• Partagez
  • E-mail
  • Intégrer
  • J'aime
  • Télécharger
  • Contenu privé
Pengajaran matematik tingkatan satu
 

Pengajaran matematik tingkatan satu

on

  • 4,254 vues

Tugasan Matematik OUM 2012

Tugasan Matematik OUM 2012

Statistiques

Vues

Total des vues
4,254
Vues sur SlideShare
4,249
Vues externes
5

Actions

J'aime
1
Téléchargements
99
Commentaires
0

2 Ajouts 5

http://www.facebook.com 4
https://www.facebook.com 1

Accessibilité

Catégories

Détails de l'import

Uploaded via as Microsoft Word

Droits d'utilisation

© Tous droits réservés

Report content

Signalé comme inapproprié Signaler comme inapproprié
Signaler comme inapproprié

Indiquez la raison pour laquelle vous avez signalé cette présentation comme n'étant pas appropriée.

Annuler
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Votre message apparaîtra ici
    Processing...
Poster un commentaire
Modifier votre commentaire

    Pengajaran matematik tingkatan satu Pengajaran matematik tingkatan satu Document Transcript

    • FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2011 HBMT2203TEACHING MATHEMATICS IN FORM ONE E-MEL : marshiza@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN: Pusat Pembelajaran Melaka
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002 Isi Kandungan HalamanBiodata Pelajar iPenghargaan ii1.0 Pengenalan 1-22.0 Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Bagi Topik Pepejal Geometri 43.0 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 43.1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran3.1.1 Aktiviti Pengajaran 4-73.1.2 Aktiviti Murid 7-83.2 Refleksi Kendiri 84.0 Laporan Maklumbalas 84.1 Maklumbalas Pelajar 8-114.2 Maklumbalas Guru 95.0 Analisis Maklumbalas 105.1 Analisis Maklumbalas Pelajar 10-125.2 Analisis Maklumbalas Pelajar 12-146.0 Kesimpulan 15-16Rujukan iii
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002 Penghargaan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayahkepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk ‘Teaching Mathematics In FormOne’(HBMT3303) pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami sertamemberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan danpembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruhwarga OUM semester September 2011 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikankerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarahyang di hormati, Puan Maimunah Binti Harun kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajarkepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga denganE-Tutor, Tengku Noor Zima Tuan Jaffar,yang banyak memberi maklumat melalui laman forumLMS.Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali,yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih. i
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 7610201354600021.0 PengenalanDalam bidang pendidikan, seorang pendidik bukan sahaja memerlukan perancangan pengajaranyang baik dan terperinci, malah perlu mengambil kira bahan bantu mengajar yang berfungsimembantu pengajaran pada hari itu yang mana ia berupaya dapat menarik perhatian pelajar.Apakah yang dikatakan dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau sewaktu dahulu ia lebihsinonim dengan panggilan Alat Bantu Mengajar( ABM)?Bahan bantu mengajar adalah merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untukmembantunya menyampaikan pengajaran. Nguen Kui Sang (1981) menyatakan bahawa tidakdapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetujubahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yangmelibatkan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar.Menurut Mok Soon Sang (1991), Alat Bantu Mengajar (Bahan Bantu Mengajar) merupakanintipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usahamemudahkan pelajar memahami konsepdan isi serta fakta dalam proses pengajaran danpembelajaran.Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar adaberbagai-bagai. Bahan-bahan tersebut mungkin dalam bentuk, buku, kad, carta, slaid.‘powerpoint’ dan perisian computer yang banyak digunakan di sekolah-sekolah. Bahan-bahandan alat-alat yang menyokong pengajaran itu dinamakan sebagai bahan bantu mengajar.Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologidan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yangdirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantumengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaranitu, guru-guru teknikal haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya denganmemperbanyakkan penggunaan BBM dalam pengajaran mereka. BBM adalah penting dalampengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajaruntuk belajar. Menurut Ng Ying (2004) pula, semua jenis pembelajaran dan pengalaman yangdiperolehi adalah melalui deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran, 1
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002sentuhan, rasa dan bau. Penggunaan BBM tidak dapat dielakkan dalam pengajaranguru kerana penggunaan alat-alat ini dapat membantu pelajar menajamkan deriamereka bagi membantu mereka mencapai pembelajaran yang berkesan. 1.1 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar 1. Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep 2. Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar 3. Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. 4. Memberi pengalaman yang sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. 5. Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata. 6. Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. 1.2 Jenis-jenis Bahan Bantu MengajarMenurut Hajah Masriatol Farahiyah Hj Sajali (2007) Bahan Bantu Mengajar terdiri daripada tigajenis: (a) Bahan Bantu Mengajar Bukan ElektronikBahan bantu mengajar ini terdiri daripada papan hitam, atau papan tulis, papan pamer atau papanbulletin, fai tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan atau kad cantuman, carta, grafik,papan pengajaran yang (mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patungdan diorama. (b) Bahan Bantu ElektronikTerdiri daripada perisian pendidikan yang banyak disediakan di sekolah-sekolah olehKementerian Pelajaran Malaysia, komputer, LCD Projektor yang memancarkan perisiandaripada komputer, talian internet bagi memudahkan guru dan pelajar mencari maklumat,overhead projector, pita slaid (filem slaid), radio, televisyen, alat rakaman, dan sebagainya. 2
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002 (c) Alat-alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar.Alat-alat becorak pengalaman dan bahan sebenar seperti lakonan, pantomin, lawatan, dan projekpameran, dan alat sebenar daripada alam sekitar,atau disebut sebagai realia, iaitu merupakanbenda semulajadi. Ia di kelaskan sebagai bahan tiga dimensi dan dibagahikan kepada beberapakumpulan iaitu, benda bukan hidup, benda hidup, benda buatan dan tumbuh-tumbuhan. 1.3 Perkara Yang perlu Diambilkira Apabila Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Setiap guru perlu peka bagaimana menyediakan jenis-jenis alatan dan bahan yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan. Selain itu, guru juga harus arif dan berpengetahuan untuk mengendalikan alatan dan bahan tersebut agar tidak pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancet tanpa membuang masa yang sia-sia. Contohnya guru yang menggunakan perisian pendidikan melalui komputer dan LCD projector perlu mahir menggunakan alatan tersebut dan bersiap sedia sebelum memulakan pengajaran. Ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran masa semasa memasang alatan ytersebut. Bahan Bantu mengajar perlu sentiasa berada di dalam keadaan yang baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap menyesuaikan keperluan pelajar dan masa yang diperuntukkan.Kesimpulannya ialah bahan bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalampengajaran guru. Bahan bantu mengajar yang efisien dapat membantu proses penerimaan konsepserta menambahkan kefahaman pelajar dengan lebih cepat. Sebenarnya terdapat pelbagai bahanbantu mengajar yang boleh kita peroleh di pasaran. Walaupun agak mahal namun berpatutandengan kegunaannya di dalam kelas. Jika seseorang guru mempunyai idea yang kreatif daninovatif adalah lebih baik jika guru itu sendiri menghasilkan bahan bantu mengajar mengikutkeperluan pengajaran dan pembelajaran. 3
