SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  3
Linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. pengajaran bahasa seiring dengan
pertumbuhan bahasa. Perkembangan dalam pengajaraan dan pembelajaran bahasa tidak begitu banyak
berubah semenjak Zaman Yunani sehinggalah kurun ke-20 ini. Dalam bidang pengajaran bahasa seorang
guru perlu tahu linguistik. Ahli linguistik tidak menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran
tetapi para pendidik perlu tahu kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran.
Robert Lado (1980:12) menegaskan:
"Kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi.
Penutur bahasa ibu itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan
dan menunjukkan pelbagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa
tersebut. Dia harus mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa ibu pelajar supaya dia mengetahui
masalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka".
Sehubungan itu, ilmu linguistik banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa. Penggunaan linguistik
dalam pengajaran dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi,
morfologi, sintaksis dan semantik. Pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah banyak memberikan
penekanan terhadap sistem bahasa. Yang paling banyak disentuh ialah aspek morfologi dan sintaksis. Guru
yang terlatih dari segi pedagogi perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk menyampaikan
maklumat dan fakta-fakta sistem bahasa dengan baik dan terkini supaya pengajaran dapat disampaikan
dengan menarik.Ini akan mengakibatkan pembelajaran yang lebih berkesan. Tugas guru bahasa
menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi, sesuai untuk mencapai matlamatnya. Ini
membolehkan pelajar belajar dengan mudah dan cepat.
Guru perlu melengkapkan dirinya untuk menjadi guru bahasa yang berkesan jika ia mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam linguistik kerana ia akan berupaya mengajar struktur-struktur bahasa
dengan betul dan dapat mendeskripsikan bahasa dengan tepat.
Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu bertujuan membimbing pelajaar-pelajar menguasai kecekapan
berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu
pengetahuan, melalui lisan dan penulisan.
@@
Menurut Verhaar(1985:1) ' linguistik' berasal dari perkataan Latin iaitu ' lingua' . Ia bermaksud bahasa.
Manakala linguistik juga dikemukan dalam bahasa Inggeris sebagai ' Linguistics'. Menurut Kamus Dewan
(1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa.
  Sumbangan bidang linguistik dalam pendidikan negara memang tidak dinafikan. Bidang linguistik
merupakan asas kemahiran komunikasi. Ia amat penting bagi setiap orang bukan sahaja untuk guru dan
murid di sekolah,ini adalah kerana ini membolehkan penutur dapat menuturkan bahasa yang betul dengan
satu sama lain.
  Ilmu linguistik telah lama dalam sistem pendidikan di negara. Walaupun di institusi pengajian tinggi
awam atau swasta,unsur-unsur yang terdiri dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkan
pengetahuan dan mengesan dengan lebih terperinci serta dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.
  Guru yang dapat menguasai ilmu linguistik dari aspek fonologi, morfologi,sinttasis, semantik dan
sebagainya. ia akan menyampaikan pengajaran yang lebih sistematik dan berkesan.Terutamanya sekolah
yang mempunyai murid yang berbilang kaum.Linguistik juga memberi sumbangan yang besar dalam
pendidikan negara dengan menyatukan pelbagai kaum.,bangsa dan masyarakat yang berbagai dengan
disiplinnya serta dapat bersatu dalam semua hal dengan Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan .
@@@
Perkataan “linguistik ”yang dipetik daripada Kamus Dewan telah dipetik daripada perkataan Inggeris yang
