SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  29
Télécharger pour lire hors ligne
R1001 / UNIT 4/ 1
                       PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




            UNIT 4              PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




                            OBJEKTIF




Objektif am            :


        •   Mengetahui Etika dan Protokol majlis rasmi.
        •   Mengamalkan Etika dan Protokol ketika menghadiri majlis.


Objektif khusus        :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
      Ø mentakrifkan maksud Etika dan Protokol.
      Ø mengetahui protokol-protokol untuk menghadiri majlis rasmi
      Ø mengetahui dan mengamalkan etika dimeja makan.
R1001 / UNIT 4/ 2
                        PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




                                INPUT




4.1 DEFINISI PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL


Protokol merupakan      perkataan yang berasal Yunani iaitu protokollen   yang
menggabungkan dua perkataan iaitu protos yang membawa maksud yang
pertama dan perkataan koiI yang bermaksud pelekat


Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan
upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat
dan status seseorang.


Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang membawa
maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada
perlakuan seseorang.


Etika sosial yang hendak disampaikan dalam modul ini merupakan satu tingkah
laku dan sopan santun yang seharusnya anda lakukan untuk berinteraksi dengan
individu atau masyarakat sekeliling anda. Ia melibatkan amalan tingkah laku,
budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik yang diiktiraf dan diamalkan
dalam masyarakat sama ada dalam majlis rasmi atau bukan rasmi.
R1001 / UNIT 4/ 3
                       PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


4.2 TATASUSILA DAN KELAKUAN


Tatasusila atau adab tertib merupakan punca pengenalan peribadi seseorang.
Tidak semua tatasusila orang barat itu sesuai dengan orang timur terutamanya
yang beragama Islam.


    4.2.1     Tatacara majlis rasmi


    Majlis rasmi boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:


    i.     Peringkat antarabangsa
    ii.    Peringkat Kebangsaan
    iii.   Peringkat Negeri
    iv.    Peringkat Daerah
    v.     Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan sebagainya)


    Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh
    sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi.


    Apa yang akan diperbincangkan dalam modul ini adalah asas-asas kepada
    tatacara majlis rasmi agar anda tidak terpinga-pinga atau kekok apabila
    menghadir majlis rasmi.




    a)     Tatacara menghadiri majlis


    Tetamu-tetamu bagi majlis rasmi biasanya diundang menggunakan kad
    jemputan. Tanggunjawab anda sebagai tetamu bagi sesuatu majlis rasmi
    adalah bermula daripada hari penerimaan kad jemputan dan berakhir
R1001 / UNIT 4/ 4
                    PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


apabila anda meninggalkan majlis tersebut. Oleh itu, sekiranya anda
menerima kad jemputan bagi sesuatu majlis rasmi, adalah menjadi
tanggungjawab anda untuk melakukan perkara-perkara berikut:


i.     Anda hendaklah membaca kad jemputan dengan teliti. Perhatikan
       apakah kad jemputan tersebut perlu dijawab atau disediakan pelekat
       kenderaan.
ii.    Telitilah tujuan jemputan dan jenis majlis yang akan diadakan. Adakah
       ia majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Ini adalah penting untuk
       menentukan jenis pakaian yang hendak dipakai sekiranya kad
       jemputan tersebut tidak menyatakan jenis pakaian yang patut dipakai.
iii.   Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan.
iv.    Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada kebiasaannya kad
       jemputan     ada   menyatakan   jenis   pakaian   yang     perlu   dipakai
       tetamunya.
v.     Buat keputusan sama ada anda hendak hadir atau tidak pada majlis
       tersebut. Jawablah segera jemputan tersebut untuk memudahkan
       penganjur majlis menentukan bilangan tetamu keseluruhannya.


b)     Tatacara pergaulan sosial


Pergaulan sosial merupakan pengenalan peribadi seseorang iaitu samada
beliau seorang yang hidup dalam suasana sopan santun atau pun hanya
seorang yang jahil dan kurang kesopanan.
R1001 / UNIT 4/ 5
                     PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


Memperkenalkan seseorang


i.     Orang yang penting kepada orang yang kurang lebih penting
       Anda memperkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang
       lebih penting. Misalnya anda mempunyai seorang kawan yang ingin
       berkenalan dengan ketua anda. Anda bersetuju memperkenalkannya
       kepadanya. Ini bermakna kawan anda itu adalah orang yang
       diperkenalkan dan ketua    anda   adalah orang      yang menerima
       perkenalan.


ii.    Yang berpangkat rendah kepada yang berpangkat tinggi
       Jika kedua-dua orang yang hendak dikenalkan diketahui pangkatnya
       maka hendaklah orang yang lebih rendah pangkatnya diperkenalkan
       kepada orang yang lebih tinggi pangkat. Misalnya memperkenalkan
       seorang penolong setiausaha kepada setiausaha bahagian walaupun
       mereka bukan dalam satu kementerian


iii.   Yang muda kepada yang tua
       Perkenalan seorang yang lebih muda usianya kepada seorang yang
       lebih tua usianya, berlaku dalam lingkungan kekeluargaan. Sebagai
       contoh apabila seseorang memperkenalkan rakannya kepada bapanya
       ataupun anda hendak memperkenalkan rakan anda kepada bapa anda.
       Dalam situasi ini bapa dianggap sebagai orang yang tua dan dengan
       itu dia merupakan orang yang menerima perkenalan.


iv.    Lelaki kepada perempuan
       Perkenalan seorang lelaki kepada seorang perempuan. Ini dilakukan
       dengan cara menyebut nama perempuan yang berkenaan terlebih
       dahulu barulah disebut nama lelaki. Walau bagaimanapun sekiranya
R1001 / UNIT 4/ 6
                 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


    lelaki itu orang ternama atau mempunyai kedudukan tinggi, peraturan
    ini dikecualikan. Dalam keadaan ini nama orang yang ternama terlebih
    dahulu disebut sebagai tanda menghormatinya.




Perilaku dan lafaz perkenalan


“Benarkan saya perkenalkan encik……………..”
Sebutkan nama penuh orang yang diperkenalkan.
Perkenalkan hanya apabila orang yang ditanya itu setuju.


Perempuan yang diperkenalkan boleh tetapi tidak perlu menghulurkan
tangan.
Perempuan yang duduk tidak perlu berdiri. Tanda ‘acknowledgement’
dengan menunduk kepala dan senyum manis sudah mencukupi.
Boleh minta sahabat yang memang kenal orang yang hendak dikenali
memperkenalkan diri.


Bagi orang Melayu, perempuan tidak diperkenalkan kepada lelaki
melainkan oleh suami ataupun bapa perempuan sendiri.
Perempuan Melayu tidak perlu berjabat tangan dengan lelaki, hanya perlu
tundukkan kepala sahaja.


Umur merupakan faktor yang penting. Yang muda akan diperkenalkan
dahulu kecuali dalam kes keluarga diraja, yang bukan keluarga diraja
diperkenalkan dahulu. Gunakan gelaran jika ada seperti Yang Mulia, Yang
Berbahagia, Yang Berhormat, Tuan Haji dan sebagainya.
R1001 / UNIT 4/ 7
                   PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


Tingkah-laku di Majlis.


i.     Lelaki buka pintu kereta.
ii.    Lelaki menarik dan menolak kerusi.
iii.   Berbaris untuk mengambil makanan.
iv.    Berbahasa sopan.
v.     Jangan goyang kaki/makan chewing gum.
vi.    Jangan menyampuk/mencelah perbualan.
vii. Jangan gigit kuku, korek telinga, hidung dan merokok.
viii. Jangan memakai bedak di khalayak ramai.
ix.    Jangan bercakap dengan mulut penuh.
x.     Jangan berlaga sudu dan garpu.
xi.    Jangan meninggalkan sudu di dalam gelas
xii. Jangan letak siku di atas meja.
xiii. Bawa makanan ke mulut dan bukan sebaliknya.
xiv. Letakkan napkin di atas peha, bukan di kolar.
xv. Jika datang berpasangan, perempuan hendaklah masuk dahulu.
xvi. Jika membawa anak, yang muda mengikuti di belakang.
xvii. Jika memakai baju luar (cloak), hendaklah di tanggalkan dan di letak di
       bilik kecil yang disediakan atau diserah kepada butler.
xviii. Biasanya ada bilik untuk tetamu membersihkan diri dan berhias
       sebelum masuk dewan.


c)     Tatacara menjadi pengacara majlis


Juruacara dalam sesuatu majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang
berkebolehan dalam bidang ini. Tidak semua orang boleh menjadi juruacara
yang baik. Juruacara adalah berperanan untuk memaklumkan kepada
tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis. Juruacara tidak
R1001 / UNIT 4/ 8
                        PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


   semestinya Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi
   juruacara. Sebaiknya setiap majlis disediakan dua orang juruacara. Teks
   ucapan bagi juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan separuh dari
   kertas A4 dan satu muka hanya dimuatkan dengan satu pengumuman
   sahaja.


