SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  10
KEPERIHALAN/ GAMBARAN




                          MELAWAT KE MENARA KUALA LUMPUR




       Pada cuti persekolahan yang lalu, saya dan keluarga telah melawat ke Menara Kuala
Lumpur. Menara Kuala Lumpur terletak di atas puncak Bukit Nanas.

       Menara Kuala Lumpur telah direka bentuk oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Menara
ini memperlihatkan kesenian yang bercirikan warisan Islam. Projek pembinaan menara ini
merupakan usaha sama Telekom Malaysia dan Wayss & Freytag AG dari German.

       Menara Kuala Lumpur adalah menara telekomunikasi yang keempat tertinggi di dunia.
Tinggi menara ini ialah 421 meter dan kos pembinaannya menelan belanja hampir RM 300 juta.

       Menara ini telah dirasmikan oleh Perdana Mentri Malaysia keempat iaitu Tun Doktor
Mahathir Bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Majlis perasmiannya dijalankan secara gilang-
gemilang. Ia disertakan dengan pertunjukan bunga api dan pancara cahaya laser.

       Menara Kuala Lumpur dibahagikan kepada empat bahagian iaitu tapak menara, pelantar
untuk pelancong, terowong menara dan kepala enam tingkat.

       Menara Kuala Lumpur ini merupakan mercu tanda kebanggan rakyat Malaysia. Menara
ini juga membekalkan perkhidmatan telekominikasi yang canggih.
CATATAN




                              CATATAN KE PULAU PANGKOR

Sabtu 28 Ogos 2010




Aku dan kawan-kawan bertemu di Stesen Bas Ipoh. Selaku ketua perkhemahan, aku
memastikan semua peralatan dan barang-barang keperluan untuk berkhemah dibawa.
Kemudian, kami mengambil bas menuju ke Lumut. Perjalanan menuju ke Lumut mengambil
masa selama dua jam. Sampai di Lumut, kami menuju ke jeti. Kelihatan ramai orang di jeti.
Masing-masing menunggu feri untuk menuju ke Pulau Pangkor.

     Tiba di Pulau Pangkor, kami menaiki bas pelancong menuju ke Teluk Nipah. Di Teluk Nipah
kami memilih tempat yang baik untuk mendirikan khemah. Aku dan Rasyid ditugaskan
memasak makanan sementara Kam Choon, Ravi dan Ridzuan mendirikan khemah. Setelah
semuanya selesai, kami ke pantai untuk mandi-manda. Kelihatan ramai orang di pantai. Ada
yang datang bersama-sama keluarga dan kawan-kawan. Terdapat juga pelancong asing di situ.
Aku dan kawan-kawan berasa gembira kerana akhirnya rancangan kami untuk berkhemah di
Pulau Pangkor tercapai.

     Pada waktu malam, kami membuat unggun api setelah selesai makan malam. Angin yang
bertiup sungguh nyaman. Tiba-tiba angin yang bertiup bertukar menjadi kencang. Aku dan
kawan-kawan menjadi kelam kabut. Khemah yang kami dirikan hampir-hampir diterbangkan.
Aku, Kam choon dan Ravi memegang khemah, sementara itu Rasyid dan Ridzuan membetulkan
khemah dan tali-tali yang telah tercabut. Hujan yang turun mencurah-curah menyebabkan
badan kami menggigil. Malahan khemah kami turut basah dimasuki air hujan. Pada malam itu
kami berjaga sehingga pukul 3 pagi. Kami akhirnya tertidur di dalam khemah yang basah itu
dalam kesejukan.
Ahad, 29 Ogos 2010

Pagi- pagi lagi kami telah bangun. Kami mengemaskan kawasan perkhemahan dan bersedia
untuk pulang. Selepas mengambil sarapan di gerai yang berhampiran, kami menaiki bas
pelancongan menuju ke jeti Pulau Pangkor. Kami sempat singgah ke kedai untuk membeli
makanan laut yang banyak dijual di situ. Selepas itu kami menaiki feri menuju ke jeti Lumut.
Kami kemudiannya menaiki bas menuju ke Ipoh. Walaupun terasa penat dan letih, kami berasa
gembira.
LAPORAN

                       LAPORAN LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS

       Pada 14 September 2010 seramai 35 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Idris, Tapah telah membuat lawatan ke Cameron Highlands. Kami bertolak dari
sekolah tepat pada pukul 8.00 pagi bersama-sama dengan tiga orang guru pengiring.

