SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  10
Modul Motivasi Kepimpinan Kecemerlangan
Tajuk:
Eh…Bersihnyaaaaa!!!!!
Matlamat:
Saya Mestilah Sentiasa Jujur dan Ikhlas Terhadap Diri Sendiri
Objektif:
Pada akhir aktiviti ini peserta akan;
1. Melakukan sesuatu perkara yang positif tanpa disuruh.
2. Bersikap jujur dan ikhlas terhadap diri sendiri.
3. Menghormati orang lain.
4. Berbicara dengan sopan.
Bahan:
1. Pelbagai bentuk sampah sarap seperti botol minuman, kulit ais krim,
pembungkus makanan dan sebagainya.
2. Tong Sampah.
3. Tali rupiah/ benang
Masa: 30 minit
Perserta: 15-25 orang
Tempat: Kawasan Lapang
Kaedah Pelaksanaan
1. Kumpulan peserta diberi kad arahan iaitu mesti bergerak ke satu stesen. Di stesen
itu peserta perlu mengamalkan nilai-nilai murni sebagai seorang murid di sekolah.
2. Di stesen Fasilitator telah menaburkan pelbagai sampah dalam lingkungan tali
rupiah.
3. Apabila peserta tiba, fasilitator hanya memerhatikan sahaja apa-apa tindakan
peserta ( yang sepatutnya memungut sampah-sampah yang berada di kawasan itu
tanpa disuruh kerana selama ini pihak sekolah telah menyuruh murid mengutip
sampah di kawasan sekolah).
4. Setelah 5 minit berlalu, jika mereka tidak berbuat apa-apa minta ketua mereka
membacakan semula arahan yang diberi dan minta mereka memahami arahan
tersebut.
5. Peringatan: Perkara sepatutnya peserta lakukan ialah:
i. Memberi ucap selamat
ii. Memperkenalkan diri
iii. Memungut sampah tanpa diperintah oleh ketua
(jika mereka berjaya melakukan perkara di atas tanpa di arah oleh fasilitator maka mereka berjaya
melakukan tugasan ini. Jika tidak, Fasilitator menjelaskan kenapa sampah banyak sangat di kawasan
mereka dan menyatakan tidak terfikirkah mereka untuk mengutip sampah dan membuangnya ke dalam
tong sampah yang disediakan. Jika secara sepontan mereka bergerak dan melakukannya biarkan mereka
berbuat sedemikian. Jika tidak beritahu mereka bahawa proses mentarbiah mereka selama ini di sekolah
adalah gagal.
PROSES
RUMUSAN
Sebagai denda atas kegagalan mereka (walaupun berjaya) dalam tugasan ini fasilitator boleh menerangkan
ciri-ciri pemimpin iaitu:
1. Memimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain.
2. Disiplinkan diri sebelum mendisiplinkan orang lain.
3. Jujur terhadap diri sebelum meminta orang lain jujur kepada kita.
4. Ikhlas melakukan sesuatu sebelum orang lain tidak mempercayai kita.
5. Mematuhi apa-apa peraturan tanpa disuruh menunjukkan seseorang itu telah berjaya memimpin
diri mereka sendiri.
( aktiviti ini amat sesuai digunakan dalam kumpulan yang sudah lama mengenali antara satu sama lain seperti dalam
sekolah yang sama atau kelas yang sama)
Tajuk:
Baik ke saya niiii!!!!!
Matlamat:
Berkawan biar berjuta....
Objektif:
Pada akhir aktiviti ini peserta akan;
5. Mengikis sikap memandang negatif terhadap orang lain.
6. Bersedia membina hubungan baik dengan rakan.
7. Menghormati orang lain.
8. Memahami sikap diri dan
9. Memahami prasangka-prasangka.
Bahan:
4. A4 dan pen
5. Kertas Mahjung
Masa: 30 minit hingga 1jam (bergantung kepada bilangan peserta)
Perserta: 10-15 orang
Tempat: Kawasan Lapang / Bilik Darjah
Kaedah Pelaksanaan
1 Setiap peserta dalam kumpulan diberi lampiran borang Tingkap Kawan.
2 Setiap peserta mestilah menyenaraikan nama-nama rakan dalam kumpulan
mengikut arahan dalam borang Tingkap Kawan iaitu:
2.1. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda suka berkawan dengannya dan
dia suka berkawan dengan anda.
2.2. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda suka berkawan dengannya dan
dia tidak suka berkawan dengan anda.
2.3. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda tidak suka berkawan
dengannya dan dia suka berkawan dengan anda.
2.4. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda tidak suka berkawan
dengannya dan dia tidak suka berkawan dengan anda.
3. Fasilitator melaksanakan semakan senarai nama ahli yang mereka suka dan tidak
suka. Contohnya: Jali telah menyenaraikan Saamah rakan dalam tingkap Saya kawan dia
dan dia kawan saya” manakala semakan dalam borang Saamah tepatkah andaian Jali itu?
Jika Saamah turut menyenaraikan ”Jali” sebagai Saya kawan dia dan dia kawan saya”
maka andaian itu diterima. Proses semakan ini perlu dibuat kepada semua ahli dalam
kumpulan. (pendedahan kendiri). * Lebih baik jika dipamerkan di papan putih atau kertas mahjung.
PROSES
RUMUSAN
1. Kadang-kadang yang kita sangka mereka adalah sahabat kita tetapi adalah
sebaliknya.
2. Kadang-kadang yang kita anggap dia adalah musuh kita rupa-rupanya adalah
