Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Imam Syafie, Pembuat Mazhab Syafie
1. Nama lengkapnya Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Mutthalibi
Al-Quraisyi. Lahir di Gazza, Palestin pd tahun 150 H, tempat
wafat Hasyim nenekanda Rasulullah SAW. Ketika masih anak2,
ayahnya meninggal dunia. Ia diasuh oleh ibunya. Kehidupannya
sangat sulit. Ketika berumur 2 tahun dibawa ke Makkah dan
belajar di sana. Is rajin belajar dan cerdas.
Semua ilmu yg diperolehnya dicatatnya pd tulang2 hingga penuh
satu ruangan. Umur 7 tahun telah hafal Al-Quran, umur 10 tahun
hafal kitab Hadith "Al-Muwathta" karangan Imam Malik, dan
umur 15 tahun telah diizinkan memberi fatwa.
Di antara gurunya di Makkah, Soufyan bin Uyainah dan mufti
Muslim bin Khalid Az-Zanji. Umur 20 tahun pindah ke Madinah,
memperdalam ilmunya dengan belajar kepada Imam Malik.
Kemudian berangkat ke Iraq, menemui sahabat2 Abu Hanifah
dan mengambil ilmu dari mereka. Mengadakan perjalanan ke
Parsi, Iraq bahagian Utara dan berbagai negara. Setelah 2 tahun
mengembara, menetap di Madinah selama 2 tahun. Dari
perjalanan ini, ilmu pengetahuan dan pengalamannya bertambah
terutama mengenai masalah kehidupan dan tabiat manusia.
Pd 195 H, pindah ke Baghdad, mengajar dan mengarang
2. beberapa kitab. Selama 2 thn di situ, ramai orang berpindah
mazhab kepadanya. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan
dengan "Qaul Qadim" (pendapat lama). Kemudian pindah ke
Makkah dan sesudah 2 thn di situ, pd tahun 198 H, kembali
menetap di Baghdad, kemudian ke Mesir dan memperdalam
ilmunya di perguruan tinggi Al-Azhar, Kaherah. Pendapat dan
fatwanya selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid" (pendapat
baru).
Syafie adalah seorang imam mutjahid yg banyak diikuti alim
ulama, Wali yg soleh, seorang suku Qiraisy yg amat dalam ilmu
pengetahuannya, terutama mengenai hadith.
Dialah yg dimaksudkan Rasulullah SAW dgn sabdanya, "Dialah
orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya memenuhi seluruh
tingkatan bumi".
Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah
neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa mazhabnya adalah
paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dgn sunnah.
Imam Ahmad menyatakan bahawa Syafie membahagi malam itu
kepada 3 bahagian: sepertiga utk solat (ibadah) sepertiga utk
ilmu dan sepertiga utk tidur. Dalam sehari semalam membaca Al-
Quran satu khatam dan pada bulan Ramadan dua khatam.
3. Semuanya itu dibacanya dalam solat. Syafie pernah berkata "Aku
tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana
banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati,
mengurangi kecerdasa, menumpulkan otak, membawa kepada
tidur dan melemahkan kemahuan utk beribadah. Aku tidak
pernah bersumpah seumur hidup, baik utk kebenaran mahupun
tidak".
Beliau wafat pada waktu Asar, hari jumaat bulan Rejab 204 H,
dan dikebukikan di Qarafah. Beberapa tahun kemudian orang
ingin hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika
kuburannya dibongkar, terciumlah bau yg harum dari dalamnya,
sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.