SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  35
1|Page


Psv3104

                PENGAJIAN DAN PENGURUSAN

                     PENIDIKAN SENI VISUAL


  1. PEMERHATIAN SECARA AKTIF




                  Lukisan pemandangan di kawasan perkampungan



  Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,
  berfokus, terperinci serta dapat menajamkan persepsi murid. Pemerhatian secara
  aktif ini memperkembangkan deria penglihatan dan melibatkan pancaindera lain
  melalui kajian perbandingan. Hal ini membantu meningkatkan perkembangan emosi
  dan imaginasi. Peningkatan kefahaman mengenai asas seni visual juga dapat
  dikembangkan melalui kaedah ini. Pemerhatian secara aktif sangat diperlukan oleh
  murid contohnya dalam bidang menggambar. Semua pancaindera terlibat semasa
  menggambar sesuatu berdasarkan imagnasi masing-masing ke atas sesuatu tema
  yang diberikan oleh guru.
2|Page


  1.1 Bidang menggambar



     Dua teknik dalam bidang menggambar yang memerlukan pemerhatian secara
  aktif ialan teknik lukisan dan teknik cetakan. Teknik yang dipilih ini akan membawa
  murid untuk meneroka bidang menggambar. Hasil pembelajaran yang dapat
  diperolehi ialah murid dapat menggambarkan dengan menggunakan
  pemerhatiannya secara aktif dan dapat menghasilkan gambar dengan
  menggunakan teknik secara kreatif melaui penerokaan.

     Teknik lukisan memerlukan murid membuat pemerhatian secara aktif supaya
  lukisan yang dihasilkan dapat menjadi lukisan yang kreatif dan kritis. Semasa
  melukis murid juga dapat mengembangkan aspek psikomotor seperti tangan dan
  jari. Selain itu , bidang ini juga dapat memperkembangkan deria lihat terhadap
  persekitaran dan boleh melahirkan berbagai perasaan seperti gembira, suka,
  selesa, sedih dan sebagainya.

     Apabila kita mengaplikasi teknik lukisan dalam aktiviti seni, secara tidak
  langsung murid akan mudah peka terhadap perkara yang berada di
  persekitarannya. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru boleh menjalankan
  aktiviti teknik lukisan seperti melukis pemandangan di desa.




                            Hasil lukisan murid sekolah rendah
3|Page


       Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru boleh mempamerkan
   beberapa contoh lukisan menarik yang telah dihasilkan oleh murid-murid kelas lain
   bagi menghasilkan lukisan sebagaimana yang dikehendaki. Oleh itu, murid-murid
   dikehendaki menghasilkan lukisan pemandangan di desa melalui pemerhatian
   secara aktif, berfokus dan terperinci .



Teknik Cetakan



Teknik cetakan merupakan teknik yang memerlukan pemerhatian secara aktif dalam
bidang menggambar kerana ia menggunakan media alam semulajdi. Keistimewaan
cetakan ini ialah ia mampu menghasilkan banyak 3 ember 3 karya yang serupa dan
semua hasil karya cetakan itu dianggap asli. Cetakan pada awalnya digunakan untuk
pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada
abad ke 15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.


i) Cetakan timbulan:


Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih
dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino,
potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.



          ii)    Cetakan benam:


Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.
Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.
Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
4|Page


          iii)    Cetakan planograf:


Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Dikenali juga sebagai litografi.
Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air dan ia menggunakan blok batu
kapur. Apabila dihasilkan ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

          iv)     Cetakan stencil (sarigrafi):


   Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. Imej terhasil melalui
   potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. Sekuji digunakan untuk
   menyapu dakwat di atas skrin pemidang.



Murid akan menggunakan semua deria dan melakukan pemerhatian secara aktif
terhadap apa yang mereka mahu perhatikan. Dengan melakukan pemerhatian, murid
akan dapat berimaginasi dan menggambar apakah bentuk cetekan yang akan mereka
hasilkan nanti.




        Contoh hasil cetakan menggunakan buah-buahan yang sudah dipotong
5|Page


   Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru akan membawa beberapa jenis
bunga seperti bunga matahari dan bunga raya. Murid dikehendaki membuat
pemerhatian secara aktif terhadap bentuk bunga-bunga tersebut untuk menghasilkan
cetekan berbentuk bunga. Murid diberi batang pelepah pisang,ubi kentang, kacang
bendi dan bawang untuk membuat cetakan. Pemerhatian secara aktif berlaku sekiranya
murid berjaya menghasilkan cetakan berbentuk bunga yang telah diarahkan oleh guru.



   1.2 Bidang Membuat Corak dan Rekaan



   Dalam bidang membuat corak dan rekaan pula, pemerhatian secara aktif
diperlukan supaya sebuah cork dan rekaan dapat dihasilkan mengikut contoh yang
telah ditentukan. Semasa membuat corak dan rekaan, semua pancaindera terlibat
seperti mata untuk memerhatikan contoh dan tangan untuk melakukan corak serta
rekaan tersebut. Antara teknik dalam membuat corak dan rekaan ialah kolaj dan catan.



   Teknik kolaj dan catan



   Teknik ini merupakan corak terancang. Kolaj bermakna potong, koyak, gunting,
gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-
kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej
seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu
komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang
berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi
artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan
daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara ‘superimpose’ di
antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar
bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
6|Page




                            Contoh hasil kerja teknik kolaj

      Teknik kolaj juga memerlukan pemerhatian yang aktif sebelum melakukannya
dan murid hendaklah memerhatikan contoh yang ditunjukkan oleh guru sebelum
membuat kolaj untuk gambar tersebut. Semasa membuat kolaj, murid akan merasai
secara konkrit bagi endapatkan imej mental. Sebagai contoh, semasa sesi P&P, guru
mengedar gambar pelbagai haiwan yang mereka kenali di daratan atau lautan dan
murid dikehendaki membuat pemerhatian secara terperinci melalui gambar tersebut.



      Hal ini kerana, pemerhatian yang aktif dapat memberi gambaran yang jelas
sebelum proses kolaj dilakukan. Selepas pemerhatian dilakukan, murid dikehendaki
melukis haiwan tersebut,menggunting kertas warna mengikut warna haiwan kepada
cebisan yang kecil dan menampal cebisan kertas warna tadi di dalam lukisan haiwan
tersebut.

      Dalam bidang ini, teknik catan juga memerlukan murid membuat pemerhatian
secara aktif kerana ia merupakan teknik yang memerlukan murid melaksanakan proses
menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Selain itu,ia juga bersifat
dua dimensi yang biasanya diwarnakan di atas permukaan pelbagai jenis kertas, kain
atau kanvas.
7|Page




                      Contoh hasil kolaj yang siap di jalankan



      Semasa melakukan teknik catan dalam sesi P&P, guru akan membawa pelbagai
jenis buah-buahan seperti rambutan,limau, pisang dan sebagainya atau bunga-
bungaan. Sebelum menghasilkan catan, murid dikehendaki memerhati bentuk dan
corak pada buah-buahan atau bunga-bungaan tersebut. Selain bentuk dan corak,
warna buah-buahan dan bunga-bungaan tersebut juga perlu dibuat pemerhatian secara
terperinci supaya murid dapat menghasilkan catan berdasarkan buah-buahan atau
bunga-bungaan sebenar yang dibawa oleh guru.
8|Page


1.3 Bidang membentuk dan membuat binaan



Bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai kaitan dengan pemerhatian
secara aktif. Murid menggunakan kesemua deria yang ada dalam membentuk dan
membuat binaan. Antara teknik yang digunakan dalam membentuk dan membuat
binaan ialah teknik mobail dan topeng.



    Mobail ialah hasil kerja yang berupa bentuk-bentuk tertentu yang digantung sbagai
perhiasan. Imbangan menjadi factor paling penting semasa menggantung bentuk-
bentuk tersebut. Mobail dapat dibahagikan kepada dua katogeri iaitu mobail lipatan dan
mobail potongan. Semasa teknik mobail dilaksanakan dalam P&P, perkara utama yang
murid perlu lakukan ialah membuat pemerhatian secara aktif terhadap contoh yang
diberikan oleh guru atau melihat persekitaran.




                   Contoh hasil kerja teknik mobail yang siap dihasilkan



      Guru boleh menunjukkan contoh mobail yang telah siap dibuat kepada murid.
   Selepas pemerhatian, murid dikehendaki membuat mobail dengan menggunakan
9|Page


   kreativiti mereka sendiri. Dalam menghasilkan mobail, murid dikehendaki melukis
gambar pelbagai jenis binatang seperti rama-rama dan sebagainya. Kemudian mereka
mewarna da menggunting bentuk gambar yang telah siap. Melalui pemerhatian secara
aktif, mereka juga dikehendaki membuat lubang dan menggantung rama-rama tersebut
 pada lidi bagi membentuk mobail mengikut contoh yang telah ditunjukkan oleh guru.



   Teknik topeng pula merupakan salah satu teknik dalam bidang membentuk dan
membuat binaan yang memerlukan murid membuat pemerhatian secara aktif.
Pemerhatian secara aktif oleh murid amat dititikberatkan kerana jika tidak amat sukar
untuk murid melaksanakan teknik topeng. Dalam P&P teknik topeng, guru akan
menunjukkan contoh wajah haiwan seperti kucing.




                              Contoh gambar topeng kucing



   Murid harus membuat pemerhtian secara aktif dan berfokus terhadap wajah kucing
tersebut. Semasa membuat pemerhatian, murid hendaklah meneliti bentuk, corak,
warna, saiz dan kedudukan setiap anggota yang ada di wajah kucing tersebut seperti
misai,mata,hidung,mulut dan bulu di mukanya. Guru membuat demonstrasi cara
membuat topeng berwajah kucing berdasarkan pemerhatian secara aktif yang
dilakukannya tadi.
10 | P a g e




    1.4 Bidang mengenal kraf tradisional.



    Dalam bidang ini pemerhatian secara aktif amat diperlukan kerana untuk membuat
sesuatu kraf tradisional, murid hendaklah memerhati dan dapat merasai serba
berimaginasi mengenai sesuatu bayangan kraf. Oleh itu, melalui cara ini, pasti kraf
yang dihasilkan menjadi sangat menarik. Antara teknik yang digunakan dalam bidang
ini ialah teknik anyaman dan perhiasan diri. Dalam teknik anyaman murid hendaklah
membuat pemerhatian secara aktif semasa guru menunjukkan cara-cara membuat
anyaman agar anyaman yang akan mereka hasilkan berjaya.



