SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
PENGUKURAN                                               J1003/4/ 1




              Dapat menggunakan alat-alat pengukur asas
              dengan betul dan boleh mendapat bacaan yang
              tepat




             Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

             Menamakan alat-alat pengukur asas seperti pembaris keluli, tali
             pita, angkup dalam dan angkup luar.
             Menyatakan pelbagai jenis dan saiz mikrometer.
             Melakar dan menamakan bahagian- bahagian micrometer luar.
             Menyatakan prinsip asas micrometer.
             Berkebolehan membaca dan melakarkan bacaan micrometer
             dalam (metrik dan imperial).
             Menerangkan cara penggunaan micrometer.
             Melakar dan menamakan bahagian-bahagian angkup vernier.
             Menyatakan prinsip asas vernier.
             Menerangkan cara-cara menggunakan angkup vernier.
             Membaca dan melakarkan bacaan angkup vernier (metrik dan
             imperial).
             Menyatakan pelbagai alat pengukur yang menggunakan prinsip
             vernier seperti jangka sudut serong vernier dan tolok tinggi
             vernier.s
PENGUKURAN                                                  J1003/4/ 2




                    INPUT
4.0   PENGENALAN

      Dalam bidang ketukangan, istilah menanda bermaksud membuat
      tanda diatas permukaan logam yang akan .dimesin atau digegas. Ini
      termasuklah menandakan garisan, bulatan, lengkuk, jarak dan juga
      pusat. Tanda yang telah dibuat digunakan sebagai panduan apabila
      hendak memesin atau memasang benda kerja. Dengan menanda, kita
      dapat mengetahui berapa banyak bahan yang harus dibuang atau
      bahagian mana yang harus dipotong atau dibuat lubang. Butir-butir
      dan spesifikasi tandaan ini biasanya didapati dan dipindahkan
      daripada lukisan atau cetakan biru keatas permukaan benda kerja .

      Tahukah anda bahawa setiap penandaan yang dilakukan
      memerlukan alat-alat pengukuran dan pengujian, dimana tanpa alat-
      alat ini kerja yang dilakukan mungkin kurang berkualiti dan tidak
      menepati spesifikasi atau piawaian yang dikehendaki. Oleh yang
      demikian didalam unit 4 ini anda akan dapat mengenali alat-alat
      pengukuran dan memahami kepentingan alat pengukuran dalam
      bengkel mekanikal.

4.1   ALAT-ALAT PENGUKUR ASAS

      Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengukur asas yang biasa
      digunakan dalam kerja-kerja menanda. Dibawai ini disenaraikan
      beberapa alat penting yang biasa digunakan dalam bengkel
      kejuruteraan mekanikal.

                 Pembaris keluli
                 Sesiku bergabung
                 Angkup luar dan angkup dalam
                 Jangka tolok
                 Penubuk
                 Penggarit
                 Sesiku L
                 Sesiku serong
                 Jangka sudut
                 Jangka sudut vernier
                 Tolok permukaan
PENGUKURAN                                                        J1003/4/ 3


      PEMBARIS KELULI
      Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat.
Skalanya dalam unit inci dan metrik. Pembaris keluli metrik boleh didapati
dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga1
meter, bagaimanapun jenis yang lazim digunakan berukuran 150 milimeter
hingga 300 milimeter.
      Pembaris keluli metrik disenggatkan kepada setengah dan satu
millimeter, sementara pembaris keluli inci dibuat senggatan dalam pecahan
dan perpuluhan. Pecahan yang ,biasa ialah1/64, 1/32, 1/16 dan1/8 inci.
Pembaris jenis perpuluhan pula membolehkan pecahan yang lebih kecil
daripada 1/64 inci dibaca, kerana pembaris jenis ini mempunyai senggatan
0.100(1/10 inci), 0.050(1/20inci), 0.020(1/50inci) dan 0.010(1/100inci). Rajah
dibawah menunjukkan nilai tiap-tiap satu senggatan yang terdapat dalm
ketiga-tiga jenis ukuran, iaitu metrik, pecahan dan perpuluhan.




       ANGKUP LUAR
       Angkup luar mempunyai kaki yang bengkok kedalam. Ia sama ada je
Nis bercantum ketat ataupun jenis bercantum pegas. Kegunaan angkup
luar adalah untuk mendapatkan dimensi sebelah luar benda kerja bulat
atau rata, ketebalan dinding silinder dan bahagian benda kerja bertingkat.




      ANGKUP DALAM
PENGUKURAN                                                  J1003/4/ 4


      Binaan dan bentuk angkup dalam hampir serupa dengan angkup luar
kecuali ia mempunyai kaki yang bengkok keluar. Kegunaan angkup dalam
pula adalah untuk mengambil ukuran pada sebelah dalam seperti garis
pusat batang paip, garis pusat lubang, lebar lurah, lengkang lurah alur
kunci dan sebagainya.




     4.2   JENIS DA                         N SAIZ MIKROMETER

     Mikrometer merupakan alat pengukur jitu yang lazimnya digunakan
     dalam bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang
     paling kecil dengan tepat. Terdapat berbagai jenis micrometer yang
     biasa digunakan, antaranya ialah :

           i)     Mikrometer luar
           ii)    Mikrometer dalam
           iii)   Mikrometer tolok dalam

     Mikrometer boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu dalam unit metrik
     dan unit imperial. Biasanya ukuran yang paling kecil yang boleh
     dibaca oleh micrometer
     Ialah 1/100 milimeter(0.01). Manakala micrometer inci pula boleh
     membaca sehingga 1/1000 inci (0.001inci) dan 1/10000 inci (0.0001
     inci). Terdapat tiga saiz micrometer yang biasa digunakan untuk
     kesemua jenis-jenis micrometer diatas iaitu :

     1.    Mikrometer 0 – 25 mm
           Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar
           pada laras sejajar dengan angka sifar pada bidal
           dan bacaannya ialah 0mm.
PENGUKURAN                                                  J1003/4/ 5


      2.   Mikrometer 25 – 50 mm
           Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan yang lain
           tetapi jarak muka ukuran ialah 25mm dan bacaan bermula
           daripada 25mm.

      3.   Mikrometer 100 –150 mm
           Bacaan untuk mikrometer ini bermula daripada 100mm.

4.3   LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER LUAR




           A)   BINGKAI
                Bingkai berbentuk separuh bulatan, mempunyai spindal
                dibahagian hujung sebelah kanan dan andas disebelah
                kiri.

           B)   ANDAS
                Dipasang tetap disebelah kiri bingkai. Bagi sesetengah
                andas, diletakkan tip tungsten karbida pada bahagian
                mukanya supaya tidak cepat haus.

           C)   SPINDAL
                Dibahagian hujung sebelah kanan terdapat benangyang
                boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan
                pada bidal. Apabila bidal diputar spindal akan bergerak
                maju dan mundur ke permukaan andas. Hujung sebelah
                kirinya juga diletakkan tip tungsten karbida.

           D)   LARAS
                Bahagiannya terdapat senggatan-senggatan yang dibuat
                disebelah menyebelah garisan selari yang menjadi
                datum kepada micrometer. Bahagian atasnya pula
                disenggatkan pula kepada 25 bahagian dan satu
                lsenggatan bersamaan 1mm. Manakala bahagian
                dibawahnya pula senggatan dibuat membahagi dua
                senggatan diatas, bermakna satu garisan bersamaan
                0.5mm.
PENGUKURAN                                                    J1003/4/ 6



            E)    BIDAL
                  Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian
                  yang sama. Tiap-tiap satu bahagian bersamaan 0.01mm.


            F)    PENGANJAK HALUS
                  Terletak dibahagian hujung bidal. Kegunaannya adalah
                  untuk memdapatkan bacaan yang tepat, tekanan,
                  mengukur mestilah tekal dan berdasarkan rasa
                  sentuhan.


