SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  19
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA




            SEMESTER JANUARI 2012




                   HBHE3203




KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN




PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN
                    MELAKA
SEMESTER JAN 2012




       Isi Kandungan                                Halaman

   Biodata Pelajar                                       i

   Penghargaan                                           ii

   Pengenalan                                            1

       1. Prosedur Keselamatan Stor Sukan                2

    1.1   Tatacara Penggunaan Am                        2-3

    1.2   Tatacara Penggunaan Murid                     3-4

    1.3 Tatacara Penggunaan Guru                         4

      2. Prosedur Keselamatan Kantin Sekolah             5

    2.1 Tatacara Penggunaan Am                          5-6

    2.2 Tatacara Penggunaan Murid                       6-7

    2.3 Tatacara Penggunaan Guru                        7-8

      3. Prosedur Keselamatan Dewan/Foyer               8-9

    3.1 Tatacara Penggunaan Am                           9

    3.2 Tatacara Penggunaan Murid                       9-10

    3.3 Tatacara Penggunaan Guru                         10

      4. Prosedur Keselamatan Makmal Komputer            11

     4.1 Tatacara Penggunaan Am                        11-12

    4.2 Tatacara Penggunaan Murid                      12-13

    4.3 Tatacara Penggunaan Guru                       13-14

   Rumusan                                             14-15

   Rujukan                                                   iii




HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN    761020135460002
SEMESTER JAN 2012




                                         Penghargaan



                 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

     Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah
  kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk „Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran‟
  HBHE3203) pada kali ini.


     Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta
  memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan
  pembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh
  warga OUM semester Januari 2012 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan
  kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.


     Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
  yang di hormati, Pn Alifah Bt Sharudin. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya
  dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor, Puan
  Kok Mong Lin,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS.Tanpa penerangan
  mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya
  dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.


                                       Sekian terima kasih.




                                                    ii
HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                              761020135460002
SEMESTER JAN 2012


Pengenalan

Keselamatan diri perlu diambil berat oleh setiap individu di dunia ini . Ini kerana kemalangan boleh
terjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja, baik di rumah, sekolah dan di tempat-tempat awam.
Kemalangan yang berlaku di sekolah pula perlu diambil kira untuk mengelakkan ia kerap berulang.
Kemalangan yang berlaku di sekolah adalah seperti jatuh tangga, dicederakan rakan, tergelincir di
kawasan yang licin, dihempap peralatan dan sebagainya mungkin sahaja terjadi mana-mana sekolah.
Menurut Utusan Malaysia, pada 27 Oktober 2011, pernah terjadi, seorang murid perempuan tahun satu
pengsan manakala rakannya cedera di tangan setelah ditimpa sebatang tiang bendera ketika menyertai
aktiviti sukan di sebuah sekolah di Beranang, Selangor. Namun begitu, menurut Presiden Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan dalam Utusan Malaysia bertarikh 28
Oktober 2011, menyatakan bahawa, kejadian itu merupakan kes terpencil di negara ini kerana
mempunyai peratusan yang sangat sedikit dalam statistik kemalangan ketika berada di kawasan sekolah.
Walaupun begitu, beliau mengingatkan bahawa ia tidak boleh dipandang remeh kerana perkara ini
melibatkan pihak sekolah dan ibu bapa. Oleh itu, tindakan yang wajar perlu dilakukan bagi mengelak
kejadian seperti ini berulang.
       Selain itu, kemalangan yang meragut jiwa juga pernah berlaku yang mana seorang murid tahun
lima maut setelah cedera parah di kepala akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak di Sekolah
Kebangsaan Kampung Jawa 1, Klang. (Utusan Malaysia, 2011). Perkara ini adalah sesuatu yang serius
yang perlu diambil tindakan oleh pihak sekolah untuk mengelakkan ia terjadi lagi. Bagi mengatasi
masalah ini, aspek penjagaan keselamatan perlu dititik beratkan dan menjadi agenda utama bagi
pengurusan sesebuah sekolah untuk mengurangkan berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah.
“Sediakan payung sebelum hujan” adalah penting untuk seorang guru supaya sentiasa mengambil
langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya sesuatu kemalangan yang tidak diingini. Antaranya
dengan menyediakan prosedur keselamatan di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di dewan, di
padang, di kantin, makmal sains, stor sukan, tandas, bilik komputer, dan sebagainya. Di dalam tugasan
ini juga nanti, prosedur keselamatan yang akan dsediakan melibatkan stor sukan, kantin, dewan sekolah
dan makmal komputer sahaja. Prosedur keselamatan ini akan melibatkan, Tatacara Penggunaan Am,
Tatacara Penggunaan Murid, dan Tatacara Penggunaan Guru .



                                                    1


HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                                  761020135460002
SEMESTER JAN 2012


   1. Prosedur Keselamatan Stor Sukan

Stor sukan yang juga dikenali sebagai bilik sukan atau stor peralatan merupakan tempat yang penting
bagi menempatkan segala peralatan sukan di sekolah. Ia memainkan peranan sebagai tempat menyimpan
alatan-alatan sukan supaya perbelanjaan sekolah boleh dikurangkan; simpanan yang baik mengurangkan
kos pembaikan dan pemeliharaan alatan. Pengekalan alatan juga memberi peluang kepada guru-guru
merancang pelajaran mereka supaya menjadi lebih seronok dan bermakna. Bagi kanak-kanak pula,
bilangan peralatan yang mencukupi membolehkan mereka menerima pelajaran dengan sepenuhnya
semasa waktu pendidikan jasmani atau waktu di luar daripada waktu pendidikan jasmani. Kewujudan
stor boleh menentukan bilangan alatan yang boleh dibeli oleh sesebuah sekolah. Setelah segala alatan
asas telah dibeli, perkara yang penting ialah bagaimana untuk menyimpan peralatan itu.

1.1 Tatacara Penggunaan Am Bagi Stor Sukan

   1. Dilarang masuk tanpa kebenaran.
              Sesiapa sahaja pun tidak dibenarkan masuk tanpa izin individu tertentu seperti guru atau
              penyelaras stor sukan. Ini untuk mengellakan sebarang perkara yang tidak diingini seperti
              pencerobohan dan kecurian berlaku.
   2. Jaga kebersihan stor sukan ini.
              Setiap individu yang masuk ke dalam stor sukan perlu sentiasa menjaga kebersihan.
              Makanan dan minuman juga tidak boleh dibawa ke bilik ini untuk mengelakkan kekotoran
              pada lantai.
   3. Mengisi borang pinjaman keluar masuk peralatan sukan .
              Guru perlu mengisi satu borang khas untuk pinjaman dan pemulangan peralatan sukan.
              Setelah itu, guru tertentu atau jurulatih sahaja yang boleh membawa keluar peralatan
              sukan. Murid-murid tidak digalakkan untuk melakukannya dan hanya membantu guru di
              luar bilik stor sukan.
   4. Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.
              Peralatan berbahaya seperti lembing (rejam lembing), bola lontar peluru dan sebagainya
              diletakkan di tempat yang selamat. Ini untuk mengelakkan murid-murid yang masuk
              bermain dengan alatan ini dan memungkinkan berlakunya kecederaan.

                                                   2

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                                761020135460002
SEMESTER JAN 2012


   5. Susun semula peralatan yang dipinjam ke tempat asal.
             Peralatan sukan yang dipinjam disusun semula ditempat asal berdasarkan label yang telah
             di letakkan. Peralatan yang telah kotor selepas digunakan perlu dibersihkan dahulu untuk
             mengelakkan segala kekotoran. Apabila berlakunya kerosakan peralatan pula, guru atau
             murid perlu beritahu penyelaras stor sukan untuk dibaiki atau diganti yang baru



1.2 Tatacara Penggunaan Murid

   1. Dilarang masuk tanpa kebenaran guru.
             Murid tidak dibenarkan masuk untuk mengelakkan mereka bermain sesuka hati di dalam
             bilik stor. Murid-murid juga tidak dibenarkan bermain di dalam stor sukan untuk
             mengelakkan kerosakan alatan sukan dan peralatan stor sukan dan juga untuk
             mengelakkan kemungkinan kecederaan berlaku
   2. Dilarang membawa beg makanan atau minuman ke dalam stor sukan.
             Murid-murid tidak dibenarkan makan dan minum di bilik stor untuk mengelakkan
             kekotoran bilik stor sukan. Murid-murid juga dilarang membuang sampah atau bekas
             makanan sama ada di atas lantai mahupun di dalam bakul sampah bilik stor sukan. Ini bagi
             memastikan keadaan bilik stor sukan sentiasa dalam keadaan bersih. Mereka perlu
             memastikan bahawa tiada sampah berselerakan. Jika ada, murid bertanggungjawab
             membersihkannya.
   3. Murid dilarang sama sekali merosakkan peralatan yang terdapat di dalam stor sukan.
             Murid-murid digalakkan menjaga peralatan sukan supaya dengan baik supaya ia dapat
             digunakan dengan lebih lama. Murid-murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang
             peralatan sukan ke dalam kelas untuk bermain-main bagi mengelakkan kerosakan
             peralatan dan mewujudkan unsur kecurian.
   4. Sila letak dan susun semula peralatan yang telah digunakan di tempat asal.
             Murid-murid yang membantu memulangkan peralatan sukan ke dalam bilik stor sukan
             perlu membuka kasut dahulu yang mungkin kotor dan boleh mencemarkan bilik stor
             sukan. Kemudian, peralatan sukan yang dipinjam disusun semula oleh murid-murid yang
             membantu guru mereka, ditempat asal berdasarkan label yang telah di letakkan.