    Teknik anyaman dalam bidang mengenal kraf tradisional merupakan teknik yang
memerlukan pemerhatian secara aktif dan melibatkan semua pancaindera kerana
anyaman akan menjadi sukar jika dilakukan secara tidak serius. Anyaman akan menjadi
cantik jika murid-murid pandai mengayam dan memilih perbezaan warna. Murid dapat
melakukan anyaman dengan baik jika guru menunjukkan contoh dan membimbing
semasa mengayam. Dengan ini, murid hendaklah peka mendengar arahan guru.




                                     Teknik anyaman

    Dalam teknik anyaman, semasa P&P murid hendaklah membuat pemerhatian
secara aktif semasa guru membuat demonstrasi mengayam kertas berwarna. Murid
juga harus meneliti contoh jenis-jenis anyaman yang ditunjukkan oleh guru. Selepas
11 | P a g e


pemerhatian dibuat, murid-murid dikehendaki membuat anyaman menggunakan kertas
warna yang disediakan oleh guru mengikut kreaviti masin-masing.



    Teknik perhiasan diri dalam bidang mengenal kraf tradisional ialah seperti hiasan
gelang manik. Hiasan gelang memerlukan murid memilih warna manik yang sesuai
untuk dijadikan hiasan diri. Dalam P&P teknik perhiasan diri ini, guru kan menunjukkan
contoh gelang manik yang telah siap mengikut ton, warna dan saiz manik tersebut.
Oleh itu, sebelum murid membentuk hiasan diri, mereka harus membuat pemerhatian
berfokus terhadap contoh gelang manik yang ditunjukkan.



    Murid juga dapat merasai dan menggambar bentuk apa yang dihasilkan apabila
sudah membuat pemerhatian secara aktif terhadap contoh gelang tersebut. Selepas
pemerhatian dibuat, murid akan dibekalkan manik, gunting dan tali untuk melaksanakan
teknik perhiasan diri dengan menghasilkan gelang tangan mengikut contoh yang
diberikan.
12 | P a g e


        2. INTERAKSI YANG KRITIS DAN KREATIF DENGAN ALAT DAN BAHAN.



    Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
    mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini
    akan memperembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
    berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Interaksi
    yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan mempunyai katan dengan bidang
    menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidang memebentuk dan
    membuat binaan dan juga bidang mengenal kraf tradissional.



    2.1 Bidang Menggambar.



    Untuk bidang ini, interaksi yang kreatif dan kritis dengan alat dan bahan amat
    digalakkan kepada murid kerana semasa interaksi dengan alat dan bahan, murid
    membuat interpretasi dan meyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.
    Dengan ini, murid dapat meneroka bidang menggambar. Proses penerokaan murid
    mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Teknik
    yang dipilih ialah teknik mozek.



        Teknik mozek ialah teknik di mana bahan-bahan seperti kepingan kertas, syiling
    atau serpihan mozek disusun di atas kertas bagi menggambar corak tertentu.
    Teknik mozek dalam P&P memerlukan murid-murid menjalankan interaksi yang
    kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Sebagai contoh, guru menyuruh murid
    membuat seekor ikan di atas kertas lukisan melalui teknik mozek dengan
    menggunakan kepingan kecil kulit majalah dan kertas lukisan secara kreatif dan
    kritis. Melalui teknik mozek ini, murid dikehendaki menyusun dan menampal
    kepingan kecil kulit majalah di atas kertas lukisan bagi menghasilkan mozek seekor
    ikan.
13 | P a g e




                     Teknik mozek seekor ikan yang dihasilkan oleh murid




                           Contoh teknik mozek sebiji buah epal



        Selain itu, antara teknik yang digunakan adalah teknik gosokan. Kegiatan
    gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam
    bidang menggambar dan ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk
    mempersembahkan suatu hasil kerja seni.
14 | P a g e




    Menurut Glosari Seni Lukisan, gosokan bermakna jalinan bentuk atau corak dari
    suatu permukaan ke permukaan pada sesuatu permukaan lain dengan cara
    menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Ia menjadi
    salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Hasil
    pembelajaran yng dapat diperoleh ialah murid dapat menggunakan teknik gosokan
    dengan menggunakan pelbagai alat bahan dan teknik-teknik yang sesuai melalui
    penerokaan secara kreatif.




                                 Teknik gosokan duit syiling



    Dalam P&P teknik gosokan, guru akan meyediakan pensel warna kertas
    luksan,keingan duit syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen sebagai bahan untuk murid

    menjalankan teknik gosokan.



    Murid diminta melukis gambar seekor ikan di atas kertas lukisan, kemudian guru
    akan memberi kepingan syiling kepada murid. Selepas itu, murid diminta untuk
15 | P a g e


    meletakkan kepingan duit syiling di bawah kertas yang mempunyai gambar ikan
    dan menggosokkan duit tersebut dengan menggunakan pensel warna.

    P&P ini memerlukan murid membuat goosokan dengan pebagai saiz duit syiling
    menggunakan pensel warna sehingga memenuhi ruang dalam lukisan ikan.



    2.2 Bidang membuat corak dan rekaan.



    Dalam bidang ini, kaitannya sangat rapat dalam interaksi yang kreatif dan krtitis
    dengan alat dan bahan kerana murid akan berinteraksi dengan alat dan bahan
    untuk menghasilkan corak dan rekaan yang lebih menarik.



    Teknik yang digunakan ialah teknik lipatan dan guntingan serta teknik kolaj. Hasil
    pembelajaran bagi bidang ini ialah untuk menghasilkan kesan corak dengan
    menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik. Teknik ini adalah teknik di mana
    kertas dilipat kemudian digunting mengikut corak atau motif yang hendak dihasilkan.
    Dalam teknik ini murid harus berhati-hati semasa melipat dan menggunting supaya
    dapat menghasilkan rupa bentuk atau motif yang cantik dan menarik. Hasil kerja
    aktiviti ini biasanya dua atau tiga dimensi. Teknik ini memerlukan interaksi dengan
    alat dan bahan untuk menghasilkan corak dan rekaan yang kreatif serta digalakkan
    untuk meneroka bagi mendapatkan corak yang kritis. Selain itu juga, ia dapat
    mengembangkan psikomotor murid-murid.
16 | P a g e




                             Contoh hasil guntingan dan lipatan



        Dalam sesi P&P, guru boleh menyediakan alat dan bahan seperti kertas warna
    dan gunting untuk menjalankan teknik ini. Guru akan menunjukkan contoh corak
    lipatan dan guntingan yang telah siap dihasilkan. Selepas itu, guru menerangkan
    cara untuk membuat lipatan dan guntingan pada kertas warna untuk menghasilkan
    motif berbentuk dua dan tiga dimensi. Seterusnya murid dikehendaki membuat
    lipatan dan guntingan untuk menghasilkan pelbagai rupa bentuk dan motif yang
    kreatif.




                                Contoh teknik kolaj rama-rama
17 | P a g e




        Selain itu, teknik kolaj juga merupakan satu teknik dalam bidang membuat
    corak dan rekaan yang memerlukan murid berinteraksi secara kritis dan kreatif
    dengan alat dan bahan. Dalam teknik ini, murid dapat menggunakan idea dan
    kreativiti mereka sendiri dalam membuat kolaj yang terbaik menggunakan alat dan
    bahan yang disediakan guru. Dalam proses P&P teknik kolaj, guru harus
    menyediakan alat dan bahan seperti gunting, kertas warna, kertas, lukisan dan gam
    untuk menghasilkan sesuatu kolaj. Guru menunjukkan cara membuat kolaj yang
    kreatif menggunakan alat dan bahan yang telah disediakan mengikut contoh yang
    diberikan.



    2.3 Membentuk dan Membuat Binaan



    Bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai kaitan dengan interaksi yang
    kritis dan kreatif dengan alat dan bahan kerana untuk membentuk dan membuat
    binaan, murid memerlukan idea yang banyak dan menarik. Hal ini menggalakkan
    murid untuk membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan
    kreatif dengan menggunakan alat dan bahan sekaligus proses ini dapat
    memperkembangkan aspek psikomotor murid-murid. Antara contoh teknik yang
    digunakan ialah teknik boneka dan model.
18 | P a g e




                                Contoh jenis boneka tangan



    Untuk teknik boneka, jika murid-murid dapat berinteraksi dengan alat-alat dan
    bahan, sudah pasti mereka pakar dalam membentuk dan membuat boneka yang
    lebih kreatif dan menarik. Antara contoh boneka ialah boneka ular, arnab, kucing
    dan ayam. Dalam sesi P&P teknik boneka, guru boleh menjalankan teknik boneka
    menggunakan pelbagai alat dan bahan.



        Sebagai contoh, jika guru ingin murid-murid menghasilkan boneka katak, alat
    dan bahan seperti gunting, kain pelbagai warna, kapas benang dan jarum hendaklah
    disediakan. Untuk menghasilkan boneka katak ini, murid hendaklah berinteraksi
    dengan alat dan bahan seperti menjahit mata katak, menggunting dan membentuk
    badan katak menggunakan jahitan benang dan meletakkan kapas di dalam badan
    katak. Oleh itu interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan angatlah
    penting dalam menghasilkan boneka yang menarik.
19 | P a g e


        Untuk teknik model, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
    sangatlah penting untuk menghasilkan model yang terbaik dan menarik. Antara
    contoh model ialah kenderaan, model rumah dan sebagainya. Dalam sesi P&P
    teknik modal, guru boleh menyediakan alat dan bahan seperti gunting, tali, kotak,
    kertas warna, kad manila dan gam. Murid ditunjukkan contoh model kenderaan
    seperti kereta api kepada murid-murid. Guru juga terlebih dulu akan menunjukkan
    cara membuat model kepada murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Selepas
    itu murid dibekalkan alat dan bahan seterusnya dikehendaki membuat model
    kenderaan masing-masing mengikut kreativiti sendiri.



        2.4 Bidang mengenal kraf tradisional.



         Dalam bidang ini,interaksi yang kritis dan kretif dengan alat bahan dititik
    beratkan hal ini kerana untuk menghasilkan sesuatu kraf traditional seperti anyaman
    dan batik amat memerlukan manipulasi alat dan bahan kerana kedua-dua contoh
    tersebut mempunyai motif kraf yag kompleks. Aspek psikomotor murid juga dapat
    berkembang semasa melakukan anyaman dan juga batik. Teknik dalam bidang
    mengenai kraf tradisional ialah teknik tembikar dan juga anyaman.




                                    Contoh hasil teknik tembikar
20 | P a g e




        Teknik tembikar adalah cara membuat tembikar dengan menggunakan tanah
    liat. Guru boleh membawa murid melawat kilang membuat tembikar. Murid diberi
    peluang berinteraksi dengan alat dan bahan yang disediakan di kilang tersebut.