       Tempat pertama yang kami lawati ialah apabila tiba di Cameron Highlands ialah kebun
sayur. Di sini terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam. Antaranya ialah asparagus, kubis
bunga, lobak merah dan sawi. Tanam-tanam di sini subur sekali.

       Kemudian, kami melawat ke kebun bunga pula.          Bunga ros yang ditanam di sini
mempunyai kuntum yang besar dan cantik. Guru-guru kami tidak melepaskan peluang untuk
membeli beberapa jambak bunga ros.

       Apabila kami tiba di lading the, kami lihat pekerja-pekerja sedang memetik daun the.
Daun the yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang dibawa di belakang mereka. Penyelia
yang berada di situ sempat memberi penerangan kepada kami tentang cara-cara the diproses.

       Sebelum pulang, kami menghabiskan masa dengan berkelah di air terjun. Di situ, kami
mandi-manda dan menikmati bekalan yang kami bawa. Kami tiba di Tapah pada pukul 5.00
petang.

       Lawatan ini memberi manfaat yang besar kepada kami. Pada bulan hadapan, kami
bercadang untuk melawat ke tempat lain pula.

Laporan disediakan oleh,                                            1OKTOBER 2010

Hashimah

(HASHIMAH BINTI HASHIM)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Idris, Tapah.
KEPERIHALAN/ GAMBARAN

                                  BERKELAH DI AIR TERJUN

       Pada hari Sabtu yang lalu, saya, Muthu dan Ah Lim telah berkelah di air terjun cemarah
yang terletak kira-kira 10 km dari tempat tinggal kami. Sejak awal pagi lagi, kami telah
berbasikal menuju ke kawasan air terjun tersebut. Kami turut membawa bekalan makanan dan
pakaian.

       Kami tiba di kawasan air terjun tersebut kira-kira pukul 8.00 pagi. Kedinginan pagi masih
terasa. Kabus tebal masih menyelubungi kawasan air terjun itu. Keheningan pagi benar-benar
memberi ketenangan kepada kami. Kami menyandarkan basikal di bawah pokok dan berehat
seketika sambil menghirup udara segar.

       Sambil berehat, kami memerhatikn beberapa orang pengunjung sedang mandi-manda.
Kami meletakkan bekalan dan pakaian di bawah sepohon pokok yang rending. Saya, Muthu
dann Ah Lim kemudiannya menukar pakaian untuk mandi-manda. Air terjun yang jernih dan
dingin benar-benar menyegarkan badan. Kami mandi-manda sambil bergelak-ketawa.

       Kerana terlalu seronok mandi, kami tidak sedar matahari telah tinggi. Perut kami pun
sudah berkeroncong. Tanpa membuang masa, kami pun naik lalu menjamu selera. Saya
mengajak kawan-kawan merasai bekalan air hasil air tangan ibu. Muthu dan Ah Lim memuji
keenakan masakan emak saya seperti karipap, lontong, rendang ayam dan nasi himpit. Saya
hanya tersenyum bangga.

       Kami duduk berbual-bual di bawah pokok sambil ekor mata memerhatikan gelagat
orang berenang dan bersuka ria di dalam air. Sungguh lucu apabila melihat gelagat sesetengah
pengujung di situ.

       Pada pukul 4 petang, kami pun berangkat pulang. Walaupun fizikal kami berasa letih,
mental kami cukup segar. Kami berpeluang menikmati alam semulajadi di air terjun sambil
menenangkan fikiran dari kesibukan kota.
SYARAHAN

FAEDAH MELANCONG

         Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, tuan-tuan, puan-puan dan
hadirin sekalian. Saya berbesar hati kerana diberi peluang menyertai pertandingan syarahan ini.

         Melancong memberi banyak faedah. Biasanya kita melancong bersama keluarga atau
secara bersendirian. Tempat yang biasa dilawati ialah tempat yang menarik hati dari segi
keindahan, pemandangan, dan sejarah.