orang itulah yang ingin bersahabat dengan kita.
3. Berkawan seberapa banyak yang boleh tanpa memilih-milih bulu.
4. Orang yang tidak mempunyai kawan adalah orang yang sangat mementingkan
diri sendiri sahaja.
5. Orang yang tidak suka berkawan adalah orang yang sangat rugi.
6. Rakan dan sahabat adalah apabila saling memahami antara satu sama lain.
Lampiran
Borang pengurusan grafik/Tingkap Kawan
Saya suka berkawan dengannya dan dia
suka berkawan dengan saya.
Saya suka berkawan dengannya tetapi dia
tidak suka berkawan dengan saya.
Saya tidak suka berkawan dengannya tetapi
dia suka berkawan dengan saya.
Saya tidak suka berkawan dengannya dan dia
juga tidak suka berkawan dengan saya.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
Tajuk:
Siapa Juara?
Matlamat:
Saya Mestilah Saling Bantu Membantu antara satu sama lain.
Objektif:
Pada akhir aktiviti ini peserta akan;
1. Dapat menghindari sikap mementingkan diri sendiri.
2. Bekerjasama dalam satu kumpulan.
Bahan:
1. Sebiji belon yang telah ditiup.
Masa: 30 minit
Perserta: 15-25 orang
Tempat: Kawasan Lapang
Kaedah Pelaksanaan
1. Peserta diminta ke suatu stesen. Di stesen Fasilitator meminta murid
menyentuh belon sekurang-kurangnya 10 kali dengan hujung jari telunjuk
dalam masa 1 atau 2 minit. Syaratnya tanpa dipegang.
2. Fasilitator cuba melambung belon dan menyentuhnya dengan jari. Kemudian
diminta peserta menyambung aktiviti tersebut dalam masa 1 atau 2 minit
3. Apa yang terjadi ialah ( jangkaan pembuat modul) peserta akan berebut-rebut
untuk menyentuh belon).
4. Setelah 2 minit hentikan permainan. Tanya murid siapa yang paling banyak
menyentuh belon dan berapa kali jumlahnya. Kemudian, tanya murid siapakah
yang paling sedikit menyentuh belon? Berapa kali? Mengapakah tidak dapat
menyentuh belon? Apa perasaan kamu tidak dapat menyentuh belon?
5. Bertanya semula kepada yang paling banyak menyentuh belon, tidakkah kamu
simpati terhadap rakan kumpulan kamu yang tidak dapat menyentuh belon?
PROSES
RUMUSAN
Fasilitator membimbing peserta membincangkan sikap mementingkan diri sendiri.
1. Sebagai pemimpin kita tidak patut hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sebagai pemimpin kita mestilah membantu ahli jika mereka memerlukan bantuan dan
pertolongan.
3. Sikap mementingkan diri sendiri dibenci dan tidak disukai oleh ahli.
Tajuk:
Di mana belon kami?
Matlamat:
Saya mesti bantu rakan-rakan saya
Objektif:
Pada akhir aktiviti ini peserta akan;
1. Dapat bekerjasama dalam satu kumpulan.
2. Mendengar arahan dan melaksanakannya dengan betul.
3. Memberi arahan dengan betul.
4. Mempercayai pemimpin.
Bahan:
Belon yang telah ditiup.
Kain penutup mata
Masa: 30 minit
Perserta: 15-25 orang
Tempat: Kawasan Lapang
Kaedah Pelaksanaan
1. Fasilitator meminta peserta menjarakkan diri daripada rakan-rakan.
2. Fasilitator memberitahu peserta bahawa mereka perlu mencari sebiji belon dengan mata yang
tertutup.
3. Fasilitator meminta peserta menutup mata dengan kain penutup mata.
4. Peserta diminta tidak menipu dan berlaku jujur terhadap diri sendiri.
5. Setelah memastikan peserta menutup mata dengan betul, Fasilitator memberi belon kepada ketua
kumpulan.
6. Dengan helah fasilitator berada jauh dengan kumpulan kemudian berteriak ” Sekarang kamu
carilah belon itu” dengan kuat.
7. Setelah 5 ke 10 minit berlalu, bukakan penutup mata ketua kumpulan sahaja dan benarkan dia
memanggil ahlinya datang kepadanya untuk menjumpai belon tersebut sehingga berjaya.
PROSES
RUMUSAN
1. Sebagai pemimpin kita perlu memberi arahan kepada ahli supaya ahli dapat melakukan
tugasan dengan betul.
2. Sebagai ahli pula kita mestilah mematuhi arahan ketua atau pemimpin.
3. Bayangkanlah bagaimanalah sekiranya, manusia tiada pemimpin, apa akan terjadi?
(rujuk peristiwa yang berlaku semasa mereka mencari belon): terlanggar bontut kawan,
berlaga dan seumpamanya.
Tajuk: Rumusan
Matlamat: Saya telah dapat mempelajari sesuatu iaitu:
1. Saya perlu memimpin diri saya sendiri sebelum dapat menjadi pemimpin.
Objektif:
Pada akhir aktiviti ini peserta akan;
1. Berbincang dalam kumpulan tentang:
i. Apakah yang telah saya pelajari dalam kursus kepimpinan cemerlang ini?
ii. Apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi pemimpin?
iii. Apakah perkara yang perlu saya lakukan untuk memimpin diri saya sendiri?
iv.
Bahan:
Kertas Mahjung.
Marker Pen
Masa: 30 minit
Perserta: 15-25 orang
Tempat: Dalam Dewan
Kaedah Pelaksanaan
1. Fasilitator meminta semua kumpulan berkumpul dalam kumpulan masing-masing.