               Sebagai contoh, alat dan bahan yang digunakan ialah tanah liat dan mesin
        pemusing. Semasa membuat tembikar, manipulasi alat seperti alat mesin
        pemusing dan juga tangan serta bahan seperti tanah liat bersangkut paut
        kerana jika murid-murid tidak mempunyai kemahiran memanipulasi alat dan
        bahan, kraf tradisional yang kreatif tidak dapat dihasilkan dalam teknik ini juga
        murid harus berhati-hati semasa berinterksi dengan mesin pemusing supaya
        dapat menghasilkan badan tembikar yang cantik dan halus permukaannya. Jika
        mesin pemusing tiada kerana proses P&P dijalankan di bilik darjah, guru boleh
        menggunakan inisiatif lain seperti menyediakan sendiri tanah liat bagi
        membentuk tembikar dengan menggunakan alat seperti pisau, pengayak,
        pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk, papan gelek, piring,
        pisau dan sebagainya. Oleh itu, melalui interaksi pelbagai alat dan bahan ini,
        mendapat menghasilkan tembikar yang baik dan menarik.

        Dalam teknik anyaman, murid juga perlu memanipulasi alat dan bahan yang
    perlu digunakan dalam anyaman. Dalam proses P&P teknik anyaman, guru boleh
    menyediakan kertas warna, gunting dan gam untuk menghasilkan anyaman seperti
    tikar mengkuang.

               Guru akan menunjukkan cara membuat anyaman kepada murid dan murid
        harus menghasilkan anyaman melalui contoh yang ditunjukkan oleh guru. Dalam
        teknik ini, murid harus menggunakan semua alat dan bahan yang disediakan
        supaya proses menganyam dapat dilaksanakan dengan baik. Anyaman yang
        menarik dengan motif yang cantik akan terhasil jika murid berinterksi secara kritis
        dan kreatif dengan alat dan bahan
21 | P a g e




        3. APRESIASI SENI VISUAL SECARA MUDAH


        Aapresiasi seni visual memberi pengalamana kepada murid mengenali aspek
        seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
        keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan
        apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil
        kerja pula, boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan cerita, lakonan,
        nyanyian, karangan dan puisi. Aspek aprisiasi seni visual secara mudah
        dikaitkan dengan bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan,
        bidang membentuk dan membuat binaan dan juga bidang mengenai kraf
        tradisional.




        3.1 Bidang menggambar.


        Dalam bidang menggambar, aspek-spek aprisiasi dan seni visual secara mudah
        dapat memberikan gambaran dan pengalaman tentang aspek pengetahuan seni
        visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan
        dan fungsi. Murid juga dapat mengenali tokoh-tokoh dalam bidang menggambar
        dan menghargai sumbangan mereka.


               Teknik yang dapat digunakan dalam aspek apresisi seni visual, secara
        mudah dalam bidang menggambar ialah teknik lukisan iaitu membuat
        perbandingan dan membincangkan tentang karya pelukis tempatan yang
        dipamerkan dan menghargai sumbangan mereka. Sebagai contoh, guru
        membawa murid pergi melawat ke galeri seni lukisan yang menempatkan dan
        mempamerkan karya-karya lukisan daripada tokoh-tokoh pelukis tempatan yang
        terkenal seperti A. Latif Mohideen, Daeng Ariffin, Suzli Ibrahim, Yuen Chee Ling
        dan sebagainya.
22 | P a g e




        Melalui cara ini, murid-murid secara tidak langsung dapat mengenali tokoh-tokoh
        pelukis tempatan yang ada di Malaysia dan menghargai sumbangan mereka
        dalam bidang lukisan. Semasa di galeri seni, murid dikehendakai mengumpul
        maklumat tentang tokoh-tokoh pelukis dan karya yang dihasilkan dan meneliti
        lukisan yang berbentuk imej. Menggunakan media kering atau menggunakan
        warna paling sedikit.


                  Didalam kelas, murid dikehendaki membuat perbandingan dan
        membincangkan tentang karya pelukis tempatan yang dipamerkan. Guru boleh
        berbincang bersama murid mengenai maksud yang tersirat yang terdapat pada
        karya-karya lukisan yang dipamerkan seperti luahan perasaan daripada tokoh
        dan sebagainya.


                  Dalam teknik kolaj, aspek apresiasi seni visul secara mudah dapat
        dinyatakan dengan cara nyanyian dalam hal ini, guru menyuruh murid datang ke
        hadapan kelas dan menyanyikan sebuah lagu berdasarkan kolaj yang telah
        dihasilkan. Sebagai contoh, guru menyuruh murid menghasilkan kolaj bendera
        sekolah. Selepas itu, murid diminta datang ke hadapan kelas dengan membawa
        kolaj yang telah dihasilkan dan menyanyikan lagu sekolah. Melalui kaedah ini,
        murid-murid akan mendapat pengetahuan dan seni visual dan kegunaannya
        dalam pelbagai kegiatan kehidupan. Elain itu, melalui apresiasi seni visual ini,
        murid juga akan mendapat pengalaman yang tidak pernah mereka lalui.


        3.2 Bidang membuat corak dan rekaan.


        Untuk bidang ini, presiasi seni visual secara mudah dapat dibuat melalui hasil
        kerja membuat corak dan rekaan yang dihasilkan. Hasil kerja murid dapat
        dijadikan sebagai bahan perbincangan. Dari situ akan timbul pelbagai cara untuk
        menyampaikan pernyataan tentanghasil kerja seperti dengan cara lisan atau
        cerita.
23 | P a g e




               Antara teknik yang digunakan ialah teknik lukisan. Dalam teknik ini, guru
        meminta murid melukis pelbagai pemandangan seperti pemandangan ditepi
        pantai, pemandangn di kaki bukit, pemandangan di sawah padi, pemandangn di
        kawasan air terjun dan sebagainya. Melalui teknik ini, murid-murid dapat
        mengenali warna-warna asas dalam kehidupan seharian mereka kerana murid
        menggunakan pelbagai warna untuk menghasilkan pemandangan tersebut.
        Selepas lukisan pemandanggan telah siap, guru meminta setiapa murid datang
        ke hadapan kelas dan membawa lukisan pemandangan yang telah dihasilkan.


               Seterusnya untuk mengapresiasikan seni visual secara mudah melalui
        teknik lukisan tersebut, murid yang datang ke hadapan kelas di minta untuk
        menyampaikan pernyataan tentang hasil kerja yang telah dibuat. Mereka di
        kehendaki menceritakan jenis apa pemandangan yang telah dihasilkan dan
        apakaah keindahan yang terdapat di dalam pemandangan tersebut. Secara tidak
        langsung, murid-murid dapat membuat perbandingan dan menyatakan apa yang
        dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja mereka.


               Melalui teknik catan, murid di kehendaki membuat portfolio melalui
        pengumpulan maklumat tentang tokoh-tokok seni catan seeerti Abdullah Ariff,
        Yong Mung Seng , dan O. Don Peris. Melalui pengumpulan maklumat tentang
        tokoh-tokoh catan tersebut, mereka akan mengkagumi dan menghargai
        sumbangana tokoh tersebut dalam bidang membuat corak dan rekaan lukisan
        melalui teknik catan.


        Selain itu, dalam portfolio tersebut juga, murid harus menyelitkan hasil kerja
        catan yang telah dihasilkan. Dengan ini, murid dapat membuat pernyataan hasil
        kerja mereka dalam bentuk karangan. Melalui cara ini, ia memberi pengalaman
        kepada murid dalam mengenali aspek pengetahuan seni visual dan
        kegunaannnya dalam pelbagaai kehidupan dari segi keindahan dan fungsi catan
24 | P a g e


        tersebut. Semua ini merupakan aspek pengetahuan seni visual dan bidang
        membuat corak dan rekaan melalui teknik catan.


        3.3 Bidang membentuk dan membuat binaan.


        Aspek apresiasi seni visual secara mudah dapat dilakukan melalui bidang
        membentuk dan membuat binaan, melalui bidang ini, teknik yang boleh
        digunakan ialah teknik boneka. Dalam hal ini, guru akan menyediakan alat dan
        bahan untuk urid menghasilkan bahan boneka. Guru memberi peluang kepada
        murid untuk menghasilkan boneka haiwan yang di gemari. Selepas proses
        membentuk boneka yang digemari sudah siap, guru akan meminta murid untuk
        menyatakan apa yang dilihat dari aspek pengetahuan seni visual dan dari segi
        keindahan serta fungsi boneka tersebut.




               Murid juga akan menyatakan hasil kerja tersebut melalui cara seperti
        berlakon dengan menggunakan boneka. Murid dikehendaki melakonkan watak
        melalui boneka yang telah mereka hasilkan. Oleh itu, melalui cara ini secara
        tidak langsung aspek pengetahuan dan kegunaannya dapat diterapkan dalam
        diri murid melalui teknik boneka.


               Teknik seterusnya dalam bidang membentuk dan membuat binaan ialah
        teknik origami. Dalam teknik ini, guru mengajar murid membuat origami
        binatang seperti angsa, badak, itik, katak, arnab dan burung. Selepas tiu murid-
25 | P a g e


        murid dikehendaki memilik satu origami haiwan yang paling disukai berdasarkan
        origami haiwan yang telah diajar oleh guru sebentar tadi. Mereka boleh
        menggunakan pelbagai kertas warna untuk menghasilkan origami masing-
        masing. Selepas selesai membentuk origami haiwan pilihan mereka dikehendaki
        membuat satu puisi berkaitan bentuk origmi haiwan tersebut.




               Seterusnya, mereka diminta pergi ke hadapan kelas dan membacakan
        puisi yang telah dihasilkan sambil memegang origami haiwan tersebut. Melalui
        kaedah ini, murid diterapkan keindahan dan fungsi teknik origami itu sendiri.


        3.4 Bidang mengenai kraf tradisional.


        Dalam bidang ini, apresiasi seni visual secara mudah dapat diberikan melalui
        dengan cara mengajar murid mengenali dan menghargai sumbangan tokoh kraf
        dan dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan secara
        kritis dan kreatif. Antara teknik yang digunakan ialah teknik batik. Guru boleh
        mengadakan lawatan ke kilang batik. Contohnya kilang Noor Arfa Batik. Melalui
        lawatan ini murid-murid didedahkan cara-cara membuat batik seperti melukis
        dan mencetak. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk mencuba sendiri
        melukis batik di kilang tersebut. Pada masa ayang sama mereka boleh
        mengenali pelukis-pelukis batik yang berkhidmat di kilang tersebut seterusnya
        menghargai sumbangan mereka terhadap batik yang dihasilkan. Oleh itu, melalui
26 | P a g e


        lawatan ini, guru dapat memberi pengalaman dan pengetahuan tentang teknik
        batik yang terdapat dalam bidang kraf tradisional.