         Kita dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman dengan melancong. Jika kita ke luar
negara, kita dapat mengetahui kebudayaan dan adat resam negara itu.

         Di samping itu, kita juga boleh menarik pelancong-pelancong luar negara datang ke
negara kita. Pelancongan juga dapat meningkatkan taraf ekonomi sesebuah negara hasil
daripada kemasukan wang pelancongan asing.

         Oleh itu saya berharap perusahaan pelancongan mendapat perhatian daripada rakyat
dan juga kerajaan. Dengan ini, secara tidak langsung negara kita dapat diperkenalkan di mata
dunia.

   Sekian, terima kasih.
CATATAN

                               CATATAN KE KUALA LUMPUR




28 Februari 2010

     Aku selamat tiba di Hentian Pudu Raya. Pak Long telah menjemputku. Kemudian, Pak Long
membawa aku pulang ke rumahnya. Malangnya kereta kami terperangkap dalam kesesakan
lalu lintas.

1 Mac 2010

    Pertama kali aku menaiki komuter. Aku berasa sungguh gementar berbaur seronok. Pak
Long membawa aku melawat Pasar Budaya. Aku terpegun melihat keindahan kraf tangan yang
dipamer dan dijual di situ. Aku tertarik kepada sebuah gambar pemandangan, lalu membelinya
dengan harga RM50.00.

2 Mac 2010

    Aku melawat Muzium Negara. Banyak artifak yang bersejarah dipamerkan untuk tantapan
pengunjung. Selepas itu aku melawat Menara Kuala Lumpur. Dari puncak menara aku dapat
melihat panorama Bandar Raya Kuala Lumpur.

3 Mac 2010

  Aku bangun awal. Selepas bersarapan pagi, Pak Long menghantar aku ke stesen kereta api
Kuala Lumpur. Aku bertolak pulang ke Kota Bharu pada pukul 7.40 pagi.
DIALOG / PERBUALAN

Penyu Bertelur

(Pak cik Yusuf dan keluarganya sedang duduk dalam gelap. Hanya pelita ayan yang suram
cahayanya dipasang pada ketika itu.)

Azman : Ayah, mengapa kita mesti duduk dalam gelap ini?

Ayah    : Kalau cerah nanti, penyu tidak mahu naik ke pantai. Tak dapatlah kita melihat penyu
        bertelur.

Ina     : Mengapa penyu tidak mahu naik? Penyu takutkan cahayakah, ayah?

Ayah    : Penyu tidak takut akan cahaya. Cumajika keadaan persekitarannya cerah penyu akan
        tahu bahawa tempat itu ada orang. Jadi ia rasa dirinya tidak selamat.

Adik   : Biasanya, pada bulan berapa penyu ini bertelur, emak?

Emak : Setahu emak, penyu bertelur pada bulan Mei hingga Ogos pada setiap tahun.

Ina    : Kenapa di pantai Rantau Abang sahaja penyu bertelur?

Ayah   : Sebenarnya di pantai-pantai lain pun ada penyu bertelur. Cuma penyu belimbing yang
        banyak bertelur di Rantau Abang.

Adik   : Ayah, cuba lihat itu. Penyu sudah naik ke pantai.

Azman : Ayah, kenapa semasa bertelur air mata penyu meleleh. Ia menangiskah, ayah?

Ina    : Kenapa penyu itu menangis?

Emak : Agaknya penyu itu menangis mengenangkan nasib telur-telurnya.

(Mereka sekeluarga duduk sambil memerhatikan penyu itu bertelur)

Ayah : Sudah dapat melihat bagaimana penyu bertelur?
Ina   : Sudah, ayah. Saya rasa ini pengalaman baru dalam hidup saya.

Azman : Man pun begitu.
BERITA




                            LABUAN PULAU TERCANTIK DI DUNIA

LABUAN, Ahad – Kerajaan akan membangunkan Pulau Labuan sebagai satu daripada destinasi
pelancongan utama di dunua. Pelbagai usaha akan dilakukan untuk memperindahkan landskap
pulau itu.
         Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, “Semua rakyat
termasuk kakitangan kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela perlu berganding bahu agar
kebersihan dan keindahan Labuan dapat dipertingkatkan”.
               Kerajaan juga sedang berusaha mengadakan publisiti dan promosi mengenai
pulau berkenaan. Di samping itu, projek pembinaan lapangan terbang yang baru banyak
memberi manfaat kepada penduduk setempat dan para pelancong. Pelbagai kemudahan
beriadah seperti tempat berjoging, menungang kuda dan aktiviti berbasikal mengelilingi pulau
telah diwujudkan sebagai pusat tarikan pelancong berjalan lancar.