                                                  3
HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                                761020135460002
SEMESTER JAN 2012


   5. Pastikan pintu ditutup sebelum meninggalkan stor sukan.
               Setelah menyimpan peralatan, individu terlibat perlu menutup atau mengunci kembali
               pintu bilik stor untuk mengelakkan sebarang kecurian atau pencerobohan. Jika
               menggunakan lampu dan kipas bilik stor , pastikan ia ditutup kembali untuk mengelakkan
               pembaziran tenaga.



1.3 Tatacara Penggunaan Guru.

   1. Guru mestilah berada bersama murid ketika mengambil dan memulangkan peralatan stor
      sukan.
               Setiap guru yang terlibat bertanggungjawab bersama murid-murid semasa mengambil dan
               memulangkan peralatan stor supaya ia dapat berjalan dengan baik.
   2. Merekod semua alat sukan yang dipinjam dan dipulangkan.
               Setiap guru yang meminjam peralatan sukan perlu mengisi rekod yang disediakan, begitu
               juga semasa memulangkannya, supaya perlatan yang dipulang itu cukup seperti
               sebelumnya.
   3. Memastikan murid meletakkan dan menyusun dengan betul peralatan yang dipulangkan.
               Semasa pemulangan peralatan sukan, guru bertanggungjawab untuk memastikan agar
               peralatan diletakkan di tempat asal yang telah dilabelkan.
   4. Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.
               Bagi alatan yang agak merbahaya sepeti lembing, bola lontar peluru, kayu hoki perlulah
               diawasi penggunaannya untuk mengelakkan murid bergurau dan bermain yang boleh
               menyebabkan kecederaan. Guru bertanggungjawab memastikan alatan sukan masih baik
               dan tidak rosak supaya latihan dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar.
   5. Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
               Jika ada sebarang kerosakan pada peralatan, guru terlibat perlu melaporkan kepada
               penyelaras stor sukan untuk tujuan pembaikkan atau hapus kira dengan menggantikannya
               alatan baru.




                                                    4

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                                  761020135460002
SEMESTER JAN 2012


   2. Prosedur Keselamatan Di Kantin Sekolah

Kantin sekolah merupakan antara     tempat yang paling penting di dalam kawasan sekolah. Kantin
berperanan dalam menjual sertamembekalkan makanan dan minuman yang berkhasiat yang diperlukan
oleh tubuh murid-murid selepas separuh waktu pembelajaran harian murid. Kantin juga menjadi tempat
murid-murid , guru dan pekerja serta kakitangan sekolah melepaskan lelah dan berehat sebentar sambil
menikmati makanan dan minuman yang dibeli di situ.Selalunya terdapat pelbagai jenis makanan dan
minuman yang dijual di kantin sekolah dan mampu memenuhi zat seharian murid. Kawasan kantin
biasanya terdiri daripada kaunter jualan makanan, kaunter jualan minuman, serta meja dan bangku untuk
murid-murid duduk ketika makan dan minum. Bekas-bekas besar disediakan di suatu sudut untuk
mengisi pinggan mangkuk dan cawan serta gelas yang telah digunakan. Selain itu juga banyak tong
sampah disediakan untuk murid-murid membuang sampah pembungkus makanan dan minuman yang
telah habis dimakan dan diminum. Meja dan bangku atau kerusi guru dan murid mestilah mencukupi,
sentiasa kemas, bersih dan teratur. Lantai kantin juga perlu sentiasa dibersihkan untuk mengelakkan
wujudnya sebarang masalah seperti kehadiran lalat dan mungkin makanan yang jatuh ke lantai akan
dipijak oleh sesiapa sahaja dan menambahkan lagi kekotoran yang sedia ada.

   Pengusaha makanan berperanan dalam menjaga kebersihan baik, di kawasan dapur, kawasan kaunter
penyediaan makanan dan minuman serta di kawasan meja dan kerusi kantin. Namun begitu, kadangkala
ada juga pengusaha kantin yang leka dan mengabaikan kebersihan di kawasan-kawasan tersebut sehingga
menyebabkan wujudnya kehadiran serangga dan haiwan perosak seperti lalat, lipas, tikus dan sebagainya.
Ini menjadikan makanan dan minuman tidak selamat dan diragui pembeli. Selain itu, murid-murid juga
digalakkan menjaga kebersihan kantin dan berusaha mengelakkan daripada menjatuhkan makanan dan
minuman di kawasan kantin yang boleh menyebabkan gelinciran kepada orang lain. Di bawah,
dinyatakan mengenai prosedur keselamatan tatacara penggunaan am, murid dan guru bagi penggunaan
kantin sekolah.

2.1 Tatacara Penggunaan Am di Kantin.

   1. Sila beratur ketika membeli makanan dan minuman.
              Semua murid atau sesiapa sahaja perlu beratur ketika membeli makanan dan minuman
              supaya tidak terjadinya unsur perebutan. Kecederaan mungkin dapat dielakkan jika setiap
                                                  5

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                               761020135460002
SEMESTER JAN 2012


             individu berdisiplin dan tidak berebut-rebut ketika membeli makanan.
             Seorang guru bertugas juga perlumengawasi keadaan agar terkawal dibantu oleh para
             pengawas sekolah.
   2. Sila makan ditempat yang disediakan.
             Setiap individu diminta makan ditempat yang dikhaskan seperti murid duduk di atas
             bangku dan meja yang disediakan manakala guru dan kakitangan sekolah selalanya di
             tempatkan di suatu bilik khas.
   3. Sila jaga kebersihan kantin.
             Setiap individu di sekolah perlu memastikan agar kantin sentiasa bersih dengan tidak
             membuang bekas makanan merata-rata atau membiarkan lantai dan meja kantin bersepah-
             sepah dengan sisa makanan.
   4. Sila masukkan pinggan mangkuk dan cawan kotor di tempat yang disediakan.
             Setiap individu perlu meletakkan pinggan mangkuk dan cawan kotor di besen yang
             disediakan untuk memudahkan pekerja mengendalikan pembersihan pinggan mangkuk
             tersebut.



2.2 Tatacara Murid Dikantin Sekolah

   1. Sila beratur ketika membeli makanan dan minuman.
             Semua murid, perlu beratur ketika membeli makanan dan minuman supaya keadaan kantin
             terkawal dan berjalan dengan lancar. Murid-murid diingatkan supaya tidak berebut-rebut
             ketika membeli makanan. Ini kerana dikhuatiri makanan dan minuman tertumpah dan
             memungkinkan murid-murid sendiri terjatuh yang boleh menyebabkan kecederaan.
   2. Jaga kebersihan di kawasan kantin sekolah .
             Setiap murid di sekolah perlu memastikan agar kantin mereka sentiasa bersih dengan tidak
             membuang bekas makanan merata-rata atau membiarkan lantai dan meja kantin bersepah-
             sepah dengan sisa makanan. Murid dingatkan supaya membuang sisa makanan ditempat
             yang dikhaskan.

                                                 6



HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                              761020135460002
SEMESTER JAN 2012


   3. Sila letakkan pinggan mangkuk dan cawan yang telah digunakan ke dalam bekas yang
      disediakan.
             Setelah makan, murid-murid juga diingatkan untuk meletakkan pinggan mangkuk dan
             cawan yang ditempatkan dan bukannya membiarkan ia ditinggalkan di meja dengan
             mengundang pelbagai serangga untuk hinggap ke situ.
   4. Makan di kawasan yang disediakan.
             Semua murid digalakkan makan ditempat yang telah disediakan di kawasan kantin dan
             bukannya di kawasan yang bahaya seperti tangga, kawasan berbukit, padang sekolah,
             tandas dan sebagainya.
   5. Murid-murid diminta bersopan santun dan mengamalkan pekerti yang baik semasa berada
      di kantin.
             Murid-murid digalakkan untuk menjaga tatasususila diri serta mengamalkan nilai- nilai
             murni semasa berada di kantin supaya segala yang berlaku berjalan dengan lancar.

2.3 Tatacara Guru Di Kantin Sekolah

   1. Membantu guru besar dalam usaha menyelia kantin dan bertanggungjawab untuk
      memastikan kebersihan, kemudahan , alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin
      selamat.
             Guru yang bertugas di kantin bertanggungjawab membantu pentadbir dalam usaha
             menyelia kantin untuk memastikan agar kantin dalam keadaan terkawal dari segi
             kebersihannya, disiplin murid, keperluan zat dan khasiat murid-murid dan sebagainya.
   2. Memastikan kebersihan mutu, khasiat dan keselamatan makanan yang dijual.
             Guru juga perlu mengambil berat tentang apakah yang dijual oleh pengusaha kantin.
             Adakah kuantiti makanan itu berpatutan dengan harganya dan adadak makanan yang
             dijual mempunyai ciri makanan nerkhasiat dan mampu menampung keperluan zat tubuh.
   3. Memastikan harga makanan dan minuman selaras dengan perjanjian.
             Guru perlu mengambil tahu tentang harga semasa, bagi makanan dan minuman yang
             dijual di kantin untuk memastikan ia berpatutan dan selaras dengan perjanjian di antara
             pengusaha kantin, sekolah dan pihak jabatan pelajaran negeri.