        Teknik tembikar merupakan teknik         yang terdpat dalam bidang mengenal
        kraf trdisional. Guru boleh membawa murid-murid ke kilang tembikar Labung
        Sayung yang terdapat di Kuala Kangsar, Perak. Melalui lawatan ini, murid boleh
        mendapat pengetahuan tentang cara membuat tembikar sekaligus mencuba
        membuat tembikar tersebut. Murid-murid juga dikehendaki mendapatkan
        maklumat mengenai bentuk-bentuk tembikar yang dihasilkan, fungsi dan
        kepentingannya dalam kehidupan seharian untuk dibincangkan ketika berada di
        dalam kelas. Selain itu, guru juga boleh memperkenalkan tokoh pembuat
        tembikar iaitu Noriah bt Mat Ali yang berasal dari Pahang.


        Teknik membentuk tembikar
        1. Teknik picit




        Dengan menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.




        2. Teknik lingkaran .Tanah liat digelek dengan tangan menjadi lingkaran panjang
        dan dilingkar membentuk tembikar
27 | P a g e


        3. Teknik acuan . Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of paris
        dan dibiarkan dalam beberapa minit kmdn lebihan tanah liat di tuang keluar.




        4. Teknik putaran . Menggunakan mesin pemutar. Tanah liat diletakkan ke atas
        mesin dan dibentukkan semasa mesin berputar.




        5. Teknik kepingan
        Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip tanah/tanah liat cair untuk
        mendapatkan bentuk




               Melalui cara ini murid boleh dikehendaki mengumpul maklumat tentang
        tokoh seni kraf tembikar dan juga sumbangannya. Oleh itu, kaedah ini boleh
        membentuk murid mendapat pengetahuan tentang tembikar dan kegunaanya
        dalam pelbagai kegiatan kehidupan.
28 | P a g e


        Tokoh-tokoh Tembikar


        1. Puan Hasnah Adnan dan adiknya dari Sayong, Kuala Kangsar.
        2. Puan sofia dari Kampung Kepala Bendang
        3. Puan Hawa ngah Salam dan adik-beradiknya dari Kampung Baru, Pulau Tiga
        4. Hajah Rogayah Saleh dari Pulau tiga, perak
        5. Cik Siti Wan kembang dari KampungMambong, Kelantan
        6. Ng Lee Huat dari Kuching,Sarawak
        7. Mohd. Nooraini alang Othman(Nomadd) dari Kuala Kangsar, Perak.
29 | P a g e


        4. MENGHARGAI NILAI BAIK DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN


Dalam seni visual, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek
yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara
dan memulihara alam sekitr, nilai patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini
murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan
semua keadaan. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan terdapat dalam
semua bidang iaitu bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidang
membentuk dan membuat binaan dan juga bidang mengenal kraf tradisisonal.



4.1 Bidang menggambar.



Dalam bidang menggambar menghargai nilai baik dalam semua aspek dapat
diterapkan dalam teknik lukisan dan juga teknik gurisan. Dalam teknik lukisan, guru
mengarahkan murid membuat lukisan mengenai alam semula jadi seperti kehidupan
flora dan fauna. Melalui cara ini murid akan menghayati alam semulajadi dan guru akan
menerapkan nilai baik dalam aspek kehidupan. Sebagai contohnya, murid menghargai
segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupannya. Selain itu guru juga
menerapkan nilai memelihara dan memulihara alam sekitar daripada kepupusan.
Secara tidak langsung, murid akan menghargai alam ciptaan tuhan yang tiada tolak
bandingnya.



        Dalam teknik gurisan, guru juga boleh menerapakan nilai baiaka dalam semua
aspek kehidupan. Dalam P&P teknik gurisan, guru mengajar murid membuat gurisan ke
atas tembikai dengan menggunakan paku. Apabila melakukan gurisan, secara tidak
langsung, serpihan tembikar akan jatuh bagi membentuk gambaran corak titik untuk
menerapkan nilai baik, guru akan menyuruh dan memastikan murid-muridnya agar
membuang dan menyapu sisa buangan selepas membuat teknik gurisan. Dengan ini
nilai kebersihan dapat diterapkan dalam diri murid. Selain itu, nilai mendengaar arahan
30 | P a g e


dapat diterapkan dalam diri murid kerana mereka mendengar arahan uyang diberikan
oleh guru iaitu membuang sisa buangan selepas selesai menghasilkan gurisan
tembikar.



4.2 Bidang membuat corak dan rekaan



Untuk bidang membuat cork dan rekaan, menghargai nilai baik dalam semua aspek
juga dapat diterapkan. Sebagai contoh, nilai menyayangi dapat dipupuk dalam diri
murid semasamembut corak dan rekaan dalam teknik lukisan. Dalam kaedaha ini guru
menyuruh murid membuat lukisaan tentng orang yang paling disayangi, antaranya ibu,
bapa, kakak, abang dan adik. Daripada tajuk tersebut, secara tidak langsung guru boleh
menerapkan nilai menyayangi keluarga dalam diri murid-murid.



        Teknik kolaj juga boleh digunakan untuk menerapkan nilai baik dalam semua
spek kehidupan. Dalam teknik ini, guru mengarahkan murid membuat kolaj haiwan
kesayangan mereka. Oleh itu, guru boleh menerapkan nili baik iaitu sayang kepada
haiwan peliharaan mereka. Selain itu, guru juga menerapkan nilai kebersihan dalam diri
murid-murid. Sebagai contoh, mereka diminta tidak membuang cebisan-cebisan kertas
merata-rata semasa membuat kolaj. Oleh itu, melalui teknik kolaj ini, banyak nilai baik
yang boleh diterapkan dalam diri murid-murid.



4.3 Bidang membentuk dan membuat binaan.



Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan juga dapat diterap dalam bidang
membentuk dan membuat binaan. Contohnya menggunakan teknik topeng. Melalui
tema tokoh negara yang diminati murid dikehendaki memilih tokoh Negara yang
diminati dan dikagumi. Selepas itu, guru akan mengarahkan murid membuat topeng
gambar tokoh Negara yang diminati. Dalam hal ini, nilai baik seperti nilai patriotisma
31 | P a g e


dapat diterapkan dalam diri murid-murid scara tidak langsung nilai baik seperti
menghargai sumbangan tokoh-tokoh Negara juga dapat diterapkan dalam diri murid.




                         Pelukis terkenal Malaysia, Yusof Ghani




               Abdul Latiff Mohidin yang terkenal dengan karya ‘Pago-Pago’



        Oleh itu, teknik ini sesuai digunakan untuk guru menerapkan nilai baik dalam
semua aspek kehidupan murid-muridnya. Begitu juga dengan teknik boneka, ia juga
boleh dipupuk dengan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Guru
menyediakan alat dan bahan untuk menghasilkan boneka haiwan dan tumbuhan.
Contohnya boneka haiwan yang guru ingin murid hasilkan ialah boneka burung, gajah,
kucing, harimau dan sebagainya. Contoh boneka tumbuhan pula yang guru ingin murid
hasilkan ialah boneka pokok bunga, pokok kelap dan sebagainya.



        Selepas menyiapkan boneka-boneka tersebut, murid dikehendaki membuat
demonstrasi tentang memelhara dan memulihara flora dan fauna menggunakan boneka
haiwan dan tumbuhan dan haiwan yang telah dihasilkan. Oleh itu, melalui cara ini, guru
32 | P a g e


telah menerapkan nilai menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran serta
menyayangi dan menghargai flor a dan fauna.



4.4 Bidang mengenal kraf tradisional.



Dalam bidang ini, menghargai nilai baik dalam aspek kehidupan diterapkan melalui
teknik membuat batik. Dalam teknik ini, guru membawa murid melawat kilang batik.
Semasa berada dikilang tersebut murid diberi peluang melukis sendiri batik.




Dalam hal ini nilai menyayangi dan menghargai seni batik diterapkan dalam diri pelajar
kerana batik adalah salah satu kraf tradisional dalam Negara dan salah sau warisan
nenek moyang kita.
33 | P a g e




        Teknik tembikar pula dapat dterapkan dengan nilai baik seperti kepekaan
semasa membuatnya. Hal ini kerana ika kita tidak peka pasti tidak akan menjadi
tembikar yang diingini. Dalam hal ini, guru membawa murid ke kilang membuat
tembikar untuk mendedahkan cara-cara membuat tembikar. Semasa dikilang tersebut
murid-murid diberi peluang utnuk membuat tembikar. Untuk menghasilkan tembikar
bermutu dan menarik, kepekaan harus ada dalam diri. Oleh itu, keadaan ini secara
tidak langsung menerapkan nilai baik dalam diri murid. Dan guru juga menyatakan
bahawa jika kit tidak peka melakukan sesuatu, ia tidak akan membuahkan hasil yang
lumayan.



3.0 RUMUSAN.



Kesimpulannya, tumpuan utama pendidikan seni visual yang merangkumi empat apek
utama yang telah dibincang di atas merupakan perkara asas untuk guru
memperkembangkan potensi murid khususnya dalam kegiatan pemikiran, penerokaan,
pernyataan idea, ekspresi diri dan penghasilan karya-karya yang bermutu tinggi, selain
itu, empat bidang yang dibincangkan di atas juga merupakan pelbagai teknik-teknik
34 | P a g e


tertentu yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
seni visual.



Sungguhnya tumpuan utama pendidikan seni visual KBSR dan bidang-bidang
pendidikan seni visual KBSR sangatlah penting dalam m elahirkan insan yang
harmonis, kreatif, menghargai keindahan alam dan warisan bangsa.
35 | P a g e




RUJUKAN



Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual,
KBSR. K.L.: DBP.


Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual, KBSR. K.L.: DBP


Malaysia (1965). Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970. Kuala Lumpur: Jabatan
Percetakan Negara.


Malaysia (1999). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Kuala Lumpur: Jabatan
Percetakan Negara.


Abu Zahari b. Abu Bakar ( 1992 ), Psikologi Pendidikan Untuk Guru, Pustaka Delta
Pelajaran Sdn.Bhd, Selangor Darul Ehsan.


