SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5




   1. Pengenalan



Kalkulus merupakan salah satu bidang matematik yang melibatkan pengiraan atau perhitungan
kuantiti-kuantiti yang tidak diskrit. Ia mengandungi pembezaan dan pengamiran yang
menggunakan algebra dan geometri koordinat. Kalkulus Pembezaan pula melibatkan penentuan
kadar perubahan yang mana konsep kadar perubahan persamaan boleh diperoleh daripada
persamaan kecerunan. Dengan lain kata, kalkulus mempunyai kaitan dengan konsep geometri
dalam menentukan kecerunan lengkung pada titik, seterusnya membolehkan penentuan tangen
pada titik. Ia kerap digunakan meliputi pelbagai bidang dalam kehidupan seharian. Beberapa
masalah dalam kalkulus memerlukan mencari kadar perubahan dua atau lebih pemboleh ubah
yang berkaitan dengan pemboleh ubah yang sama, iaitu masa. Untuk menyelesaikan masalah ini,
kadar perubahan yang sesuai ditentukan oleh pembezaan tersirat terhadap masa. Kajian
menyatakan bahawa kadar perubahan akan positif jika pemboleh ubah bersandar meningkat selari
dengan masa dan negatif jika pemboleh ubah bersandar menurun selari dengan masa. Ini
bermaksud kadar perubahan pemboleh ubah penyelesaian terhadap masa juga akan mengukur
sama ada pemboleh ubah semakin meningkat atau berkurangan terhadap masa. Persamaan
kecerunan juga dikenali sebagai persamaan kadar perubahan . Boleh dikatakan bahawa kadar
perubahan dan kecerunan saling berkait rapat antara satu sama lain. Konsep ini juga telah
diberikan rumus yang tepat yang berkaitan dengan konsep fizikal seperti halaju pada pecutan
segera, di kelengkungan segera pada satu titik, ketumpatan pada satu titik, haba tertentu pada
sebarang suhu dan sebagainya. Semua ini mewujudkan kadar perubahan serta-merta serta kadar
perubahan purata. Sebagai contoh, apabila kita melempar batu ke atas permukaan air, terjadinya
riak yang jejarinya akan meningkat untuk beberapa saat. Itu adalah kawasan kenaikan bulatan
yang merupakan kenaikan jejari. Oleh itu, kita melihat bahawa terdapat peningkatan dalam
kawasan bulatan kerana terdapat peningkatan dalam radius atau jejari tersebut. Oleh itu, jejari
adalah pemboleh ubah bebas dan kawasan adalah pemboleh ubah bersandar. Itu adalah antara
kadar perubahan yang terjadi dalam kehidupan ini. Namun begitu banyak lagi situasi lain yang
melibatkan kadar perubahan yang tanpa sengaja kita melaluinya setiap hari.




                                                                                                  1
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5




   2. Ulasan Mengenai 2 Artikel Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Konsep Kadar
       Perubahan
Di bawah adalah dua artikel yang telah dipilih untuk saya jelaskan secara ringkas bagaimana guru
ini membuat perancangan mengajar bagi konsep kadar perubahan yang amat menarik bagi
pelajar-pelajarnya.


2.1` Artikel 1: ‘Rates of Change’

Rujukan: http://www.edu.gov.on.ca/eng/studentsuccess/lms/files/tips4rm/MCV4U_Unit_1.pdf

Melalui artikel ‘Rates of Change’ di dalam laman webnya, ia menerangkan tentang kadar
perubahan dalam yang wujud kehidupan seharian manusia seperti aliran, masalah yang
menggunakan persembahan lisan dan grafik dalam perniagaan, pemanasan, penyejukan,
pergerakan, tekanan air, populasi, persekitaran pengangkutan dan lain-lain lagi.




Hasil pembelajaran:

   •   Pelajar akan mengaitkan kecerunan sekan kepada kadar perubahan purata, dan kecerunan
       tangent kepada kadar perubahan serta-merta dalam pelbagai konteks.

   •   Pelajar juga akan menganggar kadar perubahan secara grafik dan dalam bentuk angka.




Bahan Bantu Mengajar: Komputer, perisian, Geometer’s Sketchpad, perisian excel dan
Fotham, borang jadual, bola, lembaran kerja

Ulasan Mengenai Pengajaran

 Melalui pengajaran yang telah dirancang, didapati guru menggunakan pelbagai kaedah seperti
perbincangan menyeluruh, berkumpulan berpasangan dan individu. Strategi yang digunakan ialah
dengan memberikan satu aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan seharian seperti menjalankan
eksperimen lantunan bola untuk mencari kadar perubahan purata dan kadar perubahan serta
merta terhadap lantunan bola tersebut. Pelajar akan dibimbing untuk membina graf dan
                                                                                               2
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


menganalisis data melalui Geometer’s Sketchpad untuk meletakkan kedudukan selang
masa(interval) lantunan bola hasil daripada ketinggian lantunan bola pada masa tertentu. Selain
itu Fathom dan excel diajar untuk membantu pelajar menganalisis data bagi menunjukkan
dapatan eksperimen dalam bentuk graf. Pelajar juga dibimbing untuk melengkapkan segala
dapatan eksperimen di dalam borang yang dinamakan sebagai ‘Frayer Model Solution’. Di dalam
model ini pelajar-pelajar perlu menjelaskan definisi kadar perubahan purata, atau kadar perubahan
serta merta, ciri-cirinya, contoh-contoh penyelesaiannya. Kaedah pengajarannya secara
berperingkat-peringkat dan memakan masa selama lima hari. Pengajaran ini sangat menarik
kerana banyak menggunakan teknologi komputer yang canggih dan amat jelas dalam
memaparkan hasil dapatan pelajar.




2.2 Artikel 2: Title: Interpreting Slope as a Rate of Change
Rujukan:
http://www.nsa.gov/academia/_files/collected_learning/middle_school/algebra/interpreting_slope.
pdf


Hasil Pembelajaran:
Pelajar akan menggunakan jadual nilai dan / atau kaedah memintas kecerunan untuk graf linear
persamaan.
• Pelajar akan mentafsir kecerunan graf linear dan bukan linear untuk mengenal pasti kadar
perubahan mewakili situasi dunia sebenar.
• Pelajar akan mentafsir graf bukan linear dalam usaha untuk mewujudkan satu cerita yang
mewakili maklumat yang disediakan oleh graf.


Bahan Bantu Mengajar:
Pembaris, pensel berwarna, lembaran kerja, kalkulator grafik, surat khabar


Ulasan Mengenai Pengajaran

Pengajaran dan pembelajaran ini diambil dalam masa 4 hari. (240 minit). Pelajar diberi tugasan
tertentu untuk diselesaikan di dalam kumpulan masing-masing. Di dalam pengajaran ini, terlebih

                                                                                                  3
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


dahulu pelajar diperkenalkan dengan jenis-jenis kecerunan pada graf di mana guru menggunakan
graf dalam menentukan kecerunan atau kadar perubahan seperti kecerunan positif, kecerunan
negatif dan kecerunan tetap dengan menggunakan kalkulator grafik. Pelajar diberi contoh-contoh
graf dan membuat tafsiran tentang kadar perubahan itu sama ada meningkat(positif), menyusut
(negatif) dan tetap (malar). Pelajar juga bekerja dalam kumpulan untuk membangunkan kaedah-
kaedah dalam menentukan hubungan antara kecuraman dan pekali "x".Pelajar akan
membincangkan, mentafsir graf bukan linear. Pelajar-pelajar juga diminta membuat aktiviti
berkumpulan seperti menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan seharian seperti Perjalanan Bas
Sekolah Ke rumah dengan menggunakan graf halaju melawan masa dan menjawab soalan-soalan
yang diberikan di bawah rajah graf tersebut. Pengajaran ini amat menarik dan memberi
kefahaman kepada pelajar kerana ia adalah berdasarkan kepada kehidupan seharian mereka.




   3. Definisi Kadar Perubahan
Di bawah adalah definisi beberapa konsep yang berkaitan dengan kadar perubahan. Kadar
perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan relatif.


3.1 Kadar Perubahan Purata
Dalam konsep geometri, istilah "kadar perubahan" adalah kecerunan garis terhasil daripada 2 titik
yang disambung menjadi garisan. Ini juga dikenali sebagai kadar perubahan purata.
Kadar perubahan purata merupakan perubahan dalam nilai kuantiti dibahagikan dengan masa
yang diambil. Untuk fungsi, ini adalah perubahan dalam nilai-y dibahagikan oleh perubahan
dalam nilai x bagi dua titik yang berbeza pada graf. Ini adalah perkara yang sama seperti
kecerunan garis sekan yang melalui kedua-dua titik. Kadar perubahan purata bagi sesuatu fungsi
adalah satu konsep yang biasa kepada kita semua.. Kita telah mengetahui bahawa kadar
perubahan adalah berkaitan dengan garis. Kecerunan pula adalah kadar perubahan purata garis.
Secara umumnya, fungsi kadar perubahan purata merupakan pengiraan jumlah perubahan dalam
satu kuantiti dibahagikan kepada jumlah perubahan sepadan bagi kuantiti yang lain. Dengan
menggunakan notasi fungsi, kita boleh menjelaskan bahawa kadar perubahan purata fungsi f
daripada a kepada x sebagai ;




                                                                                                 4
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5




3.2 Kadar Perubahan Serta-merta
Kadar perubahan yang berlaku pada masa-masa tertentu. Sama seperti nilai terbitan pada titik
tertentu. Untuk fungsi, kadar serta-merta perubahan pada satu titik adalah sama seperti kecerunan
garis tangen. Ini juga bermaksud, ia merupakan kecerunan pada garis lengkung. Ini juga
bermakna semakin singkat masa yang diambil, maka kadar perubahan purata adalah lebih kurang
sama dengan kadar perubahan serta-merta. Selalunya, untuk mencari kadar perubahan serta-merta
kita menggunakan rumus di bawah.