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 7610201354600022.0 Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Bagi Topik Pepejal GeometriPemilihan bahan bantu mengajar ini adalah berdasarkan keperluan topik ‘Pepejal Geometri’ yangtelah dipilih bagi tugasan ini. Pepejal geometri dipilih kerana ia merupakan satu topik yangmenarik dan berkait rapat dengan kehidupan manusia. Dalam realiti kehidupan, manusiadikelilingi dengan pelbagai bentuk pepejal geometri. Namun yang demikian, mereka tidak tahubagaimana asal usul sesuatu bentuk itu terbina dan apakah fungsinya setiap bentuk itu. Olehsebab itu, pepejal geometri adalah satu topik penting dipelajari. Dalam topik ini guru telahmemilih beberapa jenis bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran danpembelajaran. Diantaranya ialah carta-carta, pepejal geometri dalam bentuk maujud, modelrumah, serta bentangan kubus dan kuboid (nets of cubes and cuboid). Bahan-bahan bantumengajar ini akan ditunjukkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akandiperjelaskan selepas ini.3.0 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 3.1 Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranTopik : Pepejal GeometriObjektif pembelajaran: Murid-murid diajar untuk memahami ciri-ciri kubus dan kuboidHasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar berupaya; Mengenalpasti pepejal geometri Menyatakan ciri geometri kubus dan kuboid Melukis bentangan kubus dan kuboid pada grid segiempat sama dan kertas kosong. Membina model kubus dan kuboid dengan mencamtumkan muka dan melipat bentangan yang diberiBilangan murid : 30 orangBahan Bantu Mengajar: Model rumah permainan, bahan maujud pepejal geometriCarta-carta,bentuk-bentuk 3-D, bentangan kubus dan kuboidNilai: Bekerjasama, berusaha, peka 4
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 7610201354600023.1.1 Aktiviti Pengajaran: 1. Pelajar ditunjukkan dengan satu model rumah. m Model rumah permainan 2. Pelajar diminta menyatakan pandangan masing-masing terhadap model rumah itu. Semasa ini guru mengaitkannya dengan topik pada hari itu iaitu ‘Pepejal geometri’. 3. Pelajar-pelajar diminta untuk menyatakan apakah bentuk geometri tiga dimensi yang telah dipelajari sebelum ini. Pelajar –pelajar memberi pendapat masing-masing. 4. Guru menunjukkan pepejal geometri (Rajah A) serta mempamerkan carta (Rajah B) seterusnya bersoal jawab berdasarkan carta dan bahan maujud tersebut. Pelajar juga diajar kembali dengan ciri-ciri bentuk-bentuk pepejal tersebut seperti bilangan sisi, muka dan bucu. Rajah A Rajah B 5
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 7610201354600025. Selepas itu, pelajar juga di tunjukkan dengan carta kubus dan kuboid (lihat Rajah (C). Dalam carta tersebut ada di tunjukkan bahagian-bahagian yang terdapat pada kubus dan kuboid. Disamping itu, guru menunjukkan pepejal geometri kubus dan kuboid seperti Rajah B. Beberapa orang pelajar diminta datang ke hadapan menunjukkan bahagian- bahagian terlibat iaitu, bucu, sisi dan muka.6. Pelajar-pelajar dibimbing untuk menyatakan ciri-ciri kubus dan kuboid berdasarkan satu carta (Rajah D). Rajah C Rajah D7. Kemudian pelajar-pelajar diminta untuk membayangkan bentangan bagi kubus dan kuboid. Mereka diminta membuat lakaran bentangan kubus dan kuboid di atas kertas kosong. Mereka menunjukkan hasil lakaran masing-masing.8. Guru menunjukkan bentangan kubus dan kuboid yang telah disediakan (lihat Rajah E) dan membandingkannya dengan hasil lakaran para pelajar . 6
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002 Rajah E3.1.2Aktiviti Untuk PelajarMembina bentangan kubus dan kuboid. 1) Pelajar-pelajar dibahagikan dalam kumpulan berempat. 2) Setiap kumpulan diberikan kad bentangan kubus dan kuboid yang telah siap dilukis (lihat Rajah F) pada kad manila, gunting, gam atau sellotape. R Rajah F 7