         Sejumlah besar peruntukan telah disediakan bagi memastikan usaha menjadikan Labuan
sebagai pusat tarikan pelancong berjalan dengan lancar.

Contenu connexe

Tendances

Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Bong Shuying
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 
Nota imbuhan
Nota imbuhanNota imbuhan
Nota imbuhanjoeyah
 
Latihan Susun Ayat Tahun 1
Latihan Susun Ayat Tahun 1Latihan Susun Ayat Tahun 1
Latihan Susun Ayat Tahun 1Amali Md. Som
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar慈心 Chan
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bmKumar Vello
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongjomokb
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 
(Soalan + skema) latihan peribahasa (1)
(Soalan + skema) latihan peribahasa (1)(Soalan + skema) latihan peribahasa (1)
(Soalan + skema) latihan peribahasa (1)sakinahzakaria3
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Ummu Umar
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsJay Atin
 
Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Celise Didie
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
Contoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khasContoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khasMohd Makhtar
 
Modul bacaan suku kata terbuka 2014
Modul bacaan suku kata terbuka 2014Modul bacaan suku kata terbuka 2014
Modul bacaan suku kata terbuka 2014Saifatul Nurul Zaima
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Saadiah Smk.Kampar
 

Tendances (20)

Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Nota imbuhan
Nota imbuhanNota imbuhan
Nota imbuhan
 
Latihan Susun Ayat Tahun 1
Latihan Susun Ayat Tahun 1Latihan Susun Ayat Tahun 1
Latihan Susun Ayat Tahun 1
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
 
Tingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 BawodTingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 Bawod
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
(Soalan + skema) latihan peribahasa (1)
(Soalan + skema) latihan peribahasa (1)(Soalan + skema) latihan peribahasa (1)
(Soalan + skema) latihan peribahasa (1)
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
 
Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Contoh karangan surat
Contoh karangan surat
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
Contoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khasContoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khas
 
Surat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsrSurat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsr
 
Modul bacaan suku kata terbuka 2014
Modul bacaan suku kata terbuka 2014Modul bacaan suku kata terbuka 2014
Modul bacaan suku kata terbuka 2014
 
Cerita teladan
Cerita teladanCerita teladan
Cerita teladan
 
Subjek dan predikat
Subjek dan predikatSubjek dan predikat
Subjek dan predikat
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 

Similaire à Terima kasih kerana berkongsi pengalaman menarik menonton penyu bertelur bersama keluarga. Saya terkesan dengan interaksi yang positif antara ahli keluarga untuk memahami alam sekitar bersama

Lapora study tour ke malang
Lapora study tour ke malangLapora study tour ke malang
Lapora study tour ke malangFirdika Arini
 
Slot Bahasa Melayu
Slot Bahasa MelayuSlot Bahasa Melayu
Slot Bahasa MelayuAsniem CA
 
Latihan penulisan
Latihan penulisanLatihan penulisan
Latihan penulisanazmega12
 
Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)
Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)
Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)najwa_amni
 
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakartaLaporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakartaKarsodikromo Yatiman
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan bMari Govin
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanJeglin Siva
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatanJulia Tan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatanrosfariza
 
ini adalah suatu pengalaman bagi saya yang mungkin bisa menjadi pengalaman ju...
ini adalah suatu pengalaman bagi saya yang mungkin bisa menjadi pengalaman ju...ini adalah suatu pengalaman bagi saya yang mungkin bisa menjadi pengalaman ju...
ini adalah suatu pengalaman bagi saya yang mungkin bisa menjadi pengalaman ju...Niam Dualcore
 
Semasa saya berumur empat tahun
Semasa saya berumur empat tahunSemasa saya berumur empat tahun
Semasa saya berumur empat tahunLee Sheryl
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrEdward Ngu
 