                                                  7


HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                                761020135460002
SEMESTER JAN 2012


   4. Memastikan keselamatan murid-murid di kantin sekolah.
              Keselamatan murid-murid perlu diambil berat, kerana kemalangan kecil sering berlaku di
              kawasan kantin seperti tergelicir, terjatuh, tolak menolak dan sebagainya. Jadi peranan
              guru ialah menjaga disiplin murid-murid supaya semuanya berjalan lancar. Guru juga
              memastikan murid-murid sentiasa bersopan santun dan mengamalkan pekerti yang baik
              semasa berada di kantin.
   5. Memastikan kesopanan, kebersihan dan kesihatan pengendali makanan.
              Guru juga perlu sentiasa membuat pemantauan terhadap pekerja kantin dari segi
              pengendalian makanan, kebersihan diri mereka dan kesihatan yang baik. Guru juga perlu
              bermesyuarat dengan pengusaha kantin dan berbincang untuk penambahbaikan hal-hal di
              kantin.
   6. Menyediakan laporan harian kantin.
              Guru yang terlibat juga bertanggungjawab menyediakan laporan pemantauan harian bagi
              memastikan apa kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki




   3. Prosedur Keselamatan Dewan Sekolah/Foyer

Dewan sekolah merupakan antara tempat yang penting di sekolah. Dewan diperlukan apabila
perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap minggu. Selain itu juga, dewan digunakan apabila
sesuatu majlis ada apa juga pertandingan seperti Majlis Penyampaian Hadiah Tahunan, , ceramah
motivasi, pertandingan bahas dan pidato, pertandingan berbalas pantun, nyanyian koir atau solo, kegiatan
kebudayaan dan sebagainya diadakan. Mesyuarat atau perjumpaan penting antara pihak sekolah dan ibu
bapa serta pihak luar juga diadakan di dewan sekolah seperti mesyuarat PIBG, perjumpaan ibu bapa
tahun 6. Di dalam dewan juga biasanya terdapat gelanggang badminton atau sepak takraw. Di sini
biasanya acara sukan tersebut di jalankan. Peperiksaan umum seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) juga sering diadakan di dewan sekolah untuk memudahkan pengurusan peperiksaan dan murid-
murid terasing dan jauh daripada kebisingan murid-murid lain. Namun begitu, di dewan juga
berkemungkinan berlakunya kemalangan. Maka suatu prosedur keselamatan perlu diletakkan di suatu

                                                   8

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                                 761020135460002
SEMESTER JAN 2012


sudut supaya boleh dibaca oleh murid-murid Di bawah dinyatakan prosedur keselamatan bagi tatacara
penggunaan am, murid dan guru di kawasan dewan sekolah.

3.1 Tatacara Penggunaan Am

   1. Diminta menjaga disiplin dan tingkah laku semasa berlangsungnya sebarang majlis
       perhimpunan diadakan di sini.
              Jika ada sebarang majlis atau perhimpunan di sini semua murid diminta menjaga disiplin
              diri dan tingkah laku agar ia berlangsung dalam keadaan terkawal dan aman.
   2. Dilarang membuat bising di kawasan dewan sekolah jika sebarang peperiksaan sedang
       berlangsung di sini.
              Murid-murid yang terlibat dengan peperiksaan diminta tidak berada di kawasan ini
              dikhuatiri akan menganggu murid-murid yang sedang menjawab peperiksaan.
   3. Dilarang membuang sampah merata-rata di kawasan dewan sekolah.
              Semua warga sekolah diminta tidak membuang sampah sarap merata-rata untuk menjamin
              kebersihannya.
   4. Jaga kebersihan di dalam dan luar kawasan dewan sekolah.
              Semua warga sekolah perlu menjaga kebersihan dewan supaya ia berada dalam keadaan
              selesa dan aman.
   5. Tutup suis lampu dan kipas dewan sesudah menggunakannya.
              Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan untuk mengelakkan
              kemungkinan terjadinya litar pintas.



3.2 Tatacara Penggunaan Murid

   1. Dilarang berada di kawasan ini jika ada peperiksaan dijalankan di sini kecuali dengan
       kebenaran guru.
              Murid-murid yang terlibat dengan peperiksan diminta tidak berada di kawasan ini
              dikhuatiri akan menganggu murid-murid yang sedang menjawab peperiksaan.




                                                     9
HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                               761020135460002
SEMESTER JAN 2012


   2. Menjaga disiplin dan tingkahlaku semasa berada pada sebarang majlis perhimpunan di
      sini.
              Jika ada sebarang majlis atau perhimpunan di sini semua murid diminta menjaga disiplin
              diri dan tingkah laku agar ia berlangsung dalam keadaan terkawal dan aman.
   3. Tidak membuang sampah merata-rata di kawasan ini.
              Semua murid diminta tidak membuang sampah sarap merata-rata untuk menjamin
              kebersihannya.
   4. Tidak mengalihkan peralatan di dalam dewan ini sesuka hati tanpa arahan guru.
              Murid-murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan sepert kerusi meja dan
              lain-lain dari dewan ini.
   5. Tidak dibenarkan berhimpun atau melakukan sebarang aktiviti di sini tanpa arahan guru.
              Murid-murid dilarang membuat sebarang perhimpunan dan aktiviti tanpa arahan guru
              yang mungkin mewujudkan perbalahan, rusuhan dan keadaan yang tidak diingini




3.3 Tatacara Penggunaan Guru

   1. Memastikan kebersihan luar dan dalam dewan.
              Semua guru perlu bertanggungjawab memastikan kebersihan di sekitar dalam dan luar
              dewan untuk memastikan dewan bersih dan cantik.
   2. Memastikan murid-murid menjaga disiplin dan tingkahlaku didalam dewan semasa suatu
      majlis berlangsung.
              Jika ada sebarang majlis, perhimpunan, pertandingan dan sebagainya, guru juga
              bertanggungjawab untuk menegur mana-mana murid yang tidak berdisiplin, bising dan
              mempunyai tingkahlaku yang kurang sopan.
   3. Memastikan keadaan dewan terkawal dan senyap sekiranya peperiksaan diadakan di sini.
              Selalunya peperikasaan seperti UPSR akan diadakan di sini, maka guru perlu memastikan
              keadaan dewan terkawal.




                                                  10

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                               761020135460002
SEMESTER JAN 2012


   4. Prosedur Keselamatan Di Makmal Komputer

Makmal komputer adalah suatu tempat yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Ini kerana
tempat inilah yang dapat menyediakan perkakasan komputer yang diperlukan untuk membuat tugasan
kerja disamping mencari maklumat penting melalui carian internet. Tujuan makmal diwujudkan di
sekolah-sekolah adalah untuk menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer dan
menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengaturcaraan komputer kepada murid-murid dan
guru. Selain itu, ia dapat menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan murid,
di antara kelab dan individu dalam masyarakat. Penggunaan komputer juga dapat mewujudkan kerjasama
dan motivasi dalam proses pembelajaran selain dapat membantu murid berhadapan dengan kehidupan
yang semakin berorientasikan komputer. Pada zaman ini, setiap sekolah mempunyai makmal
komputernya sendiri. Setiap guru dan murid pasti teruja untuk menggunakan makmal komputer. Dalam
mengurus makmal komputer pula, beberapa aspek pengurusan perlu diberi perhatian seperti keselamatan
komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Oleh itu, langkah keselamatan juga perlu diwujudkan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak
diingini berlaku. Oleh itu pihak makmal komputer menyediakan prosedur keselamatan supaya dapat
dipatuhi oleh semua pengguna sama ada guru, murid atau sesiapa sahaja. Di bawah, merupakan tatacara
penggunaan am, murid dan guru ketika berada di makmal komputer.




4.1 Tatacara Penggunaan Am

   1. Dilarang masuk ke makmal komputer kecuali dengan kebenaran guru atau penyelaras
       makmal komputer.
              Tidak dibenarkan sama sekali kepada individu sekolah terutamanya murid-murid
              memasuki makmal sesuka hati tanpa izin.
   2. Diminta mengimbas disket dan pemacu kilat USB sebelum menggunakannya untuk
       mecegah sebarang serangan virus.
              Guru dan murid perlu mengimbas dahulu pemacu kilat USB untuk mengelakkan serangan
              virus berlaku ke komputer. Hasil kerja yang telah ditaip di dalam komputer

                                                  11

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                               761020135460002
SEMESTER JAN 2012


             perlu disimpan dalam storan luar seperti pemacu kilat USB, disket ataupun pemacu keras
             luaran dan elakkan disimpan ke dalam komputer untuk tidak membebankan kapasiti storan
             komputer.
   3. Laporkan segala masalah yang berkaitan sistem kepada guru atau penyelaras makmal
      komputer.
             Jika mengalami kegagalan fungsi komputer, murid perlu memaklumkan kepada guru,
             manakala guru pula perlu memaklumkan penyelaras komputer kerana beliau lebih mahir
             dan maklum mengenai komputer. Sesiapa pun tidak dibenarkan membaiki dan mengusik
             perkakasan makmal komputer sesuka hati. Ini untuk mengelakkan kerosakan serius
             berlaku.
   4. Tutup komputer setelah menggunakannya.
             Setiap pengguna perlu menutup komputer mengikut prosedur yang betul. Matikan semua
             suis yang digunakan sebelum meninggalkan makmal komputer.
   5. Guru perlu merekodkan penggunaan makmal komputer dalam buku log yang disediakan.
             Guru perlu sentiasa merekodkan penggunaan komputer untuk tujuan dokumentasi.
             Selalunya ada buku catatan pengguna di tepi meja komputer. Setiap pengguna perlu
             merekodkan penggunaan mereka di situ untuk tujuan dokumentasi.
   6. Jaga kebersihan dan kekemasan makmal komputer setiap masa.
             Semua individu bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kekemasan makmal
             komputer sepanjang masa. Setiap pengguna makmal juga perlu mengelakkan membawa
             makanan dan minuman untuk mengelakkan wujud pencemaran dan kekotoran.



4.2 Tatacara Penggunaan Murid

   1. Murid dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan keizinan atau pengetahuan daripada
      guru terlebih dahulu atau dengan kehadiran guru itu sendiri.
             Jika tiada guru, murid tidak boleh masuk ke dalam makmal dan menggunakan peralatan
             komputer sesuka hati.