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002 3) Pelajar diminta memotong bentangan tersebut berdasarkan garisan yang ada. 4) Kemudian pelajar melipat mengikut garisan tersebut secara cuba dan bentukkan kubus atau kuboid serta mencantumkan ia dengan menggunakan sellotape atau gam. 5) Setiap hasil kumpulan dipamerkan di hadapan kelas3.2 Refleksi Kendiri:Berdasarkan penggunaan bahan bantu mengajar tersebut, didapati pelajar-pelajar agak terujadengan pengajaran serta aktiviti yang dilakukan. Bahan bantu mengajar yang terdiri daripadabentuk pepejal tu di dapati daripada pusat sumber sekolah, model rumah permainan itu adalahmilik guru sendiri, manakala carta-carta, serta bentangan kubus dan kuboid adalah dihasilkanoleh guru sendiri. Guru berasa amat berpuas hati dengan penghasilan carta-carta tersebut yangsedikit sebanyak membantu pemahaman konsep pelajar. Namun yang demikian, guru jugaberhasrat untuk membuat paparan ‘powerpoint’ atau perisian yang mengandungi topik ini bagipengajaran pada masa akan datang. Ini untuk menarik lebih perhatian pelajar dalampembelajaran berbantukan komputer.4.0 Laporan Maklumbalas4.1 Maklumbalas PelajarMaklum balas 30 orang pelajar terhadap bahan bantu mengajar yang digunakan ialah agak baik.Mereka memberi renspon ketika guru menggunakan bahan-bahan dan alatan tersebut.Penggunaan bahan maujud seperti pepejal geometri dan model rumah yang berwarna-warni itubegitu menarik perhatian mereka. Apabila ditanya pendapat mereka tentang bahan bantumengajar yang paling menarik kebanyakan daripada mereka memang menyukai model rumahdan bentuk pepejal geometri tersebut. Sebilangan pelajar pula menyukai carta –carta kerana iamemberi maklumat dan fakta penting secara bertulis. Maklumat yang ditulis adalah terperincidan mudah difahami. Bentangan kubus dan kuboid juga membantu mereka memahami asal-usulbentuk yang sebenar. 8
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 7610201354600024.2 Maklumbalas GuruDua orang guru dipilih untuk memberi komen dan maklum balas terhadap bahan bantu mengajar.Guru A memberikan pendapat bahawa penyediaan bahan bantu mengajar tersebut adalah baikdan menarik. Bahan maujud yang digunakan seperti model rumah serta bentuk pepejal geometrimampu menarik perhatian murid. Carta yang disediakan juga jelas dan lengkap serta berwarna-warni. Apa yang penting ialah maklumat yang dipapar di dalam carta tersebut adalah menepatikonsep yang diajar. Namun begitu beliau mencadangkan agar guru memasukkan elemen-elemenyang berkait dengan teknologi maklumat seperti dengan bantuan perisian pendidikan, saluraninternet ataupun paparan’powerpoint’ yang lebih mampu membawa pelajar meneroka denganlebih jauh bagi topik ini. Ia sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-muriddalam teknologi maklumat. Pelajar-pelajar-pelajar juga boleh diberi peluang untuk menerokasendiri saluran internet , contohnya untuk mencari maklumat mengenai ciri-ciri pepejal geometri,serta bagaimanakah rupanya bentangan kubus dan kuboid serta bentuk-bentuk lain dengan lebihmeluas lagi.Guru B pula berpendapat bahawa bahan bantu mengajar itu agak baik dan memuaskan. Bagi setinduksi yang mana digunakan model rumah beliau berpendapat adalah lebih baik jika iadigantikan dengan paparan ‘powerpoint’ tentang benda-benda ajaib di dunia seperti gambarPiramid di Mesir, Great Wall di China, bangunan Kaabah di Mekah, Menara Pisa di Itali,Menara Eiffel di Paris, Taaj Mahal di India dan lain-lain lagi yang mana ia terbina denganpelbagai bentuk pepejal geometri dengan kaedah pembinaan yang menakjubkan. Di samping itu,secara tidak langsung ia menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar itu sendiri serta secaratidak langsung ia dapat menggabungjalinkan mata pelajaran matematik dengan sains. Sedikitsebanyak ia memberi suatu ilmu baru kepada para pelajar. Selain itu, guru B menyatakan untukmenambahkan kefahaman mereka tentang topik ini, guru dan pelajar boleh membuat lawatansambil belajar ke Petrosains, kerana banyak unsur-unsur bentuk yang boleh didapati di situNamun demikian kekangan masa dan kos kewangan mungkin menjadi masalah utama dalam halini. Walaubagaimanapun, jika ada masa yang sesuai dan perancangan yang teliti, aktiviti lawatanini pasti boleh dijalankan . 9