   Sekiranya anda menjadi juruacara untuk sesuatu majlis, pastikan anda
   mengetahui agenda atau turutan majlis dari permulaan sehingga majlis
   tamat. Pastikan anda membuat teks ucapan yang penuh. Teks anda perlu
   dipatuhi sepenuhnya kecuali ada perubahan yang berlaku disaat-saat akhir.
   Teks anda juga penting bagi memastikan atur cara majlis berjalan dengan
   licin serta lancar


   Sekiranya anda menjadi juruacara dalam majlis formal, anda tidak perlu
   memulakan majlis dengan kata-kata aluan atau berjenaka atau menyebut
   tetamu kenamaan yang hadir. Anda hanya perlu mengumumkan apa yang
   berlaku. Tidak perlu untuk membuat ulasan dan tiada ucapan terima kasih.
   Berjenaka adalah dilarang sama sekali.


   Pengetahuan anda mengenai panggilan-panggilan hormat berdasarkan
   gelaran turun temurun ataupun jawatan yang disandang akan memudahkan
   anda apabila untuk membuat pengumunan atau menyemput seseorang.


   PANGGILAN HORMAT
Panggilan                                                        Panggilan
                        Lelaki          Perempuan/Isteri
 Hormat                                                           hormat
             Seri Paduka Baginda      Seri Paduka Baginda
 DYMM                                                               DYMM
             Yang di-Pertuan Agung    Raja Permaisuri Agong
 DYMM        Raja Perlis              Raja Perempuan                DYMM
 KDYMM       Sultan Kedah             Sultanah                      DYMM
 DYMM        Sultan Selangor          Tengku Ampuan                 DYMM
R1001 / UNIT 4/ 9
                     PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


Panggilan                                                          Panggilan
                      Lelaki             Perempuan/Isteri
 Hormat                                                             hormat
              Yang Dipertuan Besar
  DYMM                                  Tunku Ampuan                  DYMM
              Negeri Sembilan
 KDYMM        Sultan Pahang             Sultanah                      DYMM
 KDYMM        Al-Sultan Kelantan        Raja Perempuan                DYMM
 DYMM         Sultan Terengganu         Tengku Ampuan Besar           DYMM
 DYMM         Sultan Johor              Sultanah                      DYMM
 DYMM         Sultan Perak              Raja Pemaisuri                DYMM
                                        Isteri Raja Muda
  DYTM        Raja Muda Selangor                                       YTM
                                        Selangor
  DYTM        Raja Muda Perlis          Raja Puan Muda                 YTM
                                        Isteri Tengku Mahkota
 KDYTM        Tengku Mahkota Pahang                                    YTM
                                        Pahang
              Yang Dipertuan Muda       Isteri Yang Dipertuan
  DYTM                                                                 YTM
              Terengganu                Muda Terengganu
  DYAM        Tunku Mahkota Johor       Isteri Tunku Mahkota          YAM
  DYTM        Raja Muda Kedah           Raja Puan Muda                YTM
  DYTM        Raja Muda Perak           Raja Puan Besar               DYTM
              Anak-anak Raja Yang       Anak-anak Raja Yang
   YAM                                                                 YAM
              Memerintah                Memerintah
Tuan Yang
              Yang di-Pertua Negeri     Isteri                       Y.A.Bhg
Terutama
  Y.A.B       Perdana Menteri           Isteri                       Y.A.Bhg
  Y.A.B       Tim. Perdana Menteri      Isteri                       Y.A.Bhg
  Y.A.B       Menteri Besar             Isteri                       Y.A.Bhg
  Y.A.B       Ketua Menteri             Isteri                       Y.A.Bhg
   Y.B        Menteri                   Isteri                        Y.Bhg
   Y.B        Timbalan Menteri          Isteri                        Y.Bhg
   Y.B        Setiausaha Parlimen       Isteri                        Y.Bhg
              Yang Dipertua Dewan
   Y.B                                  Isteri                        Y.Bhg
              Negara
              Yang Dipertua Dewan
   Y.B                                  Isteri                        Y.Bhg
              Rakyat
              Tim. Yang Dipertua
   Y.B                                  Isteri                        Y.Bhg
              Dewan Negara
              Tim. Yang Dipertua
   Y.B                                  Isteri                        Y.Bhg
              Dewan Rakyat
Y.Amat Arif   Ketua Hakim Negara        Isteri                        Y.Bhg
   Y.Bhg      Ketua Setiausaha Negara   Isteri                        Y.Bhg
    Y.B       Ahli Dewan Negara         Isteri                        Puan
    Y.B       Ahli Dewan Rakyat         Isteri                        Puan
R1001 / UNIT 4/ 10
                      PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


Panggilan                                                     Panggilan
                      Lelaki              Perempuan/Isteri
 Hormat                                                        hormat
              Ahli Dewan Undangan
   Y.B                                Isteri                     Puan
              Negeri
  Y.Arif      Hakim Besar             Isteri                    Y.Bhg
  Y.Arif      Hakim Mahkamah Agung    Isteri                    Y.Bhg
  Y.Arif      Hakim Mahkamah Tinggi   Isteri                    Y.Bhg
  Y.Bhg.      Peguam Negara           Isteri                    Y.Bhg
              Panglima Angkatan
  Y.Bhg.                              Isteri                    Y.Bhg
              Tentera
   Y.Bhg      Ketua Polis Negara      Isteri                    Y.Bhg
Y.Amat Bhg    Tun                     Isteri                   Y.A.Bhg
   Y.Bhg      Tan Sri                 Isteri                    Y.Bhg
   Y.Bhg      Dato/Datuk              Isteri                    Y.Bhg
  Y.Mulia     Tunku/Tengku            Tunku/Tengku            Yang Mulia
  Y.Mulia     Ungku                   Ungku                   Yang Mulia
  Y.Mulia     Ku                      Ku                      Yang Mulia
  Y.Mulia     Raja                    Raja                    Yang Mulia
   Tuan       Syed                    Syed                     Puan/Cik
   Tuan       Sheikh                  Sheikh                   Puan/Cik
   Tuan       Haji                    Hajjah                   Puan/Cik
  Sahibul
              Mufti                   -                            -
 Samahah
  Sahibul
              Kadi Besar              -                            -
  Fadillah
  Sahibul
              Kadi                    -                            -
  Fadillah


   d)      Tatacara menjadi penyambut tetamu


   Penyambut tetamu merupakan orang yang paling hadapan sekali didalam
   sesuatu majlis. Sebelum majlis bermula penyambut akan menyambut
   tetamu-tetamu yang datang. Sebaiknya penyambut tetamu mempunyai
   perawakan yang menarik dan berpakaian kemas. Penyambut tetamu
   mempunyai tanggungjawab yang besar damlam melicinkan perjalanan
   majlis.
R1001 / UNIT 4/ 11
                    PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


Berikut ialah panduan bagi anda sekiranya anda menjadi seorang
penyambut tetamu:


i.     Penyambut tetamu hendaklah mengetahui maklumat keraian yang
       sedang diadakan sekurang-kurangnya tujuan keraian itu tersebut
       diadakan dan        masa keraian itu bermula dan berakhir mesti
       diketahuinya.
ii.    Penyambut       tetamu   hendaklah   tahu   susunan    tempat    duduk
       keseluruhannya supaya senang untuk memandu atau menunjukkan
       tempat-tempat duduk tetamu berkenaan.
iii.   Penyambut tetamu hendaklah mengetahui tempat-tempat yang
       penting yang penting seperti tandas, pintu masuk, tempat keluar dan
       lain-lain.
iv.    Penyambut hendaklah mahir dengan tempat-tempat dan kawasan
       yang diuntukkan baginya.
v.     Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai
       tetamu yang akan hadir dan sebaik-baiknya mengenali tetamu
       tersebut.
vi.    Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai
       tetamu khas yang akan disambut
vii. Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai
       mengikut keraian yang sedang dijalankan.
viii. Penyambut tetamu hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa
       tetamu dijangka tiba. Penyambut hendaklah melaporkan diri kepada
       Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah
       memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai
       tetamu yang dikhaskan untuknya.
ix.    Jika ada apa-apa pertanyaan yang dimajukan, jawablah dengan sopan.
       Jika ada teguran dari tetamu yang kurang senang didengar, hendaklah
R1001 / UNIT 4/ 12
                 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


     mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali
     bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut
     sendiri kurang pasti.
x.   Penyambut hendaklah senyum selalu.
R1001 / UNIT 4/ 13
                           PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




                        AKTIVITI 1a



      •    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
           SELANJUTNYA…!
      •    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
           HALAMAN BERIKUTNYA


Jawab soalan-soalan yang berikut:


4.1       Berikan definisi protokol dan etika.
4.2       Senaraikan peringkat-peringkat majlis rasmi.
4.3       Semua majlis rasmi kerajaan di peringkat persekutuan dikelolakan oleh
          sebuah “Jawatankuasa” yang dikenali sebagai
          A. Jawatankuasa Majlis Tidak Rasmi      B. Jawatankuasa Majlis Rasmi
          C. Jawatankuasa Istiadat Kerajaan       D. Jawatankuasa ‘adhoc’
4.4       Perkara-perkara penting yang mesti diambil kira dalam penentuan
          TEMPAT majlis adalah seperti berikut kecuali;
          A. Diketahui umum dan mudah dituju
          B. Mempunyai tempat letak kereta memcukupi
          C. Mempunyai ruang legar yang kecil
          D. Mempunyai kemudahan asas yang memcukupi
4.5       Dalam penulisan dan pengedaran kad jemputan,butir-butir berikut perlu
          dinyatakan kecuali;
          A. Nama Majlis                    B. Tempat Majlis diadakan
          C. Tarikh majlis diadakan         D. Senarai nama ahli Jawatankuasa
R1001 / UNIT 4/ 14
                      PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




                     MAKLUMBALAS 1a




Jawapan :


4.1    Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam
       perlaksanaan upacara-upacara    tertentu berhubung dengan susunan
       keutamaan dalam pangkat dan status seseorang.
       Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang
       membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai
       penentu kepada perlakuan seseorang.
4.2    Ada lima peringkat
       i. Peringkat antarabangsa
       ii.   Peringkat Kebangsaan
      iii.   Peringkat Negeri
      iv.    Peringkat Daerah
      v.     Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan sebagainya)
4.3    B
4.4    C
4.5    D
R1001 / UNIT 4/ 15
                   PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




                               INPUT




4.2.2     TATACARA BERPAKAIAN DI DALAM MAJLIS


Pakaian yang anda pakai di dalam sesuatu majlis memainkan peranan yang
amat penting dalam memperlihatkan peribadi,personaliti dan imej anda.
Jenis pakaian juga memainkan peranan dalam penyesuaian terhadap aktiviti
dan majlis yang hendak anda hadiri.