4.4   PRINSIP ASAS MIKROMETER

      Mikrometer bekerja berasaskan pergerakan ulir skru. Spindalnya
      mempunyai skru dengan pic ulir 0.5 milimeter. Ia boleh berputar
      dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal, dimana apabila bidal
      diputarkan spindal akan bergerak maju atau mundur ke permukaan
      andas. Oleh sebab itu pic ulir mikrometer ialah 0.5mm, maka setiap
      satuputaran penuh bidal, spindal bergerak 0.5mm. Setiap satu
      pusingan bidal, pergerakan yang dibuat oleh spindal sejauh 0.5mm,
      maka tiap-tiap satu senggatan bidal ialalh 1/50 x 0.5 = 0.01mm.
      Permukaan andas dan spindal disebut muka ukuran kerana benda
      kerja diukur diantara dua permukaan ini. Untuk memulakan satu-satu
      ukuran, angka sifar pada bidal hendaklah sejajar dengan angka sifar
      pada laras.
PENGUKURAN                                                          J1003/4/ 7




                            AKTIVITI 4A
4.1   Manakah antara yang berikut bukan alat pengukuran asas dalam bengkell
      kejuruteraan mekanikal:

      a.      pembaris keluli       c.        angkup dalam   e.    tali pita
      b.      angkup vernier        d.        sesiku L        f.   penggarit

4.2   Manakah antara berikut tiga jenis saiz mikrometer yang sering digunakan:

      a.      0mm-20mm              c.        0mm- 15mm      e.    0mm- 25mm
              20mm- 50mm                      15mm- 25mm           25mm-45mm
              50mm- 100mm                     25mm- 50mm           45mm-65mm

      b.      0mm- 25 mm            d.        0mm- 25mm      f.    25mm-50mm
              25mm- 50mm                      25mm- 50mm           50mm-75mm
              50mm- 75mm                      100mm- 150mm         75mm-95mm

4.3   Mengapakah sesetengah muka andas pada mikrometer diletakkan tip
      tungsten karbida:

      a. nampak cantik              c.        tahan haus     e.    tahan karat
      b. lebih kuat                 d.        lebih tepat    f.    lebih murah

4.4   Berikut adalah nama-nama bahagian pada sebuah mikrometer kecuali:

      a.      Bingkai               c.        laras          e.    rahang
      b.      Spindal               d.        andas          f.    bidal

4.5   Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.setiap
      senggatan bersamaan dengan:

        a.    0.01mm                c.        0.05mm         e.    0.02mm
        b.    0.10mm                d.        0.50mm         f.    0.20mm



      Cuba jawab soalan latihan diatas dan
      semak jawapan pada maklum balas
      disebelah, pastikan anda faham. Jika
      tidak, sila lakukan ulang kaji semula
PENGUKURAN                                                          J1003/4/ 8




               MAKLUM BALAS 4A
4.1   a.    (pembaris keluli) – antara alat pengukuran asas bengkel
              kejuruteraan mekanikal
      b     (angkup vernier) – antara alat pengukuran asas bengkel
            kejuruteraan mekanikal
      c.    (angkup dalam) - antara alat pengukuran asas bengkel
            kejuruteraan mekanikal
      d.    (sesiku L)      - antara alat pengukuran asas bengkel
            kejuruteraan mekanikal
      e.    (tali pita)     - antara alat pengukuran asas bengkel
            kejuruteraan mekanikal
      f.    (penggarit)    - alat penguji dan penanda dalam bengkel
            kejuruteraan mekanikal

4.2   Tiga jenis saiz mikrometer yang sering digunakan adalah:

      d.    0mm – 25mm
            25mm – 50mm
            100mm – 150mm

4.3   Tujuan sesetengah muka andas pada mikrometer diletakkan tip tungsten
      karbida adalah supaya :

      c.     tahan haus

4.4   a.    (bingkai) – bahagian pada sebuah mikrometer
      b.    (spindal) – bahagian pada sebuah mikrometer
      c.    (laras) - bahagian pada sebuah mikrometer
      d.    (andas) - bahagian pada sebuah mikrometer
      e.    (rahang) – bahagian pada sebuah angkup vernier
      f.    (bidal) - bahagian pada sebuah mikrometer

4.5   Setiap senggatan pada muka lilitan bidal bersamaan dengan :

      a.    0.01mm
PENGUKURAN                                                            J1003/4/ 9




                               INPUT

4.5   BACAAN DAN LAKARAN PADA MIKROMETER (METRIK DAN
      IMPERIAL)

      MEMBACA MIKROMETER METRIK/IMPERIAL
      (Kaedah membaca mikrometer metrik dan imperial adalah sama,
      cuma nilai bacaannya sahaja yang berbeza).

                          i)     Bacaan sengagatan terakhir pada laras atas
                                 yang dilalui oleh bidal didarabkan 1mm.
                          ii)    Bacaan senggatan pada laras bawah yang
                                 terhampir dengan 1mm didarabkan dengan
                                 0.50mm.
                          iii)   Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar
                                 dengan garisan skala laras didarabkan
                                 dengan 0.01mm.
                          iv)    Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas.
                                 Jumlah nilai tersebut merupakan bacaan
                                 bagi micrometer itu.




4.6   CARA MENGGUNAKAN MIKROMETER

      Cara menggunakan micrometer ialah dengan mendapatkan tekanan
      mengukur dengan betul, elakkan memutar bidal berlebihan. Sebaliknya
      dapatkan rasa sentuhan yang betul. Micrometer hendaklah dipegang pada
      tapak tangan dan diapit dengan jari kelilngking atau jari manis. Biarkan ibu
      jari dan jari talunjuk bebas memutarkan bidal untuk melaraskan spindal.
      Benda kerja hendaklah diletakkan diantara permukaan andas dengan
      spindal. Putar bidal sehingga kedua-dua muka ukuran itu menyentuh
      benda kerja. Untuk merasa sentuhan, gerakan kehadapan atau
      kebelakang perlahan-lahan.
PENGUKURAN                                                      J1003/4/ 10



4.7   LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER




      A)   BADAN
           Berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai
           senggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan
           skala utama.

      B)   PLAT VERNIER
           Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan
           disepanjang badan.

      C)   RAHANG
           Terdiri daripada rahang tetep dan rahang gelangsar. Rahang tetap
           merupakan bahagian daripada badan .manakala rahang gelangsar
           merupakan sebahagian daripada plat vernier.

      D)   RUSUK
           Berbentuk runcing dan terletak disebelah atas. Binaannya hampir
           sama dengan rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur ukuran
           sebelah dalam.

      E)   SKRU PENGUNCI
           Digunakan untuk mengunci plat vernier, supaya ukuran tidak
           berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan dari benda kerja. Ini
           dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.
      F)   BILAH PENGUKUR DALAM
           Merupakan satu bilah kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk
           dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.
PENGUKURAN                                                       J1003/4/ 11


4.8   PRINSIP ASAS SKALA VERNIER

      Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa
      teragak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara dua tanda senggatan
      pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier mestilah :

            i)     mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.
            ii)    senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada
                   skala vernier.
            iii)   Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier
                   merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.
PENGUKURAN                                                      J1003/4/ 12




                          AKTIVITI 4B

4.1   Berapakah bacaan jangkalus (mikrometer) dibawah:




      a.    21.29 mm            c.     21.55 mm           e.   21.79 mm
      b.    29.21 mm            d.     31.79 mm           f.   31.55 mm




4.2   Namakan bahagian-bahagian mikrometer dibawah:




4.3   Namakan bahagian-bahagian angkup vernier dibawah:
PENGUKURAN                                                         J1003/4/ 13




4.4   Nyatakan dua dari tiga prinsip asas skala vernier

4.5   Berapakah bacaan angkup vernier dalam gambarajah dibawah:
      (ketepatan vernier 0.02mm)




       a.      24.27mm              c.        24.00mm       e.    24.84mm
       b.      24.54mm              d.        24.42mm       f.    24.65mm




      Cuba jawab soalan latihan diatas dan
      semak jawapan pada maklum balas
      disebelah, pastikan anda faham. Jika
      tidak, sila lakukan ulang kaji semula
PENGUKURAN                                                           J1003/4/ 14




                 MAKLUM BALAS 4B

4.1   e.    Bacaan senggatan terakhir
            pada laras atas              = 21 X 1                  = 21.00mm
            Bacaan pada laras bawah yang
            terhampir dengan 1 mm        = 1 X 0.5                 = 0.50mm
            Bacaan senggatan bidal yang
            sejajar dengan skala
            melintang pada laras         = 29 X 0.01               = 0.29mm
                   Jumlah                                           21.79mm

4.2   a.    bingkai       c.     bidal                e.     skru jangkalus
      b.    spindal       d.     penganjak halus      f.     andas

4.3   a.    rahang tetap         c.       rusuk         e.   skala utama
      b.    rahang gelangsar     d.       skala vernier f.   nat pelaras

4.4   Prinsip asas skala vernier ialah:

            1) mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.
            2) senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala
               vernier.
            3) perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan
               bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.

4.5   b.    Bacaan pada skala utama yang
            terhampir dengan 1mm         = 24 X 1                  = 24.00mm
            Bacaan skala vernier
            senggatan ke-27 yang
            sejajar dengan salah satu
            pada skala utama             = 27 X 0.02               = 0.54mm
                   Jumlah                                           24.54mm
PENGUKURAN                                                        J1003/4/ 15




                             INPUT

4.9    CARA PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER

       Kelebihan menggunakan angkup vernier dengan mikrometer ialah dimana
       micrometer hanya boleh membuat satu bahagian bacaan sahaja
       manakala angkup vernier tiga bahagian bacaan iaitu bacaan luar dan
       dalam benda kerja, seperti diameter dalam dan diameter luar, lebar alur
       dan tebal benda kerja. Manakala fungsi ketiga adalah untuk mengukur
       dalam atau tinggi benda kerja.
       Cara penggunaan angkup vernier sedikit berbeza dengan mikrometer
       dimana jari kelingking atau jari manis tidak perlu diapit pada bingkai
       kerana angkup vernier tidak mempunyai bingkai.kedua-dua rahang
       angkup vernier perlu dirapatkan pada bahan ukuran dan dengan
       perlahan-lahan diputarkan sehingga sedikit rahang telah menyentuh
       bahan ukuran, kemudian skru pengunci dikuncikan supaya nilai bacaan
       tidak berganjak.