membawa maksud pengajian ilmu bahasa.Manakala pendapat lain pula menurut Verhaar ( 1985:1 )
perkataan “ linguistik ” pula berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud bahasa.Namun bagi
tokoh-tokoh tertentu definisi ilmu linguistik itu adalah berbeza-beza.Menurut David Crystal(1973 )
linguistik dijelaskan sebagai kajian bahasa secara saintifik.Linguistik juga di istilahkan sebagai kajian
bahasa secara sanitifik , iaitu mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa secara objektif dan empiris tanpa
pengaruhi oleh ramalan,agakan,sentiment dan falsafah.
Bidang linguistik ini banyak memberi sumbangan terhadap pendidikan di Negara kita.Ini terbukti apabila
ilmu linguistik ini mula diajar di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM bermula pada 1
Mei 1984 lagi.Ini jelas menunjukkan ilmu ini semakin meluas di Malaysia kini. Kajian bahasa yang kita
kaitkan di sini ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca di daerah
Kepulauan Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-14. Keistimewaan bahasa ini adalah
mudah dipelajari,tidak terikat kepada susun lapis masyarakat,bersifat sederhana dan mempunyai system
yang lebih mudah berbanding bahasa jawa.
        Antara sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan Negara ialah bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan negara kita.Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan yang menaik taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Bahasa ini mampu
meningkatkan perpaduan antara kaum melalui peranannya sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan
bahasa pengantar dalam pelbagai bidang.Selain itu turut memberi sumbangan dalam pengajaran bahasa
sama ada peringkat sekolah menengah,sekolah rendah atau diperluaskan di peringkat universiti.Bidang ini
turut memberi sumbangan terhadap penubuhan dasar-dasar bahasa dan persediaan bahan dalam pengajaran
bahasa terutamanya dalam penyediaan buku-buku teks dan bahan-bahan pengajaran oleh ahli-ahli bahasa
atau penyelidik bahasa.
Sumbangan lain juga ialah untuk mengetahui dan memahami kesulitan serta kesukaran yang terdapat
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,misalnya masalah
bunyi,makna,sejarah,perbandingan,tatabahasa,perkamusan dan sebagainya. Inguistik ini memberi faedah
kepada penyelidik dalam bidang kesusasteraan,guru-guru bahas,orang yang hendak mempelajari sesuatu
bahasa,penyelidik kebudayaan,ahli falsafah,ahli ilmu logik,ahli antropologi dan lain-lain.
  Kesimpulan, linguistik adalah ilmu yang mengaji bahasa secara saintifik.Bahan kajiannya ialah
bahasa.Linguistik berusaha untuk memahami dan menghuraikan masalah bahasa dengan sikap,teknik,cara,
dan disiplin yang tertentu.Ilmu ini turut mendapat faedah kepada penyelidik dalam kesusasteraan,guru-guru
bahasa,penyelidik kebudayaan,ahli falsafah,ahli ilmu logic,ahli antropologi,orang yang hendak mempelajari
sesuatu bahasa dan lain-lain.
@@@
Linguistik merupakan suatu ilmu pengkajian terhadap bahasa yang dilakukan secara
saintifik(J.Lyons,1968:1). Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal
berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Menurut (Abdullah Hassan, 1984: 2) linguistik ialah
suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2).Justeru itu apabila melibatkan kajian bahasa
ia sudah pasti berkait rapat dengan sistem pendidikan negara kita.Sistem pendidikan negara sentiasa
berkembang maju dan kajian terhadap struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis,
semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik.
sentiasa dilakukan untuk memastikan perkembangan linguistik.
        Sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan tidak dapat dinafikan.Sebagai contoh