Pakaian yang anda pakai untuk aktiviti sukan pastinya berbeza dengan
pakaian     anda   untuk       menghadiri   majlis   rasmi   umpamanya     majlis
konvokesyen.


Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis
tersebut. Tahap atau kategori majlis adalah seperti berikut:


i.     Majlis Penuh Istiadat
ii.    Majlis Formal
iii.   Majlis Separuh Formal
iv.    Majlis Tidak Formal


a)     Tatacara berpakaian


i.     Pakaian hendaklah bersih, sesuai dengan majlis.
ii.    Pakaian pasangan mesti setanding.
iii.   Jangan buka pakaian walaupun panas.
R1001 / UNIT 4/ 16
                     PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


iv.    Wanita jangan memakai pakaian berkilau di waktu siang.
v.     Elakkan memakai pakaian yang menggunakan satu warna atau lebih
       dari empat warna.
vi.    Pastikan segalanya mencerminkan bahawa anda mempunyai citarasa
       yang tinggi, sederhana tetapi menyerlah.
vii. Semak        pakaian   sebelum   keluar   rumah.    Amalan   ini   dapat
       menyelamatkan kita dari situasi yang memalukan.
viii. Jangan terlalu mengikut fesyen semasa dan jangan menjolok mata.
ix.    Gunakan pewangi secara sederhana.
x.     Kita perlu mengetahui jenis kain yang dipakai untuk memudahkan di
       cuci sekiranya berlaku kemalangan yang mengotorkan pakaian seperti
       kuah tumpah.


b)     Jenis-jenis pakaian rasmi


Pada kebiasaannya penganjur majlis rasmi akan menyatakan jenis pakaian
yang perlu dipakai oleh tetamu pada kad jemputan. Antara pakaian yang
biasa digunakan pada majlis rasmi adalah:


i.     Pakaian kebangsaan ( Baju lengkap)
ii.    Lounge suit
iii.   White tie atau tail coat.
iv.    Dinner jacket, black tie atau smoking
v.     Morning dress
vi.    Mess kit
vii. Batik berlengan panjang
viii. Pakaian istiadat
R1001 / UNIT 4/ 17
                    PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


Pada kebiasaannya pakaian yang biasa dipakai di majlis rasmi adalah
Pakaian Kebangsaan, Lounge suit dan batik berlengan panjang.


i.    Pakaian Kebangsaan
Jika kad jemputan menyebut pakaian kebangsaan sahaja bermakna anda
bebas untuk memilih warna kecuali warna larangan yang ditentukan jika
membabitkan pihak istana. Pakaian kebangsaan tersebut terdiri dari:
•     Songkok hitam.
•     Baju melayu, cekak musang.
•     Seluar Melayu, sama warna dengan baju.
•     Samping songket, dipakai di sebelah luar.
•     Stoking hitam.
•     Sepatu kulit hitam.


ii.   Lounge suit
Pada masa sekarang Lounge suit merupakan pilihan pakaian yang popular
dan amat disenangi dikalangan para tetamu. Lounge suit biasanya terdiri
daripada:
•     lounge suit warna gelap untuk malam dan warna cerah untuk siang
•     Baju putih berkolar
•     Stoking hitam
•     Sepatu kulit hitam berkilat
•     Bersongkok jika dikehendaki.
R1001 / UNIT 4/ 18
                      PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




             Rajah 1: Pakaian sesuai untuk majlis rasmi.



iii.   White tie atau tail coat.
•      Tail coat panjang warna hitam
•      Waist coat putih
•      Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan
•      Wing collar.


iv.    Dinner jacket, black tie atau smoking
•      Jaket hitam dengan berlapikkan sutera hitam di kelepak baju atau shell
       jacket putih.
•      Kemeja putih berkanji di senelah hadapan
•      Kolar lembut
•      Tie-bow hitam.
•      Kumerban (cummerband) hitam atau waist coat putih.
•      Seluar hitam dengan satu jalur sutera.
•      Stoking hitam
•      Sepatu kulit hitam berkilat.
R1001 / UNIT 4/ 19
                   PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


v.    Morning dress
•     Tail coat hitam
•     Waist coat hitam
•     Kemeja putih
•     Plain (stiff turndown) collar
•     Tali leher warna kelabu
•     Stoking hitam
•     Sepatu kulit hitam berkilat


vi.   Mess kit
Mess Kit adalah pakaian istiadat untuk majlis makan malam seperti pakaian
istiadat tentera, polis, pegawai kanan kerajaan, menteri dan penyandang
darjah kebesaran.


vii. Batik
Batik sebenarnya tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi. Bagaimanapun oleh
sebab-sebab tertentu kadangkala ditetapkan pakaian batik. Jika dikehendaki
demikian maka, hendaklah memakai :
•     Baju batik lengan panjang
•     Baju berkolar
•     Tidak perlu dimasukkan ke dalam seluar
•     Batik Malaysia
•     Tidak bercorak terlampau garang
•     Seluar hendaklah tidak bercorak dan berwarna gelap.
R1001 / UNIT 4/ 20
                    PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


viii. Pakaian istiadat
Pakaian istiadat adalah dikhususkan kepada mereka yang tersebut dibawah
ini:
•       Pakaian rasmi Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, ahli-
        ahli jemaah menteri dan timbalan menteri.
•       Pakaian rasmi ahli-ahli Parlimen
•       Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran DMN dan PSD
•       Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran negeri dan pakainan
        istiadat bagi katogeri-katogeri lain yang ditetapkan oleh pihak negeri.
•       Pakaian istiadat bagi angkatan tentera, polis dan jabatan penjara.
•       Pakaian pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai
        pekhidmatan yang mempunyai pakaian istiadat
•       Pakaian istiadat bagi duta-duta sebagaimana yang ditetapkan oleh
        negara masing-masing.
•       Pakaian istiadat bagi ahli-ahli jemaah hakim.


c)         Pakaian yang sesuai berdasarkan bentuk badan.
 Struktur                  Lelaki                             Wanita
Pendek         Berjalur, bergaris menegak     Pakaian yang bergaris menegak.
                                              Pakai kasut bertumit tinggi tetapi
                                              jangan terlalu tinggi.
Tinggi         Baju dan seluar yang           Pakaian yang mempunyai dua
               berlainan warna. Pakaian       bahagian. Warna pakaian atas dan
               ketat akan memberi             bawah yang berbeza. Kasut
               gambaran lebih tinggi          mempunyai tumit rendah.
Berat          Pakaian yang dijahit elok.     Jauhkan dari corak-corak yang besar.
               Warna gelap.                   Kain jangan jenis yang melekat di
                                              badan. Warna gelap. Wanita gemuk
                                              yang berdagu dua tidak harus
                                              memakai baju yang mempunyai
                                              turtleneck.
R1001 / UNIT 4/ 21
                    PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


 Struktur                 Lelaki                            Wanita
Kurus          Bebas berpakaian. Jika        Bebas berpakaian. Jika ada bahagian
               lengan kurus, pakai baju      tertentu yang kurang sedap
               berlengan panjang             dipandang,lindungi dengan skaf/high
                                             colar

Sederhana Bebas berpakaian                   Bebas berpakaian kecuali yang
                                             berkaki gemuk, tidak elok memakai
                                             mini skirt.




                                    Rajah 2 : Pakaian yang sesuai ke
                                              pejabat atau majlis bagi
                                              wanita Islam




4.5.1       ETIKA DI MEJA MAKAN


Perkara asas mengenai etika di meja makan perlu diketahui supaya anda
tidak berasa serba salah apabila berada di meja makan terutama dalam
majlis rasmi.