4.10    BACAAN DAN LAKARAN ANGKUP VERNIER (METRIK DAN
        IMPERIAL)
       (KAEDAH MEMBACA ANGKUP VERNIER METRIK DENGAN ANGKUP
       VERNIER INCI ADALAH SAMA CUMA NILAI BACAANNYA SAHAJA
       YANG BERBEZA).

       Membaca Angkup vernier Tentukuran 0.02 mm

       Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan
       dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan
       seterusnya. Skala vernier pula panjangnya 49mm dan disenggatkan
       kepada 50 bahagian yang sama.


        yang sejajar, senggatan yang ke 50 skala vernier akan sejajar dengan
       senggatan ke 49 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai
       antara satu senggatan skala utama dengan skala vernier, maka tolakkan
       1mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan
       pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :

             50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama
                   1 senggatan          = 49/50
PENGUKURAN                                                        J1003/4/ 16


                                       = 0.98 mm.
             Perbezaan nilai senggatan = 1 mm – 0.98 mm
                                       = 0.02 mm

Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm.




Contoh 1:




      Bacaan skala utama yang
           terhampir dengan 1 mm              = 42 x 1     = 42.00 mm

       Bacaan skala vernier
              senggatan ke-16 yang
              sejajar dengan salah Satu
              garisan pada skala utama        = 16 x 0.2   = 0.32mm
                     Jumlah                                 42.32 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm.

Contoh 2 :
PENGUKURAN                                                        J1003/4/ 17


      Bacaan skala utama yang
           terhampir dengan 1mm              = 65 x 1    = 65.00 mm

       Bacaan skala vernier
              senggatan ke-39 yang
              sejajar dengan salah Satu
              garisan pada skala utama      = 39 x 0.02 = 0.78 mm
                     Jumlah                               65.78 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 65.78 mm.




Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.05 mm




       Skala utama disenggatkan kepada 1mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan
dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala
vernier pula yang panjangnya 19mm, disenggatkan kepada 20 bahagian yang
sama. Apabila angka sifar di kedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang
sejajar, senggatan ke-20 pada skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke-
19 pada skala utama.
       Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan
skala vernier, maka to
lakkan dengan 1mm (nilai senggatan pada skala utama) dengan nilai satu
senggatan pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :
       20 senggatan pada skala vernier        = 19mm skala utama
              1 senggatan                     = 19/20.
       Perbezaan nilai senggatan              = 1 – 0.95 mm
                                              = 0.05mm.

Oleh itu nilai setiap sengagatan pada skala vernier = 0.05mm.

Contoh 1:
PENGUKURAN                                                J1003/4/ 18




      Bacaan skala utama                   = 25.00 mm
      Bacaan skala vernier apabila
           senggatan ke-8 sejajar
           dengan salah satu garisan
           pada skala utama = 8 x 0.05     =    0.40 mm
                  Jumlah                       25.40 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 25.40 mm.

Contoh 2:




      Bacaan skala utama                = 123.00 mm
      Bacaan skala vernier apabila
           sengatan ke-15 sejajar
           dengan salah satu garisan
           pada skala utama = 15 x 0.05 =   0.75 mm
                  Jumlah                  123.75 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 123.75mm.
PENGUKURAN                                                               J1003/4/ 19


4.11   ALAT PENGUKUR LAIN YANG MENGGUNAKAN PRINSIP VERNIER
       SEPERTI JANGKA SUDUT VERNIER DAN JANGKA SUDUT VERNIER

        Selain angkup vernier, terdapat juga alat-alat pengukur yang lain juga
mengambil skala vernier bagi membolehkan mengambil ukuran yang lebih kecil
seperti; jangka sudut vernier, tolok tingi vernier, tolok dalam vernier, tolok vernier
gigi gear dan sebagainya.




 JANGKA SUDUT VERNIER




       Kegunaan jangka sudut vernier
PENGUKURAN                                                          J1003/4/ 20


                       1. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan boleh
                           dibaca sehingga 5’ atau 1/12 .
                       2. untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut.

       Bahagian-bahagian jangka sudut vernier

       BILAH

Bilah mempunyai berbagai-bagai ukuran, biasanya 150mm atau 300mm. Ia
dimasukkan kedalam dail, boleh dikilas, dilaraskan dan dikunci pada sebarang
kedudukan sudut.

       DAIL

Dail terdiri daripada dua skala, iaitu:

                                 b) skala utama-skala ini disenggatkan kepada
                                    360 iaitu dari 0 -90 , 90 –0 , 0 –90 , 90
                                    –0 . Ia dinomborkan setiap 10 .
                                 c) Skala vernier –skala ini disenggatkan
                                    kepada 12 bahagian, setiap satu bahagian
                                    mewakili 5’ atau 1/12 dan dinomborkan
                                    setiap 3 senggatan iaitu 15 ,30 ,45 dan
                                    60 .
               Kedua-dua skala utama dan skala vernier ini dibuat dua arah dari
               angka sifar (0).

       PRINSIP MEMBACA UKURAN

Jika bacaan sudut dalam darjah penuh:
Garisan sifar (0) dan garisan ke-60 skala vernier akan sejajar dengan mana-
mana garisan pada skala utama.
Bacaan senggatan utama dari 0 hingga ke senggatan yang telah dilalui oleh
garisan sifar skala vernier dalam arah yang sama. Kemudian dicapurkan jumlah
garisan pada skala vernier yang sejajar dengan mana-mana garisan pada skala
utama, juga dalam arah yang sama.

Contoh 1:
PENGUKURAN                                                          J1003/4/ 21




      Garisan sifar (0) skala vernier
            melampaui garisan ke-64 skala
            utama. Oleh itu bacaannya                      = 64 00’

      Garisan ke-2 skala vernier sejajar
             dengan salah satu garisan
             pada skala utama (dibaca
             dalam arah bacaan yang
             sama). Oleh sebab setiap 1
             senggatan bersamaan dengan
             5’, maka bacaannya             = 2 x 5’   =       10’
                       jumlah                               64 10’

Contoh 2:




      Garisan sifar skala vernier
             melampaui garisan ke-20
             skala utama. Bacaannya                    = 20 00’
      Garisan ke-9 skala vernier
             sejajar dengan salah Satu
             garisan pada skala utama
             (dibaca dalam arah yang
             sama). Oleh sebab tiap-tiap
             satu senggatan bersamaan
             dengan 5’, maka bacaannya      = 9 x 5’   =      45’
                        jumlah                             20 45’
PENGUKURAN                                                                    J1003/4/ 22




                                    AKTIVITI 4C
4.1    Antara yang berikut alat pengukuran yang menggunakan prinsip vernier:

       a       tolok permukaan       c.       tolok tinggi vernier e.       tali pita

       c.      angkup Jenny          d.       tolok palam           f.      tolok dail

4.2    Bagaimanakah saiz sesebuah angkup vernier ditentukan:

       a.      bilangan skala        c.       berat angkup         e.       lebar rusuk

       b.      panjang badan         d.       kejituan bacaan      f.       luas rahang

4.3   Berapakah bacaan jangka sudut vernier dibawah:




       a.      40 00’                c.       45 17’         e.    17 60’

       b.      40 17’                d.       45 40’         f.    16 45’

4.4    Rusuk berfungsi untuk mengukur ukuran bahagian:

       a. luar                 c.    ketinggian lurah        e.    panjang silinder

       b. diameter dalam d.          diameter luar           f.    ketebalan bongkah

4.5    Berikut adalah nama-nama bahagian pada sebuah angkup vernier kecuali:

       a.      Bingkai               c.       rahang tetap         e.       skala utama

       c.      Skala vernier         d.       rahang gelangsar     f.       rusuk


      Cuba jawab soalan latihan diatas dan
      semak jawapan pada maklum balas
      disebelah, pastikan anda faham. Jika
      tidak, sila lakukan ulang kaji semula
PENGUKURAN                                                   J1003/4/ 23




              MAKLUM BALAS 4C

4.1   c.   Tolok tinggi vernier

4.2   b.   Panjang badan

4.3   f.   Garisan sifar skala vernier
           melampaui garisan ke-16
           skala utama. Bacaannya                   = 16 00’
           garisan ke-9 skala vernier
           sejajar dengan salah satu
           garisan pada skala utama
           (dibaca dalam arah yang
           sama). Oleh sebab tiap-tiap
           satu senggatan bersamaan
           dengan 5’, maka bacaannya     = 9 X 5’   =      45’
                         jumlah                         16 45’

4.4   b.   Diameter dalam

4.5   a.   Bingkai
PENGUKURAN                                                    J1003/4/ 24




                  PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA,
ANDA MESTILAH MENJAWAP SEMUA
SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI
UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.