morfologi sebagai bidang linguistik mengkaji bagaimana sesuatu perkataan dapat dibina. Morfologi juga
merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam
bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.Seorang guru
yang yang boleh menguasai bidang linguistik dengan baik sudah pasti dapat menyampaikan dan
membimbing pelajarnya dengan berkesan.
            Penerapan teori linguistik dalam pengajaran oleh seseorang guru boleh dilakukan melalui
kemahiran lisan (mendengar/bertutur),kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Ketiga-tiga kemahiran
ini boleh dijalankan dalam apa jua aktiviti bahasa yang dipilih oleh seseorang guru.Sebagai contoh dalam
kemahiran bertutur guru boleh mengajar bunyi-bunyi bahasa iaitu bunyi-bunyi vokal dan konsonan yang
boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.
           Peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar sistem pendidikan
kebangsaan juga menjadi faktor kepada penyumbangan bidang linguistik dalam pendidikan negara . Bidang
linguistik juga dilihat cuba memartabatkan kembali Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris
dengan memperkenalkan MBM-MBI untuk menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pemansuhannya pada Julai 2009. Justeru,
langkah yang diambil untuk mempertingkatkan penguasaan kedua-dua bahasa pada masa sama, bukan saja
menepati semangat Program MBM-MBI. Tetapi yang lebih penting lagi ia menjaga maruah linguistik
negara yang antaranya perlu sentiasa wujud dalam bentuk bahasa Melayu sebagai teras kepada jati diri
kebangsaan dan nasionaliti Malaysia.
@@@
Linguistik bererti kajian ilmu bahasa. Ilmu bahasa adalah ilmu yang menceritakan tentang bahasa itu
sendiri. Bahasa yang dimaksudkan di sini ialah bahasa yang digunakan setiap hari sebagai pertuturan.
Linguistik juga merupakan satu pengkajian sains mengenai bahasa dan mengandungi teori-teori dan teknik
menganalisis bahasa yang dipelajari. Teori-teori linguistik digunakan untuk menghuraikan struktur bahasa
seperti aspek fonologi, sintaksis, morfologi dan semantik. Menurut kamus Dewan (1993) perkataan
linguistik di ambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa.
    Pada pendapat saya, guru dapat menyerapkan teori linguistik dalam pengajaran melalui bahasa yang
digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan bahasa dalam pengajaran
lebih dikenali sebagai linguistik gunaan. Bidang linguistik memainkan peranan utama dalam sistem
pendidikan di negara kita di antaranya ialah, sebagai bahasa perantaraan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Bidang linguistik juga telah memartabatkan kembali Bahasa Melayu dan
memperkasakan Bahasa Inggeris dengan memperkenalkan MBM-MBI untuk menggantikan Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan
pemansuhannyan pada julai 2009. Langkah ini di ambil untuk mempertingkatkan penguasaan kedua-dua
bahasa pada masa yang sama. Melalui penggunaan ilmu linguistik membolehkan seseorang guru
menyampaikan pengajaran secara menyeluruh. Penggunaan bahasa yang mudah di fahami akan
membolehkan para pelajar memahami apa yang diajar. Selain itu, penggunaan bahasa juga perlu
mengambil kira latar belakang dan sosial murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
      Contohnya, murid-murid yang berbahasa inggeris di rumah lebih mudah memahami proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris berbanding dengan pelajar yang menggunakan bahasa lain
seperti bahasa melayu, cina dan sebagainya. Ini adalah kerana bahasa inggeris telah menjadi ilmu linguistik
mereka di rumah.
       Kesimpulannya penguasaan ilmu linguistik yang mendalam membolehkan seseorang guru mengesan
segala kesilapan yang dilakukan oleh para pelajarnya serta dapat membantu sesi pengajaran yang lebih
berkesan.
Bm forum 1