3.3 Kadar Perubahan Terkait
Banyak situasi praktikal di dalam kehidupan ini yang melibatkan kadar perubahan yang berkait.
Contohnya, jika sisi sekeping logam segi empat sama bertambah kepada kadar 0.1cm/s apa bila
dipanaskan. Hasilnya, luas permukaan segi empat sama tersebut turut bertambah- tetapi pada
kadar apa? Katakan sekeping logam segiempat sama mempunyai panjang sisi x cm. Kemudian,



luas yang diberi ialah A =   . Kita dihberi bahawa    , kadar pertambahan panjang sisi adalah




berkadar dengan masa, iaitu 0.1       . Kita mahu    , kadar pertambahan luas adalah berkadar




                                                                                                5
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5



dengan masa. Sekarang, A =      , maka      = 2x, Kita diberi,   = 0.1, oleh itu                 =


2x x 0.1 = 0.2x. Kadar pertambahan luas ialah 0.2x




   4. Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Yang Dirancang Untuk mengajar
       Konsep Kadar Perubahan.



Dalam menerangkan konsep kadar perubahan yang melibatkan kuantiti-kuantiti yang berkaitan,
terutamanya sesi pengenalan konsep atau set induksi, guru hanya menggunakan paparan video
untuk menjelaskan antara contoh situasi praktikal kadar perubahan dalam kehidupan harian.
Video itu dimuat turun daripada laman youtube yang mana ia menunjukkan setitis air yang jatuh
di atas permukaan air menghasilkan riak. Melalui video ini guru akan mengaitkannya dengan
konsep kadar perubahan iaitu bagaimana riak air terhasil dan mengembang dalam kadar masa
tertentu.. Untuk mengajar konsep kadar perubahan, guru hanya menggunakan paparan slaid pada
powerpoint yang melibatkan graf dan jadual, contoh-contoh soalan tentang kadar perubahan yang
telah disediakan. Kertas graf juga disediakan kepada pelajar untuk melakar kecerunan graf bagi
jadual yang diber. Penerangan juga adalah dibantu dengan paparan slaid untuk menyelesaikan
masalah. Sebiji bola pula digunakan untuk menerangkan konsep kecerunan pada graf yang
melibatkan kadar perubahan. Pelajar juga diberikan aktiviti berkumpulan untuk menyelesaikan
soalan pada slaid yang dipaparkan dan menyelesaikannya di atas kertas mahjung yang disediakan.
Untuk sesi penutup, guru hanya mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi permasalahan
tentang kadar perubahan. Dari segi persediaan, slaid power point itu, dibina sendiri oleh guru
yang mana ia dibantu oleh hasil pencarian di internet dan juga bantuan buku-buku aktiviti untuk
menambahkan contoh-contoh soalan yang berkaitan konsep. Jika guru seorang yang mahir dalam
teknologi juga boleh menggunakan perisian Geometer’s Sketchpad untuk menerangkan kadar
perubahan purata, kadar perubahan serta merta dan kadar perubahan berkait melalui lakaran graf
sebagai contoh graf ketinggian lantunan bola melawan selang masa. Melalui graf ini, kita boleh
                                                                                                     6
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


melihat untuk selang masa tertentu kita boleh menentukan berapakah ketinggian lantunan bola
tersebut dan sebagainya. Sebenarnya banyak juga video-video di dalam internet yang boleh
diambil untuk menjelaskan apakah dia kadar perubahan seperti kadar perubahan malar, kadar
perubahan purata, kadar perubahan serta merta dan cara menyelesaikan masalah-masalah
berkaitan berdasarkan rumus yang diberikan. Namun begitu, pada penyediaan rancangan
pengajaran dan pembelajaran kali ini, guru hanya menyediakan paparan slaid sebagai bahan bantu
mengajar.




   5. Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Konsep Kadar Perubahan


Tingkatan             :      5 Gemilang
Bilangan Pelajar      :      25 orang
Tarikh                :      16 Julai 2012
Hari                  :      Isnin
Masa                  :      8.00 pagi 9.20 pagi (1 jam 20 minit)
Mata pelajaran        :      Matematik
Tajuk                 :      Pembezaan
Bidang pembelajaran :        Kadar Perubahan


Objektif Pembelajaran: Pelajar akan diajar;
   1) Memahami dan menggunakan konsep kadar perubahan dalam menyelesaikan masalah.


Hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar boleh;
   1) Menentukan kadar perubahan bagi kuantiti-kuantiti yang berkaitan.


Pengetahuan Sedia Ada: Pelajar telah mempelajari tentang:
   1) konsep perbezaan,
   2) terbitan pertama Fungsi Polinomial


KBKK: Refleksi, menjana idea, membuat kesimpulan

                                                                                              7
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5




                               Nilai-Nilai Murni: Kerjasama


                               Bahan Bantu Mengajar: Slaid video, perisian power point, kertas
graf, kertas mahjung, pen marker, sebiji bola, lembaran kerja




Set Induksi: Tayangan video ( 5 minit)
Bahan Bantu Mengajar: Slaid video pada skrin putih.
   1. Guru menayangkan video yang telah dimuat turun daripada laman web Youtube kepada
       para pelajar di skrin putih. .




   2. Pelajar diminta untuk menumpukan pemerhatian kepada isi kandungan video itu.
   3. Setelah tayangan itu , seorang pelajar diminta menjelaskan apa yang berlaku.
       “Itu merupakan kocakan air apabila setitik air di jatuhkan ke dalam bekas air tersebut. Ia
       juga membentuk bulatan riak yang kecil kepada bulatan riak yang besar”.
   4. Guru menjelaskan bahawa itu merupakan antara konsep kadar perubahan yang mereka
       akan pelajari pada hari itu.




Langkah 1: Penerangan ‘Konsep Kadar Perubahan’. ( 25 minit)
Bahan Bantu Mengajar: Perisian ‘power point’, kertas graf dan sebiji bola.


                                                                                                    8
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


  1. Guru menjelaskan bahawa kadar perubahan adalah kadar yang menjelaskan bagaimana
     perubahan suatu kuantiti berkait dengan kuantiti lain. Sebagai contoh, jika x adalah
     pemboleh ubah tak bersandar dan y adalah pemboleh ubah bersandar, maka dikatakan;




                                              =


  2. Pelajar juga dijelaskan bahawa kadar perubahan boleh menjadi positif atau negatif. Ini
     sepadan dengan peningkatan atau penurunan dalam nilai y antara dua titik data. Apabila
     kuantiti tidak berubah dari masa ke masa, ia dipanggil kadar sifar perubahan. Guru
     menambah lagi, kadar perubahan juga selalunya ditunjukkan dengan jelas melalui lakaran
     graf dengan melihat pada kecerunan garis lurus atau melengkung.

  3. Guru menunjukkan carta graf pada slaid yang telah dihasilkan melalui perisian
     ‘powerpoint’. Pelajar diminta cuba menjelaskan mengenai graf tersebut. (lihat rajah 1)




                           Rajah 1: Kadar Perubahan Positif
  4. Seorang pelajar menjelaskan , apabila nilai x bertambah, nilai kenaikan y dan
     kecondongan graf juga menaik.

  5. Guru mengiakan jawapan tersebut dan menjelaskan bahawa graf itu menunjukkan kadar
     perubahan adalah positif.

  6. Guru menunjukkan rajah 2, dan meminta pelajar menjelaskan maksud graf tersebut.




                                                                                              9
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5




                                  Rajah 2: Kadar Perubahan Negatif
    7. Seorang pelajar pula menjelaskan bahawa apabila nilai x meningkat, nilai y pula menurun
        dan kecondongan graf juga menurun.

    8. Seterusnya, guru menunjukkan carta graf lain. (lihat rajah 3).




                                  Rajah 3: Kadar perubahan Malar/Tetap
    9. Guru menjelaskan bahawa graf dalam carta tersebut menunjukkan bahawa, apabila nilai
        x bertambah, nilai y kekal malar. Iaitu, tidak ada perubahan dalam nilai y dan graf
        garis adalah mendatar.

    10. Guru menjelaskannya lagi, graf di atas adalah merupakan konsep kadar perubahan
        purata yang perlu dikuasai oleh murid.

    11. Berdasarkan slaid, guru memberikan contoh jadual (jadual A)dan meminta pelajar
        menggunakan jadual tersebut untuk mencari kadar perubahan yang asas.
        Kemudian pelajar diminta melukiskan graf untuk kadar perubahan tersebut di atas
        kertas graf yang diedarkan oleh guru..

Contoh Jadual:

                     Masa memandu (j)       Jarak perjalanan (km)
                              x                       y
                              2                      80
                              4                     160
                              6                     240

                                     Jadual A
Secara asasnya, kadar perubahan adalah kadar yang menerangkan bagaimana perubahan suatu
kuantiti berkait dengan kuantiti lain;
                                                                                            10
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5




                     =




                                             =


                                              =


Kadar perubahan adalah     atau 40. Ini bermaksud kenderaan ini bergerak dalam kadar 40 km/j




                            Rajah 4: Graf terhasil




   12. Pelajar menunjukkan graf yang terhasil. Guru menayangkan slaid graf tersebut dan
      meminta pelajar membandingkan hasil graf mereka dengan graf di slaid.(rajah 4).