Anda hendaklah mengelakkan diri dari meletakkan siku di atas meja semasa
hidangan disediakan. Jangan sekali-kali condongkan kerusi ke belakang.
Duduklah dengan bahagian belakang badan rapat kerusi dan kaki rata di
atas lantai.
R1001 / UNIT 4/ 22
                  PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat berguna bagi
mereka yang sering diundang ke majlis-majlis jamuan rasmi atau
menghadiri jamuan di hotel-hotel atau di rumah orang kenamaan.


a)   Tertib di meja makan


Biasanya mereka yang jarang menghadiri majlis rasmi akan terpandang-
pandang antara satu sama lain untuk memulakan makan ketika makanan
dihidangkan. Mereka yang pertama kali ke majlis rasmi tertunggu-tunggu
untuk makan kerana takut salah menggunakan peralatan yang disediakan.


Pada kebiasaannya sebelum sesuatu jamuan dimulakan para tetamu yang
berlegar di ruang legar akan dihidangkan dengan minuman ringan sebelum
jamuan. Lazimnya minuman dari jenis jus akan dihidangkan. Elakkan
meminta minuman kegemaran seperti susu atau lain-lain minuman yang
tidak dihidangkan oleh tuan rumah.


Kebanyakan masyarakat kita tidak minum sebelum makan. Jangan paksa
diri untuk minum jika tidak biasa. Bukan menjadi kesalahan jika anda tidak
mengambil minuman tetapi adalah tidak manis jika mengambil minuman
lebih dari dua gelas.


Minuman ini tidak perlu dibawa ke meja makan walau bagaimana sedap
sekalipun minuman tersebut. Selepas minum, letekkan gelas di atas meja-
meja kecil yang disediakan di ruang legar atau berikan semula kepada
pelayan.
R1001 / UNIT 4/ 23
                   PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


Berikut adalah beberapa panduan bagi anda apabila berada di meja makan:


i.     Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja
       walaupun cantik.
ii.    Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.
iii.   Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia
       dianggap seperti menghina tuan rumah.
iv.    Elakkan menggunakan tangan untuk makan.
v.     Jangan terlalu bising bila menggunakan sudu dan garpu.
vi.    Jangan sekali-kali mencungkil gigi, mengorek telinga atau hidung.
vii. Jika perlu meninggalkan meja letakkan napkin di atas kerusi
       menandakkan anda akan kembali semula. Jika napkin diletakkan di
       atas meja menandakan anda akan terus balik.



                                                   Rajah 3 : Kedudukan napkin
                                                             yang menandakan
                                                             anda akan kembali
                                                            ke meja semula




viii. Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai
       makan.
R1001 / UNIT 4/ 24
                  PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




                                                   Rajah 4 : Kedudukan sudu dan
                                                             pisau selepas
                                                             selesai makan




ix.   Letakkan sudu dan garfu bersilang sekiranya belum selesai makan.




                                                   Rajah 5 : Kedudukan sudu dan
                                                             garpu belum selesai
                                                            makan.




x.    Sekiranya makanan pembasuh mulut dihidangkan di dalam piring
      sudu boleh di ditinggakan di dalam bekasnya bila selesai makan.
      Sekiranya ia dihidangkan di dalam gelas berkaki yang berlapik, sudu
      hendaklah diletakkan di atas piring pelapik sebelah kanan.
R1001 / UNIT 4/ 25
                          PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




                        AKTIVITI 1b




       •    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
            SELANJUTNYA…!
       •    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
            HALAMAN BERIKUTNYA


Jawab soalan-soalan yang berikut:
4.6        Terangkan kedudukan sudu dan garpu jika anda selesai makan.
4.7        Senaraikan TIGA perkara yang tidak boleh dilakukan semasa anda dimeja
           makan.
4.8        Perkenalan seorang lelaki dan perempuan. Ini dilaku dengan menyebut
           nama __________________ dahulu, barulah nama ______________.
4.9        Panggilan hormat bagi mereka-mereka dibawah ialah


           Ketua Polis Negara
           Syed
           Menteri
           Kadi
           haji


4.10       Dalam majlis makan malam formal, pakaian lelaki yang sesuai
           adalah____________manakala perempuan yang sesuai
           adalah_____________.
R1001 / UNIT 4/ 26
                       PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




                       MAKLUMBALAS 1b




Jawapan :
4.6    Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai
       makan.
4.7    i.      Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja
               walaupun cantik.
       ii.     Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.
       iii.    Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia
               dianggap seperti menghina tuan rumah.
4.8    Perempuan, lelaki.
4.9

        Ketua Polis Negara        YANG BERBAHAGIA

        Syed                      TUAN
        Menteri                   YANG BERHORMAT
        Kadi                      SHAHIBUL FADILLAH
        Haji                      TUAN
4.10   Baju Kebangsaan/Lounge suit—baju kurung/kebaya labuh.
R1001 / UNIT 4/ 27
                      PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




                          PENILAIAN KENDIRI




Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!


1.   Anda menerima kad jemputan majlis berbuka puasa di rumah Menteri
     Besar. Apakah tindakan yang perlu anda ambil.
2.   Anda diberi tugas untuk menentukan susunan meja makan bagi majlis
     rasmi kerajaan. Maklumat adalah seperti berikut;
      - Jumlah tetamu 380 orang
     - Jumlah VIP 10 orang
      - Jumlah meja bulat untu sepuluh orang 38 buah
      - Sebuah meja panjang untuk sepuluh orang
      - Majlis ini mempunyai persembahan dan pancaragam
R1001 / UNIT 4/ 28
                        PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




                            MAKLUMBALAS


                      Adakah anda telah mencuba dahulu ???
                    Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .


JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI
1. Tindakan anda adalah
      i. Anda bacalah kad jemputan dengan teliti. Perhatikan apakah kad
        jemputan tersebut perlu dijawab atau disediakan pelekat kenderaan.
     ii. Telitilah tujuan jemputan dan ia adalah majlis rasmi..
     iii. Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan.
     iv. Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada kebiasaanya kad
        jemputan ada menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai tetamunya.
        Sekiranya   tiada   anda   hendaklah    memakai    baju   melayu    lengkap
        bersamping.
     v. Jawablah segera jemputan tersebut untuk memudahkan penganjur majlis
        menentukan bilangan tetamu keseluruhannya.
2.    i. Susunan keseluruhan dewan
R1001 / UNIT 4/ 29
                        PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL




     ii.        Susunan kerusi Vip dimeja khas.




                                  Meja Utama


10          8       6       4       2       1     3      5          7      9


     iii.       Susunan kedudukan dimeja bulat
                Nombor menunjukkan pangkat atau kekanan jawatan .

Contenu connexe

Tendances

7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifFerraleny Doline
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
falsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat modenfalsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat modenRasikha Hansi
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Rancangan pengajaran individu ( rpi ) kump 1
Rancangan pengajaran individu    ( rpi ) kump 1Rancangan pengajaran individu    ( rpi ) kump 1
Rancangan pengajaran individu ( rpi ) kump 1Nurul Hanie
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANcik noorlyda
 

Tendances (20)

7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
falsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat modenfalsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat moden
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Rancangan pengajaran individu ( rpi ) kump 1
Rancangan pengajaran individu    ( rpi ) kump 1Rancangan pengajaran individu    ( rpi ) kump 1
Rancangan pengajaran individu ( rpi ) kump 1
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
 

Similaire à R1001 Unit 4

Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)
Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)
Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)Eiqa Syafiqa
 
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmiwakzar
 
TBM (Bahasa Melayu Kontekstual) | Ciri - Ciri Pengacara Majlis
TBM (Bahasa Melayu Kontekstual) | Ciri - Ciri Pengacara Majlis TBM (Bahasa Melayu Kontekstual) | Ciri - Ciri Pengacara Majlis
TBM (Bahasa Melayu Kontekstual) | Ciri - Ciri Pengacara Majlis Stephanie Unsil
 
Protokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmiProtokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmiMohamad Khairi
 
Assignment protokol
Assignment protokolAssignment protokol
Assignment protokolNur Kareena
 
1. protokol dalam majlis rasmi
1. protokol  dalam majlis rasmi1. protokol  dalam majlis rasmi
1. protokol dalam majlis rasmiRabi'atul Adawiyah
 
Adab bercakap dalam majlis
Adab bercakap dalam majlisAdab bercakap dalam majlis
Adab bercakap dalam majlisKhairul Anwar
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
Protokol MAJLIS Rasmi.ppt
Protokol MAJLIS Rasmi.pptProtokol MAJLIS Rasmi.ppt
Protokol MAJLIS Rasmi.pptkhairul hashim
 
Teks pengacara majlis dian pijut_cor
Teks pengacara majlis dian pijut_corTeks pengacara majlis dian pijut_cor
Teks pengacara majlis dian pijut_corfiro HAR
 
Majlis rasmi koko - (presentation)
Majlis rasmi   koko - (presentation)Majlis rasmi   koko - (presentation)
Majlis rasmi koko - (presentation)Syafiq Mansor
 
Pengucapan awam induksi
Pengucapan awam induksiPengucapan awam induksi
Pengucapan awam induksisugunah
 
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014Ihsanul Adnan
 
Program Umum ACCEPT: Kursus Protokol Majlis Rasmi
Program Umum ACCEPT: Kursus Protokol Majlis RasmiProgram Umum ACCEPT: Kursus Protokol Majlis Rasmi
Program Umum ACCEPT: Kursus Protokol Majlis Rasmiaccept2010
 
