20. Pagi ini, aku, Rina dan Mira berada di dada
Rantau Abang. Alangkah gembiranya kami
kerana dapat bersantai di pesisiran pantai
yang memutih seperti kapas itu.
Pada waktu tengah hari, kami dibawa
oleh bapa Rina ke Tanjung Jara, Dungun.
Panoramanya begitu mempesona. Patutlah
ramai pelancong luar negara berkunjung ke
sini. Mereka seperti kami juga, turut
bersantai di samping menikmati keindahan
lokasi ini.
21. Pada petangnya, kami dibawa pula ke Pasar
Payang. Tiba di sini, kami menjadi rambang
mata melihat kain batik sutera beraneka
warna bergantungan. Tanpa berfikir
panjang, kami membeli beberapa pasang
kain sutera. Harganya amat berpatutan.
Di Pasar Payang, kami menaiki motobot
menyusuri Sungai Terengganu. Kami
sempat ke Seberang Takir untuk melihat
pemandangan kampung nelayan. Di sini,
kami dihidangkan keropok lekor dan sotong
bakar. Enaknya tidak terkira.
22. Pada sebelah malamnya, kami berlegar-legar di
sekitar Hotel Seri Malaysia sahaja. Kami sungguh
bernasib baik kerana pihak hotel telah
mengadakan persembahan kebudayaan untuk
para pengunjungnya.Ada persembahan gamelan,
ulik mayang dan rodat. Pertunjukan itu berakhir
pada pukul 11.00 malam. Tamat sahaja
pertunjukan, kami segera ke bilik penginapan
kerana telah dua tiga kali terlayang.
Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik yang
belum dikunjungi. Apa boleh buat, masa amat
mencemburi kami. Namun begitu, negeri indah
ini pasti akan dijelangi lagi suatu masa kelak.
“Terengganu, namamu pasti terpahat erat di
hati”.
23. Terpahat
Terpahat
Panoroma
Panoroma Pesisiran
Pesisiran
Bersantai
Bersantai Cari makna
Cari makna Dijelangi
Dijelangi
perkataan
perkataan
Lokasi
Lokasi
Menyusuri
Terlayang
Terlayang