                                                                                          11
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


   13. Selepas itu, eorang pelajar diminta datang ke hadapan. Pelajar itu diminta untuk melontar
       satu bola plastik ke atas dan menangkap semula bola tersebut.


   14. Guru mengaitkan aktiviti itu dengan paparan graf pada skrin (Rajah 5)yang menunjukkan
       ketinggian (m) melawan masa (s). Ini adalah situasi di mana bola dilontar ke atas. Guru
       menjelaskan bahawa kecerunan graf berubah sepanjang gerakan. Pada mulanya, ia
       mempunyai kecerunan curam positif (menunjukkan halaju besar diberikan apabila bola
       dilontar). Kemudian, apabila bola sudah mencapai ketinggiannya kecerunan menjadi
       semakin kurang sehingga ia menjadi 0 (apabila bola berada pada titik tertinggi dan halaju
       adalah sifar). Kemudian bola mula jatuh dan kecerunan menjadi negatif (sama dengan
       halaju negatif) dan menjadi kecerunan curam (apabila halaju bertambah).




                              Rajah 5: Graf kecerunan lontaran bola


   15. Guru mengingatkan pelajar bahawa kecerunan lengkung pada titik menunjukkan kadar
       perubahan kuantiti di ketika itu.




Langkah 2: Penerangan Mengenai Kadar Perubahan dengan Kaedah Pembezaan.
(10 minit)
Bahan Bantu Pengajaran: Paparan perisianPowerpoint


                                                                                                 12
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


  1. Guru menjelaskan lagi, kadar perubahan terhadap masa juga dapat diwakili secara
     matematik, melalui pembezaan.




                                                   Menunjukkan kadar perubahan jejari bulatan
     Sebagai contoh di slaid,   = 5cm/s            meningkat 5 cm setiap saat




                                                   Menunjukkan kadar perubahan kelajuan
                                = 20 km/h          meningkat 20 km setiap jam




  2. Guru menerangkan lagi bahawa, jika y suatu fungsi x, maka         merupakan kadar

     perubahan y terhadap x. Sebagai contoh jika r mewakili jejari dalam meter dan t mewakili

     masa dalam saat, r ialah fungsi t, maka        mewakili kadar perubahan jejari terhadap

     masa.




  3. Nilai    yang positif mewakili kadar perubahan menokok bagi y terhadap x manakala


     nilai    yang negatif mewakili kadar perubahan menyusut bagi y terhadap x.




  4. Guru memberikan contoh lain;      =       x      di mana    dan   adalah kadar perubahan y

     dan x masing-masing.


                                                                                                13
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5



      Jika    > 0 (nilai positif), maka y meningkat apabila t meningkat.



      Jika    < 0 (nilai negatif), maka y menurun apabila t menurun.




Langkah 3: Mencari Kadar Perubahan Bagi Kuantiti –kuantiti yang berkaitan.(20minit)

Bahan Bantu Mengajar: Perisian ‘power point’




   1. Guru menjelaskan kepada pelajar bahawa terbitan       =           dipanggil kadar




      perubahan y kepada x. Sebagai contoh, jika     = 3. Maka y bertambah tiga kali lebih

      cepat sama seperti x. Dalam situasi praktikal, turutan huruf x dan y digunakan seperti
      dalam ilmu mekanik, jika s menandakan kedudukan partikel pada masa t, maka halaju v,
     Jika udara diisikan ke dalam sebuah belon berbentuk sfera, jejari belon tersebut akan
     bertambah. Semakin udara diisi, semakin besarlah belon itu dan semakin bertambahlah
     jejarinya. Seterusnya isipadu belon, V jugaperubahan tempat adalah berkadar dengan masa.
       bagi partikel yang diberi oleh     kadar bertambah. Jejari dan isipadu belon ini bertambah



   2. Guru juga menerangkan bahawa banyak situasi praktikal dalam kehidupan seharian yang
     pada kadar yang tertentu dan kadar perubahan ini pada masa t masing-masing ialah    dan
      melibatkan kadar perubahan yang berkaitan. Guru memberi satu contoh situasi berkaitan
      kadar perubahan melalui slaid, seperti di bawah:

        . Rumus isipadu sfera pula boleh ditulis sebagai V =



     Rumus ini menunjukkan terdapat kaitan antara jejari dengan isipadu. Seterusnya pasti wujud

                                                                                                14
     kaitan antara kadar perubahan jejari terhadap masa,       dengan kadar perubahan isipadu
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5




   3. Guru memberi satu soalan lagi pada slaid. Guru menjelaskan kepada pelajar bahawa
       gunakan kaedah pembezaan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah ini.



                  Jejari bagi sebuah sfera meningkat dengan kadar 0.2 cm
                  setiap saat. Tentukan kadar perubahan isi padu apabila
                                      jejari ialah 3cm.


   4. Pelajar diminta cuba menyelesaikannya di papan putih. Jika pelajar tidak berhasil
       mendapatkan jawapan, guru membimbing pelajar menyelesaikannya.

   5. Guru menjelaskan bahawa kadar perubahan bagi sfera ialah      . Soalan ini mempunyai 3
       pemboleh ubah: V, r dan t. Jadi, j perlu dihapuskan kerana kita perlu membezakan V dan t
       sahaja.
Penyelesaian:

Isi padu sfera,        V =


                                                                                             15
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5



                         =3(           )




Kadar perubahan,          =



                           = (4       ) (0.2)


                           = 0.8


Maka apabila r = 3 cm,        = 7.2




Kadar perubahan isi padu sfera ialah 7.2




Langkah 4: Aktiviti Kumpulan ( 15 minit)
Tajuk: Menyelesaikan Masalah Kadar Perubahan Berkaitan
Bahan Bantu Mengajar: Bahan Bantu Mengajar: Perisian ‘power point’, kertas mahjung,
pen marker.
   1. Pelajar di bahagikan kepada kumpulan berlima.
   2. Guru memaparkan slaid yang mengandungi soalan berkaitan kadar perubahan.

               Sebuah kuboid mempunyai panjang 3x cm, lebar 2x cm dan tinggi 4x
              cm. Jika x meningkat dengan kadar 0.1 cm, cari kadar perubahan luas
                          permukaan apabila isi padu kuboid ialah 81 .


                                                           4x
                                                           4


                                                                                      16
                                                3x    2x
                                                      2
                                                3
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5




  3. Setiap kumpulan di bekalkan dengan kertas mahjung dan pen ‘marker’.Pelajar diminta
     untuk menyelesaikannya secara perbincangan dan menulis penyelesaiannya pada kertas
     mahjung tersebut.


  4. Setelah siap, setiap kumpulan diminta untuk menampal hasil kerja masing-masing di
     hadapan. Setiap kumpulan membandingkan jawapan masing-masing.


  5. Guru memaparkan jawapan penyelesaian yang sebenar. Kumpulan yang mempunyai
     jawapan yang paling hampir diberikan hadiah.


     Penyelesaian yang dipaparkan pada slaid:


     Diberi    = 0.1 cm


     Isi padu kuboid = 3x cm x 2x cm x 4x cm

                    = 24        .




     Apabila isi padu kuboid = 81       .


                           24       = 81



                                    =




                                    =       =   )3


                                                                                          17
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5




                                         =


Biar luas permukaan A
                     A = 2 (3x)(2x) x 2 (2x)(4x) x 2(3x)(4x)

                        =            +           +


                        =


                        = 104x




Apabila x =     ,           = 104        ) = 156



Petua rantai:           =        x



                        = 156 x 0.1

                        = 15.6               .




Penutup: (5 minit)
Bahan Bantu Mengajar: Lembaran kerja.


                                                               18
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


Pengedaran Lembaran kerja dan membuat kesimpulan tentang konsep yang dipelajari.
   1. Pelajar diedarkan dengan lembaran kerja dan diminta untuk menyelesaikannya di rumah.
   2. Pelajar diminta mengimbas kembali apa yang telah dipelajari pada hari itu.
   3. Guru meminta agar pelajar membuat ulang kaji yang lebih lagi di rumah.




   6. Pendapat Guru Tingkatan Lima Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Yang
       Telah Dirancangkan:
Seorang guru matematik tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah di Melaka telah dipilih
untuk membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran ini. Beliau menjelaskan bahawa
ada kekuatan dari segi penyediaan rancangan pengajaran yang teratur dan sesuai diajar kepada
pelajar tetapi ia boleh dipelbagaikan dengan menggunakan teknologi yang terkini. Ini kerana
terdapat pelbagai perisian komputer atau grafik yang boleh digunakan untuk menjelaskan lagi
bagaimana suatu kadar perubahan itu boleh ditunjukkan. Contohnya, guru boleh menunjukkan
bagaimana perjalanan sebuah kereta ditunjukkan secara grafik dengan menentukan halaju dan
masa. Daripada grafik, pelajar lebih memahami kadar perubahan itu sama ada positif, negatif atau
sifar (malar). Pelajar juga amat digalakkan untuk memahami dan menguasai kecerunan atau kadar
perubahan melalui graf-graf berkenaan. Guru juga dicadangkan untuk memberi penerangan
kepada pelajar tentang bagaimana untuk mencari kadar perubahan bagi sesuatu situasi dengan
lebih jelas terutama sekali apabila ia melibatkan konsep pembezaan. Beliau juga menyatakan
bahawa untuk aktiviti kumpulan pula, guru boleh mempelbagaikan lagi contoh soalan yang
berkaitan dengan kehidupan seharian mereka, agar kefahaman pelajar lebih meluas terhadap
konsep kadar perubahan.