Flyer accept 2012
Flyer accept 2012Flyer accept 2012
Flyer accept 2012accept2010
 

Similaire à R1001 Unit 4 (20)

Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)
Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)
Nota protokol dan-etiket_majlis_rasmi (5)
 
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi
4853975 protokol-dan-etiket-majlis-rasmi
 
TBM (Bahasa Melayu Kontekstual) | Ciri - Ciri Pengacara Majlis
TBM (Bahasa Melayu Kontekstual) | Ciri - Ciri Pengacara Majlis TBM (Bahasa Melayu Kontekstual) | Ciri - Ciri Pengacara Majlis
TBM (Bahasa Melayu Kontekstual) | Ciri - Ciri Pengacara Majlis
 
Protokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmiProtokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmi
 
Asigmen
AsigmenAsigmen
Asigmen
 
Assignment protokol
Assignment protokolAssignment protokol
Assignment protokol
 
1. protokol dalam majlis rasmi
1. protokol  dalam majlis rasmi1. protokol  dalam majlis rasmi
1. protokol dalam majlis rasmi
 
Adab bercakap dalam majlis
Adab bercakap dalam majlisAdab bercakap dalam majlis
Adab bercakap dalam majlis
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Nota psk t2
Nota psk t2Nota psk t2
Nota psk t2
 
Protokol MAJLIS Rasmi.ppt
Protokol MAJLIS Rasmi.pptProtokol MAJLIS Rasmi.ppt
Protokol MAJLIS Rasmi.ppt
 
Protokol 1
Protokol 1Protokol 1
Protokol 1
 
Teks pengacara majlis dian pijut_cor
Teks pengacara majlis dian pijut_corTeks pengacara majlis dian pijut_cor
Teks pengacara majlis dian pijut_cor
 
Prokol dan Etiket Majlis
Prokol dan Etiket MajlisProkol dan Etiket Majlis
Prokol dan Etiket Majlis
 
Dinamika
DinamikaDinamika
Dinamika
 
Majlis rasmi koko - (presentation)
Majlis rasmi   koko - (presentation)Majlis rasmi   koko - (presentation)
Majlis rasmi koko - (presentation)
 
Pengucapan awam induksi
Pengucapan awam induksiPengucapan awam induksi
Pengucapan awam induksi
 
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014
Adab Menjaga Maruah Sem 2 2014
 
Program Umum ACCEPT: Kursus Protokol Majlis Rasmi
Program Umum ACCEPT: Kursus Protokol Majlis RasmiProgram Umum ACCEPT: Kursus Protokol Majlis Rasmi
Program Umum ACCEPT: Kursus Protokol Majlis Rasmi
 
Flyer accept 2012
Flyer accept 2012Flyer accept 2012
Flyer accept 2012
 

Plus de mechestud

J3009 Unit 13
J3009   Unit 13J3009   Unit 13
J3009 Unit 13mechestud
 
J3009 Unit 12
J3009   Unit 12J3009   Unit 12
J3009 Unit 12mechestud
 
J3009 Unit 11
J3009   Unit 11J3009   Unit 11
J3009 Unit 11mechestud
 
J3009 Unit 10
J3009   Unit 10J3009   Unit 10
J3009 Unit 10mechestud
 
J3009 Unit 9
J3009   Unit 9J3009   Unit 9
J3009 Unit 9mechestud
 
J3009 Unit 8
J3009   Unit 8J3009   Unit 8
J3009 Unit 8mechestud
 
J3009 Unit 7
J3009   Unit 7J3009   Unit 7
J3009 Unit 7mechestud
 
J3009 Unit 6
J3009   Unit 6J3009   Unit 6
J3009 Unit 6mechestud
 
J3009 Unit 4
J3009   Unit 4J3009   Unit 4
J3009 Unit 4mechestud
 
J3009 Unit 5
J3009   Unit 5J3009   Unit 5
J3009 Unit 5mechestud
 
J3009 Unit 3
J3009   Unit 3J3009   Unit 3
J3009 Unit 3mechestud
 
J3009 Unit 2
J3009   Unit 2J3009   Unit 2
J3009 Unit 2mechestud
 
J3009 Unit 0
J3009   Unit 0J3009   Unit 0
J3009 Unit 0mechestud
 
J3009 Unit 1
J3009   Unit 1J3009   Unit 1
J3009 Unit 1mechestud
 
J3010 Unit 6
J3010   Unit 6J3010   Unit 6
J3010 Unit 6mechestud
 
J3010 Unit 5
J3010   Unit 5J3010   Unit 5
J3010 Unit 5mechestud
 
J3010 Unit 4
J3010   Unit 4J3010   Unit 4
J3010 Unit 4mechestud
 
J3010 Unit 3
J3010   Unit 3J3010   Unit 3
J3010 Unit 3mechestud
 
J3010 Unit 2
J3010   Unit 2J3010   Unit 2
J3010 Unit 2mechestud
 
J3010 Unit 1
J3010   Unit 1J3010   Unit 1
J3010 Unit 1mechestud
 

Plus de mechestud (20)

J3009 Unit 13
J3009   Unit 13J3009   Unit 13
J3009 Unit 13
 
J3009 Unit 12
J3009   Unit 12J3009   Unit 12
J3009 Unit 12
 
J3009 Unit 11
J3009   Unit 11J3009   Unit 11
J3009 Unit 11
 
J3009 Unit 10
J3009   Unit 10J3009   Unit 10
J3009 Unit 10
 
J3009 Unit 9
J3009   Unit 9J3009   Unit 9
J3009 Unit 9
 
J3009 Unit 8
J3009   Unit 8J3009   Unit 8
J3009 Unit 8
 
J3009 Unit 7
J3009   Unit 7J3009   Unit 7
J3009 Unit 7
 
J3009 Unit 6
J3009   Unit 6J3009   Unit 6
J3009 Unit 6
 
J3009 Unit 4
J3009   Unit 4J3009   Unit 4
J3009 Unit 4
 
J3009 Unit 5
J3009   Unit 5J3009   Unit 5
J3009 Unit 5
 
J3009 Unit 3
J3009   Unit 3J3009   Unit 3
J3009 Unit 3
 
J3009 Unit 2
J3009   Unit 2J3009   Unit 2
J3009 Unit 2
 
J3009 Unit 0
J3009   Unit 0J3009   Unit 0
J3009 Unit 0
 
J3009 Unit 1
J3009   Unit 1J3009   Unit 1
J3009 Unit 1
 
J3010 Unit 6
J3010   Unit 6J3010   Unit 6
J3010 Unit 6
 
J3010 Unit 5
J3010   Unit 5J3010   Unit 5
J3010 Unit 5
 
J3010 Unit 4
J3010   Unit 4J3010   Unit 4
J3010 Unit 4
 
J3010 Unit 3
J3010   Unit 3J3010   Unit 3
J3010 Unit 3
 
J3010 Unit 2
J3010   Unit 2J3010   Unit 2
J3010 Unit 2
 
J3010 Unit 1
J3010   Unit 1J3010   Unit 1
J3010 Unit 1
 

Dernier

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Dernier (12)