2. Ketua kumpulan diberi kertas mahjung dan marker pen.
3. Fasilitator meminta semua kumpulan mencatat hasil perbincangan tentang:
i. Apakah yang telah saya pelajari dalam kursus kepimpinan cemerlang
ini?
ii. Apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi pemimpin?
iii. Apakah perkara yang perlu saya lakukan untuk memimpin diri saya
sendiri?
4. Fasilitator membantu kumpulan yang kurang berinteraksi antara satu sama lain.
5. Fasilitator meminta setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka di hadapan pentas.
PROSES
RUMUSAN
1. Sebagai pemimpin terhadap diri sendiri kita mesti sentiasa memperbaiki diri iaitu:
- perangai dan tingkahlaku ( memperbaiki imej diri seperti cara berjalan, cara berpakaian,
cara bercakap dan seumpamanya.)
- akhlak ( memperbaiki akhlak – tuhan nampak apa yang saya buat walaupun tiada sesiapa
di sekeliling saya.)
- emosi ( menguasai emosi supaya bersabar )
- mentaliti ( berfikir sesuatu yang positif )
- rohani ( ketaatan kepada Allah )
2. Hormati orang lain sebelum kita meminta orang lain menghormati kita.
3. Jujur terhadap orang lain sebelum orang lain jujur kepada kita.
4. Bantu orang lain sebelum kita meminta bantuan daripada orang.
5. Ikut dan patuhi peraturan sebelum kita meminta orang lain mematuhi peraturan kita.
6. Pimpin diri sendiri sebelum cuba memimpin orang lain.
7. Betulkan perangai diri sendiri sebelum membetulkan perangai orang lain. Dan seumpamanya........
Tajuk: Fikiran saya bersih ke kotor....
Matlamat:
Berfikir secara sihat sebelum bertindak supaya tidak terlepas cakap.
Objektif
1. Mencelik akalkan pemikiran murid.
2. Merangsang pemikiran murid supaya berfikir perkara yang logik.
Bahan
Lampiran teka teki
Masa
30 minit
Tempat:
Mengikut kesesuaian dan keselesaan
Peserta
10-15 orang murid
Kaedah Pelaksanaan:
1. Setiap ahli kumpulan diberitahu peraturan menjawab teka teki yang diberi. Siapa paling banyak
dapat meneka teka teki dia diberi gelaran ”Juara Fikir Cemerlang”.
2. Mereka dikehendaki memberi isyarat seperti angkat tangan untuk menjawab.
3. Ahli tidak dibenarkan menjawab kecuali setelah dibenarkan oleh fasilitator. Jika mereka
menjawab tanpa kebenaran fasilitator markah jawapan mereka dipotong.*Tujuan syarat ini supaya
fasilitator dapat mengawal disiplin ahli.
4. Fasilitator menyatakan teka teki yang perlu dijawab. Beri sedikit masa supaya mereka menjawab.
Jangan kata ”betul atau salah ” sebelum semua ahli menjawab.
5. Setelah semua menjawab fasilitator kemukakan rasional jawapan itu. Kemudian, teruskan teka-
teki kedua. Begitulah seterusnya.
Rumusan:
1. Perhatikan gelagat peserta ketika teka teki diberi. Mungkin ada yang tersipu-sipu malu kerana
memikirkan sesuatu yang melucahkan. Oleh itu, fasilitator cuba bertanya kepada peserta adakah
mereka menyangka teka teki ini mempunyai maksud yang tidak baik.
2. Berfikir adalah perkara terbaik sebelum membuat keputusan.
3. Terdapat dua pilihan sebelum membuat keputusan iaitu positif atau negatif. Setuju atau tidak.
Berani atau takut. Betul atau salah.
4. Jika kita selalu bergaul dengan rakan yang suka berfikir perkara yang kotor maka pemikiran kita
juga akan terarah kepada yang kotor.
5. Jika kita bergaul dengan rakan yang berfikiran bersih maka kita terhindar daripada berfikiran
kotor.
Lampiran teka teki
Anda dikehendaki menyelesaikan teka-teki di bawah.
1. Bagaimanakah cara memasukkan singa ke dalam peti sejuk?
2. Bagaimanakah pula memasukkan gajah ke dalam peti sejuk?
3. Sebagai Raja di rimba singa memanggil segala haiwan datang mengadapnya. Haiwan
manakah yang tidak hadir mengadap? Kenapa?
4. Di dalam sebuah sungai yang cetek terdapat banyak buaya. Bagaimanakah cara kamu hendak
menyeberang? Kenapa?
• Semua teka-teki tersebut mestilah mempunyai kaitan antara satu sama lain.
• Sila berjumpa dengan jurulatih anda untuk memperakui jawapan anda itu betul.
Teka teki
Ada suatu perbuatan terhadap suatu benda. Hendak diguna mesti dikepak. Lepas itu dikangkang. Selepas
dikangkang letakkan di batang. Jwpan: pakai cermin mata.
Apakah benda ini? Diselak kainnya nampak bulu. Diselak bulunya nampak biji, di bawah bijinya nampak
batang. Jwpn: Jagung
Kutunam kakinya, kudapat kakinya. Jwpn: Kutu 4 kaki, kuda 6 kaki
Kotak apa yang berdosa ? Jwpn: Kau tak sembahyang
Ada satu perbuatan, bukan keji tetapi murni. Ada lubang atasnya ada biji suka cari batang. Kemudian
batang masuk dalam lubang. Jwpn: cincin disarung ke jari
Disediakan oleh:
....................................
Shahruddin bin Yusof
Guru Bimbingan,
SK Sungai Sireh.