   7. Rumusan
Kalkulus adalah satu cabang matematik yang melibatkan kadar perubahan. Kadar perubahan pula
adalah antara konsep matematik yang amat penting dan perlu dipelajari oleh manusia.Ini kerana
konsep kadar perubahan amat diperlukan dan diguna pakai dalam pelbagai bidang seperti sektor
ekonomi, perkilangan, kaji cuaca, penerbangan, kaji bintang, astronomi dan pelbagai lagi. Kadar
adalah sebarang perubahan bagi suatu situasi berkadar dengan masa. Kadar perubahan berlaku di
mana-mana sahaja kadangkala tanpa kita sedari. Ia boleh berlaku kepada suhu, tekanan, halaju,
                                                                                                19
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


pecutan, pertumbuhan populasi, dan pelbagai lagi. Kadar perubahan juga boleh tunjukkan dengan
menggunakan graf iaitu melalui kecerunan yang diperoleh melalui data tertentu. Melalui
kecerunan graf juga beberapa jenis kadar dapat diketahui dan ditentukan oleh kita seperti kadar
perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan terkait. Dalam pengajaran
matematik, sebagai guru, kita boleh menggunakan pelbagai cara, teknik, strategi, kaedah, model,
bahan bantu mengajar untuk mengajar konsep ini. Tambah lagi, pada zaman moden ini, pelbagai
usaha yang telah dihasilkan oleh para cendekiawan dan pencipta teknologi untuk memudahkan
kehidupan manusia lain dengan mencipta pelbagai alat yang memberi impak yang baik kepada
kita semua. Contohnya di dalam pengajaran kadar perubahan, kita boleh menggunakan alat seperti
graphic calculator, perisian Geometer’s Sketchpad, dan perisian komputer lain seperti perisian
power point, excel dan lain-lain lagi. Apa yang penting, ini bergantung pada kemahuan guru
sendiri sama ada ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran atau tidak dan
adakah ia bersesuaian pula dengan kebolehan pelajar dan kehendak kurikulum. Akhir kata,
sesungguhnya gurulah yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai apa
jua pengetahuan yang ada di dunia ini.
                                                                      3582 patah perkataan




                                                                                                 20
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


pecutan, pertumbuhan populasi, dan pelbagai lagi. Kadar perubahan juga boleh tunjukkan dengan
menggunakan graf iaitu melalui kecerunan yang diperoleh melalui data tertentu. Melalui
kecerunan graf juga beberapa jenis kadar dapat diketahui dan ditentukan oleh kita seperti kadar
perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan terkait. Dalam pengajaran
matematik, sebagai guru, kita boleh menggunakan pelbagai cara, teknik, strategi, kaedah, model,
bahan bantu mengajar untuk mengajar konsep ini. Tambah lagi, pada zaman moden ini, pelbagai
usaha yang telah dihasilkan oleh para cendekiawan dan pencipta teknologi untuk memudahkan
kehidupan manusia lain dengan mencipta pelbagai alat yang memberi impak yang baik kepada
kita semua. Contohnya di dalam pengajaran kadar perubahan, kita boleh menggunakan alat seperti
graphic calculator, perisian Geometer’s Sketchpad, dan perisian komputer lain seperti perisian
power point, excel dan lain-lain lagi. Apa yang penting, ini bergantung pada kemahuan guru
sendiri sama ada ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran atau tidak dan
adakah ia bersesuaian pula dengan kebolehan pelajar dan kehendak kurikulum. Akhir kata,
sesungguhnya gurulah yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai apa
jua pengetahuan yang ada di dunia ini.
                                                                      3582 patah perkataan




                                                                                                 20
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


pecutan, pertumbuhan populasi, dan pelbagai lagi. Kadar perubahan juga boleh tunjukkan dengan
menggunakan graf iaitu melalui kecerunan yang diperoleh melalui data tertentu. Melalui
kecerunan graf juga beberapa jenis kadar dapat diketahui dan ditentukan oleh kita seperti kadar
perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan terkait. Dalam pengajaran
matematik, sebagai guru, kita boleh menggunakan pelbagai cara, teknik, strategi, kaedah, model,
bahan bantu mengajar untuk mengajar konsep ini. Tambah lagi, pada zaman moden ini, pelbagai
usaha yang telah dihasilkan oleh para cendekiawan dan pencipta teknologi untuk memudahkan
kehidupan manusia lain dengan mencipta pelbagai alat yang memberi impak yang baik kepada
kita semua. Contohnya di dalam pengajaran kadar perubahan, kita boleh menggunakan alat seperti
graphic calculator, perisian Geometer’s Sketchpad, dan perisian komputer lain seperti perisian
power point, excel dan lain-lain lagi. Apa yang penting, ini bergantung pada kemahuan guru
sendiri sama ada ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran atau tidak dan
adakah ia bersesuaian pula dengan kebolehan pelajar dan kehendak kurikulum. Akhir kata,
sesungguhnya gurulah yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai apa
jua pengetahuan yang ada di dunia ini.
                                                                      3582 patah perkataan




                                                                                                 20
HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5


pecutan, pertumbuhan populasi, dan pelbagai lagi. Kadar perubahan juga boleh tunjukkan dengan
menggunakan graf iaitu melalui kecerunan yang diperoleh melalui data tertentu. Melalui
kecerunan graf juga beberapa jenis kadar dapat diketahui dan ditentukan oleh kita seperti kadar
perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan terkait. Dalam pengajaran
matematik, sebagai guru, kita boleh menggunakan pelbagai cara, teknik, strategi, kaedah, model,
bahan bantu mengajar untuk mengajar konsep ini. Tambah lagi, pada zaman moden ini, pelbagai
usaha yang telah dihasilkan oleh para cendekiawan dan pencipta teknologi untuk memudahkan
kehidupan manusia lain dengan mencipta pelbagai alat yang memberi impak yang baik kepada
kita semua. Contohnya di dalam pengajaran kadar perubahan, kita boleh menggunakan alat seperti
graphic calculator, perisian Geometer’s Sketchpad, dan perisian komputer lain seperti perisian
power point, excel dan lain-lain lagi. Apa yang penting, ini bergantung pada kemahuan guru
sendiri sama ada ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran atau tidak dan
adakah ia bersesuaian pula dengan kebolehan pelajar dan kehendak kurikulum. Akhir kata,
sesungguhnya gurulah yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai apa
jua pengetahuan yang ada di dunia ini.
                                                                      3582 patah perkataan




                                                                                                 20

More Related Content

Viewers also liked

ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 4
ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 4ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 4
ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 4Eja Jaafar
 
Ujian Selaras tahun 4 Matematik
Ujian Selaras tahun 4 MatematikUjian Selaras tahun 4 Matematik
Ujian Selaras tahun 4 Matematikmarshiza
 
Kertas Soalan Matematik Tahun 4 Kertas 1 KSSR
Kertas Soalan Matematik Tahun 4 Kertas 1 KSSRKertas Soalan Matematik Tahun 4 Kertas 1 KSSR
Kertas Soalan Matematik Tahun 4 Kertas 1 KSSRar-rifke.com
 
Ujian math tahun 2 kertas 2
Ujian math tahun 2 kertas 2Ujian math tahun 2 kertas 2
Ujian math tahun 2 kertas 2marshiza
 
Ujian matematik tahun2 kertas1
Ujian matematik tahun2 kertas1Ujian matematik tahun2 kertas1
Ujian matematik tahun2 kertas1marshiza
 
Tugasan 2 Kesinambungan Topik-Topik Matematik
Tugasan 2 Kesinambungan Topik-Topik MatematikTugasan 2 Kesinambungan Topik-Topik Matematik
Tugasan 2 Kesinambungan Topik-Topik MatematikNur Sabri
 
Final year Exam - Mathematics Year 2
Final year Exam - Mathematics Year 2 Final year Exam - Mathematics Year 2
Final year Exam - Mathematics Year 2 marshiza
 
KEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORIKEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORInaquiah
 
Asas pembezaan
Asas pembezaanAsas pembezaan
Asas pembezaandxsuki
 
MATHEMATICS YEAR 1
MATHEMATICS YEAR 1MATHEMATICS YEAR 1
MATHEMATICS YEAR 1cikgumathavy
 
ujian pertengahan tahun/kertas 2/matematik tahun 4
ujian pertengahan tahun/kertas 2/matematik tahun 4ujian pertengahan tahun/kertas 2/matematik tahun 4
ujian pertengahan tahun/kertas 2/matematik tahun 4Eja Jaafar
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Siti Norbaya
 
Soalan sains thn 4 bah.b set 2 dan skema jawapan
Soalan sains thn 4 bah.b set 2 dan skema jawapanSoalan sains thn 4 bah.b set 2 dan skema jawapan
Soalan sains thn 4 bah.b set 2 dan skema jawapanMohammad Asyraf
 
ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 2
ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 2ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 2
ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 2Eja Jaafar
 
Selaras 1 matematik tahun 2 2015
Selaras 1 matematik tahun 2 2015Selaras 1 matematik tahun 2 2015
Selaras 1 matematik tahun 2 2015Adila Aniza
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Soalan sains tahun 4 bhg a b dan jawapan
Soalan sains tahun 4 bhg a b dan jawapanSoalan sains tahun 4 bhg a b dan jawapan
Soalan sains tahun 4 bhg a b dan jawapanHafizuddin Daud
 
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSR
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSRSoalan Ujian Sains Tahun 4 KSSR
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSRar-rifke.com
 