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

R1001 Unit 4

  • 1. R1001 / UNIT 4/ 1 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL UNIT 4 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL OBJEKTIF Objektif am : • Mengetahui Etika dan Protokol majlis rasmi. • Mengamalkan Etika dan Protokol ketika menghadiri majlis. Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- Ø mentakrifkan maksud Etika dan Protokol. Ø mengetahui protokol-protokol untuk menghadiri majlis rasmi Ø mengetahui dan mengamalkan etika dimeja makan.
  • 2. R1001 / UNIT 4/ 2 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL INPUT 4.1 DEFINISI PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL Protokol merupakan perkataan yang berasal Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua perkataan iaitu protos yang membawa maksud yang pertama dan perkataan koiI yang bermaksud pelekat Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat dan status seseorang. Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan seseorang. Etika sosial yang hendak disampaikan dalam modul ini merupakan satu tingkah laku dan sopan santun yang seharusnya anda lakukan untuk berinteraksi dengan individu atau masyarakat sekeliling anda. Ia melibatkan amalan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik yang diiktiraf dan diamalkan dalam masyarakat sama ada dalam majlis rasmi atau bukan rasmi.
  • 3. R1001 / UNIT 4/ 3 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL 4.2 TATASUSILA DAN KELAKUAN Tatasusila atau adab tertib merupakan punca pengenalan peribadi seseorang. Tidak semua tatasusila orang barat itu sesuai dengan orang timur terutamanya yang beragama Islam. 4.2.1 Tatacara majlis rasmi Majlis rasmi boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu: i. Peringkat antarabangsa ii. Peringkat Kebangsaan iii. Peringkat Negeri iv. Peringkat Daerah v. Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan sebagainya) Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi. Apa yang akan diperbincangkan dalam modul ini adalah asas-asas kepada tatacara majlis rasmi agar anda tidak terpinga-pinga atau kekok apabila menghadir majlis rasmi. a) Tatacara menghadiri majlis Tetamu-tetamu bagi majlis rasmi biasanya diundang menggunakan kad jemputan. Tanggunjawab anda sebagai tetamu bagi sesuatu majlis rasmi adalah bermula daripada hari penerimaan kad jemputan dan berakhir
  • 4. R1001 / UNIT 4/ 4 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL apabila anda meninggalkan majlis tersebut. Oleh itu, sekiranya anda menerima kad jemputan bagi sesuatu majlis rasmi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melakukan perkara-perkara berikut: i. Anda hendaklah membaca kad jemputan dengan teliti. Perhatikan apakah kad jemputan tersebut perlu dijawab atau disediakan pelekat kenderaan. ii. Telitilah tujuan jemputan dan jenis majlis yang akan diadakan. Adakah ia majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Ini adalah penting untuk menentukan jenis pakaian yang hendak dipakai sekiranya kad jemputan tersebut tidak menyatakan jenis pakaian yang patut dipakai. iii. Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan. iv. Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada kebiasaannya kad jemputan ada menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai tetamunya. v. Buat keputusan sama ada anda hendak hadir atau tidak pada majlis tersebut. Jawablah segera jemputan tersebut untuk memudahkan penganjur majlis menentukan bilangan tetamu keseluruhannya. b) Tatacara pergaulan sosial Pergaulan sosial merupakan pengenalan peribadi seseorang iaitu samada beliau seorang yang hidup dalam suasana sopan santun atau pun hanya seorang yang jahil dan kurang kesopanan.
  • 5. R1001 / UNIT 4/ 5 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Memperkenalkan seseorang i. Orang yang penting kepada orang yang kurang lebih penting Anda memperkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting. Misalnya anda mempunyai seorang kawan yang ingin berkenalan dengan ketua anda. Anda bersetuju memperkenalkannya kepadanya. Ini bermakna kawan anda itu adalah orang yang diperkenalkan dan ketua anda adalah orang yang menerima perkenalan. ii. Yang berpangkat rendah kepada yang berpangkat tinggi Jika kedua-dua orang yang hendak dikenalkan diketahui pangkatnya maka hendaklah orang yang lebih rendah pangkatnya diperkenalkan kepada orang yang lebih tinggi pangkat. Misalnya memperkenalkan seorang penolong setiausaha kepada setiausaha bahagian walaupun mereka bukan dalam satu kementerian iii. Yang muda kepada yang tua Perkenalan seorang yang lebih muda usianya kepada seorang yang lebih tua usianya, berlaku dalam lingkungan kekeluargaan. Sebagai contoh apabila seseorang memperkenalkan rakannya kepada bapanya ataupun anda hendak memperkenalkan rakan anda kepada bapa anda. Dalam situasi ini bapa dianggap sebagai orang yang tua dan dengan itu dia merupakan orang yang menerima perkenalan. iv. Lelaki kepada perempuan Perkenalan seorang lelaki kepada seorang perempuan. Ini dilakukan dengan cara menyebut nama perempuan yang berkenaan terlebih dahulu barulah disebut nama lelaki. Walau bagaimanapun sekiranya
  • 6. R1001 / UNIT 4/ 6 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL lelaki itu orang ternama atau mempunyai kedudukan tinggi, peraturan ini dikecualikan. Dalam keadaan ini nama orang yang ternama terlebih dahulu disebut sebagai tanda menghormatinya. Perilaku dan lafaz perkenalan “Benarkan saya perkenalkan encik……………..” Sebutkan nama penuh orang yang diperkenalkan. Perkenalkan hanya apabila orang yang ditanya itu setuju. Perempuan yang diperkenalkan boleh tetapi tidak perlu menghulurkan tangan. Perempuan yang duduk tidak perlu berdiri. Tanda ‘acknowledgement’ dengan menunduk kepala dan senyum manis sudah mencukupi. Boleh minta sahabat yang memang kenal orang yang hendak dikenali memperkenalkan diri. Bagi orang Melayu, perempuan tidak diperkenalkan kepada lelaki melainkan oleh suami ataupun bapa perempuan sendiri. Perempuan Melayu tidak perlu berjabat tangan dengan lelaki, hanya perlu tundukkan kepala sahaja. Umur merupakan faktor yang penting. Yang muda akan diperkenalkan dahulu kecuali dalam kes keluarga diraja, yang bukan keluarga diraja diperkenalkan dahulu. Gunakan gelaran jika ada seperti Yang Mulia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Tuan Haji dan sebagainya.
  • 7. R1001 / UNIT 4/ 7 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Tingkah-laku di Majlis. i. Lelaki buka pintu kereta. ii. Lelaki menarik dan menolak kerusi. iii. Berbaris untuk mengambil makanan. iv. Berbahasa sopan. v. Jangan goyang kaki/makan chewing gum. vi. Jangan menyampuk/mencelah perbualan. vii. Jangan gigit kuku, korek telinga, hidung dan merokok. viii. Jangan memakai bedak di khalayak ramai. ix. Jangan bercakap dengan mulut penuh. x. Jangan berlaga sudu dan garpu. xi. Jangan meninggalkan sudu di dalam gelas xii. Jangan letak siku di atas meja. xiii. Bawa makanan ke mulut dan bukan sebaliknya. xiv. Letakkan napkin di atas peha, bukan di kolar. xv. Jika datang berpasangan, perempuan hendaklah masuk dahulu. xvi. Jika membawa anak, yang muda mengikuti di belakang. xvii. Jika memakai baju luar (cloak), hendaklah di tanggalkan dan di letak di bilik kecil yang disediakan atau diserah kepada butler. xviii. Biasanya ada bilik untuk tetamu membersihkan diri dan berhias sebelum masuk dewan. c) Tatacara menjadi pengacara majlis Juruacara dalam sesuatu majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini. Tidak semua orang boleh menjadi juruacara yang baik. Juruacara adalah berperanan untuk memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis. Juruacara tidak
  • 8. R1001 / UNIT 4/ 8 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL semestinya Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Sebaiknya setiap majlis disediakan dua orang juruacara. Teks ucapan bagi juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan separuh dari kertas A4 dan satu muka hanya dimuatkan dengan satu pengumuman sahaja. Sekiranya anda menjadi juruacara untuk sesuatu majlis, pastikan anda mengetahui agenda atau turutan majlis dari permulaan sehingga majlis tamat. Pastikan anda membuat teks ucapan yang penuh. Teks anda perlu dipatuhi sepenuhnya kecuali ada perubahan yang berlaku disaat-saat akhir. Teks anda juga penting bagi memastikan atur cara majlis berjalan dengan licin serta lancar Sekiranya anda menjadi juruacara dalam majlis formal, anda tidak perlu memulakan majlis dengan kata-kata aluan atau berjenaka atau menyebut tetamu kenamaan yang hadir. Anda hanya perlu mengumumkan apa yang berlaku. Tidak perlu untuk membuat ulasan dan tiada ucapan terima kasih. Berjenaka adalah dilarang sama sekali. Pengetahuan anda mengenai panggilan-panggilan hormat berdasarkan gelaran turun temurun ataupun jawatan yang disandang akan memudahkan anda apabila untuk membuat pengumunan atau menyemput seseorang. PANGGILAN HORMAT Panggilan Panggilan Lelaki Perempuan/Isteri Hormat hormat Seri Paduka Baginda Seri Paduka Baginda DYMM DYMM Yang di-Pertuan Agung Raja Permaisuri Agong DYMM Raja Perlis Raja Perempuan DYMM KDYMM Sultan Kedah Sultanah DYMM DYMM Sultan Selangor Tengku Ampuan DYMM