1.    Nyatakan dua kelebihan menggunakan angkup vernier jika dibandingkan
      dengan jangkalus.

2.    Nyatakan dua kegunaan bagi alat-alat berikut:
      (a)   pembaris keluli
      (b)   jangka sudut vernier
      (c)   angkup vernier
      (d)   tolok tinggi vernier
      (e)   angkup jenney
      (f)   angkup dalam
      (g)   angkup luar

3.    Lukiskan sebuah mikrometer tolok dalam.

4.    Lukiskan sebuah angkup vernier.

5.    Nyatakan nilai bacaan mikrometer dibawah:




Sumber: pengarang, nama buku, pengeluar, tahun

6.    Nyatakan nilai bacaan angkup vernier dibawah:
PENGUKURAN                                                       J1003/4/ 25




7.    Nyatakan nilai bacaan jangka sudut vernier dibawah:




8.    Nyatakan nilai bacaan pembaris keluli dibawah:




9.    Nyatakan dua punca ralat sifar pada sesebuah mikrometer:


10.   Terangkan kegunaan penganjak halus pada sesebuah mikrometer.
PENGUKURAN                                                       J1003/4/ 26




               MAKLUM BALAS
             PENILAIAN KENDIRI

1.   (a)   Cepat mendapat nilai bacaan,pada skala utama dan skala vernier.
     (b)   Boleh mengukur diameter dalam dan luar,lebar lurah dan
           kedalaman/ketebalan benda kerja.

2.   (a)   Pembaris keluli
           -Boleh membuat ukuran terus dalam metrik dan imperial
           -Mengukur jarak yang telah diambil dengan menggunakan angkup
           luar dan angkup dalam.

     (b)   Jangka sudut vernier
           -Mengukur sedut dengan tepat sehingga kepada 5’ atau 1/12 .
           -Membuat kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut.

     (c)   Angkup vernier
           -Mengukur terus panjang,lebar,diameter luar atau dalam.
           -Mengukur dalam atau lebar lurah.

     (d)   Tolok tinggi vernier
           -Mengukur kedalaman lubang, lurah dan lekuk.
           -Mengukur dan menanda terus pada plat atau bongkah kerja.

     (e)   Angkup jenney
           -Mencari pusat pada hujung bar bulat.
           -Membuat garisan selari pada bongkah kerja.

     (f)   Angkup dalam
           -Mengambil ukuran sebelah dalam seperti diameter paip dan
           lubang.
           -Mengambil ukuran lebar lurah dan lengkang lurah alur kunci.

     (g)   Angkup luar
           -Mendapatkan dimensi sebelah luar benda kerja bulat atau rata.
           -Mendapatkan ketebalan dinding silinder dan benda
           kerja bertingkat.
PENGUKURAN                                             J1003/4/ 27




3.   Gambarajah sebuah mikrometer tolok dalam.




4.   Gambarajah sebuah angkup vernier.




5.   Bacaan senggatan terakhir
     pada laras atas              =7X1           = 7.00mm
     Bacaan pada laras bawah yang
     Terhampir dengan 1mm         = 1 X 0.5      = 0.50mm
     Bacaan senggatan bidal yang
     Sejajar dengan skala
     Melintang pada laras         = 34X 0.01     = 0.34mm
            Jumlah                                 7.84mm

6.   Bacaan pada skala utama       =2X1          = 2.00mm
     bacaan pada skala vernier
     senggatan ke-45 yang
     sejajar dengan salah satu
     garisan pada skala utama      =45 X 0.02    = 0.90mm
            jumlah                                 2.90mm

7.   Garisan sifar skala vernier
PENGUKURAN                                                      J1003/4/ 28


      sejajar dengan salah satu
      garisan pada skala utama
      maka, bacaannya                                   = 13 00’

8.    Nilai bacaan pada pembaris keluli,

            (a)    295 mm
            (b)    284 mm
            (c)    267 mm
            (d)    251 mm
            (e)    214 mm
            (f)     5.5 mm
            (g)    19.5 mm
            (h)    32.5 mm
            (i)    43.5 mm



9.    Punca-punca yang menyebabkan ralat sifar:
      -mikrometer tidak digunakan dengan cara yang betul.
      -mikrometer tidak dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna.
      -permukaan (muka ukuran) andas dan spindal menjadi haus.
      -berlaku kerenggangan atau kelonggaran pada skru spindal.

10.   Kegunaan penganjak halus pada mikrometer ialah untuk memastikan
      ketepatan ukuran yang dibuat kerana ia mengawal dan mengelakan bidal
      diputar berlebihan.




ANDA BOLEHLAH PERGI KE UNIT 5 JIKA
  JAWAPAN YANG DIBERIKAN TIDAK
 MENGECEWAKAN SAYA. TAHNIAH!!!
  SEKALI LAGI.JIKA TIDAK SILA BUAT
        ULANGKAJI SEMULA.

More Related Content

What's hot

Bab 9 kimpalan arka
Bab 9 kimpalan arkaBab 9 kimpalan arka
Bab 9 kimpalan arka
hasnul73
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larik
Asyraf Iqbal
 
Langkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateri
Langkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateriLangkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateri
Langkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateri
Byla Kasmani
 

What's hot (20)

Marking tools
Marking toolsMarking tools
Marking tools
 
Asas lukisan kejuruteraan automasi industri
Asas lukisan kejuruteraan automasi industriAsas lukisan kejuruteraan automasi industri
Asas lukisan kejuruteraan automasi industri
 
52441057 penentukuran
52441057 penentukuran52441057 penentukuran
52441057 penentukuran
 
Jigs and fixture
Jigs and fixtureJigs and fixture
Jigs and fixture
 
topik 5 pengikat berulir
 topik 5 pengikat berulir topik 5 pengikat berulir
topik 5 pengikat berulir
 
SMN 1023 : LUKISAN KEJURUTERAAN
SMN 1023 : LUKISAN KEJURUTERAANSMN 1023 : LUKISAN KEJURUTERAAN
SMN 1023 : LUKISAN KEJURUTERAAN
 
Smn 1013 topik 2 peralatan tangan (1)
Smn 1013   topik 2 peralatan tangan (1)Smn 1013   topik 2 peralatan tangan (1)
Smn 1013 topik 2 peralatan tangan (1)
 
Unit 8 lukisan isometrik
Unit 8   lukisan isometrikUnit 8   lukisan isometrik
Unit 8 lukisan isometrik
 
Gergaji kuasa /Power Saw
Gergaji kuasa /Power Saw Gergaji kuasa /Power Saw
Gergaji kuasa /Power Saw
 
Slides angkup vernier
Slides angkup vernierSlides angkup vernier
Slides angkup vernier
 
Sistem Padan dan Had
Sistem Padan dan HadSistem Padan dan Had
Sistem Padan dan Had
 
mesin pengisar
mesin pengisarmesin pengisar
mesin pengisar
 
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
 
Bab 9 kimpalan arka
Bab 9 kimpalan arkaBab 9 kimpalan arka
Bab 9 kimpalan arka
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larik
 
Peralatan tangan......
Peralatan tangan......Peralatan tangan......
Peralatan tangan......
 
Alatan lukisan teknik
Alatan lukisan teknikAlatan lukisan teknik
Alatan lukisan teknik
 
Langkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateri
Langkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateriLangkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateri
Langkah langkah keselamatan sebelum semasa dan selepas memateri
 
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerKompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
 
Nota isometrik
Nota isometrik Nota isometrik
Nota isometrik
 

Viewers also liked

Alat pengukuran
Alat pengukuranAlat pengukuran
Alat pengukuran
Alia Syara
 
Bab 3 angkup vernier
Bab 3 angkup vernierBab 3 angkup vernier
Bab 3 angkup vernier
hasnul73
 
Modul pn p matematik sukatan dan geometri thn2
Modul pn p matematik   sukatan dan geometri thn2Modul pn p matematik   sukatan dan geometri thn2
Modul pn p matematik sukatan dan geometri thn2
poo_raman
 
Taklimat 5S JKE
Taklimat 5S JKETaklimat 5S JKE
Taklimat 5S JKE
jamri2011
 
Mikrometer hasnul
Mikrometer hasnulMikrometer hasnul
Mikrometer hasnul
hasnul73
 
Bab 2 tambahan
Bab 2 tambahanBab 2 tambahan
Bab 2 tambahan
hasnul73
 
Berlindung dr musuh t5
Berlindung dr musuh t5Berlindung dr musuh t5
Berlindung dr musuh t5
ravinraji
 
D-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin LarikD-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin Larik
Jailanihs
 
Alat lab beserta fungsinya kimia
Alat lab beserta fungsinya kimiaAlat lab beserta fungsinya kimia
Alat lab beserta fungsinya kimia
Rada Kusnadi
 