Viewers also liked (20)

ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 4
ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 4ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 4
ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 4
 
Ujian Selaras tahun 4 Matematik
Ujian Selaras tahun 4 MatematikUjian Selaras tahun 4 Matematik
Ujian Selaras tahun 4 Matematik
 
Kertas Soalan Matematik Tahun 4 Kertas 1 KSSR
Kertas Soalan Matematik Tahun 4 Kertas 1 KSSRKertas Soalan Matematik Tahun 4 Kertas 1 KSSR
Kertas Soalan Matematik Tahun 4 Kertas 1 KSSR
 
Ujian math tahun 2 kertas 2
Ujian math tahun 2 kertas 2Ujian math tahun 2 kertas 2
Ujian math tahun 2 kertas 2
 
Ujian matematik tahun2 kertas1
Ujian matematik tahun2 kertas1Ujian matematik tahun2 kertas1
Ujian matematik tahun2 kertas1
 
Tugasan 2 Kesinambungan Topik-Topik Matematik
Tugasan 2 Kesinambungan Topik-Topik MatematikTugasan 2 Kesinambungan Topik-Topik Matematik
Tugasan 2 Kesinambungan Topik-Topik Matematik
 
Final year Exam - Mathematics Year 2
Final year Exam - Mathematics Year 2 Final year Exam - Mathematics Year 2
Final year Exam - Mathematics Year 2
 
KEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORIKEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORI
 
Asas pembezaan
Asas pembezaanAsas pembezaan
Asas pembezaan
 
MATHEMATICS YEAR 1
MATHEMATICS YEAR 1MATHEMATICS YEAR 1
MATHEMATICS YEAR 1
 
ujian pertengahan tahun/kertas 2/matematik tahun 4
ujian pertengahan tahun/kertas 2/matematik tahun 4ujian pertengahan tahun/kertas 2/matematik tahun 4
ujian pertengahan tahun/kertas 2/matematik tahun 4
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Soalan sains thn 4 bah.b set 2 dan skema jawapan
Soalan sains thn 4 bah.b set 2 dan skema jawapanSoalan sains thn 4 bah.b set 2 dan skema jawapan
Soalan sains thn 4 bah.b set 2 dan skema jawapan
 
Sains kssr thn 4
Sains kssr thn 4Sains kssr thn 4
Sains kssr thn 4
 
ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 2
ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 2ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 2
ujian pertengahan tahun/kertas 1/matematik tahun 2
 
Ujian 2 DST Tahun 2 2014
Ujian 2 DST Tahun 2 2014Ujian 2 DST Tahun 2 2014
Ujian 2 DST Tahun 2 2014
 
Selaras 1 matematik tahun 2 2015
Selaras 1 matematik tahun 2 2015Selaras 1 matematik tahun 2 2015
Selaras 1 matematik tahun 2 2015
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
Soalan sains tahun 4 bhg a b dan jawapan
Soalan sains tahun 4 bhg a b dan jawapanSoalan sains tahun 4 bhg a b dan jawapan
Soalan sains tahun 4 bhg a b dan jawapan
 
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSR
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSRSoalan Ujian Sains Tahun 4 KSSR
Soalan Ujian Sains Tahun 4 KSSR
 

More from marshiza

LABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIKLABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIKmarshiza
 
LABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULISLABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULISmarshiza
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1marshiza
 
Petak seratus
Petak seratusPetak seratus
Petak seratusmarshiza
 
NUMBER PATTERN
NUMBER PATTERNNUMBER PATTERN
NUMBER PATTERNmarshiza
 
Petak100 besar
Petak100 besarPetak100 besar
Petak100 besarmarshiza
 
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIKDOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIKmarshiza
 
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIKQRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIKmarshiza
 
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6marshiza
 
Data graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheetData graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheetmarshiza
 
DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2marshiza
 
Lembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARABLembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARABmarshiza
 
PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3marshiza
 
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGILembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGImarshiza
 
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2marshiza
 
ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2marshiza
 
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai WangLembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wangmarshiza
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1marshiza
 
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONEWORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONEmarshiza
 
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2marshiza
 

More from marshiza (20)

LABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIKLABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIK
 
LABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULISLABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULIS
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
 
Petak seratus
Petak seratusPetak seratus
Petak seratus
 
NUMBER PATTERN
NUMBER PATTERNNUMBER PATTERN
NUMBER PATTERN
 
Petak100 besar
Petak100 besarPetak100 besar
Petak100 besar
 
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIKDOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
 
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIKQRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
 
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
 
Data graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheetData graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheet
 
DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2
 
Lembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARABLembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARAB
 
PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3
 
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGILembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
 
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
 
ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2
 
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai WangLembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
 
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONEWORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
 