Contenu connexe

Tendances

Modul pencinta alam
Modul pencinta alamModul pencinta alam
Modul pencinta alamRehka Liko
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgrozitabtzain
 
Skim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti DadahSkim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti Dadah2iswara14
 
Aktiviti teambuilding
Aktiviti teambuildingAktiviti teambuilding
Aktiviti teambuildingkhairul anuar
 
Perbezaan Gaya Bercinta
Perbezaan Gaya BercintaPerbezaan Gaya Bercinta
Perbezaan Gaya BercintaCongkak Group
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaAbdullah Mokhti
 
Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun Amir House
 
Laporan penuh postmortem love
Laporan penuh postmortem   loveLaporan penuh postmortem   love
Laporan penuh postmortem lovemasbajury
 
Modul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahModul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahNurul Nabihah
 
Tugas tugas ahli jawatankuasa
Tugas tugas ahli jawatankuasaTugas tugas ahli jawatankuasa
Tugas tugas ahli jawatankuasaSuhaiza Shuib
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Farah Fatin
 
Kertas kerja gotong royong perdana 2018
Kertas kerja  gotong royong perdana 2018Kertas kerja  gotong royong perdana 2018
Kertas kerja gotong royong perdana 2018nur amalina kamarudin
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam Ady Osman
 

Tendances (20)

Modul taaruf dan ukhuwah
Modul taaruf dan ukhuwahModul taaruf dan ukhuwah
Modul taaruf dan ukhuwah
 
Modul pencinta alam
Modul pencinta alamModul pencinta alam
Modul pencinta alam
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Skim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti DadahSkim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti Dadah
 
Aktiviti teambuilding
Aktiviti teambuildingAktiviti teambuilding
Aktiviti teambuilding
 
Perbezaan Gaya Bercinta
Perbezaan Gaya BercintaPerbezaan Gaya Bercinta
Perbezaan Gaya Bercinta
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 
Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun Soalan permainan kotak beracun
Soalan permainan kotak beracun
 
Laporan penuh postmortem love
Laporan penuh postmortem   loveLaporan penuh postmortem   love
Laporan penuh postmortem love
 
Modul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahModul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwah
 
Tugas tugas ahli jawatankuasa
Tugas tugas ahli jawatankuasaTugas tugas ahli jawatankuasa
Tugas tugas ahli jawatankuasa
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
 
Kertas kerja gotong royong perdana 2018
Kertas kerja  gotong royong perdana 2018Kertas kerja  gotong royong perdana 2018
Kertas kerja gotong royong perdana 2018
 
Pengurusan Emosi dan Stres
Pengurusan Emosi dan StresPengurusan Emosi dan Stres
Pengurusan Emosi dan Stres
 
Peranan Pengacara Majlis
Peranan Pengacara MajlisPeranan Pengacara Majlis
Peranan Pengacara Majlis
 
Contoh kbs explorace
Contoh kbs exploraceContoh kbs explorace
Contoh kbs explorace
 
5 minit dadah
5 minit dadah5 minit dadah
5 minit dadah
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 

En vedette

100 permainan untuk training
100 permainan untuk training100 permainan untuk training
100 permainan untuk trainingIg Fandy Jayanto
 
Game di kelas
Game di kelasGame di kelas
Game di kelaseryeryey
 
Kumpulan Permainan & dinamika kelompok
Kumpulan Permainan & dinamika kelompokKumpulan Permainan & dinamika kelompok
Kumpulan Permainan & dinamika kelompokEika Matari
 
permainan IQ
permainan IQpermainan IQ
permainan IQjessielau
 
Modul motivasi pelajar
Modul motivasi pelajarModul motivasi pelajar
Modul motivasi pelajarHalim Hajid
 
Ke Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar CemerlangKe Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar CemerlangLinda Midy
 
Aktiviti explorace ict
Aktiviti explorace ictAktiviti explorace ict
Aktiviti explorace ictAMZUFA
 
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas SekolahCeramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas SekolahImsamad
 
Laporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinanLaporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinantati hidayatie
 
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridPembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridMohd Fahmi Abu Bakar
 
Motivasi Belajar Ppt
Motivasi Belajar PptMotivasi Belajar Ppt
Motivasi Belajar Pptdesips_1012
 
Senbonzakurakagesyoshi
SenbonzakurakagesyoshiSenbonzakurakagesyoshi
SenbonzakurakagesyoshiZulaikha Amani
 
Laporan aktiviti kursus kepimpinan 2013
Laporan aktiviti   kursus kepimpinan 2013Laporan aktiviti   kursus kepimpinan 2013
Laporan aktiviti kursus kepimpinan 2013Knnida Yaakob
 
Buku program kursus kepimpinan pengawas
Buku program kursus kepimpinan pengawasBuku program kursus kepimpinan pengawas
Buku program kursus kepimpinan pengawasJOHOR IS DA BEST
 
Kpp6044 draf modul kepimpinan & team building
Kpp6044 draf modul kepimpinan & team buildingKpp6044 draf modul kepimpinan & team building
Kpp6044 draf modul kepimpinan & team buildingHani Taliff
 
Meneropong kharismatik
Meneropong kharismatikMeneropong kharismatik
Meneropong kharismatikslametwiyono
 

En vedette (20)

kUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOORkUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOOR
 
100 permainan untuk training
100 permainan untuk training100 permainan untuk training
100 permainan untuk training
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Jogging Otak
Jogging OtakJogging Otak
Jogging Otak
 
Game di kelas
Game di kelasGame di kelas
Game di kelas
 
Kumpulan Permainan & dinamika kelompok
Kumpulan Permainan & dinamika kelompokKumpulan Permainan & dinamika kelompok
Kumpulan Permainan & dinamika kelompok
 
permainan IQ
permainan IQpermainan IQ
permainan IQ
 
Modul motivasi pelajar
Modul motivasi pelajarModul motivasi pelajar
Modul motivasi pelajar
 
Ke Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar CemerlangKe Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar Cemerlang
 