Viewers also liked (20)

Alat pengukuran
Alat pengukuranAlat pengukuran
Alat pengukuran
 
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINSBAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
 
Bab 1 penyiasatan saintifik
Bab 1 penyiasatan saintifikBab 1 penyiasatan saintifik
Bab 1 penyiasatan saintifik
 
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4Bab 2   koordinasi badan... sains tingkatan4
Bab 2 koordinasi badan... sains tingkatan4
 
Bab 3 angkup vernier
Bab 3 angkup vernierBab 3 angkup vernier
Bab 3 angkup vernier
 
Gage blocks
Gage blocksGage blocks
Gage blocks
 
Modul pn p matematik sukatan dan geometri thn2
Modul pn p matematik   sukatan dan geometri thn2Modul pn p matematik   sukatan dan geometri thn2
Modul pn p matematik sukatan dan geometri thn2
 
Taklimat 5S JKE
Taklimat 5S JKETaklimat 5S JKE
Taklimat 5S JKE
 
Mikrometer hasnul
Mikrometer hasnulMikrometer hasnul
Mikrometer hasnul
 
1.2 science form 1
1.2 science form 11.2 science form 1
1.2 science form 1
 
Unit2
Unit2Unit2
Unit2
 
Rpt sains tahun 5 2015
Rpt sains tahun 5 2015Rpt sains tahun 5 2015
Rpt sains tahun 5 2015
 
Modul ajar alat ukur dan pengukuran ps TT polinema 2013
Modul  ajar alat ukur dan pengukuran ps TT polinema 2013Modul  ajar alat ukur dan pengukuran ps TT polinema 2013
Modul ajar alat ukur dan pengukuran ps TT polinema 2013
 
Ciri ciri pohon kelapa
Ciri ciri pohon kelapaCiri ciri pohon kelapa
Ciri ciri pohon kelapa
 
5 S In Malay
5 S In Malay5 S In Malay
5 S In Malay
 
Bab 2 tambahan
Bab 2 tambahanBab 2 tambahan
Bab 2 tambahan
 
Berlindung dr musuh t5
Berlindung dr musuh t5Berlindung dr musuh t5
Berlindung dr musuh t5
 
Pengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik Am
Pengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik AmPengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik Am
Pengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik Am
 
D-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin LarikD-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin Larik
 
Alat lab beserta fungsinya kimia
Alat lab beserta fungsinya kimiaAlat lab beserta fungsinya kimia
Alat lab beserta fungsinya kimia
 

Similar to Unit4

bab-5-penggunaan-dan-pemeliharaan-alat-ukur
 bab-5-penggunaan-dan-pemeliharaan-alat-ukur bab-5-penggunaan-dan-pemeliharaan-alat-ukur
bab-5-penggunaan-dan-pemeliharaan-alat-ukur
setiawan99
 
membuat ulir
membuat  ulirmembuat  ulir
membuat ulir
nikkobull
 
membuat ulir
membuat  ulirmembuat  ulir
membuat ulir
nikkobull
 
Pengukuran
PengukuranPengukuran
Pengukuran
mbund
 
Pengukuran
PengukuranPengukuran
Pengukuran
aauu
 

Similar to Unit4 (20)

Mikrometer sekrup
Mikrometer sekrupMikrometer sekrup
Mikrometer sekrup
 
Metrologi linier
Metrologi linierMetrologi linier
Metrologi linier
 
Is11
Is11Is11
Is11
 
Alat-Ukur-meknik-otomotif.ppt
Alat-Ukur-meknik-otomotif.pptAlat-Ukur-meknik-otomotif.ppt
Alat-Ukur-meknik-otomotif.ppt
 
Alat Alat Pengukuran.ppt
Alat Alat Pengukuran.pptAlat Alat Pengukuran.ppt
Alat Alat Pengukuran.ppt
 
Bab ii alat ukur
Bab ii alat ukurBab ii alat ukur
Bab ii alat ukur
 
bab-5-penggunaan-dan-pemeliharaan-alat-ukur
 bab-5-penggunaan-dan-pemeliharaan-alat-ukur bab-5-penggunaan-dan-pemeliharaan-alat-ukur
bab-5-penggunaan-dan-pemeliharaan-alat-ukur
 
Penggunaan dan Pemeliharaan Alat Ukur
Penggunaan dan Pemeliharaan Alat UkurPenggunaan dan Pemeliharaan Alat Ukur
Penggunaan dan Pemeliharaan Alat Ukur
 
Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik
 Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik
Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik
 
Alat ukur mekanik
Alat ukur mekanikAlat ukur mekanik
Alat ukur mekanik
 
Fisika
FisikaFisika
Fisika
 
Alat ukur panjang
Alat ukur panjangAlat ukur panjang
Alat ukur panjang
 
Blok ukur & jam ukur
Blok ukur & jam ukurBlok ukur & jam ukur
Blok ukur & jam ukur
 
membuat ulir
membuat  ulirmembuat  ulir
membuat ulir
 
membuat ulir
membuat  ulirmembuat  ulir
membuat ulir
 
pdfslide.net_mikrometer-sekrup.ppt
pdfslide.net_mikrometer-sekrup.pptpdfslide.net_mikrometer-sekrup.ppt
pdfslide.net_mikrometer-sekrup.ppt
 
MICROMETER.pptx
MICROMETER.pptxMICROMETER.pptx
MICROMETER.pptx
 
Pengukuran
PengukuranPengukuran
Pengukuran
 
Pengukuran
PengukuranPengukuran
Pengukuran
 
Bee soal peminatan-kejuruan xiitpm
Bee soal peminatan-kejuruan xiitpmBee soal peminatan-kejuruan xiitpm
Bee soal peminatan-kejuruan xiitpm
 

More from mechestud (20)

J3009 Unit 13
J3009   Unit 13J3009   Unit 13
J3009 Unit 13
 
J3009 Unit 12
J3009   Unit 12J3009   Unit 12
J3009 Unit 12
 
J3009 Unit 11
J3009   Unit 11J3009   Unit 11
J3009 Unit 11
 
J3009 Unit 10
J3009   Unit 10J3009   Unit 10
J3009 Unit 10
 
J3009 Unit 9
J3009   Unit 9J3009   Unit 9
J3009 Unit 9
 
J3009 Unit 8
J3009   Unit 8J3009   Unit 8
J3009 Unit 8
 
J3009 Unit 7
J3009   Unit 7J3009   Unit 7
J3009 Unit 7
 
J3009 Unit 6
J3009   Unit 6J3009   Unit 6
J3009 Unit 6
 
J3009 Unit 4
J3009   Unit 4J3009   Unit 4
J3009 Unit 4
 
J3009 Unit 5
J3009   Unit 5J3009   Unit 5
J3009 Unit 5
 
J3009 Unit 3
J3009   Unit 3J3009   Unit 3
J3009 Unit 3
 
J3009 Unit 2
J3009   Unit 2J3009   Unit 2
J3009 Unit 2
 
J3009 Unit 0
J3009   Unit 0J3009   Unit 0
J3009 Unit 0
 
J3009 Unit 1
J3009   Unit 1J3009   Unit 1
J3009 Unit 1
 
J3010 Unit 6
J3010   Unit 6J3010   Unit 6
J3010 Unit 6
 
J3010 Unit 5
J3010   Unit 5J3010   Unit 5
J3010 Unit 5
 
J3010 Unit 4
J3010   Unit 4J3010   Unit 4
J3010 Unit 4
 
J3010 Unit 3
J3010   Unit 3J3010   Unit 3
J3010 Unit 3
 
J3010 Unit 2
J3010   Unit 2J3010   Unit 2
J3010 Unit 2
 
J3010 Unit 1
J3010   Unit 1J3010   Unit 1
J3010 Unit 1
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Unit4