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
 

HBMT4303: Teaching Mathematics In Form Five

  • 1. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 1. Pengenalan Kalkulus merupakan salah satu bidang matematik yang melibatkan pengiraan atau perhitungan kuantiti-kuantiti yang tidak diskrit. Ia mengandungi pembezaan dan pengamiran yang menggunakan algebra dan geometri koordinat. Kalkulus Pembezaan pula melibatkan penentuan kadar perubahan yang mana konsep kadar perubahan persamaan boleh diperoleh daripada persamaan kecerunan. Dengan lain kata, kalkulus mempunyai kaitan dengan konsep geometri dalam menentukan kecerunan lengkung pada titik, seterusnya membolehkan penentuan tangen pada titik. Ia kerap digunakan meliputi pelbagai bidang dalam kehidupan seharian. Beberapa masalah dalam kalkulus memerlukan mencari kadar perubahan dua atau lebih pemboleh ubah yang berkaitan dengan pemboleh ubah yang sama, iaitu masa. Untuk menyelesaikan masalah ini, kadar perubahan yang sesuai ditentukan oleh pembezaan tersirat terhadap masa. Kajian menyatakan bahawa kadar perubahan akan positif jika pemboleh ubah bersandar meningkat selari dengan masa dan negatif jika pemboleh ubah bersandar menurun selari dengan masa. Ini bermaksud kadar perubahan pemboleh ubah penyelesaian terhadap masa juga akan mengukur sama ada pemboleh ubah semakin meningkat atau berkurangan terhadap masa. Persamaan kecerunan juga dikenali sebagai persamaan kadar perubahan . Boleh dikatakan bahawa kadar perubahan dan kecerunan saling berkait rapat antara satu sama lain. Konsep ini juga telah diberikan rumus yang tepat yang berkaitan dengan konsep fizikal seperti halaju pada pecutan segera, di kelengkungan segera pada satu titik, ketumpatan pada satu titik, haba tertentu pada sebarang suhu dan sebagainya. Semua ini mewujudkan kadar perubahan serta-merta serta kadar perubahan purata. Sebagai contoh, apabila kita melempar batu ke atas permukaan air, terjadinya riak yang jejarinya akan meningkat untuk beberapa saat. Itu adalah kawasan kenaikan bulatan yang merupakan kenaikan jejari. Oleh itu, kita melihat bahawa terdapat peningkatan dalam kawasan bulatan kerana terdapat peningkatan dalam radius atau jejari tersebut. Oleh itu, jejari adalah pemboleh ubah bebas dan kawasan adalah pemboleh ubah bersandar. Itu adalah antara kadar perubahan yang terjadi dalam kehidupan ini. Namun begitu banyak lagi situasi lain yang melibatkan kadar perubahan yang tanpa sengaja kita melaluinya setiap hari. 1
  • 2. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 2. Ulasan Mengenai 2 Artikel Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Konsep Kadar Perubahan Di bawah adalah dua artikel yang telah dipilih untuk saya jelaskan secara ringkas bagaimana guru ini membuat perancangan mengajar bagi konsep kadar perubahan yang amat menarik bagi pelajar-pelajarnya. 2.1` Artikel 1: ‘Rates of Change’ Rujukan: http://www.edu.gov.on.ca/eng/studentsuccess/lms/files/tips4rm/MCV4U_Unit_1.pdf Melalui artikel ‘Rates of Change’ di dalam laman webnya, ia menerangkan tentang kadar perubahan dalam yang wujud kehidupan seharian manusia seperti aliran, masalah yang menggunakan persembahan lisan dan grafik dalam perniagaan, pemanasan, penyejukan, pergerakan, tekanan air, populasi, persekitaran pengangkutan dan lain-lain lagi. Hasil pembelajaran: • Pelajar akan mengaitkan kecerunan sekan kepada kadar perubahan purata, dan kecerunan tangent kepada kadar perubahan serta-merta dalam pelbagai konteks. • Pelajar juga akan menganggar kadar perubahan secara grafik dan dalam bentuk angka. Bahan Bantu Mengajar: Komputer, perisian, Geometer’s Sketchpad, perisian excel dan Fotham, borang jadual, bola, lembaran kerja Ulasan Mengenai Pengajaran Melalui pengajaran yang telah dirancang, didapati guru menggunakan pelbagai kaedah seperti perbincangan menyeluruh, berkumpulan berpasangan dan individu. Strategi yang digunakan ialah dengan memberikan satu aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan seharian seperti menjalankan eksperimen lantunan bola untuk mencari kadar perubahan purata dan kadar perubahan serta merta terhadap lantunan bola tersebut. Pelajar akan dibimbing untuk membina graf dan 2
  • 3. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 menganalisis data melalui Geometer’s Sketchpad untuk meletakkan kedudukan selang masa(interval) lantunan bola hasil daripada ketinggian lantunan bola pada masa tertentu. Selain itu Fathom dan excel diajar untuk membantu pelajar menganalisis data bagi menunjukkan dapatan eksperimen dalam bentuk graf. Pelajar juga dibimbing untuk melengkapkan segala dapatan eksperimen di dalam borang yang dinamakan sebagai ‘Frayer Model Solution’. Di dalam model ini pelajar-pelajar perlu menjelaskan definisi kadar perubahan purata, atau kadar perubahan serta merta, ciri-cirinya, contoh-contoh penyelesaiannya. Kaedah pengajarannya secara berperingkat-peringkat dan memakan masa selama lima hari. Pengajaran ini sangat menarik kerana banyak menggunakan teknologi komputer yang canggih dan amat jelas dalam memaparkan hasil dapatan pelajar. 2.2 Artikel 2: Title: Interpreting Slope as a Rate of Change Rujukan: http://www.nsa.gov/academia/_files/collected_learning/middle_school/algebra/interpreting_slope. pdf Hasil Pembelajaran: Pelajar akan menggunakan jadual nilai dan / atau kaedah memintas kecerunan untuk graf linear persamaan. • Pelajar akan mentafsir kecerunan graf linear dan bukan linear untuk mengenal pasti kadar perubahan mewakili situasi dunia sebenar. • Pelajar akan mentafsir graf bukan linear dalam usaha untuk mewujudkan satu cerita yang mewakili maklumat yang disediakan oleh graf. Bahan Bantu Mengajar: Pembaris, pensel berwarna, lembaran kerja, kalkulator grafik, surat khabar Ulasan Mengenai Pengajaran Pengajaran dan pembelajaran ini diambil dalam masa 4 hari. (240 minit). Pelajar diberi tugasan tertentu untuk diselesaikan di dalam kumpulan masing-masing. Di dalam pengajaran ini, terlebih 3
  • 4. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 dahulu pelajar diperkenalkan dengan jenis-jenis kecerunan pada graf di mana guru menggunakan graf dalam menentukan kecerunan atau kadar perubahan seperti kecerunan positif, kecerunan negatif dan kecerunan tetap dengan menggunakan kalkulator grafik. Pelajar diberi contoh-contoh graf dan membuat tafsiran tentang kadar perubahan itu sama ada meningkat(positif), menyusut (negatif) dan tetap (malar). Pelajar juga bekerja dalam kumpulan untuk membangunkan kaedah- kaedah dalam menentukan hubungan antara kecuraman dan pekali "x".Pelajar akan membincangkan, mentafsir graf bukan linear. Pelajar-pelajar juga diminta membuat aktiviti berkumpulan seperti menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan seharian seperti Perjalanan Bas Sekolah Ke rumah dengan menggunakan graf halaju melawan masa dan menjawab soalan-soalan yang diberikan di bawah rajah graf tersebut. Pengajaran ini amat menarik dan memberi kefahaman kepada pelajar kerana ia adalah berdasarkan kepada kehidupan seharian mereka. 3. Definisi Kadar Perubahan Di bawah adalah definisi beberapa konsep yang berkaitan dengan kadar perubahan. Kadar perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan relatif. 3.1 Kadar Perubahan Purata Dalam konsep geometri, istilah "kadar perubahan" adalah kecerunan garis terhasil daripada 2 titik yang disambung menjadi garisan. Ini juga dikenali sebagai kadar perubahan purata. Kadar perubahan purata merupakan perubahan dalam nilai kuantiti dibahagikan dengan masa yang diambil. Untuk fungsi, ini adalah perubahan dalam nilai-y dibahagikan oleh perubahan dalam nilai x bagi dua titik yang berbeza pada graf. Ini adalah perkara yang sama seperti kecerunan garis sekan yang melalui kedua-dua titik. Kadar perubahan purata bagi sesuatu fungsi adalah satu konsep yang biasa kepada kita semua.. Kita telah mengetahui bahawa kadar perubahan adalah berkaitan dengan garis. Kecerunan pula adalah kadar perubahan purata garis. Secara umumnya, fungsi kadar perubahan purata merupakan pengiraan jumlah perubahan dalam satu kuantiti dibahagikan kepada jumlah perubahan sepadan bagi kuantiti yang lain. Dengan menggunakan notasi fungsi, kita boleh menjelaskan bahawa kadar perubahan purata fungsi f daripada a kepada x sebagai ; 4
  • 5. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 3.2 Kadar Perubahan Serta-merta Kadar perubahan yang berlaku pada masa-masa tertentu. Sama seperti nilai terbitan pada titik tertentu. Untuk fungsi, kadar serta-merta perubahan pada satu titik adalah sama seperti kecerunan garis tangen. Ini juga bermaksud, ia merupakan kecerunan pada garis lengkung. Ini juga bermakna semakin singkat masa yang diambil, maka kadar perubahan purata adalah lebih kurang sama dengan kadar perubahan serta-merta. Selalunya, untuk mencari kadar perubahan serta-merta kita menggunakan rumus di bawah. 3.3 Kadar Perubahan Terkait Banyak situasi praktikal di dalam kehidupan ini yang melibatkan kadar perubahan yang berkait. Contohnya, jika sisi sekeping logam segi empat sama bertambah kepada kadar 0.1cm/s apa bila dipanaskan. Hasilnya, luas permukaan segi empat sama tersebut turut bertambah- tetapi pada kadar apa? Katakan sekeping logam segiempat sama mempunyai panjang sisi x cm. Kemudian, luas yang diberi ialah A = . Kita dihberi bahawa , kadar pertambahan panjang sisi adalah berkadar dengan masa, iaitu 0.1 . Kita mahu , kadar pertambahan luas adalah berkadar 5