Aktiviti explorace ict
Aktiviti explorace ictAktiviti explorace ict
Aktiviti explorace ict
 
Ceramah Motivasi Pelajar
Ceramah Motivasi PelajarCeramah Motivasi Pelajar
Ceramah Motivasi Pelajar
 
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas SekolahCeramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
 
Laporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinanLaporan kem kepimpinan
Laporan kem kepimpinan
 
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridPembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
 
Motivasi Belajar Ppt
Motivasi Belajar PptMotivasi Belajar Ppt
Motivasi Belajar Ppt
 
Senbonzakurakagesyoshi
SenbonzakurakagesyoshiSenbonzakurakagesyoshi
Senbonzakurakagesyoshi
 
Laporan aktiviti kursus kepimpinan 2013
Laporan aktiviti   kursus kepimpinan 2013Laporan aktiviti   kursus kepimpinan 2013
Laporan aktiviti kursus kepimpinan 2013
 
Buku program kursus kepimpinan pengawas
Buku program kursus kepimpinan pengawasBuku program kursus kepimpinan pengawas
Buku program kursus kepimpinan pengawas
 
Kpp6044 draf modul kepimpinan & team building
Kpp6044 draf modul kepimpinan & team buildingKpp6044 draf modul kepimpinan & team building
Kpp6044 draf modul kepimpinan & team building
 
Meneropong kharismatik
Meneropong kharismatikMeneropong kharismatik
Meneropong kharismatik
 

Similaire à Modul motivasi kepimpinan kecemerlangan

07. 2 lampiran 2 (modul sst)
07. 2 lampiran 2 (modul sst)07. 2 lampiran 2 (modul sst)
07. 2 lampiran 2 (modul sst)RahmaTarigan
 
Kumpulan games mentoring
Kumpulan games mentoringKumpulan games mentoring
Kumpulan games mentoringIrwan Hasan
 
Bahan Tayang Lokakarya 01 PGP_Pengembangan Komunitas Praktisi (1).pptx
Bahan Tayang Lokakarya 01 PGP_Pengembangan Komunitas Praktisi (1).pptxBahan Tayang Lokakarya 01 PGP_Pengembangan Komunitas Praktisi (1).pptx
Bahan Tayang Lokakarya 01 PGP_Pengembangan Komunitas Praktisi (1).pptxNgalimunNgalimun1
 
Topik Diskusi.pptx
Topik Diskusi.pptxTopik Diskusi.pptx
Topik Diskusi.pptxputri688560
 
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)Mohd Zabidi
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pdfModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pdfNandaKusuma17
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxRIMA685626
 
Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breakingRohani Jusoh
 
Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breakingRohani Jusoh
 
Jurnal Refleksi Dwimingguan Modul 1.2.pdf
Jurnal Refleksi Dwimingguan Modul 1.2.pdfJurnal Refleksi Dwimingguan Modul 1.2.pdf
Jurnal Refleksi Dwimingguan Modul 1.2.pdfIrfanAudah1
 
Pp panduan mentor mentee
Pp panduan mentor menteePp panduan mentor mentee
Pp panduan mentor menteeMohd Noor Noor
 
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 1.2.pdf
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 1.2.pdfTUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 1.2.pdf
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 1.2.pdffrederikusitonuk
 
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp0225sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02Norita Rosdi
 
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp0225sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02Bie Judith
 
Modul penuh mentor mentee
Modul penuh mentor menteeModul penuh mentor mentee
Modul penuh mentor menteeNor Marziah
 
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PAK SANUSI.docx
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PAK SANUSI.docxRENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PAK SANUSI.docx
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PAK SANUSI.docxUmiFatchuljannah
 
Materi 6 Memfasilitasi Pelatihan Partisipatif
Materi 6 Memfasilitasi Pelatihan PartisipatifMateri 6 Memfasilitasi Pelatihan Partisipatif
Materi 6 Memfasilitasi Pelatihan PartisipatifPMII
 

Similaire à Modul motivasi kepimpinan kecemerlangan (20)

07. 2 lampiran 2 (modul sst)
07. 2 lampiran 2 (modul sst)07. 2 lampiran 2 (modul sst)
07. 2 lampiran 2 (modul sst)
 
Kumpulan games mentoring
Kumpulan games mentoringKumpulan games mentoring
Kumpulan games mentoring
 
Bahan Tayang Lokakarya 01 PGP_Pengembangan Komunitas Praktisi (1).pptx
Bahan Tayang Lokakarya 01 PGP_Pengembangan Komunitas Praktisi (1).pptxBahan Tayang Lokakarya 01 PGP_Pengembangan Komunitas Praktisi (1).pptx
Bahan Tayang Lokakarya 01 PGP_Pengembangan Komunitas Praktisi (1).pptx
 
Modul bengkel pengawas smkb 2018
Modul bengkel pengawas smkb 2018Modul bengkel pengawas smkb 2018
Modul bengkel pengawas smkb 2018
 
Topik Diskusi.pptx
Topik Diskusi.pptxTopik Diskusi.pptx
Topik Diskusi.pptx
 
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pdfModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pdf
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breaking
 
Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breaking
 
Jurnal Refleksi Dwimingguan Modul 1.2.pdf
Jurnal Refleksi Dwimingguan Modul 1.2.pdfJurnal Refleksi Dwimingguan Modul 1.2.pdf
Jurnal Refleksi Dwimingguan Modul 1.2.pdf
 
Pp panduan mentor mentee
Pp panduan mentor menteePp panduan mentor mentee
Pp panduan mentor mentee
 
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 1.2.pdf
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 1.2.pdfTUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 1.2.pdf
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 1.2.pdf
 
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp0225sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
 
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp0225sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
 