Contenu connexe

Tendances

Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa Hiza Fadila
 
Pembelajaran bahasa asing1
Pembelajaran bahasa asing1Pembelajaran bahasa asing1
Pembelajaran bahasa asing1Muhammad Idris
 
Topik 1 bahasa indonesia baku
Topik 1 bahasa indonesia bakuTopik 1 bahasa indonesia baku
Topik 1 bahasa indonesia bakuUwes Chaeruman
 
Contoh Artikel Konseptual
Contoh Artikel KonseptualContoh Artikel Konseptual
Contoh Artikel KonseptualUwes Chaeruman
 
Linguistik Terapan
Linguistik TerapanLinguistik Terapan
Linguistik TerapanGhani Shahid
 
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piagetuniku
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuMohammad Yaqin
 
Aplikasi Linguistik
Aplikasi LinguistikAplikasi Linguistik
Aplikasi LinguistikNor Idayu
 
Berbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistikBerbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistikAstri Plenyet
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesiaAmr Ali
 
Bahasa dan Linguistik
Bahasa dan LinguistikBahasa dan Linguistik
Bahasa dan LinguistikNor Idayu
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikRafiza Diy
 
Sejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa MelayuSejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa MelayuNor Idayu
 

Tendances (20)

Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan bahasa
 
Pembelajaran bahasa asing1
Pembelajaran bahasa asing1Pembelajaran bahasa asing1
Pembelajaran bahasa asing1
 
Topik 1 bahasa indonesia baku
Topik 1 bahasa indonesia bakuTopik 1 bahasa indonesia baku
Topik 1 bahasa indonesia baku
 
Contoh Artikel Konseptual
Contoh Artikel KonseptualContoh Artikel Konseptual
Contoh Artikel Konseptual
 
Linguistik Terapan
Linguistik TerapanLinguistik Terapan
Linguistik Terapan
 
Disain Penelitian Kebahasaan
Disain Penelitian KebahasaanDisain Penelitian Kebahasaan
Disain Penelitian Kebahasaan
 
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
 
Makalah 123 copy
Makalah 123   copyMakalah 123   copy
Makalah 123 copy
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
tugas individu
tugas individutugas individu
tugas individu
 
BMM3107
BMM3107BMM3107
BMM3107
 
Aplikasi Linguistik
Aplikasi LinguistikAplikasi Linguistik
Aplikasi Linguistik
 
Proposal penelitian kebahasaan dan sosial
Proposal penelitian kebahasaan dan sosialProposal penelitian kebahasaan dan sosial
Proposal penelitian kebahasaan dan sosial
 
Berbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistikBerbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistik
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
Linguistik
LinguistikLinguistik
Linguistik
 
Bahasa dan Linguistik
Bahasa dan LinguistikBahasa dan Linguistik
Bahasa dan Linguistik
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu Saintifik
 
Sejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa MelayuSejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa Melayu
 
Hakikat, Fungsi dan Keunikan Bahasa
Hakikat, Fungsi dan Keunikan BahasaHakikat, Fungsi dan Keunikan Bahasa
Hakikat, Fungsi dan Keunikan Bahasa
 

Similaire à Bm forum 1

4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt
4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt
4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.pptCMVISSNU17VISSNU
 
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Rina Fadhali
 
Pembelajaran bahasa asing_2
Pembelajaran bahasa asing_2Pembelajaran bahasa asing_2
Pembelajaran bahasa asing_2Muhammad Idris
 
08aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-108aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-1Oh Jenny
 
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)Ibi E
 
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438eliza72
 
Bab i pendahuluan
Bab i pendahuluanBab i pendahuluan
Bab i pendahuluanmudanp.com
 
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...rachelianto
 
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT  MODUL 1 _MPBISD.pptxPPT  MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptxraniManggor
 
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT  MODUL 1 _MPBISD.pptxPPT  MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptxraniManggor
 
Berbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistikBerbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistikUchy Fahrel
 
52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaul52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaulKatarina Yuliana
 
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...Fransiskus Rahelianto Florus
 
KONSEP DASAR PEMBELAJARAN ENGLISH FOR ELEMENTARY SCHOOL
KONSEP DASAR PEMBELAJARAN ENGLISH  FOR ELEMENTARY SCHOOLKONSEP DASAR PEMBELAJARAN ENGLISH  FOR ELEMENTARY SCHOOL
KONSEP DASAR PEMBELAJARAN ENGLISH FOR ELEMENTARY SCHOOLAni Mahisarani
 
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docxSRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docxSssusi
 
Fonetik bahasa Anak usia satu setengah tahun pada masyarakat dayak Dosan Dusu...
Fonetik bahasa Anak usia satu setengah tahun pada masyarakat dayak Dosan Dusu...Fonetik bahasa Anak usia satu setengah tahun pada masyarakat dayak Dosan Dusu...
Fonetik bahasa Anak usia satu setengah tahun pada masyarakat dayak Dosan Dusu...Fransiskus Rahelianto Florus
 
Arti dan ragam bahasa
Arti dan ragam bahasaArti dan ragam bahasa
Arti dan ragam bahasaMaulana Arief
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikEliza Ramlee
 

Similaire à Bm forum 1 (20)

4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt
4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt
4- Pengenalan_kepada_ilmu_linguistik_baru.ppt
 
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
 
Pembelajaran bahasa asing_2
Pembelajaran bahasa asing_2Pembelajaran bahasa asing_2
Pembelajaran bahasa asing_2
 
08aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-108aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-1
 
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)
Diglosia by klp. 6 (ibi, cecep, lulu)
 
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
Epl 311 pengantar linguistik elizawaty ramlee_e30203120438
 
Bab i pendahuluan
Bab i pendahuluanBab i pendahuluan
Bab i pendahuluan
 
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...
Analisis Fonetik Pada bahasa Dayak Jangkang di Desa jangkang Benua Kabupaten ...
 