  • 6. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 dengan masa. Sekarang, A = , maka = 2x, Kita diberi, = 0.1, oleh itu = 2x x 0.1 = 0.2x. Kadar pertambahan luas ialah 0.2x 4. Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Yang Dirancang Untuk mengajar Konsep Kadar Perubahan. Dalam menerangkan konsep kadar perubahan yang melibatkan kuantiti-kuantiti yang berkaitan, terutamanya sesi pengenalan konsep atau set induksi, guru hanya menggunakan paparan video untuk menjelaskan antara contoh situasi praktikal kadar perubahan dalam kehidupan harian. Video itu dimuat turun daripada laman youtube yang mana ia menunjukkan setitis air yang jatuh di atas permukaan air menghasilkan riak. Melalui video ini guru akan mengaitkannya dengan konsep kadar perubahan iaitu bagaimana riak air terhasil dan mengembang dalam kadar masa tertentu.. Untuk mengajar konsep kadar perubahan, guru hanya menggunakan paparan slaid pada powerpoint yang melibatkan graf dan jadual, contoh-contoh soalan tentang kadar perubahan yang telah disediakan. Kertas graf juga disediakan kepada pelajar untuk melakar kecerunan graf bagi jadual yang diber. Penerangan juga adalah dibantu dengan paparan slaid untuk menyelesaikan masalah. Sebiji bola pula digunakan untuk menerangkan konsep kecerunan pada graf yang melibatkan kadar perubahan. Pelajar juga diberikan aktiviti berkumpulan untuk menyelesaikan soalan pada slaid yang dipaparkan dan menyelesaikannya di atas kertas mahjung yang disediakan. Untuk sesi penutup, guru hanya mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi permasalahan tentang kadar perubahan. Dari segi persediaan, slaid power point itu, dibina sendiri oleh guru yang mana ia dibantu oleh hasil pencarian di internet dan juga bantuan buku-buku aktiviti untuk menambahkan contoh-contoh soalan yang berkaitan konsep. Jika guru seorang yang mahir dalam teknologi juga boleh menggunakan perisian Geometer’s Sketchpad untuk menerangkan kadar perubahan purata, kadar perubahan serta merta dan kadar perubahan berkait melalui lakaran graf sebagai contoh graf ketinggian lantunan bola melawan selang masa. Melalui graf ini, kita boleh 6
  • 7. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 melihat untuk selang masa tertentu kita boleh menentukan berapakah ketinggian lantunan bola tersebut dan sebagainya. Sebenarnya banyak juga video-video di dalam internet yang boleh diambil untuk menjelaskan apakah dia kadar perubahan seperti kadar perubahan malar, kadar perubahan purata, kadar perubahan serta merta dan cara menyelesaikan masalah-masalah berkaitan berdasarkan rumus yang diberikan. Namun begitu, pada penyediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran kali ini, guru hanya menyediakan paparan slaid sebagai bahan bantu mengajar. 5. Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Konsep Kadar Perubahan Tingkatan : 5 Gemilang Bilangan Pelajar : 25 orang Tarikh : 16 Julai 2012 Hari : Isnin Masa : 8.00 pagi 9.20 pagi (1 jam 20 minit) Mata pelajaran : Matematik Tajuk : Pembezaan Bidang pembelajaran : Kadar Perubahan Objektif Pembelajaran: Pelajar akan diajar; 1) Memahami dan menggunakan konsep kadar perubahan dalam menyelesaikan masalah. Hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar boleh; 1) Menentukan kadar perubahan bagi kuantiti-kuantiti yang berkaitan. Pengetahuan Sedia Ada: Pelajar telah mempelajari tentang: 1) konsep perbezaan, 2) terbitan pertama Fungsi Polinomial KBKK: Refleksi, menjana idea, membuat kesimpulan 7
  • 8. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 Nilai-Nilai Murni: Kerjasama Bahan Bantu Mengajar: Slaid video, perisian power point, kertas graf, kertas mahjung, pen marker, sebiji bola, lembaran kerja Set Induksi: Tayangan video ( 5 minit) Bahan Bantu Mengajar: Slaid video pada skrin putih. 1. Guru menayangkan video yang telah dimuat turun daripada laman web Youtube kepada para pelajar di skrin putih. . 2. Pelajar diminta untuk menumpukan pemerhatian kepada isi kandungan video itu. 3. Setelah tayangan itu , seorang pelajar diminta menjelaskan apa yang berlaku. “Itu merupakan kocakan air apabila setitik air di jatuhkan ke dalam bekas air tersebut. Ia juga membentuk bulatan riak yang kecil kepada bulatan riak yang besar”. 4. Guru menjelaskan bahawa itu merupakan antara konsep kadar perubahan yang mereka akan pelajari pada hari itu. Langkah 1: Penerangan ‘Konsep Kadar Perubahan’. ( 25 minit) Bahan Bantu Mengajar: Perisian ‘power point’, kertas graf dan sebiji bola. 8
  • 9. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 1. Guru menjelaskan bahawa kadar perubahan adalah kadar yang menjelaskan bagaimana perubahan suatu kuantiti berkait dengan kuantiti lain. Sebagai contoh, jika x adalah pemboleh ubah tak bersandar dan y adalah pemboleh ubah bersandar, maka dikatakan; = 2. Pelajar juga dijelaskan bahawa kadar perubahan boleh menjadi positif atau negatif. Ini sepadan dengan peningkatan atau penurunan dalam nilai y antara dua titik data. Apabila kuantiti tidak berubah dari masa ke masa, ia dipanggil kadar sifar perubahan. Guru menambah lagi, kadar perubahan juga selalunya ditunjukkan dengan jelas melalui lakaran graf dengan melihat pada kecerunan garis lurus atau melengkung. 3. Guru menunjukkan carta graf pada slaid yang telah dihasilkan melalui perisian ‘powerpoint’. Pelajar diminta cuba menjelaskan mengenai graf tersebut. (lihat rajah 1) Rajah 1: Kadar Perubahan Positif 4. Seorang pelajar menjelaskan , apabila nilai x bertambah, nilai kenaikan y dan kecondongan graf juga menaik. 5. Guru mengiakan jawapan tersebut dan menjelaskan bahawa graf itu menunjukkan kadar perubahan adalah positif. 6. Guru menunjukkan rajah 2, dan meminta pelajar menjelaskan maksud graf tersebut. 9
  • 10. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 Rajah 2: Kadar Perubahan Negatif 7. Seorang pelajar pula menjelaskan bahawa apabila nilai x meningkat, nilai y pula menurun dan kecondongan graf juga menurun. 8. Seterusnya, guru menunjukkan carta graf lain. (lihat rajah 3). Rajah 3: Kadar perubahan Malar/Tetap 9. Guru menjelaskan bahawa graf dalam carta tersebut menunjukkan bahawa, apabila nilai x bertambah, nilai y kekal malar. Iaitu, tidak ada perubahan dalam nilai y dan graf garis adalah mendatar. 10. Guru menjelaskannya lagi, graf di atas adalah merupakan konsep kadar perubahan purata yang perlu dikuasai oleh murid. 11. Berdasarkan slaid, guru memberikan contoh jadual (jadual A)dan meminta pelajar menggunakan jadual tersebut untuk mencari kadar perubahan yang asas. Kemudian pelajar diminta melukiskan graf untuk kadar perubahan tersebut di atas kertas graf yang diedarkan oleh guru.. Contoh Jadual: Masa memandu (j) Jarak perjalanan (km) x y 2 80 4 160 6 240 Jadual A Secara asasnya, kadar perubahan adalah kadar yang menerangkan bagaimana perubahan suatu kuantiti berkait dengan kuantiti lain; 10
  • 11. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 = = = Kadar perubahan adalah atau 40. Ini bermaksud kenderaan ini bergerak dalam kadar 40 km/j Rajah 4: Graf terhasil 12. Pelajar menunjukkan graf yang terhasil. Guru menayangkan slaid graf tersebut dan meminta pelajar membandingkan hasil graf mereka dengan graf di slaid.(rajah 4). 11
  • 12. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 13. Selepas itu, eorang pelajar diminta datang ke hadapan. Pelajar itu diminta untuk melontar satu bola plastik ke atas dan menangkap semula bola tersebut. 14. Guru mengaitkan aktiviti itu dengan paparan graf pada skrin (Rajah 5)yang menunjukkan ketinggian (m) melawan masa (s). Ini adalah situasi di mana bola dilontar ke atas. Guru menjelaskan bahawa kecerunan graf berubah sepanjang gerakan. Pada mulanya, ia mempunyai kecerunan curam positif (menunjukkan halaju besar diberikan apabila bola dilontar). Kemudian, apabila bola sudah mencapai ketinggiannya kecerunan menjadi semakin kurang sehingga ia menjadi 0 (apabila bola berada pada titik tertinggi dan halaju adalah sifar). Kemudian bola mula jatuh dan kecerunan menjadi negatif (sama dengan halaju negatif) dan menjadi kecerunan curam (apabila halaju bertambah). Rajah 5: Graf kecerunan lontaran bola 15. Guru mengingatkan pelajar bahawa kecerunan lengkung pada titik menunjukkan kadar perubahan kuantiti di ketika itu. Langkah 2: Penerangan Mengenai Kadar Perubahan dengan Kaedah Pembezaan. (10 minit) Bahan Bantu Pengajaran: Paparan perisianPowerpoint 12
  • 13. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 1. Guru menjelaskan lagi, kadar perubahan terhadap masa juga dapat diwakili secara matematik, melalui pembezaan. Menunjukkan kadar perubahan jejari bulatan Sebagai contoh di slaid, = 5cm/s meningkat 5 cm setiap saat Menunjukkan kadar perubahan kelajuan = 20 km/h meningkat 20 km setiap jam 2. Guru menerangkan lagi bahawa, jika y suatu fungsi x, maka merupakan kadar perubahan y terhadap x. Sebagai contoh jika r mewakili jejari dalam meter dan t mewakili masa dalam saat, r ialah fungsi t, maka mewakili kadar perubahan jejari terhadap masa. 3. Nilai yang positif mewakili kadar perubahan menokok bagi y terhadap x manakala nilai yang negatif mewakili kadar perubahan menyusut bagi y terhadap x. 4. Guru memberikan contoh lain; = x di mana dan adalah kadar perubahan y dan x masing-masing. 13
  • 14. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 Jika > 0 (nilai positif), maka y meningkat apabila t meningkat. Jika < 0 (nilai negatif), maka y menurun apabila t menurun. Langkah 3: Mencari Kadar Perubahan Bagi Kuantiti –kuantiti yang berkaitan.(20minit) Bahan Bantu Mengajar: Perisian ‘power point’ 1. Guru menjelaskan kepada pelajar bahawa terbitan = dipanggil kadar perubahan y kepada x. Sebagai contoh, jika = 3. Maka y bertambah tiga kali lebih cepat sama seperti x. Dalam situasi praktikal, turutan huruf x dan y digunakan seperti dalam ilmu mekanik, jika s menandakan kedudukan partikel pada masa t, maka halaju v, Jika udara diisikan ke dalam sebuah belon berbentuk sfera, jejari belon tersebut akan bertambah. Semakin udara diisi, semakin besarlah belon itu dan semakin bertambahlah jejarinya. Seterusnya isipadu belon, V jugaperubahan tempat adalah berkadar dengan masa. bagi partikel yang diberi oleh kadar bertambah. Jejari dan isipadu belon ini bertambah 2. Guru juga menerangkan bahawa banyak situasi praktikal dalam kehidupan seharian yang pada kadar yang tertentu dan kadar perubahan ini pada masa t masing-masing ialah dan melibatkan kadar perubahan yang berkaitan. Guru memberi satu contoh situasi berkaitan kadar perubahan melalui slaid, seperti di bawah: . Rumus isipadu sfera pula boleh ditulis sebagai V = Rumus ini menunjukkan terdapat kaitan antara jejari dengan isipadu. Seterusnya pasti wujud 14 kaitan antara kadar perubahan jejari terhadap masa, dengan kadar perubahan isipadu