Modul penuh mentor mentee
Modul penuh mentor menteeModul penuh mentor mentee
Modul penuh mentor mentee
 
AKTIVITI_LDK.pdf
AKTIVITI_LDK.pdfAKTIVITI_LDK.pdf
AKTIVITI_LDK.pdf
 
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PAK SANUSI.docx
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PAK SANUSI.docxRENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PAK SANUSI.docx
RENCANA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PAK SANUSI.docx
 
Materi 6 Memfasilitasi Pelatihan Partisipatif
Materi 6 Memfasilitasi Pelatihan PartisipatifMateri 6 Memfasilitasi Pelatihan Partisipatif
Materi 6 Memfasilitasi Pelatihan Partisipatif
 
TRAINER
TRAINER TRAINER
TRAINER
 

Modul motivasi kepimpinan kecemerlangan

  • 1. Modul Motivasi Kepimpinan Kecemerlangan Tajuk: Eh…Bersihnyaaaaa!!!!! Matlamat: Saya Mestilah Sentiasa Jujur dan Ikhlas Terhadap Diri Sendiri Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan; 1. Melakukan sesuatu perkara yang positif tanpa disuruh. 2. Bersikap jujur dan ikhlas terhadap diri sendiri. 3. Menghormati orang lain. 4. Berbicara dengan sopan. Bahan: 1. Pelbagai bentuk sampah sarap seperti botol minuman, kulit ais krim, pembungkus makanan dan sebagainya. 2. Tong Sampah. 3. Tali rupiah/ benang Masa: 30 minit Perserta: 15-25 orang Tempat: Kawasan Lapang Kaedah Pelaksanaan 1. Kumpulan peserta diberi kad arahan iaitu mesti bergerak ke satu stesen. Di stesen itu peserta perlu mengamalkan nilai-nilai murni sebagai seorang murid di sekolah. 2. Di stesen Fasilitator telah menaburkan pelbagai sampah dalam lingkungan tali rupiah. 3. Apabila peserta tiba, fasilitator hanya memerhatikan sahaja apa-apa tindakan peserta ( yang sepatutnya memungut sampah-sampah yang berada di kawasan itu tanpa disuruh kerana selama ini pihak sekolah telah menyuruh murid mengutip sampah di kawasan sekolah). 4. Setelah 5 minit berlalu, jika mereka tidak berbuat apa-apa minta ketua mereka membacakan semula arahan yang diberi dan minta mereka memahami arahan tersebut. 5. Peringatan: Perkara sepatutnya peserta lakukan ialah: i. Memberi ucap selamat ii. Memperkenalkan diri iii. Memungut sampah tanpa diperintah oleh ketua (jika mereka berjaya melakukan perkara di atas tanpa di arah oleh fasilitator maka mereka berjaya melakukan tugasan ini. Jika tidak, Fasilitator menjelaskan kenapa sampah banyak sangat di kawasan mereka dan menyatakan tidak terfikirkah mereka untuk mengutip sampah dan membuangnya ke dalam
  • 2. tong sampah yang disediakan. Jika secara sepontan mereka bergerak dan melakukannya biarkan mereka berbuat sedemikian. Jika tidak beritahu mereka bahawa proses mentarbiah mereka selama ini di sekolah adalah gagal. PROSES RUMUSAN Sebagai denda atas kegagalan mereka (walaupun berjaya) dalam tugasan ini fasilitator boleh menerangkan ciri-ciri pemimpin iaitu: 1. Memimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain. 2. Disiplinkan diri sebelum mendisiplinkan orang lain. 3. Jujur terhadap diri sebelum meminta orang lain jujur kepada kita. 4. Ikhlas melakukan sesuatu sebelum orang lain tidak mempercayai kita. 5. Mematuhi apa-apa peraturan tanpa disuruh menunjukkan seseorang itu telah berjaya memimpin diri mereka sendiri.
  • 3. ( aktiviti ini amat sesuai digunakan dalam kumpulan yang sudah lama mengenali antara satu sama lain seperti dalam sekolah yang sama atau kelas yang sama) Tajuk: Baik ke saya niiii!!!!! Matlamat: Berkawan biar berjuta.... Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan; 5. Mengikis sikap memandang negatif terhadap orang lain. 6. Bersedia membina hubungan baik dengan rakan. 7. Menghormati orang lain. 8. Memahami sikap diri dan 9. Memahami prasangka-prasangka. Bahan: 4. A4 dan pen 5. Kertas Mahjung Masa: 30 minit hingga 1jam (bergantung kepada bilangan peserta) Perserta: 10-15 orang Tempat: Kawasan Lapang / Bilik Darjah Kaedah Pelaksanaan 1 Setiap peserta dalam kumpulan diberi lampiran borang Tingkap Kawan. 2 Setiap peserta mestilah menyenaraikan nama-nama rakan dalam kumpulan mengikut arahan dalam borang Tingkap Kawan iaitu: 2.1. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda suka berkawan dengannya dan dia suka berkawan dengan anda. 2.2. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda suka berkawan dengannya dan dia tidak suka berkawan dengan anda. 2.3. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda tidak suka berkawan dengannya dan dia suka berkawan dengan anda. 2.4. Kenal pasti rakan dalam kumpulan yang anda tidak suka berkawan dengannya dan dia tidak suka berkawan dengan anda. 3. Fasilitator melaksanakan semakan senarai nama ahli yang mereka suka dan tidak suka. Contohnya: Jali telah menyenaraikan Saamah rakan dalam tingkap Saya kawan dia dan dia kawan saya” manakala semakan dalam borang Saamah tepatkah andaian Jali itu? Jika Saamah turut menyenaraikan ”Jali” sebagai Saya kawan dia dan dia kawan saya” maka andaian itu diterima. Proses semakan ini perlu dibuat kepada semua ahli dalam kumpulan. (pendedahan kendiri). * Lebih baik jika dipamerkan di papan putih atau kertas mahjung.