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT  MODUL 1 _MPBISD.pptxPPT  MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
 
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT  MODUL 1 _MPBISD.pptxPPT  MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
 
Berbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistikBerbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistik
 
Bbm3201 minggu02
Bbm3201 minggu02Bbm3201 minggu02
Bbm3201 minggu02
 
52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaul52462393 makalah-bahasa-gaul
52462393 makalah-bahasa-gaul
 
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak ...
 
KONSEP DASAR PEMBELAJARAN ENGLISH FOR ELEMENTARY SCHOOL
KONSEP DASAR PEMBELAJARAN ENGLISH  FOR ELEMENTARY SCHOOLKONSEP DASAR PEMBELAJARAN ENGLISH  FOR ELEMENTARY SCHOOL
KONSEP DASAR PEMBELAJARAN ENGLISH FOR ELEMENTARY SCHOOL
 
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docxSRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
 
Fonetik bahasa Anak usia satu setengah tahun pada masyarakat dayak Dosan Dusu...
Fonetik bahasa Anak usia satu setengah tahun pada masyarakat dayak Dosan Dusu...Fonetik bahasa Anak usia satu setengah tahun pada masyarakat dayak Dosan Dusu...
Fonetik bahasa Anak usia satu setengah tahun pada masyarakat dayak Dosan Dusu...
 
Arti dan ragam bahasa
Arti dan ragam bahasaArti dan ragam bahasa
Arti dan ragam bahasa
 
Sifat bahasa
Sifat bahasaSifat bahasa
Sifat bahasa
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
 