Choong Leong Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. K.L.:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Contenu connexe

Tendances

Rph kssm psv t2
Rph kssm psv t2Rph kssm psv t2
Rph kssm psv t2zehas4ever
 
Rph topeng muka 3 d
Rph  topeng muka 3 dRph  topeng muka 3 d
Rph topeng muka 3 dAhmad NazRi
 
Psv3104 poknik
Psv3104 poknikPsv3104 poknik
Psv3104 poknikMdham Mat
 
pendidikan seni asg oum
pendidikan seni asg oumpendidikan seni asg oum
pendidikan seni asg oummuhammad
 
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)Syahrillita O
 

Tendances (9)

Rph kssm psv t2
Rph kssm psv t2Rph kssm psv t2
Rph kssm psv t2
 
Rph topeng muka 3 d
Rph  topeng muka 3 dRph  topeng muka 3 d
Rph topeng muka 3 d
 
Psv3104 poknik
Psv3104 poknikPsv3104 poknik
Psv3104 poknik
 
pendidikan seni asg oum
pendidikan seni asg oumpendidikan seni asg oum
pendidikan seni asg oum
 
1 pert 1-4-_rpp_seni.budaya_x_smst-1_tp.14.15_apg_
1 pert 1-4-_rpp_seni.budaya_x_smst-1_tp.14.15_apg_1 pert 1-4-_rpp_seni.budaya_x_smst-1_tp.14.15_apg_
1 pert 1-4-_rpp_seni.budaya_x_smst-1_tp.14.15_apg_
 
Rph psv (2012)thn6
Rph psv (2012)thn6Rph psv (2012)thn6
Rph psv (2012)thn6
 
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
Pembuatan media grafis (Media Pembelajaran)
 
Rptsv thn6
Rptsv thn6Rptsv thn6
Rptsv thn6
 
Rph seni
Rph seniRph seni
Rph seni
 

Similaire à Assgment psv3104 new

Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrshafizasabudin
 
Membentuk dan membuat binaan topeng muka
Membentuk dan membuat binaan   topeng mukaMembentuk dan membuat binaan   topeng muka
Membentuk dan membuat binaan topeng mukaAzie Zainal
 
Membentuk dan membuat binaan topeng muka
Membentuk dan membuat binaan   topeng mukaMembentuk dan membuat binaan   topeng muka
Membentuk dan membuat binaan topeng mukaAzie Zainal
 
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambarzainuns
 
Rph dunia seni visual tahun 1 corak&rekaan
Rph dunia seni visual tahun 1 corak&rekaanRph dunia seni visual tahun 1 corak&rekaan
Rph dunia seni visual tahun 1 corak&rekaanzul042748
 
Rph topeng bunga
Rph topeng bungaRph topeng bunga
Rph topeng bungaIeta Yahya
 
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capanRancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capanSalihin Leen
 
4 komponan psv
4 komponan psv4 komponan psv
4 komponan psvSandy Chin
 
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual kincir angin kertas
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual  kincir angin kertasKssr persediaan mengajar pendidikan seni visual  kincir angin kertas
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual kincir angin kertasAlyana Azmi
 
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2Ahmad NazRi
 
Pengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVPengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVErica Leenya
 
Assgmt seni sem 5
Assgmt seni sem 5Assgmt seni sem 5
Assgmt seni sem 5Aida Murat
 

Similaire à Assgment psv3104 new (20)

Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssr
 
Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
3. krp 3974 rph lm minggu ke 3
3. krp 3974  rph  lm minggu ke 3 3. krp 3974  rph  lm minggu ke 3
3. krp 3974 rph lm minggu ke 3
 
Membentuk dan membuat binaan topeng muka
Membentuk dan membuat binaan   topeng mukaMembentuk dan membuat binaan   topeng muka
Membentuk dan membuat binaan topeng muka
 
Membentuk dan membuat binaan topeng muka
Membentuk dan membuat binaan   topeng mukaMembentuk dan membuat binaan   topeng muka
Membentuk dan membuat binaan topeng muka
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 
4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr
 
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
 
Rph dunia seni visual tahun 1 corak&rekaan
Rph dunia seni visual tahun 1 corak&rekaanRph dunia seni visual tahun 1 corak&rekaan
Rph dunia seni visual tahun 1 corak&rekaan
 
Origami [part 1]
Origami [part 1]Origami [part 1]
Origami [part 1]
 
Rph topeng bunga
Rph topeng bungaRph topeng bunga
Rph topeng bunga
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capanRancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
 
4 komponan psv
4 komponan psv4 komponan psv
4 komponan psv
 
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual kincir angin kertas
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual  kincir angin kertasKssr persediaan mengajar pendidikan seni visual  kincir angin kertas
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual kincir angin kertas
 
4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2Rph kssr dunia seni visual tahun 2
Rph kssr dunia seni visual tahun 2
 
Pengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVPengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSV
 