Rencana dan-perjalanan-study-tour-rizki
Rencana dan-perjalanan-study-tour-rizkiRencana dan-perjalanan-study-tour-rizki
Rencana dan-perjalanan-study-tour-rizkisitti_marhamah
 

Similaire à Terima kasih kerana berkongsi pengalaman menarik menonton penyu bertelur bersama keluarga. Saya terkesan dengan interaksi yang positif antara ahli keluarga untuk memahami alam sekitar bersama (20)

Lapora study tour ke malang
Lapora study tour ke malangLapora study tour ke malang
Lapora study tour ke malang
 
Tugasan Thn 6 Kmpln4
Tugasan Thn 6 Kmpln4Tugasan Thn 6 Kmpln4
Tugasan Thn 6 Kmpln4
 
kandungan.pdf
kandungan.pdfkandungan.pdf
kandungan.pdf
 
Catatan
CatatanCatatan
Catatan
 
Slot Bahasa Melayu
Slot Bahasa MelayuSlot Bahasa Melayu
Slot Bahasa Melayu
 
Latihan penulisan
Latihan penulisanLatihan penulisan
Latihan penulisan
 
Latihan Penulisan
Latihan PenulisanLatihan Penulisan
Latihan Penulisan
 
Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)
Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)
Laporan perjalanan karya wisata ke malang(revisi)
 
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakartaLaporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan b
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
Penulisan catatan
Penulisan catatanPenulisan catatan
Penulisan catatan
 
ini adalah suatu pengalaman bagi saya yang mungkin bisa menjadi pengalaman ju...
ini adalah suatu pengalaman bagi saya yang mungkin bisa menjadi pengalaman ju...ini adalah suatu pengalaman bagi saya yang mungkin bisa menjadi pengalaman ju...
ini adalah suatu pengalaman bagi saya yang mungkin bisa menjadi pengalaman ju...
 
Semasa saya berumur empat tahun
Semasa saya berumur empat tahunSemasa saya berumur empat tahun
Semasa saya berumur empat tahun
 
Paket wisata flores murah
Paket wisata flores murahPaket wisata flores murah
Paket wisata flores murah
 
Laporan perjalanan Pagabe
Laporan perjalanan PagabeLaporan perjalanan Pagabe
Laporan perjalanan Pagabe
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
 
Rencana dan-perjalanan-study-tour-rizki
Rencana dan-perjalanan-study-tour-rizkiRencana dan-perjalanan-study-tour-rizki
Rencana dan-perjalanan-study-tour-rizki
 

Plus de Megawati Jalaludin (20)

Kamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan BahasaKamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan Bahasa
 
Penjodoh Bilangan
Penjodoh BilanganPenjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan
 
Sinonim
SinonimSinonim
Sinonim
 
Simpulan Bahasa
Simpulan BahasaSimpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Penggunaan Kata Yang Tepat
Penggunaan Kata Yang TepatPenggunaan Kata Yang Tepat
Penggunaan Kata Yang Tepat
 
Memilih Soalan Kepada Jawapan
Memilih Soalan Kepada JawapanMemilih Soalan Kepada Jawapan
Memilih Soalan Kepada Jawapan
 
Memilih Jawapan Kepada Soalan
Memilih Jawapan Kepada SoalanMemilih Jawapan Kepada Soalan
Memilih Jawapan Kepada Soalan
 
Kesalahan Umum Tatabahasa
Kesalahan Umum TatabahasaKesalahan Umum Tatabahasa
Kesalahan Umum Tatabahasa
 
Kata Sendi Nama
Kata Sendi NamaKata Sendi Nama
Kata Sendi Nama
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama DiriKata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
Kata Adjektif
Kata AdjektifKata Adjektif
Kata Adjektif
 
Imbuhan
ImbuhanImbuhan
Imbuhan
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Kamus Perbilangan
Kamus PerbilanganKamus Perbilangan
Kamus Perbilangan
 
Kamus Pepatah
Kamus PepatahKamus Pepatah
Kamus Pepatah
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 

Dernier

Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Abdiera
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaruSilvanaAyu
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuKarticha
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxUlyaSaadah
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxSelviPanggua1
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaAbdiera
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaAbdiera
 

Dernier (20)

Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman menarik menonton penyu bertelur bersama keluarga. Saya terkesan dengan interaksi yang positif antara ahli keluarga untuk memahami alam sekitar bersama

  • 1. KEPERIHALAN/ GAMBARAN MELAWAT KE MENARA KUALA LUMPUR Pada cuti persekolahan yang lalu, saya dan keluarga telah melawat ke Menara Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur terletak di atas puncak Bukit Nanas. Menara Kuala Lumpur telah direka bentuk oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Menara ini memperlihatkan kesenian yang bercirikan warisan Islam. Projek pembinaan menara ini merupakan usaha sama Telekom Malaysia dan Wayss & Freytag AG dari German. Menara Kuala Lumpur adalah menara telekomunikasi yang keempat tertinggi di dunia. Tinggi menara ini ialah 421 meter dan kos pembinaannya menelan belanja hampir RM 300 juta. Menara ini telah dirasmikan oleh Perdana Mentri Malaysia keempat iaitu Tun Doktor Mahathir Bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Majlis perasmiannya dijalankan secara gilang- gemilang. Ia disertakan dengan pertunjukan bunga api dan pancara cahaya laser. Menara Kuala Lumpur dibahagikan kepada empat bahagian iaitu tapak menara, pelantar untuk pelancong, terowong menara dan kepala enam tingkat. Menara Kuala Lumpur ini merupakan mercu tanda kebanggan rakyat Malaysia. Menara ini juga membekalkan perkhidmatan telekominikasi yang canggih.
  • 2. CATATAN CATATAN KE PULAU PANGKOR Sabtu 28 Ogos 2010 Aku dan kawan-kawan bertemu di Stesen Bas Ipoh. Selaku ketua perkhemahan, aku memastikan semua peralatan dan barang-barang keperluan untuk berkhemah dibawa. Kemudian, kami mengambil bas menuju ke Lumut. Perjalanan menuju ke Lumut mengambil masa selama dua jam. Sampai di Lumut, kami menuju ke jeti. Kelihatan ramai orang di jeti. Masing-masing menunggu feri untuk menuju ke Pulau Pangkor. Tiba di Pulau Pangkor, kami menaiki bas pelancong menuju ke Teluk Nipah. Di Teluk Nipah kami memilih tempat yang baik untuk mendirikan khemah. Aku dan Rasyid ditugaskan memasak makanan sementara Kam Choon, Ravi dan Ridzuan mendirikan khemah. Setelah semuanya selesai, kami ke pantai untuk mandi-manda. Kelihatan ramai orang di pantai. Ada yang datang bersama-sama keluarga dan kawan-kawan. Terdapat juga pelancong asing di situ. Aku dan kawan-kawan berasa gembira kerana akhirnya rancangan kami untuk berkhemah di Pulau Pangkor tercapai. Pada waktu malam, kami membuat unggun api setelah selesai makan malam. Angin yang bertiup sungguh nyaman. Tiba-tiba angin yang bertiup bertukar menjadi kencang. Aku dan kawan-kawan menjadi kelam kabut. Khemah yang kami dirikan hampir-hampir diterbangkan. Aku, Kam choon dan Ravi memegang khemah, sementara itu Rasyid dan Ridzuan membetulkan khemah dan tali-tali yang telah tercabut. Hujan yang turun mencurah-curah menyebabkan badan kami menggigil. Malahan khemah kami turut basah dimasuki air hujan. Pada malam itu kami berjaga sehingga pukul 3 pagi. Kami akhirnya tertidur di dalam khemah yang basah itu dalam kesejukan.
  • 3. Ahad, 29 Ogos 2010 Pagi- pagi lagi kami telah bangun. Kami mengemaskan kawasan perkhemahan dan bersedia untuk pulang. Selepas mengambil sarapan di gerai yang berhampiran, kami menaiki bas pelancongan menuju ke jeti Pulau Pangkor. Kami sempat singgah ke kedai untuk membeli makanan laut yang banyak dijual di situ. Selepas itu kami menaiki feri menuju ke jeti Lumut. Kami kemudiannya menaiki bas menuju ke Ipoh. Walaupun terasa penat dan letih, kami berasa gembira.