Bm forum 1

  • 1. Linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. pengajaran bahasa seiring dengan pertumbuhan bahasa. Perkembangan dalam pengajaraan dan pembelajaran bahasa tidak begitu banyak berubah semenjak Zaman Yunani sehinggalah kurun ke-20 ini. Dalam bidang pengajaran bahasa seorang guru perlu tahu linguistik. Ahli linguistik tidak menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran tetapi para pendidik perlu tahu kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran. Robert Lado (1980:12) menegaskan: "Kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa ibu itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut. Dia harus mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa ibu pelajar supaya dia mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka". Sehubungan itu, ilmu linguistik banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa. Penggunaan linguistik dalam pengajaran dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah banyak memberikan penekanan terhadap sistem bahasa. Yang paling banyak disentuh ialah aspek morfologi dan sintaksis. Guru yang terlatih dari segi pedagogi perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk menyampaikan maklumat dan fakta-fakta sistem bahasa dengan baik dan terkini supaya pengajaran dapat disampaikan dengan menarik.Ini akan mengakibatkan pembelajaran yang lebih berkesan. Tugas guru bahasa menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi, sesuai untuk mencapai matlamatnya. Ini membolehkan pelajar belajar dengan mudah dan cepat. Guru perlu melengkapkan dirinya untuk menjadi guru bahasa yang berkesan jika ia mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam linguistik kerana ia akan berupaya mengajar struktur-struktur bahasa dengan betul dan dapat mendeskripsikan bahasa dengan tepat. Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu bertujuan membimbing pelajaar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, melalui lisan dan penulisan. @@ Menurut Verhaar(1985:1) ' linguistik' berasal dari perkataan Latin iaitu ' lingua' . Ia bermaksud bahasa. Manakala linguistik juga dikemukan dalam bahasa Inggeris sebagai ' Linguistics'. Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Sumbangan bidang linguistik dalam pendidikan negara memang tidak dinafikan. Bidang linguistik merupakan asas kemahiran komunikasi. Ia amat penting bagi setiap orang bukan sahaja untuk guru dan murid di sekolah,ini adalah kerana ini membolehkan penutur dapat menuturkan bahasa yang betul dengan satu sama lain. Ilmu linguistik telah lama dalam sistem pendidikan di negara. Walaupun di institusi pengajian tinggi awam atau swasta,unsur-unsur yang terdiri dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkan pengetahuan dan mengesan dengan lebih terperinci serta dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Guru yang dapat menguasai ilmu linguistik dari aspek fonologi, morfologi,sinttasis, semantik dan sebagainya. ia akan menyampaikan pengajaran yang lebih sistematik dan berkesan.Terutamanya sekolah yang mempunyai murid yang berbilang kaum.Linguistik juga memberi sumbangan yang besar dalam pendidikan negara dengan menyatukan pelbagai kaum.,bangsa dan masyarakat yang berbagai dengan disiplinnya serta dapat bersatu dalam semua hal dengan Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan . @@@ Perkataan “linguistik ”yang dipetik daripada Kamus Dewan telah dipetik daripada perkataan Inggeris yang membawa maksud pengajian ilmu bahasa.Manakala pendapat lain pula menurut Verhaar ( 1985:1 ) perkataan “ linguistik ” pula berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud bahasa.Namun bagi tokoh-tokoh tertentu definisi ilmu linguistik itu adalah berbeza-beza.Menurut David Crystal(1973 ) linguistik dijelaskan sebagai kajian bahasa secara saintifik.Linguistik juga di istilahkan sebagai kajian bahasa secara sanitifik , iaitu mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa secara objektif dan empiris tanpa pengaruhi oleh ramalan,agakan,sentiment dan falsafah. Bidang linguistik ini banyak memberi sumbangan terhadap pendidikan di Negara kita.Ini terbukti apabila ilmu linguistik ini mula diajar di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM bermula pada 1 Mei 1984 lagi.Ini jelas menunjukkan ilmu ini semakin meluas di Malaysia kini. Kajian bahasa yang kita kaitkan di sini ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-14. Keistimewaan bahasa ini adalah mudah dipelajari,tidak terikat kepada susun lapis masyarakat,bersifat sederhana dan mempunyai system yang lebih mudah berbanding bahasa jawa. Antara sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan Negara ialah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan negara kita.Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menaik taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Bahasa ini mampu meningkatkan perpaduan antara kaum melalui peranannya sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pelbagai bidang.Selain itu turut memberi sumbangan dalam pengajaran bahasa sama ada peringkat sekolah menengah,sekolah rendah atau diperluaskan di peringkat universiti.Bidang ini turut memberi sumbangan terhadap penubuhan dasar-dasar bahasa dan persediaan bahan dalam pengajaran bahasa terutamanya dalam penyediaan buku-buku teks dan bahan-bahan pengajaran oleh ahli-ahli bahasa atau penyelidik bahasa.