                                                 12

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                              761020135460002
SEMESTER JAN 2012




   2. Murid dikehendaki mencatat kehadiran mereka di dalam buku Catatan Pengguna.
             Selalunya ada buku catatan pengguna di tepi meja komputer. Setiap murid yang
             menggunakannya perlu merekodkan penggunaan mereka di situ.
   3. Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru.
             Murid-murid yang menghadapi masalah dengan computer diminta memberitahu guru
             dengan segera tanpa cuba membaikinya sendiri.
   4. Dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam komputer kecuali dengan izin guru
      bertugas.
             Murid tidak dibenarkan membawa apa jua perisian ke dalam komputer makmal tanpa izin
             guru dan penyelaras makmal.
   5. Jika terdengar sebarang bunyi ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang
      keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang
      bertugas di makmal komputer
             Jika perkara ini berlaku, jangan cuba baiki sendiri tetapi laporkan kepada penyelaras
             komputer kerana beliau lebih arif dan berpengetahuan tinggi mengenai hal ini.
   6. Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer.
             Keluar dari perisian komputer dengan prosedur yang betul. Tutup semua suis lampu. kipas
             atau penghawa dingin dahulu sebelum keluar daripada makmal.




4.3 Tatacara Penggunaan Guru

   1. Memastikan kebersihan dan kekemasan sentiasa terpelihara di dalam makmal komputer.
             Sentiasa mengingatkan murid menjaga kebersihan dan memastikan peralatan komputer
             kemas dan dalam keadaan asal.
   2. Mencatat rekod penggunaan makmal komputer.
             Setiasa merekodkan penggunaan komputer untuk tujuan dokumentasi.




                                                  13

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                                761020135460002
SEMESTER JAN 2012


   3. Memastikan murid mencatat rekod penggunaan komputer di dalam buku log yang
       disediakan.
              Guru perlu mengingatkan murid agar mengisi rekod penggunaan komputer yang
              disediakan di sebelah komputer masing-masing.
   4. Memantau pergerakan murid- murid semasa melayari internet.
              Sentiasa memantau murid semasa menggunakan internet. Ini untuk mengelakkan perkara
              yang tidak diingini berlaku.
   5. Memastikan semua komputer yang digunakan murid telah ditutup dengan langkah yang
       betul selepas menggunakannya.
              Ini adalah untuk memastikan komputer dalam keadaan yang baik dan mengelakkan
              komputer cepat rosak jika tidak digunakan dengan prosedur yang betul.
   6. Memastikan suis lampu, kipas dan penghawa dingin dan komputer telah dimatikan
       sebelum meninggalkan makmal komputer.
              Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran tenaga dan menghindarkan kemungkinan
              berlakunya litar pintas jika digunakan terlalu lama dibiarkan tanpa pengawasa. .




Rumusan

Dalam mengamalkan keselamatan diri dan persekitaran di sekolah semua pihak perlu menggalas
tanggungjawab bersama-sama. Sama ada pentadbir, guru, kakitangan sekolah serta murid tahu apa yang
perlu mereka lakukan sewaktu berada di kawasan sekolah. Pihak sekolah juga sewajarnya mewujudkan
prosedur keselamatan di setiap kawasan sekolahyang penting seperti di kantin, makmal komputer,
makmal sains, perpustakaan, padang sekolah, stor sukan, tandas, dewan dan sebagainya bagi memastikan
agar tempat-tempat itu sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Prosedur keselamatan juga
bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan
warga sekolah dan komuniti setempat. Selain itu, ia dapat membangunkan kesedaran terhadap aspek
keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Guru-guru bertanggungjawab mewakili pihak sekolah supaya sentiasa
mengingatkan murid-murid agar patuh kepada prosedur keselamatan yang telah di tampal atau diletakkan

                                                   14

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                                 761020135460002
SEMESTER JAN 2012


di setiap kawasan tersebut. Pengawasan perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan-peraturan
tersebut tidak diengkari. Selain itu sekolah berperanan menyebarkan maklumat dan pengetahuan
mengenai keselamatan kepada murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan,
mesyuarat, perjumpaan atau surat-surat siaran. Dalam perhimpunan, guru boleh sentiasa mengingatkan
murid-murid dengan menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi supaya murid-
murid faham dengan lebih jelas. Galakkan mereka mematuhi segala arahan langkah-langkah keselamatan
setiap masa hingga menjadi amalan harian mereka. Pihak sekolah juga perlu memastikan segala
kemudahan yang disediakan berada sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. Antaranya melakukan
pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan kelengkapan sekolah seperti kerusi meja, dapur,
pendawaian elektrik, alat-alat pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya
kerosakan dan keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih. Pertolongan
atau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan juga perlu dipastikan ada disediakan sama
ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia. Antara lain peranan sekolah dalam memastikan
keselamatan terpelihara ialah dengan menyelaras segala kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatan
sentiasa dapat dikawal , mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumat
mengenai keselamatan di sekolah serta menubuhkan sebuah jawatan keselamatan di sekolah yang
bertanggungjawab merancang serta mengawasi pelaksanaan langkah-langkah sebagaimana dinyatakan di
atas. Kesimpulannya prosedur keselamatan dilihat amat penting diwujudkan di seluruh kawasan sekolah
agar semuanya yang berlaku di sekolah berjalan dengan lancar dan sentiasa dalam keadaan aman dan
harmoni.




                                                                               3819 patah perkataan




                                                   15

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                                 761020135460002
SEMESTER JAN 2012


Rujukan

Mohd Noorazam Abdul Razak.et al.(2011).HBHE 3203Kebersihan dan Keselamatan
Persekitaran.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer
http://mrriz575.edublogs.org/about/teknologi/

Pengurusan Stor Peralatan Pendidikan Jasmani
http://notapismp.blogspot.com/2009/09/pengurusan-stor-peralatan-pendidikan.html


Peraturan Stor Sukan SK Jerantut Jaya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg
=bt_32.htm

Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum Sekolah
http://khairulsham.blogspot.com/p/polisi-keselamatan-kegiatan-luar-bilik.html


Tatacara Pengurusan Kantin
http://hemsktbi.blogspot.com/2010/07/matlamat-pengurusan-kantin-sekolah-sk.html


Bidang-Bidang Berkaitan Pengurusan Hem Di Sekolah Kebajikan Pelajar
http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem3.htm




                                                   iii

HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN                                 761020135460002

Contenu connexe

Tendances

Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0Ribut Taufan
 
Assignmentcee520
Assignmentcee520Assignmentcee520
Assignmentcee520Loo Hua
 
Contoh fail meja ppm
Contoh fail meja ppmContoh fail meja ppm
Contoh fail meja ppmEioskdm Manir
 
Permendikbud no 18 th 2016
Permendikbud no 18 th 2016Permendikbud no 18 th 2016
Permendikbud no 18 th 2016atik aflacha
 
Permendikbud tahun2016 nomor018
Permendikbud tahun2016 nomor018Permendikbud tahun2016 nomor018
Permendikbud tahun2016 nomor018gajahduduk12
 
9 pengurusan disiplin
9 pengurusan disiplin9 pengurusan disiplin
9 pengurusan disiplinAsyikin4996
 
Tatib adiwitata komplit keputusan kepala sma negeri 1 simo boyolali
Tatib adiwitata komplit keputusan kepala sma negeri 1 simo boyolaliTatib adiwitata komplit keputusan kepala sma negeri 1 simo boyolali
Tatib adiwitata komplit keputusan kepala sma negeri 1 simo boyolalishodiqin jaelani
 
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakungTata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakungMarsono Tarmadi
 
Tata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 Adiwerna
Tata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 AdiwernaTata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 Adiwerna
Tata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 Adiwernabimo kontaning
 
Instrumen lomba uks
Instrumen lomba uksInstrumen lomba uks
Instrumen lomba uksUks Dikes
 
Tatib guru karyawan spensa
Tatib guru karyawan spensaTatib guru karyawan spensa
Tatib guru karyawan spensatri murwanto
 
TATA TERTIB SEKOLAH
TATA TERTIB SEKOLAHTATA TERTIB SEKOLAH
TATA TERTIB SEKOLAHruce lee
 
Paud Terpadu Suka Haji
Paud Terpadu Suka HajiPaud Terpadu Suka Haji
Paud Terpadu Suka HajiTepy Fauzy
 
Pelaksanaan undang undang di sekolah dalam aspek tanggungjawab berjaga-jaga ...
Pelaksanaan undang undang di sekolah dalam aspek tanggungjawab berjaga-jaga  ...Pelaksanaan undang undang di sekolah dalam aspek tanggungjawab berjaga-jaga  ...
Pelaksanaan undang undang di sekolah dalam aspek tanggungjawab berjaga-jaga ...norisham
 
1969 pakaian guru
1969 pakaian guru1969 pakaian guru
1969 pakaian guruJimmy Siow
 

Tendances (18)

Amalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolahAmalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolah
 
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
 
Assignmentcee520
Assignmentcee520Assignmentcee520
Assignmentcee520
 
Contoh fail meja ppm
Contoh fail meja ppmContoh fail meja ppm
Contoh fail meja ppm
 
Permendikbud no 18 th 2016
Permendikbud no 18 th 2016Permendikbud no 18 th 2016
Permendikbud no 18 th 2016
 
Permendikbud tahun2016 nomor018
Permendikbud tahun2016 nomor018Permendikbud tahun2016 nomor018
Permendikbud tahun2016 nomor018
 
9 pengurusan disiplin
9 pengurusan disiplin9 pengurusan disiplin
9 pengurusan disiplin
 
Tatib adiwitata komplit keputusan kepala sma negeri 1 simo boyolali
Tatib adiwitata komplit keputusan kepala sma negeri 1 simo boyolaliTatib adiwitata komplit keputusan kepala sma negeri 1 simo boyolali
Tatib adiwitata komplit keputusan kepala sma negeri 1 simo boyolali
 
Tatib smpypvdp
Tatib smpypvdpTatib smpypvdp
Tatib smpypvdp
 
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakungTata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
 
Tata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 Adiwerna
Tata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 AdiwernaTata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 Adiwerna
Tata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 Adiwerna
 
Instrumen lomba uks
Instrumen lomba uksInstrumen lomba uks
Instrumen lomba uks
 
Tatib guru karyawan spensa
Tatib guru karyawan spensaTatib guru karyawan spensa
Tatib guru karyawan spensa
 
TATA TERTIB SEKOLAH
TATA TERTIB SEKOLAHTATA TERTIB SEKOLAH
TATA TERTIB SEKOLAH
 
Paud Terpadu Suka Haji
Paud Terpadu Suka HajiPaud Terpadu Suka Haji
Paud Terpadu Suka Haji
 
Pelaksanaan undang undang di sekolah dalam aspek tanggungjawab berjaga-jaga ...
Pelaksanaan undang undang di sekolah dalam aspek tanggungjawab berjaga-jaga  ...Pelaksanaan undang undang di sekolah dalam aspek tanggungjawab berjaga-jaga  ...
Pelaksanaan undang undang di sekolah dalam aspek tanggungjawab berjaga-jaga ...
 
