Slaid ini merupakan sliad yang digunakan ketika pengajaran makro kesusasteraan Melayu (PL4204). Di dalam slaid ini, terdapat penerangan awal mengenai watak dan perwatakan kemudian ada rakaman video (sinopsis cerpen pantaran) dan peristiwa penting (untuk latihan kerana peristiwa pentingnya anti-kronologi). Terdapat juga gambar pantaran bagi memperlihatkan kepada pelajar
2. Apa itu watak?
Menurut Rahman Shaari, watak ialah
seseorang yang dilukiskan dalam sesebuah
cereka, baik cerpen, novel atau drama.
Watak ialah perlaku atau tokoh dalam
sesuatu karya yang menggerakkan cerita
dengan cara berinteraksi sesama watak dan
alam.
Watak boleh terdiri daripada manusia,
binatang, cakerawala, benda dan sebagainya.
3. Apa itu perwatakan?
Perwatakan ialah segala perlakuan yang
dilakukan oleh watak-watak berkenaan dan
boleh dilihat melalui gambaran luaran dan
dalaman watak.
Selain itu, perwatakan juga berkaitan
dengan sifat, pemikiran, kepercayaan,
percakapan dan tindakan watak berkenaan.
Perwatakan luaran ialah berkenaan warna
kulit, corak rambut, saiz dan bentuk tubuh-
badan, kecacatan dan sebagainya.
4. Perwatakan dalaman dapat dikesan melalui
sikap, pemikiran, emosi, tindakan dan cara
bertindak, dan sebagainya.
Perwatakan dapat dikenal pasti melalui
beberapa cara, iaitu;
1.melalui pelukisan atau deskripsi pengarang.
2. melalui dialog watak itu sendiri.
3. melalui dialog watak-watak lain terhadap
watak berkenaan.
4. melalui tindakan-tindakan watak berkenaan.
6. Susun Kembali Peristiwa Penting Cerpen ‘Pantaran’
• Datuk Penghulu mengutuk
perbuatan Ahmad itu.
• Ahmad dan orang-orang kampung
meroboh pantaran Haji Zaki
walaupun belum diarahkan oleh
Datuk Penghulu.
• Tiga keping lantai pantarannya
terpaksa diroboh kerana terkena
tapak pembinaan jambatan pail.
• Haji Zaki mengadu perkara
tersebut kepada Datuk Penghulu.
• Haji Zaki marah atas peristiwa
pantarannya diroboh.
• Ahmad membantah penubuhan
persatuan nelayan dan kedai
syarikat di kampung itu.
• Haji Zaki tidak boleh tidur hingga
waktu subuh kerana fikirannya
kusut.
• Reban ayam Ahmad terpaksa
diroboh kerana terkena dalam
pembinaan jambatan.
• Datuk Penghulu dan orang-orang
kampung membaiki semula Haji
Zaki yang diroboh oleh Ahmad
itu.
• Haji Zaki menyokong
pembangunan jambatan pail itu.