  • 9. R1001 / UNIT 4/ 9 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Panggilan Panggilan Lelaki Perempuan/Isteri Hormat hormat Yang Dipertuan Besar DYMM Tunku Ampuan DYMM Negeri Sembilan KDYMM Sultan Pahang Sultanah DYMM KDYMM Al-Sultan Kelantan Raja Perempuan DYMM DYMM Sultan Terengganu Tengku Ampuan Besar DYMM DYMM Sultan Johor Sultanah DYMM DYMM Sultan Perak Raja Pemaisuri DYMM Isteri Raja Muda DYTM Raja Muda Selangor YTM Selangor DYTM Raja Muda Perlis Raja Puan Muda YTM Isteri Tengku Mahkota KDYTM Tengku Mahkota Pahang YTM Pahang Yang Dipertuan Muda Isteri Yang Dipertuan DYTM YTM Terengganu Muda Terengganu DYAM Tunku Mahkota Johor Isteri Tunku Mahkota YAM DYTM Raja Muda Kedah Raja Puan Muda YTM DYTM Raja Muda Perak Raja Puan Besar DYTM Anak-anak Raja Yang Anak-anak Raja Yang YAM YAM Memerintah Memerintah Tuan Yang Yang di-Pertua Negeri Isteri Y.A.Bhg Terutama Y.A.B Perdana Menteri Isteri Y.A.Bhg Y.A.B Tim. Perdana Menteri Isteri Y.A.Bhg Y.A.B Menteri Besar Isteri Y.A.Bhg Y.A.B Ketua Menteri Isteri Y.A.Bhg Y.B Menteri Isteri Y.Bhg Y.B Timbalan Menteri Isteri Y.Bhg Y.B Setiausaha Parlimen Isteri Y.Bhg Yang Dipertua Dewan Y.B Isteri Y.Bhg Negara Yang Dipertua Dewan Y.B Isteri Y.Bhg Rakyat Tim. Yang Dipertua Y.B Isteri Y.Bhg Dewan Negara Tim. Yang Dipertua Y.B Isteri Y.Bhg Dewan Rakyat Y.Amat Arif Ketua Hakim Negara Isteri Y.Bhg Y.Bhg Ketua Setiausaha Negara Isteri Y.Bhg Y.B Ahli Dewan Negara Isteri Puan Y.B Ahli Dewan Rakyat Isteri Puan
  • 10. R1001 / UNIT 4/ 10 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Panggilan Panggilan Lelaki Perempuan/Isteri Hormat hormat Ahli Dewan Undangan Y.B Isteri Puan Negeri Y.Arif Hakim Besar Isteri Y.Bhg Y.Arif Hakim Mahkamah Agung Isteri Y.Bhg Y.Arif Hakim Mahkamah Tinggi Isteri Y.Bhg Y.Bhg. Peguam Negara Isteri Y.Bhg Panglima Angkatan Y.Bhg. Isteri Y.Bhg Tentera Y.Bhg Ketua Polis Negara Isteri Y.Bhg Y.Amat Bhg Tun Isteri Y.A.Bhg Y.Bhg Tan Sri Isteri Y.Bhg Y.Bhg Dato/Datuk Isteri Y.Bhg Y.Mulia Tunku/Tengku Tunku/Tengku Yang Mulia Y.Mulia Ungku Ungku Yang Mulia Y.Mulia Ku Ku Yang Mulia Y.Mulia Raja Raja Yang Mulia Tuan Syed Syed Puan/Cik Tuan Sheikh Sheikh Puan/Cik Tuan Haji Hajjah Puan/Cik Sahibul Mufti - - Samahah Sahibul Kadi Besar - - Fadillah Sahibul Kadi - - Fadillah d) Tatacara menjadi penyambut tetamu Penyambut tetamu merupakan orang yang paling hadapan sekali didalam sesuatu majlis. Sebelum majlis bermula penyambut akan menyambut tetamu-tetamu yang datang. Sebaiknya penyambut tetamu mempunyai perawakan yang menarik dan berpakaian kemas. Penyambut tetamu mempunyai tanggungjawab yang besar damlam melicinkan perjalanan majlis.
  • 11. R1001 / UNIT 4/ 11 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Berikut ialah panduan bagi anda sekiranya anda menjadi seorang penyambut tetamu: i. Penyambut tetamu hendaklah mengetahui maklumat keraian yang sedang diadakan sekurang-kurangnya tujuan keraian itu tersebut diadakan dan masa keraian itu bermula dan berakhir mesti diketahuinya. ii. Penyambut tetamu hendaklah tahu susunan tempat duduk keseluruhannya supaya senang untuk memandu atau menunjukkan tempat-tempat duduk tetamu berkenaan. iii. Penyambut tetamu hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting yang penting seperti tandas, pintu masuk, tempat keluar dan lain-lain. iv. Penyambut hendaklah mahir dengan tempat-tempat dan kawasan yang diuntukkan baginya. v. Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai tetamu yang akan hadir dan sebaik-baiknya mengenali tetamu tersebut. vi. Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai tetamu khas yang akan disambut vii. Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai mengikut keraian yang sedang dijalankan. viii. Penyambut tetamu hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa tetamu dijangka tiba. Penyambut hendaklah melaporkan diri kepada Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai tetamu yang dikhaskan untuknya. ix. Jika ada apa-apa pertanyaan yang dimajukan, jawablah dengan sopan. Jika ada teguran dari tetamu yang kurang senang didengar, hendaklah
  • 12. R1001 / UNIT 4/ 12 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut sendiri kurang pasti. x. Penyambut hendaklah senyum selalu.
  • 13. R1001 / UNIT 4/ 13 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL AKTIVITI 1a • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA Jawab soalan-soalan yang berikut: 4.1 Berikan definisi protokol dan etika. 4.2 Senaraikan peringkat-peringkat majlis rasmi. 4.3 Semua majlis rasmi kerajaan di peringkat persekutuan dikelolakan oleh sebuah “Jawatankuasa” yang dikenali sebagai A. Jawatankuasa Majlis Tidak Rasmi B. Jawatankuasa Majlis Rasmi C. Jawatankuasa Istiadat Kerajaan D. Jawatankuasa ‘adhoc’ 4.4 Perkara-perkara penting yang mesti diambil kira dalam penentuan TEMPAT majlis adalah seperti berikut kecuali; A. Diketahui umum dan mudah dituju B. Mempunyai tempat letak kereta memcukupi C. Mempunyai ruang legar yang kecil D. Mempunyai kemudahan asas yang memcukupi 4.5 Dalam penulisan dan pengedaran kad jemputan,butir-butir berikut perlu dinyatakan kecuali; A. Nama Majlis B. Tempat Majlis diadakan C. Tarikh majlis diadakan D. Senarai nama ahli Jawatankuasa
  • 14. R1001 / UNIT 4/ 14 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL MAKLUMBALAS 1a Jawapan : 4.1 Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat dan status seseorang. Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan seseorang. 4.2 Ada lima peringkat i. Peringkat antarabangsa ii. Peringkat Kebangsaan iii. Peringkat Negeri iv. Peringkat Daerah v. Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan sebagainya) 4.3 B 4.4 C 4.5 D
  • 15. R1001 / UNIT 4/ 15 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL INPUT 4.2.2 TATACARA BERPAKAIAN DI DALAM MAJLIS Pakaian yang anda pakai di dalam sesuatu majlis memainkan peranan yang amat penting dalam memperlihatkan peribadi,personaliti dan imej anda. Jenis pakaian juga memainkan peranan dalam penyesuaian terhadap aktiviti dan majlis yang hendak anda hadiri. Pakaian yang anda pakai untuk aktiviti sukan pastinya berbeza dengan pakaian anda untuk menghadiri majlis rasmi umpamanya majlis konvokesyen. Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Tahap atau kategori majlis adalah seperti berikut: i. Majlis Penuh Istiadat ii. Majlis Formal iii. Majlis Separuh Formal iv. Majlis Tidak Formal a) Tatacara berpakaian i. Pakaian hendaklah bersih, sesuai dengan majlis. ii. Pakaian pasangan mesti setanding. iii. Jangan buka pakaian walaupun panas.
  • 16. R1001 / UNIT 4/ 16 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL iv. Wanita jangan memakai pakaian berkilau di waktu siang. v. Elakkan memakai pakaian yang menggunakan satu warna atau lebih dari empat warna. vi. Pastikan segalanya mencerminkan bahawa anda mempunyai citarasa yang tinggi, sederhana tetapi menyerlah. vii. Semak pakaian sebelum keluar rumah. Amalan ini dapat menyelamatkan kita dari situasi yang memalukan. viii. Jangan terlalu mengikut fesyen semasa dan jangan menjolok mata. ix. Gunakan pewangi secara sederhana. x. Kita perlu mengetahui jenis kain yang dipakai untuk memudahkan di cuci sekiranya berlaku kemalangan yang mengotorkan pakaian seperti kuah tumpah. b) Jenis-jenis pakaian rasmi Pada kebiasaannya penganjur majlis rasmi akan menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai oleh tetamu pada kad jemputan. Antara pakaian yang biasa digunakan pada majlis rasmi adalah: i. Pakaian kebangsaan ( Baju lengkap) ii. Lounge suit iii. White tie atau tail coat. iv. Dinner jacket, black tie atau smoking v. Morning dress vi. Mess kit vii. Batik berlengan panjang viii. Pakaian istiadat
  • 17. R1001 / UNIT 4/ 17 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Pada kebiasaannya pakaian yang biasa dipakai di majlis rasmi adalah Pakaian Kebangsaan, Lounge suit dan batik berlengan panjang. i. Pakaian Kebangsaan Jika kad jemputan menyebut pakaian kebangsaan sahaja bermakna anda bebas untuk memilih warna kecuali warna larangan yang ditentukan jika membabitkan pihak istana. Pakaian kebangsaan tersebut terdiri dari: • Songkok hitam. • Baju melayu, cekak musang. • Seluar Melayu, sama warna dengan baju. • Samping songket, dipakai di sebelah luar. • Stoking hitam. • Sepatu kulit hitam. ii. Lounge suit Pada masa sekarang Lounge suit merupakan pilihan pakaian yang popular dan amat disenangi dikalangan para tetamu. Lounge suit biasanya terdiri daripada: • lounge suit warna gelap untuk malam dan warna cerah untuk siang • Baju putih berkolar • Stoking hitam • Sepatu kulit hitam berkilat • Bersongkok jika dikehendaki.
  • 18. R1001 / UNIT 4/ 18 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Rajah 1: Pakaian sesuai untuk majlis rasmi. iii. White tie atau tail coat. • Tail coat panjang warna hitam • Waist coat putih • Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan • Wing collar. iv. Dinner jacket, black tie atau smoking • Jaket hitam dengan berlapikkan sutera hitam di kelepak baju atau shell jacket putih. • Kemeja putih berkanji di senelah hadapan • Kolar lembut • Tie-bow hitam. • Kumerban (cummerband) hitam atau waist coat putih. • Seluar hitam dengan satu jalur sutera. • Stoking hitam • Sepatu kulit hitam berkilat.