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 7610201354600025.0 Analisis Maklumbalas 5.1 Analisis Maklum Balas PelajarDi bawah saya telah menyediakan borang soal selidik kepada 30 orang pelajar tersebut. Setiaporang perlu menandakan (√ ) kepada ruang yang disediakan. ( Lihat lampiran 1) Borang Soal Selidik Pelajar Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Bagi Topik Pepejal Geometri ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan (√ ) pada petak yang disediakan.Jantina: Lelaki ( ) Perempuan ( )Bangsa: Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain-lain ( ) Soalan Sangat Setuju Kurang Tidak setuju setuju setuju1.Bahan bantu mengajar sangat menarik.2.Bahan Bantu mengajar benar-benarmemberi kefahaman kepada anda.3.Guru mahir menggunakan bahan bantumengajar tersebut.4. Bahan bantu mengajar tersebutmemberi kesan yang baik kepadapembelajaran anda.5. Pengajaran guru berkesan apabilamenggunakan bahan bantu mengajartersebut. Lampiran 1 10
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002 Berdasarkan borang selidik tersebut analisis maklumbalas pelajar dapat di tunjukkan dalam graf di bawah; 30 25 20 Sangat setuju 15 Setuju Kurang setuju 10 Tidak Setuju 5 0 Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Graf AAnalisis Data berdasarkan Graf A: Bagi Soalan 1 seramai 16 orang yang sangat bersetuju bahawa bahan bantu mengajar sangat menarik manakala 12 orang bersetuju dan 2 orang pula kurang bersetuju. Bagi Soalan 2 seramai 20 orang pelajar sangat bersetuju bahawa bahan bantu mengajar benar-benar memberi kefahaman kepada mereka. Selebihnya 5 orang pelajar setuju dan 5 orang lagi kurang setuju dengan kenyataan tersebut. Bagi soalan 3 seramai 25 orang pelajar sangat bersetuju bahawa guru mahir menggunakan bahan bantu mengajar tersebut manakala 5 ornag hanya bersetuju. Untuk Soalan 4 pula, seramai 20 orang sangat bersetuju bahawa bahan bantu mengajar tersebut memberi kesan yang baik kepada pembelajaran mereka manakala 10 orang pelajar lagi menyatakan setuju. 11
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002 Akhir sekali untuk Soalan 5, seramai 20 orang bersetuju bahawa pengajaran guru berkesan setelah menggunakan bahan bantu mengajar tersebut manakala 10 orang lagi hanya mengatakan setuju.Kesimpulan yang boleh dibuat di sini bahawa secara keseluruhannya pelajar-pelajar menyukaipengajaran guru menggunakan bahan bantu mengajar tersebut. Bahan bantu mengajar tersebutjuga memberi kefahaman konsep pelajar terhadap topik pada hari itu. Guru agak berpuashatidengan penyampaian pengajaran berbantukan bahan bantu mengajar tersebut. Apa yang pentingialah objektif pengajaran dan pembelajaran serta hasi pembelajaran para pelajar Berjaya padahari itu. 5.2 Analisis Maklum Balas GuruDi bawah saya telah menyediakan borang soal selidik kepada 2 orang guru tersebut. Setiap orangperlu menandakan (√ ) kepada ruang yang disediakan. ( Lihat lampiran 2) Borang Soal Selidik Guru Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Bagi Topik Pepejal Geometri ARAHAN : Sila jawab semua soalan dengan menandakan (√ ) pada petak yang disediakan. Jantina: Lelaki ( ) Perempuan ( ) Bangsa: Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain-lain ( ) Soalan Sangat Setuju Kurang Tidak setuju setuju setuju 1.Bahan bantu mengajar sangat menarik. 12
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 7610201354600022.Bahan Bantu mengajar sesuai dengantopik pengajaran dan umur para pelajar.3.Bahan bantu mengajar boleh diperbaiki4. Bahan bantu mengajar tersebut berkostinggi dan tahan lama. (carta-carta)5. Bahan bantu mengajar tersebut mudahdi bawa ke mana-mana. Lampiran 2Berdasarkan borang selidik tersebut analisis maklumbalas guru dapat di tunjukkan dalam graf di bawah 2.5 2 1.5 Sangat setuju Setuju 1 Kurang setuju Tidak Setuju 0.5 0 Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Graf B 13