Permendikbud 18/2016 - Pengenalan Lingkungan Sekolah
Permendikbud 18/2016 - Pengenalan Lingkungan SekolahPermendikbud 18/2016 - Pengenalan Lingkungan Sekolah
Permendikbud 18/2016 - Pengenalan Lingkungan Sekolah
 
1969 pakaian guru
1969 pakaian guru1969 pakaian guru
1969 pakaian guru
 

Similaire à HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran

Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukanganLaporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangansppj1415
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganKeselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganBedjo Tjahmrican
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganKeselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganBedjo Tjahmrican
 
Keselamatan keamanan kerja
Keselamatan keamanan kerjaKeselamatan keamanan kerja
Keselamatan keamanan kerjaNiela La
 
Ced 520 panduan keselamatan mulan
Ced 520 panduan keselamatan mulanCed 520 panduan keselamatan mulan
Ced 520 panduan keselamatan mulanAi Jay
 
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1Fadhly Perform
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2Bedjo Tjahmrican
 
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1tulusyudi88
 
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptxDeniOktavian
 
PTM SMP KR3.pptx
PTM SMP KR3.pptxPTM SMP KR3.pptx
PTM SMP KR3.pptxSenaChannel
 
Kertas kerja pusat sumber selamat
Kertas kerja    pusat sumber selamatKertas kerja    pusat sumber selamat
Kertas kerja pusat sumber selamatKamal Sabaruddin
 
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4CyafRBT
 
Peraturan dan Tata Tertib Sekolah.pdf
Peraturan dan Tata Tertib Sekolah.pdfPeraturan dan Tata Tertib Sekolah.pdf
Peraturan dan Tata Tertib Sekolah.pdfArissaMustikaSari
 
Ppl1 4201409022 r112_1346341435
Ppl1 4201409022 r112_1346341435Ppl1 4201409022 r112_1346341435
Ppl1 4201409022 r112_1346341435I'am Madridista
 
Pressentasi ptk
Pressentasi ptkPressentasi ptk
Pressentasi ptkdynaayu
 

Similaire à HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran (20)

Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukanganLaporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganKeselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkunganKeselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan
 
Keselamatan keamanan kerja
Keselamatan keamanan kerjaKeselamatan keamanan kerja
Keselamatan keamanan kerja
 
Ced 520 panduan keselamatan mulan
Ced 520 panduan keselamatan mulanCed 520 panduan keselamatan mulan
Ced 520 panduan keselamatan mulan
 
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1
Kelas 10 smk_keselamatan_kerja_dan_kesehatan_lingkungan_1
 
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2
Keselamatan kerja dan kesehatan lingkungan 2
 
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1
(Rev)01 modul keselamatan kerja &kesling sem 1
 
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx
433494047-KD-3-1-Menerapkan-K3LH-Disesuaikan-Dengan-Lingkungan-Kerja.pptx
 
Amalan keselamatan
Amalan keselamatanAmalan keselamatan
Amalan keselamatan
 
PTM SMP KR3.pptx
PTM SMP KR3.pptxPTM SMP KR3.pptx
PTM SMP KR3.pptx
 
Kertas kerja pusat sumber selamat
Kertas kerja    pusat sumber selamatKertas kerja    pusat sumber selamat
Kertas kerja pusat sumber selamat
 
Pressentasi ptk
Pressentasi ptkPressentasi ptk
Pressentasi ptk
 
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
Tajuk 1 keselamatan bengkel 2019 RBT Tahun 4
 
Peraturan dan Tata Tertib Sekolah.pdf
Peraturan dan Tata Tertib Sekolah.pdfPeraturan dan Tata Tertib Sekolah.pdf
Peraturan dan Tata Tertib Sekolah.pdf
 
K3LH.pptx
K3LH.pptxK3LH.pptx
K3LH.pptx
 
Ppl1 4201409022 r112_1346341435
Ppl1 4201409022 r112_1346341435Ppl1 4201409022 r112_1346341435
Ppl1 4201409022 r112_1346341435
 
Pressentasi ptk
Pressentasi ptkPressentasi ptk
Pressentasi ptk
 
Pressentasi ptk
Pressentasi ptkPressentasi ptk
Pressentasi ptk
 
Pressentasi ptk
Pressentasi ptkPressentasi ptk
Pressentasi ptk
 

Plus de marshiza

LABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIKLABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIKmarshiza
 
LABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULISLABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULISmarshiza
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1marshiza
 
Petak seratus
Petak seratusPetak seratus
Petak seratusmarshiza
 
NUMBER PATTERN
NUMBER PATTERNNUMBER PATTERN
NUMBER PATTERNmarshiza
 
Petak100 besar
Petak100 besarPetak100 besar
Petak100 besarmarshiza
 
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIKDOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIKmarshiza
 
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIKQRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIKmarshiza
 
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6marshiza
 
Data graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheetData graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheetmarshiza
 
DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2marshiza
 
Lembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARABLembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARABmarshiza
 
PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3marshiza
 
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGILembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGImarshiza
 
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2marshiza
 
ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2marshiza
 
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai WangLembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wangmarshiza
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1marshiza
 
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONEWORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONEmarshiza
 
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2marshiza
 

Plus de marshiza (20)

LABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIKLABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIK
 
LABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULISLABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULIS
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
 
Petak seratus
Petak seratusPetak seratus
Petak seratus
 
NUMBER PATTERN
NUMBER PATTERNNUMBER PATTERN
NUMBER PATTERN
 
Petak100 besar
Petak100 besarPetak100 besar
Petak100 besar
 
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIKDOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
 
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIKQRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
 
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
 
Data graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheetData graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheet
 
DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2
 
Lembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARABLembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARAB
 
PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3
 
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGILembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
 
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
 
ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2
 
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai WangLembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
 
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONEWORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
 