  • 1. PENGUKURAN J1003/4/ 1 Dapat menggunakan alat-alat pengukur asas dengan betul dan boleh mendapat bacaan yang tepat Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : Menamakan alat-alat pengukur asas seperti pembaris keluli, tali pita, angkup dalam dan angkup luar. Menyatakan pelbagai jenis dan saiz mikrometer. Melakar dan menamakan bahagian- bahagian micrometer luar. Menyatakan prinsip asas micrometer. Berkebolehan membaca dan melakarkan bacaan micrometer dalam (metrik dan imperial). Menerangkan cara penggunaan micrometer. Melakar dan menamakan bahagian-bahagian angkup vernier. Menyatakan prinsip asas vernier. Menerangkan cara-cara menggunakan angkup vernier. Membaca dan melakarkan bacaan angkup vernier (metrik dan imperial). Menyatakan pelbagai alat pengukur yang menggunakan prinsip vernier seperti jangka sudut serong vernier dan tolok tinggi vernier.s
  • 2. PENGUKURAN J1003/4/ 2 INPUT 4.0 PENGENALAN Dalam bidang ketukangan, istilah menanda bermaksud membuat tanda diatas permukaan logam yang akan .dimesin atau digegas. Ini termasuklah menandakan garisan, bulatan, lengkuk, jarak dan juga pusat. Tanda yang telah dibuat digunakan sebagai panduan apabila hendak memesin atau memasang benda kerja. Dengan menanda, kita dapat mengetahui berapa banyak bahan yang harus dibuang atau bahagian mana yang harus dipotong atau dibuat lubang. Butir-butir dan spesifikasi tandaan ini biasanya didapati dan dipindahkan daripada lukisan atau cetakan biru keatas permukaan benda kerja . Tahukah anda bahawa setiap penandaan yang dilakukan memerlukan alat-alat pengukuran dan pengujian, dimana tanpa alat- alat ini kerja yang dilakukan mungkin kurang berkualiti dan tidak menepati spesifikasi atau piawaian yang dikehendaki. Oleh yang demikian didalam unit 4 ini anda akan dapat mengenali alat-alat pengukuran dan memahami kepentingan alat pengukuran dalam bengkel mekanikal. 4.1 ALAT-ALAT PENGUKUR ASAS Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengukur asas yang biasa digunakan dalam kerja-kerja menanda. Dibawai ini disenaraikan beberapa alat penting yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan mekanikal. Pembaris keluli Sesiku bergabung Angkup luar dan angkup dalam Jangka tolok Penubuk Penggarit Sesiku L Sesiku serong Jangka sudut Jangka sudut vernier Tolok permukaan
  • 3. PENGUKURAN J1003/4/ 3 PEMBARIS KELULI Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat. Skalanya dalam unit inci dan metrik. Pembaris keluli metrik boleh didapati dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga1 meter, bagaimanapun jenis yang lazim digunakan berukuran 150 milimeter hingga 300 milimeter. Pembaris keluli metrik disenggatkan kepada setengah dan satu millimeter, sementara pembaris keluli inci dibuat senggatan dalam pecahan dan perpuluhan. Pecahan yang ,biasa ialah1/64, 1/32, 1/16 dan1/8 inci. Pembaris jenis perpuluhan pula membolehkan pecahan yang lebih kecil daripada 1/64 inci dibaca, kerana pembaris jenis ini mempunyai senggatan 0.100(1/10 inci), 0.050(1/20inci), 0.020(1/50inci) dan 0.010(1/100inci). Rajah dibawah menunjukkan nilai tiap-tiap satu senggatan yang terdapat dalm ketiga-tiga jenis ukuran, iaitu metrik, pecahan dan perpuluhan. ANGKUP LUAR Angkup luar mempunyai kaki yang bengkok kedalam. Ia sama ada je Nis bercantum ketat ataupun jenis bercantum pegas. Kegunaan angkup luar adalah untuk mendapatkan dimensi sebelah luar benda kerja bulat atau rata, ketebalan dinding silinder dan bahagian benda kerja bertingkat. ANGKUP DALAM
  • 4. PENGUKURAN J1003/4/ 4 Binaan dan bentuk angkup dalam hampir serupa dengan angkup luar kecuali ia mempunyai kaki yang bengkok keluar. Kegunaan angkup dalam pula adalah untuk mengambil ukuran pada sebelah dalam seperti garis pusat batang paip, garis pusat lubang, lebar lurah, lengkang lurah alur kunci dan sebagainya. 4.2 JENIS DA N SAIZ MIKROMETER Mikrometer merupakan alat pengukur jitu yang lazimnya digunakan dalam bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan tepat. Terdapat berbagai jenis micrometer yang biasa digunakan, antaranya ialah : i) Mikrometer luar ii) Mikrometer dalam iii) Mikrometer tolok dalam Mikrometer boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu dalam unit metrik dan unit imperial. Biasanya ukuran yang paling kecil yang boleh dibaca oleh micrometer Ialah 1/100 milimeter(0.01). Manakala micrometer inci pula boleh membaca sehingga 1/1000 inci (0.001inci) dan 1/10000 inci (0.0001 inci). Terdapat tiga saiz micrometer yang biasa digunakan untuk kesemua jenis-jenis micrometer diatas iaitu : 1. Mikrometer 0 – 25 mm Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar pada laras sejajar dengan angka sifar pada bidal dan bacaannya ialah 0mm.
  • 5. PENGUKURAN J1003/4/ 5 2. Mikrometer 25 – 50 mm Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan yang lain tetapi jarak muka ukuran ialah 25mm dan bacaan bermula daripada 25mm. 3. Mikrometer 100 –150 mm Bacaan untuk mikrometer ini bermula daripada 100mm. 4.3 LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER LUAR A) BINGKAI Bingkai berbentuk separuh bulatan, mempunyai spindal dibahagian hujung sebelah kanan dan andas disebelah kiri. B) ANDAS Dipasang tetap disebelah kiri bingkai. Bagi sesetengah andas, diletakkan tip tungsten karbida pada bahagian mukanya supaya tidak cepat haus. C) SPINDAL Dibahagian hujung sebelah kanan terdapat benangyang boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal. Apabila bidal diputar spindal akan bergerak maju dan mundur ke permukaan andas. Hujung sebelah kirinya juga diletakkan tip tungsten karbida. D) LARAS Bahagiannya terdapat senggatan-senggatan yang dibuat disebelah menyebelah garisan selari yang menjadi datum kepada micrometer. Bahagian atasnya pula disenggatkan pula kepada 25 bahagian dan satu lsenggatan bersamaan 1mm. Manakala bahagian dibawahnya pula senggatan dibuat membahagi dua senggatan diatas, bermakna satu garisan bersamaan 0.5mm.
  • 6. PENGUKURAN J1003/4/ 6 E) BIDAL Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama. Tiap-tiap satu bahagian bersamaan 0.01mm. F) PENGANJAK HALUS Terletak dibahagian hujung bidal. Kegunaannya adalah untuk memdapatkan bacaan yang tepat, tekanan, mengukur mestilah tekal dan berdasarkan rasa sentuhan. 4.4 PRINSIP ASAS MIKROMETER Mikrometer bekerja berasaskan pergerakan ulir skru. Spindalnya mempunyai skru dengan pic ulir 0.5 milimeter. Ia boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal, dimana apabila bidal diputarkan spindal akan bergerak maju atau mundur ke permukaan andas. Oleh sebab itu pic ulir mikrometer ialah 0.5mm, maka setiap satuputaran penuh bidal, spindal bergerak 0.5mm. Setiap satu pusingan bidal, pergerakan yang dibuat oleh spindal sejauh 0.5mm, maka tiap-tiap satu senggatan bidal ialalh 1/50 x 0.5 = 0.01mm. Permukaan andas dan spindal disebut muka ukuran kerana benda kerja diukur diantara dua permukaan ini. Untuk memulakan satu-satu ukuran, angka sifar pada bidal hendaklah sejajar dengan angka sifar pada laras.
  • 7. PENGUKURAN J1003/4/ 7 AKTIVITI 4A 4.1 Manakah antara yang berikut bukan alat pengukuran asas dalam bengkell kejuruteraan mekanikal: a. pembaris keluli c. angkup dalam e. tali pita b. angkup vernier d. sesiku L f. penggarit 4.2 Manakah antara berikut tiga jenis saiz mikrometer yang sering digunakan: a. 0mm-20mm c. 0mm- 15mm e. 0mm- 25mm 20mm- 50mm 15mm- 25mm 25mm-45mm 50mm- 100mm 25mm- 50mm 45mm-65mm b. 0mm- 25 mm d. 0mm- 25mm f. 25mm-50mm 25mm- 50mm 25mm- 50mm 50mm-75mm 50mm- 75mm 100mm- 150mm 75mm-95mm 4.3 Mengapakah sesetengah muka andas pada mikrometer diletakkan tip tungsten karbida: a. nampak cantik c. tahan haus e. tahan karat b. lebih kuat d. lebih tepat f. lebih murah 4.4 Berikut adalah nama-nama bahagian pada sebuah mikrometer kecuali: a. Bingkai c. laras e. rahang b. Spindal d. andas f. bidal 4.5 Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.setiap senggatan bersamaan dengan: a. 0.01mm c. 0.05mm e. 0.02mm b. 0.10mm d. 0.50mm f. 0.20mm Cuba jawab soalan latihan diatas dan semak jawapan pada maklum balas disebelah, pastikan anda faham. Jika tidak, sila lakukan ulang kaji semula