  • 4. PROSES RUMUSAN 1. Kadang-kadang yang kita sangka mereka adalah sahabat kita tetapi adalah sebaliknya. 2. Kadang-kadang yang kita anggap dia adalah musuh kita rupa-rupanya adalah orang itulah yang ingin bersahabat dengan kita. 3. Berkawan seberapa banyak yang boleh tanpa memilih-milih bulu. 4. Orang yang tidak mempunyai kawan adalah orang yang sangat mementingkan diri sendiri sahaja. 5. Orang yang tidak suka berkawan adalah orang yang sangat rugi. 6. Rakan dan sahabat adalah apabila saling memahami antara satu sama lain.
  • 5. Lampiran Borang pengurusan grafik/Tingkap Kawan Saya suka berkawan dengannya dan dia suka berkawan dengan saya. Saya suka berkawan dengannya tetapi dia tidak suka berkawan dengan saya. Saya tidak suka berkawan dengannya tetapi dia suka berkawan dengan saya. Saya tidak suka berkawan dengannya dan dia juga tidak suka berkawan dengan saya. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
  • 6. Tajuk: Siapa Juara? Matlamat: Saya Mestilah Saling Bantu Membantu antara satu sama lain. Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan; 1. Dapat menghindari sikap mementingkan diri sendiri. 2. Bekerjasama dalam satu kumpulan. Bahan: 1. Sebiji belon yang telah ditiup. Masa: 30 minit Perserta: 15-25 orang Tempat: Kawasan Lapang Kaedah Pelaksanaan 1. Peserta diminta ke suatu stesen. Di stesen Fasilitator meminta murid menyentuh belon sekurang-kurangnya 10 kali dengan hujung jari telunjuk dalam masa 1 atau 2 minit. Syaratnya tanpa dipegang. 2. Fasilitator cuba melambung belon dan menyentuhnya dengan jari. Kemudian diminta peserta menyambung aktiviti tersebut dalam masa 1 atau 2 minit 3. Apa yang terjadi ialah ( jangkaan pembuat modul) peserta akan berebut-rebut untuk menyentuh belon). 4. Setelah 2 minit hentikan permainan. Tanya murid siapa yang paling banyak menyentuh belon dan berapa kali jumlahnya. Kemudian, tanya murid siapakah yang paling sedikit menyentuh belon? Berapa kali? Mengapakah tidak dapat menyentuh belon? Apa perasaan kamu tidak dapat menyentuh belon? 5. Bertanya semula kepada yang paling banyak menyentuh belon, tidakkah kamu simpati terhadap rakan kumpulan kamu yang tidak dapat menyentuh belon? PROSES RUMUSAN Fasilitator membimbing peserta membincangkan sikap mementingkan diri sendiri. 1. Sebagai pemimpin kita tidak patut hanya mementingkan diri sendiri. 2. Sebagai pemimpin kita mestilah membantu ahli jika mereka memerlukan bantuan dan pertolongan. 3. Sikap mementingkan diri sendiri dibenci dan tidak disukai oleh ahli.
  • 7. Tajuk: Di mana belon kami? Matlamat: Saya mesti bantu rakan-rakan saya Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan; 1. Dapat bekerjasama dalam satu kumpulan. 2. Mendengar arahan dan melaksanakannya dengan betul. 3. Memberi arahan dengan betul. 4. Mempercayai pemimpin. Bahan: Belon yang telah ditiup. Kain penutup mata Masa: 30 minit Perserta: 15-25 orang Tempat: Kawasan Lapang Kaedah Pelaksanaan 1. Fasilitator meminta peserta menjarakkan diri daripada rakan-rakan. 2. Fasilitator memberitahu peserta bahawa mereka perlu mencari sebiji belon dengan mata yang tertutup. 3. Fasilitator meminta peserta menutup mata dengan kain penutup mata. 4. Peserta diminta tidak menipu dan berlaku jujur terhadap diri sendiri. 5. Setelah memastikan peserta menutup mata dengan betul, Fasilitator memberi belon kepada ketua kumpulan. 6. Dengan helah fasilitator berada jauh dengan kumpulan kemudian berteriak ” Sekarang kamu carilah belon itu” dengan kuat. 7. Setelah 5 ke 10 minit berlalu, bukakan penutup mata ketua kumpulan sahaja dan benarkan dia memanggil ahlinya datang kepadanya untuk menjumpai belon tersebut sehingga berjaya. PROSES RUMUSAN 1. Sebagai pemimpin kita perlu memberi arahan kepada ahli supaya ahli dapat melakukan tugasan dengan betul. 2. Sebagai ahli pula kita mestilah mematuhi arahan ketua atau pemimpin. 3. Bayangkanlah bagaimanalah sekiranya, manusia tiada pemimpin, apa akan terjadi? (rujuk peristiwa yang berlaku semasa mereka mencari belon): terlanggar bontut kawan, berlaga dan seumpamanya.