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
 

HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MELAKA
  • 2. SEMESTER JAN 2012 Isi Kandungan Halaman Biodata Pelajar i Penghargaan ii Pengenalan 1 1. Prosedur Keselamatan Stor Sukan 2 1.1 Tatacara Penggunaan Am 2-3 1.2 Tatacara Penggunaan Murid 3-4 1.3 Tatacara Penggunaan Guru 4 2. Prosedur Keselamatan Kantin Sekolah 5 2.1 Tatacara Penggunaan Am 5-6 2.2 Tatacara Penggunaan Murid 6-7 2.3 Tatacara Penggunaan Guru 7-8 3. Prosedur Keselamatan Dewan/Foyer 8-9 3.1 Tatacara Penggunaan Am 9 3.2 Tatacara Penggunaan Murid 9-10 3.3 Tatacara Penggunaan Guru 10 4. Prosedur Keselamatan Makmal Komputer 11 4.1 Tatacara Penggunaan Am 11-12 4.2 Tatacara Penggunaan Murid 12-13 4.3 Tatacara Penggunaan Guru 13-14 Rumusan 14-15 Rujukan iii HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 3. SEMESTER JAN 2012 Penghargaan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk „Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran‟ HBHE3203) pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM semester Januari 2012 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati, Pn Alifah Bt Sharudin. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor, Puan Kok Mong Lin,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS.Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih. ii HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 4. SEMESTER JAN 2012 Pengenalan Keselamatan diri perlu diambil berat oleh setiap individu di dunia ini . Ini kerana kemalangan boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja, baik di rumah, sekolah dan di tempat-tempat awam. Kemalangan yang berlaku di sekolah pula perlu diambil kira untuk mengelakkan ia kerap berulang. Kemalangan yang berlaku di sekolah adalah seperti jatuh tangga, dicederakan rakan, tergelincir di kawasan yang licin, dihempap peralatan dan sebagainya mungkin sahaja terjadi mana-mana sekolah. Menurut Utusan Malaysia, pada 27 Oktober 2011, pernah terjadi, seorang murid perempuan tahun satu pengsan manakala rakannya cedera di tangan setelah ditimpa sebatang tiang bendera ketika menyertai aktiviti sukan di sebuah sekolah di Beranang, Selangor. Namun begitu, menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan dalam Utusan Malaysia bertarikh 28 Oktober 2011, menyatakan bahawa, kejadian itu merupakan kes terpencil di negara ini kerana mempunyai peratusan yang sangat sedikit dalam statistik kemalangan ketika berada di kawasan sekolah. Walaupun begitu, beliau mengingatkan bahawa ia tidak boleh dipandang remeh kerana perkara ini melibatkan pihak sekolah dan ibu bapa. Oleh itu, tindakan yang wajar perlu dilakukan bagi mengelak kejadian seperti ini berulang. Selain itu, kemalangan yang meragut jiwa juga pernah berlaku yang mana seorang murid tahun lima maut setelah cedera parah di kepala akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 1, Klang. (Utusan Malaysia, 2011). Perkara ini adalah sesuatu yang serius yang perlu diambil tindakan oleh pihak sekolah untuk mengelakkan ia terjadi lagi. Bagi mengatasi masalah ini, aspek penjagaan keselamatan perlu dititik beratkan dan menjadi agenda utama bagi pengurusan sesebuah sekolah untuk mengurangkan berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah. “Sediakan payung sebelum hujan” adalah penting untuk seorang guru supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya sesuatu kemalangan yang tidak diingini. Antaranya dengan menyediakan prosedur keselamatan di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di dewan, di padang, di kantin, makmal sains, stor sukan, tandas, bilik komputer, dan sebagainya. Di dalam tugasan ini juga nanti, prosedur keselamatan yang akan dsediakan melibatkan stor sukan, kantin, dewan sekolah dan makmal komputer sahaja. Prosedur keselamatan ini akan melibatkan, Tatacara Penggunaan Am, Tatacara Penggunaan Murid, dan Tatacara Penggunaan Guru . 1 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 5. SEMESTER JAN 2012 1. Prosedur Keselamatan Stor Sukan Stor sukan yang juga dikenali sebagai bilik sukan atau stor peralatan merupakan tempat yang penting bagi menempatkan segala peralatan sukan di sekolah. Ia memainkan peranan sebagai tempat menyimpan alatan-alatan sukan supaya perbelanjaan sekolah boleh dikurangkan; simpanan yang baik mengurangkan kos pembaikan dan pemeliharaan alatan. Pengekalan alatan juga memberi peluang kepada guru-guru merancang pelajaran mereka supaya menjadi lebih seronok dan bermakna. Bagi kanak-kanak pula, bilangan peralatan yang mencukupi membolehkan mereka menerima pelajaran dengan sepenuhnya semasa waktu pendidikan jasmani atau waktu di luar daripada waktu pendidikan jasmani. Kewujudan stor boleh menentukan bilangan alatan yang boleh dibeli oleh sesebuah sekolah. Setelah segala alatan asas telah dibeli, perkara yang penting ialah bagaimana untuk menyimpan peralatan itu. 1.1 Tatacara Penggunaan Am Bagi Stor Sukan 1. Dilarang masuk tanpa kebenaran. Sesiapa sahaja pun tidak dibenarkan masuk tanpa izin individu tertentu seperti guru atau penyelaras stor sukan. Ini untuk mengellakan sebarang perkara yang tidak diingini seperti pencerobohan dan kecurian berlaku. 2. Jaga kebersihan stor sukan ini. Setiap individu yang masuk ke dalam stor sukan perlu sentiasa menjaga kebersihan. Makanan dan minuman juga tidak boleh dibawa ke bilik ini untuk mengelakkan kekotoran pada lantai. 3. Mengisi borang pinjaman keluar masuk peralatan sukan . Guru perlu mengisi satu borang khas untuk pinjaman dan pemulangan peralatan sukan. Setelah itu, guru tertentu atau jurulatih sahaja yang boleh membawa keluar peralatan sukan. Murid-murid tidak digalakkan untuk melakukannya dan hanya membantu guru di luar bilik stor sukan. 4. Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat. Peralatan berbahaya seperti lembing (rejam lembing), bola lontar peluru dan sebagainya diletakkan di tempat yang selamat. Ini untuk mengelakkan murid-murid yang masuk bermain dengan alatan ini dan memungkinkan berlakunya kecederaan. 2 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 6. SEMESTER JAN 2012 5. Susun semula peralatan yang dipinjam ke tempat asal. Peralatan sukan yang dipinjam disusun semula ditempat asal berdasarkan label yang telah di letakkan. Peralatan yang telah kotor selepas digunakan perlu dibersihkan dahulu untuk mengelakkan segala kekotoran. Apabila berlakunya kerosakan peralatan pula, guru atau murid perlu beritahu penyelaras stor sukan untuk dibaiki atau diganti yang baru 1.2 Tatacara Penggunaan Murid 1. Dilarang masuk tanpa kebenaran guru. Murid tidak dibenarkan masuk untuk mengelakkan mereka bermain sesuka hati di dalam bilik stor. Murid-murid juga tidak dibenarkan bermain di dalam stor sukan untuk mengelakkan kerosakan alatan sukan dan peralatan stor sukan dan juga untuk mengelakkan kemungkinan kecederaan berlaku 2. Dilarang membawa beg makanan atau minuman ke dalam stor sukan. Murid-murid tidak dibenarkan makan dan minum di bilik stor untuk mengelakkan kekotoran bilik stor sukan. Murid-murid juga dilarang membuang sampah atau bekas makanan sama ada di atas lantai mahupun di dalam bakul sampah bilik stor sukan. Ini bagi memastikan keadaan bilik stor sukan sentiasa dalam keadaan bersih. Mereka perlu memastikan bahawa tiada sampah berselerakan. Jika ada, murid bertanggungjawab membersihkannya. 3. Murid dilarang sama sekali merosakkan peralatan yang terdapat di dalam stor sukan. Murid-murid digalakkan menjaga peralatan sukan supaya dengan baik supaya ia dapat digunakan dengan lebih lama. Murid-murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan sukan ke dalam kelas untuk bermain-main bagi mengelakkan kerosakan peralatan dan mewujudkan unsur kecurian. 4. Sila letak dan susun semula peralatan yang telah digunakan di tempat asal. Murid-murid yang membantu memulangkan peralatan sukan ke dalam bilik stor sukan perlu membuka kasut dahulu yang mungkin kotor dan boleh mencemarkan bilik stor sukan. Kemudian, peralatan sukan yang dipinjam disusun semula oleh murid-murid yang membantu guru mereka, ditempat asal berdasarkan label yang telah di letakkan. 3 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 7. SEMESTER JAN 2012 5. Pastikan pintu ditutup sebelum meninggalkan stor sukan. Setelah menyimpan peralatan, individu terlibat perlu menutup atau mengunci kembali pintu bilik stor untuk mengelakkan sebarang kecurian atau pencerobohan. Jika menggunakan lampu dan kipas bilik stor , pastikan ia ditutup kembali untuk mengelakkan pembaziran tenaga. 1.3 Tatacara Penggunaan Guru. 1. Guru mestilah berada bersama murid ketika mengambil dan memulangkan peralatan stor sukan. Setiap guru yang terlibat bertanggungjawab bersama murid-murid semasa mengambil dan memulangkan peralatan stor supaya ia dapat berjalan dengan baik. 2. Merekod semua alat sukan yang dipinjam dan dipulangkan. Setiap guru yang meminjam peralatan sukan perlu mengisi rekod yang disediakan, begitu juga semasa memulangkannya, supaya perlatan yang dipulang itu cukup seperti sebelumnya. 3. Memastikan murid meletakkan dan menyusun dengan betul peralatan yang dipulangkan. Semasa pemulangan peralatan sukan, guru bertanggungjawab untuk memastikan agar peralatan diletakkan di tempat asal yang telah dilabelkan. 4. Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya. Bagi alatan yang agak merbahaya sepeti lembing, bola lontar peluru, kayu hoki perlulah diawasi penggunaannya untuk mengelakkan murid bergurau dan bermain yang boleh menyebabkan kecederaan. Guru bertanggungjawab memastikan alatan sukan masih baik dan tidak rosak supaya latihan dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar. 5. Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki. Jika ada sebarang kerosakan pada peralatan, guru terlibat perlu melaporkan kepada penyelaras stor sukan untuk tujuan pembaikkan atau hapus kira dengan menggantikannya alatan baru. 4 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 8. SEMESTER JAN 2012 2. Prosedur Keselamatan Di Kantin Sekolah Kantin sekolah merupakan antara tempat yang paling penting di dalam kawasan sekolah. Kantin berperanan dalam menjual sertamembekalkan makanan dan minuman yang berkhasiat yang diperlukan oleh tubuh murid-murid selepas separuh waktu pembelajaran harian murid. Kantin juga menjadi tempat murid-murid , guru dan pekerja serta kakitangan sekolah melepaskan lelah dan berehat sebentar sambil menikmati makanan dan minuman yang dibeli di situ.Selalunya terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah dan mampu memenuhi zat seharian murid. Kawasan kantin biasanya terdiri daripada kaunter jualan makanan, kaunter jualan minuman, serta meja dan bangku untuk murid-murid duduk ketika makan dan minum. Bekas-bekas besar disediakan di suatu sudut untuk mengisi pinggan mangkuk dan cawan serta gelas yang telah digunakan. Selain itu juga banyak tong sampah disediakan untuk murid-murid membuang sampah pembungkus makanan dan minuman yang telah habis dimakan dan diminum. Meja dan bangku atau kerusi guru dan murid mestilah mencukupi, sentiasa kemas, bersih dan teratur. Lantai kantin juga perlu sentiasa dibersihkan untuk mengelakkan wujudnya sebarang masalah seperti kehadiran lalat dan mungkin makanan yang jatuh ke lantai akan dipijak oleh sesiapa sahaja dan menambahkan lagi kekotoran yang sedia ada. Pengusaha makanan berperanan dalam menjaga kebersihan baik, di kawasan dapur, kawasan kaunter penyediaan makanan dan minuman serta di kawasan meja dan kerusi kantin. Namun begitu, kadangkala ada juga pengusaha kantin yang leka dan mengabaikan kebersihan di kawasan-kawasan tersebut sehingga menyebabkan wujudnya kehadiran serangga dan haiwan perosak seperti lalat, lipas, tikus dan sebagainya. Ini menjadikan makanan dan minuman tidak selamat dan diragui pembeli. Selain itu, murid-murid juga digalakkan menjaga kebersihan kantin dan berusaha mengelakkan daripada menjatuhkan makanan dan minuman di kawasan kantin yang boleh menyebabkan gelinciran kepada orang lain. Di bawah, dinyatakan mengenai prosedur keselamatan tatacara penggunaan am, murid dan guru bagi penggunaan kantin sekolah. 2.1 Tatacara Penggunaan Am di Kantin. 1. Sila beratur ketika membeli makanan dan minuman. Semua murid atau sesiapa sahaja perlu beratur ketika membeli makanan dan minuman supaya tidak terjadinya unsur perebutan. Kecederaan mungkin dapat dielakkan jika setiap 5 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 9. SEMESTER JAN 2012 individu berdisiplin dan tidak berebut-rebut ketika membeli makanan. Seorang guru bertugas juga perlumengawasi keadaan agar terkawal dibantu oleh para pengawas sekolah. 2. Sila makan ditempat yang disediakan. Setiap individu diminta makan ditempat yang dikhaskan seperti murid duduk di atas bangku dan meja yang disediakan manakala guru dan kakitangan sekolah selalanya di tempatkan di suatu bilik khas. 3. Sila jaga kebersihan kantin. Setiap individu di sekolah perlu memastikan agar kantin sentiasa bersih dengan tidak membuang bekas makanan merata-rata atau membiarkan lantai dan meja kantin bersepah- sepah dengan sisa makanan. 4. Sila masukkan pinggan mangkuk dan cawan kotor di tempat yang disediakan. Setiap individu perlu meletakkan pinggan mangkuk dan cawan kotor di besen yang disediakan untuk memudahkan pekerja mengendalikan pembersihan pinggan mangkuk tersebut. 2.2 Tatacara Murid Dikantin Sekolah 1. Sila beratur ketika membeli makanan dan minuman. Semua murid, perlu beratur ketika membeli makanan dan minuman supaya keadaan kantin terkawal dan berjalan dengan lancar. Murid-murid diingatkan supaya tidak berebut-rebut ketika membeli makanan. Ini kerana dikhuatiri makanan dan minuman tertumpah dan memungkinkan murid-murid sendiri terjatuh yang boleh menyebabkan kecederaan. 2. Jaga kebersihan di kawasan kantin sekolah . Setiap murid di sekolah perlu memastikan agar kantin mereka sentiasa bersih dengan tidak membuang bekas makanan merata-rata atau membiarkan lantai dan meja kantin bersepah- sepah dengan sisa makanan. Murid dingatkan supaya membuang sisa makanan ditempat yang dikhaskan. 6 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 10. SEMESTER JAN 2012 3. Sila letakkan pinggan mangkuk dan cawan yang telah digunakan ke dalam bekas yang disediakan. Setelah makan, murid-murid juga diingatkan untuk meletakkan pinggan mangkuk dan cawan yang ditempatkan dan bukannya membiarkan ia ditinggalkan di meja dengan mengundang pelbagai serangga untuk hinggap ke situ. 4. Makan di kawasan yang disediakan. Semua murid digalakkan makan ditempat yang telah disediakan di kawasan kantin dan bukannya di kawasan yang bahaya seperti tangga, kawasan berbukit, padang sekolah, tandas dan sebagainya. 5. Murid-murid diminta bersopan santun dan mengamalkan pekerti yang baik semasa berada di kantin. Murid-murid digalakkan untuk menjaga tatasususila diri serta mengamalkan nilai- nilai murni semasa berada di kantin supaya segala yang berlaku berjalan dengan lancar. 2.3 Tatacara Guru Di Kantin Sekolah 1. Membantu guru besar dalam usaha menyelia kantin dan bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan, kemudahan , alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin selamat. Guru yang bertugas di kantin bertanggungjawab membantu pentadbir dalam usaha menyelia kantin untuk memastikan agar kantin dalam keadaan terkawal dari segi kebersihannya, disiplin murid, keperluan zat dan khasiat murid-murid dan sebagainya. 2. Memastikan kebersihan mutu, khasiat dan keselamatan makanan yang dijual. Guru juga perlu mengambil berat tentang apakah yang dijual oleh pengusaha kantin. Adakah kuantiti makanan itu berpatutan dengan harganya dan adadak makanan yang dijual mempunyai ciri makanan nerkhasiat dan mampu menampung keperluan zat tubuh. 3. Memastikan harga makanan dan minuman selaras dengan perjanjian. Guru perlu mengambil tahu tentang harga semasa, bagi makanan dan minuman yang dijual di kantin untuk memastikan ia berpatutan dan selaras dengan perjanjian di antara pengusaha kantin, sekolah dan pihak jabatan pelajaran negeri. 7 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 11. SEMESTER JAN 2012 4. Memastikan keselamatan murid-murid di kantin sekolah. Keselamatan murid-murid perlu diambil berat, kerana kemalangan kecil sering berlaku di kawasan kantin seperti tergelicir, terjatuh, tolak menolak dan sebagainya. Jadi peranan guru ialah menjaga disiplin murid-murid supaya semuanya berjalan lancar. Guru juga memastikan murid-murid sentiasa bersopan santun dan mengamalkan pekerti yang baik semasa berada di kantin. 5. Memastikan kesopanan, kebersihan dan kesihatan pengendali makanan. Guru juga perlu sentiasa membuat pemantauan terhadap pekerja kantin dari segi pengendalian makanan, kebersihan diri mereka dan kesihatan yang baik. Guru juga perlu bermesyuarat dengan pengusaha kantin dan berbincang untuk penambahbaikan hal-hal di kantin. 6. Menyediakan laporan harian kantin. Guru yang terlibat juga bertanggungjawab menyediakan laporan pemantauan harian bagi memastikan apa kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki 3. Prosedur Keselamatan Dewan Sekolah/Foyer Dewan sekolah merupakan antara tempat yang penting di sekolah. Dewan diperlukan apabila perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap minggu. Selain itu juga, dewan digunakan apabila sesuatu majlis ada apa juga pertandingan seperti Majlis Penyampaian Hadiah Tahunan, , ceramah motivasi, pertandingan bahas dan pidato, pertandingan berbalas pantun, nyanyian koir atau solo, kegiatan kebudayaan dan sebagainya diadakan. Mesyuarat atau perjumpaan penting antara pihak sekolah dan ibu bapa serta pihak luar juga diadakan di dewan sekolah seperti mesyuarat PIBG, perjumpaan ibu bapa tahun 6. Di dalam dewan juga biasanya terdapat gelanggang badminton atau sepak takraw. Di sini biasanya acara sukan tersebut di jalankan. Peperiksaan umum seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) juga sering diadakan di dewan sekolah untuk memudahkan pengurusan peperiksaan dan murid- murid terasing dan jauh daripada kebisingan murid-murid lain. Namun begitu, di dewan juga berkemungkinan berlakunya kemalangan. Maka suatu prosedur keselamatan perlu diletakkan di suatu 8 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 12. SEMESTER JAN 2012 sudut supaya boleh dibaca oleh murid-murid Di bawah dinyatakan prosedur keselamatan bagi tatacara penggunaan am, murid dan guru di kawasan dewan sekolah. 3.1 Tatacara Penggunaan Am 1. Diminta menjaga disiplin dan tingkah laku semasa berlangsungnya sebarang majlis perhimpunan diadakan di sini. Jika ada sebarang majlis atau perhimpunan di sini semua murid diminta menjaga disiplin diri dan tingkah laku agar ia berlangsung dalam keadaan terkawal dan aman. 2. Dilarang membuat bising di kawasan dewan sekolah jika sebarang peperiksaan sedang berlangsung di sini. Murid-murid yang terlibat dengan peperiksaan diminta tidak berada di kawasan ini dikhuatiri akan menganggu murid-murid yang sedang menjawab peperiksaan. 3. Dilarang membuang sampah merata-rata di kawasan dewan sekolah. Semua warga sekolah diminta tidak membuang sampah sarap merata-rata untuk menjamin kebersihannya. 4. Jaga kebersihan di dalam dan luar kawasan dewan sekolah. Semua warga sekolah perlu menjaga kebersihan dewan supaya ia berada dalam keadaan selesa dan aman. 5. Tutup suis lampu dan kipas dewan sesudah menggunakannya. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan untuk mengelakkan kemungkinan terjadinya litar pintas. 3.2 Tatacara Penggunaan Murid 1. Dilarang berada di kawasan ini jika ada peperiksaan dijalankan di sini kecuali dengan kebenaran guru. Murid-murid yang terlibat dengan peperiksan diminta tidak berada di kawasan ini dikhuatiri akan menganggu murid-murid yang sedang menjawab peperiksaan. 9 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 13. SEMESTER JAN 2012 2. Menjaga disiplin dan tingkahlaku semasa berada pada sebarang majlis perhimpunan di sini. Jika ada sebarang majlis atau perhimpunan di sini semua murid diminta menjaga disiplin diri dan tingkah laku agar ia berlangsung dalam keadaan terkawal dan aman. 3. Tidak membuang sampah merata-rata di kawasan ini. Semua murid diminta tidak membuang sampah sarap merata-rata untuk menjamin kebersihannya. 4. Tidak mengalihkan peralatan di dalam dewan ini sesuka hati tanpa arahan guru. Murid-murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan sepert kerusi meja dan lain-lain dari dewan ini. 5. Tidak dibenarkan berhimpun atau melakukan sebarang aktiviti di sini tanpa arahan guru. Murid-murid dilarang membuat sebarang perhimpunan dan aktiviti tanpa arahan guru yang mungkin mewujudkan perbalahan, rusuhan dan keadaan yang tidak diingini 3.3 Tatacara Penggunaan Guru 1. Memastikan kebersihan luar dan dalam dewan. Semua guru perlu bertanggungjawab memastikan kebersihan di sekitar dalam dan luar dewan untuk memastikan dewan bersih dan cantik. 2. Memastikan murid-murid menjaga disiplin dan tingkahlaku didalam dewan semasa suatu majlis berlangsung. Jika ada sebarang majlis, perhimpunan, pertandingan dan sebagainya, guru juga bertanggungjawab untuk menegur mana-mana murid yang tidak berdisiplin, bising dan mempunyai tingkahlaku yang kurang sopan. 