Assgmt seni sem 5
Assgmt seni sem 5Assgmt seni sem 5
Assgmt seni sem 5
 

Assgment psv3104 new

  • 1. 1|Page Psv3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENIDIKAN SENI VISUAL 1. PEMERHATIAN SECARA AKTIF Lukisan pemandangan di kawasan perkampungan Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus, terperinci serta dapat menajamkan persepsi murid. Pemerhatian secara aktif ini memperkembangkan deria penglihatan dan melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Hal ini membantu meningkatkan perkembangan emosi dan imaginasi. Peningkatan kefahaman mengenai asas seni visual juga dapat dikembangkan melalui kaedah ini. Pemerhatian secara aktif sangat diperlukan oleh murid contohnya dalam bidang menggambar. Semua pancaindera terlibat semasa menggambar sesuatu berdasarkan imagnasi masing-masing ke atas sesuatu tema yang diberikan oleh guru.
  • 2. 2|Page 1.1 Bidang menggambar Dua teknik dalam bidang menggambar yang memerlukan pemerhatian secara aktif ialan teknik lukisan dan teknik cetakan. Teknik yang dipilih ini akan membawa murid untuk meneroka bidang menggambar. Hasil pembelajaran yang dapat diperolehi ialah murid dapat menggambarkan dengan menggunakan pemerhatiannya secara aktif dan dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan teknik secara kreatif melaui penerokaan. Teknik lukisan memerlukan murid membuat pemerhatian secara aktif supaya lukisan yang dihasilkan dapat menjadi lukisan yang kreatif dan kritis. Semasa melukis murid juga dapat mengembangkan aspek psikomotor seperti tangan dan jari. Selain itu , bidang ini juga dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh melahirkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, selesa, sedih dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasi teknik lukisan dalam aktiviti seni, secara tidak langsung murid akan mudah peka terhadap perkara yang berada di persekitarannya. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru boleh menjalankan aktiviti teknik lukisan seperti melukis pemandangan di desa. Hasil lukisan murid sekolah rendah
  • 3. 3|Page Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru boleh mempamerkan beberapa contoh lukisan menarik yang telah dihasilkan oleh murid-murid kelas lain bagi menghasilkan lukisan sebagaimana yang dikehendaki. Oleh itu, murid-murid dikehendaki menghasilkan lukisan pemandangan di desa melalui pemerhatian secara aktif, berfokus dan terperinci . Teknik Cetakan Teknik cetakan merupakan teknik yang memerlukan pemerhatian secara aktif dalam bidang menggambar kerana ia menggunakan media alam semulajdi. Keistimewaan cetakan ini ialah ia mampu menghasilkan banyak 3 ember 3 karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli. Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring. i) Cetakan timbulan: Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran. ii) Cetakan benam: Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat. Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin. Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
  • 4. 4|Page iii) Cetakan planograf: Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Dikenali juga sebagai litografi. Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air dan ia menggunakan blok batu kapur. Apabila dihasilkan ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel. iv) Cetakan stencil (sarigrafi): Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang. Murid akan menggunakan semua deria dan melakukan pemerhatian secara aktif terhadap apa yang mereka mahu perhatikan. Dengan melakukan pemerhatian, murid akan dapat berimaginasi dan menggambar apakah bentuk cetekan yang akan mereka hasilkan nanti. Contoh hasil cetakan menggunakan buah-buahan yang sudah dipotong
  • 5. 5|Page Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru akan membawa beberapa jenis bunga seperti bunga matahari dan bunga raya. Murid dikehendaki membuat pemerhatian secara aktif terhadap bentuk bunga-bunga tersebut untuk menghasilkan cetekan berbentuk bunga. Murid diberi batang pelepah pisang,ubi kentang, kacang bendi dan bawang untuk membuat cetakan. Pemerhatian secara aktif berlaku sekiranya murid berjaya menghasilkan cetakan berbentuk bunga yang telah diarahkan oleh guru. 1.2 Bidang Membuat Corak dan Rekaan Dalam bidang membuat corak dan rekaan pula, pemerhatian secara aktif diperlukan supaya sebuah cork dan rekaan dapat dihasilkan mengikut contoh yang telah ditentukan. Semasa membuat corak dan rekaan, semua pancaindera terlibat seperti mata untuk memerhatikan contoh dan tangan untuk melakukan corak serta rekaan tersebut. Antara teknik dalam membuat corak dan rekaan ialah kolaj dan catan. Teknik kolaj dan catan Teknik ini merupakan corak terancang. Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas- kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara ‘superimpose’ di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
  • 6. 6|Page Contoh hasil kerja teknik kolaj Teknik kolaj juga memerlukan pemerhatian yang aktif sebelum melakukannya dan murid hendaklah memerhatikan contoh yang ditunjukkan oleh guru sebelum membuat kolaj untuk gambar tersebut. Semasa membuat kolaj, murid akan merasai secara konkrit bagi endapatkan imej mental. Sebagai contoh, semasa sesi P&P, guru mengedar gambar pelbagai haiwan yang mereka kenali di daratan atau lautan dan murid dikehendaki membuat pemerhatian secara terperinci melalui gambar tersebut. Hal ini kerana, pemerhatian yang aktif dapat memberi gambaran yang jelas sebelum proses kolaj dilakukan. Selepas pemerhatian dilakukan, murid dikehendaki melukis haiwan tersebut,menggunting kertas warna mengikut warna haiwan kepada cebisan yang kecil dan menampal cebisan kertas warna tadi di dalam lukisan haiwan tersebut. Dalam bidang ini, teknik catan juga memerlukan murid membuat pemerhatian secara aktif kerana ia merupakan teknik yang memerlukan murid melaksanakan proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Selain itu,ia juga bersifat dua dimensi yang biasanya diwarnakan di atas permukaan pelbagai jenis kertas, kain atau kanvas.
  • 7. 7|Page Contoh hasil kolaj yang siap di jalankan Semasa melakukan teknik catan dalam sesi P&P, guru akan membawa pelbagai jenis buah-buahan seperti rambutan,limau, pisang dan sebagainya atau bunga- bungaan. Sebelum menghasilkan catan, murid dikehendaki memerhati bentuk dan corak pada buah-buahan atau bunga-bungaan tersebut. Selain bentuk dan corak, warna buah-buahan dan bunga-bungaan tersebut juga perlu dibuat pemerhatian secara terperinci supaya murid dapat menghasilkan catan berdasarkan buah-buahan atau bunga-bungaan sebenar yang dibawa oleh guru.
  • 8. 8|Page 1.3 Bidang membentuk dan membuat binaan Bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai kaitan dengan pemerhatian secara aktif. Murid menggunakan kesemua deria yang ada dalam membentuk dan membuat binaan. Antara teknik yang digunakan dalam membentuk dan membuat binaan ialah teknik mobail dan topeng. Mobail ialah hasil kerja yang berupa bentuk-bentuk tertentu yang digantung sbagai perhiasan. Imbangan menjadi factor paling penting semasa menggantung bentuk- bentuk tersebut. Mobail dapat dibahagikan kepada dua katogeri iaitu mobail lipatan dan mobail potongan. Semasa teknik mobail dilaksanakan dalam P&P, perkara utama yang murid perlu lakukan ialah membuat pemerhatian secara aktif terhadap contoh yang diberikan oleh guru atau melihat persekitaran. Contoh hasil kerja teknik mobail yang siap dihasilkan Guru boleh menunjukkan contoh mobail yang telah siap dibuat kepada murid. Selepas pemerhatian, murid dikehendaki membuat mobail dengan menggunakan
  • 9. 9|Page kreativiti mereka sendiri. Dalam menghasilkan mobail, murid dikehendaki melukis gambar pelbagai jenis binatang seperti rama-rama dan sebagainya. Kemudian mereka mewarna da menggunting bentuk gambar yang telah siap. Melalui pemerhatian secara aktif, mereka juga dikehendaki membuat lubang dan menggantung rama-rama tersebut pada lidi bagi membentuk mobail mengikut contoh yang telah ditunjukkan oleh guru. Teknik topeng pula merupakan salah satu teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan yang memerlukan murid membuat pemerhatian secara aktif. Pemerhatian secara aktif oleh murid amat dititikberatkan kerana jika tidak amat sukar untuk murid melaksanakan teknik topeng. Dalam P&P teknik topeng, guru akan menunjukkan contoh wajah haiwan seperti kucing. Contoh gambar topeng kucing Murid harus membuat pemerhtian secara aktif dan berfokus terhadap wajah kucing tersebut. Semasa membuat pemerhatian, murid hendaklah meneliti bentuk, corak, warna, saiz dan kedudukan setiap anggota yang ada di wajah kucing tersebut seperti misai,mata,hidung,mulut dan bulu di mukanya. Guru membuat demonstrasi cara membuat topeng berwajah kucing berdasarkan pemerhatian secara aktif yang dilakukannya tadi.
  • 10. 10 | P a g e 1.4 Bidang mengenal kraf tradisional. Dalam bidang ini pemerhatian secara aktif amat diperlukan kerana untuk membuat sesuatu kraf tradisional, murid hendaklah memerhati dan dapat merasai serba berimaginasi mengenai sesuatu bayangan kraf. Oleh itu, melalui cara ini, pasti kraf yang dihasilkan menjadi sangat menarik. Antara teknik yang digunakan dalam bidang ini ialah teknik anyaman dan perhiasan diri. Dalam teknik anyaman murid hendaklah membuat pemerhatian secara aktif semasa guru menunjukkan cara-cara membuat anyaman agar anyaman yang akan mereka hasilkan berjaya. Teknik anyaman dalam bidang mengenal kraf tradisional merupakan teknik yang memerlukan pemerhatian secara aktif dan melibatkan semua pancaindera kerana anyaman akan menjadi sukar jika dilakukan secara tidak serius. Anyaman akan menjadi cantik jika murid-murid pandai mengayam dan memilih perbezaan warna. Murid dapat melakukan anyaman dengan baik jika guru menunjukkan contoh dan membimbing semasa mengayam. Dengan ini, murid hendaklah peka mendengar arahan guru. Teknik anyaman Dalam teknik anyaman, semasa P&P murid hendaklah membuat pemerhatian secara aktif semasa guru membuat demonstrasi mengayam kertas berwarna. Murid juga harus meneliti contoh jenis-jenis anyaman yang ditunjukkan oleh guru. Selepas
  • 11. 11 | P a g e pemerhatian dibuat, murid-murid dikehendaki membuat anyaman menggunakan kertas warna yang disediakan oleh guru mengikut kreaviti masin-masing. Teknik perhiasan diri dalam bidang mengenal kraf tradisional ialah seperti hiasan gelang manik. Hiasan gelang memerlukan murid memilih warna manik yang sesuai untuk dijadikan hiasan diri. Dalam P&P teknik perhiasan diri ini, guru kan menunjukkan contoh gelang manik yang telah siap mengikut ton, warna dan saiz manik tersebut. Oleh itu, sebelum murid membentuk hiasan diri, mereka harus membuat pemerhatian berfokus terhadap contoh gelang manik yang ditunjukkan. Murid juga dapat merasai dan menggambar bentuk apa yang dihasilkan apabila sudah membuat pemerhatian secara aktif terhadap contoh gelang tersebut. Selepas pemerhatian dibuat, murid akan dibekalkan manik, gunting dan tali untuk melaksanakan teknik perhiasan diri dengan menghasilkan gelang tangan mengikut contoh yang diberikan.
  • 12. 12 | P a g e 2. INTERAKSI YANG KRITIS DAN KREATIF DENGAN ALAT DAN BAHAN. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan mempunyai katan dengan bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidang memebentuk dan membuat binaan dan juga bidang mengenal kraf tradissional. 2.1 Bidang Menggambar. Untuk bidang ini, interaksi yang kreatif dan kritis dengan alat dan bahan amat digalakkan kepada murid kerana semasa interaksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan meyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Dengan ini, murid dapat meneroka bidang menggambar. Proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Teknik yang dipilih ialah teknik mozek. Teknik mozek ialah teknik di mana bahan-bahan seperti kepingan kertas, syiling atau serpihan mozek disusun di atas kertas bagi menggambar corak tertentu. Teknik mozek dalam P&P memerlukan murid-murid menjalankan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Sebagai contoh, guru menyuruh murid membuat seekor ikan di atas kertas lukisan melalui teknik mozek dengan menggunakan kepingan kecil kulit majalah dan kertas lukisan secara kreatif dan kritis. Melalui teknik mozek ini, murid dikehendaki menyusun dan menampal kepingan kecil kulit majalah di atas kertas lukisan bagi menghasilkan mozek seekor ikan.