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002 Analisis Data berdasarkan Graf B: Bagi Soalan 1 kedua-dua orang guru sangat bersetuju bahawa bahan bantu mengajar sangat menarik. Bagi Soalan 2 kedua-dua orang guru juga menandakan kolum setuju bahawa bahan bantu mengajar sesuai dengan topik pengajaran dan umur para pelajar Bagi soalan 3, seorang guru memilih setuju dan seorang memilih kurang setuju supaya bahan bantu mengajar boleh diperbaiki Untuk Soalan 4 pula, kedua-dua orang guru memilih tidak setuju bahawa . bahan bantu mengajar tersebut berkos tinggi dan tahan lama. (carta-carta) Akhir sekali untuk Soalan 5, kedua-dua orang memilih setuju bahawa bahan bantu mengajar tersebut mudah di bawa ke mana-mana.Keseluruhannya didapati respon dua orang guru tersebut adalah baik dan terhadap bahan bantumengajar yang telah digunakan. Namun demikian mereka berpendapat bahan bantu mengajarseperti carta itu boleh diperbaiki lagi dengan menggunakan elemen teknologi maklumat (IT).Pandangan itu agak membina dan boleh diterima dan sebagai guru, saya akan cubamemperbaikinya dari masa ke masa.6.0 KesimpulanBahan bantu mengajar adalah penting bagi pengajaran guru. Fungsi bahan bantu mengajar bukansahaja untuk menarik minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran khususnya matematikmalahan membantu mereka memahami apa yang diajar oleh guru dengan lebih baik. Kadangkalapelajar-pelajar merasa terkongkong dengan konsep-konsep, rumus, dan formula matematik.Apatahlagi guru hanya bersandarkan kepada buku teks untuk menyampaikan pengajarannya. Inimenambahkan perasaan bosan dan kurang minat mereka terhadap matapelajaran ini.Dalam kajian Muhamad Sobri (2000), guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakanbuku teks sebagai pelajaran, hanya membuktikan yang dia tidak kreatif untuk menimbulkansuasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas mereka bosan serta pelajar-pelajar tidakmendapat idea baru. Kesannya, fikiran pelajar menjadi beku dan tidak kreatif. Ada guru yang 14
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang tidak berubah dari hari demi hari, minggudemi minggu dan tahun demi tahun. Sepatutnya yang perlu digunakan adalah sedikit imaginasibagi mengubah cara penyampaian, mencari pendapat baru atau mencuba kaedah baru danmenggunakan bantuan peralatan bagi menyokong pengajarannya. Guru harus memahami citarasapelajarnya yang berusia muda dan cuba menyesuaikan pengajarannyaSelain itu kita sudah sedia maklum tentang minat pelajar-pelajar baik di sekolah rendahmahupun menengah dengan aktiviti permainan. Kita boleh menggunakan kaedah bermain yangberkaitan dengan matematik contohnya dam ular, permainan jutaria, teka silangkata, permainanSudoku dan pelbagai lagi yang boleh dibahsuai menjadi permainan berunsurkan pembelajaran.Pasti para pelajar akan berasa sangat teruja dan seronok mempelajari matematik dan mungkinsegala konsep yang dipelajari akan kekal dalam ingatan mereka. Apapun, yang paling pentingialah sikap guru itu sendir. Mereka i perlulah mengambil kira tentang kehendak dan keperluanpelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan bukannya hanya sekadarmelepaskan batuk di tangga kerana ini mungkin akan mengecewakan sebilangan pelajar yangmendambakan ilmu pengetahuan. Masa depan pelajar bukan sahaja terletak di tangan merekasahaja tetapi gurulah antara manusia yang menjadi pemangkin kejayaan seseorang pelajar itu.InsyaALLAH.Akhir kata semoga segala apa yang dihuraikan di sini akan dapat memenuhi tugasan pada kali iniSekian terima kasih. 15
    • HBMT3303: Teaching Mathematics In Form One 761020135460002RujukanHBMT3303 Teaching Mathematics In Form One.Dr Lim Tick Meng,Dr Mohd NazariYaakob.(2010). Open University Malaysia(OUM).Meteor Doc.Sdn.Bhd.Selangor Darul EhsanMok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Penggunaan Alat Bantu Mengajar(ABM) dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaranMatematik akan lebih berkesan. Hajah MasriyatolFarahiyah Haji Sajalihttp://www.slideshare.net/amoi286/abm-matematikLim Chap Sam, Fatimah Salleh, Munirah Ghazali (2003). Alat Bantu MengajarMatematik. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.Artikel Matematik Kbsm: Harapan Dan Realiti.Tengku Zawawi Tengku Zainal.Jabatan Sains &Matematik, Mpktbrhttp://mujahid.tripod.com/math1.htmlPenggunaan Alat Bantu Mengajar (Abm) Di Kalangan Guruguru Teknikal Di Sekolah MenengahTeknik Daerah Johor Bahru, Johor.(2008).Hayazi Bin Mohd Yasin.Universiti TeknologiMalaysiahttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HAYAZIAP050372D2008TTP.pdfEksplorasi Matematik KBSM Tingkatan 1.Lee Chin Choy, Yeo Mui Kiow,Liao YungFar.(2012).Oxford Fajar.Selangor Darul Ehsan iii