  • 8. Tajuk: Rumusan Matlamat: Saya telah dapat mempelajari sesuatu iaitu: 1. Saya perlu memimpin diri saya sendiri sebelum dapat menjadi pemimpin. Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan; 1. Berbincang dalam kumpulan tentang: i. Apakah yang telah saya pelajari dalam kursus kepimpinan cemerlang ini? ii. Apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi pemimpin? iii. Apakah perkara yang perlu saya lakukan untuk memimpin diri saya sendiri? iv. Bahan: Kertas Mahjung. Marker Pen Masa: 30 minit Perserta: 15-25 orang Tempat: Dalam Dewan Kaedah Pelaksanaan 1. Fasilitator meminta semua kumpulan berkumpul dalam kumpulan masing-masing. 2. Ketua kumpulan diberi kertas mahjung dan marker pen. 3. Fasilitator meminta semua kumpulan mencatat hasil perbincangan tentang: i. Apakah yang telah saya pelajari dalam kursus kepimpinan cemerlang ini? ii. Apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi pemimpin? iii. Apakah perkara yang perlu saya lakukan untuk memimpin diri saya sendiri? 4. Fasilitator membantu kumpulan yang kurang berinteraksi antara satu sama lain. 5. Fasilitator meminta setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka di hadapan pentas. PROSES RUMUSAN 1. Sebagai pemimpin terhadap diri sendiri kita mesti sentiasa memperbaiki diri iaitu: - perangai dan tingkahlaku ( memperbaiki imej diri seperti cara berjalan, cara berpakaian, cara bercakap dan seumpamanya.) - akhlak ( memperbaiki akhlak – tuhan nampak apa yang saya buat walaupun tiada sesiapa di sekeliling saya.) - emosi ( menguasai emosi supaya bersabar ) - mentaliti ( berfikir sesuatu yang positif ) - rohani ( ketaatan kepada Allah ) 2. Hormati orang lain sebelum kita meminta orang lain menghormati kita. 3. Jujur terhadap orang lain sebelum orang lain jujur kepada kita. 4. Bantu orang lain sebelum kita meminta bantuan daripada orang.
  • 9. 5. Ikut dan patuhi peraturan sebelum kita meminta orang lain mematuhi peraturan kita. 6. Pimpin diri sendiri sebelum cuba memimpin orang lain. 7. Betulkan perangai diri sendiri sebelum membetulkan perangai orang lain. Dan seumpamanya........ Tajuk: Fikiran saya bersih ke kotor.... Matlamat: Berfikir secara sihat sebelum bertindak supaya tidak terlepas cakap. Objektif 1. Mencelik akalkan pemikiran murid. 2. Merangsang pemikiran murid supaya berfikir perkara yang logik. Bahan Lampiran teka teki Masa 30 minit Tempat: Mengikut kesesuaian dan keselesaan Peserta 10-15 orang murid Kaedah Pelaksanaan: 1. Setiap ahli kumpulan diberitahu peraturan menjawab teka teki yang diberi. Siapa paling banyak dapat meneka teka teki dia diberi gelaran ”Juara Fikir Cemerlang”. 2. Mereka dikehendaki memberi isyarat seperti angkat tangan untuk menjawab. 3. Ahli tidak dibenarkan menjawab kecuali setelah dibenarkan oleh fasilitator. Jika mereka menjawab tanpa kebenaran fasilitator markah jawapan mereka dipotong.*Tujuan syarat ini supaya fasilitator dapat mengawal disiplin ahli. 4. Fasilitator menyatakan teka teki yang perlu dijawab. Beri sedikit masa supaya mereka menjawab. Jangan kata ”betul atau salah ” sebelum semua ahli menjawab. 5. Setelah semua menjawab fasilitator kemukakan rasional jawapan itu. Kemudian, teruskan teka- teki kedua. Begitulah seterusnya. Rumusan: 1. Perhatikan gelagat peserta ketika teka teki diberi. Mungkin ada yang tersipu-sipu malu kerana memikirkan sesuatu yang melucahkan. Oleh itu, fasilitator cuba bertanya kepada peserta adakah mereka menyangka teka teki ini mempunyai maksud yang tidak baik. 2. Berfikir adalah perkara terbaik sebelum membuat keputusan. 3. Terdapat dua pilihan sebelum membuat keputusan iaitu positif atau negatif. Setuju atau tidak. Berani atau takut. Betul atau salah. 4. Jika kita selalu bergaul dengan rakan yang suka berfikir perkara yang kotor maka pemikiran kita juga akan terarah kepada yang kotor. 5. Jika kita bergaul dengan rakan yang berfikiran bersih maka kita terhindar daripada berfikiran kotor. Lampiran teka teki Anda dikehendaki menyelesaikan teka-teki di bawah.
  • 10. 1. Bagaimanakah cara memasukkan singa ke dalam peti sejuk? 2. Bagaimanakah pula memasukkan gajah ke dalam peti sejuk? 3. Sebagai Raja di rimba singa memanggil segala haiwan datang mengadapnya. Haiwan manakah yang tidak hadir mengadap? Kenapa? 4. Di dalam sebuah sungai yang cetek terdapat banyak buaya. Bagaimanakah cara kamu hendak menyeberang? Kenapa? • Semua teka-teki tersebut mestilah mempunyai kaitan antara satu sama lain. • Sila berjumpa dengan jurulatih anda untuk memperakui jawapan anda itu betul. Teka teki Ada suatu perbuatan terhadap suatu benda. Hendak diguna mesti dikepak. Lepas itu dikangkang. Selepas dikangkang letakkan di batang. Jwpan: pakai cermin mata. Apakah benda ini? Diselak kainnya nampak bulu. Diselak bulunya nampak biji, di bawah bijinya nampak batang. Jwpn: Jagung Kutunam kakinya, kudapat kakinya. Jwpn: Kutu 4 kaki, kuda 6 kaki Kotak apa yang berdosa ? Jwpn: Kau tak sembahyang Ada satu perbuatan, bukan keji tetapi murni. Ada lubang atasnya ada biji suka cari batang. Kemudian batang masuk dalam lubang. Jwpn: cincin disarung ke jari Disediakan oleh: .................................... Shahruddin bin Yusof Guru Bimbingan, SK Sungai Sireh.