  • 13. 13 | P a g e Teknik mozek seekor ikan yang dihasilkan oleh murid Contoh teknik mozek sebiji buah epal Selain itu, antara teknik yang digunakan adalah teknik gosokan. Kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar dan ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni.
  • 14. 14 | P a g e Menurut Glosari Seni Lukisan, gosokan bermakna jalinan bentuk atau corak dari suatu permukaan ke permukaan pada sesuatu permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Hasil pembelajaran yng dapat diperoleh ialah murid dapat menggunakan teknik gosokan dengan menggunakan pelbagai alat bahan dan teknik-teknik yang sesuai melalui penerokaan secara kreatif. Teknik gosokan duit syiling Dalam P&P teknik gosokan, guru akan meyediakan pensel warna kertas luksan,keingan duit syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen sebagai bahan untuk murid menjalankan teknik gosokan. Murid diminta melukis gambar seekor ikan di atas kertas lukisan, kemudian guru akan memberi kepingan syiling kepada murid. Selepas itu, murid diminta untuk
  • 15. 15 | P a g e meletakkan kepingan duit syiling di bawah kertas yang mempunyai gambar ikan dan menggosokkan duit tersebut dengan menggunakan pensel warna. P&P ini memerlukan murid membuat goosokan dengan pebagai saiz duit syiling menggunakan pensel warna sehingga memenuhi ruang dalam lukisan ikan. 2.2 Bidang membuat corak dan rekaan. Dalam bidang ini, kaitannya sangat rapat dalam interaksi yang kreatif dan krtitis dengan alat dan bahan kerana murid akan berinteraksi dengan alat dan bahan untuk menghasilkan corak dan rekaan yang lebih menarik. Teknik yang digunakan ialah teknik lipatan dan guntingan serta teknik kolaj. Hasil pembelajaran bagi bidang ini ialah untuk menghasilkan kesan corak dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik. Teknik ini adalah teknik di mana kertas dilipat kemudian digunting mengikut corak atau motif yang hendak dihasilkan. Dalam teknik ini murid harus berhati-hati semasa melipat dan menggunting supaya dapat menghasilkan rupa bentuk atau motif yang cantik dan menarik. Hasil kerja aktiviti ini biasanya dua atau tiga dimensi. Teknik ini memerlukan interaksi dengan alat dan bahan untuk menghasilkan corak dan rekaan yang kreatif serta digalakkan untuk meneroka bagi mendapatkan corak yang kritis. Selain itu juga, ia dapat mengembangkan psikomotor murid-murid.
  • 16. 16 | P a g e Contoh hasil guntingan dan lipatan Dalam sesi P&P, guru boleh menyediakan alat dan bahan seperti kertas warna dan gunting untuk menjalankan teknik ini. Guru akan menunjukkan contoh corak lipatan dan guntingan yang telah siap dihasilkan. Selepas itu, guru menerangkan cara untuk membuat lipatan dan guntingan pada kertas warna untuk menghasilkan motif berbentuk dua dan tiga dimensi. Seterusnya murid dikehendaki membuat lipatan dan guntingan untuk menghasilkan pelbagai rupa bentuk dan motif yang kreatif. Contoh teknik kolaj rama-rama
  • 17. 17 | P a g e Selain itu, teknik kolaj juga merupakan satu teknik dalam bidang membuat corak dan rekaan yang memerlukan murid berinteraksi secara kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Dalam teknik ini, murid dapat menggunakan idea dan kreativiti mereka sendiri dalam membuat kolaj yang terbaik menggunakan alat dan bahan yang disediakan guru. Dalam proses P&P teknik kolaj, guru harus menyediakan alat dan bahan seperti gunting, kertas warna, kertas, lukisan dan gam untuk menghasilkan sesuatu kolaj. Guru menunjukkan cara membuat kolaj yang kreatif menggunakan alat dan bahan yang telah disediakan mengikut contoh yang diberikan. 2.3 Membentuk dan Membuat Binaan Bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai kaitan dengan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan kerana untuk membentuk dan membuat binaan, murid memerlukan idea yang banyak dan menarik. Hal ini menggalakkan murid untuk membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan sekaligus proses ini dapat memperkembangkan aspek psikomotor murid-murid. Antara contoh teknik yang digunakan ialah teknik boneka dan model.
  • 18. 18 | P a g e Contoh jenis boneka tangan Untuk teknik boneka, jika murid-murid dapat berinteraksi dengan alat-alat dan bahan, sudah pasti mereka pakar dalam membentuk dan membuat boneka yang lebih kreatif dan menarik. Antara contoh boneka ialah boneka ular, arnab, kucing dan ayam. Dalam sesi P&P teknik boneka, guru boleh menjalankan teknik boneka menggunakan pelbagai alat dan bahan. Sebagai contoh, jika guru ingin murid-murid menghasilkan boneka katak, alat dan bahan seperti gunting, kain pelbagai warna, kapas benang dan jarum hendaklah disediakan. Untuk menghasilkan boneka katak ini, murid hendaklah berinteraksi dengan alat dan bahan seperti menjahit mata katak, menggunting dan membentuk badan katak menggunakan jahitan benang dan meletakkan kapas di dalam badan katak. Oleh itu interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan angatlah penting dalam menghasilkan boneka yang menarik.
  • 19. 19 | P a g e Untuk teknik model, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan sangatlah penting untuk menghasilkan model yang terbaik dan menarik. Antara contoh model ialah kenderaan, model rumah dan sebagainya. Dalam sesi P&P teknik modal, guru boleh menyediakan alat dan bahan seperti gunting, tali, kotak, kertas warna, kad manila dan gam. Murid ditunjukkan contoh model kenderaan seperti kereta api kepada murid-murid. Guru juga terlebih dulu akan menunjukkan cara membuat model kepada murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Selepas itu murid dibekalkan alat dan bahan seterusnya dikehendaki membuat model kenderaan masing-masing mengikut kreativiti sendiri. 2.4 Bidang mengenal kraf tradisional. Dalam bidang ini,interaksi yang kritis dan kretif dengan alat bahan dititik beratkan hal ini kerana untuk menghasilkan sesuatu kraf traditional seperti anyaman dan batik amat memerlukan manipulasi alat dan bahan kerana kedua-dua contoh tersebut mempunyai motif kraf yag kompleks. Aspek psikomotor murid juga dapat berkembang semasa melakukan anyaman dan juga batik. Teknik dalam bidang mengenai kraf tradisional ialah teknik tembikar dan juga anyaman. Contoh hasil teknik tembikar
  • 20. 20 | P a g e Teknik tembikar adalah cara membuat tembikar dengan menggunakan tanah liat. Guru boleh membawa murid melawat kilang membuat tembikar. Murid diberi peluang berinteraksi dengan alat dan bahan yang disediakan di kilang tersebut. Sebagai contoh, alat dan bahan yang digunakan ialah tanah liat dan mesin pemusing. Semasa membuat tembikar, manipulasi alat seperti alat mesin pemusing dan juga tangan serta bahan seperti tanah liat bersangkut paut kerana jika murid-murid tidak mempunyai kemahiran memanipulasi alat dan bahan, kraf tradisional yang kreatif tidak dapat dihasilkan dalam teknik ini juga murid harus berhati-hati semasa berinterksi dengan mesin pemusing supaya dapat menghasilkan badan tembikar yang cantik dan halus permukaannya. Jika mesin pemusing tiada kerana proses P&P dijalankan di bilik darjah, guru boleh menggunakan inisiatif lain seperti menyediakan sendiri tanah liat bagi membentuk tembikar dengan menggunakan alat seperti pisau, pengayak, pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk, papan gelek, piring, pisau dan sebagainya. Oleh itu, melalui interaksi pelbagai alat dan bahan ini, mendapat menghasilkan tembikar yang baik dan menarik. Dalam teknik anyaman, murid juga perlu memanipulasi alat dan bahan yang perlu digunakan dalam anyaman. Dalam proses P&P teknik anyaman, guru boleh menyediakan kertas warna, gunting dan gam untuk menghasilkan anyaman seperti tikar mengkuang. Guru akan menunjukkan cara membuat anyaman kepada murid dan murid harus menghasilkan anyaman melalui contoh yang ditunjukkan oleh guru. Dalam teknik ini, murid harus menggunakan semua alat dan bahan yang disediakan supaya proses menganyam dapat dilaksanakan dengan baik. Anyaman yang menarik dengan motif yang cantik akan terhasil jika murid berinterksi secara kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
  • 21. 21 | P a g e 3. APRESIASI SENI VISUAL SECARA MUDAH Aapresiasi seni visual memberi pengalamana kepada murid mengenali aspek seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula, boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Aspek aprisiasi seni visual secara mudah dikaitkan dengan bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidang membentuk dan membuat binaan dan juga bidang mengenai kraf tradisional. 3.1 Bidang menggambar. Dalam bidang menggambar, aspek-spek aprisiasi dan seni visual secara mudah dapat memberikan gambaran dan pengalaman tentang aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid juga dapat mengenali tokoh-tokoh dalam bidang menggambar dan menghargai sumbangan mereka. Teknik yang dapat digunakan dalam aspek apresisi seni visual, secara mudah dalam bidang menggambar ialah teknik lukisan iaitu membuat perbandingan dan membincangkan tentang karya pelukis tempatan yang dipamerkan dan menghargai sumbangan mereka. Sebagai contoh, guru membawa murid pergi melawat ke galeri seni lukisan yang menempatkan dan mempamerkan karya-karya lukisan daripada tokoh-tokoh pelukis tempatan yang terkenal seperti A. Latif Mohideen, Daeng Ariffin, Suzli Ibrahim, Yuen Chee Ling dan sebagainya.
  • 22. 22 | P a g e Melalui cara ini, murid-murid secara tidak langsung dapat mengenali tokoh-tokoh pelukis tempatan yang ada di Malaysia dan menghargai sumbangan mereka dalam bidang lukisan. Semasa di galeri seni, murid dikehendakai mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh pelukis dan karya yang dihasilkan dan meneliti lukisan yang berbentuk imej. Menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Didalam kelas, murid dikehendaki membuat perbandingan dan membincangkan tentang karya pelukis tempatan yang dipamerkan. Guru boleh berbincang bersama murid mengenai maksud yang tersirat yang terdapat pada karya-karya lukisan yang dipamerkan seperti luahan perasaan daripada tokoh dan sebagainya. Dalam teknik kolaj, aspek apresiasi seni visul secara mudah dapat dinyatakan dengan cara nyanyian dalam hal ini, guru menyuruh murid datang ke hadapan kelas dan menyanyikan sebuah lagu berdasarkan kolaj yang telah dihasilkan. Sebagai contoh, guru menyuruh murid menghasilkan kolaj bendera sekolah. Selepas itu, murid diminta datang ke hadapan kelas dengan membawa kolaj yang telah dihasilkan dan menyanyikan lagu sekolah. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendapat pengetahuan dan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan. Elain itu, melalui apresiasi seni visual ini, murid juga akan mendapat pengalaman yang tidak pernah mereka lalui. 3.2 Bidang membuat corak dan rekaan. Untuk bidang ini, presiasi seni visual secara mudah dapat dibuat melalui hasil kerja membuat corak dan rekaan yang dihasilkan. Hasil kerja murid dapat dijadikan sebagai bahan perbincangan. Dari situ akan timbul pelbagai cara untuk menyampaikan pernyataan tentanghasil kerja seperti dengan cara lisan atau cerita.
  • 23. 23 | P a g e Antara teknik yang digunakan ialah teknik lukisan. Dalam teknik ini, guru meminta murid melukis pelbagai pemandangan seperti pemandangan ditepi pantai, pemandangn di kaki bukit, pemandangan di sawah padi, pemandangn di kawasan air terjun dan sebagainya. Melalui teknik ini, murid-murid dapat mengenali warna-warna asas dalam kehidupan seharian mereka kerana murid menggunakan pelbagai warna untuk menghasilkan pemandangan tersebut. Selepas lukisan pemandanggan telah siap, guru meminta setiapa murid datang ke hadapan kelas dan membawa lukisan pemandangan yang telah dihasilkan. Seterusnya untuk mengapresiasikan seni visual secara mudah melalui teknik lukisan tersebut, murid yang datang ke hadapan kelas di minta untuk menyampaikan pernyataan tentang hasil kerja yang telah dibuat. Mereka di kehendaki menceritakan jenis apa pemandangan yang telah dihasilkan dan apakaah keindahan yang terdapat di dalam pemandangan tersebut. Secara tidak langsung, murid-murid dapat membuat perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja mereka. Melalui teknik catan, murid di kehendaki membuat portfolio melalui pengumpulan maklumat tentang tokoh-tokok seni catan seeerti Abdullah Ariff, Yong Mung Seng , dan O. Don Peris. Melalui pengumpulan maklumat tentang tokoh-tokoh catan tersebut, mereka akan mengkagumi dan menghargai sumbangana tokoh tersebut dalam bidang membuat corak dan rekaan lukisan melalui teknik catan. Selain itu, dalam portfolio tersebut juga, murid harus menyelitkan hasil kerja catan yang telah dihasilkan. Dengan ini, murid dapat membuat pernyataan hasil kerja mereka dalam bentuk karangan. Melalui cara ini, ia memberi pengalaman kepada murid dalam mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannnya dalam pelbagaai kehidupan dari segi keindahan dan fungsi catan