  • 8. PENGUKURAN J1003/4/ 8 MAKLUM BALAS 4A 4.1 a. (pembaris keluli) – antara alat pengukuran asas bengkel kejuruteraan mekanikal b (angkup vernier) – antara alat pengukuran asas bengkel kejuruteraan mekanikal c. (angkup dalam) - antara alat pengukuran asas bengkel kejuruteraan mekanikal d. (sesiku L) - antara alat pengukuran asas bengkel kejuruteraan mekanikal e. (tali pita) - antara alat pengukuran asas bengkel kejuruteraan mekanikal f. (penggarit) - alat penguji dan penanda dalam bengkel kejuruteraan mekanikal 4.2 Tiga jenis saiz mikrometer yang sering digunakan adalah: d. 0mm – 25mm 25mm – 50mm 100mm – 150mm 4.3 Tujuan sesetengah muka andas pada mikrometer diletakkan tip tungsten karbida adalah supaya : c. tahan haus 4.4 a. (bingkai) – bahagian pada sebuah mikrometer b. (spindal) – bahagian pada sebuah mikrometer c. (laras) - bahagian pada sebuah mikrometer d. (andas) - bahagian pada sebuah mikrometer e. (rahang) – bahagian pada sebuah angkup vernier f. (bidal) - bahagian pada sebuah mikrometer 4.5 Setiap senggatan pada muka lilitan bidal bersamaan dengan : a. 0.01mm
  • 9. PENGUKURAN J1003/4/ 9 INPUT 4.5 BACAAN DAN LAKARAN PADA MIKROMETER (METRIK DAN IMPERIAL) MEMBACA MIKROMETER METRIK/IMPERIAL (Kaedah membaca mikrometer metrik dan imperial adalah sama, cuma nilai bacaannya sahaja yang berbeza). i) Bacaan sengagatan terakhir pada laras atas yang dilalui oleh bidal didarabkan 1mm. ii) Bacaan senggatan pada laras bawah yang terhampir dengan 1mm didarabkan dengan 0.50mm. iii) Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan garisan skala laras didarabkan dengan 0.01mm. iv) Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas. Jumlah nilai tersebut merupakan bacaan bagi micrometer itu. 4.6 CARA MENGGUNAKAN MIKROMETER Cara menggunakan micrometer ialah dengan mendapatkan tekanan mengukur dengan betul, elakkan memutar bidal berlebihan. Sebaliknya dapatkan rasa sentuhan yang betul. Micrometer hendaklah dipegang pada tapak tangan dan diapit dengan jari kelilngking atau jari manis. Biarkan ibu jari dan jari talunjuk bebas memutarkan bidal untuk melaraskan spindal. Benda kerja hendaklah diletakkan diantara permukaan andas dengan spindal. Putar bidal sehingga kedua-dua muka ukuran itu menyentuh benda kerja. Untuk merasa sentuhan, gerakan kehadapan atau kebelakang perlahan-lahan.
  • 10. PENGUKURAN J1003/4/ 10 4.7 LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER A) BADAN Berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan skala utama. B) PLAT VERNIER Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan disepanjang badan. C) RAHANG Terdiri daripada rahang tetep dan rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan bahagian daripada badan .manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier. D) RUSUK Berbentuk runcing dan terletak disebelah atas. Binaannya hampir sama dengan rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam. E) SKRU PENGUNCI Digunakan untuk mengunci plat vernier, supaya ukuran tidak berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan dari benda kerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur. F) BILAH PENGUKUR DALAM Merupakan satu bilah kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.
  • 11. PENGUKURAN J1003/4/ 11 4.8 PRINSIP ASAS SKALA VERNIER Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa teragak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara dua tanda senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier mestilah : i) mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier. ii) senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier. iii) Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.
  • 12. PENGUKURAN J1003/4/ 12 AKTIVITI 4B 4.1 Berapakah bacaan jangkalus (mikrometer) dibawah: a. 21.29 mm c. 21.55 mm e. 21.79 mm b. 29.21 mm d. 31.79 mm f. 31.55 mm 4.2 Namakan bahagian-bahagian mikrometer dibawah: 4.3 Namakan bahagian-bahagian angkup vernier dibawah:
  • 13. PENGUKURAN J1003/4/ 13 4.4 Nyatakan dua dari tiga prinsip asas skala vernier 4.5 Berapakah bacaan angkup vernier dalam gambarajah dibawah: (ketepatan vernier 0.02mm) a. 24.27mm c. 24.00mm e. 24.84mm b. 24.54mm d. 24.42mm f. 24.65mm Cuba jawab soalan latihan diatas dan semak jawapan pada maklum balas disebelah, pastikan anda faham. Jika tidak, sila lakukan ulang kaji semula
  • 14. PENGUKURAN J1003/4/ 14 MAKLUM BALAS 4B 4.1 e. Bacaan senggatan terakhir pada laras atas = 21 X 1 = 21.00mm Bacaan pada laras bawah yang terhampir dengan 1 mm = 1 X 0.5 = 0.50mm Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala melintang pada laras = 29 X 0.01 = 0.29mm Jumlah 21.79mm 4.2 a. bingkai c. bidal e. skru jangkalus b. spindal d. penganjak halus f. andas 4.3 a. rahang tetap c. rusuk e. skala utama b. rahang gelangsar d. skala vernier f. nat pelaras 4.4 Prinsip asas skala vernier ialah: 1) mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier. 2) senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier. 3) perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat. 4.5 b. Bacaan pada skala utama yang terhampir dengan 1mm = 24 X 1 = 24.00mm Bacaan skala vernier senggatan ke-27 yang sejajar dengan salah satu pada skala utama = 27 X 0.02 = 0.54mm Jumlah 24.54mm
  • 15. PENGUKURAN J1003/4/ 15 INPUT 4.9 CARA PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER Kelebihan menggunakan angkup vernier dengan mikrometer ialah dimana micrometer hanya boleh membuat satu bahagian bacaan sahaja manakala angkup vernier tiga bahagian bacaan iaitu bacaan luar dan dalam benda kerja, seperti diameter dalam dan diameter luar, lebar alur dan tebal benda kerja. Manakala fungsi ketiga adalah untuk mengukur dalam atau tinggi benda kerja. Cara penggunaan angkup vernier sedikit berbeza dengan mikrometer dimana jari kelingking atau jari manis tidak perlu diapit pada bingkai kerana angkup vernier tidak mempunyai bingkai.kedua-dua rahang angkup vernier perlu dirapatkan pada bahan ukuran dan dengan perlahan-lahan diputarkan sehingga sedikit rahang telah menyentuh bahan ukuran, kemudian skru pengunci dikuncikan supaya nilai bacaan tidak berganjak. 4.10 BACAAN DAN LAKARAN ANGKUP VERNIER (METRIK DAN IMPERIAL) (KAEDAH MEMBACA ANGKUP VERNIER METRIK DENGAN ANGKUP VERNIER INCI ADALAH SAMA CUMA NILAI BACAANNYA SAHAJA YANG BERBEZA). Membaca Angkup vernier Tentukuran 0.02 mm Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier pula panjangnya 49mm dan disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama. yang sejajar, senggatan yang ke 50 skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke 49 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama dengan skala vernier, maka tolakkan 1mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah : 50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama 1 senggatan = 49/50
  • 16. PENGUKURAN J1003/4/ 16 = 0.98 mm. Perbezaan nilai senggatan = 1 mm – 0.98 mm = 0.02 mm Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm. Contoh 1: Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1 mm = 42 x 1 = 42.00 mm Bacaan skala vernier senggatan ke-16 yang sejajar dengan salah Satu garisan pada skala utama = 16 x 0.2 = 0.32mm Jumlah 42.32 mm Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm. Contoh 2 :
  • 17. PENGUKURAN J1003/4/ 17 Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1mm = 65 x 1 = 65.00 mm Bacaan skala vernier senggatan ke-39 yang sejajar dengan salah Satu garisan pada skala utama = 39 x 0.02 = 0.78 mm Jumlah 65.78 mm Oleh itu, bacaan sebenar ialah 65.78 mm. Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.05 mm Skala utama disenggatkan kepada 1mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier pula yang panjangnya 19mm, disenggatkan kepada 20 bahagian yang sama. Apabila angka sifar di kedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar, senggatan ke-20 pada skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke- 19 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala vernier, maka to lakkan dengan 1mm (nilai senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah : 20 senggatan pada skala vernier = 19mm skala utama 1 senggatan = 19/20. Perbezaan nilai senggatan = 1 – 0.95 mm = 0.05mm. Oleh itu nilai setiap sengagatan pada skala vernier = 0.05mm. Contoh 1:
  • 18. PENGUKURAN J1003/4/ 18 Bacaan skala utama = 25.00 mm Bacaan skala vernier apabila senggatan ke-8 sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama = 8 x 0.05 = 0.40 mm Jumlah 25.40 mm Oleh itu, bacaan sebenar ialah 25.40 mm. Contoh 2: Bacaan skala utama = 123.00 mm Bacaan skala vernier apabila sengatan ke-15 sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama = 15 x 0.05 = 0.75 mm Jumlah 123.75 mm Oleh itu, bacaan sebenar ialah 123.75mm.
  • 19. PENGUKURAN J1003/4/ 19 4.11 ALAT PENGUKUR LAIN YANG MENGGUNAKAN PRINSIP VERNIER SEPERTI JANGKA SUDUT VERNIER DAN JANGKA SUDUT VERNIER Selain angkup vernier, terdapat juga alat-alat pengukur yang lain juga mengambil skala vernier bagi membolehkan mengambil ukuran yang lebih kecil seperti; jangka sudut vernier, tolok tingi vernier, tolok dalam vernier, tolok vernier gigi gear dan sebagainya. JANGKA SUDUT VERNIER Kegunaan jangka sudut vernier
  • 20. PENGUKURAN J1003/4/ 20 1. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan boleh dibaca sehingga 5’ atau 1/12 . 2. untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut. Bahagian-bahagian jangka sudut vernier BILAH Bilah mempunyai berbagai-bagai ukuran, biasanya 150mm atau 300mm. Ia dimasukkan kedalam dail, boleh dikilas, dilaraskan dan dikunci pada sebarang kedudukan sudut. DAIL Dail terdiri daripada dua skala, iaitu: b) skala utama-skala ini disenggatkan kepada 360 iaitu dari 0 -90 , 90 –0 , 0 –90 , 90 –0 . Ia dinomborkan setiap 10 . c) Skala vernier –skala ini disenggatkan kepada 12 bahagian, setiap satu bahagian mewakili 5’ atau 1/12 dan dinomborkan setiap 3 senggatan iaitu 15 ,30 ,45 dan 60 . Kedua-dua skala utama dan skala vernier ini dibuat dua arah dari angka sifar (0). PRINSIP MEMBACA UKURAN Jika bacaan sudut dalam darjah penuh: Garisan sifar (0) dan garisan ke-60 skala vernier akan sejajar dengan mana- mana garisan pada skala utama. Bacaan senggatan utama dari 0 hingga ke senggatan yang telah dilalui oleh garisan sifar skala vernier dalam arah yang sama. Kemudian dicapurkan jumlah garisan pada skala vernier yang sejajar dengan mana-mana garisan pada skala utama, juga dalam arah yang sama. Contoh 1:
  • 21. PENGUKURAN J1003/4/ 21 Garisan sifar (0) skala vernier melampaui garisan ke-64 skala utama. Oleh itu bacaannya = 64 00’ Garisan ke-2 skala vernier sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama (dibaca dalam arah bacaan yang sama). Oleh sebab setiap 1 senggatan bersamaan dengan 5’, maka bacaannya = 2 x 5’ = 10’ jumlah 64 10’ Contoh 2: Garisan sifar skala vernier melampaui garisan ke-20 skala utama. Bacaannya = 20 00’ Garisan ke-9 skala vernier sejajar dengan salah Satu garisan pada skala utama (dibaca dalam arah yang sama). Oleh sebab tiap-tiap satu senggatan bersamaan dengan 5’, maka bacaannya = 9 x 5’ = 45’ jumlah 20 45’
  • 22. PENGUKURAN J1003/4/ 22 AKTIVITI 4C 4.1 Antara yang berikut alat pengukuran yang menggunakan prinsip vernier: a tolok permukaan c. tolok tinggi vernier e. tali pita c. angkup Jenny d. tolok palam f. tolok dail 4.2 Bagaimanakah saiz sesebuah angkup vernier ditentukan: a. bilangan skala c. berat angkup e. lebar rusuk b. panjang badan d. kejituan bacaan f. luas rahang 4.3 Berapakah bacaan jangka sudut vernier dibawah: a. 40 00’ c. 45 17’ e. 17 60’ b. 40 17’ d. 45 40’ f. 16 45’ 4.4 Rusuk berfungsi untuk mengukur ukuran bahagian: a. luar c. ketinggian lurah e. panjang silinder b. diameter dalam d. diameter luar f. ketebalan bongkah 4.5 Berikut adalah nama-nama bahagian pada sebuah angkup vernier kecuali: a. Bingkai c. rahang tetap e. skala utama c. Skala vernier d. rahang gelangsar f. rusuk Cuba jawab soalan latihan diatas dan semak jawapan pada maklum balas disebelah, pastikan anda faham. Jika tidak, sila lakukan ulang kaji semula
  • 23. PENGUKURAN J1003/4/ 23 MAKLUM BALAS 4C 4.1 c. Tolok tinggi vernier 4.2 b. Panjang badan 4.3 f. Garisan sifar skala vernier melampaui garisan ke-16 skala utama. Bacaannya = 16 00’ garisan ke-9 skala vernier sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama (dibaca dalam arah yang sama). Oleh sebab tiap-tiap satu senggatan bersamaan dengan 5’, maka bacaannya = 9 X 5’ = 45’ jumlah 16 45’ 4.4 b. Diameter dalam 4.5 a. Bingkai
  • 24. PENGUKURAN J1003/4/ 24 PENILAIAN KENDIRI UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA. 1. Nyatakan dua kelebihan menggunakan angkup vernier jika dibandingkan dengan jangkalus. 2. Nyatakan dua kegunaan bagi alat-alat berikut: (a) pembaris keluli (b) jangka sudut vernier (c) angkup vernier (d) tolok tinggi vernier (e) angkup jenney (f) angkup dalam (g) angkup luar 3. Lukiskan sebuah mikrometer tolok dalam. 4. Lukiskan sebuah angkup vernier. 5. Nyatakan nilai bacaan mikrometer dibawah: Sumber: pengarang, nama buku, pengeluar, tahun 6. Nyatakan nilai bacaan angkup vernier dibawah:
  • 25. PENGUKURAN J1003/4/ 25 7. Nyatakan nilai bacaan jangka sudut vernier dibawah: 8. Nyatakan nilai bacaan pembaris keluli dibawah: 9. Nyatakan dua punca ralat sifar pada sesebuah mikrometer: 10. Terangkan kegunaan penganjak halus pada sesebuah mikrometer.
  • 26. PENGUKURAN J1003/4/ 26 MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI 1. (a) Cepat mendapat nilai bacaan,pada skala utama dan skala vernier. (b) Boleh mengukur diameter dalam dan luar,lebar lurah dan kedalaman/ketebalan benda kerja. 2. (a) Pembaris keluli -Boleh membuat ukuran terus dalam metrik dan imperial -Mengukur jarak yang telah diambil dengan menggunakan angkup luar dan angkup dalam. (b) Jangka sudut vernier -Mengukur sedut dengan tepat sehingga kepada 5’ atau 1/12 . -Membuat kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut. (c) Angkup vernier -Mengukur terus panjang,lebar,diameter luar atau dalam. -Mengukur dalam atau lebar lurah. (d) Tolok tinggi vernier -Mengukur kedalaman lubang, lurah dan lekuk. -Mengukur dan menanda terus pada plat atau bongkah kerja. (e) Angkup jenney -Mencari pusat pada hujung bar bulat. -Membuat garisan selari pada bongkah kerja. (f) Angkup dalam -Mengambil ukuran sebelah dalam seperti diameter paip dan lubang. -Mengambil ukuran lebar lurah dan lengkang lurah alur kunci. (g) Angkup luar -Mendapatkan dimensi sebelah luar benda kerja bulat atau rata. -Mendapatkan ketebalan dinding silinder dan benda kerja bertingkat.
  • 27. PENGUKURAN J1003/4/ 27 3. Gambarajah sebuah mikrometer tolok dalam. 4. Gambarajah sebuah angkup vernier. 5. Bacaan senggatan terakhir pada laras atas =7X1 = 7.00mm Bacaan pada laras bawah yang Terhampir dengan 1mm = 1 X 0.5 = 0.50mm Bacaan senggatan bidal yang Sejajar dengan skala Melintang pada laras = 34X 0.01 = 0.34mm Jumlah 7.84mm 6. Bacaan pada skala utama =2X1 = 2.00mm bacaan pada skala vernier senggatan ke-45 yang sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama =45 X 0.02 = 0.90mm jumlah 2.90mm 7. Garisan sifar skala vernier
  • 28. PENGUKURAN J1003/4/ 28 sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama maka, bacaannya = 13 00’ 8. Nilai bacaan pada pembaris keluli, (a) 295 mm (b) 284 mm (c) 267 mm (d) 251 mm (e) 214 mm (f) 5.5 mm (g) 19.5 mm (h) 32.5 mm (i) 43.5 mm 9. Punca-punca yang menyebabkan ralat sifar: -mikrometer tidak digunakan dengan cara yang betul. -mikrometer tidak dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna. -permukaan (muka ukuran) andas dan spindal menjadi haus. -berlaku kerenggangan atau kelonggaran pada skru spindal. 10. Kegunaan penganjak halus pada mikrometer ialah untuk memastikan ketepatan ukuran yang dibuat kerana ia mengawal dan mengelakan bidal diputar berlebihan. ANDA BOLEHLAH PERGI KE UNIT 5 JIKA JAWAPAN YANG DIBERIKAN TIDAK MENGECEWAKAN SAYA. TAHNIAH!!! SEKALI LAGI.JIKA TIDAK SILA BUAT ULANGKAJI SEMULA.