2. KONSEP
PENGGABUNGJALINAN
o Menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu
masa.
o Contohnya menggabungkan kemahiran lisan
dengan membaca dan kemahiran membaca
dengan menulis.
o Penggabungan aktiviti dalam kelas, berkumpulan
atau individu.
o Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang
pelbagai bersesuaian dengan Proses P&P.
3. Penggabungjalinan dibahagikan kepada
dua:
Penggabungjalinan antara kemahiran-
kemahiran yang ada dalam satu
matapelajaran.
Penggabungjalinan kemahiran daripada
beberapa matapelajaran yang lain.
Menggabungkan kedua-dua jenis
penggabungjalinan dalam satu pengajaran.
4. Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu
mata pelajaran
Contoh permainan - Bola Sepak. Di dalam permainan ini,
terdapat pelbagai kemahiran yang didedahkan kepada murid
seperti menghantar, menggelecek, menjaring, menendang dan
sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih
kemahiran dalam satu-satu sesi pengajarannya, contohnya
menggabungkan kemahiran menggelecek dan menendang.
Dalam lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola dalam
jarak yang ditetapkan sebelum membuat tendangan dengan
teknik yang betul. Di sini, kita dapat perolehi satu contoh
penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani.
5. Penggabungjalinan dengan mata pelajaran yang
lain
Contoh aktiviti – Regangan. Di dalam aktiviti ini, guru
boleh menerapkan kemahiran membilang dan mengira
yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru
hanya perlu meminta murid-murid membuat
pergerakan regangan sambil mengira dari nombor
satu hingga ke nombor lapan. Melalui aktiviti ini, murid
secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan
memori mereka terhadap angka.
6. Menggabungkan kedua-dua jenis
Penggabungjalinan dalam satu pengajaran
Contoh aktiviti – Senamtari (Senamrobik). Aktiviti ini
melibatkan pergerakan, aktiviti membilang dan muzik. Guru
akan memasang muzik yang berbeza rentak dan kemudian
meminta murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut
rentak lagu. Ketika murid melakukan pergerakan, mereka juga
dikehendaki untuk membilang beramai-ramai sehingga nombor
lapan supaya pergerakan mereka menjadi seragam, kemas
dan teratur. Pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih
bermakna dan menyeronokkan. Ia bergantung kepada
keupayaan guru untuk memberi penerangan yang jelas kepada
murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.
7. PENGGABUNGJALINAN
DALAM PJ
o Kemahiran daya cipta guru dalam membuat
perancangan dan memikirkan kesepaduan
adalah penting supaya lebih menarik & efektif
o Arahan yang diberikan perlu ringkas dan jelas
supaya dengan menggunakan bahasa yang
betul supaya dapat difahami oleh murid.
9. KAEDAH
PENGGABUNGJALINAN
Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran
sampingan.
Kemahiran utama diberi fokus.
Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu
untuk kukuhkan kemahiran utama.
Kemahiran utama digunakan di peringkat
perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan
digunakan di semua peringkat pelajaran.
10. KAEDAH
PENGGABUNGJALINAN
Strategi penggabungjalinan kemahiran
hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif
pelajaran, kebolehan & ppencapaian murid.
Kemahiran-kemahiran diintegrasi dalam urutan
yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah
dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya
secara logikal.
11. Contoh Penyerapan Dalam Mata
Pelajaran Lain
Muzik:
Penghasilan bunyi yang bersesuaian
untuk pergerakan manusia
Matematik:
Pengiraan markah dalam sukan
12. PENERAPAN KEMAHIRAN
BERFIKIR
• PJ mendidik murid membuat keputusan yang bijak &
menyelesaikan masalah.
• Aspek kemahiran berfikir yang sering diserap ketika
PJ :
-Membuat kategori
-Menerangkan
-Menyusul periksa andaian
-Mencipta metafora
-Mencipta definisi
13. PENERAPAN NILAI
o Peluang yang disediakan dalam PJ boleh meransang
individu untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti &
membangunkan kemahiran asas bagi mencapai
kejayaan.
o Kejayaan yang diperoleh menjadi seseorrang
individu lebih berkeyakinan & berpuas hati terutama
dari aspek pembangunan emosi.
o Pembangunan sosial boleh membantu individu
menyesuaikan diri sebagai ahli masyarakat.
15. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002).
Huraian Sukatan PelajaranKurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani.
KualaLumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Teng Boon Tong (2001).
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
PetalingJaya: Longman