  • 24. 24 | P a g e tersebut. Semua ini merupakan aspek pengetahuan seni visual dan bidang membuat corak dan rekaan melalui teknik catan. 3.3 Bidang membentuk dan membuat binaan. Aspek apresiasi seni visual secara mudah dapat dilakukan melalui bidang membentuk dan membuat binaan, melalui bidang ini, teknik yang boleh digunakan ialah teknik boneka. Dalam hal ini, guru akan menyediakan alat dan bahan untuk urid menghasilkan bahan boneka. Guru memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan boneka haiwan yang di gemari. Selepas proses membentuk boneka yang digemari sudah siap, guru akan meminta murid untuk menyatakan apa yang dilihat dari aspek pengetahuan seni visual dan dari segi keindahan serta fungsi boneka tersebut. Murid juga akan menyatakan hasil kerja tersebut melalui cara seperti berlakon dengan menggunakan boneka. Murid dikehendaki melakonkan watak melalui boneka yang telah mereka hasilkan. Oleh itu, melalui cara ini secara tidak langsung aspek pengetahuan dan kegunaannya dapat diterapkan dalam diri murid melalui teknik boneka. Teknik seterusnya dalam bidang membentuk dan membuat binaan ialah teknik origami. Dalam teknik ini, guru mengajar murid membuat origami binatang seperti angsa, badak, itik, katak, arnab dan burung. Selepas tiu murid-
  • 25. 25 | P a g e murid dikehendaki memilik satu origami haiwan yang paling disukai berdasarkan origami haiwan yang telah diajar oleh guru sebentar tadi. Mereka boleh menggunakan pelbagai kertas warna untuk menghasilkan origami masing- masing. Selepas selesai membentuk origami haiwan pilihan mereka dikehendaki membuat satu puisi berkaitan bentuk origmi haiwan tersebut. Seterusnya, mereka diminta pergi ke hadapan kelas dan membacakan puisi yang telah dihasilkan sambil memegang origami haiwan tersebut. Melalui kaedah ini, murid diterapkan keindahan dan fungsi teknik origami itu sendiri. 3.4 Bidang mengenai kraf tradisional. Dalam bidang ini, apresiasi seni visual secara mudah dapat diberikan melalui dengan cara mengajar murid mengenali dan menghargai sumbangan tokoh kraf dan dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan secara kritis dan kreatif. Antara teknik yang digunakan ialah teknik batik. Guru boleh mengadakan lawatan ke kilang batik. Contohnya kilang Noor Arfa Batik. Melalui lawatan ini murid-murid didedahkan cara-cara membuat batik seperti melukis dan mencetak. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk mencuba sendiri melukis batik di kilang tersebut. Pada masa ayang sama mereka boleh mengenali pelukis-pelukis batik yang berkhidmat di kilang tersebut seterusnya menghargai sumbangan mereka terhadap batik yang dihasilkan. Oleh itu, melalui
  • 26. 26 | P a g e lawatan ini, guru dapat memberi pengalaman dan pengetahuan tentang teknik batik yang terdapat dalam bidang kraf tradisional. Teknik tembikar merupakan teknik yang terdpat dalam bidang mengenal kraf trdisional. Guru boleh membawa murid-murid ke kilang tembikar Labung Sayung yang terdapat di Kuala Kangsar, Perak. Melalui lawatan ini, murid boleh mendapat pengetahuan tentang cara membuat tembikar sekaligus mencuba membuat tembikar tersebut. Murid-murid juga dikehendaki mendapatkan maklumat mengenai bentuk-bentuk tembikar yang dihasilkan, fungsi dan kepentingannya dalam kehidupan seharian untuk dibincangkan ketika berada di dalam kelas. Selain itu, guru juga boleh memperkenalkan tokoh pembuat tembikar iaitu Noriah bt Mat Ali yang berasal dari Pahang. Teknik membentuk tembikar 1. Teknik picit Dengan menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah. 2. Teknik lingkaran .Tanah liat digelek dengan tangan menjadi lingkaran panjang dan dilingkar membentuk tembikar
  • 27. 27 | P a g e 3. Teknik acuan . Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of paris dan dibiarkan dalam beberapa minit kmdn lebihan tanah liat di tuang keluar. 4. Teknik putaran . Menggunakan mesin pemutar. Tanah liat diletakkan ke atas mesin dan dibentukkan semasa mesin berputar. 5. Teknik kepingan Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip tanah/tanah liat cair untuk mendapatkan bentuk Melalui cara ini murid boleh dikehendaki mengumpul maklumat tentang tokoh seni kraf tembikar dan juga sumbangannya. Oleh itu, kaedah ini boleh membentuk murid mendapat pengetahuan tentang tembikar dan kegunaanya dalam pelbagai kegiatan kehidupan.
  • 28. 28 | P a g e Tokoh-tokoh Tembikar 1. Puan Hasnah Adnan dan adiknya dari Sayong, Kuala Kangsar. 2. Puan sofia dari Kampung Kepala Bendang 3. Puan Hawa ngah Salam dan adik-beradiknya dari Kampung Baru, Pulau Tiga 4. Hajah Rogayah Saleh dari Pulau tiga, perak 5. Cik Siti Wan kembang dari KampungMambong, Kelantan 6. Ng Lee Huat dari Kuching,Sarawak 7. Mohd. Nooraini alang Othman(Nomadd) dari Kuala Kangsar, Perak.
  • 29. 29 | P a g e 4. MENGHARGAI NILAI BAIK DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN Dalam seni visual, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitr, nilai patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan terdapat dalam semua bidang iaitu bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidang membentuk dan membuat binaan dan juga bidang mengenal kraf tradisisonal. 4.1 Bidang menggambar. Dalam bidang menggambar menghargai nilai baik dalam semua aspek dapat diterapkan dalam teknik lukisan dan juga teknik gurisan. Dalam teknik lukisan, guru mengarahkan murid membuat lukisan mengenai alam semula jadi seperti kehidupan flora dan fauna. Melalui cara ini murid akan menghayati alam semulajadi dan guru akan menerapkan nilai baik dalam aspek kehidupan. Sebagai contohnya, murid menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupannya. Selain itu guru juga menerapkan nilai memelihara dan memulihara alam sekitar daripada kepupusan. Secara tidak langsung, murid akan menghargai alam ciptaan tuhan yang tiada tolak bandingnya. Dalam teknik gurisan, guru juga boleh menerapakan nilai baiaka dalam semua aspek kehidupan. Dalam P&P teknik gurisan, guru mengajar murid membuat gurisan ke atas tembikai dengan menggunakan paku. Apabila melakukan gurisan, secara tidak langsung, serpihan tembikar akan jatuh bagi membentuk gambaran corak titik untuk menerapkan nilai baik, guru akan menyuruh dan memastikan murid-muridnya agar membuang dan menyapu sisa buangan selepas membuat teknik gurisan. Dengan ini nilai kebersihan dapat diterapkan dalam diri murid. Selain itu, nilai mendengaar arahan
  • 30. 30 | P a g e dapat diterapkan dalam diri murid kerana mereka mendengar arahan uyang diberikan oleh guru iaitu membuang sisa buangan selepas selesai menghasilkan gurisan tembikar. 4.2 Bidang membuat corak dan rekaan Untuk bidang membuat cork dan rekaan, menghargai nilai baik dalam semua aspek juga dapat diterapkan. Sebagai contoh, nilai menyayangi dapat dipupuk dalam diri murid semasamembut corak dan rekaan dalam teknik lukisan. Dalam kaedaha ini guru menyuruh murid membuat lukisaan tentng orang yang paling disayangi, antaranya ibu, bapa, kakak, abang dan adik. Daripada tajuk tersebut, secara tidak langsung guru boleh menerapkan nilai menyayangi keluarga dalam diri murid-murid. Teknik kolaj juga boleh digunakan untuk menerapkan nilai baik dalam semua spek kehidupan. Dalam teknik ini, guru mengarahkan murid membuat kolaj haiwan kesayangan mereka. Oleh itu, guru boleh menerapkan nili baik iaitu sayang kepada haiwan peliharaan mereka. Selain itu, guru juga menerapkan nilai kebersihan dalam diri murid-murid. Sebagai contoh, mereka diminta tidak membuang cebisan-cebisan kertas merata-rata semasa membuat kolaj. Oleh itu, melalui teknik kolaj ini, banyak nilai baik yang boleh diterapkan dalam diri murid-murid. 4.3 Bidang membentuk dan membuat binaan. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan juga dapat diterap dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Contohnya menggunakan teknik topeng. Melalui tema tokoh negara yang diminati murid dikehendaki memilih tokoh Negara yang diminati dan dikagumi. Selepas itu, guru akan mengarahkan murid membuat topeng gambar tokoh Negara yang diminati. Dalam hal ini, nilai baik seperti nilai patriotisma
  • 31. 31 | P a g e dapat diterapkan dalam diri murid-murid scara tidak langsung nilai baik seperti menghargai sumbangan tokoh-tokoh Negara juga dapat diterapkan dalam diri murid. Pelukis terkenal Malaysia, Yusof Ghani Abdul Latiff Mohidin yang terkenal dengan karya ‘Pago-Pago’ Oleh itu, teknik ini sesuai digunakan untuk guru menerapkan nilai baik dalam semua aspek kehidupan murid-muridnya. Begitu juga dengan teknik boneka, ia juga boleh dipupuk dengan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Guru menyediakan alat dan bahan untuk menghasilkan boneka haiwan dan tumbuhan. Contohnya boneka haiwan yang guru ingin murid hasilkan ialah boneka burung, gajah, kucing, harimau dan sebagainya. Contoh boneka tumbuhan pula yang guru ingin murid hasilkan ialah boneka pokok bunga, pokok kelap dan sebagainya. Selepas menyiapkan boneka-boneka tersebut, murid dikehendaki membuat demonstrasi tentang memelhara dan memulihara flora dan fauna menggunakan boneka haiwan dan tumbuhan dan haiwan yang telah dihasilkan. Oleh itu, melalui cara ini, guru
  • 32. 32 | P a g e telah menerapkan nilai menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran serta menyayangi dan menghargai flor a dan fauna. 4.4 Bidang mengenal kraf tradisional. Dalam bidang ini, menghargai nilai baik dalam aspek kehidupan diterapkan melalui teknik membuat batik. Dalam teknik ini, guru membawa murid melawat kilang batik. Semasa berada dikilang tersebut murid diberi peluang melukis sendiri batik. Dalam hal ini nilai menyayangi dan menghargai seni batik diterapkan dalam diri pelajar kerana batik adalah salah satu kraf tradisional dalam Negara dan salah sau warisan nenek moyang kita.
  • 33. 33 | P a g e Teknik tembikar pula dapat dterapkan dengan nilai baik seperti kepekaan semasa membuatnya. Hal ini kerana ika kita tidak peka pasti tidak akan menjadi tembikar yang diingini. Dalam hal ini, guru membawa murid ke kilang membuat tembikar untuk mendedahkan cara-cara membuat tembikar. Semasa dikilang tersebut murid-murid diberi peluang utnuk membuat tembikar. Untuk menghasilkan tembikar bermutu dan menarik, kepekaan harus ada dalam diri. Oleh itu, keadaan ini secara tidak langsung menerapkan nilai baik dalam diri murid. Dan guru juga menyatakan bahawa jika kit tidak peka melakukan sesuatu, ia tidak akan membuahkan hasil yang lumayan. 3.0 RUMUSAN. Kesimpulannya, tumpuan utama pendidikan seni visual yang merangkumi empat apek utama yang telah dibincang di atas merupakan perkara asas untuk guru memperkembangkan potensi murid khususnya dalam kegiatan pemikiran, penerokaan, pernyataan idea, ekspresi diri dan penghasilan karya-karya yang bermutu tinggi, selain itu, empat bidang yang dibincangkan di atas juga merupakan pelbagai teknik-teknik
  • 34. 34 | P a g e tertentu yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran seni visual. Sungguhnya tumpuan utama pendidikan seni visual KBSR dan bidang-bidang pendidikan seni visual KBSR sangatlah penting dalam m elahirkan insan yang harmonis, kreatif, menghargai keindahan alam dan warisan bangsa.
  • 35. 35 | P a g e RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP Malaysia (1965). Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara. Malaysia (1999). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara. Abu Zahari b. Abu Bakar ( 1992 ), Psikologi Pendidikan Untuk Guru, Pustaka Delta Pelajaran Sdn.Bhd, Selangor Darul Ehsan. Choong Leong Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. K.L.: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.