SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
Télécharger pour lire hors ligne
Refleksi Makro Pengajaran :

       Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan
dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas
dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagi
mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini.
Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan
pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti
yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat
murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti pantun teka teki pada sesi induksi
dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid.
Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-
aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-
aktiviti pembelajaran yang diadakan. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat
memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian
untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran saya
dapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi
pelajaran yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan
peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas              akan memudahkan murid
mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran
yang ingin disampai oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini
akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar.
Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada
guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang
perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran
boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu,
pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara
jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas,
memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang
diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap
penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini ialah saya
tidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti
susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid.
Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya juga tidak
mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang. Hal ini akan menyebabkan murid tidak tahu
apa yang ingin diajar pada pengajaran seterusnya dan mungkin akan menyebabkan murid tidak
membawa barang yang diperlukan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi
dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua
belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah
tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanya
guru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid.
Pengajaran dan pembelajaran sains juga banyak melibatkan kemahiran proses sains dan
manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Hal ini menyebabkan murid
menganggap bahawa subjek sains itu sukar dan menjadi punca mereka hilang minat untuk
belajar. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah
menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna. Murid-
murid lebih banyak menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa
mengetahui konsep sebenar. Keadaan ini tentunya akan melahirkan murid yang hanya pandai
mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang
melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains. Selain itu kelemahan lain yang
dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Hasil
pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah
dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak
seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal
lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika
langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut
tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan didalam kelas juga agak lemah.
Guru hanya berada dihadapan kelas dan tidak memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas.
Saya seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Dengan
melakukan pemantauan secara tidak langsung saya akan dapat mengawal keadaan dan disiplin
murid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga saya dapat mengesan murid yang lemah
dan membimbingnya dengan lebih dekat.
Meneroka fenomena sekeliling adalah penerokaan sains. Pelbagai strategi perlu
diamalkan dalam pendidikan sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan
pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi fokus pada masa
kini ialah pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan yang berpusatkan murid lebih efektif
berbanding pendekatan tradisional yang berpusatkan guru. Sehubungan itu wajarlah
pengajaran amali berasas inkuiri penemuan diketengahkan bagi meningkatkan pemahaman
murid. Pembelajaran amali berupaya membantu murid membina pengetahuan sendiri. Dalam
proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Oleh itu , kegiatan hands-on dan minds- on telah
disepadukan. Kaedah ini juga dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran
yang analitik, kritis , inovatif dan kreatif. Selain itu , tugasan amali juga biasanya dijalankan
secara berkumpulan yang mengalakkan perasaan positif serta saling menghargai, menyokong
dan menghormati sesama sendiri. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan
cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak
bermakna dan kurang menarik. Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan
pelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Setelah kajian
dijalankan terhadap makroteaching yang telah saya jalankan, terdapat beberapa kelemahan
yang telah saya lakukan dan penambahbaikan perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan
pengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan
pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif
supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu
mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian
pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas
semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau
setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam
kelas samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadap
pelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan
penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki
set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan
berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid,
pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Lembaran
kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid. Jika aras
pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan
ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik
tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang
cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah.
Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke
dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan
kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Saya berharap dengan melakukan tindakan
seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta
dapat menarik minat murid untuk mendalami ilmu sains.

Contenu connexe

Tendances

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
shahrul93
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
Athirah Anith Ariffin
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
Hananie Halim
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
firo HAR
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
Penny Chuah
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Rekha Mariappan
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Sara Zaleha
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
Rosida Ida
 

Tendances (20)

Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Pentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolioPentaksiran autentik portfolio
Pentaksiran autentik portfolio
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 

En vedette

Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makro
joe zulkefli
 
Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1
joe zulkefli
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
Rozhan Zakaria
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
nanisaaid
 
Contoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiContoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksi
wanita25
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
Qian Tan
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
Janet Jouti
 
Panduan penulisan refleksi mengajar
Panduan penulisan refleksi mengajarPanduan penulisan refleksi mengajar
Panduan penulisan refleksi mengajar
lala111
 
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
Lee Chin
 
RPH makro teaching
RPH makro teachingRPH makro teaching
RPH makro teaching
elaine0803
 

En vedette (20)

Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makro
 
Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Refleksi pengajaran
Refleksi pengajaranRefleksi pengajaran
Refleksi pengajaran
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Contoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiContoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksi
 
Definisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaranDefinisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaran
 
Jurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikalJurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikal
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
Pengajaran makro
Pengajaran makroPengajaran makro
Pengajaran makro
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
Refleksi Diri
Refleksi DiriRefleksi Diri
Refleksi Diri
 
Refleksi makro 1
Refleksi makro 1Refleksi makro 1
Refleksi makro 1
 
Panduan penulisan refleksi mengajar
Panduan penulisan refleksi mengajarPanduan penulisan refleksi mengajar
Panduan penulisan refleksi mengajar
 
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
Rancangan mengajar sains tahun 4 ( aniamals and plants protect themselves 2)
 
RPH makro teaching
RPH makro teachingRPH makro teaching
RPH makro teaching
 
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 

Similaire à Refleksi Makro Pengajaran

Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajar
Pensil Dan Pemadam
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
Arra Asri
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)
Alfonsus Sam
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
suryo1
 
