilmuan Islam seperti Amalan Saintifik Islam- Abbasiyah dengan apa-apa yang mereka raih sekarang ini. Mereka juga biasanya lebih mudah menghubungkan kemajuan dan kejayaan pemikiran mereka kepada Amalan Saintifik Barat yang mulai tumbuh dengan kemunculan Galileo. 20.Saya fikir ini sahajalah buah fikiran saya buat masa ini yang saya klasifikasikan bawah tajuk kecil saya, “Atur Cara Fikiran”. Mudah-mudahan, usaha sederhana ini besar manfaatnya. Amin. Noor Eqbal, Siap: 1:39 pagi, Jumaat, 19 Jun 2009 Diedit kali pertama: Jumaat, 3 Julai 2009 Diedit kali ketiga: Sabtu, 18 Julai 2009 Diedit kali keempat: Sabtu, 18 Julai 2009