3. Memastikan keadaan dewan terkawal dan senyap sekiranya peperiksaan diadakan di sini. Selalunya peperikasaan seperti UPSR akan diadakan di sini, maka guru perlu memastikan keadaan dewan terkawal. 10 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 14. SEMESTER JAN 2012 4. Prosedur Keselamatan Di Makmal Komputer Makmal komputer adalah suatu tempat yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Ini kerana tempat inilah yang dapat menyediakan perkakasan komputer yang diperlukan untuk membuat tugasan kerja disamping mencari maklumat penting melalui carian internet. Tujuan makmal diwujudkan di sekolah-sekolah adalah untuk menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer dan menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengaturcaraan komputer kepada murid-murid dan guru. Selain itu, ia dapat menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan murid, di antara kelab dan individu dalam masyarakat. Penggunaan komputer juga dapat mewujudkan kerjasama dan motivasi dalam proses pembelajaran selain dapat membantu murid berhadapan dengan kehidupan yang semakin berorientasikan komputer. Pada zaman ini, setiap sekolah mempunyai makmal komputernya sendiri. Setiap guru dan murid pasti teruja untuk menggunakan makmal komputer. Dalam mengurus makmal komputer pula, beberapa aspek pengurusan perlu diberi perhatian seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Oleh itu, langkah keselamatan juga perlu diwujudkan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu pihak makmal komputer menyediakan prosedur keselamatan supaya dapat dipatuhi oleh semua pengguna sama ada guru, murid atau sesiapa sahaja. Di bawah, merupakan tatacara penggunaan am, murid dan guru ketika berada di makmal komputer. 4.1 Tatacara Penggunaan Am 1. Dilarang masuk ke makmal komputer kecuali dengan kebenaran guru atau penyelaras makmal komputer. Tidak dibenarkan sama sekali kepada individu sekolah terutamanya murid-murid memasuki makmal sesuka hati tanpa izin. 2. Diminta mengimbas disket dan pemacu kilat USB sebelum menggunakannya untuk mecegah sebarang serangan virus. Guru dan murid perlu mengimbas dahulu pemacu kilat USB untuk mengelakkan serangan virus berlaku ke komputer. Hasil kerja yang telah ditaip di dalam komputer 11 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 15. SEMESTER JAN 2012 perlu disimpan dalam storan luar seperti pemacu kilat USB, disket ataupun pemacu keras luaran dan elakkan disimpan ke dalam komputer untuk tidak membebankan kapasiti storan komputer. 3. Laporkan segala masalah yang berkaitan sistem kepada guru atau penyelaras makmal komputer. Jika mengalami kegagalan fungsi komputer, murid perlu memaklumkan kepada guru, manakala guru pula perlu memaklumkan penyelaras komputer kerana beliau lebih mahir dan maklum mengenai komputer. Sesiapa pun tidak dibenarkan membaiki dan mengusik perkakasan makmal komputer sesuka hati. Ini untuk mengelakkan kerosakan serius berlaku. 4. Tutup komputer setelah menggunakannya. Setiap pengguna perlu menutup komputer mengikut prosedur yang betul. Matikan semua suis yang digunakan sebelum meninggalkan makmal komputer. 5. Guru perlu merekodkan penggunaan makmal komputer dalam buku log yang disediakan. Guru perlu sentiasa merekodkan penggunaan komputer untuk tujuan dokumentasi. Selalunya ada buku catatan pengguna di tepi meja komputer. Setiap pengguna perlu merekodkan penggunaan mereka di situ untuk tujuan dokumentasi. 6. Jaga kebersihan dan kekemasan makmal komputer setiap masa. Semua individu bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kekemasan makmal komputer sepanjang masa. Setiap pengguna makmal juga perlu mengelakkan membawa makanan dan minuman untuk mengelakkan wujud pencemaran dan kekotoran. 4.2 Tatacara Penggunaan Murid 1. Murid dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan keizinan atau pengetahuan daripada guru terlebih dahulu atau dengan kehadiran guru itu sendiri. Jika tiada guru, murid tidak boleh masuk ke dalam makmal dan menggunakan peralatan komputer sesuka hati. 12 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 16. SEMESTER JAN 2012 2. Murid dikehendaki mencatat kehadiran mereka di dalam buku Catatan Pengguna. Selalunya ada buku catatan pengguna di tepi meja komputer. Setiap murid yang menggunakannya perlu merekodkan penggunaan mereka di situ. 3. Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru. Murid-murid yang menghadapi masalah dengan computer diminta memberitahu guru dengan segera tanpa cuba membaikinya sendiri. 4. Dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam komputer kecuali dengan izin guru bertugas. Murid tidak dibenarkan membawa apa jua perisian ke dalam komputer makmal tanpa izin guru dan penyelaras makmal. 5. Jika terdengar sebarang bunyi ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer Jika perkara ini berlaku, jangan cuba baiki sendiri tetapi laporkan kepada penyelaras komputer kerana beliau lebih arif dan berpengetahuan tinggi mengenai hal ini. 6. Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer. Keluar dari perisian komputer dengan prosedur yang betul. Tutup semua suis lampu. kipas atau penghawa dingin dahulu sebelum keluar daripada makmal. 4.3 Tatacara Penggunaan Guru 1. Memastikan kebersihan dan kekemasan sentiasa terpelihara di dalam makmal komputer. Sentiasa mengingatkan murid menjaga kebersihan dan memastikan peralatan komputer kemas dan dalam keadaan asal. 2. Mencatat rekod penggunaan makmal komputer. Setiasa merekodkan penggunaan komputer untuk tujuan dokumentasi. 13 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 17. SEMESTER JAN 2012 3. Memastikan murid mencatat rekod penggunaan komputer di dalam buku log yang disediakan. Guru perlu mengingatkan murid agar mengisi rekod penggunaan komputer yang disediakan di sebelah komputer masing-masing. 4. Memantau pergerakan murid- murid semasa melayari internet. Sentiasa memantau murid semasa menggunakan internet. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 5. Memastikan semua komputer yang digunakan murid telah ditutup dengan langkah yang betul selepas menggunakannya. Ini adalah untuk memastikan komputer dalam keadaan yang baik dan mengelakkan komputer cepat rosak jika tidak digunakan dengan prosedur yang betul. 6. Memastikan suis lampu, kipas dan penghawa dingin dan komputer telah dimatikan sebelum meninggalkan makmal komputer. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran tenaga dan menghindarkan kemungkinan berlakunya litar pintas jika digunakan terlalu lama dibiarkan tanpa pengawasa. . Rumusan Dalam mengamalkan keselamatan diri dan persekitaran di sekolah semua pihak perlu menggalas tanggungjawab bersama-sama. Sama ada pentadbir, guru, kakitangan sekolah serta murid tahu apa yang perlu mereka lakukan sewaktu berada di kawasan sekolah. Pihak sekolah juga sewajarnya mewujudkan prosedur keselamatan di setiap kawasan sekolahyang penting seperti di kantin, makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, padang sekolah, stor sukan, tandas, dewan dan sebagainya bagi memastikan agar tempat-tempat itu sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Prosedur keselamatan juga bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga sekolah dan komuniti setempat. Selain itu, ia dapat membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Guru-guru bertanggungjawab mewakili pihak sekolah supaya sentiasa mengingatkan murid-murid agar patuh kepada prosedur keselamatan yang telah di tampal atau diletakkan 14 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 18. SEMESTER JAN 2012 di setiap kawasan tersebut. Pengawasan perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan-peraturan tersebut tidak diengkari. Selain itu sekolah berperanan menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan kepada murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan atau surat-surat siaran. Dalam perhimpunan, guru boleh sentiasa mengingatkan murid-murid dengan menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi supaya murid- murid faham dengan lebih jelas. Galakkan mereka mematuhi segala arahan langkah-langkah keselamatan setiap masa hingga menjadi amalan harian mereka. Pihak sekolah juga perlu memastikan segala kemudahan yang disediakan berada sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. Antaranya melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan kelengkapan sekolah seperti kerusi meja, dapur, pendawaian elektrik, alat-alat pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya kerosakan dan keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih. Pertolongan atau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan juga perlu dipastikan ada disediakan sama ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia. Antara lain peranan sekolah dalam memastikan keselamatan terpelihara ialah dengan menyelaras segala kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatan sentiasa dapat dikawal , mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumat mengenai keselamatan di sekolah serta menubuhkan sebuah jawatan keselamatan di sekolah yang bertanggungjawab merancang serta mengawasi pelaksanaan langkah-langkah sebagaimana dinyatakan di atas. Kesimpulannya prosedur keselamatan dilihat amat penting diwujudkan di seluruh kawasan sekolah agar semuanya yang berlaku di sekolah berjalan dengan lancar dan sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni. 3819 patah perkataan 15 HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  • 19. SEMESTER JAN 2012 Rujukan Mohd Noorazam Abdul Razak.et al.(2011).HBHE 3203Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd. Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer http://mrriz575.edublogs.org/about/teknologi/ Pengurusan Stor Peralatan Pendidikan Jasmani http://notapismp.blogspot.com/2009/09/pengurusan-stor-peralatan-pendidikan.html Peraturan Stor Sukan SK Jerantut Jaya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg =bt_32.htm Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum Sekolah http://khairulsham.blogspot.com/p/polisi-keselamatan-kegiatan-luar-bilik.html Tatacara Pengurusan Kantin http://hemsktbi.blogspot.com/2010/07/matlamat-pengurusan-kantin-sekolah-sk.html Bidang-Bidang Berkaitan Pengurusan Hem Di Sekolah Kebajikan Pelajar http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem3.htm iii HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002