  • 4. LAPORAN LAPORAN LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS Pada 14 September 2010 seramai 35 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Idris, Tapah telah membuat lawatan ke Cameron Highlands. Kami bertolak dari sekolah tepat pada pukul 8.00 pagi bersama-sama dengan tiga orang guru pengiring. Tempat pertama yang kami lawati ialah apabila tiba di Cameron Highlands ialah kebun sayur. Di sini terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam. Antaranya ialah asparagus, kubis bunga, lobak merah dan sawi. Tanam-tanam di sini subur sekali. Kemudian, kami melawat ke kebun bunga pula. Bunga ros yang ditanam di sini mempunyai kuntum yang besar dan cantik. Guru-guru kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa jambak bunga ros. Apabila kami tiba di lading the, kami lihat pekerja-pekerja sedang memetik daun the. Daun the yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang dibawa di belakang mereka. Penyelia yang berada di situ sempat memberi penerangan kepada kami tentang cara-cara the diproses. Sebelum pulang, kami menghabiskan masa dengan berkelah di air terjun. Di situ, kami mandi-manda dan menikmati bekalan yang kami bawa. Kami tiba di Tapah pada pukul 5.00 petang. Lawatan ini memberi manfaat yang besar kepada kami. Pada bulan hadapan, kami bercadang untuk melawat ke tempat lain pula. Laporan disediakan oleh, 1OKTOBER 2010 Hashimah (HASHIMAH BINTI HASHIM) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Idris, Tapah.
  • 5. KEPERIHALAN/ GAMBARAN BERKELAH DI AIR TERJUN Pada hari Sabtu yang lalu, saya, Muthu dan Ah Lim telah berkelah di air terjun cemarah yang terletak kira-kira 10 km dari tempat tinggal kami. Sejak awal pagi lagi, kami telah berbasikal menuju ke kawasan air terjun tersebut. Kami turut membawa bekalan makanan dan pakaian. Kami tiba di kawasan air terjun tersebut kira-kira pukul 8.00 pagi. Kedinginan pagi masih terasa. Kabus tebal masih menyelubungi kawasan air terjun itu. Keheningan pagi benar-benar memberi ketenangan kepada kami. Kami menyandarkan basikal di bawah pokok dan berehat seketika sambil menghirup udara segar. Sambil berehat, kami memerhatikn beberapa orang pengunjung sedang mandi-manda. Kami meletakkan bekalan dan pakaian di bawah sepohon pokok yang rending. Saya, Muthu dann Ah Lim kemudiannya menukar pakaian untuk mandi-manda. Air terjun yang jernih dan dingin benar-benar menyegarkan badan. Kami mandi-manda sambil bergelak-ketawa. Kerana terlalu seronok mandi, kami tidak sedar matahari telah tinggi. Perut kami pun sudah berkeroncong. Tanpa membuang masa, kami pun naik lalu menjamu selera. Saya mengajak kawan-kawan merasai bekalan air hasil air tangan ibu. Muthu dan Ah Lim memuji keenakan masakan emak saya seperti karipap, lontong, rendang ayam dan nasi himpit. Saya hanya tersenyum bangga. Kami duduk berbual-bual di bawah pokok sambil ekor mata memerhatikan gelagat orang berenang dan bersuka ria di dalam air. Sungguh lucu apabila melihat gelagat sesetengah pengujung di situ. Pada pukul 4 petang, kami pun berangkat pulang. Walaupun fizikal kami berasa letih, mental kami cukup segar. Kami berpeluang menikmati alam semulajadi di air terjun sambil menenangkan fikiran dari kesibukan kota.
  • 6. SYARAHAN FAEDAH MELANCONG Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian. Saya berbesar hati kerana diberi peluang menyertai pertandingan syarahan ini. Melancong memberi banyak faedah. Biasanya kita melancong bersama keluarga atau secara bersendirian. Tempat yang biasa dilawati ialah tempat yang menarik hati dari segi keindahan, pemandangan, dan sejarah. Kita dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman dengan melancong. Jika kita ke luar negara, kita dapat mengetahui kebudayaan dan adat resam negara itu. Di samping itu, kita juga boleh menarik pelancong-pelancong luar negara datang ke negara kita. Pelancongan juga dapat meningkatkan taraf ekonomi sesebuah negara hasil daripada kemasukan wang pelancongan asing. Oleh itu saya berharap perusahaan pelancongan mendapat perhatian daripada rakyat dan juga kerajaan. Dengan ini, secara tidak langsung negara kita dapat diperkenalkan di mata dunia. Sekian, terima kasih.