  • 15. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 3. Guru memberi satu soalan lagi pada slaid. Guru menjelaskan kepada pelajar bahawa gunakan kaedah pembezaan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah ini. Jejari bagi sebuah sfera meningkat dengan kadar 0.2 cm setiap saat. Tentukan kadar perubahan isi padu apabila jejari ialah 3cm. 4. Pelajar diminta cuba menyelesaikannya di papan putih. Jika pelajar tidak berhasil mendapatkan jawapan, guru membimbing pelajar menyelesaikannya. 5. Guru menjelaskan bahawa kadar perubahan bagi sfera ialah . Soalan ini mempunyai 3 pemboleh ubah: V, r dan t. Jadi, j perlu dihapuskan kerana kita perlu membezakan V dan t sahaja. Penyelesaian: Isi padu sfera, V = 15
  • 16. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 =3( ) Kadar perubahan, = = (4 ) (0.2) = 0.8 Maka apabila r = 3 cm, = 7.2 Kadar perubahan isi padu sfera ialah 7.2 Langkah 4: Aktiviti Kumpulan ( 15 minit) Tajuk: Menyelesaikan Masalah Kadar Perubahan Berkaitan Bahan Bantu Mengajar: Bahan Bantu Mengajar: Perisian ‘power point’, kertas mahjung, pen marker. 1. Pelajar di bahagikan kepada kumpulan berlima. 2. Guru memaparkan slaid yang mengandungi soalan berkaitan kadar perubahan. Sebuah kuboid mempunyai panjang 3x cm, lebar 2x cm dan tinggi 4x cm. Jika x meningkat dengan kadar 0.1 cm, cari kadar perubahan luas permukaan apabila isi padu kuboid ialah 81 . 4x 4 16 3x 2x 2 3
  • 17. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 3. Setiap kumpulan di bekalkan dengan kertas mahjung dan pen ‘marker’.Pelajar diminta untuk menyelesaikannya secara perbincangan dan menulis penyelesaiannya pada kertas mahjung tersebut. 4. Setelah siap, setiap kumpulan diminta untuk menampal hasil kerja masing-masing di hadapan. Setiap kumpulan membandingkan jawapan masing-masing. 5. Guru memaparkan jawapan penyelesaian yang sebenar. Kumpulan yang mempunyai jawapan yang paling hampir diberikan hadiah. Penyelesaian yang dipaparkan pada slaid: Diberi = 0.1 cm Isi padu kuboid = 3x cm x 2x cm x 4x cm = 24 . Apabila isi padu kuboid = 81 . 24 = 81 = = = )3 17
  • 18. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 = Biar luas permukaan A A = 2 (3x)(2x) x 2 (2x)(4x) x 2(3x)(4x) = + + = = 104x Apabila x = , = 104 ) = 156 Petua rantai: = x = 156 x 0.1 = 15.6 . Penutup: (5 minit) Bahan Bantu Mengajar: Lembaran kerja. 18
  • 19. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 Pengedaran Lembaran kerja dan membuat kesimpulan tentang konsep yang dipelajari. 1. Pelajar diedarkan dengan lembaran kerja dan diminta untuk menyelesaikannya di rumah. 2. Pelajar diminta mengimbas kembali apa yang telah dipelajari pada hari itu. 3. Guru meminta agar pelajar membuat ulang kaji yang lebih lagi di rumah. 6. Pendapat Guru Tingkatan Lima Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah Dirancangkan: Seorang guru matematik tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah di Melaka telah dipilih untuk membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran ini. Beliau menjelaskan bahawa ada kekuatan dari segi penyediaan rancangan pengajaran yang teratur dan sesuai diajar kepada pelajar tetapi ia boleh dipelbagaikan dengan menggunakan teknologi yang terkini. Ini kerana terdapat pelbagai perisian komputer atau grafik yang boleh digunakan untuk menjelaskan lagi bagaimana suatu kadar perubahan itu boleh ditunjukkan. Contohnya, guru boleh menunjukkan bagaimana perjalanan sebuah kereta ditunjukkan secara grafik dengan menentukan halaju dan masa. Daripada grafik, pelajar lebih memahami kadar perubahan itu sama ada positif, negatif atau sifar (malar). Pelajar juga amat digalakkan untuk memahami dan menguasai kecerunan atau kadar perubahan melalui graf-graf berkenaan. Guru juga dicadangkan untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang bagaimana untuk mencari kadar perubahan bagi sesuatu situasi dengan lebih jelas terutama sekali apabila ia melibatkan konsep pembezaan. Beliau juga menyatakan bahawa untuk aktiviti kumpulan pula, guru boleh mempelbagaikan lagi contoh soalan yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka, agar kefahaman pelajar lebih meluas terhadap konsep kadar perubahan. 7. Rumusan Kalkulus adalah satu cabang matematik yang melibatkan kadar perubahan. Kadar perubahan pula adalah antara konsep matematik yang amat penting dan perlu dipelajari oleh manusia.Ini kerana konsep kadar perubahan amat diperlukan dan diguna pakai dalam pelbagai bidang seperti sektor ekonomi, perkilangan, kaji cuaca, penerbangan, kaji bintang, astronomi dan pelbagai lagi. Kadar adalah sebarang perubahan bagi suatu situasi berkadar dengan masa. Kadar perubahan berlaku di mana-mana sahaja kadangkala tanpa kita sedari. Ia boleh berlaku kepada suhu, tekanan, halaju, 19
  • 20. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 pecutan, pertumbuhan populasi, dan pelbagai lagi. Kadar perubahan juga boleh tunjukkan dengan menggunakan graf iaitu melalui kecerunan yang diperoleh melalui data tertentu. Melalui kecerunan graf juga beberapa jenis kadar dapat diketahui dan ditentukan oleh kita seperti kadar perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan terkait. Dalam pengajaran matematik, sebagai guru, kita boleh menggunakan pelbagai cara, teknik, strategi, kaedah, model, bahan bantu mengajar untuk mengajar konsep ini. Tambah lagi, pada zaman moden ini, pelbagai usaha yang telah dihasilkan oleh para cendekiawan dan pencipta teknologi untuk memudahkan kehidupan manusia lain dengan mencipta pelbagai alat yang memberi impak yang baik kepada kita semua. Contohnya di dalam pengajaran kadar perubahan, kita boleh menggunakan alat seperti graphic calculator, perisian Geometer’s Sketchpad, dan perisian komputer lain seperti perisian power point, excel dan lain-lain lagi. Apa yang penting, ini bergantung pada kemahuan guru sendiri sama ada ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran atau tidak dan adakah ia bersesuaian pula dengan kebolehan pelajar dan kehendak kurikulum. Akhir kata, sesungguhnya gurulah yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai apa jua pengetahuan yang ada di dunia ini. 3582 patah perkataan 20
  • 21. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 pecutan, pertumbuhan populasi, dan pelbagai lagi. Kadar perubahan juga boleh tunjukkan dengan menggunakan graf iaitu melalui kecerunan yang diperoleh melalui data tertentu. Melalui kecerunan graf juga beberapa jenis kadar dapat diketahui dan ditentukan oleh kita seperti kadar perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan terkait. Dalam pengajaran matematik, sebagai guru, kita boleh menggunakan pelbagai cara, teknik, strategi, kaedah, model, bahan bantu mengajar untuk mengajar konsep ini. Tambah lagi, pada zaman moden ini, pelbagai usaha yang telah dihasilkan oleh para cendekiawan dan pencipta teknologi untuk memudahkan kehidupan manusia lain dengan mencipta pelbagai alat yang memberi impak yang baik kepada kita semua. Contohnya di dalam pengajaran kadar perubahan, kita boleh menggunakan alat seperti graphic calculator, perisian Geometer’s Sketchpad, dan perisian komputer lain seperti perisian power point, excel dan lain-lain lagi. Apa yang penting, ini bergantung pada kemahuan guru sendiri sama ada ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran atau tidak dan adakah ia bersesuaian pula dengan kebolehan pelajar dan kehendak kurikulum. Akhir kata, sesungguhnya gurulah yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai apa jua pengetahuan yang ada di dunia ini. 3582 patah perkataan 20
  • 22. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 pecutan, pertumbuhan populasi, dan pelbagai lagi. Kadar perubahan juga boleh tunjukkan dengan menggunakan graf iaitu melalui kecerunan yang diperoleh melalui data tertentu. Melalui kecerunan graf juga beberapa jenis kadar dapat diketahui dan ditentukan oleh kita seperti kadar perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan terkait. Dalam pengajaran matematik, sebagai guru, kita boleh menggunakan pelbagai cara, teknik, strategi, kaedah, model, bahan bantu mengajar untuk mengajar konsep ini. Tambah lagi, pada zaman moden ini, pelbagai usaha yang telah dihasilkan oleh para cendekiawan dan pencipta teknologi untuk memudahkan kehidupan manusia lain dengan mencipta pelbagai alat yang memberi impak yang baik kepada kita semua. Contohnya di dalam pengajaran kadar perubahan, kita boleh menggunakan alat seperti graphic calculator, perisian Geometer’s Sketchpad, dan perisian komputer lain seperti perisian power point, excel dan lain-lain lagi. Apa yang penting, ini bergantung pada kemahuan guru sendiri sama ada ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran atau tidak dan adakah ia bersesuaian pula dengan kebolehan pelajar dan kehendak kurikulum. Akhir kata, sesungguhnya gurulah yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai apa jua pengetahuan yang ada di dunia ini. 3582 patah perkataan 20
  • 23. HBMT: PENGAJARAN MATEMATIK TINGKATAN 5 pecutan, pertumbuhan populasi, dan pelbagai lagi. Kadar perubahan juga boleh tunjukkan dengan menggunakan graf iaitu melalui kecerunan yang diperoleh melalui data tertentu. Melalui kecerunan graf juga beberapa jenis kadar dapat diketahui dan ditentukan oleh kita seperti kadar perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan terkait. Dalam pengajaran matematik, sebagai guru, kita boleh menggunakan pelbagai cara, teknik, strategi, kaedah, model, bahan bantu mengajar untuk mengajar konsep ini. Tambah lagi, pada zaman moden ini, pelbagai usaha yang telah dihasilkan oleh para cendekiawan dan pencipta teknologi untuk memudahkan kehidupan manusia lain dengan mencipta pelbagai alat yang memberi impak yang baik kepada kita semua. Contohnya di dalam pengajaran kadar perubahan, kita boleh menggunakan alat seperti graphic calculator, perisian Geometer’s Sketchpad, dan perisian komputer lain seperti perisian power point, excel dan lain-lain lagi. Apa yang penting, ini bergantung pada kemahuan guru sendiri sama ada ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran atau tidak dan adakah ia bersesuaian pula dengan kebolehan pelajar dan kehendak kurikulum. Akhir kata, sesungguhnya gurulah yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai apa jua pengetahuan yang ada di dunia ini. 3582 patah perkataan 20