  • 19. R1001 / UNIT 4/ 19 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL v. Morning dress • Tail coat hitam • Waist coat hitam • Kemeja putih • Plain (stiff turndown) collar • Tali leher warna kelabu • Stoking hitam • Sepatu kulit hitam berkilat vi. Mess kit Mess Kit adalah pakaian istiadat untuk majlis makan malam seperti pakaian istiadat tentera, polis, pegawai kanan kerajaan, menteri dan penyandang darjah kebesaran. vii. Batik Batik sebenarnya tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi. Bagaimanapun oleh sebab-sebab tertentu kadangkala ditetapkan pakaian batik. Jika dikehendaki demikian maka, hendaklah memakai : • Baju batik lengan panjang • Baju berkolar • Tidak perlu dimasukkan ke dalam seluar • Batik Malaysia • Tidak bercorak terlampau garang • Seluar hendaklah tidak bercorak dan berwarna gelap.
  • 20. R1001 / UNIT 4/ 20 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL viii. Pakaian istiadat Pakaian istiadat adalah dikhususkan kepada mereka yang tersebut dibawah ini: • Pakaian rasmi Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, ahli- ahli jemaah menteri dan timbalan menteri. • Pakaian rasmi ahli-ahli Parlimen • Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran DMN dan PSD • Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran negeri dan pakainan istiadat bagi katogeri-katogeri lain yang ditetapkan oleh pihak negeri. • Pakaian istiadat bagi angkatan tentera, polis dan jabatan penjara. • Pakaian pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai pekhidmatan yang mempunyai pakaian istiadat • Pakaian istiadat bagi duta-duta sebagaimana yang ditetapkan oleh negara masing-masing. • Pakaian istiadat bagi ahli-ahli jemaah hakim. c) Pakaian yang sesuai berdasarkan bentuk badan. Struktur Lelaki Wanita Pendek Berjalur, bergaris menegak Pakaian yang bergaris menegak. Pakai kasut bertumit tinggi tetapi jangan terlalu tinggi. Tinggi Baju dan seluar yang Pakaian yang mempunyai dua berlainan warna. Pakaian bahagian. Warna pakaian atas dan ketat akan memberi bawah yang berbeza. Kasut gambaran lebih tinggi mempunyai tumit rendah. Berat Pakaian yang dijahit elok. Jauhkan dari corak-corak yang besar. Warna gelap. Kain jangan jenis yang melekat di badan. Warna gelap. Wanita gemuk yang berdagu dua tidak harus memakai baju yang mempunyai turtleneck.
  • 21. R1001 / UNIT 4/ 21 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Struktur Lelaki Wanita Kurus Bebas berpakaian. Jika Bebas berpakaian. Jika ada bahagian lengan kurus, pakai baju tertentu yang kurang sedap berlengan panjang dipandang,lindungi dengan skaf/high colar Sederhana Bebas berpakaian Bebas berpakaian kecuali yang berkaki gemuk, tidak elok memakai mini skirt. Rajah 2 : Pakaian yang sesuai ke pejabat atau majlis bagi wanita Islam 4.5.1 ETIKA DI MEJA MAKAN Perkara asas mengenai etika di meja makan perlu diketahui supaya anda tidak berasa serba salah apabila berada di meja makan terutama dalam majlis rasmi. Anda hendaklah mengelakkan diri dari meletakkan siku di atas meja semasa hidangan disediakan. Jangan sekali-kali condongkan kerusi ke belakang. Duduklah dengan bahagian belakang badan rapat kerusi dan kaki rata di atas lantai.
  • 22. R1001 / UNIT 4/ 22 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat berguna bagi mereka yang sering diundang ke majlis-majlis jamuan rasmi atau menghadiri jamuan di hotel-hotel atau di rumah orang kenamaan. a) Tertib di meja makan Biasanya mereka yang jarang menghadiri majlis rasmi akan terpandang- pandang antara satu sama lain untuk memulakan makan ketika makanan dihidangkan. Mereka yang pertama kali ke majlis rasmi tertunggu-tunggu untuk makan kerana takut salah menggunakan peralatan yang disediakan. Pada kebiasaannya sebelum sesuatu jamuan dimulakan para tetamu yang berlegar di ruang legar akan dihidangkan dengan minuman ringan sebelum jamuan. Lazimnya minuman dari jenis jus akan dihidangkan. Elakkan meminta minuman kegemaran seperti susu atau lain-lain minuman yang tidak dihidangkan oleh tuan rumah. Kebanyakan masyarakat kita tidak minum sebelum makan. Jangan paksa diri untuk minum jika tidak biasa. Bukan menjadi kesalahan jika anda tidak mengambil minuman tetapi adalah tidak manis jika mengambil minuman lebih dari dua gelas. Minuman ini tidak perlu dibawa ke meja makan walau bagaimana sedap sekalipun minuman tersebut. Selepas minum, letekkan gelas di atas meja- meja kecil yang disediakan di ruang legar atau berikan semula kepada pelayan.
  • 23. R1001 / UNIT 4/ 23 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Berikut adalah beberapa panduan bagi anda apabila berada di meja makan: i. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja walaupun cantik. ii. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan. iii. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia dianggap seperti menghina tuan rumah. iv. Elakkan menggunakan tangan untuk makan. v. Jangan terlalu bising bila menggunakan sudu dan garpu. vi. Jangan sekali-kali mencungkil gigi, mengorek telinga atau hidung. vii. Jika perlu meninggalkan meja letakkan napkin di atas kerusi menandakkan anda akan kembali semula. Jika napkin diletakkan di atas meja menandakan anda akan terus balik. Rajah 3 : Kedudukan napkin yang menandakan anda akan kembali ke meja semula viii. Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai makan.
  • 24. R1001 / UNIT 4/ 24 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Rajah 4 : Kedudukan sudu dan pisau selepas selesai makan ix. Letakkan sudu dan garfu bersilang sekiranya belum selesai makan. Rajah 5 : Kedudukan sudu dan garpu belum selesai makan. x. Sekiranya makanan pembasuh mulut dihidangkan di dalam piring sudu boleh di ditinggakan di dalam bekasnya bila selesai makan. Sekiranya ia dihidangkan di dalam gelas berkaki yang berlapik, sudu hendaklah diletakkan di atas piring pelapik sebelah kanan.
  • 25. R1001 / UNIT 4/ 25 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL AKTIVITI 1b • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA Jawab soalan-soalan yang berikut: 4.6 Terangkan kedudukan sudu dan garpu jika anda selesai makan. 4.7 Senaraikan TIGA perkara yang tidak boleh dilakukan semasa anda dimeja makan. 4.8 Perkenalan seorang lelaki dan perempuan. Ini dilaku dengan menyebut nama __________________ dahulu, barulah nama ______________. 4.9 Panggilan hormat bagi mereka-mereka dibawah ialah Ketua Polis Negara Syed Menteri Kadi haji 4.10 Dalam majlis makan malam formal, pakaian lelaki yang sesuai adalah____________manakala perempuan yang sesuai adalah_____________.
  • 26. R1001 / UNIT 4/ 26 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL MAKLUMBALAS 1b Jawapan : 4.6 Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai makan. 4.7 i. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja walaupun cantik. ii. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan. iii. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia dianggap seperti menghina tuan rumah. 4.8 Perempuan, lelaki. 4.9 Ketua Polis Negara YANG BERBAHAGIA Syed TUAN Menteri YANG BERHORMAT Kadi SHAHIBUL FADILLAH Haji TUAN 4.10 Baju Kebangsaan/Lounge suit—baju kurung/kebaya labuh.
  • 27. R1001 / UNIT 4/ 27 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan . Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!! 1. Anda menerima kad jemputan majlis berbuka puasa di rumah Menteri Besar. Apakah tindakan yang perlu anda ambil. 2. Anda diberi tugas untuk menentukan susunan meja makan bagi majlis rasmi kerajaan. Maklumat adalah seperti berikut; - Jumlah tetamu 380 orang - Jumlah VIP 10 orang - Jumlah meja bulat untu sepuluh orang 38 buah - Sebuah meja panjang untuk sepuluh orang - Majlis ini mempunyai persembahan dan pancaragam
  • 28. R1001 / UNIT 4/ 28 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL MAKLUMBALAS Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda . JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI 1. Tindakan anda adalah i. Anda bacalah kad jemputan dengan teliti. Perhatikan apakah kad jemputan tersebut perlu dijawab atau disediakan pelekat kenderaan. ii. Telitilah tujuan jemputan dan ia adalah majlis rasmi.. iii. Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan. iv. Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada kebiasaanya kad jemputan ada menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai tetamunya. Sekiranya tiada anda hendaklah memakai baju melayu lengkap bersamping. v. Jawablah segera jemputan tersebut untuk memudahkan penganjur majlis menentukan bilangan tetamu keseluruhannya. 2. i. Susunan keseluruhan dewan
  • 29. R1001 / UNIT 4/ 29 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL ii. Susunan kerusi Vip dimeja khas. Meja Utama 10 8 6 4 2 1 3 5 7 9 iii. Susunan kedudukan dimeja bulat Nombor menunjukkan pangkat atau kekanan jawatan .