  • 2. Sumbangan lain juga ialah untuk mengetahui dan memahami kesulitan serta kesukaran yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,misalnya masalah bunyi,makna,sejarah,perbandingan,tatabahasa,perkamusan dan sebagainya. Inguistik ini memberi faedah kepada penyelidik dalam bidang kesusasteraan,guru-guru bahas,orang yang hendak mempelajari sesuatu bahasa,penyelidik kebudayaan,ahli falsafah,ahli ilmu logik,ahli antropologi dan lain-lain. Kesimpulan, linguistik adalah ilmu yang mengaji bahasa secara saintifik.Bahan kajiannya ialah bahasa.Linguistik berusaha untuk memahami dan menghuraikan masalah bahasa dengan sikap,teknik,cara, dan disiplin yang tertentu.Ilmu ini turut mendapat faedah kepada penyelidik dalam kesusasteraan,guru-guru bahasa,penyelidik kebudayaan,ahli falsafah,ahli ilmu logic,ahli antropologi,orang yang hendak mempelajari sesuatu bahasa dan lain-lain. @@@ Linguistik merupakan suatu ilmu pengkajian terhadap bahasa yang dilakukan secara saintifik(J.Lyons,1968:1). Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Menurut (Abdullah Hassan, 1984: 2) linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2).Justeru itu apabila melibatkan kajian bahasa ia sudah pasti berkait rapat dengan sistem pendidikan negara kita.Sistem pendidikan negara sentiasa berkembang maju dan kajian terhadap struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. sentiasa dilakukan untuk memastikan perkembangan linguistik. Sumbangan bidang linguistik dalam sistem pendidikan tidak dapat dinafikan.Sebagai contoh morfologi sebagai bidang linguistik mengkaji bagaimana sesuatu perkataan dapat dibina. Morfologi juga merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.Seorang guru yang yang boleh menguasai bidang linguistik dengan baik sudah pasti dapat menyampaikan dan membimbing pelajarnya dengan berkesan. Penerapan teori linguistik dalam pengajaran oleh seseorang guru boleh dilakukan melalui kemahiran lisan (mendengar/bertutur),kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Ketiga-tiga kemahiran ini boleh dijalankan dalam apa jua aktiviti bahasa yang dipilih oleh seseorang guru.Sebagai contoh dalam kemahiran bertutur guru boleh mengajar bunyi-bunyi bahasa iaitu bunyi-bunyi vokal dan konsonan yang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar sistem pendidikan kebangsaan juga menjadi faktor kepada penyumbangan bidang linguistik dalam pendidikan negara . Bidang linguistik juga dilihat cuba memartabatkan kembali Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris dengan memperkenalkan MBM-MBI untuk menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pemansuhannya pada Julai 2009. Justeru, langkah yang diambil untuk mempertingkatkan penguasaan kedua-dua bahasa pada masa sama, bukan saja menepati semangat Program MBM-MBI. Tetapi yang lebih penting lagi ia menjaga maruah linguistik negara yang antaranya perlu sentiasa wujud dalam bentuk bahasa Melayu sebagai teras kepada jati diri kebangsaan dan nasionaliti Malaysia. @@@ Linguistik bererti kajian ilmu bahasa. Ilmu bahasa adalah ilmu yang menceritakan tentang bahasa itu sendiri. Bahasa yang dimaksudkan di sini ialah bahasa yang digunakan setiap hari sebagai pertuturan. Linguistik juga merupakan satu pengkajian sains mengenai bahasa dan mengandungi teori-teori dan teknik menganalisis bahasa yang dipelajari. Teori-teori linguistik digunakan untuk menghuraikan struktur bahasa seperti aspek fonologi, sintaksis, morfologi dan semantik. Menurut kamus Dewan (1993) perkataan linguistik di ambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Pada pendapat saya, guru dapat menyerapkan teori linguistik dalam pengajaran melalui bahasa yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan bahasa dalam pengajaran lebih dikenali sebagai linguistik gunaan. Bidang linguistik memainkan peranan utama dalam sistem pendidikan di negara kita di antaranya ialah, sebagai bahasa perantaraan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bidang linguistik juga telah memartabatkan kembali Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris dengan memperkenalkan MBM-MBI untuk menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pemansuhannyan pada julai 2009. Langkah ini di ambil untuk mempertingkatkan penguasaan kedua-dua bahasa pada masa yang sama. Melalui penggunaan ilmu linguistik membolehkan seseorang guru menyampaikan pengajaran secara menyeluruh. Penggunaan bahasa yang mudah di fahami akan membolehkan para pelajar memahami apa yang diajar. Selain itu, penggunaan bahasa juga perlu mengambil kira latar belakang dan sosial murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, murid-murid yang berbahasa inggeris di rumah lebih mudah memahami proses pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris berbanding dengan pelajar yang menggunakan bahasa lain seperti bahasa melayu, cina dan sebagainya. Ini adalah kerana bahasa inggeris telah menjadi ilmu linguistik mereka di rumah. Kesimpulannya penguasaan ilmu linguistik yang mendalam membolehkan seseorang guru mengesan segala kesilapan yang dilakukan oleh para pelajarnya serta dapat membantu sesi pengajaran yang lebih berkesan.