  • 7. CATATAN CATATAN KE KUALA LUMPUR 28 Februari 2010 Aku selamat tiba di Hentian Pudu Raya. Pak Long telah menjemputku. Kemudian, Pak Long membawa aku pulang ke rumahnya. Malangnya kereta kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 1 Mac 2010 Pertama kali aku menaiki komuter. Aku berasa sungguh gementar berbaur seronok. Pak Long membawa aku melawat Pasar Budaya. Aku terpegun melihat keindahan kraf tangan yang dipamer dan dijual di situ. Aku tertarik kepada sebuah gambar pemandangan, lalu membelinya dengan harga RM50.00. 2 Mac 2010 Aku melawat Muzium Negara. Banyak artifak yang bersejarah dipamerkan untuk tantapan pengunjung. Selepas itu aku melawat Menara Kuala Lumpur. Dari puncak menara aku dapat melihat panorama Bandar Raya Kuala Lumpur. 3 Mac 2010 Aku bangun awal. Selepas bersarapan pagi, Pak Long menghantar aku ke stesen kereta api Kuala Lumpur. Aku bertolak pulang ke Kota Bharu pada pukul 7.40 pagi.
  • 8. DIALOG / PERBUALAN Penyu Bertelur (Pak cik Yusuf dan keluarganya sedang duduk dalam gelap. Hanya pelita ayan yang suram cahayanya dipasang pada ketika itu.) Azman : Ayah, mengapa kita mesti duduk dalam gelap ini? Ayah : Kalau cerah nanti, penyu tidak mahu naik ke pantai. Tak dapatlah kita melihat penyu bertelur. Ina : Mengapa penyu tidak mahu naik? Penyu takutkan cahayakah, ayah? Ayah : Penyu tidak takut akan cahaya. Cumajika keadaan persekitarannya cerah penyu akan tahu bahawa tempat itu ada orang. Jadi ia rasa dirinya tidak selamat. Adik : Biasanya, pada bulan berapa penyu ini bertelur, emak? Emak : Setahu emak, penyu bertelur pada bulan Mei hingga Ogos pada setiap tahun. Ina : Kenapa di pantai Rantau Abang sahaja penyu bertelur? Ayah : Sebenarnya di pantai-pantai lain pun ada penyu bertelur. Cuma penyu belimbing yang banyak bertelur di Rantau Abang. Adik : Ayah, cuba lihat itu. Penyu sudah naik ke pantai. Azman : Ayah, kenapa semasa bertelur air mata penyu meleleh. Ia menangiskah, ayah? Ina : Kenapa penyu itu menangis? Emak : Agaknya penyu itu menangis mengenangkan nasib telur-telurnya. (Mereka sekeluarga duduk sambil memerhatikan penyu itu bertelur) Ayah : Sudah dapat melihat bagaimana penyu bertelur?
  • 9. Ina : Sudah, ayah. Saya rasa ini pengalaman baru dalam hidup saya. Azman : Man pun begitu.
  • 10. BERITA LABUAN PULAU TERCANTIK DI DUNIA LABUAN, Ahad – Kerajaan akan membangunkan Pulau Labuan sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di dunua. Pelbagai usaha akan dilakukan untuk memperindahkan landskap pulau itu. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, “Semua rakyat termasuk kakitangan kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela perlu berganding bahu agar kebersihan dan keindahan Labuan dapat dipertingkatkan”. Kerajaan juga sedang berusaha mengadakan publisiti dan promosi mengenai pulau berkenaan. Di samping itu, projek pembinaan lapangan terbang yang baru banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat dan para pelancong. Pelbagai kemudahan beriadah seperti tempat berjoging, menungang kuda dan aktiviti berbasikal mengelilingi pulau telah diwujudkan sebagai pusat tarikan pelancong berjalan lancar. Sejumlah besar peruntukan telah disediakan bagi memastikan usaha menjadikan Labuan sebagai pusat tarikan pelancong berjalan dengan lancar.