8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar
Jeny Hardiah
 
Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razali
aisyamafiza
 

Similaire à Refleksi Makro Pengajaran (20)

Kekurangan dan kelebihan menggunakan metode inkuiri
Kekurangan dan kelebihan menggunakan metode inkuiriKekurangan dan kelebihan menggunakan metode inkuiri
Kekurangan dan kelebihan menggunakan metode inkuiri
 
Bab i
Bab  iBab  i
Bab i
 
Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajar
 
Kajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halaKajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua hala
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusnoBab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
Bab i s d bab iv, lampiran - pkp rino kusno
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)
 
Latihan 1
Latihan 1Latihan 1
Latihan 1
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
UAS Managemen Pembelajaran Sejarah
UAS Managemen Pembelajaran SejarahUAS Managemen Pembelajaran Sejarah
UAS Managemen Pembelajaran Sejarah
 
8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar
 
Ts25 Kohort 5: SMK Kuala Penyu
Ts25 Kohort 5: SMK Kuala PenyuTs25 Kohort 5: SMK Kuala Penyu
Ts25 Kohort 5: SMK Kuala Penyu
 
Pecahan i
Pecahan iPecahan i
Pecahan i
 
2020 a 005_jagatshine muarif(jurnal1)
2020 a 005_jagatshine muarif(jurnal1)2020 a 005_jagatshine muarif(jurnal1)
2020 a 005_jagatshine muarif(jurnal1)
 
Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razali
 
Strategi Pembelajaran Inkuiri
Strategi Pembelajaran InkuiriStrategi Pembelajaran Inkuiri
Strategi Pembelajaran Inkuiri
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guruKompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guru
 

Plus de marziana80 (9)

Peta Minda Sains Tahun 4,5,6
Peta Minda Sains Tahun 4,5,6Peta Minda Sains Tahun 4,5,6
Peta Minda Sains Tahun 4,5,6
 
HSP Science Year 6
HSP Science Year 6HSP Science Year 6
HSP Science Year 6
 
HSP Science Year 5
HSP Science Year 5HSP Science Year 5
HSP Science Year 5
 
HSP Science Year 4
HSP Science Year 4HSP Science Year 4
HSP Science Year 4
 
HSP Science Year 3
HSP Science Year 3HSP Science Year 3
HSP Science Year 3
 
HSP Science Year 2
HSP Science Year 2HSP Science Year 2
HSP Science Year 2
 
HSP Science Year 1
HSP Science Year 1HSP Science Year 1
HSP Science Year 1
 
Rancangan Pelajaran Harian Sains Tahun 3
Rancangan Pelajaran Harian Sains Tahun 3Rancangan Pelajaran Harian Sains Tahun 3
Rancangan Pelajaran Harian Sains Tahun 3
 
Sains Tahun 3
Sains Tahun 3Sains Tahun 3
Sains Tahun 3
 

Dernier

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Dernier (20)

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 

Refleksi Makro Pengajaran

  • 1. Refleksi Makro Pengajaran : Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti pantun teka teki pada sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti- aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti- aktiviti pembelajaran yang diadakan. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran saya dapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
  • 2. Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini ialah saya tidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid. Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya juga tidak mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang. Hal ini akan menyebabkan murid tidak tahu apa yang ingin diajar pada pengajaran seterusnya dan mungkin akan menyebabkan murid tidak membawa barang yang diperlukan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanya guru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran sains juga banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Hal ini menyebabkan murid menganggap bahawa subjek sains itu sukar dan menjadi punca mereka hilang minat untuk belajar. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna. Murid- murid lebih banyak menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar. Keadaan ini tentunya akan melahirkan murid yang hanya pandai mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains. Selain itu kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Hasil pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan didalam kelas juga agak lemah. Guru hanya berada dihadapan kelas dan tidak memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas. Saya seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Dengan melakukan pemantauan secara tidak langsung saya akan dapat mengawal keadaan dan disiplin murid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga saya dapat mengesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan lebih dekat.
  • 3. Meneroka fenomena sekeliling adalah penerokaan sains. Pelbagai strategi perlu diamalkan dalam pendidikan sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi fokus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan yang berpusatkan murid lebih efektif berbanding pendekatan tradisional yang berpusatkan guru. Sehubungan itu wajarlah pengajaran amali berasas inkuiri penemuan diketengahkan bagi meningkatkan pemahaman murid. Pembelajaran amali berupaya membantu murid membina pengetahuan sendiri. Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Oleh itu , kegiatan hands-on dan minds- on telah disepadukan. Kaedah ini juga dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran yang analitik, kritis , inovatif dan kreatif. Selain itu , tugasan amali juga biasanya dijalankan secara berkumpulan yang mengalakkan perasaan positif serta saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama sendiri. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna dan kurang menarik. Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Setelah kajian dijalankan terhadap makroteaching yang telah saya jalankan, terdapat beberapa kelemahan yang telah saya lakukan dan penambahbaikan perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam kelas samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Lembaran
  • 4. kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Saya berharap dengan melakukan tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta dapat menarik minat murid untuk mendalami ilmu sains.